Selasa, 17 Februari 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Mereka Yang Arahkan Altantuya Dibunuh Masih Bebas ??

Posted: 17 Feb 2015 10:45 PM PST



KITA TENGOK SIAPA YANG KENA ??????

Kes Bunuh Altantuya Shaariibuu : Sirul Azhar Bongkar Kronologi Misteri Motif Bunuh, Guna Bom C4 di Malam Kejadian? : "Saya menjadi kambing hitam yang harus dikorbankan". Begitulah antara bait-bait perkataan yang terpacul daripada mulut anggota UTK Koperal Sirul Azhar pada tanggal 4 Februari 2009 dalam kandang tertuduh di Mahkamah Tinggi Shah Alam Selangor.

Macam-macam tuduhan dan dakwaan yang terkait disebalik kes pembunuhan Altantuya Shariibuu ini yang mana Berita Semasa boleh katakan di sini kes pembunuhan berprofil inggi ini cukup sarat elemen drama seperti rasuah, seks, penyelewengan, pembunuhan, penganiayaan.

Figura yang bernama Sirul Azhar Omar yang berhadapan hukuman gantung sampai mati ini, hari ini beliau berada di Australia suatu negara yang menentang keras hukuman mati.

Sehinggakan Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara (MPN) Prof. Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood mengatakan usaha membawa pulang Sirul sangat sukar dan amat mustahil.

Wawancara Sirul Azhar di Australia : Butiran Pembongkaran Kes Bunuh Altantuya?

Berita terkini yang Berita Semasa terima pada ketika ini yang mana Sirul Azhar sedang "dipancing dan dipinang" oleh stesen media terkemuka Australia bagi membongkar apa sebenarnya yang berlaku disebalik kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu ini berdasarkan pengakuan Sirul sendiri yang mana besar kemungkinan beberapa perkara penting seperti di bawah ini akan didedahkan secara terperinci :

Kenapa dia (Sirul) dan Azilah bunuh Altantuya Shaariibuu

Sirul dan Azilah akan menjelaskan bagaimana mereka menerima arahan untuk bunuh Altantuya ShaariibuuMengapa dan kenapa beliau mengatakan dirinya menjadi "kambing hitam" ketika berlangsung perbicaraan ke atas dirinya dan AzilahSirul Azhar akan meluahkan ketidakpuashatiannya secara terprinci bagaimana orang penting yang mempunyai motif disebalik kes bunuh Altantuya Shaariibuu masih bebas

Isu ini menjadi perhatian dan menjadi buah mulut apabila kes disebalik kes bunuh Altantuya Shaariibuu ini dikaitkan dengan :

komisen pembelian kapal selamrekod Imigresen Altantuya Shaariibuu hilang entah ke manadakwaan mengatakan Altantuya mengandungkan anak "seseorang" pada ketika itubagaimana kelulusan pengunaan bom C4 diperolehi sedangkan ia perlu diluluskan di peringkat tertinggiprosiding mahkamah mengatakan motif tidak penting sedangkan dua polis elit UTK ini sama sekali

Sehingga akhirnya meninggalkan beberapa persoalan di atas tanpa jawapan sehingga ke hari ini. Jigsaw puzzle dan misteri yang menarik untuk dirungkaikan. Boleh dikatakan semua kes bunuh di Malaysia ada motif, kes Mona Fendy pun ada motif, Cuma kes bunuh Altantuya Shaariibuu tidak pelru motif? Hebat…..

Hebat sangatkah Sirul Azhar dan Azilah Hadri sehingga mempunyai orang bawahan di Imigresen, Tentera yang mampu melicinkan perjalanan disebalik "tugasan khas" mereka berdua bunuh Altantuya Shaariibuu.

P/S : Berita Semasa sehingga ke hari ini tidak menyangka ada rakyat Malaysia yang sanggup bukan sahaja bunuh malahan meletupkannya dengan bom yang berada dalam simpanan Kementerian Pertahanan Malaysia sehingga berkecai.

PP/S : Apa yang Berita Semasa harapkan di Malaysia, mana yang benar kemenangan akan berpihak padanya tanpa mengira kaum, bangsa, agama, kuasa dan pangkat. Salah tetap salah. Jangan sampai ada yang terlepas dan "terkecuali"


Bloglist Malaysia

Wanita dicekup bersama suami orang (Gambar) NORSHIKIN MOHD SALLEH

Posted: 17 Feb 2015 10:00 PM PST

 Wanita dicekup bersama suami orang

JOHOR BAHRU - Sepasang kekasih dicekup dalam keadaan tidak berpakaian oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Jaij) sempena Ops Mawar Merah, di sini kelmarin.

Dalam serbuan petang Sabtu itu, lelaki berstatus suami orang dari Larkin dicekup dengan kekasihnya dari Kota Tinggi dalam keadaan hanya berlapik kain cadar sebaik pintu bilik mereka diketuk penguat kuasa.

Difahamkan lelaki berusia 28 tahun bekerja sebagai buruh itu telah menjalin hubungan cinta dengan kekasihnya berusia 22 tahun sejak setahun yang lalu.

Dalam serbuan lain, di Taman Bukit Mewah, di sini pasangan berusia 22 tahun dan 23 tahun dari Terengganu turut ditahan.

Hasil soal siasat mendapati lelaki berkenaan bekerja di Singapura manakala wanita berkenaan baru tiba dari Terengganu jam 8 malam, Khamis lalu.

Mereka mendakwa telah bertunang dan akan melangsungkan perkahwinan Mac ini memaklumkan bertemu bagi membincangkan masalah keluarga yang tidak merestui hubungan tersebut.

Ketika serbuan lelaki yang lengkap berpakaian sebaliknya wanita berkenaan mengenakan baju kelawar tanpa pakaian dalam.

Pasangan tersebut antara 72 individu berusia lingkungan 17 hingga 50 tahun, termasuk empat warga asing yang dicekup di sekitar hotel bajet di bandaraya ini.

Menurut Penolong Penguatkuasa Jaij, Hafiz Abd Rahman berkata, operasi tersebut digerakkan sempena hari kekasih yang dirai setiap 14 Februari.

"Semua yang ditahan itu diambil tindakan mengikut Seksyen 27(1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 dan Seksyen 29 enakmen sama kerana kesalahan berkhalwat serta berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai.

"Kita turut menyiasat empat warga asing yang dijumpai bersama pasangan yang beragama Islam dan akan menyerahkan mereka kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutnya," katanya. -

sinarharian-


PERINGATAN BUAT PEMIMPIN2 UMNO YANG TIDAK YAKIN PADA SOLAT HAJAT !

Posted: 17 Feb 2015 09:15 PM PST

INGAT !!!

JIKA ALLAH MEMAKMBULKAN DOAMU

MAKA ALLAH MENEGUHKAN KEPERCAYAAN MU KEPADANYA.

JIKA ALLAH MENANGGUHKAN DOAMU,

MAKA ALLAH MENGUJI KESABARAN MU.


Jika ALLAH SWT TIDAK MEMAKBULKAN DOAMU;

MAKA ALLAH TELAH MERANCANG SESUATU YANG LEBIH BAIK BUAT DIRI MU.

YAKIN DAN PERCAYA LAH !!

ZAR ALI  

KENAPA SHAFEE TIBA TIBA MENJADI CACING "KEPANASAN" ??

Posted: 17 Feb 2015 08:30 PM PST

Shafee anggap Majlis Peguam sudah jadi parti pembangkang

OLEH MD IZWAN



Published: 18 February 2015 7:02 AM

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyelar Presiden Majlis Peguam Christopher Leong dan bekas presidennya Datuk Ambiga Sreenevasan yang disifatkannya cuba mengelirukan orang ramai dengan kenyataan mereka dalam kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyelar Presiden Majlis Peguam Christopher Leong dan bekas presidennya Datuk Ambiga Sreenevasan yang disifatkannya cuba mengelirukan orang ramai dengan kenyataan mereka dalam kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Susulan kritikan yang dibuat terhadap keputusan kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengganggap Majlis Peguam kini sudah tidak lagi bebas dan menjadi seperti sebuah parti politik pembangkang.

Beliau menyelar Presiden Majlis Peguam Christopher Leong dan bekas presidennya Datuk Ambiga Sreenevasan yang disifatkannya cuba mengelirukan orang ramai dengan kenyataan mereka.

"Majlis Peguam kini sudah tersasar jauh, mereka tidak lagi bebas sebaliknya mereka menjadi parti politik kepada pembangkang," katanya pada satu forum yang penuh sesak dengan orang ramai di Kelana Jaya malam tadi.

Menjawab kritikan Leong berhubung penggunaan Seksyen 377B dan 377C Kanun Keseksaan dalam pendakwaan kes Anwar melibatkan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, Shafee berkata komen beliau itu tidak tepat.

"Leong bukan seorang peguam kes jenayah. Jadi, komen beliau tentang 377B dan 377C memang tidak tepat. Sebab, beliau tidak faham langsung fakta yang diturunkan dalam kes ini, iaitu (pengadu) Saiful sendiri berkata tidak rela, tapi terpaksa menyerah. Menunjukkan, beliau bukan sukarela mengikut kefahaman undang-undang," katanya.

Sementara itu, mengulas kritikan Ambiga yang mengeluarkan kenyataan mendakwa Barisan Nasional (BN) membuat langkah salah memenjarakan Anwar, Shafee berkata beliau tidak memahami hujah yang cuba disampaikan peguam tersebut.

Kenyataan Ambiga itu memperlihatkan seolah-olah beliau mempertikaikan keputusan dibuat Mahkamah Persekutuan dan menganggap BN sebahagian daripada sistem kehakiman.

"Apa hujah yang cuba beliau sampaikan?" soalnya.

Shafee juga menggesa pihak Peguam Negara mengambil tindakan undang-undang terhadap kedua-dua mereka, Leong dan Ambiga, yang dianggap membuat kenyataan menghina mahkamah.

Susulan hukuman dijatuhkan Mahkamah Persekutuan ke atas Anwar pada 10 Februari lalu, Leong berkata, persepsi yang Anwar sedang dianiaya didorong "anomali yang amat nyata."

Ini termasuk katanya, kerana tiadanya tindakan dikenakan terhadap Saiful sebagai pengadu dalam kes liwat yang didapati tidak melibatkan unsur paksaan.

Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari mendapati Anwar bersalah meliwat Saiful di sebuah unit kondominium di Damansara, Kuala Lumpur, pada 26 Jun 2008, mengekalkan hukuman lima tahun penjara yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan tahun lepas.

Dalam ringkasan penghakimannya, Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria berkata, mahkamah mendapati dakwaan konspirasi politik daripada pasukan pembela tidak berasas.

Beliau juga bersetuju dengan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang Saiful seorang saksi yang boleh dipercayai. – 18 Februari, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

Royalti... Apakah K'jaan Kelantan Sudah Tidak Berminat Menuntutnya Lagi?

Posted: 17 Feb 2015 07:45 PM PST

 

Jika ikhlas sanjung Nik Aziz, pulangkan hak royalti minyak

Sekiranya benar Barisan Nasional (BN) ikhlas menyanjung bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dunia Khamis lepas, parti itu seharusnya memulangkan hak royalti minyak kepada rakyat negeri itu, kata PAS.
Ketua Penerangannya Datuk Mahfuz Omar berkata, sewajarnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memulakan tindakan menunaikan hak yang dituntut rakyat Kelantan berhubung isu royalti minyak.

"Ketika Almarhum Nik Aziz menjadi menteri besar, antara perkara utama membabitkan hak rakyat yang diperjuangkan ialah royalti minyak."

Mahfuz berkata pujian dan sanjungan yang diberi Putrajaya terhadap ketokohan Nik Aziz haruslah selari dan disusuli tindakan memulangkan royalti minyak bagi membuktikan ia tidak hanya berpura-pura.

"Bahkan, terdapat ura-ura BN tidak perlu bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka sebagai tanda hormat kepada Almarhum," katanya merujuk DUN yang diwakili Nik Aziz semasa hayatnya sejak 1990.

"Alangkah lebih baik sekiranya Najib menunaikan hak yang dituntut rakyat Kelantan iaitu royalti minyak," katanya.

Ini katanya susulan kegigihan Nik Aziz sendiri yang pada 30 Ogos 2010 hadir sendiri ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memfailkan saman terhadap Petronas berhubung tuntutan royalti minyak yang diperoleh daripada perairan negeri itu.

"Justeru, saya berharap agar perasaan simpati dan sanjungan yang diberikan kepada Almarhum itu bukanlah sebuah kepura-puraan.

"Hasrat Almarhum perlulah diterjemahkan oleh pihak kerajaan Malaysia melalui Petronas dengan berlaku jujur dan berani dalam melaksanakan janji yang termeterai seperti di dalam Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974, iaitu membayar tuntutan royalti minyak kepada kerajaan negeri Kelantan," katanya.

Minggu lepas, lautan manusia memberi penghormatan terakhir kepada jenazah mursyidul am PAS itu di kediamannya di Pulau Melaka, Kota Baru dan turut menghantarnya ke tanah perkuburan, serta ramai yang memuji ketokohan dan kehebatan beliau termasuk pemimpin BN. – TMI

ULASAN GB

Sebelum ini GB sudah ulas dari perspektif yang berbeza, iaitu dari sudut kemungkinan UMNO tidak meletakkan calon di DUN Cempaka. Petikan:


Jika benar UMNO BN tidak bertanding di DUN Cempaka, ia boleh ditafsir dari pelbagai sudut.

Ada yang berkata UMNO takut, UMNO pasti kalah, UMNO belum kukuh malah bertambah rapuh.

PAS pula melalui kenyataan Naib Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan langkah UMNO itu sebagai satu penghormatan.

Soalnya betulkan ia satu penghormatan, atau ada maksud lain yang lebih tersirat dari yang tersurat?

Sebenarnya buat masa ini UMNO amat memerlukan sokongan PAS terutama di dalam isu Anwar Ibrahim yang telah dipenjara.

UMNO BN ini dibelasah habis-habisan dari dalam dan luar negara kerana banyak pihak percaya tindakan pemenjaraan Anwar adalah bermotifkan politik. Jika tidak masakan pendakwa kes tersebut, Mohd Shafee Abdullah masih terus menghentam Anwar di saat Anwar sudah tidak lagi dapat membela dirinya?

UMNO amat berharap PAS akan berlembut dan akan meninggalkan Pakatan Rakyat untuk bersamanya. Masa depan UMNO sudah gelap selepas dan ia hanya akan mampu bangun jika PAS menghulurkan tangan untuk menyelamatnya.

Pilihan yang ada ialah memberi laluan mudah untuk PAS menang di DUN Cempaka. Dengan harapan PAS akan rasa terhutang budi.

Tetapi apakah PAS mahu menggadai "body"nya nanti dengan budi yang kecil itu?

Rakyat Kelantan ada jawapannya, apakah royalti rakyat Kelantan yang dicuri selama ini nak didiamkan begitu saja?

Yang pelik, hal ini terpaksa disuarakan oleh Sdra Mahfuz Omar, ketua Penerangan PAS Pusat. Kerajaan PAS Kelantan semacam dah tak kisah sangat lagi hal royalti.... 


Ia hebat sewaktu Allahyarham TGNA sebagai Menteri besar dan Husam Musa masih sebagai exco, sekarang sudah sejuk. Rakyat Kelantan sendiri kini yang terpaksa berhempas pulas untuk menuntut kembali hak mereka...


Kelab Greenboc

Siswa: Kerabat juga harus isytihar harta

Posted: 17 Feb 2015 07:00 PM PST


Kumpulan mahasiswa hari ini menggesa semua pihak, termasuk pemimpin politik dan kerabat diraja mengisytiharkan harta bagi membendung masalah aliran keluar wang haram.

Anak Muda Harapan Malaysia (AMHM), sebuah kumpulan baru mahasiswa, menujukan gesaan itu kepada kakitangan kanan kerajaan, menteri, ahli parlimen dan semua parti politik.

"Kami di AMHM percaya bahawa hanya penguatkuasaan yang ketat akan menangani fenomena membimbangkan ini," kata Presiden AMHM Fahmi Zainol yang digantung pengajian kerana menganjurkan ceramah Anwar di Universiti Malaya.

"Kami menyeru perdana menteri dan Bank Negara Malaysia untuk mengambil perhatian mendalam dan mengumumkan tindakan yang akan diambil untuk menangani aliran keluar kewangan haram ini,"

Semalam, Sultanah Kalsom Abdullah, permaisuri Sultan Ahmad Shah, muncul dalam senarai rakyat Malaysia yang mempunyai akaun di bank HSBC Switzerland, lapor Konsortium Antarabangsa Wartawan Penyiasatan (ICIJ).

Berdasarkan maklumat bocor yang digelar sebagai "Swiss Leaks", meletakkan Malaysia di tempat ke-87 antara negara yang mempunyai jumlah dolar terbesar dalam fail berhubung pelanggan-pelanggan HSBC.

Swiss Leaks menimbulkan kegemparan apabila HSBC didakwa bersubahat dalam pengelakan cukai.

Malaysiakini


Kisah Makcik Dengan Duit 20 Juta?? Tranungkite

Posted: 17 Feb 2015 06:30 PM PST

JANGAN PANDANG ORANG SEBELAH MATA !

 
JANGAN PANDANG ORANG SEBELAH MATA !  Kisah Makcik Dengan Duit 20 Juta??   Tranungkite  Seorang mak cik telah pergi ke kaunter bank untuk mengeluarkan wang sebanyak RM 500.   Tetapi kemudiannya kerani di kaunter bank itu telah melontarkan kad dengan lagak yang kurang ajar kepada mak cik itu sambil berkata "kalau nak keluarkan duit kurang daripada RM5000 sila keluarkan di ATM.   Kami tiada masa untuk keluarkan wang yang sedikit." Kemudian, mak cik itu mengambil kad itu semula dan menyerahkannya kepada kerani tersebut dan berkata "Kalau macam tu keluarkan sahaja semua yang ada di dalam akaun ini."   Kerani bank itu sangat terkejut apabila mendapati di dalam akaun mak cik itu terdapat sejumlah RM 20 JUTA.   Dengan lemah lembut & penuh santun, kerani bank menyatakan mereka tidak dapat menyediakan wang sebanyak itu.   Jika mahu pengeluaran sebanyak itu, perlulah membuat temujanji. Mak cik itu kemudiannya bertanya tentang jumlah yang boleh dikeluarkan secara serta merta pada hari tersebut.   Lalu kerani bank menjawab dengan amat sopan. Jumlah yang boleh dikeluarkan ialah RM 300, 000 sahaja. Mak cik itu menjawab "kalau begitu saya mahu keluarkan RM300,000 SEKARANG!!"  Dengan susah payah kerani bank mengira dan menyerahkan kepada mak cik itu.   Setelah mengambil duit itu, mak cik menyerahkan semula duit sebanyak RM299, 500 kepada kerani tersebut dan berkata, "Saya hanya memerlukan RM500 sahaja. Sila simpan semula semua duit saya ke dalam akaun saya.......   Moral of the story : cari mak cik tu (mungkin janda) heheheheh..  -  Abd Ghani B.Hashib  Mafiaboss Melayu  Megat Farish  Rosdy Hj Abdullah  Yazid Yunus Sbc  Salida Binti Hamzah  Hasnor Abu  Faisal Chal Saad  Faisal Juhari  Anas Mustapha  Raynol Nol  Asri Hamid  Dayang Zai  Uzair Yunus  Yusoff Ibrahim  Kiyai Reformis  Intan Mazura  Li Daging Idah Puteri Panda  Johari Abu Bakar  Mat Bond Watashi No Sakura  Md Ali Safudin Mustapha  Amk Kampar  Ani Ismail  Nora Aini Mohd Zain  Atha Khan Norarich Norarich  Nora Pasadenia  Mohd Nizam  Nizam Nama Diberi Prince David  David Chee  Zubir Abdullah  Zul Chepor  Adnan Ley  Dima Ahmy  Dwan Amirullah  Nur Aleeya Anwar  Nur Mayasari   Nur Dahlia  Nur Alam  Grace NG Lai Meng  Anthony Joseph  Rock LeeTwo

Seorang mak cik telah pergi ke kaunter bank untuk mengeluarkan wang sebanyak RM 500. 

Tetapi kemudiannya kerani di kaunter bank itu telah melontarkan kad dengan lagak yang kurang ajar kepada mak cik itu sambil berkata "kalau nak keluarkan duit kurang daripada RM5000 sila keluarkan di ATM. 

Kami tiada masa untuk keluarkan wang yang sedikit." Kemudian, mak cik itu mengambil kad itu semula dan menyerahkannya kepada kerani tersebut dan berkata "Kalau macam tu keluarkan sahaja semua yang ada di dalam akaun ini." 

Kerani bank itu sangat terkejut apabila mendapati di dalam akaun mak cik itu terdapat sejumlah RM 20 JUTA. 

Dengan lemah lembut & penuh santun, kerani bank menyatakan mereka tidak dapat menyediakan wang sebanyak itu. 

Jika mahu pengeluaran sebanyak itu, perlulah membuat temujanji. Mak cik itu kemudiannya bertanya tentang jumlah yang boleh dikeluarkan secara serta merta pada hari tersebut. 

Lalu kerani bank menjawab dengan amat sopan. Jumlah yang boleh dikeluarkan ialah RM 300, 000 sahaja. Mak cik itu menjawab "kalau begitu saya mahu keluarkan RM300,000 SEKARANG!!"

Dengan susah payah kerani bank mengira dan menyerahkan kepada mak cik itu. 

Setelah mengambil duit itu, mak cik menyerahkan semula duit sebanyak RM299, 500 kepada kerani tersebut dan berkata, "Saya hanya memerlukan RM500 sahaja. Sila simpan semula semua duit saya ke dalam akaun saya....... 

Moral of the story : cari mak cik tu (mungkin janda) heheheheh. 
Kisah Makcik Dengan Duit 20 Juta Tranungkite Seorang mak cik telah pergi ke kaunter bank untuk mengeluarkan wang sebanyak RM 500. Tetapi kemudiannya kerani di kaunter bank itu telah melontarkan kad dengan lagak yang kurang ajar kepada mak cik itu sambil berkata "kalau nak keluarkan duit kurang daripada RM5000 sila keluarkan di ATM. Kami tiada masa untuk keluarkan wang yang sedikit." Kemudian, mak cik itu mengambil kad itu semula dan menyerahkannya kepada kerani tersebut dan berkata "Kalau macam tu keluarkan sahaja semua yang ada di dalam akaun ini." Kerani bank itu sangat terkejut apabila mendapati di dalam akaun mak cik itu terdapat sejumlah RM 20 JUTA. Dengan lemah lembut & penuh santun, kerani bank menyatakan mereka tidak dapat menyediakan wang sebanyak itu. Jika mahu pengeluaran sebanyak itu, perlulah membuat temujanji. Mak cik itu kemudiannya bertanya tentang jumlah yang boleh dikeluarkan secara serta merta pada hari tersebut. Lalu kerani bank menjawab dengan amat sopan. Jumlah yang boleh dikeluarkan ialah RM 300, 000 sahaja. Mak cik itu menjawab "kalau begitu saya mahu keluarkan RM300,000 SEKARANG!!" Dengan susah payah kerani bank mengira dan menyerahkan kepada mak cik itu. Setelah mengambil duit itu, mak cik menyerahkan semula duit sebanyak RM299, 500 kepada kerani tersebut dan berkata, "Saya hanya memerlukan RM500 sahaja. Sila simpan semula semua duit saya ke dalam akaun saya....... Moral of the story : cari mak cik tu (mungkin janda) heheheheh..

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

SIFAT DENDAM ? - Tidak Layak Dilantik Peguam Negara ?

Posted: 17 Feb 2015 06:00 PM PST

Apa Yang Shafee Tak Puas Hati Lagi Sampai Nak Bersumpah Di Mekah Bagai...

INGAT SYAFEE....INI KEJADIAN YANG ALLAH DAH TUNJUKKAN.... BAGAIMANA MOKHTAR DUGONG( GELARAN PADA MASA ITU) YANG MEMANG TERKENAL DENGAN SIKAP DEGILNYA SAMA SEPERTI ANDA
 
 
 
Ni saya dapat dari FB. Selamat membaca.

Cumanya ada penambahan satu lagi.

Khairuddin Abu Hasan yang menjadi aktor utama dalam buku 50 Dalil sekarang di dapati bankrupsi walaupun telah bernikah dgn pelakon Ummi Aida.

Khabarnya apartment mewah beliau juga terpaksa dilelong.

Sila  lihat imej di bawah



NASIB PELAKON KES LIWAT 1 (1998).

Hakim kanan Mahkamah Persekutuan, Datuk S Augustine Paul meninggal dunia pada 2010 di Hospital Selayang. Beliau yang berusia 65 tahun, difahamkan meninggal dunia kerana penyakit barah.

Ummi Hafilda Ali: Salah seorang dalang utama dalam konspirasi Anwar, telah digugurkan menjadi anak kepada bapanya sebelum beliau meninggal. Azmin Ali yang sebapa dengan Ummi mengesahkan perkara tersebut.

Azizan Abu Bakar: Rakan konspirasi Ummi, telah terlibat dalam kemalangan kereta, menyebabkan kematian isterinya. Dia kemudian ditangkap kerana khalwat dan mengaku berzina depan hakim syariah lalu dihukum enam bulan penjara.

Rahim Nor: Bekas Ketua Polis Negara pertama dimasukkan ke penjara, hilang pencen, tiada siapa mahu dekat dengan dia kini.

Aziz Samsuddin: Ketua dalang dalam konspirasi terhadap Anwar, juga terlibat dalam kemalangan jalan raya dan isterinya juga meninggal dunia (selepas beliau bersumpah bahawa beliau tidak terlibat dalam konspirasi). Apabila mereka mengambil jenazah isterinya daripada hospital, didapati sekeping cek bernilai RM3 juta padanya, iaitu pemberian rasuah bagi meluluskan kontrak kepada sebuah syarikat Cina.

Peguam Negara (Mohtar Abdullah) pada masa itu, yang bertanggungjawab menyediakan perbicaraan Anwar. Dia berada dalam koma selama setahun, setelah jatuh dan terhentak kepalanya, semasa mengalami angin ahmar. Para doktor di Pusat Perubatan Subang terpaksa membelah buka tengkoraknya bagi mengurangkan bengkak pada otaknya tetapi mereka tidak dapat menutupnya semula kerana bengkaknya tidak surut. Tengkorak itu, akhirnya ditampal dengan hanya menggunakan pita mengelak otaknya daripada terkeluar. Apabila akhirnya dia mati, kepalanya mengecut dan mereka yang melihatnya pada masa kematiannya, mengatakan dia nampak seakan-akan kepala kera. Sesuai benar dengan orang yang tidak menggunakan otaknya semasa hidup dan mempermainkan sistem kehakiman!

Dr Ristina Majid, seorang lagi dalang konspirasi? Dia didapati mabuk tunggang-langgang semasa anak buahnya yang diserahkan kepadanya untuk dijaga, mati lemas dalam kolam renang. Bapanya juga telah tidak mengakunya sebagai anak sehingga dia mati, bapanya tidak memaafkannya atas apa yang telah dia lakukan ke atas Anwar. Dr Ristina juga mati kerana angin ahmar semasa berada dalam satu persidangan di Jakarta dan menemui ajal tanpa mendapat keampunan bapanya. Dr Ristina sebenarnya, ingin benar mengahwini Aziz Samsudin, tetapi Aziz menolak. Dan Azizan Abu Bakar buat seketika pernah bekerja dengan Dr Ristina sebagai pemandunya.

Penulis Buku Fitnah '10 Dalil Anwar Tidak Boleh Jadi PM" iaitu Khalid Jafri juga koma sebelum mati. Buku itu menjadi asas kes Fitnah 1 DS Anwar.


 APA YANG KHAIRY DAN SYAFEE TAK PUAS HATI TERHADAP DSAI



Kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dengan Saiful Bukhari Azlan tidak habis-habis menghadirkan cerita pelik dan ganjil buat kita semua. 

Jika semasa perbicaraan dulu, sudah banyak cerita pelik dan ganjil ini didedahkan kepada umum, disiarkan dalam media dan menjadi perbualan ramai, kini ia berterusan lagi walaupun episod mahkamah telah pun berakhir dan Anwar sudah berada dalam penjara.

Setelah Anwar disabitkan bersalah oleh Mahkamah Persekutuan serta dihukum penjara selama lima tahun, adalah perkara biasa jika pihak yang tertuduh merasa tidak puas hati dengan hukuman yahg dijatuhkan itu.

Sebab itu, tiada yang hairannya jika Anwar terus menyatakan sabitan kepadanya adalah bermotifkan politik dan bertujuan membunuh karier politiknya. Tidak pelik juga jika ahli keluarga Anwar bersama penyokongnya terus meluahkan simpati dan mengadakan pelbagai demo bagi membantah hukuman itu.

Tiada yang ganjil dan luar biasa juga jika peguambela Anwar terus bercakap menyatakan rasa tidak puas hati dengannya.

Ia boleh dikatakan normal dan biasa bilamana pihak yang kalah terus bersuara dan menuntut keadilan.

Tetapi tentulah pelik, ganjil dan luar biasa bila pihak yang menang terus menerus bercakap cuba meyakinkan orangramai mengenai keputusan yang telah dibuat oleh lima hakim Mahkamah Persekutuan itu.

Inilah yang berlaku dalam kes Anwar Ibrahim ini. Setelah beliau didapati bersalah dan kini sedang menghuni Penjara Sungai Buloh, ketua pasukan pendakwaraya, Shafee Abdullah ternampak begitu sibuk bercakap di sana sini mengenai perbicaraan dan hukuman yang telah diterima oleh Ketua Pembangkang itu.

Beliau bukan saja bercakap dengan banyak media mengenai perbicaraan dan hukuman yang diterima Anwar, malah tidak habis-habis menyatakan keyakinannya bahawa Anwar memang bersalah dan sah meliwat Saiful.

Di suatu ketika itu, Shafee yang lebih dikenal sebagai peguam UMNO juga menyatakan beliau sanggup bersumpah di Mekah untuk membuktikan keyakinannya bahawa Anwar tetap bersalah.

Tidakkah perbuataan Shafee ini pelik, ganjil dan luar biasa? Apa tujuannya beliau bercakap sedemikian rupa sedangkan beliau adalah pihak yang menang?  Bukankah Anwar sudah dijatuhkan bersalah dan menerima hukuman?

Pihak yang menang sepatutnya bergembira dan meraikan kemenangan, bukannya bersungut tidak henti-henti?

Kenapa tak habis-habis bercakap secara terbuka cuba meyakinkan rakyat sedangkan beliau adalah ketua pasukan pendakwaraya ketika perbicaraan saja dan bukannya ahli politik?

Adakah Shafee sendiri tidak yakin dan ragu-ragu dengan keputusan mahkamah itu? Atau beliau sedang didatangkan Tuhan dengan perasaan bersalah dalam hatinya ketika ini?

Tidak cukup dengan bercakap melalui media, pada 17 Februari ini ( Selasa), Shafee  juga turut  hadir memperkatakan mengenai perbicaraan dan hukuman yang diterima Anwar itu dalam sebuah majlis dialog anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein atau AKHI yang dipunyai oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Barangkali ada benarnya saranan bekas Peguam Negara, Abu Talib Othman agar khidmat Shafee sebagai timbalan pendakwaraya dalam kes perbicaraan Anwar segera ditamatkan agar beliau berhenti bercakap mengenai kes yang sudah pun berakhir itu.

Kata Abu Talib lagi, kes Anwar ini tidak seharusnya terus mendapat komen lanjut, sebaliknya tindakan itu seperti mengesahkan lagi dakwaan pelbagai pihak bahawa ianya berunsur dan bermotifkan politik.

Apakah dengan membawa Shafee hadir dalam program anjurannya itu,  Khairy Jamaluddin juga mahu orangramai terus melihat kes Anwar ini dari segi politik?

Dengan bersetuju hadir di program anjuran AKHI yang dinaungi oleh sebuah entiti politik, tidak mustahil juga jika selepas ini Shafee  akan turut bersetuju hadir dalam banyak program lain anjuran UMNO bahagian dan cawangan di seluruh negara untuk bercakap dan mewajarkan hukuman yang telah dijatuhkan kepada Anwar itu. 

Nampaknya NGO Tibai dan "Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim" yang sudah pun dibubarkan sehari selepas Ketua Pembangkang itu didapati bersalah atas alasan tiada keperluan lagi meneruskannya, sudah pun ada bakal penggantinya iaitu Shafee Abdullah, seorang peguam terkenal yang disebut-sebut ramai sebagai bakal  Peguam Negara selepas ini.

Berada di luar atau di dalam penjara, Anwar terus menghantui ramai orang dengan aura dan pengaruhnya. (SH 16/02/2015)

Biasanya hanya pihak yang kalah terus bercakap, tapi Shafee walaupun menang terus sibuk juga bersungut...



Makluman mengenai program anjuran AKHI ini sudah tersebar sejak beberapa hari lalu...

VIDEO - Tanda Allah Sayang......

Posted: 17 Feb 2015 05:15 PM PST


SAIF CALON PKR DI PERMATANG PAUH ?

Posted: 17 Feb 2015 04:45 PM PST



SIAPA calon PKR di PRK Parlimen Permatang Pauh tidak beberapa lama lagi?

Dalam blog aku, aku cuba mahu lihat penilaian dari pengunjung blog di http://wfauzdin.blogspot.com tentang calon di Permatang Pauh.

Setakat hari ini, nampaknya Pengarah Pilihanraya Pusat, Sdr Saifuddin Nasution menjadi pilihan ramai. Memang ramau mahu lihat Saif beraksi semula di Parlimen.

Alangkah hebat dan bergegarnya Parlimen nanti jika Azmin, Saif, Rafizi, Khalid Samad (Pas) dan ramai lagi yang akan mencabar keegoaan rejim yang memerintah.

Apa pun, semuanya bergantung kepada parti untuk menentukan terutamanya penilaian dari Biro Politik PKR nanti.

Samada Saif menjadi calon atau tidak, kita patut bersedia dari sekarang kerana amno tidak akan bertolak ansur dengan kita di Permatang Pauh.

Jika di Kelantan, di Dun Chempaka nampaknya suara amno menyebut demi penyatuan dan tiada perbalahan, maka amno bersedia untuk tidak letak calon di sana. Itu di Kelantan.

Di Permatang Pauh, amno lupa kepada perpaduan dan pergaduhan seperti alasan yang diberi di Dun Chempaka.

Jadi, sama-sama fahamlah ok.



Dicatat oleh WFAUZDIN NS

KETAKUTAN MENGHANTUI DIATAS RASA BERSALAH !!

Posted: 17 Feb 2015 04:13 PM PST

 
Shafee Dedah Liwat Anwar Yang Disiarkan Secara Langsung Di Web

Shafee dedah butiran sensasi kes Liwat II

Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menggunakan peluang dalam satu forum anjuran Pemuda Umno pada malam ini mendedahkan butiran sensasi berhubung kes Liwat II.

Pendedahannya itu menyebabkan kalangan hadirin merah muka apabila Shafee menceritakan mengenai perbuatan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas pengadu dalam kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Malah, Shafee juga menceritakan bahawa Anwar "mencubit puting dada Saiful".

Ucapannya di forum di Kelana Jaya itu turut dipancarkan secara langsung melalui laman web Akademi Kepimpinan Kapten Hussein.

Menurut peguam itu, Anwar juga bertanya kepada Saiful jika boleh mengadakan hubungan seks pada hari kejadian.

 

Beliau berkata, soalan itu menunjukkan bahawa kedua-duanya pernah melakukan perbuatan sama sebelum ini.

Menurutnya, Saiful mengaku pernah membuat hubungan seks dengan Anwar sebanyak sembilan kali.

Butiran mengenai perbuatan seksual itu tidak pernah didedahkan di mahkamah terbuka. Keterangan Saiful berhubung perkara itu dibuat secara in camera semasa perbicaraan.


- mkini

Lambaian Kasih Dari YB DS Dr. Wan Azizah Kepada Suami Tersayang.......

Posted: 17 Feb 2015 08:15 AM PST

 
 
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anaknya melambaikan tangan kepada para penyokong di luar Mahkamah Jalan Duta hari ini. Beliau hadir di mahkamah bagi perbicaraan Datuk Seri

PAS Selangor tiada hak larang ahli Pakatan terlibat PasMa, kata Phahrolrazi OLEH JAMILAH KAMARUDIN

Posted: 17 Feb 2015 07:30 AM PST

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad mengeluarkan arahan melarang ahli PAS dan Pakatan Rakyat terlibat dalam sebarang aktiviti anjuran PasMa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Februari, 2015. Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad mengeluarkan arahan melarang ahli PAS dan Pakatan Rakyat terlibat dalam sebarang aktiviti anjuran PasMa.

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad mengeluarkan arahan melarang ahli PAS dan Pakatan Rakyat terlibat dalam sebarang aktiviti anjuran PasMa.

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad tidak berhak melarang ahli parti itu dan rakan lain dalam Pakatan Rakyat (PR) daripada terlibat dalam sebarang aktiviti anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), kata Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Presiden PasMa itu berkata, tindakan Iskandar mengeluarkan arahan sedemikian melangkaui bidang kuasa PR dan badan bukan kerajaan (NGO) itu tidak terjejas dengan larangan itu.

"Cukuplah, tak perlu arahkan parti dalam PR, kerana DAP dan PKR dah beri sokongan penuh dan mereka sokong kegiatan kita sebagai NGO," katanya pada satu sidang media di Shah Alam, hari ini.

Iskandar dalam kenyataan semalam melarang pemimpin PKR dan DAP Selangor terlibat dalam program anjuran PasMa dan mahu parti itu sendiri menyelesaikan isu dalaman masing-masing tanpa melibatkan pihak luar.

Phahrolrazi mempertikaikan tindakan exco Selangor itu yang tidak mengenakan larangan sama terhadap aktiviti anjuran Umno, memandangkan parti Melayu itu musuh politik utama PAS.

"PAS tidak ada larangan. Ahlinya boleh sertai program Umno. Jadi, ini perkara yang pelik. Dan setakat ini, larangan itu sukar dikuatkuasakan, kerana (faktor) kebebasan. Sebahagian ahli PAS menyertai program kita," katanya.

Sementara itu, PasMa mengumumkan satu majlis makan malam perdana yang akan diadakan pada 27 Februari ini di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk mengutip dana selain memperkenalkan NGO itu kepada PR.

Phahrolrazi berkata, pihaknya sudah mengejarkan jemputan kepada semua pemimpin PR termasuk Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Setakat ini beberapa pemimpin bersetuju untuk hadir iaitu Lim Kit Siang, PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan PAS Datuk Mujahid Yusof Rawa," katanya yang turut menjemput aktivis NGO lain dan ahli akademik.

Bekas exco Kedah itu berkata, beliau terbuka jika ada pemimpin PAS yang mahu hadir walaupun Majlis Syura PAS mengeluarkan arahan kepada ahlinya supaya tidak terlibat dengan PasMa.

Katanya, beberapa pemimpin PR juga akan dijemput memberi ucapan pada malam berkenaan dan sambutan setakat ini katanya menggalakkan apabila tempahan meja hampir penuh. – 17 Februari, 2015.    

   
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

Anwar ditawar jadi timbalan perdana menteri, 4 jawatan menteri, kata Rafizi OLEH JENNIFER GOMEZ

Posted: 17 Feb 2015 04:43 PM PST

ANWAR TIDAK BELOT PADA PAS DAN DAP !


Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mengesahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pernah menawarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai Barisan Nasional dengan Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla sebagai orang tengah. –

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mengesahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pernah menawarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai Barisan Nasional dengan Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla sebagai orang tengah. –

PKR mempertahankan dakwaan bahawa Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja pernah ditawarkan jawatan timbalan perdana menteri (TPM) selepas pilihan raya umum (PRU) lalu malah ditawarkan empat jawatan menteri.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, tawaran menyertai kerajaan Barisan Nasional (BN) itu dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai langkah rekonsiliasi nasional selepas PRU dengan Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla sebagai orang tengah.

Tawaran itu sebelum ini didedahkan anak sulung Anwar, Nurul Izzah semasa satu ceramah di Pulau Pinang.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mempersoalkan dakwaan itu dan mengatakan kenyataan Nurul itu tidak boleh dipercayai.

"Kenapa buat dakwaan ini selepas dua tahun? Kita (BN) adalah majoriti semasa PRU lalu jadi kenapa kita perlu tawarkan jawatan nombor dua kepada individu yang kalah," soal ketua Pemuda Umno itu.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam Twitter berkata: "BN tawarkan jawatan TPM kepada Anwar yang kalah empat PRU berturut-turut? Nurul, kawal diri anda! #Drama".

Rafizi hari ini berkata, tawaran Najib itu dibuat dengan syarat PKR perlu memutuskan hubungannya dengan DAP dan PAS.

"Datuk Seri Anwar bawa perkara ini dalam mesyuarat PKR dan pimpinan Pakatan.

"Kami membuat keputusan dan menjelaskan kepada Umno sebarang perpaduan nasional mesti disertai DAP dan PAS kerana ia punca Pakatan menang 52% undi popular. Bermula dari situ timbulnya krisis perpecahan.

"Khairy boleh kata apa saja yang dia mahu tetapi saya tidak rasa Datuk Seri Najib Razak memberitahu kepadanya, malah saya tak rasa Najib membincangkan perkara ini dengan Khairy atau Rahman Dahlan jadi mereka boleh membebel di Twitter sesuka hati mereka," katanya.

Nurul Izzah memberitahu kira-kira 1,000 penyokong di Pulau Pinang pada Ahad lalu yang Anwar setuju untuk berunding dengan Najib mengenai penekanan perpaduan selepas PRU13.

Naib presiden PKR itu berkata, bapanya meletakkan syarat perlu ada usaha membanteras rasuah di setiap peringkat kerajaan persekutuan dan membangkitkan isu ekonomi tetapi usaha itu tidak membuahkan hasil. – 17 Februari, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

Anwar ditawar jadi timbalan perdana menteri, 4 jawatan menteri, kata Rafizi


Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mengesahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pernah menawarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai Barisan Nasional dengan Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla sebagai orang tengah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Februari, 2015.Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mengesahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pernah menawarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai Barisan Nasional dengan Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla sebagai orang tengah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Februari, 2015.PKR mempertahankan dakwaan bahawa Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja pernah ditawarkan jawatan timbalan perdana menteri (TPM) selepas pilihan raya umum (PRU) lalu malah ditawarkan empat jawatan menteri.
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, tawaran menyertai kerajaan Barisan Nasional (BN) itu dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai langkah rekonsiliasi nasional selepas PRU dengan Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla sebagai orang tengah.
Tawaran itu sebelum ini didedahkan anak sulung Anwar, Nurul Izzah semasa satu ceramah di Pulau Pinang.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mempersoalkan dakwaan itu dan mengatakan kenyataan Nurul itu tidak boleh dipercayai. "Kenapa buat dakwaan ini selepas dua tahun? Kita (BN) adalah majoriti semasa PRU lalu jadi kenapa kita perlu tawarkan jawatan nombor dua kepada individu yang kalah," soal ketua Pemuda Umno itu.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam Twitter berkata: "BN tawarkan jawatan TPM kepada Anwar yang kalah empat PRU berturut-turut? Nurul, kawal diri anda! #Drama".
Rafizi hari ini berkata, tawaran Najib itu dibuat dengan syarat PKR perlu memutuskan hubungannya dengan DAP dan PAS.
"Datuk Seri Anwar bawa perkara ini dalam mesyuarat PKR dan pimpinan Pakatan.
"Kami membuat keputusan dan menjelaskan kepada Umno sebarang perpaduan nasional mesti disertai DAP dan PAS kerana ia punca Pakatan menang 52% undi popular. Bermula dari situ timbulnya krisis perpecahan.
"Khairy boleh kata apa saja yang dia mahu tetapi saya tidak rasa Datuk Seri Najib Razak memberitahu kepadanya, malah saya tak rasa Najib membincangkan perkara ini dengan Khairy atau Rahman Dahlan jadi mereka boleh membebel di Twitter sesuka hati mereka," katanya.
Nurul Izzah memberitahu kira-kira 1,000 penyokong di Pulau Pinang pada Ahad lalu yang Anwar setuju untuk berunding dengan Najib mengenai penekanan perpaduan selepas PRU13.
Naib presiden PKR itu berkata, bapanya meletakkan syarat perlu ada usaha membanteras rasuah di setiap peringkat kerajaan persekutuan dan membangkitkan isu ekonomi tetapi usaha itu tidak membuahkan hasil. – 17 Februari, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rafizi-sahkan-najib-pernah-tawar-anwar-jadi-tpm#sthash.7J5Or8VY.dpuf

Anwar ditawar jadi timbalan perdana menteri, 4 jawatan menteri, kata Rafizi


Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mengesahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pernah menawarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai Barisan Nasional dengan Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla sebagai orang tengah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Februari, 2015.Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mengesahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pernah menawarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai Barisan Nasional dengan Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla sebagai orang tengah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Februari, 2015.PKR mempertahankan dakwaan bahawa Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja pernah ditawarkan jawatan timbalan perdana menteri (TPM) selepas pilihan raya umum (PRU) lalu malah ditawarkan empat jawatan menteri.
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, tawaran menyertai kerajaan Barisan Nasional (BN) itu dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai langkah rekonsiliasi nasional selepas PRU dengan Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla sebagai orang tengah.
Tawaran itu sebelum ini didedahkan anak sulung Anwar, Nurul Izzah semasa satu ceramah di Pulau Pinang.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mempersoalkan dakwaan itu dan mengatakan kenyataan Nurul itu tidak boleh dipercayai. "Kenapa buat dakwaan ini selepas dua tahun? Kita (BN) adalah majoriti semasa PRU lalu jadi kenapa kita perlu tawarkan jawatan nombor dua kepada individu yang kalah," soal ketua Pemuda Umno itu.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam Twitter berkata: "BN tawarkan jawatan TPM kepada Anwar yang kalah empat PRU berturut-turut? Nurul, kawal diri anda! #Drama".
Rafizi hari ini berkata, tawaran Najib itu dibuat dengan syarat PKR perlu memutuskan hubungannya dengan DAP dan PAS.
"Datuk Seri Anwar bawa perkara ini dalam mesyuarat PKR dan pimpinan Pakatan.
"Kami membuat keputusan dan menjelaskan kepada Umno sebarang perpaduan nasional mesti disertai DAP dan PAS kerana ia punca Pakatan menang 52% undi popular. Bermula dari situ timbulnya krisis perpecahan.
"Khairy boleh kata apa saja yang dia mahu tetapi saya tidak rasa Datuk Seri Najib Razak memberitahu kepadanya, malah saya tak rasa Najib membincangkan perkara ini dengan Khairy atau Rahman Dahlan jadi mereka boleh membebel di Twitter sesuka hati mereka," katanya.
Nurul Izzah memberitahu kira-kira 1,000 penyokong di Pulau Pinang pada Ahad lalu yang Anwar setuju untuk berunding dengan Najib mengenai penekanan perpaduan selepas PRU13.
Naib presiden PKR itu berkata, bapanya meletakkan syarat perlu ada usaha membanteras rasuah di setiap peringkat kerajaan persekutuan dan membangkitkan isu ekonomi tetapi usaha itu tidak membuahkan hasil. – 17 Februari, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rafizi-sahkan-najib-pernah-tawar-anwar-jadi-tpm#sthash.7J5Or8VY.dpuf

PKR: Anwar dipenjara untuk hancurkan Pakatan

Posted: 17 Feb 2015 06:00 AM PST

 
 
Naib presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa tindakan kerajaan memenjarakan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim antara lainnya bertujuan untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat.

Beliau mendakwa, ia juga bagi memudarkan ingatan rakyat pada ketua umum partinya itu.

Menurut Rafizi, beliau yakin bahawa masyarakat awam sedar dengan perkembangan itu.

Anwar sebelum ini tetap dengan pendiriannya bahawa tuduhan yang dihadapinya direka-reka oleh musuh politiknya, walau dinafikan kerajaan.


Malaysiakini

Kini polemik solat hajat kes Anwar pula

Posted: 17 Feb 2015 05:15 AM PST

 
 
Isu sama ada solat hajat dapat mengubah nasib Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi polemik baru sekitar pemenjaraan ketua umum PKR itu.

Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad (bawah) hari ini turut menyentuh isu itu dengan berkata soal makbul atau tidak bukan kuasa manusia.

"Yang penting, di sebalik solat hajat itu adalah mahu meletakkan diri kita sebagai hamba di hadapan Allah," katanya yang mengaitkan amalan itu dengan konsep merendah diri di hadapan Allah.

Exco pendidikan Selangor itu berkata "memaksa doa agar dimustajabkan dengan segera" tidak disukai Allah, seperti dinyatakan dalam sebuah hadis.

"Jadi, ia tidak sewajarnya dipandang hina.

"Ia bukan kerana tidak dimustajabkan, tetapi ia dilarang dalam hadis bergopoh untuk doa itu dimustajabkan," katanya.

Seperti tolak takdir, kata MP

Ahli Parlimen Pulai sehari selepas Anwar didapati bersalah, menyifatkan rancangan PKR untuk mengadakan solat hajat setelah penghakiman dijatuhkan ke atas Anwar sebagai "menolak takdir".

Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, solat hajat itu tidak akan mengubah nasib ketua pembangkang itu.

PKR sebelum ini mengajak orang ramai menyertai perhimpunan di hadapan Penjara Sungai Buloh setiap hari bagi menunjukkan setiakawan kepada Anwar.

Parti itu juga menganjurkan solat hajat pada Khamis malam di setiap cabang PKR di seluruh negara. 
 
  
Malaysiakini 
 

Geng Ulama VS Geng Progresif -

Posted: 17 Feb 2015 04:30 AM PST

Baru 5 Hari TGNA Meninggal, Geng PAS Sambung Bertekak Sesama Sendiri Lagi.

Ustaz-ustaz yang claim mereka pejuang Islam dan pecinta ulama dan pemimpin2 yang bajet progresif sekarang sedang bertekak. Pertengkaran mereka bukan demi rakyat, untuk rakyat atau kepada rakyat. Masing2 tengah kelam kabut bergaduh sesama sendiri demi jawatan, pangkat, kedudukan serta pengaruh bagi memudahkan mereka mencapai matlamat tersendiri.




Buktinya. Di saat rakyat tengah pening fikir macam mana nak balon SPAD yang terbukti kencing rakyat, depa plak sakan bergaduh isu yang dah lepas walaupun baru je beberapa hari kematian tuan guru Nik Aziz berlalu pergi.

Tadi. Di facebook. Ini yang aku baca ;

PERANCANGAN DR HATTA JATUHKAN PRESIDEN TGHH

Masihkah Anda Ingat

1. Masihkah anda ingat ...

Pada 18 Jun 2009, seramai 10 orang Ahli Parlimen PAS mengadakan satu Sidang Media Khas di Parlimen kononnya untuk berdiri teguh dibelakang Tuan Guru Nik Abdul Aziz bagi "memalukan" Tuan Guru Haji Abdul Hadi yang difitnah kononnya mahu membawa PAS masuk Barisan Nasional.

Antara 10 Ahli Parlimen itu ialah Dr Hatta Ramli, Khalid Samad, Dr Mariah, Dr Dzulkefli Ahmad, Kamarudin Jaafar, Dr Mujahid Rawa dan lain - lain. Mereka secara terbuka menolak gagasan Presiden PAS Tuan Guru Hj Abdul Hadi dan membawa fitnah kononnya Presiden PAS mahu bergabung dengan UMNO dengan gagasan yang dikemukakan iaitu Kerajaan Perpaduan (Unity Government) atau disebut sebagai Kerajaan Tanpa Pembangkang.

2. Masihkah anda ingat ...

Pada 7 Nov 2009, Mereka mengadakan Seminar Politik di Taman Melewar dengan membariskan Dr Abdul Aziz Bari dan Dr Abu Hassan Hasbullah untuk "memalukan" Presiden PAS Tuan Guru Hj Hadi Awang dengan kritikan pedas secara terbuka terhadap Tuan Guru Presiden dihadapan ahli - ahli PAS. Presiden PAS seperti "dibicarakan" oleh mereka dihadapan ahli PAS sendiri. Mereka mendedahkan segala kelemahan Tuan Guru Presiden dengan menggunakan lidah ahli akademi kononnya dan ia dilakukan secara terbuka.

3. Masihkah anda Ingat ...

Sebahagian pimpinan PAS Pusat seperti Khalid Samad dan Hanipa Maidin memberi sokongan dan menerima baik Dr Abdul Aziz Bari dalam beberapa siri penulisan beliau "menghentam" Tuan Guru Presiden PAS kepada khalayak ramai, termasuk memuatkan artikel menghentam Presiden dan PAS dalam Harakah sedang Harakah adalah lidah rasmi parti telah dijadikan alat untuk menjatuhkan air muka Presiden parti sendiri.

4. Masihkah anda Ingat ...

Pada 30 Sept 2014, Seorang ahli PAS bernama Safwan Anang (AJK Jabatan Ketua Pemuda PAS Malaysia) dengan menggunakan nama Ngo LENSA menyerahkan memorundum di hadapan Pejabat Agong PAS lalu mengadakan sidang media secara terbuka mendesak supaya PAS keluar daripada Pakatan Rakyat kerana menganggap PAS menjadi liabiliti kepada Pakatan Rakyat dan punca kepada perpecahan dalaman Pakatan Rakyat.

5. Masihkah anda Ingat ...

Pada 25 Jan 2015 , AJK PAS Pusat Hanipa Maidin mengeluarkan kenyataan terbuka di media menyanggahi kenyataan Tuan Guru Presiden PAS mengenai isu Pilihanraya Kerajaan Tempatan menggunakan nama demokrasi untuk bebas menyanggah secara terbuka.

Nota :


Semua mereka dianggap hero. Sebahagian terus menang dan dipilih sebagai AJK PAS Pusat. Kononnya mereka penegak demokrasi. Berani dan pembawa idea bernas menuju pembentukan PAS Baru.

Malang apabila Ustaz Fadhli Ibrahim Ketua DPP Kawasan Kuantan tampil menyerahkan memorundum kepada Setiausaha Agong PAS Pusat bersama bukti yang kukuh disokong dokumen akuan bersumpah mengenai penglibatan Group Hawaii Five O yang turut dianggotai oleh Dr Hatta Ramli sebagai Pengarah Pilihanraya PAS Pusat dalam melancarkan geraksaraf menjatuhkan sesama sendiri termasuklah ..

1. Dr Hatta bocorkan secara terperinci apa yang dibincang dalam mesyuarat PAS Pusat.


2. Dr Hatta arahkan serang 4 exco dan bela dua ADUN yang melompat.


3. Dr Hatta arah sabotaj keputusan Presiden dan Majlis Shura.


4. Aiman Athirah minta lakukan serangan saraf kepada Istana Selangor.


5. Aiman Athirah arah buat kempen gantikan pemimpin PAS (Presiden).


6. Mazhar suruh lancarkan kempen jatuhkan Cikgu Pa.


7. Mazhar arah sebar semula video lucah yang cuba dikaitkan dengan Cikgu Pa.


Dan lain-lain lagi. Disebab ini SD, mereka yang nama didedahkan boleh saman.
Persoalan ...

Kenapa Ust Fadhli Ibrahim dianggap pesalah? dianggap memecahkan PAS sedang ia berusaha mahu menyingkirkan pengkhianatan dalam PAS. 


Kenapa tidak beri hak serupa kepada Ust Fadhli dalam mengemukakan memonya kepada pucuk pimpinan ?

Atau apakah kerana dakwaan Ust Fadhli itu terkena batang hidung mereka sendiri maka ia anggap salah ? 


Sementara tindakan dari group mereka untuk dihempaskan kepada Presiden parti dan PAS itu sendiri , maka ia adalah benar dan berlunaskan demokrasi?

Mokhtar bin Senik

Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang.


Hmm..

Masihkah anda ingat, rakyat mengundi PAS, PKR dan DAP bagi memastikan rejim zalim BN jatuh?

Masihkah anda ingat, rakyat menyokong PAS, PKR dan DAP bagi memastikan parti pembangkang itu menjadi check and balance kepada pentadbiran kerajaan Barisan Nasional?

Masihkah anda ingat, rakyat melihat PAS, PKR dan DAP 2 x 5 tiru perangai buruk pimpinan BN bila bertekak macam orang hilang akal menggunakan media alternatif?

Masihkah anda ingat, bagaimana rakyat kena kencing dalam cerita Kajang-Movie?

Masihkan anda ingat rakyat diheret bagai bola ke sana ke mari dalam setiap siri demo demi demo konon atas nama memperjuangkan masalah rakyat tapi rupanya propaganda politikus bagi membina sentimen dan mengumpul pengaruh?

Masihkah anda ingat bagaimana rakyat kena tipu kaw2 dengan parti politik PR apabila bercakap tentang proses ketelusan, keadilan dan kebebasan bersuara?

Masihkah anda ingat, betapa gagalnya parti bernama PR itu dalam mengutamakan masalah rakyat melebihi dari memperjuangkan kepentingan peribadi?

Kalau tak ingat, pakat-pakat ingat la. Dan pakat-pakat bubarkanla parti masing2 daripada bertengkar macam haru biru begini. PAS, PKR dan DAP. Bubar. 


PR pun bubar. Nanti ada la malaon lain wujudkan parti baru dan sembang kencang pukul gendang berceramah 1 Malaysia katanya nak lawan rejim zalim demi rakyat marhaen. Dan macam biasa rakyat marhaen kena tipu berkali2 dengan parti politik sampai mati sudahnya.

Macam mana anarki tak lahir.
Macam mana sosialis tak lahir.
Macam mana antifa tak lahir.
Macam mana non partisan tak lahir.

Tengokla perangai buruk partisan sendiri. Amek cermin, tengokla woi.

KAH KAH KAH

GAMBAR-GAMBAR TERKINI DSAI DILUAR PENJARA

Posted: 17 Feb 2015 03:45 AM PST

 Anwar jumpa semula Muhammad Shafee di mahkamah hari ini


Anwar memeluk rakannya semasa hadir di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini. Gambar diambil daripada laman sosial Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.




Baru sahaja seminggu selepas menjadi 'penghuni' Penjara Sungai Buloh, Datuk Seri Anwar kini 'bebas' seketika hari ini. Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu muncul di Mahkamah Tinggi untuk memberi keterangan dalam kes saman fitnah yang difailkan olehnya terhadap Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Jalan Duta sebentar tadi.

Kali ini beliau juga bertemu semula dengan peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengalahkan pasukan peguamnya dalam kes liwat pada minggu lepas di mahkamah Putrajaya.

Malah Anwar dan Muhammad Shafee juga saling 'berlawan' cakap pada prosiding hari ini ketika ditanya sama ada beliau mengenali bekas Timbalan Pengerusi KFC Holding (M) Bhd, Datuk Ishak Ismail sehingga peguam tersebut menasihati Ketua Umum PKR itu supaya jangan main-main ketika memberikan keterangan.

Anwar kemudiannya memberitahu mahkamah beliau tidak pernah menghantar Ishak sebagai ejen untuk berjumpa Anifah dan meminta beliau melompat parti.




Anwar juga berkata kali terakhir beliau berhubung dengan Ishak pada 2004 apabila Ishak bertemu dengannya di Munich, Jerman. 


Beliau memberi keterangan dalam kes saman fitnah yang difailkan olehnya terhadap Anifah selepas Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Menteri Luar itu untuk meminda pernyataan pembelaan tambahan berhubung dakwaan bahawa Anwar menawarkan RM100 juta kepadanya untuk melompat parti.

Anwar memakai kemeja putih dan berseluar hitam diiringi beberapa pegawai penjara serta anggota polis, tiba pada 8.50 pagi. Isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, anaknya Nurul Izzah, Nurul Nuha, dan beberapa pemimpin parti pembangkang turut hadir di bilik bicara.


Anwar dibawa oleh pihak polis dari Penjara Sungai Buloh setelah dijatuhi hukuman bermula 10 Februari lepas setelah Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun terhadap Ketua Pembangkang itu kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Pada 27 Ogos tahun lepas, Anwar selesai memberi keterangan dalam kes saman tersebut namun dipanggil semula hari ini selepas Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Anifah untuk meminda pernyataan pembelaan tambahan berhubung dakwaan Ketua Pembangkang itu menawarkan RM100 juta kepadanya untuk melompat parti.

Dalam kes yang didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah S. Hassan Badjenid ini Anwar diwakili peguam Razlan Hadri Zulkifli manakala Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, mewakili Anifah.

Perbicaraan penuh kes tersebut bermula 25 Ogos tahun lepas dan berakhir pada 26 Disember lalu selepas Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi yang merupakan saksi terakhir defendan (Anifah) memberi keterangan.

Bagaimanapun selepas saksi itu selesai memberikan keterangan, Anifah membuat permohonan untuk meminda pernyataan pembelaan tambahannya. 


Anwar mengemukakan saman terhadap Anifah pada 27 Mei 2009 kerana mendakwa kenyataan anggota Parlimen Kimanis itu pada sidang media di Washington pada 16 Mei 2009 yang turut dihadiri Setiausaha Negara Amerika Syarikat ketika itu, Hillary Clinton telah mencemarkan nama baiknya.

Ketua pembangkang itu mendakwa Anifah menggambarkan beliau sebagai seorang yang tidak layak untuk memegang sebarang jawatan politik atau apa-apa jawatan dan berbahaya kepada masyarakat Malaysia. 


Anwar juga mendakwa bahawa kenyataan defendan yang dilaporkan secara meluas dalam media tempatan dan asing telah menimbulkan fitnah terhadap perwatakannya dan secara langsung dan tidak langsung menggambarkan beliau sebagai seorang yang tidak beretika, tidak berprinsip dan rasuah.

Hakim kemudiannya menetapkan tarikh 5 Jun ini untuk menetapkan keputusan kes tersebut. Wan Azizah dalam entri di laman sosial memuatnaik gambar suaminya di mahkamah dan mengatakan Anwar semakin kurus.--


MalaysiaGazette

Bekas AG: Ya, Shafee 'iklankan' diri sendiri

Posted: 17 Feb 2015 03:00 AM PST

PEGUAM PALING JELEK DIMATA RAKYAT !

Bekas peguam negara Tan Sri Abu Talib Othman berkata pada zamannya dan sebelum itu lagi, peguam yang dilantik sebagai pendakwa untuk Pejabat Peguam Negara (AGC) tidak pernah "mengiklankan" diri di media.

Abu Talib berkata beliau sebaliknya melihat peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah melakukan perkara itu dengan memberikan wawancara kepada media selepas sabitan kes terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.




"Ya, Shafee kelihatan pandai lakukan perkara itu -- "iklankan" dirinya (selepas menang)," katanya sambil ketawa.

Abu Talib (kanan) merujuk kepada wawancara Shafee dengan akhbar arus perdana New Straits Times dan Utusan Malaysia baru-baru ini.

Ditanya Malaysiakini sama ada ia pernah berlaku sebelum ini, Abu Hasan menjawab tidak.

Beliau berkhidmat sebagai peguam negara daripada tahun 1980 hingga 1993. Beliau juga dilantik menjadi pesuruhjaya

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) untuk tiga penggal. "Pada masa saya, kami juga buat pendakwaan pada kes berprofil tinggi tetapi kami tidak pernah lantik orang di luar daripada AGC untuk membuat pendakwaan," katanya.

Beliau sendiri, kata Abu Hasan, terlibat dalam kes melibatkan bekas menteri besar Selangor Datuk Harun Idris.

"Kami tak nampak keperluan lantik seseorang daripada luar," katanya lagi.

Posted by mountdweller

 SHAME ON YOU LAH DEY MACHA !!

Jika benar sanjung TGNA, serah royalti kepada Kelantan - PAS

Posted: 17 Feb 2015 02:15 AM PST

 KUALA LUMPUR: PAS menggesa kerajaan Persekutuan agar menyerahkan royalti petroleum kepada kerajaan Kelantan jika ikhlas simpati dan menyanjungi Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ketua Penerangan Datuk Mahfuz Omar berkata, menuntut royalti petroleum agar dikembalikan kepada rakyat Kelantan menerusi kerajaan negeri merupakan antara perjuangan Nik Abdul Aziz ketika masih hidup.

Perkara itu ditunjukkan Nik Abdul Aziz apabila hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 Ogos 2010 untuk memfailkan saman kerajaan negeri terhadap Petronas.

"Alangkah lebih baik sekiranya PM Datuk Seri Najib menunaikan hak yang dituntut oleh rakyat Kelantan iaitu royalti minyak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata hasrat Nik Abdul Aziz perlulah diterjemahkan oleh kerajaan Malaysia melalui Petronas dengan berlaku jujur dan berani dalam melaksanakan janji yang telah termeterai seperti di dalam Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974 iaitu membayar tuntutan royalti minyak kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

Beliau juga berharap perasaan simpati dan sanjungan terhadap Mursyidul Am PAS itu bukan satu kepura-puraan oleh pemimpin Barisan Nasional (BN).

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN


Soalan untuk Moktar Senik jawap.... al-Husseyn

Posted: 17 Feb 2015 01:30 AM PST

 



Berikut adalah beberapa kemusykilan yang dikemukakan oleh seorang facebooker kepada Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik. 

Kalau soalan-soalan tersebut dikemukakan kepada saya, dandan ini jam juga saya akan menjawabnya dengan 'lidah yang fasih' dan tegas untuk menafikannya; kerana kalau saya berdiam diri sahaja, nanti orangramai akan kata : 

Berdiam diri itu, maknanya betullah tu! Harap kita semua akan mendapat jawapan yang tegas daripada Mokhtar Senik dalam masa yang terdekat ini. 

Besar harapan kita, Mokhtar Senik akan menafikan segala lontaran tuduhan-tuduhan yang berupa soalan ini. 

Saya akan siarkan di blog saya nanti, bila ada sebarang kenyataan Mokhtar Senik berhubung isu ini.

Ada baiknya juga sekiranya penafian Mokhtar Senik itu mendapat perakuan bersumpah dari Pesuruhjaya Sumpah sebagaimana yang Fadhli Ibrahim, anak saudaranya buat tuduhan terhadap Dr Hatta. 

Saiful Azwan Wahai Mokhtar Senik apabila datang soalan ini kepada kamu hendaklah kamu berkata benar tanpa tergagap2 dan jawablah secara tenang, 

1-Benarkah kamu pernah melarikan anak dara orang yakni isteri kamu sekarang ke Siam? 

2-Berapakah jumlah wang yang kamu bayar untuk tutup malu? 

3-Benarkah kamu ahli gerakan Al maunah? 

4-Benarkah kamu di penjara 6 bulan sahaja dan dibebaskan dengan bersyarat untuk beri maklumat pada Umno? 

5-Pernahkah kamu mencari pegawai JAIP utk mengambil duit One Off utk Sekolah Pondok kamu sedangkan ada pengetua lain menolaknya? 

6-Benarkah kamu membangunkan pondok kamu dengan duit Yayasan Pondok Satu Malaysia? 

7-Pernahkah kamu berjanji dengan Guru kamu sewaktu habis belajar di Pondok Pasir Tumbuh tidak akan "Berniaga Haji dan Umrah"? 

8-Benarkah kamu menggunakan kedudukan kamu untuk menjana ekonomi dgn menjual Pakej Umrah kepada orang yang mendengar setiap kuliah kamu? 9-Benarkah juga kamu membuat Demotrasi di Pejabat Agung Pas dgn bantuan Umno? 

10-Benarkah juga kamu marah pada Presiden sebab kamu tidak dicalonkan masa PRU 13 dulu? Copy Paste aje..kalau Ustaz boleh jawab lagi bagus..

Adakah ini fitnah atau sebaliknya..boleh jawab relax2..take time.


ak-Husseyn
10 Soalan untuk Moktar Senik jawap.... Berikut adalah beberapa kemusykilan yang dikemukakan oleh seorang facebooker kepada Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik. Kalau soalan-soalan tersebut dikemukakan kepada saya, dandan ini jam juga saya akan menjawabnya dengan 'lidah yang fasih' dan tegas untuk menafikannya; kerana kalau saya berdiam diri sahaja, nanti orangramai akan kata : Berdiam diri itu, maknanya betullah tu! Harap kita semua akan mendapat jawapan yang tegas daripada Mokhtar Senik dalam masa yang terdekat ini. Besar harapan kita, Mokhtar Senik akan menafikan segala lontaran tuduhan-tuduhan yang berupa soalan ini. Saya akan siarkan di blog saya nanti, bila ada sebarang kenyataan Mokhtar Senik berhubung isu ini. Ada baiknya juga sekiranya penafian Mokhtar Senik itu mendapat perakuan bersumpah dari Pesuruhjaya Sumpah sebagaimana yang Fadhli Ibrahim, anak saudaranya buat tuduhan terhadap Dr Hatta. Saiful Azwan Wahai Mokhtar Senik apabila datang soalan ini kepada kamu hendaklah kamu berkata benar tanpa tergagap2 dan jawablah secara tenang, 1-Benarkah kamu pernah melarikan anak dara orang yakni isteri kamu sekarang ke Siam? 2-Berapakah jumlah wang yang kamu bayar untuk tutup malu? 3-Benarkah kamu ahli gerakan Al maunah? 4-Benarkah kamu di penjara 6 bulan sahaja dan dibebaskan dengan bersyarat untuk beri maklumat pada Umno? 5-Pernahkah kamu mencari pegawai JAIP utk mengambil duit One Off utk Sekolah Pondok kamu sedangkan ada pengetua lain menolaknya? 6-Benarkah kamu membangunkan pondok kamu dengan duit Yayasan Pondok Satu Malaysia? 7-Pernahkah kamu berjanji dengan Guru kamu sewaktu habis belajar di Pondok Pasir Tumbuh tidak akan "Berniaga Haji dan Umrah"? 8-Benarkah kamu menggunakan kedudukan kamu untuk menjana ekonomi dgn menjual Pakej Umrah kepada orang yang mendengar setiap kuliah kamu? 9-Benarkah juga kamu membuat Demotrasi di Pejabat Agung Pas dgn bantuan Umno? 10-Benarkah juga kamu marah pada Presiden sebab kamu tidak dicalonkan masa PRU 13 dulu? Copy Paste aje..kalau Ustaz boleh jawab lagi bagus..Adakah ini fitnah atau sebaliknya..boleh jawab relax2..take time

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Laungan "BEBAS ANWAR" Dimakhamah Jalan Duta Pagi Ini....

Posted: 17 Feb 2015 12:23 AM PST


Rahsia BN Terbongkar Lagi?

Posted: 17 Feb 2015 12:23 AM PST




Barisan Nasional (BN) menafikan berniat mengambil alih parti komponen MIC apabila mencadangkan penubuhan seketariat bagi membantu menyelesaikan kemelut dalaman parti itu, kata Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menurut portal MStar hari ini.

Mengulas kenyataan presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel yang tidak bersetuju dengan saranan itu, setiausaha agung BN itu berkata, pimpinan parti itu tidak berminat untuk campur tangan atau mengambil alih MIC.

"Jangan salah anggap, BN tidak ada niat untuk ambil alih MIC. Kalau dia (Palanivel) tak nak ikut cadangan kita, terpulang kepada mereka," beliau dipetik berkata portal berita tersebut.

Menteri Wilayah Persekutuan yang juga dikenali sebagai Ku Nan itu berkata, terpulang kepada MIC untuk memilih sama ada menerima atau menolak tawaran BN itu kerana ia hanya berbentuk cadangan bagi membantu menyelesaikan masalah dalaman mereka.

"Kita (BN) hanya memberi cadangan namun terpulang kepada MIC sama ada untuk mengguna pakai cadangan tersebut," katanya menjawab komen Palanivel semalam mengatakan cadangan itu amat membimbangkan.

Ku Nan berkata di Putrajaya terdahulu semalam yang penubuhan sekretariat khas ditadbir urus oleh BN dicadangkan membantu MIC menjalankan pembersihan dalam bahagian dan cawangan serta mengadakan pemilihan semula parti.

"Ini tidak boleh diterima sama sekali. BN tidak mempunyai bidang kuasa walau apapun untuk mengambil alih pentadbiran atau menjalankan pemilihan parti kerana bercanggah dengan peruntukan dalam Perlembagaan MIC dan Akta Pertubuhan, 1966," kata Palanivel.


"Walaupun MIC ialah parti komponen BN, MIC masih sebuah parti politik mengikut haknya sendiri dan tertakluk di bawah Perlembagaan parti. BN perlu menghormati perlembagaan MIC dan tidak menceroboh urusan pentadbiran MIC," katanya.

Pada masa sama, Ku Nan juga meminta MIC menerima arahan Pendaftar Pertubuhan (RoS), mengingatkan yang semua parti komponen harus akur terhadap undang-undang.

Ini merujuk kepada surat yang diserahkan RoS kepada MIC meminta parti itu mengadakan semula pemilihan semua jawatan termasuk mempersoalkan status jawatan presiden.

"Kita tidak ada niat hendak campur tangan. Apa yang kita harapkan mereka akur kepada arahan yang dikeluarkan RoS," katanya.


Addin

Anwar tabah untuk terus lawan – Wan Azizah - FMT

Posted: 17 Feb 2015 12:00 AM PST

 
wan azizah300Ketua Umum PKR itu juga mahu rakyat meneruskan perjuangannya "menentang kezaliman"

PETALING JAYA: "Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) kuat semangat dan sihat. Dia tabah untuk terus lawan," kata Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata demikian ketika menemui para penyokong Ketua Umum PKR itu di luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut Wan Azizah, Anwar juga mahu rakyat meneruskan perjuangannya "menentang kezaliman".

Selain itu, beliau juga mendakwa Anwar kini semakin kurus sejak seminggu berada di penjara.

Hari ini, Anwar dibawa keluar dari Penjara Sungai Buloh bagi menghadiri kes beliau menyaman Menteri Luar, Datuk Anifah Aman.

Pada minggu lalu, Anwar didapati bersalah kes liwat Mohd Shaiful Bukhari Azlan di mahkamah Putrajaya dan dikenakan hukuman penjara lima tahun.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, Anwar mengadu ketidakselesaannya di penjara kerana tidak ada meja untuknya membaca dan tidur di atas tilam nipis.

Timbalan Presiden PKR itu ditemui ketika hadir menemui Anwar. Beliau ditemani Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Dr. Afif Bahardin semasa menghadiri kes mahkamah pagi tadi.