Sabtu, 13 Februari 2016

dollah yankee

dollah yankee


Kita mesti terus bangun !!!

Posted: 13 Feb 2016 08:43 PM PST


Anak-anak kepada jiran-jiran, anak-anak kepada saudara mara, anak-anak kepada kawan-kawan ramai yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi, tetapi malang nya sifat mereka tidak seperti mahasiswa-mahasiswi di Thailand, pahaman mereka tidak seperti mahasiswa-mahasiswi di Philipina dan di Indonesia, di Myanmar yang 'garang' dan penuh jiwa.

Penyokong dan pengikut parti Pakatan Harapan/Pakatan Rakyat di negara ini majoritinya terdiri daripada petani, nelayan dan pekerja-pekerja bawahan, tetapi mereka tidak akan berani keluar ber-demonstrasi selama hampir satu bulan sepertimana di Thailand dimana mereka makan, minum, tidur, bangun, berak,kencing diatas jalan raya.

Walaupun negara sudah menuju kearah 'bengkrap', rasuah bermaharalela, tipu kanan tipu kiri, namun kita semua tidak berani untuk turun ke jalan raya berdemo untuk menjatuhkan pemimpin-pemimpin yang korup, kita tidak berani untuk 'menendang' keluar pemimpin-pemimpin yang memperbodoh-bodohkan kita. Kita penakut dan kita lemah. Kenapa kita tidak berani mengikut arus rakyat-rakyat seperti di Phipina? seperti di Indonesia? seperti di Thailand? seperti di Myanmar? semangat seperti kita semua sebenarnya telah jauh tertinggal di belakang olih rakan-rakan kita di sana.

Paling lama kita semua berkumpul hanya lah 24 jam di Kuala Lumpur. Sebenarnya kita semua penakut..pengecut..tak ada telor.. kita semua bersuara dan memekik-memekik seperti jantan tapi malangya didalam hati kita macam 'pondan'.

Kenapa kita semua jadi begini? sampai bila kita hanya bercakap bagaimana rakyat Thailand telah menjatuhkan PM mereka? sampai bila kita nak bersorak-sorak dan bermegah-megah dengan rakan-rakan kita disana yang berjaya menjatuhkan PM dan Presiden mereka?.. Woittt !! sampai bila?

Sampai bila kita mahu ditipu? Sampai bila kita tidak mahu berubah? Sampai bila? Ayuh !!! melayu, india,cina,kadazan,murut,iban,benggali ... ayuh mari kita bangun !!!

dollah yankee -
Perjuangan ini perlu diteruskan, jika tidak Najib akan terus menipu kita ...

5 W H 1

5 W H 1


Posted: 13 Feb 2016 05:59 PM PST

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


KENYATAAN DATUK HUSAM MUSA

Posted: 12 Feb 2016 11:46 PM PST



Saya mengikuti kenyataan media oleh Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Timbalan Presiden Pas pada hari ini berbetulan dengan Mesyuarat Bulanan Pas.

InsyaAllah saya bersedia menemui jawatankuasa disiplin parti.

Saya menunggu kertas pertuduhan rasmi untuk membolehkan saya menyediakan pembelaan yang sewajarnya.

Saya akan bertanggung jawab atas semua ucapan saya dan InsyaAllah akan mempertahankannya semasa menemui Jawatankuasa Disiplin nanti.

Pada masa yang sama saya akan menyampaikan kepada jawatankuasa disiplin nanti perkara-perkara yang bercanggah dengan dasar Pas dan Islam yang telah dilakukan oleh pihak-pihak di dalam Pas yang telah saya bangkitkan selama ini.

Pada masa sama, suka saya mengingatkan, janji Dewan Harian Pas Pusat untuk memberikan maklum balas terhadap 'nota cinta' saya pada pertemuan 30 November 2015 belum lagi berlaku.

Kepada Allah saya serahkan urusan dan kepada Allah saya bertawakkal.

Husam Musa
4 Jamadilawwal 1437/ 13 Februari 2016


Husam Musa's photo.

MURSYIDUL AM PAS PEGANG JAWATAN BAWAH PRESIDEN UMNO SATU PENGHINAAN’

Posted: 12 Feb 2016 11:25 PM PST

YANG MANA SATU???

Posted: 12 Feb 2016 11:23 PM PST

YANG MANA SATU?

Alhamdulillah jika ini terus menjadi pegangan Pas...

Tapi bagaimana dengan yang ini?

Dan juga yang ini? (SH 13/02/2016)
Anda mungkin juga meminati:

SAMPAI BILA KITA NAK JADI MANUSIA PENAKUT? – MAT SABU

Posted: 12 Feb 2016 11:21 PM PST

‘AHLI AMANAH BEBAS MEMILIH, PAS JANGAN SEKAT AHLI HIJRAH KE AMANAH’

Posted: 12 Feb 2016 11:20 PM PST

Tukar Tiub

Tukar Tiub


KESAH CINTA DI HARI GAGALIS

Posted: 13 Feb 2016 07:00 PM PST







KESAH CINTA

HARI GAGALIS


ini kesah benar
kesah jejaka jawa
bertemu 
dengan gadis pahang

mereka berkenalan
mereka bermesra
tapi akhirnya berpisah

kalau sita dan rama
diganngu rawana
kalau romeo dan juliet
dihalang oleh keluarga
kalau uda dan dara
dihalang oleh kelas

cinta jawa  gadis pahang
 diganggu
oleh sempadan
diganggu visa
diganggu wilayah negara
diganggu paspot

maka anak jawa pun 
pulang ke jawa
maka anak pahang
tinggal disini

sepuluh tahun dari hari ini
sepuluh tahun kemudian
bila mereka bertemu kembali
mereka telah menjadi
orang asing
dari dua negara
yang berlainan
dari dua budaya
yang berlainan

telah menjadi wak jowo
telah menjadi minah karan

inilah kesah cinta
dipagi ini
inilah kesah
untuk kita sama sama
merayakan 
hari gagalis sedunia

NOTA
cinta yang agong
ialah cinta yang gagal







-----------

LEDAKAN EKONOMI MAKIN JELAS

Posted: 13 Feb 2016 06:00 PM PST






SIMPATI

DARI ANAK

SEMUA BANGSA

MASAK DIBILIK

PUN TAK DAPAT

SELAMATKAN


Ahmad Maslan dikritik saran pelajar masak bagi elak beban ...

www.astroawani.com/.../ahmad-maslan-dikritik-saran-...
Translate this page
Apr 11, 2015 - Ahmad Maslan dikritik apabila menyarankan pelajar-pelajar universiti agar selalu masak sendiri dari makan di luar bagi mengelakkan GST.

Siapa suruh masak dalam kampus - Ahmad Maslan | Astro ...

www.astroawani.com/.../siapa-suruh-masak-dalam-ka...
Translate this page
Apr 12, 2015 - Semua pihak diminta berhenti memanipulasi saranan Ahmad Maslan yang meminta pelajar universiti untuk mengamalkan masak sendiri dari ...

Pelajar masak sendiri elak GST mengundang bahaya ...

bm.selangorku.com/.../pelajar-masak-sendiri-elak-gst-...
Translate this page
Apr 12, 2015 - Oleh: HAFIZAN TAIB. SHAH ALAM, 12 APR: Saranan pelajar universitimemasak sendiri bagi mengurangkan beban Cukai Barangan dan ...












1,000 pelajar 33 kolej swasta mungkin berhenti kerana tiada pinjaman Mara


Hampir 1,000 pelajar baharu di 33 kolej swasta didapati sukar untuk meneruskan pengajian disebabkan tindakan Majlis Amanah Rakyat (Mara) menamatkan pemberian pinjaman pelajaran, dedah kajian yang dijalankan Biro Mahasiswa Pemuda PKR.
Dapatan itu, sekali lagi menguatkan dakwaan yang bantuan ke atas agensi berkaitan kerajaan bagi pendidikan tinggi dikurangkan tahun ini.
Sementara itu, Mara pada Jumaat lepas berkata sejumlah RM264 juta sudah diperuntukkan kepada pelajar Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang mengadu mereka tidak menerima pinjaman seperti dijanjikan.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hampir-1000-pelajar-33-kolej-swasta-mungkin-berhenti-kerana-tiada-pinjaman#sthash.dkZsVpLb.dpuf

inilah yang

TT katakan

ledakan ekonomi

inilah akibatnya

WASPADA

ledakan lebih 

hebat akan sampai


-----------

SELAMAT MENYAMBUT HARI GAGALIS

Posted: 13 Feb 2016 09:33 AM PST








SELAMAT 

MENYAMBUT

HARI GAGALIS

jika kau jatuh cinta

 kau bercinta lah

jika tidak kau

 adalah 

gagalista



---------------

OOOO GAGALIS

Posted: 13 Feb 2016 04:30 AM PST



OOOOO

GAGALIS JANGAN

MERANA

AIR MATA KASEH

Posted: 13 Feb 2016 04:00 AM PST







GAGALIS

ooo

GAGALIS



SENARAI GAGALIS

Posted: 13 Feb 2016 12:30 AM PST









esok

senarai

gagalis


keluar




-----------

MASIH MUDA LAGI

Posted: 13 Feb 2016 12:00 AM PST






KANG KONG

SILAP BESAR



Bashah perlu kembalikan sokongan golongan muda

SHAH ALAM – Ahmad Bashah Md Hanipah mempunyai tugas berat bagi mengembalikan semula sokongan akar umbi khususnya melibatkan golongan muda di negeri ini, kata Dekan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed.

Menurutnya, pelantikan Ahmad Bashah sebagai Pengerusi Perhubungan Umno negeri tersebut sememangnya amat wajar memandangkan beliau kini memegang jawatan Menteri Besar namun terdapat tugas berat yang menantinya disebalik pelantikan itu.

KAH KAH KAH

woit
jangan buat silap
mamat bashah ini masih muda
amat amat muda
tak caya ke?
kah kah kah
mamat ini baru lulus l.c.e
senior cambridge dan m.c.e 
pun belum ambil lagi
kah kah kah


L.C.E



-------------

LULUSAN UNIVERSITI L.C.E

Posted: 12 Feb 2016 11:00 PM PST











FACE BOOK
"My university is UMNO."
- Ahmad Bashah, MB Kedah.
Subjek2 yang ditawarkan termasuklah Rasuah 101, Public Statement 211, Bagaimana Menipu Rakyat Pekan 111, Gangster 411.
Jika anda mendaftar sekarang, anda bakal mendapat buku teks How To Turn Rasuah Into Derma Under 365 Days secara percuma!
Admission hanya terbuka untuk bumiputera sahaja.
Kelulusan minima lulus 3 subjek SRP!



MAT


L.C.E

-------------------

HARUN PAKAR JIN

Posted: 12 Feb 2016 10:00 PM PST








HUSAM KURENG

FAHAM


Lantik Haron Din jadi ketua kluster satu penghinaan, kata Husam 

Pelantikan Mursyidul Am PAS Haron Din sebagai ketua kluster dakwah dilakukan Timbalan Presiden Umno  Ahmad Zahid Hamidi merupakan satu penghinaan kepada parti Islam itu dan perlu ditolak, kata Datuk Husam Musa.
"Ia satu protokol yang sangat tidak kena. Bagaimana orang yang memegang jawatan paling tinggi dalam PAS tiba-tiba duduk bawah presiden Umno.
"Ini tak kena dari segi protokolnya. Bagaimana penjawat paling tingi dalam parti dilantik sebagai ketua kelas di bawah timbalan perdana menteri sahaja," kata bekas naib presiden PAS itu dalam satu ceramah di Pengkalan Chepa, Kelantan malam tadi
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/lantik-haron-din-jadi-ketua-kluster-satu-penghinaan-kata-husam#sthash.u5jrm8ny.dpuf


KAH KAH KAH

woit  
mat husam ini silap 
mat husam kureng faham
mat husam kureng sedar
harun din ini pakar jinakolojis
dimana ada jin
disana ada din
kah kah kah
pangkat dan kedudukan
untuk jin tak ada makna
kah kah kah
untuk para jinakolojis
yang penting orang tak nampak
kah kah kah
semua dalam gelap
kah kah kah
raba dalam gelap
berubat dalam gelap
urut dalam gelap
kah kah kah

JiNAKOLOJi

--------------

KENYATAAN RESMI PARTI AMANAH

Posted: 12 Feb 2016 09:00 PM PST






KRISIS SYRIA

MALAYSIA PERLU 

SEGERA PANGGIL 

OIC 

BERSIDANG

www.amanah.org.my 


1. Parti Amanah Negara (AMANAH) terpanggil untuk memberi reaksi terhadap perkembangan terbaru krisis pergolakan di Syria.

2. Arab Saudi, Qatar dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) telah membuat keputusan untuk bersama Amerika Syarikat dan 36 negara yang dipimpinnya untuk masuk ke Syria dengan alasan kononnya untuk melawan ISIS.

3. Parti AMANAH mendesak Malaysia memainkan peranan segera melalui OIC atau badan antarabangsa yang lain agar isu Syria diselesaikan melalui meja rundingan. Perkembangan terbaru persepakatan Arab Saudi, Amerika dan rakan sekutunya yang lain untuk masuk ke Syria, memungkinkan pertempuran hebat akan berlaku dan bakal memangsakan rakyat awam terbanyak.

4. Pada masa ini, keadaan di Syria sudah cukup sengsara. Kemusnahan yang berlaku di negara Timur Tengah ini adalah berpunca daripada sikap adu domba, dominasi hemegoni politik Amerika bersama sekutunya Israel dan beberapa negara Arab yang lain, sekaligus membawa negara-negara Arab dan umatnya berada dalam kehancuran. 

5. Parti AMANAH berharap kerajaan Malaysia tidak menyertai atau menyokong mana-mana kumpulan untuk masuk ke Syria bersama dengan Amerika Syarikat. Malaysia perlu merintis jalan damai dalam usaha penyelesaian krisis lebih lima tahun ini dengan mendesak semua pihak supaya hadir ke meja rundingan. 

6. Dominasi Amerika di Timur Tengah tidak lain hanya bagi menjaga kepentingan mereka terutama sekali menjaga keselamatan Israel. Sebarang tindakan oleh Amerika dan rakan sekutunya untuk masuk ke Syria secara terus tanpa melalui meja rundingan hendaklah dikutuk sekeras-kerasnya.

‎ "Harapan Baru" 

HJ MOHAMAD BIN SABU

Presiden Parti Amanah Negara 
14 Februari 2016‎
04 Jamadil Awwal 1437H‎




-------------

HAIRAN BIN PELIK

Posted: 12 Feb 2016 08:00 PM PST







FACE BOOK 

Awat tak habark Hairan bin Pelik cucu Aneh cicit TerkejutBeruk cuit Misteri Nusantara?

Hairan, kenapa Peguam Negara terus dikritik – Annuar Musa

 | February 12, 2016
Ia sangat menghairankan walaupun Peguam Negara telah berkali-kali menyatakan tidak mempunyai niat melindungi pemimpin yang terlibat dengan salah laku








-----------