Ahad, 26 April 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Noh beri bayangan tidak bertanding PRU14 - FMT Reporters

Posted: 26 Apr 2015 08:00 PM PDT

 
Noh-Omar_600

Pengalaman beliau berkhidmat di bawah pentadbiran tiga Perdana Menteri akan digunakan untuk berkerjasama dengan pemimpin UMNO bagi merampas semula Negeri Selangor Pada PRU14.


PETALING JAYA: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar membayangkan beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).

Beliau yang menyambut Ulang Tahun ke-20 sebagai Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, kerjayanya dalam bidang politik sudah sampai ke kemuncaknya.

Katanya, pengalaman berkhidmat di bawah pentadbiran tiga Perdana Menteri akan digunakan untuk berkerjasama dengan pemimpin UMNO bagi merampas semula Negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat.

Bagi tujuan itu, katanya, UMNO Selangor sedang menyusun strategi untuk memastikan Barisan Nasional (BN) kembali mentadbir negeri itu selepas PRU14.

"Karier politik saya sudah sampai ke kemuncaknya dan berpengalaman berkhidmat di bawah tiga Perdana Menteri.

"InsyaAllah dengan pengalaman yang ada, saya dengan kerjasama pemimpin dan ahli UMNO Selangor sedang menyusun strategi untuk pastikan BN kembali memerintah di Selangor dalam PRU14 nanti," tulisnya di Facebook bagi mengucapkan terima kasih di atas sokongan sepanjang 20 tahun sebagai Ahli Parlimen Tanjong Karang.

Beliau mengambil kesempatan itu mengucapkan terima kasih kepada pengundi dan rakan-rakan di atas kepercayaan yang diberikan terhadapnya.

Noh turut menceritakan sejarah penglibatannya dalam politik yang bermula sebagai Ahli Parlimen biasa pada 1995, Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri (1999) di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad.

Timbalan Menteri di Kementerian Dalam Negeri dan Menteri Pelajaran di bawah Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2004.

Di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau pernah menjadi Menteri Pembangunan Usahawan, Menteri Pertanian dan Asas Tani dan kini sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor bertaraf Menteri penuh.

Pengguna Facebook mengambil peluang itu untuk mengucapkan tahniah dan memuji Noh.

"Tahniah DS Noh! Pemimpin Terbaik! Anak kampung Tg Karang yg sentiasa disayangi masyarakat," tulis Nahar Ahmad.

"Tahniah dato seri, kami warga agensi MOA amat senang hati semasa dato seri menjadi menteri…tidak byk karenah..mudah mesra dengan pegawai atau kakitangan bawahan.." puji Rihal Mat Isa.

Selain reaksi yang memuji Noh, terdapat juga pengguna Facebook yang memberi komen berbentuk provokasi.

"Semoga penggal ini adalah penggal terakhir buat dsno…amin," tulis Azam Azhari.
"Kalau Datuk masih jadi macai yang tidak membela rakyat, anggap jelah ini yang terakhir," tulis Afad Ali.


FMT

Siapa lebih bijak Tun M atau Ahmad Maslan? - FMT Reporters

Posted: 26 Apr 2015 07:15 PM PDT

maza-ahmad-maslan

Mufti Perlis mempersoalkan adakah rakyat Malaysia yang kurang pengalaman tentang ekonomi berbanding Tun M akan lebih faham GST?​

PETALING JAYA: Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin mempersoalkan kenyataan Datuk Ahmad Maslan yang mengatakan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak faham tentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Dengan membuat kenyataan seperti itu, itu, katanya, adakah Timbalan Menteri Kewangan itu lebih bijak berbanding Dr Mahathir yang sudah terkenal dengan kebijaksanaannya.

"Jika orang yang dianggap oleh majoriti rakyat Malaysia sebagai 'kurang cerdik' (mengelakkan perkataan bodoh) disebabkan kenyataan-kenyataannya tentang GST, dia menyatakan Tun M yang terkenal dengan kepintarannya itu tidak faham GST, apakah si pembuat kenyataan itu lebih bijak di bandingkan Tun M?," tulisnya di Facebook.

Ahmad Maslan sebelum ini dilaporkan berkata Tun M tidak faham GST kerana kemungkinan bekas Perdana Menteri itu tidak maklumat terperinci tentang GST daripada orang sekelilingnya.

Asri berkata, jika Tun M dikatakan tidak faham GST, apakah rakyat Malaysia yang hampir kesemua mereka kurang pengalaman tentang ekonomi negara daripada Tun M akan lebih faham tentang GST?.
Beliau juga menimbulkan persoalan adakah urusan negara yang melibatkan rakyat boleh diserahkan kepada orang yang safih (bodoh atau kurang cerdik).

"Patutkah golongan sufaha (kata banyak untuk safih iaitu bodoh ataupun kurang cerdik) diserahkan kepada mereka jawatan penting seperti menteri dan seumpamanya?," tulisnya.


FMT

VIDEO TERKINI: "KALAU NAJIB TAK LETAK JAWATAN, SEMUA MASUK PENJARA - By canang

Posted: 26 Apr 2015 06:30 PM PDT








Siapa Yang Bunuh Jalil Ibrahim - Misteri Tak Terungkai Selepas 32 Tahun Berlalu.

Posted: 26 Apr 2015 06:00 PM PDT


Kenapa saya mati dibunuh, tidakkah rakyat Malaysia mahu tahu?

Generasi sekarang macam aku dan ko mungkin tak kenal nama Jalil Ibrahim. Tapi pembunuhan Jalil Ibrahim seperti pembunuhan Altantuya juga. 

Yang membabitkan skandal ;

- Rasuah dan korupsi

- Jenayah pecah amanah

- Salah urus syarikat kewangan

- Pengauditan yang tidak sekata bagi menutup penyelewengan dan pinjaman yang telah diluluskan.

Bank Bumiputera Malaysia Berhad. BBMB. Kini dikenali sebagai CIMB. Selepas melalui proses penjenamaan, pengabungan dan restructure organisasinya bersama Rashid Hussain Berhad.

Itulah di mana bank tempat Jalil Ibrahim berkhidmat. Jalil Ibrahim dikenali sebagai seorang yang ;

- Jujur

- Amanah

- Rajin bekerja

- Sangat suka kepada kerja-kerja siasatan berkaitan audit account syarikat

Jalil Ibrahim berkhidmat dengan cemerlang. Prestasi yang baik itu membolehkan Jalil naik pangkat kerana disenangi oleh pegawai atasannya. Jalil kemudian dihantar ke Hong Kong. Bagi menjalankan kerja-kerja audit untuk cawangan kepada BBMB yang dikenali sebagai BMF iaitu Bumiputra Malaysia Finance (ketika itu) di Hong Kong. 

Sepanjang 6 bulan berada di Hong Kong. Jalil kemudiannya menemui kecelaruan dalam akaun syarikat. Bahkan menemui beberapa keputusan salah yang diluluskan oleh pegawai atasan ke atas beberapa pinjaman bernilai besar kepada ahli perniagaan, George Tan. George Tan mewakili kumpulan Carrian.

Untuk pengetahuan, BBMB pada ketika itu juga dibiayai oleh pembayar cukai dan juga keuntungan yang diraih oleh PETRONAS. (Rujuk video yang mencatitkan kenyataan Lim Kit Siang). Matlamat BBMB ketika ditubuhkan ialah ;

- Untuk menaikkan ekonomi bumiputera dan memberikan peluang kepada golongan bumiputera mengasah kemahiran, bakat dan berkongsi kepintaran mereka dalam bidang kewangan dan perbankan.

- Membantu mengembangkan ekonomi negara berikutan Malaysia menemui minyak (sumber baru) dan mendapat keuntungan berbillion2 ringgit kerananya.

BBMB ketika itu juga berjaya menjadi bank terbesar di Malaysia sebelum bersabit dengan krisis kewangan terbesar dalam negara dan dunia melalui anak syarikat BMF pada tahun 1983 dengan kematian pegawai audit yang amanah, Jalil Ibrahim.

Sebelum kematian Jalil. 
Pada tahun 1980, Bank Bumiputra Malaysia Bhd (BBMB) Menerima bayaran RM50 juta sebulan daripada Petronas sebagai sebahagian daripada perjanjian meningkatkan tabungan bank berkenaan, yang ditubuhkan khas bagi membantu Bumiputra. Bumiputra Malaysia Finance (BMF) pula ditubuhkan di Hong Kong sebagai platform untuk menyalurkan sebahagian daripada dana berkenaan.Sejumlah pinjaman bernilai RM2.5 Bilion diberikan kepada Kumpulan Carrian bagi pelaburanya di sektor hartanah di Hong kong. Bagaimanapun pada 1983, syarikat itu jatuh apabila pasaran saham di sana merundum, menyebabkan pinjaman berkenaan tidak dapat dilunaskan.

Ini mendorong BBMB menghantar penolong pengurusnya di bahagian audit, Jalil Ibrahim, 35 ke Hong Kong untuk menyiasat akaun BMF. Anak kelahiran Melaka itu terpaksa berulang alik beberapa kali ke tanah jajahan British itu dengan meninggalkan isteri dan empat anak yang masih kecil bagi mengaudit aliran keluar-masuk wang ke dalam akaun Carrian.

Menurut dokumentari yang mencatitkan kematian Jalil Ibrahim ;

- Jalil Ibrahim adalah individu yang bertanggungjawab untuk meluluskan apa jua jenis pinjaman disebabkan BMF sedang melalui proses pengauditan

- Pada hari Jalil Ibrahim mati dibunuh, pegawai tertinggi Carrian Group termasuk George Tan telah hadir ke pejabat BMF dan mendesak rakan sejawat Jalil Ibrahim, Henry Chin untuk segera meluluskan pinjaman bernilai 4 juta bagi menyelamatkan Carrian Group yang menghadapi masalah kewangan akibat kejatuhan pasaran saham.

- Henry Chin pada mulanya enggan. Namun akhirnya tunduk atas tekanan. Selepas beberapa jam menangguhkan proses kelulusan bagi menunggu ketibaan Jalil Ibrahim. Yang mana akhirnya Jalil tidak pulang ke pejabat buat selamanya. 

- Menurut siasatan polis, Henry Chin juga mengakui bahawa kedatangan 2 pegawai tertinggi Carrian ke pejabat BMF adalah kedatangan mengejut. Tanpa temujanji awal.

- Sebelum ini memang Jalil sendiri menegaskan tidak akan memberikan apa-apa pinjaman tambahan kepada Carrian Group. Apatah lagi Carrian Group juga gagal melunaskan bayaran pinjaman terdahulu. Bukan sahaja gagal membayar semula bahkan proses meluluskan pinjaman juga tidak mematuhi etika kerja yang sepatutnya. Senang cakap, berlaku kes pecah amanah ketika meluluskan beberapa pinjaman terdahulu. Maka, Jalil mahu menghentikan perkara tersebut dari terus berlaku. Sungguhpun ianya juga didalangi oleh pegawai tertinggi BMF sendiri, Lorrain Esme Osman.

Baca ini : Kenali Lorrain Esme Osman.

- Sebulan lebih sebelum Jalil dibunuh, terdapat satu petikan ayat yang memberikan teka teki kepada team pendakwaraya Hong Kong. Ianya tertera dalam diari milik Jalil. Jalil dikatakan telah menulis ;

"Honestly, i have reached the limit of my patience here. The problems in Hong Kong are not my making. And from today onwards, I am going to think of myself and my family first. They must know that i have had enough and i mean it".

- Seperti Altantuya, kes pembunuhan Jalil Ibrahim juga gagal menemukan motif disebalik pembunuhan.

- Individu yang dikatakan bertanggungjawab membunuh Jalil Ibrahim dikenali sebagai Mak Foon Than.

- Apa yang menarik perhatian ialah ketika disoalsiasat pada awalnya Mak mengakui dia bertugas mengutip wang dan diarahkan oleh orang kenamaan dari Malaysia. Nama orang kenamaan tersebut didedahkan kepada pegawai penyiasat.

- Yang dimaksudkan mengutip wang itu sebenarnya merujuk kepada SOGOKAN.

- Pada tahun 1986, Tan Sri Ahmad Nordin Zakaria, bekas ketua juruaudit negara mengatakan "Pembongkaran skandal BMF hanyalah kecil. Walaupun mereka yang disabitkan kesalahan sudahpun menerima hukuman, dia percaya ada pihak yang lebih penting turut terbabit".

Rujukan.

- Sepanjang dipenjarakan sebelum dijatuhkan hukuman, Mak seringkali menerima postcard yang menulis perkataan 'Diam itu lebih baik'.

- Pasukan penyiasat mempercayai postcard itu bertujuan memastikan Mak tidak mendedahkan dalang sebenar kepada punca kenapa Jalil diarahkan bunuh.

- Mak dijatuhkan hukuman bersalah oleh mahkamah Hong Kong pada tahun 1984 dan sepatutnya menjalani hukuman mati yang mana kemudiannya ianya ditukar kepada penjara seumur hidup.

- BBMB menerima tempias yang teruk berikutan apa yang berlaku kepada anak syarikatnya BMF. BBMB akhirnya terpaksa menanggung berbillion2 kerugian disamping intergriti perbankan yang tercalar teruk apabila BMF bukan sahaja dikaitkan dengan skandal pecah amanah, rasuah, penyelewengan bahkan pembunuhan salah seorang pegawainya yang jujur dalam menjalankan tugas.

- Henry Chin, yang juga rakan sejawat Jalil Ibrahim enggan tampil di mahkamah dan memberikan keterangan pada awalnya kerana mempercayai nyawanya mungkin dalam taruhan.

Lebih lengkap, sila tonton video ini ;


Jika gagal load, sila klik link ini.

Bagaimana Jalil mati?

- Dibunuh pada 18 Julai 1983

- Menggunakan tali pinggang kain. (Perasan tak lepas mandi kat drama2, pelakon akan pakai satu baju kaler putih yang ada tali tue? Baju tue punya tali arh).

- Ketika mati dibunuh, Jalil dilaporkan membawa wang sebanyak 38,000 ribu matawang Hong Kong.

- Amalan itu dikatakan biasa bagi pegawai bank atasan yang mana akan serve sendiri client bertaraf VVIP mereka.

- Transaksi perniagaan berlaku di Hotel Regent, Hong Kong.

- Apa yang Jalil tidak tahu, 'perniagaan' berkenaan adalah palsu. Ia adalah bertujuan untuk mengaburi niat sebenar kenapa Jalil diumpan ke hotel berkenaan pada waktu itu.

- Jalil kemudiannya dibunuh dan mayatnya dialih keluar dari hotel menggunakan beg pakaian berwarna hitam. Mayatnya dibuang ke kebun pisang di kawasan perkampungan di Hong Kong dan ditemui 24 jam selepas dibunuh. 


Jalil dipindahkan melalui teksi dan kemudiannya Mak menggunakan kereta sewa bagi membawa mayat Jalil ke kebun pisang di kawasan perkampungan untuk membuang mayat Jalil.

- Henry Chin adalah individu terakhir yang bercakap dengan Jalil sebelum melaporkan kehilangan Jalil kepada penguatkuasa Hong Kong pada hari yang sama.

- Perbualan terakhir mereka berkisarkan kepada larangan Jalil kepada Henry untuk mengesahkan pinjaman bernilai 4 juta kepada Carrian. Panggilan kali kedua terputus ketika Henry dan Jalil sedang berbual atas perkara tersebut.

- Skandal kematian Jalil dianggap kes pembunuhan bertaraf antarabangsa di Hong Kong kerana membabitkan 3 negara. Iaitu Singapore, Malaysia dan Hong Kong. Identiti George Tan sebenarnya ramai yang keliru. 

George Tan ialah ;

- Warganegara Singapura.
- Lahir di Malaysia = Sarawak.
- Ahli perniagaan Hong Kong.

Itu yang membuatkan pihak media dari 3 buah negara mengikuti rapat kes pembunuhan Jalil Ibrahim.

Di Hong Kong sendiri, kes pembunuhan Jalil Ibrahim dan siasatan berkenaan merupakan satu kes terbesar dan terpanjang dalam sejarah negara (ketika itu) tersebut. 210 juta Hong Kong dihabiskan dengan memakan masa sehingga 17 tahun untuk selesai. Dengan penahanan Lorrain dan Mohammed Hashim Samsudin kes berkenaan di anggap selesai. Secara protokolnya.

Namun, kes berkenaan sebenarnya tidak pernah selesai bagi pemerhati dan mereka yang mengikuti perbicaraan pembunuhan Jalil Ibrahim. Kenapa?

1. Motif pembunuhan Jalil sehingga kini tidak dapat dirungkai.

2. Mak ialah ahli perniagaan (kononnya) yang tidak pernah berurusan langsung dengan BMF ataupun BBMB serta Jalil. 

3. Tidak pernah didedahkan apakah jenis perniagaan yang diuruskan oleh Mak Foon Than. Tiada nama syarikat, alamat ataupun jenis perniagaan direkodkan.

4. Mak pernah membuat pengakuan bahawa dia ialah orang tengah yang menerima sogokan untuk menteri (orang kenamaan dari Malaysia). Dia akan berulang-alik dari Hong Kong ke Malaysia bagi mengambil wang berkenaan. 


Namun. Dokumentasi pengakuan berkenaan hilang dalam siasatan polis Hong Kong. Apabila disoal siasat dalam kamar mahkamah, Mak menafikan pernah membuat pengakuan berkenaan.

5. Ketika kejadian, Jalil dilaporkan membawa 38,000 HK Dollar. Ini satu jumlah yang besar dan amat mustahil untuk juruaudit yang bernekad mahu menghapuskan salah laku dalam pentadbiran BMF akan membuat tindakan berkenaan. 


Lorrain juga dilaporkan mengeluarkan 2 kenyataan berkenaan tindakan Jalil. Katanya, Jalil mungkin diugut. Ini kerana Jalil seringkali menemui orang tertentu sehingga lewat malam di hotel. 

Pandangan peribadi aku pula, boleh jadi inila taktik Jalil untuk memerangkap pihak tertentu. 2 kali panggilan dari bilik hotel kepada Henry Chin menandakan sesuatu. Contoh. 


Jika A mahu membunuh B, mahukah dia membuat pesanan kepada pelayan hotel? Bukan kah itu akan membuktikan kehadiran dia di tempat kejadian? 

Jika A mahu membunuh B, mahukah dia membenarkan B menggunakan telefon untuk menghubungi rakan B? Dan mahukah dia mencekik B ketika B sedang bercakap di talian telefon dengan rakannya? 

Bukan kah itu akan mendatangkan saksi dan bukti? Jangan2. Jalil secara sendirinya sedar yang dia terpenjara di bilik hotel apabila mengesan ada sesuatu yang tak kena. 

Kedatangan 2 wakil Carrian ketika Jalil tiada di pejabat dengan membawa surat jaminan yang diluluskan oleh Larrione sebenarnya menguatkan sangkaan bahawa pinjaman 4 juta hanya boleh release jika Jalil tiada di pejabat dengan menekan Henry Chin.

Jika pembunuhan terancang, apa perlunya keluar membeli bagasi bagi memuatkan tubuh Jalil? Baik beli siap-siap.

Jika pembunuhan terancang, apakah perlunya membunuh Jalil menggunakan tali baju dan tinggalkan bahan bukti di tempat pembuangan mayat?

Jalil merekodkan temujanji tersebut di dalam diari peribadinya. 

Mak, individu yang dituduh membunuh Jalil juga tidak la sebesar mana. Jalil juga boleh melawan sebenarnya. Melainkan ada individu ketiga yang turut membantu Mak, atau Mak membantu individu berkenaan untuk membunuh Jalil.

Mak Foon Than sehingga kini tidak pernah mengakui bersalah membunuh Jalil. Bukti ditempat kejadian yang menyebabkan dia didapati bersalah oleh juri ketika perbicaraan.

6. Selepas kematian Jalil, satu siasatan khas ditubuhkan di Malaysia bagi memahami dan menyiasat kes pembunuhan berkenaan. Siasatan berkenaan diwakili oleh 3 individu iaitu Tan Sri Ahmad Nordin, Chooi Mun Shou dan Ramli Ibrahim. 


Sebanyak 6,000 mukasurat dengan 13 bab laporan disediakan bagi merungkai misteri kematian Jalil Ibrahim. Ini antara apa yang didedahkan menerusi laporan berkenaan ;

- Pihak atasan BBMB enggan memberikan kerjasama penuh kepada siasatan yang diketuai oleh Tan Sri Ahmad Nordin.

- Carrian Group tidak akan wujud tanpa BMF. Ini berdasarkan kepada rekod dalam BMF sendiri. Jawatankuasa siasatan BMF juga mendedahkan ada 3 pelan utama dirancang bagi memanfaatkan pelaburan dari BBMB iaitu ;

Tahap pertama - Ambil alih syarikat Mai Hoon kemudiannya dijenamakan semula sebagai Carrian Investiment Limited.

 - Membeli Gammon House pada nilai 200 juta US. Kemudian menjualkan kepada kerajaan Malaysia pada nilai 250 juta US.

- Menubuhkan Plesley Investment Limited sebagai 'alat tengah' bagi menyalurkan semua pinjaman BMF kepada Carrian Group.

Tahap kedua - Membeli Grand Marine Holdings Limited pada harga 800 juta US. Yang kemudiannya dijual semula kepada kerajaan Malaysia pada nilai 1 billion US.

Tahap ketiga - Tidak berjaya dilaksanakan apabila Carrian mengalami masalah aliran modal tunai dan dirumitkan lagi dengan skandal pembunuhan Jalil Ibrahim.

7. Pengerusi BBMB (ketika itu) Dr. Nawawi Mat Awin bertemu Gabenor Bank Negara Tan Sri Abdul Aziz Taha sekitar bulan November 1982 dan mendedahkan bahawa dia bertindak atas arahan menteri kewangan ketika itu iaitu Tengku Razaleigh merujuk kepada urusniaga Gammon House. Ku Li bagaimanapun menafikan tuduhan berkenaan.

8. Apa yang berlaku ialah, rakyat tertanya kenapa kerajaan membeli Gammon House dan Grand Marine menerusi Carrion sedangkan urusniaga tersebut boleh dilakukan secara rundingan terus antara kerajaan dengan pihak yang terbabit. Kenapa peranan third party = Carrion Group digunakan?

9. Kenapa BBMB memberikan pinjaman mudah kepada Carrian Group yang mana akhirnya pinjaman berkenaan digunakan untuk membeli Grand Marine dan Gammon House dan dijual semula kepada kerajaan Malaysia dan menguntungkan Carrian Group?

10. Sudahla meniaga dengan zero modal dan itupun Carrian Group gagal membayar semula hutang perniagaan ke atas BMF? Carrian Group sekurang2nya mencatatkan 2 keuntungan berturut2 apabila kerajaan membeli 2 aset dari syarikat berkenaan. 

11. Pada 26 Oktober 1982, Carrian mengumumkan mereka menghadapi masalah aliran tunai dan gagal membuat bayaran namun selepas 3 hari, BMF meluluskan pinjaman yang dimohon oleh Carrian. 


Carrian meminta pinjaman sebanyak 30 juta namun BMF memberikan pinjaman sebanyak 30.2 juta.

12. BMF juga cuba 'menutup pinjaman' dari 7 syarikat yang dikaitkan dengan George Tan. 7 syarikat berkenaan membuat pinjaman sebanyak 138 juta US dan 100 juta US. 


Pada awalnya, pihak BMF menggunakan saluran undang2 untuk menuntut pinjaman yang tidak berbayar kepada 7 syarikat berkenaan menerusi writ saman, namun bank induk BBMB mengarahkan BMF agar 'menutup kes'. 

Tindakan ini sekaligus membuktikan yang Jalil bukan sekadar berperanan mengaudit akaun syarikat BMF dan menghalang urusniaga yang tidak sepatutnya bahkan ketika proses pengauditan berlaku, Jalil sebenarnya telah menemui sesuatu. 


Selepas memproses bukti, laporan lengkap dihantar kepada bank induk untuk merungkai persoalan-persoalan yang direkodkan oleh Jalil. Namun akhirnya, jawapan yang diharap tak kunjung tiba. Jalil akhirnya mati dibunuh. Itulah kata penyiasat. Jalil Ibrahim. 

Seorang pegawai bank yang tahu terlalu banyak rahsia. Kematiannya, menutup jenayah korupsi terbesar negara ketika itu.

Mak Foon Than. Yang membunuh dipenjara seumur hidup dan enggan mengaku bersalah.
Larrione, selepas melalui hukuman penjara 2 bulan akhirnya memilih mati bersama rahsia.
Mohammed Hashim juga memilih untuk membisu dan menjalani hukuman penjara dengan tenang.

Jalil Ibrahim tidak mati bersendirian. Salah urus niaga yang membabitkan kerajaan dan BBMB juga turut mati bersama-samanya. Misteri, unsolved.

Rujukan.

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&action=printable&tid=235890

http://btmmari.blogspot.com/2012/02/misteri-kehilangan-wang-bumiputra-52.html

http://suraupanjang.blogspot.com/2013/09/dokumentari-siapa-bunuh-jalil-ibrahim.html

http://www.asiasentinel.com/society/bank-bumi-mystery-figure-dies/

http://www.tristupe.com/2005/11/remembering-late-op-jalil-ibrahim.html

http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-346062.html

Seorang Pemimpin Yang Kuat Harus Menolak TPPA - Mafiaboss Melayu

Posted: 26 Apr 2015 05:30 PM PDT

 
Mafiaboss Melayu's photo.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di atas pendiriannya untuk menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).
Dr Mahathir, dengan sinis berkata seorang pemimpin yang kuat dan berani tidak akan tunduk kepada tekanan dan desakan kuasa luar.

"Saya setuju dengan Najib bahawa kita perlu pemimpin yang kuat. Tetapi apakah ciri-ciri pemimpin yang kuat?

"Seorang pemimpin yang kuat akan tunjuk kekuatan apabila diuji. Jika kuat, pemimpin itu akan menangkis serangan bertubi-tubi dari dalam dan luar.

"Apabila pemimpin itu tewas menangani serangan tersebut, maka, kita tidak boleh percaya bahawa pemimpin itu kuat,".

Dr Mahathir berkata seorang pemimpin yang kuat harus sama sekali menolak TPPA kerana ia tidak akan mendatangkan manfaat.

"TPPA ini ganjil kerana rundingan dibuat secara rahsia. Kerajaan merahsiakannya daripada rakyat.
"Saya harap TPPA akan ditolak 100%," katanya sambil menambah bahawa TPPA adalah antara usaha pihak luar untuk menguasai Malaysia.

Sebelum ini, walaupun mendapat tentangan dari pelbagai pihak. Najib pernah berkata sekiranya Malaysia tidak menyertai TPPA, negara akan kerugian besar memandangkan Malaysia sebuah negara berorientasikan eksport yang membentuk sebahagian daripada rejim perdagangan bebas global.
 

PERMATANG PAUH Semoga sejarah berulang !!

Posted: 26 Apr 2015 05:00 PM PDT

 


Permatang pauh kami PKR tolak politik ganas samseng

Permatang pauh kami tolak politik perkauman

Permatang pauh kami perlukan pemimpin yang sanggup berjuang membela nasib rakyat.

BERSAMA PAKATAN RAKYA

Pemuda PAS Pmtg Pauh kekal boikot PKR

Posted: 26 Apr 2015 04:30 PM PDT

 


Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPPNPP) bertegas tidak akan membantu gerak kerja Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil (PRK) kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Ketuanya Mohd Yusni Mat Piah berkata keputusan itu diambil selepas AMK Pulau Pinang masih enggan memohon maaf selepas mengeluarkan kenyataan yang didakwa memfitnah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, walaupun diberi tempoh sehingga semalam.

"DPPNPP dengan ini menetapkan pendirian bahawa semua jentera dan petugas Pemuda PAS Negeri direhatkan daripada semua gerak kerja sepanjang PRK Permatang Pauh. Semua Bilik Gerakan Pemuda tidak akan dibuka sama sekali. Mana-mana premis di bawah seliaan Pemuda juga tidak dibenarkan untuk digunakan sepanjang PRK Permatang Pauh.

"Malahan kumpulan Alternatif Riding Club (ARC) bagi aktiviti konvoi anak-anak muda atau seumpamanya, petugas keselamatan Jabatan Amal Negeri dan semua guru PASTI juga akan direhatkan daripada bertugas dalam PRK ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Yusni berkata pihaknya tidak akan terlibat dengan mana-mana jemputan untuk menyertai pentas ceramah sepanjang tempoh berkempen.

Kemelut yang melanda kempen Pakatan Rakyat, sebelum ini dianggap selesai selepas presiden yang juga calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengadakan pertemuan dengan PAS Permatang Pauh dua hari lepas.

Yang Dipertua PAS Permatang Pauh Omar Hassan semalam menyifatkan kemelut itu sudah selesai dan tidak lagi timbul isu permohonan maaf yang dituntut sebelum ini.

"Kita telah mendapat arahan daripada Majlis Syura yang dipengerusikan Presiden supaya jentera pilihan raya PAS kawasan Permatang Pauh memberi sokongan," katanya.

Pengarah Operasi Pilihan Raya Pusat PKR, Datuk Saifuddin Nasution sewaktu sidang media harian parti hari ini berkata, pihaknya berpegang kepada jaminan yang diberikan PAS Pusat dan menganggap tindakan DPPNPP itu tidak selari dengan kepimpinan kanan PAS.

-Bernama

Anwar Ibrahim boleh mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh?

Posted: 26 Apr 2015 01:09 PM PDT


 
Kelonggaran untuk menentukan sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
    
"Mungkin SPR akan meneliti fasal-fasal yang akan memberi peluang kepada banduan untuk mengundi...tetapi setakat yang saya tahu, banduan tidak ada hak untuk mengundi.
    
"Jika terdapat fasal untuk membenarkan banduan mengundi, saya pasti SPR akan menyediakan kertas undi untuk dihantar ke Penjara Sungai Buloh untuk individuitu mengundi," kata Zahid yang juga pengarah PRK Permatang Pauh.
    
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar supaya memberi kelonggaran kepada bapanya untuk mengundi.
    

Sementara itu, Nurul Izzah berkata permintaan beliau itu sejajar dengan saranan Ahmad Zahid pada Julai 2013, bahawa kementerian sedang mengkaji mekanisme yang sesuai membolehkan banduan mengundi pada pilihan raya akan datang.

"Saya sambut baik saranan Menteri Dalam Negeri dan mencadangkan agar PRK Permatang Pauh dijadikan projek perintis kayu ukur, dengan membenarkan Anwar, yang kami tegaskan sebagai tahanan politik, mengundi pada 7 Mei nanti," katanya dalam sidang media berasingan.
    
Menurut Ahmad Zahid ketika itu, antara aspek yang perlu diteliti ialah mengenai undang-undang yang diperuntukkan di bawah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membenarkan banduan mengundi.
    
Katanya jika banduan yang telah tiga tahun dalam penjara atau dihukum penjara lebih daripada tiga tahun, mungkin perlu mekanisme sesuai untuk (membolehkan) mereka mengundi di kawasan penjara yang ditempatkan.
    
PRK Permatang Pauh akan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Barisan Nasional Suhaimi Sabudin, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR), Salleh Isahak (Bebas) dan Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia).
    
PRK ini diadakan berikutan penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai wakil rakyat setelah Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Anwar melalui anggota keluarganya.
    
Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan kes meliwat bekas pembantu peribadinya.
  
-Bernama

Ingatlah 6% , Pesan Sasterawan Negara Kepada Pengundi

Posted: 26 Apr 2015 12:14 PM PDT

Mafiaboss Melayu's photo. PERMATANG PAUH: Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said berpesan kepada para pengundi agar mengingati enam peratus cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dikenakan ke atas mereka ketika memangkah undi.

Menurutnya, masalah terbesar yang sedang melanda negara ini adalah pelaksanaan GST yang membebankan rakyat.

Kata beliau, tidak menentang GST dan menyokong BN adalah sebenarnya menolong menaikkan harga barang seterusnya membantu membebankan rakyat.

"Setiap kali anda memangkah, ingatlah 6 peratus. Hendakkah anda memangkah untuk menaikkan harga, atau menurunkan harga?" katanya dekat sini, semalam. 

Oleh yang demikian, beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad menegaskan setiap undi adalah sangat perlu bagi sama-sama menzahirkan bantahan dan penolakan terhadap cukai tersebut.

"Wan Azizah bukan hanya mewakili suaminya yang dizalimi, undi itu juga perlu diberi untuk menghanyutkan GST. 

"Oleh kerana itu, janganlah berfikir jauh sangat, ingatlah Wan Azizah yang mewakili suaminya yang terdera dan kita yang didera oleh harga, pangkahlah Pakatan Rakyat. Itu yang saya harapkan," tegasnya lagi.

dollah yankee

dollah yankee


2 soalan Mahathir,1 nampak macam dah terjawab

Posted: 26 Apr 2015 06:33 AM PDT

Tukar Tiub

Tukar Tiub


NAJIB LETAK JAWATAN?

Posted: 26 Apr 2015 06:30 PM PDT





KOMENTAR
najib makin diasak
orang ramai menunggu
jawapan dari najib

1- siapa arah sirul dan azilah bunuh altantuya?
2- siapa upah sirul dan azilah?

soalan ini wajib dijawab



Gesaan untuk Najib letak jawatan makin kuat di media sosial

Apabila anda menaip nama  Najib Razak di Facebook akan terpapar senarai didahului profil rasminya. Namun gambar profilnya yang tersenyum diikuti beberapa laman menyeru peletakan jawatannya – dan setiap satu daripadanya mengumpul beberapa ribu "like".
Minggu lepas, bekas Mahathir Mohamad berkata beliau keseorangan menyeru peletakan jawatan Najib, namun laman-laman sedemikian menunjukkan realiti adalah sebaliknya.
Contohnya, laman Facebook "LetakJawatan" yang dibuka hanya sebulan lalu sudah pun mengumpul 99,356 "like" 6 petang semalam (Jumaat), dan menerima 2 juta pengunjung setiap minggu, menurut pentadbir laman tersebut.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/gesaan-untuk-najib-letak-jawatan-makin-kuat-di-media-sosial#sthash.DPwmTOvH.dpuf

KAH KAH KAH

woit
lari..lari...lari
mana mahu lari
mat mongol sedang lari
lari ke kazakhtan
untuk selamat diri
APA PUNYA PUTAR



---------------

JANGAN TIPU RAKYAT

Posted: 26 Apr 2015 06:00 PM PDT







KOMENTAR
warga negara biasa
menunggu  jawapan najib:
siapa beri arahan sirul bunuh altantuya

ahli perniagaan
dan warga kelas menengah
nak tahu mana hilang
42 bilion ringgit duit 1MDB


Bekas bos SPR minta PM henti 'tipu' rakyat

Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  Abdul Rashid Abdul Rahman menyeru agar  Najib Razak agar berhenti "menipu" rakyat dan menjelaskan perkara yang sebenar berkaitan isu-isu berbangkit dalam negara ini.

"Berhenti menipu rakyat dan buat kerja kamu. Beritahu kepada pemimpin Melayu berlaku jujur dan buat apa yang boleh.

"Kita ada kuasa, polis pun kuasa kita, semua kita punya, kuasa itu banyak. Power (kuasa), power.

"Tak usah kerajaan nak bohongi rakyat, dedahkan (perkara sebenar berkaitan isu negara)," katanya..

Beliau bagaimanapun tidak menyebut secara jelas mana-mana isu yang dirujuknya itu.

Rashid juga berkata, sejak tidak mempunyai sebarang jawatan lagi, beliau kini berani mengkritik kerajaan tanpa rasa takut.

"Saya berani maki kerana saya tidak ada kuasa, jadi saya berani.

"Saya maki semua orang. Kita bagi kuasa untuk lakukan sesuatu, dia tak buat apa-apa, tapi dia kata dia buat," katanya.

Beliau turut menambah, kritikan yang diberikan bersifat berani kerana tidak ada apa yang perlu disembunyikan dan beliau juga "tidak mencuri wang rakyat".


KAH KAH KAH

woit
isu najib tipu rakyat
dah lama timbul
sekarang muncul kembali
kerana TUN yang timbulkan

APA PUNYA TIPU

-------------

KERENAH BIK MAMA

Posted: 26 Apr 2015 10:12 AM PDT





KOMENTAR
kerenah dan muslihat
apa itu kerenah
apa itu muslihat

Waspada kerenah isteri jika tidak mahu 

dibenci rakyat, kata mufti Perlis 

Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin menyampaikan peringatan kepada pemimpin negara agar berwaspada dengan kerenah dan "muslihat" isteri masing-masing jika tidak mahu dibenci rakyat seterusnya menghancurkan masa depan kerjaya politik mereka.
Peringatan itu dimuat naik di laman Facebook miliknya Jumaat lepas di bawah tajuk "Wanita dan pengaruhnya terhadap lelaki". Bagaimanapun, tidak jelas ia ditujukan kepada sesiapa walaupun Asri menggunakan gelaran "first lady" (wanita pertama) dan memetik beberapa nama isteri pemimpin dunia.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/waspada-karenah-isteri-jika-tidak-mahu-dibenci-rakyat-kata-mufti-perlis#sthash.gklZBAjd.dpuf

KAH KAH KAH

woit
mari kita teka
siapa dalam kepala mufti
siapa agaknya first lady
siapa pula second lady
kah kah kah

APA ITU 
SECOND LADY



-----------------

ISTERI SIAPA PENJENAYAH

Posted: 26 Apr 2015 06:00 AM PDT






SIAPA

TERLIBAT

 KES BUNUH
isteri 
siapa melakukan jenayah
yang dahshat
jelas dan amat jelas



TIPU TERUS TIPU

Posted: 26 Apr 2015 05:00 AM PDT




KOMENTAR
kalau najib rosmah dan jho low
tidak rembat 42 bilion ringgit
bukan sahaja TIDAK perlu GST
malah belajar di kolej dan univeristi
boleh diberi murah dan percuma




Kalau Mahathir tak faham GST, bagaimana rakyat?

Mufti Perlis  Mohd Asri Zainul Abidin menyindir sinis Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan yang didakwa memperkecil kefahaman  Mahathir Mohamad berhubung pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

"Jika  Mahathir  dikatakan tidak faham GST, apakah rakyat Malaysia yang hampir kesemua mereka tidak lebih
berpengalaman tentang ekonomi negara dari Mahathir  akan lebih faham tentang GST?

KAH KAH KAH

woit
hang tak faham GST
kerana hang tak dapat
3.85 pointer kah kah kah
munkee ni tugasnya 
tipu orang kampong
tipu mak cik felda
TIPU TERUS TIPU

-------------

WARGA MISKIN KOTA BERDEMO LAGI

Posted: 26 Apr 2015 01:30 AM PDT






BRIXTON

dulu brixton tempat murah
tempat orang hitam
tempat anak muda
tempat kaum revolusiner
tempat counter culture
tempat seniman dan pelukis

hanya 5 stesen ke pusat kota
kini menjadi wilayah mahal
kini jadi wilayah pilihan orang kaya
maka warga msikin kota turun berdemo

NOTA
di brixton dua warga 
dari jelebu tinggal

tempat jatuh lagi dikenang
ini kan pula tempat terberak


Police use CS spray as anti-gentrification protesters mass in Brixton

A peaceful protest against gentrification in Brixton, London, has ended in violence. The local town hall was stormed by protesters, the window of an estate agents was smashed, and CS spray gas was used to disperse protesters who had gathered at a Brixton police station.
More than 1,000 people had taken part in the Reclaim Brixton rally on Saturday and its organisers insisted they did not want trouble. Their aim was to demonstrate the community's concern about the area's gentrification, with locals being priced out of the housing market and smaller, individual businesses being driven out by high rents.

KAH KAH KAH
woit
kl akan ada demo
kampong lama gwa pun
ada demo juga
kah kah kah
DEMO ADALAH BUDAYA

----------------

LEMBU OH LEMBU

Posted: 26 Apr 2015 12:07 AM PDT







FACE BOOK



Shahrizat bercakap benar ???
Sejak bila pandai bercakap benar...

Amanah duit2 rakyat RM250 JUTA tu siapa kebas & balun ???.. Nak percaya kata2 dari penyamun duit rakyat ???




--------------------

1 JUTA 1 MEI

Posted: 25 Apr 2015 10:18 PM PDT




1 JUTA 1 MEI


GST sepatutnya dibatalkan, 

kata  Mahathir

Mahathir Mohamad menggesa Putrajaya membatalkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan 1 April lalu kerana pegawai pegawai kerajaan yang melaksanakan sistem cukai baharu itu sendiri tidak memahaminya.
Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu sebaliknya berkata, kerajaan seharusnya hanya menaikkan kadar cukai jualan dan perkhidmatan.
"Saya fikir batal sajalah," katanya disambut dengan sorakan dan tepukan gemuruh kira-kira 1000 hadirin di Kelab K, Taman Melawati, Selangor hari ini.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/gst-sepatutnya-dibatalkan-kata-dr-mahathir#sthash.FTy7ZYe2.dpuf

KAH KAH KAH

ya ampoooon
yang mulia tun 
ya ampoon 
dah sokong....
jemputlah ke jalan raya
jemputlah turun berdemo
kerajaan zalim
hanya faham demo

DEMO BUDAYA KITA










---------------

KETAWA HARI AHAD

Posted: 25 Apr 2015 09:16 PM PDT



LAIN DI TANYA
LAIN DI JAWAB
Cikgu: mamat ... kenapa awak x dtg sekolah smalam? Mamat: sumpah saya x kenal bini cikgu... Cikgu: ??????? on KES BUNUH DAN CURI BUKAN KES UMUR
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 4/25/15


Kah kah kah ... lain yg d tanya lain yg d jawab on KES BUNUH DAN CURI BUKAN KES UMUR
Anonymous
on 4/25/15









-------------------------

KITA TUNGGU DAN LIHAT

Posted: 25 Apr 2015 08:45 PM PDT






KOMENTAR
suasana politik cuckup cantik
gerombolan ketuanan melayu sedang berpecah
sedang tikam menikam
komplot sedang dibuat
komplot sedang diatur

di mana peranan sosok
yang mahu perubahan?

jawabnya cukup senang
panjangkan lagi perang ini
mana yang lemah beri sokongan
mana yang kuat lakukan hakisan
lagi lama perang
lagi molek untuk rakyat
lagi baik untuk pakatam

tapi awas!
daulah terpendam juga
sedang merancanga untuk
kacau dan huru hara pakatan


Pertubuhan Warisan Melayu minta henti 

serangan terhadap Najib 

Pertubuhan Warisan Melayu (PWM) Johor hari ini meminta semua pihak supaya menghentikan serangan terhadap Najib Razak, dan kembali bersatu demi kepentingan agama serta bangsa.
Presidennya Abdul Rahman Yunos berkata menegur pemimpin dengan perbuatan menghentam bukan merupakan adab dan budaya Melayu, sebaliknya ia perlu dilakukan secara berhemah.

"Pertubuhan Warisan Melayu yang mengadakan mesyuarat agung hari ini memutuskan untuk mengemukakan resolusi bagi melindungi kepimpinan negara dan menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada  Najib Razak
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pertubuhan-warisan-melayu-minta-hentikan-serangan-terhadap-najib#sthash.1R0ixbx4.dpuf

KAH KAH KAH

woit
kah kah kah
sokong jangan tak sokong
jangan belah
jangan bahagi
walau pun pembunuh
walau pun penjenayah
sokong terus sokong
APA PUNYA TUUR

-------------

SERANG BALAS AKAN SAMPAI

Posted: 25 Apr 2015 08:05 PM PDT






KOMENTAR
minggu ini tanda semakin jelas
najib akan diundurkan
anak anak muda #KitaLawan gumbira
rakyat satu malaysia gumbira sama

minggu ini tanda semakin jelas
muhyiddin akan menggantikan najib

minggu ini tanda semakin jelas
zahid hamidi menggantikan muhyiddin

kenyataan mahathir semakin jelas
serangan mahathir semakin mengena
najib tidak banyak pilihan

tapi dalam politik
satu minggu adalah
satu masa yang amat panjang



Mahathir yakin Muhyiddin takkan buat 

kesilapan seperti Najib 

Muhyiddin Yassin tidak akan melakukan kesilapan sama jika menggantikan Najib Razak sebagai perdana menteri, kata Mahathir Mohamad.
Mahathir berkata, mengikut tradisi dalam parti Melayu itu, timbalan presiden akan diangkat sebagai penganti sekiranya Najib meletakkan jawatan.
"Kalau ikut adat Umno, tentulah timbalannya," kata  Mahathir semasa menjawab soalan daripada orang ramai semasa forum Bicara Negarawan yang diadakan di Kelab K, Taman Melawati, Selangor.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dr-mahathir-yakin-muhyiddin-takkan-buat-kesilapan-seperti-najib#sthash.0C2Pw05k.dpuf


KAH KAH KAH

woit
suami najib
akan lawan
suami najib serang balas
tunggu dan lihat
KAH KAH KAH

-------------------

ANAK MUDA - MALAM INI

Posted: 25 Apr 2015 07:33 PM PDT




PAYA JARAS

MALAM INI

ANAK MUDA

menuju 1 juta 1 mei
dataran merdeka







-------------------