Sabtu, 25 Jun 2016

dollah yankee

dollah yankee


PRU-14 dah dekat dahhh ...

Posted: 25 Jun 2016 04:50 PM PDT

Pilihanraya ke 14 akan menyaksikan isu perkauman akan dimainkan semaunya dan semaksimum nya. Melayu akan digertak dan ditakutkan dengan keistimewaan-keistimewaan mereka yang akan terhakis dan Islam akan terabai. 

Manakala kaum cina DAP pula akan dijadikan sasaran dan penyebab bagi segala keburukan yang terjadi kepada kaum melayu dan bumiputra di Malaysia. Usaha ini telah, sedang dan akan berlansung dan tanpa henti sehingga diumumkan pilihanraya umum ke-14 nanti. 

Institusi agama, NGO-NGO Melayu, persatuan-persatuan seni silat dan pertubuhan-pertubuhan belia melayu yang pro umno/BN akan diberi tanggungjawab untuk kelaksanakan tugasan-tugasan ini. Ini adalah hala tuju dan setrategi piliharaya ke 14 yang telah disusun rapi. 

Setakat ini mereka telah berjaya berupaya memperdayakan parti PAS untuk mempercayai bahawa DAP, kaum cina dan sebahagian daripada pemimpin pembankang dan yang menyokong dasar-dasar parti gabungan pakatan harapan adalah musuh utama kepada Islam  dan orang melayu di Malaysia. 

Elemen agama dan bangsa serta bantuan dan sedikit keistimewaan yang ditawarkan kepada beberapa pemimpin PAS seperti Hj Hadi dan Haron Din menjadikan alasan kukuh untuk mengeluarkan PAS dari pakatan pembangkang. Strateginya adalah untuk memisahkan undi-undi daripada orang-orang melayu (yang bodoh dan bangang) daripada gabungan pakatan harapan dan yang lebih utama ialah jauhkan dan elakkan undi-undi orang-orang melayu kepada DAP. 

Umno/BN sangat mengharapkan undi melayu sebagai 'survival' mereka dan gabungan parti-parti pembangkang yang bersatu padu dan teguh adalah resepi kehancuran umno/BN.

Sehingga pagi ini 'gurkah-gurkah politik di-port' masih tercari-cari dan tertanya-tanya kenapa akta Majlis Keselamatan Negara diluluskan dengan segera dan tergesa-gesa? Adakah ianya bertujuan untuk menyiapkan diri mereka sebagai senjata untuk mempertahankan diri sebelum dan selepas pilihanraya umum ke-14 nanti yang mengaitkan isu-isu tentang perkauman dan ketidak puasan hati rakyat dan lain-lain isu-isu yang akan direka olih umno/BN dan rakan baru mereka Pas?

dollah yankee - 
Mereka dah pun memulakan nya dengan 'DAP ada lah kafir harbi'

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


PESAN DSAI PASCA PILIHANRAYA KUALA KANGSAR DAN SG BESAR

Posted: 25 Jun 2016 12:59 AM PDT



Pesanan dari Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar


24 Jun 2016


Kepada rakyat Malaysia, juga teman-teman pembangkang seperjuangan:


Walaupun dari sudut kecil di dalam penjara ini, saya tahu bahawa keputusan pilihanraya kecil baru-baru ini telah mengecewakan ramai. Saya tahu ramai yang menaruh harapan pada pembangkang untuk menyelamatkan Malaysia dari cengkaman rejim yang menindas, korup dan bankrap moralnya. Malaysia tidak punyai harapan untuk membina masa depan yang lebih baik buat rakyatnya atau untuk dihormati dunia di bawah rejim sedia ada, dengan seorang perdana menteri yang berada ditengah-tengah skandal kewangan yang mempunyai implikasi yang sangat luas dan melibatkan pelbagai negara.

Parti-parti pembangkang mesti mengambil iktibar dan bermuhasabah di atas keputusan PRK ini, dan memahami dengan amat mendalam kelemahan-kelemahan kita. Sekarang bukanlah masa untuk mencari alasan atau menuding jari.

Kita perlu sentiasa ingat bahawa kita mempunyai satu kewajipan untuk menjadi alternatif tulen buat rakyat. Ketepikan perbezaan dan perbalahan. Sampaikan keluhan dan rungutan dengan saluran yang betul; duduklah bersama untuk mengatasi dan menyelesaikan masalah.

Kebajikan rakyat dan negara lah yang paling utama; dan kita berkhidmat untuk rakyat. Kita perlu kalahkan BN dalam PRU14, kita perlu berjaya demi Malaysia!

Mereka yang tidak percaya ini boleh dilakukan dalam PRU yang akan datang, adalah salah. Tetapi untuk melaksanakannya, kita perlu bersatu. 


Ini bukanlah perkara yang mudah; kita perlu hadapi keseluruhan kekuatan dan taktik BN yang tidak demokratik. Tetapi usaha kita ini murni, walhal mereka hanya memegang kuasa demi kuasa. Jika kita bersatu demi rakyat, kita akan berjaya.
-
Message from Datuk Seri Anwar Ibrahim on the recent by-election results.


24 June 2016

To the Malaysian public, and my friends and colleagues in the opposition:


Even from this prison, I know that the results of the recent by-elections have disappointed many. I know the public have pinned their hopes upon the Opposition, to save Malaysia from the current oppressive, corrupt and morally bankrupt regime. Malaysia has no hope of making a better future for its people or of gaining the respect of the world under the current regime, whose prime minister is in the centre of a financial scandal of worldwide reach and implication.

The Opposition must look at this electoral outcome with humility, and take a hard look at our weaknesses. This is no time for excuses or blame.


Remember constantly that it is our moral duty to provide a genuine alternative to the people. Put aside all differences, put aside internecine quarrels. Bring up grievances in the proper forum; sit together and resolve matters.

Only the welfare of the rakyat and the country matters; and we exist to serve the Rakyat. We must defeat the BN in the 14th GE, we must come through for the sake of Malaysia!

Those who now think that this can't be done in the next GE, are wrong. But to do so, we must all pull together. It is not an easy task; we face the entrenched power and undemocratic tactics of the BN. But we have a noble cause, they merely cling to power for powers sake. If we stand united and determined for the sake of the Rakyat, we will prevail.


TAK CUKUP SEKADAR TIDAK BERMUSUH, TUN M PERLU SEGERA BERDAMAI SECARA TERBUKA DENGAN ANWAR

Posted: 25 Jun 2016 12:38 AM PDT


Di bulan Ramadan yang mulia dan penuh keberkatan ini, pengumuman Tun Mahathir Mohamad bahawa beliau tidak lagi bermusuh dengan Anwar Ibrahim tentunya sesuatu yang menggembirakan sesiapa jua yang cintakan perubahan.

Menurut bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu kepada Al Jazeera, "saya tidak lagi bermusuh dengan Anwar, itu semua adalah masa lalu.

"Dia sekarang ditahan di penjara pun bukan kerana saya, tetapi kerana Najib."
Walaupun mungkin Anwar, Dr Wan Azizah, Nurul Izzah, ahli keluarga dan ramai penyokongnya yang lain masih terguris hati dengan apa yang dilakukan oleh Tun Mahathir dalam episod hitam 1998 yang lalu, yang harus disedari juga ialah bukan saja pemenjaraan sekarang tiada kena mengena dengan Tun Mahathir, malah kegawatan kronik dalam negara sekarang amat memerlukan penyatuan kedua-dua tokoh tersebut.

Melihat kepada apa yang sedang berlaku dalam negara di bawah Najib sekarang, mesej penyatuan semula dan saling bermaaf-maafan antara Tun Mahathir dengan Anwar tidak mustahil akan mewujudkan gelombang yang lebih baik dalam sokongan rakyat ke arah perubahan.

Kedua-duanya, Tun Mahathir dan Anwar, walaupun salah seorangnya berada di penjara, tetapi penyatuan hati mereka bakal mampu menarik sokongan rakyat pelbagai kelompok, apatah lagi melihat keadaan dalam negara yang begitu terancam dan memalukan di mata dunia sekarang ini.

Sebelum ini, program Selamatkan Malaysia yang ditunjangi oleh Tun Mahathir, di sebalik mendapat sokongan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan dan pelbagai ketua masyarakat sivil, bukan saja Anwar terus melahirkan kebimbangan melalui surat yang ditulisnya dari dalam penjara, malah Dr Wan Azizah, Nurul Izzah dan mereka yang pro keluarga bekas Timbalan Perdana Menteri itu turut mengasingkan diri daripadanya.

Ini menjadikan seolah-olah Pakatan Harapan sendiri tidak memberi sokongan yang padu kepada agenda untuk menyelamatkan negara dan menyingkirkan Perdana Menteri, Najib Razak.

Blog ini sendiri pada 17 Mei lalu pernah menyarankan tentang perlunya Tun Mahathir dan Anwar segera bersatu dan berhenti mengungkit kesalahan serta menuding antara satu sama lain, jika benar Najib yang ingin ditumbangkan.


Maka itu, sebaik  Tun Mahathir sudah mengatakan beliau tidak lagi bermusuh dengan Anwar, suatu pertemuan antara beliau dengan keluarga Anwar seharusnya dapat segera diadakan dalam tempoh terdekat ini.
Anwar sejak dulu lagi sering mengatakan sudah memaafkan kesalahan Tun Mahathir terhadapnya. Ketika bekas Perdana Menteri itu melancarkan gerakan Deklarasi Rakyat baru-baru ini pun, Anwar pada awalnya secara terbuka menyatakan sokongan dan menyebut tiada dendam peribadi antaranya dengan Tun Mahathir.

Hanya dalam surat yang ditulisnya saja Anwar meminta pimpinan PKR agar berwaspa dengan agenda Tun Mahathir, itu pun barangkali setelah melihat bekas Perdana Menteri itu dalam interbiu dengan media asing masih menyebut mengenai kesalahan masa lalu bekas Timbalan Perdana Menteri yang dipecat itu sambil menanggapi Anwar mungkin sudah terlalu tua untuk menjadi Perdana Menteri.

Serangan berterusan Tun Mahathir itu tentu saja menyinggung Anwar yang menderita dalam penjara, lalu merangsangnya menulis surat kepada pimpinan PKR yang bukan saja mengingatkan agar berwaspada, tetapi juga menyebut beberapa perkara yang dilihatnya sebagai kesalahan pentadbiran masa lalu bekas Perdana Menteri itu.

Tetapi keputusan pilihanraya Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini jelas memperlihatkan Tun Mahathir perlu berbaik-baik semula dan bersatu dengan Anwar untuk melonjakkan sokongan rakyat menolak Najib.

Sebagaimana pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan sudah melupakan derita dan sengsara pernah dipenjara ketika Tun Mahathir berkuasa dan kini sanggup bergandingan tahun demi Malaysia, Dr Wan Azizah, Nurul Izzah dan lain-lainnya juga harus sama-sama berjiwa besar.

Menunjukkan jiwa besar, apatah lagi untuk kepentingan negara, akan menjadikan sesiapa yang berbuat demikian lebih dihormati dan disanjungi.

Najib dengan segala kelebihan jentera kerajaan, kuasa dan wang tanpa had, bukan semudah itu mahu dikalahkan.

Penyatuan semula Tun Mahathir dan Anwar untuk menghadapi PRU 14 adalah berita baik untuk rakyat, namun tentunya dalam waktu yang sama khabar menakutkan buat Najib. (SH 24/06/2016).

POLITIK MALAYSIA GUNUNG BERAPI, PRU 14 RAKYAT AKAN MUNTAHKAN LAHAR

Posted: 25 Jun 2016 12:29 AM PDT

Mufti Pahang mengiyakan ugutan ganas militan IS

Posted: 25 Jun 2016 12:21 AM PDT

rencana_muftipahangIS 


DAP sangat kesal dengan kenyataan Mufti Pahang, Dato' Seri Dr Abdul Rahman Osman yang berkata bahawa "hukum bagi mana-mana umat Islam yang bekerjasama atau bersekongkol dengan DAP adalah haram serta berdosa besar" dan menyifatkan DAP sebagai "kafir harbi yang wajib ditentang oleh umat Islam."
Kenyataan yang amat bahaya
Amat mendukacitakan sekali apabila beliau sanggup mencemarkan kedudukannya sebagai mufti, lagi-lagi dalam bulan Ramadan yang suci ini, dengan mengeluarkan tohmahan yang tidak berasas dan amat bahaya ini.
Malah, kenyataan yang sebegini melampau dan melulu ini seolah-olah mengiyakan ugutan keganasan terhadap warga dan pihak berkuasa Malaysia yang dibuat oleh militan IS yang tersebar baru-baru ini.
Justeru, adakah Abdul Rahman ingin bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini terhadap pemimpin atau ahli DAP akibat tindak balas mereka yang terpedaya dengan kenyataan beliau?
Bermotif politik semata-mata
Penyasaran DAP atas sebab "menentang pelaksanaan hukum hudud" jelas membuktikan bahawa kenyataan Abdul Rahman berunsurkan politik semata-mata. Ini kerana pelaksanaan hukum hudud versi PAS bukan hanya dikritik oleh DAP, malah ditentang lebih keras oleh sekutu BN sendiri termasuk Presiden PBB merangkap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, serta Nancy Shukri yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Demikian juga dengan parti komponen BN lain termasuk Gerakan, MIC dan MCA yang jauh lebih lantang menolak pelaksanaan hudud. Mengapa tiada sebarang kecaman dan ugutan untuk diperangi terhadap mereka ini?
Malahan, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir pun melihat hudud yang dijuarai PAS sebagai taktik politik semata-mata, dan tidak melihat adanya keperluan melaksanakan undang-undang ini melainkan hanya untuk mengalihkan perhatian rakyat. Apakah beliau juga wajib diperangi?
DAP tidak pernah mempersoalkan kedudukan hudud dalam konteks hukum Islam. Kritikan terhadap undang-undang hudud yang cuba dilaksanakan oleh PAS adalah tertumpu kepada pelaksanaannya memandangkan sifat masyarakat Malaysia yang majmuk dan kecelaruan yang wujud dari segi Perlembagaan Persekutuan. Malangnya, pendirian ini diputar belit sehingga dijadikan alasan untuk melabelkan DAP sebagai anti-Islam.
Amar makruf, nahi mungkar
Sebagai seorang yang bergelar ulama, Abdul Rahman sepatutnya mengamalkan amar makrufdan nahi mungkar, iaitu mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Malangnya, selaku Mufti Pahang, beliau langsung tidak menyuarakan pendapat mengenai skandal bauksit di Kuantan atau penarahan Cameron Highlands secara berleluasa, walaupun jelas skandal-skandal ini terhasil daripada kerakusan dan kepincangan yang nyata oleh pemerintah.
Sebaliknya, beliau lagi sanggup bersikap takfiri (mengkafirkan sesama Muslim) dan mengundang keganasan melalui tohmahan bahaya dan bermotifkan politik semata-mata untuk menghalalkan politik zalim pemerintah.
*Penulis merupakan Ahli Parlimen Bukit Bendera merangkap Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP

YDP PAS mohon maaf, larangan azan hanya fitnah lapuk burukkan DAP

Posted: 25 Jun 2016 12:18 AM PDT



zairil


KUALA LUMPUR. 25 JUN: Yang Dipertua PAS Padang Serai, Shaharuddin Ibrahim semalam memohon maaf kepada DAP dan kerajaan Pulau Pinang berhubung kenyataannya yang mendakwa azan akan dilarang di masjid-masjid jika DAP memerintah.
Namun, beliau kemudiannya memberi alasan berkata demikian kerana bimbang kononnya DAP menentang usaha menegakkan syariat Islam di negara ini kerana penentangan terbuka parti itu terhadap pindaan rang undang-undang 355 yang dibawa PAS di Parlimen baru-baru ini.
Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari berkata, ramai pihak termasuk mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad tidak bersetuju dengan pindaan tersebut, namun ada pihak yang lebih gemar menunding jari ke arah DAP.
"Tun Mahathir juga tidak setuju, malah ramai pihak dari UMNO BN pun tak sokong pindaan itu. Kenapa hanya DAP yang dilabel sebagai anti-Islam atau melarang azan di masjid?
"Kalau (Shaharuddin) sudah minta maaf, cukuplah. Kenapa beliau mahu memanjangkan isu dengan mengatakan DAP menentang usaha menegakkan syariat Islam di negara ini?
"Adakah kerana DAP sasaran paling mudah untuk difitnah berkaitan hal-hal Melayu dan Islam?" katanya.
Menurut Penolong Setiausaha Publisiti DAP itu, sejak 2008, kerajaan Pulau Pinang dan DAP sentiasa menjadi mangsa fitnah untuk pihak-pihak tertentu, terutama berhubung isu-isu berkaitan Melayu dan Islam.
"Sejak 2008, fitnah kononnya larangan azan berlaku di masjid-masjid Pulau Pinang berleluasa. Namun, kita tahu perkara itu tidak masuk akal dan tidak mungkin berlaku.
"Islam dimartabatkan di Pulau Pinang tanpa menindas agama-agama lain. Itu yang kita amalkan selaras dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan," ujarnya.
Sehubungan itu, beliau berkata, permohonan maaf dibuat oleh Shaharuddin itu jelas menunjukkan bahawa kenyataan beliau sebelum itu hanyalah fitnah yang berpandukan strategi politik semata-mata.
"Kita (DAP) harap selepas ini, tidak akan ada lagi pihak yang cuba memainkan isu kononnya DAP ini anti-Islam. Semuanya sudah terbukti fitnah," jelasnya. – Roketkini.com

Tukar Tiub

Tukar Tiub


ZAKAT UNTUK DAPUR JALANAN

Posted: 25 Jun 2016 08:20 PM PDT








PANDANGAN

DARI 

USTAZ WAN JI
Hangpa tak berdosa bayar zakat terus kepada asnaf, malahan sah bayar terus. Walaupun mufti kata wajib bayaar kepada institusi zakat, kata mereka itu bukan wajib diikut pun. Tiada nas yang saheh dan sareh melarang membayar zakat terus kepada asnaf. Justeru, fatwa mufti2 tu tak valid segi fiqh.


SESIAPA

YANG MAHU

BERZAKAT

PADA DAPUR 

JALANAN

DI UCAPKAN

TERIMA KASEH

AKOUN KAMI:

CIMB: 8001-7278-49 

SPKL Collective



----------

RASISMA AGAMA

Posted: 25 Jun 2016 01:22 PM PDT






RASISMA AGAMA
lagu rasisma agama akan terus dilagukan.hukum hudud akan terus menjadi santau.ibarat ada penjual pantun pastinya ada pembeli pantun. kita biarkan tulang rasisma.jgn amik pot, biar mereka berlaga sesama sendiri dan pastinya media akan cuba dan terus mencuba untuk menyeret masuk wakil2 dari PH kedlm isu ini. kemahiran tinggi wajib ada ketika disoalsiasat oleh media. 

media pun sama seperti polis, seperti SB,seperti mufti iaitu mereka ini dilatih dan telah menerima latihan samada secara langsung atau secara tidak langsung.lihat mufti perak, mufti perak dulu bertugas di KDN kementerian dalam negeri, lihat presiden alussunnah wal jemaah, beliau juga dari KDN, lihat pemakan harta anak yatim miskin Datuk Jamil Khir, beliau agamawan dari KAGAT, kor agama angkatan tentera.mereka semua telah dilatih agar melayu dinaikkan semangat kemelayuan dan keislaman. 

para pengikut gagal melihat bahawa asal melayu adalah hindu.ajaran hindu tidak pernah memaksa org lain memeluk hindu.jadi.sekiranya seorg on HANYA CAKAP MUFTI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 6/25/16




---------

BILA PERANG NAK BERMULA

Posted: 25 Jun 2016 06:00 AM PDT





JENG JENG

BILA NAK

BERPERANG?

Umno Pagoh tolak keputusan MT Umno
MUAR - Umno bahagian Pagoh hari ini sepakat menolak keputusan yang dibuat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang  memecat Tan Sri Muhyiddin Yasin daripada jawatan Timbalan Presiden Umno berkuat-kuasa semalam.

Ketua Penerangannya, Hairul Izam Abd Samat berkata, keputusan itu dibuat setelah pihaknya mengkaji dan meneliti beberapa perkara.

"Kami menolak keputusan ini kerana pemecatan tersebut dibuat tanpa mengikut prosedur sepatutnya seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti Fasal 20 Disiplin.


WOIT

TOK NO USE

AKSEN MAHU

BILA NAK DEMO

KAH KAH KAH
-----------

MAT SERBAN GERMAN

Posted: 25 Jun 2016 05:00 AM PDT



VERSI AL-AZIZANI

Islam suku suku mcm 3 suku. Fatwa negeri lain2. Majlis fatwa kebangsaan lain lagi. Majlis agama islam negeri pun masing masing. Sesama mufti pun ada yg kata mufti itu wahabi dan macam2 gelaran. Hudud teganu versi hadi al-marangi, versi kelate pula nik amar al-sami dan nik al-buduhi. Nasib baik kedah dah terlopeh kat umno. 

Kalau tidak akan ada versi almarhum al-azizani. Kalau nak selamat, ikut rasul dan alquran. Ustaz, lebai dan ularmak kalau bagi ceramah, kuliah, tazkirah kalau takde nas dan dalil yg sah, sila bakulsampahkan. Zaman sekarang lebih2 lagi bulan puasa, semua pak lebai sibuk nak kutip laba cari duit raya. on BERHUDUD HUDUD
Anonymous
at 3:12 PM

YANG KENA ORANG MISKIN
Tu namanya hudud politik..bkn hudud syariat islam..yg kena pon orang miskin..yg kaya bebas bergaya.. on BERHUDUD HUDUD
Anonymous
on 6/25/16

KAYU BALUT SERBAN
Xblh wat apa lg..melayu kampung bodoh2 belaka.klu letak kayu dibalut serban kayu tu la yg disembah.. Mcm bebaru ni.dpt beras sekampit najid terus jadi diangkat jadi wali Allah.pankah bn balik.. on HUDUD MUDUD
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 6/25/16


JUAL AGAMA DARI 500 TAHUN DAHULU
jual agama dah berlaku pada kristianiti 400/500 tahun dulu. melayu kena tunggu lagi 200/300 tahun lagi, baru binatang ni mampueh. on HUDUD MUDUD
kampong lad
on 6/25/16



------------

SELAMAT BERBUKA

Posted: 25 Jun 2016 04:00 AM PDT





SELAMAT

BERBUKA
hari ini redup

berangin sayu

gua ada jemputan

restoran AMJAL

dia buat doa selamat

anak buah dia

tak jadi masuk jil

BILA KITA

NAK  RAYA



-------

SIAM TERUS TERBAKAR

Posted: 25 Jun 2016 02:00 AM PDT






POLITIK 

SIAM TERUS

BERGOLAK



Thailand jails activists for campaigning to reject constitution in referendum

A Thai court jailed seven activists on Friday for campaigning against a military-backed draft constitution which will be put to a referendum in August.
Authorities arrested 13 people on Thursday while they were handing out leaflets urging people to vote against the charter. Six were released on bail, a lawyer for the group said, while the rest chose not to post bail.
"Six have been released but seven will be jailed," said Kumklao Songsomboon of the Thai Lawyers for Human Rights group.

TANDA TANDA

GELOMBANG

RAKYAT TERUS

MEMBARA



----------

SEJARAN DEMO KETUANAN MELAYU

Posted: 25 Jun 2016 01:00 AM PDT





JANGAN

CAKAP AJE

AKSI MAHU

BUAT




GKCM beri amaran 'badai' besar bakal landa Umno

Umno bakal dilanda pergolakan besar selepas pemecatan beberapa tokoh parti itu seperti diumumkan Majlis Tertinggi parti itu pada sidang media semalam, kata Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM).
Ketuanya Kamarul Azman Habibur Rahman berkata, GKCM akan mula bertindak balas di atas 'penghinaan yang tidak boleh diterima' terhadap Muhyiddin Yassin dan  Mukhriz Mahathir.
"GKCM akan mula bertindak. Umno akan dilanda badai ketidakpercayaan yang amat dasyat," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan malam tadi.

TOK IS CHIP

ONLI TOK TOK

DON TOK TOK

NATING HAPEN

STREET WAIT

NO TOK TOK



-----------

SUNNI WAL RASUAH

Posted: 25 Jun 2016 12:00 AM PDT




PEMIMPIN

SUNNI

WAL RASUAH


Mungkin 'kita' patut letak jawatan juga, kata Ambiga terhadap tweet PM

Beliau tidak tahu sama ada untuk ketawa atau menangis melihat komen 'demokrat' Najib


TERLIBAT

KES BUNUH

KES TIPU

KES RASUAH

TAPI INI

PEMIMPIN

SUNNI

WAL RASUAH

BUKAN KAPIR

WAL HARBI




-------------

BERHUDUD HUDUD

Posted: 24 Jun 2016 11:00 PM PDT







HUDUD DIKATA

HUKUM ALLAH

TAPI KENAPA

HUDUD 

DI KELANTAN

BERBEZA 

DENGAN

HUDUD GANU

SAJE TANYA 

JANGAN MARAH






-----------

HUDUD MUDUD

Posted: 24 Jun 2016 09:30 PM PDT




HUDUD MUDUD
Melayu Islam, terutama yg berjubah serban juga yg berkopiah, sumer sibuk nak polok duit ja sambil jadi wakil tuhan dan wakil nabi. Inilah kerja paling lumayan. Cakap kosong berdegar2, hasilnya utk rakyat = YILLEKK. 

Hudud mudud, holier than thau = duit kutipan 30 tahun utk balu dan anak yatim Memali kene kebas + duit balak Kelantan sonyap jo dan pegang jawatan berelaun dlm Selangor x nak lepas2 + anak menantu dpt projek gomen juta2 sambil jual simpati mimpi jumpa rasulullah, kepalabutoh la sumer ni. Akhirnya alim2 lobai ni, sumer hidup senang lenang duit berjuta konon2 mencontohi nabi SAW dgn naik kete mewah, berumah mewah, berbini gemok gedempol mcm babi, anak menantu kaya raya dan emok macam babi jugak. 

Inilah ilusi yg rasuuah ajar pada ulamak2 melayu Islam kita. Sembang kemaih Islam itu ini kerja suci melayu. Jual pahala untung duit atas angin dgn modal air liur saja. Janji buleh balun.. Bab nak ngepow duit orang, MELAYU Islam Number WAHID. Good governance? = pergi mampos la. on BUDAYA KAPIR
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 6/25/16





------------

BANGUN MELAWAN BUKAN JADI TUNGGUL

Posted: 24 Jun 2016 08:49 PM PDT





BERITA BAIK

UNTUK 

MALAYSIA


Kumpulan anti-Najib akan lebih banyak selepas raya – GKCM

 | June 24, 2016
Gabungan ketua cawangan percaya pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz akan melahirkan lebih banyak kumpulan anti-Najib, selepas umat Melayu selesai menjalani ibadah puasa.






PETALING JAYA: Bulan Syawal mungkin menyaksikan kelahiran lebih banyak kumpulan-kumpulan anti-Najib Razak dalam Umno, kesan daripada pemecatan pemimpin Melayu Johor, Muhyiddin Yassin, dan Kedah,  Mukhriz Mahathir.
Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM) berpesan Presiden Najib Razak supaya jangan terlalu yakin kedudukannya selamat, walaupun keputusan pilihan raya Sarawak, Kuala Kangsar dan Sungai Besar memihak kepadanya.
KALAU TAK 

BANGUN 

MELAWAN

HANG BODOH

JADI TUNGGUL

KAH KAH KAH

BAKAR LAGI

BUBUH MINYAK

PERANG TERUS

MEREBAK


---------

LAGI KESAH MH370

Posted: 24 Jun 2016 08:28 PM PDT





Malaysia Airlines flight 370: possible wreckage found on Tanzanian island

Aircraft wreckage potentially from missing Malaysia Airlines Flight 370 has been found on an island off the east African coast, an Australian official said.
Transport minister Darren Chester, who oversees the search for the Boeing 777 that vanished in 2014 with 239 people on board, said a "piece of aircraft debris" was found on Pemba Island off the coast of Tanzania.




----------