WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- DARIPADA BALING GELAS TAK PECAH, SEMUA KINI TERLIHAT KELAM-KABUTNYA
- ‘USUL UNDI TIDAK PERCAYA MUNGKIN MEREBAK KE DUN PERAK’
- BLOK KUASA KETIGA PAS HANYA PECAH BELAHKAN PEMBANGKANG – KHALID SAMAD
- ARTIS BARU INDON KA MALAYSIA YANG KAYA RAYA NI????
DARIPADA BALING GELAS TAK PECAH, SEMUA KINI TERLIHAT KELAM-KABUTNYA Posted: 14 Mar 2016 01:35 AM PDT Betapa UMNO dan pimpinannya sedang kelam kabut dek tamparan Deklarasi Rakyat kini sedang menjadi tontotan di mana-mana dan ia bukan lagi sesuatu yang boleh disembunyikan. Daripada pelbagai cubaan mahu mengalihkan perhatian dengan menakut-nakutkannya seolah-olah agenda DAP dan Lim Kit Siang sedang menuju kemenangan dan deklarasi itu bagi memenuhi kehendak peribadi Tun Mahathir Mohamad semata-mata, dalam masa yang sama Ketua, Timbalan dan Naib Ketua UMNO Bahagian terpaksa tampil sekali lagi menyatakan sokongan terbuka kepada Najib Razak. Beberapa bulan dulu mereka sudah bersolidariti menyatakan ikrar sokongan kepada Najib, kini sekali lagi ditampilkan ulang tayang wayang yang sama semata-mata untuk mendamaikan jiwa Perdana Menteri yang gundah gulana. Tidakkah ini sesuatu yang kelakar? Berapa kali mahu berikrar dan bersolidariti dalam setahun? Jika sebelumnya apabila Tun Mahathir keluar UMNO, beliau dikatakan hanya mengulangi taktik lama sambil memperlekehkannya sebagai negawaran tua yang sudah berusia 91 tahun dan dikatakan "baling gelas pun tak pecah", ternampaknya sekarang "pukulan pertama" bekas Perdana Menteri itu tetap kuat bisanya. Itu baru langkah pertama yang diambilnya, belum lagi beberapa kejutan lain yang dipercayai akan terus dilakukan oleh Tun Mahathir dalam usahanya memastikan Najib dapat diturunkan daripada tampuk kuasa Perdana Menteri. Sesungguhnya, kejayaan menghasilkan Deklarasi Rakyat yang diinisiatifkan oleh Tun Mahathir adalah suatu sejarah bagi negara. Ia buat pertama kali telah berjaya menghimpunkan tokoh-tokoh ternama daripada UMNO dan pembangkang untuk bersetuju dalam satu perkara demi kepentingan negara. Jika diikut logik, adalah lebih baik parti-parti pembangkang tidak menyertai deklarasi itu kerana dengan imej Najib yang semakin buruk dan ditambah dengan pelbagai isu yang sedang membelitnya, membiarkan saja Tun Mahathir melakukan asakan secara berasingan adalah suatu kelebihan kepada mereka untuk memenangi pilihanraya akan datang. Tetapi, kenapakah pemimpin-pemimpin pembangkang setuju untuk bekerjasama? Tidakkah apabila Najib berjaya disingkirkan, UMNO lebih berpeluang membaiki imejnya dan seterusnya harapan untuk memenangi pilihanraya juga kembali cerah? Setelah Najib berjaya disingkirkan dan UMNO dipulihkan, di mana parti-parti pembangkang ketika itu nanti? Dalam hal ini, terbukti bahawa parti-parti pembangkang tidak mementingkan diri sendiri. Sudah tentu kerjasama itu didorong oleh keinginan untuk sama-sama memainkan peranan dalam menyelamatkan negara ini. Dua tahun sebelum pilihanraya, jika Najib terus dibiarkan mentadbir negara, kita pun tidak tahu berapa banyak lagi kerosakan yang diakibatkan olehnya. Kita juga tidak tahu berapa banyak lagi hutang negara dan cengkaman atas nama undang-undang dan akta yang akan digubal untuk menyelamatkan kuasanya. Lebih dibimbangi, jika semua kerosakan itu, kalau pun pembangkang berjaya memenangi pilihanraya, ia sudah terlalu sukar untuk dipulihkan semula. Di sinilah letaknya jiwa besar parti-parti pembangkang yang sedia menyambut huluran tangan Tun Mahathir bagi sama-sama menandatangani dan menggerakkan Deklarasi Rakyat itu. Yang penting, setelah Najib berjaya diturunkan, sama ada selepasnya BN terus berkuasa atau kerajaan peralihan yang mengambilalihnya, pemulihan dan reformasi institusi haruslah dilakukan bagi mengembalikan keyakinan rakyat semua. Di pihak Tun Mahathir, kerjasama ini juga bukanlah kerja gila sebagaimana yang didakwa oleh seorang Tengku campuran Acheh dan Melaka, tetapi suatu gerak kerja luar biasa yang melampaui pemikiran parti dan anutan hari-hari kebanyakan rakyat negara ini. Segala-galanya kerana keinginan yang sama untuk menyelamatkan negara dan tidak mahu melihat Malaysia menjadi lebih buruk keadaannya. Jika Tun Mahathir seorang atau bersama pemimpin-pemimpin pembangkang masih tidak cukup kuat melakukannya, kita sebagai rakyat yang tentunya sama-sama sayangkan negara inilah yang boleh memastikan "gelas benar-benar dapat dipecahkan" akhirnya. (SH 14/03/2016). |
‘USUL UNDI TIDAK PERCAYA MUNGKIN MEREBAK KE DUN PERAK’ Posted: 13 Mar 2016 11:31 PM PDT 'Usul undi tidak percaya mungkin merebak ke DUN Perak'Pemuda AMANAH Negeri Perak meramalkan bermungkinan terjadi kejutan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 12 April 2016 depan dan tidak mustahil perkara yang berlaku di DUN Terengganu akan merebak di DUN Perak. Menurut Timbalan Ketua, Pemuda AMANAH Negeri Perak Mohd Fitri Asmuni hal itu tidak mustahil akan berlaku memandangkan terdapat beberapa ADUN BN Perak merupakan penyokong kuat Dr Mahathir dan Muhyiddin Yassin. "Isu krisis kepimpinan terhadap Menteri Besar Negeri (Dr Zambry) memungkinkan perkara yang sama akan berlaku (di Perak) ekoran krisis dalaman Umno setelah penggantungan jawatan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin serta isu keluar parti oleh Tun Dr Mahathir dan permecatan beliau sebagai penasihat Petronas baru-baru ini. "Bagi Pemuda AMANAH Perak, ramai di kalangan ADUN Perak daripada Barisan Nasional (BN) adalah penyokong Muhyidin dan Mahathir serta beberapa pimpinan lain seperti Dato' Seri Shafie Apdal dan Dato' Seri Mukhriz Mahathir. "Satu lagi perkara penting yang bermain di fikiran kalangan pimpinan Umno ialah Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bukanlah lahir daripada Umno 'tulen' kerana pernah bersama menyokong Datuk Seri Anwar Datuk Ibrahim sebelum ini. "Tidak mustahil usul tidak percaya di atas kepimpinan Datuk Seri Zambry akan di bawa di dalam Sidang DUN Perak nanti dan kita meminta agar semua ADUN Pakatan Harapan (PH) khasnya bersedia jika perkara tersebut berlaku pada 12 April 2016 ini," kata beliau dalam satu kenyataan. |
BLOK KUASA KETIGA PAS HANYA PECAH BELAHKAN PEMBANGKANG – KHALID SAMAD Posted: 13 Mar 2016 11:14 PM PDT Blok Kuasa Ketiga Pas hanya pecah belahkan pembangkang – Khalid Samad'Blok Kuasa Ketiga' yang ditaja Pas membentuk gabungan pembangkang baharu disifatkan pemerhati politik sebagai percubaan untuk memecahbelahkan kerjasama antara parti-parti pembangkang di tanah air. Ketua Biro Komunikasi Parti Amanah Negara Khalid Samad berkata, gerakan seperti itu tidak akan mendapat sokongan rakyat, sebaliknya hanya akan memecahkan undi dan menjamin BN terus berkuasa untuk selama-lamanya di Malaysia. "Adalah lebih baik PAS menyertai BN kerana langkah mereka untuk membentuk satu gabungan pembangkang baru dengan penyertaan parti politik dan badan bukan-kerajaan (NGO – non-government organisation) adalah satu langkah yang memang nampak jelas akan memecahbelahkan pihak pembangkang," kata Khalid Samad. Khalid juga berpendapat, sehingga hari ini semua langkah politik yang diambil oleh Pas adalah langkah yang mengugat Pakatan Harapan tetapi menguntungkan pihak musuh. "PAS sekarang kelihatan sudah tidak tentu arah. Adakah PAS hendak menyebelahi pihak pembangkang atau menyebelahi BN?" tanya Khalid lagi. Tinjauan Suara pakatan daily ke atas penyokong Pakatan Harapan (PH) menemukan soalan: "Apakah agenda PAS?". Penyokong PH merasakan kewujudan blok pembangkang yang baru adalah taktik atau muslihat pihak musuh untuk melemahkan pihak pembangkang terutamanya di kerusi-kerusi majoriti Melayu. "Adakah strategi PAS sebenarnya untuk memecahbelahkan pembangkang supaya yang untung ialah pihak musuh?" tanya seorang penganalisis politik dari kalangan masyarakat Cina. Hal itu bersesuaian dengan tinjauan komen mengenai pembentukan gabungan baru oleh Pas dari sebuah laman berita online yang mendapati ramai Melayu tidak mempercayai PAS lagi kerana mereka berpendapat "pendirian PAS tidak teguh, PAS tiada hala tuju dan PAS sudah jelas berpihak kepada pihak musuh". |
ARTIS BARU INDON KA MALAYSIA YANG KAYA RAYA NI???? Posted: 13 Mar 2016 11:06 PM PDT |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |