Selasa, 20 Oktober 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Isteri Dirogol Depan Suami Sebelum Maut Dihumban Dalam Tasik

Posted: 20 Oct 2015 10:45 PM PDT

Seorang wanita terpaksa melalui pengalaman menakutkan apabila dia dirogol di hadapan suaminya oleh sekumpulan 12 lelaki bersenjata sebelum mereka mengikat kekasihnya dan menghumbannya ke dalam tasik di Afrika Selatan.

Turut diperlakukan demikian rupa adalah satu lagi pasangan yang turut berada bersama mereka di tasik berkenaan. Namun salah seorang wanita itu berjaya melarikan diri.

Kedua-dua lelaki yang berusia 25 dan 32 tahun itu mati lemas selepas dihumban dalam tasik dalam keadaan terikat.

Ketika kejadian, mereka sedang bersiar-siar di Taman Rhodes di Kensington berhampiran dengan Johannesburg pada pukul 9 malam.

Salah seorang daripada penyerang membawa senjata api manakala seorang lagi membawa pisau.

Dalam pada itu, polis memaklumkan mayat dua lelaki berkenaan telah ditemui awal pagi semalam.

Setakat ini tiada tangkapan dibuat.

*Editor's note – this article has been updated with new information.

JOHANNESBURG – Police have launched a manhunt for twelve suspects following the rape of a woman and the drowning of her husband and his friend.

The two married couples reportedly took a stroll in Rhodes Park in Kensington before dark on Saturday when they were accosted by the gang.

Police say one woman managed to escape while the other was raped by a gang member in full view of her tied-up husband.

The men aged 25 and 32, were still bound when they were hurled into the dam at the park and drowned.

SAPS Spokesperson Lungelo Dlamini said their bodies were recovered by police divers in the early hours of Sunday morning.

They were certified dead by paramedics,' said Dlamini.

One of the 12 suspects was carrying a firearm when the attack happened. – ENCA
 
 
 
-malaysianreview-

BONGKAR KELICIKAN UMNO & KERAjaan BN !!!

Posted: 20 Oct 2015 10:00 PM PDT

Encik Politik Encik Polotik's photo. Patutler di bawah pemerintahan Najib, UEM telah ambil alih PLUS..

KENAPA UEM ??? kerana UEM adalah hak milik penuh KHAZANAH & di dlm Board of Directors KHAZANAH pula ada penyangak2 UMNO.. antaranya;

1) Najib Razak - Chairman
2) Nazir Razak - Adik Najib
3) Ahmad Husni Hanadzlah (MP-BN Tambun)
4) Nor Mohamed Yakcop (bekas MP-BN Tasek Gelugor)


TAHUKAH ANDA..!!

Mulai tahun depan 2016 KERAjaan Najib telah memutuskan kenaikan kadar tol bagi keempat2 lebuhraya milik kerajaan (PLUS, ELITE, LINKEDUA & KLBK) telah 


DITETAPKAN KENAIKAN SEBANYAK 5% SETIAP 3 

TAHUN & SETERUSNYA !!!

Bayangkan konsesi PLUS telah dilanjutkan sehingga tahun 2038. Maknanya klu korang dpt hidup sehingga 2038 korang kena tanggung bayar tol KENAIKAN sbyk 21 PERATUS !!!

Pelajar Berjaya Lolos Dari "Van Putih" Posted by Kita Bantai

Posted: 20 Oct 2015 09:19 PM PDT

\
Gambar Hiasan

SUNGAI PETANI - Seorang pelajar lelaki tingkatan satu di sebuah sekolah agama di sini mendakwa dia nyaris diculik oleh tiga lelaki di hadapan sekolahnya kira-kira jam 4.15 petang pada Isnin lepas.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zuir Md Isa, mangsa yang berusia 13 tahun berkata, dia ditarik oleh dua lelaki masuk ke dalam sebuah van putih yang dipandu oleh seorang lagi suspek.

"Mangsa sempat menggigit tangan seorang suspek sebelum melarikan diri dengan terjun keluar dari van setelah mendapati pintu kenderaan itu tidak ditutup rapat.  

"Mangsa yang sedar dia berada di pekan Tikam Batu terus menghubungi bapanya menggunakan telefon awam untuk meminta pertolongan dan dibawa pulang ahli keluarganya," katanya memetik laporan Sinar Online.

Selain itu, sewaktu ditangkap, mangsa juga berkata dia tidak diugut atau dicederakan oleh suspek namun suspek ada memberitahunya dia akan dibawa ke Thailand.

Susulan kejadian, satu laporan polis telah dibuat oleh keluarga mangsa. - Kredit

Kesilapan Tuan Guru Haji Hadi.. Saksikanlah!!

Posted: 20 Oct 2015 08:00 PM PDT

Susulan misi antarabangsa Parti Amanah Negara (Amanah) ke Doha, Qatar dan Istanbul, Turki minggu lalu, satu pertentangan pendapat timbul berhubung kewujudan 2 parti Islam di negara ini berdasarkan pandangan ulama besar Prof Dr Yusuf Al-Qaradawi.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa, pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia itu menolak kewujudan 2 parti berorientasikan Islam di Malaysia.

Katanya, penubuhan Amanah adalah haram kerana ia ditubuhkan selepas adanya parti Islam lain iaitu PAS.

 "Yusuf menyatakan haram menubuhkan parti baharu kerana PAS sudah ada. Pendapatnya ini turut ditulis setiausahanya," kata Hadi ketika memberikan ucapan di Tumpat, Kelantan pada Ahad malam.

Hadi yang juga naib pengerusi kesatuan itu berkata, reaksi itu dibuat tokoh ulama terkenal tersebut ketika menerima kunjungan rombongan dari Malaysia baru-baru ini.

Bagaimanapun kenyataan Hadi yang sedang disebarkan penyokongnya melalui media sosial itu dinafikan Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub dalam satu kenyataannya semalam.

Salahuddin berkata, Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusof baru saja berjumpa Yusuf di Doha pada 17 Oktober, ketika dalam perjalanan pulang dari Istanbul, dan tidak berbangkit langsung perkara itu.

"Dalam pertemuan itu tidak disebut langsung tentang haramnya wujud sebuah parti Islam lain selain PAS.

"Bahkan kami berbincang perkara prinsip tentang kejelasan fikrah Islam, kerana bimbang terjerumus kepada pemikiran awal Isis (Negara Islam Iraq dan Syria) atau seumpamanya.

"Lalu Yusuf menyokong usaha untuk membetulkan salah faham ini di kalangan pengamal politik Islam," kata Salahuddin yang baru pulang daripada misi itu, yang bertujuan memperkenalkan Amanah di peringkat antarabangsa, khususnya kepada gerakan Islam.

Misi itu berlangsung dari 13 hingga 18 Oktober dengan delegasi Amanah turut disertai Timbalan Penasihat Umum Abd Ghani Shamsuddin, yang juga ahli pemegang amanah kesatuan ulama dunia itu, dan Bendahari Amanah Asmuni Awi.

Dalam misi itu, mereka turut bertemu dengan setiausaha agung kesatuan ulama itu, Prof Dr Ali Alqaradaghi di Doha pada 13 Oktober.

"Perbincangan antara Amanah dan Ali berlangsung dalam keadaan mesra dan penuh dengan semangat ukhuwah.

"Langkah awal ini sangat penting untuk Amanah terus maju ke depan mendepani cabaran diplomatik antarabangsa," kata Salahuddin.

Bagaimanapun, pemerhati politik melihat kenyataan Hadi itu bercanggah dengan pandangan Yusuf sendiri yang sebelum ini pernah menyatakan hukumnya tidak sebegitu.

Menurut Yusuf dalam kitabnya, fatwa mendakwa kumpulannya saja yang Islam dan kumpulan ditubuhkan selepasnya terbubar merupakan pintu kejahatan dan merosakkan agama.

Sebelum ini, ketika para pemimpin Amanah masih berada dalam PAS, Hadi dalam satu ucapannya di Batu Pahat, Johor meminta mereka meninggalkan PAS.

"Jika mahu jadi imam juga, cari tanah sendiri, buat masjid sendiri dan jadi imam sendiri," katanya ketika membuat ucapan penggulungan di muktamar tahunan PAS tahun lepas.
 
 
ADDIN

Fikirkan kedaulatan jangan untung sahaja - Ku Li OLEH RADZUAN HASSAN DI PARLIMEN

Posted: 20 Oct 2015 07:30 PM PDT



 
Adakah mereka juga terfikir begini TPPA:

"Kita boleh untung seringgit dua hari ini tetapi kena fikir kesan terhadap kedaulatan negara?"

Itu pendapat Ahli Parlimen Gua Musang,

Tengku Razaleigh Hamzah mengenai perlaksanaan TPPA di negara ini.

Menurutnya, sebelum diluluskan, soal kedaulatan negara perlu diberi keutamaan selain soal ekonomi, sosial dan politik yang terlibat.

"Apakah kita mahu mengizinkan orang lain campur tangan dalam soal baik daripada segi polisi, undang-undang," jelas veteran UMNO yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu.

Mengenai harapannya kepada Bajet 2016, bekas Menteri Kewangan itu mahu kerajaan membantu mengurangkan beban kepada golongan berpendapatan rendah terutama dalam keadaan nilai ringgit yang jatuh pada masa ini.

"Sejauhmanakah kejatuhan nilai ringgit beri kesan kepada rakyat bergantung kepada tindak tanduk kerajaan.

"Saya percaya kerajaan sedar atas keyakinan pelabur sama ada luar atau dalam dan rakyat sendiri terhadap dasar-dasar..kalau diperbetulkan itu boleh diringankan sikit beban terutama kepada rakyat berpendapatan rendah," jelasnya.--



MalaysiaGazette Posted by mountdweller.

MISS T DAKWA KENA CABUL DENGAN DOKTOR

Posted: 20 Oct 2015 07:00 PM PDT

Seorang wanita 29 tahun mendakwa seorang doktor di sebuah klinik kerajaan di Selangor mencabul kehormatannya.

Hanya mahu dikenali sebagai "Miss T", beliau mendakwa menjadi mangsa doktor lelaki itu pada 8 Oktober lalu ketika mahu mendapatkan rawatan untuk batuk dan sakit kepala.
Beliau mendakwa, ketika sesi rawatan doktor itu mahu memeriksa pernafasan tetapi meraba-raba buah dadanya ketika berbaju beberapa minit.

"Doktor arahkan saya baring untuk periksa dan dia tutup langsir. Saya hanya ikut arahan. Dia sentuh dada saya dan dengar denyutan nadi (pakai stetoskop). Dia sentuh dada saya perlahan-lahan selama tiga minit.

"Selepas itu dia minta saya duduk di katil, dia minta saya angkat pakaian dan buka bra tapi saya tak mahu dan doktor guna tangan dia masukkan ke dalam bra saya, sentuh kedua-dua belah dada saya," katanya.

Beliau juga mendakwa doktor itu turut bertanya padanya tentang status perkahwinannya.

"Doktor tanya sama ada saya dah kahwin atau belum, ada anak atau tidak dan anak macam mana. Saya nak cepat-cepat pergi dari situ," katanya.

Curiga dengan langkah itu, Miss T berkata beliau memberitahu seorang kakitangan klinik selain membuat laporan polis pada hari yang sama.

"Dan esoknya saya ke klinik itu dan beritahu ketua jururawat apa yang berlaku," katanya.

Bagaimanapun, kata wanita itu, sehingga ke hari ini dia masih belum dipanggil untuk memberikan keterangan.

"Saya mahu pihak berkuasa siasat doktor terbabit.

"Saya tak mahu perkara yang sama berulang kepada wanita lain," kata Miss T pada sidang media di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah, Klang hari ini.

Kenyataan Miss T dalam bahasa Mandarin pada sidang media itu diterjemahkan oleh seorang jurubahasa.

Beliau hadir dengan memakai baju yang sama ketika hari kejadian tetapi menyembunyikan wajah dengan memakai topeng dan topi.

Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi klinik terbabit.

Polis: Kes sedang siasat

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Azman Abdul Razak ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan menerima laporan tersebut.

Katanya, kes itu disiasat mengikut seksyen 345 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Namun Azman enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana masih dalam siasatan.

Malaysiakini

Gambar Adik Beradik Che Ta Yang Hot Dan Menawan Posted by Kita Bantai

Posted: 20 Oct 2015 06:30 PM PDT


Rozita Che Wan

Adik-beradik Rozita Che Wan semuanya lawa-lawa. Baru-baru ini Rozita atau mesra dikenali sebagai Che Ta telah memuat naik gambar adik-beradik perempuannya ketika berkumpul di sebuah restoran.


Okay. Dari kiri, Rubytah, Rahimah, Raudhah, Rozita dan Rohaiza. Untuk pertemuan mereka ini, masing-masing mengenakan busana kasual rona hitam.
Lagi sembilan gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar The Assemble.

Rozita Che Wan

Rozita Che Wan

Rozita Che Wan

Rozita Che Wan

Rozita Che Wan

Rozita Che Wan

Rozita Che Wan

Rozita Che Wan

Rozita Che Wan

Rozita Che Wan

Rozita Che Wan

Rozita Che Wan

Rozita Che Wan

Rozita Che Wan

Rozita Che Wan

Rozita Che Wan

Rozita Che Wan

Rozita Che Wan

Rozita Che Wan

Rozita Che Wan

Rozita Che Wan

PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"

Bukti rakyat kelantan menolak membalak bersama ulamak... Apa cerita bohhhh?

Posted: 20 Oct 2015 06:00 PM PDT

Ditangkap Khalwat Bogel Begini, Siapa Salah, UMNO? Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 20 Oct 2015 05:30 PM PDT



Jitra: Sepasang remaja yang bermadu asmara tergamam apabila ditangkap berkhalwat dalam keadaan separuh bogel (termasuk dalam kategori bogel) di sebuah motel di Changlun, beberapa hari lalu. 

Malah, remaja lelaki berusia 19 tahun itu sanggup meminjam kereta bapanya untuk keluar bersama kekasihnya, 19, sebelum menginap di hotel untuk melakukan perbuatan itu. Bagaimanapun, tindakan mereka itu mengundang padah apabila dicekup sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) jam 2.50 petang. 

Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu Syeikh Radzi Abdul Wahab berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat di motel itu dan bergegas ke lokasi untuk membuat pemeriksaan. 

Menurutnya, pasukannya kemudian membuat pemeriksaan di sebuah bilik yang disyaki disewa pasangan terbabit yang masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Perlis. (hmetro)
Soalnya sekarang, siapa yang bersalah? Weblog ini sentiasa diserang kerana mengaitkan setiap perlakuan buruk dengan UMNO/BN. Mengapa dikaitkan dengan UMNO/BN?


Pertama: Kerana dasar kerajaan Malaysia gagal menekankan perlaksanaan cara hidup Islam yang syumul, kerana perlembagaan negara ini bukan berdasarkan Islam.. Yang sepatutnya mementingkan moral dan agama. Pentarbiahan dalam segenap bidang, pendidikan, penerangan, belia dan lain-lain.
Kedua: Media kerajaan dan yang di bawah naungan kerajaan seperti akhbar, tv dan lain-lain berterusan menyuburkan dasar anti Islam seperti pergaulan bebas lelaki perempuan tanpa batas dan hijab. Bahkan pemimpin-pemimpin kerajaan UMNO/BN pun tidak menunjukkan contoh yang baik. Lihat saja aurat keluarga-keluarga menteri.
Ketiga: Difahamkan BN menggunakan jentera kerajaan seperti polis dan pemimpin UMNO menaungi kegiatan penyebaran video-video lucah, maksiat dan judi... 
Dan banyak lagi.. Jelasnya secara langsung atau tidak langsung, memang UMNO terlibat dan bertanggung jawab dalam kepincangan masyarakat seperti seperti yang ada sekarang. Lihatlah bagaimana pentadbiran Nabi SAW dan Khalifah-khalifah Islam terdahulu sebagai panduan. (IH)

Jamal anggap kami ‘balaci, barua’ – Ali Tinju

Posted: 20 Oct 2015 05:00 PM PDT



Pengerusi Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu, Datuk Jamal Md Yunos ketika diminta mengulas mengenai namanya dikeluarkan dari grup WhatsApp Ali Tinju bagaimanapun enggan memberikan sebarang kenyataan balas. - Foto TRP/Wan Kah Hoong

KUALA LUMPUR, 20 Oktober:

"Tindakan emosi dan terburu-buru."

Itulah reaksi Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Baharom atau dikenali sebagai Ali Tinju terhadap tindakan Pengerusi Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu, Datuk Jamal Md Yunos selepas penganjuran beberapa perhimpunan di Kuala Lumpur.

Beliau yang mewakili Gerakan Merah berkata, pihaknya tidak akan bekerjasama atau mempunyai kaitan dengan himpunan yang dianjurkan Jamal kerana ia dianggap lebih bersifat peribadi.

"Dia (Jamal) gagal berbincang dengan kami untuk menganjurkan sebarang perhimpunan dan menganggap kami sebagai balaci dan 'barua'.

"Tindakan yang dilakukannya adalah tidak bijak dan tiada matlamat dengan mengadakan demonstari setiap masa. Ianya lebih kepada kehendak dia," katanya ketika dihubungiThe Rakyat Post.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai tindakannya yang mengeluarkan Jamal daripada kumpulan WhatsAppnya bersama media dan ahli NGO Melayu.

Ali Tinju menegaskan Gerakan Merah memperjuangkan isu berbangkit seperti pergaduhan, penghinaan dan kes-kes jenayah yang dapat membuka mata pihak berkuasa untuk tindakan.

Menurutnya, Jamal tidak boleh menggunakan tiket sebagai Ketua Umno Bahagian Sungai Besar untuk mengadakan demonstrasi setiap masa.

"Perdana Menteri pun tidak bersetuju dengan tindakan dia dan jangan menganggap tindakannya itu betul.

"Undang-undang lebih tegas daripada jawatan yang dipegangnya," katanya yang tegas tidak akan terlibat dengan sebarang himpunan yang dianjurkan Jamal.

Beliau turut menasihatkan Jamal untuk melepaskan jawatan dalam parti sekiranya mahu aktif dalam NGO.

"Jika mahu kekal dengan jawatan yang ada, dia perlu perjuangkan dan beri tumpuan kepada ahli dan parti. Bukan senang untuk jadi ketua persatuan," katanya.

Sementara itu, Jamal ketika diminta mengulas mengenai namanya dikeluarkan dari grup WhatsApp Ali Tinju bagaimanapun enggan memberikan sebarang kenyataan balas.


http://bm.therakyatpost.com/

Keutamaan PAC ialah panggil JHO LOW, bukan buang Tony Pua Oleh Shahbudin Husin

Posted: 20 Oct 2015 09:15 AM PDT


Keutamaan PAC ialah panggil JHO LOW, bukan buang Tony PuaAhli Parlimen Rompin, Hassan Ariffin akhirnya dilantik mengetuai Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau PAC bagi menggantikan Nur Jazlan Mohamed yang tiba-tiba dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri pada 28 Julai lalu ketika jawatankuasa itu sedang menjalankan tugas menyiasat 1MDB.

Meskipun berdepan tugas berat untuk menyiasat 1MDB yang sudah agak lama tergendala, di bahu Hassan kini terletak harapan untuk merungkai segala kekusutan tentang syarikat pelaburan yang sarat dengan hutang itu.

Harapan ramai juga ialah untuk melihat PAC dibawah kepimpinan Hassan ini akan meneruskan tugasnya memanggil semula semua saksi-saksi yang sudah disenaraikan sebelum ini seperti Jho Low serta CEOnya sekarang, Arul Kanda Kandasamy sendiri.

 Tambahan lagi, ketika Nur Jazlan mengetuai PAC, beliau sudah mengumumkan akan memanggil Jho Low untuk memberikan keterangannya berdasarkan laporan interim Ketua Audit Negara yang dikeluarkan mengenai 1MDB.

Lain-lain saksi yang pernah disebut oleh Nur Jazlan akan turut dipanggil antaranya ialah Ketua Pegawai Pelaburan 1MDB, Vincent Koh Beng Huat, Penasihat Undang-undang 1MDB, Ivan Cheng, Lembaga Pengarah 1MDB International Holding Limited, Shahrul Azral Ibrahim Helmi dan Jasme Loo Aiwan serta Pengarah Brazen Sky, Azmi Tahir.

Syarikat pengauditan 1MDB iaitu Deloitte, KPMG dan Ernst & Young juga dikatakan akan dipanggil semula memberi keterangannya bagi menjelaskan beberapa perkara yang dibangkitkan dalam laporan awal Ketua Audit Negara itu.Maka, sudah semestinya Hassan wajib meneruskan usaha dan kerja kerasnya untuk memastikan Jho Low serta semua yang sudah disenaraikan itu dapat memberi keterangannya di hadapan PAC.

dd

Kegagalan Hassan bertegas mengenai keperluan memanggil mereka, khususnya Jho Low untuk memberi keterangan tentu saja akan meleburkan keyakinan orangramai, bukan saja terhadap PAC, tetapi juga kewibawaannya sebagai pengerusi jawatankuasa itu.

Selain itu, dilaporkan juga kedudukan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dalam PAC mungkin tergugat berikutan kelantangannya membuat kenyataan umum mengenai 1MDB sebelum siasatan jawatankuasa itu tamat.

Ramai pihak menyifatkan tindakan beliau itu melanggar etika dan menggesa beliau digugurkan daripada PAC.Hassan turut mengesahkan mesyuarat PAC akan datang bakal menentukan kedudukan Tony Pua dalam jawatankuasa itu dengan mengatakan ia akan dibincangkan dalam mesyuarat pertama yang akan dipengerusikannya nanti.

Jika dilihat daripada awalnya, tertangguhnya siasatan PAC terhadap 1MDB ialah kerana empat ahli jawatankuasanya daripada BN, termasuk Pengerusinya ketika itu, Nur Jazlan telah dilantik oleh Najib menganggotai pentadbiran kerajaan dalam rombakan kabinetnya yang bersekali dengan pemecatan Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal kerana kelantangan mereka bersuara mempertikaikan mengenai syarikat pelaburan tersebut.

Perlantikan itu secara langsung menjadikan PAC yang sudah mula berjalan dengan penyiasatannya terhadap 1MDB, lumpuh serta merta.

ss

Maka itu, seharusnya agenda mesyuarat pertama Hassan hanyalah untuk memastikan perlantikan wakil-wakil daripada BN untuk mengisi kekosongan saja dan biarlah wakil-wakil lama daripada pembangkang, termasuk Tony Pua, dikekalkan dalam jawatankuasa itu.Perubahan wakil daripada pembangkang, kalau mahu dilakukan juga, hanya perlu melibatkan Pas dan Amanah saja, tetapi wakil daripada PKR dan DAP seharusnya tidak terjejas.

Jika Hassan cuba membincangkan agenda untuk menukar Tony Pua dengan orang lain, tentu saja yang pertama melintas di fikiran ramai ialah beliau seolah-olah cuba untuk "mengambil hati" Najib mengenainya. 

Dengan itu, keyakinan orangramai terhadap PAC dalam mencari kebenaran mengenai 1MDB juga tidak akan bermakna lagi.

Jika Tony Pua didapati melanggar mana-mana etika, beliau hanya perlu diberi peringatan atau amaran saja agar tidak mengulanginya lagi masa depan dengan memintanya menumpukan segala perhatian menyoal saksi-saksi yang bakal dipanggil PAC nanti secara tertutup dan profesional, tetapi bukan dengan menggugurkannya. 

Dalam hal ini, Hassan perlu tahu keutamannya ialah mendedahkan kebenaran mengenai 1MDB kepada rakyat dan pembayar cukai, sesuai dengan pertanggungjawabannya ialah kepada Parlimen.-BlogSpot

Umno Pulau Pinang sedia kerjasama dengan PAS

Posted: 20 Oct 2015 08:30 AM PDT

Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, pihaknya bersedia menjalin kerjasama dengan PAS kerana enggan melihat Melayu berpecah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Oktober, 2015.

Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, pihaknya bersedia menjalin kerjasama dengan PAS kerana enggan melihat Melayu berpecah.

Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, pihaknya bersedia menjalin kerjasama dengan PAS kerana enggan melihat Melayu berpecah..

Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang yakin kerjasama politik dengan PAS akan membawa kepada kejayaan kedua-dua pihak.

Pengerusinya, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata Umno Pulau Pinang bersedia untuk menjalin kerjasama ini berdasarkan pendirian Umno yang enggan melihat Melayu berpecah kepada puak-puak kecil dan berbeza pandangan.

"Kita sedia untuk jalin kerjasama dengan PAS mahu pun mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berlandaskan Islam.

"Namun keputusan itu hanya boleh dimuktamadkan oleh pemimpin tertinggi kedua-dua parti," katanya kepada pemberita di Bukit Mertajam, hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Umno Negeri Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ahli Dewan Undangan Negeri Teluk Bahang, Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah. – Bernama, 20 Oktober, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Ahli Parlimen BN mahu kemasukan ‘vape’ dihentikan OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Posted: 20 Oct 2015 07:45 AM PDT

Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim gesa Putrajaya sekat sementara kemasukan rokok elektronik atau


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim gesa Putrajaya sekat sementara kemasukan rokok elektronik atau Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim gesa Putrajaya sekat sementara kemasukan rokok elektronik atau

Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim daripada Barisan Nasional (BN) hari ini menggesa Putrajaya menghentikan sementara kemasukan rokok elektronik atau "vape" ke negara ini sehingga kajian menyeluruh berkenaan penggunaan alat itu dijalankan.

Berucap pada perbahasan Rang Undang-undang Profesion Kesihatan Bersekutu 2015 di Dewan Rakyat hari ini, Irmohizam berkata berdasarkan maklumat yang diperolehnya, hampir semua negara Eropah cuba menghalang kemasukan vape ke negara mereka.

"Hampir semua negara di Eropah cuba menghalang vape memasuki negara mereka, seperti yang dilaporkan Consumer Advocates for Smoke-Free Alternatives Association sehingga April 2013.

"Kerajaan Venezuela juga memberi amaran untuk mendenda sehingga AS$8,400 kepada sesiapa yang mengedar atau menjual rokok elektronik tanpa mendapatkan permit yang sah," katanya.

Beliau berkata, walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan vape tidak bahaya seperti rokok tradisional, namun kandungan nikotin yang terdapat dalam vape tidak boleh dipertikaikan sama sekali.

"Racun adalah racun dan sekiranya vape ini menjadi 'trend' dikhuatiri imej belia tercalar akibat menghisap vape di khalayak ramai.

"Apa yang cuba saya sampaikan, biarpun kandungan nikotin di dalam vape sedikit, gaya menghisap rokok tetap sama," katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar Putrajaya meneliti perkara itu dengan mendalam.

"Saya mohon agar kerajaan meneliti semua alat menghisap rokok elektronik serta menghentikan sementara kemasukan vape ke Malaysia.

"Kajian demi kajian harus dilakukan terutamanya terhadap kandungan yang kini mudah didapati," katanya.

Katanya, penggunaan vape ini juga mula menular dalam kalangan kanak-kanak bawah umur dan pelajar sekolah.

"Bayangkan jika kanak-kanak sekolah juga turut serta menghisap vape ini dan lagaknya seperti menghisap rokok, saya pasti kita tidak ingin melihat pelajar sekolah menunjukkan lagak samseng.

"Sedangkan hakikatnya rokok elektronik ini bertujuan meredakan ketagihan merokok bagi mereka yang ingin berhenti merokok," katanya. – 20 Oktober, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Ahli Parlimen BN mahu kemasukan 'vape' dihentikan

Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim gesa Putrajaya sekat sementara kemasukan rokok elektronik atau Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim gesa Putrajaya sekat sementara kemasukan rokok elektronik atau
Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim daripada Barisan Nasional (BN) hari ini menggesa Putrajaya menghentikan sementara kemasukan rokok elektronik atau "vape" ke negara ini sehingga kajian menyeluruh berkenaan penggunaan alat itu dijalankan. Berucap pada perbahasan Rang Undang-undang Profesion Kesihatan Bersekutu 2015 di Dewan Rakyat hari ini, Irmohizam berkata berdasarkan maklumat yang diperolehnya, hampir semua negara Eropah cuba menghalang kemasukan vape ke negara mereka.
"Hampir semua negara di Eropah cuba menghalang vape memasuki negara mereka, seperti yang dilaporkan Consumer Advocates for Smoke-Free Alternatives Association sehingga April 2013.

"Kerajaan Venezuela juga memberi amaran untuk mendenda sehingga AS$8,400 kepada sesiapa yang mengedar atau menjual rokok elektronik tanpa mendapatkan permit yang sah," katanya. Beliau berkata, walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan vape tidak bahaya seperti rokok tradisional, namun kandungan nikotin yang terdapat dalam vape tidak boleh dipertikaikan sama sekali.
"Racun adalah racun dan sekiranya vape ini menjadi 'trend' dikhuatiri imej belia tercalar akibat menghisap vape di khalayak ramai.
"Apa yang cuba saya sampaikan, biarpun kandungan nikotin di dalam vape sedikit, gaya menghisap rokok tetap sama," katanya.
Sehubungan itu, beliau menyeru agar Putrajaya meneliti perkara itu dengan mendalam.
"Saya mohon agar kerajaan meneliti semua alat menghisap rokok elektronik serta menghentikan sementara kemasukan vape ke Malaysia.
"Kajian demi kajian harus dilakukan terutamanya terhadap kandungan yang kini mudah didapati," katanya.
Katanya, penggunaan vape ini juga mula menular dalam kalangan kanak-kanak bawah umur dan pelajar sekolah.
"Bayangkan jika kanak-kanak sekolah juga turut serta menghisap vape ini dan lagaknya seperti menghisap rokok, saya pasti kita tidak ingin melihat pelajar sekolah menunjukkan lagak samseng.
"Sedangkan hakikatnya rokok elektronik ini bertujuan meredakan ketagihan merokok bagi mereka yang ingin berhenti merokok," katanya. – 20 Oktober, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ahli-parlimen-bn-mahu-kemasukan-vape-dihentikan#sthash.uuHlR0wg.dpuf

Pemuda PKR gesa Najib terima cadangan hapus duti eksais dan AP kereta

Posted: 20 Oct 2015 07:00 AM PDT

Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad desak Putrajaya mengurangkan harga kereta, susulan peningkatan kadar tol kerana peningkatan harga kereta akan membebankan rakyat. – Gambar  fail  The Malaysian Insider, 20 Oktober, 2015.

Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad desak Putrajaya mengurangkan harga kereta, susulan peningkatan kadar tol kerana peningkatan harga kereta akan membebankan rakyat.
 
Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad desak Putrajaya mengurangkan harga kereta, susulan peningkatan kadar tol kerana peningkatan harga kereta akan membebankan rakyat. 
 
Pemuda PKR mendesak Putrajaya melaksanakan cadangannya sebelum ini bagi mengurangkan harga kereta, susulan peningkatan kadar tol jalan raya serta kenaikan kos sara hidup akibat pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Ketuanya Nik Nazmi Nik Ahmad berkata demikian ketika mengulas laporan The Malaysian Insider yang memetik pemain industri meramalkan harga kereta akan turut meningkat dalam jangka masa terdekat.

"Kerajaan (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib Razak harus mengaku saja dasar mereka gagal dan sepatutnya melaksanakan polisi kami bagi mengurangkan harga kereta.

"Kegagalan kerajaan BN melakukan perkara ini jelas membuktikan kepada pengundi gabungan mana yang lebih mementingkan rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

PKR pada awal tahun lalu mencadangkan Putrajaya menghapuskan duti eksais serta amalan permit mengimport kereta (AP) bagi menurunkan harga kereta.

Nik Nazmi berkata ramalan harga kereta akan meningkat naik, sebenarnya sudah mula menjadi realiti apabila Toyota dan Lexus sendiri mengumumkan harga kereta mereka meningkat antara 4% dan 16% kerana penyusutan nilai ringgit.

"Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) juga memberi amaran mereka mungkin terpaksa meningkatkan lagi harga kenderaan antara 25% sehingga 30%," katanya.

Beliau berkata, peningkatan harga kereta akan membebankan rakyat kerana pengangkutan awam yang cekap belum wujud secara menyeluruh di seluruh negara.

"Sebuah kereta, pada masa ini merupakan satu keperluan bagi kebanyakan rakyat Malaysia, terutama kerana pembangunan satu sistem pengangkutan awam yang komprehensif di seluruh negara masih tidak nampak bayang.

"Daripada melakukan perkara yang bermanfaat untuk seluruh rakyat, kerajaan ini sebaliknya membebankan lagi, terutama dalam keadaan ekonomi yang kurang stabil ini, dengan meningkatkan kadar harga tol," katanya. – 20 Oktober, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahas

Pemuda PKR gesa Najib terima cadangan hapus duti eksais dan AP kereta

Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad desak Putrajaya mengurangkan harga kereta, susulan peningkatan kadar tol kerana peningkatan harga kereta akan membebankan rakyat. – Gambar  fail  The Malaysian Insider, 20 Oktober, 2015.Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad desak Putrajaya mengurangkan harga kereta, susulan peningkatan kadar tol kerana peningkatan harga kereta akan membebankan rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Oktober, 2015.
Pemuda PKR mendesak Putrajaya melaksanakan cadangannya sebelum ini bagi mengurangkan harga kereta, susulan peningkatan kadar tol jalan raya serta kenaikan kos sara hidup akibat pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Ketuanya Nik Nazmi Nik Ahmad berkata demikian ketika mengulas laporan The Malaysian Insider yang memetik pemain industri meramalkan harga kereta akan turut meningkat dalam jangka masa terdekat.
"Kerajaan (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib Razak harus mengaku saja dasar mereka gagal dan sepatutnya melaksanakan polisi kami bagi mengurangkan harga kereta.

"Kegagalan kerajaan BN melakukan perkara ini jelas membuktikan kepada pengundi gabungan mana yang lebih mementingkan rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini. PKR pada awal tahun lalu mencadangkan Putrajaya menghapuskan duti eksais serta amalan permit mengimport kereta (AP) bagi menurunkan harga kereta.
Nik Nazmi berkata ramalan harga kereta akan meningkat naik, sebenarnya sudah mula menjadi realiti apabila Toyota dan Lexus sendiri mengumumkan harga kereta mereka meningkat antara 4% dan 16% kerana penyusutan nilai ringgit.
"Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) juga memberi amaran mereka mungkin terpaksa meningkatkan lagi harga kenderaan antara 25% sehingga 30%," katanya.
Beliau berkata, peningkatan harga kereta akan membebankan rakyat kerana pengangkutan awam yang cekap belum wujud secara menyeluruh di seluruh negara.
"Sebuah kereta, pada masa ini merupakan satu keperluan bagi kebanyakan rakyat Malaysia, terutama kerana pembangunan satu sistem pengangkutan awam yang komprehensif di seluruh negara masih tidak nampak bayang.
"Daripada melakukan perkara yang bermanfaat untuk seluruh rakyat, kerajaan ini sebaliknya membebankan lagi, terutama dalam keadaan ekonomi yang kurang stabil ini, dengan meningkatkan kadar harga tol," katanya. – 20 Oktober, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemuda-pkr-gesa-najib-terima-cadangan-hapus-duti-eksais-dan-ap-kereta#sthash.NVEGjqC1.dpuf

Najib tak hormat prinsip pemisahan kuasa, kata Dr Mahathir

Posted: 20 Oct 2015 06:15 AM PDT


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Datuk Seri Najib Razak secara jelas tidak menghormati prinsip pemisahan kuasa sehingga menyebabkan siasatan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad terhalang. –

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Datuk Seri Najib Razak secara jelas tidak menghormati prinsip pemisahan kuasa sehingga menyebabkan siasatan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad terhalang. –


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak menghormati prinsip pemisahan kuasa di antara badan legislatif, eksekutif dan kehakiman, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

"Pada masa ini, perdana menteri sebagai ketua penggubal undang-undang yang dipilih secara jelas tidak menghormati prinsip-prinsip ini," kata bekas perdana menteri itu dalam blognya www.chedet.cc hari ini.

Dr Mahathir merujuk kepada campur tangan Najib dalam siasatan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membawa kepada pembubaran pasukan petugas khas yang bertanggungjawab ke atas siasatan syarikat tersebut.

"Contohnya pegawai pentadbiran yang sedang menyiasat 1MDB dan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri, menyebabkan kerja siasatan terhenti. Penggantian mereka jelas dengan kelulusan perdana menteri.

"Pegawai-pegawai SPRM juga menghadapi situasi sama dan sekali lagi menyebabkan siasatan terhalang," katanya merujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). – 20 Oktober, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Memang Hj Hadi layak dipenjarakan kerana merosakan agama orang ramai!

Posted: 20 Oct 2015 05:30 AM PDT



FATWA QARDHAWI: ORANG YANG MENDAKWA KUMPULANNYA SAJA KUMPULAN ISLAM & KUMPULAN YG DITUBUHKAN SELEPASNYA TERBUBAR MERUPAKAN PINTU KEJAHATAN, FATWA JAHIL MEROSAKKAN AGAMA DAN PATUT DIPENJARA.


Fatwa Syeikh Dr Yusuf Qardhawi Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia utk renungan bersama :
 
- هناك على النقيض من هذه الفكرة فكرة أخرى: ترى العمل الجماعي فريضة، وتحصر هذه الفريضة في جماعة معينة ترى أنها وحدها تمثل الحق الخالص، وما سواها هو الباطل........ وبعبارة أخرى تصف هذه الفـئة نفسـها بأنـها "جماعة المسـلمين"، وليـست مجـرد "جماعة من المسلمين" وما دامت هي جماعة المسلمين فكل من فارقها فقد فارق الجماعة، وكل من لم يدخل فيها، فليس في جماعة المسلمين! وكل ما جاء من أحاديث عن (الجماعة) ولزوم "الجماعة"، ومفارقة "الجماعة" تنزل على جماعتها. وهذا النوع من الاستدلال، وتنزيل النصوص على غير ما جاءت له، باب شر على الأمة؛ لأنه يضع الأدلة في غير مواضعها. حتى زعم بعض الأحزاب في بعض البلاد الإسلامية أنه وحده يمثل الحق؛ لأنه الحزب الأول الذي أخذ زمام المبادرة، وكل حزب يشكل بعد ذلك يجب أن يلغي نفسه، ولا حق له في البقاء؛ لأن قبول الجماهير له بمثابة المبايعة له، وفي الحديث: "إذا بويع لخليفتين، فاقتلوا الآخر منهما". (رواه أحمد ومسلم عن أبي سعيد كما في صحيح الجامع الصغير 421). إن هذه الفتاوى الجاهلة الجريئة من أناس لم ترسخ أقدامهم في علوم الشريعة. هي التي تورد الأمة شر الموارد، وتوقعها في شر المهالك. ولقد قال بعض الفقهاء في العصور الماضية حين رأى فتاوى بعض من ينتسبون إلى العلم: لبعض من يفتي الناس اليوم أحق بالسجن من السرّاق! وذلك لأن السراق يفسدون دنيا الناس، وهؤلاء يفسدون عليهم دينهم.


Maksudnya:- Di sana terdapat pandangan lain yg bercanggah dengan pandangan ini: iaitu pandangan hukum amal jamaei/berjamaah adlh wajib, dan ia menghadkan kewajipan ini pada jamaah tertentu. Ia melihat jamaahnya satu²nya yg betul² benar & selain dirinya adalah batil.

Dalam erti kata lain, kumpulan ini menyifatkan kumpulannya saja jamaah muslimin dan ia bukan hanya terdiri dari kalangan kumpulan² Islam yg lain(جماعة من جماعات المسلمين).

Oleh kerana kumpulannya saja dianggap jamaah muslimin, maka semua orang yg keluar dari jamaahnya dianggap keluar dgn jamaah.

Setiap orang yg tidak menyertai jamaahnya, dianggal dia tidak di dlm jamaah. Semua apa yg terdapat dlm hadis² ttng jamaah seperti wajib bersama jamaah, berpisah dgn jamaah akan digunapakai utk jamaahnya saja. Istidlal/berdalil dengan cara sebegini dan penggunaan nas² bukan pada tempatnya merupakan pintu kejahatan pada ummah kerana ia meletak dalil bukan pada tempatnya.

Sehingga setengah parti di beberapa negara Islam mendakwa partinya shj memperjuangkan kebenaran kerana ia parti yg pertama paling awal ditubuhkan.

Parti yg ditubuhkan selepas itu wajib terbubar dengan sendiri.


Tiada hak baginya kekal. Ini kerana penerimaan orang ramai terhadapnya adalah memberi bai'ah kepadanya. Sedangkan di dalam hadis:

"Apabila diberi bai'ah kepada dua khalifah, maka bunuh yang akhir dari keduanya"(Riwayat Muslim...)

Sesungguhnya fatwa yg jahil ini datang dari insan yg tidak kuat ilmu syariah. Ia membawa ummah kepada sejahat² sumber & menjatuhkan ummah dlm sejahat² kerosakan. Sesungguhnya para fuqaha' dizaman lampau semasa melihat fatwa² setengah orang yg menisbahkan dirinya berilmu berkata:

"Bagi setengah orang yg berfatwa pada hari ini patut dipenjara dibandingkan seorang pencuri. Ini kerana seorang pencuri merosakkan dunia orang ramai sedangkan mereka yg memberi fatwa tanpa ilmu merosakkan agama orang ramai. ~


Sumber CATATAN: Kepelbagaian Parti Politik Sama Seperti Kepelbagaian Mazhab Figh, melalui buku penulisan Dr Yusuf Al Qardhawi, 'FIGH DAULAH' secara tidak langsung menolak dakwaan Hj Hadi mengenai haramnya parti politik Islam lebih dari satu.


~ Ustaz Ahmad Awang Supporters

PAC kena siasat 1MDB, bukan Tony Pua

Posted: 20 Oct 2015 04:45 AM PDT


KUALA LUMPUR - DAP hari ini mengingatkan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang baharu, Datuk Hasan Ariffin agar meneruskan siasatan ke atas syarikat pembangunan strategik milik kerajaan,

1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan mendedahkan kebenaran bukannya melencong dari tujuan asal.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, tujuan utama PAC ditubuhkan untuk menyiasat 1MDB bukan untuk menyiasat ahli-ahli jawatankuasa itu.

"Saya tak faham kenapa dalam kenyataan pertama beliau selepas dilantik jadi pengerusi PAC, beliau tumpukan pada kedudukan Tony Pua yang juga ahli PAC.

"Kita minta PAC siasat 1MDB, asal usul siapa yang bertanggungjawab dalam 1MDB. Kenapa nak siasat Tony Pua? PAc bukan utk siasat ahli atau Tony," katanya pada sidang media di lobi Dewan Rakyat, hari ini.

Semalam, Hasan dilaporkan menyebut bahawa mesyuarat PAC akan datang bakal menentukan nasib Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) berhubung kedudukannya dalam jawatankuasa itu.

Tony sebelum ini dilihat lantang mengkritik 1MDB.

Guan Eng berkata, Hasan tidak sepatutnya memulakan tugasnya dengan perkara remeh sedangkan isu besar sudah didepan matanya.


KedahLanie.

CARI PEMIMPIN YANG PALING BANYAK KENA FITNAH, DIA ITU LAH PEMIMPIN YANG SEBENAR !!

Posted: 20 Oct 2015 04:00 AM PDT

Usul undi tidak percaya Najib mungkin tidak dibahaskan sesi ini, kata speaker OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Posted: 20 Oct 2015 03:30 AM PDT


Usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin tidak dibahaskan pada sesi ini, kata Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin tidak dibahaskan pada sesi ini, kata Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang ingin dibawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkemungkinan tidak akan dibahaskan pada sesi ini, kata Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Speaker Dewan Rakyat itu berkata, melalui peraturan mesyuarat, mana-mana usul yang ingin dibawa ke dalam perbahasan di Dewan Rakyat perlu dikemukakan 14 hari sebelum Parlimen bersidang.

"Saya ingatkan Permatang Pauh, kalau nak buat usul undi tak percaya, kalau menepati peraturan mesyuarat 26 dan 27, kalaupun diterima ia akan diberi masuk sesi mesyuarat akan datang, bukan sesi ini," kata Pandikar, ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat, Parlimen hari ini merujuk kepada kerusi Parlimen yang diwakili Dr Wan Azizah. – 20 Oktober, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

Dewan Rakyat terima usul undi tak percaya terhadap Najib

Posted: 20 Oct 2015 02:48 AM PDT

Usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dikemukakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Hee Loy Sian disenaraikan sebagai item ke-25 dalam senarai untuk dibahaskan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dikemukakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Hee Loy Sian disenaraikan sebagai item ke-25 dalam senarai untuk dibahaskan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.


Dewan Rakyat menerima usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dikemukakan ahli Parlimen pembangkang, kata Datuk Seri Azalina Othman Said.

Usul dikemukakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Hee Loy Sian disenaraikan sebagai item ke-25 dalam senarai untuk dibahaskan, akan tetapi menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mengatakan keutamaan akan diberikan kepada urusan kerajaan apabila sidang Dewan Rakyat bermula esok.

"Sebagai seorang ahli Parlimen sememangnya menjadi preprogatif dan hak seseorang ahli Parlimen untuk membawa mana-mana usul persendirian mengikut peruntukkan di bawah Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat," kata Azalina dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Pengerang itu berkata, usul yang dikemukakan oleh Hee disenaraikan sebagai urusan nombor 25 daripada 28 urusan yang secara keseluruhannya dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, esok yang merangkumi rang undang-undang dan usul-usul dari kerajaan serta usul-usul persendirian daripada ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang.

"Nombor 1 dan 2 adalah usul kerajaan, nombor 3 hingga 6 adalah rang undang-undang kerajaan (bacaan kali yang ke-2), nombor 7 hingga 28 adalah usul persendirian seperti yang disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat. Disamping itu, 5 rang undang-undang kerajaan akan dibuat bacaan pertama pada hari tersebut."

Beliau berkata, pertimbangan mana-mana usul adalah tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat 15 (1) yang menyatakan pada setiap hari persidangan mesyuarat, urusan kerajaan hendaklah didahulukan daripada urusan lain.

"Maka, saya berharap isu berkaitan dengan usul yang dikemukakan tidak perlu dipolitikkan khususnya oleh pihak berkepentingan untuk mengelirukan rakyat," katanya.

Azalina berkata, Parlimen Malaysia sememangnya sentiasa mendukung prinsip demokrasi yang tinggi maka semua ahli Parlimen mempunyai hak mereka seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan dan Peraturan Mesyuarat.

"Pada masa yang sama, saya juga berharap agar mana-mana ahli Parlimen supaya sentiasa bertindak dengan mendukung prinsip kebertanggungjawaban khususnya dalam mengemukakan mana-mana usul persendirian supaya tidak berdasarkan kepada andaian atau spekulasi semata-mata serta tidak melanggar apa-apa syarat Peraturan-peraturan Mesyuarat," katanya.

"Kami di barisan kerajaan yakin Yang Dipertua Dewan Rakyat (Tan Sri Pandikar Amin Mulia) seperti biasa akan memberi pertimbangan yang saksama dan adil kepada semua usul yang dikemukakan mengikut Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat," tambahnya.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

Dewan Rakyat terima usul undi tak percaya terhadap Najib

Usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dikemukakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Hee Loy Sian disenaraikan sebagai item ke-25 dalam senarai untuk dibahaskan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 18 Oktober, 2015.Usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dikemukakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Hee Loy Sian disenaraikan sebagai item ke-25 dalam senarai untuk dibahaskan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 18 Oktober, 2015.
Dewan Rakyat menerima usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dikemukakan ahli Parlimen pembangkang, kata Datuk Seri Azalina Othman Said. Usul dikemukakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Hee Loy Sian disenaraikan sebagai item ke-25 dalam senarai untuk dibahaskan, akan tetapi menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mengatakan keutamaan akan diberikan kepada urusan kerajaan apabila sidang Dewan Rakyat bermula esok.
"Sebagai seorang ahli Parlimen sememangnya menjadi preprogatif dan hak seseorang ahli Parlimen untuk membawa mana-mana usul persendirian mengikut peruntukkan di bawah Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat," kata Azalina dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Pengerang itu berkata, usul yang dikemukakan oleh Hee disenaraikan sebagai urusan nombor 25 daripada 28 urusan  yang secara keseluruhannya dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, esok yang merangkumi rang undang-undang dan usul-usul dari kerajaan serta usul-usul persendirian daripada ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang.  "Nombor 1 dan 2 adalah usul kerajaan, nombor 3 hingga 6 adalah rang undang-undang kerajaan (bacaan kali yang ke-2), nombor 7 hingga 28 adalah usul persendirian seperti yang disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat. Disamping itu, 5 rang undang-undang kerajaan akan dibuat bacaan pertama pada hari tersebut."
Beliau berkata, pertimbangan mana-mana usul adalah tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat 15 (1) yang menyatakan pada setiap hari persidangan mesyuarat, urusan kerajaan hendaklah didahulukan daripada urusan lain.
"Maka, saya berharap isu berkaitan dengan usul yang dikemukakan tidak perlu dipolitikkan khususnya oleh pihak berkepentingan untuk mengelirukan rakyat," katanya.
Azalina berkata, Parlimen Malaysia sememangnya sentiasa mendukung prinsip demokrasi yang tinggi maka semua ahli Parlimen mempunyai hak mereka seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan dan Peraturan Mesyuarat.
"Pada masa yang sama, saya juga berharap agar mana-mana ahli Parlimen supaya sentiasa bertindak dengan mendukung prinsip kebertanggungjawaban khususnya dalam mengemukakan mana-mana usul persendirian supaya tidak berdasarkan kepada andaian atau spekulasi semata-mata serta tidak melanggar apa-apa syarat Peraturan-peraturan Mesyuarat," katanya.
"Kami di barisan kerajaan yakin Yang Dipertua Dewan Rakyat (Tan Sri Pandikar Amin Mulia) seperti biasa akan memberi pertimbangan yang saksama dan adil kepada semua usul yang dikemukakan mengikut Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat," tambahnya.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dewan-rakyat-terima-usul-undi-tak-percaya-terhadap-najib#sthash.nZU8FDDZ.dpuf

JANGAN SAKITI HATI NAJIB !!!

Posted: 19 Oct 2015 11:45 PM PDT

Kalau korang nak MINYAK NAIK..

Kalau korang nak TOL NAIK..

Kalau korang nak BR1M..

Kalau korang nak HAPUS SUBSIDI RAKYAT..

Kalau korang nak GST..

Kalau korang nak DITOLolkan kerajaan..

Kalau korang nak NAJIB SALAM PM ISRAEL..

Kalau korang nak ROSMAH NAIK JET MEWAH..