Khamis, 1 Oktober 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Salleh yakin BN S'wak menang p'raya negeri

Posted: 01 Oct 2015 11:00 PM PDT


Kerajaan Barisan Nasional Sarawak di bawah kepimpinan ketua menteri Tan Sri Adenan Satem akan memenangi Pilihan Raya Negeri

ke-11 tanpa menghadapi banyak masalah, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak.

Katanya, beliau sangat yakin kerana tidak banyak isu besar yang dihadapi oleh BN negeri.

"Sarawak ada ketua menteri Tan Sri Adenan Satem yang sangat popular. Beliau memperkenalkan banyak dasar yang memberi faedah kepada negeri dan rakyatnya.

"Rakyat suka ahli politik seperti ini. Adenan juga mempunyai ramai pemimpin berkelayakan membantu beliau," katanya.

Beliau berkata semasa berucap dalam perhimpunan anjuran Komuniti 1Malaysia dan para pemimpin masyarakat dan penduduk kampung dari Kampung Lajim 5 dan 6 dekat Kuching semalam.

Sarawak dijangka mengadakan pilihan raya pada awal tahun depan. Penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan berakhir pada Jun 2016.

Mohd Salleh diiringi Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg memilih menggunakan "laluan tidak sibuk" yang mengambil masa 10 minit dengan menaiki ikon pelancongan Sungai Sarawak "perahu tambang" dari tebingan Kuching ke kampung tersebut.

Abang Johari merupakan Anggota DUN Satok yang mana kedua-dua kampung terbabit terletak, serta menteri bertanggungjawab terhadap teknologi maklumat dan multimedia negeri.

Berhubung program sambungan internet di negeri itu dan juga Sabah, Mohd Salleh berkata beliau sudah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meningkatkan kelajuan dan kadar penembusan internet.

"Sambungan internet merupakan satu keperluan dan kita perlu lebih bersungguh-sungguh. Kita tidak boleh tertinggal. Jika tertinggal kita akankerugian," jelasnya.

Menurut Mohd Salleh petani kini meningaktkan pendapatan dengan mengiklan produk secara atas talian.
"Sekarang ia tidak sekadar rangkaian sosial seperti aplikasi Whaisapp atau Facebook tetapi menjurus kepada e-perniagaan, malah e-kerajaan," kata beliau.

Beliau sedang dalam lawatan dua hari ke Sarawak. Programnya bermula dengan taklimat mengenai senario politik semasa negeri disusuli mesyuarat dengan para pegawai Jabatan Penerangan seluruh negeri. 


Bernama

MP PKR PERTAHANKAN PARTI DAP.. YB Nurul Izzah Anwar

Posted: 01 Oct 2015 10:15 PM PDT

 
KUALA LUMPUR - Orang Melayu tidak perlu bimbang kerana kebanyakan parti politik termasuk parti bukan Melayu memperlihatkan kepentingan dalam menjaga dan memenangi hati orang Melayu di negara ini," kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Nurul Izzah Anwar.

YB Nurul Izzah turut mengambil kira bantuan rakan pembangkangnya DAP yang dikatakan turut menitik beratkan kepentingan orang Melayu dalam perjuangan parti tersebut. ‎

"Saya pun tak sangka, DAP sanggup pergi ke negara Mesir dan Jordan untuk memahami inti pati Islam dan kerajaan berdemokrasi. ‎

"Mereka juga berusaha untuk menelusuri kepimpinan Rached Ghannouchi (ahli politik Tunisia). Saya tidak kata mereka berjaya, tetapi mereka adalah parti yang mewakili masyarakat Cina telah mengambil langkah berani untuk menempatkan calon (berbangsa) Melayu di kawasan tradisi Cina,

iaitu di Teluk Intan," katanya ketika melontar pandangan mengenai definisi maruah Melayu dalam forum Mempertahankan Maruah Melayu di sini, semalam.

‎Menurut Nurul Izzah lagi, kepentingan untuk menjaga dan memenangi hati orang Melayu dikira penting kerana orang Melayu juga memperlihatkan kejayaan mereka di negara ini.

"Hari ini pada tahun 2015, kita masih membincangkan isu maruah Melayu. Dalam karya agung Sulalatus Salatin, masih lagi persoalan maruah dibangkitkan. ‎

"Bila saya baca karya itu, saya memahami isi bacaan itu bahawa pantang Melayu itu jika mereka diaibkan. Mereka tidak boleh terima dihina dan kesedaran tentang nilai, erti maruah dan ketidakrelaan mereka diaibkan sudah berabad wujud lamanya," katanya lagi. ‎

YB Nurul Izzah dalam pada itu turut mengulas mengenai sikap kepimpinan pemimpin khusus pemimpin Melayu yang terlalu vokal ketika mengkritik kepimpinan negara lain. ‎

"Terlalu banyak kontradiksi wujud antara apa yang diandaikan oleh semua pihak. Kalau kita rujuk puisi Datuk Usman Awang (Sasterawan Negara), Melayu itu kalau menghina pun, ia dibuat secara berakhlak dan penuh berhemah.

"N‎amun kadang kala ia tidak dipamerkan oleh kepimpinan kita. Masih ada pemimpin yang menggunakan kata-kata kesat dalam mengeluarkan kritikan.

Pada masa yang sama, ada juga pemimpin yang selalu dipersalahkan, selalu merasakan dirinya dalam kepompong mangsa," katanya lagi

AGEN PERUBAHAN.

Bas ekspres, treler jatuh gaung Posted by Kita Bantai

Posted: 01 Oct 2015 09:30 PM PDT



Bas ekspres, treler jatuh gaung

Kemalangan yang mengorbankan pemandu treler di Kilometer 431.1 Lebuhraya Utara-Selatan arah Kuala Lumpur berdekatan Jambatan Sungai Guntong, di sini, awal pagi tadi. 

Bukit Beruntung: Bas ekspres bawa 29 penumpang dan treler muatan simen terjunam ke dalam gaung selepas terbabit dalam pelanggaran di Kilometer 431.1 Lebuhraya Utara-Selatan arah Kuala Lumpur berdekatan Jambatan Sungai Guntong, di sini, awal pagi tadi.


Kemalangan kira-kira 2.30 pagi itu menyebabkan pemandu treler maut manakala kelindannya parah.
Pemandu bas ekspres serta kanak-kanak berusia tujuh tahun turut cedera namun penumpang lain selamat.

Pegawai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu Mahmud Selamat berkata, bomba menerima panggilan pada 3.02 pagi dan segera ke lokasi kejadian.

"Sampai di lokasi kita dapati bas dan lori sudah berada di dalam gaung.
 
"Pemandu lori tersepit dan berjaya dibawa keluar namun disahkan meninggal dunia," katanya.
 
Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dirawat.HM

Pemuda Umno PP akan hantar memo bantah isu pembesar suara

Posted: 01 Oct 2015 09:00 PM PDT


Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang akan menghantar satu memorandum kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) bagi membantah larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau kecuali untuk azan dan iqamah di negeri itu.

Ketua sayap itu Rafizal Abdul Rahim berkata pihaknya bersedia bertemu dengan pihak Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang untuk berbincang mengenai perkara itu.

"Pemuda Umno Pulau Pinang mengambil ketetapan tidak menyokong dan akan menentang arahan larangan ini. Kami yakin masyarakat Islam di negeri ini tidak bersetuju dengan arahan ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, surat Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 September lepas memaklumkan mengenai larangan itu susulan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 dan 2 Julai dan disahkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada 23 dan 24 Ogos lepas.

Surat itu, yang memetik cabutan minit Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang, menyebut bahawa mesyuarat bersetuju agar Irsyad hukum yang diputuskan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri bertarikh 7 April 2011 mengenai larangan membaca Al-Quran sebelum Subuh dengan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau perlu ditambah baik dengan memasukkan larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau bagi semua program seperti qiamulail, tahajud, kuliah, mesyuarat dan seumpamanya.

Rafizal berkata kerajaan DAP Pulau Pinang dilihat terus mengambil pendekatan tidak sensitif terhadap ajaran Islam dan situasi itu menyebabkan timbulnya prasangka bahawa fatwa itu mempunyai unsur-unsur tekanan daripada kerajaan negeri.

- Bernama

Perhimpunan Agung PBB: Malaysia akan terima 3,000 pelarian Syria - Najib

Posted: 01 Oct 2015 08:15 PM PDT

NAJIB: Malaysia akan membuka pintu kepada 3,000 pelarian Syria dalam tempoh tiga tahun akan datang bagi membantu meringankan krisis pelarian.

PBB, NEW YORK: Malaysia akan membuka pintu kepada 3,000 pelarian Syria dalam tempoh tiga tahun akan datang bagi membantu meringankan krisis pelarian, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata negara-negara Islam sebahagiannya bertanggungjawab memastikan kesejahteraan orang Syria yang terpinggir melarikan diri dari negara mereka dengan jumlah yang besar sehingga mengakibatkan tekanan ekonomi dan sosial di Eropah.

"Sebab itu Malaysia selama ini telah mengambil banyak orang yang melarikan diri daripada peperangan, kebuluran dan penganiayaan. Kini kami mempunyai ratusan ribu migran dan kami mengambil lebih ramai awal tahun ini apabila terdapat krisis kemanusiaan di Laut Andaman,"katanya pada sesi ke-70 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di sini, Khamis.

Pengumuman oleh Najib berhubung kesediaan untuk menerima pelarian Syria itu disambut tepukan gemuruh audien.

Adalah dilaporkan sejak empat tahun lepas, kira-kira empat juta pelarian Syira telah melarikan diri ke negara-negara jiran dan bergelumang dalam kancah kemiskinan.

Najib berkata penyelesaian antarabangsa yang baharu diperlukan bagi menangani krisis migrasi.

Katanya "kita mesti menghormati nilai kemanusiaan bersama" dan isu berjuta-juta rakyat Syria melarikan diri dari negara mereka harus menjadi kebimbangan dan perhatian dunia.

"Hanya apabila kita melangkaui batas bangsa dan anutan, hanya apabila kita melihat gambar-gambar migran yang terdesak, mangsa ekstremis dan mereka yang hidup diselubungi kebuluran dan kemiskinan - dan melihat mereka bukan sebagai orang asing tetapi sebagai saudara kita.

"Apabila kita melihat gambar memilukan jasad Aylan Kurdi berusia tiga tahun yang terdampar di pantai dan merasakan seolah-olah anak kita sendiri dalam wajah kanak-kanak lelaki tidak berdosa itu maka kita akan bertindak untuk berbuat lebih baik.

"Orang di seluruh dunia merayu bantuan kita. Kita tidak boleh - tidak akan membiarkannya sahaja," kata Najib.

Perdana Menteri turut mengulangi kekecewaan Malaysia terhadap kegagalan PBB menerima pakai resolusi menubuhkan sebuah tribunal antarabangsa untuk menyiasat insiden menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 kerana kuasa veto dikenakan.

"Kami akan terus menuntut keadilan menerusi opsyen undang-undang lain kerana kami bertanggungjawab terhadap keluarga mangsa yang terkorban dalam kejadian jenayah yang kejam ini," katanya.

Pada 29 Julai lepas, Rusia menggunakan kuasa veto untuk menghalang cadangan lima negara yang dirintis Malaysia untuk menubuhkan tribunal jenayah antarabangsa sementara bagi membicarakan mereka yang bertanggungjawab menembak jatuh penerbangan MH17 tahun lepas.

Resolusi tersebut mendapat 11 undi menyokong daripada Chad, Chile, Perancis, Jordan, Lithuania, Nigeria, Sepanyol, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

China, Venezuela dan Angola, bagaimanapun, berkecuali daripada mengundi.

Kesemua 283 penumpang dan 15 anak kapal penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terkorban apabila pesawat itu ditembak jatuh di Donetsk di timur Ukraine pada 17 Julai tahun lepas.



BERTERUS-TERANG SAJALAH TAK JADI SAMAN WSJ...HABIS CERITA!! Shahbudin Husin,

Posted: 01 Oct 2015 07:30 PM PDT

 
Ketika mula-mula timbul dakwaan oleh The Wall Street Journal atau WSJ mengenai kemasukan wang sebanyak RM2,600 juta yang didakwa mengalir ke akaun peribadinya, Najib Razak mengatakan tindakan undang-undang terhadap akhbar itu diambil pada hari Selasa.

Setelah berpuluh-puluh Selasa berlalu, tidak juga surat saman atau tindakan mahkamah diambil kepada WSJ.

Kemudian peguam Najib mengatakan pihaknya akan menghantar surat untuk meminta penjelasan terlebih dahulu sama ada dakwaan WSJ itu bermaksud Perdana Menteri telah menyalahgunakan wang 1MDB, sebelum tindakan mahkamah dapat diambil.

Tempoh masa selama 14 hari diberikan kepada WSJ untuk menjawab surat tuntutan itu.

Bagaimanapun apabila WSJ tetap mempertahankan laporannya sebagai betul dan benar yang menggambarkan sedia untuk berdepan di mahkamah, tidak juga tindakan undang-undang diambil, sebaliknya peguam Najib mengatakan mereka mempunyai beberapa pilihan untuk dipertimbangkan.
Sama ada tindakan undang-undang akan diambil atau tidak terhadap WSJ menjadi lebih panas selepas itu apabila SPRM mengesahkan wang RM2,600 juta itu benar-benar pernah mengalir masuk ke akaun peribadi Najib, tetapi menyifatkannya sebagai derma yang diterima daripada Timur Tengah.

Najib dan para pemimpin UMNO selepas itu berlumba-lumba mempertahankan kemasukan wang tersebut, tetapi dengan alasan yang berbeza-beza sehingga kononnya untuk membantu negara memerang IS (Islamic State) yang belum wujud pada tarikh wang itu dimasukkan, turut dijadikan hujah sandaran.

Lawak dol...

Yang masih tidak diketahui hanyalah siapakah penyumbang derma yang "super pemurah"  itu serta berapakah lagi baki wang yang tinggal dan di manakah ia diletakkan.

Namun, saman terhadap WSJ tidak juga menjadi kenyataan, sebaliknya seorang ahli Wanita UMNO Langkawi, Anina Saadudin pula yang mengambil tindakan mahkamah terhadap Najib berkaitan wang itu.

Anina bagaimanapun dipecat keahliannya daripada UMNO kerana peraturan parti tidak membenarkan sebarang permasalahannya dibawa ke mahkamah.

Tetapi semalam, setelah sekian lama senyap,  timbul lagi alasan baru mengapa tindakan mahkamah belum juga diambil terhadap WSJ.

Peguam Hafarizam Harun menyatakan Najib ingin mengetahui sama ada WSJ akan memohon menggunakan Akta Speech sekiranya beliau memutuskan menyaman syarikat akhbar tersebut.

Akta Speech adalah akta yang melindungi syarikat Amerika, khususnya syarikat media, daripada berdepan penghakiman fitnah di luar negara, jelas Hafarizam.

Untuk maksud tersebut, jelas beliau, pihaknya telah menulis surat kepada peguam kanan yang mewakili WSJ untuk mendapatkan kepastian mengenainya.

Saya tidak mahu memfailkan kes di Malaysia, dapatkan penghakiman dan ia menjadi penghakiman atas kertas di AS kerana WSJ akan mengatakan ia dilindungi oleh Akta Speech itu.  Bukankah ia satu usaha yang sia-sia, tambah Hafarizam lagi.

Alasan lagi...selepas ini entah celah apa lagi digunakan sebagai helah agaknya!!

Bukankah lebih baik jika Najib berterus terang saja bahawa saman terhadap WSJ itu tidak akan diteruskan langsung memandangkan dakwaan mengenai wang RM2,600 juta itu sudah pun diakui kebenarannya?

Habis cerita....dan tak perlu bersusah payah mencari macam-macam alasan lagi.

Lagi pun kalau mahu saman juga, atas faktor apa lagi sedangkan Najib sendiri sudah mengakui mengenai wang RM2,600 juta itu? (SH 01/10/2015)

Blogger UMNO Sebarkan Printscreen MB Pahang Kata Najib Penipu. WOW. Disebarkan oleh blogger UMNO ;

Posted: 01 Oct 2015 07:00 PM PDT







 
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob didakwa tidak lagi menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Sebuah blog lewat malam tadi mendakwa ia berdasarkan 'printscreen' perbualaan antara Adnan dengan Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Pahang, Datuk Ridzuan Hashim.

"Baru-baru ini Adnan tersilap langkah apabila tersalah hantar "printscreen" antara beliau dengan Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, Datuk Ridzuan Hashim sekitar Julai dulu ke dalam WhatsApp Group MT UMNO.

"Mereka bercakap bahasa dengan meletakkan nama PM sebagai Pak Mat. Dalam Whatsapp terbabit Adnan Yaakob (Me) jelas memanggil Najib Razak sebagai penipu dan bakal kehilangan jawatan" tulis blog tersebut di pautan  http://najib-lame-duck.blogspot.my.

Melalui paparan prinscreen yang disebarkan itu, Adnan turut dikatakan memanggil Najib sebagai penipu dan bakal kehilangan jawatan pada Ogos ini.

"Terima kasih atas makluman, saya (Adnan) sedang sedang bersambung semula dalam Mesyuarat Exco yang tak selesai semalam. Saya rasa Papa Mike (Najib) akan diturunkan menjelang bulan Ogos sebab banyak akan meletup. Salam.

"… Saya yakin DSN akan diturunkan, saya sedih sebab dia orang baik. Rasa kecil hati terhadap dia tak timbul, bini dia (Rosmah) yang tidak suka saya" ujar perbualan yang dipaparkan melalui printscreen di dalam blog tersebut.

Bagaimanapun SuaraTV tidak dapat memastikan kesahihan maklumat tersebut.

Setiausaha Politik MB Pahang, Datuk Shamsuddin Haji Nawawi ketika dihubungi SuaraTV berkata pihaknya tidak mengetahui mengenai isu yang idbangkitkan itu.

"Saya tidak tahu, akan teliti dan berikan maklumbalas mengenai perkara tersebut" ujarnya ringkas ketika dihubungi sebentar tadi.-ST.

Best wooo.

Malam neh banyak drama.

Tadi di Kelantan ;


Dah tua pun kena balon lagi. Aisehmen.

Mulut takde ke yang dok pakai tangan tu?

Huhu.

Apa-apa pun minggu neh kita amek popcorn dan layan drama pergaduhan sesama ahli partisan.

PAS, PKR, DAP, AMANAH dan BN.



AMENO WORLD

SPRM Kecam 'Macai': Kamu Akan Dihina Dan Dikeji

Posted: 01 Oct 2015 06:30 PM PDT


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengingatkan pihak yang bersubahat menggagalkan siasatan atau pendakwaan kes rasuah tidak akan beroleh ketenteraman hidup.

"Kepada yang menjadi macai atau mereka yang bersubahat, cuba menggalakkan siasatan atau perbicaraan kes rasuah, ingat apa juga upah atau imbuhan diperoleh, tidak akan menjamin ketengan dan ketenteraman dalam kehidupan.

"Perbuatan keji yang dilakukan akan mengganggu kehidupan kita sehingga akhir hayat," kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Ucapan beliau dibacakan oleh timbalan ketua pesuruhjaya (operasi) suruhanjaya itu Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

Abu Kassim juga mengingatkan kesan negatif yang akan berlaku jika perkara itu terbongkar di kemudian hari.

"Jika perbuatan tersebut terbongkar, kamu akan dihina dan dikeji oleh masyarakat. Pada masa tersebutlah baru kita sedar, apa yang kita dapat langsung tidak ada nilai berbanding dengan maruah diri yang hilang," katanya.

Abu Kassim berkata dalam ucapannya dalam acara menanamkan semula mahkamah olok-olok SPRM bagi menghormati kematian mendiang timbalan pendakwa raya Kevin Anthony Morais.

Enam lelaki didakwa di mahkamah pada 28 September lepas atas pertuduhan membunuh Morais manakala dua lagi, termasuk doktor tentera, dituduh bersubahat melakukan kesalahan itu.

Tujuh daripada mereka didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur manakala seorang lagi di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Mendiang dilaporkan hilang pada 4 September dan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur untuk ke Putrajaya menaiki kereta Proton Perdana dengan nombor pendaftaran WA6264Q.

'Anda tak boleh lari'

Sementara itu, Abu Kassim juga menegaskan bahawa pihak-pihak tertentu hanya boleh melengah-lengahkan kes tetapi tidak akan menghentikan kes daripada didengar di mahkamah.

Abu Kassim (gambar) membangkitkan berhubung pemergian Morais yang disifatkannya sebagai seorang timbalan pendakwa raya yang komited dan berintegriti.

"Tugas dan tanggungjawab mendiang akan diambil alih oleh timbalan pendakwa raya lain.

"Kepada pihak-pihak ang mahu menghalang siasatan dan kes hang dibicarakan, dunia hari ini sudah berbeza. Anda tidak boleh lari daripada sistem keadilan," katanya.

Beliau juga berkata pihak yang mahu mengelak daripada siasatan dan pendakwaan kes rasuah tidak akan dapat melakukan perkara itu buat selama-lamanya.

"Mereka boleh mengelak daripada dikesan untuk tempoh tertentu - satu bulan, dua bulan, satu tahun, dua tahun tetapi tidak selama-lamanya," katanya lagi.

Dalam kes itu, tegas Abu Kassim, tiada mana-mana pihak terkecuali, termasuk rakyat biasa, ahli perniagaan, tokoh korporat dan pemimpin politik.

- mkini

ASAL AJA UMNO SENTUH pasti melingkup !!!

Posted: 01 Oct 2015 06:00 PM PDT

Encik Politik Encik Polotik's photo.

FAKTA:

1) Syarikat MAS telah bungkus dgn rasminya.

2) MAS pinjam RM6 bilion drpd KWSP dah bayar ka blom !!

3) Hutang syarikat MAS RM12 bilion bila nak bayar !!

‪#‎SHARE‬ ramai2 agar rakyat tahu siapa sebenarnya 

UMNO-jahanam.

MANA MARUAH MELAYU !!!

Si Jamal bangsat tak nak buat demo ker !!!\

AKHIRNYA FARIZ MUSA DAN JINGGA 13 HANCUR ANGKARA KETAMAKAN, KEHALOBAAN DAN KESERAKAHAN!!!

Posted: 01 Oct 2015 05:15 PM PDT


Jangankan PAS yang dipecahkan oleh kumpulan PARASIT penyembah Lim Guan Eng, PKR juga nampaknya turut mengalami perpecahan yang amat nyata. 
 
Walaupun tidak sebising seperti golongan pro-Tun dalam UMNO atau Parti Cangkul dalam PAS, PKR yang sudah lama berpecah membabitkan kumpulan pro-Khalid Ibrahim dengan pro-Azmin Ali serta pro-Wan Azizah, kini bertambah lagi apabila barisan hadapan mereka yang bergerak dalam NGO dan menguasai media siber suatu masa dahulu, JINGGA 13 pula sedang berpecah teruk.

Sama seperti PENYAKIT GILA KUASA dan PERANGAI KUKU BESI yang melanda pucuk kepimpinan, begitulah juga yang berlaku dalam JINGGA 13.

Perangai kuku besi Anwar Ibrahim, nampaknya telah terjangkit kepada Fariz Musa yang merupakan Ketua Koordinator JINGGA 13.

JINGGA 13 sedang menghadapi krisis kepimpinan yang sangat teruk ekoran perletakan jawatan dan penarikan diri salah seorang pengasasnya yang dikenali dengan nama ORENJI.

Tidak dapat dipastikan dengan tepat, mengapa Orenji yang menjadi antara tulang belakang NGO itu menarik diri, tetapi berdasarkan sumber-sumber dalaman PKR dan JINGGA 13 yang boleh dipercayai, tindakannya itu berkait rapat dengan beberapa isu yang melibatkan pergerakan JINGGA 13 selaku jentera tempur PKR yang penting.

Diberitakan juga Ketua Koordinator JINGGA 13, Fariz Musa teruk diserang dan dibelasah oleh orang kanannya sendiri, Orenji, setelah mengambil sikap enggan mempedulikan ahli-ahli bawahan, malahan menyimpang jauh daripada landasan sebenar penubuhan JINGGA 13 termasuklah beberapa isu penting membabitkan politik PKR.

Fariz Musa selaku ketua JINGGA 13 sengaja buat-buat pekak badak dan buta mata dengan tidak menghiraukan isu-isu yang dibangkitkan oleh ahli-ahli, termasuklah oleh Orenji sendiri. 
 
Gelagat hodohnya itu, akhirnya menimbulkan jurang keretakan besar antara pemimpin-pemimpin dalam JINGGA 13.

Beberapa orang tenaga penting dalam JINGGA 13 juga dikhabarkan tidak senang dengan apa yang berlaku dan berkemungkinan besar akan mengikut jejak langkah Orenji yang merupakan Ketua Koordinator Penerangan dan Komunikasi JINGGA 13.

Perlu diingatkan, setiap pemimpin di dalam JINGGA 13 mempunyai pengaruh dan bala tentera siber mereka sendiri. Justeru, adakah ini merupakan titik mula kepada penghapusan JINGGA 13, sama seperti yang berlaku kepada begitu banyak NGO Pro-PKR sebelum ini?

Apa sebenarnya yang berlaku sehingga mencetuskan masalah meruncing itu? Apakah Fariz Musa sekadar menggunakan JINGGA 13 sebagai kenderaan politiknya memandangkan dia mempunyai cita-cita besar sebagai orang politik, bukannya orang NGO sebagaimana yang dibuktikannya dalam PRU-13 lalu?

Yang pasti, UMNO sudah terlalu lama mengenali Fariz Musa yang ketika berada di dalam UMNO, hanya berjuang untuk jawatan dan politik bukannya untuk rakyat. 
 
Orang seperti Orenji dan para pengikut PKR telah dibutakan dengan retorik keterlaluan sepertimana mereka dibutakan dengan pembohongan dan tipu perdaya Anwar Ibrahim. Sekarang baru mereka tahu siapa Fariz Musa yang sebenarnya.

Nak kata apa lagi... PADAN MUKA sahajalah perkataan yang paling sesuai!!!


Syed Ali Bertegang Urat Membela Dr. Mahathir ?

Posted: 01 Oct 2015 04:45 PM PDT

'Ramesh Rao, jangan kurang ajar, biadap hina Dr M'



Umno bahagian Cheras memberi amaran kepada Pengerusi Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao yang dilapor mendakwa bersikap "kurang ajar dan biadap" menghina bekas perdana menteri Tun Dr Mahahtir Mohamad.

Ketua Umno bahagian itu Datuk Seri Syed Ali Alhabshee turut menasihat Ramesh supaya menjalani pemeriksaan mental sebelum membuat tuduhan palsu kepada negarawan itu.

"Siapa Ramesh Rao mahu bersikap kurang ajar dan biadap kepada Tun Dr Mahathir Mohamad? Apa jasa Ramesh Rao kepada kepentingan rakyat dan negara memang tidak boleh dibandingkan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Begitukah sikap seorang Pengerusi PMSP dalam menyampaikan pandangan dengan cara tidak beradab dan angkuh," tegas bekas senator itu dalam blognya hari ini.

Pada masa yang sama, Syed Ali memberi amaran kepada mana-mana pemimpin yang tiada kena mengena dengan Umno supaya tidak mecampuri urusan dalaman parti itu termasuk mencerca pemimpin banyak berjasa kepada rakyat dan negara.

Syed Ali mengulas kenyataan Ramesh yang dilapor oleh portal berita Free Malaysia Today bahawa beliau mendakwa dengan menasihati Dr Mahathir menjalani pemeriksaan mental setiap enam bulan sekali.

Laporan portal itu menyebut Ramesh mendakwa negarawan itu sudah gila setelah merestui perkara yang beliau sendiri menentang ketika menjadi perdana menteri.

Menulis dalam blognya hari ini, Syed Ali turut menempelak bahawa Ramesh tiada hak "mengeji dan menghina" tokoh yang banyak berjasa.

Manakala kritikan Dr Mahathir terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah pandangan peribadi, kata Syed Ali lagi.

"Saya menyifatkan kenyataan Ramesh Rao jelas membabi buta dan langsung tidak mengenang jasa Tun Dr Mahathir yang selama ini memperjuangkan kepentingan rakyat semua bangsa di negara ini.

"Kenyataan Ramesh Rao bukan melambangkan pemimpin yang mampu menyatukan rakyat pelbagai kaum di negara ini sebaliknya boleh dianggap prejudis kepada Tun Dr Mahathir Mohamad," katanya.




Layak Kah Bakal Seorang PM Negara Islam Mengeluarkan Doa Demikian ?

Posted: 01 Oct 2015 09:00 AM PDT

 'Saya harap tuhan balas bila anak Shahbudin kahwin'




Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamid mengecam penulis blog Shahbudin Husin kerana menjadikan majlis perkahwinan anaknya di Indonesia sebuah isu.

Beliau berharap tuhan akan menghukum Shahbudin ekoran tulisan dalam blog pada 20 September lalu itu.

"Saya harap Tuhan akan menghukum dia bila anak perempuan atau anak lelakinya berkahwin satu hari nanti.
"Di mana ada neraka...," kata Zahid yang kemudiannya menghentikan percakapan sebentar dan ketawa.

"Sudah, sudahlah, cukuplah...," kata Zahid yang tersenyum dan kemudiannya disambut ketawa hadirin dalam sidang media itu.

Sebelum itu Zahid memberi penjelasan berhubung persoalan yang dibangkitkan oleh Shahbudin berkaitan kehadirannya dalam majlis perkahwinan anak lelakinya sewaktu lawatan rasminya di Indonesia bulan lalu.

"Saya harap Shahbudin Husin yang mengenali saya sejak tahun 1987. Jangan main dengan perkataan dengan menyoal dan menyuruh saya menjelaskannya.

"Dia patut jumpa saya untuk (mendapatkan) penjelasan. Kenapa perlu dia tanya saya supaya menjelaskan kepada umum, sebab saya tak guna atau salah guna dana awam," katanya.

Menulis dalam blognya semalam, Shahbudin berkata beliau dipanggil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) kelmarin untuk memberi keterangan berhubung tulisannya bertajuk "Kenapa lawatan rasmi Zahid ke Indonesia sama tarikh dengan majlis sanding anaknya di Jakarta?".

Shahbudin antara lain bertanya berkaitan tarikh majlis perkahwinan itu diadakan kebetulan dengan lawatan rasminya, jumlah perbelanjaan dan pegawai serta tetamu Malaysia yang hadir.

Kerana Syed Ali, Umno disindir masuk muzium

Posted: 01 Oct 2015 08:30 AM PDT


Kerana Syed Ali, Umno disindir masuk muziumAnggota parlimen Taiping Nga Kor Ming hari ini menyifatkan pemimpin Umno Wilayah Persekutuan Syed Ali Syed Abbas Alhabshee sebagai "jahil dan tidak cekap".

Semuanya gara-gara tindakan ketua Umno Cheras itu yang semalam membangkitkan kenyataannya dalam sebuah rancangan bual bicara di kaca televisyen yang telah pun tamat lima tahun lalu.
"Tindakannya membuktikan Umno lebih baik diletak dalam muzium," katanya.

Syed Ali semalam menggesa kerajaan menarik lesen penyiaran NTV7 yang disifatkannya biadap, menghina kerajaan dan tidak menghormati sensitiviti rakyat pelbagai kaum.

Ia susulan tindakan NTV7 menyiarkan kenyataan seorang ahli panel "berbangsa Cina" yang membawakan cerita satira tentang kuiz terhadap pemimpin dunia yang hadir di sidang Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

dd

Menurut Syed Ali, kenyataan itu berbunyi:

"Dalam perkumpulan itu, Robert Mugabe mengadakan kuiz kepada ketiga-tiga pemimpin iaitu Barrack Obama, Wen Jia Bao dan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Antara soalannya, negara manakah enjin pesawatnya hilang tanpa berperang.

"Negara mana yang habiskan $10 juta membina 50 klinik1Malaysia tapi tiada doktor? Stadium negara manakah yang roboh sendiri walaupun gempa bumi tidak berlaku? Malangnya semua itu berlaku di Malaysia."
Najib kebetulan sekarang sedang menghadiri sidang PBB.

Ahli panel 'berbangsa Cina'

Seorang jurucakap stesen televisyen itu memberitahu Malaysiakini bahawa rancangan itu telah ditamatkan beberapa tahun lalu.

Ia bermula pada 1 April 2010 dan tamat pada 24 Jun tahun yang sama. Ia disiarkan langsung setiap Khamis.
Dilaporkan juga editor-editor rancangan itu meletakkan jawatan sebagai tanda bantahan terhadap usaha membatalkan rancangan yang didakwa terdapat campur tangan politik.

Semakan mendapati ahli panel "berbangsa Cina" itu ialah Nga, seorang tokoh DAP Perak.
Video berkaitan turut dimuat naik ke saluran perkongsian video YouTube.

vv

Nga hari ini menjelaskan, berbanding dengan 2010, ketika rancangan itu "Edition" disiarkan di NTV7, isu lain kini melanda negara, iaitu 1MDB dan derma RM2.6 bilion ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Kalai saya jadi ahli panel lagi, saya akan tanya, perdana menteri mana yang pandai terima derma? Syarikat mana tidak ada perniagaan tetapi kumpul hutang hingga RM50 bilion?" soalnya.

Nga juga secara sinis berkata saluran televisyen patut memanggil pembangkang untuk mempertingkatkan jumlah penonton, yang sekali gus membuat pengiklanan lebih baik.

Syed Ali tidak dapat dihubungi oleh Malaysiakini buat masa ini.

 
 

Exco: Bocor surat mufti untuk cetus ketidaktenteraman Susan Loone

Posted: 01 Oct 2015 07:00 AM PDT


Exco Hal Ehwal Islam Pulau Pinang Abdul Malik Kassim meluahkan rasa kesal mengenai surat daripada mufti negeri yang dibocorkan bagi mencetuskan rasa ketidaktenteman di kalangan komuniti orang Islam.

Beliau berkata ekoran kebocoran surat itu "dengan niat buruk mencetuskan ketidaktenteraman umum", kerajaan negeri dan Ketua Menteri Lim Guan Eng dipersalahkan kerana mencampuri urusan hal ehwal Islam di negeri itu.

"Itu tidak betul. Keputusan ini tiada kena mengena dengan kami, tapi disebab surat itu dibocorkan dengan niat tidak baik untuk mencetuskan masalah, sesetengah pihak mengancam untuk berdemonstrasi dan menjalankan aktiviti untuk mengganggu gugat kerajaan negeri.

"Kami sedang menyiasat bagaimana surat itu bocor dan siapa yang buat dan kami akan mengambil tindakan sepatutnya termasuk membuat laporan polis.

"Ia terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenai isu itu kerana proses menggazet fatwa itu mengambi tempoh yang panjang," katanya.

Beliau merujuk kepada fatwa yang dinyataan dalam surat pejabat mufti negeri bertarikh 1 September berkaitan keputusan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang melarang pembesar suara dan membenarkan hanya untuk azan solat sahaja.

Mufti Negeri Datuk Wan Salim Mohd Noor berkata keputusan itu tidak mencemarkan kesucian Islam sebaliknya ia berada di atas landasan ajaran Al-Quran dan Sunnah.

Perlis juga membuat larangan yang sama beberapa tahun sebelum ini tetapi pembangkang sudah mula menyalahkan Lim mengenai keputusan itu untuk dilaksanakan fatwa yang sama di Pulau Pinang.

Tajuddin beri amaran mahu lempang Cina Malaysia

Posted: 01 Oct 2015 06:15 AM PDT

Encik Politik Encik Polotik's photo.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman hari ini memberi amaran akan "melempang" rakyat Cina di negara ini jika mengadu masalah kepada pihak luar.


"Saya nak bagi amaran juga kepada Cina Malaysia jangan ingat bila ada masalah dia nak mengadu, sikit-sikit mengadu supaya ada yang lindungi mereka.


"Nak kena lempang macam itu," kata Tajuddin dalam sidang media selepas merasmikan Pameran Perdagangan dan Persidangan Herbal Asia 2015 di bangunan Matrade, Kuala Lumpur sebentar tadi.


Malah, anggota Majlis Tertinggi Umno itu meminta rakyat Cina di negara ini berhenti "berangan" bahawa ada pihak luar yang akan membela nasib mereka.


"Orang Cina yang ada di Malaysia jangan beranganlah bila ada "big boss" datang, ada "God Father" datang dari negara China sebab nak tolong dia.


"Jangan berangan begitu," katanya yang juga anggota Parlimen Pasir Salak.


Menurut Tajuddin lagi, kehadiran Duta Besar China Huang Huikang ke Malaysia hanya untuk melindungi rakyat negaranya yang melancong di Malaysia.


"Dia kata nak lindungi rakyat dia bukan Cina Malaysia, buat apa nak campur tangan. Saya pun marah kalau dia campur tangan.


"Duta China kata kenyataan dia telah digembar-gemburkan, dia tidak ada niat campur tangan dalam hal ehwal negara kita, tak ada niat nak membela orang Cina di sini," kata Tajuddin.


Huang semalam mengingatkan bahawa lawatannya ke Jalan Petaling Jumaat lalu tidak harus dijadikan sebagai satu isu anti kerajaan Malaysia.


Huang mengulangi kunjungannya sebagai lawatan muhibah dan untuk mengetahui sama ada terdapat sebarang kebimbangan keselamatan, sebelum membuat keputusan sama ada akan mengeluarkan nasihat perjalanan kepada pelancong dari China.

Lagi tekanan supaya Saifuddin keluar Umno Shakira Buang

Posted: 01 Oct 2015 05:30 AM PDT



Bekas timbalan menteri Datuk Seri Saifuddin Abdullah terus menerima tekanan untuk keluar parti selepas hadir ke mesyuarat pembentukan gabungan baru pembangkang Pakatan Harapan.

"Saifuddin itu lebih baiklah masuk pembangkang, tak payah jadi ahli Umno. Dia dah lebih mirip kepada pembangkang.

"Jadi, supaya jelas tak perlulah lagi dia nak sebelah sini atau sana.

"Sangat jelas ia bertentangan dengan polisi kerajaan," kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turut mencadangkan Saifuddin menyertai pembangkang jika gemar menghadiri program musuh politik BN itu.

Umno telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepadanya untuk dijawab dalam tempoh 14 haru, yang tamat pada 6 Oktober ini.

Saifuddin, ketua pegawai eksekutif Pergerakan Moderat Global (GMM) berkata,kehadirannya ke pelancaran Pakatan Harapan atas kapasiti sebagai pengerusi Akademi Belia.

Tiga parti pembangkang - PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) secara rasmi membentuk Pakatan Harapan sebagai wadah baru selepas Pakatan Rakyat berkubur.



PAS tidak menyertai gabungan itu.

FITNAH UMNO Terhadap KM Pulau Pinang Telah Terbongkar ?

Posted: 01 Oct 2015 05:00 AM PDT

Lee Penang's photo.
Jawapan KM Pulau Pinang yang dituduh dan difitnah kononnya menghentikan peruntukan untuk SAR dan pondok2 agama..

p/s: mereka yang diberi gelaran oleh penyokong mereka ustaz atau ulamak juga tidak terlepas dari menfitnah.. oleh itu, semoga kita semua pandai menilainya...

Umno tidak akan sokong himpunan baju merah Kajang, kata Ku Nan OLEH MELATI A. JALIL

Posted: 01 Oct 2015 04:15 AM PDT


Umno tidak akan sokong sebarang protes jalanan, kata setiausaha agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, termasuk himpunan baju merah.

Umno tidak akan sokong sebarang protes jalanan, kata setiausaha agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, termasuk himpunan baju merah.

Umno tidak akan menyokong sebarang protes jalanan, kata setiausaha agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, ketika salah seorang ahlinya Datuk Jamal Md Yunos, merancang mengadakan satu lagi perhimpunan baju merah, kali ini di kawasan pembangkang di Kajang.

Tengku Adnan berkata, pemimpin Umno yang turut hadir di perhimpunan baju merah pertama pada 16 September atas kedudukan mereka dalam badan bukan kerajaan (NGO), bukan kapasiti parti.

Katanya, pemimpin parti itu sepatutnya lebih bijak dan tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan Umno.

"Kami tak pernah sokong perhimpunan ini, termasuk himpunan baju merah," kata menteri wilayah persekutuan itu pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

"Kami tak pernah sokong demonstrasi jalanan. Saya ahli Parlimen, pembangkang juga ahli Parlimen, dan mereka tahu undang-undang.

"Semua kita setuju dalam Parlimen yang kita boleh mengadakan demonstrasi dalam satu kawasan yang tertutup," katanya. – 1 Oktober, 2015.
 
 
 
 
See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

PULAU PINANG - FAKTA JELAS AGAMA ISLAM JAUH LEBIH BAIK DI BAWAH PR BERBANDING BN.

Posted: 01 Oct 2015 03:30 AM PDT


Kita tidak mungkin akan dapat membandingkan corak pemerintahan di pulau Pinang di antara BN dan PR sekiranya kita tidak berani berubah pada PRU12 tahun 2008 dulu... 

Atas sikap berani berubah rakyat Pulau Pinang pada 2008 lalu lah.. 

Maka kita kini boleh mendapatkan "FAKTA" yang jelas,pentadbiran yang manakah jauh lebih baik di antara BN dan PR dalam mentadbir Pulau Pinang...

Aku ingin kongsikan pemerhatian seorang anak jati Pulau Pinang terhadap pentadbiran Pakatan Rakyat selama 3 tahun lebih di pulau Pinang....


Nama beliau adalah Syed Imran....
beliau merupakan bekas Setiausaha Akhbar Menteri di Jabatan Perdana Menteri....
dan juga pernah menjadi wartawan Bernama suatu ketika dahulu...

Dalam blog beliau KUDA RANGGI..
beliau menyatakan bahawa apa yang dipaparkan di media perdana negara adalah sangat berbeza dengan keadaan  sebenar di Negeri di bawah Pentadbiran PR itu...

Beliau menggambarkan bahawa laporan yang sering dipaparkan oleh media perdana hanyalah bertujuan mencipta persepsi "salah" supaya rakyat marah dengan  kerajaan negeri Pulau Pinang yang mana Ketua Menterinya adalah Lim Guan Eng dari DAP..


Beliau menyatakan Pentadbiran Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, telah membuktikan kecemerlangan khususnya dalam aspek pentadbiran kewangan dan memelihara kebajikan rakyat.

Belanjawan atau Bajet  2012 Kerajaan Negeri Pulau Pinang berjaya mengurangkan hutang yang ditinggalkan kerajaan terdahulu daripada RM630.13 juta kepada RM29.66 juta dalam tempoh tiga setengah tahun sahaja. 

Pengurangan hutang sebanyak RM600.47 juta atau 95.29 % adalah kadar yang paling cemerlang di antara semua negeri di Malaysia.

Cuba kita lihat betapa besarnya jumlah hutang yang ditinggalkan oleh Kerajaan Negeri dahulu iaitu BN yang mewakilkan Parti Gerakan untuk mentadbir Pulau Pinang...

Dan lihat betapa pantasnya pulak Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat menyelesaikan hutang yang ditinggalkan oleh BN tersebut dalam 3 tahun setengah sahaja...

Orang melayu tidak sedar...
mereka mempunyai satu sikap yang sentiasa cuba menafikan dan menolak fakta kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang hanya kerana negeri itu ditadbir oleh Ketua Menteri dari DAP...

Orang melayu kena ubah minda...
kerana fakta yang kita ada kini menunjukkan bahawa pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada masa kini adalah jauh lebih baik dari pelbagai sudut..


Mari kita lihat perbandingan peruntukan kepada hal ehwal agama Islam di Negeri Pulau Pinang ketika di zaman BN dan juga ketika ditadbir oleh Pakatan Rakyat pada masa ini..







Janganlah kita tolak kebaikan hanya semata-mata kita "dimomokkan" persepsi yang tidak benar mengenai DAP...

Aku tahu..
orang melayu sejak dari dulu lagi "dipaksa" menerima propaganda yang dibawakan UMNO bahawa DAP itu Komunis... dan komunis itu adalah DAP...
itu adalah propaganda yang dimainkan UMNO sejak lama dulu....

Ini terjadi kerana dulu tiadanya media baru bagi menyeimbangkan antara "FAKTA" dan "PROPAGANDA" ciptaan UMNO....

Kini..
maklumat sampai kemerata ceruk kampung....
dan kini..
tiba masanya kita berubah...

Segala fakta yang ada telah meletakkan kita wajib untuk berubah..
 
 
berubah menolak BN...!!


 

Kenapa jemput Dr Mahathir minum petang, Ku Nan tanya cawangan Umno OLEH MELATI A. JALIL

Posted: 01 Oct 2015 02:46 AM PDT

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor menyampaikan ucapan perasmian Program Keluarga Angkat Yayasan Kesejahteraan Bandar (YKB) bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim, 1 Oktober, 2015.Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Teuku Adnan Mansor menyampaikan ucapan perasmian Program Keluarga Angkat Yayasan Kesejahteraan Bandar (YKB) bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, hari ini.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Teuku Adnan Mansor menyampaikan ucapan perasmian Program Keluarga Angkat Yayasan Kesejahteraan Bandar (YKB) bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, hari ini

Sebuah cawangan Umno di Selangor akan diminta menjelaskan niat pihaknya mengundang Tun Dr Mahathir Mohamad ke sebuah majlis minum petang pada Sabtu, kata setiausaha agung parti Datuk Seri Teuku Adnan Tengku Mansor hari ini.

Katanya, Umno cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka itu, di bawah Umno bahagian Pandan, boleh meneruskan rancangannya sekiranya ia tidak melanggar etika parti.

"Saya tak tahu, saya tak tahu kenapa mereka jemput Dr Mahathir.

"Kami akan tanya niat mereka, kalau ia dengan niat baik dan tidak menjejaskan parti (dan) mengikuti etika, mereka boleh teruskan," katanya pada satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, tindakan akan diambil terhadap cawangan itu sekiranya melakukan sesuatu yang bercanggah dengan etika parti.

Ketua Umno cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka, Syed Saifuddin Syed Harman berkata, keputusan itu dibuat jawatankuasanya memandangkan keadaan politik yang membimbangkan ketika ini.

Ia adalah cawangan Umno pertama di negara ini yang mengadakan program yang membenarkan ahli mendengar daripada bekas presiden Umno itu, yang ketika ini berkempen untuk menggulingkan presiden parti Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.

"Tiada cawangan lain sedia tampil ke depan dalam keadaan krisis politik dan kepimpinan ini. Saya mengambil inisiatif ini untuk memberi negarawan seperti Dr Mahathir memberi penjelasan kepada rakyat.

"Beliau seorang ikon Umno. Suka atau tidak, beliau masih popular di kalangan pemuda dan akar umbi," beliau dipetik berkata portal itu.

Majlis minum petang itu akan diadakan di Hotel De Palma Hotel pada Sabtu dan terbuka kepada orang ramai. – 1 Oktober, 2015.



- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/

Kenapa jemput Dr Mahathir minum petang, Ku Nan tanya cawangan Umno

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor menyampaikan ucapan perasmian Program Keluarga Angkat Yayasan Kesejahteraan Bandar (YKB) bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim, 1 Oktober, 2015.Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor menyampaikan ucapan perasmian Program Keluarga Angkat Yayasan Kesejahteraan Bandar (YKB) bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim, 1 Oktober, 2015.Sebuah cawangan Umno di Selangor akan diminta menjelaskan niat pihaknya mengundang Tun Dr Mahathir Mohamad ke sebuah majlis minum petang pada Sabtu, kata setiausaha agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini.
Katanya, Umno cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka itu, di bawah Umno bahagian Pandan, boleh meneruskan rancangannya sekiranya ia tidak melanggar etika parti.
"Saya tak tahu, saya tak tahu kenapa mereka jemput Dr Mahathir.

"Kami akan tanya niat mereka, kalau ia dengan niat baik dan tidak menjejaskan parti (dan) mengikuti etika, mereka boleh teruskan," katanya pada satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini. Bagaimanapun, beliau berkata, tindakan akan diambil terhadap cawangan itu sekiranya melakukan sesuatu yang bercanggah dengan etika parti.
Ketua Umno cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka, Syed Saifuddin Syed Harman berkata, keputusan itu dibuat jawatankuasanya memandangkan keadaan politik yang membimbangkan ketika ini.
Ia adalah cawangan Umno pertama di negara ini yang mengadakan program yang membenarkan ahli mendengar daripada bekas presiden Umno itu, yang ketika ini berkempen untuk menggulingkan presiden parti Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.
"Tiada cawangan lain sedia tampil ke depan dalam keadaan krisis politik dan kepimpinan ini. Saya mengambil inisiatif ini untuk memberi negarawan seperti Dr Mahathir memberi penjelasan kepada rakyat.
"Beliau seorang ikon Umno. Suka atau tidak, beliau masih popular di kalangan pemuda dan akar umbi," beliau dipetik berkata portal itu.
Majlis minum petang itu akan diadakan di Hotel De Palma Hotel pada Sabtu dan terbuka kepada orang ramai. – 1 Oktober, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kenapa-jemput-dr-mahathir-minum-petang-ku-nan-tanya-cawangan-umno#sthash.p7BjSlWA.dpuf

Apa yang dikatakan oleh Nik Amar ini mengesahkan 'DAP anti Islam' cuma wayang saja Pas tak gaduh dengan DAP

Posted: 30 Sep 2015 11:15 PM PDT

Zar Ali's photo.

KUALA KRAI: Pas tidak bergaduh dengan DAP, sebaliknya hanya memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan parti itu selepas kedua-duanya dilihat tidak sehaluan dalam pelbagai isu. 

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, selepas kerjasama politik kedua-dua parti politik itu berakhir, beliau tidak menafikan terdapat serangan berhubung isu tertentu. 

"Serang menyerang itu perkara biasa selepas hubungan terlerai, tetapi saya nasihatkan DAP supaya mengawal diri dan tidak menyerang Pas dan kepimpinan parti. 

"DAP tidak boleh kawal diri, dia serang parti, minta putuskan hubungan dengan presiden parti dan kita hanya mengambil sikap memberikan reaksi kepada cadangan DAP supaya menukar presiden," katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Lawatan Kerja dan Majlis Penyampaian Hak Milik Tanah, Bayaran Dividen Ladang Rakyat Negeri Kelantan dan Bantuan Persekolahan kepada Pelajar YIK di Masjid Peria di sini, petang kelmarin. 

Menurut laporan akhbar semalam, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah menjelaskan 'bosan' dengan hubungan antara DAP dan Pas selepas kedua-duanya berpecah dan bakal menjejaskan sokongan pengundi kepada pembangkang pada pilihan raya umum akan datang. 

Timbalan Presiden Pas itu mengakui sedar akan perpecahan antara kedua parti berkenaan tidak menguntungkan kedua-dua belah pihak dan sudah dimaklumkan pada peringkat awal lagi. 

Beliau berkata, apabila timbul isu hudud misalnya beliau meminta supaya diselesaikan secara bijaksana.
Mohd Amar turut menjelaskan hubungan parti itu dengan PKR dan Menteri Besar Selangor tidak ada masalah dan berjalan lancar. at 10/01/2015