ZAKRI ALI |
- Jemaah juri persekutuan AS siasat Najib, keluarga
- Tiada keperluan lagi untuk panggil Mahathir - Noor Rashid
- AZMIN PINTAR ATAU PAS YANG TIADA MARUAH?
- JELAS PARTI UNTUK KAYAKAN DIRI
- Pakatan Harapan - Macam Orang Demam, PAS Dan Harakah Terus Meracau
- Rogol Artis - Jamal Buat 17 Laporan Polis
- Kumpulan pro-BN kempen asak keluarga Mahathir Shakira Buang
- Mufti Perak saran Putrajaya mansuh sekolah vernakular, elak perbalahan kaum
- Adakah bayaran AS$1 bilion kepada Abu Dhabi satu penipuan, soal Pua
- Putrajaya rayu keputusan mahkamah batalkan penggantungan The Edge OLEH V ANBALAGAN DAN DEBORAH LOH
- Belum ada keperluan panggil Dr Mahathir, kata polis OLEH DIYANA IBRAHIM
- POLITIK + MUSUH
- Amah Dipenjara 'Rogol' Anak Majikan
Jemaah juri persekutuan AS siasat Najib, keluarga Posted: 23 Sep 2015 09:00 AM PDT PDRM dah tangkap pegawai-pegawai SPRM yang siasat 1MDB. PDRM dah tangkap bekas penasihat SPRM. SPRM dah tangkap pegawai pejabat peguam negara. PDRM dah tangkap orang yang buat laporan berkaitan 1MDB di luar negara. Ramai yang dah kena tangkap tuh! Bagus! Bagus! Bravo Khalid!! Tapi bila lagi PDRM nak soal-siasat Najib dan keluarganya? Tanya siapa Pak Arab yang baik hati sangat tu?? Abu Jahal atau Ahmad Albab?? Hahahaha! Jemaah juri persekutuan di Amerika Syarikat (AS) sedang meneliti dakwaan rasuah melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan beberapa individu yang dekat dengannya, lapor New York Times (NYT). Menurut akhbar itu, inkuiri menumpukan kepada harta tanah di AS yang dibeli dalam tahun-tahun terakhir oleh sebuah syarikat tidak aktif didakwa milik anak tirinya serta beberapa harta tanah dikaitkan dengan rakan rakan keluarganya. Inkuiri itu dilapor dibuat oleh sebuah unit dalam Jabatan Keadilan AS yang menyiasat kes rasuah antarabangsa. NYT juga melaporkan para penyiasat juga meneliti bayaran AS$681 yang dibuat daripada bank berpangkalan di AS, yang dipercayai dimasukkan ke akaun peribadi Najib di Malaysia. NYT sebelum itu melaporkan, lebih daripada AS$150 juta harta tanah kediaman mewah dikaitkan dengan anak tiri Najib, Riza Aziz dan seorang ahli perniagaan Jho Low. Dua kediaman mewah dalam siasatan itu didakwa dimiliki oleh syarikat tidak aktif yang mempunyai kaitan dengan keluarga Low sebelum dipindahkan ke syarikat tidak aktif yang dikaitkan dengan Riza. Satu daripada dua harta tanah itu juga dipindahkan tanpa diisytiharkan, dakwa NYT. Jurucakap Low mempertahankan keputusan pemindahan itu, dengan berkata jualan harta tanah kepada Riza dibuat dengan harga pasaran yang setimpal. Jabatan Perdana Menteri tidak mengulas berhubung inkuiri baru itu. Sementara jurucakap Jabatan Keadilan AS enggan mengulasnya ketika dihubungi NYT. Wakil Riza dan Low menjawab perniagaan mereka mengikut peraturan. Siasatan itu dikatakan baru bermula dan akan memakan masa bertahun-tahun untuk menentukan sama ada undang-undang AS telah dilanggar. | ||
Tiada keperluan lagi untuk panggil Mahathir - Noor Rashid Posted: 23 Sep 2015 08:15 AM PDT MAHATHiR AKAN TURUN KUALA LUMPUR 23 Sept. - Polis masih menunggu siasatan rapi diselesaikan terlebih dahulu sebelum Mahathir Mohamad dipanggil untuk memberi kenyataan. Timbalan Ketua Polis Negara, Noor Rashid Ibrahim memberitahu, setakat ini masih belum ada sebarang keperluan untuk memanggil dan mengambil keterangan negarawan itu berhubung ucapannya pada perhimpunan haram Bersih 4, baru-baru ini. - KAH KAH KAH woit gwa kecewa laaaa pasal apa tak panggil tanya mahathir kenapa turun jalan raya dulu kata demo bukan budaya kita kah kah kah semenjak bila demo jadi budaya kah kah kah BUDAYA KiTA --------------- | ||
AZMIN PINTAR ATAU PAS YANG TIADA MARUAH? Posted: 23 Sep 2015 07:30 AM PDT Apabila Azmin membuat kenyataan, keputusan rundingan meja bulat membentuk Pakatan Harapan itu tiada kaitan dengan Kerajaan Selangor; ramai yang marah. Laman sosial pro-Pakatan Harapan penuh dengan status marah-marah dan sindiran. Dalam banyak-banyak posting itu Yong tertarik dengan status seorang yang memakai nama Tok Usin UG Ceroi: Postingnya lucu tetapi padat dengan sindiran. Untuk memudahkan pembacaan, Yong copy paste semula tulisan Tok Usin UG Ceroi dengan struktur ejaan yang betul. Tok Usin jangan marah yer! Pembaca Yong ada yang sudah jadi warga emas dan sukar memahami bahasa singkatan. Ramai cucu tok tanya pendapat tok tentang pendirian MB Selangor yang kata Pakatan Harapan tiada kaitan dengan Selangor. Azizah pun kata kerajaan Selangor di bawah Azmin masih kukuh kerana masih dapat majoriti sokongan dalam DUN. Pendapat tok gini. Tindakan Azmin itu sebenarnya untuk memalukan parti tok. Kenapa tidak? Pakatan Harapan telah diwujudkan tanpa parti tok. Patutnya parti tok sedar diri termasuk semua exco di Selangor dan ADUN2 di Selangor. Apa patut parti tok buat jika parti tok ada maruah? Pertamanya, semua ADUN parti tok istihar tarik diri dari menyokong Azmin sebagai MB Selangor. Kedua, semua Exco dari parti tok meletakkan jawatan dari kerajaan Selangor termasuk mereka yang memegang jawatan dalam syarikat GLC di Selangor. Tindakan Azmin ini tok lihat amat bijak untuk memerangkap parti tok. Kenyataan Azizah ini juga bijak kerana menyerahkan kembali bola ke kaki parti tok. Sekarang, rakyat nak lihat sejauh mana maruah yang ada pada parti tok? Kalau semua ADUN dan Exco parti tok buat selamba saja dengan keputusan Pakatan Harapan yang terang jelas singkirkan parti tok, ertinya parti tok memang gila kuasa dan jawatan, dan sanggup jadi parti tak bermaruah serta terhegeh2 di Selangor. Tok rasa Pakatan Harapan memang sengaja lakukan semua ini untuk menunjukkan betapa parti tok memang takde maruah diri. Tak sedar orang sudah tidak mahu tapi masih tak berani nak keluar dari menyokong Azmin. Azmin pun cerdik, dia tak mahu dilihat menghalau. Azmin juga mahu lihat sejauh mana maruah parti tok. Bagi tok, sesiapa yang marah kat Azmin mereka tak tahu stail Azmin yang pintar politiknya. Yang nampak bodoh adalah parti tok yang tebal muka masih mahu bersama PKR. Baru kita faham, di mulut sebut jihad dan perjuangan Islam, tapi maruah terlalu rendah bila takut nak letak jawatan.. ******************** Kalau tak faham atau kalau takut hilang jawatan, jangan jadi ahli politik. Rakyat melihat dan menilai apa yang kamu cakap dan yang buat.
Kedudukan jawatan di Pulau Pinang yang sudah terang, kerana Ketua Menterinya DAP pun enggan letak jawatan! Inikan pula di Selangor! Ini bukan soal ulama atau bukan ulama. Ini soal maruah. JANGAN CAKAP TAK SERUPA BIKIN. | ||
JELAS PARTI UNTUK KAYAKAN DIRI Posted: 23 Sep 2015 06:45 AM PDT PENUBUHAN mana-mana parti di kertas memang elok termasuk pelaksanaan di awal cerita tika UMNO ditubuhkan di Istana Johor. Nama asal UMNO ialah UMO dan kemudian pendeta Zaaba ubah bubuh "N" yang maknanya Nasional. Masa penubuhan UMNO itu sebenarnya tiada dicatat bangsa Melayu, yang ada hanyalah mereka/kumpulan yang datang dari negeri selangor iaitu "persatuan guru2 negeri Selangor" yang lain semuanya ada bangsa jakun, asli dan macam2 bangsa yang ditentukan dalam rumpun Melayu. Meski demikian UMNO itu saya kira parti BUGIS sebab ditubuhkan di Istana keturunan BUGIS dan di johor rata2nya di sana berbangsa Bugis, cuma yang di Pahang itu barangkali bugis sesat dari Johor atau ada keturunan penyair Raja Ali di sana tersesat tak tahu jalan lalu diam di Pekan. UMNO asalnya memang baik mahukan kemerdekaan tanah Melayu tetapi sesudah memerintah dan pemimpinnya guna cogan kata pimpin sampai mati oleh keturunan bapa/anak cucu biras maka beginilah sekarang Malaysia ini semacam SYARIKAT SENDIRI/kementerian kewangan diri sendiri punya bisa keluarkan surat jamin pinjam RM42 bilion dan bisa juga wang itu dimasukkan ke akaun sendiri. Inilah yang terrjadi kala ditanya mereka kata yang bertanya PENGKHIANAT bangsa Melayu dan sebelum itu mereka sediakan AKTA agar orang bank ditangkap kala sebar maklumat dan ini sebenarnya dicipta oleh akal otak pencuri lebih awal agar dia bebas lakukan apa saja kebobrokan/penipuan yang segala macam. Inilah namanya negara Malaysia yang kita cintai meski dihambur di TV, utusan Malaysia bagus, padahal sekarang rakyat cukup terseksa kesan negara hampir muflis, makanya PM Najib minta rakyat bayar hutang lalu dikenakan GST dan cukai berganda. Apa jadahnya ini? ISMAILY BUNGSU sabah 23/9/2015 | ||
Pakatan Harapan - Macam Orang Demam, PAS Dan Harakah Terus Meracau Posted: 23 Sep 2015 06:00 AM PDT SIDANG meja bulat yang diutarakan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail (WAWI) tidak lebih daripada keterdesakan PKR dalam mendepani situasi politik ketika ini. Hal ini kerana, PKR adalah parti yang paling tidak mendapat perhatian dan seakan terkapai-kapai mencari pautan. WAWI sendiri tidak pasti hendak membuat keputusan tatkala PKR sendiri masih mahu mengikat diri hubungan bersama PAS. Tetapi WAWI nampaknya cepat teruja di samping permainan penasihat-penasihat kelilingnya untuk dilihat merekalah peneraju Pakatan Rakyat 2.0. Maka persidangan meja bulat selama hanya dua jam yang sepatutnya menjadi medan perbincangan sahaja tiba-tiba menatijahkan keputusan pembentukan Pakatan Harapan. Lontaran WAWI itu bukan kali pertama, telah dikeluarkan kenyataan seumpama berkali-kali, tetapi ia tidak bersambut. Tidak bersambut lantaran WAWI itupun bertanding di Dun Kajang dulu atas 'ihsan'. Malah, dalam banyak keputusan politiknya, bukanlah berdiri atas kaki sendiri, tapi arahan atau suara di sebalik tirai besi. Bahkan, di keliling pinggangnya terdiri daripada penasihat-penasihat terlalu eksklusif yang dijelik ahli parti sendiri. Saat WAWI melontarkan ajakan untuk persidangan itu, tarikh, masa dan tempat terus sahaja ditetapkan. Tiada lagi persetujuan diminta daripada parti-parti kerana hasrat ingin mengungguli barangkali. Tapi barangkali juga beliau menjadi alat pihak tertentu sebagai proksi mengadakan persidangan itu. Lantas segeranya perlu mengadakan sidang itu tidak lebih untuk mengesahkan kewujudan Parti Amanah Rakyat (PAN) yang baru dilancarkan. Sedangkan PAN itu masih ada prosedur pendaftaran yang belum dipenuhi, masih ia berbayang-bayang dan tidak pasti. Persidangan itu akan lebih bermakna buat PAN jika PAS hadir supaya diberi kredit ke atas kelahiran tidak sah taraf itu. Malang bagi mereka, PAS melontarkan bunga-bunga awal kemungkinan tidak hadir. Anehnya, kedengaran suara-suara rayuan daripada PAN mengharap PAS hadir dan tidak kurang yang merasa lebih bagus tanpa PAS sebagaimana dinyatakan Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub. Persidangan itu juga dilihat lebih bermotif untuk merendahtarafkan PAS yang peranan belakangnya tentulah dari DAP. Sebab itu mana mungkin PAS hadir untuk berunding sedangkan perbincangan melibatkan mereka yang mengkhianati PAS hingga menubuhkan wadah baru PAN. Diikut serta pula DAP yang telah memutuskan hubungan dengan PAS dan menyerang PAS bertubi-tubi. PAN sendiri menuduh PAS menghalau mereka untuk membentuk wadah baru. Hakikatnya mereka sudah tidak diterima dalam PAS oleh akar umbi sendiri. Mereka diturunkan secara demokrasi sebagaimana juga selama ini mereka dinaikkan. Setelah gagal mendapat tempat, tiba-tiba mereka mendakwa PAS menghalau? Sedangkan ketika sama juga, mereka enggan patuh kepada dasar dan prinsip PAS. Lihat sahaja bagaimana untuk mewajarkan keluarnya mereka daripada PAS, maka hukum-hakam berkenaan talak taklik dirungkai. Dirujuk kepada ulama segenap pelosok dunia secara tidak benar dengan masalah yang terjadi. Bahkan selama ini para ulama telah mereka kesampingkan. Para ulama direndahkan semahu-mahunya serta dihilangkan keyakinan atas ulama. Sayangnya mereka gagal memahami tabiat agama ini yang tidak mungkin Allah pisahkan perjuangan agama-Nya daripada peranan ulama. Kafarahnya jelas, sehingga hari ini PAN tidak lebih dari 'syok sendiri'. Belum ada kepastian mereka secara sah menurut perundangan negara menjadi parti politik. Dasar dan halatujunya kabur. Mereka sedari awal cuba meminta PAS berkompromi memberi laluan atau kerusi untuk mereka tandingi pilihan raya nanti setelah mereka curi kerusi-kerusi yang ada. Mereka mahu PAS merayu pada mereka dan lunak dengan pelbagai tawaran mereka. Maaf, Presiden PAS sudahpun tegaskan tidak akan bekerjasama dengan pengkhianat yang lebih bahaya daripada musuh dan itulah pendirian seluruh ahli PAS ketika ini. Titik. Setelah perbincangan hari ini dan sebagaimana diumumkan lahirnya Pakatan Harapan, maka rakyat Malaysia akan lihat pada media propaganda mereka kepada sensasi berita adalah mengenai ketidaksertaan PAS dan sekitar kehadiran Ahli Parlimen PAS, Datuk Mahfuz Omar. Laporan mengenai koalisi itu tidak akan diberi perhatian besar melainkan yang diada-adakan kerana sememangnya persidangan dua jam itu hanya berkepentingan semata-mata. Perkara ini berbeza dengan Kongres Rakyat yang dijana PAS, walaupun tidak mendapat liputan sewajarnya, tetapi ulasan di kalangan profesional memperlihatkan ia mendapat reaksi positif secara berterusan dan PAS bersama NGO terlibat mesti terus menggembleng agenda ini ke akar umbi rakyat. Ketika sama, di akar umbi PKR tidak sepenuhnya mendokong untuk mewujudkan PR2.0 tanpa PAS. Mereka pening dan keliru serta gusar tanpa adanya PAS selaku pemain utama politik negara masa kini. Selepas ini pasti ada banyak kenyataan menjurus pelawaan kepada PAS. Dalam situasi ini, PAS umpama anak dara sunti. Ketamakan dan gelojoh mereka pasti dapat dilihat selepas ni terutama PAN dan DAP. Jika gagal menundukkan PAS, mereka pasti cuba mengganggu Kerajaan Selangor. Maka waktu itu, PKR sekali lagi akan menjadi bola dan mungkin akan ada drama setara 'Kajang Move'. Aneh juga apabila PAN cenderung menyerang termasuk kepada Kerajaan Kelantan pimpinan PAS. Bahkan berkali-kali meremehkan PAS dan mendakwa PAS telah lumpuh dari penghijrahan 'beramai-ramai' ahlinya menyertai PAN. Tidak terlihat pula PAN menyerang Umno-BN dan lebih hipokrit apabila PKR dan DAP juga sebelum ini menghulurkan tangan kepada BN, selain pemimpin mereka dilihat jauh lebih riang gembira dan mesra bersama pemimpin BN. Rakyat akan menjadi makin menyampah kepada suasana politik negara. Ahli akademik juga golongan profesional yang adil pula akan melihat bahawa secara empiriknya PAS dan Umno sahaja sesuai dibandingkan dalam keutuhan politik sebenar atas faktor-faktor semasa, kestabilan, sejarah, dasar, jentera dan lain-lain. Kita hanya usaha dan doa, moga-moga kecenderungan itu banyak pada PAS. Ikatan dan segala catatan mengenai kerangka kewujudan PR2.0 atau Pakatan Harapan ini akan tertumpu kepada ikatan mengenai pembahagian-pembahagian antara mereka dan kehendak parti-parti. Isu kerusi, isu jawatan, hudud dan banyak isu-isu yang PAS pernah ditekan atasnya akan menjadi keutamaan. Sebaliknya perkara-perkara yang mereka laung seperti AMANAH, PEDULI PROGRESIF, INKLUSIF dan seumpama itu akan mula hilang sikit demi sedikit. Entah ke mana mereka akhirnya, hal itu hanya ada dalam ilmu Allah. Wallahu'alam. - harakahdaily | ||
Rogol Artis - Jamal Buat 17 Laporan Polis Posted: 23 Sep 2015 05:15 AM PDT Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia Datuk Jamal Md Yunos hari ini membuat 17 laporan polis berhubung pelbagai dakwaan yang dianggapnya fitnah dan tohmahan. Antara laporan polis yang dibuat berhubung dakwaan dalam media sosial dan blog yang mendakwa beliau ingin merogol seorang artis. Beliau juga membuat laporan polis berhubung dakwaan sebuah lagi blog yang memaparkan gambar beliau bersama Datuk Seri Najib Razak dan mendakwa menerima wang berjumlah RM3 juta dari perdana menteri. "Saya buat laporan polis hari ini mengenai fitnah dan tohmahan di media sosial. "Saya lihat semakin keterlaluan. Jadi hari ini saya bersama peguam, dah berbincang beberapa hari yang lepas untuk ambil tindakan pada mereka yang tak bertanggungjawab," katanya. Jamal berkata demikian dalam sidang media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya hari ini. - mkini | ||
Kumpulan pro-BN kempen asak keluarga Mahathir Shakira Buang Posted: 23 Sep 2015 04:30 AM PDT Dilihat sebagai reaksi balas, kumpulan pro-BN kini cuba mengaitkan keluarga Tun Dr Mahathir Mohamad dengan dakwaan rasuah. Mendakwa masih mengumpulkan "bukti kukuh" untuk dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan polis, mereka membangkitkan keraguan berhubung kekayaan dua anak Mahathir . Perkara itu antara yang ditimbulkan dalam sidang media Pertubuhan Penyokong Barisan Nasional Malaysia (PPBNM) dalam sidang media khusus berkaitan perkara itu di Kuala Lumpur hari ini. "Ramai tahu tentang rekod kekayaan yang didapati atau dimiliki oleh keluarga mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad. "Ada juga bertanya bagaimana kedua-dua anaknya iaitu Mirzan dan Mokhzani dapat kekayaan pada dalam masa yang begitu singkat dan cepat. "Malah, semua bukti ini banyak terdapat di media sosial sama seperti di WSJ (Wall Streeet Journal)," kata timbalan pengerusi kumpulan Dr Lee Nan San. Lee mendakwa kedua-dua anak perdana menteri keempat itu menjadi jutawan dan berada dalam kalangan kelompok rakyat Malaysia paling kaya dalam tempoh tiga tahun sahaja. Beliau juga turut mempersoalkan daripada mana datangnya hasil kekayaan kedua-dua lelaki Mahahir itu. "Kalau mereka ada kehandalan atau kecekapan dalam perniagaan dari mana modal permulaan itu datang? Adakah begitu mudah diperoleh dari kontrak atau perniagaan antarabangsa? "Kita bimbangan mungkin ada unsur rasuah atau penyalahgunaan kuasa semasa Tun Mahathir menjadi PM," kata Lee lagi. Bagaimanapun ditanya kenapa baru kini beliau membangkitkan isu tersebut, Lee berkata beliau berkata perkara itu baru menjadi perbincangan di Internet. "Dua, tiga hari ini saya baca di laman sosial. ramai yang bertanyakan bagaimana anak Tun M dapat kekayaan. Malah, ada rakyat yang mahu penjelasan mengenainya," katanya lagi. Mokhzani telah dinamakan sebagai orang kesembilan paling kaya di negara ini pada tahun 2014 oleh majalah Malaysian Business. | ||
Mufti Perak saran Putrajaya mansuh sekolah vernakular, elak perbalahan kaum Posted: 23 Sep 2015 03:45 AM PDT Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata sekolah vernakular masih lagi beroperasi hanya kerana permintaan supaya ia ditangguh, tetapi cadangan memansuhkannya sudahpun dibawa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata sekolah vernakular masih lagi beroperasi hanya kerana permintaan supaya ia ditangguh, tetapi cadangan memansuhkannya sudahpun dibawa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Pemansuhan sekolah vernakular mampu mengurangkan masalah perbalahan kaum di Malaysia, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, lapor Sinar Harian. Menurut akhbar berbahasa Melayu itu, Harussani menegaskan cadangan tersebut sudah dibawa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menteri kabinet yang lain. Bagaimanapun katanya, disebabkan kaum lain meminta agar perkara itu ditangguhkan, sehingga kini sekolah-sekolah tersebut masih beroperasi. "Yang jadi masalah, saya sudah tegur daripada dulu, saya sudah jumpa PM dan menteri semua. Saya kata, masa kemerdekaan dulu, perjanjiannya hanya satu sekolah kebangsaan. "Sekolah Cina akan ditutup dalam masa 6 bulan, sekolah India juga akan ditutup dalam masa 6 bulan. Semua bersetuju pada masa itu. Tetapi kerana Cina minta tangguh, kita pun kata ya, ya sampai sekarang," katanya kepada Sinar Harian. Harussani berkata, sekiranya hanya ada satu sekolah, masyarakat bukan Melayu di Malaysia akan menjadi seperti di Indonesia dan Thailand yang bertutur menggunakan bahasa kebangsaan. Beliau turut mengambil contoh senario yang berlaku di Singapura, pembubaran sekolah Melayu dan Cina menyebabkan peradaban rakyat di sana lebih baik berbanding Malaysia. "Di Singapura hanya ada satu sekolah iaitu Inggeris. Sekarang mereka sudah tiada beza, fikiran mereka juga sama sebab itu ada hormat-menghormati. "Cuma di sana, nampak Melayu diketepikan apabila mereka meminta kerja. Biasanya mereka memilih orang yang berkelulusan lebih tinggi dan lazimnya Cina yang lebih tinggi akademiknya," katanya kepada akhbar itu. Harussani turut mempersoalkan tindakan pemimpin kerajaan yang memberi muka kepada kaum lain untuk memerintah di Malaysia. – 23 September, 2015. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com. | ||
Adakah bayaran AS$1 bilion kepada Abu Dhabi satu penipuan, soal Pua Posted: 23 Sep 2015 03:00 AM PDT Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mempersoalkan sama ada pinjaman 1MDB dari konsortium Deutsche Bank kepada Deloitte Malaysia disembunyikan untuk mengaburi sumber pembayaran kepada International Petroleum Investment Corporation (IPIC) Abu Dhabi. Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mempersoalkan sama ada pinjaman 1MDB dari konsortium Deutsche Bank kepada Deloitte Malaysia disembunyikan untuk mengaburi sumber pembayaran kepada International Petroleum Investment Corporation (IPIC) Abu Dhabi. 1Malaysia Development Bhd (1MDB) didakwa menyembunyikan satu pinjaman dari konsortium bank antarabangsa daripada juruauditnya, Deloitte, bagi tujuan mengaburi sumber pembayaran kepada International Petroleum Investment Corporation (IPIC) Abu Dhabi, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua. Menurutnya, sumber AS$993 juta yang dibayar 1MDB kepada IPIC bagi menamatkan opsyennya adalah tidak jelas dan laporan berita menyebut ia mungkin datang dari AS$1.22 bilion yang ditebus 1MDB dari Kepulauan Cayman atau pinjaman sebanyak AS$975 juta daripada konsortium 6 bank pada Oktober 2014. "Soalan yang perlu ditanya sekarang adalah jika eksekutif 1MDB sekadar menggali lubang bagi menutup lubang menggunakan AS$975 juta yang tidak didedahkan itu bagi membayar penamatan opsyen itu, dan berpura-pura dana itu datang daripada pelaburan yang ditebus di Kepulauan Cayman. "Adakah ini satu langkah berani menutup lubang memandangkan tiada apa-apa yang nyata ditebus dari Kepulauan Cayman kerana wang yang dahulunya dilabur dengan PetroSaudi (International Limited) hilang?" soal Pua dalam satu kenyataan. Menurut Pua, beliau curiga apabila akaun diaudit 1MDB berakhir Mac 2014 tidak mendedahkan pinjaman dari konsortium Deutsche Bank kepada Deloitte Malaysia. Sebaliknya, 1MDB mendedahkan ia menebus AS$1.22 bilion dari Kepulauan Cayman, hanya untuk ia digunakan serta merta untuk opsyen itu. Perkara ini dan kerahsiaan yang melingkari pinjaman itu menimbulkan kecurigaan, katanya. Pelaburan Kepulauan Cayman datangnya dari penamatan pelaburan kontroversi 1MDB dengan PetroSaudi International Limited pada September 2012, katanya. "Sekarang 1MDB perlu jelaskan dengan terus-terang sebab mengapa pinjaman dari konsortium Deutche Bank itu tidak pernah didedahkan kepada juruauditnya, berapa jumlah dibayar bagi memansuhkan opsyen itu dan sumber asal wang tersebut – dari Deutsche Bank atau dari penebusan Kepulauan Cayman. "Kegagalan berterus terang akan membawa kepada spekulasi yang kini hampir AS$2 bilion hilang - AS$1 bilion yang dibayar kepada IPIC tetapi tidak diakui dalam akaun, dan AS$1 bilion yang didakwa ditebus dari Cayman tetapi kemudian lesap," katanya. – 23 September, 2015. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com. | ||
Putrajaya rayu keputusan mahkamah batalkan penggantungan The Edge OLEH V ANBALAGAN DAN DEBORAH LOH Posted: 23 Sep 2015 02:15 AM PDT Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata Jabatan Peguam Negara akan merayu terhadap keputusan mahkamah membatalkan perintah Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily untuk 3 bulan mulai 27 Julai Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata Jabatan Peguam Negara akan merayu terhadap keputusan mahkamah membatalkan perintah Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily untuk 3 bulan mulai 27 Julai. Putrajaya sedang membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi ke atas penggantungan 2 akhbar The Edge, kata Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali. Tindakan ini dibuat 2 hari selepas mahkamah pada Isnin membatalkan perintah Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily untuk 3 bulan mulai 27 Julai. Apandi dalam satu mesej WhatsApp kepada The Malaysian Insider berkata "Ya", apabila diminta mengesahkan sama ada Jabatan Peguam Negara akan merayu terhadap keputusan mahkamah dan juga memfailkan supaya arahan tersebut dikekalkan. Notis rayuan tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, tetapi tiada tarikh yang ditetapkan untuk pendengaran. The Edge Financial Daily sudah menerbitkan semula akhbar secara serta-merta selepas keputusan mahkamah, mengeluarkan isu pertamanya sejak penggantungannya semalam dan hari ini. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Asmabi Mohamad pada Isnin membenarkan semakan penghakiman kumpulan media tersebut, kali pertama di Malaysia di mana penerbit media mengambil tindakan undang-undang terhadap arahan daripada KDN. Asmabi berkata menteri tidak mengikut "keadilan prosedur kerana beliau tidak memberikan butir-butir penggantungan", dan melanggar Seksyen 7 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Kedua-dua penerbitan digantung kerana liputan kritikalnya berhubung firma pelaburan milik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Bhd (1MDB). Namun Asmabi berkata KDN membuat "dakwaan am" tanpa menyatakan artikel yang didakwa sebagai "terbitan tidak disenangi". Beliau berkata penerbit diletakkan dalam "keadaan yang sukar" kerana ia menerbitkan 300 artikel sejak 2009 tentang 1MDB dan tidak dapat memberikan respons yang spesifik terhadap dakwaan am dalam surat tunjuk sebab. Asmabi berkata menteri juga gagal memberi respons kepada permintaan penerbit untuk menyatakan artikel yang dimaksudkan. – 23 September, 2015. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com. | ||
Belum ada keperluan panggil Dr Mahathir, kata polis OLEH DIYANA IBRAHIM Posted: 23 Sep 2015 01:30 AM PDT Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata tidak pasti akan kedudukan siasatan atas penyertaan Tun Dr Mahathir dalam perhimpunan Bersih 4 Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata tidak pasti akan kedudukan siasatan atas penyertaan Tun Dr Mahathir dalam perhimpunan Bersih 4. Masih belum ada keperluan untuk polis memanggil Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung penyertaan dan ucapannya dalam perhimpunan Bersih 4, bulan lalu, kata Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim. Timbalan ketua polis negara itu juga berkata, beliau tidak pasti kedudukan siasatan terkini terhadap bekas perdana menteri tersebut. "Cara kita menjalankan siasatan merujuk kepada laporan dibuat, dan kedua kita rekod saksi, kalau ada keperluan baru kita rekod. "Setakat ini saya tidak pasti kedudukan siasatan, tetapi kalau ada keperluan kita akan panggil dan ambil tindakan sewajarnya," katanya pada sidang media selepas majlis kenaikan pangkat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di Kuala Lumpur hari ini. Sebelum ini Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis akan menyoal siasat Dr Mahathir berhubung kenyataannya pada perhimpunan Bersih 4 yang dikatakan berunsur fitnah. Katanya, keterangan Dr Mahathir akan direkodkan kerana memfitnah mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara 2 tahun, denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Bagaimanapun Khalid menafikan kenyataan "menangkap" Dr Mahathir, sebaliknya menyatakan polis hanya akan merakam keterangan pemimpin tersebut. Ditanya sekali lagi sama ada wujud keperluan untuk memanggil Dr Mahathir, Rashid menegaskan belum ada setakat ini. "Jika ada keperluan, sudah tentu. Kami akan mengambil tindakan yang perlu. "Apa yang ingin saya katakan di sini ialah, semua kes berkaitan perhimpunan sama ada Bersih atau Baju Merah, kami beri keutamaan dalam penyiasatan. Jadi, ia melibatkan masa." – 23 September, 2015. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com. Belum ada keperluan panggil Dr Mahathir, kata polisMasih belum ada keperluan untuk polis memanggil Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung penyertaan dan ucapannya dalam perhimpunan Bersih 4, bulan lalu, kata Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim. Timbalan ketua polis negara itu juga berkata, beliau tidak pasti kedudukan siasatan terkini terhadap bekas perdana menteri tersebut. "Cara kita menjalankan siasatan merujuk kepada laporan dibuat, dan kedua kita rekod saksi, kalau ada keperluan baru kita rekod. "Setakat ini saya tidak pasti kedudukan siasatan, tetapi kalau ada keperluan kita akan panggil dan ambil tindakan sewajarnya," katanya pada sidang media selepas majlis kenaikan pangkat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di Kuala Lumpur hari ini. Sebelum ini Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis akan menyoal siasat Dr Mahathir berhubung kenyataannya pada perhimpunan Bersih 4 yang dikatakan berunsur fitnah. Katanya, keterangan Dr Mahathir akan direkodkan kerana memfitnah mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara 2 tahun, denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Bagaimanapun Khalid menafikan kenyataan "menangkap" Dr Mahathir, sebaliknya menyatakan polis hanya akan merakam keterangan pemimpin tersebut. Ditanya sekali lagi sama ada wujud keperluan untuk memanggil Dr Mahathir, Rashid menegaskan belum ada setakat ini. "Jika ada keperluan, sudah tentu. Kami akan mengambil tindakan yang perlu. "Apa yang ingin saya katakan di sini ialah, semua kes berkaitan perhimpunan sama ada Bersih atau Baju Merah, kami beri keutamaan dalam penyiasatan. Jadi, ia melibatkan masa." – 23 September, 2015. | ||
Posted: 23 Sep 2015 12:45 AM PDT SAYA ini kamu suka atau tak suka, itu sama sekali saya tak peduli sebab saya tetap denga pendirian saya. Suka atau tak suka itu hal kamu dan saya tidak ada sebutir pasirpun harap mahu jadi calon untuk pujuk kamu mengundi saya dan itu sebab saya tidak peduli, ramai pengikut atau tidak itu saya tidak peduli. Tapi di sini saya cakap sama kamu kesan tabiat kamu bahawa jangan lupa seorang sama pejuangan dalam politik kamu musuhi, maka itu undang banyak musuh. Misalnya kamu musuhi saya dan saya juga ada orang2 saya termasuk anak bini, famili dan sahabat2, sekali dimusuh sekurang2nya saya bisa tulis dan pengaruhi orang2 saya untuk tidak mengundi kamu dan sekurang2nya ada yang akan percaya dengan kata-kata saya/lalu bayangkan berapa orang yang bakal tidak mengundi kamu? Misalnya dalam satu kawasan kamu menang 20,000 undi, sedang teman kamu mendapat undi 20,001, sedang yang 10 orang itu adalah anak2, famili saya dan itu bukankah kerugian namanya? Kedua seperti saya jelaskan jika kamu dapat pujuk seorang dua ahli parti lain pembangkang misalnya selain ahli PKR, maka itu jelas kamu berjaya bisa dapatkan 100-1000 pengundi baru dan itulah yang saya namakan keberuntungan. Nah, apakah yang saya perkatakan ini tidak benar? Sekali lagi saya katakan, kamu musuhi saya itu tidak mengapa dan saya tak kesah sangat kala saya bukan mahu jadi politikus macam tikus, itu saya tidak peduli/silakan dan tugas saya hakikat hanya menjelaskan apa yang benar dalam dunia politik dan hubungan kemanusiaan sejagat. Kala membaca nota2 saya tidak semesti benar tetapi kamu boleh hujah dan tunjuk jalan/agumentasi sebab inilah cara hidup yang sama kita terokai untuk sama di laluan Allah memakmurkan umat di sekitar. ISMAILY BUNGSU sabah 23/9/2015 | ||
Amah Dipenjara 'Rogol' Anak Majikan Posted: 23 Sep 2015 12:00 AM PDT Seorang wanita dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan oleh mahkamah atas kesalahan mengadakan hubungan seks dengan seorang remaja lelaki berusia separuh dari usianya. Wanita warga Indonesia yang berumur 28 tahun itu mengaku bersalah melakukan perbuatan keji itu pada 5 September lalu dengan anak majikannya yang berusia 14 tahun di sebuah rumah yang tidak dapat didedahkan atas perintah mahkamah. Mahkamah dimaklumkan, tertuduh memasuki Singapura pada akhir bulan Jun 2015 dan mula berkerja dengan untuk keluarga terbabit mulai 3 Julai. Pada jam 7:00 malam, 5 September, remaja lelaki berkenaan berada di rumah dengan wanita itu serta seorang lagi rakan sekerjanya. Ibu bapa dan bapa saudara remaja itu telah keluar. Difahamkan, remaja lelaki itu menunjukkan helah kad pada wanita terbabit, lalu dia dipeluk tetapi dia menolak tangan wanita itu. Mangsa kemudian naik ke biliknya untuk menyimpan kad itu. Seminit kemudian, wanita itu pula datang ke biliknya. Ketika mangsa yang sedang duduk menghadap komputer, wanita itu datang dari belakang mencium pipi dan lehernya. Terkejut dengan tindakan wanita itu, remaja terbabit bangun dan cuba keluar dari bilik. Malangnya, belum sempat dia membuka pintu, wanita itu memeluknya dan mula menanggalkan pakaiannya. Disebabkan terkejut dengan apa yang berlaku, mangsa tidak melawan tindakan wanita itu yang menanggalkan pakaiannya dan membawany ke katil dan mengadakan hubungan seks. Apabila wanita itu terdengar bapa saudara mangsa sudah pulang, dia segera menghentikan perbuatannya itu. Mangsa kemudian memberitahu bapanya tentang apa yang berlaku. Peguam yang mewakili mangsa, Timbalan Pendakwa Raya, Nicholas Lai, mendesak mahkamah menjatuhkan hukuman 10 bulan penjara terhadap tertuduh atas dakwaan pecah amanah. Tertuduh yang telah menjalani pemeriksaan kesihatan juga didapati menghidap penyakit kelamin. Menurut Nicholas lagi, tidak kira sama ada anak guamannya dijangkiti atau tidak, hakikatnya tertuduh telah meletakkan anak guamannya pada risiko kesihatan. Tertuduh yang dihukum penjara bermula 7 September yang lalu dari tempoh mula ditahan, boleh dikenakan hukuman penjaran sehingga 10 tahun dan denda kerana membuat hubungan seks dengan individu di bawah umur 16 tahun. |
You are subscribed to email updates from ZAKRI ALI. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |