Ahad, 25 September 2016

Tukar Tiub

Tukar Tiub


TIDAK TAHU DAN TIDAK TEKNIKAL

Posted: 25 Sep 2016 08:09 PM PDT





LIKE FOLLOW LIKE
Woit... Tukar Tiub, lu munya facebook page kasi bukak itu like and follow like... Worang mau ikut lu munya stori lah, tarak mau add add friend la...manyak susah lah itu add friend. 

Lu suruh itu facebook pakar kasi toling bukak lah ada like n follow...itu macam manyak orang bolih kasi tau lu munya stori lah... on SELAMAT PENGANTIN BARU
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 9/25/16

JAWAB:
sebenarnya gua sendiri
tak tahu hal ini
kah kah kah
sorrriii



------------

TT JADI BOMOH

Posted: 25 Sep 2016 07:50 PM PDT







F.B


currently watching 'lelaki harapan dunia' dan tiapkali watak pak isham muncul aku pasti ketawa kecil. masih tidak mampu menghadap lakonan dan realiti watak Tukar Tiub sebagai bomoh hahaha


















NOTA:
ini bomoh orang asli
suku biduanda

-------------

BELUM DAPAT PENCERAHAN

Posted: 25 Sep 2016 07:18 PM PDT







BELUM DAPAT

PENCERAHAN

TAPI KITA

UCAPKAN

TERIMA KASEH

KERANA BERI

SATU IKLAN

UNTUK BERSIH5

ILMU POLITIK
bila musuh menyerang
bukan satu yang tak baik
ini amat baik kerana
ini MEMBERI maknanya 
apa yang kita lakukan 
adalah betul dan tepat
kalau musuh tak menyerang
maknanya apa yang kita
lakukan ialah kerja boldoh

NGO bantah perhimpunan Bersih 5 kacau ketenteraman awal
 | September 25, 2016
Wakil PKWEVP Izham Ishak berkata kumpulan Baju Merah juga akan cuba untuk menimbulkan provokasi bagi mengadakan perhimpunan, jika perhimpunan Bersih 5 diadakan

SUBANG JAYA: Dua badan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis bagi membantah perhimpunan Bersih 5 yang akan diadakan pada 19 Nov depan.
Dua NGO berkenaan adalah Persatuan Sahabat Peniaga-Peniaga Subang Jaya (PSPPSJ) dan Persatuan Kebajikan Warga Emas dan Veteran Puchong (PKWEVP).
Pengerusi PSPPSJ C. Mariappan berkata sekiranya perhimpunan itu diadakan, ia secara tidak langsung akan menjejaskan pendapatan peniaga kecil mahupun restoran di sekitar ibu kota.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat 2 laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, di sini.
DALAM PERANG
APA BENTUK  
BERITA ADALAH 
AMAT BAIK
YANG TAK BAIK
BILA TAK ADA
BERITA LANGSUNG
------------

FORUM KELMARIN DI PJ

Posted: 25 Sep 2016 06:30 PM PDT





PROJEK DIALOK



. "I am a propagandist, I use humour to propagate overthrowing the government."



. "I want to overthrow the government, there is no joke or comedy about it."



----------

BUNGKUS DENGAN UTUSAN

Posted: 25 Sep 2016 06:00 PM PDT





SUMBAT PERUT KAPAL
Kahkah memang diaorang teramat suka tangkap apa apa berkaitan lu bro, takdak reason nak tangkao lu, tangkap buah lu pun jadik kahkah! 

Tapi serious tt lu patut bungkus elok guna utusan meloya 3-4 naskah (banyak orang buang ok je nak cari kahkah) dan masuk dalam kotak, selotep, timbang, scan, dan sumbat masuk perut kapalterbang, jangan bawak hand carry, baru tak kena tangkap buah lu kahkah on KENA TANGKAP LAGI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 9:41 PM




---------------

SELAMAT PENGANTIN BARU

Posted: 25 Sep 2016 05:00 AM PDT





SIAPA FRUS

MEMONGGENG?




 | September 25, 2016
Wanita berusia 27 tahun, yang baru-baru ini dinamakan sebagai salah seorang ahli politik paling hangat di Malaysia oleh FMT,... More ››


















cerita panjang

nanti gua

stori

kah kah kah


-------------------

SILA KLIK IKLAN

Posted: 25 Sep 2016 04:00 AM PDT











DERMA DAPUR 

JALANAN



iKLAN
jika anda lihat 
ada iklan
sila klik iklan itu
iklan dalam blog ini
tanpa pembaca klik
ianya menjadi iklan percuma

duit dari iklan 
dihadiahkan kepada
  dapur jalanan


-----------

DARI SINGA PURA PURA SINGA

Posted: 25 Sep 2016 02:00 AM PDT






F.BOOK



They called me a rioter, a dropout, a Marxist mastermind, and the late Rajaratnam as Goreign Minister even called me an agent of MCP, MI6, KGB, CIA, and a host of terrorist organisations. And when none of these sticks, the regime's last line of defence is that I absconded.
This is said by all recent Singapore High Commissioners to queries as to why Tan Wah Piow could not return.
Once again they wasted good taxpayers money to spread the same nonsense, keeping an eye on my writings.
The same attacks appear two days ago in The Independent SG and Malaysiakini following my article on Mahathir.
The truth is that the Lee Kuan Yew abused the National Service conscription, using it as an instrument of persecution against me. I was not stupid to step into his trap when he ordered the military to conscript me on the hour of my release from prison following the notorious frame-up charge manufactured by his then trade union crony Phey Yew Kok.
Who was breaking the law? Not me.

INGAT NAMA 


INI NANTI


GUA STORI 


My article on Mahathir's Talk in London, now published in Malay by Malaysia Kini.
---------
ULASAN "Apa yang kita perlu buat?" soal seorang pelajar prihatin dalam pertemuan di London pada Rabu malam.
"Apa yang kita perlu buat ialah pastikan pembangkang kuat – kita cuba rekrut anggota baru – kita sasar sejuta anggota.
"Jika orang ramai mahu bantu kita tumbangkan kerajaan, tolong bersama kita."

Wow, ini panas!

Kenyataan ini bukan dibuat oleh ahli politik biasa di Malaysia.
Ia sebaliknya dilontarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri keempat dan paling lama berkhidmat dalam sejarah Malaysia. Beliau bercakap pada 21 September lalu di Dewan Senat, Universiti London.

Acara itu diunjurkan oleh Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas).

Sepanjang ucapan, Mahathir menggunakan istilah "kita" apabila merujuk kepada pembangkang.

Ditanya tentang pemimpin pembangkang yang sedang dipenjarakan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas timbalannya yang bertukar musuh, Mahathir berkata kita terdapat "persamaan antara beliau dan saya".

Persamaan itu dilihat dalam usaha menjatuhkan perdana menteri sekarang.

Beliau memberitahu hadirin:

"Ramai orang hidup dalam ketakutan. Kamu boleh ditangkap di mana-mana tanpa waran. Kalau lapor polis, peguam kamu pula nanti kena tangkap.

"Saya sudah disoal siasat empat kali. Kalau kamu nak soal saya, dakwalah saya (di mahkamah)."

Bagi sesetengah pihak, kenyataan Mahathir yang senada dengan bekas musuh politiknya itu sungguh ironi.

Tetapi politik adalah politik, musuh semalam boleh jadi sekutu hari ini.

Walaupun Mahathir kini bercakap soal keperluan reformasi di tengah-tegah masalah negara, beliau tidak menyimpulkan kesilapannya di masa lalu.

Ditanya sama ada beliau menjadi punca terhadap isu-isu negara pada hari ini, Mahathir pantas menjawab, dalam senyuman.

"Orang selalu tuduh saya buat salah tetapi tiada bukti."

Ditanya sama ada beliau berhenti menjadi perdana menteri terlalu awal, katanya beliau telah memilih dua perdana menteri, tetapi ia mengecewakan.

"Seorang Mr Clean sebelum dia jadi PM," katanya merujuk kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Dan kedua anak seorang perdana menteri yang rajin.

"(Tetapi) macam mana saya nak tahu PM itu akan mencuri?" soalnya.

[Baca ulasan penuh]
TAN WAH PIOW ialah peguam dari Singapura yang hidup dalam buangan di London selama 39 tahun.

------------

LAGI KENA TANGKAP

Posted: 25 Sep 2016 01:30 AM PDT




KENA TANGKAP
Kau ini memang suka kena tangkap ya tt? Atau polis itu yang suka tangkap sama kau? Tahun 70 mereka itu tangkap engkau sudah. Tahun 90 mereka tangkap sama engkau lagi. Tahun 2000 pun mereka tangkap sama engkau. 

Aku pikir nanti tahun 3000 pun mereka ndak ada tahan sudah, mereka kasi tangkap sama engkau lagi tt! Jadi aku ada pikir bah, aku mau cipta satu air baru dan aku mau kasi nama itu air: air tangkap engkau, atau kasi pendek sama itu nama: air tangkau. Bagus bah tt? on HARI INI DALAM SEJARAH
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 9/25/16


-------------

KENA TANGKAP LAGI

Posted: 25 Sep 2016 12:38 AM PDT





BERITA BURUK

DARI API API


KAH KAH KAH

BUAH TERAP

GUA KENA

TANGKAP

DAH MASUK 

DALAM KAPAL

TAPI

SEBELUM KAPAL

NAIK TETIBA...

KAH KAH KAH

GAGALIS




----------------

DARI KOTA BARU

Posted: 24 Sep 2016 09:00 PM PDT





Objektif ialah mengapungkan bahaya sistem pilihanraya negara kita sendiri. Methodnya pelbagai dan yang termampu. Antaranya ialah pelepasan konvoi membawa obor BERSIH serentak seluruh negara. Obor pejuangan ini akan diserahkan dari mukim ke mukim, daerah ke daerah, negeri ke negeri, hinggalah di Kuala Lumpur pada 19 Nov nanti.

Untuk di Kota Bharu, inilah upacara perasmian dan pelepasan yang termampu. Untuk itu, kami mengalu2kan adik2 berbasikal, pakcik2 berbeca, brother2 berkuda dan orang ramai menyertai kami. Berarak sepanjang 4 km untuk perasmian. Insyaalllah.

1 Oktober 2016. 9 pagi. Padang Bank (depan Masjid Muhammadi)













----------------

BARU SEDAR

Posted: 24 Sep 2016 08:00 PM PDT

 





BARU SEDAR

BARU TAHU

BARU MAHU

| September 24, 2016
Gerakan akan menyerahkan bantahan kepada jawatankuasa yang baru ditubuhkan untuk menyelaraskan cadangan BNkepada SPR berkaitan usul persempadanan

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH





---------------

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Amanah sedia tanding tiga penjuru dengan Pas, Umno

Posted: 25 Sep 2016 09:11 AM PDT

BORHAN AHMAD
 
 
Husam Musa ketika bercakap dalam dialog satu tahun Amanah di Muar malam tadi.Husam Musa ketika bercakap dalam dialog satu tahun Amanah di Muar malam tadi.


Amanah lebih bersedia untuk berlawan tiga penjuru di Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang berbanding satu lawan satu, kata Datuk Husam Musa, pemimpin Amanah Kelantan.

"Kita yakin kalau lawan tiga penjuru dengan Umno dan Pas, kita akan mendapat undi paling banyak," kata Husam dalam dialog sempena sambutan satu tahun Amanah di Muar malam tadi.

Menurut Husam, Amanah juga berpeluang untuk menang sembilan dari 15 kerusi negeri yang dimenangi oleh Pas di Selangor sekarang.

Sehubungan itu, beliau yang merupakan bekas Pengarah Roadmap to Putrajaya Pas pra pilihan raya umum ke 13 lalu mencadangkan kepada pemimpin Amanah di Selangor melancarkan jentera pilihan raya di kesemua 15 kerusi yang dimenangi Pas di Selangor sekarang.

Husam memberikan beberapa alasan kenapa beliau mengambil sikap dan berpandangan sedemikian.

Orang ramai yang memenuhi dewan ketika dialog satu tahun Amanah di Muar.Orang ramai yang memenuhi dewan ketika dialog satu tahun Amanah di Muar.ALASAN

"Alasan saya, di seluruh negara, rating Umno telah turun di bawah 30% kerana isu GST, kos sara hidup, peluang pekerjaan, rakyat menderita, 1MDB, perpecahan dalam Umno dan lain-lain.

"Bermakna Umno tidak akan membuat lonjakan baru di Kelantan dan Malaysia," katanya.

Pas di Kelantan pula adalah sebuah kerajaan yang telah mentadbir tiga tahun selepas Tok Guru Nik Abdul Aziz meninggal dengan pencapaian di bawah paras rendah (below par).

"Dia tidak ada dilivery, tiada program baru, tidak ada sentuhan kepada grassroot, rakyat dah muak.
"Amanah pula lahir sebagai juara di tengah-tengah Umno yang telah terkunci dan Pas yang sedang menurun. Amanah insya Allah akan berjaya di Kelantan," kata Husam disambut terikan takbir dan tepukan gemuruh para hadirin.

Atas dasar itu, katanya, beliau lebih senang pertandingan tiga penjuru di Kelantan.

"Kalau ikut rasa hati dan teori ini, saya tak nak satu lawan satu di Kelantan, saya nak tiga penjuru. Tetapi kalau dah jamaah putuskan satu lawan satu, kita nak buat macamana," katanya.

Tetapi, kata Husam, beliau mahu beritahu Pas, di Kelantan khususnya, Amanah mahu pertandingan tiga penjuru.

"Silakan isya Allah, Pas kuat, Amanah parti kecil. Izinkan pertandingan tiga penjuru di Kelantan, kita lihat sipa akan bentuk kerajaan dalam pilihan raya akan datang.

"Dengan bahasa inilah sahaja baru Pas faham," katanya merujuk kepada sikap Pas yang tidak mahu berunding dengan pihak lain bagi memastikan satu lawan satu berlaku dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurut Husam yang menyertai Amanah 30 Ogos lepas, pihaknya telah membuat persiapan untuk menghadapi Umno dan Pas dalam pilihan raya umum akan datang di Kelantan.

Husam mengulas soalan dari peserta tentang cadangan satu lawan satu antara pembangkang dengan Barisan Nasional.

Bagi Husam, yang membuat onar dalam cadangan satu lawan satu adalah Pas.

Secara tersurat dan tersirat, Pas mahu memastikan kerajaan Melayu Islam dikekalkan.

Dengan cara itu, katanya, pertandingan tiga penjuru diperlukan untuk memastikan Umno menang walaupun ia tidak disebut secara terbuka.

JANGAN TAK TAHU, NAJIB PUN NAK MERASA JADI PERDANA MENTERI 22 TAHUN JUGAK!!

Posted: 25 Sep 2016 09:07 AM PDT

shahbudindotcom


Satu demi satu pemimpin UMNO tampil membidas cadangan Mukhriz Mahathir berkenaan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri hanya untuk dua penggal saja.

Mula-mula Hishammuddin Hussein membangkitkan persoalan mengapa Mukhriz tidak melontarkan idea itu ketika bapanya sedang berkuasa dahulu, tanpa beliau sedar bahawa bekas Menteri Besar Kedah itu sebenarnya hanya aktif dalam politik setelah Tun Mahathir berundur sebagai Perdana Menteri.
 
 
 
 
Memang "ke laut"  hujah sepupu Najib Razak itu.

Hari ini, Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa pula mengatakan cadangan itu hanya untuk meraih sokongan semata-mata dan tidak berhak dipaksa kepada parti-parti lain.

Lagi "ke laut"  kata-kata Annuar ini.
 
 
 
Kesian Annuar Musa...agaknya beliau tak cukup faham dengan intipati sebenar apa yang diperkatakan oleh Mukhriz itu.

Mukhriz dengan jelas menyebut bahawa cadangan dua penggal tempoh perkhidmatan Perdana Menteri itu akan dilaksanakan sekiranya PPBM bersama Pakatan Harapan dapat mengambil alih pentadbiran negara dalam PRU 14 akan datang.

Maka, ia memang tidak ada kena mengena dengan UMNO dan BN atau mana-mana parti lain. Tidak ada dicadangkan sama sekali oleh Mukhriz agar UMNO turut melaksanakan peraturan tersebut.

Kalau cadangan itu hanya untuk PPBM dan Pakatan Harapan, kenapa Annuar mesti terasa hati?
 
 
 
 
Ohhh...rupa-rupanya Najib pun ada hati nak jadi Perdana Menteri selama 22 tahun juga!!

Patutlah tak setuju!!

Maknanya, Hishammuddin dan Annuar  tidak setuju dan awal-awal meluahkan serangan terhadap Mukhriz berikutan cadangan itu kerana ingin memenuhi impian Najib memerintah negara selama 22 tahun.

Kalau S Nallakaruppan kata, 10 tahun lagi Najib boleh jadi seperti Mahatma Ghandi, jadi apa pula agaknya jika diberi peluang sehingga 22 tahun? 


Pengangkutan awam dulu sebelum cerita parkir

Posted: 25 Sep 2016 08:53 AM PDT

Mohd Hafizan Mazuki


ULASAN Setiap hari sebanyak tiga juta kenderaan keluar masuk ke Kuala Lumpur. Manakala parkir Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berjumlah 45,000 petak sahaja.

Ia tidak mampu menampung jumlah kenderaan yang keluar masuk. DBKL cuba mengambil langkah tidak popular dengan menaikkan caj parkir sebanyak 150 peratus.

Ia mengundang kecaman bukan sahaja penduduk di ibu kota, bahkan seluruh Malaysia. Langkah ini bagaimanapun bukan langkah terkebelakang.

Kebanyakan negara utama di dunia mengambil langkah sama bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas. Kenaikan kadar bayaran parkir akan menjadi relevan sekiranya pengangkutan awam benar-benar efisien.

Sebenarnya beberapa siri kenaikan harga minyak (sebelum diapungkan) dan harga pengangkutan awam bertujuan menaik taraf sistem pengangkutan awam yang ada sekarang.

Namun ia masih tidak menampakkan hasil yang positif.

Baru-baru ini pengangkutan awam di ibu negara menjadi bahan jenaka yang menyebabkan pengguna terpaksa berjalan di atas landasan transit aliran ringan (LRT).

Kebetulan pada waktu berkenaan tayangan filem Korea -Train to Busan. Poster filem ini yang memaparkan landasan kereta api diolah dengan situasi yang berlaku di Malaysia.

Bandar transit

Kuala Lumpur sedang menuju ke arah bandar yang berkonsepkan 'transit oriented development'. Namun dalam konteks di Malaysia ia akan mengambil masa untuk perkara ini berhasil.

Projek kereta api MRT yang ada sekarang juga dalam proses untuk mengakses ke seluruh pelosok Lembah Klang yang tidak terjangkau dengan aliran transit sebelum ini.

Mengambil contoh seorang pekerja yang tinggal di sekitar Kerinchi, Kuala Lumpur, mereka hanya perlu berjalan kaki dan akses ke Stesen Universiti atau Stesen Kerinchi untuk ke tempat kerja.

Sekiranya kita bicara seorang pekerja yang perlu bergerak ke beberapa tempat mesyuarat di Kuala Lumpur pada hari yang sama, memang pengangkutan awam agak sukar.

Sedikit masa lalu, ada sebuah kempen yang menggalakkan perkongsian kenderaan ke tempat kerja. Namun kempen ini tidak meluas dan bertahan hanya beberapa ketika.

Pengguna masih mengira kos relatif yang lain termasuk waktu menunggu dan betapa penatnya mereka hendak berjalan ke stesen aliran ringan.

Sekiranya kos itu berbaloi dengan kos hidup seharian, harga minyak dan peningkatan harga barang runcit, pengguna akan memilih pengangkutan awam.

Langkah pertama sebelum menaikkan harga parkir di Kuala Lumpur, DBKL dan agensi kerajaan yang lain harus berbincang bagi menurunkan harga pengangkutan awam.

Untuk rekod tambang LRT dan Monorel meningkat hampir 100 peratus pada 2 Disember 2015.


MOHD HAFIZAN MAZUKI adalah graduan Perancangan Bandar dan Wilayah dan mempunyai sarjana dalam bidang Perumahan. Kini beliau bertugas sebagai pegawai projek kanan dengan Gender Responsive dan Participatory Budgeting, PWDC.

Pakatan Harapan 'tidak layan' kami, kata Presiden BERJASA [TONTON VIDEO]

Posted: 25 Sep 2016 08:41 AM PDT

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: BERJASA Parti Koperasi (BERJASA) yakin penyertaan mereka ke dalam Gagasan Sejahtera pimpinan PAS akan menambah nilai selain mengukuhkan blok ketiga itu, untuk menjadi parti altenatif selain Umno Barisan Nasional (BN). 
 
Presidennya Datuk Seri Mustapa Kamal Maulut bagaimanapun berkata keputusan untuk menyertai Gagasan Sejahtera dibuat selepas permohonan BERJASA untuk menyertai Pakatan Harapan (PH) tidak dilayan.
 
"Sebelum ini kita secara bersama sudah mengemukakan hasrat (untuk sertai) Pakatan Harapan tetapi (kepimpinan gagasan itu) tidak mengambil endah hasrat kita," dedah Mustapa ketika dihubungi Antarapos.
 
BERJASA semalam mengumumkan hasrat menyertai Gagasan Sejahtera sebagai persediaan untuk menghadapi Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) yang dijangka diadakan kurang dua tahun daripada sekarang.
 
Hasrat untuk menjadi parti komponen dalam Gagagsan Sejahtera disuarakan kepada Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang turut di saksikan Setiausaha Agung Parti Ikatan Malaysia (IKATAN), Tengku Ahmad Mudzaffar Tengku Zaid. 
 
Mengulas lanjut Mustafa berkata beliau yakin masa depan BERJASA bersama Gagasan Sejahtera, amat cerah.
 
Malah beliau berkata Gagasan Sejahtera yang dianggotai PAS, IKATAN dan BERJASA sudah bersedia untuk menjadi alternatif kepada rakyat untuk mengambil alih kerajaan selepas PRU14.
 
"Gagasan Sejahtera yang dianggotai oleh PAS, Parti Ikatan dan BERJASA akan jadi altenatif kepada Umno yang memerintah sekarang. Walaupun rakyat mendapati banyak kelemahan yang berada dalam pemerintahan Umno BN tapi mereka sedang menunggu apakah parti altenatif untuk mereka sertai dan memerintah Malaysia. 
 
"Saya percaya bahawa dengan paduan PAS, Parti IKATAN dan BERJASA akan saling "check dan balance" dan layak untuk kita jadi altenatif kepada rakyat Malaysia," katanya lagi.
 
PAS membentuk Gagasan Sejahtera bersama IKATAN selepas enggan menyertai PKR, DAP dan Amanah untuk membentuk Pakatan Harapan.
 
Mustafa ketika ditanya apakah matlamat politiknya pada PRU14 kelak berkata parti itu berhasrat untuk bertanding di lapan kerusi DUN Selangor.
 
"BERJASA sebelum ini mengumumkan secara berperingkat akan bertanding di lapan DUN di Selangor, dan akan umumkan kerusi mana. Tetapi bersama dengan Gagasan Sejahtera kita akan berunding dengan PAS dan Ikatan di kerusi-kerusi lain. 
 
"Pada pandangan BERJASA adalah sangat strategik dan kita mempunyai peluang untuk menang di tempat itu. Tambahan lagi pada pandangan kita bahawa kerusi ini tidak ditandingi oleh PAS," ujar Mustafa.
 
Kerusi itu ialah Batang Kali, Kota Damansara, Semenyih, Jeram, Pelabuhan Klang, Dengkil, Kuang dan Hulu Bernam.
 
Mustafa sekali lagi menegaskan, hasrat BERJASA itu tidak mutlak dan terbuka untuk perbincangan dengan PAS dan IKATAN.
 
 

Waran tangkap untuk Ananda

Posted: 25 Sep 2016 08:23 AM PDT

MALAYSIAKINI


Sebuah mahkamah di New Delhi mengeluarkan waran tangkap ke atas ahli perniagaan Malaysia T Ananda Krishnan dan pembantunya Augustus Ralph Marshall selepas mereka didakwa gagal bekerjasama dengan pihak berkuasa India sejak dua tahun lalu.

Menurut laporan The Times of India saman untuk kedua-dua mereka gagal diserahkan dengan cara biasa melalui saluran perundangan antara negara.

"Pihak berkuasa Malaysia menolak menyerahkan saman berkenaan. Dalam keadaan begitu satu-satunya cara yang ada ialah untuk menghubugi Interpol. Justeru pengeluaran waran (tangkap) adalah perlu

"Dalam keadaan saman seterusnya gagal disampaikan menjadi hak pendakwa untuk memohon waran tangkap dikeluarkan ke atas tertuduh," kata mahkamah yang dipetik akhbar berkenaan.

Pada 2014 Biro Siasatan Pusat India mengemukakan tuduhan ke atas Krishnan dan Marshall serta ahli politik di selatan India yang juga bekas menteri telekomunikasi negara itu, Dayanidhi Maran atas dakwaan rasuah.

Mereka dituduh bersubahat membantu kumpulan Maxis menguasai sebuah syarikat telefon India pada 2006.

Pemimpin BN, pembangkang diajak promosi BERSIH 5

Posted: 25 Sep 2016 08:17 AM PDT

Zikri Kamarulzaman


Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mempelawa ahli politik kerajaan dan pembangkang untuk menyertai konvoi mempromosi perhimpunan mereka pada 19 November ini.

Pengerusi BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah berkata pelawaan itu memang sentiasa dibuat pertubuhan berkenaan sebelum ini.

"Kami sudah menjemput mereka, sama ada dari BN atau pembangkang. Kami memang sentiasa berbuat begitu," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Pada 14 September lalu Malaysiakini menyiarkan laporan BERSIH menetapkan 19 November sebagai tarikh mengadakan perhimpunan kelima mereka dengan tema Satukan Tenaga, Malaysia Baru!

Untuk menggerakkan penyertaan massa BERSIH akan mengadakan konvoi selama tujuh minggu ke seluruh negara mulai 1 Oktober ini bagi menyampaikan maklumat mengenai perhimpunan itu.

BERSIH 5 dijangka lebih menarik kerana untuk kali pertama ia berlangsung selepas beberapa bekas pimpinan atasan Umno mula bergerak dalam sebuah parti berdaftar dan secara jelas bertujuan mengalahkan BN.

Maria berkata antara tokoh yang akan terbabit dalam konvoi berkenaan ialah bekas perdana menteri yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

Kedua-dua mereka pernah berseteru dan menjadi musuh ketat suatu ketika dulu.
Bagaimanapun Maria menafikan khabar angin yang kononnya mendakwa Dr Mahathir dan Lim dilantik mengetuai konvoi masing-masing di wilayah utara dan selatan.

"Semua pihak dialu-alukan menyertai program ini namun hanya mereka yang bersetuju dengan tuntuan BERSIH akan membuat ucapan kepada umum," katanya.

Konvoi BERSIH 5 akan dilancarkan serentak di enam wilayah Kangar, Perlis untuk wilayah utara; Johor Bahru, Johor (selatan), Kota Bharu Kelantan (timur); Lumut, Perak (barat) Sandakan, Sabah dan Miri, Sarawak di Malaysia Timur.

Ia akan berakhir dengan perhimpunan BERSIH 5 pada 19 November ini di Kuala Lumpur.

Perhimpunan itu diadakan bagi menuntut kerajaan melaksanakan pilihan raya yang bersih, mengukuhkan demokrasi berparlimen, memperkasakan Sabah dan Sarawak dan mendapatkan hak untuk berbeza pendapat.

Ia juga dibuat bagi mendesak supaya Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan ekoran dakwaan skandal rasuah yang dikaitkan dengannya.

Najib secara konsisten menafikan sebarang salah laku membabitkan dana awam seperti yang didakwa ke atasnya.

Kali terakhir BERSIH diadakan adalah pada tahun lalu dan menarik kira-kira 100,000 orang di tengah Kuala Lumpur

Dakwaan PAS berkali-kali khianati PKR tidak berasas - Naib Presiden PAS

Posted: 25 Sep 2016 08:13 AM PDT

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Kenyataan Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifuddin Nasution bahawa PAS berkali-kali mengkhianati parti itu berhubung isu agihan kerusi pada musim pilihan raya, tidak berasas.
 
Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata beliau kesal akan kenyataan Saifuddin itu dan menegaskan ia hanya akan menyukarkan proses rundingan antara dua parti itu kelak.
 
"(Kenyataan Datuk) Saifuddin Nasution membawa nada untuk bergaduh bukan untuk berunding. 
"Membuat tuduhan-tuduhan dan membuat andaian. (Sikap itu) tidak gentlemen," ujar Iskandar kepada Antarapos menerusi aplikasi WhatsApp.
 
Saifuddin semalam berkata PKR tetap akan mengadakan rundingan berhubung pembahagian kerusi dengan parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu untuk menjamin pertandingan dua penjuru pada Pilihan Raya Umum (PRU14) kelak.
 
Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab sembang santai sempena Sambutan Amanah Setahun di Muar, pada Sabtu malam.
 
Saifuddin mendakwa PAS pada PRU10 hingga PRU13 mengkhianati keputusan yang dipersetujui bersama dua parti itu membabitkan kerusi Bukit Besi, Seberang Takir, Kota Putera, Kota Damansara dan Sungai Acheh.
 
Bagaimanapun ujar Saifuddin, meskipun sering dikhianati PAS, PKR tetap akan meneruskan rundingan dengan parti itu untuk menumbangkan Umno Barisan Nasional (BN) pada PRU14, akan datang.
 
Merujuk kenyataan itu, Iskandar berkata kenyataan Saifuddin itu tidak menggambarkan pendirian sebenar PKR terhadap PAS.
 
Malah Exco Selangor itu berkata, sekiranya PKR terus menuduh PAS dengan tuduhan tidak berasas, formula satu lawan satu akan menemui kegagalan.
 
"Saya harap ini bukan sikap kesemua pimpinan PKR. Jika tidak rundingan mungkin akan gagal sebelum bermula," katanya lagi.
 
 

PRU14: Pas tetap lawan Umno

Posted: 25 Sep 2016 08:11 AM PDT

Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan


SHAH ALAM – Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan mengulangi pendirian parti Islam itu tidak akan sesekali bergabung dengan Umno dalam PRU akan datang.

Malah katanya, Pas telah menetapkan pendirian untuk kekal melawan Umno di mana-mana kerusi yang ditandinginya.

"Pendirian jelas Pas ini sudah diketahui, difahami dan diterima oleh ahli-ahli Pas dan orang awam khususnya dalam kalangan kaum Melayu dan beragama Islam.

"Sikap Pas terhadap pelbagai pihak termasuk BN serta kerajaan pula yang berasaskan kepada 'Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS)' juga mendapat reaksi positif dan sokongan oleh rakyat bervariasi kaum dan agama di negara ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membidas laporan berita dari sebuah akhbar Cina yang mendakwa Pas dan Umno telah bergabung untuk merampas Selangor daripada pihak pembangkang.

Mengulas mengenai tajuk berita berkenaan, Nasrudin berkata, laporan berita itu hanya ditulis berdasarkan kenyataan pemimpin DAP, Liew Chin Tong dan ia bukan daripada sumber yang tepat.

Katanya, kenyataan pemimpin DAP itu hanya berniat untuk menyebarkan keraguan dan meruntuhkan keyakinan orang awam terhadap Pas.

Chin Tong dikatakan mengulas mengenai gabungan antara Pas dan Umno bagi memenangi Selangor pada pilihan raya akan datang.

Pendapat Chin Tong disiarkan dalam tajuk "Umno-Pas cooperation to win power in Selangor: a pact not to fight each other" pada 18 September lalu.

"Suka saya tegaskan bahawa bukannya pendirian dan sikap politik Pas yang tidak jelas, sebaliknya cara dan matlamat berpolitik DAP lah yang sudah tidak lagi relevan.

"Kenyataan berasaskan persepsi dan propaganda jahat bukanlah cara yang sihat dalam berpolitik. Namun, adalah amat dikesali apabila cara itu masih digunapakai sebahagian pimpinan DAP bagi melaraskan peluru dendam terhadap Pas," katanya lagi.

Terengganu di ambang penyingkiran

Posted: 25 Sep 2016 08:08 AM PDT

skuad Penyu
Kesebelasan utama skuad Penyu yang diturunkan pengendali sementara Terengganu, Mustaffa Kamal Abd Wahab ketika turun melayan kunjungan Kedah, malam tadi.‎ - Foto oleh AIDIL MUSLIMIM
 

PASUKAN Terengganu terus berada di ambang penyingkiran setelah mencatatkan kekalahan 0-3  ke atas Kedah dalam perlawanan kedua terakhir saingan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam ini.

Kekalahan itu jelas memperlihatkan skuad Penyu hampir pasti melangkah ke saingan Liga Perdana musim depan selepas menghuni tangga tercorot Liga Super dengan mengutip 19 mata selepas mengharungi 21 perlawanan.

Pertemuan itu menyaksikan kem pelawat bermula garang dengan terus mengasak benteng pertahanan tuan rumah bagaimanapun percubaan awal itu berjaya dikekang Vincent Bikana pada minit kedua perlawanan.

Empat minit berselang pelawat hampir berada di depan menerusi percubaan kemas, Thiago Agusto  Fernandes namun palang gol menjadi penghalang biarpun ketika itu penjaga gawang Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee sudah tertewas ketika itu.

Percubaan itu jelas menyuntik semangat Helang Merah untuk mencari jaringan pembukaan dan kerja keras skuad kendalian Tan Chen Hoe akhirnya membuahkan hasil apabila Thiago Agusto Fernandes berjaya membawa Kedah di depan selepas memanfaatkan hantaran kemas Smelts Shane Edwards pada minit ke-13.

Tuan rumah yang sesekali menlancarkan serangan balas nyaris menyamakan kedudukkan pada minit ke-18, tetapi percubaan dari luar kotak penalti yang dilakukan Vincent Bikana gagal menemui gawang gol Kedah.

Dua minit selepas itu, kem tuan rumah sekali lagi mempunyai peluang terbaik untuk mengikat kedudukan, namun Norshahrul Idlan Talaha sedikit terlewat sebelum benteng pertahanan Kedah pantas menafikan hajat skuad Penyu.

Sebaliknya kem pelawat berjaya mencipta dua peluang untuk mengukuhkan kedudukan, bagaimanapun percubaan Thiago Agusto Fernandes (minit 34) dan Mohd Syazwan Zainon (minit 35) dinafikan tiang gol.

Menuju ke penghujung perlawanan skuad Penyu meraih peluang keemasan untuk meledakan gol pada minit ke-37 menerusi sepakan penjuru Mohd Fakhrurazi Musa namun tandukan Mohd Ashaari Shamsuddin sedikit tersasar ke sebelah kanan gawang gol Kedah.

Bersambung babak kedua memperlihatkan kedua-dua pasukan memperkemaskan rentak permainan, bagaimanapun kem tuan rumah gagal mengimbangi rentak permainan yang dipamerkan skuad Helang Merah apabila Kedah berjaya mengukuhkan kedudukan pada minit ke-62 menerusi tolakan kemas Smelts Shane Edwrad untuk gol kedua pelawat hasil hantaran kemas Thiago Agusto Fernandes.

Terengganu yang cuba bangkit mengatur  serangan ke gawang gol Kedah bagaimanapun gagal melepasi kekentalan benteng pertahanan pelawat yang dikawal rapi kapten pasukan, Khairul Helmi Johari dan gandingannya, Mohamad Syawal  Nordin.

Kedah yang terus memperagakan aksi lebih berdisplin berjaya melebarkan jaringan pada minit ke-80 menerusi 'ayam tambatan', Thiago Augusto Fernandes untuk gol ketiga pelawat sekaligus menafikan hajat tuan rumah untuk melepasi zon penyingkiran.


Saya bukan mahu berlagak, cakap besar tapi...'

Posted: 25 Sep 2016 08:06 AM PDT


TMJ
Tunku Ismail
 

TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini menegaskan bahawa beliau adalah orang paling layak untuk mengubah hala tuju bola sepak negara.

Menerusi kenyataan beliau di Facebook rasmi Johor Southern Tigers, Tunku Ismail berkata, kenyataan itu bukan untuk mendabik dada sebaliknya beliau mempunyai formula yang telah terbukti berjaya.

"Saya ingin berterus terang, bukan kerana disebabkan angkuh atau mahu berlagak, tetapi saya adalah orang paling sesuai untuk mengubah bola sepak tanah air. Bukan mahu cakap besar, tetapi saya tahu saya mempunyai formula dan formula itu telah berjaya dalam JDT," katanya.

Ujarnya lagi, seandainya beliau berjaya mengambil alih skuad kebangsaan, pemain pasti boleh melakukan perkara yang sama seperti mana Johor Darul Ta'zim (JDT) namun menegaskan ia tidak semestinya boleh terus menang.

"Anda kena tahu, secara realistiknya banyak kelemahan dalam FAM untuk tempoh 30 tahun, jadi sekiranya saya ambil alih pun sekurang-kurangnya saya memerlukan 4 tahun untuk mengubahnya. Walau bagaimanapun, saya tidak boleh lakukan kerana komitmen saya adalah di sini (Johor). Apa yang boleh saya lakukan adalah membantu memberikan pandangan," katanya.

Tunku Ismail berkata, fokusnya kini masih di JDT kerana banyak lagi tugasan beliau yang belum selesai seperti belum lagi layak ke pentas saingan ACL, stadium baharu dan akademi baharu juga masih belum siap.

"Setiap kali bila orang tanya saya berkaitan menjadi Presiden FAM, saya macam 50/50

"Kerana saya tahu perubahan yang saya boleh lakukan. Tetapi dalam masa yang sama saya tidak mahu. Hanya penyokong JDT sahaja yang menghargai perubahan yang saya buat. Tetapi orang lain yang rasa macam dah pandai sangat, terutama dalam laman web 'lain-lain'. Saya rasa kenapa tidak lantik mereka sahaja untuk menguruskan pasukan bola sepak tanahair, kenapa perlu saya pula?," katanya.

Menceritakan pengalamannya, Tunku Ismail atau mesra digelar TMJ berkata, pernah suatu ketika pasukan kebangsaan bermain Piala AFF Suzuki di Singapura dan Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin memintanya masuk ke bilik persalinan untuk memberi semangat dan menaikkan motivasi pemain.

"Saya kemudiannya pergi ke bilik persalinan itu, tetapi saya tidak tahu nak cakap apa. Di Johor, saya tahu apa yang nak dicakapkan dan saya tahu bagaimana nak naikkan semangat pemain.

"Ini kerana kasih sayang saya terhadap negeri saya, termasuklah pemain-pemain yang memakai baju JDT dan kami berada di dalam satu organisasi yang dianggap seperti keluarga," ujarnya.

Tambah Tunku Ismail, dalam situasi itu beliau tidak tahu apa yang mahu diberitahu dan kebanyakannya bukan pemain JDT.

"Saya boleh memberi motivasi untuk mengingatkan agar menjadi pemain profesional tetapi saya rasa itu tidak kena kerana ia tidak datang daripada hati, ia datang daripada mulut saya.

"Saya lebih suka apa yang saya sampaikan datang daripada hati saya.

"Untuk membantu FAM, kemungkinan adalah sukar. Tetapi untuk memberikan pendapat, visi serta polisi untuk mempertingkatkan mutu bola sepak dan memperbaiki bola sepak tanah air dalam segala aspek, Insya-ALLAH," katanya lagi.

Perintah berkurung di Esszone dilanjutkan hingga 10 Oktober depan

Posted: 24 Sep 2016 05:08 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KOTA KINABALU: Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang berakhir hari ini dilanjutkan mulai esok hingga 10 Oktober ini dari pukul 7 malam hingga 5 pagi.
 
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun berkata, dengan perlanjutan itu, orang ramai yang tinggal di kawasan berkenaan diminta berada di rumah dan dilarang memasuki kawasan berkenaan sepanjang tempoh itu.
 
Abdul Rashid dalam kenyataannya hari ini berkata, perairan yang terlibat dalam perintah berkurung itu meliputi daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.
 
"Keperluan untuk meneruskan perintah berkurung di situ ialah untuk memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh pengganas yang mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan dan pelancong luar negara yang melawat pulau peranginan," katanya.
 
Menurut Abdul Rashid berdasarkan maklumat yang diterima, kumpulan pengganas Abu Sayyaf dan penjenayah dari selatan Filipina yang melakukan penculikan untuk mendapat wang tebusan, masih cuba menceroboh untuk melakukan jenayah rentas sempadan.
 
Katanya, perintah berkurung itu juga diteruskan bagi menjamin keselamatan pengguna perairan tersebut serta mereka yang tinggal di kawasan daratan Esszone.
 
Menurutnya, perintah berkurung itu akan memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot, sekali gus mewujudkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet dan nelayan dengan kehadiran anggota keselamatan di sekitar kawasan mereka.
 
"Saya juga memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah di kawasan Esszone untuk mengeluarkan permit kepada mana-mana pemohon bagi tujuan aktiviti perikanan atau laluan melalui kawasan perintah berkurung yang mendesak," katanya.
 
 

Warga Singapura maut, motosikal berkuasa tinggi putus dua

Posted: 24 Sep 2016 05:06 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SEREMBAN: Seorang lelaki warga Singapura maut apabila motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya terbabas lalu terbakar di Kilometer 276, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara di sini, pagi tadi. 
 
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 pagi berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban itu, motosikal mangsa Wong Chee Wai, 26, putus dua dan terbakar.
 
Difahamkan, mangsa yang menunggang motosikal jenis Ducati menyertai konvoi bersama beberapa rakannya dari Singapura menuju utara tanah air. 
 
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Pegawai Bomba Kanan II, Badrol Tamam Abdul Rahim, berkata, seramai tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 10.22 pagi. 
 
"Setibanya di lokasi kejadian, mangsa ditemukan sudah tidak bergerak di lorong paling kanan lebuh raya arah utara," katanya ketika dihubungi hari ini. 
 
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban untuk dibedah siasat.
 
 

Ahmad Yakob mungkin dilantik Mursyidul Am PAS Oktober depan

Posted: 24 Sep 2016 05:01 PM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan M Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Ketua Penerangan Dewan Ulama, Datuk Khairuddin Aman Razali tidak menolak kemungkinan pelantikan Datuk Ahmad Yakob sebagai Mursyidul Am PAS diadakan pada Oktober depan.
 
Khairuddin berkata lazimnya individu yang memangku sesuatu jawatan akan terus dilantik ke jawatan itu, begitu juga Ahmad.
 
Ahmad, buat masa ini sedang memangku jawatan mursyidul am PAS, selepas kematian penyandangnya, Datuk Dr Haron Din akibat komplikasi jantung, minggu lalu.
 
"Kebiasaannya kita akan bermesyuarat dua bulan sekali. Ikut jadual (mesyuarat akan datang) pada bulan 10.
 
"Selalunya pemangku akan terus dilantik menjadi Mursyidul Am," demikian menurut Khairuddin ketika dihubungi Antarapos, hari ini.
 
Khairuddin bagaimanapun memberitahu tarikh mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS bagi pelantikan tersebut belum ditetapkan.
 
Ahmad, yang juga Menteri Besar Kelantan pada Rabu lalu menolak jawatan Mursyidul Am PAS, sekaligus hanya ingin kekal sebagai timbalan mursyidul dan memberi laluan kepada individu yang lebih layak menggantikan Allahyarham Haron.
 
 

Selangor pertimbang tindakan undang-undang untuk batalkan persempadanan semula SPR

Posted: 24 Sep 2016 04:59 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan memerinci tindakan undang-undang yang boleh diambil untuk membatalkan cadangan persempadanan semula kerusi DUN dan Parlimen, yang dibuat  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas badan itu gagal mengemukakan alasan bernas bersabit perkara itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. 
 
"Saya dan kerajaan negeri akan mengarahkan peguam kami untuk mengkaji segala tindakan perundangan yang boleh di ambil (terhadap SPR)," kata beliau dalam satu kenyataan. 
 
Kerajaan Selangor sebelum ini mengutus surat kepada SPR untuk berjumpa pimpinan badan itu serta mendapatkan penjelasan mengenai cadangan-cadangn persempadanan yang menimbulkan keresahan di kalangan parti pembangkang dan juga Barisan Nasional. 
 
SPR menegaskan segala cadangan itu, termasuk yang melibatkan perpindahan pengundi dari satu kawasan ke kawasan lain, masih tertakluk kepada proses bantahan yang merangkumi sesi inkuiri awam.
 
Justeru ia menasihatkan semua pihak untuk membuat bantahan mengikut saluran yang di tetapkan bagi membolehkan ia di pertimbangkan. 
 
Azmin bagaimanapun membidas SPR kerana tidak memberikan penjelasan sebagaimana yang diinginkan oleh kerajaan negeri. 
 
Beliau mendakwa cadangan-cadangan SPR itu tidak berasas dan harus di tolak.   Dalam kenyataan itu, beliau bagaimanapun tidak menyatakan sama ada akan menyertai proses bantahan yang di tetapkan oleh SPR. 
 
Semalam, BN yang turut terkesan dengan cadangan persempadanan semula SPR itu menubuhkan panel untuk mengemukakan bantahan dan maklum balas daripada parti-parti komponennya.

Amanah setuju gabungan baru pembangkang, tapi beri amaran jaga-jaga dengan PAS

Posted: 24 Sep 2016 04:57 PM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan M Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Amanah tidak menolak syor Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) supaya kesemua parti pembangkang membentuk satu barisan yang bernaung di bawah satu logo demi berdepan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
 
Pengarah Komunikasinya, Khalid Samad bagaimanapun berkata sebarang ketetapan muktamad perlu dibincangkan bersama agar perbezaan politik dapat dielakkan.
 
"Pada dasarnya kita bersetuju dan inilah yang kita gelarkan sebagai gabungan dan kerjasama secara mega. Amanah tidak ada masalah dengan hal itu dan mengalu-alukan cadangan itu," katanya kepada Antarapos, hari ini.
 
Semalam Naib Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata syor gabungan yang dipanggil Barisan Rakyat itu akan disuarakan kepada ketua-ketua parti dalam waktu terdekat.
 
Gabungan berkenaan penting supaya kesemua parti pembangkang dapat melawan BN dengan satu logo yang sama, sekaligus tidak mengelirukan pengundi.
 
Gabungan itu juga dikatakan tidak akan menyisihkan PAS, yang kini bergerak sendirian selepas tidak menganggotai Pakatan Harapan (PH) ekoran terkuburnya Pakatan Rakyat (PR) Jun tahun lalu.
 
Diajukan hal itu, Khalid bagaimanapun memberi amaran awal kepada bekas partinya supaya teguh dengan komitmen bersama, sekiranya bersetuju untuk bersama dalam gabungan baru itu nanti.
 
"Sekiranya mencapai kemenangan, jangan berubah dan bawa kerusi membentuk gabungan dengan pihak lain. Maknanya, kena ada komitmen terhadap gabungan tersebut untuk membentuk kerajaan baru bersama atas dasar-dasar yang dipersetujui bersama.
 
"Bukan sekadar bertanding dengan sokongan parti-parti rakan, kemudian apabila dah menang (rasa) berhak ikut kehendak masing-masing. Tak boleh," tegas Ahli Parlimen Shah Alam itu.
 
Mukhriz pada satu sesi dialog bersama penyokong Bersatu, semalam turut mendedahkan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan perjumpaan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dengan menyifatkan hasil perbincangan itu sebagai positif.
 
 

PKR bimbang nasib 'Barisan Rakyat' jadi seperti Pakatan Rakyat

Posted: 24 Sep 2016 04:54 PM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan M Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Barisan Rakyat, yang bakal membentuk gabungan baru kesemua parti pembangkang untuk mendepani Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dikhuatiri akan menerima nasib mirip Pakatan Rakyat (PR).
 
Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul mengambil contoh pendaftaran PR yang tidak pernah diluluskan, sehinggalah gabungan antara PKR-DAP-PAS itu terkubur pada Jun tahun lalu.
 
Johari berkata demikian sebagai respon terhadap syor Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), menerusi Naib Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mahu kesemua parti pembangkang membentuk satu barisan yang bernaung di bawah satu logo bagi mendepani BN pada PRU14 akan datang.
 
"Jika ini dibawa oleh Mukhriz, saya tegaskan ia bukan perkara baru. (Namun) tiada masalah di pihak PKR dan parti-parti lain untuk bertanding di bawah satu logo. 
 
"Saya dimaklumkan ada beberapa syarat tertentu yang dikemukakan oleh pihak pemerintah. Jika gabungan yang disaran didaftarkan pun tidak diluluskan (PR), saya tak jangka mereka akan benarkan (pendaftaran gabungan baru)," katanya kepada Antarapos, hari ini.
 
Mukhriz ketika mengadakan sesi dialog bersama penyokong PPBM semalam memaklumkan syor gabungan yang baru itu akan disuarakan kepada ketua-ketua parti dalam waktu terdekat.
 
Ia bagi memastikan wujud pertandingan satu lawan satu, sekaligus mengelakkan kekeliruan di kalangan pengundi.
 
Pada waktu ini belum ada nama muktamad yang dicadangkan bagi pembentukan gabungan tersebut, melainkan Barisan Rakyat yang dicadangkan oleh beberapa pihak di dalam media sosial.
 
Sementara itu ditanya apa yang akan terjadi terhadap Pakatan Harapan (PH) sekiranya gabungan baru itu wujud, Johari menjelaskan kerjasama antara PKR-DAP-Amanah itu akan tetap diteruskan sehinggalah satu ketetapan yang lain diputuskan.
 
"PH telah diwujudkan secara rasmi, secara konsensus. Bermakna menerusi tiga parti bergabung. PH juga bersetuju untuk meneruskan usaha-usaha berjumpa parti-parti lain. 
 
"Jika konsensus juga bersetuju untuk menukar PH kepada pakatan lain, atau membesarkan PH dengan menerima anggota baru, itu terpulang kepada pimpinan. Namun ia tidak menghalang untuk kita berjumpa ahli baru," kata Ahli Parlimen Sungai Petani itu.
 
Gabungan baru itu juga mungkin akan disertai PAS.
 
Mukhriz juga membayangkan hasil perbincangan positif dicapai menerusi perjumpaan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.
 
 

Amanah harap ROS beri kerjasama luluskan 'Barisan Rakyat'

Posted: 24 Sep 2016 04:53 PM PDT

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
MUAR: Pimpinan Amanah menyambut baik cadangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) supaya kesemua parti pembangkang bernaung di bawah satu logo, namun berharap agar pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS) memberi kerjasama yang baik ke arah usaha tersebut.
 
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, beliau juga sudah berbincang dengan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung idea berkenaan.  
 
"Cuma halangan terbesar dalam idea itu adalah sebagaimana kami lalui sewaktu zaman Pakatan Rakyat dahulu, kita kemukakan permohonan kepada ROS tetapi sampai PRU13, ROS mendiamkan diri. Itu isunya. 
 
"Kita tak putus asa, sekiranya semua parti (pembangkang) bersetuju, kita boleh mendapat kata sepakat dan akan adakan pertemuan dengan ROS untuk mereka luluskan pendaftaran apa saja nama sama ada Pakatan Harapan atau Harapan Rakyat, untuk berdepan satu lawan satu dengan BN.   
 
"Saya harap ROS tak guna pelbagai halangan dan apa jua alasan, izinkan kami didaftarkan dan kami boleh guna satu lambang pada PRU akan datang," katanya ketika ditemui sewaktu Sambutan Setahun Amanah di sini, hari ini.
 
Semalam Naib Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengesyorkan supaya kesemua parti pembangkang membentuk satu barisan yang bernaung di bawah satu logo demi berdepan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
 
Ujar bekas Menteri Besar Kedah itu, syor gabungan yang dipanggil Barisan Rakyat itu akan disuarakan kepada ketua-ketua parti dalam waktu terdekat.
 
Gabungan berkenaan penting supaya kesemua parti pembangkang dapat melawan BN dengan satu logo yang sama, sekaligus tidak mengelirukan pengundi, kata Mukhriz.
 
Gabungan itu juga dikatakan tidak akan menyisihkan PAS, yang kini bergerak sendirian selepas tidak menganggotai Pakatan Harapan (PH) ekoran terkuburnya Pakatan Rakyat (PR) Jun tahun lalu.
 
Menyentuh mengenai penerimaan Amanah terhadap PAS di dalam gabungan yang dicadangkan itu, kata Salahuddin, parti itu sentiasa mengamalkan sikap 'tangan terbuka', namun ianya bergantung kepada PAS sendiri. 
 
"Pintu sudah dibuka, kalau mereka (PAS) mahu masuk bersama barisan pembangkang atau bersendirian menubuhkan blok ketiga. Tapi Amanah alukan sebarang bentuk rundingan yang kita rasakan penting untuk berdepan dengan BN pada PRU akan datang," katanya lagi.
 
Hal tersebut turut dipersetujui Ketua Wanita Amanah, Dr Siti Mariah Mahmud.
 
Ahli Parlimen Kota Raja itu menambah, satu perbincangan di antara kesemua parti pembangkang perlu dilakukan sekiranya PAS menerima idea berkenaan, khususnya membabitkan agihan kerusi bagi mencapai konsep satu lawan satu.    
 
"Semua orang berhasrat untuk melihat satu lawan satu dan PPBM kata bukan mereka mahu bertanding semua tempat. Pakatan Harapan sedar hakikat itu. 
 
"Masalah sekarang, adakah PAS sanggup bekerjasama dengan gabungan empat parti ini iaitu PPBM, PKR, DAP dan Amanah. Kalau mereka sanggup datang bersama, tentu kita perlu berunding, bukan satu parti mendominasi yang lain," kata beliau lagi.
 
 

JDT belum simpan taring

Posted: 24 Sep 2016 04:42 PM PDT

JDT belum simpan taring
Pemain JDT, Mohd Amirul Hadi Zainal meraikan jaringan bersama rakan-rakan ketika menentang T-Team pada perlawanan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin hari ini. - Foto Bernama
 

JUARA Liga Super 2016, Johor Darul Ta'zim (JDT) ternyata masih belum puas meskipun sudah rasmi menjadi juara buat tiga tahun berturut-turut apabila menjinakkan T-Team 5-1 dalam aksi kedua terakhir saingan tersebut malam ini.

Beraksi di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin ternyata memberikan aura semangat kepada Harimau Selatan yang dilihat masih belum menyimpan taring tatkala saingan liga musim ini sudah mula melabuhkan tirainya.

Skuad kendalian Mario Gomez bermula garang apabila beberapa percubaan hasil serangan bertali arus yang dipamerkan JDT gagal menemui jaring gol.

Pada minit ke-4, percubaan kapten pasukan, Amri Yahya hampir meletakkan Harimau Selatan di hadapan apabila percubaan luar kotaknya berjaya diselamatkan penjaga gol lawan.

Mimpi ngeri pasukan pelawat bermula apabila Amirul Hadi yang tidak dikawal kemas pertahanan T-Team dengan selesa menanduk masuk gol pendahuluan tuan rumah pada minit ke-5 hasil hantaran Fadly Mazlan.

Tersentak dengan gol berkenaan, gandingan import pasukan lawan, Makan Konate dan Patrick Dos Santos Cruz cuba melakukan serangan balas namun masih gagal menggugat keampuhan pertahanan JDT.

Permainan kembali didominasi Harimau Selatan apabila penyerangnya, Juan Martin Lucero dengan tenang menanduk masuk hantaran lintang S Chanturu pada minit ke 26.

Lucero sekali lagi menjadi penghukum pasukan pelawat apabila meledak masuk gol ketiga JDT selepas melakukan sepakan volley bola muntah hasil percubaan Amri Yahya pada minit ke 34
.
Kealpaan jentera tengah JDT, Garry Steven Robbat yang gagal mengawal bola dengan sempurna kemudiaannya menjadi punca awang import The Titans, Patrick Dos Santos Cruz  berjaya meledak gol pertama pasukan pada minit ke 43.

Tatkala wisel penamat bagi separuh masa pertama ditiupkan pemain lawan, Maiga Abdoulava pula memusnahkan harapan pasukan selepas dirinya tertampan masuk hantaran dari S Chanturu sekali gus menyumbang gol keempat JDT.

Babak kedua menyaksikan JDT dianugerahkan sepakan penalti daripada pengadil, Zulkifli Ahmad apabila pemain The Titan, Ahmad Takiyuddin Roslan menjatuhkan Pareyra Diaz dalam kotak penalti pada minit ke 58.

Lucero yang gagal menyempurnakan penalti tersebut bagaimanapun menebus kesilapannya apabila berjaya menyumbat masuk gol kelima pasukan sekali gus melengkapkan hatrik pada minit ke 61.

Sebelum perlawanan melabuhkan tirai, penyerang lawan, Muhd Safawi Rased hampir menghadiahkan gol kedua saguhati buat pasukan selepas mengalahkan penjaga gol Farizal Marlias namun sepakannya gagal menemui jaring. Keputusan kekal 5-1 hingga wisel penamat.

Turut berlangsung malam ini majlis ringkas penyerahan piala Liga Super 2016 yang disempurnakan Ketua Pengarah Eksekutif (FMLLP) Kevin Ramalingam kepada Presiden Kelab JDT, Tunku Aminah Sultan Ibrahim.