Rabu, 13 Mei 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Lepas 13 tahun, Hadi sah di cabar apabila Ust Ahmad Awang menyerah borang pencalonan

Posted: 13 May 2015 10:59 PM PDT

 
Bekas naib presiden PAS Ahmad Awang mengesahkan akan mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi merebut jawatan presiden PAS pada pemilihan parti itu bulan depan.

Ahmad yang juga bekas anggota Majlis Syura PAS berkata alasan beliau menawarkan diri adalah untuk memperkukuhkan parti.

""Ini adalah parti yang demoktrik dasarnya. Jadi sesiapa (saja) boleh dicalonkan daripada ahli dan boleh mencalonkan. Ini meningkatkan ukhwah dalam parti," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan surat untuk bertanding, di ibu pejabat parti itu hari ini.

Dalam 13 tahun pentadbirannya, ini kali pertama kedudukan Hadi (atas) sebagai pemimpin nombor satu PAS dicabar.

PAS khususnya kumpulan proulama yang dipimpin Hadi berdepan kritikan sejak akhir-akhir ini kerana membuat keputusan kontroversi menggugat kesepakatan dalam Pakatan Rakyat.

ORANG MELAYU MUDAH TERMAKAN DAN TERHUTANG BUDI

Posted: 13 May 2015 08:30 PM PDT

Pisang Emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati

Pantun di atas sudah cukup memberikan gambaran bahawa orang Melayu mementingkan budi. Orang Melayu memang terkenal dengan budi bahasanya. Orang Melayu terkenal dengan sifat yang selalu berbudi.

Mungkin tidak ada bangsa di dunia yang boleh 'menandingi' bangsa Melayu tentang sikapnya yang 'berbudi bahasa'. Dan jikalau ingin dipersoalkan apakah 'kekuatan' yang ada pada orang Melayu, maka jawapannya juga tentulah tentang 'budi bahasa'nya.

"Dicemari' pula oleh masyarakat kini yang selalu mengatakan, ' terhutang budi tergadai body'. Semacam tepat pula 'peribahasa' demikian memandangkan tentang terlalu banyak contoh yang boleh diketengahkan untuk menunjukkan ketepatan peribahasa berkenaan.

Samada dari segi fakta sejarah ataupun yang berlaku kini jelas menunjukkan bahawa orang Melayu mudah sangat terhutang budi yang menyebabkan 'tergadai' segala prinsip perjuangannya samada dari segi politik atau kenegaraan. Yang jelasnya kini ialah 'budi' sentiasa ditukar ganti dengan 'wang'. Antara 'wang' dan 'budi' sudah merupakan barang tukar ganti bagi masyarakat di Malaysia kini.

Sejarah telah menunjukkan bahawa terlepasnya negeri-negeri Melayu kepada Inggeris adalah berpunca daripada ketelanjuran terhutang budi Raja-Raja zaman dahulu. Inggeris menggunakan tektik sedemikian untuk menguasai sesebuah negeri.

Inggeris mengeksploitasi keadaan pergaduhan untuk merebut takhta kerajaan antara dua pencabar (dua putera raja). Kebiasaannya Inggeris akan menyebelahi satu pihak untuk menentang pihak yang lain.

Lantas apabila pihak yang mendapat pertolongan Inggeris memenangi takhta berkenaan, maka sebagai 'membalas budi' Inggeris, telah membuat perjanjian menyerahkan berbagai konsesi kepada pihak Inggeris. Akibat termakan budi maka tergadailah body.

Golongan imigran seperti Cina dan India (Chettier) pada zaman penjajahan menggunakan 'kelemahan' orang Melayu sedemikian untuk kepentingan mereka. Banyak tanah-tanah orang Melayu terlepas ke tangan orang Cina dan Chettier disebabkan 'terhutang budi'nya orang Melayu kepada golongan ini. Dengan mudah golongan sedemikian dapat memiliki tanah-tanah milik orang Melayu yang berpunca daripada peristiwa'termakan budi'.

Berleluasanya perpindahan milik tanah orang Melayu kepada golongan imigran terutamanya kaum Chettiar telah menyebabkan British memperkenalkan dasar 'Tanah Rizab Melayu' (Malay Reservation).Sekiranya British tidak bertindak demikian berkemungkinan lebih banyak tanah milik orang Melayu akan berpindah tangan ke tangan golongan bukan Melayu.

Tentulah banyak sebab lain yang menyebabkan orang Melayu begitu mudah 'menjualkan' tanah mereka kepada orang lain dan tidak sahaja terhad kepada perbuatan 'termakan budi'.

Sehingga kini perangai 'orang Melayu mudah termakan budi' masih berterusan. Dan tidak pula aku ingin menyatakan bahawa orang Melayu seharusnya tidak mudah mengenang budi. Bukan begitu.

Yang merunsingkan kita ialah disebabkan terlalu mudah termakan budi dan 'mengenang budi' maka kesan buruknya pula ialah mereka akan 'tergadai body'. Dan yang paling menyedihkan pula ialah disebabkan 'telah termakan budi' maka segala prinsip pegangan dan perjuangan akan terus 'tergadai' dan 'hancur lebur'

Terlalu banyak kisah-kisah yang berlegar di negara kita kini tentang kisah 'termakan budi' yang menyebabkan 'prinsip perjuangan tergadai'. Tidak perlu aku memperincikan apa yang aku maksudkan. Cuma yang menyedihkan bahawa kadang-kadang hanya dengan sekampit beras dan sehelai kain batik misalnya sudah boleh menyebabkan orang Melayu (khususnya) 'mengorbankan' prinsip perjuangannya.

Keadaan yang menyedihkan sebegini bukan sahaja berlaku dikalangan yang kurang berada tetapi berlaku juga dikalangan pemimpin-pemimpin besar negara. 'Tanaman budi' sedemikian agak sudah bermaharajalela. Dalam bahasa yang agak kasarnya ialah kegiatan rasuah dan 'tumbuk rusuk' sudah menjadi budaya yang lumrah dalam masyarakat Malaysia kini.

Kadang-kadang sudah boleh dilihat sebagai satu budaya masyarakat Malaysia. Seolah-olah sudah tidak ada lagi perasaan malu dan segan bagi pihak-pihak tertentu untuk menerima dan memberi rasuah demi untuk mempermudahkan sesuatu tugas.

Nampaknya wang ringgit sudah menjadi 'raja' yang boleh melakukakan apa sahaja. Dan golongan yang berada sudah merasakan bahawa orang Melayu khususnya terlalu mudah untuk 'dibeli' dan amat mudah menggadaikan prinsip perjuangan mereka dengan hanya 'menabur budi' yang boleh menyebabkan mereka 'terhutang budi' di mana kesan akhirnya ialah akan 'tergadai body'.

abuhassanadam

Siapa arah jual tanah Bumiputera kepada 1MDB, soal PAS OLEH AMIN ISKANDAR, PENGARANG BERITA

Posted: 13 May 2015 08:00 PM PDT

Kini timbul persoalan siapakah bertanggungjawab menjual tanah di Tun Razak Exchange yang diperuntukkan kepada Bumiputera kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Mei, 2015.Kini timbul persoalan siapak
Exchange yang diperuntukkan kepada Bumiputera kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Belum pun reda kontroversi penjualan tanah Tun Razak Exchange (TRX) milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada Lembaga Tabung Haji dengan harga tinggi, seorang pemimpin PAS mempersoalkan siapakah bertanggungjawab menjual tanah yang sudah diperuntukkan kepada Bumiputera pada zaman pentadbiran Tun Abdullah Badawi itu.

Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar, kanan) turut membangkitkan harga sebenar tanah TRX di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, yang sebelum ini dimiliki Pelaburan Hartanah Berhad, PHBB (dahulu dikenali Pelaburan Hartanah Bumiputera Berhad).

"Mengapa dan siapa yang 'mengarah' dan 'memastikan' agenda menjual 'trophy asset' milik PHBB seperti ini, dijual juga akhirnya kepada 1MDB?" soal bekas ahli Parlimen Kuala Selangor itu dalam wawancara bersama The Malaysian Insider.

"Dikatakan tanah yang diperuntukkan kepada PHBB itu berlaku pada era Tun Abdullah Badawi dengan tujuan untuk membangunkan tanah tersebut, supaya daripada segi agihan kekayaan negara, masih ada lagi ruang dan peluang Bumiputera memiliki saham dalam hartanah yang 'prime' seperti bakal diterbitkan PHBB dalam pelaburan dan saham dan portfolio seperti REIT atau Real Estate Investment Trust yang komplian-syariah."

Media melaporkan sebelum ini, 1MDB hanya membayar RM64 sekaki persegi ketika membeli 30 hektar tanah di tengah-tengah pusat bandar raya daripada Putrajaya, kira-kira empat tahun lalu.

Dzulkefly mempersoalkan pampasan atau gantian tanah yang diberikan Putrajaya kepada PHBB.

"Kalau tidak silap saya Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin ada membangkitkan perkara ini, tetapi isunya mati di tengah jalan sehingga kini, atau 'aborted' begitu sahaja. Apakah beliau tidak diizinkan membangkitkan perkara ini?

"Saya berikan peluang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menjawab dan membuat penerangan terlebih dahulu, sebelum menyatakan pandangan dan kritikan saya," katanya.

Minggu lalu, ketika hangat kontroversi pembelian 1.56 ekar tanah TRX oleh Tabung Haji dengan harga RM188.5 juta, Khairy yang juga menteri belia dan sukan membangkitkan perkara sama.

"Apakah benar perancangan awal sebelum tanah TRX dijual kepada 1MDB, adalah untuk kerajaan menjual tanah ini kepada Pelaburan Hartanah Berhad, iaitu sebuah syarikat di bawah Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera yang ditubuhkan untuk meningkatkan pemilikan hartanah di kalangan mesyarakat Bumiputera?" soal Khairy dalam satu kenyataan mewakili Pemuda Umno.

TRX, pada mulanya dikenali Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur, diumumkan pertama kali pada 2010.

Pada 2012, Najib yang juga menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB mewujudkan jawatankuasa kerja khas untuk menyelia TRX agar disiapkan dalam tempoh 15 tahun.

Tiga tahun kemudian, pada 2015, sayap hartanah 1MDB, 1MDB Real Estate, akhirnya mengumumkan usaha sama membangunkan Lifestyle Quarter di TRX, selepas berjaya mendapatkan usaha sama bersama gergasi pembinaan Australia, Lend Lease.

Lend Lease, seperti diumumkan rundingannya pada Mac tahun ini, memiliki 60% pegangan saham, manakala bakinya dimiliki 1MDB Real Estate.

Meskipun tanpa sebarang butiran perjanjian kewangan bersama Land Lease yang dikeluarkan, sama ada Land Lease menyuntik dana ke dalam usaha sama itu, harga sekaki persegi dibayar untuk tanah dan sumbangan 1MDB Real Estate.

Sehingga butiran itu didedahkan, sukar melihat ia sebagai perjanjian yang baik untuk 1MDB.

Walaupun TRX seharusnya dibangunkan sebagai hab kewangan, pembangunan yang dapat dilihat kini adalah pusat membeli belah, hotel dan menara kediaman.

Tarikh dijangka siap bagi fasa ini adalah di antara 2017 dan 2018. Nilai pembangunan kasar (GDV) untuk suku tersebut adalah RM8 bilion, sejumlah kecil daripada keseluruhan RM40 bilion anggaran GDV bagi keseluruhan projek TRX.

Pembangunan stesen Mass Rapid Transit (MRT) terbesar negara juga dijangka siap pada 2017.

TRX seharusnya mempunyai 25 bangunan dengan 3,800 kawasan unit kediaman, dan Najib sebelum ini mendakwa 250 syarikat terbaik dunia akan membuka rangkaian mereka di daerah kewangan tersebut.

1MDB mengumumkan hari ini penjualan tapak Signature Tower di TRX kepada syarikat pemaju Indonesia, Pt Kumpulan Mulia, pada harga RM665 juta, seminggu selepas kontroversi tercetus mengenai pembelian tanah oleh Tabung Haji.

Tanah untuk pembinaan Signature Tower itu pada asalnya ditolak Tabung Haji walaupun ditawarkan harga RM578 juta.

Keputusan Tabung Haji membeli tanah seluas 0.64 hektar pada harga RM188.5 juta mengundang kemarahan pelbagai pihak sehingga memaksa dana bakal haji itu mengumumkan akan menjual semula tanah itu secepat mungkin. – 14 Mei, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

Selepas buku diharamkan, UM batal forum tampil Faisal Tehrani OLEH KC NAZARI

Posted: 13 May 2015 07:30 PM PDT



Novelis Faisal Tehrani kesal dengan pembatalan forum di saat-saat akhir kerana ia tidak sepatutnya menjadi satu masalah kerana ia dianjurkan oleh jabatan atau fakulti.

Faisal Tehrani kesal dengan pembatalan forum di saat-saat akhir kerana ia tidak sepatutnya menjadi satu masalah kerana ia dianjurkan oleh jabatan atau fakulti. –

Selepas empat buah bukunya diharamkan Putrajaya, novelis Faisal Tehrani berhadapan satu lagi cabaran apabila forum yang menampilkannya dihalang daripada berlangsung pada saat-saat akhir.

Sarjana hak asasi manusia itu, atau nama sebenarnya Mohd Faizal Musa, berkata forum itu membincangkan fenomena baharu dalam penerbitan buku tempatan dab sepatutnya berlangsung pada jam 2 hingga 5 petang semalam di Dewan Kuliah 1, Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya (UM).

Namun, sekitar jam 12 tengah hari semalam, beliau dimaklumkan sahabatnya, pensyarah UM Dr Azmi Sharom, bahawa pengurusan tertinggi universiti mengarahkan forum itu tidak diteruskan.

Menurut Faizal, forum itu pada awalnya dirancang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tempat beliau sendiri bersyarah.

"Saya diminta oleh Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma) UKM untuk tidak meneruskannya kerana pihak pengurusan universiti 'tidak selesa'.

"Saya pun tak selesalah dan menelefon kawan saya Dr Azmi Sharom," katanya sambil menambah bahawa Azmi selaku presiden Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM) bersetuju untuk menganjurkannya di UM.

Faizal kemudian meluangkan masa melayan kira-kira 50 orang hadirin yang sudah hadir ke tempat forum dengan menandatangani buku terbaharunya, "Aku ____, Maka Aku Ada!".

Azmi sewaktu dihubungi menyatakan kekesalannya berhubung pembatalan forum itu.

"Di mana-mana universiti, jikalau jabatan atau fakulti ingin menganjurkan sesuatu forum, ia sepatutnya tiada masalah.

"Ini adalah satu aspek kebebasan universiti dan berdasarkan aspek kebebasan ini sepatutnya tiada kebenaran perlu diminta," katanya sambil menegaskan forum itu adalah anjuran PKAUM dan hanya tempatnya disediakan oleh Fakulti Undang-Undang.

Forum tersebut pada asalnya dirancang dengan menampilkan Faizal sebagai moderator dengan tiga orang anggota panel.

Mereka termasuk penulis buku, "Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang", Zul Fikri Zamir; penulis buku "Cursing Malay" dikenali sebagai Mantot, dan seorang penerbit buku indie.

1 April lalu, beberapa hasil karya Faizal diharamkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) iaitu "Sebongkah Batu di Kuala Berang", "Karbala", "Tiga Kali Seminggu" dan "Ingin Jadi Nasrallah", atas‎ alasan berbahaya kepada ketenteraman dan keselamatan awam.

Faizal, yang juga pemenang Anugerah Seni Negara, berkata dakwaan KDN yang bukunya mengandungi unsur penyebaran ajaran Syiah dan bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal adalah tidak masuk akal.

Pada 29 April lalu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak juga bertindak membatalkan satu forum anjuran Fakulti Sains Politik universiti itu, tanpa memberi sebarang sebab kepada mereka yang terbabit.

Forum bertajuk "Everything in Moderation" itu pada asalnya dianjurkan UIAM sendiri dengan kerjasama Suruhanjaya Tinggi Britain.

Ia sepatutnya menampilkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan, Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dan pakar undang-undang Datuk Dr Shad Saleem Faruqi. – 14 Mei, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Putrajaya tipu rakyat mengenai GST prabayar, kata DAP 1Malaysia KENA TIPU OLEH KERA BN ?

Posted: 13 May 2015 07:00 PM PDT



Pengumuman Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semalam tidak berbeza dengan pengumuman sebelum ini iaitu pengguna tetap akan membayar cukai atas pembelian isian semula prabayar. –

Pengumuman Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semalam tidak berbeza dengan pengumuman sebelum ini iaitu pengguna tetap akan membayar cukai atas pembelian isian semula prabayar. –

Putrajaya menipu rakyat apabila mengumumkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak 6% ke atas perkhidmatan telefon prabayar akan dikenakan berdasarkan penggunaan, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Pua berkata pengumuman Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semalam tidak berbeza dengan pengumuman sebelum ini iaitu pengguna tetap akan membayar cukai atas pembelian isian semula prabayar.

"Pengumuman tersebut sangat menipu kerana pengguna tidak lagi menerima masa bercakap selama RM10 untuk setiap pembelian sebanyak RM10.

"Sebaliknya, mereka hanya menerima RM9.43 sen nilai perkhidmatan untuk setiap RM10 yang dibayar.

"Ia tiada bezanya dengan kenaikan harga kontroversi prabayar mudah alih oleh syarikat telekomunikasi pada 1 April apabila pengguna terpaksa membayar RM10.60 untuk masa bercakap sebanyak RM10," kata Pua dalam satu kenyataan. – 14 Mei, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

Video amah Indonesia dapat MyKad, BR1M viral di media sosial

Posted: 13 May 2015 06:30 PM PDT


Menteri Pertahanan Ditembak Dengan Mesingan Anti Pesawat

Posted: 13 May 2015 06:00 PM PDT

 


Menteri Pertahanan Korea Utara, Hyon Yong Chol - Foto AP

Agensi perisikan Korea Selatan mempunyai bukti Presiden Korea Utara, Kim Jong Un, membunuh Menteri Pertahanan negara itu, Hyon Yong Chol, menggunakan mesingan anti pesawat kerana menteri berkenaan membantahnya serta tidur ketika mesyuarat dipengerusikan Kim.

Hari ini, Perkhidmatan Perisikan Kebangsaan (NIS) Korea Selatan memberitahu jawatankuasa Parlimen bahawa menteri itu dibunuh di depan ratusan orang di lapang sasar Akademi Tentera Kang On di Pyongyang, hujung bulan lalu.

Menurut Ahli Parlimen Shin Kyoung-min yang menghadiri taklimat itu, walaupun maklumat itu masih pada peringkat awal perisikan namun NIS yakin dengan kebenarannya berdasarkan maklumat daripada beberapa sumber.

Kim Jong Un dilaporkan menyebabkan beberapa kematian sejak mengambil alih kuasa daripada mendiang bapanya pada hujung 2011, antaranya bapa sauadarnya serta bekas kekasihnya. Reuters melaporkan menurut NIS, pembunuhan lain termasuk 15 pegawai kerajaan tahun ini. - AP


- hmetro

1MDB Makin Haru Biru.. Ini Buktinya

Posted: 13 May 2015 05:34 PM PDT

 
1MDB Makin Haru Biru.. Ini Buktinya. Selepas Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini menafikan pembelian sukuk syarikat pelaburan strategik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), PAS kini membangkitkan persoalan siapa sebenarnya pembeli sukuk bernilai RM579.2 juta 1MDB seperti didakwa Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli sebelum ini.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut mempersoalkan di mana dana RM1.5 bilion yang dikeluarkan hasil jualan sukuk oleh 1MDB, yang mana RM920.8 juta disahkan pembeliannya oleh Lembaga Tabung Haji pada Februari 2014.

"Selepas penafian PNB, jadi siapa sebenarnya yang membeli Sukuk 1MDB? Dua hari lepas, Tabung Haji mengaku membeli sukuk Bandar Malaysia terbitan 1MDB sebanyak RM920.8 juta pada Februari 2014.

"Permodalan Nasional Bhd (PNB) hari ini menafikan dakwaan ia terlibat dalam pembelian sukuk keluaran 1MDB bernilai RM1.5 bilion, jadi, siapa sebenarnya membeli sukuk 1MDB atau dalam erti kata meminjam duit kepada 1MDB? Apakah ia satu lagi badan berkanun kerajaan atau pihak asing?" soal Tuan Ibrahim dalam satu kenyataannya hari ini.

"Namun persoalannya mudah, ialah di manakah duit RM1.5 bilion ini hasil jualan sukuk ini sekarang?"

Rafizi semalam mendedahkan, memandangkan Tabung Haji mengaku membeli sukuk bernilai RM920.8 juta, ia bermakna PNB "meminjamkan" wang kepada 1MDB melalui pembelian selebihnya, iaitu RM579.2 juta.

1MDB Makin Haru Biru.. Ini Buktinya

Akhbar The Star sebelum ini turut melaporkan 1MDB mengeluarkan sukuk bernilai RM1.5 bilion tahun lepas kepada PNB dan Tabung Haji.

"Begitu juga dengan duit hutang RM3.5 bilion yang dipinjam daripada 6 bank yang diketuai Deutsche Bank, di manakah duit RM3.5 bilion ini sekarang?" soal Tuan Ibrahim.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu berkata, tidak dinafikan banyak perkara yang di dalam 1MDB menimbulkan seribu satu persoalan dan transaksi melibatkan 1MDB amat merumitkan.

"Tetapi segalanya itu boleh dirangkum dalam satu persoalan yang mudah – di manakah duit 1MDB sebanyak RM42 bilion yang dipinjam daripada merata tempat ini sekarang kerana Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange (TRX) yang diwar-warkan masih jauh daripada direalisaikan?" soalnya.

PNB hari ini menafikan dakwaan terlibat dalam pembelian sukuk keluaran 1MDB  bernilai RM1.5 bilion.

"PNB juga tidak menerima sebarang tawaran daripada 1MDB," kata pengurus aset terbesar negara itu dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, Tuan Ibrahim juga mempersoalkan status suntikan oleh Putrajaya dalam bentuk "standby credit" RM950 juta ke dalam 1MDB yang diperakui Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pada Mac 2015.

"Di manakah duit RM950 juta itu sekarang? Bagaimana pula dengan duit untung RM188.5 juta yang diperolehi daripada penjualan tanah TRX kepada Tabung Haji baru-baru ini? Di manakah duit ini sekarang?" soalnya.

"Diharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Penasihat 1MDB boleh menjawab persoalan ini," katanya.

Pengerusi TH kena letak jawatan - UMNO Cheras Syed Mehdhar :

Posted: 13 May 2015 05:00 PM PDT

 

Kredibiliti sudah tercalar ; Pengerusi TH kena letak jawatan KREDIBILITI Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim selaku Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) sudah tercalar dan sewajarnya beliau meletakkan jawatan.

Desakan tersebut disuarakan oleh Setiausaha UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Mehdhar Syed Abdullah berikutan kontroversi pembelian tanah di tapak Tun Razak Exchange (TRX) oleh TH daripada 1MDB dengan nilai RM188.5juta.

Beliau berkata, walaupun TH kemudiannya telah menjual semula tanah berkenaan berikutan kemarahan rakyat tetapi kedudukan Abdul Azeez selaku Pengerusi TH masih dipersoalkan.

"Dari segi kredibiliti, ianya sudah tercemar apabila pada mulanya beliau menafikan berhubung pembelian tanah tersebut oleh TH," katanya.

"Saya selaku ahli UMNO, rakyat biasa meminta Perdana Menteri melucutkan jawatan Abdul Azeez selaku Pengerusi TH kerana kenyataan dan tindak-tanduk beliau telah mencetuskan kegelisahan pendeposit TH.

Beliau mempersoalkan bagaimana seorang pengerusi di sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) boleh mengeluarkan kenyataan tidak tahu berhubung pembelian tanah berkenaan oleh TH daripada 1MDB.

"Ini bukan melibatkan urusniaga RM100 atau RM1,000. tetapi mencecah ratusan juta ringgit, agak mustahil Pengerusi TH tidak ambil tahu, apatah lagi pendedahannya tersebar luas menerusi media sosial," tegasnya,.

Lazimnya kata beliau, sebarang urusniaga jutaan ringgit atau apa juga keputusan melibatkan kepentingan umum sesebuah syarikat GLC ianya mesti berada dalam pengetahuan pengerusi.

"Tetapi amat menyedihkan, Pengerusi TH boleh menafikan soal pembelian tanah raturan juta ringgit oleh TH daripada 1MDB, ini satu jawapan yang boleh dianggap tidak masuk akal," tegasnya. Pada 7 Mei lalu, Abdul Azeez melalui laman Twitternya, mengatakan 'tidak betul' berhubung dakwaan pembelian tanah milik 1MDB oleh TH.

Bagaimanapun pada 10hb. Mei, Pengerusi TH itu memberikan penjelasan panjang lebar berhubung pembelian tanah tersebut dan akan menjualnya semula kepada syarikat berminat setelah mencetuskan kemarahan rakyat. "Dalam konteks ini, kita semua Ahli Lembaga Pengarah berbincang dan ada tiga tawaran. Kita beli dahulu RM188.5juta, sekarang ada tiga tawaran," Abdul Azeez dipetik sebagai berkata dalam penjelasan tersebut.

Abdul Azeez yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO turut menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada desakan agar meletakkan jawatan Pengerusi TH yang disandangnya sejak 2013, kerana berpendapat ia bakal mengundang kerugian kepada TH.

Bagaimanapun Syed Mehdhar tetap mempersoalkan kenapa apabila kedaan menjadi meruncing dan banyak pihak menyelar tindakan TH, beliau kemudiannya membuat sidang media khusus untuk menjelaskan pembelian tersebut.

"Alasannya atas nasihat Perdana Menteri, begitu mudah keputusan dibuat sedangkan rakyat sudah berada dikemuncak kemarahan," tegasnya. Menurut beliau, pendeposit TH adalah orang Melayu dan simpanan tersebut bagi membolehkan mereka menunaikan fardhu haji.



Menurut Syed Mehdhar lagi, beliau tidak mempesoalkan apa juga keputusan yang telah dibuat, bagaimana dan kenapa pembelian membabitkan TH itu berlaku tetapi kecewa dengan sikap Pengerusi TH yang mengambil jalan mudah dengan menafikan urusniaga tersebut setelah didedahkan oleh beberapa laman sosial.

"Saya selaku Setiausaha UMNO Bahagian dan ahli-ahli parti berhak tahu dan berhak bercakap soal tersebut, ini melibatkan simpanan umat Islam, mengapa begitu mudah menghakiskan keyakinan rakyat," soal beliau.

Katanya, kredibiliti Abdul Azeez yang sudah tercalar itu juga sedikit sebanyak akan terpalit kepada UMNO yang merupakan parti yang menjadi tonggak kerajaan yang memerintah.

"Apabila orang Melayu marahkan TH, marahkan pengerusinya, secara tidak langsung mereka juga marahkan UMNO, mereka lemparkan tuduhan bukan-bukan kepada parti, inilah penyakit yang kita terpaksa tanggung akibat sikap berdolak-dalik," tegasnya.

Katanya lagi, jika Abdul Azeez seorang pemimpin yang memikul amanah dan tanggungjawab rakyat sepatutnya beliau mengambil keputusan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi TH.

"Kita tidak perlu bercerita bagaimana TH bayar dividen, bagaimana pengurusan haji dibuat oleh TH, tetapi kita bercerita soal prinsip dan kredibilti," tegasnya lagi.

Disiarkan 1 hour ago oleh syed ali alhabshee

Posted by mountdweller

MH179: Bukti kerajaan perlu haram arak dalam pesawat FMT Reporters

Posted: 13 May 2015 04:30 PM PDT


mas, haram, arak

Hidangan minuman keras arak dalam pesawat tidak menguntungkan syarikat penerbangan dan kebanyakkan penumpang tidak suka penumpang mabuk.

mas, haram, arak

PETALING JAYA: Kejadian sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) terpaksa berpatah balik kerana tindakan seorang penumpang mengamuk kerana tidak dihidangkan minuman keras membuktikan sudah tiba masanya kerajaan hentikan menghidang arak kepada penumpang.

Gesaan itu dibuat oleh Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid, yang berpendapat minuman keras amat membahaya dihidangkan dalam semua penerbangan domestik dan antarabangsa.

"Kami sekali lagi menegaskan hidangan arak dalam pesawat atas permintaan penumpang bukan menguntungkan syarikat penerbangan kerana kebanyakkan penumpang tidak kira warga negara tidak suka penumpang yang berpotensi mabuk dalam pesawat.

"Penumpang mabuk boleh membahayakan pesawat kerana tindakan tidak diduga boleh berlaku. Tidak dapat kita membayangkan jika pesawat berkenaan tidak berjaya dikawal kerana penumpang yang mabuk," katanya dalam satu kenyataan.

Baru-baru ini, pesawat MH179 dalam perjalanan ke Colombo terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas anak kapal tidak berjaya mengawal tindakan seorang penumpang yang mengamuk kerana permintaannya untuk dihidangkan minuman keras tidak dilayan.

Anak kapal menolak permintaan permintaan penumpang warga Jerman itu kerana isyarat tali pinggang masih menyala.

Pesawat terpaksa berpusing di Selat Melaka beberapa jam untuk membuang minyak sebelum selamat mendarat di KLIA.

Azmi berkata, kerajaan langsung tidak mengendahkan gesaan supaya minuman keras tidak dihidangkan dalam pesawat MAS walhal banyak pihak telah menyuarakan perkara itu.

"Apakah alasan kerajaan untuk terus menghidangkan minuman keras dalam pesawat MAS? Bukankah tibanya masanya kerajaan mengambil tindakan tegas atas prinsip keselamatan dan tuntutan agama," katanya.

Malah, katanya, gesaan sama turut dibuat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Australia yang mahukan kerajaaan mereka mengharamkan hidangan minuman keras dalam pesawat berikutan beberapa kejadian disebabkan penumpang mabuk.

KONON MALAYSIA NEGARA ISLAM CONTOH ?

PNB nafi pinjamkan wang, beli bon 1MDB Mohamad Fadli

Posted: 13 May 2015 09:00 AM PDT

rafizif,pnb

PNB menyiarkan notis ringkas di laman sesawangnya menafikan institusi pelaburan itu meminjamkan wang kepada 1MDB dan tidak terlibat dalam pembelian bon sukuk 1MDB.

rafizif,pnb

PETALING JAYA: Permodalan Nasional Berhad (PNB) menafikan dakwaan bahawa institusi pelaburan itu telah meminjamkan sejumlah wang kepada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melalui pembelian RM1.5 bilion Sukuk.

PNB juga menafikan menerima sebarang tawaran jualan daripada 1MDB.

"PNB tidak terlibat dalam pembelian bon sukuk yang dikeluarkan oleh syarikat 1MDB.

"PNB juga tidak pernah menerima sebarang tawaran jualan daripada 1MDB," tulis PNB menerusi satu notis ringkas yang disiarkan di laman sesawangnya.

FMT cuba menghubungi PNB untuk mendapatkan maklumat lanjut tetapi seorang kakitangan memaklumkan tiada ulasan lanjut namun dia mengesahkan notis itu dikeluarkan PNB.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dalam sidang akhbar pada Selasa berkata, 1MDB mengeluarkan Sukuk bernilai RM1.5 bilion tahun lalu kepada PNB dan Lembaga Tabung Haji (TH), berdasarkan akhbar The Star bertarikh 1Mac 2014.

Katanya, sejumlah M920.8 juta telah dipinjamkan oleh TH kepada 1MDB manakala baki RM579.2 jua pula telah dipinjamkan oleh PNB.

Dalam sidang media itu, Rafizi turut mempersoalkan kelewatan PNB menafikan laporan akhbar The Star yang telah disiarkan pada tahun lalu.

"Sekiranya tidak pernah ada rundingan atau PNB tidak pernah membeli bon sukuk tersebut, apakah PNB pernah membuat penafian pantas sejurus selepas laporan oleh akhbar The Star itu disiarkan tahun lalu?

"Jika PNB tidak pernah membuat penafian pantas tahun lalu sekitar tarikh laporan itu disiarkan, kenapa penafian itu baru dibuat sekarang ketika kesedaran rakyat mengenai masalah 1MDB semakin tinggi?" katanya.

Tukar kerajaan selesai masalah Najib, kata Nurul Izzah FMT Reporters

Posted: 13 May 2015 08:15 AM PDT

 
  nurul izzah,najib

Pemimpin UMNO yang meneruskan kepemimpinan negara jika Datuk Seri Najib Tun Razak berundur tetap akan meletakkan beban di atas bahu rakyat bagi melunaskan hutang 1MDB.

nurul izzah,najib

PETALING JAYA: Jika Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan Perdana Menteri, ia tetap tidak akan menyelesaikan masalah terutama melibatkan hutang 1MDB.

Ini kerana, kata Nurul Izzah Anwar, pemimpin UMNO yang meneruskan kepemimpinan negara tetap akan meletakkan beban di atas bahu rakyat bagi melunaskan hutang 1MDB itu.

Sehubungan itu, Naib Presiden PKR mahu rakyat memberi sokongan padu kepada Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pentadbiran negara daripada Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, katanya, semua parti dalam Pakatan Rakyat perlu bersatu dengan menjadikan matlamat mengambil alih Putrajaya sebagai agenda utama.

"Sudah tiba masanya untuk kita memiliki pemimpin yang bukan lagi daripada UMNO dan BN. Justeru, dalam apa-apa cara, kesatuan PR itu harus dijadikan agenda utama bagi semua pimpinan PR."

"Dalam keadaan yang agak getir ini, kita terus memberi tumpuan kepada isu yang berkait dengan rakyat seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), skandal 1MDB dan semua masalah lain yang kian meruncing dan membimbangkan," katanya dalam sidang media pada Rabu.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mengakui, hanya satu jalan untuk Pakatan Rakyat menewaskan BN pada PRU-14 iaitu melalui gabungan pakatan pembangkang yang bersatu.

Kad top-up: Guna dulu baru kena GST Mohamad Fadli

Posted: 13 May 2015 07:30 AM PDT

ahmad-shabery_gst_relod_600

Kad isian semula tetap dikenakan GST tetapi bergantung kepada jumlah penggunaan iaitu guna dahulu baru dikenakan GST.

ahmad-shabery_gst_relod_600CYBERJAYA: Kerajaan setuju untuk memperkenalkan konsep baharu untuk kad isian semula prabayar telefon bimbit atau top-up berdasarkan penggunaan atau 'usage based'.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, menerusi konsep itu, GST tetap dikenakan tetapi bergantung kepada jumlah penggunaan iaitu guna dahulu baru dikenakan GST.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bagaimana kiraan akan dibuat kerana kajian masih dijalankan oleh syarikat telekomunikasi (telco).

Bagaimanapun, konsep itu hanya akan dipakai dalam tempoh enam bulan akan datang untuk memberi masa kepada telco membuat persediaan.

Sehingga tempoh itu, kad isian semula kekal menggunakan konsep sekarang iaitu bayar RM10.60 bagi kad berharga RM10.

Ahmad Shabery berkata, cadangan itu dibuat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan telah dipersetujui Kabinet.

"Kerajaan yakin konsep baharu ini lebih wajar kerana GST tidak dikenakan sebelum perkhidmatan digunakan," katanya dalam sidang media pada Rabu.

Ahli Parlimen Kemaman itu memberi jaminan konsep baharu itu tidak merugikan rakyat dan kerajaan.

Katanya, kerajaan juga menjangkakan kualiti perkhidmatan yang lebih baik daripada telco dan menyarankan syarikat-syarikat telekomunikasi itu menurunkan tarif perkhidmatan.

SYABAS DAN TAHNIAH BUAT YAB AZMIN ALI KERANA MAHU MENYERAP GST !

Posted: 13 May 2015 06:45 AM PDT


azmin,serap,gst
Selangor masih kaji untuk serap GST

Khairil Ashraf

May 13, 2015

Selangor mempunyai 12 PBT menyebabkan kerajaan negeri perlu melakukan penelitian implikasi kewangan yang terpaksa ditanggung sebelum sebarang keputusan.

azmin,serap,gst

SHAH ALAM : Kerajaan Selangor masih menjalankan kajian untuk mengecualikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi setiap perkhidmatan kerajaan kepada rakyat di negeri itu.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, beliau telah mengarahkan Unit Perancang Ekonomi Negeri (EPU) menjalankan kajian dan semakan impilikasi kewangan jika kerajaan negeri menyerap GST.

Katanya, kerajaan juga akan menulis surat kepada Kementerian Kewangan bagi memohon pengecualian GST untuk setiap perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.

"Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) kita membincangkan perkara ini dan kerajaan negeri akan menulis surat kepada Kementerian Kewangan memohon pengecualian GST untuk perkhidmatan kerajaan," katanya selepas Program Luncheon Talk Ulasan Buku "Khalifah Umar Abdul Aziz" pada Rabu.

Azmin berkata, Selangor mempunyai 12 PBT menyebabkan kerajaan negeri perlu melakukan penelitian implikasi kewangan yang terpaksa ditanggung sebelum sebarang keputusan dibuat berbanding Pulau Pinang yang hanya dua PBT.

Pada Isnin lalu, Kerajaan Pulau Pinang dan Terengganu mengikut jejak langkah Johor apabila mengumumkan menyerap GST bagi semua perkhidmatan kerajaan.

Menerusi serapan GST itu, Kerajaan Johor menanggung sebanyak RM3 juta setahun, Terengganu (RM1.6 juta) dan Pulau Pinang sebanyak RM21.4 juta.

Jumlah itu dibayar balik oleh tiga kerajaan negeri itu kepada Jabatan Kastam.

Dalam perkembangan lain, Azmin berkata, kerajaan negeri akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili dalam masa terdekat bagi membincangkan status Langat 2.

"Saya telahpun menyediakan beberapa hujah untuk saya bincang dengan Menteri pada awal minggu hadapan dan kita berharap dengan ada perbincangan ini kita akan dapat jalan penyelesaian," katanya.

Tegasnya, kerajaan negeri menyokong pembangunan Langat 2 tetapi projek persekutuan itu perlu selaras dengan garis panduan yang ditetapkan.

"Kita perlu Langat 2 dan kita mahu ia dilaksanakan," tegasnya.SYABAS

Ramalan hutang 1MDB gugat kewangan negara akan jadi kenyataan FMT Reporters

Posted: 13 May 2015 06:00 AM PDT

Jika 1MDB gagal membayar hutang RM3.6 bilion kepada enam bank antarabangsa itu secara undang-undangnya 1MDB telah gagal memenuhi tuntutan bayaran bagi kesemua RM42 bilion hutangnya dan berdepan 'cross default'.

YB Rafizi ,bayar hutang,bon

PETALING JAYA: Jangkaan hutang-hutang yang ditanggung 1MDB akan membawa risiko besar kepada kestabilan kewangan negara mungkin jadi kenyataan, kata Rafizi Ramli.

Ini kerana, kata Naib Presiden PKR itu, 1MDB berisiko berdepan 'cross default' kerana tidak mampu membayar hutang RM3.6 bilion kepada enam bank antarabangsa diketuai oleh Deutsche Bank.

"Cross default" bermakna jika 1MDB gagal membayar faedah atau bayaran pokok di dalam satu pinjaman/hutang, ia juga dikira telah gagal memenuhi tuntutan bayaran bagi semua hutang-hutangnya yang lain.

Ini bermakna, jika tuntutan bayaran hutang RM3.6 bilion oleh enam bank antarabangsa itu gagal dipenuhi dalam masa terdekat, 1MDB secara undang-undangnya telah gagal memenuhi tuntutan bayaran bagi kesemua RM42 bilion hutangnya.

"Hutang-hutang RM42 bilion ini turut melibatkan sukuk dan bon yang dibeli oleh Lembaga Tabung Haji (TH) di samping pinjaman yang diberikan oleh bank-bank tempatan. Jumlah bonnya juga besar dan akan mempunyai kesan besar kepada pasaran bon negara.

"Oleh itu, ramalan awal saya bahawa satu hari nanti hutang-hutang 1MDB ini membawa risiko besar kepada kestabilan kewangan negara ("systemic risk to the financial system") kini mungkin menjadi kenyataan.

"Ini menafikan jaminan yang dibuat oleh pimpinan Barisan Nasional termasuklah Khairy Jamaluddin yang kononnya 1MDB bukanlah satu risiko kepada kestabilan kewangan negara," katanya dalam kenyataan media pada Rabu.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, Datuk Seri Najib Tun Razak wajib memberikan kenyataan segera bagaimana 1MDB bercadang membayar hutang RM3.6 bilion yang boleh dituntut bila-bila masa ini.

Katanya, kegagalan 1MDB memenuhi tuntutan hutang RM42 bilion ini adalah risiko besar kepada negara jika "cross default" terjadi akibat dari tuntutan hutang RM3.6 bilion oleh bank-bank antarabangsa itu.

Rafizi berkata, risiko 'cross default' itu mungkin terjadi susulan akhbar perniagaan Singapura Bussines Times yang melaporkan enam bank antarabangsa itu akan menggunakan haknya meminta 1MDB membayar hutang RM3.6 bilion lebih awal tempoh matang iaitu sebelum September 2015.

Katanya, 1MDB membuat hutang RM3.6 bilion itu dengan memberi cagaran simpanan dana USD1.1 bilion yang kononnya disimpan di Bank BSI di Singapura.

Katanya, laporan terkini menyebut bahawa dana USD1.1 bilion ini mungkin tidak wujud, ia telah mewujudkan keadaan panik kepada enam bank antarabangsa tersebut yang bimbang 1MDB tidak boleh membayar hutang RM3.6 bilion.

Dicatat oleh ELBI RISALAH

PAS maki hamun ahli sendiri

Posted: 13 May 2015 05:15 AM PDT

 

 

Ketua Umno Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed melihat bahawa masalah dalam PAS berpunca daripada kegagalan parti itu untuk menjalin hubungan silaturrahim di antara ahli partinya.

"Nampaknya pemimpin PAS suka menyalahkan orang lain dan tidak muhasabah melihat kelemahan kepimpinan sendiri.

"Ada pemimpin mereka yang melabelkan diri mereka sebagai ulama (tetapi) mereka memaki hamun golongan moderat dalam PAS," katanya.

Seorang lagi ahli majlis tertinggi Umno, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata tuduhan PAS yang menyalahkan Umno itu adalah cara paling mudah untuk parti Islam itu menutup masalah dalaman mereka.

Sedangkan, Umno tidak seteruk seperti yang disangka PAS sehingga sanggup terlibat dengan kempen kotor itu, katanya.

Malah, Umno sendiri tidak pernah menuduh PAS mendalangi masalah dalam partinya, kata bekas MP Lembah Pantai itu.

"Bila (PAS) ada perpecahan dalaman, cara paling senang untuk tutup (isu perpecahan dalaman adalah dengan menuding jari pada) Umno.

"Kita ni bukan malaikat tapi kita tidak seteruk itu. Orang PAS bukan semua alim pun," katanya yang meminta PAS agar tidak membuat tuduhan tanpa asas.

"Kami dalam Umno ada pemilihan tapi tidak pernah tuduh pihak lain masuk campur," katanya.

6 bank mahu 1MDB bayar segera RM3.5 bilion selepas langgar syarat, lapor akhbar

Posted: 13 May 2015 04:30 AM PDT

 
1Malaysia Development Berhad kini berdepan dengan masalah baru apabila terpaksa menjelaskan hutang AS$975 juta empat bulan sebelum tarikh akhir.


Masalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berterusan lagi, yang terkini apabila ia perlu menjelaskan hutang AS$975 juta (RM3.52 bilion) empat bulan sebelum tarikh akhir penyelesaiannya, lapor harian perniagaan Singapura, Business Times.

Enam bank diketuai Deutsche Bank kini dalam usaha memaksa syarikat itu menyelesaikan hutangnya kerana pinjaman itu dicagarkan menerusi AS$1.103 bilion milik anak syarikat 1MDB, Brazen Sky, wang yang kini disimpan di sebuah bank swasta Switzerland di Singapura, BSI Singapore Bank.

Business Times melaporkan enam bank tersebut mula risau ekoran dokumen cagaran Brazen Sky didakwa "tidak lengkap" kerana tidak memenuhi syaratnya, dan ini membolehkan konsortium bank tersebut menuntut hutang lebih awal sebelum akhir Ogos.

"Susulan kontroversi ini, apa yang pada awalnya dianggap sebuah pinjaman yang bersandarkan cagaran yang amat ketat kini membimbangkan bank," kata akhbar itu memetik sumber. – tmi

Cabar Hadi - Ahmad Awang Umum Esok

Posted: 13 May 2015 03:45 AM PDT

 

Pemimpin veteran PAS Datuk Ahmad Awang akan memutuskan esok sama ada beliau akan bertanding bagi jawatan tertinggi dalam pemilihan kepimpinan parti itu bulan depan.

"Esok adalah hari terakhir, di mana saya perlu beri jawapan sama ada saya bertanding atau tidak.

"Oleh itu, kita tunggu esok di ibu pejabat PAS. Hanya selepas itu saya boleh beri jawapan saya, sama ada ya atau tidak," kata Ahmad kepada Malaysiakini.

Semalam, Ahmad berkata, beliau tidak mengetahui jumlah pencalonan yang telah diterimanya setakat ini dari kawasan dan masih menunggu surat rasmi mengenai perkara itu dari jawatankuasa muktamar.

"Saya hubungi mereka dan mereka kata surat akan dihantar kepada saya petang ini," katanya semalam.

Mengenai peluangnya dalam pemilihan tersebut, Ahmad (kiri) berkata pendekatan beliau ialah dengan memberi penjelasan mengenai isu-isu semasa.

"Sesiapa yang panggil, saya akan pergi. Beberapa hari lepas saya di Sabah.

"Kita turun padang untuk menjelaskan kenapa terjadi PAS sekarang ini dan macam mana kita bersama-sama selesaikan masalah ini.

"Di situlah, kalau tengok lah, dapat respons yang baik. Insya-Allah kita tengok lah," katanya.

Ahmad berkata dalam pemilihan ada dua keputusannya - yang menang dan yang kalah.

"Kalau saya menang, Alhamdulillah. Kalau kalah tak ada masalah," katanya.

Rafizi, ko ni memang buat ramai orang peningla.......!

Posted: 13 May 2015 03:04 AM PDT


 
Kami tiada komitmen dalam TRX - KWAP Astro Awani |

Kemas kini: Mei 13, 2015 (Diterbitkan pada: Mei 13, 2015.

Kami tiada komitmen dalam TRX - KWAP KWAP: Kami tiada komitmen dalam TRX.
KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) mengesahkan tiada komitmen pelaburan dibuat dalam pembangunan Tun Razak Exchange (TRX). 

Dalam satu kenyataan, KWAP menjelaskan mereka akan terus meninjau pelaburan dalam hartanah domestik yang memenuhi mandat dana untuk memberikan pulangan berterusan dalam jangka panjang. 

Kata kenyataan itu lagi, semua pelaburan perlu memenuhi pulangan pelaburan minimum KWAP dan parameter risiko sebagaimana yang ditentukan oleh lembaganya. BACA: KWAP dilapor beli tanah milik 1MDB di Tun Razak Exchange BACA: 1MDB: Mana wang RM4 bilion dari Kumpulan Wang Amanah Pencen? - 

Rafizi Sebelum ini sumber sebuah akhbar melaporkan, KWAP dikatakan sudah membuat perjanjian pembelian sebidang tanah dan bangunan yang akan dijadikan ibu pejabat barunya di Tun Razak Exchange (TRX) pada harga 15 peratus lebih rendah berbanding apa yang telah dibayar oleh Lembaga Tabung haji (TH) kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

Sumber itu menjelaskan KWAP juga telah bersetuju membayar di antara RM1 bilion hingga RM1.2 bilion untuk bangunan 40 tingkat, manakala untuk sebidang tanah itu pula dibayar dengan harga RM2,300 bagi setiap kaki persegi. 

TH sebelum ini membayar kepada 1MDB RM2,774 sekaki persegi atau RM188.5 juta, untuk 0.64 hektar tanah miliknya di TRX.

Bagaimanapun Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dilapor meminta Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy mendedahkan semua maklumat dan fakta tentang pinjaman RM4 bilion yang dibuat daripada KWAP dalam tahun 2011. 


Tegas Rafizi, pinjaman itu dibuat oleh anak syarikat 1MDB iaitu SRC International Sdn Bhd. 



Posted by mountdweller

SPRM bekukan akaun bernilai lebih RM560 juta di Sarawak, sita 500 balak

Posted: 13 May 2015 12:30 AM PDT

 

Antara hasil balak yang disita SPRM selepas menyerbu kilang papan di Sarawak dalam operasi bersepadu Ops Gergaji hari ini.

Antara hasil balak yang disita SPRM selepas menyerbu kilang papan di Sarawak dalam operasi bersepadu Ops Gergaji hari ini.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membekukan 375 akaun syarikat serta individu bernilai lebih RM560 juta di samping menyita lebih 500 batang kayu balak selepas menyerbu 27 kilang papan dan kolam balak serta 21 premis perniagaan di Sarawak, dalam operasi bersepadu "Ops Gergaji" hari ini.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Mohamad Jamidan Abdullah dalam kenyataan yang dikeluarkan SPRM Sarawak hari ini, berkata tindakan itu diambil ke atas pemilik syarikat pembalakan dan kilang papan, yang disyaki terbabit dengan perbuatan rasuah, pembalakan dan penebangan hutan secara haram serta perbuatan mengelak cukai kepada kerajaan.

Beliau berkata operasi bersepadu yang bermula sejak 9.30 pagi itu membabitkan sekurang-kurangnya 400 pegawai serta anggota SPRM, kerajaan negeri Sarawak, Jabatan Perhutanan Negeri, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan polis.

Menurutnya serbuan dilakukan secara serentak di 48 lokasi iaitu Miri (13), Kuching (12), Sibu (12), Bintulu (6), Bakun (3) serta Kapit (2), dan ia dibuat hasil siasatan terperinci dan menyeluruh berdasarkan maklumat risikan yang diperoleh SPRM bersama agensi terlibat.

"Siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) dan 17(b) Akta SPRM 2009 serta Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001," menurut kenyataan itu.

Jamidan berkata operasi bersepadu itu membuktikan komitmen padu kerajaan memerangi kegiatan rasuah dalam sektor pembalakan dan membendung aktiviti pembalakan serta penebangan hutan secara haram yang berleluasa di Sarawak, di samping melindungi khazanah alam sekitar negeri.

Menurutnya aktiviti haram itu juga dipercayai mengakibatkan kerugian berbilion ringgit kepada kerajaan. – Bernama, 12 Mei, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

Tukar Tiub

Tukar Tiub


KEMPEN UNDUR DAN DAKWA

Posted: 13 May 2015 07:16 PM PDT




TANGKAP & DAKWA
Sapa berani nak tangkap lanun bugis dan betina minang nih? Tangkap sekali kutty kerala tu, semua boleh dicampak ke LCS. on TANGKAP NAJIB
Anonymous
on 5/14/15

TUKANG BODEK
nak tangkap piem pi mampos lah selagi ada tukang bodek selagi ada tukang cium selagi ada tukang penjilat apa pun tak nampak kah kah kah on TANGKAP NAJIB
Anonymous
on 5/13/15
CAKAP KOSONG
cakap cakap habuk cakap cakap kosong cakap cakap semberono kah kah kah semua pandai cakap semua pandai beri ucapan habuk pun tarak kah kah kah dua kali lima lima kali dua jua kah kah kah pi mampoooossss lah woit kah kah kah on TANGKAP NAJIB
Anonymous
on 5/13/15
RASUAH
musuh utama negara ini ialah rasuah tapi tak ada sapa ambil peduli semua rasuah peringkat atas sampai bakul sampah rasuah menjadikan negara bankrup ikan bilis ditangkap jerung dibiarkan begitu saja semua tau semua sedar tapi tapi tapi apa kan daya pemimpin atasan begitu juga setiap urusan pasti ada masuk pasti ada komisien pasti ada habuan apa nak jadi budaya rasuah menjadi saluran darah semua akur gejala rasuah diterima di negara sedang membangun kah kah kah rasuah elemen penting dalam memakmurkan negara kah kah kah on TANGKAP NAJIB
Anonymous
on 5/13/15





-----------------

MULAKAN KEMPEN UNDUR DAKWA

Posted: 13 May 2015 06:45 PM PDT






UNDUR


DAKWA

tolak undur sahaja
wajib dakwa


-------------

SUKUK DUKUK MUKUK

Posted: 13 May 2015 06:08 PM PDT








13 MEI 2015

PENAFIAN PNB MENGENAI PEMBELIAN SUKUK 
BANDAR MALAYSIA OLEH 1MDB

Saya baru dimaklumkan bahawa PNB telah mengeluarkan kenyataan menafikan ia membeli bon sukuk Bandar Malaysia yang diterbitkan oleh 1MDB, seperti kenyataan saya semalam. Saya mengucapkan terima kasih di atas penjelasan yang dibuat oleh PNB. Sekurang-kurangnya ia meredakan kebimbangan penabung yang bimbang sekiranya dana PNB juga terlibat dengan 1MDB.

Kenyataan saya itu dibuat berdasarkan satu laporan oleh akhbar The Star bertarikh 1 Mac 2014 oleh Risen Jayaseelan yang secara jelas menyebut bahawa PNB telah membeli bon sukuk Bandar Malaysia yang diterbitkan 1MDB.

Sekiranya tidak pernah ada rundingan atau PNB tidak pernah membeli bon sukuk tersebut, apakah PNB pernah membuat penafian pantas sejurus selepas laporan oleh akhbar The Star itu disiarkan tahun lepas? Jika PNB tidak pernah membuat penafian pantas tahun lalu sekitar tarikh laporan itu disiarkan, kenapa penafian itu baru dibuat sekarang pada kala kesedaran rakyat mengenai masalah 1MDB semakin tinggi?

Mengambil kira segala penafian yang pernah dibuat oleh 1MDB yang akhirnya dibuktikan benar, saya berpendapat adalah lebih baik sekiranya ahli parlimen dan wartawan terus bertanyakan soalan mengenai keterlibatan dana-dana awam dengan 1MDB. Adalah lebih baik sekiranya kebimbangan yang ditimbulkan dibuktikan tidak benar dengan penafian dari dana-dana awam ini kerana sehingga kini tiada ketelusan dalam semua urusniaga melibatkan 1MDB.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN





--------------

KEMPEN UNDUR DAKWA

Posted: 13 May 2015 01:54 PM PDT





UNDUR

&

DAKWA





------------------

AHMAD SAID

Posted: 13 May 2015 05:40 AM PDT






Ahmad Said dedah punca 'diturun' jawatan MB Terengganu

 | May 13, 2015
Ahmad berkata 1MDB pernah cuba untuk mencagarkan hasil gas dan minyak Terengganu dan akhirnya dibatalkan atas bantahan pihaknya dan perkara itu antara satu sebab beliau 'diturunkan' jawatan.
PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said yang selama ini berdiam diri akhirnya mendedahkan punca beliau 'diturunkan' jawatannya.
Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kijal itu berkata, 1MDB pernah cuba untuk mencagarkan hasil gas dan minyak Terengganu dan akhirnya dibatalkan atas bantahan pihaknya dan perkara itu antara satu sebab beliau 'diturunkan' jawatan.
Ahmad membuat pendedahkan itu ketika membahaskan ucapan menjunjung kasih titah ucapan Sultan Terengganu sempena perasmian Persidangan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri pada Selasa.
Ahmad mengakui 1MDB pada asalnya ialah Terengganu Investment Authority (TIA) tetapi menarik diri apabila terjadi permasalahan yang tidak dapat beliau terima.
"Saya memohon maaf, buat masa ni saya tidak dapat menjawabnya, tapi saya tunggu masa yang sesuai.
"Saya akui, betul, 1MDB asalnya TIA, Terengganu Investment Authority bukan Agency yang modalnya berbayar dan saya dan kerajaan negeri yang bayar.
"Tetapi apabila kita dapati "hanky panky" (perkara tidak betul), ada permasalahan yang tak boleh kita terima, termasuk saya boleh sebut di sini buat permulaan ini dulu, mereka nak cagar minyak dan gas di laut Terengganu ketika itu.
"Inilah satu sebab kenapa saya dimarah oleh Perdana Menteri, termasuk kes-kes yang lain, akhirnya kita menarik diri dan kerajaan negeri tidak rugi apa-apa, saya minta balik wang satu juta sebagai modal berbayar ketika itu.
"Ini sebagai penjelasan permulaan, tidak ada yang tidak benar, melainkan yang benar belaka Yang DiPertua," katanya.
Ahmad membuat penjelasan itu ketika menjawab pertanyaan ADUN Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah, yang bertanyakan kaitan 1MDB dengan kerajaan Terengganu.
Pendedahan Ahmad itu mendapat tepukan gemuruh daripada wakil rakyat pembangkang.
Sidang DUN Terengganu bagi Penggal Ketiga dijadulkan berlangsung selama tiga hari bermula Selasa 12 Mei sehingga Khamis 14 Mei ini.



KAH KAH KAH

sedih sedih
inilah wira melayu
inilah wira islam
inilah pejuang melayu
sedih sedih
rupa rupanya wira ini
menjadi mangas rakus
china tembam
mangsa 1MDB

MANGSA MANGSA



---------------

TANGKAP NAJIB

Posted: 13 May 2015 05:07 AM PDT





RAKYAT MAHU INI


KOMENTAR
hadi sokong najib kekal
mat sabu sokong najiob kekal
tapi ada bezanya

mat sdabu mahu najib disiasat dulu
jangan letak jawatan semua selesai

anak muda
#KitaLawan juga
wajib nyatakan
bukan hanya undur tapi tangkap najib

najib ada banyak kes
1- kes bunuh altantuya
2- kes rasuh scorpene
3- kes rembat duit 1MDB

jangan biarkan najib 
letak jawatan  bagitu saje

Mohamad Sabu
SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu turut menyatakan sokongannya supaya Najib  Razak kekal sebagai Perdana Menteri.

KAH KAH KAH

woit
jangan lepaskan
jangan biarkan
tangkap tangkap

TANGKAP NAJIB



------------------

AHMAD MASLAN HASAN MALEK

Posted: 13 May 2015 02:39 AM PDT






KOMENTAR
kabinet hanya akan dirombak
sesudah dua pekara:
1 - persidangan agong tahunan
2 - sesudah diumum tidak ada pertandingan tahu depan



Pejabat PM nafi rombakan Kabinet

KUALA LUMPUR 12 Mei – Pejabat Perdana Menteri menafikan desas-desus tentang rombakan Kabinet seperti yang tertera dalam satu senarai yang tersebar melalui beberapa laman blog dan media sosial.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/utama#sthash.JgfnzBPK.dpuf


KAH KAH KAH

woit
kah kah kah
berdebar hati 
ahmad maslan
ada berita kata
ahmad maslan
akan ganti muhyidin
ada berita kata
dia jadi hasan malek 
goncang jiwa 
hasan malek

APA PUNYA TUUR




-------------

HARI KE 55

Posted: 13 May 2015 01:08 AM PDT






FACE BOOK


Hari ke 55.
Entah kenapa sejak akhir-akhir ini tiap kali terkenang dan terbayang wajahnya air mata tak perlu dipaksa untuk mengalir.
"Alaaaa, bukannya suami tu mati."
"Alaaaaa, bukannya lama, Anwar Ibrahim lagi lama."
"Pejam celik pejam celik keluar lah depa."
"Kata berjuang dah kena penjara sekejap dah heboh minta nak keluar cepat."
Biasa saja telinga ni dengar dan mata ini melihat dan membaca.
Kali terakhir berjumpa suami ialah pada 6hb Mei. Ya baru lagi kerana lawatan "special case."
Ceria. Sungguh ceria. Seperti bukan berada di penjara.
Dia bangun berdiri. Pusing kanan pusing kiri. Minta kami nilai saiz tubuh badannya.
"Kurus tak abah?."
"Kurusnya!" Menjerit Asiah.
Tanya tentang tidur jawapan sama masih atas simen beralas selimut kecil mungkin. Tapi masih dengan senyuman.
Soalannya sentiasa "bagaimana orang di luar? Macamana rumah? Macamana bayaran kereta sekolah anak-anak dan lain-lain.?"
Ya, sayalah supermom itu yang menguruskan semuanya dengan tiada pekerjaan. Allah jua yang memudahkan segalanya.
Saya beri keyakinan pada dia.
Lawatan kali ini oleh kerana semuanya berjalan serentak saya dapat peluang jenguk OKZ lainnya. Semuanya ceria!
Ade Hilmi, Meor Shafrizal, Ustaz Hasri. Isterinya kelihatan meletak gagang interkom di telinga bayi yang baru berusia sebulan lebih.
Haji Isha asyik bersembang dengan isterinya hanya sempat melambai. Khairul tersengih melambai dan mengangkat tangan.
Saya dapat bercakap dengan Faiz Arshad yang masuk dalam bilik lawatan Abah Anas Ar Rembawi. Saya ceritakan tentang surat pengampunan yang kami usahakan.
Oleh kerana Zulhaizam Zulkifli hanya dilawati oleh kakaknya saya turut sama masuk dan ambil peluang bercakap dengannya. Sangat bersemangat dan nampak tabah sekali. MasyaAllah.
Di akhir waktu lawatan mereka semua berdiri berkumpulan dan melambaikan tangan ke arah kami semua.
Pertemuan yang amat manis!
Alhamdulillah. Thank you Allah.

-----------------

BERITA BARU MASUK

Posted: 12 May 2015 11:33 PM PDT





BERITA BARU

MASUK
kelihatan  7 orang sami 
telah keluar dari 
KLIA


siapa menjemput sami ini
ke mana pergi sami ini
masih menjadi tanda tanya




-----------------

ROSMAH PERDANA MENTERI - MAHATHIR

Posted: 12 May 2015 09:28 PM PDT





ROSMAH MANSOR
 DAN 
 LADY MACBETH


Minggu lalu saya telah bersurah tentang beberapa perempuan yang sering disebut-sebut dalam buku sejarah. Perempuan-perempuan ini dikatakan memainkan peranan politik dibelakang tabir dan dalam kelambu.

Perempuan-perempuan ini bukan Raja, bukan Presiden atau Perdana Menteri. Tetapi mereka lebih berkuasa dari Presiden dan Perdana Menteri.

Dari sejarah Eropah pra-moden kita bertemu dengan Marie Antionette (1774-1792) Di Argentina Amerika Latin kita bertemu dengan Evita Peron (1919-1952) Kita juga bertemu dengan perempuan negara jiran – Siti Hartinah a.k.a Ibu Tien dari Jakarta ( 1947-1996) dan Imelda Marcos (1929) dari Manila. Paling terbaru kita bertemu dengan Leila ben Ali (1956) dari Tunisia.

Di Malaysia - 28 juta rakyat sedang dipaksa berhadapan dengan seorang perempuan yang bernama Rosmah Mansor. Kesah, cerita, berita dan klip YouTube tentang Rosmah Mansor ini telah keluar bergantang-gantang. New media atau media sosial kini sedang merakam dan menjadi saksi rakyat yang paling setia.

Di Malaysia ini usik apa sahaja – pasti akan terusik Rosmah Mansor. Berkumpul dalam apa sahaja majlis – kesah Rosmah akan timbul. Jantan dan betina rakyat Malaysia jika berkumpul – dilobi hotel-hotel 5 bintang kendati pun di kedai Mamak – mereka pasti akan bersembang tentang Rosmah Mansor. Ini seolah-olah mata dan telinga 28 juta rakyat Malaysia sentiasa terbuka untuk melihat kerenah dan mendengar gosip tentang Rosmah Mansor.

Bayangkan – ketika banjir melanda Kelantan tahun lalu – satu keping gambar Rosmah sedang bershoping di Bangkok muncul dalam Face Book. Satu negara heboh. Gambar ini menjadi viral. Minggu lepas satu lagi gambar Rosmah muncul ketika Rosmah sedang berjalan diwilayah membeli belah Singapura. Face Book meledak sekali lagi.

Marie Antionette, Evita dan Siti Hartinah terselamat dari serangan media baru. Ketika arwah-arwah ini berkuasa internet, twitter dan YouTube belum wujud. Kesah dan desas desus kehidupan boros lagi lumayan mereka hanya bersambung dari mulut ke mulut. TIdak saperti hari ini.

Melalui media sosial, kerana kehebatan media baru - perempuan yang bernama Rosmah Mansor ini telah berjaya dinobatkan sebagai ikon kebencian majoriti rakyat Malaysia. Saya berani menggunakan perkataan 'majoriti' kerana adalah fakta.

Seramai 52% rakyat Malaysia telah memilih dan mengundi Pakatan Rakyat dalam PRU13 yang lalu. Ini bermakna 52% rakyat Malaysia membenci Rosmah Mansor. Dalam masa yang sama saya juga amat yakin dalam parti United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya dalam Barisan Nasional pasti ramai yang menyampah melihat muka dan kerenah Rosmah Mansor.

Tetapi apa sebenarnya perempuan-perempuan ini?

Mari kita lihat pensejarahan Marie Antionette. Pemaisuri ini bukan anak jati Peranchis. Dia dilahirkan dari keluarga bangsawan Austria. Justeru ketika panen gagal, ketika tanaman tak menjadi – kaum tani Peranchis telah menjadikan 'perempuan pendatang' ini sebagai musuh mereka. Perempuan imigran ini menjadi sasaran kaum tani Peranchis.

Kemarahan rakyat Peranchis ini mempunyai sebab yang amat amat kukuh. Marie Antoinette ini amat terbukti boros. Pemaisuri ini suka mengumpul intan berlian. Kalau Rosmah Mansor diingati dengan cincin 30 juta ringgit – Marie Antionette hingga ke hari ini akan diingati dengan kes pembelian rantai leher berlian.

Revolusi Peranchis (1789-1799) akhirnya menghapuskan sistem Raja di Peranchis dan Marie Antionetter dipenggal lehernya. Hingga ke hari ini dunia mengingati bagaimana Permaisuri ini terdengar suara penunjukan perasaan yang melaungkan ' kami mahu roti – kami mahu roti '. Marie Antoinette menjawab ' jika tidak ada roti.. makanlah cake..' Kata-kata sademikian membantu menyemarakan Revolusi Peranchis hingga berjaya menghapuskan sistem Raja.

Kata-kata 'makan cake' dari Marie Antoinette ini mengingatkan kita dengan kata-kata Rosmah Mansor. Si Rosmah dengan bangga telah bercerita tentang bagaimana dia membayar 1,200 ringgit untuk mendandan rambut. Bayangkan untuk sekali mendandan rambut Rosmah membayar 1,200 ringgit – wal hal gaji minima yang cuba dituntut oleh kaum buruh di Malaysia hanya 950 ringgit sebulan. Satu bulan – 30 hari - bukan sekali dandan.

Justeru apakah jenis perempuan-perempuan ini? Apa sebenarnya dalam benak mereka? Kenapa mereka memiliki perangai sademikian?

Saya memahami Marie Antoinette. Puteri bangsawan yang dibesarkan dengan segala kemewahan. Justeru Marie Antioinette gagal memahami kehidupan kaum tani di Peranchis. Tetapi Rosmah, Evita, Leila dan Imelda bukan dari gulungaan bangsawan? Leila hanya pendandan rambut. Rosmah Mansor hanya anak guru sekolah bukan anak Datuk Undang. Justeru pasti ada sebab musab yang lain yang wajib kita teroki.

Untuk memahami perangai perempuan-perempuan ini saya menggunakan pendekatan saikoanalisis. Ini adalah satu teori fikrah yang telah dikembangkan oleh Sigmund Freud (1856-1939).

Mengikut teori saikoanalisis perangai dan tingkah laku kita dipangkin oleh bawah sedar. Bawah sedar ialah kesedaran yang wujud diluar kesedaran kita. Mengikut teori ini ada babak babak dalam awalan hidup kita yang terpendam yang memangkin kehidupan harian kita.

Untuk saya ada kebenaran dalam menggunakan teori ini untuk memahami siapa perempuan-perempuan ini.

Imelda Marcos satu ketika dahulu – ketika sentimen anti Presiden Marcos memuncak - telah disamakan oleh media Manila dengan Evita Peron. Imelda telah marah dan menafikan persamaan ini. Mengikut Imelda dia bukan pelacur saperti Evita. Dengan serta merta perkataan'pelacur' muncul dari mulut Imelda. Ini bermakna perempuan-perempuan ini memiliki ' hidup gelap' yang ingin mereka lupakan. Kehidupan 'gelap ' ini wujud dibawah sedar mereka.

Apakah kehidupan gelap perempuan-pereampuan ini? Evita, Hartinah, Leila, Imelda dan Rosmah – semuanya menggunakan 'tubuh badan mereka'untuk sampai kepuncak kuasa. Mereka bukan ilmuan. Mereka bukan pemikir. Bukan ahli sukan. Bukan pakar sains. Yang ada pada mereka hanya tubuh badan mereka. Dengan menggunakan "First Body' perempuan-perempuan ini merancang untuk menjadi 'First Lady'.

Orang ramai di Malaysia jarang diberitahu bahawa Najib berkahwin dengan Mak Janda Berhias yang bernama Rosmah Mansor pada tahun 1987. Ketika itu Mak Janda Berhias ini telah berumur 36 tahun. Lebih kotai dari Najib. Umur 36 tahun ertinya dalam masa 4 tahun akan sampai monopos. Media milik United Malays National Organisation menggambarkan Najib bukan duda dan Rosmah masih anak dara dan bukan Mak Janda Berhiasketika mereka berkahwin.

Isteri pertama Najib sampai sekarang menjadi 'non person'. Siapa sebenarnya suami pertama Rosmah? Mamat ini juga tidak pernah menjadi Berita Buletin Utama. Malah orang ramai tidak tahu berapa' ekor' anak anak mereka dari perkahwinan pertama. Media Malaysia saperti menerima arahan untuk menutup berita ini.

Dengan menggunakan tubuh badan sebagai umpan berahi , perempuan-perempuan ini bijak memilih jantan-jantan. Mereka telah berputar-putar silih berganti mencari antan-antan untuk dipanjat. Evita, Imelda, Hartini dan Leila – semuanya memanjat antan soldadu. Mereka berjaya kerana dinegara yang TIDAK mengamalkan demokrasi hanya soldadu yang berpotensi merampas kuasa untuk menjadi Presiden atau Perdana Menteri.

Dari Amerika Latin kita beralih ke Scotland untuk memahami saikoloji perempuan-perempuan ini. Kepada peminat teater atau panggung bangsawan pasti mengenali William Shakespears (1564-1616) yang menulis sebuah drama trajedi bernama The Tragedy of Macbeth. Dalam trajedi ini kita temui watak Rosmah, Leila, Hartini, Evita dan Imelda.

Lebih dari 400 tahun dahulu Shakespears tanpa menggunkan saikoanalisis telah mengenali watak-watak perempuan ini. Shakespears telah menggarap watak Lady Macbeth – perempuan di belakang Lord Macbeth. Lady Macbeth telah memaksa suaminya membunuh Raja Duncan untuk merampas tahtha dan menjadi Raja Scotland.

Jika kita halusi siapa dia Leila, Evita, Imelda, Hartini dan Rosmah – maka tidak dapat tidak kesemua mereka memiliki ciri-ciri perwatakan Lady Macbeth. Mereka adalah perempuan-perempuan yang 'memaksa' Sang Suami 'merampas' kuasa untuk menjadi Presiden.

Adalah dikesahkan apabila Anwar Ibrahim telah dibuang dari kerajaan pada tahun 1998 dahulu – Lady Macbeth Rosmah Mansor telah berdoa siang malam agar penggantinya ialah Najib Razak. Mengikut klip YouTube Perempuan Puaka pastilah Rosmah telah menggunakan bantuan para bomoh untuk memastikan antan suaminya menengak terus ke puncak kuasa.

Lady Macbeth dari Scotland telah menggunakan khidmat Nenek Kebayan untuk merampas kuasa. Manakala Rosmah Mansor dari Rembau menurut klip YouTube Perempuan Puaka telah menggunakan khidmat bomoh. Apa yang saheh ialah William Shakespears 500 tahun dahulu telah mengenali watak perempuan bernama Rosmah Mansor.

Apa sebenarnya pekara yang menjemput orang ramai untuk mempersoalkan siapa Evita, Imelda, Leila, Hartinah dan Rosmah? Kalau Marie Antoniette kita dapat memahami dengan senang kerana pada ketika itu rakyat marah kerana lapar.


Apakah betul perempuan-perempuan ini saperti Lady Macbeth memiliki kuasa. Apakah betul, apakah saheh dibelakang kuasa Presiden Juan Peron (1995-1974) ialah isterinya Evita. Apakah betul dibelakang Najib Razak ialah Rosmah Mansor? Tunggu minggu hadapan. ( TT)

NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEDILAN
sesiapa yang ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila puykul talipon:

03-92-21-30-45

--------

SIAPA LEMBAGA HITAM ITU?

Posted: 12 May 2015 09:00 PM PDT






SIAPA

KALIMUTHU

anak lelaki

PANDIYAPPAN


terima kaseh
pada pembaca tukar tiub
yang menyampaikan 
maklumat penting ini






--------------

I REST MY CASE

Posted: 12 May 2015 08:37 PM PDT





FACE BOOK


Di bawah ceramah hudud. Di atas ceramah Pakatan Rakyat.

Patutlah Nik Nik Mohamad Abduh dgn Mohamed Fadzli Hassan bukan main bechok buat fitnah konon ceramah tolak hudud.

Di tempat yg sama tapi kedatangan cukup berbeza.
 




























KAH KAH KAH

kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah








------------

SIAPA JANTAN ITU

Posted: 12 May 2015 08:11 PM PDT





JANTAN ITU
identiti jantan itu

telah diketahui

akan muncul 

jam 12:00 tepat

---------