Sabtu, 17 Oktober 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Bala Dari Allah Itu Turun Berbagai Bagai Rupa.....

Posted: 17 Oct 2015 08:30 PM PDT



Sudah sempurna kah hidup Anda ?  

Sudah Kah Anda Mempunyai Anak ?

Berapa Kah Sudah Usia Anda Dan Isteri Anda?

Berapa Kah Usia Anak Sulong Anda?

Sudah Kah AnakAnak Gadis Anda Berumah Tangga?

Kalau Belum,  Kenapa Begitu Lama?

Berapa Sudah Cucu Anda?

 Kalau Belum Ada,  Kenapa Belum Ada?

Kenapa Teman Teman Sebaya  Anda Sudah Mempunyai Ramai Cucu?

TANYA DIRI ANDA,  KENAPA ?

Ada Kah Kerana Dosa Dosa Anda Maka Allah Turunkan Bala Ini ?

Fikir Dan Terus Berfikir

Apa Kah Sudah Anda Lakukan Terhadap Teman2 Dan Orang Lain

Ada Kah Pernah  Anda Menolak Apabila Ada Orang Meminta Pertolongan?

ATAU

Ada Kah Anda Pernah Mempermainkan Orang Yang Meminta Pertolongan Anda ?

HIDUP ANDA BELUM SEMPURNA SELAGI DIUSIA EMAS ANDA BELUM MENDAPAT CUCU

BERTAUBAT DAN BERUBAH DARI BAIK MENJADI YANG LEBIH BAIK

WANG RINGGIT TIDAK BOLEH MENDAPAT KEBAHAGIAN SEISI KELUARGA.

Kekayaa Kamu Tidak Kekal,Jangan Sombong & Bongkak !!

Posted: 17 Oct 2015 08:00 PM PDT

Islam Itu Indah's photo.
Islam Itu Indah's photo.

Jangan pernah rasa diri tu LEBIH BAIK dari orang lain. Nampak buruk orang, jadikan sebagai PENGAJARAN, dan tidak ikut. Mana tahu, dimasa akan datang, dia jadi lebih baik dari kita. Kuasa Tuhan.

muhasabahdiri 


Islamituindah

TAHUKAH ANDA : KELEBIHAN MANDI SEBELUM SUBUH?

Posted: 17 Oct 2015 07:30 PM PDT

Rahsia Hawa's photo.
Rahsia Hawa's photo.

Antara kebaikan mandi sebelum subuh ialah:

01: Kulit lebih lembut dan halus;

Pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. 

Selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

02: Melancarkan peredaran darah;

Jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

03: Meningkatkan kesuburan;

Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

04: Mengurangkan risiko darah tinggi;

Untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

05: Mengurangkan tekanan serta tenang;

Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

06: Meningkatkan sel darah putih;

Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. 

Oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.

*Semoga bermanfaat untuk dikongsikan.


Selamat mencuba & selamat beramal..('',)..

Tol naik: Cubaan Noh Omar perbodoh rakyat dibidas bekas Wanita UMNO

Posted: 17 Oct 2015 07:00 PM PDT


Anina Saadudin mengingatkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar supaya tidak memperbodohkan rakyat.

Bekas ahli Wanita UMNO itu membuat ingatan itu apabila Noh menyalahkan kerajaan Selangor sebagai punca kenaikan harga tol di Lembah Klang.

Noh meminta Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali memulangkan segala keuntungan dari saham 30 peratus yang dimiliki dalam dua syarikat lebuh raya kepada rakyat.

Anina berkata, kerajaan Pusat dibawah pentadbiran Barisan Nasiona (BN) yang sepatutnya dipersalahkan kerana membenarkan kenaikan kadar tol itu.

"Punca sebenar kenaikan kadar tol adalah kerana Putrajaya mengambil keputusan untuk menghentikan bayaran konsesi yang sepatutnya dibayar oleh Pusat kepada syarikat pengendali lebuhraya.

"Rakyat juga perlu tahu bahawa lebuhraya yang melibatkan pegangan saham 30% anak syarikat kerajaan Selangor hanyalah KESAS dan SPRINT (yang terlibat dalam kenaikan kadar tol)," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan Noh supaya tidak terlalu melampau bermain politik dan menuding jari kepada pihak lain.

"Shah Alam tidak pernah menjanjikan 30% saham anak syarikatnya kepada rakyat TETAPI Putrajaya sememangnya mencanangkan bahawa kutipan GST akan dipulangkan kepada rakyat.

"Saya penyokong BN, tetapi saya tidak menyokong sebarang bentuk pembohongan kepada rakyat. Pengundi BN adalah rakyat. Tidak salah jika saya meminta Putrajaya memulangkan hak rakyat kepada rakyat," katanya,

Enggan Saman Ling, PM Dilihat Tidak Serius, Kata Peguam

Posted: 17 Oct 2015 06:30 PM PDT


Datuk Seri Najib Razak tidak lagi akan dianggap serius jika beliau ragu-ragu untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap Tun Dr Ling Liong Sik berhubung kenyataan yang dianggap memfitnah selepas mengancam akan menyaman bekas menteri Kabinet itu.

Peguam berkata, perdana menteri perlu bertindak serta merta kerana dakwaan terhadap reputasi beliau itu dibuat bekas presiden MCA yang juga bekas menteri kanan Kabinet. Mereka juga bertanya kenapa, sebagai perbandingan, Najib begitu cepat memfailkan saman terhadap Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming dan portal berita Mediarakyat serta akhbar Harakah.

Peguam SN Nair berkata, tiadanya tindakan terhadap Dr Ling bermakna Najib hanya membuat ancaman kosong apabila peguamnya menghantar surat tuntutan itu.

"Surat tuntutan tidak seharusnya dihantar sekiranya beliau tidak serius hendak melindungi reputasinya," kata Nair.

Peguam itu berkata, dalam membuat saman fitnah, seorang yang reputasinya dicederakan tidak seharusnya menunggu walaupun tempoh masa untuk memfailkan saman berkenaan selama 6 tahun.

Nair berkata demikian mengulas kenyataan peguam Najib yang mengatakan mereka akan menunggu arahan daripada perdana menteri sebelum membuat keputusan sama ada untuk memfailkan saman terhadap Dr Ling berhubung kenyataannya mengenai cara beliau mengendalikan syarikat pelaburan milik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dr Ling dilaporkan Malaysiakini pada 3 Oktober sebagai berkata, beliau bersetuju dengan bekas bosnya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang Najib "mengambil wang rakyat dan memasukkannya ke dalam akaun peribadi beliau".

Pada 5 Oktober, Datuk Mohd Hafarizam Harun, yang mewakili Najib, menghantar surat tuntutan kepada Dr Ling, menuntut permohonan maaf, penarikan balik kenyataan dan ganti rugi dalam masa 7 hari, jika tidak, tindakan undang-undang akan dimulakan.

Bagaimanapun, peguam Dr Ling secara rasmi menulis kepada Hafarizam pada 9 Oktober, mengatakan yang anak guamnya sedia mempertahankan kenyataannya. Peguam Fahri Azzat berkata, rakyat akan tertanya-tanya mengapa Najib teragak-agak untuk membersihkan namanya selepas ia dicemari Dr Ling.

"Dakwaan itu bukan dibuat seorang rakyat biasa tetapi seorang bekas pemimpin kanan parti komponen (MCA) dan menteri Kabinet yang lama berkhidmat," katanya.

Fahri berkata, beliau menjangkakan saman itu akan difailkan dengan serta-merta selepas syarat-syarat yang digariskan dalam surat tuntutan itu tidak dipenuhi. "Peguam beliau sepatutnya sudah memfailkan dokumen mahkamah kerana ia satu perkara yang mudah dan jelas," katanya.

Beliau berkata, keengganan Najib bertindak hanya menunjukkan perdana menteri hanya bercakap tetapi tidak bertindak. Najib terlibat dalam siasatan rasuah ke atas 1MDB selepas akhbar The Wall Street Journal (WSJ) yang berpangkalan di Amerika Syarikat melaporkan pada Julai sejumlah AS$700 juta dipindahkan ke dalam akaun bank peribadi beliau menjelang pilihan raya umum 2013.

Perdana menteri menafikan menggunakan wang awam, termasuk dari 1MDB, untuk kepentingan peribadi, walaupun timbul persoalan mengenai sumber dan tujuan dana itu. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengeluarkan kenyataan yang RM2.6 bilion itu adalah sumbangan seorang penderma dari Timur Tengah. Najib juga tidak memfailkan saman terhadap penerbit WSJ, Dow Jones & Company walaupun ia mempertahankan laporan mereka bertarikh 2 Julai dan 6 Julai itu.

Sokongan terhadap Najib merudum dengan teruknya..

Posted: 17 Oct 2015 06:00 PM PDT


Satu tinjauan bebas mendapati terlalu ramai pengundi Malaysia menolak kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika ini, dengan bilangan orang Melayu yang tidak berpuas hati juga semakin meningkat, lapor Singapore Straits Times hari ini.

Menurut tinjauan kebangsaan yang dijalankan Merdeka Center pada Ogos itu, hanya 31% pengundi Melayu menyokong Putrajaya, satu penurunan besar daripada 52% yang direkodkan pada Januari.

Tahap penerimaan kebangsaan ketika tinjauan Ogos adalah pada 23%, turun daripada 38% pada Januari. Masyarakat Cina juga melahirkan rasa tidak puas hati, mencatatkan hanya 5% penerimaan terhadap pentadbiran Najib, berbanding 11% pada Januari.


Kajian itu dijalankan beberapa minggu selepas rombakan Kabinet pada hujung Julai, apabila Najib menggugurkan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seorang lagi menteri, Datuk Seri Shafie Apdal.

 

Menurut akhbar Singapura itu, keputusan kaji selidik itu dibentangkan Merdeka Center kepada penganalisis sektor kewangan minggu lepas. 

Badan bebas itu berkata, ia juga menunjukkan majoriti tinggi juga kecewa dengan cara kerajaan menangani ekonomi dengan hanya 17% menyatakan persetujuan mereka.

Kira-kira 78% tidak berpuas hati dengan kerajaan berhubung keadaan ekonomi. Ini disebabkan terutamanya oleh isu-isu seperti kos sara hidup, pengangguran dan kesan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), yang berkuat kuasa pada April.


Prestasi ringgit juga menjadi faktor penyumbang, sebagai mata wang paling teruk di Asia tahun ini. Kajian Merdeka Center itu secara konsisten sebelum ini menunjukkan rakyat Malaysia lebih mengambil berat isu kos sara hidup, pekerjaan dan perumahan berbanding politik.


Perdana menteri berdepan gesaan yang semakin memuncak supaya beliau meletak jawatan berhubung skandal kewangan yang dikaitkan dengan firma pelaburan milik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang mengumpulkan RM42 bilion hutang sejak ia mula beroperasi pada 2009.


Pendedahan The Wall Street Journal (WSJ) yang sejumlah RM2.6 bilion, yang didakwa dikaitkan dengan 1MDB, dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib pada Mac 2013 meningkatkan serangan terhadap beliau, dengan pengkritik utama merupakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kemudiannya mengumumkan yang wang tersebut adalah sumbangan daripada individu di Timur Tengah. 


Perdana menteri juga menafikan menggunakan wang awam, termasuk dari 1MDB, untuk kepentingan peribadi, walaupun timbul persoalan mengenai sumber dan tujuan dana itu lapor The Malaysian Insider

Hari ini pertama kali aku lihat lelaki dan perempuan solat berjemaah bercamur aduk

Posted: 17 Oct 2015 05:30 PM PDT

'BUAT APA PAKAI TUDUNG KALAU PERANGAI KURANG AJAR CAMNI?" - KES DI BAITULMAL PERAK

Posted: 17 Oct 2015 05:00 PM PDT




Assalamualaikum. Nak beritahu sikit kejadian yang berlaku pada pagi tadi di Pejabat Agama Islam Bahagian Baitumal yang berdekatan dengan Bank Islam (Perak).

Perempuan yang bertudung kuning bekerja sebagai penyambut tetamu. Memang dari dulu dah saya tengok dia selalu bercakap kurang ajar dengan orang-orang tua yang datang meminta bantuan di sini. 
 
Mereka selalu ditengking seperti orang yang tiada maruah.

Terkadang rasa kasihan tengok pakcik-pakcik, makcik-makcik yang datang ke sini meminta bantuan tetapi ditengking seperti orang yang tiada maruah. 
 
Memang tak ada adab dan budi bahasa ke orang-orang yang kerja di Pejabat Baitumal ini?

Bila ada panggilan masuk, tak pernah dijawab dengan elok-elok. Tengking-tengking macamlah dia kerja di tempat yang disinari cahaya matahari terik. Kerja pun dalam pejabat berhawa dingin kan?

Kalau orang tak susah, orang takkan minta bantuan di sini. Sekurang-kurangnya berbudi bahasalah sikit, bukannya susah pun. Bila dah letak telefon, merungut seorang-seorang sebab kena angkat telefon banyak kali. 
 
Kalau tak nak kerja seperti ini, buat apa minta? Kalau dengan lelaki bukan main gediknya. Belajarlah beradab sikit. Yang datang itu semuanya lebih tua dari awak. 
 
Buat apa pakai tudung tetapi perangai kurang ajar seperti ini? Bila merungut, kerja yang dibuat itu tidak berkat. Memang sangat tidak puas hati dengan sikap perempuan ini. - Nadya


Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM sahaja.


Fastaqim ujian PAS tanpa Pakatan Rakyat 1.2K Zulaikha Zulkifli

Posted: 17 Oct 2015 09:00 AM PDT


Selepas BERSIH 4 pada Ogos, diikuti 'perhimpunan Baju Merah' pada September lalu, kini tiba giliran PAS mengadakan perhimpunan besar-besaran mereka.

Diberi nama Himpunan Fastaqim 60 ribu (H60K), ia diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu, Kelantan.

PAS tidak menyertai BERSIH 4 yang diadakan pada 29 dan 30 Ogos lalu bagi menyatakan bantahan rakyat terhadap kerajaan, terutama mengenai isu skandal kewangan 1MDB dan dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun persendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Itu merupakan kali pertama PAS tidak menyertai perhimpunan BERSIH secara rasmi.

Parti itu memberitahu mereka tidak menyertai BERSIH 4 kerana ingin memberi fokus kepada H60K ini.

Himpunan yang menyasarkan kehadiran 60,000 penyokong PAS itu juga program besar-besaran pertama dianjurkan PAS selepas parti itu berdepan kemelut yang membawa kepada tertubuhnya Parti Amanah Negara (AMANAH).

AMANAH ditubuhkan oleh kumpulan progresif dalam PAS yang 'terkorban' dalam pemilihan perwakilan PAS pada Jun lalu.

Walaupun masih baru, AMANAH mendakwa mereka sudah menerima permohonan keahlian seramai 50,000 dan paling ramai adalah dari Kelantan iaitu 12,000 orang.

Doakan H60K berjaya

AMANAH - bersama PKR dan DAP kemudian membentuk gabuang baru pembangkang yang diberi nama Pakatan Harapan. Namun ia tidak disertai PAS.

Justeru, himpunan di Kota Bharu hari ini akan memberi makna yang besar kepada PAS apabila ia diadakan tanpa sokongan rasmi daripada mana-mana parti lain.

Sebelum ini ada ura-ura kumpulan Baju Merah diketuai Pengerusi Gerakan NGO Melayu Datuk Jamal Md Yunos akan menyertai H60K.

Namun apabila dihubungi Malaysiakini semalam, Jamal berkata penyertaan mereka dibatalkan di saat-saat akhir.

Alasannya, sehingga kini beliau tidak menerima manifesto yang menjelaskan tujuan perhimpunan itu diadakan PAS.
PERKASA benar ahli sertai

Di sebalik penolakan itu Jamal tetap mendoakan perhimpunan itu dilangsungkan dengan berjaya.

"Kami memang pada awalnya bercadang nak sertai perhimpunan tersebut tapi saya sehingga sekarang belum dapat melihat hala tuju perhimpunan tersebut.

"Walaupun tak hadirkan diri, saya doakan perhimpunan yang dikatakan untuk memartabatkan agama dan Melayu berjaya," katanya.

Sementara itu Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali pula berkata pertubuhan berkenaan membenarkan ahlinya menyertai perhimpunan berkenaan.

"Ahli PERKASA Kelantan boleh menyertai acara itu atas kapasiti peribadi," katanya.

Perhimpunan hari ini dijadual diisi dengan aktiviti persembahan dan solat hajat sebelum acara kemuncak malam ini menampilkan beberapa tokoh terkenal di pentas ceramah.

Antara yang dijangka berucap ialah Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan Abdul Hadi sendiri.
Abdul Hadi dijangka akan menyatakan hala tuju parti itu selepas gagasan Pakatan Rakyat berkubur Julai lalu.


Malaysiakini

Posted: 17 Oct 2015 07:00 AM PDT

TMJ Didakwa Seperti Tak Pernah Pergi Sekolah





Anak raja ini mungkin tak pergi Sekolah Kebangsaan, maka dia tak belajar sejarah Persekutuan Tanah Melayu..


Itu sebab dia tidak tahu, bahawa jika tidak kerana UMNO yang melawan Malayan Union, dan kebetulan kerabat dia yang mula2 tandatangan bersetuju serah negerinya kepada pemerintahan 

Mahkota Inggeris, agaknya dia hari ini. entah dimana, mungkin sama taraf dengan berpuluh keturunan Sultan dan Raja di Indonesia.. dan ada yang menjadi ahli muzik sahaja untuk menyara hidup walau pun dia menjadi pewaris pemerintah negeri ratusan tahun. 

Bila dia bercakap soal mahu bawa negeri keluar dari Malaysia.. nampak sangat kebodohannya. Maka janganlah marah sangat dengan orang yang bodoh.. pemakan dedak raja akan pasti buat komen atas posting ini.. Itu sebab Ali Abd Jalil menjadi pejuang.. 

Jika saya kata macam itu.. tradisii si Mantan PM Dr Mahathir Mohamad menangkap beberapa orang politik di Sabah kerana konunnya nak bawa Sabah, keluar dari Malaysia. pasti kena ISA atau di dakwa di Mahkamah.. yang kenyataan anak raja ini..kenapa tak ada orang nak buat report Polis..kita tengok Polis berani tak buka kertas siasatan.

Dipetik dari fb Zaharin Mohd Yasin

Posted: 17 Oct 2015 06:15 AM PDT

feeling positive with Ewan Ecemm

‎حاني ظفيره‎'s photo.

shbt seklian Allah tidak suka ini, mnjahati sesma muslim dgn mnimbulkn kcmburuan pada psgn lain, tk perlulah nk betulkn benang yang bsh n xperlulah diri tu rasa hebat kerana cinta yg ikhlas pada pasangannya adalah cinta yg jauh dari sifat hasad dengki sesama manusia, jdi, baca renung n paham, jika Allah yg tlh bkata dgn kunfayakunnya, mka org yg mngniaya perasaan org lain, akan terima blasan sjak di alam dunia lgi, jika Allah menbencinya, mka natijahnya amat hbat jika kamu tdk meminta Maaf kpada psangan yg kamu sakiti.... wallahualm

AMANAH: Rampas peluang ketika Umno dan PAS lemah

Posted: 17 Oct 2015 05:32 AM PDT


Walaupun masih baru, Parti Amanah Negara (AMANAH) yakin tidak sukar untuk menarik sokongan daripada Umno dan PAS.

Presidennya Mohamad Sabu berkata PAS memang kuat untuk menang beberapa kerusi bersendirian, tetapi dalam realiti politik Malaysia, parti bertanding perlu masuk gelanggang sebagai sebuah gabungan.

Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, rakyat Malaysia akan memilih parti yang boleh membentuk kerajaan, sama ada BN atau Pakatan Harapan.

Beliau bagaimanapun, Mohamad mengakui masih terdapat parti sekutu mereka ragu sama ada mereka dapat membayangi pengaruh PAS di kawasan luar bandar untuk menjamin undi Pakatan.

"PAS berpengaruh di Kelantan dan Terengganu. Justeru ada antara sekutu kiuta fikir jika kita ketepikan PAS, Pakatan tidak akan dapat undi majoriti.

"Tetapi saya tidak setuju," kata Mohamad dalam wawancara bersama Sin Chew Daily.

Mohamad sebaliknya berkata AMANAH harus merampas peluang ketika Umno dan PAS bermasalah mendapatkan sokongan.

"Tidak sukar tetapi perlukan masa, terutamanya apabila penyokong Umno sedang kecewa dengan pemimpin mereka," kata Mohamad yang membangkitkan kiritkkan tokoh Umno seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Sanudi Junid dan Tan Sri Rafizah Aziz.

Mohamad, bekas timbalan presiden PAS, membentuk AMANAH setelah disingkirkan beramai-ramai dalam pemilihan oleh kumpulan proulama.

AMANAH turut menampilkan dirinya sebagai sebuah parti Islam tetapi terbuka kepada penganut semua agama.

Saifuddin tak yakin rakyat percaya laporan Audit Negara mengenai 1MDB OLEH EILEEN NG

Posted: 17 Oct 2015 12:30 AM PDT

Datuk Saifuddin Abdullah berkata sukar untuk rakyat menerima dapatan laporan Ketua Audit Negara berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad kerana seluruh rantaian penyiasatan terdapat gangguan dan campur tangan meragukan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 17 Oktober, 2015.


Published: 17 October 2015.


Datuk Saifuddin Abdullah berkata sukar untuk rakyat menerima dapatan laporan Ketua Audit Negara berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad kerana seluruh rantaian penyiasatan terdapat gangguan dan campur tangan meragukan.

Datuk Saifuddin Abdullah berkata sukar untuk rakyat menerima dapatan laporan Ketua Audit Negara berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad kerana seluruh rantaian penyiasatan terdapat gangguan dan campur tangan meragukan.

Bekas pemimpin Umno, Datuk Saifuddin Abdullah ragu-ragu orang ramai akan percaya dengan dapatan laporan Ketua Audit Negara mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang dijadualkan siap hujung tahun ini.

Beliau berkata, sesuatu yang sangat sukar untuk membuatkan orang ramai percaya dengan laporan itu kerana keseluruhan rantaian penyiasatan ke dalam firma milik negara yang bermasalah itu tertakluk kepada gangguan dan campur tangan.

Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata, ini termasuk pemecatan 2 menteri – Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal – yang mengkritik 1MDB, penyingkiran bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan pertukaran pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), walaupun ia kemudiannya dibatalkan.

Saifuddin juga memetik "gangguan" yang dibuat terhadap pemberi maklumat seperti bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang yang didakwa kerana mensabotaj ekonomi, serta penyalahgunaan undang-undang keselamatan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) terhadap pengkritik kerajaan.

"Saya sangat percaya dengan integriti dan menggalakkan integriti. Tetapi selepas semua yang berlaku, saya menyimpulkan, keadilan nampaknya tidak dilaksanakan dengan cara yang adil.

"Oleh itu, apa yang akan berlaku sekarang ialah, apabila kerajaan mengemukakan laporan mengenai 1MDB, saya tidak akan mempercayainya. Selepas semua yang berlaku, bagaimana boleh anda percaya dengan kandungannya?

"Walaupun jika mereka katakan 1MDB betul atau tidak melakukan sebarang kesalahan, atau pun jika mereka katakan 1MDB ada buat salah, bagaimana hendak harapkan orang seperti saya percaya?

"Ini kerana, seluruh rantaian penyiasatan tertakluk kepada gangguan dan campur tangan," kata Saifuddin dalam satu temu bual dengan The Malaysian Insider.

Beliau meninggalkan Umno semalam bagi menyertai PKR, atas alasan tidak berpuas hati dengan pengendalian Putrajaya dalam kes skandal 1MDB dan "derma" RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

1MDB, syarikat yang ditubuhkan hasil buah fikiran Najib, kini menanggung hutang RM42 bilion yang dikumpul dalam tempoh 6 tahun beroperasi.

Dana pelaburan negara itu pada ketika ini sedang berdepan pelbagai siasatan kerana dakwaan salah laku kewangan. – 17 Oktober, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Zahid Hamidi percaya Saifuddin akan beri ‘sumbangan besar’ kepada PKR

Posted: 16 Oct 2015 11:45 PM PDT


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata 'sumbangan besar' itu adalah masalah yang besar sebagaimana dilakukan bekas ahli Majlis Tertinggi Umno Saifuddin Abdullah kepada Umno. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Oktober, 2015.Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata 'sumbangan besar' itu adalah masalah yang besar sebagaimana dilakukan bekas ahli Majlis Tertinggi Umno Saifuddin Abdullah kepada Umno. –

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata 'sumbangan besar' itu adalah masalah yang besar sebagaimana dilakukan bekas ahli Majlis Tertinggi Umno Saifuddin Abdullah kepada Umno. –

Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi percaya bekas ahli Majlis Tertinggi Umno Saifuddin Abdullah akan memberi "sumbangan besar" kepada PKR yang disertainya baru-baru ini.

Timbalan perdana menteri berkata "sumbangan besar" itu adalah masalah yang besar sebagaimana dilakukan bekas ahli Parlimen Temerloh itu kepada Umno.

"Beliau lebih sesuai untuk memberi 'sumbangan besar' itu kepada parti tersebut," katanya berseloroh.

Zahid diminta mengulas mengenai penyertaan Saifuddin ke dalam PKR, selepas mendengar taklimat mengenai Stesen Janakuasa Hidro Elektrik Bakun, di Belaga hari ini.

Mengenai Persidangan Dewan Rakyat yang dijadual bermula pada 19 Oktober ini, beliau berkata pihak kerajaan tidak akan terkejut jika pembangkang menimbulkan isu hangat khasnya titah Majlis Raja-raja Melayu mengenai siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad.

"Kita bersiap siaga untuk memberi jawapan sebagai penjelasan kepada isu itu," katanya.

Bagaimanapun, Zahid berkata pihak pembangkang juga harus menerima jawapan daripada kerajaan sebagai penjelasan yang rasmi dan tidak diputar-belit melalui lontaran pelbagai pandangan yang berbeza.

Namun beliau berkata walau apapun yang diperjelaskan oleh kerajaan tidak akan diterima pembangkang. – Bernama, 16 Oktober, 2015.



- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Zahid Hamidi percaya Saifuddin akan beri 'sumbangan besar' kepada PKR

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata 'sumbangan besar' itu adalah masalah yang besar sebagaimana dilakukan bekas ahli Majlis Tertinggi Umno Saifuddin Abdullah kepada Umno. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Oktober, 2015.Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata 'sumbangan besar' itu adalah masalah yang besar sebagaimana dilakukan bekas ahli Majlis Tertinggi Umno Saifuddin Abdullah kepada Umno. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Oktober, 2015.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi percaya bekas ahli Majlis Tertinggi Umno Saifuddin Abdullah akan memberi "sumbangan besar" kepada PKR yang disertainya baru-baru ini. Timbalan perdana menteri berkata "sumbangan besar" itu adalah masalah yang besar sebagaimana dilakukan bekas ahli Parlimen Temerloh itu kepada Umno.
"Beliau lebih sesuai untuk memberi 'sumbangan besar' itu kepada parti tersebut," katanya berseloroh.

Zahid diminta mengulas mengenai penyertaan Saifuddin ke dalam PKR, selepas mendengar taklimat mengenai Stesen Janakuasa Hidro Elektrik Bakun, di Belaga hari ini. Mengenai Persidangan Dewan Rakyat yang dijadual bermula pada 19 Oktober ini, beliau berkata pihak kerajaan tidak akan terkejut jika pembangkang menimbulkan isu hangat khasnya titah Majlis Raja-raja Melayu mengenai siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad.
"Kita bersiap siaga untuk memberi jawapan sebagai penjelasan kepada isu itu," katanya.
Bagaimanapun, Zahid berkata pihak pembangkang juga harus menerima jawapan daripada kerajaan sebagai penjelasan yang rasmi dan tidak diputar-belit melalui lontaran pelbagai pandangan yang berbeza.
Namun beliau berkata walau apapun yang diperjelaskan oleh kerajaan tidak akan diterima pembangkang. – Bernama, 16 Oktober, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/zahid-percaya-saifuddin-akan-beri-sumbangan-besar-kepada-pkr#sthash.W6QC9cMH.dpuf