Sabtu, 24 Oktober 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


'Langkah Rawang' mainan Umno, kata Zuraida

Posted: 24 Oct 2015 10:15 PM PDT


Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menafikan dakwaan wujud usaha untuk menggulingkan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali melalui "Langkah Rawang".

Sebaliknya, Zuraida mendakwa khabar angin itu hanyalah helah Umno semata.

"Segala kemusykilan berbangkit mengenai penyingkiran Azmin adalah kerana penyertaan terbuka seorang ahli Umno yang juga merupakan bekas Ahli Parlimen Temerloh itu memilih untuk bersama PKR.

"Ini telah menjadikan satu tanda tanya yang besar bagi ahli-ahli Umno mengapa perkara sedemikian boleh berlaku dan menyebarkan khabar angin hanyalah untuk menyedapkan hati mereka sahaja," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Rawang Gan Pei Nei (gambar) sebelum ini didakwa kononnya akan mengosongkan kerusi untuk memberi laluan kepada bekas timbalan menteri pengajian tinggi itu bertanding dalam pilihan raya kecil.

Menurut laporan itu juga, langkah tersebut dibuat sebagai usaha untuk menjatuhkan Azmin oleh penentang-penentangnya di Selangor.

Bagaimanapun, Azmin menafikan khabar angin bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno itu yang kini menyertai PKR itu akan menggantikan beliau melalui "Langkah Rawang".

Tahun lalu, PKR menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor melalui "Langkah Kajang".

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal diletakkan untuk bertanding di DUN Kajang selepas penyandangnya Lee Chin Cheh mengosongkan kerusinya bagi memberikan laluan.

Namun disebabkan kes mahkamah, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terpaksa bertanding di DUN Kajang dan berjaya memenangi kerusi berkenaan.

Wan Azizah tidak berjaya menjadi menteri besar selepas tidak mendapat sokongan PAS. Sebaliknya sultan Selangor melantik Azmin sebagai menteri besar yang baru.

Muhyiddin: Peranan semakin terhad, apa salah saya?

Posted: 24 Oct 2015 09:30 PM PDT

Najib merasakan zahid lebih berharga dari anda...x mungkin najib mempercayai kamu selama zahid berada disitu...muhyiddin mustahil dapat menundukkan trio itu dari dalam umno...yg terbaik bina parti baru atau bersama sama pembangkang...tiada ruang lagi bagi anda dirumah umno...percayalah....!!..contohi saifuddin abdullah....!!
 
 
JOHOR BAHRU - Meskipun masih lagi Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan peranannya yang kini semakin terhad dan terbatas...
 
 
sinarharian.com.my|By NOOR AZURA SAHRIL

Umno kini terdesak untuk perubahan lebih baik – Muhyiddin

Posted: 24 Oct 2015 09:00 PM PDT

muhyiddin (M)

Muhyiddin (M) Umno, sebagai parti politik terbesar di negara ini, dalam keadaan terdesak untuk pembaharuan lebih baik, kata Timbalan Presiden parti itu,

Tan Sri Muhyiddin Yassin. "Prosesnya susah, tetapi ia mesti dilakukan bagi memastikan Umno terus kekal," katanya dalam sesi soal jawab selepas sesi dialog `Bicara Minda bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin' di Hotel Grand Blue Wave, dekat sini, hari ini.

Muhyiddin berkata, perlu ada langkah drastik bagi mengelakkan orang ramai keluar daripada Umno disebabkan dakwaannya sebagai politik naungan dalam parti.

Bagaimanapun, dia mengingatkan ahli Umno yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti supaya berhati-hati sekiranya mereka berhasrat menubuhkan parti politik baru yang mungkin tidak bertahan lama.

Terdahulu, bekas Timbalan Perdana Menteri yang berusia 68 tahun itu dijemput berucap pada sesi dialog yang dikendalikan oleh penganalisa politik Universiti Islam Antarabangsa,

Dr Maszlee Malik. Sesi dialog anjuran Sinar Harian itu dihadiri kira-kira 450 orang. Muhyiddin turut menyentuh peranannya dalam Umno susulan penyingkirannya daripada jawatan Kabinet pada 28 Julai lalu.

Dia mendakwa, peranannya dalam parti semakin berkurangan selepas digugurkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan.

"Ini boleh dilihat termasuk dalam mesyuarat pengurusan parti," kata Muhyiddin sambil menambah bahawa parti tidak sepatutnya tergugat dengan perkara itu.

Beliau berkata, bagaimanapun dia maish kekal sebagai pemimpin paling kanan dalam Umno, selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang juga Presiden parti. Muhyiddin berkata, sekiranya Umno ingin melucutkannya daripada jawatan parti, ia harus disebabkan faktor disiplin dengan tindakan dibuat oleh Lembaga Disiplin parti.

Dia menegaskan bahawa dia tidak membuat sebarang kesalahan dan ahli Umno yang memilihnya menjawat jawatan itu disebabkan sumbangan yang tinggi olehnya kepada parti.


"Saya tidak meminta sokongan, tetapi harapan saya hanya untuk menyelamatkan parti," kata Muhyiddin.



Posted & copy by RAKYAT MARHAEN.

Masih Ramai Pengikut Politik Malaysia Bodoh !

Posted: 24 Oct 2015 08:30 PM PDT

Pengikut politik Malaysia.
Ada yang berilmu
Ada yang bodoh sombong
Ada yang berlagak pandai
Ada yang suka maki hamun
Ada yang suka mengedit
Ada yang suka menyindir

Asri Asri's photo.
Asri Asri's photo.Asri Asri's photo.
Asri Asri's photo.

Posted: 24 Oct 2015 08:00 PM PDT

Guruyaya OK Papazi's photo. 

Tuu Dia Siapa Yang Berani Nafikan Lagi Bahawa Semua Pemimpin BN Takda Teloq..Kecuali Bila Takda Jawatan Dalam Kabinet Baru Berani Bersuara...wakaaakaaa

Muhyiddin kata pemimpin Umno pengecut

ADA PUN TELOR !

 "Ketika dalam kerajaan, saya gunakan kuasa untuk nasihat dan beri pandangan tapi langsung tak diambil kira. Macam bodoh sangat timbalan perdana menteri ni.

"Saya bersuara bukan untuk jatuhkan parti. Saya hanya berkata benar kerana bimbang tentang masa depan negara," katanya lagi

Pecahan Undi PAS & DAP Akan Beri Kelebihan Kepada BN Pada PRU 14 ?

Posted: 24 Oct 2015 07:00 PM PDT

 
Hu mencabar golongan cakap besar Pecahan undi Pas, DAP beri kelebihan pada BN pada PRU-14, kata penganalisis politik TRP

Perpecahan antara Pas dan DAP dilihat akan memberi kelebihan kepada BN dalam merebut kerusi pada PRU akan datang.

KUALA LUMPUR, 23 Oktober: Sebelum bertanding dengan DAP, Pas perlu meletakkan calon dari kalangan pemimpin tertingginya di luar ruang selesa, kata bekas Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), Hu Pang Chow.

Hu berkata demikian mengulas kenyataan Naib Presiden parti Islam itu, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah semalam di mana Amar dilaporkan berkata, Pas telah mengenal pasti beberapa calon berpotensi daripada DHPP untuk bertanding dengan DAP pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

"Adakah beliau bersedia memberi contoh dengan meninggalkan Kelantan dan bertanding di tempat lain? Untuk meletakkan calon di kubu kuat DAP, pimpinan Pas sepatutnya melakukan perkara yang sama.

"Mereka sebenarnya yang menetang DAP, jadi kenapa tidak letakkan Hadi (Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang) untuk bertanding menentang Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng di Pulau Pinang?" soalnya.

Mengulas lanjut kepada The Rakyat Post, Hu meminta ahli Pas dan DHPP untuk 'bangun dan menyedari hakikat' situasi politik negara.

"Rakyat mahu kebajikan mereka diambil berat dan Pas masih belum mampu berbuat demikian di Kelantan, jadi tiada persoalan sama ada mereka mahu meletakkan DHPP menentang DAP.

Mereka tidak akan berjaya," katanya. Sementara itu, penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, Pas memutuskan untuk meneruskan rancangan mereka,

Barisan Nasional (BN) akan meletakkan pendiriannya untuk memenangi kerusi di mana terdapat pecahan undi antara Pas dan DAP.

"Melihat kepada trend pada dua PRU sebelum ini, calon DHPP Pas tidak pernah menang mana-mana kerusi dan perkara yang sama akan berlaku pada PRU akan datang.

"Bagaimanapun, akan berlaku pecah undi yang memberi kelebihan kepada BN di mana penyokong mereka tetap akan memilih parti itu," ujarnya.

Dalam pada itu, Penganalisis Politik, Datuk Dr Agus Yusof turut senada dengan Azizuddin dan berkata, meletakkan ahli DHPP menentang DAP juga tidak memberi laluan mudah kepada Pas untuk merampas kerusi, namun ia tidak mustahil.

Secara logiknya, sukar untuk Pas memenangi kerusi dengan DAP, namun ia tidak mustahil terutamanya sekiranya Pas memastikan calonnya bekerjasama dengan Umno atau BN," katanya.


Posted by mountdweller

13 Cawangan UMNO Tuntut Najib Berundur

Posted: 24 Oct 2015 06:30 PM PDT



Tiga belas cawangan Umno dalam bahagian Teluk Kemang, Negeri Sembilan hari ini menggesa supaya presidennya mereka Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.

Ketua Cawangan Taman TKK, Kamarul Azman Habibur Rahman yang mengetuai kumpulan itu berkata, sebagai pemimpin akar umbi beliau tidak berniat untuk menghukum presiden parti berhubung isu yang melanda negara ketika ini.

Namun, katanya, pengunduran Najib perlu dilakukan bagi memastikan Umno tidak menjadi mangsa keadaan oleh pengundi pada pilihan raya umum akan datang.

"Kita sentiasa mendoakan yang terbaik untuk presiden parti tetapi dalam masa yang begitu singkat untuk kita menghadapi pilihan raya yang akan datang, ini bukanlah masa untuk bersifat sentimental.

"Umno kini dilihat sebagai parti yang tidak berjaya menyelesaikan masalahnya sendiri.

"Kami bimbang dengan penyingkiran pemimpin tertentu akan menambah masalah sedia ada," katanya dalam sidang media di Teluk Kemang hari ini.

Berat mata memandang

Ketika ditanya sama ada Umno cawangan lain di bahagian Teluk Kemang turut sependapat dengan mereka, Kamarul Azman berkata pihaknya tidak berunding dengan ketua cawangan lain.

"Kita tak hubungi yang lain. Kita hanya mengadakan perbincangan antara kami, dan itu untuk permulaan," katanya sebelum menambah, bagi keseluruhan Umno di Teluk Kemang mempunyai 54 buah cawangan bernaung di bahagian berkenaan.

Selain itu, Kamarul Azman juga berkata, perubahan perlu dilakukan terhadap Umno dan ia bermula dari presiden sendiri untuk memastikan Umno kekal berkuasa selepas pilihan raya umum ke-14.

"Masanya telah tiba untuk Umno menerima perubahan. Perubahan kali ini perlu bermula dengan presiden parti yang kita kasihi.

"Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

"Namun jika perpisahan ini adalah yang terbaik untuk Umno dan generasi bangsa Melayu, kita perlu menerima hakikat ini," katanya lagi.

Tiga belas cawangan Umno yang membuat desakan itu ialah Umno cawangan Kampung Linggi, Taman Selasih, Taman PD Utama, Taman Datuk Abdul Samad, Taman Suwa Betung, Kampung Teluk, Sungai Sekawang, Bukit Tembok, Taman Intan Duyung, Taman TKK, Kampung Pacitan, Bunga Raya dan Taman Politeknik.

'Saya bukan gunting dalam lipatan' - Muhyiddin

Posted: 24 Oct 2015 06:00 PM PDT




KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau bukan gunting dalam lipatan di dalam UMNO.

Malah Ahli Parlimen Pagoh itu mempertahankan tindakan beliau yang berterusan lantang menyuarakan apa yang tidak kena di dalam UMNO sebagai manifestasi sayangkan parti.

"Saya bukan 'gunting'.

"Kita sedang berhadapan dengan masalah dan saya tidak rela (berdiam diri) kerana saya sayangkan UMNO," kata Muhyiddin ketika menjawab soalan pada sesi dialog 'Berani Kerana Benar' anjuran Sinar Harian di Johor Baharu, pada Sabtu. Program itu disiar secara langsung melalui laman web, Sinar.TV

Tambahnya, selaku pemimpin yang berasal dari Johor, bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak pernah gentar untuk berhadapan dengan segala kemungkinan termasuk implikasi terhadap kedudukannya dalam UMNO.

Beliau mengakui walaupun masih menjawat jawatan Timbalan Presiden UMNO, namun dinamik peranannya terutama melalui aspek pengurusan parti sudah tidak sama seperti dahulu.

"Mesyuarat yang lalu saya tidak lagi mempengerusikan mesyuarat pengurusan parti.

"Saya tak tahu bagaimana keadaan akan datang dan cara ini seolah-olah tidak menghormati keputusan orang yang memilih saya sebagai timbalan presiden parti," ujar Muhyiddin.

Selain itu, beliau mengakui ada mendengar khabar angin yang mengatakan wujudnya rancangan untuk menghalang beliau daripada merasmikan Perhimpunan Agung Sayap UMNO semasa Perhimpunan Agung UMNO Disember depan.

"Wallahualam, kalau ikut konvensyen atau tradisinya, timbalan presiden akan merasmikan perhimpunan sayap," kata beliau.

Muhyiddin turut berharap semua pihak di dalam UMNO memahami tindakan beliau tidak sepatutnya dilihat sebagai faktor menggugat kekuatan parti.

"Saya bukan merogol atau meliwat. Kalau pun presiden tidak mahu dengar tidak mengapa, cuma kalau silap mengakulah kesilapan," ujarnya.

Muhyiddin sahkan Putrajaya cuba suntik RM3 bilion untuk 1MDB - By canang

Posted: 24 Oct 2015 05:30 PM PDT

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan Putrajaya pernah cuba meluluskan suntikan dana sebanyak RM3 bilion untuk syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, tindakan itu bagaimanapun gagal apabila Jemaah Menteri menolak cadangan berkenaan.

"Selepas pinjam (dari) T Anandha Krishnan RM2 bilion, nak pinjam lagi RM3 bilion. Berapa bilion kita nak pinjam ni?" soal Muhyiddin merujuk kepada RM2 bilion yang dipinjamkan hartawan itu bagi membantu 1MDB menyelesaikan hutang banknya.

"Berniaga apa macam ini, pinjam atas pinjam," katanya ketika berucap pada program Bicara Minda dan Sesi Dialog bertajuk 'Berani kerana benar' anjuran akhbar Sinar Harian di Johor Baru hari ini.

Julung-julung kali bercakap di hadapan umum selepas pemecatannya pada Julai selain platform parti, Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno berkata, syarikat itu kemudiannya hanya diberikan kredit tersedia sebanyak RM950 juta.

"Bila timbul hal begini, bila dibangkitkan kepada jemaah menteri, mulalah saya bangkitkan, saya nyatakan pandangan dan kebimbangan saya.

"Saya sebutkan berkali-kali, saya tidak ada niat jahat. Kerana nak membantu, supaya perdana menteri mencari jalan nak selesaikan keadaan itu. Kalau tidak, jadi beban kepada kita," katanya.

"Saya tidak pernah mendoakan 1MDB jatuh. Kalau mereka jatuh, kita akan jatuh... Pandangan saya ikhlas."

Beliau berkata, setiap pinjaman yang dipinjam dari bank oleh 1MDB akan menjadi beban kepada kerajaan dan menjadi tanggungan kepada generasi akan datang.

"Ini serius. Setiap pinjaman dari bank akan jadi tanggungan beban kerajaan. Dan kita terbeban kepada rakyat, anak cucu kita, yang akan menanggungnya kalau tidak diselesaikan," kata ahli Parlimen Pagoh itu lagi.

Beliau turut mendedahkan, pihaknya turut membuat permohonan kepada Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy supaya memberikan penjelasan kepada Kabinet, namun penerangan yang diberikannya agak mengecewakan.

"Saya minta kepada jemaah menteri, panggil Arul Kanda, berikan penerangan. Tetapi, beliau datang tidak bawa apa-apa pun.

"Bercakap dalam 10 hingga 15 minit. Sehelai kertas pun tiada," kata Muhyiddin.

The Malaysian Insider pada Februari tahun ini mendedahkan Kabinet tidak meluluskan cadangan untuk memberikan suntikan tunai sebanyak RM3 bilion kepada 1MDB.

Sumber berkata, pilihan semakin sempit untuk Kementerian Kewangan kerana 1MDB tidak lagi mampu mengumpul dana sendiri dan ia memerlukan wang daripada satu-satunya pemegang saham, iaitu kerajaan.

Dalam program hari ini, Muhyiddin berkata, pihaknya juga pernah menasihati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya memecat mana-mana pegawai 1MDB yang gagal melaksanakan tugas mereka sehingga menyusahkan kerajaan.

"Saya cakap dengan perdana menteri, kalau 1MDB ini beri masalah, buang mereka. Sampai hari ini mereka tidak dibuang, saya yang kena buang," katanya.

Muhyiddin juga mendakwa, turut menasihati Najib supaya tidak lagi menjadi penasihat kepada 1MDB kerana sekiranya salah laku dikesan dalam transaksi syarikat itu, beliau akan turut menerima kesannya.

"Saya rasa itu tidak betul. Saya kata jangan duduk situ. Kalau ada apa-apa salah laku, (Najib) akan terlibat.

"Tapi dia duduk situ, macam mana nak siasat?" soalnya merujuk kedudukan Najib sebagai pengerusi lembaga penasihat 1MDB. – 24 Oktober, 2015.

HARAM KELUAR RUMAH ( jika tanpa kebenaran suami )

Posted: 24 Oct 2015 05:00 PM PDT

Nurliyana Abdullah's photo.

ISLAM adalah agama yang penuh rahmat, agama yang secara terperinci amat memperhatikan keperluan pemeluknya, dari urusan yang kecil sampai yang besar, dari masalah pribadi sampai masalah yang berkaitan dengan orang lain. 

Itu semua tentu untuk kebaikan kita, baik dalam kehidupan dunia maupun dalam kehidupan di akhirat nanti. Di antara perhatian agama yang berkaitan dengan orang lain adalah masalah kehidupan seorang istri dengan suami.

Seorang suami dalam pandangan agama adalah pemimpin, karena lelaki lebih baik daripada perempuan, baik dari segi fisik maupun psikisnya, dari segi keluasan akal maupun cara pandang. Kenyataan itu jelas memiliki pengaruh dalam menentukan suatu kebijakan.

Oleh karenanya, agama menjadikan laki-laki sebagai kepala rumah tangga, yang menentukan segala kebijakan urusan rumah tangga serta mengendalikannya. Allah SWT berfirman:

الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَا أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ

"Kaum laki-laki itu pemimpin bagi kaum perempuan, karena Allah telah melebihkan sebagian mereka (laki-laki) atas sebagian yang lain (perempuan), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan dari sebagian harta mereka."

Hukum Keluar Rumah

Diharamkan bagi setiap istri untuk keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suami. Selain izin suami, ada syarat lainnya lagi bagi seorang wanita muslimah. Inilah ketentuan dari ajaran agama kita, yang memang tidak lagi diperhatikan oleh kebanyakan wanita zaman sekarang. Berikut ini selengkapnya syarat-syarat yang dimaksud:

Mengenakan pakaian yang menutup aurat. Ini merupakan syarat yang harus dan wajib dipenuhi oleh seorang muslimah saat sedang keluar rumah. Allah SWT berfirman:

يٰأَيُّهَا ٱلنَّبِيُّ قُل لأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَآءِ ٱلْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلاَبِيبِهِنَّ



"Hai Nabi, katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang-oarang beriman, hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya keseluruh tubuh mereka." – QS Al-Ahzab: 59.

Tidak memamerkan perhiasan dan kecantikan. Saat keluar rumah, selain menutup auratnya, para wanita juga harus menjaga dandanannya. Mereka dilarang memamerkan perhiasan dan kecantikannya, terutama di hadapan para laki-laki. Allah SWT berfirman:

وَلا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الأُولَى


"Dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu." – QS Al-Ahzab: 33.

Tidak menghaluskan, memerdukan, atau mendesahkan suara. Hal-hal ini diharamkan, karena akan menimbulkan syahwat kaum lelaki. Allah SWT berfirman:

فَلاَ تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلًا مَّعْرُوفًا


"Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik." – QS Al-Ahzab 32.

Menjaga pandangan. Bukan hanya laki-laki yang wajib menjaga pandangannya, tetapi perempuan juga haram memandang para lelaki dengan syahwat. Allah SWT berfirman:

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ
وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ


"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, 'Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat.' Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman, "Hendaklah mereka menahan pandangannya dan kemaluannya… " – QS An-Nur 30-31.

Aman dari fitnah. Bolehnya wanita keluar rumah akan batal dengan sendirinya manakala ada fitnah, atau keadaan yang tidak aman. Ini merupakan ijma` ulama. 

Untuk menghindari fitnah, di antaranya, hendaknya tidaklah wanita keluar kecuali dengan mahramnya atau dengan wanita lain yang dipercaya.

Mendapat izin suami (bagi yang sudah menikah) atau orangtua (bagi yang belum menikah). Maka, haram bagi seorang anak atau seorang istri untuk keluar rumah untuk urusan atau kegiatan apa pun, walaupun masalah yang sepele seperti membuang sampah dan lain-lain, kecuali dengan izin orangtua atau suami. 

Bahkan, begitu banyak ancaman bagi seorang istri yang keluar rumah tanpa seizin suaminya, sebagaimana diriwayatkan dalam sebuah hadits:

يَا رَسُول اللَّهِ مَا حَقُّ الزَّوْجِ عَلَى زَوْجَتِهِ ؟ فَقَال : حَقُّهُ عَلَيْهَا أَلاَّ تَخْرُجَ مِنْ بَيْتِهَا إِلاَّ بِإِذْنِهِ ، فَإِنْ فَعَلَتْ لَعَنَتْهَا مَلاَئِكَةُ السَّمَاءِ وَمَلاَئِكَةُ 


الرَّحْمَةِ وَمَلاَئِكَةُ الْعَذَابِ حَتَّى تَرْجِعَ

Artinya : "Ya Rasulullah, apakah hak suami atas istrinya?"

Beliau menjawab, "Hak suami atas istri adalah tidaklah ia (istri) keluar rumah kecuali dengan izin dari suami. Jika ia melakukannya (keluar tanpa izin), malaikat langit, malaikat rahmat, dan malaikat adzab melaknatnya sampai ia pulang."

Hal inilah yang paling sering dilupakan para muslimah. Tak sedikit di antara mereka yang dalam aktivitas dan rutinitasnya, baik dalam hal keagamaan maupun lainnya, izin dari pihak orangtua maupun suami terabaikan. Padahal izin adalah hal yang harus didapat, dan sama sekali tak boleh dipandang ringan.
Jangan Kaku

Wanita harus mendapat izin suami untuk keluar rumah. Ketentuan syari'at ini sebenarnya sangat manusiawi, karenanya jangan dipandang sebagai beban, paksaan, atau dianggapi sebagai penghalang.

Izin dari suami itu harus dipahami sebagai bentuk kasih sayang, perhatian, serta wujud dari tanggung jawab seseorang yang memang seharusnya menjadi pelindung. Bahkan, dengan mentaati suaminya, seorang istri akan mendapatkan hikmah yang luar biasa, sebagaimana disebutkan dalam suatu hadits:

كاَنَ رَجُلٌ قَدْ خَرَجَ إِلىَ سَفَرٍ وَعَهَدَ إِلىَ اِمْرَأَتِهِ أَنْ لاَ تَنْزِل مِنَ العلْوِ إِلىَ السّفلِ وَكَانَ أَبُوْهَا فيِ اْلأَسْفَلِ فَمَرَضَ فَأَرْسَلَتْ اْلمَرْأَةُ إِلىَ رَسُوْلِ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَسْتَأْذِنُ فيِ النُّزُوْلِ إِلىَ أَبِيْهَا ، فَقَالَ صَلَّى اللهُ عليه وَسَلَّمَ " أَطِيْعِيْ زَوْجَكِ " فَمَاتَ فَاسْتأْمَرَتْهُ فَقاَلَ " أَطِيْعيِ 

زَوْجَكَ " فَدفنَ أبوهَا فأرسل رسول الله صلى الله عليه وسلم إليها يُخْبِرُهَا أَنَّ اللهَ قَدْ غَفَرَ لأَبِيْهَا بِطَاعَتِهَا لِزَوْجِهَا

"Seorang lelaki yang keluar bermusafir telah berpesan kepada istrinya agar tidak turun (keluar rumah) dari tingkat atas ke tingkat bawah. Bapak istrinya itu, yang tinggal di tingkat bawah, lalu jatuh sakit. Kemudian istrinya mengutus seorang perempuan kepada Rasulullah SAW agar memberi izin kepadanya turun untuk menziarahi bapaknya yang sedang sakit. Nabi SAW mengatakan, 'Taatilah suamimu.' 

Sampai suatu ketika sang ayah pun wafat. Si istri lalu mengutus lagi seseorang kepada Rasulullah. Nabi SAW mengatakan, 'Taatilah suamimu.' Jenazah bapaknya pun dikebumikan. 

Lalu Rasulullah SAW mengutus seseorang kepada si istri untuk memberitakan bahwa Allah telah menghapuskan dosa-dosa bapaknya lantaran ketaatannya kepada suami."

Namun demikian, hendaknya masalah ini tidak diterapkan secara kaku, sampai-sampai mengesankan bahwa ajaran Islam mengekang kebebasan wanita. Karenanya, para suami janganlah mempersulit atau memberatkan izin bagi istrinya untuk keluar. 

Kalau sudah memenuhi syarat-syarat di atas, izinkanlah mereka keluar, apalagi kalau si istri keluar untuk urusan keagamaan, seperti hadir di majelis ta'lim, menengok orangtuanya (apalagi kalau rumah orangtuanya itu tak jauh dari tempat mereka tinggal). 

Dalam hal ini, ulama menganjurkan agar seorang suami memberi izin untuk istrinya keluar rumah.

Assalammualaikum Dan Selamat Pagi Semua.......

Posted: 24 Oct 2015 04:15 PM PDT

FIKIR FIKIRKAN LAH ! ALLAH MAHA MENGETAHUI !

Posted: 24 Oct 2015 09:00 AM PDT


Zar Ali's photo.

PM Najib Diminta Segera Berundur....

Posted: 24 Oct 2015 08:15 AM PDT

Sinar Harian's photo. 

Alhamdulillah ramai pjuang2 umno yg beragama islam dh sedar bangkit bersuara agar najib berundur .demi anak2 cucu kita ,demi tanah air kelahiran kita rakyat malaysia..


Sinar Harian

HIDUP KIAN SUSAH RAKYAT STESS TERTEKAN BERBONDONG SAKIT MENTAL

Posted: 24 Oct 2015 07:37 AM PDT



KEADAAN sekarang di Malaysia ini memang rata2 hidup tertekan.Pemberhentian pekerja MAS sekitar 12,000 orang cukup menyusahkan dan kesan salah tadbir rakyat jadi mangsanya sedang pemimpin kaya macam tauke judi.

Banyak syarikat di Malaysia tutup dan yang baru mahu datang ke Malaysia berfikir ribu kali untuk melabur di Malaysia dan kesannya luang kerja susah dan rakyat siap terus ditekan dan tertekan jadinya.
 
Kesan harga getah menjunam dan harga sawit jatuh, itu jelas menyusahkan pekebun2 kecil di sabah dan ini berpunca bila cina tidak lagi melihat Malaysia dan mereka berpindah ke negara jiran sejak peristiwa MH370.

Kasus minyak dunia turun dan ringgit menjunam jatuh ke gaung, itu satu petaka buat Malaysia yang tidak pernah terfikirkan sebelum ini dan hal2 ini cukup memberi kesan yang mendalam terhadap ekonomi di Malaysia.

Sesudah masalah demi masalah terjadi di bumi Malaysia, lagi ditambah dengan RM42 bilion di 1MDB entah ke mana dan itu tak selesai ditambah lagi dengan kes RM2.6 bilion masuk pula ke akaun PM Najib dan kesannya menambah buruk ekonomi Malaysia kesan kasus kepercayaan.

Untuk selamatkan keadaan maka PM najib terpaksa mencari jalan lain dan jalan itu dengan cara ambil dana dari poket rakyat sendiri atas nama cukai kepala berganda iaitu GST dan dikatakan tahun 2016 kerajaan akan dapat kutip dari poket rakyat sebanyak RM39 bilion.

RM39 bilion? jelas semacam tidak lojik kecuali rakyat Malaysia setiap orang menyumbang RM1,300.
Nah, berdasarkan sekarang ini segala macam harga barangan naik begitu ketara dan sama sekali tidak sesuai dengan kos hidup yang menekan rakyat maka jelas rakyat kian tertekan dan stress tak hairan kalau rakyat Malaysia paling banyak mengalami sakit mental.

Bajet yang dibentangkan oleh Najib hanyalah semacam pujukan untuk rakyat melupakan pelbagai skandal yang Najib lakukan sendiri tetapi kesannya perbelanjaan negara akan lebih terus defisitnya di musim2 mendatang dan usaha tiadakan belanjawaan defisit tahun 2020 itu hanya anganan semata.

Rakyat akan berambah susah kesan BN ajar rakyat seolah mengamal korupsi dan korupsi itu sukar dibendung sebab ianya bermula dari kepimpinan atasan UMNO sendiri.

Malaysia hanya akan berubah jika BN tersungkur sebab itu saja caranya menghapus budaya KORUP yang berakar umbi sejak dulu yang kesannya bukan membaik tetapi memburuk.


ISMAILY BUNGSU
sabah
24/10/2015

Nak Jadikan PAS parti Sekular : Khalid Samad Cabar Hj Hadi buktikan tuduhannya

Posted: 24 Oct 2015 02:00 AM PDT

 Pengarah Komunikasi, Parti Amanah Negara, YB Khalid Samad melalui tulisannya di sini telah mencabar Presiden PAS Hj Hadi supaya membuktikan tuduhannya bahawa cadangan pindaan perlembagaan yang diusahakan untuk PAS tempohari bertujuan untuk menjadikan PAS sebuah parti sekular.

 Menurut Khalid, Presiden PAS telah menuduh JK Pindaan Perlembagaan "ingin pinda perlembagaan sehingga hilang kuasa Al-Quran, Sunnah, Ijma dan Qiyas dalam PAS". Sedangkan apabila dilihat kepada cadangan pindaan berhubung 'Hukum dan Kekuasaan' iaitu Fasal 7, kedudukan Al-Quran, Sunnah, Ijma dan Qiyas kekal sebagai hukum tertinggi.

 Menurut Khalid, JK Pindaan Perlembagaan dan perlantikan Saudara Asmuni sebagai Pengerusinya adalah keputusan AJK PAS Pusat. 

 Beliau turut menjelaskan bahawa perkara yang ingin dipinda telah dibincang secara umum dalam mesyuarat AJK PAS Pusat. 
 Beliau dengan tegas menafikan pindaan perlembagaan tersebut sebagai satu konspirasi bertujuan untuk mengambil alih kuasa Al-Quran dan Sunnah yang berada dengan Majlis Syura Ulama.

 Antara perkara yang ingin dilakukan mengenai keanggotaan Ahli Majlis Syura Ulama (Fasal 8), adalah untuk menentukan mereka yang dilantik oleh AJK PAS Pusat bukan terdiri dari AJK PAS Pusat itu sendiri. Begitu juga yang dilantik oleh Dewan Ulama Pusat semestinya selain dari anggota Dewan Harian Dewan Ulama Pusat. Ini bertujuan untuk mengelak dari berlakunya pertindihan dan 'conflict of interest' atau pertembungan kepentingan.

 "Cadangan pindaan itu apabila siap hendaklah dikemukakan kepada AJK PAS Pusat untuk persetujuan. Selepas dipersetujui AJK PAS Pusat, ianya hendaklah dibawa ke muktamar untuk kelulusan. Oleh itu pindaan perlembagaan ini akan dibincangkan oleh muktamar untuk mendapat persetujuan, " jelas Khalid.

 Beliau turut menyatakan, perbezaan antara AMANAH dan PAS adalah soal pendekatan bukan aqeedah. Beliau menyelar pendekatan fitnah dan berbohong digunapakai oleh Presiden PAS dan kumpulannya kerana tidak mampu menangkis melalui perbahasan dan penghujahan.

  Khalid menganggap tuduhan ini merupakan satu pembohongan yang bertujuan untuk memburukkan mereka yang setandan tersingkir, supaya tindakan penyingkiran itu dapat diterima ahli PAS.

Berita Mengejutkan Buat Penyokong Setia PAS

Posted: 24 Oct 2015 01:15 AM PDT

Ahli Parlimen pembangkang bangkit memegang sepanduk bertulis "Mana RM2.6 bilion" selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selesai membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat petang ini.

Tindakan itu dipercayai menyebabkan kamera di dalam dewan yang membuat liputan langsung tidak dihalakan ke arah tempat duduk pembangkang dan siaran langsung ditamatkan segera.

RM2.6 bilion adalah jumlah derma yang masuk ke dalam akaun bank peribadi Najib sekitar Mac 2013 dan diperakui Putrajaya selepas didedahkan akhbar The Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini.

Gambar mereka memegang sepanduk tersebut dikongsi Ahli Parlimen Klang Charles Santiago menerusi akaun Twitter dan Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin menerusi kumpulan WhatsApp beliau dan petugas media.

Namun, pemerhatian teliti mendapati beberapa ahli Parlimen PAS seperti Nik Mohd Abduh Nik Aziz (Pasir Mas) dan Datuk Dr Khairuddin Aman Razali (Kuala Nerus) tidak turut sama berdiri memegang sepanduk itu dan hanya duduk sewaktu ahli Parlimen pembangkang lain berdiri.

Malah, kelibat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang merupakan ahli Parlimen Marang tidak kelihatan langsung sejak awal pembentangan Bajet 2016 bermula sehinggalah ahli-ahli Parlimen pembangkang ditemubual wartawan selepas pembentangan selesai.

Najib yang juga menteri kewangan petang ini membentangkan bajet ketujuhnya sepanjang menjadi perdana menteri.

Bajet 2016 memperuntukkan RM267.2 bilion berbanding RM260.7 bilion peruntukan sebelum dipinda pada tahun sebelumnya.

 
Addin

Pengecualian Bajet 2016 bukan penyelesaian jangka panjang si miskin OLEH SHERIDAN MAHAVERA

Posted: 24 Oct 2015 12:30 AM PDT


Datuk Dr Denison Jayasooria berkata terdapat jurang perbezaan yang amat besar dalam kategori etnik dan peruntukan Bajet 2016 kepada golongan miskin. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Oktober, 2015.
Para penganalisis mengatakan keberkesanan langkah-langkah Bajet 2016 untuk meningkatkan pendapatan boleh guna bagi golongan miskin adalah ragu-ragu.

Para penganalisis mengatakan keberkesanan langkah-langkah Bajet 2016 untuk meningkatkan pendapatan boleh guna bagi golongan miskin adalah ragu-ragu.

Langkah yang diambil untuk rakyat Malaysia berpendapatan rendah dalam Bajet 2016 mendapat pujian pakar dan penganalisis, tetapi mereka juga mempersoalkan keberkesanan jangka panjang langkah tersebut dalam meningkatkan pendapatan boleh guna (disposable income).

Sesetengahnya juga ragu-ragu sama ada langkah seperti pengecualian cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang lebih luas dapat membantu isi rumah yang terjejas teruk dalam menangani inflasi yang semakin meningkat, yang sebenarnya berpunca dari pengenalan cukai penggunaan itu sendiri.

Terdapat juga kebimbangan di mana, ketika beberapa pihak disasarkan, seperti penoreh getah dan petani, yang lain terlepas pandang, contohnya golongan miskin bandar yang tinggal di rumah pangsa, kata ahli akademik Datuk Dr Denison Jayasooria.

Paling penting, katanya, adalah persoalan pelaksanaan dan memastikan langkah berkenaan benar-benar sampai kepada rakyat yang hendak dibantu.

"Sambil terdapat penekanan kepada pembangunan inklusif, banyak daripada kategori itu yang masih menumpukan kepada aspek etnik.

"Berdasarkan kepada kategori etnik dan peruntukan yang dirancang, nampaknya ada jurang perbezaan yang sangat besar," kata tenaga pengajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu.

Lebih banyak pengecualian dan bantuan


Para penganalisis mengatakan keberkesanan langkah-langkah Bajet 2016 untuk meningkatkan pendapatan boleh guna bagi golongan miskin adalah ragu-ragu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Oktober, 2015.

Datuk Dr Denison Jayasooria berkata terdapat jurang perbezaan yang amat besar dalam kategori etnik dan peruntukan Bajet 2016 kepada golongan miskin.

Datuk Dr Denison Jayasooria berkata terdapat jurang perbezaan yang amat besar dalam kategori etnik dan peruntukan Bajet 2016 kepada golongan miskin.

Bajet 2016 adalah yang pertama daripada lima bajet dalam mencapai Rancangan Malaysia ke-11, satu pelan tindakan lima tahun yang sepatutnya menjadikan Malaysia negara ekonomi maju, berpendapatan tinggi.

Salah satu teras utamanya ialah membantu kumpulan 40% isi rumah Malaysia atau "B40". Istilah ini dicipta dalam RMK-11, merujuk kepada 2.7 juta isi rumah dengan pendapatan purata RM2,500 sebulan.

Langkah yang diambil di bawah Bajet 2016 untuk B40 merupakan sebahagian daripada matlamat RMK-11 untuk menggandakan pendapatan purata mereka kepada RM5,000 pada 2020.

Antara pengumuman yang akan memberi kesan secara langsung ke atas B40 termasuk kenaikan RM100 dalam gaji minimum sektor swasta daripada RM900 kepada RM1,000 sebulan, dan RM1,200 sebulan bagi kakitangan awam.

Bajet ini juga akan meningkatkan pemberian wang tunai di bawah skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), memberi kesan kepada sekurang-kurangnya 4.7 juta isi rumah yang berpendapatan di bawah RM4,000 sebulan dan 2.7 juta pekerja dengan pendapatan di bawah RM2,000 sebulan.

Peruntukan juga disediakan bagi skim mikro kredit di bawah Tekun dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) serta program khusus untuk Bumiputera kecil, usahawan India dan Cina.

Juga diumumkan berita baik untuk isi rumah berpendapatan sederhana dalam bentuk pelepasan cukai pendapatan. Pengecualian cukai yang lebih tinggi diumumkan bagi mereka yang mempunyai anak bawah 18 tahun, mereka yang membayar bil perubatan ibu bapa dan mereka yang mempunyai anak yang belajar di universiti.

Diskriminasi mengikut sektor

"Program-program keusahawanan di Yayasan Tekun, AIM dan kementerian belia adalah yang paling kritikal. Tumpuan kepada Bumiputera dan kaum India juga sesuatu yang baik," kata Jayasooria, yang mengkaji dan terlibat dalam program basmi kemiskinan.

Jayasooria menyifatkan langkah menaikkan gaji minimum sebagai baik, tetapi merasakan ia harus lebih hampir kepada RM1,500.

Pendapat beliau turut dikongsi Yin Shao Loong dari Institut Rakyat, yang mempersoalkan mengapa Putrajaya tidak mengikut saranan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang mengesyorkan gaji minimum RM1,200 untuk sektor swasta.

"Dalam mencadangkan jumlah itu, MTUC membuat perkiraan berdasarkan konsep 'bakul barangan' (basket of goods). Jadi, sesuatu yang pelik mengapa kerajaan tidak menerima cadangan ini dan bagaimana kerajaan buat perkiraan mereka?" soal Yin, pengarah eksekutif badan pemikir itu.

Putrajaya juga disifatkan tidak konsisten apabila menetapkan kadar sektor swasta lebih rendah RM200 daripada perkhidmatan awam. Sektor awam kemudiannya hanya akan menyedut pekerja dari sektor swasta, kata Yin.

Memandangkan Putrajaya mahu perbelanjaan sektor swasta memacu pertumbuhan ekonomi dan bilangan pengambilan kakitangan awam adalah terhad, lebih masuk akal sekiranya diselaraskan gaji di kedua-dua sektor itu.

"Kadar gaji minimum yang berlainan antara bandar dan luar bandar boleh difahami, tetapi tidak sepatutnya ada perbezaan di antara sektor yang berbeza," katanya.

Kadar sifar lebih baik dari pengecualian cukai

Putrajaya juga mengumumkan lebih banyak barangan dikategorikan sebagai berkadar sifar seperti ubat-ubatan terkawal dan beberapa jenis makanan seperti susu rumusan bayi dan gula perang, yang menurut aktivis pengguna Datuk Paul Selvaraj, akan membawa kepada penjimatan besar.

"Pengguna berpendapatan rendah juga akan mendapat manfaat daripada rebat yang diberi untuk kad prabayar telefon bimbit," kata Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) itu.

Lebih banyak pengecualian cukai, kata Selvaraj, juga akan meningkatkan pendapatan boleh guna dan memenuhi janji yang dibuat Putrajaya ketika mengumumkan GST.

Tetapi, Yin berpendapat, tambahan pengecualian GST itu hanya semata-mata bagi memperbaiki sistem yang sememangnya sudah menyusahkan ramai pengguna dan perniagaan dalam keadaan ekonomi yang mencabar.

Katanya, terdapat data yang menunjukkan, sejak GST mula dilaksanakan pada April, kadar inflasi di kalangan mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah lebih tinggi daripada kadar inflasi purata nasional, seperti yang ditunjukkan melalui Indeks Harga Pengguna (IHP).

"Jadi, ada bukti yang golongan berpendapatan rendah tidak meraih manfaat daripada pengecualian GST dan kawalan harga berbanding pengguna kelas menengah dan kelas atasan."

Walaupun terdapat pengecualian GST, keseluruhan rantaian bekalan industri dan runcit masih perlu menangani kos yang lebih tinggi disebabkan GST dan ringgit yang makin lemah, kata Yin.

Daripada memberikan pengecualian, satu moratorium sementara ke atas GST yang melibatkan semua pihak akan lebih membantu orang ramai dan perniagaan menangani inflasi.

Bebas daripada cukai tambahan akan meningkatkan perbelanjaan swasta dan memacu pertumbuhan ekonomi, kata Yin. – 24 Oktober, 2015.


http://www.themalaysianinsider.com.

Pengecualian Bajet 2016 bukan penyelesaian jangka panjang si miskin


Para penganalisis mengatakan keberkesanan langkah-langkah Bajet 2016 untuk meningkatkan pendapatan boleh guna bagi golongan miskin adalah ragu-ragu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Oktober, 2015.Para penganalisis mengatakan keberkesanan langkah-langkah Bajet 2016 untuk meningkatkan pendapatan boleh guna bagi golongan miskin adalah ragu-ragu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Oktober, 2015.
Langkah yang diambil untuk rakyat Malaysia berpendapatan rendah dalam Bajet 2016 mendapat pujian pakar dan penganalisis, tetapi mereka juga mempersoalkan keberkesanan jangka panjang langkah tersebut dalam meningkatkan pendapatan boleh guna (disposable income). Sesetengahnya juga ragu-ragu sama ada langkah seperti pengecualian cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang lebih luas dapat membantu isi rumah yang terjejas teruk dalam menangani inflasi yang semakin meningkat, yang sebenarnya berpunca dari pengenalan cukai penggunaan itu sendiri.
Terdapat juga kebimbangan di mana, ketika beberapa pihak disasarkan, seperti penoreh getah dan petani, yang lain terlepas pandang, contohnya golongan miskin bandar yang tinggal di rumah pangsa, kata ahli akademik Datuk Dr Denison Jayasooria.

Paling penting, katanya, adalah persoalan pelaksanaan dan memastikan langkah berkenaan benar-benar sampai kepada rakyat yang hendak dibantu. "Sambil terdapat penekanan kepada pembangunan inklusif, banyak daripada kategori itu yang masih menumpukan kepada aspek etnik.
"Berdasarkan kepada kategori etnik dan peruntukan yang dirancang, nampaknya ada jurang perbezaan yang sangat besar," kata tenaga pengajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu.
Lebih banyak pengecualian dan bantuan
Datuk Dr Denison Jayasooria berkata terdapat jurang perbezaan yang amat besar dalam kategori etnik dan peruntukan Bajet 2016 kepada golongan miskin. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Oktober, 2015.Datuk Dr Denison Jayasooria berkata terdapat jurang perbezaan yang amat besar dalam kategori etnik dan peruntukan Bajet 2016 kepada golongan miskin. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Oktober, 2015.
Bajet 2016 adalah yang pertama daripada lima bajet dalam mencapai Rancangan Malaysia ke-11, satu pelan tindakan lima tahun yang sepatutnya menjadikan Malaysia negara ekonomi maju, berpendapatan tinggi.
Salah satu teras utamanya ialah membantu kumpulan 40% isi rumah Malaysia atau "B40". Istilah ini dicipta dalam RMK-11, merujuk kepada 2.7 juta isi rumah dengan pendapatan purata RM2,500 sebulan.
Langkah yang diambil di bawah Bajet 2016 untuk B40 merupakan sebahagian daripada matlamat RMK-11 untuk menggandakan pendapatan purata mereka kepada RM5,000 pada 2020.
Antara pengumuman yang akan memberi kesan secara langsung ke atas B40 termasuk kenaikan RM100 dalam gaji minimum sektor swasta daripada RM900 kepada RM1,000 sebulan, dan RM1,200 sebulan bagi kakitangan awam.
Bajet ini juga akan meningkatkan pemberian wang tunai di bawah skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), memberi kesan kepada sekurang-kurangnya 4.7 juta isi rumah yang berpendapatan di bawah RM4,000 sebulan dan 2.7 juta pekerja dengan pendapatan di bawah RM2,000 sebulan.
Peruntukan juga disediakan bagi skim mikro kredit di bawah Tekun dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) serta program khusus untuk Bumiputera kecil, usahawan India dan Cina.
Juga diumumkan berita baik untuk isi rumah berpendapatan sederhana dalam bentuk pelepasan cukai pendapatan. Pengecualian cukai yang lebih tinggi diumumkan bagi mereka yang mempunyai anak bawah 18 tahun, mereka yang membayar bil perubatan ibu bapa dan mereka yang mempunyai anak yang belajar di universiti.
Diskriminasi mengikut sektor
"Program-program keusahawanan di Yayasan Tekun, AIM dan kementerian belia adalah yang paling kritikal. Tumpuan kepada Bumiputera dan kaum India juga sesuatu yang baik," kata Jayasooria, yang mengkaji dan terlibat dalam program basmi kemiskinan.
Jayasooria menyifatkan langkah menaikkan gaji minimum sebagai baik, tetapi merasakan ia harus lebih hampir kepada RM1,500.
Pendapat beliau turut dikongsi Yin Shao Loong dari Institut Rakyat, yang mempersoalkan mengapa Putrajaya tidak mengikut saranan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang mengesyorkan gaji minimum RM1,200 untuk sektor swasta.
"Dalam mencadangkan jumlah itu, MTUC membuat perkiraan berdasarkan konsep 'bakul barangan' (basket of goods). Jadi, sesuatu yang pelik mengapa kerajaan tidak menerima cadangan ini dan bagaimana kerajaan buat perkiraan mereka?" soal Yin, pengarah eksekutif badan pemikir itu.
Putrajaya juga disifatkan tidak konsisten apabila menetapkan kadar sektor swasta lebih rendah RM200 daripada perkhidmatan awam. Sektor awam kemudiannya hanya akan menyedut pekerja dari sektor swasta, kata Yin.
Memandangkan Putrajaya mahu perbelanjaan sektor swasta memacu pertumbuhan ekonomi dan bilangan pengambilan kakitangan awam adalah terhad, lebih masuk akal sekiranya diselaraskan gaji di kedua-dua sektor itu.
"Kadar gaji minimum yang berlainan antara bandar dan luar bandar boleh difahami, tetapi tidak sepatutnya ada perbezaan di antara sektor yang berbeza," katanya.
Kadar sifar lebih baik dari pengecualian cukai
Putrajaya juga mengumumkan lebih banyak barangan dikategorikan sebagai berkadar sifar seperti ubat-ubatan terkawal dan beberapa jenis makanan seperti susu rumusan bayi dan gula perang, yang menurut aktivis pengguna Datuk Paul Selvaraj, akan membawa kepada penjimatan besar.
"Pengguna berpendapatan rendah juga akan mendapat manfaat daripada rebat yang diberi untuk kad prabayar telefon bimbit," kata Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) itu.
Lebih banyak pengecualian cukai, kata Selvaraj, juga akan meningkatkan pendapatan boleh guna dan memenuhi janji yang dibuat Putrajaya ketika mengumumkan GST.
Tetapi, Yin berpendapat, tambahan pengecualian GST itu hanya semata-mata bagi memperbaiki sistem yang sememangnya sudah menyusahkan ramai pengguna dan perniagaan dalam keadaan ekonomi yang mencabar.
Katanya, terdapat data yang menunjukkan, sejak GST mula dilaksanakan pada April, kadar inflasi di kalangan mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah lebih tinggi daripada kadar inflasi purata nasional, seperti yang ditunjukkan melalui Indeks Harga Pengguna (IHP).
"Jadi, ada bukti yang golongan berpendapatan rendah tidak meraih manfaat daripada pengecualian GST dan kawalan harga berbanding pengguna kelas menengah dan kelas atasan."
Walaupun terdapat pengecualian GST, keseluruhan rantaian bekalan industri dan runcit masih perlu menangani kos yang lebih tinggi disebabkan GST dan ringgit yang makin lemah, kata Yin.
Daripada memberikan pengecualian, satu moratorium sementara ke atas GST yang melibatkan semua pihak akan lebih membantu orang ramai dan perniagaan menangani inflasi.
Bebas daripada cukai tambahan akan meningkatkan perbelanjaan swasta dan memacu pertumbuhan ekonomi, kata Yin. – 24 Oktober, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pengecualian-bajet-2016-bukan-penyelesaian-jangka-panjang-bagi-yang-miskin#sthash.gkduzKQS.dpuf

Wan Azizah: Terima GST? Najib tak baca betul-betul 5K16 Abdul Rahim Sabri

Posted: 23 Oct 2015 11:45 PM PDT


Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menempelak kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa pembangkang menerima pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) oleh kerajaan sehingga memasukkan perkara itu dalam dokumen bajet alternatif mereka.

Wan Azizh berkata Najib yang juga menteri kewangan "tidak membaca betul-betul" cadangan Pakatan Harapan dalam dokumen bajet yang didedahkan semalam.

"Dia (Najib) tidak baca betul-betul. Memang kita tahu, telah diletakkan semua instrumen GST. Kalau kita nak berhenti begitu sahaja, kita (dianggap) tidak bertanggungjawab.

"Jadi kalau kita buat sebetul-betulnya, kita buat 'zero rated'. Dia ikut kita buat apa," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Najib itu.

Pakatan Harapan dalam bajetnya mengumumkan langkah untuk menyelesaikan krisis ekonomi antaranya mengenakan kadar sifar atau 'zero rated' kepada semua barangan GST untuk mengukuhkan aliran tunai.

Najib ketika membentangkan bajet menyatakan kerajaan tetap bertegas dengan pendirian bahawa kerajaan mempunyai keberanian serta iltizam politik untuk melaksanakan GSTsekalipun keputusan itu ternyata mendapat pelbagai cabaran dan tidak popular.

"Malah pihak seberang sana, yang mula-mula dulu menentang dengan begitu lantang dan keras, kini juga mula menerima GST, hatta telah memasukkannya pula dalam dokumen bajet mereka.

"Ini jelas menunjukkan, pendirian pembangkang yang sentiasa berubah-ubah dan tidak konsisten," katanya sambil dibantah oleh pembangkang.

Wan Azizah yang adalah presiden PKR juga tidak yakin kerajaan mampu untuk mengurangkan bajet defisit kepada 3.1 peratus kerana mereka biasanya akan mengemukakan bajet tambahan.

Katanya, negara berdepan dengan defisit sejak suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim disingkirkan sebagai menteri kewangan.

"Negara mengalami defisit sejak sekian lama dan sepertimana yang sama beritahu, pengurangan defisit 3.1 peratus tidak mungkin tercapai kerana ia biasanya hadir dalam bentuk yang lain iaitu bajet tambahan," katanya.