Tukar Tiub |
- SUSAH JADI MELAYU
- SIDANG AKHBAR BERSEJARAH
- SEMUA DI JEMPUT DATANG -
- CUKAI MINYAK LAGI
- AJEN FBI MASIH BERKELIARAN
- BANI MELAYU BERSERABUT
- AJEN FBI?
- LIMA AKAN SAMPAI
- AKAN SAMPAI
- SAHELAI KAIN PELIKAT
- RUSIA TIDAK MAHU PERANG
- FBI SEDANG MENCARI
- SIAPA DIA MO1 DI CARI FBI
- TEATER SUMPAH LAKNAT
- ANCUK OMAK KAO
- FUKWA FUKWA
Posted: 03 Aug 2016 08:11 PM PDT WOIT HANG INGAT SENANG NAK DAPAT BIDADARI BERMATA JELI UNDANG UNDANG WAYANG KULIT Undang-udang tutop Aurat Undang dan udang Panggung Wayang & Wayang Kulit Udang dan Undang ber-baris ikut jantina di check out kaunter Udang udang untok poster jam tangan & iklan shampoo Udang untok rampas mayat Undang Kundang Khalwat Khalwat Tak boleh tapi Rogol boleh * Dah rogol kena-lah kahwin mangsa-nya Ini lah...ape lagi mau tambah? Makan daging babi haram tapi makan dedak Halal... Oh yeah , Dedak is King on BANI MELAYU BERSERABUT Publish | Delete | Spam Anonymous on 8/4/16 BERSERABUT Bani melayu ni mmg kepala berserabut. Macam2 law nak kene ikut. Law kampung, law bandar, law berkawan, law beristeri, law majlis bandaran, law menteri, law melancap, law solat, law puasa, dan segala apa lanchow law lagi.. Beribu2 law ini kerjanya membuatkan bani melayu terus bodoh bangang sepanjang hayat jika dilayan 1000 persen. Kalo betul2 bendul ikut law, nak bernapas pun susah. Apatah lagi nak bergerak. Jangankan kata nak melancap, nak kentut pun susah. on APA LAGI NAK HARAM Publish | Delete | Spam Anonymous on 7/31/16 ------------ |
Posted: 03 Aug 2016 07:39 PM PDT SIDANG AKHBAR BERSEJARAH DI AMERIKA PEGUAM NEGARA AMERIKA LORETTA LYNCH 20 JULAI 2016 TENTANG KES ROMPAKAN 1MDB SIAPA JANTAN PALING KIRI? SIAPA JANTAN INI? ANDREW McCABE PEGAWAI NUMBER DUA DALAM FBI YANG DITUGASKAN UNTUK MENANGKAP MALAYSIAN OFFICIAL1 Andrew McCabe Named Deputy Director of the FBI — FBIhttps://www.fbi.gov/.../andrew-mccabe-named-deputy... Jan 29, 2016 - FBI Director James B. Comey has named Andrew McCabe as the Bureau s newdeputy director. Mr. McCabe most recently served as the FBI sFederal Bureau of Investigation -------------- |
Posted: 03 Aug 2016 07:00 PM PDT |
Posted: 03 Aug 2016 06:30 PM PDT MENTERI KPDNKK WAJAR LETAK JAWATAN JIKA TIDAK TAHU KEWUJUDAN CUKAI MINYAK TERSEMBUNYI Saya kecewa dengan kenyataan balas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Hamzah Zainuddin bahawa beliau tidak tahu mengenai cukai minyak tersembunyi dan harga minyak setiap bulan ditetapkan mengikut purata harga pasaran bulan sebelum itu. Saya telah membawa isu cukai tersembunyi ini sejak tahun 2014 lagi apabila penetapan harga minyak yang dijual kepada pengguna (RON95, RON97 dan diesel) terdedah kepada keputusan politik yang menyebabkan rakyat sentiasa rugi. Isu ini mula-mula timbul bermula Julai 2014 apabila kerajaan tidak menurunkan harga minyak sedangkan harga minyak mentah sedunia jatuh merudum. Sikap pentadbiran Najib yang mengambil kesempatan dengan mencukai rakyat secara senyap pada ketika harga minyak mentah jatuh merudum telah saya bawa di dalam Parlimen dan ke pengetahuan umum sejak 2014 lagi. Sebagai tindakbalas kepada desakan termasuk ugutan saya dan sahabat-sahabat untuk mengadakan demonstrasi pada 31 Disember 2014 sekiranya harga minyak tidak diturunkan selaras dengan kejatuhan harga minyak mentah; pentadbiran Najib memperkenalkan sistem apungan harga berdasarkan pasaran seperti yang ada sekarang. Malah, saya turut disaman oleh Najib dan Rosmah ekoran dari kritikan saya terhadap tindakan Perdana Menteri menghapuskan subsidi minyak yang saya sampaikan di dalam satu ceramah di Bandar Tun Razak mengulas dasar penetapan harga minyak pada ketika itu. Oleh yang demikian, alasan Hamzah Zainuddin bahawa beliau tidak tahu mengenai kewujudan cukai minyak tidak boleh diterima kerana KPDNKK sendiri tahu mereka berdepan dengan timbang tara dari pihak saya berkaitan apa-apa keputusan melibatkan harga minyak. Selain dari kenyataan media yang berterusan, saya juga telah mengemukakan banyak soalan di Parlimen mengenai cukai tersembunyi akibat dari dasar penetapan harga oleh kerajaan ini. Jawapan beliau bahawa harga ditetapkan mengikut harga pasaran purata bulan lepas bukanlah satu jawapan kerana itu diketahui umum. Isu yang saya timbulkan kini ialah kenapakah kerajaan melanggar formula yang ditetapkan mereka sendiri apabila kiraan berdasarkan formula (mengikut harga pasaran purata bulan Julai) menunjukkan harga RON95 bagi Ogos 2016 sepatutnya RM1.65 seliter; bukannya RM1.75 seliter yang ditetapkan KPDNKK. Kewujudan harga tambahan 10 sen seliter yang dibayar oleh pengguna sekarang adalah bersamaan dengan cukai 10 sen seliter yang saya maksudkan sebagai cukai tersembunyi. Isu ini adalah mudah dan jelas tetapi membawa kesan yang besar kepada sebahagian besar rakyat. Jika Hamzah Zainuddin masih belum arif mengenai bidang tugas beliau dan perkara-perkara teknikal seperti ini setelah lebih setahun menjawat jawatan Menteri KPDNKK, beliau wajar meletak jawatan dan menyerahkan jawatan itu kepada seorang yang tahu mengenai perkara-perkara ini. Jika beliau tahu, maka beliau wajar menerbitkan jadual pengiraan harga bulanan mengikut formula sejak sistem apungan harga diperkenalkan agar rakyat boleh diyakinkan bahawa mereka tidak dicukai secara senyap. RAFIZI RAMLI NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG AHLI PARLIMEN PANDAN ---------------- |
Posted: 03 Aug 2016 06:00 PM PDT PENGARAH OPERASI Anonymous on 8/3/16 JADI PAPARAZZI Boleh hire jadi paparazzi kut on AJEN FBI CURI DUIT MALAYSIA MO1 curi duit rakyat malaysia. MOnyet curi surat tentera malaysia. Nampak tak persamaan dalam perbezaan di antara 2 ayat di atas? Bila kita sebut tentera, otomatik terbayang kem pertahanan yang sangat terkawal rapi, amat canggih peralatan, sungguh berdisiplin tindak-tanduk dan cukup hebat pertahanan dan persenjataan. Malang untuk malaysia, bila sebut tentera, kini otomatik terbayang pencerobohan kem tentera darat di grik oleh beberapa orang amatur2 menaiki pajero lama, ketidakupayaan kapalselam baru berharga billion ringgit milik tentera laut untuk menyelam, ketiadaan tindakbalas segera lagi jitu oleh tentera udara yang hanya bersegera membuat andaian sendiri tanpa penyiasatan dan pengesahan apabila radar mereka mengesan pesawat mh370 melencong jauh dari laluan sebenar. Dan nampaknya kini putaran insiden gempar lagi memalukan ini sudah cukup satu pusingan lengkap dan berbalik semula ke kem tentera darat, yang kini diceroboh lagi, bukan naik pajero usang tapi naik pokok, bukan on AJEN FBI? Publish | Delete | Spam Anonymous on 8/4/16 ------------ |
Posted: 03 Aug 2016 06:10 AM PDT BANI MELAYU BANYAK LAW Bani melayu ni mmg kepala berserabut. Macam2 law nak kene ikut. Law kampung, law bandar, law berkawan, law beristeri, law majlis bandaran, law menteri, law melancap, law solat, law puasa, dan segala apa lanchow law lagi.. Beribu2 law ini kerjanya membuatkan bani melayu terus bodoh bangang sepanjang hayat jika dilayan 1000 persen. Kalo betul2 bendul ikut law, nak bernapas pun susah. Apatah lagi nak bergerak. Jangankan kata nak melancap, nak kentut pun susah. on APA LAGI NAK HARAM Publish | Delete | Spam Anonymous on 7/31/16 ---------------- |
Posted: 03 Aug 2016 05:39 AM PDT MENYAMAR? Tentera punyai sistem penyampaian surat terkawal dan terjamin untuk dokumen-dokumen rahsia tentera SOALAN KURUN INI APAKAH INI AJEN FBI MENCARI MO-1? ----------------- |
Posted: 03 Aug 2016 05:08 AM PDT GUA UDAH CAKAP LU TAK CAYA LEPAS EMPAT PASTI LIMA Lagi demo BERSIH, kali ini desak tangkap MO1BERSIH hari ini secara rasmi mengumumkan perhimpunan rakyat besar-besaran kali kelima akan diadakan dalam masa terdekat. Pengerusinya, Maria Chin Abdullah pada sidang akhbar di pejabatnya di Petaling Jaya berkata, himpunan kali ini adalah untuk menuntut tindakan lanjut mengenai skandal 1MDB. Katanya, untuk tidak mengadakan himpunan bukan lagi satu pilihan berikutan tindakan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat yang memfailkan saman sivil bagi merampas aset berkaitan dana 1MDB yang didakwa diselewengkan. "Satu himpunan aman BERSIH 5 akan dianjurkan. Ini adalah lanjutan untuk meminta tindakan yang sewajarnya dan untuk akauntabiliti skandal 1MDB. ANAK MUDA BERSEDIA BERHEBAT TANGKAP EEM OO ONE ----------- |
Posted: 03 Aug 2016 04:23 AM PDT |
Posted: 03 Aug 2016 02:30 AM PDT DK- DEKLARASI RAKYAT orang2 kampung, pakcik mokcik akan diharamkan keluar dari rumah utk dgr pencerahan ini.org2 kampung akan diugut..org2 kampung tak perlu tahu kes najib rosmah atau kes 1mdb.apa yg org2 kampung nak ialah sekampit beras hancur 15%,anak ayam bersama dedak, 1 tin milo, 2 tin susu, teh serbuk,1helai kain pelikat atau kain batik dan duit rm50.. keperluan ini cukup utk bekalan 4tahun sebelum pilihanraya.bagi mereka yg penting adalah ilmu jalan pulang, ilmu akhirat.yang lain2 dikira hal dunia ujian allah.abis cerita.sehingga kini, belum ada apa2 projek perlawanan dari mereka2 yg sokong DR. sila aturkan plan anda. bersih sudah, parlimen ditolak, DR byk bunyi, sekarang apa plan anda. paln muhyidin ni plan lama.pakatan harapan dah lama bergerak.barangkali telur warga bangsa johor ni sudah hilang dlm beg birkin rosmah. on MUSUH DAN MENONGGENG FRUS Publish | Delete | Spam Anonymous on 8/1/16 ------------- |
Posted: 03 Aug 2016 01:30 AM PDT JIKA HILLARY CLENTIT MENANG PERANG DUNIA AKAN DEKAT |
Posted: 02 Aug 2016 11:30 PM PDT SIAPA ADA TERLIHAT JANTAN INI? FBI AMERIKA SEDANG MENCARI JANTAN INI MUNGKIN KINI MENYAMAR JANGGUT TEBAL ---------- |
Posted: 02 Aug 2016 10:08 PM PDT M.O1 SIAPA MALAYSIA OFFICIAL NO 1 Tetiba dengan tak semena-mena Rosmah Mansor tidak lagi mengakui dirinya sebagai FLOM - First Lady of Malaysia. Pasal apa ini terjadi? Apa sudah jadi? Betulkah berita ini? Atau ini satu fitnah? Mustahil dan tidak masuk akal Siti Gedebab ini mahu melepaskan glamour First Lady. Mustahil Minah Botox ini tidak lagi dipanggil First Lady. Apakah kucing sudah mula pakai gincu? Sabar dulu. Biar gua buka surah agar kita semua dapat tahu kesah dibelakang kesah. Surahnya panjang macam saher Siti Zubaidah. Lebih ajaib dari Jula Juli Bintang Tujuh. Lebih menakutkan dari Tok Tok Kai Serondong Batang. Lebih lawak dari Gambir Serawak. Surah ini akhirnya memberi pencerahan untuk kita semua memahami geopolitik dunia. Amin. Kesah bermula pada Rabu 20hb Julai 2016 di Washington DC. Seorang Minah telah membuat sidang akhbar. Minah ini telah diapit oleh tiga sosok. Sosok pengapit ' orang gagah' ini tidak ada apa-apa hubungan dengan Gedebe New York. Adalah tidak benar berita mengatakan pengapit tiga orang ini berdiri sebagai pengawal pribadi kerana Minah ini takut kena simin macam yang telah terjadi kepada Kevin Morais. Tidak benar. Semua ini hanya kentut dan khabar angin. Minah ini wanita paling dihormati - paling berkuasa di Amerika Syarikat. Minah ini menjadi Minah ini kerana dilantik oleh Presiden Obama dari Rumah Puteh. Manakala sosok-sosok pengapit itu adalah wakil Lembaga Daulah Amerika. Minah ini bernama Loretta Lynch. Minah ini ialah Peguam Negara Amerika - sama macam Ghani Patail. Cuma Loretta Lynch membuat kerja tanpa disuruh arah oleh Obama. Atau buat kerja kerana dedak. Sosok yang mengapit ialah Pegawai Besar dari FBI. Seorang lagi Pegawai Besar dari Jabatan Kehakiman Negara Amerika. Dan hadir sama ialah Pegawai Siasatan Jenayah. Saya ulangi - Pegawai Siasatan Jenayah - Trial Attorney Criminal Division. Ada yang tak faham apa itu jenayah ke? Kalau tak faham sila tanya Ketua Twitter Negara atau Noh Omar. Mereka berdua ini amat arif dalam hal jenayah menjenayah. Noh Omar ada seorang adik bernama Mat Suka Buat Jenayah Susahkan Politik Abang. Manakala Ketua Twitter juga ada seorang adik yang bernama Mat Suka Nak Jadi Gebebe Macam Abang. Rabu 20 Julai yang lalu menjadi satu sejarah dalam kes jenayah dunia telah dicatit. Jabatan Kehakiman Amerika (JKA) telah mengeluarkan Waran Rampas. Sila baca sekali lagi - waran rampas. Sidang akhbar Loretta Lynch ialah untuk mengumumkan kepada dunia tentang waran rampas yang telah disediakan oleh JKA. Faham atau tidak apa ertinya rampas? Rampas ialah mengambil sesuatu tanpa kebenaraan tuan yang empunya barang. Hebat. Cukup hebat JKA ini - berani mengeluarkan waran rampas. R-A-M-P-A-S. Kenapa rampasan ini menjadi sejarah dunia? Rampasan kali ini menjadi sejarah dalam dunia kerana belum pernah dalam sejarah dunia harta bernilai 1 bilion dolar atau 4 bilion ringgit Malaysia akan dirampas dan disita oleh kerajaan Amerika. Belum pernah terjadi rampasan sabagini besar. Satu rekod dunia. Orang Belgium kata - jamais. Malah harta Pablo Escobar ketua geng dadah kokain Cartel Medellin dari Colombia yang dirampas di Amerika tidak sampai berbilion dolar. Hebat. Gila babi kes rampasan kali ini. Juga TIDAK pernah dalam sejarah Amerika - Peguam Negara datang ke sidang akhbar bersama pegawai anti-jenayah, pegawai FBI dan pegawai kehakiman negara. Kalau di Putra Jaya sidang akhbar pada 20 Julai Rabu lalu dihadari oleh Tan Seri Gani Patail, oleh Datuk Hamid Bador dan Tan Seri Abu Kassim. Gila babi punya gempak. Apa cerita sebenaranya? Apa kesnya. Apa sangkut paut dengan FLOM? Apa sangkut paut dengan Mufti Pahang? Ada apa dengan Najib? Jabatan Kehakiman Amerika akan merampas harta yang pada ketika ini dimiliki oleh seorang China Tembam bernama Jho Low yang berasal dari Pulau Pinang. Harta milik Riza bin Aziz juga akan dirampas sama. Arahan JKA untuk merampas harta ini bukan hanya di Amerika malah diseluruh dunia. Adalah dimaklumkan kepada saentaro alam bahawa rampasan tidak akan berlaku dalam dua buah negara - Korea Utara dan Malaysia. Belum pun sempat Loretta Lynch duduk memanaskan kerusi pulang dari sidang akhbarnya - polis Switzerland telah merampas tiga lukisan milik China Tembam ini. Dua hasil lakaran Monet dan satu kerja seni Van Goh. Pihak berwajib Swiss merahsiakan dari mana mereka merampas lukisan ini. Biasanya orang jahat atau orang jahat menyamar baik akan menyimpan lukisan-lukisan dalam peti besi milik bank. Ini dilakukan untuk keselamatan. Lukisan lukisan ini bernilai berjuta juta dolar dan harganya terus meningkat. Lukisan jenis ini dijadikan cagaran pelaburan oleh orang jahat yang mengaku baik. Selesai berita lukisan - tetiba meletup berita dari Temasik pulak. Harta Jho Low dan harta ayah China Tembam ini telah dibekukan oleh kerajaan Singapura. Harta yang dibekukan berjumlah 240 juta dolar Singapura. Gila kaya China Tembam ini. Bagaimana satu sidang akhbar di Washington DC boleh merebak ke seluruh dunia. Kenapa ianya berlaku sabagini rupa? Semua ini ialah kes Najib. Semua ini kes 1MDB. Kes ini telah lama berjalan. Sebelum Anwar Ibrahim masuk penjara. Si Anwar ini pernah menimbulkan tentang ' kucar kacir' dalam 1MDB dalam Parlimen. Ini lama dulu. Kucar kacir putar belit dalam 1MDB ini telah lama berjalan. Anwar menimbulkan pekara ini sebelum Justo ditangkap di Bangkok. Ini sebelum Sarawak Report membuat pendedahan. Ini sebelum wartawan The Edge dan MalaysianInsider ditangkap. Ini sebelum The Edge diharamkan dan MalaysianInsider dibedil. Sila putar ingatan - dua tahun dahulu Minah bernama Louise Story dari The New York Times telah menerbitkan satu laporan panjang lebar tentang Najib, Jho Low, Riza dan putar belit 'rompakan' dalam 1MDB. Ramai kurang sedar tentang laporan ini. Sebenarnya ialah permualan keterlibatan kerajaan Amerika dan usaha untuk membedil Najib. Berita New York Times ini selari dengan laporan Portal Sarawak Report yang berpusat di London. Portal ini telah berkali-kali membocorkan salah laku yang telah terjadi dalam 1MDB. Di Parlimen Tony Pua dan Rafizi telah berkali-kali menimbulkan salah laku yang telah, yang sedang dan yang akan berlaku dalam 1MDB. Malah Parlimen telah menubuhkan satu jawatan kuasa khas untuk menyiasat kes 1MDB ini. Pada 2013 - filem Wolf of Wall Street telah dibuat. Dana pelaburan membuat filem ini datang dari Riza Aziz dan Jho Low. Mereka berdua ini memiliki syarikat membuat filem di Los Angles. Duit modal Riza dan Jho Low ini datangnya dari 1MDB. Duit 1MDB ini diluluskn oleh Najib kerana Najib Menteri Keewangan. Sebagai Menteri Keewangan Najib mengendalikan dan mempengerusikan semua pelaburan negara. 1MDB ialah lembaga pelaburan negara. Khalas. Wajib diberitahu kepada dunia bahawa Riza pula ialah anak Rosmah. Rosmah ialah suami Najib. Tapi Riza bukan anak bioloji Najib. Maka terbonggenghlah kesah dan cerita Si Rosmah ini telah kahwin berkali-kali. Riza ini sah anak tiri Najib. Anak dari isteri pertama Rosmah. Tapi ini bukan gua buat fitnah. Semua ini gua pungut dari isi sidang akhbar Loretta Lynch. Semua yang gua tulis ini telah menjadi rahsia umum. Apa yang dituturkan oleh oleh Loretta Lynch hanya mensahehkan apa yang diketahui oleh rakyat dunia. Bezanya antara gua dan Loretta Lynch hanya dalam penggunaan kata sifat. Gua gunakan China tembam. Loretta Lynch tidak menggunakan kata sifat ini. Sebagai Peguam Negara Amerika si Loretta ini berhati-hati dalam pemilihah kata sifat. Si Loretta takut dianggap rasis dan politically incorrect. China Tembam ialah kata sifat dari gua bukan dari Peguam Negara Amerika. Jangan silap. Gua nak beritahu bahawa KES RAMPAS - harta Riza dan Jho Low ini termuat dalam sebuah buku satebal 139 muka surat. Buku ini adalah isi hujah awal dari JKA. Dari ucapan media Loretta Lynch - siasatan telah lama berjalan. Mengikut kata Perguam Negara Amerika ini harta-harta saperti kondo dan bunglow di Los Angles, apartment di London, dana pelaburan filem di Los Angles - semuanya hasil dari duit curi. Kunci perkataan ialah DUIT CURI. Apabila Peguam Negara Amerika menuduh duit curi maka siapakah si Pencuri itu. Tidak dapat tidak dua orang yang terawal dituduh oleh JKA ialah China Tembam dan anak tiri Najib. Ada orang lain ke yang terlibat dalam rompakan terbesar ini? Jawabnya ada. Satu lagi nama telah muncul sebanyak 36 kali dalam buku satebal 139 muka surat ini. Nama yang disebut ialah Malaysian Official 1 - MO1. Malaysian - semua orang tahu ialah warga negara Malaysia. Tetapi Malaysian Official 1? Siapa? Ini yang menjadi tanda tanya. Pelik binti Hairan - apakah kerana Loretta Lynch menyebut nama Malaysian Official 1 maka Rosmah Mansor merasa dirinya sedang dicari oleh FBI. Ini kerana Rosmah ialah FLOM - Fat Lady of Malaysia... ooops silap ... First Lady of Malaysia. First ialah One. Apakah First Lady itu ialah Malaysian First? Jika betul apakah Rosmah sedang dicari oleh FBI? Tunggu minggu depan. Jeng jeng jeng. (TT) NOTA tulisan ini telah disiarkan dalam SUARA KEADILAN sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini sila pukul talipon 03-92-21-30-45 ---------- |
Posted: 02 Aug 2016 09:38 PM PDT SUMPAH LAKNAT C4 (Cikgu 4): Ya boleh, laknat yang simin orang dalam tong bukan saja kita boleh sumpah dia jadi satu mengkarung dada bidang (1mdb), malah kita dipatutkan bagi dia c4 bila krismas. MO2 (Murid Obese 2): Cikgu, jika orang simin kita dalam tong, bolehkah kita sumpah laknat? C4 (Cikgu 4): Tak boleh sumpah laknat, yang kita boleh cuma sumpah seranah! MO1 (Murid Obese 1): Cikgu, tapi kami selamat cikgu, orang tak boleh muatkan murid obese macam kami dalam tong, hahaha! C4 (Cikgu 4): Boleh! Jika kamu buat cikgu marah sebab nakal macam rose murid super obese 1 di tingkat 4 atas, cikgu sumpah kamu jadi satu mengkarung dada bidang (1mdb), masukkan dalam tong, tuang simin, dan c4 kamu bila krismas tak lama lagi! on SUMPAH SUMPIT - LADA API Publish | Delete | Spam Anonymous on 8/2/16 ------------------ |
Posted: 02 Aug 2016 09:11 PM PDT BANGANG TENGKU FRAUD AMAT BANGANG Siapa "Tengku" Adnan Sebenarnya. Darah Raja atau bukan? | Mat ...matumno2.blogspot.com/.../siapa-tengku-adnan-sebenarnya-darah....Translate this page Dec 8, 2015 - He also changed his dad's IC name to Tengku Mansor bin Tengku Baba. ... kad pengenalan bernombor 4079409 atas nama Adnan bin Mansor .BUKAN TAYAR SAJA ADA TAYAR CELUP – ADA LAGI YANG CELUP ...tukartiub.siteblogs.net/.../bukan-tayar-saja-ada-tayar-celup-ada-lagi...Translate this page Dec 6, 2014 - Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno berkata Perdana ... KU LI INI DUA KALI DI TIPU OLEH MADEY….. kah kah kah. ... Adnan mulai memiliki kad pengenalan bernombor 4079409 atas nama Adnan bin Mansor ...You've visited this page 2 times. Last visit: 11/12/15 Ku Nan tak tahu anggota Umno keluar parti di SabahSetiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau tidak ada menerima apa-apa surat rasmi mengenai anggota yang didakwa bertindak keluar daripada Umno di Sabah. Beliau berkata dakwaan yang dikeluarkan kepada media kononnya terdapat 1,500 anggota Umno di Sabah keluar parti dan bilangan itu akan terus bertambah, cuma isu yang dibesar-besarkan. WOIT NAK TULIS SURAT KOPALO BANA APO? DEN BORONTI ANCUK OMAK BINCAT KAO -------------- |
Posted: 02 Aug 2016 08:39 PM PDT BETUL TEPAT RENTAP KETAT LIPAT SEBAT Tidak semua perkara boleh ditangani dengan fatwa CYBERJAYA - Tidak semua perkara boleh diselesaikan melalui fatwa, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Asyraf Wajdi Dusuki, susulan gesaan supaya Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa berhubung isu penanaman ketum secara komersial. Beliau berkata banyak perkara yang perlu diambil kira terutamanya kemudaratan dan manfaat kepada kesihatan serta struktur sosial masyarakat. BUAT FUKWA KAH KAH KAH TAK ADA SAPA AMBIL POT FUKWA FUKWA KAH KAH KAH LEBIH BAIK JANGAN BUAT MEMALUKAN MERUGIKAN PERNIAGAAN JUAL AGAMA ---------------- |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |