WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Sampai bila mahu tuding jari kepada kaum lain atas kelemahan sendiri?
- Putar belit fakta mahkamah, Guan Eng pertimbang saman Tantawi
- AMPUN TUANKU, KERAJAAN BN BOROS RAKYAT MERANA!
- FITNAH GUAN ENG: TANTAWI DIBIDAS NITIZEN DI FACEBOOK
- PAKATAN HARAPAN AKAN FOKUS ISU RAKYAT LEBIH MANTAP
- KES PEMBUNUHAN PENGASAS AMBANK DIBAWA KE PBB
- EKONOMI TERTEKAN, WARGA KL SINIS HADAPI KERAJAAN BN’
- GERTAK PULAK.....
Posted: 19 Jan 2016 06:08 PM PST Lupakah UMNO saranan Onn Jaafar ketika mula diasaskan?KUALA LUMPUR 19 JAN: UMNO mungkin mampu mempertahan demokrasi di negara ini jika parti itu membuka keahliannya kepada semua kaum, sebagaimana saranan pengasasnya, Datuk Onn Jaafar, 66 tahun lalu. Bagaimanapun, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata masyarakat bukan Melayu belum tentu menyertai UMNO, melainkan parti berkenaan menukar budaya politik dari berasas perkauman kepada bercitra Malaysia. Untuk itu, beliau berkata, UMNO perlu melalui dua transformasi politik jika mahu terus relevan di mata rakyat Malaysia dengan menjadi parti politik untuk seluruh rakyat, bukan hanya orang Melayu. Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, UMNO juga perlu menjuarai isu rakyat khususnya dalam kalangan orang Melayu berpendapatan rendah dan bukannya tertumpu kepada 'UMNO-putra'. "Bagaimana sesebuah negara diterajui oleh Perdana Menteri yang partinya sendiri hanya perjuangkan isu satu kaum sahaja, malah dilihat menyaingi kaum lain?" katanya pada kenyataan media, hari ini. Mengenai kenyataan bekas Menteri Komunikasi Media Datuk Shabery Cheek yang menyatakan bukan mudah untuk UMNO membuka keahliannya kepada bukan Melayu, Kit Siang berkata: "Kata Shabery betul, tapi adakah beliau akan berhenti makan durian walaupun ia sukar dibuka?" Beliau berkata, DAP juga berdepan kesukaran mempertahan prinsip asas untuk menjadi parti bercitra Malaysia dan memimpin rakyat tanpa mengira kaum atau agama kerana sentiasa diserang dengan pelbagai tohmahan termasuk kononnya anti-Melayu dan anti-Islam. "Lebih mudah jika DAP menyerah, tunduk dan akur kepada propaganda momokan UMNO kononnya DAP parti untuk bukan Melayu tapi kita tetap pertahankan prinsip kita. "Persoalannya, adakah UMNO bersedia menjadi parti politik bercitra Malaysia, patriotik dan mampu mempertahan demokrasi negara ini?" katanya dan menambah, majoriti Ahli Parlimen DAP yang menang pilihan raya 1969 dari kalangan kaum India, malah bilangan mengatasi MIC. -Roketkini.com |
Sampai bila mahu tuding jari kepada kaum lain atas kelemahan sendiri? Posted: 19 Jan 2016 05:33 PM PST YELLOWMANIA anjuran Bersih 2.0 baru sahaja melabuhkan tirai selepas lima hari berkampung di Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) pada minggu lalu. Acara kemuncak Yellow Mania merupakan Yell-O Sound Gig yang dikemudi oleh Adam Adli. Gig itu menampilkan rapper Edry Orpheus, beberapa band tempatan seperti Panklima, Sons of the Soil dan The BangsArt serta penyajak Pyan Habib dan Rahmat Haron. Persembahan terakhir yang ditonton oleh saya dan rakan-rakan adalah Rahmat Haron ft. Duri. Ya, Rahmat Haron adalah sebab utama kami berdua setia berada di Yell-O Sound Gig dari awal hingga ke akhir. Perkara yang paling melucukan sebaik sahaja Rahmat Haron turun dari pentas utama, kami berdua terus bergegas keluar dari KLSCAH dan berlari ke Stesen Monorel Maharajalela. Berdasarkan skrin yang tertera di stesen, monorel seterusnya akan tiba dalam masa tiga minit. Ketika menunggu monorel tiba, polis bantuan yang bertugas memberitahu kami bahawa tiada lagi monorel yang akan tiba dari KL Sentral memandangkan jam sudah 11.45 malam. Jam hampir menginjak 12 tengah malam. Saya telah mengambil keputusan untuk menggunakan perkhidmatan Grabcar. Berdasarkan pengalaman, Grabcar jauh lebih murah dan selamat berbanding dengan teksi kerana aplikasi Grabcar akan memaparkan wajah dan nama pemandu beserta dengan nombor plat kereta. Jika terjadi apa-apa di luar jangkaan, sekurang-kurangnya saya mempunyai beberapa maklumat mengenai pemandu Grabcar dan dapat memudahkan polis mengambil tindakan yang sewajarnya. Sepanjang perjalanan dari KLSCAH ke Pandan Jaya yang memakan masa lebih kurang 15 minit, saya dan pemandu itu sempat berbual dan berkongsi beberapa perkara. Saya memulakan perbulan pada malam tersebut dengan "Grabcar ni you buat full-time atau part time?" dan beliau menjawab "Buatpart time maa." Oh, perbualan kami tidak berakhir di situ. "Buat part time maa. Full time kerja siang. Malam I buat Grabcar. Duit sekarang kecil. Nilai kecil. Harga barang semua naik. Gaji maintain, tak naik. I Cina. Susah sikit la. Kena banyak usaha. Kena usaha lebih la. Anak dua orang. Dua-dua sekolah. Nasib baik isteri kerja juga. Boleh la. Cukup-cukup makan." Saya terdiam. "You tinggal mana?" "I tinggal Kepong. Baru tiga hari buat Grabcar. You customer kelima I malam ni. So far so good la. Kena korban sikit la. Rehat dan anak-anak (waktu rehat dan masa bersama anak-anak pada waktu malam)." Pertama adalah tentang kenaikan harga barang. Saya, yang masih bujang dan bergaji RM2,000 sahaja tidak mampu untuk menafikan kata-kata beliau. Jika pada hari ini, saya sendiri begitu terkesan dengan kenaikan harga barang, tambang pengakutan awam seperti LRT dan monorel (setiap hari menggunakan LRT dan monorel ke tempat kerja) dan pelbagai lagi kenaikan, bagaimana pula dengan beliau yang telah berkahwin dan mempunyai dua anak yang masih bersekolah? Sudah pasti perbelanjaannya lebih besar berbanding dengan saya – yuran sekolah, buku sekolah, duit belanja harian anak-anak dan lain-lain lagi. Jadi, beliau menyahut seruan Datuk Ahmad Maslan iaitu melakukan dua kerja sebagai penyelesaian untuk meneruskan kelangsungan hidup pada waktu nilai mata wang Ringgit yang semakin mengecil. Perkara kedua yang sangat menarik perhatian saya apabila beliau mengatakan "I Cina. Susah sikit la. Kena banyak usaha. Kena usaha lebih la." Tipulah kalau saya katakan saya langsung tidak terkesan dengan kata-kata beliau. Beliau seolah-olah cuba menyampaikan kepada saya bahawa bangsa Cina sangat terpinggir di tanah tumpah darah sendiri. Walaupun bangsa Cina dan India merupakan bangsa minoriti di Malaysia, jangan sesekali kita lupa bahawa mereka juga lahir di negara ini. Apa guna kita melaungkan 1Malaysia kononnya kita berbangga Malaysia mempunyai rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum, tetapi dalam masa yang sama kita melaungkan "Apa lagi Cina mahu?" Tidak cukup dengan mengamalkan perkauman tanpa kita sedar, ditambah pula dengan menyalahkan Cina kerana menguasai ekonomi negara sedangkan Datuk Ahmad Maslan pernah berkata: "Melayu perlu mencontohi kejayaan orang Cina dalam perniagaan. Mereka bekerja keras, bagi kita (orang Melayu). Kadang-kadang, kita bekerja separuh jalan. Jika kita mahu pergi jauh, kita perlu belajar daripada orang Cina" ketika seminar Pematuhan Kualiti Produk di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil pada 13 Mei 2015 (The Malaysian Insider, 13 Mei 2015). Beliau juga berkata: "Kejayaan orang Cina dalam perniagaan jelas terbukti dalam statistik, daripada 40 orang terkaya di negara ini, lebih 20 berbangsa Cina." Saya percaya setiap rakyat pasti mahukan Malaysia yang lebih baik daripada hari ini. Tetapi jika semangat rasisme itu masih menebal dalam diri setiap rakyat, adakah impian untuk melihat Malaysia menjadi lebih baik pada masa akan datang berjaya direalisasikan? Fikirlah. Tak penat ke asyik menunding jari kepada kaum lain atas kesalahan dan kesilapan sendiri? Sudah-sudahlah. – Roketkini *Penulis merupakan alumni Sekolah Demokrasi dan aktivis Dapur Jalanan |
Putar belit fakta mahkamah, Guan Eng pertimbang saman Tantawi Posted: 19 Jan 2016 05:03 AM PST KUALA LUMPUR 18 JAN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan at-Tantawi jika memutar belit penyelesaian damai kes saman fitnah itu. Pegawai Khas Undang-undang kepada Lim Guan Eng, Raja Syarafina Raja Shuib, berkata beliau dan ramai lagi terkilan berikutan Nasrudin menulis rencana berkaitan hal itu bertajuk 'Catatan dari Mahkamah Tinggi Georgetown – Kes diselesaikan di luar mahkamah'. Beliau berkata, Nasrudin sama ada dalam kealpaan atau kecuaian yang disengajakan kerana memutar belit dan memperlekeh kebenaran seolah-olah menegakkan benang yang basah apabila menulis rencana itu. "Jika Nasrudin yakin artikel asal bukan fitnah terhadap Guan Eng mengapa pula terdapatnya persetujuan beliau untuk menyuarakan kekesalan dan membayar kos kepada Ketua Menteri? "Fikirkanlah siapa sebenarnya yang berdusta," katanya pada kenyataan media hari ini, berikutan tindakan Nasrudin semalam yang menulis rencana berkenaan selepas proses penyelesaian damai dicapai. Sebelum ini, Guan Eng mengambil tindakan saman terhadap Nasrudin berikutan tulisan Ketua Penerangan PAS Pusat itu bertajuk 'Apa Beza Kidex dan Terowong Pulau Pinang' yang dimuat naik ke facebook pada 6 Ogos 2014. Sebaliknya, Raja Syarafina berkata, Guan Eng masih menerima jalan penyelesaian damai yang dicadangkan mahkamah walaupun prosiding guaman terhadap Nasrudin dijadual berlangsung semalam dan hari ini. "Nasrudin hanya perlu, antara lain, meminta maaf akibat tohmahan dan fitnah yang dilempar terhadap Guan Eng melalui artikel itu," katanya dan menambah, Nasrudin tidak berbuat demikian, malah sebenarnya enggan menyuarakan kekesalannya terhadap salah faham akibat artikel itu. Sedangkan, katanya, jika Guan Eng mementingkan kepentingan diri semata-mata dan enggan menerima kenyataan 'kekesalan' Nasrudin, penyelesaian damai itu tidak mungkin berlaku sama sekali. Mengenai penyelesaian damai itu, Raja Syarafina berkata, ia dicapai antara pihak berkaitan menerusi Perintah Persetujuan bertarikh 18 Januari 2016 di depan Pesuruhjaya Kehakiman, Lim Chong Fong ekoran permohonan Nasrudin. Katanya, Guan Eng bersetuju dengan Nasrudin menzahirkan kekesalannya di depan hakim dan hadirin mahkamah mengenai kandungan artikel yang mengakibatkan salah faham terhadap ketua menteri itu. Beliau berkata, kenyataan Nasrudin itu direkod mahkamah dan disahkan kembali oleh defendan itu yang turut membayar RM10,000 kepada Guan Eng sebagai kos, ialah: "Menghadiri perbicaraan hari ini dan setelah meneliti dokumen yang dikemukakan ke Mahkamah, saya kesal artikel saya mencetuskan salah faham terhadap YAB Ketua Menteri Pulau Pinang. Pihak pihak bersedia untuk tidak memanjangkan kes ini dengan menarik balik artikel saya yang bertarikh 6 Ogos 2014 yang lalu yang didapati tidak mempunyai asas ke atas Ketua Menteri." -Roketkini.com |
AMPUN TUANKU, KERAJAAN BN BOROS RAKYAT MERANA! Posted: 19 Jan 2016 04:46 AM PST Ampun Tuanku, kerajaan BN boros rakyat merana!ULASAN: Ampun Tuanku! Patik menjunjung kasih atas titah Tuanku sempena dengan keputeraan Tuanku Sultan Kedah yang ke 88.Patik dan rakyat Kedah khasnya dan Malaysia amnya mendoakan moga Allah melanjutkan usia Tuanku dan Tuanku Permaisuri serta diberikan kesihatan,kesejahteraan,diberkati dan dirahmati didunia dan akhirat. 2.Patik sekali lagi menjunjung kasih atas titah ke bawah Duli Tuanku sempena ulang tahun Keputeraan Tuanku yang ke 88 yang begitu perihatin terhadap beban rakyat yang terkesan akibat dari kejatuhan komoditi dan nilai ringgit.Titah Tuanku lagi,Kesan daripada itu kuasa beli rakyat berkurangan dengan mendadak dan Kedah antara negeri yang terkesan.Patik berbangga dengan keperihatinan Tuanku. 3.Ampun Tuanku.Apa yang terjadi pada hari ini seperti keperihatinan Tuanku adalah berpunca dari selama pemerentahan Umno Bn dipenuhi dengan keborosan,ketirisan dan amalan rasuah yang ibarat menjadi makanan harian pemimpin negara.Diwaktu nilai ringgit kukuh dan harga komoditi serta harga minyak berada pada tahap yang tinggi kerajaan Umno Bn tidak pernah beringat dan berjimat dalam perbelanjaan,jauh sejali untuk menabung dalam tabung masa depan (sovering fund).Rakyat hanya diberikan rasa nikmat seketika sedap sesaat sedangkan pemimpin terus hidup dengan lunggukan kekayaan yang menimbun. 4.Ampun Tuanku,apabila negara berhadapan dengan situasi ekonomi yang tak menentu dan mengakibatkan kerajaan mengalami kehilangan pendapatan maka jalan pendek dan mudah bagi pemimpin negara untuk tidak sakit kepala ialah mengikis dan merompak dari kocek rakyat secara halal atas nama untuk terus merancakan pembanggunan ekonomi negeri dan negara. Di negeri Kedah dinaikan cukai tanah yang begitu banyak dan dijangka dapat menambah pendapatan kerajaan negeri sebanyak RM94 juta dari RM131 juta sebelum kenaikan kepada RM225 juta selepas kerajaan Pakatan Rakyat menurunkan cukai tanah yang membawa kerajaan pada waktu itu kehilangan pendapatan sebanyak RM50 juta setahun dari hasil cukai tanah.Kini Pertambahan kawasan baru untuk dikena pula cukai pintu sedang digiatkan dikawasan kampung yang tiada perkhimatan untuk rakyat dari pihak berkuasa tempatan (PBT) khususnya majlis Bandaraya Alor Setar dan dan PBT yang lain. 5.Ampun Tuanku diperingkat persekutuan pula kerajaan Umno Bn terus mengikis kocek rakyat dengan menaikan tol,tarif letrik,tambang pengangkutan awam,dikurang dan dimansuhkan subsidi barang keperluan rakyat serta dikena cukai baru GST yang membebankan rakyat untuk menampung keborosan,ketirisan dan rasuah dalam pengurusan dan perbelanjaan wang negara. 6.Ampun Tuanku,kerajaan Umno Bn hanya bermain dengan kata kata manis bagi melunakan rakyat maka diberilah kepada rakyat gula gula getah (Brim) yang sementara manisnya ada maka rasalah sedapnya,bila hilang manisnya, lengoh lah pasung dagu untuk mengunyahnya.Inilah kesengsaraan penyeksaan keatas rakyat yang sedang dirasai,dari keluarga yang kebuluran dikampung dengan pendapatan menoreh getah yang harganya RM1.70 1kg dan dibahagi dua dengan tuan punya kebun,hingga lah keanak anak dimenara gading yang kelaparan tak cukup wang untuk sesuap makanan. 7.Ampun Tuanku,patik merafak sembah menjunjung kasih atas keperihatinan Tuanku terhadap penderitaan rakyat.Patik mengharapkan Tuanku dapat mengambil sesuatu langkah segera bagi mengatasi ketenatan hidup rakyat yang berpunca dari pemimpin negara yang boros dan mengumpul kekayaan diri dan keluarga.Patik mohon sudilah apa kiranya demi negara dan rakyat Tuanku menasihatkan memanda Perdana Menteri melepaskan jawatan bagi membantu memulihkan keyakinan untuk pertumbuhan ekonomi dan nilai ringgit yang lebih baik. Ampun Tuanku sembah Patik mohon diampun. DAULAT TUANKU DAULAT TUANKU DAULAT TUANKU. DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR Ahli Parlimen Pokok Sena |
FITNAH GUAN ENG: TANTAWI DIBIDAS NITIZEN DI FACEBOOK Posted: 19 Jan 2016 04:43 AM PST Fitnah Guan Eng: Tantawi dibidas nitizen di facebookLaman Facebook Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan hari ini dihujani kritikan ramai netizen yang mengaitkan gejala fitnah dengan kecenderungan Ahli Parlimen Temerloh itu menggunakan nama Allah dalam status di media sosial itu pagi tadi. Ditulis kira-kira jam 10 pagi, beliau menulis, "Saya mula langkah dan tindakan serta sikap yang saya ambil untuk memulakannya hari ini dengan Nama Allah swt. Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ameen. Rahmaaaka Abghii Ya Ilaahi. Raadhian." Walaupun status berkenaan meraih lebih 380 'likes' setakat pukul 3 petang tadi, majoriti komentar daripada 74 komentar berbaur sindiran dan kecaman daripada pengguna Facebook. Reaksi netizen terbabit dipercayai ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang mengarahkan Nasrudin membayar kos sebanyak RM10,000 kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng gara-gara artikel kontroversinya, 'Apa beza Kidex dan Penang tunnel?' pada 6 Ogos 2014 lalu di Facebook beliau. Aliff Ashraff secara menyindir berkata, jika dirinya di tempat Nasrudin, beliau akan bersara dan melepaskan semua jawatan politik sebaliknya menjadi penjual kitab sepenuh masa. "Ostad (Ustaz) betulkah ostad telah Amalan org berserban dalam politik kini: Kafir sebaik mana pun adalah kafir yg mesti diperang Islam berserban seburuk mana perangai pun mesti dibela memfitnah LGE (Lim Guan Eng) dalam isu tender terbuka? Insaflah ostad. Jangan fitnah," tegasnya lagi. Bagi Azmawi Azizan, beliau mendoakan Parlimen Temerloh yang mempunya komposisi campuran Melayu, Cina dan India akan bertukar Ahli Parlimen pada pilihan raya umum ke-14 nanti. Menghangatkan lagi situasi di ruangan komentar bagi status pemimpin Pas itu apabila terdapat sebahagian komentar menyebut lutut dan siku iaitu ungkapan popular dalam perbahasan Nasrudin pada Muktamar Tahunan Pas Pusat ke-61 tahun lalu. "Tarik ustaz tarik. Jangan lupa, bulan depan pertandingan tarik tali tu. Pastikan pingat emas di genggaman. Gunakan lutut dan siku tu baik-baik," selar Faizzmeer Syafiq Ruslan. Begitu juga Ahmad Nafiah yang berkata, "Mana siku, lutut? Mulut tak ada insurans terimalah padahnya. Malu cara ostaz bercakap suka fitnah orang walaupun beliau (Lim Guan Eng) kafir" Manakala Ezany Elias membidas, "Apasal tarik balik? Teruskan sajalah. Lain kali jangan cakap pakai siku dan lutut." Nasrudin tarik semula kandungan artikel, bersetuju bayar RM10,000 kepada LGE GEORGE TOWN - Ketua Penerangan Pas yang juga Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan at-Tantawi memberitahu Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini bahawa beliau 'kesal' membuat kenyataan tidak berasas dalam akaun Facebooknya terhadap Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng. Nasrudin memberitahu Mahkamah Tinggi Pesuruhjaya Kehakiman, Lim Chong Fong bahawa beliau 'kesal' memuatnaik status di akaun Facebooknya pada 6 Ogos 2014. "Setelah meneliti dokumen yang dikemukakan di mahkamah, saya kesal kerana artikel saya telah mencetus salah faham dan tidak mempunyai asas ke atas Ketua Menteri. "(Oleh itu) kedua-dua pihak bersedia untuk tidak memanjangkan kes ini dan saya akan menarik balik artikel yang dibuat pada 6 Ogos 2014 yang tidak mempunyai asas terhadap Ketua Menteri," kata Nasrudin di hadapan hakim di sini, tadi. Chong Fong kemudian memerintahkan kes itu ditolak dan mengarahkan defenden (Nasrudin) untuk membayar RM10,000 sebagai kos kepada plaintif (Guan Eng). Nasrudin diwakili oleh Wan Rohimi Wan Daud manakala Guan Eng, Datuk N. Murali. MALAM SEBELUM PERBICARAAN CERAMAH DI SG ACHEH |
PAKATAN HARAPAN AKAN FOKUS ISU RAKYAT LEBIH MANTAP Posted: 19 Jan 2016 04:09 AM PST Pakatan Harapan akan fokus isu rakyat lebih mantapKetua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Saifuddin Abdullah menegaskan bahawa gabungan itu telah merangka beberapa dasar bersama yang lebih mantap dan memberi fokus terhadap isu yang berkaitan rakyat. Menurutnya, dasar PH kali ini agak berlainan berbanding dasar bersama Pakatan Rakyat yang dahulunya pernah digariskan dalam Buku Jingga. Pendekatan yang dibawa, katanya, lebih kepada penambah baikan dan memperkukuhkan lagi kerangka yang pernah dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat. "Kami telah mengadakan mesyuarat setiausaha Pakatan Harapan kali keempat sejak Pakatan ini ditubuhkan. Selepas kita menandatangani perjanjian pada 9 Januari lepas, kita sudah mula merangka dasar-dasar bersama Pakatan Harapan. "Dasar-dasar ini dijangka akan dilancarkan keseluruhannya pada 16 Julai 2016. Ia akan meliputi keseluruhannya dan sebahagiannya mengulangi dan memperkukuhkan dasar-dasar bersama yang dulunya digunakan oleh Pakatan Rakyat. "Antaranya adalah pendemokrasian, hak asasi manusia dan pentadbiran yang baik. Ini akan ditambah baik mengikut perkembangan semasa," katanya dalam satu sidang media PH di Ibu Pejabat DAP, hari ini. Pada masa sama, kata Saifuddin lagi, dasar-dasar bersama Pakatan Harapan itu bakal dilancarkan secara berperingkat supaya rakyat lebih hadam mengenai pendekatan yang dibawa. "Dasar-dasar bersama Pakatan Harapan ini agak berlainan kerana ia memfokuskan isu-isu utama yang sangat penting untuk rakyat dan itu akan diumumkan satu persatu sebelum Julai," jelasnya |
KES PEMBUNUHAN PENGASAS AMBANK DIBAWA KE PBB Posted: 19 Jan 2016 04:07 AM PST Kes pembunuhan pengasas AmBank dibawa ke PBBPascal Najadi, anak pengasas Ambank yang ditembak mati, Hussain Najadi akan membawa kes pembunuhan bapanya ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selepas hilang kepercayaan terhadap sistem undang-undang Malaysia. "Peguam kami di Kuala Lumpur, Malaysia, Gobind Singh Deo, telah menasihatkan bahawa adalah sia-sia untuk melalui mahkamah bagi mendapatkan siasatan yang betul oleh Jabatan Peguam Negara dalam pembunuhan Hussain Najadi. "Oleh itu, kami telah membuat keputusan bersama-sama dengan peguam antarabangsa jenayah Nick Kaufman untuk membawa kes ini ke PBB di Geneva, Switzerland," kata Pascal dalam satu kenyataan hari ini. Nick Kaufman adalah peguam jenayah antarabangsa dan bekas pendakwa di Tribunal Jenayah Antarabangsa bagi bekas Yugoslavia di Mahkamah Jenayah Antarabangsa di The Hague. Pascal mendakwa ada yang diselindungi dalam kes pembunuhan bapanya. "Semua petanda yang kami terima setakat ini dari Malaysia menunjukkan ada alasan kukuh untuk mempercayai bahawa terdapat campur tangan kerajaan bagi menutup kes ini," katanya. Menurut Pascal, Pejabat Peguam Negara dan polis cuba menutup kes selepas dua tahun Interpol mengeluarkan notis merah ke atas dalang yang dikatakan terbabit itu. Katanya lagi, polis yang berjaya menahan lelaki yang disyaki itu, Lim Yuen Soo juga enggan berkongsi maklumat dan soal siasat dijalankan tanpa kehadiran Gobind Singh, peguam Malaysia yang mewakili keluarganya itu. Hussain, 76, meninggal dunia, manakala isterinya cedera parah selepas mereka ditembak ketika muncul dari Tokong Kuan Yin di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur pada 29 Julai 2013. Penembak itu, Kong Swee Kuan, dijatuhi hukuman mati pada 2014 kerana membunuh. Lim dipercayai membayar Kong untuk bertindak dan namanya diletakkan dalam notis merah Interpol selepas didapati dia melarikan diri. Beliau akhirnya ditahan polis pada Oktober tahun lalu ketika kembali ke negara ini tetapi dibebaskan selepas lapan hari dari tahanan atas alasan tiada bukti yang mencukupi. |
EKONOMI TERTEKAN, WARGA KL SINIS HADAPI KERAJAAN BN’ Posted: 19 Jan 2016 04:05 AM PST 'Ekonomi tertekan, warga KL sinis hadapi kerajaan BN'Kerajaan BN disifatkan sambil lewa dalam mengurus ekonomi dan menyembunyikan masalah sebenar daripada pengetahuan rakyat. Tinjauan wartawan Suara pakatan daily ke atas beberapa individu berlainan kerjaya mendapati rakyat semakin sinis terhadap sebarang penyelesaian isu yang cuba dilakukan kerajaan. "Sampai bila kerajaan akan bersikap sambil lewa dalam menangani masalah ekonomi?" tanya beberapa orang pemandu teksi di kawasan persekitaran Pasar Seni, di Kuala Lumpur. Seorang daripada mereka, pemuda berusia 28 tahun yang bernama Zulkifli berpendapat bahawa situasi ekonomi sudah berada di luar kawalan kerajaan. "Kerajaan ketandusan idea bagaimana hendak mengatasi masalah ekonomi. Sehingga kini banyak kenyataan kosong untuk menyedapkan hati rakyat. Isu pokoknya kerajaan telah gagal membantu rakyat!" kecam beliau. Semua 5 orang pemandu teksi yang diwawancara juga menyatakan kekecewaan mereka dengan kerajaan sejak pilihan raya umum yang lalu kerana sejak keputusan diumumkan hingga sekarang, hidup rakyat biasa semakin susah. "Makin lama kehidupan kami semakin terhimpit. Tiada apa yang boleh diperbaiki kerajaan," kata Wong dan Muthu, dua orang pemandu teksi dalam lingkungan usia 40-an. Manakala Ahli Dewan Undangan Negeri Changkat Jering di Perak, Ir Nizar Jamaluddin dari parti Amanah pula berpendapat kerajaan perlu mengaku bahawa ekonomi negara sedang mengalami kegawatan tetapi sehingga kini kerajaan seolah-olah masih cuba menangkis fakta ini. |
Posted: 19 Jan 2016 04:03 AM PST PAS Kelantan hantar surat kepada Rafizi Ramli, Setiausaha Agung PKR, melahirkan rasa dukacita kerana ada pemimpin PKR yang menghadiri program anjuran Parti Amanah Negara....... Siap bagi amaran secara halus kepada PKR agar perkara itu tidak diteruskan di masa akan datang. Ya, kita tahu lebai PAS bukannya cerdik sangat, tapi rupa-rupanya memang sangat tidak cerdik sungguh...... Dari dulu sampai sekarang, tidak berhenti-henti lebai-lebai PAS mempertontonkan kebodohan sendiri kepada umum. Takkanlah lebai PAS tak tahu langsung bahawa Presiden PKR yang mengumumkan pembentukan Pakatan Harapan, yang menggabungkan PKR, DAP dan Amanah.... Bahkan minggu lepas baru tandatangani perjanjian bersama menyetujui kod etika parti-parti komponen Pakatan Harapan...... Itu berlaku di peringkat pusat..... lebai PAS Kelantan ni jenis buta huruf atau buta kayu...? PKR perlu memberi respon kepada surat rasmi itu.... PKR perlu tegas samada mahu akur kepada tuntutan PAS dan mempertimbangkan kedudukan PKR sendiri dalam Pakatan Harapan, atau, menolak saranan PAS dan mahu kekal dalam Pakatan Harapan, dengan memutuskan sebarang hubungan dengan PAS di seluruh negara termasuk Kelantan dan Selangor. Kalau itupun tak mahu buat apa-apa, biarkan saja PAS nak kata apa kepada Amanah, apa perlunya PKR tandatangan perjanjian PH minggu lepas....? Apa gunanya perjanjian itu..? |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |