Tukar Tiub |
- APA LAGI LU MAU
- MANA KHAIRY JAMALUDDIN
- TERIMA KASEH
- MENANTU ABAH KANTOI LAGI
- TURUN KE JALAN RAYA
- RAJA LAWAK PANDAI PUTAR ALAM
- SIAPA ORANG TUA DALANG?
- DEMO JADI BUDAYA KITA
- BILA NAJIB NAK SAMAN WSJ?
- PETANDA BAIK SAMPAI
- KUASA BUNUH DAN KUASA DUIT
- RAJA LAWAK KANTOI LAGI
- BERITA BAIK HARI INI
- INI NAMANYA BARISAN BERSATU
Posted: 29 Mar 2016 06:39 PM PDT TERANG JELAS TUNTAS Hudud Hanya Di Bincang Orang BODOH Kata NazriMenteri Pelancongan dan Kebudayaan Mohamed Nazri Aziz menempelak mereka yang berdebat mahu pun bertelingkah soal Pelaksanaan hudud di negeri Kelantan sebagai 'orang bodoh'. Politikus lantang itu berpendapat, tiada apa yang perlu dirisaukan mengenai agenda hudud PAS kerana pada dasarnya kanun keseksaan berasaskan Islam itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan tidak akan dilaksanakan di Malaysia. "Mereka yang bercakap tentang perkara ini, tak kiralah daripada parti mana sekali pun, adalah bodoh. Ia hanya boleh berlaku sekiranya Perlembagaan Persekutuan diubah KAH KAH KAH WOIT APA LU MAU SUDAH JELAS SUDAH TERANG KAH KAH KAH ------------ |
Posted: 29 Mar 2016 06:00 PM PDT KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN PERLU MENJAWAB PENYALURAN DANA KERAJAAN RM19 JUTA KEPADA SEBUAH NGO YANG DIPENGERUSIKAN OLEH TIMBALAN MENTERI KBS Hari ini kita dikejutkan dengan laporan tentang penyaluran dana kerajaan RM19 juta kepada Yayasan Gerakan Afirmatif Baharu (NAAM), yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Belia & Sukan (KBS), M.Saravanan. Pendedahan ini dibuat oleh Ahli Parlimen Batu Gajah, YB V.Sivakumar dalam jawapan bertulis kepadanya oleh Kementerian Belia & Sukan ketika sidang Parlimen yang sedang berlangsung sekarang. Tak sampai 10 hari yang lalu kita menyaksikan penangkapanseorang pegawai KBS yang didakwa terlibat dalam sindiket menyeleweng RM100 juta dari KBS sejak 2010 dan sekarang pula timbul satu lagi isu baru penyaluran dana kerajaan kepada sebuah NGO dan lebih memeranjatkan ialah NGO tersebut dipengerusikan oleh Timbalan Menteri KBS serta orang yang berpengaruh dalam parti MIC. Ini bukan kali pertama laporan seperti ini diutarakan tentang NGO tersebut. Pada 13 Jun 2015, bekas Pengarah Strategik MIC, A.K.Ramalingam sendiri pernah membuat laporan Polis dan SPRM tentang NGO berkenaan yang menerima dana yang sebesar itu dari Kerajaan Persekutuan. Datuk M.Saravanan berkata tidak ada percanggahan kepentingan dan tidak salah bagi dirinya menjadi pengerusi yayasan ini. Boleh kita bayangkan jika sebuah NGO yang dipengerusikan oleh seorang ahli politik dari parti Pembangkang yang menerima sejumlah dana besar dari Kerajaan Negeri, adakah UMNO/Barisan Nasional akan berdiam diri? Ketika penubuhan Yayasan NAAM pada November 2013, sasaran NGO itu adalah untuk memperkasa ekonomi lebih 100,000 belia dan beliawanis India di seluruh negara dalam tempoh empat tahun akan datang. Walaubagaimanapun, Menteri KBS menjawab bahawa setakat ini hanya seramai 129 belia India berjaya memulakan projek pertanian dalam projek NGO tersebut. Angkatan Muda Keadilan Malaysia menegaskan bahawa MIC telah pun mendapat nama buruk sebelum ini melalui Skim Maika Holdings yang masih menghantui semua dan sekarang pula dengan satu lagi skandal kewangan jika ianya benar. Oleh itu, Angkatan Muda Keadilan Malaysia menuntut Kementerian Belia dan Sukan mengambil tanggungjawab sepenuhnya oleh kerana imej KBS kini sudah tercemar walaupun Timbalan Menteri, M.Saravanan berkata dana berkenaan disalurkan melalui Jabatan Perdana Menteri dan bukannya Kementerian Belia dan Sukan. Kami mendesak agar siasatan menyeluruh dilakukan bagi mengenalpasti dalang di sebalik skandal ini kerana ia melibatkan wang rakyat Malaysia. Ahli Majlis Pimpinan Pusat Angkatan Muda Keadilan Malaysia ---------------- |
Posted: 29 Mar 2016 06:00 AM PDT TERiMA KASEH ANAK SEMUA BANGSA Kempen bantu Mat Sabu capai sasaranSHAH ALAM - Dalam tempoh tidak sampai dua bulan, kempen 'Derma #SahabatMatSabu, RM10 seorang' telah berjaya mengumpul kutipan derma mencecah RM200,000. Difahamkan, kempen itu dilancar bagi membantu Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu atau Mat Sabu yang diperintahkan mahkamah untuk membayar RM200,000 dalam kes saman dikemukakan oleh bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar. Wakil kumpulan aktivis, Hishamuddin Rais dalam satu kenyataan bersama, pihaknya telah menutup tabung tersebut secara rasmi dan jumlah rasmi kutipan derma akan diumumkan dalam masa terdekat. "Adalah dimaklumkan kutipan derma untuk Mat Sabu yang dijalankan oleh #SahabatMatSabu telah berjaya mencecah RM200,000. "Dengan ini diumumkan tabung ini akan ditutup secara rasmi #SahabatMatSabu mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penderma. Akaun ini akan diaudit dalam masa terdekat dan jumlah rasmi juga akan diumumkan," katanya seperti yang dipetik menerusi kenyataan di laman rasmi Facebook Amanah. [ARTIKEL BERKAITAN: Kempen bantu Mat Sabu bayar saman dilancar] Menurutnya lagi, adalah menjadi tanggungjawab setiap individu atau pihak yang mengenali Mohamad atau Mat Sabu untuk membantu pemimpin politik itu. Jelasnya lagi, tarikh penyerahan duit kepada pihak peguam Mat Sabu juga akan diumumkan dalam masa terdekat. --------------- |
Posted: 29 Mar 2016 05:30 AM PDT MENANTU ABAH KANTOi LAGI DAP mahu KJ jawab isu dana RM19 juta pula KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar diminta menjelaskan isu penyaluran dana kementeriannya berjumlah RM19 juta kepada sebuah NGO India. Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming berkata, belum pun isu rasuah lebih RM100 juta selesai, kini timbul pula pemberian dana kepada NGO yang dikuasai oleh MIC. Beliau berkata, pemberian dana itu timbul selepas pertanyaan lisan Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar dan diakui KBS sendiri menerusi jawapan Parlimen pada 8 Mac lalu. "Sivakumar bertanyakan tentang sejauh mana efektifnya program pertanian fertigasi cili yang dikendalikan oleh Yayasan Gerakan Afirmatif Baru (NAAM). "Pemberian dana kerajaan kepada NGO yang dikawal oleh sebuah parti politik adalah tidak boleh diterima dan tidak beretika," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini. Khairy dalam jawapan lisan Parlimen pada 8 Mac lalu menyatakan bahawa Yayasan NAAM telah menerima sebanyak RM19 juta daripada pihak kerajaan bagi menjayakan projek tanaman cili bagi meningkatkan ekonomi belia India. Beliau juga berkata, seramai 129 belia India berjaya memulakan projek pertanian tersebut dengan pendapatan sekitar RM4,000 hingga RM10,000 sebulan. Kian Ming juga mendesak Khairy supaya memberi jaminan bahawa dana kepada NGO India itu tidak disalahgunakan untuk tujuan lain Sementara itu, Sivakumar menegaskan, pemberian dana tersebut semakin dicurigai apabila NGO itu dipengerusikan sendiri oleh pemimpin MIC yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M Saravanan. "Saya berbesar hati jika kerajaan mahu beri bantuan kewangan ini kepada golongan belia India. Namun wang tersebut benar-benar dimanfaatkan sepenuhnya kita belum tahu lagi," katanya lagi KAH KAH KAH woit 19 juta wu nek wu dek wu krek wu lek kah kah kah mairek pukrek KANTOI LAGi ------------ |
Posted: 29 Mar 2016 05:00 AM PDT BERSAMA BERAMAI RAMAI TURUN KE JALAN RAYA |
Posted: 29 Mar 2016 02:00 AM PDT RAJA LAWAK MAKIN HEBAT BUAT LAWAK 'I have never dreamt of becoming PM' Tengku Razaleigh Hamzah breaks his silence on the current political tussle between D Mahathir Mohamad and Najib. KUALA LUMPUR: Former minister and Umno veteran Tengku Razaleigh Hamzah today said he had never dreamt of becoming the country's prime minister and had never contested election with the aim of becoming the premier. The Kelantan prince also revealed he was unaware of a purported statutory declaration (SD) that endorsed him as the prime minister. He also refuted allegations that he had lobbied politicians to make him the new PM. KAH KAH KAH memang hebat lawak berdiri dari raja lawak kah kah kah sungguh hebat bukan saje lawak putar pun bijak KAH KAH KAH ----------- |
Posted: 29 Mar 2016 01:00 AM PDT ZAHiD KATA ADA ORANG TUA KU Li BUKAN ORANG TUA ITU Bloglist Malaysia: Zahid Akan Pastikan Orang Tua Dalang ...bloglist-malaysia.blogspot.com/.../zahid-akan-pastikan... Aug 19, 2015 - Zahid Akan Pastikan Orang Tua Dalang Guling Kerajaan Jumpa Najib ... Penggerak itu, dinyatakan oleh Zahid sebagai "orang tua" daripada Umno sepatutnya bertemu Najib di kediaman .... Gerakan Anti Najib/Rosmah.Translate this page Zahid akan pastikan 'Orang Tua' dalang guling kerajaan ...bjbrigedkibaranbendera.blogspot.com/.../zahid-akan-p... Aug 18, 2015 - Penggerak itu, dinyatakan oleh Zahid sebagai "orang tua" daripada Umno sepatutnya bertemu Najib di kediaman peribadi beliau pada Ahad tetapi tidak muncul. .... Amaran IGP pada 'baju merah' (kumpulan anti-BERSIH.Translate this page Ku Li nafi edar SD sokongnya, guling NajibPemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah menafikan beliau bertanggungjawab mengedar akuan bersumpah (SD) yang menyokongnya untuk menjadi perdana menteri. Ditanya mengenai perkara itu, Tengku Razaleigh, yang lebih dikenali sebagai Ku Li, berkata bahawa beliau tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya KAH KAH KAH woit tolong jangan paksa tolong jangan tekan ku li ku li tak mahu jadi PIEM ku li mahu jadi raja lawak gua musang KAH KAH KAH --------- |
Posted: 29 Mar 2016 12:00 AM PDT SAH & SOHEH DEMO JADI BUDAYA KITA Polis surai demo, tahan tiga pemandu teksiSatu perhimpunan yang dihadiri kira-kira 300 pemandu teksi untuk membantah ketiadaan tindakan kerajaan terhadap perkhidmatan perkongsian kenderaan digagalkan dengan tindakan polis menahan sekurang-kurangnya tiga penunjuk perasaan. Polis sebelum itu memberi kata dua kepada pemandu teksi berkenaan supaya bersurai sebelum jam 12 tengah hari dan bertindak menangkap mereka selepas tempoh itu berakhir. KAH KAH KAH DULU MADEY ANTI DEMO SEKARANG OK SOKONG DEMO KAH KAH KAH ----------- |
Posted: 28 Mar 2016 10:39 PM PDT NAJIB NAK SAMAN WSJ HARI SELASA STESEN ABC TAK SAMAN KE? PM nak saman WSJNajib dijangka mengemukakan saman terhadap Wall Street Journal(WSJ) berhubung laporan pengaliran dana 1MDB Selasa ini. Memetik sumber yang dekat dengan Najib, The Starmelaporkan pengumuman mengenainya dijangka dibuat secara rasmi di majlis berbuka puasa di Semenyih petang ini. "Beliau akan memfailkan saman berkenaan melalui peguamnya di Kuala Lumpur," kata sumber ituKAH KAH KAH woit hari selasa? selasa mana? dah setahun tak saman saman ABC australia buat dokumentri bila nak saman KAH KAH KAH ---------- |
Posted: 28 Mar 2016 09:58 PM PDT MUSUH MENYERANG LAGi KOMENTAR apabila musuh menyerang apabila musuh melekeh ini pekara yang baik ini petanda yang baik serang ini maknanya apa yang kita lakukan menancam musuh jika musuh TIDAK menyerang ini petanda tidak baik ertinya apa yang kita lakukan adalah kerja bodoh sia sia kalau musuh tidak menyerang ertinya kita buat kerja tak betul atau kita telah sebaris bersama musuh hukum politk ini tepat hinnga hari kiamat Kongres Rakyat hanya putar cerita basi KUALA LUMPUR - Perhimpunan Kongres Rakyat semalam yang turut disertai oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin tiada isu baru, hanya medan untuk menyerang pemimpin kerajaan. Exco Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, perhimpunan yang hanya memberi manfaat kepada parti politik pembangkang itu memutarkan kembali isu basi yang telah bebarapa kali dijawab sebelum ini semata-mata untuk menghasut pemikiran rakyat. Beliau berkata, rakyat yang matang tidak akan mudah menerima bulat-bulat dakwaan dan fitnah yang dilemparkan pada ucapan-ucapan sepanjang perhimpunan itu yang kebanyakannya dibuat secara membuta-tuli dan tanpa bukti kukuh. "Kita juga kesal kerana Mahathir dan Muhyiddin serta bekas Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir sanggup bersekongkol dengan pemimpin pembangkang untuk menjatuhkan kepimpinan Najib." katanya dalam satu kenyataan hari ini. KAH KAH KAH LAGI DiSERANG LAGI DIPELEKEH LAGI BAiK MAKNANYA DI RK MENGiGIT KAH KAH KAH ---------------- |
Posted: 28 Mar 2016 09:20 PM PDT BAYANGKAN kalau wartawan dokumentari ini tidak ditangkap pasti langsung tak ada drama kah kah kah kerana ada tangkapan dokumentari ini jadi panas kah kah kah |
Posted: 28 Mar 2016 08:35 PM PDT RAJA LAWAK KANTOi MANTOi PECAH TERBARAi Ahli Parlimen dedah SD guling Najib, sokong RazaleighSeorang ahli parlimen DAP hari ini memuat naik akuan bersumpah (SD) yang tidak ditandatangani di Facebook yang dipercayai diedarkan kepada wakil rakyat. Dokumen itu menyatakan hilang kepercayaan terhadap Najib dan menyokong pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah mengambil alih tampuk kepimpinan. Ketika dihubungi Malaysiakini, Liew Chin Tong bagaimanapun enggan mendedahkan butirannya. KAH KAH KAH ku li cuba putar ngaku konsiten kini dah kantoi dibelakang tibai mat mongol dihadapan bodek mat mongol ini betul betul raja lawak KAH KAH KAH ----------- |
Posted: 28 Mar 2016 07:59 PM PDT BERITA BAiK HARI INI TERiMA KASEH YANG BAIK BUDi Salam hormat, Adalah dimaklumkan bahawa kutipan derma untuk Sdr Mat Sabu yang dijalankan oleh #SahabatMatSabu telah berjaya mencecah RM200,000. Dengan ini diumumkan bahawa, tabung ini akan ditutup secara rasmi. #SahabatMatSabu mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penderma. Akaun ini akan diaudit dalam masa terdekat dan jumlah rasmi juga akan diumumkan. Hari penyerahan duit kepada pihak peguam Mat Sabu juga akan diumumkan dalam masa terdekat. Terima kasih rakyat Malaysia! HISHAMUDDIN RAIS ADAM ADLI MANDEEP KARPALL SUARA YANG MENYOKONG Nak carik lagi 85k .. gwa rasa no hal lah .. taik gigi je .. betul tak Bang Mat Bronson .. kah kah kah, nanti bila dah genap 200k gwa baru stori. on LAPORAN SAHABAT MAT SABU Publish | Delete | Spam panglimo potaseh on 3/1/1 LAGI SUARA ITU Disebabkan kutipan pun semakin perlahan..60k lagi tu.. kumpul ja duit MP dan Adun Pakatan yg ada.. sorang 500-1k..cukup la.. MP2 adan ADUN2 ni..kita tahu.. mereka mampu tarik duit dari org ramai dgn ucapan berapi2.. skrg tiba masa mereka gembleng pakat2 bagi duit poket sendiri pulak.. Yg PAS jgn minta ya.. kita tau.. kedekut pahit..duit orang ramai.. laju je derang minta atas nama tohan..duit poket sendiri..sorilah yer.. sampai duit gaji drebar sendiri yg diperuntukan gomen pun..ada yg kebas jugak..kahkahkah.. on LAPORAN SAHABAT Publish | Delete | Spam Anonymous on 3/12/16 ------------- |
Posted: 28 Mar 2016 07:30 PM PDT INi NAMANYA BARiSAN BERSATU PKR, AMANAH mahu bersama Mahathir, enggan ungkit sejarah silamAnwar Ibrahim dulu masa dalam kerajaan pun banyak mendatangkan kesusahan kepada pembangkang. Kita serang Mahathir semasa beliau menjadi pemerintah, sekarang beliau sudah tidak berkuasa kita bersama menentang kegagalan Najib mentadbir negara.KUALA LUMPUR: PKR dan AMANAH tidak mahu 'mengungkit' kekejaman pemerintahan yang dilakukan Mahathir Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri, sebaliknya mahu bersama bekas diktator itu untuk menyelamatkan Malaysia. Ketua Whip PKR, Johari Abdul berkata, apa yang telah dilakukan Mahathir semasa mentadbir negara biarlah berlalu kerana perjuangan pembangkang ketika ini adalah untuk menyelamatkan Malaysia daripada kekejaman pentadbiran Najib. "Kita bincang masalah sekarang dan akan datang (masa hadapan), saya ingat pendekatan itu adalah betul, soal maaf ke tak maaf ke itu cerita lain. Masalah yang kita hadapi ialah masalah pemerintah yang kelam kabut, ekonomi yang kelam kabut. "PKR tidak akan ungkit benda lama (sikap Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri), kita fokus isu yang berlaku kepada negara sekarang, isu harga barang, isu pendidikan, isu keselamatan dan isu-isu besar seperti salahguna kuasa yang kita hadapi, berbanding bincang siapa salah siapa betul. Kalau bincang benda lepas ia tak akan selesaikan masalah," katanya. Sementara itu, bagi Ahli Jawatankuasa Kerja AMANAH, Hanipa Maidin beliau berkata, tidak ada guna pembangkang menyerang Dr Mahathir sebagai usaha membalas dendam diatas kekejaman yang dibuat semasa mentadbir negara. "Kita lawan Mahathir masa dia ada kuasa sekarang dia tak ada kuasa dan sekarang bersama-sama kita nak lawan orang yang ada kuasa Najib.. "Presiden AMANAH cakap semalam dia pun pernah kena tahan di bawah ISA dua kali, tapi sekarang kalau kita nak serang dia tak ada guna. "Kalau nak ungkit banyak benda boleh ungkit, Anwar dulu masa dalam kerajaan pun banyak dia mendatangkan kesusahan kepada pembangkang," katanya. KENALi MUSUH UTAMA SASARAN UNTUK MUSUH UTAMA ITU NAMANYA STRATIJi UNITED FRONT ----------- |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |