Ahad, 24 Mei 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


VIDEO - Nik Abduh Kecut Dicabar Berdebat

Posted: 24 May 2015 10:45 PM PDT

 


Keengganan calon Ketua Pemuda PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz tampil sepentas dengan Suhaizan Kayat menerusi program debat atau wacana dianggap sebagai tindakan yang tidak bijak.

Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS, Mohd Fakhrul Razi Mohd Mokhtar berkata, wujud keperluan bagi dua individu berkenaan untuk tampil menyatakan hala tuju masing-masing menjelang pemilihan kepimpinan baharu sayap itu Jun ini.

"Jika Suhaizan sudah bersedia mengapa Nik Abduh tidak mahu sepentas? Apa salahnya medan wacana ini dijadikan medan tautan ukhuwwah setelah sebelum ini masing-masing sukar duduk bersama sepentas walaupun pernah bekerjasama semasa menganggotai kepimpinan Pemuda PAS di bawah ustaz Nasrudin Hassan.

"Anak muda hari ini mahu melihat idea-idea yang boleh bantu mereka berdepan dengan keadaan ekonomi serta politik yang caca merba," katanya menerusi kenyataan di sini.

Sebelum ini, dilaporkan Nik Mohamad Abduh menolak untuk berdebat dengan Suhaizan yang merupakan penyandang jawatan Ketua Pemuda PAS seperti yang dicadangkan sesetengah pihak.

Anak kepada bekas Mursyidul Am PAS itu sebaliknya selesa untuk mengambil pendekatan berdiam diri dan berpendapat adalah lebih wajar sekiranya ahli parti menilai setiap calon berdasarkan prestasi masing-masing.

Suhaizan bagaimanapun menyatakan persetujuan untuk terlibat dalam program wacana bersama Nik Mohamad Abduh dengan hati terbuka.

ULASAN GB

Hairan juga kita, mahu bertanding Ketua Pemuda PAS, tapi takut untuk berdepan di dalam wacana dengan tokoh yang dicabarnya, Suhaizan Kayat.

Ia seumpama seorang yang berhasrat menjadi Jenderal tetapi takut untuk ke medan perang.

Di dalam satu perkembangan yang berkaitan pula, media sosial mendedahkan Nik Abduh telah hadir di Konvensyen PAS Perlis. Yang mengejutkan ialah kehadirannya diikutserta dengan Suwardi Yaakub, yang menurut laporan merupakan orang kuat kepada Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa di dalam projek "Kerajaan Perpaduan."


6,000 Kakitangan MAS akan ditamatkan perkhidmatan?

Posted: 24 May 2015 10:00 PM PDT

 
Pada tahap ini kebimbangan 20,000 pekerja syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) berada pada tahap yang paling tinggi namun semangat mereka adalah yang terendah.

Dalam masa beberapa hari sahaja lagi, mereka akan menerima surat sama ada penamatan kerja atau surat tawaran semula untuk berada di syarikat berkenaan di bawah pengurusan baharu.

MAS sebagai salah satu syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terbesar di negara ini akan menamatkan keseluruhan tenaga kerjanya bagi memulakan semula syarikat penerbangan itu dalam skala yang lebih kecil dengan memberi tumpuan kepada pasaran serantau dan bukannya antarabangsa.

Satu-satunya individu yang terselamat adalah Ketua Pegawai Eksekutif, Christoph Mueller, yang telah dilantik untuk menerajui syarikat penerbangan baharu itu dan menguruskan peralihannya.

Tiada GLC di Malaysia yang pernah memecat hampir keseluruhan pekerjanya dan ia juga mungkin menjadi sejarah di negara ini apabila bakal menyaksikan pemecatan dalam jumlah yang besar berlaku dalam masa sehari.

Namun langkah ini adalah sebahagian daripada usaha terakhir untuk menyelamatkan MAS yang dibebani hutang selama beberapa tahun termasuk sebelum tragedi berkembar MH370 dan MH17.

Hari ini (Isnin), pentadbir akan dilantik. Beliau adalah Datuk Mohammad Faiz Azmi iaitu Pengarah Eksekutif firma perundingan dan audit PricewaterhouseCoopers.

Beliau akan menandatangani semua surat-surat penamatan kerja yang akan diserahkan pada Rabu ini.

Salah seorang kakitangan MAS berkata: "Saya ingat GLC adalah tempat yang paling selamat untuk bekerja, tetapi sekarang saya tidak tahu jika saya akan mempunyai pekerjaan pada 1 Jun."

Kata kakitangan yang tidak mahu namanya disiarkan itu lagi: "Ia adalah masa yang sangat menyedihkan dalam hidup saya. Saya tidak pernah terfikir hari ini akan datang sejak saya mula-mula menyertai syarikat penerbangan ini lebih daripada dua dekad yang lalu.

"Saya tidak boleh berfikir tentang bagaimana saya akan membayar pinjaman perumahan dan kereta saya."

Pemberhentian beramai-ramai ini bertujuan mengurangkan penghijrahan kakitantan MAS sedia ada ke dalam sebuah syarikat baru iaitu MAS Bhd yang akan memulakan operasi pada 1 September depan.

Kira-kira dua pertiga daripada 20,000 kakitangan akan ditawarkan pekerjaan dengan perjanjian baharu.

Dilaporkan sebelum ini bahawa seramai 6,000 kakitangan akan dipecat tetapi maklumat terbaharu daripada sumber berkata bahawa pada hakikatnya angka berkenaan merujuk kepada peranan yang akan dikurangkan dan tidak mustahil ada diantara tugas sebelum ini dilakukan lebih daripada seorang kakitangan.

Jadi sumber berkata jumlah terakhir kakitangan yang akan diberhentikan mungkin mencecah lebih daripada 8,000 namun ia akan dilakukan secara berperingkat dalam tempoh setahun.

"Jumlah 6,000 itu akan ditamatkan pada masa yang sama. Bagaimanapun ada yang akan diberhentikan secara berperingkat untuk menguruskan proses peralihan.

"Sesetengah daripada mereka juga akan ditawarkan kontrak jangka pendek di MAS Bhd," kata sumber berkenaan.

Kakitangan mungkin akan menerima dua pucuk surat - pertamanya bertujuan menamatkan perkhidmatan mereka dengan MAS dan sama ada tawaran lain untuk menyertai MAS Bhd atau tawaran untuk melapor diri ke Pusat Pembangunan Korporat (CDC) yang ditubuhkan untuk melatih semula pekerja dipecat.

"Tiada pekerjaan adalah selamat, tetapi sesetengah orang memang jelas selamat," kata seorang kakitangan.

Beliau berharap pihak pengurusan sedia ada tidak akan ditawarkan menguruskan MAS Bhd, namun sumber berkata harapan itu mungkin tidak kesampaian.

Mueller memerlukan peralihan yang sempurna.

Berdasarkan temu bual dengan Cambridge University tahun lalu, Mueller berkata tahun pertama penstrukturan semula adalah seperti pergi ke perang dan ia adalah "sukar untuk mewujudkan satu pasukan yang menang dari pasukan pengurusan sedia ada dalam tempoh pemulihan".

Apa juga strategi, Mueller kini sibuk menguruskan rancangan perniagaan yang sukar untuk sebuah syarikat penerbangan yang baharu.

Bukan itu sahaja, sebanyak 3,779 kontrak pembekalan sedang dibuat semula di bawah syarat-syarat baru, termasuk katering kontroversi, Brahim Holding Bhd.

Sebilangan besar perlu meninggalkan MAS serta-merta tetapi mereka hanya akan menerima gaji dan faedah pada akhir Ogos depan.

CDC akan dibuka pada 1 Jun untuk menawarkan perkhidmatan penempatan dan latihan percuma untuk kakitangan.

Minggu ini CDC membuka sebuah kiosk di premis MAS terutamanya di kafeteria, namun menyaksikan sambutan yang tidak menggalakkan daripada kakitangan.

"Mereka tidak sensitif. Sebelum kami mendapat surat lagi, mereka sudah buat begini. Saya tidak dapat makan dengan sempurna sekarang," kata seorang kakitangan.

Mereka yang dipecat akan dibayar pampasan, tetapi jumlah yang mungkin diterima mungkin tidak sebanyak seperti di bawah perjanjian kolektif (CA).

Malah mereka yang ditawarkan semula bekerja dengan MAS Bhd juga akan mendapatkan sejumlah wang dalam bentuk bonus, tetapi formulanya masih tidak diketahui.

Satu sumber berkata, memandangkan keadaan kewangan MAS yang tidak baik, ia tidak akan dapat menawarkan formula pembayaran seperti yang dinyatakan dalam pelbagai perjanjian kolektif iaitu satu bulan bagi setiap tahun genap perkhidmatan dan sebulan setengah untuk pekerja yang berkhidmat lebih 10 tahun.

Sumber itu berkata pemilihan kakitangan yang akan ditawarkan semua dibuat berdasarkan kepada prestasi.

"MAS akan mengetahui berapa ramai yang menerima tawaran menyertai MAS Bhd pada 12 Jun.

"Mereka harus mempunyai pelan luar jangka jika angka yang menerima tawaran tidak sepadan apa yang mereka harapkan.

"Juruterbang dan anak kapal menerima permintaan daripada beberapa syarikat penerbangan termasuk Korea Airlines dan Qatar Airways berikutan mereka sudah menjalankan pameran bergerak untuk menarik anak-anak kapal MAS," kata sumber itu lagi.

Urusan kejatuhan akan menjadi ujian terbesar MAS kerana akan ada kakitangan yang akan puas hati setelah mendapat surat mereka lapor mStar

Mampukah Zahid tangkap Najib? - FMT Reporters

Posted: 24 May 2015 09:15 PM PDT

 
zahid-hamidi-mahathir-najib

Dr Mahathir menyedari sukar bagi KDN untuk bertindak ke atas Najib atas tuduhan menyembunyikan kesalahan.

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan sedang mengatur strategi untuk memperkukuh persepsi rakyat terhadapanya.

Ia dilakukan setelah beliau menyedari sukar bagi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengambil tindakan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Membangkitkan kemungkinan melakukan kesalahan jenayah dan boleh dipenjara sehingga tiga tahun, walaupun realitinya teramat sukar menjadi kenyataan berikutan pemusatan kuasa terlalu kukuh melindungi seseorang yang bergelar Perdana Menteri, apa yang Tun Mahathir mahukan ialah pemenjaraan sokongan rakyat terus menghantui Najib", tulis Shahbudin Husin di blognya, shahbudinhusin.com.

Katanya, sama ada dihadapkan ke muka pengadilan atau sebaliknya, Najib tetap dilihat telah melakukan kesalahan moral yang besar iaitu memberi jawapan bersifat bohong di Dewan Rakyat.
Ia merujuk kepada dakwaan Dr Mahathir bahawa Perdana Menteri telah memberikan kenyataan bercanggah dengan menyembunyi kesalahan.

Perbuatannya itu boleh diambil tindakan bawah Seksyen 218 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tiga tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Strategi menyerang, mengkritik, mendesak meletakkan jawatan dan kini mengaitkan pula Najib dengan perbuatan berunsur jenayah yang boleh membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun, ia tidak lain adalah isyarat betapa Tun Mahathir akan terus mengasak dan tidak berganjak sedikit pun daripada pendiriannya.

"Meskipun Najib sudah bermadah Bugis dan mengungkit-ungkit sokongannya kepada Tun Mahathir, terutama dalam pemilihan 1987, beliau nampaknya tidak goyah dengan semua itu.

"Adalah jelas pendirian Tun Mahathir masih sekukuh Menara KLCC iaitu mahukan Najib berundur bagi menyelamatkan masa depan UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang sebagaimana yang sudah ditegaskannya beberapa kali sebelum ini", tulis Shahbudin.

INI CERITA APA PULAK? JAKIM TIDUR KE?

Posted: 24 May 2015 08:30 PM PDT

Beberapa keping gambar peserta kursus MLM Magnet Duit, mencium duit kini viral di Media Sosial. kursus ini diberitakan dihadiri oleh 100% orang Melayu. Kalau dah Melayu tu tentu Islam, kan?


Eh? Boleh ke buat kursus macam ini? Tak khurafat ke?

ADA PENGIKUT CIUM TANGAN, YANG INI CIUM DUIT
 
Dalam keadaan negara yang dilanda berbagai-bagai skandal kewangan, rakyat terus dihimpit masalah bagaimana hendak meneruskan kehidupan yang selesa. 

Ada yang sanggup mencuri di masjid, mencuri milik mangsa kemalangan dan kebejatan lain-lain. 

Ada yang sanggup menipu, ada yang sanggup ditipu.

Kalau iapun ingin memberi motivasi kepada peserta, gunalah cara yang tidak kontroversi dari segi syarak.
Ada juga yang pertahankan kaedah ini. Ikut suka komerlah.

Siapa yang akhirnya "laughing all the way to the bank?"

Mengkomer jawab le sendiri.


Najib Tak Bohong, Kementerian Pinda Jawapan

Posted: 24 May 2015 08:00 PM PDT

 
Kementerian Kewangan menjelaskan bahawa ia meminda jawapan bertulis di Parlimen mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) untuk "mengelakkan kekeliruan".

Penjelasan itu dibuat selepas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak "berbohong" berhubung perkara itu.

Ia menjelaskan bahawa bahawa jawapan bertulis Parlimen yang dibuat oleh perdana menteri mengenai kedudukan kewangan 1MDB di bank BSI Singapura telah ditulis dan disemak oleh pegawai kementerian berdasarkan maklumat dari IMDB.

"Kementerian Kewangan telah meminda jawapan asal yang telah dibuat pada 10 Mac 2015 agar tidak timbul kekeliruan mengenai kedudukan kewangan 1MDB di BSI Singapura dan selaras dengan tuntutan urusan Parlimen.

"Tindakan Kementerian Kewangan meminda jawapan asal adalah bukti ia tidak berniat sama sekali hendak berbohong mengenai perkara tersebut.

"Lantas, dakwaan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Datuk Seri Najib yang juga menteri kewangan telah berbohong adalah tidak wajar," dalam satu kenyataan lewat semalam.

Tambahnya, ini kerana lazimnya jawapan bertulis di Parlimen dibuat atas nama beliau berdasarkan maklumat yang diberikan oleh agensi berkenaan yang kemudiannya disemak dan diedarkan oleh para pegawai.

"Kementerian Kewangan telahpun mengambil tindakan sewajarnya agar perkara ini tidak berulang," kata kenyataan itu lagi.

Jawapan bertulis pada 10 Mac menyebut AS$1.103 bilion (RM3.6 bilion) disimpan dalam bank Singapura itu dalam bentuk wang tunai, tetapi kemudiannya menjelaskan ia adalah dalam bentuk aset.

Menteri Kewangan II, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah berkata, ia adalah "simpanan dalam bentuk unit".

Sarawak akan serap GST, kata Adenan

Posted: 24 May 2015 07:30 PM PDT

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata langkah menyerap GST adalah sebahagian usaha kerajaan negeri meringankan beban rakyat.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata langkah menyerap GST adalah sebahagian usaha kerajaan negeri meringankan beban rakyat

Sarawak akan menyerap cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bagi perkhidmatan perbandaran dan kerajaan negeri, umum Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem di Sibu hari ini.

Beliau yang berkata langkah tersebut adalah sebahagian usaha kerajaan negeri meringankan beban rakyat.

Adenan bagaimanapun tidak menyatakan bila penyerapan GST itu akan dikuatkuasakan.

Menurutnya, kerajaan negeri menyedari pelaksanaan GST mengakibatkan kenaikan harga beberapa barangan di negeri ini dan secara langsung membebankan rakyat.

"Kita akan bayar (GST kepada Kerajaan Persekutuan) bagi pihak rakyat. Perkara ini kita buat semata-mata untuk Sarawak," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran pemansuhan kutipan tol Jambatan Lanang di Sibu.

Setakat ini, Terengganu dan Pulau Pinang telah mengumumkan akan mengikut jejak langkah Johor menyerapkan GST yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi perkhidmatan yang disediakan kepada rakyat sementara Pahang dan Selangor masih mengkaji perkara tersebut.

Sebelum ini Adenan menurunkan tarif elektrik bagi pengguna domestik dan industri, memansuhkan kutipan tol jambatan dan mengurangkan kutipan bayaran feri bagi menyeberang sungai di negeri itu.

Beliau turut memberitahu akan terus berusaha dalam rundingannya dengan Petronas untuk mendapatkan pertambahan royaliti hasil minyak dan gas bagi Sarawak dari 5% kepada 20%.

Hasil rundingan itu sehingga kini, Petronas memperuntukkan kontrak bernilai RM2.1 bilion diagihkan kepada syarikat Sarawak. – Bernama,

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

LPPR syor petugas khas ditubuh siasat 1MDB

Posted: 24 May 2015 07:00 PM PDT

 
Sebuah pasukan petugas khas perlu dibentuk bagi melakukan siasatan menyeluruh terhadap pelbagai dakwaan dan tohmahan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
  
Anggota pasukan itu perlu dianggotai oleh kesemua agensi penguat kuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia, Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia serta Jabatan Audit Negara.
  
Penubuhan pasukan itu perlu kerana SPRM hanya boleh menyiasat kesalahan berkaitan dengan kes rasuah di bawah Akta SPRM 2009, kata Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) SPRM dalam satu kenyataan hari ini.
  
LPPR merupakan badan bebas yang memantau perjalanan SPRM.
  
"Susulan penjelasan yang dibuat oleh Pengurusan Tertinggi SPRM kepada LPPR pada mesyuarat bulanan LPPR baru-baru ini, LPPR sebulat suara bersetuju bahawa satu Pasukan Petugas Khas perlu dibentuk bagi menyiasat sama ada kemungkinan wujud sebarang bentuk kesalahan di bawah undang-undang dalam pengurusan 1MDB yang menyebabkan beban hutang yang ditanggungnya mencecah RM42 bilion," kata kenyataan itu.

LPPR menegaskan bahawa penubuhan pasukan petugas khas itu penting bagi satu siasatan yang menyeluruh dikendalikan dan dibawa kepada umum.
  
"Pembentukan Pasukan Petugas Khas pelbagai agensi akan membolehkan satu siasatan terperinci dijalankan apabila Jabatan Audit Negara menyelesaikan semakan pihaknya, yang dijangka akan diumumkan akhir Jun 2015.
  
"Jika wujud sebarang bentuk kesalahan di bawah lunas perundangan, maka agensi-agensi terbabit harus mengambil tindakan sewajarnya mengikut kuasa masing-masing termasuk SPRM di bawah Akta SPRM 2009," menurut kenyataan itu.
  
-Bernama
 

MP mahu Liow ditahan bawah Ops War

Posted: 24 May 2015 06:30 PM PDT

   

Dengan sejumlah 836 orang ditahan sehingga kini kerana gagal melunaskan bayaran saman mereka, seorang menteri yang melakukan perkara yang sama juga tidak boleh terlepas, kata MP Segambut Lim Lip Eng.

Dalam sidang medianya hari ini, Lim menunjukkan rekod saman Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang menurutnya, presiden MCA itu mempunyai dua saman tertunggak berkaitan melebihi had laju yang dikeluarkan sistem penguatkuasaan automatik (AES).




Lim juga berkata kenderaan Liow juga mempunyai satu lagi saman kerana memakai cermin terlalu gelap. Dua saman dicatatkan pada 2013 manakala saman ketiga pada 2014.

"Kena beliau tidak membayar denda? Adakah patut rakyat mengikut menteri ini sebagai contoh?

"POlis sepatutnya serta merta mengheret beliau ke mahkamah kerana tidak membayar saman strafik atau batalkan sahaja Ops Warta," kata Lim.

PERANG MAKIN MEREBAK

Posted: 24 May 2015 06:00 PM PDT



KOMENTAR
ini memang ada agenda jelas
tak perlu sorok
muhyiddin nak jatuhkan najib
mahathir nak jatuhkan najib
muhyiddin sedang beri pencerahan

ini bukan agenda tersorok
klip video ini 
bukan satu yang  menghairankan

rakyat satu malaysia dah tahu
najib hendak kena terajang

terajang najib agenda mahathir
orang ramai satu malaysia
semua nak lihat najib
semua dan lihat rosmah
di terajang
di tangkap 
di dakwa

justeru
ini bukan agenda tersorok
ini agenda 52% pemyokong 
ini agenda 80% rakyat malaysia
ini agenda 64% ahli parti ketuanan melayu




Penyebar video ada agenda
PUTRAJAYA - Khairy Jamaluddin menyifatkan mana-mana individu yang terbabit dengan penyebaran video ucapan Muhyiddin Yassin pada satu majlis tertutup sebagai mempunyai agenda untuk memecahbelahkan pimpinan parti itu.  

Beliau berkata, isu yang dibangkitkan oleh Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno itu bukan satu isu yang baharu tetapi sering dibangkitkan dalam mesyuarat biasa.
    
"Itu adalah ucapan dalam satu majlis tertutup Umno. Sepatutnya tidak dijadikan satu polemik sebab itu ucapan daripada timbalan presiden kepada ahli-ahli parti.


KAH KAH KAH

woit
memang ada ajenda
nak bagi tahu
muhyiddin tibai najib
ini bukan rahsia
sekarang yang diseksa
bukan muhyiddin
tapi mamat yang  ambil video
kah kah kah
tembak pembawa berita
bukan tembak pembuat berita
APA PUNYA NGOOK

 

PAS Semakin Teruk Setelah Kembalinya Arwah TG Nik Aziz Kerahmatullah ?

Posted: 24 May 2015 05:30 PM PDT

Kerana Sayangkan PAS aku lupakah sementara Nurul Izzah dan Dyana Sofea

Aku nampak banyak yang tak kena dengan PAS sekarang. Jika dulu ringan-ringan sahaja masalahnya.

Sekarang, terutama selepas kembalinya Almarhum Tuan Guru Nik Aziz ke rahmatullah PAS makin teruk.

Mungkin aku salah pada pandangan ahli PAS yang lain terutama para penyokong ulama.

Dari segi asas Islam aku dah menang. Tak tahulah aku jika ada tafsir Al Quran yang membolehkan perlakuan munafik oleh manusia yang diangkat sebagai ulamak.

Aku memang tak belajar tafsir. Ilmu hadis pun tak belajar sangat. Dok ikut sekali-sekali sahaja.

Mungkinkah ada hadis yang membolehkan perlakuan munafik oleh para manusia bertuah yang diangkat menjadi ulamak??

Aku sama sekali pasti tidak ada hadis atau tafsir al quran seperti itu.

Namun sedihnya. Manusia berpengajian agama islam lulusan mesir, jordan dan arab saudi tidak pernah mempertikaikan perbuatan munafik pemimpin mereka itu.

Aku rasa janggal. Dan mula berfikir " adakah ustaz aku mengajar aku Islam yang berlainan dengan Islam yang diamal lulusan al azhar dan universiti-universiti masyhur lain??"

Puas aku berfikir. "Pakai ilmu ayah pin kah manusia ini?" wakakaka

Seingat aku ayah pin tu memang hebat. Seorang wanita lulusan Al Azhar pun menjadi pengikutnya malah mempertahankannya setelah perkampungan itu dimusnahkan.

Tidak nampakkah mereka akan perlakuan-perlakuan munafik yang dilakukan sang ulamak. Apakah dalil yang mereka gunakan untuk membolehkan seseorang itu bersifat munafik.

Apabila menyokong dan memperjuangkan seseorang yang munafik, tidakkah terfikirkah bahawa mereka sudah menyokong kekejian yang dilaknat.

Adakah di Mesir, Jordan dan Arab Saudi juga ada yahudi yang menjadi tenaga pengajar jurusan agama islam sepertimana berlaku di universiti xxxxxx ?

Suatu ketika dahulu di universiti xxxxx....
Manusia haramjadah sanggup membuat tesis yang mengeji nabi Muhammad S.A.W kerana sekeping kad tertera nama universiti xxxxx yang dinamakan skroll?

Nabi Muhammad S.A.W yang maksum dicari kelemahannya oleh manusia ini dan tesis tentangnya ditulis beratus-ratus muka surat untuk membuktikan mereka pelajar jurusan agama islam yang hebat. Tanpa ada sedikitpun rasa bersalah.

Dan hasil tulisan mereka akan dijadikan senjata untuk mejatuhkan maruah Nabi Muhammad S.A.W dengan tajuk-tajuk menjijikkan. " Mohamed In the Eye Of A Muslim Scholar" atau " Muslim scholar criticised Mohammed the prophet"

Artikel-artikel itu akhirnya menjadi punca ramai orang Islam murtad setelah membacanya.

Haramjadah gred A saja yang akan mereka-reka kelemahan Nabi Muhammad S.A.W

Sial Manusia itu.......

Persoalan aku tidak terjawab.. Adakah mangkok hayun yang belajar di Mesir, Jordan dan Arab Saudi ini bergurukan yahudi juga sehingga sanggup menyokong kemunafikan???


Sapa belajar di Mesir, Jordan, Arab Saudi, Syria, Morocco dan Iraq. Sila jawab persoalan aku.

Adakah anda tergolong antara mangkok hayun yang menyokong kemunafikan???


Buat Nurul Izzah dan Dyana Sofya 
you all don't worry
I tetap sayang both of you

wakakaka


Felda bakal melingkup...Apa dah jadi??

Posted: 24 May 2015 05:00 PM PDT

Debu Khayalan's photo.

La apa sudah jadi?...dulu kemain megah lagi...org felda apa khabar?....kihkih....sbb tu kita org dah ckp,jgn percaya dgn bn umno...mereka tu penipu...

VIDEO - Pendatang Juga Tidak Kecuali Ditahan Dalam Operasi Ops Warta Malam Tadi ?

Posted: 24 May 2015 04:30 PM PDT


Najib pembohong-Tun M FMT Reporters

Posted: 24 May 2015 09:00 AM PDT

 
najib_mahathir_1mdb_new_600
Najib dan mereka yang bertanggungjawab menyembunyikan kesalahan mengenai 1MDB boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan

PETALING JAYA: Perbuatan menyembunyi kesalahan dalam urusan kerajaan adalah salah dari segi undang-undang.

Menurut bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, semua mereka yang terbabit boleh dikenakan tindakan sebagaimana yang diperuntukan di bawah Seksyen 218, Kanun Keseksaan.

Kenyataan berkenaan merujuk kepada penjelasan bertulis Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat berhubung wang 1MDB yang dikatakan telah dibawa balik dari Cayman Islands dan dikatakan disimpan dalam bank BSI di Singapura.

Hakikatnya, beliau mendakwa tiada wang tunai 1MDB yang dibawa balik dan juga tiada wang tunai yang dimasukkan ke dalam bank di republik itu.

"Adalah jelas bahawa dalam kes wang tunai yang didakwa oleh Perdana Menteri dan pegawai-pegawai Kerajaan, Bank Negara dan 1MDB telah dibawa balik dari Caymans Islands dan disimpan di BSI bank di Singapura serta pindaan kepada jawapan pertama bahawa bukan wang tunai yang dibawa balik dan disimpan di Singapura, tetapi dokumen, kesemuanya tidak benar", kata Dr Mahathir.

Dalam blognya, chedet. cc, beliau membangkitkan persoalan mengenai jawapan Najib di Dewan Rakyat yang dikatakan cuba menyembunyikan sesuatu.

Jelasnya, tindakan merahsiakan tentulah kerana ada sesuatu yang tidak kena atau pembohongan yang telah dilakukan.

"Perkara yang amat serius sedang berlaku. Wang syarikat milik Kerajaan yang dihutang dengan jaminan kerajaan sebanyak tujuh billion (tujuh ribu million) Ringgit sudah tidak dapat dikesan di mana ia berada dan percubaan dibuat untuk membohongi Parlimen dan Negara berkenaan dengannya" katanya.

"Ada unsur jenayah berkenaan kes ini yang memerlukan siasatan oleh polis dan jika wang ini tidak juga dapat dikesan maka proses undang-undang hendaklah diambil terhadap semua pihak yang terlibat" kata Dr Mahathir.

PM Najib Harus Disiasat Dan Didakwa !!

Posted: 24 May 2015 08:30 AM PDT

Dr M dakwa 'pembohongan' Najib isu 1MDB salahlaku jenayah


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak "berbohong" berhubung isu dana firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad bernilai US$1.103 bilion (RM3.97 bilion), dengan menyatakan mungkin ada salah laku jenayah.

Menulis dalam blognya hari ini, Dr Mahathir yang juga bekas menteri kewangan berkata kesalahan tersebut boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun bawah Kanun Keseksaan.

"Amatlah menyedihkan apabila saya dapati saya tidak dapat elak dari kenyataan bahawa Perdana Menteri membohong," tulis bekas presiden Umno dalam blognya hari ini.

Dr Mahathir merujuk jawapan perlimen perdana menteri pada 10 Mac di mana Najib berkata jumlah wang itu ditebus sepenuhnya dalam bentuk tunai dan kini disimpan di BSI Bank Limited Singapore.

Bagaimanapun, Khamis lalu, Najib yang juga menteri kewangan menukar jawapannya berhubung perkara ini menyatakan tiada tunai dalam bank tersebut tetapi hanya "aset dalam AS Dollar".

Hal ini lebih menghairankan apabila Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menjelaskan aset sebenarnya dalam bentuk "unit" tetapi enggan menjelaskan apa yang dimaksudkannya.

Dr Mahathir mendakwa perbuatan itu sebagai "menyembunyi kesalahan" dalam urusan kerajaan dan ia adalah salah di segi undang-undang bawah seksyen 218 Kanun Keseksaan.

KPN akan jawab misteri kubur besar - FMT Reporters

Posted: 24 May 2015 08:00 AM PDT

 
khalid-abu-bakar_rohingya_dead_600

Lokasi kubur yang dikesan Padang Besar di kawasan sempadan Malaysia-Thailand dikatakaan menempatkan lebih 100 mayat pendatang Rohingya.

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar dijangka akan mengadakan sidang akhbar pada Isnin, susulan penemuan kubur besar di Perlis.

Lokasi kubur yang dikesan Padang Besar di kawasan sempadan Malaysia-Thailand dikatakan menempatkan lebih 100 mayat pendatang Rohingya.

Kubur besar berkenaan dikatakan ditemui pasukan forensik dan komando polis dari Bukit Aman, pada Jumaat lalu.

Menurut laporan yang dipetik daripada Mstar Online, tiada maklumat terperinci diberikan kerana polis sedang menjalankan operasi.

Menurut sumber, kubur berkenaan ditemui di kawasan berbukit dan kini dikawal ketat pihak berkuasa.

Puad Zarkashi kurang bijak-Zam - FMT Reporters

Posted: 24 May 2015 07:15 AM PDT

 
Puad-Zarkashi_zainuddin_600

Selaku Ketua Jasa beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sebegitu ketika UMNO berdepan dengan krisis dalaman parti.

PETALING JAYA: Kenyataan yang dibuat Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas(Jasa) yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Puad Zarkashi yang mengecam Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin disifatkan kurang bijaksana.

Sebagai individu yang bertanggungjawab melakukan perang saraf, beliau perlu memisahkan percakapan politiknya dengan jawatan yang disandang terutama yang membabitkan soal dalaman parti.

Pandangan itu disuarakan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang mempersoalkan kenyataan yang dibuat Puad di laman Facebooknya yang menyifatkan orang nombor dua sebagai menteri malas.

Katanya, selaku ketua jabatan beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sebegitu ketika UMNO berdepan dengan krisis dalaman parti.

"Saya ingin bertanya kepada Puad dan juga kepada semua orang UMNO, semua ketua-ketua Jabatan kerajaan wajarkah seorang pegawai kerajaan menunjukkan sikap memihak dalam krisis politik parti, wajarkah Perdana Menteri membebaskan sekatan mereka yang mempunyai kedudukan politik dalam parti dari menjadi Ketua Pengarah Jasa

Tidakkah kenyataan Ketua Pengarah Jasa itu yang menuduh Timbalan Perdana Menteri malas telah menimbulkan masalah kepada PM sendiri dan juga kepada Menteri Komunikasi? dan tidakkah kerana ini telah menyebabkan rakyat menganggap sudah berlaku perang terbuka antara Perdana Menteri dengan Timbalan Perdana Menteri dengan Jasa berada di pihak PM? " Soal Zainuddin di blognya, zamkata.blogspot.com.

Dalam tulisannya, Zainuddin mengingatkan Puad jawatan yang disandangnya.

"Jawatan Ketua Pengarah Jasa dari sejak sebelum saya Menteri Penerangan adalah merupakan jawatan terbuka tetapi membataskannya kepada hanya mereka yang tidak mempunyai kedudukan atau memegang jawatan dalam parti.

"Dengan pengecualian yang dberikan oleh Perdana Menteri kepada bekas Timbalan Menteri Pelajaran dan juga anggota MKT Puad Zakarshi maka ini berarti beliau bebas dari telunjuk menteri dan dengan itu kita boleh percaya sepenuhnya kenyataan beliau bahawa beliau bukalah tukang kapak Menteri Komunikasi dan Multi Media?" jelasnya.

Bagaimanapun, motif sebenar kenyataan yang dibuat Puad terhadap Muhyiddin menimbulkan tanda tanya.

Selepas menafikan ia dibuat atas arahan dari Menteri Komunikasi dan Multi Media Datuk Ahmad Shabery Cheek, apa tujuan sebenar beliau?

Gaya KJ naik skateboard tarik perhatian FMT Reporters

Posted: 24 May 2015 06:30 AM PDT

 
kj_skateboard_600

Khairy menggunakan skateboard untuk meninjau perjalanan Festival Belia Putrajaya 2015 di Putrajaya pada Sabtu.

PETALING JAYA: Sikap selamba Khairy Jamaluddin menggunakan skateboard bagi meninjau sekitar program Festival Belia Putrajaya 2015 pada Sabtu mendapat perhatian ramai.

Menteri Belia dan Sukan itu mengenakan pakaian seperti lelaki biasa-berseluar jeans dan tshirt- untuk meninjau dengan lebih dekat perjalanan festival di Putrajaya itu.

"Inilah menteri yang kami mahukan. Merendah diri dan dekat dengan rakyat ," antara komen pengguna Facebook terhadap gambar Khairy yang dimuat naik di laman sosial.

Rata-rata mereka memuji dengan kaedah yang Khairy gunakan yang dianggap amat jarang dilakukan pemimpin lain khususnya ahli politik lain yang pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan sebelum ini.
"Kipidap, kami suka gaya anda," kata pengguna Facebook, Maslinda.

"Menteri belia yang osem," tulis Mohd Asri.

Namun, ada juga pengguna Facebook yang meluahkan kekecewaan apabila pihak kementerian lebih menaruh kepercayaan terhadap syarikat perunding luar bagi acara itu berbanding Rakan Muda.

Festival Belia Putrajaya 2015 merupakan acara tahunan yang pertama kali dianjurkan di bawah program Rakan Muda.

Pelbagai program menarik diadakan khas untuk belia selama dua hari, 22 dan 23 Mei 2015 di Dataran Gemilang yang bertemakan Talent Showcase.

NAJIB DAN PEMBOHONGAN 17

Posted: 24 May 2015 05:45 AM PDT


1. Amatlah menyedihkan apabila saya dapati saya tidak dapat elak dari kenyataan bahawa Perdana Menteri membohong . Dalam kes wang 1MDB yang dikatakan telah dibawa balik dari Cayman Islands dan disimpan dalam bank BSI Singapura, jawapan tertulis oleh Perdana Menteri kepada soalan Parlimen tidak menepati kebenaran sama sekali. 
 

2. Pembohongan yang pertama ialah tidak ada wang tunai 1MDB yang dibawa balik.

3. Kedua, tidak ada wang tunai yang dimasukkan ke dalam bank BSI di Singapura.

4. Ini jelas dari pindaan kepada jawapan yang pertama, iaitu bukan wang tunai berjumlah USD 1.103 billion (RM3.6 billion), dimasuk dalam bank BSI tetapi dokumen (surat pengakuan) yang disimpan dengan bank. Apa dia nya surat ini tidak dijelas tetapi yang jelas ialah ia bukan wang tunai.

5. BSI bank telah menyatakan selepas itu bahawa dokumen yang menyatakan simpanan dibuat oleh "Brazen Sky" anak syarikat 1MDB adalah palsu dan bukan daripadanya. Maka jelaslah kenyataan bertulis yang kedua oleh Najib kepada Parlimen bahawa yang disimpan adalah dokumen juga tidak benar.

6. BSI bank telah lapur kepada Monetary Authority of Singapore (MAS – Penguasa Kewangan Singapura) bahawa tidak ada wang 1MDB yang disimpan dengannya.

7. Pada kebiasaannya MAS melapur maklumat ini kepada Bank Negara. Ini jelas dari pengakuan bahawa kononnya lapuran ini tertakluk kepada protokol kerahsiaan antarabangsa (Egmont principles of information exchange) dan kehendak kerahsiaan di bawah seksyen 10 AMLA. Dari kenyataan ini adalah jelas bahawa Bank Negara telah terima lapuran Monetary Authority Singapore.

8. Tujuan merahsiakan tentulah kerana ada sesuatu yang tidak kena atau pembohongan yang telah dilakukan apabila Najib menjawab soalan bahawa wang tunai telah disimpan dengan bank BSI di Singapura.

9. Perbuatan "cover-up" atau menyembunyi kesalahan dalam urusan Kerajaan adalah salah di segi undang-undang.

10. Saya perturun di sini peruntukan dalam Malaysia Penal Code (Undang-undang Jenayah Malaysia) Section 218.

11. "Whoever being a public servant, and being as such public servant, charged with the preparation of any record or other writing, frames that record or writing in a manner which he knows to be incorrect, with intent to cause, or knowing it to be likely that he will thereby cause, loss or injury to the public, or to any person, or with intent thereby to save, or knowing it to be likely that he will thereby save any person from legal punishment, or with intent to save, or knowing that he is likely thereby to save any property from forfeiture or other charge to which it is liable by law, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to three years or with fine or with both."

12. Adalah jelas bahawa dalam kes wang tunai yang didakwa oleh Perdana Menteri dan pegawai-pegawai Kerajaan, Bank Negara dan 1MDB telah dibawa balik dari Caymans Islands dan disimpan di BSI bank di Singapura serta pindaan kepada jawapan pertama bahawa bukan wang tunai yang dibawa balik dan disimpan di Singapura, tetapi dokumen, kesemuanya tidak benar. Mereka yang membuat lapuran yang salah ini telah melanggar undang-undang jenayah Seksyen 218.

13. Perkara yang amat serius sedang berlaku. Wang syarikat milik Kerajaan yang dihutang dengan jaminan Kerajaan sebanyak tujuh billion (tujuh ribu million) Ringgit sudah tidak dapat dikesan di mana ia berada dan percubaan dibuat untuk membohongi Parlimen dan Negara berkenaan dengannya. Ada unsur jenayah berkenaan kes ini yang memerlukan siasatan oleh polis dan jika wang ini tidak juga dapat dikesan maka proses undang-undang hendaklah diambil terhadap semua pihak yang terlibat.

Che Det. Com

Perghhh !! Doktor Tertidur Waktu Bertugas.. ??

Posted: 24 May 2015 05:00 AM PDT



Ingat tak, kejadian anggota polis ditangkap gambar ketika tertidur yang diviralkan yang akhirnya anggota tersebut diarahkan bertukar?

Kes yang hampir serupa berlaku di Mexico awal bulan ini, apabila seorang blogger mengambil gambar seorang doktor yang tertidur keletihan dibelakang kaunter pada jam 3 pagi, sambil mengutuk dengan kata-kata seperti "doktor sepatutnya kena bekerja", "masih ramai lagi pesakit memerlukan rawatan."

Tindakan blogger tersebut, mencetuskan reaksi solidariti dari para doktor seluruh dunia. Ramai doktor memuat naik gambar mereka tertidur ketika bertugas, sambil meletakkan hashtag berbahasa Mexico #YoTambienMeDormi (Saya juga pernah tertidur!). Ianya sebagai simbolik betapa doktor di seluruh dunia bekerja sehingga kepenatan dalam menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Anda boleh klik di sini untuk melihat koleksi gambar "doktor tertidur"

Hakikatnya, doktor juga manusia. Walaupun kami mempunyai masa rehat di luar hospital, ianya tentulah sama sekali tidak sama jika dibandingkan dengan beban kerja yang ada. Justeru itu, para doktor (termasuk saya), akan curi tidur di mana sahaja yang boleh setiap kali ada peluang.

Pengakuan jujur dari saya, ketika saya housemanship, saya mempunyai satu spot khas iaitu di dalam tandas di sebuah tingkat. Jika saya rasa tak tahan sangat mengantuk ketika mengikuti round, saya akan minta excuse sekejap untuk lari ke tandas tersebut. Saya akan set alarm di handphone untuk 10 minit, lantas cuba tidur dalam keadaan duduk di tandas tersebut. Cukup sepuluh minit, basuh muka, kemudian lari kembali ke wad sambung mengikuti rounds.

Port kedua adalah didalam surau. kadang-kadang saya sengaja melewatkan zuhur, pergi ke surau dalam pukul 4 petang ketika dah selesai tugas petang. Selesai solat zuhur, saya tidur bersila menunggu masuk waktu asar, dan selepas asar baru balik masuk wad.

Isu polis tertidur yang pernah menjadi viral di media sosial Malaysia sehingga menyebabkan mereka berdua ditukarkan tempat kerja.

Manakala pada waktu malam, apabila selesai admission atau blood taking, saya akan curi tidur di hujung wad seperti dalam gambar di bawah.

Dan bukan tak pernah, saya "diusik" ketika tidur di situ =p 

Dan kemuncak dari keletihan ini adalah, bukan sedikit saya dengar kisah rakan atau senior yang kemalangan akibat mengantuk. Ada senior saya kemalangan di jalanraya Kodiang-Kangar kerana mengantuk. Ada senior saya kemalangan di lebuhraya Butterworth-Kulim ketika pulang dari oncall. Ada senior saya yang telah meninggal dunia pun.

Hatta awal bulan ini pun, kita mengenangi pemergian rakan doktor siswazah di Kota Bharu yang terlibat kemalangan ketika pulang balik dari oncall.

Bak kata rakan saya, "Lebih baik engkau tertidur ketika traffic light merah, berbanding engkau tertidur ketika roda tengah berputar." Dan ya, kalau bab tertidur di lampu merah, dah selalu sangat..

Mungkin expectation dari orang awam, doktor mesti kerja 24 jam tanpa henti, demi merawat dan menyelamatkan nyawa sendiri/anak/isteri dsb. Mungkin hasil dari expectation itulah kebanyakan doktor berubah menjadi mesin robot...pergi kerja balik kerja, hilang sense of humanity, hilang skill berhubung sesama manusia.

Sedangkan, kalau nak diikutkan, doktor adalah kerjaya paling dekat dengan jiwa kemanusiaan. Sepatutnya sebagai doktorlah paling boleh menghayati dan merasai sakit sengsara, menanamkan rasa empati dengan pesakit. 

Kerana itulah seringkali ditekankan, bahawa kerjaya sebagai doktor, kita bukan sekadar merawat penyakit. Bukan sekadar membetulkan nilai Hb atau mempreskripsikan Bisacodyl. 

It's much, much more than that. If only we can be human enough.

Isytihar Perang Terhadap Tentera Indonesia.?? Written By canang

Posted: 24 May 2015 04:15 AM PDT

Pertubuhan Kebebasan Papua (OPM) turut menuduh Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) sebagai berbohong apabila memberi jaminan wilayah itu berada dalam keadaan aman.

Komander sayap bersenjata OPM, Enden Wanimbo memberitahu Jakarta Globe semalam, pertubuhan itu mengisytiharkan perang revolusioner dari daerah Sorong hingga ke Merauke.

"Ini bermakna kami melancarkan perang habis-habisan terhadap Indonesia di bumi Papua," katanya.

Komander Tentera Pembebasan Kebangsaan (TPN) itu dikehendaki pihak berkuasa Indonesia dan dipercayai berlindung di daerah Lanny Jaya, kubu kuat pertubuhan berkenaan.

Tambahnya, OPM menolak sebarang rundingan dengan Jakarta dan pertubuhan itu hanya mahukan kemerdekaan.

Indonesia menguasai wilayah itu yang terletak di barat kepulauan New Guinea pada 1969 melalui satu pungutan suara.

Bagaimanapun, pungutan suara itu kini dianggap sebagai helah untuk menguasai wilayah berkenaan.

Sepanjang puluhan tahun sebelum ini, OPM hanya melancarkan pemberontakan bersenjata tahap rendah terhadap Indonesia.

Jokowi yang melawat Papua pada awal bulan ini mahu menghentikan persepsi bahawa wilayah itu adalah zon konflik dan membenarkan kemasukan wartawan asing buat kali pertama sejak 1969.

Bagaimanapun, Enden menegaskan, gambaran yang diberikan Jokowi kepada dunia mengenai situasi di Papua adalah satu penipuan.

"Kenyataan Jokowi bahawa wilayah ini berada dalam keadaan aman adalah tidak benar," tegasnya.

Seorang lagi komander TPN, Puron Wenda menegaskan bahawa pertubuhan itu sudah bersedia untuk berperang.

"Kami tidak mahu lagi mengadakan sebarang dialog kerana Jakarta sering menipu.

"Indonesia perlu keluar dari wilayah ini kerana kami akan meneruskan perjuangan menuntut kemerdekaan," katanya.

Jayapura, Indonesia: 

Kumpulan pemberontak bersenjata di Papua mengisytiharkan perang terbuka terhadap tentera Indonesia dan menegaskan perjuangan mereka bagi menuntut kemerdekaan di wilayah itu masih belum berakhir.

Hafal Quran, Hadis tak cukup syarat jadi pemimpin, kata Mat Taib OLEH JENNIFER GOMEZ

Posted: 24 May 2015 03:30 AM PDT

Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang juga dikenali sebagai Mat Taib, berkata akhir-akhir ini, wujud satu golongan yang digelar ulama, yang pulang dari Timur Tengah dan berminat hendak menjadi pemimpin dalam parti.

Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang juga dikenali sebagai Mat Taib, berkata akhir-akhir ini, wujud satu golongan yang digelar ulama, yang pulang dari Timur Tengah dan berminat hendak menjadi pemimpin dalam parti.

Bekas menteri besar Selangor yang kini ahli PAS, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, mengakui hari ini beliau mula hilang minat dengan parti Islam itu.

Katanya yang juga dikenali sebagai Mat Taib, beliau akan menunggu muktamar tahunan parti yang dijadualkan bulan depan untuk melihat barisan kepimpinan baru yang bakal dipilih.

Katanya, akhir-akhir ini, wujud satu golongan yang digelar ulama, yang pulang dari Timur Tengah dan berminat hendak menjadi pemimpin dalam parti.

"Mereka boleh hafal ayat Al-Quran dan Hadis tetapi apabila kita minta mereka jelaskan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB), mereka kata mereka tak betul-betul faham isunya.

"Bila kita tanya pasal cukai barangan dan perkhidmatan (GST), mereka kata mereka tak tahu," katanya pada forum 'Mencari Pemimpin Baru Malaysia' di Petaling Jaya petang ini.

"Jadi, kalau nak jadi pemimpin, tapi hanya tahu baca Hadis dan Al-Quran, kalau macam tu, pada saya, anda tak layak jadi perdana menteri, tambahan pula negara kita ini berbilang bangsa," katanya.

Muhammad berkata, beliau berharap pemilihan PAS pada muktamar itu nanti akan melahirkan barisan kepimpinan yang disukai semua kaum seperti bekas mursyidul am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Tetapi, kumpulan yang hendak mengambil alih (kepimpinan parti) sekarang ini lain.

"Sebelum ini, saya berminat dengan parti ini, sekarang tak berapa, kita tengoklah apa akan jadi bulan Jun nanti," katanya.

Muktamar tahunan PAS ke-61 dijadual diadakan pada 4 hingga 6 Jun di Kuala Selangor.

Ia akan menyaksikan pertandingan bagi semua jawatan tertinggi parti termasuk presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang akan dicabar bekas naib presiden PAS Ahmad Awang.

Bercakap pada sidang media kemudiannya, Mat Taib berkata, beliau kecewa dengan isu yang dibangkitkan sekarang, sambil menambah, sebelum ini hubungan antara PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat begitu baik hingga memungkinkan gabungan itu mencapai 52% undi popular pada pilihan raya umum 2013.

Katanya, perlu wujud persaingan yang sihat dalam merebut jawatan dalam parti berdasarkan prestasi seseorang pemimpin.

Sebanyak 29 jawatan akan dipertandingkan untuk barisan kepimpinan 2015 - 2017 termasuk bagi jawatan timbalan presiden, 3 naib presiden dan 24 jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. – 23 Mei, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.


Balas dendam yang memuaskan hati bagi jurulatih Lions XII

Posted: 24 May 2015 02:45 AM PDT

Jurulatih Lions XII Fandi Ahmad berkata mengalahkan Kelantan di Piala FA semalam adalah balas dendam yang memuaskan hati.

Jurulatih Lions XII Fandi Ahmad berkata mengalahkan Kelantan di Piala FA semalam adalah balas dendam yang memuaskan hati

Jurulatih Lions XII, Fandi Ahmad menyifatkan kejayaan mengalahkan bekas juara 2 kali, Kelantan, 3-1 pada final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam sebagai membalas dendam yang memuaskan hati.

Fandi, yang berjanji untuk membawa trofi Piala FA menyeberangi Selat Tebrau, turut memuji skuad muda itu atas kejayaan mengejutkan 'The Red Warriors' yang lebih mantap serta dibarisi 4 pemain import.

Sebagai rekod, Lions XII mengalami kekalahan 2-0 kepada Kelantan pada pertemuan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Baru, pada 15 Februari lepas.

"Adalah manis untuk menang ke atas Kelantan malam ini... kami sudah membuktikan ramalan oleh semua pihak adalah tidak tepat.

"Kami tidak mempunyai pemain bintang dalam pasukan, tetapi pemain melakukan yang terbaik di bahagian serangan dan juga penjaga gol, Mohd Izwan Mahbud, yang dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.

"Kejayaan ini adalah baik untuk pasukan dengan sebahagian pemain menyertai skuad Sukan SEA Singapura. Ini akan memanfaatkan pemain lain dalam pasukan," kata Fandi kepada pemberita selepas perlawanan itu.

Sementara itu, ketua jurulatih Kelantan, Mohd Azraai Khor Abdullah berkata pasukannya terpaksa membayar harga yang tinggi atas kesilapan kecil di barisan pertahanan.

Bagaimanapun, beliau berjanji skuad itu akan bangkit semula dengan lebih mantap pada musim depan.

"Selepas gol penyamaan, kami fikir semua akan berjalan lancar dan boleh memenangi perlawanan ini tetapi malangnya gagal. Bukan mudah menentang Lions XII yang bermain dengan baik.

"Kami juga mempunyai banyak peluang tetapi gagal melakukan jaringan," katanya.

Lions XII, selaku pasukan bukan pilihan, melakukan kejutan apabila membuka jaringan awal pada minit keenam menerusi pemain sayap, Muhammad Faris Ramli sebelum Kelantan menyamakan kedudukan pada minit ke-62 menerusi Wan Zack Haikal Wan Noor.

Pemain gantian, Mohd Shail Suhaimi muncul wira pasukan Lions XII apabila melakukan jaringan gol kedua pada minit ke-81 dan kemudian menyempurnakan tendangan penalti pada masa kecederaan minit ke-94.– Bernama, 24 Mei, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Telco setuju turunkan tarif, kata Shabery

Posted: 24 May 2015 02:00 AM PDT


Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebelum ini mengumumkan Kabinet bersetuju supaya kad tambah nilai prabayar telefon yang dijual pada harga RM10 akan mendapat nilai yang sama apabila diaktifkan. –

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebelum ini mengumumkan Kabinet bersetuju supaya kad tambah nilai prabayar telefon yang dijual pada harga RM10 akan mendapat nilai yang sama apabila diaktifkan. –

Syarikat telekomunikasi (telco) setuju menurunkan tarif tambah nilai kad prabayar telefon bimbit sejajar dengan kehendak rakyat, lapor Sinar Harian hari ini, memetik Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Katanya, keputusan itu dibuat susulan saranannya sebelum ini yang meminta telco menurunkan tarif perkhidmatan mereka bagi mengimbangi kesan pengenaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ke atas pengguna.

"Saya menyambut baik pengumuman syarikat telekomunikasi untuk turunkan tarif mereka. Ini merupakan langkah baik bagi memenuhi kemahuan rakyat.

"Saya harap ia dapat dilaksanakan dalam tempoh dijanjikan," beliau dipetik berkata.

Shabery sebelum ini berkata, pengguna kad tambah nilai prabayar perlu faham yang dengan membayar GST, akan meningkatkan kualiti perkhidmatan telekomunikasi.

"Kita tidak hanya melihat keperluan pengguna dari segi kemampuan mampu miliknya, tetapi juga perkhidmatan.

"Apa guna murah tetapi panggilan putus, tidak ada 3G, tidak boleh menggunakan aplikasi WhatsApp.

"Kerana itu, tanggungjawab telco mempertingkatkan perkhidmatan," beliau dilaporkan berkata.

Pada 13 Mei, Shabery mengumumkan Kabinet bersetuju supaya kad tambah nilai prabayar telefon yang dijual pada harga RM10 akan mendapat nilai yang sama apabila diaktifkan.

Keputusan itu bagaimanapun akan hanya dilaksanakan dalam masa 6 bulan.

Sinar Harian hari ini juga melaporkan, kerajaan dengan kerjasama sektor swasta membelanjakan lebih RM100 bilion sejak 1990-an semata-mata bagi meningkatkan akses perkhidmatan telekomunikasi kepada rakyat.

Katanya, dalam Rancangan Malaysia Ke-11 yang diumumkan Khamis lepas, setiap kawasan di bandar diberi akses internet dengan kelajuan 100 megabait sesaat dan kawasan luar bandar sebanyak 20 megabit sesaat.

"Ini arahan besar. Kegagalan bukan satu pilihan. Maka akses jalur lebar penting menuju negara maju," katanya. – 24 Mei, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.


 "TERIMA KASIH DS SHABERY CHIK KERANA TELAH BERUSAHA UNTUK MENYAKINKAN PIHAK TELCO UNTUK MENURUNKAN CHARGE PRA BAYAR TELEFON BIMBIT."

Suu Kyi perlu pulangkan Anugerah Nobel Keamanan, gesa Utusan

Posted: 24 May 2015 01:00 AM PDT

Kolum Awang Selamat hari ini mengatakan Aung San Suu Kyi sebagai seorang yang kononnya tokoh keamanan, Suu Kyi sepatutnya menunjukkan keprihatinan kepada golongan minoriti yang ditindas tanpa mengira agama dan kaum.

Kolum Awang Selamat hari ini mengatakan Aung San Suu Kyi sebagai seorang yang kononnya tokoh keamanan, Suu Kyi sepatutnya menunjukkan keprihatinan kepada golongan minoriti yang ditindas tanpa mengira agama dan kaum.

Mingguan Malaysia hari ini menggesa Hadiah Nobel Keamanan yang dianugerahkan kepada tokoh pejuang kebebasan Myanmar, Aung San Suu Kyi, dipulangkan semula selepas beliau gagal membela nasib umat Islam Rohingya negara tersebut.

Penulis ruangan pojok Awang Selamat di akhbar milik Umno itu berkata, tindakan berdiam diri Suu Kyi ketika umat Islam ditindas pemerintah dan golongan ekstremis agama Buddha sesuatu yang memalukan.

"Jika Suu Kyi memilih untuk terus membisu, yang boleh ditafsir bersubahat, Awang cadangkan beliau pulangkan sahaja Hadiah Nobel yang dimenanginya.

"Memang tiada nilai dan hanya memalukan diri sendiri," kata Awang hari ini.

Awang berkata, sebagai seorang yang kononnya tokoh keamanan, Suu Kyi sepatutnya menunjukkan keprihatinan kepada golongan minoriti yang ditindas tanpa mengira agama dan kaum.

"Kini selepas Suu Kyi bebas, beliau tidak menampakkan keprihatinan kepada penduduk minoriti yang dicabul hak asasi melampaui batas.

"Setahu Awang, pemenang Hadiah Nobel harus berpegang kepada prinsip yang murni sepanjang masa dan tanpa kompromi," katanya.

Sebagai seorang ahli politik yang berpengaruh, Suu Kyi sepatutnya boleh memainkan peranan penting dalam menyelesaikan konflik membabitkan penganut agama Islam Rohingya, kata Awang.

"Apatah lagi beliau kini merupakan politikus yang berpengaruh di Myanmar yang boleh memainkan peranan signifikan membela nasib minoriti yang tertindas," katanya.

Kemelut pelarian Rohingya mendapat perhatian baru-baru ini selepas bot yang membawa rata-rata penganut Islam dari Myanmar itu terapung di lautan berikutan keengganan negara serantau seperti Thailand, Indonesia dan Malaysia menerima mereka.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran tindakan menghalau mereka boleh mengundang krisis kemanusiaan yang serius.

Malaysia sebelum ini terus menolak bot mereka kembali ke lautan.

Bagaimanapun, terkini, selepas desakan dan kritikan, kerajaan Malaysia dan Indonesia bersetuju memberi kebenaran untuk mereka mendarat serta memberi bantuan. – 24 Mei, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.


Ini Lah Yang Dinamakan "BODOH SOMBONG"

Posted: 24 May 2015 12:00 AM PDT

Tak Suka DAP Tapi Tak Sanggup Tinggalkan Pakatan, Ini Sebabnya...


Putus dengan DAP, masa depan PAS di Selangor pudar - Penganalisis

KUALA LUMPUR: Memutuskan hubungan dengan DAP tidak akan menguntungkan PAS sama ada di Selangor atau seluruh Malaysia, kata penganalisis politik.

Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin berkata jika PAS memutuskan hubungan dengan DAP, Pakatan Rakyat masih boleh memerintah Selangor biarpun dengan majoriti yang kecil.

"Pakatan Rakyat masih lagi boleh membentuk kerajaan di Selangor biarpun tidak mendapat dua pertiga majoriti di Dewan Undangan Negeri.

"Tetapi jika perkara ini berlaku, yang rugi adalah PAS kerana yang jelas mereka akan hilang kuasa dan ia akan memberi gambaran kepada rakyat tentang sikap PAS dalam politik hari ini," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Mengulas lanjut, Dr Shaharuddin berkata jika PAS mengambil keputusan untuk bersendiri ia sebenarnya tidak menguntungkan parti Islam itu dalam perjuangan mereka.

Ini kerana, penerimaan masyarakat terutama yang bukan beragama Islam terhadap PAS banyak bergantung kepada kerjasama yang dibentuk bersama DAP dan PKR,
kata Dr Shaharuddin.

Jelas beliau, PAS akan rugi dari segi politiknya kerana usaha menjalinkan kerjasama dengan DAP bukan satu perkara yang mudah mahu dilaksanakan.

"Untuk PAS bekerjasama dengan DAP mengambil masa yang lama, jadi peluang yang ada sepatutnya dijaga demi kepentingan bersama.

"Kalau PAS bersendiri ia cuma akan mendapat sokongan orang Melayu bukan sokongan rakyat berbilang kaum.

"Jika hujah digunakan bahawa PAS ada dewan himpunan yang terdiri dari berbagai kaum dan juga NGO-NGO bukan Islam yang menyokong PAS, ini semua kerana kerjasama dalam Pakatan Rakyat itu, bertahaluf dengan DAP,"
katanya lagi.

Dr Shaharuddin menjelaskan, masyarakat bukan Islam akan melihat tindakan PAS memutuskan hubungan dengan DAP sebagai sikap yang tidak boleh bekerjasama dengan bukan Islam.

Katanya, dalam situasi sistem dua parti yang semakin diterima, keputusan PAS untuk bersendirian perlu difikirkan semasak-masaknya.

"Jika PAS memilih untuk bekerjasama dengan UMNO juga perlu diperhalusi sebaik-baiknya kerana perlu dilihat kekuatan pihak yang mahu dijalinkan kerjasama itu," jelas beliau.

Semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan partinya sedia untuk memutuskan hubungan dengan DAP ekoran sikap pemimpin parti itu dalam membentu kabinet bayangan.



Serangan Hadi alasan PAS sertai Umno, kata Guan Eng

Lim Guan Eng hari ini mendakwa tindakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyerang DAP baru-baru ini hanya helah parti Islam itu untuk dijadikan alasan meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) dan menyertai Umno.

Setiausaha agung DAP itu berkata, beliau terkejut dan sedih dengan serangan terkini Hadi terhadap parti itu, sambil menambah, pemimpin PAS itu kini "hilang akal" dan harus meninggalkan PR jika itu yang sebenarnya beliau mahu.

"Semua tuduhan itu tidak berasas dan tidak masuk akal. Ia kelihatan seolah-olah seperti satu usaha mencari alasan membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno-BN," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Umno, parti Melayu utama dalam Barisan Nasional (BN), sekian lama merupakan musuh utama PAS dalam persaingan mendapatkan undi Melayu-Islam.

"Sekiranya beliau hendak membentuk kerajaan perpaduan dengan mereka, silakan. Tetapi jangan menyerang dan membuat tuduhan palsu terhadap DAP. "

Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang, mengulas komen Hadi semalam mengatakan PAS bersedia memutuskan hubungan dengan DAP berikutan langkah DAP mengumumkan menubuhkan kabinet bayangannya sendiri tanpa dianggotai PAS dan PKR.

Hadi berkata, kabinet bayangan DAP tidak realistik, dan memberitahu parti itu ia tidak boleh sekadar melindungi kepentingan kelompok tertentu.

DAP sebelum ini memutuskan hubungan dengan Hadi, walaupun masih mengekalkan hubungan kerja dengan PAS.

Dalam serangan balasnya kepada kenyataan Hadi, Lim berkata presiden PAS itu mengambil kesempatan dari situasi sekarang untuk menyerang DAP, yang dianggapnya langkah "tidak beretika" sesama parti sekutu.

"Kita dituduh melantik ahli Parlimen dari satu kaum sahaja di dalam kabinet bayangan itu, katanya kita hendak mengambil alih negara.

"Tetapi, DAP ada ahli Parlimen dari berbagai kaum, tidak seperti PAS yang hanya ada satu kaum. Bila saya tengok Hadi, dari sehari ke sehari, beliau semakin kelihatan seperti seorang pemimpin Umno," kata ahli Parlimen Bagan itu.

Lim berkata, Hadi nyata tidak lagi berminat bekerja bersama PR, memberi contoh keengganannya menyokong presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada pilihan raya kecil Permatang Pauh baru-baru ini.

"Tidak mengapa kalau beliau tidak hadir semasa berkempen, tetapi beliau enggan sokong calon PKR.

"Bagaimana dia boleh kata dia masih menyokong PR? Jelas sekali yang hatinya tidak lagi bersama PR.

"Ramai orang bila lihat skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), tidak mahu lagi menyokong (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Razak) tetapi Hadi masih mahu menyokongnya," katanya.

Hadi, kata pemimpin DAP itu, perlu cukup "berani" menyatakan sokongannya kepada Umno dan BN, bukannya dengan bertindak menyerang DAP.

"Buat secara terbuka, bertindak berani katakan beliau mahu sertai Umno. Tetapi janganlah guna taktik kotor dan buruk-burukkan DAP.

"Ini bukan ciri-ciri pemimpin PAS yang disegani ramai," katanya.

Beliau juga menegaskan beliau bukan perdana menteri dalam kabinet bayangan DAP seperti didakwa pengkritik, termasuk Hadi.

"Ya, saya tidak ada portfolio, tetapi saya bertanggungjawab atas semua ahli Parlimen DAP. Saya sudah katakan sebelum ini, anda perlu tanya ketua pembangkang mengenai peranan perdana menteri dalam kabinet bayangan." -TMI

KABINET BAYANGAN DAP TIDAK PERNAH WUJUD

DAP tidak pernah mengumumkan kabinet bayangan seperti yang digembar gemburkan media.

Kami hanya memperkenalkan portfolio kepada 37 ahli parlimen DAP untuk menjadi jurucakap dalam bidang masing-masing

Ini dibuat supaya DAP dapat memenuhi tanggungjawab kita kepada rakyat sebagai ahli parlimen untuk membahas secara membina mengenai topik masing-masing.

Ahli Parlimen DAP adalah berbilang kaum dan semua kaum tersenarai dalam portfolio tersebut.

Kalau mana-mana pihak mahu menuding jari dengan membuat tuduhan melulu DAP angkuh dan sombong membuat kabinet bayangan sendiri, dia mesti ingat bahawa setiap jari yang mereka tunjukkan, empat jari lagi menghala kepada diri mereka sendiri

Lim Guan Eng

Setiausaha Agung DAP


ULASAN GB

GB lebih suka Presiden PAS, Hj Hadi Awang membuat keputusan dengan tegas untuk keluar Pakatan Rakyat. Tidak berdolaik-dalik.

Dengan mebuat keputusan sedemikian akan memudahkan perwakilan membuat keputusan di dalam muktamar nanti samada untuk menyokong langkah Haji Abdul Hadi berkenaan atau sebaliknya.

Tak suka DAP satu hal, sanggup pula membuat fitnah terhadap mereka. Islam membenarkan demikian?

Walau bagaimanapun kini perwakilan sudah ada alternatif, seorang calon Presiden bertaraf ulama yang telah membuat kenyataan tegasnya bahawa PAS tetap bersama Pakatan Rakyat.




Kelab Greenboc