WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- PETROL, DIESEL NAIK, KERAJAAN TIADA WANG – PEMUDA AMANAH
- Husam jawab tuduhan Anuar Tan
- BAJET 2017 MALAP, PELABUR TINGGALKAN MALAYSIA?
- HARGA MINYAK MENTAH JATUH MENGEJUT DI PASARAN DUNIA
- RUU 355: AZALINA SENGAJA ALIH MASA PEMBENTANGAN USUL PAS?
- ‘RUU 355 HJ HADI MUNGKIN TANGGUH LAGI’
- PRU 2008: PAK LAH TIDAK KHIANAT DEMOKRASI WALAUPUN BN HILANG 5 NEGERI
- MP PH KELUAR DEWAN, BANTAH POLIS LANGGAR IMUNITI SIASAT HUSNI
PETROL, DIESEL NAIK, KERAJAAN TIADA WANG – PEMUDA AMANAH Posted: 31 Oct 2016 09:42 PM PDT Petrol, diesel naik, kerajaan tiada wang – Pemuda AmanahKenaikan harga minyak yang diumumkan untuk bulan November membuktikan negara sedang mengalami krisis kewangan yang meruncing, kata Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah Perak, Muhammad Faeez Azahar. Beliau berkata, belum sampai sebulan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2017, ia telah membuktikan bajet yang dibentangkan itu tidak realistik kerana negara mengalami krisis kewangan. "Kerajaan sendiri menunjukkan kepada masyarakat bahawa belanjawan negara untuk tahun 2017 tempang dan sukar untuk dilaksanakan. "Rakyat baru sahaja dimomokkan dengan belanjawan yang 'enak' di mata masyarakat, ini termasuklah pengumuman kenaikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan sebagainya. "Belum sempat rakyat 'menikmati' bantuan tersebut, poket rakyat telah 'dicuri' melalui kenaikan harga minyak," katanya dalam satu kenyataan. Mulai esok harga runcit baharu bagi RON95 ialah RM1.95 seliter, RON97 (RM2.30 seliter) manakala diesel pula RM1.90 seliter. Harga baru tersebut lebih tinggi berbanding Januari lalu apabila RON95 berada pada paras RM1.85 seliter, RON97 (RM2.25) dan diesel (RM1.60). Harga baru yang diumumkan oleh kerajaan ini kata Faeez, sudah pasti disambut negatif oleh masyarakat yang kini dalam keadaan yang sangat tertekan dengan kos kehidupan yang semakin meningkat. Beliau menambah, kenaikan harga bahan bakar ini akan menyebabkan kenaikan harga-harga barangan sekaligus menambahkan lagi bebanan rakyat khusunya golongan berpendapatan rendah dan sederhana. "Rakyat perlu melihat kenaikan harga minyak ini sebagai bukti kerajaan yang ada pada hari ini tidak lagi memikirkan kepentingan rakyat, sebaliknya membuat kerja mudah untuk mendapatkan dana dengan menaikkan harga minyak," katanya. |
Posted: 31 Oct 2016 09:40 PM PDT Tindakan exco kerajaan negeri Datuk Anuar Tan menuduh Adun Salor Datuk Husam Musa menyerang dasar bekas menteri besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila mengkritik program Ladang Rakyat disifatkan sebagai satu percubaan mengelirukan fakta sebenar. "Janganlah sebarang kelemahan Ladang Rakyat disembunyikan di belakang perisai menilai Ladang Rakyat adalah menolak Tok Guru," kata Husam dalam satu jawapan balas kepada kenyataan Anuar. Menurut Husam, laporan audit juga menegur kaedah pajakan tanah kepada pemaju kerana pulangannya kepada Ladang Rakyat adalah rendah. "Adakah YB sedar hal ini? "Apa YB telah lakukan jika YB sedar mengenainya? "YB hanya berdiam diri dan membiarkannya ia berterusan sampai bila-bila? "Bukankah keputusan kolektif yang silap atau lemah boleh dan patut dibaiki oleh keputusan kolektif yang baru? "Adakah YB sedar bahawa pada setiap masa YAB Tok Guru tidak pernah mempengerusikan Ladang Rakyat?," soalnya. Husam yang juga bekas exco ekonomi berkata, sewaktu pentadbiran Nik Aziz, apabila permohonan tanah oleh Ladang Rakyat dikemuka dalam mesyuarat exco, tidak ada dikemukakan terma-terma penggunaan tanah yang dicadangkan oleh Ladang Rakyat. "Bolehlah kita dengan selamat mengatakan Tok Guru tidak pernah diberitahu kedudukan kecilnya hasil Ladang Rakyat. "Tok Guru hanya diberitahu tentang kehebatan Ladang Rakyat berjaya memberikan dividen kepada peserta," katanya. Beliau juga menolak tohmahan Anuar yang menggunakan hujah mengkritik Ladang Rakyat adalah menghina dan mengkritik Tok Guru yang sudah meninggal. "Ini adalah salah kerana Tok Guru tidak pernah terlibat dalam menentukan apa-apa terma dan syarat usaha sama Ladang Rakyat. "Tok Guru tidak pernah terlibat dengan pengurusan serta pentadbiran Ladang Rakyat. "Bagaimana pula boleh dikatakan mengkritik Ladang Rakyat adalah mengkritik Tok Guru? "Ke mana Pengerusi dan pengurusan Ladang Rakyat sehingga nama Tok Guru perlu digunakan?," soal Husam yang kini bersama Amanah. Menurut Husam, walaupun Nik Aziz gembira atas kejayaan pembahagian dividen tetapi beliau tidak berkesempatan untuk menilai kedudukan pentadbiran Ladang Rakyat. "Apa yang saya lakukan sekarang adalah menilai pentadbiran Ladang Rakyat dan bukan menolak gagasan Tok Guru untuk membantu rakyat yang miskin menerusi program Ladang Rakyat. "Jangan kelirukan rakyat Kelantan dengan dua isu yang berbeza ini. Gagasan Ladang Rakyat untuk membantu rakyat miskin dengan pengurusan Ladang Rakyat yang lemah yang tidak sama sekali terlibat dengan Tok Guru. "Janganlah sebarang kelemahan Ladang Rakyat disembunyikan di belakang perisai menilai Ladang Rakyat adalah menolak Tok Guru," tegasnya. |
BAJET 2017 MALAP, PELABUR TINGGALKAN MALAYSIA? Posted: 31 Oct 2016 09:39 PM PDT Bajet 2017 malap, pelabur tinggalkan Malaysia?Bajet 2017 tidak mampu menaikkan keyakinan pelabur tempatan dan lura negara. Seorang pelabur asing dari negara barat, John Law, 60 tahun berkata situasi ekonomi dan politik Malaysia semakin bercelaru dan menyebabkan beliau berfikir untuk mengubah pelaburan ke negara lain. "Nampaknya situasi politik di negara ini sedang menghadapi satu gelombang ketidakstabilan. Saya sebagai pelabur asing amat bimbang kerana situasi politik telah menyebabkan ekonomi menjadi lembap," katanya kepada Suara pakatan daily. Beliau yang juga bekerja di sebuah kilang di Selangor memberitahu penulis bahawa Business Conditions Index (Indeks Iklim Perniagaan) telah jatuh sebanyak 22.5 mata dari 106.4 menjadi 83.9 kerana permintaan domestik dan luar negeri untuk barangan buatan Malaysia menurun. Begitu juga Consumer Sentiments Index (Indeks Sentimen Pengguna) turun sebanyak 5 mata kepada 73.6 akibat situasi pencarian kerja dan kewangan masa depan yang kurang memberangsangkan. John membandingkan keadaan di Indonesia yang lebih meyakinkan. Katanya, semakin banyak pelabur asing melangkauai Malaysia untuk menanam modal di sana "Negara Indonesia sedang maju dan ditadbir-urus dengan amat baik. Saya perhatikan Presiden Jokowi memang berkebolehan dan di bawah pimpinan beliau, ramai pelabur asing telah pergi ke sana. Rakan pelabur asing saya yang lain semua sedang memuji Presiden Jokowi," ujar John. Beliau memberitahu titik fokus pelabur asing adalah November ini. Katanya, selain kelembapan ekonomi perhimpunan provokasi Baju Merah ke atas himpunan Bersih 5 juga dijadikan indikator kestabilan ekonomi Malaysia. |
HARGA MINYAK MENTAH JATUH MENGEJUT DI PASARAN DUNIA Posted: 31 Oct 2016 09:37 PM PDT Harga minyak mentah jatuh mengejut di pasaran duniaHarga minyak jatuh mendadak semalam sehingga wujud keraguan terhadap kemampuan OPEC untuk melaksanakan rancangan pemotongan pengeluarannya, sementara harga ekuiti dunia goyah apabila Wall Street sukar membina rangsangan sentimen daripada urus niaga M&A. Pengimbangan semula dan ketidaktentuan pada hujung bulan lalu menjelang minggu pemilihan presiden Amerika Syarikat membantu permintaan terhadap bon meskipun dicatatkan pencapaian bulanan yang lemah. Harga minyak jatuh lebih daripada 3% pada keraguan mengenai rancangan pemotongan pengeluaran OPEC, dengan pasaran dibebankan dengan jangkaan yang kartel itu mempunyai rekod pengeluaran pada Oktober. "Pasaran jadi sedikit tidak bermaya," kata Kyle Cooper, analisis di ION Energy di Houston. "Hanya jika OPEC boleh membuatkan semua pihak bekerjasama, kalau tidak pasaran akan jadi skeptikal," katanya. Minyak mentah Brent pada harga AS$1.41 atau 2.84% dengan AS$48.30 setong, sementara minyak mentah AS pada AS$1.84, atau 3.78%, dengan AS$46.86 setong. Harga minyak lebih rendah menjejaskan saham di Wall Street dan Eropah. Pelabur kekal berhati-hati dalam membuat pembelian besar menjelang keputusan pemilihan AS. Pasaran saham dikejutkan dengan pendedahan yang FBI menyiasat lebih banyak emel sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap dakwaan Hillary Clinton menggunakan sistem emel peribadi, mencetuskan ketidaktentuan baharu mengenai calon Democratik itu menewaskan pesaingnya daripada Republican, Donald Trump. Dow Jones jatuh pada purata 18.77 mata, atau 0.1%, berakhir pada 18,142.42, S&P 500 hilang 0.26 mata atau 0.01% untuk berakhir pada 2,126.15 sementara Nasdaq Komposit jatuh 0.97 mata, atau 0.02% untuk berakhir pada 5,189.14. "Orang ramai mahu melihat dulu pemilihan politik itu untuk memastikan pandangan konsensus yang Hillary menang masih sah," kata Steven Englander, ketua strategi G10 FX Citigroup di New York. Penganalisis secara umumnya melihat kemenangan Hillary akan memberi impak positif kepada dolar, dan pengumuman FBI itu memberi harapan baharu kepada Trump untuk menewaskan lawannya pada 8 November depan. FMT |
RUU 355: AZALINA SENGAJA ALIH MASA PEMBENTANGAN USUL PAS? Posted: 31 Oct 2016 01:36 AM PDT RUU 355: Azalina sengaja alih masa pembentangan usul Pas?Rata-rata pengguna media sosial menyifatkan Pas sudah ditipu atau 'dikencing' apabila Menteri Hal Ehwal Parlimen, Datuk Seri Azalina Othman Said mendakwa Dewan Rakyat mungkin tiada masa menangani Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta 355 yang dibawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Menurut WFauzdin NS, kenyataan Azalina itu dilihat sebagai sengaja berbohong memandangkan Ahli Parlimen Pengerang berkenaan sebelum ini menganjakkan nombor giliran usul tersebut kepada nombor satu dalam aturan mesyuarat "Bukankah dia (Azalina) menteri yang cadangkan usul itu dibaca serta-merta dan diangkat dari nombor 15 kepada nombor 1 dalam sesi Parlimen sebelum ini dek kerana pentingnya RUU Akta 355 itu? "Selaku Menteri dalam kerajaan, takkan dia tak boleh desak Speaker agar RUU Akta 355 itu dibahaskan kali ini? Kalau kamu tak yakin, mengapa kamu cadangkan itu hari? Sengaja mahu kencing? "Kamu harus ingat wahai Azalina, orang yg mengencing itu berdosa, manakala yg kena kencing tu tak berdosa. Faham?" sindirnya dipetik dari Facebook. Berbeza dengan netizen Man Toba yang menganggap Umno tidak 'kencing' Abdul Hadi memandangkan Ahli Parlimen Marang itu disifatkan berada di pihak Umno. "Aku tak kata Umno kencing Hadi. Sebab Hadi bersama umno, mana mungkin Hadi tak diberitahu akan Azalina akan percepatkan bacaan RUU beliau dari tempat 15 terus langkau ke nombor 1? "Dah diberi kesempatan, boleh pula pura-pura tangguh? Kau (Hadi) mohon, lepas itu kau tangguh? Pendapat aku, ini semua komplot Umno dan Hadi bagi memecahkan Pakatan Rakyat. "Sejak dulu lagi aku meragui geng-geng Hadi, Takiyudin, Hasan Ali, Nasarudin Mat Isa, Mustafa bekas Setiausaha Pas, Razman Zakaria, Menteri Besar Kelantan dan timbalannya, Dr Zuhdi, Nik Abduh, Tantawi, Din ayam, dan ramai lagi. "Mereka semua geng yang memainkan peranan undurkan Pas kebelakang. Pengikut Pas tidak akan nampak misi mereka kerana taksub telah membutakan mata mereka. "Kini BN ada satu tambahan kekuatan untuk kekal iaitu pembangkang yang lemah. Masihkah kalian tak nampak permainan mereka?" soal Man Toba. Untuk rekod, usul pindaan Akta 355 yang berada pada giliran nombor 15 iaitu yang terakhir dalam kertas perintah Parlimen telah dipercepatkan oleh Azalina di bawah Peraturan Mesyuarat 14(2) supaya dapat dibahas pada 26 Mei lalu iaitu 10 hari sebelum tarikh penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Walau bagaimanapun, selepas lebih suara Ahli-Ahli Parlimen bersetuju supaya usul tersebut dibahaskan, Abdul Hadi memohon supaya ditangguhkan dan dibawa ke mesyuarat akan datang mengikut Peraturan Mesyuarat 15 (5). Artikel berkaitan: Pas tidak rugi apa-apa jika jika dikencing lagi, kata naib presiden. Malaysia dateline |
‘RUU 355 HJ HADI MUNGKIN TANGGUH LAGI’ Posted: 31 Oct 2016 01:34 AM PDT 'RUU 355 Hj Hadi mungkin tangguh lagi'Dewan Rakyat mungkin tiada masa untuk tangani rang undang-undang (RUU) persendrian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata menteri bagi hal ehwal Parlimen. Datuk seri Azalina Othman Said dalam satu wawancara berkata Dewan hanya mempunyai baki 2 hari lagi selepas perbahasan Bajet 2017 selesai, tetapi urusan kerajaan perlu didahulukan. "Mengikut kalendar, ada 2-3 usul menanti untuk diluluskan selepas perbahasan Bajet selesai," katanya lapor Sin Chew Daily. Turut berada dalam agenda adalah usul menggantung Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng selama 6 bulan. "Kami hanya ada 2 hari untuk selesaikan semua urusan, saya tak tahu sama ada kita ada masa kecuali kita semua bermalam di Parlimen," katanya. Sidang Dewan Rakyat dijadualkan berlangsung sehingga 24 November. Sebanyak 6 hari diperuntukkan untuk rang undang-undang dan urusan kerajaan lain, manakala 23 November hingga 24 November diperuntukkan untuk urusan lain. Hadi mengemukakan usul mendapatkan persetujuan ahli Dewan untuk membentangkan rang undang-undang memperluaskan bidang kuasa jenayah mahkamah syariah. Usulnya perlu dibahas dan diundi ahli Dewan. Sekiranya usul diluluskan, RUU dianggap sudah dibentangkan tetapi menteri berkaitan perlu kemukakan ia untuk dibahaskan. RUU itu mahu meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 bagi membolehkan mahkamah syariah negeri melaksanakan sebarang hukuman yang diperuntukkan dibawah undang-undang Islam kecuali hukuman mati. FMT |
PRU 2008: PAK LAH TIDAK KHIANAT DEMOKRASI WALAUPUN BN HILANG 5 NEGERI Posted: 31 Oct 2016 01:20 AM PDT PRU 2008: Pak Lah tidak khianat demokrasi walaupun BN hilang 5 negeriBekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pastikan peralihan kuasa berlaku secara aman dan lancar apabila parti pembangkang menang 5 negeri dalam pilihan raya umum 2008, menurut sumber dalaman di ibu pejabat Umno ketika kejadian. Ahli perniagaan dan bekas wartawan Datuk Seri Kalimullah Hassan, yang juga sekutu Abdullah, menceritakan yang Abdullah mengarahkan polis supaya mengawal pejabat setiausaha kerajaan negeri dan pastikan pemimpin parti politik kedua pihak menghalang penyokong masing-masing daripada turun ke jalanan. Ketegasan Abdullah di sebalik tabir "menyebabkan beliau tidak disukai pemimpin Umno yang merasakan beliau sudah mengecewakan mereka," kata Kalimullah, yang menambah "Umno, sepertimana kita saksikan, tidak dapat menerima hakikat yang mereka sudah ditewaskan dalam pilihan raya." Dalam bukunya The Malaysia That Could Be, petikan daripadanya disiarkan Singapore Straits Times hari ini, Kalimullah berkongsi kejadian dan perbualan yang mengambil tempat di ibu pejabat Umno dan Barisan Nasional pada malam 8 Mac 2008 ketika keputusan pilihan raya dilaporkan. Katanya ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Azalina Othman tampak tidak keruan dan keluar ke koridor sambil menangis lalu berkata: "Ini semua salah orang Cina". Katanya lagi bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib cuba memujuk dan membawanya masuk ke dalam, lalu meminta Abdullah dimaklumkan. "PM perlu tahu…ini semua cakap-cakap bahaya" dan Muhammad kemudian beritahu Abdullah: "Saya fikir kamu perlu tenangkan orang-orang kita." Menurut Kalimullah, Abdullah meminta mereka supaya bertenang. "Ini semua sebahagian daripada proses demokrasi. Adakala kita menang, adakala kita kalah." PM kemudian menghubungi Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan memberitahu yang beliau mahukan "peralihan kuasa yang lancar" tetapi bimbang emosi yang sedang meruap. Musa diminta mengawal semua pejabat setiausaha negeri dan pastikan tiada fail atau dokumen dibawa keluar. Polis diarah menjaga keselamatan dan menyelia peralihan kuasa. Musa juga diminta memaklumkan parti politik supaya jangan turun ke jalanan. "Saya tak ingat ayatnya tetapi Abdullah beritahu Musa supaya beri amaran kepada pemimpin parti pembangkang dan partinya sendiri yang beliau tidak akan bertolak ansur dengan sebarang usaha untuk mencetuskan kekacauan dan mereka yang berbuat demikian akan berdepan tindakan undang-undang," kata Kalimullah. Katanya Abdullah turut menolak cadangan pemimpin BN negeri untuk "membeli" Adun atau "cetuskan masalah" di negeri-negeri marjinal seperti Kedah, Perak dan Selangor. "Tetapi Abdullah bertegas dan apabila nasihat tak termakan, beliau beri amaran tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana ahli parti, kawan dan musuh yang cuba menjatuhkan proses demokrasi," kata Kalimullah, yang merupakan timbalan pengerusi New Straits Times Press ketika itu. "Bagaimanapun, kemudian, pada 2009, di hari terakhir Abdullah sebagai perdana menteri, penggantinya, Datuk Seri Najib Razak, mengatur pembelotan 3 Adun Perak, yang menyebabkan Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat tumbang. "Pada masa itu, Abdullah seorang yang pincang dan hanya mampu tengok dari garisan tepi," kata Kalimullah.FMT |
MP PH KELUAR DEWAN, BANTAH POLIS LANGGAR IMUNITI SIASAT HUSNI Posted: 31 Oct 2016 01:16 AM PDT MP PH keluar Dewan, bantah polis langgar imuniti siasat HusniBeberapa ahli Parlimen DAP meninggalkan dewan, selepas bertikam lidah dengan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Ronald Kiandee berhubung imuniti Parlimen. Mereka termasuk Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha Agung, Lim Guan Eng, Naib Pengerusi, Teresa Kok dan Ahli Parlimen Kuching, Chong Chieng Jen sebelum ini mempertahankan Ahli Parlimen BN Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Ia susulan laporan bekas timbalan menteri kewangan kedua itu dipanggil polis untuk merakamkan keterangannya atas dakwaan membocorkan rahsia kerajaan berhubung 1MDB. Kit Siang, Guan Eng, Chong dan Khalid Samad (Amanah-Shah Alam) kemudiannya menggesa timbalan speaker memutuskan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bertindak bertentangan dengan semangat demokrasi berparlimen dengan menyiasat Husni. Chong memetik Perkara 63 (2) dan 63 (4) Perlembagaan Persekutuan yang memberi imuniti undang-undang serta sivil kepada ahli Parlimen berhubung apa yang disuarakan mereka di Dewan Rakyat, kecuali kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948. Katanya, Husni yang sekadar mempersoalkan keputusan kerajaan mengenai 1MDB, bagaimanapun tidak menyentuh perkara berbaur hasutan dalam apa jua cara pun. Ronald berkata, beliau tidak akan membuat keputusan itu kerana selaku ketua polis negara, Khalid hanya bertindak mengikut peraturan ditetapkan, seperti menyiasat berdasarkan laporan dibuat. Katanya, beliau tidak tahu Perintah Tetap Parlimen secara terperinci. Datuk Azeez Abdul Rahim (Umno-Baling) kemudiannya menjerit, siasatan dijalankan berdasarkan laporan diterima polis. FMT |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |