WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Amaran wakil Umno Pahang: Selesai masalah Felda atau hilang undi
- RUU 355 pakej dengan ‘gencatan senjata’ Pas-Umno
- ORANG ASLI: AMANAH GESA MB KELANTAN BERUNDING SELESAI MASALAH
- SIAPA PENGKHIANAT SEBENAR TUN M ATAU JHO LOW – EZAM
- DALAM DUA BULAN PARTI WARISAN SABAH DAFTAR 30,000 AHLI
- DALAM DUA BULAN PARTI WARISAN SABAH DAFTAR 30,000 AHLI
- RUU355: Haji Hadi tertipu lagi????
- RUU355: Takiyuddin tak perlu ‘syok sendiri’, Parlimen bukan sistem barter
Amaran wakil Umno Pahang: Selesai masalah Felda atau hilang undi Posted: 01 Dec 2016 06:34 PM PST Felda perlu menyelesaikan semua permasalahan yang dihadapi kerana dibimbangi golongan peneroka yang selama ini berada di belakang kerajaan menunjukkan undi protes pada pilihan raya umum ke-14. Timbalan Ketua Umno Bahagian Maran Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata permasalahan Felda adalah perkara mustahak yang perlu diselesaikan khususnya pembayaran buah kelapa sawit yang sering ditangguhkan dan isu penyata hutang tanam semula. Beliau menambah isu lain yang dikhuatiri boleh menjejaskan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) ialah sara hidup Felda Technoplant yang membebankan dan tidak dikemas kini, masalah perumahan generasi kedua dan kos sara hidup yang semakin menghimpit warga Felda.
Shahaniza yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Multimedia dan Komunikasi Pahang berkata demikian semasa membahaskan ucapan dasar Presiden Umno pada Perhimpunan Agung Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini. Shahaniza yang juga cucu kepada generasi pertama Felda dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Sentul iaitu kawasan penanaman kelapa sawit, berkata undi kepada BN adalah 'satu penghargaan' kepada jasa kerajaan. Pada perbahasannya, beliau turut menyentuh mengenai bekalan minyak masak terputus di kawasan Felda, sedangkan Felda merupakan antara pengeluar minyak masak terbesar di dunia. "Tak jadi lawak ke tuan-tuan dan puan-puan, buka pintu rumah nan menghijau pokok kelapa sawit tapi buka almari dapur tiada bekalan minyak untuk digunakan sebagai keperluan harian," katanya. |
RUU 355 pakej dengan ‘gencatan senjata’ Pas-Umno Posted: 01 Dec 2016 06:33 PM PST Isu Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta 355 yang dibawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebenarnya dilihat sebagai berpakej dengan 'gencatan senjata' antara parti itu dan Umno, kata Ketua Pemuda Amanah Negeri Terengganu, Hasbie Muda. "Ramai yang melihat isu RUU 355 hanya pada hal ehwal RUU itu semata-mata. Ramai yang lupa bahawa RUU 355 datang bersekali dengan 'gencatan senjata' antara Pas dan Umno sebagaimana yang pernah diumumkan Naib Presiden Pas, Ustaz Nik Amar. Ia berpakej," tegasnya. Menurutnya, gambaran situasi gencatan senjata itu dapat dilihat pada sikap dan pendirian Pas mutakhir ini walaupun banyak kepincangan menyelubungi Presiden Umno dan rejim parti tersebut. "Bahasa mudahnya, 'Jika puak kamu (Pas) mahu kami (Umno) bagi laluan pindaan RUU 355, jangan serang kami dengan bersungguh-sungguh. Serang olok-olok cukuplah.'
Menurut Hasbie, sikap Pas yang tidak 'menyerang' Umno seolah-olah ahli Pas terkecuali daripada dikenakan cukai barang dan perkhidmatan (GST), kenaikan harga minyak petrol dan minyak masak serta permasalahan ekonomi yang datang serentak antara inflasi dan deflasi. "Seolah-olah ahli Pas semuanya hidup bahagia senang-lenang di bawah pemerintahan Najib. Umno bijak menggunakan kesempatan ini. Umno tahu bahawa jika pindaan RUU 355 gagal diluluskan, maka Pas akan kembali menyerang Umno sebagaimana sebelum 2013 dahulu," tegasnya. Sehubungan itu, beliau berpendapat pelbagai alasan dicipta sehingga menyebabkan perbentangan bagi pindaan Akta 355 itu ditangguh dan terus ditangguh. |
ORANG ASLI: AMANAH GESA MB KELANTAN BERUNDING SELESAI MASALAH Posted: 01 Dec 2016 06:30 PM PST Orang Asli: Amanah gesa MB Kelantan berunding selesai masalahMenteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob digesa supaya mengambil tindakan berunding dengan masyarakat Orang Asli di Gua Musang untuk menyelesaikan masalah dan tidak hanya berlepas tangan kepada agensi persekutuan. Timbalan Pengerusi Biro Undang-Undang (Kanun) Parti Amanah Negara (Amanah) Wan Anwar Wan Ibrahim dalam satu kenyataannya, menegaskan, kawasan hutan dan balak sebenarnya terletak dalam bidang kuasa negerisebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Berdasarkan kes Kong Chee Wai & Anor lwn Pengarah Tanah Dan Galian Perak & Ors [Saman Pemula No.: 24NCVC-76-02/2015], Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak telah memutuskan bahawa sesuatu Kerajaan Negeri mempunyai tugas fidusiari untuk menjaga hak dan kepentingan Orang Asli termasuklah mengenalpasti dan mewartakan tanah adat sebagai rizab Orang Asli. Kanun seterusnya menggesa Kerajaan Pas Kelantan untuk terus mempertahankan hak dan kepentingan Orang Asli ini selaras dengan Bahagian 6, Deklarasi Hak Orang Asal Antarabangsa (United Nations Declaration of the Rights of Indigenous People [UNDRIP]) yang menyatakan antara lain bahawa: Kerajaan mesti melaksanakan proses yang boleh memberikan pengiktirafan yang sewajarnya kepada Orang Asli dan hak-hak mereka ke atas tanah adat dan tanah asal. Akhir sekali, menurut kenyataan itu, Kanun juga telah meminta wakil peguam untuk memantau dan memberikan khidmat bantuan guaman kepada masyarakat Orang Asli yang terlibat supaya kepentingan dan hak mereka akan terus dilindungi. Sejak dua hari lalu 47 Orang Asli telah ditahan reman atas perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majisret Gua Musang. Mereka ditahan dalam operasi merobohkan sekatan di Pos Petei dan Pos Bihai di hutan simpan Balah, Gua Musang, Kelantan semalam. Permohonan reman dibuat atas kesalahan di bawah peruntukan Seksyen 32, Seksyen 47 dan Seksyen 81 Enakmen Perhutanan Negara 1984 kerana menceroboh dan menduduki kawasan hutan simpan tanpa kebenaran. Memandang berat isu ini kerana ianya melibatkan hak asasi golongan minoriti rakyat negara ini yang sepatutnya hak mereka dipertahankan. Masyarakat Orang Asli tersebut bersungguh-sungguh mempertahankan tanah adat turun-temurun mereka daripada dimusnahkan akibat aktiviti pembalakan yang tidak terkawal sehingga mencemarkan dan mengganggu serta menjejaskan kehidupan seharian, mata pencarian, sumber air dan makanan malah tempat perkuburan nenek moyang mereka. Pada Selasa Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub berkata, Kerajaan Negeri telah menyerahkan isu berkaitan insiden menghalang laluan balak di tiga lokasi iaitu di Hutan Simpan Kekal Balah, Hutan Simpan Kekal Perias dan Hutan Simpan Kekal Gunong Stong Selatan kepada Jabatan Perhutanan Negeri dan pihak Polis. |
SIAPA PENGKHIANAT SEBENAR TUN M ATAU JHO LOW – EZAM Posted: 01 Dec 2016 04:57 AM PST Siapa pengkhianat sebenar Tun M atau Jho Low – EzamPengkhianat negara sebenarnya bukan Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi Khairy Jamaludin dan Pemuda Umno, dakwa Mohamad Ezam Mohd Nor, bekas pemimpin Pemuda Umno. Ezam yang kini meninggalkan Umno dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mempertikaikan di mana Khairy yang lebih dikenali sebagai KJ apabila pemuda Cina yang bernama Jho Low menyapu duit berpuluh bilion dari rakyat. "Bila seorang pemuda Cina bernama Jho Low sapu duit rakyat berpuluh billion, mana KJ dan Pemuda Umno yang hari ini gah dabik dada jadi pemuda hero Melayu? "Malulah kepada pemuda-pemuda Cina yang bangkit tentang perangai jijik Jho Low. Mereka pemuda Cina tapi mereka minta Polis tangkap seorang pemuda Cina jahat bernama Jho Low ini. Mana pemuda Umno Melayu?" tanya bekas ketua pemuda Parti Keadilan Nasional kini PKR itu. Bagi Ezam yang pernah menjadi setiausaha politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjadi timbalan perdana menteri itu, sebagai pemuda Melayu yang pernah belajar di Universiti Oxford, KJ sepatutnya faham apa yang berlaku dalam kes perbicaraan 1MDB di mahkamah Singapura. "KJ lulusan Oxford tak faham Jho Low bukan sahaja sudah hilangkan billion duit kita tapi lebih parah Jho Low ini telah hilangkan keyakinan dunia pada kita. "KJ tidak faham mengapa Singapura sanggup tutup bank mereka gara-gara Jho Low? Mereka mahu tunjuk pada dunia mereka ambil tindakan supaya keyakinan dunia pada Singapura tidak hilang. "Di Malaysia kita langsung tidak ambil tindakan," kata Ezam, bekas Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan. Jika ini pemikiran KJ dan Pemuda Umno, kata Ezam, "Maknanya di Malaysia kita tidak kisah hilang billion ringgit. Kita tidak kisah dunia hilang keyakinan pada kita." "Bila seorang negarawan tua umur lebih 90 tahun kisah dan desak tindakan diambil untuk selamatkan negara anak-anak muda dalam Pemuda Umno ini panggil dia pengkhianat? "Kamu biarkan seorg pemuda Cina Jho Low ini belasah duit rakyat kita, ranap dan siat maruah negara kita, kamu jilat lagi pemimpin yang lindungi pemuda Cina ini kerana anak menantunya rakan kongsi, rakan berpoya. "Hanya kerana habuan duit untuk kamu, habuan jawatan untuk kamu, kamu rela bangsa ini ditipu hidup-hidup. "Kalau bukan pengkhianat apa lagi nama sesuai kamu wahai pemuda Umno?" kata Ezam dalam kenyataannya. |
DALAM DUA BULAN PARTI WARISAN SABAH DAFTAR 30,000 AHLI Posted: 01 Dec 2016 04:55 AM PST Kerjasama Umno – Pas hanya agenda Najib – Hadi?Kerjasama Umno-Pas sebenarnya tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno sejak ia mula disebut oleh Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak hampir setahun lalu. Perkara ini didedahkan Timbalan Pengarah War Room BN Bandar Tun Razak Datuk Zaharin Mohd Yasin yang mendakwa, kerjasama yang diuar-uarkan itu hanya berlaku antara Najib dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bukan membabitkan parti. "Kerjasama Umno-Pas ini sebenarnya bercanggah dengan perlembagaan parti masing-masing walaupun ia berkaitan Melayu dan Islam. "Umno-Pas tidak boleh bekerjasama. "Yang ada kerjasama itu sebenarnya antara Najib dan Hadi bukan Umno dan Pas…itu kehendak pemimpin. "Sebab itu sehingga hari ini kerjaasama ini tidak pernah dibawa berbincang dalam mesyuarat Majlis Tertinggi parti," ujarnya kepada Malaysia Dateline. Bahkan dakwanya lagi, oleh kerana kedua pemimpin menyedari akan hal itu, antara sebab ujarnya, Hadi sehingga kini tidak menyatakan pendiriannya berkaitan kerjasama parti itu dengan Umno. "Najib dan Umno pun tidak pasti apa pendirian Hadi dalam kerjasama ini sebab itu tiada dibincang dalam mesyuarat MT. "Walaupun Pas tidak berada dalam Pakatan Harapan, dia masih lagi cium 'bau busuk' Pakatan Harapan di Selangor. Itu sebab Umno jangan ditipu…kecuali ada perjanjian dengan Pas. "Pas juga tidak buat pendirian jelas untuk bekerjasama dengan Umno..ini semua (kerjasama Umno-Pas) macam 'pakatan haram' hanya cakap politik kedua pemimpin parti," ujarnya. Ditanya pula tentang parti serpihan Umno, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang kini sedang bergerak bersama Pakatan Harapan untuk bergabung menentang BN bercadang mengunakan satu logo, satu manifesto dan satu calon dalam pilihan raya akan datang. Zaharin yang juga bekas Setiausaha Bahagian Umno Bandar Tun Razak berpengalaman 40 tahun dalam parti berkata, adalah wajar sekiranya PKR,DAP,Amanah dan PPBM untuk bersatu. Tetapi adalah tidak wajar danlogik ujarnya, jika ada pihak berpandangan Umno dan Pas turut akan jalin kerjasama politik bagi berhadapan dengan gabungan pakatan itu kelak. "Pakatan Harapan dan PPBM mereka musuh boleh bergabung…dalam sistem peperangan musuh bertentangan bergabung melawan musuh yang sama. "Sebaliknya tidak mungkin Pas akan bergabung dengan Umno untuk menyerang sekutunya PKR dan PPBM..sudah pasti tidak akan berlaku," ujarnya. Malah katanya pandangan sebahagian pemimpin Umno bahawa kerjasama Umno-Pas dalam kepentingan Melayu, Islam dan politik hanya dikalangan pemimpin yang merasakan parti itu dalam keadaan terdesak. "Hanya orang yang rasa terdesak saja cakap begitu," ujarnya. Kerjasama Pas-Umno ini mula diperkatakan selepas Najib dan Hadi bertemu dalam Majlis Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia pada 17 Disember 2015 lalu. Di multaqa itu juga tujuh resolusi dimuktamadkan antaranya menyeru kerjasama politik antara Pas dan Umno. Malaysia dateline |
DALAM DUA BULAN PARTI WARISAN SABAH DAFTAR 30,000 AHLI Posted: 01 Dec 2016 04:53 AM PST Dalam dua bulan Parti Warisan Sabah daftar 30,000 ahliParti Warisan Sabah (Warisan), diterajui bekas menteri Datuk Seri Shafie Apdal, mendaftarkan kira-kira 30,000 ahli dalam tempoh tidak sampai 2 bulan selepas ia didaftarkan. Setiausaha Agung Warisan, Loretto S Padua Jr memberitahu FMT jumlah ini hanya bilangan permohonan yang diluluskan. "Kami mempunyai banyak lagi permohonan yang masih dalam proses kelulusan." Beliau berkata jelajah bergerak Warisan ke dalam kawasan utama Sabah sangat berjaya dengan jumlah kehadiran orang ramai melebihi jangkaan. "Setakat ini kami ke Sikuati, Sandakan dan Semporna untuk memberitahu orang ramai tentang parti dan menjelaskan mengapa kita perlu menentang Umno dan Barisan Nasional (BN) di Sabah," katanya, sambil menambah beberapa cawangan ditubuhkan di seluruh negeri. "Sambutan yang diterima luar biasa. Di Sandakan kira-kira 8,000 orang menghadiri acara kami di sana dengan ada yang datang sejauh Beaufort. Ia mengambil masa 6 jam perjalanan." Loretto berkata mereka yang menghadiri pameran bergerak dan mendaftar sebagai ahli kebanyakannya belia dari pelbagai latar belakang, termasuk Bumiputera Islam, Kadazan Dusun Murut (KDM) dan Cina. "Mereka memberitahu kami yang mereka mahu Warisan kerana kepimpinan yang kukuh di bawah Shafie dan parti tempatan berjuang untuk mereka." "Tidak kira apa latar belakang mereka, kebimbangan mereka adalah sama. Mereka sangat bimbang tentang survival, termasuk kos sara hidup yang meningkat dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)." Loretto berkata, cabaran utama setakat ini adalah beberapa rakyat Sabah berbelah-bahagi antara banyak parti pembangkang. Bagaimanapun, beliau berkata tumpuan utama Warisan kini adalah untuk menyatukan rakyat tanpa mengira fahaman politik dan bukan hanya menyatukan parti. Beliau juga menyatakan walaupun parti itu masih belum menjual barangan rasmi, terdapat ramai penyokong Warisan di Sabah yang mula mencetak baju-T dan pelekat dengan mesej sokongan untuk Warisan dan Shafie. Parti yang diasaskan Shafie dan Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking bertujuan mendapatkan tawaran lebih baik untuk Sabah, selaras Perjanjian Malaysia 1963. |
RUU355: Haji Hadi tertipu lagi???? Posted: 01 Dec 2016 04:49 AM PST Mari kita mula dengan menyebut yang tidak tersebut. Meminta lebih kuasa dan hak untuk menjatuhkan hukuman yang lebih berat ialah kaedah orang pemalas. Ianya juga kaedah orang yang cenderung kepada pemerintahan kuku besi dan diktator. Semua orang yang berfikiran waras yang mahu melindungi masyarakat dari perluasan kuasa pemerintah dan kumpulan yang mahukan kuasa dan meletakkan rakyat dibawah kebuasan kawalan, mesti berwaspada. Usaha menghimpun kuasa – apa jenis jua pun, temporal dan sekular, spriritual dan agama , sedang meningkat hari ini. Kita menghadapi krisis ekonomi Melayu misalnya yang konon memerlukan perluasan program kerajaan; kita berdepan dengan krisis moral dan kelunturan akhlak, penyelesaiannya juga melalui perluasan kuasa kerajaan. Krisis akhlak dan kehakisan pedoman agama khususnya memerlukan penyelesaian melalui pemerkasaan mahkamah syariah dan pengenaan hukuman yang lebih berat. Tanpa mengurangkan penghormatan kepada tokoh agamawan, perlu kita sebut disini, kita tidak terikat dengan penghormatan tersebut sehingga malu menegur golongan seperti Haji Hadi dalam kapasiti mereka sebagai ahli politik. Mereka handal dalam bidang ilmu mereka, tapi dari segi politik, mereka sepandai atau sebodoh kita jua. Pandangan politik mereka mungkin baik atau kurang teliti. Sebagai seorang ahli politik, Haji Hadi umpamanya, tidak mempunyai kelebihan apa2 pun malah , dilihat oleh umum, sebagai mangsa manipulasi politik UMNO.Sudah dua kali Haji Hadi berhenti pada perkara 49(1) Peraturan Mesyuarat sedangkan ianya boleh membawa kepada pembacaan kali pertama. Kenapa Haji Hadi tidak mahu peluang untuk menghuraikan usul nya? Ini isu kelolaan dan mengurus kapasiti yang ada. Ternyata, mahkamah syariah dan warga yang beroperasi di bawahnya – hakim, peguam, pentadbir, sehingga menteri yang menjaga institusi pelaksana keIslaman, gagal mengelola dan mengurus apa yang mereka ada. Ada beribu kes penceraian dimana wanita yang dicerai teraniaya kerana kes mereka lama belum diselesaikan. Kes tukar agama; kes penculikan si mati untuk ditanam dimana. Kualiti hakim, pendakwa raya, pegawai penyiasat masih belum diselesaikan tapi mereka mahukan kuasa yang lebih dan hukuman yang lebih berat. Lalu mereka menyalahkan kekurangan kuasa dan hukuman yang ringan sedangkan isu sebenarnya ialah kelemahan mereka. Mengapa mereka tidak dapat selesai masalah tidak patuh syariah? Sebab penyampaian keadilan dan hukum Islam mereka lemah dan tidak cekap. Jadi mereka datang kepada kita mahukan kuasa besar, luas dan kapasiti menjatuhkan hukuman yang lebih berat. Dan amat mudah menyembunyikan kelemahan dan kekurangan mereka – cabar keIslaman masyarakat. Jika tidak sokong; murtad, anti Islam, kafir dan mati nanti, tidak di perkuburan Islam. Ini adalah ugutan spiritual. Kita tidak akan berikan apa yang mereka mahu tanpa terlebih dahulu mereka melayakkan diri untuk mendapat kuasa tersebut. Dan kita jangan lupa mengambilkira kemungkinan, kuasa yang lebih luas dan keupayaan mengenakan hukuman yang lebih berat, berada dalam tangan pelampau agama. Dalam tangan golongan pelampau, hukum Islam jadi senjata penindasan dan pencabulan. Bayangkan jika kuasa yang luas berada dalam tangan individu yang memfatwakan jika Wan Azizah mati, dia di kebumi di jirat; bayangkan jika kuasa luas ada dalam tangan orang sepemikiran mufti Pahang yang mengkafir-harbikan orang DAP. Huru hara negara kita. Tunjuk kepada kita kebolehan, kecekapan, kemantapan prosidiur, kecenderungan kepada membela golongan lemah bukan menyebelahi yang berkuasa dan kaya. Kehakiman Islam di negara kita gagal membuktikan dengan bersenjatakan kuasa yang lebih dan hukuman yang berat, mereka berkemampuan membaiki kejahatan orang Muslim. Dalam tahun 1965, kita ada penjara 6 bulan dan denda RM1000. Kita cakap ini tidak mencukupi; maka bermula 1985, kita ada sistem 3-5-6. Penjara 3 tahun, denda 5 ribu dan sebat 6 kali. Hukuman ini lebih berat dari apa yang ada pada tahun 1965. Kita pun ingat, dengan hukuman yang lebih berat dan kuasa yang meluas, penyakit jahat kaum Muslim dalam negara selesai atau berkurang? Adakah 3-5-6 mampu membendung orang Islam yang jahat? Tidak. Kes perceraian tinggal begitu sahaja, mencuri dan merompak oleh orang Islam, zina, seks luar tabii, rasuah, dan segala kesalahan dalam senarai negeri terus berlaku. Apa maksudnya ini? Kuasa yang lebih luas dan hukuman yang lebih berat telah gagal digunakan oleh mahkamah syariah untuk membaiki umat Islam dalam negara ini. Bererti kaedah perundangan sahaja, tidak mencukupi untuk membaiki umat Islam tanpa disertai oleh langkah yang lebih menyeluruh. Sudahkan institusi Islam melakukan ini semua? Kamu meminta kita semua, memberi alasan dan justifikasi ke atas ketidakcekapan kamu dengan meminta lebih kuasa dan hukuman yang lebih berat? Jika demikian, golongan politik agama, tidak ada beza dengan Najib. Apa Najib buat bila berdepan dengan musibah hasil tangan nya? Dia mahukan lebih kuasa. Kuasa untuk menekan dan menindas rakyat. Maka dia ada akta hasutan, dia ada POCA, POTA, SOSMA dan undang-undang lain yang zalim. Ini petanda orang yang berotak diktator. Di samping itu, semua institusi yang menjaga kepentingan rakyat dirampas oleh Najib – institusi sahih untuk menekan rakyat khususnya polis, institutusi kepeguaman negara, kehakiman berada di bawah telunjuk Najib. Diktator suka menghimpun kuasa dalam tangan nya sendiri. Dari perspektif ini, Haji Hadi juga berminda diktator. Dia mahukan lebih kuasa. Dia mahukan hukuman yang lebih berat. Yang kena hukuman berat ialah orang miskin dan wanita dan golongan mustadhafin. Haji Hadi dan Najib seminda bila tamakkan kuasa. Janganlah orang Melayu menyangka, ulamak terlepas dari kerakusan mahukan kuasa yang tidak disoal dan di cabar. Ulamak juga korup dan rasuah, ulamak juga melakukan pelbagai kemungkaran. Ulamak juga bila berada atas mimbar pun turut memutar ayat-ayat Al-Quran. Bagaimana golongan seperti Haji Hadi mahu selesaikan masalah kaum Muslim di Malaysia? Dengan menambah kuasa dan menggunakan hukuman yang lebih berat yang berat sebelah menzalimi wanita dan golongan mustadhafin. Mahkamah syariah bergantung kepada kebolehan hakim dan peguam-peguamnya. Kepentingan yang mereka wakili adalah kepentingan yang berkuasa, yang kuat dalam masyarakat. Tidak ada beza dengan institusi2 yang dibawah telunjuk Najib yakni yang menjaga kepentingan 5% teratas, yang kaya dan yang berkuasa. Jalan pintas ialah menambah kuasa dan isytihar akan denda RM100 ribu, sebatan 100 kali dan penjara 30 tahun. Itu hanya memerlukan menepuktahniah belakang sendiri, hanya perlu memujuk emosi dan kesyahduan keinginan untuk mengIslamkan semua dan penyeruan langsung kepada orang Melayu yang beragama Islam. Sedangkan membaiki kaum Muslim secara lebih menyeluruh memerlukan penghujjahan, seruan tarbiyah yang bijak, menyeru kepada bahagian rasional otak dan usaha yang lebih rapi, kesemuanya tidak disukai oleh golongan pemalas dan golongan bergantung kepada hak semula jadi. Maka, salahkan semuanya kepada faktor luar. Kali ini salahkah kepada kelemahan mahkamah syariah, mahkamah syariah tidak cukup kuasa dan hukuman keatas penjahat dan pesalah laku tidak berat. Jika kemungkaran kaum Muslim tidak dapat dibendung, ianya mesti berpunca dari dalam diri. Janganlah kita bertempiaran sana sini, mengatakan bahawa ini semua orang salah orang lain. Jika Haji Hadi gagal mempengaruhi orang Islam mengenai RUU 355, jangan salahkan DAP. DAP hanya ada kekuatan 37 MP dalam parlimen, dan hanya dapat mempengaruhi majorti orang Cina dan rakyat Malaysia yang lain. Al-Quran menyebut bahawa Allah tidak mengubah keadaan sesuatu bangsa kecuali bangsa tersebut mengubah apa yang ada dalam diri mereka. Lihat Al-Quran 13:11. Al-Quran menyebut lagi, Allah tidak mengubah nikmat yang dirasai kecuali bangsa tersebut megubah apa yang ada dalam diri mereka. Lihat Al-Quran 8:53. Ternyata, kita mesti terlebih dahulu melihat ke dalam diri kita terlebih dahulu. Adakah kita mempunyai perbendaharaan nilai-nilai yang menyokong keadilan dan kesaksamaan, nilai anti rasuah, anti kemungkaran, anti kejahatan, anti pemimpin yang rasuah, nilai-nilai positif yang lain? Lihat kepada ini dahulu, sebelum senang2 menyalahkan orang lain kecuali diri kita. *Datuk Mohamad Ariff Sabri adalah Ahli Parlimen Raub |
RUU355: Takiyuddin tak perlu ‘syok sendiri’, Parlimen bukan sistem barter Posted: 01 Dec 2016 04:48 AM PST KUALA LUMPUR, 29 NOV: Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan ditegur supaya faham dan tidak mempolitikkan Akta 164 – Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) dengan RUU355 yang diusulkan Presiden PAS. Ini kerana dua usul tersebut adalah berbeza dan kerajaan telahpun memulakan perbincangan berkenaan penukaran unilateral sejak tahun 2005. Kerajaan juga telahpun menubuhkan tiga jawatankuasa bagi membincang dan meneliti pembaharuan akta itu. Menurut Ahli Parlimen Ipoh Barat M.Kula Segaran, pembaharuan Akta 164 ini turut diterima baik Ahli-Ahli Parlimen beragama Islam sendiri dan perlu disegerakan. Beliau justeru mahu supaya Setiausaha Agung PAS itu tidak 'syok sendiri' mengganggap dirinya sebagai wakil dan suara kepada Ahli-ahli Parlimen muslim yang lain. Kenyataan ini dibuat setelah Takiyuddin mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah mengugut bahawa "orang Islam tidak akan bersetuju dengan pembaharuan undang-undang" tersebut jika RUU355 terus dibantah dan diperdebatkan. "Saya terkejut dengan Takiyuddin yang tidak sedar bahawa Parlimen bukanlah tempat untuk melakukan 'sistem barter dan Ahli Parlimen mewakili dan berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira agama, kaum mahupun status ekonomi. "Pembaharuan Akta 164 ini akan menjamin saudara baru bersungguh-sungguh menerima Islam dan bukannya menggunakan Islam sekadar platform untuk mengelakkan tanggungjawab mereka," jelasnya. Tindakan beliau mempolitikkan pembaharuan Akta 164 itu kata Kula hanya menonjolkan keterdesakan PAS meneruskan hayatnya. Hakikatnya, nasib RUU355 masih dalam keadaan yang sangat samar dan jauh berbeza dengan konteks dan keperluan mendesak pembaharuan akta perkahwinan dan penceraian tersebut khususnya berkaitan hak penjagaan anak seperti dalam kes Indira Ghandi. – |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |