Tukar Tiub |
- PUNAT HADI
- KENA TIPU LAGI
- APA SUDAH JADI PADA UTUSAN?
- PROJEK TIPU MELAYU
- LAPORAN SAHABAT MAT SABU
- PERANG TERBUKA DAN PERANG GELAP
- ALANG ALANG SELOK POKET
- TAK SAMAN KERANA TAKUT
- AKAUN SIAPA INI?
- NAJIB WAJIB TURUN BUKAN RINGGIT
- LIHAT DAN TONTON
- HANYA ADA SATU SOALAN
- BERSIH LIMA
- DARI MANA HENDAK KE MANA
- BERITA KARUT DARI KANG KONG
- KENAPA MALAYSIA TERLIBAT SAMA
Posted: 24 Feb 2016 07:00 PM PST BAYAR GAJI Para mufti-mufti walaupun dibayar gaji untuk memberikan pengajaran, penerangan dan panduan akan hukum hakam agama, memberi nasihat atau teguran berpandukan dalil, nas dari Al-Quran serta sunnah dari hadis2 sahih, serta sentiasa mengingatkan dan memberi amaran akan azab seksaan hukuman Allah... Mereka-mereka ini boleh la kita hormat dan iktiraf sebagai ulamak. Tapi bagi ahli2 politik yang menggunakan modal agama demi meraih pengaruh, kuasa dan kekayaan kepada parti serta diri sendiri apakah boleh kita iktiraf sebagai ulamak jugak..???? Apakah seorang bomoh penyedia perkhidmatan secara alternatif yang hebatnya hingga boleh berhubung secara online dengan roh, jin dan tuhan itu boleh kita iktiraf dengan gelaran doktor sama seperti doktor2 yang berkhidmat di klinik dan hospital..??? Kalau Hadi mau dihormati dan diangggap sebagai ulamak maka perlulah juga kita hormati dan berikan gelaran doktor kepada bomoh tadi... on LAGI PUNAT HADI Publish | Delete | Spam Nick Bagan on 2/18/16 -------------- | ||
Posted: 24 Feb 2016 06:18 PM PST | ||
Posted: 24 Feb 2016 05:30 PM PST ADA LAGi KE? KESiAN MELAYU Utusan Melayu catat rugi sebelum cukai RM17.49 juta Utusan Melayu (Malaysia) Bhd mencatatkan kerugian sebelum cukai RM17.49 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 berbanding kerugian sebelum cukai RM83.65 juta pada 2014. Pendapatan jatuh kepada RM248.38 juta berbanding RM291.20 juta sebelum ini, kata syarikat dalam makluman kepada Bursa Malaysia. Bagi suku keempat, syarikat penerbitan itu merekodkan keuntungan sebelum cukai RM25.57 juta berbanding kerugian pracukai RM45.20 juta dalam suku sama sebelumnya manakala pendapatan merosot kepada RM67.45 juta berbanding RM76.51 juta sebelum ini. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/utusan-melayu-catat-rugi-sebelum-cukai-rm17.49-juta#sthash.eDezH0B3.dpufKAH KAH KAH woit kah kah kah idup lagi akhbar ni kah kah kah bukan ada orang beli ini pun kerana paksa paksa sekolah beli paksa pejabat kerajaan paksa glc beli paksa library beli kemudian cari penaja bagi free dekat rumah tol kah kah kah TERUS LAGi --------------- | ||
Posted: 24 Feb 2016 05:00 PM PST TiGA CHINA DUA MELAYU TiPU MELAYU LARI LARI CABUT CABUT CELAH BLAH HILANG Ahli PAC persoal rakan tidak hadir pembentangan laporan akhir ketua auditSeorang ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menyalahkan rakannya kerana pergi ke luar negara biarpun mereka tahu 2 minggu sebelum ini ketua audit negara dijadualkan memberi penerangan berhubung laporan akhir syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Ahli PAC itu, yang merupakan sebahagian daripada 14 ahli jawatankuasa pilihan Parlimen tersebut, mempersoalkan adakah ini sengaja dilakukan untuk mengganggu rancangan menerima laporan akhir ketua audit negara. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ahli-pac-persoal-rakan-tidak-hadir-pembentangan-laporan-akhir-ketua-audit#sthash.wYOwWNSs.dpufEMPAT DIKHENDAKI BANK NEGARA JHO LOW HILANG TERUS OH MALAYSIA KU KAH KAH KAH ------------ | ||
Posted: 24 Feb 2016 05:30 AM PST | ||
PERANG TERBUKA DAN PERANG GELAP Posted: 24 Feb 2016 05:00 AM PST PERANG TERBUKA PERANG GELAP Pada 26 Oktober 2001 - kurang lebih satu bulan dari tarikh ledakan banguan World Trade Center New York - undang-undang Patriot Act telah ditanda tangani oleh Presiden Bush. Dilihat tergesa-gesa - sama saperti Najib meluluskan undang-undang Majlis Keselamatan Negara. Tapi yakinlah semuanya telah dirancang dengan rapi terlebih dahulu. Dari pungutan suara terkini di Amerika didapati 38% rakyat Amerika tidak percaya dengan naratif dan penerangan kerajaan tentang apa yang terjadi pada 9/11. Justeru - ramai rakyat Amerika bersama rakyat dunia melihat trajedi 11/September sebagai - kerja orang dalam - satu projek salah bendera untuk mengolah persetujuan rakyat Amerika. Apa sebenarnya sedang berlaku di Amerika? Apa tujuan projek salah bendera ledakan WTC September 11? Saya menulis tentang Ledakan WTC, tentang pergolakan di Amerika, politik Amerika dan ekonomi Amerika, dolar Amerika kerana Amerika adalah sebuah Empire. Kita di Malaysia dan di negara lain dalam dunia ini adalah tanah jajahan Amerika. Apa sahaja yang berlaku di Amerika akan mempengaruhi apa yang akan berlaku di seluruh dunia temasuk di Putarajaya. Sebagai negara tanah jajahan - Malaysia dengan setia mengeluarkan bahan-bahan asli saperti logam dan minyak - untuk Amerika. Kita membuat barangan untuk dijual ke Amerika. Kita juga menjadi pasaran - untuk membeli barangan dari Amerika. Dan paling ketara kita gunakan dolar untuk tukaran wang urus niaga kita. Semua ini membuktikan kita sedang dikuasai oleh Empire Amerika. Kepada rakyat Amerika dan kepada warga dunia- kuasa imperial Amerika ini telah menaburkan mitos bahawa Amerika ialah sebuah negara yang unik - terkecuali - tidak ada persamaan dengan negara lain didunia ini. Amerika negara berasaskan demokrasi, bebas, menghormati hak individu, sebuah republik yang mengamalkan sistem ekonomi bebas. Dasar negara dan falsafah ini dipanggil American Exceptionalism. Berasaskan falsafah ini Amerika bergerak menjarah dan merampok dunia. Malah banyak kumpulan warga Amerika yang yakin dan percaya dengan mitos ini. Justeru mereka bangga bahawa negara mereka telah dipilih oleh Yang Maha Esa untuk mengembangkan keadilan, kebebasan dan demokrasi. Justeru Korea, Vietnam, Panama, Grenada, Nicaragua, Iraq, Afghanistan dan Syria - telah diserang atas nama kebebasan dan demokrasi. Pada ketika ini elit politik dan elit ekonomi Amerika telah siap siaga untuk melancarkan Perang Akhir. Saya mengunakan istilah Perang Akhir dan tidak lagi menggunakan istilah Perang Dunia Ketiga. Ini kerana perang dunia ketiga yang akan muncul ini pastilah perang akhir untuk semua umat manusia - jika senjata nuklear digunakan. Persediaan untuk berperang dan mempertahankan Amerika dari serangan pengganas dijadikan alasan untuk meluluskan Akta Patriot yang diikat dengan Homelad Security. Homeland Security - satu dasar lama tetapi telah diatur dan disusun kembali pada tahun 2003- salepas ledakan WTC. Hukum hakam yang dimunculkan semuanya berjaya diluluskan kerana keadaan genting yang sedang melanda Amerika. Ledakan WTC September 11 telah dilihat oleh sebahagian warga Amerika bahawa negara mereka sedang diancam oleh pengganas Al-Qaeda. Ini menghalalkan Afghanistan dan Iraq diserang. Justeru, rakyat Amerika menerima Patriot Act dan Homeland Security untuk keselamatan dalam negara. Langkah ini sama saperti yang dilakukan oleh Najib dengan Sosma dan Majlis Keselamatn Negara. Bush melawan al-Qaeda. Najib melawan Isis. Wal hal Isis dan Al-Qaeda semuanya menetas dalam tangan CIA. Semua projek Amerika. Semua projek salah bendera. Untuk terus menjadi kuasa dunia - warga ditanah jajahan wajib ditundukkan. Kerajaan tempatan yang pro-Amerika di Asia, Afrika dan Amerika Latin wajib disokong. Justeru semua boneka berjenis Najib secara halus disokong oleh bala tentera Amerika. Justeru Najib bersetuju menerima TPPA dengan punggung terbuka. Tapi awas! Walau pun dengan punggung terbuka - tidak semesti semua rakyat Malaysia menyokong Najib. Justeru untuk mempertahan boneka jenis Mubarak, jenis Suharto atau jenis Najib atau budak suruhan saperti keluarga Saud - Amerika mewujudkan 1000 pengkalan tentera di 150 buah negara di dunia. Sebanyak 260 pengakalan tentera di German. Sebanyak 124 pengkalan di Jepun. Sebanyak 87 pengkalan Amerika di Jepun. Iceland dan Pilipina membenarkan pengkalan Amerika dibuka kembali satelah 10 tahun ditutup. Kita tidak tahu berapa banyak pengkalan tentera yang telah siap di Iraq dan Afghanistan. Apa yang dilakukan oleh Amerika ketika ini bukan satu yang baru. Semua penjajah, semua Empire berbuat demikian. Dari zaman Iskandar Zulkarnain ke zaman Kublai Khan, ke Empire Rom, Sepanyol, Itali, Peranchis, Ottoman, hingga ke penjajah British - melakukan pekara yang sama. Kuasa empire lahir dengan kekuatan senjata. Lagi besar senjata, lagi banyak soldadu - lagi gah kuasa empire. Sesudah Perang Dunia Kedua Amerika muncul sebagai kuasa terbesar. Kuasa imperial British hancur akibat perang. Dengan angkuh Amerika mengembangkan sayap untuk membuktikan kepada dunia tentang kekuatan Amerika sebagai sebuah negara pemilik bom atom. Negara-negara lain didunia wajib tunduk. Sayang sekali - Perang Korea 1950-1953 - membuktikan walau pun dengan senjata tercanggih kuasa rakyat tidak dapat dialahkan. Amerika dimalukan di Korea. Tidak cukup dengan Korea - Amerika menggatal cuba menggantikan kuasa imperial Peranchis di Vietnam. Amerika meneruskan perang di Vietnam -1955-1975. Akhirnya rakyat Vietnam membogelkan imperialis Amerika. Gerila Vietcong yang hanya memakai selipar dan berbekal nasi dan ikan kering telah berjaya mengalahkan bala tentera yang terkuat dalam sejarah dunia. Ini bukti kekuatan rakyat. Ketika tulisan ini digarap bala tentera dan soldadu Amerika sedang terlibat dalam beberapa pentas perang. Perang Iraq, Afghanistan, Libya, Somalia, Yemen, Ukraine - ini pentas terang yang dapat kita lihat dan baca dari laporan akhbar. Tetapi masih ada lagi 'perang gelap' dimana tentera dan penasehat Amerika terlibat tetapi tidak diumumkan saperti di Nigeria, Congo, Ivory Coast, Chad atau di Palestin. Tetapi wajib saya nyatakan disini selain dari perang terbuka dan perang gelap ini ada lagi satu pentas perang yang telah disediakan oleh kuasa imperial Amerika. Inilah perang yang amat penting. Inilah ibu dan datuk segala perang. Inilah perang yang akan mengakhiri semua perang. Maka disinilah peranan Akta Patriot dan Homeland Security. Perang ini ialah perang dalaman Amerika. Sebenarnya elit politik dan elit ekonomi sedang bersekongkol membuat persediaan untuk memerangai warga dan rakyat Amerika sendiri. Hukum hakam telah diatur. Perlembagaan diubah suai. Beberapa projek salah bendera telah meledak. Musuh utama telah dikenali. Mereka ini adalah rakyat Amerika yang beragama Islam. Islam, Al-Qaeda dan Isis dijadikan sebab musabab untuk melancarkan perang luaran dan perang dalaman. Tetapi apa sabenaranya berlaku sekarang dalam Amerika? Ketika ini 1 peratus warga Amerika memilki 99% ekonomi dan kekayaan Amerika. Ketika ini hanya 62 sosok yang memboloti kekayan dunia ini. Ketika ini agihan ekonomi dunia tidak adil. Ketidak adilan ini akan melahir satu ledakan. Ini adalah ledakan yang miskin melawan yang kaya. Ledakan ini tidak lagi dapat ditangguhkan. Yang miskin ini berada di Asia, Afrika dan Amerika Latin. Yang miskin ini berada di Eropah Timur dan Barat. Yang miskin berada dalam perut Amerika sendiri. Yang miskin dalam perut Amerika inilah yang akan paling bahaya. Mereka yang selama ini menjadi soldadu, menjadi anjing buruan untuk menyerang dan membunuh sesiapa sahaja yang cuba menentang kuasa imperial Amerika. Kerana mereka miskin dan terdesak maka mereka menjadi askar dan polis. Mereka menjadi budak suruhan orang kaya. Ini berlaku apabila ekonomi teguh dan rancak. Kini semuanya beralih. Bila ekonomi berubah semua akan berubah. Selama ini elit politik telah mengula-gula rakyat Amerika dengan pilihan Coca-Cola dan Pepsi Cola. Rakyat Amerika diberi peluang untuk memilih parti Republikan atau Demokrat. Kini semakin ramai sedar bahawa dua-dua parti ini adalah sama. Parti ini hanya menjadi budak suruhan kepada kaum pemodal dan elit ekonomi dunia. Selama ini yang miskin di Amerika terus berbincang pekara-pekara remeh yang diajukan oleh media. Lima media terbesar dalam dunia ini semuanya bersatu untuk meneruskan ajenda pilihanraya Coco Cola dan Pepsi Cola. Justeru 5 gergasi media ini menimbulkan : agenda kaum pendatang, agenda LGBT, agenda kahwin sajenis, agenda kawalan senjata dan ajenda mengugurkan anak. Semua ajenda ini diolah sabagitu rupa untuk dijadikan sensitif dan menimbulkan emosi rakyat Amerika. Ketika kempen untuk memilih Presiden Amerika terbaru agenda-agenda ini menjadi hangat. Walhal semua agenda ini adalah hempeh. Agenda hampeh ini diajukan untuk menutup kesedaran rakyat Amerika dari berbincang dan mengetahui kedudukan ekonomi negara mereka. Agenda-agenda hampeh cuba melalaikan rakyat Amerika dari sedar. Semua yang dilakukan oleh elit politik dan elit ekonomi dengan kerjasama media dan para pemikir dan intelektual upahan - untuk satu ketika ianya akan berjaya. Untuk sementara waktu ianya akan mempengaruhi ramai warga Amerika. Tetapi apabila ekonomi semakin mengecut. Apabila orang ramai semakin susah mencari mata pencarian. Semakin ramai hilang pekerjaan. Semakin banyak rumah lelong. Hutang semakin bertambah. Jenayah semakin merebak. Maka ketika inilah rakyat yang miskin mula bangun melawan. Maka ketika ini Patriot Act akan digunakan. Ketika ini empire Amerika akan menyerang rakyatnya sendiri Ini bukan satu yang baru. Empire Rom runtuh kerana dua serangan. Dari luar serangan Babarian. Dari dalam warga Rom sendiri bangun memberontak. Ini sedang berlaku di Amerika. Rakyat miskin bangun melawan. (TT) NOTA tulisan ini telah disiarkan dalam SUARA KEADILAN sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini sila pukul talipon 03-92-21-30-45 ---------------- | ||
Posted: 24 Feb 2016 04:30 AM PST INI HEBAT WAJIB SOKONG RAMAi DAH LAMA TUNGGU Mahathir ajak rakyat bangkit lawan NajibMahathir Mohamad hari ini mengajak rakyat supaya bangkit untuk menumbangkan Najib. "Saya rasa sudah tiba masanya apabila parti-parti tidak penting lagi. Masalah ini memberi kesan kepada negara. "Saya mahu setiap orang sebagai warga negara yang prihatin dengan apa yang berlaku di negara ini, sebagai warga negara, tidak kira sama ada kita adalah pembangkang atau pun kerajaan. "Sekarang masanya untuk bertindak sebagai warganegara, tanpa mengira fahaman parti atau kesetiaan," katanya hari ini. Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut mengenai pertemuannya dengan ahli parlimen PAS Mahfuz Omar pada Jumaat lalu. Mahfuz mendakwa Mahathir menggesa pembangkang supaya bersatu bersama NGO untuk menjatuhkan Najib. alang alang selok poket biar dapat 10000 dolar KAH KAH KAH -------------- | ||
Posted: 24 Feb 2016 04:00 AM PST KALAU BERSIH KALAU FITNAH KALAU TOHMAH HANYA SATU JAWAPAN: SAMAN Najib tidak saman WSJ kerana tahu dirinya bersalah, kata MahathirMahathir Mohamad menyifatkan keengganan Najib menyaman The Wall Street Journal (WSJ) kerana mengetahui dirinya bersalah dan takut kebenaran akan terbongkar. Mahathir berkata, Najib wajar menyaman WSJ dan tidak memberikan sebarang alasan jika tuduhan yang dilemparkan itu tidak benar. "Najib patut saman WSJ, saman semua dan bukan WSJ sahaja. "Sebab dia tidak saman, mungkin beliau ingat WSJ itu betul dan dia (Najib) salah. "Kamu tidak akan saman kalau kamu rasa kamu yang bersalah," kata Mahathir pada sidang media selepas dirakam keterangan pihak polis berhubung artikel di blognya di pejabatnya di Putrajaya hari ini. - 24 Februari, 2016. – 24 Februari, 2016. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-tidak-saman-wsj-kerana-tahu-dirinya-bersalah-kata-dr-mahathir#sthash.bNkLrVns.dpuf pasai apa hang tak saman hang takut apa? hanng ini mesti penipu KAH KAH KAH ------------ | ||
Posted: 24 Feb 2016 03:30 AM PST ini bukan no akaun sahabat mat sabu 2112022011880 2112022011906 INI AKAUN SAHABAT MAT SABU MAY BANK 5642 5857 6644 ------------------- | ||
NAJIB WAJIB TURUN BUKAN RINGGIT Posted: 24 Feb 2016 12:30 AM PST RAKYAT MAHU NAJIB TURUN BUKAN RINGGIT 1 US Dollar equals 4.22 Malaysian Ringgit Ringgit hits 4-week low as inflation, oil dim prospects The ringgit fell to a four-week low as its oil-related losses were exacerbated by forecasts Malaysia's inflation quickened to the fastest in seven years. The currency led a drop in emerging markets on Wednesday as the commodity resumed declines, dimming the outlook for Malaysia's finances as a net oil exporter. The currency weakened 1.2% to 4.2443 a dollar as of 10.41am in Kuala Lumpur and touched 4.2467, the lowest since January 28, according to prices from local banks compiled by Bloomberg. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/ringgit-hits-4-week-low-as-inflation-oil-dim-prospects#sthash.itCZUvmM.dpuf AYAM SIAM MAKIN MAHAL 1 Malaysian Ringgit equals 8.46 Thai Baht | ||
Posted: 24 Feb 2016 12:00 AM PST SILA LIHAT DISINI: https://www.facebook.com/deanahmadcom/videos/996028520469062/ * ** on BERAPA TAHUN NAK TUNGGU ---------------- | ||
Posted: 23 Feb 2016 11:30 PM PST HANYA ADA SATU SOALAN: KENAPA TIDAK SAMAN WSJ Menteri dedah laporan tidak bertanggungjawab WSJ KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Berikut ialah kenyataan yang dikeluarkan hari ini oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Salleh Said Keruak mengenai apa yang beliau sifatkan sebagai kewartawanan tidak bertanggungjawab oleh Wall Street Journal: Petikan: 1. Serangan berterusan The Wall Street Journal (WSJ) ke atas Malaysia dan Najib adalah berdasarkan dakwaan yang tidak berasas dan sumber tanpa nama yang mungkin tidak langsung wujud, merupakan contoh klasik kewartawanan tidak bertanggungawab yang ekstrem. Ia menjadi semakin jelas bahawa WSJ telah membenarkan dirinya untuk digunakan sebagai saluran bagi kempen Anti-Najib. 2. Artikel mutakhir yang membangkitkan dakwaan lama mengenai siastan Switzerland ke atas kononnya syarikat yang dikaitkan dengan 1MDB, tetapi gagal untuk menyebut fakta bahawa Peguam Negara Switzerland telah menjelaskan bahawa Najib tidak terlibat langsung. 3. Mereka mendakwa kononnya "Seorang pegawai Saudi berkata kementerian kewangan dan kementerian luar negara itu tidak tahu menahu mengenai derma berkenaan dan pemindahan wang ke dalam akaun bank peribadi seorang pemimpin asing tidak pernah berlaku sebelum ini" - langsung tidak mempedulikan hakikat bahawa Menteri Luar Saudi telah menyatakan yang derma itu memang datang dari negaranya! 4. Kenapa WSJ tidak menghiraukan butiran penting seperti ini, yang amat mustahak terhadap mana-mana laporan tidak berat sebelah mengenai berita ini? Sebab mereka tidak berminat untuk menjadi tidak berat sebelah, apatah lagi untuk mematuhi etika dalam kewartawanan. Mereka amat komited - sama ada untuk ditipu atau kerana mahu mengikut agenda mereka sendiri - bagi memburuk-burukkan Malaysia dan kerajaan yang dipilih secara demokrasi. 5. Dan WSJ bergantung kepada siapa sebenarnya untuk mendapatkan maklumat mereka? Mereka mendakwa kononnya mendapat tahu daripada "seorang menteri kabinet," "seorang pegawai Saudi" dan versi ekstrem laporan Ketua Audit Negara "tahun lepas" yang mereka dakwa dibocorkan kepada mereka. Di mana bukti semua ini? Bagaimana untuk kita tahu yang orang berkenaan wujud? Bagaimana kita tahu bahawa laporan itu tulen dan bukan palsu? - Tiewnama HANYA ADA SATU CADANGAN PINDAHKAN PENGARANG WSJ KE PEJABAT PM KAH KAH KAH -------------- | ||
Posted: 23 Feb 2016 10:58 PM PST Salam BERSIH, Rakan-rakan sekalian, BERSIH Boot Camp (BBC) kedua telah kembali. Kali ini, BBC akan bersama dengan anak dari Johor, Melaka dan Negri Sembilan. Kepada mereka yang masih tidak memahami konsep BBC, dibawah adalah ringkasan intipati program BBC. Berikut adalah modul pendidikan yang dibawa oleh BERSIH dalam BBC: Apa itu DEMOKRASI? Apa itu PERLEMBAGAAN? Apa fungsi PARLIMEN? Apa kaitan kita dengan PILIHAN RAYA? Bagaimana Bersih jalankan kerja MOBILISASI? Untuk anak muda di selatan Malaysia, terutama di Johor, Melaka dan sekitar negeri itu, masih belum terlambat untuk daftarkan diri ke Bersih Boot Camp.Tak kira siapa anda asalkan ada minat. Sekiranya anda seorang warganegara Malaysia dan berusia antara 18-35 tahun, daftar sekarang! Daftar sekarang untuk mengikuti : BERSIH BOOT CAMP di Johor Bahru, Johor pada 25-27 Mac 2016! Klik pada www.bersih.org/bootcamp Diharapkan, rakan-rakan NGO dapat berkongsi informasi ini kepada jaringan anda. ------------------- | ||
Posted: 23 Feb 2016 08:38 PM PST FACE BOOK surat ini telah lama hendak aku tulis telah lama berligar-ligar dalam kepala biar aku bacakan disini agar kau boleh tidur lena malam ini kerana isinya amat selalu kau dengar yang aku dendangkan di sini kau jadikan halwa telinga kau jadikan ingatan bersama kau jadi salam setiakawan dari aku biar aku katakan jujur aku tidak ingin lagi berkesah tentang adam dan hawa aku tidak mahu membuka kesah cinta kesah duka kesah lara sebenarnya surat aku ini aku tulis untuk bertanya aku ingin bertanya kepada kau kita ini hendak kemana? kita ini sedang dimana? kita ini dari mana? seribu tahun aku berkelana seribu tahun mundar mandir seribu tahun aku mencari jawabnya belum terjumpa lagi seribu tahun aku menangis tujuh kampong tenggelami air tujuh gunung runtuh terbarai tujuh bukit menjadi lembah jawapannya masih aku tunggu dari sini ke sana dari sana ke sini dari hujung ke pangkal dari utara ke barat aku geledah mencari jawapan kau tahu apa yang aku tanya ini kau tahu apa yang aku cari kau tahu apa yang aku geledah kau tidak akan tahu musim bunga kalau kau tak rasai musim dingin kau tak tahu indah mata hari kalau kau tidak dilanda banjir kau tak tahu erti kaseh kalau kau tidak pernah ditinggalkan kau tak tahu erti lambat jika kau tak pernah menunggu kau tidak akan tahu apa itu bebas jika kau tidak pernah terkurung lalu aku ingin bertanya lagi kita ini dari mana hendak kemana? kita ini dari apa kepada siapa? kita ini untuk apa dan kenapa? bila pintu besi itu ditutup bila bilik itu dikunci bila kau menjadi angka aku yakin kau juga akan bertanya bila pintu itu ditutup bila bilik itu dikunci kau juga akan bertanya ke mana pergi segala guru ke mana perginya para imam ke mana pergi segala tok penghulu ke mana hilangnya para sasterawan ke mana lesapnya para pemikir kemana larinya para orang itu dimana hilangnya ayat ayat itu bila pintu itu dikunci bila bilik itu ditutup kau akan menjadi aku kau akan sedar yang ditunggu bukan kunci pintu besi yang ditunggu bukan saekor lipas kudung yang aku tunggu ialah jawapan kenapa kita ini macam ini? kenapa kita tidak macam itu? kenapa aku disini? kenapa aku tidak disitu? kenapa macam ini? kenapa tidak macam itu? - Hishamuddin Rais, 19 Februari 2016 ------------------- | ||
Posted: 23 Feb 2016 08:08 PM PST ANALiSA KARUT PENGANALISA KANG KONG Kepercayaan makin merosot, kerajaan mungkin bertukar lepas PRU14, kata penganalisis Rakyat Malaysia, tidak kira tahap pendidikan mereka, semakin hilang kepercayaan terhadap Putrajaya, memungkinkan keadaan di mana kerajaan persekutuan digulingkan pada pilihan raya umum akan datang, kata penganalisis. Mengulas mengenai Laporan Edelman 2016 Trust Barometer Malaysia yang dikeluarkan semalam, mereka berkata, ia menunjukkan rasa tidak percaya itu boleh mencerminkan bagaimana rakyat mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018. Walaupun terdapat jurang antara 2 segmen penduduk – lepasan universiti dan tidak – dalam kepercayaan mereka terhadap kerajaan, jurang ini makin mengecil, kata pemungut suara bebas Ibrahim Suffian. – 24 Februari, 2016. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kepercayaan-makin-merosot-kerajaan-mungkin-bertukar-lepas-pru14-kata-pengan#sthash.5VM3tShx.dpufKAH KAH KAH woit kah kah kah kah kah kah berita nak sedap hati berita nak bagi harapan kah kah kah penganalisa ini tak faham malaysia dunia ketiga kl bukan di lundon kl bukan di purisss kl bukan di boonnn kah kah kah kalau kerusi gani patail boleh diangat dialeh peti undi lagi ringan kah kah kah KARUT MARUT -------------- | ||
Posted: 23 Feb 2016 07:30 PM PST PERSOALAN KENAPA NEGARA KITA TERLIBAT Ketua pembangkang gesa Putrajaya tidak sertai Arab Saudi perangi SyriaKetua Pembangkang Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa Putrajaya tidak terlibat dalam kancah peperangan negara bergolak Syria, susulan penyertaan tentera Malaysia dalam siri latihan bersama beberapa negara lain termasuk Arab Saudi baru-baru ini. Dr Wan Azizah berkata, langkah diambil kerajaan Malaysia berisiko dan akan memberikan kesan kepada geopolitik yang negatif kepada imej negara. "Berita yang berkata Malaysia terlibat dalam satu siri latihan ketenteraan berkaitan peperangan di Syria baru-baru ini yang turut melibatkan 20 negara termasuk Arab Saudi amat membimbangkan. "Ini kerana tindakan ketenteraan yang dipelopori Arab Saudi ini bakal mendatangkan impak geopolitik yang cukup negatif, bukan saja dari segi keselamatan di rantau Timur Tengah, tetapi juga pendirian neutral Malaysia selama ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mendesak Putrajaya berundur daripada sebarang aktiviti berkaitan peperangan Syria, khususnya yang tidak menggunakan saluran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). "Saya menggesa agar Putrajaya mengkaji cara terbaik untuk mengundur ('disengagement') dari situasi yang memasukkan Malaysia ke dalam kancah peperangan di Syria. "Pada masa yang sama, Malaysia perlu berhenti daripada menyertai sebarang latihan ketenteraan berkaitan Syria, terutama yang tidak menggunakan saluran PBB," katanya. Dalam keadaan ekonomi yang mencabar ini dan kemelut politik dihadapi negara, Putrajaya sewajarnya tidak terlibat dalam sebarang aktiviti berkaitan peperangan Syria, kata Dr Wan Azizah. "Peperangan bukanlah perkara yang mudah mahupun murah, dan tatkala ekonomi Malaysia tidak begitu sihat serta dibelenggu pelbagai masalah dan skandal kepimpinan sedia ada, langkah ketenteraan di Timur Tengah tidak patut diambil kira selagi jalan penyelesaian melalui meja rundingan belum berakhir." Menurut Dr Wan Azizah, Malaysia juga perlu mencari jalan lebih proaktif iaitu menerusi rundingan bagi mencari perdamaian di negara yang berdepan konflik perang itu. "Sebaliknya, Malaysia perlu tegas dan proaktif mengesyorkan langkah rundingan dan perbincangan untuk mencapai perdamaian di Syria dan Timur Tengah. "Hanya penyelesaian politik melalui meja rundingan dapat mencapai perdamaian yang lebih mampan dan berkekalan," katanya. Media antarabangsa melaporkan anggota tentera daripada 20 negara, termasuk Malaysia berkumpul di utara Arab Saudi semalam bagi melancarkan operasi ketenteraan "paling penting" di rantau itu. Operasi "Thunder of the North" itu yang melibatkan pasukan tentera darat, laut dan udara, memberikan mesej jelas Riyadh dan sekutunya "bersatu menentang segala cabaran dan memelihara keamanan dan kestabilan di rantau tersebut," kata SPA. Arab Saudi kini mengetuai kempen ketenteraan menentang pemberontak yang didukung Iran di negara jiran Yemen. Sejumlah 20 negara akan mengambil bahagian. Antaranya termasuk 5 negara daripada Majlis Kerjasama Teluk, begitu juga Chad, Mesir, Jordan, Malaysia, Pakistan, Morocco, Senegal dan Tunisia. – 23 Februari, 2016. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ketua-pembangkang-gesa-putrajaya-tidak-sertai-arab-saudi-perangi-syria#sthash.Ku0FD9WB.dpuf |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |