Sabtu, 28 Januari 2017

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Tok Lebai Marang yang malang...

Posted: 28 Jan 2017 05:00 AM PST

Latihan berdemo....
  Kesian dengan Tok Lebai Marang... ingatkan dapat pakai ungu sedondon dengan PM Najib di Himpunan 355 nanti.... Bayangkan betapa hebatnya nanti bila dua 'King' ini bersama - seorang King Cash dan serorang lagi King Maker @ King Maki !

 Tetapi tiba-tiba Najib pula buat hal! Betapa remunya hati Tok Lebai Marang akibat angkara Najib yang tidak mahu turut serta dalam unjuk rasa anjuran Pas pada 18 Februari nanti. 

Jamil Khir dah dapat baju demo....
Umno hanya akan membuat keputusan mengenai Himpunan 355 anjuran PAS selepas menghalusi aspek rang undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016 (RUU 355).

 Walaupun Himpunan 355 itu antara agenda yang dibincangkan di mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang kelmarin, Najib masih belum boleh mengesahkan penyertaan partinya dalam tunjuk perasaan menyokong pindaan RUU 355 tersebut!

 "Saya akan buat ulasan nanti. Kita tengah halusi segala aspek RUU 355. Bagi saya tempoh sikitlah," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mesyuarat hari ini," kata Najib. Baca beritanya di sini

  Macamanalah Tok Lebai Marang tak sakit hati, dia dah ikut semua skrip yang disediakan oleh Umno. Tok Lebai Marang tentunya tidak mampu nak bentangkan RUU 355 kerana usul berkenaan hendaklah dibawa oleh menteri. Tetapi kerana atas persetujuan Najib, maka menteri Azalina pun beri laluan kepada Tok Lebai Marang....

  Dua kali Tok Lebai dapat laluan, tapi sebab terpaksa ikut skrip, maka dua kali itulah pembentangannya untuk dibahaskan ditangguh. Sendiri bawa usul kemudian sendiri pula minta tangguh?? Bukankah vangang namanya tu? 

 Setelah itu, Jamil Khir Baharom telah buat kenyataan di sini bahawa kerajaan akan membawa sendiri Rang Undang-Undang Persendirian Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016 (RUU355) - Apasal Tok Lebai Marang masih perasan nak jadi hero RUU 355??

Maka sepatutnya Tok Lebai marang berehatlah. Pergi mancing, mencandat sotong,menjala atau menembak babi. Apalak nak buat himpunan raksasa?

 Bukankah Umno dah kata akan bentangkan sendiri pindaan RUU 355 itu?

  Umno tidak perlu melakukan demo sebab mereka tahu bukan orang ramai sasarannya. Bukan orang ramai yang nak bincang dan berbahas di parlimen nanti. Umno lebih fokus untuk mendapat sokongan rakan komponen dalam BN. Selagi Umno tidak mendapat restu daripada mereka, maka selagi itulah RUU 355 akan ditangguh!

  Najib sendiri tentu berasa amat pelik melihat telatah Tok Lebai Marang yang pernah diskan otaknya, tapi masih ada sesuatu yang tak kena. Bayangkanlah, Umno sendiri yang akan bawa pindaan RUU 355 itu, tapi Tok Lebai dan gerombolannya pula yang akan berdemo?

Umno dan gerombolannya tentu gelak besar melihat Tok Lebai marang kena main... Dan kali ini tentu mereka gelak lebih besar dan lebar tengok Tok Lebai Marang dan orang-orangnya berdemo di tengah-tengah panas nanti...

 Jadi, Tok Lebai Marang tolonglah jangan bermimpi di siang hari .... hinggakan nak jemput malaikat ikut sama berdemo. Kalau korang nampak ribuan baju ungu demo berkeliaran berterbangan diangkasa raya nanti, maka korang jangan panik tak tentu pasal.... kerana itu tandanya penyertaan malaikat adanya!

Bongkar penipuan Setiusaha MB Kelantan

Posted: 27 Jan 2017 10:00 PM PST

 

 Fitnah Terjawab!!!! Alhamdulillah. Saya sudah dapat pengesahan bahawa bucu hujung lidah tanah masjid Al Jauhar yang dimiliki oleh Yayasan Amanah Tok Kenali itu tidak termasuk dengan tanah tapak tugu banjir. Bermakna, tanah tapak tugu adalah di atas rizab jalan.

 Nazman Che Iberahim menaik muat status diatas di fesbuknya kelmarin mengesahkan bahawa tapak masjid Al-Jauhar ( seluas 1.1 ekar yang di beli RM300,000.00) adalah melalui dana YATK.

Bahawa tugu Peringatan Banjir 2014 itu tidak termasuk dalam tapak yang dibeli itu. Tugu itu dibina di atas rizab jalan.

 Nazman juga mendakwa bahawa Yayasan Amanah Tok Kenali adalah penyelamat tapak masjid Al-Jauhar kerana berjaya memindahmilik tanah tersebut daripada milik seorang non muslim (Cina) dan bertukar milik atas nama Yayasan Amanah Tok Kenali...

 "Kenapa marah sangat kerajaan selamatkan tapak masjid? Parti Amanah TIDAK SETUJU Kerajaan Negeri selamatkan MASJID Jauhar?" tempelak Nazman!

 Melalui pendedahan Ust Che Ibrahim Mohamed dan Syam Ghaz, terdapat beberapa maklumat yang cuba diselindungi oleh Nazman dan cuba diselewengkan.

1) Nak selamatkan Masjid atau Aset Pas?


 Nazman tidak bagi tahu bahawa Markaz Pas dibangunkan diatas bangunan Masjid Jauhar. Signboard MTD Guchil khabarnya baru dicabut pagi kelmarin. Kenapa cabut signboard... cuba nak susup gapo?

 Lot 2319 yg didirikan Masjid Jauhar dan Pusat Aktiviti Pas/MTD Pas Guchil oleh Pas Kawasan Kuala Krai sejak thn 1991 adalah seluas 0.331 ekar.

Apakah benar nak selamatkan tapak masjid atau Pusat Aktiviti Pas/MTD Pas Guchil?

  2) Nak selamatkan 5 unit kedai oleh Majlis Daerah Kuala Kerai?

  Lot 2397 yg didirikan 5 unit kedai oleh Majlis Daerah Kuala Krai semenjak 1995, adalah seluas 0.453 ekar. Kemana perginya wang kutipan sewa kedai tersebut?

Apakah TUGAS TABUNG TOK KENALI MENYELAMATKAN KEDAI YG DIDIRIKAN OLEH MD KUALA KRAI?

3) Tugu Peringatan Banjir 2014 dibina di atas rizab jalan?

Pada 26/1/17, Nazman mendakwa Tugu Peringatan banjir 2014 itu dibina di atas rizab jalan. Tanah itu tidak termasuk dalam tapak yang dibeli.

  Kemudian selang sehari saja, pada 27/1/17, Nazman ubah kenyataan bahawa Tugu Peringatan itu dibina diatas Lot 2330!

 Bagaimana kerajaan Kelantan boleh bina tugu atas tanah persendirian tersebut?

 Nazman sebelum ini beritahu bahawa tugu Peringatan Banjir 2014 itu tidak termasuk dalam tapak yang dibeli dengan dana Tabung Yayasan Tok Kenali.

Soalnya SIAPA yang bayar / beli Lot 2330?

4) Tanah yang dibeli RM300,000.00 itu seluas 1.1 ekar?

 Menurut Nazman tanah yang dibeli RM300,00.00 dengan dana Yayasan Amanah Tok Kenali itu luasnya 1.1 ekar.

 Tetapi menurut Syam Ghaz, keluasan sebenarnya tapak Tugu Banjir dan Masjid Jauhar tak sampai 1.1 ekar pun.

 Adakah pembelian tanah oleh Yayasan Amanah Tok Kenali melibatkan tapak masjid shj atau melibatkan keseluruhan Lot 2397, 2319 dan 2330.?

 Lot 2319 luasnya 0.331 ekar , Lot 2397 luasnya 0.453 ekar; menjadikan jumlahnya 0.784 ekar sahaja. Lot 2330 luasnya tidak seluas mana pun (tidak berapa jelas dalam peta) Mana datangnya luas 1.1 ekar itu?

5) Beli hartanah di bawah paras harga pasaran?

Mengikut Nazman harga Pasaran cecah RM1 Juta. Tetapi dijual dengan harga RM300,000 shja. Apa perjanjian sampai boleh diskaun sampai 70% dari harga pasaran?

Lim Guan Eng dan Khir Toya disiasat SPRM kerana beli hartanah dibawah harga pasaran. Maka kerajaan Kelantan pun patut juga disiasat ......macam mana boleh dapat diskaun 70% dari harga pasaran?

Che Ibrahim Mohamed : Pas buat masjid atas tanah cina, pahtu bila tahu tanah tu tanah orang, suruh Tok kenali bayar...jenuh la kalu lagu ni dipanggil untuk menyelamatkan masjid, sedangkan hakikatnya alik atas surau tu markaz Pas

Syam Ghaz : kerajaan negeri guna duit rakyat utk selamatkan aset Pas

Wazalzil Aqdamahum : Duit yayasan tok kenali BUKAN duit parti PIS. Kenapa digunakan untuk menyelamatkan aset PIS? SPRM perlu menjalankan siasatan kemungkinan berlaku wujudnya conflict of interest

Che Ibrahim Mohamed : Nazman Che Iberahim inilah dipanggil memperdagangkan agama bagi tujuan politik. Fakta yg jelas ialah Pas Kawasan Kuala Krai dengan cuai telah membina sebuah bangunan yg terdiri drp surau dan beberapa unit lain bagi tujuan kegiatan Pas dan dinamakan dengan Masjid Jauhar.

Sepatutnya mengikut Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994, tanah tersebut sepatutnya diserahkan kepada Maik untuk diwakafkan sebagai tapak masjid, bukannya mengarah YATK membelinya yg jelas bertentangan dengan tujuan dan objektif penubuhan YATK

Tiada ulasan: