Jumaat, 4 Mac 2016

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Teks penuh Deklarasi Rakyat-MKINI

Posted: 04 Mar 2016 12:41 AM PST

Dr Siti Hasmah Mohd Ali
Maria Chin Abdullah

S Ambiga
Mustapa Ali
Zaid Ibrahim
Lim Kit Siang
Ling Liong Sik
Muhyiddin Yassin
Mahathir Mohamad
Mohamed Azmin Ali
Sanusi Junid
Muhkriz Mahathir
Mohamad Sabu
Husam Musa
Mahfuz Omar
Khairuddin Aman Razali
Tamrin Ghafar
Hishammudin Rais
Salahuddin Ayub
A Kadir Jasin
Muhammad Muhammad Taib
Elizabeth Wong
Kamaruddin Jaafar
Mujahid Yusof Rawa
Teresa Kok
Tian Chua
Anthony Loke
Hasanuddin Mohd Yunus 
Berikut adalah teks penuh Deklarasi Rakyat yang dibaca oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di majlis deklarasi anti-Najib hari ini:
1. Kami, warga Malaysia seperti nama-nama berikut ingin menyatakan kebimbangan kami terhadap keadaan politik, ekonomi dan sosial datam negara.
2. Kami ingin menarik perhatian rakyat Malaysia terhadap kerosakan yang telah dilakukan kepada negara di bawah pentadbiran Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak.
3. Di bawah pentadbirannya negara jatuh tersenarai sebagai salah satu daripada 10 negara yang paling banyak mengamalkan rasuah mengikut laporan Ernst and Young Asia Pacific Fraud Survey Report Series 2013. Malaysia juga telah jatuh empat anak tangga Indeks Persepsi Rasuah 2015, dari 50 ke 54.
4. Ini adalah kerana dianya percaya yang wang tunai boleh mempastikan kedudukannya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Dia percaya bahawa duit adalah segala-galanya-"Cash is King".
5. Peruntukan kepada semua Kementerian dan institusi awam termasuk universiti telah dikurangkan kerana ketandusan kewangan. Walaupun telah diperuntukkan, tidak ada sumber kewangan.
6. Pada tahun 2009, beliau telah menubuhkan satu Dana Kekayaan Negara (Sovereign Wealth Fund) bertujuan untuk menjana pendapatan bagi Kerajaan.
7. Dia menubuhkan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kemudiannya dibebani hutang sebanyak RM42 bilion yang tidak dapat ditanggung. Tanya tidak lagi menjadi Dana Kekayaan. Sebaliknya Dana Hutang Negara.
8. 1MDB telah meminjam RM20 bilion untuk membeli tiga janakuasa elektrik pada harga yang RM12.1 bilion, melebihi harga pasaran. Walaupun diberi kontrak untuk membina janakuasa baru selain lanjutan bagi konsesi yang hampir tarnat, syarikat-syarikat janakuasa 1MDB ini telah dijual pada harga RM9.83 bilion dengan kerugian berjumlah RM2.27 bilion.
9. 1MDB juga telah melabur atau meminjamkan sebanyak US$1.83 bilion kepada Petrosaudi International (PSI) Limited diantara 2009 dan 2011 di datam projek-projek dan aset yang tidak wujud. Bank Negara Malaysia telah meminta supaya 1 MDB membawa pulang semula wang tersebut ke Malaysia kerana kebenaran yang diberi untuk pelaburan berdasarkan kepada maklumat yang tidak tepat. Daripada jumlah ini, sebanyak US$1.45 bilion telah secara langsung atau tidak langsung disalurkan kepada syarikat Good Star Limited dan lain-lain syarikat dibawah penguasaan Low Taek Jho.
10. Untuk menutup kehilangan wang tersebut, 1MDB telah melupuskan pelaburan dan Pinjaman ke PSI untuk us$2.318 bilion, dengan mendakwa yang ianya telah membuat keuntungan sebanyak us$488 juta. Bagaimanapun, tidak ada sesen pun daripada jumlah ini yang dipulangkan ke Malaysia. sebaliknya 1 MDB mendakwa yang wang tersebut telah dilabur di datam dana di Kepulauan caymans, yang kemudiannya telah di bongkar sebagai sebuah firma pengurusan pelaburan tidak berlesen. KpMG telah disingkir sebagai juruaudit 1MDB kerana enggan mengesahkan nilai pelaburan dana Caymans yang penuh misteri.

11. 1MDB mendakwa juga yang pelaburan di Kepulauan Caymans ini telah pun ditebus sepenuhnya. Sebanyak US$1.22 bilion telah dilaporkan ditebus pada 5hb November 2014, tetapi telah digunakan pada hari yang sama untuk membayar ganti rugi kepada Aabar Investments PJS. Ini merupakan gantirugi kerana menamatkan opsyen yang diberi kepada
Aabar untuk membeli 49 peratus saham di datam syarikat-syarikat janakuasa 1 MDB. Ini merupakan satu penipuan kerana, syarikat induk Aabar, International Petroleum Investment Corporation(IPIC), tidak pun menyebut tentang penerimaan pembayaran tersebut di datam akaunnya yang diaudit dan tersiar di London Stock Exchange. Sebaliknya akaun IPIC menyebut bahawa 1MDB terhutang sejumlah US$481 juta kepadanya kerana penamatan opsyen tersebut.
12. 1MDB juga telah mengambil hutang berjumlah US$975 juta daripada konsortium Deutsche-Bank pada bulan September 2014, untuk tujuan yang sama iaitu membayar ganti rugi kepada Aabar. Akhbar the Wall Street Journal membongkar bahawa wang tersebut telah digunakan untuk membayar pihak lain di British Virgin Islands yang mempunyai nama yang lebih kurang sama iaitu,"Aabar Investment PJS Limited", yang dimiliki oleh pihak yang tidak ada kena mengena dengan IPIC. Penipuan licik ini telah berjaya memperdayakan juruaudit 1MDB, Deloitte Malaysia yang mempercayai bahawa bayaran telahpun diterima Aabar kepunyaan IPIC.
13. 1MDB mengumumkan bahawa ia telah membuat tebusan kedua dan terakhir berjumlah RM1.1 bilion daripada pelaburan di kepulauan Cayman pada bulan Januari 2015. Pada mulanya Perdana Menteri memaklumkan kepada Parlimen bahawa jumlah tersebut telah dimasukkan ke datam Bank BSI di Singapura. Dua bulan kemudian, pada bulan Mei 2015, dia memberitahu Parlimen bahawa, ianya bukanlah di datam bentuk wang tunai, tetapi aset. Kemudian, dijelaskan pula yang aset-aset ini merupakan"unit"yang bermakna bahawa tanya tidakpun ditebus. Ini membuktikan yang 1MDB dan Perdana Menteri telah berulang-kali menipu rakyat Malaysia. Ianya juga bermakna bahawa wang yang dilaburkan di datam Petrosaudi yang kemudiannya dilabur semula di Kepulauan Caymans, masih lagi hilang dan tidak dapat diperakukan.
14. Seorang bekas naib ketua bahagian UMNO Batu Kawan telah membuat laporan polis berkenaan kehilangan sejumlah wang yang besar oleh 1MDB. Tiada sebarang siasatan dilakukan polis. Sebaliknya pengadu telah disoal-siasat polis, ditahan dan didakwa di bawah Akta Kesalahan Keselamatan(Langkah-Langkah Khas)2012(SOSMA)kerana mensabotaj
ekonomi negara. Peguam beliau juga ditahan dan didakwa dibawah Akta yang sama. Ini menakutkan sesiapa sahaja yang ingin melapor pada Polis berkenaan dengan 1 MDB.
15. Akhbar Wall Street Journal melaporkan yang Najib mempunyai US$681 juta Dolar di datam akaun peribadinya di Ambank.
16. Najib pada mulanya menafikannya, tetapi kemudian mengakui bahawa dianya mempunyai sejumlah wang yang banyak di datam akaun peribadinya, Dia mendakwa menerima derma dari seorang Arab, kemudian ianya menjadi derma untuknya memenangi Pilihanraya Umum ke-13 kemudian pula menyatakan ianya adalah kerana dedikasi beliau menentang keganasan. Dia kemudiannya mendakwa menerima duit berkenaan daripada seorang Putera Raja Arab Saudi,
dan kemudian daripada Raja Arab Saudi yang telah mangkat.
17. Kemudian seorang Menteri Arab Saudi menyatakan bahawa tidak terdapat apa-apa rekod berkenaan sebarang hadiah daripada Arab Saudi. Beliau mencadangkan bahawa wang tersebut mungkin merupakan peaburan. Tetapi jumlahnya kecil.
18. Najib menyatakan hasrat untuk menyaman Wall Street Journal di mahkamah tetapi dia tidak berbuat apa-apa. Sebaliknya dia meminta peguamnya bertanya kepada Wall Street Journal kenapa akhbar itu menyiarkan laporan tersebut.
19. Hingga ke hari ini WSJ berterusan mengeluarkan laporan demi laporan dengan fakta terperinci berkenaan dengan duit sejumlah US$681 juta yang terdapat di datam akaun peribadinya. Dianya masih tidak mengambil tindakan saman terhadap WSJ, sesuatu yang boleh dilakukan di negara di mana WSJ diterbitkan.
20. Khuatir dan syak dengan jumlah wang banyak dalam akaun peribadi Najib, satu pasukan petugas ditubuhkan di Malaysia untuk menyiasat sumber wang tersebut. Empat institusi Kerajaan terlibat, Polis Di Raja Malaysia, Peguam Negara, Bank Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
21. Belumpun pasukan petugas berjaya selesaikan penugasan mereka, Peguam Negara disingkir oleh Najib atas alasan beliau sakit dan tidak mampu meneruskan tugasannya. Secara terang Najib telah memberi gambaran yang tidak benar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan Tuanku bagi menggantikan Peguam Negara, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dilumpuhkan apabila pengerusi serta beberapa ahlinya dipindahkan oleh Najib bagi menghalang penyiasatan keatas 1 MDB. Pengerusi baru, kenalan Najib dilantik dan beliau secara spontan menyatakan yang Najib tidak melakukan apa-apa kesalahan.
22. Najib kemudian melantik Peguam Negara baru. Peguam Negara baru menolak cadangan Bank Negara untuk tindakan diambil sambil mendakwa yang tidak ada apa-apa di dalam laporan tersebut yang menunjukkan bahawa Najib melakukan kesalahan.
23. Rayuan Bank Negara tidak diendahkan.
24. peguam Negara yang baru juga menolak lagi satu laporan daripada SPRM. Kandungan laporan tidak didedahkan dan ancaman dibuat terhadap pendedahan laporan tersebut.
25. peguam Negara baru juga tanpa penjelasan yang munasabah menolak cadangan dari dua institusi yang mempunyai kuasa dan kepakaran datam bidang mereka.
26. penolakan ini juga menghalang perkara tersebut dibawa ke mahkamah di mana semua bukti dapat diketengahkan dan dibicarakan. Dengan ini Peguam Negara memain peranan sebagai pendakwa dan juga hakim. Proses undang-undang terhalang.
27. Timbalan Perdana Menteri yang disingkir kemudian mendedahkan yang peguam Negara yang lama telah menunjuk bukti kesalahan yang dilakukan Najib bersangkutan skandal- skandal tersebut. Di masa yang sama, beberapa agensi Kerajaan asing, iaitu Switzerland, Singapura, Amerika Syarikat, Hong Kong dan Britain, telah memulakan siasatan ke atas 1MDB.
28. Akhbar di Malaysia ditapis menyebabkan rakyat lebih bergantung kepada laporan media asing. Tetapi apabila rakyat berbincang atau menulis berdasarkan laporan media asing, Kerajaan menerusi Ketua Polis Negara menjemput sesiapa sahaja untuk membuat laporan polis agar polis dapat menjalankan soal siasat terhadap orang itu.
29. Ini bercanggah dengan kegagalan polis menyiasat laporan polis yang dibuat terhadap Najib, Jho Low dan laporan Bank Negara dan SPRM kepada Peguam Negara. Peguam Negara juga mengugut untuk jatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 10 sebatan rotan terhadap sesiapa yang bertindak membocor maklumat Kerajaan. Ini bermakna yang kesalahan jenayah di datam pentadbiran Kerajaanpun akan dilindung daripada pengetahuan awam.
30. Peguam Negara mengumumkan bahawa sebahagian daripada sejumlah RM2.6 bilion (sebanyak RM2.3 bilion)telah dipulangkan kepada Arab Saudi. Selain daripada kenyataan ini tiada bukti lain yang dikemukakan.
31. Rakyat juga semakin menderita.
32. GST yang dikenakan Najib, kenaikan kadar tol lebuhraya, kesemuanya mengakibatkan kenaikan kos sara hidup, memaksa perniagaan ditutup, menyebabkan industri kepunyaan asing menghentikan operasi dan berpindah kepada negara lain. Ini mengakibatkan peningkatan kadar pengangguran.
33. Walaupun rakyat membantah, Najib tetap menyertai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik(TPP)Amerika yang mengikis hak kita untuk membuat dasar dan undang-undang yang sesuai bagi negara kita.
34. Hari ini imej Malaysia amat buruk sekali. Selain diklasifikasikan antara 10 negara terburuk mengamalkan rasuah, Malaysia juga dianggap tidak demokratik. Hak kebebasan bersuara juga kebebasan akhbar terhalang, dan rakyat hidup datam ketakutan ditangkap dan ditahan. Akta Majlis Keselamatan Negara digubal untuk memberikan Perdana Menteri dan bukan Yang di-Pertuan Agong kuasa mengisytiharkan sesuatu kawasan itu sebagai kawasan keselamatan dimana sesiapa sahaja boleh ditangkap dan ditahan tanpa bicara dan didakwa dibawah prosidur yang melanggar batas keadilan yang diterima.
35. Sebaliknya pula jika berlaku kesilapan datam penggunaan Akta ini oleh pegawai Kerajaan, atau di mana terdapat salahguna kuasa, rakyat tidak boleh mengambil apa bentuk tidakan terhadap mereka. Whistleblowers, atau pemberi maklumat, diganggu dan dihukum, dan bukannya diberi perlindungan. Undang-undang lain digunakan yang menyekat kebebasan bersuara menegur salahlaku. Hak asasi yang termaktub di datam Perlembagaan persekutuan tidak lagi membawa apa-apa makna.
36.0leh kerana sebab-sebab ini, kami rakyat Malaysia seperti yang tertera bersetuju dan menyokong
a) penyingkiran Dato' Sri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia menerusi saluran yang aman dan mengikut undang-undang yang dibenarkan.
b) Penyingkiran semua mereka yang bersekongkol dengannya
c) Pemansuhan semua undang-undang dan perjanjian baru yang Jetas metanggar hak asasi yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan dan melemahkan polisi terpilih, dan
d) Pemulihan integriti institusi yang telah dilemahkan, seperti polis, SPRM, Bank Negara dan PAC
37. Kami menyeru kepada semua rakyat Malaysia, tidak mengira kaum, ugama, politik, kepercayaan atau parti, tua atau muda, marilah bersama-sama kami selamatkan Malaysia daripada Kerajaan yang dipimpin Dato Seri Najib untuk membuka jalan kepada mereformasikan institusi demi proses demokrasi dan memulihkan prinsip pengasingan kuasa diantara eksekutif, legislatif dan kehakiman yang akan memastikan kebebasan, kredibiliti, profesionalisme serta integrity institusi-institusi nasional.
Tandatangan rakyat

LIVE SIDANG MEDIA KHAS JAM 3 PTG

Posted: 03 Mar 2016 10:22 PM PST


SILA REFRESH KOMPUTER ANDA



SUMBER M'KINI N SGOR TV

2.45pm: Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Salahuddin Ayub dan bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan sudah kelihatan sudah hadir.
Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah juga sudah hadir.Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah, wakil rakyat PAS Datuk Mahfuz Omar dan wakil PKR Kamaruddin Jaafar juga sudah hadir.
3.18pm: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah tiba di Rumah Kelab PAUM. Turut hadir ialah tokoh wartawan Datuk Kadir Jasin.

Ketika Mahathir tiba para penyokongnya melaungkan "Hidup Tun".
Sementara itu, seorang lagi anggota PAS Ketua Penerangan Dewan Ulama Datuk Khairuddin Aman Razali turut menghadirkan diri pada majlis deklarasi anti-Najib pada hari ini walaupun parti Islam itu semalam mengeluarkan kenyataan untuk tidak menyokong deklarasi tersebut.
3pm: Pemimpin lain kelihatan setakat ini:
  • Tan Sri Muhyiddin Yassin
  • Datuk Zaid Ibrahim
  • Datuk S Ambiga
  • NGO antirasuah C4 Cynthia Gabriel
  • Naib Presiden PKR Tian Chua
  • Presiden AMANAH Mohamad Sabu
  • Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali
2.57pm Salahuddin meminta orang ramai melupakan perbezaan sesama sendiri untuk satu misi bersama.
"Ini satu sejarah negara," katanya.


Tukar Tiub

Tukar Tiub


TUNNGU DAN LIHAT

Posted: 04 Mar 2016 07:00 PM PST




MENGGALANG

BARiSAN

BERSAMA




Mustafa, Mahfuz antara pemimpin PAS yang hadir


Timbalan Presiden Umno yang digantung jawatan,  Muhyiddin Yassin adalah antara pemimpin parti itu yang hadir pada Deklarasi Anti-Najib yang dijadualkan bermula pada jam 3.30 petang ini.
Turut kelihatan adalah beberapa pemimpin PAS, termasuk pengarah pilihanrayanya,  Mustafa Ali, Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar, Ketua Penerangan Dewan Ulama, Khairuddin Aman Razali.

KITA TUNGGU

DAN NANTI




-------------

SATU PERMULAAN

Posted: 04 Mar 2016 06:00 PM PST







Teks penuh Deklarasi Rakyat bagi singkir Najib


baca disini:
https://www.malaysiakini.com/news/332737



Deklarasi Rakyat tuntut Najib undur
SHAH ALAM - Deklarasi Rakyat yang dibaca oleh Mahathir Mohamad di majlis deklarasi anti-Najib hari ini telah menuntut supaya Najib berundur dari jawatan Perdana Menteri.

Deklarasi tersebut menyenaraikan empat tuntutan
penyingkiran yang perlu dilakukan termasuk penyingkiran menerusi saluran yang aman dan mengikut undang-undang yang dibenarkan.


Rakyat disaran sokong Deklarasi Rakyat
KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia disaran untuk menyokong Deklarasi Rakyat yang ditandatangani oleh beberapa pemimpin parti dan NGO bagi mendesak Najib meletakkan jawatan.

Pengerusi Bersih, Maria Chin berkata, sebelum ini rakyat telah memberi banyak peluang kepada Najib bagi membaiki segala kerosakan yang dilakukan terhadap pentadbiran negara namun tiada sebarang penambahbaikan dilakukan oleh beliau sehingga kini.

"Kami disini adalah untuk melihat perubahan jangka panjang disamping turut mendesak supaya Najib berundur dari jawatan Perdana Menteri," katanya

PERMULAAN

perjalanan seribu batu
bermula dengan tapak pertama



--------------

DARI SAHABAT MAT SABU

Posted: 04 Mar 2016 05:30 AM PST








LAPORAN
JUMAAT 4/3/16
sahabat mat sabu 
telah berjaya mengumpul
RM127, 326

terima kaseh
kepada yang menderma
kami berharap sesipa
pembaca TT
yang belum derma
sila hulurkan berapa yang boleh
didahului dengan
terima kaseh


MAY BANK

5642 5857 6644

--------------

MAKIN TAMBAH BERAT

Posted: 04 Mar 2016 05:00 AM PST








MAKIN TAMBAH

BERAT



Laporan audit 1MDB dirahsiakan demi lindungi kredibiliti, kata pengerusi PAC - 


Laporan Jabatan Audit Negara ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dirahsiakan mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) (1972) bagi melindungi kredibiliti.
Langkah itu kata Pengerusi PAC Hasan Arifin, diambil ketua audit negara memandangkan laporan interim audit 1MDB sebelum ini dibocorkan pihak tertentu
- See more at: http://www.site2unblock.com/service/page.php?u=NzlUMY%2FrMpp%2BlPXLUmK%2FP%2B1kjZPPrRuXkLR8pjrprPmwf8NZnXOW3QytNZCS8LMmoq2GdwFM2DWSZn4Jkrq9ZeHgD6Ip7AFopdTB0RdDV6ONFLwRv5MWZh6Pa9%2FzSsXjM5pQO%2B3bnPrxu%2FYiWHMBAoB0pho4yERaINQ%3D&b=5#sthash.MycOoEln.dpuf


KAH KAH KAH

i ave nating

to add mi lord


but to kuntut

KAH KAH KAH






------------

APA AKAN TERJADI ?

Posted: 04 Mar 2016 04:30 AM PST








BERiTANG

UNTUK TUANG

PRESiDENG


 | March 4, 2016

zam-hadi-awang-pas
Zam mengenang kembali perseteruan panjang UMNO dan PAS, yang dimarakkan lagi oleh sentimen agama. More ››


KAH KAH KAH

apang akang

terjading padang

tuang presideng

kang kang kang

KAH KAH KAH

---------------

KAPIR LAKNAT BANYAK MEMBACA

Posted: 04 Mar 2016 04:02 AM PST






ORANG PUTEH DAN ISLAM
Islam ke Arab .. aku pernah ke NZ negeri omputih .. satu hari kawan omputeh aku nengok aku sembahyang, dia ingat aku buat taichi. Ertinya omputeh tu lebih tahu taichi daripada islam. Maka peluang omputeh tu dibakar dalam neraka untuk selamanya amat cerah sekali, dia tak tahu langsung pasal islam. Aku nasib baik di taqdeerkan lahir sebagai islam walaupun aku asasnya tak tau langsung bahasa arab. 

Omputeh tu kena paham arab dulu, jika nak kenal islam. Belajar bahasa arab pun mau makan tahun .. itu baru kenal .. belum masuk islam lagi. Cam na nak kenal islam .. uztas lebih syok berdakwah ditempat sendiri .. sonang .. kaut fulus dan pahala. Dakwah ke negera kapir belum tentu masyuuk. 

Kapir laknat ni banyak membaca jadi susah nak main hadis .. susah nak dibodohkan. Jadi akhirnya omputeh tu tetap masuk neraka. Bagaimana pula jika uztas gagal sebarkan islam, walhal kita tahu islam tu ugama sejagat, ugama alam semesta. Bagaimana pula kita dapati ada makhluk di planet lain yang masih on SATU LAGI HUKUM HAKAM
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 3/4/16








----------

EKONOMI DUNIA

Posted: 04 Mar 2016 01:00 AM PST













EKONOMi DUNIA

PETANG INi



BHS threatens to close half its stores putting hundreds of jobs at risk

BHS, the cash-strapped department store group, is threatening to close up to half its shops if landlords do not agree to a reduction in rents.
BHS has filed a company voluntary arrangement (CVA), a type of insolvency proceeding, at the high court in an attempt to push through a vital restructuring of its finances.
It is understood that the business has told landlords it will shut 50-60 shops without substantial reductions in rent, while another 30 are also at risk without cuts. Hundreds of jobs could be lost if BHS presses ahead with its threat.

"It's A Recession Stupid" - US Factory Orders Tumble For 15th Month In A Row: In 60 years, the US economy has not suffered a 15-month continuous YoY drop in Factory orders without being in recession.


Brazil's economy slumps to 25-year low

Brazil's economy suffered its worst slump for quarter of a century last year as a global commodity rout, a domestic political crisis and rising inflation forced businesses to slash spending and jobs.

Economists warned that the country's recession had further to run and could deepen amid fresh signs that a drop in demand has continued into 2016.
Official figures showed Brazil's GDP fell 3.8% in 2015, the steepest decline since 1990, when the country was battling hyperinflation. Last year finished on a gloomy note with fourth quarter GDP down 1.4% on the previous quarter against the backdrop of a deepening political corruption scandal.
-------------

KAKI REMBAT DUIT MARA

Posted: 04 Mar 2016 12:00 AM PST









REMBAT DUIT

MARA CEPAT

YANG iNI SLOO

Ramai sahabat hairan Muhyiddin tiba-tiba 'lantang'
KUALA LUMPUR - Tindakan  Muhyiddin Yassin yang tiba-tiba bersuara lantang di luar mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno kini, menimbulkan tanggapan beliau mempunyai agenda peribadi sendiri.

Ketua Penerangan Umno, Annuar Musa berkata, perkara itu timbul kerana Muhyiddin sebelum ini, tidak banyak bersuara dalam mesyuarat MT Umno, jauh sekali bersikap lantang.

"Saya menjadi ahli MT lebih 25 tahun lalu dan memang Muhyiddin bukanlah seorang yang banyak bersuara dalam MT. Ini jauh berbeza daripada apa yang beliau
cuba gambarkan sekarang," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata sebab itulah ramai kalangan sahabat hairan kerana Muhyiddin tiba-tiba bersuara lantang termasuk mengungkit isu yang beliau sendiri tidak pernah bawa dalam mesyuarat MT secara terus terang.  

KAH KAH KAH

woit
apa nak hairan
napa maloan ni bangang
masa rembat duit mara 
masa beli rumah di australia
cekap pantas bijak
yang ini jadi bodoh pulak
kah kah kah
mestilah bising
mestilah lantang
mestilah bengang
dulu menteri senang mencuri
dulu timbalan parti
senang kelentong
sekarang hapah pun taraaak
pukrak mukrak wakkrak
%4^7qw#9n%5@#%$&
ciiit wunek pundek mundek
kah kah kah

FULUSSIKOM

--------------

SILA BACA LAGI

Posted: 03 Mar 2016 11:08 PM PST






BACA DiSNI:

http://www.malaysiakini.com/columns/332395













---------------

SATU LAGI HUKUM HAKAM

Posted: 03 Mar 2016 10:00 PM PST









SATU KERJA

YANG BANYAK

LAGI BERAT





Mufti larang tulis, baca Al Quran selain bahasa Arab

Menulis dan membaca al-Quran dalam bahasa selain bahasa Arab adalah dilarang, demikian tegas Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan al-Quran (LPPPQ).
Dalam kenyataan hari ini, Pengerusinya  Harussani Zakaria berkata ini kerana penulisan al-Quran dalam bahasa lain tanpa adanya teks bahasa Arab tidak boleh dianggap sebagai al-Quran.
Perbuatan itu juga boleh diambil tindakan undang-undang di bawah Akta Pencetakan Teks al-Quran (APTQ) 1986 dan Akta Mesin Cetak (AMCP) 1984, katanya.

KAH KAH KAH

woit
ini kerja berat
jakim jawi jais jaik
jait jains dan satu juta ji ji ji
kena kerja berat
ada quran dalam mandrin
ada quran dalam french
ada quran dalam swedish
macam mana nak jaga
kah kah kah
tapi okay juga
ramai mahasiswa dari jordan
graduan API universiti malaya
graduan dari pakistan
graduan dari mesir
graduan dari saudi
boleh dapat kerja
kah kah kah
ini namanya cari rezeki halal
kah kah kah
PUKRAK DURAK
----------

TEORI UNITED FRONT

Posted: 03 Mar 2016 09:00 PM PST






INI AMALAN

DARI TEORI

FRONT BERSATU

UNITED FRONT

Anwar sokong Mahathir, pembangkang bersatu guling Najib



Anwar Ibrahim hari ini menyatakan sokongannya terhadap keputusan parti pembangkang dan pertubuhan sivil‎ berganding dengan  Mahathir Mohamad dan  Muhyiddin Yassin dalam usaha menggulingkan  Najib.
Bekas ketua pembangkang itu berkata, usaha mendesak Najib meletak jawatan perlu disusuli dengan reformasi institusi di Malaysia dan perselisihan peribadi haruslah diketepikan.
"Saya menyokong pendirian rakan-rakan dari masyarakat sivil, parti politik dan individu-individu​ termasuk  Mahathir, Muhyiddin Yassin dan lain-lain untuk menggembleng kekuatan dan persefahaman bersama seperti disuarakan ketua pembangkang baru-baru ini.
- See more at: http://www.site2unblock.com/service/page.php?u=elWGO9R2wwuQpNwOSBYZ10qHmPamH0biS3%2BOM08ScvdKCshmCH%2FxVfDx7SxQaP3GLbyohNTCLk%2FHSldPTaCJGV3Ib07zuwGOwE2U56HWpcvJFkff2GSxJw%2FM5MU6ftkXUlbn%2Bnic4%2FU%3D&b=5#sthash.vmcRAl2z.dpuf



BACA SEKALI LAGI:

http://tukartiub.blogspot.my/2016/03/baca-sekali-lagi-teori-united-front.html
-------------

DARI PENJARA SUNGAI BULUH

Posted: 03 Mar 2016 08:03 PM PST






KENYATAAN MEDIA


Saya menyokong pendirian rakan-rakan dari masyarakat sivil, parti politik dan individu-

​individu​ termasuk Mahathir, Muhyiddin Yasin dan lain-lain untuk menggembleng kekuatan dan persefahaman bersama seperti disuarakan oleh Ketua Pembangkang baru-baru ini. 

Persefahaman bersama ini ​akan​ menumpukan untuk menuntut perletakan jawatan Najib selaku Perdana Menteri yang telah nyata gagal mentadbir negara. Beliau bertanggungjawab meneruskan tindakan-tindakan politik rakus, merosakkan institusi pemerintahan dan membebankan rakyat dengan kegawatan ekonomi yang berterusan. 

​Pada masa yang sama, tuntutan perubahan ini semestinya akan melibatkan reformasi institusi utama dalam negara yang sudahpun retak dan parah di bawah pentadbiran  Najib.

Selama ini kita mewakili suara nurani hati rakyat  telah berikrar untuk memperjuangkan pengembalian hak rakyat di sebuah negara merdeka dan berdaulat. Tuntas dengan kesedaran ini maka hak rakyat harus dikembalikan melalui sistem pilihanraya yang bersih serta badan kehakiman dan media yang bebas. Dasar ekonomi harus diubah untuk mengutamakan semula usaha ke arah pertumbuhan yang segar dan pengagihan kekayaan yang saksama. 

Skandal 1MDB yang melibatkan Perdana Menteri adalah skandal terparah dalam sejarah dan turut menjejaskan imej negara. Ini hanya mungkin berlaku apabila terdapat pemusatan kuasa kepada seorang Perdana Menteri serta kegagalan institusi kewangan, keadilan dan penguatkuasaan menjalankan tugas dengan bebas. 

Kita juga telah belajar dari pengalaman sejarah bahawa peralihan kuasa
​yang bermakna ​bukanlah peralihan tokoh semata tetapi perubahan sistem. 

Justeru itu saya tegas menggesa rakan-rakan dan rakyat bersama dalam usaha ini tanpa membataskan ia sebagai agenda peribadi mahupun permusuhan peribadi. Kita harus merangka halatuju baru bagi menyelamatkan negara. 

Anwar​ Ibrahim​
3 Mac 2016





-------------