Jumaat, 15 Januari 2016

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


MAKIN TUN RAZAK DIINGATI, MAKIN NAJIB DILIHAT "TAK BERGUNA"

Posted: 15 Jan 2016 03:23 PM PST






MAKIN TUN RAZAK DIINGATI, MAKIN NAJIB DILIHAT "TAK BERGUNA"


Hari ini genap 40 tahun Tun Razak Hussein, bekas Perdana Menteri kedua Malaysia meninggal dunia. Pemergiannya secara mengejut pada 14 Januari 1976 kerana derita leukemia, terus dirasai berikutan rakyat dan negara rasa amat terhutang budi dengan segala jasa dan sumbangannya.

Tiada ada sesiapa yang dapat menafikan sumbangan Tun Razak untuk negara ini. Beliau dikenali sebagai Bapa Pembangunan kerana banyak idea, dasar dan pemikirannnya menjadi asas kepada pembagunan negara sehingga kini.

Meskipun demikian, sebagai manusia biasa, Tun Razak bukanlah pula tidak ada dosa dan kelemahannya. Tetapi, oleh sebab jasa dan sumbangannya terlalu besar, maka kelemahannya tersimpan tidak disebut orang.

Dalam hal ini, saya ada bercakap dengan beberapa bekas pemimpin yang pernah mengenali dan hidup sezaman dengan Tun Razak. Mereka mengatakan, jasa dan sumbangan Tun Razak sering dan lebih banyak dijadikan sebutan bukanlah bermakna beliau tidak ada cacat cela dan kelemahan sama sekali.

Sebaliknya, kata mereka, disebabkan jasa dan sumbangannya terlalu besar kepada rakyat dan negara, ia menjadikan ramai yang malu untuk menyebut tentang kelemahannya.

Itulah Tun Razak. Sempena 40 tahun pemergiannya, bukan saja jasa, sumbangan dan pemikirannya terus dikenang, malah hari ini satu seminar khas memperingati Bapa Pembangunan itu turut diadakan.

Sama ada kita mengenalinya atau tidak,  pernah hidup di zamannya atau sebaliknya, namun memperingati dan mengenang jasa serta sumbangan Tun Razak tetap dikira wajar kerana nilai peninggalannya yang tak ternilai untuk rakyat dan negara.

Selain itu, Tun Razak juga dikenali sebagai pemimpin yang sederhana dan berjimat cermat. Beliau bersih daripada segala dakwaan rasuah, menyalahgunakan kuasa atau hidup bermewah.

Di ketika namanya masih diingati dan diadakan pula seminar khas mengenai watak kepimpinannya, secara kebetulannya negara sedang dipimpin oleh Najib,  anak sulung Tun Razak sendiri.

Najib yang turut hadir dalam seminar itu bersama beberapa bekas pemimpin yang pernah bekerja dengan bapanya seperti Tun Abdullah Badawi dan Rafidah Aziz, tentu saja mengharapkan sedikit sebanyak limpahan imej baik memihak kepada dirinya daripada seminar tersebut.
Sebagai anak sulung dan menjejaki pula jawatan Perdana Menteri yang pernah disandang oleh bapanya, hanya seorang "anak yang perasan"  akan menganggap pujian kepada arwah orang tuanya adalah juga untuk dirinya.

Itulah yang seting dilakukan oleh Najib selama ini. Di sebalik kedudukannya  semakin jauh daripada hati rakyat berikutan pelbagai isu, kelemahan dan kesilapan sepanjang mentadbir negara sejak 2009 lalu, sering pula nama Tun Razak digunakan untuk melonjakkan imej dirinya.

Lantaran itu, mengadakan seminar khas untuk memperingati jasa dan sumbangan Tun Razak, di sebalik nama anaknya makin membusuk, lebih menjadikan Najib subjek perbandingan dengan bapanya.

Tun Razak akan terus diingati dan dikenang, tetapi menjadikan Najib kian jauh dari keperluan untuk terus memimpin negara. Tidak ada perbandingan itu yang memberi kelebihan kepada Najib.

Dalam semua segi, bukan saja tidak mungkin ada yang mengatakan Najib lebih baik atau menyamai bapanya, bahkan untuk menyatakan 50 peratus atau 30 peratus warisan pemikiran dan karektor kepimpinan Tun Razak ada padanya pun barangkali ramai yang ragu-ragu untuk menganggukkan kepala.

Najib dilihat terlalu jauh berbeza dengan Tun Razak. Tidak saja pemikiran, idea, gaya kepimpinan, gaya hidup, bahkan hampir segala-galanya berbeza.

Yang paling membezakan anak dengan bapa itu ialah kehidupan mewah, boros berbelanja, mengamalkan pemikiran "cash is king" dan sehingga membenarkan di akaun peribadinya berlabuh wang sebanyak RM2,600 juta.

Kemudian, demi untuk melindungi dan mengekalkan kuasanya, sanggup pula memperkenalkan beberapa akta, selain memecat Peguam Negara dan melakukan beberapa kacau ganggu yang lain dalam pasukan yang terlibat dalam penguatkuasaan.

Ia merupakan perkara yang tidak pernah dilakukan, bukan saja oleh Tun Razak, malah sesiapa juga Perdana Menteri sebelum Najib. Selemah-lemah dan segagal-gagal Tun Abdullah Badawi pun tidak sampai ke tahap itu kelakuannya.

Oleh kerana kontranya yang terlalu ketara, semakin Tun Razak dikenang dan diingati jasa serta sumbangannya, dalam masa yang sama ia secara tidak langsung menjadikan kepimpinan Najib kian tidak bernilai dan "kosong markahnya".

Tidak kedapatan sama sekali ciri-ciri Tun Razak pada Najib. Perbezaan dan jurang yang dalam itu sehingga membuatkan Nazir Razak beberapa kali tidak bersetuju dan menyanggah gaya kepimpinan abangnya.

Maka itu, apabila Najib turut mengatakan dalam seminar khas tersebut bahawa beliau sentiasa bekerja untuk mengikut jejak bapanya, orang-orang yang lebih mengenali Tun Razak pasti akan tersenyum-senyum saja dibuatnya. (SH 14/01/2016).

MPT jual gerai kepada swasta, 30 peniaga Melayu dan Cina dalam kebimbangan

Posted: 15 Jan 2016 03:22 PM PST


IMG-20160114-WA0032
MENTAKAB 15 JAN: Kira-kira 30 peniaga kecil, sebahagiannya orang Melayu di gerai Stesen Bas Mentakab dihimpit kebimbangan berikutan menerima notis penamatan sewaan secara mengejut dari Majlis Perbandaran Temerloh (MPT).
Notis bertarikh 16 Disember 2015 yang ditandatangani Yang DiPertua Majlis Perbandaran Temerloh menyatakan status gerai itu kini tertakluk kepada syarat 'pemilik baharu'.
Justeru, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mentakab Tengku Zulpuri Shah Raja Puji menulis surat rasmi kepada MPT dengan mencadangkan pertemuan antara majlis perbandaran itu, pemilik baharu dan peniaga.
"MPT tidak beritahu peniaga awal-awal, tak buat perbincangan. Tiba-tiba hantar notis penamatan sewa. Peniaga pun terkejut. Jadi, kita tunggu jawapan MPT untuk adakan pertemuan," kata Timbalan Pengerusi DAP Pahang itu.IMG-20160114-WA0025
Melalui semakan tidak rasmi, Tengku Zulpuri berkata, gerai itu dijual kepada sebuah syarikat swasta pada 2014.
Beliau percaya masalah seumpama itu dapat dielak jika salah satu cabang amalan demokrasi iaitu Pilihanraya Kerajaan Tempatan dikembalikan sekaligus kebajikan rakyat lebih diutamakan berbanding pihak lain.
"Bila diadakan pilihan raya itu, kes seperti ini mampu ditangani dengan lebih baik, elak salah guna kuasa, dan kurangkan birokrasi.IMG-20160114-WA0035
"Jika ada bantahan dari peniaga setempat, proses bantahan atau apa saja isu dapat diatasi kerana ruang berbincang sebarang masalah lebih luas," katanya.

PRN SARAWAK: PAKATAN HARAPAN BERI AUTONOMI RUNDING KERUSI

Posted: 15 Jan 2016 02:13 PM PST

KETUANAN MELAYU ADALAH KHURAFAT, UMNO BN PERLU DIGANTI – FAIZ

Posted: 15 Jan 2016 02:11 PM PST

PH PERLU KEMUKA DASAR EKONOMI GANTI DEB UNTUK TARIK UNDI MELAYU

Posted: 15 Jan 2016 02:08 PM PST

Tukar Tiub

Tukar Tiub


KES ALTANTUYA BERTERUSAN

Posted: 15 Jan 2016 06:39 PM PST










KES iNI

BERTERUSAN




KOMENTAR
tt menolak hukum mati
bukan sahaja untuk
sirul dan azilah
tapi pada dasar
ini kerana ada
kemungkinan tersalah
hukum

 


Pembunuh Altantuya mahu mohon pengampunan Sultan Selangor
 SERI KEMBANGAN: Bekas pengiring Najib, Azilah Hadri yang dihukum mati selepas disabitkan dengan tuduhan membunuh Altantuya Shariibuu dilaporkan mahu memohon pengampunan daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.


KAH KAH KAH
woit
kes ini tak akan tamat
kes ini tak akan selesai
ini kes besar
kita lihat dan tunggu
apakah sirul & azaliah
akan diampunkan

YA AMPOON

 
------------

SAPA YANG UNTUNG

Posted: 15 Jan 2016 05:30 PM PST







MAT SALEH


JUJUR

 

 

 

 

 

 

 

 

TPPA untungkan Volkswagen – Keller

KUALA LUMPUR: Volkswagen Group Malaysia tidak menafikan yang ia akan mendapat manfaat daripada eksport jika Malaysia menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).


YG UNTUNG

MAT GERMAN

BUKAN

MAT DOLAH 
 












-------

TANDA TANDA MAKIN JELAS

Posted: 15 Jan 2016 05:39 AM PST









WASPADA

TANDA TANDA

LEDAKAN

MAKiN JELAS

 

Ringgit ditutup rendah berbanding Dolar AS

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila ketidakpastian akan pertumbuhan ekonomi China dan kestabilan pasaran kewangan terus menyelubungi pasaran.

Pada jam 5 petang, unit tempatan ditutup rendah turun kepada 4.3965/3035 daripada 4.3870/3930 berbanding dolar AS pada hari Khamis.

Seorang penganalisis berkata harga minyak lemah dalam pasaran global juga terus mempengaruhi unit tempatan.

Harga minyak mentah Brent diniagakan pada US$30.54 setong.
Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang sedang pesat membangun lain.

Unit tempatan diniagakan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0483/0544 daripada 3.0470/0532 pada hari Khamis dan susut berbanding yen kepada 3.7458/7524 daripada 3.7266/7321.

Ia naik berbanding pound British kepada 6.3121/3230 daripada 6.3204/3308 dan turun berbanding euro kepada 4.7917/7011 daripada 4.7875/7950. 

KAH KAH KAH
 woit
ini berita tak baik
tapi ianya juga berita baik
kah kah kah
dari tak baik ini
akan datang baik
dari runtuhan ini
datang dunia baru

DUNiA BARU





------------

CUTI SAKIT LAGI

Posted: 15 Jan 2016 04:30 AM PST










SAKiT PENCEN

DISAKiT

PENCENKAN



Mahathir: Bos SPRM akan dipaksa pencen seperti Gani?


Mahathir Mohamad menyatakan kebimbangan sama ada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Abu Kassim akan dipaksa bersara awal menggunakan alasan kesihatan.
Bekas perdana menteri keempat itu mengaitkan laporan berkaitan masalah kesihatan dengan persaraan bekas peguam negara  Abdul Gani Patail pada Julai lalu



KAH KAH KAH
woit
cerita berulang ulang
nak buat macam mana
kah kah kah
gani lepas pencen
kembali sehat jadi peguam
yang ini lepas pencen
tak tahu jadi apa?
kah kah kah
mustahil masuk olimpik
kah kah kah

OLiMPIK


-----------

BERITA EKONOMI DUNIA

Posted: 15 Jan 2016 04:08 AM PST


 







BERiTA

EKONOMi
 
DUNIA


 GLOBAL ECONOMY

China borrowing surges in December

Latest figures add to concerns over risk from debt build-up

 



-------------

SILA KLIK IKLAN

Posted: 15 Jan 2016 03:30 AM PST











DERMA DAPUR 

JALANAN



iKLAN
jika anda lihat 
ada iklan
sila klik iklan itu
iklan dalam blog ini
tanpa pembaca klik
ianya menjadi iklan percuma

duit dari iklan 
dihadiahkan kepada
  dapur jalanan


-----------

AL- FATIHAH

Posted: 15 Jan 2016 01:00 AM PST











15 Januari 2016
SEREMBAN - Putera bongsu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin, disahkan mangkat kira-kira jam 11.55 pagi tadi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Kuala Lumpur, hari ini.





-------------

PULANG DARI MAHKAMAH

Posted: 14 Jan 2016 10:24 PM PST






MAHKAMAH
saya baru pulang
dari mahkamah tinggi
hukuman telah dijatuhkan
saya dipenjara 9 bulan
tersabit tuduhan
akta hasutan 1948

hukuman ditangguhkan
sementara buat rayuan
maka saya dikenakan
jaminan 6 ribu ringgit
semua telah dibereskan

bila saya pulang
saya lihat dalam twiter
banyak twit yang menyokong
banyak memberi semangat
ramai sama bersimpati
untuk mereka ini
saya ucapkan terima kaseh 
salut!

ada juga yang menulis 
dengan marah
.... kenapa 9 bulan..
patut beri sembilan tahun...

kepada si polan ini
saya tidak marah
kerana apa yang telah 
kerana apa yang sedang
kerana apa yang akan
saya lakukan juga
untuk kebaikkan
si polan ini juga
untuk kebaikan kaum 
keluarga si polan ini
untuk masa depan 
anak cucu cicit 
si polan ini juga

apa yang saya lakukan ini
bukan untuk diri saya
juga bukan untuk jai & ezi
tapi untuk seluruh
warga malaysia
untuk anak semua bangsa
untuk bangsa semua agama
amin!

  1. Can confirm that has been sentenced to 9 months jail. Fine of RM5K by Sessions Court set aside.


BERSAMA PEGUAM - DI JAGA OLEH KOPRA POLIS
TERIMA KASEH PEGUAM
Embedded image permalink




------------