Isnin, 11 Mei 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI

AHLI PERNIAGAAN CUBA BUNUH DIRI KERANA GST...

Posted: 11 May 2015 11:45 PM PDT

Rizal Razali's photo.

Seorang ahli perniagaan dilaporkan cuba membunuh diri menjelang penutupan kedai perkakasannya akibat tertekan dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Dalam laporan muka depan akhbar China Press hari ini, Tan Huo Ming dari Teluk Intan, Perak tertekan kerana menghadapi masalah kesan daripada GST yang mula dilaksanakan 1 April lalu.

Akhbar itu melaporkan, Tan beberapa kali mengadu kepada keluarga dan jirannya kerana belum melengkapkan kedainya dengan kemudahan komputer yang merekodkan transaksi GST di kedai berkenaan.

"Pada awalnya Tan berbelah bagi sama ada mahu meneruskan perniagaan atau menutupnya. Selepas dipujuk ahli keluarga dia akhirnya bersetuju menutup kedai itu hari ini," lapor akhbar berkenaan.

Bagaimanapun berlaku kejadian tidak dijangka semalam ketika ahli keluarga Tan bersiap-siap untuk meraikan dia dan isterinya sempena sambutan Hari Ibu di sebuah restoran.

Dengan rasa yang sedih, Tan dilaporkan memanjat pagar ke rumah jiran sebelahnya, menyerahkan sejumlah wang sebelum menelan sebotol kecil racun.

Enggan dipujuk

Menurut jiran yang enggan dikenali itu, dia cuba menghalang Tan membunuh diri sebaliknya gagal apabila lelaki menyerbu ke rumah berkenaan dan mengurung dirinya di dalam bilik.

Tan kemudian memecahkan kaca dan mengelar pergelangan tangannya.

Apabila dipujuk, Tan enggan melayan jiran berkenaan sebaliknya meminta supaya dia dibiarkan mati. Jiran berkenaan memanggil rakannya dan mereka kemudian memecah pintu bilik rumah jiran Tan.

Di situ mereka menemui Tan terbaring berlumuran darah dan tidak sedarkan diri. Dia kemudian dikejarkan ke hospital dan sempat diselamatkan.

Menurut anak perempuan Tan, bapanya itu sangat susah hati sejak GST mula dilaksanakan.

Isteri Tan pula berkata, dia berjaya memujuk lelaki itu menutup kedai beberapa hari lalu tetapi percaya keputusan itu amat berat untuk diterimanya sehingga dia memutuskan cuba membunuh diri lapor Malaysiakini

Ahmad Maslan Bakal Digugurkan Daripada Kabinet? By canang

Posted: 11 May 2015 11:00 PM PDT

KUALA LUMPUR: Umno dan Barisan Nasional bakal menstukturkan semula pentadbirannya apabila mendapat kritikan hebat berkaitan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Menurut tulisan blog Pro-Umno Pistol Nakal, sebagai permulaan perubahan yang dilakukan dijangka membabitkan jawatan yang disandang seorang timbalan menteri, sebelum perubahan yang lebih besar dilakukan.
"Beberapa pihak dalam Umno memaklumkan, ia adalah sebahagian langkah untuk mengukuhkan hubungan dengan akar umbi, masyarakat keseluruhannya dan juga media.

"Sumber-sumber memaklumkan, khabar untuk melakukan perubahan ini sudah lama dibincangkan di peringkat bawah tetapi tidak pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno.

"Sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 lagi perkara itu pernah dibincangkan beberapa pihak, bagaimanapun perkembangan terkini menyebabkan timbul semula spekulasi berhubung perubahan jawatan tertentu dalam Umno.

"Malahan, sudah ada pihak mula melobi untuk menggantikan jawatan yang penting di peringkat Umno dan Barisan Nasional itu," katanya yang menjangka perkara itu akan diketengahkan pada mesyuarat MT Umno hari ini.

Menurutnya lagi, kenyataan yang dilabelkan sebagai tidak matang hingga digunakan pembangkang untuk menghentam kerajaan, selain menimbulkan kemarahan masyarakat diambilkira dalam melakukan perubahan ini.

Malahan, sumber itu mendakwa, pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin dan Permatang Pauh baru-baru ini, ada pihak meminta supaya timbalan menteri itu tidak hadir berkempen untuk calon BN kerana bimbang akan memberi persepsi negatif kepada pengundi.

"Perubahan yang dibuat di peringkat parti ini mungkin membawa kepada rombakan Kabinet, jika Perdana Menteri benar-benar mahu pemimpin negara dihormati ramai," katanya.

Sedia maklum, Ahmad Maslan merupakan Timbalan Menteri Kewangan yang juga merupakan Ketua Penerangan GST yang banyak menimbulkan kontroversi mengenai penjelasan GST kepada umum sehingga tercetusnya 'Fenomena Ahmad Maslan' di media sosial.

Dr Wan Azizah - Cerminan Perdana Menteri masa depan!

Posted: 11 May 2015 10:15 PM PDT

Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail akhirnya telah diterima sebulat suara sebagai ketua pembangkang sewaktu mesyuarat AJK PAS pada 9 Mei lalu berdasarkan prinsip - parti yang mempunyai kerusi majoriti.

Tahniah Kak Wan! Pemilihan tersebut pastinya agak mengecewakan PJ PAS Perak Razman Zakaria yang sebelum ini mencadangkan supaya Presiden PAS, HJ Hadi diangkat menjadi Ketua Pembangkang.

Dilaporkan, cadangan Razman itu tidak dibincangkan langsung. Huh! Huh! Dalam blog peribadinya, paktehrazman, beliau menukilkan antaranya :

"Pada hemat saya, hanya dengan mengangkat Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang sebagai ketua pembangkang dan cerminan Perdana Menteri masa depan sahaja yang boleh mempercepatkan dan memudahkan proses peralihan kuasa UMNO/BN kepada Pakatan Rakyat dalam PRU14 akan datang.

"Kalau rakan Pakatan Rakyat mengidam untuk ke Putrajaya, mereka sepatutnya bersetuju terhadap cadangan saya, dan mungkin ia adalah "persetujuan yang mereka tidak bersetuju," kata Razman.

Dato' Tarmizi Mohd Jam, bekas wartawan akhbar Harakah menulis di fesbook sebagai berikut :

AKHIRNYA PAS AKUR JULANG MP PERMATANG PAUH, WAN AZIZAH SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG. CADANGAN RAZMAN ZAKARIA ANGKAT PRESIDEN PAS TAK BERBANGKIT LANGSUNG.

Pas bersetuju untuk menyerahkan jawatan ketua pembangkang kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berdasarkan prinsip parti yang mempunyai kerusi majoriti.

Ketua Whip Pas Parlimen, Datuk Mahfuz Omar berkata, perkara itu dicapai selepas dipersetujui Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mempengerusi mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat, pada Sabtu. "Kami sebulat suara... dan cadangan Datuk Seri Hadi untuk menyerahkan (ketua pembangkang) kepada parti yang punyai majoriti.

"Sudah tentu adalah DAP adalah parti yang mempunyai kerusi majoriti, oleh kerana DAP telah bersetuju serahkan kepada PKR iaitu Wan Azizah, maka kami bersetuju memilihnya untuk jadi ketua pembangkang," katanya pada sidang media di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini. Akhir kempen PRK Permatang Pauh sebelum ini, Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria mencadangkan agar Presiden Pas yg jg MP Marang, TG Abdul Hadi Awang dilantik Ketua Pembangkang kerana beliau tokoh yg berkaliber dan berpengalaman.

Tolong jika ada sesiapa boleh tanyakan kepada Tuan Hj Razman : Apakah Azizah merupakan cerminan Perdana Menteri masa depan? Hahahaha...

Tentu Razman bungkam!

al-Husseyn.

Akhirnya Mahathir Dedah Penyokong BN Dibayar & Pelbagai Luahan2 Lain YG Anda Mesti Baca.

Posted: 11 May 2015 09:30 PM PDT

"PILIHANRAYA KECIL"

1. Apabila pilihanraya kecil bermula di Rompin dan Permatang Pauh, saya diberitahu oleh penyokong Najib bahawa PRK ini akan membuktikan sokongan kuat kepada Dato Sri. Dakwaan saya yang Najib tidak popular akan meleset.

2. BN akan menang besar di Rompin kerana ini kubu UMNO dan JJ amat popular. Lagipun calon PAS lemah dan PAS mempunyai masalah dalaman.

3. Di Permatang Pauh pula parti lawan berpecah kerana hudud PAS. PAS tidak akan sokong PKR. Azmin Ali pula berhasrat mengalahkan Wan Azizah. Ada kemungkinan BN boleh menang pun.

4. Kejayaan UMNO dan BN dalam kedua-dua PRK akan menunjuk bahawa dakwaan saya Najib tidak disukai ramai adalah salah. Dan Najib boleh dapat kemenangan dalam PRU 14.

5. Saya berada dalam keadaan serba salah. Sebagai ahli UMNO saya hendak BN menang. Tetapi kemenangan akan mengekalkan kepimpinan Najib dalam PRU 14. Dan saya yakin BN pimpinan Najib akan kalah PRU 14.

6. Keputusan PRK di kedua-dua kawasan menunjuk sangkaan penyokong Najib bahawa dakwaan saya yang Najib tidak dapat sokongan ramai lebih tepat dari harapan mereka.

7. Sesungguhnya saya menghadapi dilema sejurus selepas Dato Sri Najib mengambilalih tampuk Kerajaan dari Tun Abdullah. Harapan saya bahawa Najib akan betulkan kesalahan Abdullah tidak menjadi kenyataan.

8. Sebaliknya ia mengekalkan dasar dan tindakan Abdullah. Bukan sahaja jambatan dan landasan berkembar keretapi tidak dilaksana, ia mendokong kononnya liberalisme Abdullah.

9. Dasar luar negara juga ditukar dengan mengutamakan persahabatan dengan kuasa besar seperti AS dan Eropah.

10. Secara tersembunyi ia mengambil penasihat British dan mengguna pakar runding (consultant) luar.

11. Ia gemar mengadakan perhimpunan rakyat upahan yang menatang sepanduk kecil yang dibekal kepada mereka dengan tulisan "I love PM" dan menyanyi lagu "IM4U". Mereka ini datang kerana dibawa dengan bas dari jauh, diberi makan dan upahan.

12. Untuk mendapat sokongan orang Cina, Najib membelakangkan DEB, mengurangkan tempat dan biasiswa bagi penuntut bumiputra di universiti, dan melayan segala tuntutan parti pembangkang. 
 
Dipercayai bahawa dengan slogan "Ah Jib Gor" abang Ajib, orang Cina akan sokongnya.

13. Najib juga percaya bahawa wang tunai adalah raja (cash is king). Jika wang diberi maka rakyat akan sokong dirinya. Maka diperkenalkan BR1M, wang percuma untuk rakyat.

14. Sebelum PRU 13 diarah supaya dikumpul 70,000 orang Cina di Kelang untuk mendengar kempennya. Tak sampai 15,000 yang datang. Mereka tidak hirau ucapan Najib. Najib kalah teruk di sini pada PRU 13.

15. Saya tidak percaya semua ini akan memulihkan sokongan kepada BN. Tetapi sangkaan saya ialah prestasinya dalam PRU 13 akan menjadi lebih baik dari Abdullah.

16. Harapan saya tidak menjadi kenyataan. Prestasi Najib lebih buruk dari Abdullah.

17. Saya harap Najib akan ambil iktibar dari PRU 13. Tetapi tidak. Ia meneruskan dengan pemberian wang. Ia masih mengekalkan penasihat Britishnya. Tingkat 4 diperbesarkan. Pejabat PM dipenuhi dengan ramai anggota yang diberi tugas-tugas ciptaan. Gaji yang diberi tidak mengikut system gaji pegawai Kerajaan.

18. Jawatan-jawatan bertaraf menteri diwujud untuk memberi tempat kepada yang bersara. 
 
Ditubuhkan badan bebas yang mengambilalih kerja dan tugas jabatan-jabatan Kerajaan seperti EPU. Mereka ini dibayar gaji yang tinggi, yang menyebabkan pegawai Kerajaan berasa kecewa.

19. Saya didatangi oleh ramai kumpulan-kumpulan dan individu yang mengadu terhadap kepimpinan Dato Sri Najib. Mereka datang berkali-kali dan meminta saya buat sesuatu supaya Najib berhentikan dasar dan pendekatannya.

20. Yang datang bukan sahaja orang Melayu dan ahli UMNO tetapi juga orang Cina. Mereka amat tidak senang dengan isteri Najib, dengan cara hidup mewahnya, dengan lagaknya seakan-akan ia Perdana Menteri.

21. Menerima desakan dari mereka ini saya cuba nasihat dan tegur Dato Sri. Tetapi tidak berkesan. Ia yakin caranya, pemberian wang olehnya akan memikat hati orang ramai. Dia percaya benar bahawa rakyat begitu sayang dengannya. Dia percaya walaupun UMNO dan BN tidak popular tetapi ia begitu disukai ramai dan ia akan jadikan dirinya sebagai idola dan ikon UMNO dan BN. Ia percaya perhimpunan-perhimpunan besar yang diadakan, dengan sepanduk I love PM membuktikan betapa rakyat suka kepadanya.

22. Desakan supaya saya membuat sesuatu untuk menyedarkan Najib akan kemerosotan sokongan kepadanya, dan kebencian kepada tindak-tanduknya serta cara hidup mewah isterinya datang bertalu-talu kepada saya.

23. Buatlah sesuatu, kata mereka. Saya jawab saya sudah buat tetapi tidak berkesan.

24. Tetapi, apabila saya mula mendengar berkenaan 1MDB, saya berasa keadaan sudah menjadi amat serius. Pada masa itu maklumat tidak banyak. Saya terpaksa buat keputusan untuk hantar kepada Najib surat menyatakan saya tidak sokongnya lagi.

25. Najib hanya mengarah orang berdekatan dengannya supaya saya tarik balik surat saya. Kerana ia tidak dedah penarikan sokongan saya, terpaksalah saya dedah sendiri.

26. Saya terima lebih banyak maklumat berkenaan 1MDB. Saya terkejut dengan jumlah hutang yang begitu tinggi. Kerajaan sendiri tidak pernah hutang begitu banyak. Hutang ini pula dibuat secara off-budget, iaitu tanpa mendapat kelulusan Kabinet atau Dewan Rakyat.

27. Saya tidak dapat terima pembelian stesen janakuasa dengan harga lebih tinggi dari harga pasaran. Ini bukan soal satu dua juta atau sepuluh duapuluh juta. Kelebihan harga mencecah ribuan juta sedang lesen operasi kilang sudah hampir tamat dan nilainya akan jatuh kepada ratusan ribu ringgit sahaja. Kenapa tidak tunggu sehingga tamat lesen.

28. Bila ditanya Najib berkata apabila nilai naik, kilang-kilang boleh dijual untuk mendapat untung. Ini bukan kerja Kerajaan – jual beli syarikat.

29. Saya tidak percaya 1MDB akan dapat untung dari penjualan kilang yang dibeli dengan harga begitu tinggi. Hari ini kita tahu yang syarikat kilang elektrik 1MDB tidak pun dapat disenarai di bursa.

30. Saya dapati penarikan sokongan saya kepada Najib tidak berkesan. Sementara itu masalah 1MDB semakin meruncing. 1MDB tidak dapat bayar faedah keatas hutang 42 billion Ringgit. Wang yang kononnya dilabur di Cayman Islands tidak dapat dibawa balik.

31. Pelaburan dan JV dengan Petro Saudi kabur dan wang pelaburan tidak begitu jelas di mana berada.

32. Apabila lapuran polis dibuat berkenaan Jho Low dengan 1MDB, rumah pihak yang melapur dirampas dan dianya diisytihar muflis.

33. Pemberita yang melapur bahawa Majlis Raja-Raja tidak bersetuju dengan hudud PAS telah ditangkap kerana kononnya menyalahi undang-undang hasutan. Kemudian hakim melepas mereka kerana ia bukan hasutan.

34. Tindakan ke atas pemberita disyaki untuk menakutkan orang ramai dari membuat apa-apa kenyataan anti-Kerajaan.

35. Saya berasa terdapat salahguna kuasa oleh Kerajaan. Agensi-agensi Kerajaan diguna untuk ugutan. Rakyat semakin tidak suka kepada Kerajaan. Saya lebih berkeyakinan BN akan kalah PRU 14 jika dipimpin oleh Najib.

36. Saya tidak dapat terima negara diperintah oleh Pakatan. Dasar-dasar dalam parti-parti dalam pakatan bertentangan antara satu dengan yang lain. DAP lebih utamakan kepentingan orang Cina. 
 
PAS mendakwa ia bukan Melayu, hanya Islam. Keislaman PAS hanyalah untuk politik bukan sebenarnya untuk Islam. Sebab itu PAS mengkafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan orang kafir tetapi kemudian PAS memeluk orang kafir. Parti Keadilan hanya untuk Anwar jadi Perdana Menteri.

37. Jika Pakatan menjadi Kerajaan, huru-hara akan berlaku. Kemajuan negara akan terjejas dan rakyat semua kaum akan menderita.

38. Saya sedar jika saya tidak sokong Najib parti lawan akan ambil kesempatan. Sebaliknya jika Najib pimpin BN dalam PRU 14, BN akan kalah. Luah mati mak, telan mati bapak.

39. Jika kepimpinan UMNO dan BN hendak ditukar, ia harus dibuat sebelum masa untuk pemulihan terlalu singkat sebelum PRU 14.

40. Akhirnya saya terpaksa dedah kesalahan Najib dalam 1MDB. Duit berbillion Ringgit sudah hilang dan tidak mungkin didapati balik. Secara langsung atau tidak langsung Najib bertanggungjawab terhadap kehilangan yang besar ini.

41. Kerana perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini Najib tidak lagi layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Sumber : Chedet.

KERAJAAN BN PERAK AKAN TUMBANG?

Posted: 11 May 2015 09:00 PM PDT

Yang jelas peraturan undang2 tubuh kerajaan Perak, setiap yang menjadi calon hendaklah yang bermastatutin di di Perak dan jika sebaliknya itu jelas melanggar peraturan yang sedia ada.
Kelihatannya YB Rungkup dan Manong yang menang di PRU13 jelas melanggar peraturan yang berkenaan.

Ismaily Bungsu C's photo. Kesannya mahkamah persekutuan akan membuat keputusan tanggal 13 Mei ini sekitar jam 9 pagi sama ada sah atau sebaliknya.

Kedudukan BN di Perak punya 31 kerusi, sementara PR punya 28 kerusi dan di PRU13 lalu BN hanya mendapat majoriti 613 orang di Rungkup dan di Manong pula sekadar majoriti 231 undi.

Jika kedua kerusi yang menang tipis itu boleh didapatkan oleh PR, maka kedudukannya PR punya 30 kerusi dan BN punya 29 kerusi yang membawa makna kerajaan BN runtuh.

Kesan masalah rakyat susah kesan GST dan kemudian terlalu banyak skandal berlaku di Malaysia ini yang menyebabkan rakyat risau dan keputusan di Rompin dan Pematang Pauh memperlihat undi BN menurun.

Jika kedua kerusi berkenaan memang jatuh ke PR, maka sekali lagi kerajaan BN di Perak akan berputih mata dan kerajaan di sana semula diperintah oleh kerajaan PR.

Kita tunggu sajalah tanggan 13 Mei, 2015 ini nanti.

Ini kalilah!

ISMAILY BUNGSU
pengarah komunikasi PKR Sabah

Sewa 'saku kiri ke saku kanan' Putrajaya?

Posted: 11 May 2015 08:30 PM PDT

 Kenapa perlu membayar sewa kepada diri sendiri untuk menggunakan harta tanah yang dimiliki sendiri sejak sekian lama?

FLC's-payment-of-sub-lease-rental-to-PFIPutrajaya didakwa membayar sewaan kira-kira RM5.77 bilion lebih dua tahun setengah untuk menggunakan 186 bidang tanah yang sudah dimiliki.

Dan ia dikatakan akan terus membayar keseluruhan RM23.4 bilion lagi untuk 12 tahun akan datang.

Penerimanya dikatakan Pembinaan PFI Sdn Bhd, syarikat milik Kementerian Kewangan yang kurang diketahui.

"Ini macam transaksi saku kiri ke saku kanan," kata anggota Parlimen Kulim dan anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir dalam taklimat media sebelum ini.

Perjanjian aneh ini muncul daripada pelaksanaan inisiatif kewangan swasta (PFI) yang mula-mula diumumkan oleh perdana menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi.

NAJIB BUAT LAWAK

Posted: 11 May 2015 08:00 PM PDT

LAWAK NAJIB

najib mula buat lawak
kah kah kah

Kadar defisit negara berkurang setiap 

tahun sejak saya jadi PM, kata Najib

Najib Razak mengatakan hari ini sejak beliau mengambil alih pucuk kepimpinan negara pada 2009, Putrajaya pada setiap tahun tidak pernah gagal untuk mengurangkan kadar defisit negara.
Perdana menteri dilihat mempertahankan dirinya daripada serangan dan kritikan terhadapnya sejak akhir-akhir ini yang mengkritik gaya kepimpinannya termasuk daripada Mahathir Mohamad.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kadar-defisit-negara-berkurang-setiap-tahun-sejak-saya-jadi-pm-kata-najib#sthash.cgjEIlLf.dpuf

KAH KAH KAH

kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah
najib buat lawak
kah kah kah
i rest my case
KAH KAH KAH

------------------

'Najib bohong kata dia sokong Tun M'

Posted: 11 May 2015 07:30 PM PDT

SHAH ALAM - Seorang bekas pegawai tinggi Umno mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya di Tawau, Sabah semalam berhubung sokongannya terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad adalah bohong.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin menerusi blognya, zamkata.blogspot.com menulis, selepas kenyataan Najib mengenai sokongannya yang tidak berbelah bahagi terhadap Dr Mahathir ketika era pentadbirannya, beliau menerima mesej daripada bekas pegawai tinggi Umno itu.

"Dia bohong sokong Dr Mahathir  1987.  Dia mula sokong TR (Tengku Razaleigh) saya masih ingat lagi. Masa itu dia timbalan , AI (Anwar Ibrahim). AI yang tekan dia sokong Dr M, banyak saksi yang masih hidup.  'He is really desperate' (dia benar-benar terdesak). Dr M menang dengan 44 undi . 'He didn't campaign at all. He is playing safe' (dia tak berkempen langsung,  dia main selamat) ," tulisnya memetik kata-kata bekas pegawai berkenaan.

Terdahulu Najib dalam ucapannya berkata, beliau antara yang menyokong pentadbiran Dr Mahathir pada pemilihan Umno 1987, di mana ketika itu wujudnya Team A dan Team B, yang mana waktu itu Dr Mahathir hampir gagal mengekalkan jawatan sebagai Perdana Menteri berpunca daripada hampir 50 peratus ahli Umno mendesak beliau meletak jawatan.

"Bila dalam susah kita beri sokongan dia kekal. Kalau kita sokong pemimpin menghadapi ujian, Dr Mahathir tidak boleh kekal 22 tahun menjadi Perdana Menteri.

"Jadi, janganlah lupa, waktu dia jadi Perdana Menteri, kita sokong dia penuh. Sekarang dia tidak jadi perdana menteri, sokonglah pula. Kalau tak boleh sokong, janganlah bunyi sangat. Tapi tak apa, jangan rosakkan parti. Kita boleh terangkan (isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB))," Najib dipetik sebagai berkata.

Mengulas lanjut, Zainuddin dalam blognya berkata, transformasi yang dibawa Najib lebih banyak  membawa kepada terhakisnya keyakinan rakyat dari menambah  keyakinan.

"Daripada  penghapusan ISA, ancaman pembatalan Akta Hasutan, keadaan PLKN yang terumbang ambing,ketidak berkesanan majli perudingan, krisis 1MDB, GST dan terakhir sekali penjualan semula tanah Tabung Haji yang dibeli dari 1MDB.

"Terbukti bila beliau membanggakan keuntungan berjuta dari jualan semula itu tidak dikongsi perasaannya oleh pencarum kerana pencarum bukan mencari keuntungan dari TH.

"Mereka menanam saham untuk akhirat bukan untuk keuntungan berjuta di dunia.Najib ingat dengan pengumuman itu akan membanggakan hati rakyat sebaliknya menambah kemarahan dan kelukasaan perasaan mereka. Najib berbangga kerana memakai kacamata duitan tetapi rakyat memakai kacamata ketuhanan," tulisnya lagi.

- sharian

MOHON JANGAN KETAWA ... GST UMPAMA PEREMPUAN CANTIK KATA ADUN JOHOR.

Posted: 11 May 2015 07:00 PM PDT

Bob Kelanang's photo.
Bob Kelanang's photo.Baik punya perbandingan ... mudah rakyat faham dan hadam ... kalau ada yang masih tidak faham maka elok benar duduk di bulan bak kata Ahli Parlimen Langkawi.

Inilah contoh apabila wakil rakyat mengeluarkan kenyataan lawak kartun ... gagal untuk menawan hati dan jiwa rakyat dalam mengeluarkan pandangan dan hujah.

BK : Bagi aku la...kalau apa2 kuar dr mulut UMNQ sama ada menti ke, MP ke atau cai...kalau xbodo mesti bangang, kalau xbangang mesti bahalol.
 
MAHATHIR KRITIK ROSMAH BERLAGAK MACAM PM !!

Posted: 11 May 2015 06:30 PM PDT

Panglima Harimau's photo.

Tun Mahathir Mohamad hari ini sekali lagi mengkritik Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang dikaitkan dengan gaya hidup mewah.

"Saya didatangi oleh ramai kumpulan-kumpulan dan individu yang mengadu terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib.

"Mereka datang berkali-kali dan meminta saya buat sesuatu supaya Najib berhentikan dasar dan pendekatannya.

"Yang datang bukan sahaja orang Melayu dan ahli Umno tetapi juga orang Cina.

"Mereka amat tidak senang dengan isteri Najib, dengan cara hidup mewahnya, dengan lagaknya seakan-akan ia perdana menteri," katanya.

Menulis dalam blognya hari ini, Mahathir berkata akibat desakan itu bertalu-talu, beliau cuba menegur Najib tetapi tidak berkesan.

"Desakan supaya saya membuat sesuatu untuk menyedarkan Najib akan kemerosotan sokongan kepadanya, dan kebencian kepada tindak-tanduknya serta cara hidup mewah isterinya datang bertalu-talu kepada saya.

"Buatlah sesuatu, kata mereka. Saya jawab saya sudah buat tetapi tidak berkesan," kata perdana menteri paling lama dalam sejarah Malaysia itu.

'Keadaan amat serius'

Bagaimanapun, kata Mahathir, apabila beliau mula mendengar berkaitan dakwaan skandal 1MDB, beliau merasakan keadaan sudah menjadi amat serius.

"Pada masa itu maklumat tidak banyak. Saya terpaksa buat keputusan untuk hantar kepada Najib surat menyatakan saya tidak sokongnya lagi.

"Najib hanya mengarah orang berdekatan dengannya supaya saya tarik balik surat saya.
"Kerana ia tidak dedah penarikan sokongan saya, terpaksalah saya dedah sendiri," katanya lagi.

Mahathir (atas) pada 29 April membangkitkan dakwaan gaya hidup Rosmah susulan khabar angin beliau membelanjakan RM3 juta hanya untuk hiasan bunga-buangan ketika majlis perkahwinan anaknya.

"Isunya ialah, orang bercerita. Ia mungkin salah atau betul. Saya tak pasti kalau ia benar, tetapi saya fikir ada yang fakta. Itu jadi masalah," tulisnya sebelum ini.

PANAS !! - 7 MENTERI DIGUGUR DALAM ROMBAKAN KABINET NAJIB?

Posted: 11 May 2015 06:00 PM PDT

 Beberapa nama dan muka baru masuk menjadi sebahagian kabinet baru Dato Seri Najib untuk menghadapi ujian dan cabaran besar menjelang PRU14.

Nama nama yang baru muncul di Jabatan Perdana Menteri seperti YB Khairy, Dato Asyraf diberi peranan khusus untuk menjaga orang muda dan golongan belia. 
Dato Azeez pula diberi peranan mengambil alih tempat Dato Razali Ibrahim, selain menjaga 1M4U.

Tan Sri Nordin Kardi dipilih sebagai menteri penuh Menteri Pengajian Tinggi (diwujudkan semula) kerana pengalamannya sebagai Naib Canselor sebagaimana sebelum ini Tan Sri Musa Mohamed Naib Canselor USM yang menjadi Menteri Pendidikan. 
Dato Irmo yang aktif dalam belia dan NGO dijangka akan memberi nafas baru untuk misi emas olimpik dan Piala Dunia. Ahmad Maslan diberi kepercayaan penuh untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap kerajaan menerusi kementerian penerangan.

Beberapa nama besar yang gugur dijangka akan ditempatkan di GLC dan beberapa tempat strategik. Idris Jala difahamkan akan ditempatkan di 1MDB untuk mengukuhkan institusi itu. 
Shahidan Kassim yang rapat dengan kerajaan Arab Saudi dilapor akan menerajui Tabung Haji.

Manakala Hassan Malek pula akan menjadi CEO KWSP yang baru. 
Jamil Khir dikata pergi ke Bank Rakyat. 
Jailani Johari akan kembali menerajui SKMM. 
Tajuddin Rahman pula akan mengisi kekosongan sama ada sebagai Ketua Pengarah JASA atau di Felda. 
Nazri Aziz khabarnya akan diutus ke Amerika Syarikat serta kukuhkan pelaburan FGV di peringkat antarabangsa. 
Anifah pula memilih untuk merehatkan diri.

apakah benar "perkhabaran ini", ribut rombakan makin kuat.

Out :
 
1) Hassan Malek
2) Idris Jala
3) Jamil Khir
4) Nazri Aziz
5) Anifah Aman
5) Jailani Johari
6) Tajuddin Rahman
7) Shahidan Kassim

Senarai Nama Menteri Kabinet Malaysia
(Kemaskini Jun 2015)
Perdana Menteri
Dato' Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak

Timbalan Perdana Menteri
Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Menteri:

Dato' Asyraf Wajidi Dasuki
Encik Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
Dato' Seri Idris Jusoh
Dato' Mah Siew Keong
Senator Datuk Paul Low Seng Kuan
Puan Hajah Nancy Haji Shukri
Senator Dato' Sri Abdul Wahid Omar
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Timbalan Menteri:
Dato Azeez Rahim

Kementerian Kewangan
Menteri I: Dato' Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak
Menteri II: Dato' Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan Menteri: Dato Johari Ghani
Timbalan Menteri: Datuk Chua Tee Yong

Kementerian Pendidikan
Menteri : Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin
Timbalan Menteri: Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin

Kementerian Pengajian Tinggi
Menteri : Tan Sri Nordin Kardi
Timbalan Menteri : Dato Razali Ibrahim
Timbalan Menteri: Tuan P. Kamalanathan A/l P. Panchanathan

Kementerian Dalam Negeri
Menteri: Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Menteri: Datuk Haji Ahmad Haji Maslan
Timbalan Menteri: Dato' Poad Zakarshi

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Menteri: Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Menteri: Dato' Sri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri: Senator Dato' Lee Chee Leong
Timbalan Menteri: Datuk Ir. Haji Hamim Samuri

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Menteri: Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: Dato' Seri Mahdzir Khalid

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Menteri: Datuk Seri Palanivel A/l K. Govindasamy
Timbalan Menteri: Dato' Sri Dr. James Dawos Mamit

Kementerian Pengangkutan
Menteri: Dato' Sri Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri: Datuk Zahidi Zainul Abidin

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Menteri: Datuk Abdul Rahman Dahlan
Timbalan Menteri: Dato Mas Ermiyanti

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Menteri: Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Khairul Azwan Harun (Wan Bro)

Kementerian Pertahanan
Menteri: Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri: Datuk Abd Rahim Bakri

Kementerian Kerja Raya
Menteri: Datuk Haji Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Haji Abdul Rashid Shirlin

Kementerian Kesihatan
Menteri: Datuk Seri Dr. S. Subramaniam
Timbalan Menteri: Dato' Seri Dr. Hilmi Yahaya

Kementerian Belia dan Sukan
Menteri: Dato Irmohizam Ibrahim
Timbalan Menteri: Datuk Saravanan A/l Murugan

Kementerian Sumber Manusia
Menteri: Dato' Sri Richard Riot Anak Jaem
Timbalan Menteri: Dato' Sri Haji Ismail Haji Abd. Muttalib

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Menteri: Dato' Seri Hj. Mohd Shafie Hj. Apdal

Timbalan Menteri: Senator Dato' Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Menteri: Dato' Sri Hajah Rohani Haji Abdul Karim
Timbalan Menteri: Datuk Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Timbalan Menteri: Senator Datin Paduka Chew Mei Fun

Kementerian Luar Negeri
Menteri: Datuk Ab. Aziz Kaprawi
Timbalan Menteri: Dato' Hamzah Zainudin

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Menteri: Datuk Bung Mokhtar Raden
Timbalan Menteri: Datuk Halimah Mohd Sadique

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Menteri: Datuk Dr. Ewon Ebin
Timbalan Menteri: Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Menteri: Datuk Amar Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Dato' Noriah Kasnon

Kementerian Wilayah Persekutuan
Menteri: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan Menteri: Senator Dato' Dr. Loga Bala Mohan A/l Jaganathan.

SEMUA OK... PM kecewakan penyebar khabar angin

Posted: 11 May 2015 05:30 PM PDT

"Kalau ada berita angin yang tersebar sebelum mesyuarat ini kecewalah mereka sebarkan," itu kata-kata Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak dalam sidang media yang ditunggu-tunggu selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO petang Isnin.

Menurut Najib, ahli Majlis Tertinggi UMNO melahirkan sokongan padu kepada presiden dan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebelum ini, antara khabar angin yang tersebar di media sosial adalah kononnya Najib akan diminta oleh MT supaya meletak jawatan dalam mesyuarat hari ini.

Najib turut menjelaskan bahawa beliau telah mengadakan pertemuan hati ke hati dengan Muhyiddin bagi memastikan kedudukan UMNO terus kukuh.

"Saya telah berjumpa dengan beliau dari hati ke hati pagi tadi (Isnin). Saya telah beri pengakuan bahawa kita akan selalu bincang dari hati ke hati untuk pastikan bahawa kepimpinan UMNO di peringkat pucuk pimpinan berada dalam keadaan yang selesa dan kukuh supaya tidak ada pihak yang memecah belahkan parti kita terutama sekali saya dan timbalan," katanya.

Najib berkata, beliau sentiasa mengadakan perbincangan hati ke hati dengan Muhyiddin.

"Saya hargai idea-idea bernas yang diberikan oleh timbalan presiden," ujarnya.

Dalam pada itu, Najib turut menjelaskan dalam mesyuarat hari ini, Majlis Tertinggi UMNO harap Ketua Audit Negara mempercepatkan siasatan ke atas 1MDB.

Menyentuh mengenai isu Tabung Haji, Perdana Menteri berkata, pendeposit Tabung Haji tidak perlu bimbang kerana deposit mereka dijamin kerajaan.

Beliau yang juga Presiden UMNO dijadualkan menghadiri majlis Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-69 di Dewan Merdeka, PWTC malam ini.

Kerajaan PKR Negeri Selangor sudah jual Wisma ? - Artikel Ini Kiriman SMA Lubis

Posted: 11 May 2015 04:53 PM PDT

Negeri Selangor sudah jual Wisma Yakin tempat orang melayu berniaga dan sudah jual semua aset bernilai milik anak syarikat yang berkepentingan melayu, naikan cukai pintu, naikan sewa premis niaga PKNS, dan berpuluh-puluh lagi tindakan yang tidak beretika serta membunuh melayu dalam senyap. 
 
Robohkan Giatmara, semua diam ayuh sahabat, kita cari satu persatu dan ungkit serta viralkan keburukan kerajaan Pembangkang Selangor. 
 
Kalau kita saban hari dok tumpang viralkan isu yang dicipta oleh pembangkang semata-mata memburukan pemimpin kita dan melaga-lagakan mereka. Pasti kita jumpa kehancuran di penghujungnya. 
 
Kita dilekakan dengan isu nasional hingga kita lupa kita kalah di Selangor kita asyik sama-sama jadi penyebar isu nasional yang kadang-kadang belum tentu betulnya.

Henti guna jet peribadi selepas rakyat dikenakan GST, kata Gerakan

Posted: 11 May 2015 04:30 PM PDT

Tindakan menghentikan penggunaan jet peribadi milik kerajaan yang menelan kos tinggi perlu dilakukan jika mahu menyeru rakyat berjimat cermat ketika berbelanja.

Tindakan menghentikan penggunaan jet peribadi milik kerajaan yang menelan kos tinggi perlu dilakukan jika mahu menyeru rakyat berjimat cermat ketika berbelanja.

Putrajaya digesa memotong kos perbelanjaan pentadbiran termasuk menghentikan penggunaan jet peribadi selepas seluruh rakyat Malaysia "dipaksa" membayar cukai  barangan dan perkhidmatan (GST), kata Tan Keng Liang.

Ketua Pemuda Gerakan itu berkata, jet peribadi itu tidak memberi manfaat dan Putrajaya perlu melakukan tindakan sama jika mahu menyeru rakyat berjimat cermat ketika berbelanja.

"Penggunaan jet itu sememangnya memakan kos yang tinggi.

"Malah jika dihapuskan ia mungkin memberi keuntungan kepada kerajaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam perhimpunan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya pagi ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak‎ berkata, Putrajaya akan mengambil tindakan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab menaikkan harga dan tidak telus mengenakan GST.

Najib turut memberi jaminan keuntungan ‎GST akan dimanfaatkan untuk rakyat dan negara, satu langkah yang dilihat untuk mengurangkan kritikan terhadap tindakan Putrajaya memperkenalkan GST.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini menggesa Putrajaya untuk membatalkan GST kerana ramai di antara pegawai tinggi kerajaan masih belum faham bagaimana untuk melaksanakannya.

Tan berkata, jika Najib gagal menunjukkan kerajaan turut sama berkongsi beban dengan rakyat, segala usaha yang diambil kerajaan akan ditolak walaupun ia demi kepentingan rakyat dan negara.

Katanya, rakyat akan menerima keputusan tidak popular yang dibuat kerajaan itu jika Putrajaya menunjukkan komitmen berkongsi beban dengan rakyat.

"Tidak dinafikan GST dilaksanakan lebih 160 negara seluruh dunia.

"Namun sentimen sekarang ialah, rakyat masih belum nampak sebarang manfaat yang diterima mereka selepas pelaksanaan GST," katanya.

Di Putrajaya hari ini, Najib yang juga menteri kewangan berkata, apabila hasil pendapatan bertambah, kerajaan akan menerangkan kepada rakyat secara telus kerana rakyat hendak tahu penggunaan pendapatan negara itu.

"Nanti saya akan bentangkan kepada rakyat, duit tambahan ini, kita akan menggunakan untuk kebaikan rakyat dan negara. Ini saya hendak memberi jaminan, itulah sebenarnya hasrat kerajaan.

"Apabila keadaan kita lebih kukuh, pasaran yakin kepada ekonomi negara kita, kita ada punca tambahan, kita boleh mara ke hadapan," katanya.

Katanya, kerajaan menambah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun ini bagi mengurangkan kos harga barang naik serta mengurangkan kadar cukai perseorangan.

"Untuk kita lakukan semua ini, kita perlu ada punca kewangan yang boleh mengukuhkan lagi pendapatan negara," katanya sambil menambah beliau akan membentangkan Rancangan Malaysia ke-11 pada 21 Mei ini, menggariskan perancangan kerajaan untuk 5 tahun akan datang. – 11 Mei, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

Zam dedah kisah sebenar Najib - FMT Reporters

Posted: 11 May 2015 09:00 AM PDT

zam_najib_300_1

Zam dakwa mendapat maklumat yang sah bahawa Najib tidak menyokong Tun M dalam Pemilihan UMNO pada 1987, sebaliknya Najib menyokong Tengku Razaleigh.

PETALING JAYA: Tan Sri Zainuddin Maidin mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Pemilihan UMNO pada 1987.

Bekas Menteri Penerangan itu sebaliknya mendakwa, Najib menyokong Tengku Razaleigh Hamzah bagi merebut jawatan Presiden UMNO.

Sehubungan itu, Zam mendakwa Najib berbohong apabila membuat pengakuan beliau menyokong Tun M dalam Pemilihan UMNO 1987.

"Saya tahu kerana saya adalah Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu masa itu yang mendapat maklumat yang sah daripada wartawan yang bertugas di lapangan. Jika tidak kerana tekanan Anwar Ibrahim, Najib takkan sokong Mahathir," tulisnya di blog zamkata.blogspot.com.

Zam berkata, beliau kembali ingat fakta itu selepas mendapat mesej daripada kenalan yang juga bekas pegawai tinggi UMNO.

"Dia bohong sokong Dr Mahathir 1987. Dia mula sokong TR (Tengku Razaleigh) saya masih ingat lagi. Masa itu dia timbalan AI (Anwar Ibrahim). AI yang tekan dia sokong Dr M, banyak saksi yang masih hidup. 'He is really desperate' (dia benar-benar terdesak). Dr M menang dengan 44 undi . 

'He didn't campaign at all. He is playing safe' (dia tak berkempen langsung, dia ambil jalan selamat)," tulis Zam memetik pesanan bekas pegawai berkenaan.

Zam berkata, bekas pemimpin UMNO itu menghantar mesej kepadanya selepas Najib berucap di Tawau dan mendakwa menyokong Dr Mahathir dalam persaingan pucuk pimpinan 1987.

Zam berkata, memang benar Dr Mahathir tidak berundur walaupun hanya mendapat sokongan 50 peratus dalam parti, namun keadaan dan situasi mereka berbeza.

"Hakikatnya pada masa itu walaupun parti berpecah belah tetapi Mahathir berani bertahan kerana sokongan rakyat kepadanya di luar parti terutamanya Melayu di samping Cina dan India adalah kuat dan kedudukan BN dalam Parlimen teguh tetapi sekarang orang Cina dan India tidak menyokong Najib kecuali "I Love You Palsu",katanya.

Malah, apa yang berlaku ketika zaman transformasi Najib, rakyat sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinannya baik dari segi, agama mahupun bangsa.

Zam sekali lagi menyarankan supaya Majlis Tertinggi UMNO berani menyuarakan perkara sebenar bahawa sokongan Ketua-ketua UMNO Bahagian dan rakyat yang dinyata sebelum ini hanyalah palsu belaka.

Katanya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Khairy Jamaluddin perlu berani dan tidak hanya berjuang untuk menyelamatkan diri serta kedudukan semata-mata sedangkan rakyat menaruh harapan penuh kepada mereka.

"Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga Khairy Jamaluddin tidak sewajarnya 'hanya berani di luar tetapi kecut di dalam'.

"Apa gunanya berjuang kalau sekadar untuk menyelamatkan diri ketika rakyat tergugat dan menaruh harapan yang sangat tinggi .

"Inikah sikap seorang pemimpin sejati atau sekadar untuk mengekalkan jawatan Timbalan Perdana Menteri atau Menteri?", soal Zam.

Tony Pua fail permohonan batalkan saman Najib berhubung isu 1MDB

Posted: 11 May 2015 08:15 AM PDT

Peguam kepada Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee, Alliff Benjamin Suhaimi, berkata mahkamah turut menetapkan 17 Jun untuk pengurusan kes.

Peguam kepada Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee, Alliff Benjamin Suhaimi, berkata mahkamah turut menetapkan 17 Jun untuk pengurusan kes.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee memfailkan permohonan bagi membatalkan saman fitnah yang difailkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadapnya berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perkara itu dimaklumkan peguam Alliff Benjamin Suhaimi yang mewakili Pua ketika ditemui pemberita selepas kes itu disebut di dalam kamar di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi K Pavani.

Alliff berkata, mahkamah turut menetapkan 17 Jun untuk pengurusan kes.

Prosiding hari ini turut dihadiri peguam Choo Shi Jin yang mewakili perdana menteri.  

Pada 8 Mei lepas, Pua memfailkan permohonan untuk membatalkan saman Najib atas alasan plaintif (Najib) tidak mempunyai locus standi untuk memulakan tindakan saman terhadapnya dan mendakwa saman itu bertujuan untuk menyusahkan dan merupakan satu penyalahgunaan proses mahkamah.

Najib, atas kapasiti peribadinya, memfailkan saman itu pada 5 Mac lepas dan menamakan Pua, 42, dan pemilik portal online Mediarakyat.net, Chan Chee Kong, 51, sebagai defendan pertama dan ke-2.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Najib mendakwa pada 13 November tahun lepas, Pua sebagai seorang penceramah utama pada majlis makan malam Kutipan Dana DAP memberi ucapan berhubung isu 1MDB dan rakaman ucapan itu dimuat naik oleh defendan ke-2 sendiri dan/atau ejennya di laman YouTube Mediarakyat dan laman web Mediarakyat.

Perdana menteri mendakwa rakaman itu kemudiannya dikongsi oleh defendan pertama dan/atau ejen-ejennya di laman facebooknya dan juga defendan kedua dan/atau ejennya di laman facebook Mediarakyat.

Najib berkata, sehingga 2 Mac lepas, rakaman itu ditonton 194,979 kali di laman YouTube Mediarakyat manakala 200,709 pengguna Facebook mengikuti rakaman itu di laman Facebook Pua dan 165,293 lagi pengguna Facebook Mediarakyat mengikuti rakaman itu.

Katanya, rakaman ucapan itu mengandungi perkataan yang merujuk dan berkaitan dengannya yang memfitnahnya dan individu yang dikenali sebagai "Prime Minister" dalam perkataan fitnah itu semestinya merujuk secara spesifik kepadanya (Najib).

Najib mendakwa perkataan fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau merompak duit rakyat berkaitan urus niaga 1MDB dan oleh itu beliau adalah seorang yang tidak boleh dipercayai dan tidak layak memegang jawatan awam.

Najib, yang juga Presiden Umno, berkata perkataan fitnah itu merupakan fitnah yang amat serius dan menyebabkannya dibawa ke skandal awam, kebencian dan penghinaan oleh kawan-kawan, kenalan dan masyarakat awam di dalam negara dan di peringkat antarabangsa dan juga menyebabkan ketegangan hubungan antara rakyat dan pihak antarabangsa dengan plaintif.

Beliau berkata, penerbitan perkataan fitnah itu merosakkan reputasinya yang akan berterusan selama bertahun-tahun lamanya kerana rakaman ucapan itu boleh diakses secara meluas dan mudah di seluruh dunia melalui internet, blog, forum dan laman web tanpa sebarang sekatan dan boleh dikongsi semula.

Sehubungan itu, beliau menuntut ganti rugi am, teladan, kos dan perintah injunksi bagi menahan defendan pertama dan ke-2 atau ejennya daripada menerbitkan lagi perkataan-perkataan fitnah itu terhadapnya. – Bernama, 11 Mei, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tony-pua.

Dedahkan semua urus niaga badan berkanun dengan 1MDB, kata PKR

Posted: 11 May 2015 07:30 AM PDT

Orang ramai perlu tahu sejauh mana wang awam terlibat dalam urusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) termasuk kenyataan terbuka berkaitan pegangan bon, pemberian pinjaman, pembelian tanah dan sebarang urus niaga yang pernah dirundingkan badan berkanun dengan 1MDB

Orang ramai perlu tahu sejauh mana wang awam terlibat dalam urusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) termasuk kenyataan terbuka berkaitan pegangan bon, pemberian pinjaman, pembelian tanah dan sebarang urus niaga yang pernah dirundingkan badan berkanun dengan 1MDB.

PKR hari ini menuntut badan berkanun yang berurus niaga dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyenaraikan semua urusan mereka dengan dana pelaburan strategik negara yang sarat dibebani hutang itu, susulan laporan Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) turut membeli sebidang tanah di Tun Razak Exchange (TRX) daripada 1MDB, selepas Lembaga Tabung Haji.

Setiausaha agungnya Rafizi Ramli berkata, orang ramai perlu tahu sejauh mana wang awam terlibat dalam urusan 1MDB, dan mahu kenyataan terbuka yang termasuk pegangan bon, pemberian pinjaman, pembelian tanah dan sebarang urus niaga yang pernah dirundingkan badan berkanun itu dengan 1MDB

Berita mengenai pembelian KWAP itu timbul selepas minggu lalu, sebuah blog mendedahkan Tabung Haji membeli plot tanah di TRX dari 1MDB pada harga RM188.5 juta.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga perlu mengarahkan supaya tanah yang diberikan kepada 1MDB dijual kembali kepada kerajaan persekutuan pada harga yang sama yang dibayar oleh 1MDB dahulu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengutuk sekeras-kerasnya keputusan tabung pencen negara itu, mengatakan walaupun pembelian tanah itu dilaporkan pada harga yang lebih murah daripada yang dibayar Tabung Haji, ia tetap satu lagi bentuk suntikan dana bagi menyelamatkan atau "bail out" 1MDB.

Rafizi berkata, selain Tabung Haji dan KWAP, beliau percaya 1MDB juga mengadakan perbincangan dengan agensi/badan pelaburan negara lain seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

"Sebarang penjualan kepada Tabung Haji, KWAP, KWSP, LTAT dan PNB perlulah dibuat terus daripada kerajaan persekutuan kepada agensi-agensi tersebut," katanya.

Rafizi juga menggesa Najib mengarahkan agar semua perjanjian dan kontrak melibatkan penjualan hartanah oleh 1MDB kepada agensi-agensi dana rakyat tersebut dibatalkan segera secara suka sama suka (mutual termination of contract).

Beliau juga mencabar Ketua Pemuda Umno merangkap Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, menjadi suara dalam parti itu, menuntut ketelusan tersebut.

"Sekiranya beliau tidak mendapat jawapan yang memuaskan seperti yang dikehendaki (kenyataan terbuka badan berkanun), wajarlah beliau mengambil langkah berprinsip meletakkan jawatan daripada Kabinet," katanya.

Tabung Haji membeli tanah di TRX itu pada harga 43 kali ganda lebih tinggi daripada apa yang dibayar 1MDB ketika membelinya daripada kerajaan persekutuan tiga tahun lalu.

Manakala KWAP dilaporkan membeli tanah itu pada 30 kali harga pembelian asal.

"Keuntungan atas angin yang dikaut 1MDB ini akhirnya digunakan untuk membayar faedah-faedah bernilai ratusan juta ringgit yang terpaksa dibayar beberapa kali setahun, sedangkan dana asal yang dipinjam sebanyak RM42 bilion itu tidak diketahui ke mana perginya," katanya.

Rafizi berkata, KWAP sudah meminjamkan RM4 bilion kepada sebuah anak syarikat 1MDB pada tahun 2011 dan laporan kewangan terkini yang diaudit menyatakan, sejumlah RM3.1 bilion merupakan pelaburan yang juruaudit tidak mempunyai sebarang maklumat.

Beliau dipercayai merujuk kepada pinjaman yang dibuat kepada SRC International, yang ketika itu anak syarikat 1MDB, bagi tujuan pelaburan dalam perlombongan arang batu di Mongolia.

SRC kini diserap sebagai sebuah anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan. – 11 Mei, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com. - 

Rosmah lancar laman web Permata berwajah baharu

Posted: 11 May 2015 06:45 AM PDT

Laman web Program Permata kini berwajah baharu dengan dilengkapi ciri-ciri terkini termasuk video, perkongsian fail dan blog untuk capaian khalayak yang lebih ramai.

Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor (gambar, kiri) yang juga penaung Program Permata berkata laman web itu, www.programpermata.my, boleh berfungsi sebagai saluran informasi kepada pengguna dengan lebih efektif.

Pembangunan laman web baharu itu merangkumi kesemua tujuh program Permata iaitu Permata Negara, Permata Pintar, Permata Seni, Permata Insan, Permata Kurnia, Perkasa@Remaja dan Hospital Kanak-Kanak Permata itu merupakan kerjasama antara Permata dan pasukan kreatif dari Universiti Limkokwing.

"Adalah diharapkan melalui laman web ini, perhubungan dan komunikasi antara Permata dengan khalayak menjadi lebih cepat dan memberikan kebaikan untuk dimanfaatkan pengguna.

"Laman web juga akan memberikan peluang kepada pelawat mengunjunginya tidak kira masa dan di mana sahaja tanpa sempadan," katanya semasa merasmikan laman web itu di Putrajaya, hari ini.

Rosmah juga berharap laman web itu tidak disalahgunakan sehingga menjadi saluran yang boleh membawa kemudaratan.

"Kebelakangan ini, terdapat segelintir masyarakat yang cenderung menggunakan (web) sebagai medium meluahkan rasa tidak puas hati hingga dikhuatiri boleh menimbulkan fitnah. Saya percaya ia bukanlah cara terbaik kerana penyalahgunaan laman web secara tidak beretika tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi.

"Sebagai pengguna, sama-samalah kita memastikan ia digunakan bagi membantu kita mendapat maklumat untuk kebaikan bersama," katanya.

Dalam pada itu, Rosmah berkata Permata sedang membina Pusat Permata Kurnia untuk kanak-kanak autisme yang akan beroperasi pada Oktober tahun ini dan Hospital Pakar Kanak-Kanak yang dijangka siap pada 2017.

Program Permata yang memasuki lapan tahun pelaksanaannya, merupakan cetusan idea Rosmah bagi memastikan setiap anak diberikan peluang pelajaran yang terbaik agar mereka dapat menyumbang sebagai modal insan negara.

Setiap satu program Permata diperincikan dengan teliti pelaksanaannya termasuk mengambil kira pelbagai aspek seperti peringkat umur, kebolehan, keupayaan, kelainan dan bakat semulajadi yang ada pada setiap kanak-kanak. – Bernama, 11 Mei, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article.

PAS, Hadi setuju Wan Azizah jadi ketua pembangkang OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Posted: 11 May 2015 06:00 AM PDT

Ketua penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, ahli jawatankuasa PAS Pusat bersetuju untuk presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi ketua pembangkang.

Ketua penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, ahli jawatankuasa PAS Pusat bersetuju untuk presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi ketua pembangkang.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerima persetujuan sebulat suara dari ahli jawatankuasa PAS Pusat untuk dipilih sebagai ketua pembangkang di Dewan Rakyat, kata Datuk Mahfuz Omar.

Ketua penerangan PAS itu berkata, keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang Sabtu lalu.

"Kami sebulat suara malah cadangan yang dibuat tuan guru presiden untuk menyerahkan kepada parti yang mempunyai majoriti. Parti yang mempunyai majoriti iaitu DAP.

"Kami juga berbincang kerana DAP secara umumnya menyatakan pendirian bersetuju menyerahkan kepada PKR, Dr Wan Azizah maka kami bersetuju atas keputusan yang dibuat untuk bersama pendirian Pakatan Rakyat (PR) memilih PKR dan presidennya untuk menjadi ketua pembangkang," katanya pada satu sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Minggu lepas Dr Wan Azizah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam satu pilihan raya kecil (PRK) yang diadakan kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen selepas dijatuhkan hukuman penjara lima tahun.

Semasa kemelut menteri besar Selangor, Hadi secara terbuka menentang pencalonan Dr Wan Azizah untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang disingkirkan PKR untuk memimpin negeri terkaya itu. – 11 Mei, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

Sedarlah Umno, Rompin dan Permatang Pauh sudah beri ‘isyarat’ berjaga-jaga - Nur Jazlan

Posted: 11 May 2015 05:15 AM PDT

Datuk Nur Jazlan Mohamed is a three-term MP for Pulai, three-term Umno Pulai Divison Chief and the new PAC chairman. Apart from being in the new politics, he also writes for The Malaysian Insider while debating other matters at www.nurjazlan.net

Published: 11 May 2015

Tahniah kepada Datuk Hasan Ariffin dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selepas dua calon veteran yang berusia 60 tahun ke atas, masing-masing mencatatkan kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dan Permatang Pauh.

Nampaknya, pengundi di Rompin dan Permatang Pauh jelas memberikan isyarat calon muda yang ditampilkan PAS di Rompin, Nazri Ahmad, 40, dan Suhaimi Shabudin, 44, daripada Barisan Nasional (BN) tidak semestinya menjadi kriteria utama dalam memilih wakil rakyat di kawasan majoriti Melayu luar bandar.

Apa yang pasti kedua-dua PRK ini yang dilangsungkan selang sehari antara satu sama lain, sekurang-kurangnya dapat memberikan gambaran kepada parti pemerintah dan pembangkang mengenai sikap dan pendirian masyarakat Melayu luar bandar menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) 14.

Begitu pentingnya PRK Rompin dan Permatang Pauh ini kepada Umno jelas terlihat apabila ia dikemudikan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin di peringkat pusat manakala tiga naib presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut sama bertanggungjawab secara langsung terhadap kedua-dua PRK ini.

Sudah pasti keputusan PRK Rompin dan Permatang Pauh perlu dipikul empat pemimpin tertinggi Umno ini dan tiada yang boleh menyalahkan satu sama lain kerana strategi yang digunakan dibincang dan diteliti keempat-empat mereka.

Namun selepas pengumuman keputusan pada hari Selasa lalu di Rompin dan hari Khamis kemudiannya di Permatang Pauh, pastinya pimpinan Umno perlu kembali ke "drawing board" dalam merencanakan semula strategi menawan hati pengundi Melayu luar bandar yang selama ini dilaungkan dengan penuh kemegahan sebagai simpanan tetap parti pra merdeka ini.

Jumlah undi yang diperoleh calon PAS dalam PRK Rompin seharusnya menggusarkan pimpinan tertinggi Umno kerana ia membuktikan sokongan kepada parti Islam itu yang jelas bersendirian berjuang di Rompin tanpa sokongan rakan-rakan pembangkang, tidak terjejas.

Calon PAS dalam PRK Rompin kali ini hanya kekurangan 25 undi sahaja untuk menyamai apa yang diperoleh calon parti itu dalam PRU13 lalu apabila memperoleh 14,901 undi berbanding 14,926 undi.

Saya cukup bimbang dengan jumlah undi yang diperoleh rakan saya, Hasan yang jelas merosot berbanding apa yang diperoleh Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis walaupun ramai pimpinan tertinggi Umno menyatakan penurunan pengundi yang keluar mengundi menjadi penyebab utama mengapa Hassan gagal mencatatkan jumlah dan majoriti undi lebih besar.

Sebenarnya, faktor peratusan pengundi yang merosot kepada 12% dalam PRK Rompin, bukan faktor utama mengapa BN gagal mencapai majoriti lebih besar dan ia adalah sesuatu yang begitu menggusarkan memandangkan kebiasaannya pengundi perlu mempunyai rasa simpati terhadap khidmat arwah Jamaluddin yang sudah berkhidmat enam penggal di sana.

Tetapi ia tidak berlaku Selasa lalu di Rompin yang jelas kelihatan tiada sentimen simpati daripada lebih 50,000 pengundi Parlimen itu bagi memberikan mandat lebih besar kepada bekas timbalan menteri besar Pahang yang sebenarnya, bukan muka asing kepada masyarakat Rompin.

Seperti biasa, ramai pimpinan Umno dan BN terus berada dalam sindrom penafian diri (self denial) tanpa mahu menunjukkan kebimbangan betapa PRK Rompin dan Permatang Pauh menghantar isyarat jelas daripada masyarakat Melayu luar bandar ke PWTC dan Putrajaya yang Umno dan kerajaan BN perlu segera merumuskan strategi baru.

Sikap penafian diri serta sambil lewa seperti inilah yang tidak menjadi "wake up call" kepada jentera Umno hingga membuatkan mereka sentiasa berada dalam keadaan selesa kerana sering percaya Umno akan terus menjadi kerajaan pemerintah.

Kelemahan jentera BN dalam PRK Rompin yang begitu selesa serta sambil lewa kerana beranggapan Parlimen itu adalah kubu kuat Umno memberikan padah dan kekuatan kepada Pas untuk berjuang bersendirian dengan melontarkan isu-isu yang begitu dekat di hati pengundi Rompin.

Walaupun, jentera BN dan Umno cuba menjarakkan diri dengan isu yang menyelubungi Putrajaya dengan tidak menampilkan poster Perdana Menteri Datuk Seri Najib tidak seperti yang berlaku dalam PRU 13 lalu, ia ternyata tidak membantu menaikkan undi yang diperoleh Hasan.

Malah, PAS jelas berjaya memanipulasi isu yang melanda FGV selain cukai perkhidmatan dan barangan (GST) di kalangan peneroka Felda khususnya generasi kedua, sekali gus meningkatkan undi pengundi muda di kawasan tanah rancangan itu.

Pengumuman Najib yang menurunkan harga rumah untuk generasi kedua peneroka Felda empat hari sebelum pengundian berlangsung sebagai satu strategi Umno juga langsung tidak memberikan kesan kepada peneroka Felda dan ia juga petanda Umno akan berdepan dengan masalah besar menjelang PRU 14 bagi terus memastikan undi peneroka Felda berpihak kepada parti.

Jika di Rompin, kita melihat kerajaan BN vs PAS, senario jelas berbeza pula dilihat di Permatang Pauh yang menyaksikan kerajaan BN vs kerajaan Pakatan Rakyat (PR) – Pulau Pinang dan Selangor – dengan isu lebih tertumpu kepada serangan terhadap pentadbiran antara kedua-dua kerajaan ini.

Kehilangan PAS ketika berkempen di Permatang Pauh tidak banyak memberikan kesan kepada pengundi di Permatang Pauh yang sebenarnya sudah memberikan isyarat jelas, mereka akan terus mempercayai keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Serangan berbentuk peribadi terhadap Dr Wan Azizah tidak mendatangkan sebarang kesan terhadap PKR kerana pengundi di Parlimen itu jelas bersimpati dengan apa menimpa Anwar.

Selain itu, isu-isu nasional yang dimainkan pembangkang terus gagal ditangani dengan baik jentera BN dan Umno yang terus bersifat "defensive" dan gagal menyerang PR terutama sekali berkaitan dengan kelemahan pentadbiran kerajaan PR di Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang.

Pelbagai ingatan dan kenyataan diberikan barisan menteri Kabinet Putrajaya bagi meyakini pengundi Permatang Pauh untuk memberikan kepercayaan kepada calon BN jelas gagal menarik sokongan mereka.

Pertelagahan yang berlaku antara pimpinan PAS dan PKR serta DAP ketika berkempen juga bukan menjadi faktor utama kepada pengundi Permatang Pauh untuk beralih arah kepada BN dan Umno.

Tidak dinafikan bom "atom" yang digugurkan berkemungkinan pakar strategi PR berhubung pembelian tanah 1Malaysian Development Berhad (1MDB) di Kuala Lumpur oleh Tabung Haji, dua hari sebelum pengundian Permatang Pauh sebenarnya, sedikit sebanyak turut menyumbang kepada peralihan pengundi atas pagar daripada BN kepada PR.

Rakyat kini semakin celik termasuk pengundi di kawasan luar bandar dengan mula mempercayai pelbagai isu melanda kerajaan BN terutama berkaitan rasuah, salah guna kuasa serta penyelewengan.

Banyak yang perlu dilakukan PWTC dan Putrajaya jika melihat kepada isyarat daripada Rompin serta Permatang Pauh dengan masa yang begitu suntuk sebagai persediaan menghadapi PRU14.

PR kini sudah boleh tersenyum dan mengetahui apa yang perlu dilakukan bagi menarik sokongan pengundi di kawasan luar bandar terutama orang Melayu di kawasan Felda yang sudah pasti berbelah bahagi melihat kepada segala masalah yang melanda FGV.

Pada masa sama, PR juga sudah pasti melakar strategi untuk menembusi tiga negeri utama yang menjadi kubu kuat BN dan Umno iaitu Johor, Sabah dan Sarawak dengan berbekalkan isu yang menjadi tarikan kepada pengundi di tiga negeri ini.

Umno pula tidak boleh lagi melihat strategi untuk berbaik dengan PAS jika menyokong hukum hudud ciptaan parti itu bagi menarik sokongan pengundi Melayu di kawasan luar bandar.

PAS sudah menunjukkan "belang" mereka dengan bertindak membelakangkan rakan-rakan pembangkang untuk berjuang sendirian dan jika Umno merasakan "persahabatan" dengan PAS akan menjamin kemenangan PRU14, ia hanya akan memberikan padah kepada parti ini.

Segala-gala yang tersurat dan tersirat dalam PRK Rompin serta Permatang Pauh, tidak memihak kepada BN serta Umno dalam melangkah masuk ke dalam gelanggang PRU 14 dan sebenarnya parti pemerintah ini, memerlukan wajah serta strategi baru selepas tidak boleh lagi bersandarkan kepada kepopularan Najib seperti yang dilakukan ketika PRU 13 lalu.

Mahu tidak mahu, butang "reset" perlu ditekan pimpinan Putrajaya dan PWTC bagi merencanakan semula strategi baru menjelang PRU 14 dengan bersandarkan apa yang sebenarnya dimahukan pengundi serta selera mereka dalam tempoh tiga tahun ini.

Isu-isu yang menyelubungi pentadbiran serta peribadi pemimpin juga perlu ditangani dan dilenyapkan dengan segera bagi meyakinkan rakyat BN serta Umno benar-benar pilihan terbaik buat mereka dalam terus menerajui Malaysia.

Jika semua ini gagal dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun akan datang, tidak mustahil apa yang diramalkan Tun Dr Mahathir Mohamad akan menjadi kenyataan pada PRU14 nanti dan Umno di bawah pimpinan Najib perlu membuktikan ramalan Dr Mahathir itu hanyalah cakap-cakap kosong semata-mata.

Sedarlah wahai Umno dan pimpinannya, dengan peratusan keluar mengundi yang rendah dalam kedua-dua PRK ini, keputusan diperoleh tidak jauh berbeza dan janganlah kita berasa terperanjat dalam PRU 14 nanti apabila peratusan mengundi yang tinggi tetapi keputusannya memihak kepada PR jika jentera dan pimpinnnya Umno dan BN terus leka sepanjang tiga tahun ini. – 11 Mei, 2015.

* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/opinion/nur-jazlan.

Sedarlah Umno, Rompin dan Permatang Pauh sudah beri 'isyarat' berjaga-jaga

Tahniah kepada Datuk Hasan Ariffin dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selepas dua calon veteran yang berusia 60 tahun ke atas, masing-masing mencatatkan kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dan Permatang Pauh.
Nampaknya, pengundi di Rompin dan Permatang Pauh jelas memberikan isyarat calon muda yang ditampilkan PAS di Rompin, Nazri Ahmad, 40, dan Suhaimi Shabudin, 44, daripada Barisan Nasional (BN) tidak semestinya menjadi kriteria utama dalam memilih wakil rakyat di kawasan majoriti Melayu luar bandar.
Apa yang pasti kedua-dua PRK ini yang dilangsungkan selang sehari antara satu sama lain, sekurang-kurangnya dapat memberikan gambaran kepada parti pemerintah dan pembangkang mengenai sikap dan pendirian masyarakat Melayu luar bandar menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) 14.

Begitu pentingnya PRK Rompin dan Permatang Pauh ini kepada Umno jelas terlihat apabila ia dikemudikan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin di peringkat pusat manakala tiga naib presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut sama bertanggungjawab secara langsung terhadap kedua-dua PRK ini. Sudah pasti keputusan PRK Rompin dan Permatang Pauh perlu dipikul empat pemimpin tertinggi Umno ini dan tiada yang boleh menyalahkan satu sama lain kerana strategi yang digunakan dibincang dan diteliti keempat-empat mereka.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/opinion/nur-jazlan/article/sedarlah-umno-rompin-dan-permatang-pauh-sudah-beri-isyarat-berjaga-jaga#sthash.et0EUbbo.dpuf

Habislah Najib..!

Posted: 11 May 2015 04:30 AM PDT

Ramai yang melihat kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Lembaga Tabung Haji sebagai paku terakhir kepada kareer politik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Namun, ia tidak semudah itu kerana nyawa politik Najib kini berkait dengan nyawa 1MDB yang juga bersangkut-paut dengan nyawa perbendaharaan Malaysia.

Ceritanya mudah, hutang 1MDB RM42 bilion perlu dibayar – sama ada Najib terus menjadi perdana menteri mahupun tidak – kerana yang menjamin hutang 1MDB ialah kerajaan bukannya Najib.
 
Najib selaku menteri kewangan dan juga penasihat 1MDB melalui satu jawapan bertulis 12 Mac 2015 mengaku yang "surat sokongan" yang dikeluarkan kerajaan kepada 1MDB Global Investment Ltd untuk membuat pinjaman berjumlah AS$3 bilion (RM9.6 bilion).

"1MDB Global Investment Limited perlu menggunakan dana dalaman syarikat termasuk kesemua asetnya terlebih dulu. Jika semua langkah tersebut diambil dan syarikat masih kekurangan dana untuk menyelesaikan pinjaman berkenaan, barulah surat sokongan kerajaan menjadi efektif," kata Najib.

Apa maksudnya secara mudah? 1MDB perlu menjual aset-asetnya terlebih dahulu untuk bayar hutang. Jika tidak mampu membayarnya, maka kerajaan Malaysia (bukan Najib) perlu membayarnya.

Oleh kerana ada "backup" sebesar kerajaan Malaysia, maka ramai yang sudi meminjam duit kepada 1MDB sebelum ini sehinggalah hutang ditimbunkan menjadi RM42 bilion.

Untuk membayar hutang, 1MDB mencuba pelbagai cara. 1MDB pernah merancang IPO bagi mencari dana, tapi gagal. Bukan itu sahaja, 1MDB juga menerbitkan sukuk Bandar Malaysia bernilai RM2.4 bilion untuk mencari dana dan kini timbul ura-ura Lembaga Tabung Haji membeli RM1.6 bilion atau 66% sukuk tersebut berdasarkan dokumen yang diledakkan di blog mengenai pembelian tanah TRX.

Di Parlimen, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah juga mengaku Tanjong Public Limited Company milik Tan Sri Ananda Krishnan membantu 1MDB mencari RM2 bilion dana untuk membayar hutang.

Selain daripada sukuk, rancangan IPO yang gagal, meminta bantuan Tanjong, 1MDB perlu mencari pembeli untuk aset-asetnya untuk membayar bunga hutang.
Antara aset-aset bernilai yang ada di tanah TRX dan Lapangan Terbang Sungai Besi yang diperolehnya secara murah oleh kerajaan Malaysia. Namun, tugas mencari pembeli menjadi semakin susah bagi 1MDB apabila kerajaan sendiri mengarah agar audit forensik dijalankan terhadap akaunnya.
Namun, ia tetap dapat mencari pembeli seperti Tabung Haji, yang sanggup membeli sekeping tanah kecil daripada 1MDB pada harga yang hampir 43 kali (RM2,773 sekaki persegi) daripada nilai yang diperoleh 1MDB (RM64 kaki persegi) daripada kerajaan secara tunai.

Meskipun rakyat marah, 1MDB tetap tidak membatalkan penjualan itu kepada Tabung Haji. 

Penasihat 1MDB Najib meminta Tabung Haji menjual tanah itu kepada pihak lain. Dalam erti kata lain, carilah pihak ketiga (yang tidak mampu dicari 1MDB) untuk membeli tanah tersebut tetapi duit RM188 juta yang dibayar Tabung Haji kekal di tangan 1MDB.

Kontroversi TH-1MDB kini membentuk satu cabaran besar bagi 1MDB untuk menjual aset-asetnya bagi membayar hutang. Jika penjualan sekeping tanah 0.63 hektar boleh mencetus kontroversi sebegini rupa, siapa lagi yang akan berurusan dengan 1MDB selepas ini?

Bagaimana 1MDB akan mencari dana pula selepas ini? Antara aset lain yang boleh membantu 1MDB menjana duit ialah dua penjana kuasa bebas (IPP) yang dibelinya pada 2012 iaitu Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd daripada Ananda dan Mastika Lagenda Sdn Bhd daripada Genting Sanyen.

Akan tetapi, kedua-dua IPP ini dibeli pada harga yang jauh tinggi daripada harga pasaran.

Apakah tarif elektrik akan dinaikkan selepas ini kerana TNB terpaksa membeli sumber elektrik yang mahal daripada 1MDB demi membantu 1MDB menjana keuntungan?

Jika tidak, lubuk dan tabung mana 1MDB akan mencari dana seterusnya untuk membayar hutang? Apakah nasihat penasihat 1MDB?

Jika segala usahanya mencari dana gagal, maka 1MDB tidak dapat membayar hutangnya. Dengan itu, surat sokongan kerajaan akan berkuat kuasa dan kerajaan yang perlu menanggung beban hutang 1MDB.

Sesiapa yang menggantikan Najib akan juga berdepan dengan masalah 1MDB ini. 1MDB tidak boleh ditutup begitu sahaja. 1MDB sudah membesar menjadi masalah negara dan rakyatnya. Ia bukan sahaja setakat masalah yang berkait dengan Najib.

Ada sesiapa di Umno yang sanggup mengambil alih bom jangka jika Najib diturunkan buat masa ini? 

Jaga-jaga kerana kemoterapi pun tidak dapat membunuh kanser ini tanpa membunuh jasadnya. 

Kontroversi 1MDB-TH ini hanyalah isu kecil jika dibandingkan dengan isu 1MDB sebenarnya.

Oleh itu, Najib tak habis lagi. – 11 Mei, 2015.

BY TIMMY SAY

Penulis adalah seorang jurutera semikonduktor, wartawan freelance, penerbit dan editor buku motivasi yang suka mengikuti perkembangan politik Malaysia

Posted by Jeebond BLM.

Zaid Dedah Terima Panggilan Beritahu Tentang Plot Rahsia Untuk Ganti PM

Posted: 11 May 2015 04:00 AM PDT

PETALING JAYA, 11 Mei: Bekas Menteri Dalam Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim semalam telah menulis dalam blog rasminya mengenai satu panggilan telefon dari sumber UMNO yang memberitahu beliau tentang satu pertemuan yang diadakan oleh pemimpin tertinggi UMNO yang membincangkan tentang penyerahan jawatan Perdana Menteri kepada Muhyiddin.

Sambil memberitahu yang beliau tidak pasti sama ada pertemuan itu benar-benar bertujuan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, beliau juga ada menyebut itu bukan cara yang tepat untuk menggantikan seorang pemimpin.

"Saya menerima panggilan daripada sumber Umno bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin telah bertemu tokoh penting Umno termasuk Tun Daim Zainuddin, Datuk Seri Nazri Aziz dan Datuk Seri Mustapa Mohamed di Itali untuk membincangkan tentang penyerahan jawatan Perdana Menteri kepada Muhyiddin.

"Saya tidak tahu sama ada pertemuan ini akhirnya akan menyebabkan Najib digantikan, tetapi saya hanya tidak bersetuju dengan jenis cara yang dilakukan secara senyap-senyap untuk menggantikan pemimpin yang telah dipilih," kata Zaid dalam posting blog pada Ahad memetik laporan dari mStar Online.

Menurut Zaid, panggilan itu diterima olehnya semasa berada di Hokkaido, Jepun. Selain menyifatkan beliau tidak tahu setakat mana sumber itu boleh dipercayai, beliau turut berharap plot itu bukan sebahagian rancangan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menukar pucuk pimpinan.

"Perdana Menteri boleh diganti hanya melalui proses yang sah dan diiktiraf seperti yang biasa dilakukan dalam sistem demokrasi berparlimen. Sama ada terdapat perubahan dalam kepimpinan parti, iaitu Perdana Menteri, atau terdapat satu undi tidak percaya di Parlimen terhadap Perdana Menteri. Tidak ada cara sah yang lain," kata Zaid lagi.

Tambah beliau lagi, perbahasan mengenai Perdana Menteri di Parlimen perlu diadakan dan bukannya mensyuarat rahsia seperti yang didakwa oleh sumber tersebut.

"Saya percaya perbahasan di Parlimen mengenai Perdana Menteri perlu dilakukan. Jika terdapat apa-apa salah laku atau kesalahan yang dilakukan dalam cara beliau mengendalikan 1MDB, biarkan mereka yang membuat dakwaan mengemukakan hujah-hujah mereka dalam Dewan Rakyat dan membolehkan rakyat, melalu ahli Parlimen mereka,  mempertimbangkan perkara tersebut sebelum mengundi. Mesyuarat rahsia di Milan bukan cara demokratik," kata Zaid.

Dalam posting itu, Zaid turut menyentuh isu 1MDB dan juga menyifatkan rasuah sebagai masalah terbesar yang dihadapi oleh Malaysia.

Nazri nafi ada konspirasi Milan ketepi Najib

Posted: 11 May 2015 03:43 AM PDT

Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menafikan dakwaan beliau bertemu Tan Sri Muhyiddin Yassin di Milan, Itali bagi merangka pelan mengetepikan Datuk Seri Najib Razak.

Kata Nazri perdana menteri mengetahui di mana beliau berada kerana kunjungannya ke Dubai dan Milan diluluskan kabinet.

"Saya hanya jumpa TPM di majlis pelancaran sahaja kerana kumpulan tarian Istana Budaya di bawah kementerian saya buat pementasan di situ," katanya kepada Malaysiakini.

Semalam bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim mendakwa Nazri mengadakan pertemuan dengan timbalan perdana menteri serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed serta bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin di Milan.

Pertemuan itu, dakwa Zaid, dibuat mereka untuk berpakat menyingkirkan Najib daripada jawatan perdana menteri dan presiden Umno.

Tidak demokratik

Zaid berkata, langkah mengetepikan Najib mesti dibuat melalui cara yang sah, iaitu menggunalan saluran undi tidak percaya di parlimen.

"Pertemuan sulit di Milan bukan cara demokratik," katanya.

Namun Zaid mendakwa dia mendapat maklumat berkenaan daripada sumber yang tidak dapat disahkan.

Kata Nazri, langsung tidak ada kebenaran cerita berkenaan.

"Lawatan saya ke Milan dan Dubai diluluskan kabinet yang dipengerusi oleh PM. Bermakna dalam pengetahuan beliau," katanya.

Daim (kiri) adalah salah seorang tokoh yang dilihat menjadi sekutu dekat bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini menjadi pengkritik paling lantang terhadap Najib.

Muhyiddin pula semakin kerap bersuara berhubung pelbagai isu panas dihadapi Najib terutama 1MDB.
 
Malaysiakini

Ahmad Maslan mengamuk, label penfitnah ‘bangkrap’ moral Mohamad Fadli

Posted: 11 May 2015 03:00 AM PDT

ahmad-maslan-gst

Ahmad Maslan menafikan tuduhan yang beliau mengatakan sesiapa mempersoalkan GST akan disaman dan menyarankan pihak yang tidak puas hati supaya pindah ke bulan.

PETALING JAYA: Timbalan Menteri yang penuh kontroversi, Datuk Ahmad Maslan menafikan dakwaan beliau membuat kenyataan sesiapa yang mempersoalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan disaman.

Timbalan Menteri Kewangan itu juga menafikan beliau menyarankan pihak yang mempertikai GST supaya pindah dan tinggal di bulan.

Ahli Parlimen Pontian itu menyifatkan pihak yang menyebarkan fitnah itu sebagai 'bangkrap moral' dan kerja bodoh.

"Ini satu fitnah dan kerja bodoh. Saya tak pernah cakap dua perkara itu. Orang yg suka fitnah ialah kumpulan bangkrap moral," tulisnya di Twitter.

Bagaimanapun, ejaan 'bangkrap' yang digunakan Ahmad Maslan itu salah. Mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), ejaan betul ialah 'bankrap'.

Ahmad yang sering menjadi mangsa tomahan berhubungan pendiriannya mengenai GST membuat penafian itu selepas gambarnya dengan dua ayat "Siapa persoalkan tentang GST akan disaman!" dan "Tak mampu Bayar GST Duduk Kat Bulan" disebar dan dikongsi di media sosial.

Ahmad Maslan sebelum ini menegaskan beliau tetap akan menjelaskan kepada rakyat mengenai GST walaupun berisiko dibaling batu oleh pihak yang tidak berpuas hati.

[VIDEO] Mat Sabu Kecam Ada Pihak Mahu Beri ‘Tongkat’ Baru Kepada Umno

Posted: 11 May 2015 02:15 AM PDT

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengecam pihak yang cuba memberikan "tongkat" baru kepada Umno selepas tongkatnya selama ini patah, merujuk kepada MCA dan MIC, dua parti komponen utama Barisan Nasional (BN) yang lain.

Tanpa menamakan pihak yang mahu menongkat Umno itu, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, ketika Umno terhoyong hayang mahu rebah sekarang, ada pihak yang cuba menahannya daripada jatuh.

"Ciss... siapa yang nak beri tongkat baru kepada Umno?" tanya Mat Sabu dalam satu ceramahnya malam tadi di Kota Baru.

Turut serta dalam ceramah anjuran PAS Kota Baru itu Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.

Mat Sabu dipercayai menyindir sesetengah pihak dalam PAS yang cuba berbaik-baik dengan Umno.

Menurut Mat Sabu, semasa satu Muktamar Pemuda PAS di Rusila, Marang, mursyidul am PAS ketika itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kekuatan Umno dan BN ialah kerana adanya tongkat iaitu daripada MCA dan MIC.

"Kalau kita berjaya patahkan tongkat itu, rebahlah Umno," kata Allahyarham Nik Aziz sebagaimana diceritakan Mat Sabu.

"Sekarang orang Cina dan India tidak mahu lagi undi Umno dan BN, ertinya tongkat Umno sudah patah dan Umno pasti akan rebah.

"Sekarang, dua tongkat Umno itu sudah patah, ertinya Umno sedang terhoyong hayang, tiba-tiba ada orang yang mahu tahan Umno supaya jangan tumbang," kata Mat Sabu dalam ucapannya di depan kira-kira 1,000 hadirin.

Baru-baru ini, semasa diwawancara akhbar Singapura, Nation, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ada mencadangkan sekali lagi agar kerajaan perpaduan tanpa pembangkang ditubuhkan di Malaysia dengan menggabungkan semua parti dalam negara, baik daripada BN mahu pun Pakatan Rakyat (PR).

Cadangan ini pernah beliau suarakan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 namun ditolak pimpinan PAS sendiri.

Sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah juga mencadangkan penubuhan kerajaan dalam bentuk yang sama iaitu satu koalisi nasional manakala Lim pernah mencadangkan kerajaan dibentuk berdasarkan tentangan kepada hudud.

Dalam ceramahnya malam tadi, Mat Sabu juga menegaskan, kejayaan PAS dalam politik selama ini ialah melalui kerjasama dengan pihak lain.

Beliau berkata, kejayaan PR memerintah 5 negeri pada PRU 2008 adalah kerana kerjasama antara PAS, PKR dan DAP.

"Adakah DAP berjaya membentuk kerajaan bersendirian di Pulau Pinang? Tidak boleh," tegasnya.

"Begitu juga PKR. Mereka tidak akan berjaya membentuk kerajaan bersendirian di Selangor.

"Kejayaan PAS mengambil alih Kelantan pada 1990 juga adalah kerana bekerjasama dengan pihak lain iaitu Semangat 46."

Begitu juga pembentukan kerajaan negeri Terengganu pada 1999 yang merupakan hasil kerjasama dengan parti Keadilan Nasional, katanya. -TMI

Kelab Greenboc