WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- TAHUN BARU RAKYAT IALAH AZAM TUKAR KERAJAAN
- MUKA TAK MALU....
- PAS BELUM FAIL SAMAN TERHADAP SARAWAK REPORT
- PH SABAH DILANCAR 8 JANUARI, UMUM AGENDA PAKATAN HARAPAN SABAH
- KEMPEN BENDERA: AMANAH KELANTAN BAKAL BERKEMBANG PESAT 2017
- DI MANA MUFTI PERAK?
TAHUN BARU RAKYAT IALAH AZAM TUKAR KERAJAAN Posted: 31 Dec 2016 05:09 PM PST TAHUN BARU, AZAM BARU, KERAJAAN BARUHari ini adalah hari terakhir tahun 2016 dan esok akan bermulalah lembaran baru tahun 2017. Selamat tinggal 2016, selamat datang 2017. Sebagaimana biasa, apabila tiba saja tahun baru, ramai orang mula memasang azam dan impian baru. Dalam semua azam dan impian baru itu, keseluruhannya adalah inginkan keadaan yang lebih baik bagi diri mereka bersama hadirnya tahun baru. Begitulah lumrahnya manusia kerana setiap orang inginkan sesuatu yang lebih baik bagi diri sendiri, kerjaya, keluarga, anak-anak dan sebagainya. Dalam konteks kita sebagai rakyat Malaysia, kita juga sebenarnya perlu memasang azam dan impian baru bersama kedatangan tahun 2017. Ini kerana tahun 2016 lalu telah meninggalkan luka dan sengsara yang bukan sedikit kepada rakyat yang cintakan kebenaran serta keadilan. Kemelut 1MDB masih lagi tidak menampakkan sebarang cahaya, meskipun di Singapura sudah tiga orang dihukum penjara dan dua buah bank turut ditutup kerananya. Di Amerika, bukan saja harta-harta yang terkait dengan dana 1MDB yang didakwa dilencongkan sudah mula memasuki kamar mahkamah untuk proses penyitaan, bahkan "Malaysia Official 1" juga disebut secara nyata menerima AS$731 juta atau lebih RM3,000 juta daripadanya. Duit RM2,600 juta yang kononnya derma dan RM42 juta daripada SRC International yang masuk ke akaun peribadi Najib, meskipun diakui oleh empunya badan sendiri, sebaliknya yang dipecat dan diganti ialah Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM. Felda yang terus rugi beribu-ribu juta dan peneroka yang semakin sengsara langsung tidak diambil kira dengan membeli pula ladang di Eagle High di Indonesia dengan harga RM1.43 bilion lebih tinggi daripada harga pasaran semasa. Ringgit terus merudum, hutang meningkat dan harga barang-barang kian melonjak yang sekaligus memberi makna tidur malam rakyat tidak lagi senyenyak tahun-tahun sebelumnya. Dalam masa yang sama, hutang negara ditambah lagi dengan penganugerahan projek-projek kerajaan kepada syarikat negara China, tidak saja melalui konsep "buat dulu bayar kemudian", malah juga diperkatakan oleh pakar-pakar dengan harga yang berlipat kali ganda tingginya. Terbaru, lemahnya ekonomi negara turut dizahirkan melalui dividen ASB yang paling rendah dalam sejarah sejak ia diwujudkan. Jika mahu disenaraikan, banyak sekali luka dan parut 2016 yang membuatkan rakyat berasa sedih, sengsara dan menangis. Negara kita pada hakikatnya tidak mungkin menjadi lebih baik jika terus dipimpin oleh Najib dan barisan menteri yang sedia ada kerana mereka sendiri bergantung kepada kuasa UMNO untuk menentukan masa depan mereka. Oleh kerana mereka sendiri pun berharap kepada kekalnya kuasa UMNO untuk menyelamatkan kedudukan dan masa depan daripada segala onar yang telah dilakukan, tentulah mustahil untuk mereka mampu memberi yang lebih baik buat rakyat. Dengan yang demikian, apakah azam dan impian yang paling baik bagi rakyat Malaysia? Jawapannya tidak lain ialah perlunya sebuah kerajaan baru untuk melindungi kita semua dan menyelesaikan semua masalah-masalah yang disenaraikan di atas tadi. Tanpa kerajaan baru, bukan saja masalah lama tidak akan diselesaikan, bahkan ia akan ditutup dengan mencipta masalah baru yang lebih besar lagi bebannya untuk ditanggung oleh rakyat. Bermula esok, sempena tahun baru 2017, selain kita memasang azam dan impian baru untuk diri sendiri, kerjaya, keluarga dan anak-anak, menjadi kewajipan juga untuk disematkan sama azam serta impian kepada kelahiran sebuah kerajaan baru bagi Malaysia. Azam dan impian kepada kerajaan baru itu perlu sentiasa diperkukuhkan dalam hati setiap rakyat kerana PRU 14 paling mungkin akan diadakan pada tahun 2017. Azam dan impian untuk diri sendiri, kerjaya, keluarga serta anak-anak kadangkala akan menjadi lebih mudah untuk dicapai dengan adanya sebuah kerajaan baru. Selamat tahun baru kepada semua pembaca dan penjenguk blog ini, selain berazam baru, jangan lupa juga perlunya kepada sebuah kerajaan baru. (SH 31/12/2016). |
Posted: 31 Dec 2016 04:44 PM PST Tahun 2014 masih menjadi ingatan buat rakyat bila banjir besar melanda ..dia jumpa dan main golf bersama Obama...bini pulak shooping di merata tempat..dan juga dikesan di Thailand...Tahun ini sama juga...guna duit dan hak kerajaan macam harta sendiri...Setakat inilah..aku tak jumpa lagi PM teruk cam ni..Mahazalim pun tak nampak anak anak guna harta kerajaan macam harta keturunan mak bapak sendiri...malu la sikit. Beberapa lebai nak nasihat pun dengar cerita sama juga ...pergi meeting di Bandung..yang itu kena tanya Husam Musa..Rakyat Kelantan nak tenggelam tok ketua ke Bandung mesyuarat...ha..ha..ha.. Rakyat berang minyak naik, Najib sekeluarga bercuti di AustraliaKetika rakyat mengeluh dengan kenaikan harga petrol dan diesel sehingga ada terpaksa beratur panjang di stesen minyak menjelang tahun baharu 2017, lain pula halnya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekeluarga yang tersenyum riang menikmati percutian panjang di Australia. Demikian juga banjir yang sedang melanda di Kelantan dan Terengganu sehingga mengakibatkan sesi persekolahan di kawasan terjejas terpaksa ditunda, anak Najib, Mohd Norashman seronok berswafoto bermain golf, menonton persembahan penguin dan berbasikal. Lokasi percutian keluarga Presiden Umno itu dapat dikenal pasti apabila Norashman menghantar sejumlah gambar berkaitan aktiviti liburnya di Instagram bersama tag "#perth", ""#goldcoast"dan "#meadowsprings". Dalam perkongsian beliau semalam di Instagram misalnya, Norashman yang juga fasih berbahasa Cina itu memberitahu berbasikal dengan ayahnya. Pada masa sama, portal berita Malaysiakini dalam laporannya malam tadi turut mendedahkan data penerbangan pesawat kerajaan Malaysia jenis Airbus A319 berpandukan laman pengesanan penerbangan Flight Aware. Maklumat tersebut termasuklah ketika pesawat dengan nombor pendaftaran 9M-NAA itu terbang merentasi Australia yang serentak dengan tarikh percutian keluarga Najib. Pesawat 9M-NAA berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang Jaya pada 22 Disember pukul 12.07 malam dan tiba di Gold Coast pada 10.06 pagi. Dari Gold Coast, 9M-NAA berlepas pada tarikh yang sama pukul 11.47 pagi dan tiba di Brisbane pada 12.09 tengah hari. Akaun Norashman di Instagram kemudiannya menunjukkan anak bongsu Najib itu bermain golf di Gold Coast pada 23 Disember diikuti keesokannya melawat Sea World Gold Coast. Selanjutnya pada 26 Disember, Malaysiakini melaporkan 9M-NAA berlepas dari Brisbane pukul 9.11 pagi dan tiba di Gold Coast pukul 9.35 pagi. Pada hari sama juga, 9M-NAA berlepas dari Gold Coast pukul 12.22 tengah hari dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth pada 2.47 petang. Seterusnya, Instagram atas nama Norashman pada 28 Disember memaparkan anak Najib itu bermain gitar dalam sebuah bilik di Perth dan esoknya dilihat berbasikal di Perth. Akhirnya, pada 30 Disember, Norashman bermain golf di Golf Meadow Springs & Country Club di Mandurah, sejam perjalanan dari Perth. Sementara itu, tinjauan Malaysia Dateline di akaun rasmi Facebook Najib lewat malam tadi mendapati ramai warga internet mengecam keputusan kerajaan menaikkan harga RON 95 sebanyak 20 sen, RON 97 (15 sen) dan diesel 20 sen berkuatkuasa mulai 1 Januari. Deretan #20sen membanjiri ruangan komentar pada Facebook Najib yang dilihat sebagai menyindir kenaikan harga bahan api itu selain sindiran netizen antaranya Bi Isma menulis, "Selamat tahun baru Najib. Terima kasih hadiah tahun baru ini. Naik 20 sen seliter apalah sangat pada kita, kan?" Turut membidas Hemaraj Balachandran, "Happy New Year. Thanks for the 20 sen"; Simon Riley pula secara sinis menyebut, "Salam 20 sen" manakala Gn Winnie mengucapkan, "Selamat menyambut tahun barang naik tanpa gaji naik." Namun, pada masa sama #RespectMyPM turut memenuhi ruangan berkenaan yang sebahagian besarnya datang daripada akaun palsu seperti lazim berlaku sebelum ini. |
PAS BELUM FAIL SAMAN TERHADAP SARAWAK REPORT Posted: 31 Dec 2016 02:06 AM PST Pas belum fail saman terhadap Sarawak ReportPAS belum menyerahkan tuntutan kepada Sarawak Report meskipun tarikh akhir menarik balik artikel yang mendakwa kepimpinan kanan parti Islam itu menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah berlalu. Editor Clare Rewcastle Brown, dalam emel kepada FMT berkata, berkata tiada sebarang dokumen diserahkan kepadanya. "Tiada," katanya menjawab soalan sama ada peguam PAS sudah menghantar writ dan dokumen lain yang menunjukkan mereka mahu berjumpa di mahkamah. Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan belum lagi menjawab soalan FMT, meskipun mesej WhatsApp sudah dihantar, dan panggilan dibuat kepada nombor telefon bimbitnya. Takiyuddin sebelum ini berkata peguam di United Kingdom sudah menghantar surat tuntutan kepada Sarawak Report pada 13 Disember. Menurut beliau, surat itu mengandungi 3 tuntutan menuntut Sarawak Report menarik balik artikel bertarikh 6 Ogos 2016, dan membuat permohonan maaf mengikut terma yang dipersetujui parti. Tuntutan ketiga mahu Sarawak Report membuat akujanji untuk tidak lagi menyiarkan tuduhan palsu di masa depan. Tempoh 7 hari kata dua itu luput 20 Disember lepas. Sarawak Report mendakwa sejumlah RM90 juta dipercayai dimasukkan ke akaun pimpinan kanan PAS. Transaksi itu, katanya, antara usaha Najib untuk memikat kepimpinan PAS agar menyokong Barisan Nasional dan Umno. Dakwaan itu dikecam pemimpin PAS, antaranya Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilaporkan berkata PAS akan mengambil tindakan undang-undang terhadap laporan berniat buruk itu kerana mencemarkan nama baik parti dan dasar Islamnya. Peguam S N Nair berkata litigan yang menghantar notis akan menunjukkan keseriusan sekiranya tuntutan tidak dipenuhi. "Jika tidak, ia sekadar ancaman kosong yang tidak menunjukkan keseriusan kerosakan yang didakwa itu," katanya. Katanya, sesetengah peguam, bergantung kepada kerumitan kes dan faktor lain, lazimnya akan memfailkan saman secepat mungkin. Nair menjelaskan tindakan susulan tidak boleh dilambatkan terlalu lama kerana kejelikan fitnah akan berkurangan dari masa ke semasa. "Malah mahkamah juga tidak akan mengambil plaintif dengan serius kerana melambatkan saman kecuali alasan yang baik diberikan," katanya. Nair menambah ia bukan suatu keperluan undang-undang, cuma berdasarkan logik. FMT |
PH SABAH DILANCAR 8 JANUARI, UMUM AGENDA PAKATAN HARAPAN SABAH Posted: 31 Dec 2016 02:04 AM PST PH Sabah dilancar 8 Januari, umum agenda Pakatan Harapan SabahPakatan Harapan Sabah akan memperkenalkan agenda Pakatan Harapan Sabah dan jentera mereka bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dalam satu majlis pelancaran pada 8 Januari depan. Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR, Christina Liew yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Api-api berkata, majlis pelancaran itu akan dihadiri presiden PKR, Datuk Sri Wan Azizah Wan Ismail, penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Amanah Mohamad Sabu. "Kami telah mengadakan mesyuarat terakhir jawatankuasa pelaksana pelancaran PH pada hari ini dan kami ingin mengumumkan Majlis Pelancaran Pakatan Harapan akan diadakan pada 8 Januari, jam 10 pagi bertempat di Dewan Hakka, Kota Kinabalu. "Pelancaran ini diadakan pada jam 10 pagi hingga 12 tengahari," katanya pada sidang media semalam. Selain itu, pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong menyatakan antara intipati Majlis Pelancaran Pakatan Harapan Sabah adalah menandatangani Deklarasi Pakatan Harapan Negeri Sabah di antara ketiga-tiga parti. "Semasa pelancaran ini, deklarasi di antara ketiga-tiga parti akan ditandatangani dan disaksikan oleh pemimpin kita daripada pusat. Dan pastinya deklarasi tersebut menyebut tentang bagaimana kita boleh berkerjasama", katanya. "Dalam deklarasi tersebut juga, kami telah bersetuju untuk duduk berunding secepat yang mungkin bagi membincangkan pembahagian kerusi antara setiap parti. Untuk itu, kami akan pastikan kita akan mempunyai pertandingan satu lawan satu pada PRU yang akan datang", ujarnya. Stephen Wong yang juga ahli Parlimen Sandakan juga memberitahu jemputan kepada semua parti pembangkang sama ada di peringkat nasional mahu pun tempatan telah dihantar. "Kami telah menghantar jemputan kepada kesemua parti pembangkang tidak kiralah samada nasional mahupun tempatan untuk menghadiri majlis pelancaran ini untuk menunjukkan kepada mereka, kesanggupan kita untuk bekerjasama sebagai satu unit pembangkang bagi melawan Umno dan BN pada PRU akan datang. "Kami berharap mereka akan menerima jemputan kami dan hadir ke majlis pelancaran tersebut. Pintu rundingan dalam Pakatan Harapan sentiasa terbuka. Dan harapan kita, kita boleh membuat satu formula pada PRU akan datang bagi menumbangkan Umno BN", tambahnya. Pengerusi Amanah Sabah, Hamzah Abdullah pula berkata, perjalanan Pakatan Harapan Sabah selepas ini adalah berdasarkan kepada terma-terma yang dipersetujui bersama dalam Deklarasi Pakatan Harapan Sabah. "Kita di sini untuk rakyat. Kita bukan di sini untuk kepentingan peribadi. Pakatan Harapan adalah kesinambungan bagi Pakatan Rakyat yang dahulu. Kami telah membuktikan bahawa kami bertekad untuk menjatuhkan BN dan satu cara sahaja untuk menumbang Umno BN iaitu dengan kesepakatan parti-parti pembangkang" tegasnya. "Segala tindakan komponen PH akan berpandukan kepada Deklarasi Pakatan Harapan Sabah dan objektifnya adalah bagi menumbangkan Umno BN. Segala agenda PH akan berkisar kepada keperluan Sabah sebagaimana yang digariskan oleh polisi Pakatan Harapan", ujarnya. Jawatankuasa penganjur yang diketuai Mustapha Sakmud menganggarkan seramai 1,000 orang akan menghadiri majlis pelancaran itu. Malah, badan bukan kerajaan, gerakan-gerakan sosial dan anak muda, wakil kedutaan Indonesia serta mahasiswa turut diundang dalam majlis pelancaran ini. Malaysia dateline |
KEMPEN BENDERA: AMANAH KELANTAN BAKAL BERKEMBANG PESAT 2017 Posted: 31 Dec 2016 02:02 AM PST Kempen bendera: Amanah Kelantan bakal berkembang pesat 2017Islam mengajar umatnya supaya melengkapkan diri sepadan dengan apa yang digunakan pihak lawan, panah dengan panah, pedang dengan pedang. Berhadapan zaman teknologi seperti sekarang, adalah perlu satu persiapan yang sepadan dengan musuh disediakan dalam usaha mengalahkan penindas rakyat. Untuk tujuan itu, penasihat Amanah Kelantan Datuk Husam Musa petang semalam melancarkan derma untuk membeli sebuah trak dilengkapi kemudahan diod pancaran cahaya (LED). "Trak seperti ini amat penting untuk berhadapan dengan media Barisan Nasional (BN) khususnya di kawasan-kawasan di mana capaian internet adalah terbatas," katanya. Beliau berucap merasmikan bulan bendera parti Amanah Kelantan berhampiran Sekolah Kebangsaan Tapang yang terletak di sempadan kawasan parlimen Kota Bharu dan Pengkalan Chepa. Sepanjang bulan Januari ini Amanah Kelantan melancarkan bulan bendera Sepanjang bulan Januari ini Amanah Kelantan melancarkan bulan bendera Dalam ucapannya beliau menceritakan sambutan hangat diberi rakyat Kelantan setelah beliau menyertai Amanah. "Ke mana sahaja saya pergi dan bertemu dengan kenalan lama dan baru, mereka berbisik untuk menyokong parti Amanah. "Bagaimanapun di Kelantan kita menggunakan strategi dua lapis di mana bagi mereka yang tiada kepentingan dengan kerajaan penyertaannya diisytihar secara terbuka manakala bagi yang terlibat dengan kerajaan penyertaan mereka secara berselindung," katanya. Situasi ini katanya perlu dibuat seperti itu kerana Amanah kini menjadi parti yang dimusuhi oleh kedua-dua kerajaan negeri dan pusat. "Apa yang mengejutkan ialah tindakan pihak kerajaan negeri yang terus menerus menggunakan senjata ugutan untuk memecat ahli-ahli yang menyertai Amanah. "Ini amat bertentangan dengan konsep yang diamalkan oleh almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat," katanya. Beliau menyingkap kembali sejarah ketika kemenangan Pas tahun 1990. "Sebaik kami memasuki pejabat menteri besar, ketua kerani (CC) pejabat MB datang ke bilik saya menangis sambil menceritakan keresahan semua kakitangan kerana takut ditukar atau dikenakan tindakan-tindakan lain. "Selepas saya memaklumkan kepada arwah tok guru beliau terkejut dan berkata itu bukan cara Islam. "Kita tidak akan mengapa-apakan semua kakitangan lalu beliau meminta saya mengarahkan Datuk Setiausaha kerajaan negeri membuat pekeliling bagi pihak MB bahawa semua kakitangan tidak akan dikenakan sebarang tindakan semata-mata kerana wujudnya kerajaan baru," katanya. Menurut beliau ada kakitangan pejabat MB kekal sehingga tok guru meninggal dunia. "Kebanyakan mereka telah pencen dan hampir semua datang jumpa saya untuk menyertai Amanah. "Mereka ini memang menyanjung tok guru setinggi langit dan walaupun tidak setinggi itu mereka kenal saya tetapi menyatakan bersedia bersama saya untuk meneruskan perjuangan tok guru," katanya. Sepanjang bulan Januari ini Amanah Kelantan melancarkan bulan bendera dan semua pusat yang digunakan sebagai markas parti di semua peringkat hendaklah menaikkan bendera. Ahli-ahli Amanah juga digalakkan menaikkan bendera di rumah masing-masing. Malaysia dateline |
Posted: 31 Dec 2016 02:00 AM PST Dakwaan oleh "seorang tua" bernama Tunku Aziz Tunku Ibrahim kononnya sudah ada kesepatakan antara Tun Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang yang bersetuju menamakan Mukhriz Mahathir sebagai calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan memenangi PRU 14, adalah jelas mengarut dan fitnah. Hakikatnya, perkara itu masih dalam perbincangan dan belum lagi ada kata putus mengenainya. Tak malukah "dah tua-tua" pun masih bergentayangan dengan fitnah di sana sini? Malangnya, tidak pula Harussani Zakaria mahu menasihatkan "orang tua" itu agar segera berehat dan lebih menumpukan kepada amal ibadah? Bukankah "orang tua" sebegini yang lebih afdal agar dinasihatkan berehat, memperbanyakkan amal ibadah dan bermain dengan cucu-cucu berbanding Tun Mahathir yang sedang cuba memperbaiki dan memulihkan pelbagai kerosakan dalam negara? Lebih dari itu, Tunku Aziz ini juga dikatakan sudah dinyatakan oleh "orang besar TV3" dalam laporannya kepada Perdana Menteri sebagai antara punca kemerosotan penonton terhadap saluran televisyen itu? Maka, meminta "orang tua" itu agar berehat dan memperbanyakkan amal ibadah turut merupakan pertolongan tidak langsung dalam memulihkan imej kerajaan dan dapat pula " membodek" Najib kerana menyelamatkannya daripada terus disokong oleh seseorang yang sudah dianggap "tidak berguna" oleh TV3? Oleh itu, cepat-cepatlah bersuara wahai Tuan Mufti Perak? (SH 31/12/2016). |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |