Jumaat, 13 Februari 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


BN putuskan kerusi Permatang Pauh, Chempaka selepas SPR tetapkan tarikh OLEH ELIZABETH ZACHARIAH

Posted: 13 Feb 2015 11:15 PM PST



Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak berkata kekosongan kerusi Permatang Pauh di Pulau Pinang juga hanya akan diumumkan dalam 10 hari selepas menerima surat rasmi dari Speaker Dewan Rakyat.

Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak berkata kekosongan kerusi Permatang Pauh di Pulau Pinang juga hanya akan diumumkan dalam 10 hari selepas menerima surat rasmi dari Speaker Dewan Rakyat.

Barisan Nasional (BN) hanya akan membuat keputusan mengenai sebarang langkah susulan berhubung kekosongan di kerusi Parlimen Permatang Pauh dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kedua-dua kawasan tersebut, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana menteri yang juga pengerusi BN berkata masih terlalu awal untuk membuat sebarang keputusan dan BN tidak akan terburu-buru walaupun memaklumi kemenangan BN di 2 PRK terakhir, iaitu di Pengkalan Kubor dan Teluk Intan.

"Bila sudah terima pengesahan (dari SPR), BN akan membuat keputusan setelah berbincang dengan bahagian dan negeri-negeri berkenaan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Kuala Lumpur malam tadi.

Pada Selasa, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata kekosongan kerusi Permatang Pauh di Pulau Pinang akan diumumkan dalam masa 10 hari selepas menerima surat rasmi dari Speaker Dewan Rakyat.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh apabila habis tempoh 14 hari daripada tarikh beliau disabitkan dan dihukum atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya.

Mahkamah Persekutuan pada Selasa memutuskan Anwar gagal dalam rayuan terakhirnya terhadap sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan mengekalkan hukuman penjara 5 tahun.

Aziz juga berkata, sekiranya Anwar berhasrat ingin kembali bertanding dalam pilihan raya, beliau hanya boleh berbuat demikian selepas 5 tahun daripada tarikh dibebaskan.

Kerusi DUN Chempaka di Kelantan pula kosong apabila Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, 84, meninggal dunia di kediamannya di Pulau Melaka, Kota Baru pada Khamis jam 9.40 malam akibat kanser prostat.

Bekas menteri besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS itu memegang kerusi itu sejak tahun 1990.
Najib berkata semalam, mesyuarat itu juga membincangkan sabitan kes Anwar dan kematian Nik Aziz, serta mengkaji perkembangan politik semasa.

"Kita kaji segala sudut, kita ambil kira prestasi kita yang lebih baik di Pengkalan Kubor apabila kita menang dengan majoriti bertambah, dan di Teluk Intan kita menang," katanya kepada media.

Selepas Pilihan Raya Umum ke-13, BN menang 4 dari 7 PRK yang diadakan iaitu di Kuala Besut, Balingian, Pengkalan Kubor dan Teluk Intan.

Najib bagaimanapun enggan mengulas apabila ditanya sama ada BN akan mempertimbangkan memberi jalan kepada PAS mengekalkan kedudukannya di Chempaka sebagai penghargaan kepada Nik Aziz. – 14 Februari, 2015.


Malaysia Insider

AP desak 1MDB dedah terma pinjaman RM2 bilion daripada Ananda

Posted: 13 Feb 2015 10:30 PM PST

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua mempersoalkan faktor yang menyebabkan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda meminjamkan RM2 bilion kepada 1MDB.
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua mempersoalkan faktor yang menyebabkan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda meminjamkan RM2 bilion kepada 1MDB.

Syarikat pelaburan strategi negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu mendedahkan terma penuh pinjaman 'peribadi' luar biasa daripada hartawan Tan Sri Ananda Krishnan untuk menyelesaikan pinjaman RM2 bilion yang tertunggak, kata Tony Pua.

Setiausaha Publisiti DAP itu berkata, 1MDB dalam kenyataan semalam tidak menyatakan pinjaman RM2 bilion itu dilangsaikan secara luar biasa oleh Ananda dengan serta-merta.

"Perlu dipersoalkan, apakah yang menyebabkan Ananda bersetuju dengan pinjaman RM2 bilion itu? Walaupun rakyat Malaysia baik hati, pemurah dan pemaaf, tiada yang boleh membayangkan seorang hartawan memberikan pinjaman berbilion ringgit kepada anak syarikat milik penuh kerajaan tanpa ada ikatan.

"Apa terma pinjaman, kadar faedah dan syarat lain yang relevan? Kali terakhir 1MDB membuat pinjaman dengan jaminan 'pemurah' oleh International Petroleum Investment Corporation milik kerajaan Abu Dhabi, 1MDB terpaksa menawarkan pilihan kuasa syarikat mereka bernilai sekurang-kurangnya US$250 juta ," katanya dalam kenyataan semalam.

Presiden yang juga Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda dalam kenyataannya semalam berkata, pinjaman RM2 bilion berjaya dilangsaikan kepada bank tempatan sebelum tarikh akhir yang ditetapkan.

Namun Pua menyanggah kenyataan Arul itu dengan mempersoalkan 3 tempoh tunggakan yang diberikan 1MDB sejak November 2014.

 

"Arul Kanda lupa menyebut mereka mendapat 3 tempoh lanjutan sejak November 2014, tidak mengambil kira pinjaman RM2 bilion datang daripada pinjaman tertunggak RM5.5 bilion yang tidak dapat dibayar semula 1MDB pada November 2013, sebelum penstrukturan semula kepada pinjaman RM3.5 bilion dalam tempoh 10 tahun serta pinjaman jangka pendek RM2 bilion," katanya.

Ahli Petaling Jaya Utara itu berkata, rakyat Malaysia tidak akan berminat untuk tahu mengenai perjanjian peribadi antara peminjam dengan pemberi sekiranya anak syarikat di bawah Kementerian Kewangan itu ialah syarikat swasta.

Katanya, isu itu belum selesai kerana baki pinjaman RM3.45 bilion daripada jumlah keseluruhan hutang RM42 bilion akan tamat tempoh pada September depan.

Jelasnya, itu tidak termasuk kos pembiayaan tahunan yang dianggarkan berjumlah RM2.4 bilion berdasarkan laporan penyata kewangan syarikat 2014.

"Disebabkan itu, amat penting 1MDB dapat mendedahkan maklumat rahsia dan konsesi penting yang diberikan kepada Ananda untuk menyelesaikan pinjaman RM2 bilion.

"Memandangkan Arul Kanda mengalu-alukan penelitian umum sebagai satu perkara baik yang akan dapat mengukuhkan lagi pentadbirannya, kami pasti akan terus mendesak 1MDB bersikap jujur dan telus dalam hal ini," katanya.

Laporan The Malaysian Insider semalam memetik kenyataan sumber mengatakan 1MDB membayar hutang RM2 bilion semalam dengan Ananda, 6 hari sebelum bank menggerakkan peningkatan risiko kegagalan atau "event of default" (EOD).

The Malaysian Insider difahamkan melalui pegawai bank yang dekat dengan kes ini, bank menerima wang petang kelmarin, beberapa jam selepas Ananda bersetuju menyelamatkan syarikat itu.

Hutang RM2 bilion itu ditanggung syarikat Ananda Usaha Tegas, kata sumber yang tahu tentang rundingan di antara Ananda dan 1MDB.

The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan tarikh akhir pembayaran pinjaman adalah pada 18 Februari.

Maybank memberikan 58.99% daripada pinjaman RM 2 bilion itu, manakala RHB memberikan 32.41%. Pemberi pinjaman lain ialah Alliance Investment Bank Bhd (4.06%), Malaysia Building Society Bhd (3.24%) dan Hwang DBS Investment Bhd (1.29%).

1MDB yang memiliki portfolio loji jana kuasa besar sudah terlepas tarikh akhir pembayaran pinjaman pada Disember dan pemberi pinjamannya mahu melihat ia dibayar sebelum mereka terpaksa menghapus kira dalam pendapatan suku pertama, kata sumber. – 14 Februari, 2015.


The Malaysia Insider.

Guru ditendang tanpa belas kasihan SITI ZUBAIDAH MAT ISA

Posted: 13 Feb 2015 09:30 PM PST



Yahaya menunjukkan barang rampasan membabitkan kes samun taska dan asrama pekerja.  
Yahaya menunjukkan barang rampasan membabitkan kes samun taska dan asrama pekerja.
 

SUBANG JAYA – Dua orang guru sebuah taska bukan sahaja diugut, malah dipukul dan ditendang tanpa belas kasihan dalam kejadian samun, 4 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, kejadian berlaku pada jam 2 pagi ketika kedua orang guru masih tidur sebelum didatangi dua suspek yang bersenjatakan pisau.


"Suspek diugut agar menyerahkan segala barang berharga jika tidak mahu mereka dicederakan.


"Mangsa yang berusia 21 dan 27 tahun itu tetap dipukul dan ditendang. Mereka juga melarikan wang tunai RM300 dan dua telefon bimbit," katanya.


Menurut Yahaya, pada 7 Februari, kumpulan sama, kali ini bersenjatakan parang memecah masuk sebuah asrama dan mencederakan tiga pekerja warga Nepal menggunakan getah paip.


"Suspek turut melarikan sembilan jenis telefon bimbit selain wang tunai RM4,000.


"Susulan kejadian, kita menahan empat lelaki berusia antara 18 hingga 25 tahun dalam serbuan berasingan, 8 Februari lalu," katanya.


Katanya, kesemua suspek direman sehingga 18 Februari ini. Polis juga merampas sebuah kereta jenis Honda Odyssey yang dibawa masuk dari luar negara tanpa dokumen yang sah.


Dalam pada itu, pemeriksaan mendapati dua dari empat suspek memiliki dua rekod jenayah lampau membabitkan kes curi, samun dan dadah sejak 2009.


"Mereka juga dipercayai terlibat dalam beberapa kes samun di sekitar Subang Jaya, dan bergerak aktif sejak beberapa tahun ini," katanya.


Sementara itu dalam satu  kes berasingan, polis memburu dua lelaki bermotosikal bagi membantu siasatan berhubung dua kes samun stesen minyak di SS14 dan SS17, awal pagi semalam.


Menurut Yahaya, dua kes samun berlaku dalam tempoh empat minit bermula di stesen minyak SS14 pada jam 3.01 pagi.


"Mereka melarikan wang tunai berjumlah RM900 sebelum menghala ke stesen kedua selang satu kilometer dari lokasi samun pertama.


"Dalam tempoh empat minit itu, mereka sekali lagi memecahkan cermin kedai stesen minyak di SS17 dan melarikan wang tunai RM450. Turut dicuri beg duit milik pekerja stesen," katanya.


Menurut Yahaha, modus operandi adalah sama. Suspek akan meninjau kawasan sekitar sebelum memecahkan cermin kedai menggunakan penukul besi.


"Suspek dipercayai berumur lingkungan 20-an. Ketika kejadian salah seorang akan menunggu di luar premis, sementara seorang lagi memecahkan cermin kedai dan samun," katanya.

Kereta Hatta Ramli cuba dibakar pagi tadi

Posted: 13 Feb 2015 08:45 PM PST

  TERKINI !! - INI POLITIK KOTOR NAMANYA.....!!!

Seorang individu yang tidak dikenali cuba membakar kereta Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli yang terletak di luar rumahnya, namun dihentikan seorang pengawal bertugas.

Seorang individu yang tidak dikenali cuba membakar kereta Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli yang terletak di luar rumahnya, namun dihentikan seorang pengawal bertugas.

Kereta Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli dibakar di luar rumahnya dekat Hulu Klang, Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 3.50 pagi itu, sebuah kereta lalu dan individu tidak dikenali cuba membakar kereta itu, namun ia disedari pengawal bertugas yang membunyikan hon motosikalnya.

Anak Dr Hatta yang bernama Khalil dikatakan berjaya memadamkan api itu.

 – 14 Februari, 2015.

DIHARAP PIHAK PDRM SEGERA MENANGKAP INDIVIDU TERSEBUT DAN DIBAWA KEMUKA PENGADILAN.

VIDEO - PAS bersama PKR 100% pada PRK Permatang Pauh

Posted: 13 Feb 2015 08:00 PM PST


Program pro-Anwar di Pulau Pinang diteruskan

Posted: 13 Feb 2015 07:15 PM PST

  
Kerajaan Pulau Pinang tetap meneruskan acara sokongan buat Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun gabungan pembangkang itu masih lagi bersedih atas pemergian Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat malam tadi.


Program yang dinamakan 'Kebebasan Rakyat' itu akan diadakan di tapak ekspo Seberang Jaya mulai 9 malam esok (Sabtu), kata exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Malik Kassim.

Perhimpunan itu akan disertai Ketua Menteri Lim Guan Eng, Menteri Besar Selangor Azmin Ali, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya Nurul Izzah Anwar, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, and juga Pengerusi PKR negeri, Datuk Mansor Othman.

Malik (kanan) berkata anak Anwar yang memimpin kempen 'Berarak demi kebebasan', Nurul Nuha, bagaimanapun tidak berucap.

"Acara ini telah dirancang lebih awal dan semua pembicara telah mengesahkan kehadiran mereka," katanya hari ini.

Nik Aziz disemadikan pagi tadi, tiga hari selepas Anwar dihantar ke Penjara Sungai Buloh selepas mahkamah tertinggi mengekalkan hukuman lima tahun penjara atas tuduhan meliwat.

Sementara itu, terdapat juga desas-desus penyokong Anwar merancang mengadakan protes di Kuala Lumpur esok. Bagaimanapun PKR dilaporkan berkata ia tidak tahu-menahu mengenainya.


Malaysiakini

Merah lagi tanah kubur orang tua tu, Broheng Ali dah menyanyi.

Posted: 13 Feb 2015 06:30 PM PST

Ibrahim Ali dikutuk ribuan pengguna Facebook 

Ibrahim Ali dikutuk ribuan pengguna Facebook   Merah lagi tanah kubur orang tua tu, Broheng Ali dah menyanyi.   Dia dah lupa, orang tua itu la yg bagi greenlight utk dia bertanding di Pasir Mas dulu.   Duit pencen wakil rakyat Pasir Mas itu la yg dia guna beli gula, garam, air paip bagi anak bini dia makan. Karut sungguh Broheng Ali ni.   Mungkin dia fikir satu hari nanti dia tak masuk kubur. Satu kenyataan di laman Facebook presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berhubung kematian Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima cemuhan para pengguna media sosial itu.   Tulisan tersebut menerima lebih 2,500 komen yang rata-rata mengutuk dan mengecam bekas MP Pasir Mas itu kerana tidak sensitif.   Ibrahim dalam tulisan yang dimuatkan kira-kira tengah malam tadi antara lainnya menyebut bahawa pemergian Nik Abdul Aziz pada malam tadi
 
Dia dah lupa, orang tua itu la yg bagi greenlight utk dia bertanding di Pasir Mas dulu. 

Duit pencen wakil rakyat Pasir Mas itu la yg dia guna beli gula, garam, air paip bagi anak bini dia makan. Karut sungguh Broheng Ali ni.

Mungkin dia fikir satu hari nanti dia tak masuk kubur. Satu kenyataan di laman Facebook presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berhubung kematian Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima cemuhan para pengguna media sosial itu. 

Tulisan tersebut menerima lebih 2,500 komen yang rata-rata mengutuk dan mengecam bekas MP Pasir Mas itu kerana tidak sensitif. 

Ibrahim dalam tulisan yang dimuatkan kira-kira tengah malam tadi antara lainnya menyebut bahawa pemergian Nik Abdul Aziz pada malam tadi "tidak mengejutkan" kerana "sudah lama tidak sihat". 

Ibrahim juga mendakwa allahyarham "tidak banyak membangun kemajuan rakyat dan negeri Kelantan". "Kalau ikut pada usianya, maka pemergiannya tidaklah mengejutkan dan sebelum ini sudah lama tidak sihat, umurnya juga panjang. 

"Rakyat Kelantan ramai menyanjung nya kerana beliau dikatakan ulamak dan di gelar tok guru, walaupun beliau tidak banyak membangun kemajuan rakyat dan negeri kelantan. 

"Malah kemajuan Islam di Kelantan tidak kemana dan hukum hudud gagal di laksanakan semasa hayat nya walaupun menjadi MB Kelantan lebih 20 tahun," tulisnya di laman tersebut. Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan bahawa akaun Facebook yang memuatkan tulisan itu merupakan akaunnya. 

Namun, beliau menjelaskan bahawa ia ditadbir oleh seorang individu lain, katanya yang kini berada di luar negara. 

Beliau juga menyarankan agar media tidak menyiarkan rakaman berkenaan, yang kini disebarkan meluas di Internet. 

Semakan kira-kira jam 12.30 petang mendapati kenyataan berkenaan didapati dipadamkan. Ia kemudiannya diganti dengan satu ucapan takziah yang ringkas dan juga satu gambar ungkapan doa dalam bahasa Arab. "Ada pihak urus (akaun Facebook)... 

Tak payah guna kenyataan (awal) itu," katanya melalui kiriman SMS. Seorang pengguna Facebook antara lainnya menyifatkan Ibrahim bersikap "busuk hati" kerana sanggup mengeluarkan kenyataan tersebut. 

"Busuknya hati orang tua ini, moga bertaubat sebelum kau dijemput oleh pencipta," kata seorang pengulas yang menggunakan nama Nor Azlyna. Seorang lagi pengulas, Rabiyatul Adawiah Ghani berkata Ibrahim perlu merenung kembali tindakannya. 

"Semua orang dah screen shoot dan save di memori otak kenyataan awak itu. Kami minta awak mengucap panjang, kaji semula apa yang awak tulis," katanya. 

Tidak kurang juga yang mahu Ibrahim menjelaskan lagi tindakannya. "Saya nak bertanya kenapa Datuk padam status ini," soal Muhamad Zaid Farhan. 

Jenazah Nik Aziz selamat disemadikan pagi ini dengan diiringi puluhan ribu penyokong di Pulau Melaka, Kota Bharu lapor Malaysiakini 

by maemahi Reactions: 


MANUSIA INI MUDAH LUPA !! 
Ibrahim Ali dikutuk ribuan pengguna Facebook Copy & Posted By mahi on Feb 14, 2015 Merah lagi tanah kubur orang tua tu, Broheng Ali dah menyanyi. Dia dah lupa, orang tua itu la yg bagi greenlight utk dia bertanding di Pasir Mas dulu. Duit pencen wakil rakyat Pasir Mas itu la yg dia guna beli gula, garam, air paip bagi anak bini dia makan. Karut sungguh Broheng Ali ni. Mungkin dia fikir satu hari nanti dia tak masuk kubur. Satu kenyataan di laman Facebook presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berhubung kematian Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima cemuhan para pengguna media sosial itu. Tulisan tersebut menerima lebih 2,500 komen yang rata-rata mengutuk dan mengecam bekas MP Pasir Mas itu kerana tidak sensitif. Ibrahim dalam tulisan yang dimuatkan kira-kira tengah malam tadi antara lainnya menyebut bahawa pemergian Nik Abdul Aziz pada malam tadi "tidak mengejutkan" kerana "sudah lama tidak sihat". Ibrahim juga mendakwa allahyarham "tidak banyak membangun kemajuan rakyat dan negeri Kelantan". "Kalau ikut pada usianya, maka pemergiannya tidaklah mengejutkan dan sebelum ini sudah lama tidak sihat, umurnya juga panjang. "Rakyat Kelantan ramai menyanjung nya kerana beliau dikatakan ulamak dan di gelar tok guru, walaupun beliau tidak banyak membangun kemajuan rakyat dan negeri kelantan. "Malah kemajuan Islam di Kelantan tidak kemana dan hukum hudud gagal di laksanakan semasa hayat nya walaupun menjadi MB Kelantan lebih 20 tahun," tulisnya di laman tersebut. Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan bahawa akaun Facebook yang memuatkan tulisan itu merupakan akaunnya. Namun, beliau menjelaskan bahawa ia ditadbir oleh seorang individu lain, katanya yang kini berada di luar negara. Beliau juga menyarankan agar media tidak menyiarkan rakaman berkenaan, yang kini disebarkan meluas di Internet. Semakan kira-kira jam 12.30 petang mendapati kenyataan berkenaan didapati dipadamkan. Ia kemudiannya diganti dengan satu ucapan takziah yang ringkas dan juga satu gambar ungkapan doa dalam bahasa Arab. "Ada pihak urus (akaun Facebook)... Tak payah guna kenyataan (awal) itu," katanya melalui kiriman SMS. Seorang pengguna Facebook antara lainnya menyifatkan Ibrahim bersikap "busuk hati" kerana sanggup mengeluarkan kenyataan tersebut. "Busuknya hati orang tua ini, moga bertaubat sebelum kau dijemput oleh pencipta," kata seorang pengulas yang menggunakan nama Nor Azlyna‎. Seorang lagi pengulas, Rabiyatul Adawiah Ghani berkata Ibrahim perlu merenung kembali tindakannya. "Semua orang dah screen shoot dan save di memori otak kenyataan awak itu. Kami minta awak mengucap panjang, kaji semula apa yang awak tulis," katanya. Tidak kurang juga yang mahu Ibrahim menjelaskan lagi tindakannya. "Saya nak bertanya kenapa Datuk padam status ini," soal Muhamad Zaid Farhan. Jenazah Nik Aziz selamat disemadikan pagi ini dengan diiringi puluhan ribu penyokong di Pulau Melaka, Kota Bharu lapor Malaysiakini Photobucket Posted by copy and posted by maemahi Reactions: Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Labels: Hal Politik Malaysia 0 comments: Post a Comment Links to this post Create a Link Newer Post Older Post Home Followers pop up text Tutorial Here www.e-referrer.com

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

3 sekeluarga maut selepas pulang ziarah Nik Aziz

Posted: 13 Feb 2015 05:45 PM PST

 

 Keadaan MPV yang remuk selepas terlibat dalam kemalangan dengan Hilux di Kampung Telong petang tadi. Foto Sinar Harian
BACHOK – Tiga sekeluarga iaitu bapa, ibu dan bayi perempuannya yang berusia empat bulan maut dalam kemalangan yang berlaku di jalan Telong- Tok Bali kira- kira jam 2.30 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad berkata, mereka yang maut itu menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Alza baru sahaja pulang dari menziarahi jenazah bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi tadi.

Pemandu Alza, Roslan Mamat,34, dan bayinya meninggal dunia di lokasi kejadian manakala, isterinya, Mimey Suhartini meninggal dunia di hospital.

"Kereta yang dinaiki mangsa bersama empat lagi ahli keluarga lain dipercayai terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah pacuan empat roda Hilux dari arah Tok Bali," katanya.

Keluarga ini dikatakan dari Bukit Payung tiba di Kelantan jam 5 pagi tadi untuk menziarahi jenazah Allahyarham Nik Aziz.

Manakala, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Kasyfi Syahmi Ghazali berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang ramai pada jam 2.34 petang dan bergegas ke lokasi kejadian seminit kemudian.
 
 
Batu Vs Kayu

US NASA SUDAH MULA TUNJUK TARING "UG"

Posted: 13 Feb 2015 05:00 PM PST

BILA TOK GURU TIADA MALAM tadi, aku menonton berita di Astro Awani.

Banyak berkisar tentang berita kepulangan ke Rahmatullah, Mursyidul Am PAS Tok Guru Nik Aziz Nik Mat pada Khamis malam Jumaat dan dikebumikan pada pagi Jumaat yang mulia siang tadi.

Al Fatihah.

Tiba-tiba muncul suara mantan Timb Presiden PAS, Us Nasa.

Beliau diminta mengulas tentang masa depan PAS dan PR setelah ketiadaan Tok Guru Nik Aziz. Beliau menjawab, dengan tiadanya Anwar Ibrahim (dipenjara) dan Tok Guru Nik Aziz yang telah meninggal dunia, maka kajian semula boleh dibuat oleh PAS tentang kerjasama mereka dengan PR.

PAS perlu melihat kepentingan Melayu Islam, katanya.

Lagi pun katanya, DAP telah banyak menunjukkan sikap menolak dasar Islam yang ingin dibawa oleh PAS.

Us Nasa pun mungkin secara tidak sengaja menyebut, sebenarnya usaha untuk bersatu dengan amno ini telah pun bermula di tahun 2008, namun gagal walaupun usaha itu mendapat restu Majlis Syura PAS.

Cuma Us Nasa tidak sebut usaha itu gagal disebabkan adanya Tok Guru Nik Aziz. Ertinya, tepatlah seperti yang juga disebut oleh Us Ahmad Awang di dalam Muktamar beberapa tahun dulu iaitu UG memang wujud waktu itu.

Paling mengejutkan, jika Tok Guru Nik Aziz pun tidak setuju dengan UG, apakah Majlis Syura waktu itu buat keputusan tanpa pengetahuan Tok Guru?

Lupakan itu. Ini bukan salah PAS. Sekarang PAS pun sudah nyatakan tiada lagi UG. Tidak mungkin PAS akan bekerjasama politik atau bergabung dengan amno. 


Almarhum Tok Guru Nik Aziz pun selalu sebut, selagi dia hidup dia takkan redha PAS ber UG bersaama amno.

Nah, mungkin Us Nasa melihat ini peluang terbaik. Tok Guru Nik Aziz sudah tiada. Anwar pun di dalam penjara untuk tempoh 5 tahun. Peluang terbaik untuk Us Nasa realisasikan cita-citanya yang gagal dulu.

 Persoalannya, adakah penyokong-penyokong PAS kesemuanya bengap macam dia? Tabik Ketua Pemuda PAS, sdr Suhaizan Kayat di dalam berita yang sama, dengan tegas sebut adalah lebih baik PAS terus perkuatkan PR.


Dicatat oleh WFAUZDIN NS.

Calon Terbaik Ini Bakal Jadi Ketua Pembangkang

Posted: 13 Feb 2015 04:15 PM PST

Wartawan veteran Datuk A. Kadir Jasin berpendapat sekiranya mahu kekal kelangsungan dalam politik tanah air Pakatan Rakyat (PR) perlu segera melantik Mohamed Azmin Ali sebagai ketua pembangkang kerana menteri besar Selangor itu mampu untuk memudakan gabungan itu.

Kadir berkata, meskipun Lim Kit Siang yang merupakan veteran DAP antara yang paling sesuai untuk jawatan tersebut, ahli PAS berkemungkinan akan terasa disisihkan sekiranya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak dipertimbangkan.

"Yang lebih layak adalah Lim Kit Siang kerana partinya mempunyai paling ramai anggota dalam Parlimen di kalangan komponen PR, iaitu 38, tetapi kalau Abdul Hadi tidak dipertimbangkan, ahli PAS pula akan berasa disisihkan.

"Kalau Mohamed Azmin dilantik Ketua Pembangkang ia akan memudakan lagi kepemimpinan PR dan ini akan memberi rangsangan tambahan kepada generasi muda menyokong PR," katanya, dalam posting blognya, hari ini.

Kadir berkata, sekiranya PR mahu menumpang pedati kepopularan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menunjukkan setia kawan kepada beliau, mereka akan memberi hak "first right of refusal" menolak pelantikan sebagai ketua pembangkang kepada PKR.

"PR memerlukan ketua yang berwibawa bagi meneruskan kelangsungan dalam suasana di mana parti-parti anggota masih berbalah mengenai isu-isu ideologi dan dasar.

"Keputusan perlu dibuat segera kerana mesyuarat pertama Dewan Rakyat tahun ini akan bermula 9 Mac ini," katanya.

Anwar dijatuhkan hukuman penjara lima tahun apabila Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapatinya bersalah kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

"Sepanjang mengenali Anwar, penjara sudah menjadi darah dagingnya. Bagi beliau, tidak ada keadaan yang tidak menjanjikan kemungkinan. Beliau berpegang kukuh kepada frasa 'politics is the art of the possible'," kata Kadir.

Tambahnya, PR memerlukan ketua yang boleh meyakinkan pengundi dan rakyat jelata mengenai kelayakannya memimpin negara.

"Di negara-negara demokrasi matang yang berasaskan model Westminster, jawatan Ketua Pembangkang sangat penting kerana penyandang akan dilihat sebagai Perdana Menteri bayangan atau Perdana Menteri menanti.

"Sejak Anwar keluar penjara pada tahun 2004 dan kembali menjadi Ahli Dewan Rakyat pada tahun 2008, beliau adalah pilihan natural sebagai Ketua Pembangkang Parlimen. Beliau dilantik Ketua Pembangkang pada Ogos 2008," katanya.

Sebelum itu jawatan Ketua Pembangkang disandang Hadi bermula 2002 hingga 2004, sebelum disandang Lim Kit Siang daripada 2004 hingga 2008 dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail antara Mac hingga Julai 2008.

"Jadi pengganti Anwar tidak semestinya daripada PKR. Dr Wan Azizah tidak layak kerana beliau bukan ahli Parlimen dan Azmin  mungkin 'tidak sesuai' kerana masih 'junior' dan mempunyai beban berat sebagai Menteri Besar Selangor walaupun beliau juga Ahli Parlimen Gombak," kata Kadir.
 
 
Addin

Insya-Allah esok saya akan mengenang Tokguru Nik Aziz dalam catatan

Posted: 13 Feb 2015 03:24 PM PST

 
Saat mengunjungi Allahyarham menjelang PRU ke-13.
 
Alhamdulihah saya baru selamat sampai di rumah dari Kota Bharu yang bergabung dengan puluhan ribu rakyat jelata memberi penghormatan terakhir kepada Tokguruku Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kembali ke Rahmatulah malam semalam serta menghadiri majlis pengembumiannya pagi tadi.

Sejak dari petang semalam, sebaik menerima berita kematian Allahyarham saya masih belum rehat sampailah ke saat ini.

Entah macam mana seluruh anggota semacam tidak tertakluk dengan rutin biasa lagi. Mata jadi tidak mengatuk, perut tidak lapar, tekak juga tidak merasa harus, manakala anggota langsung tidak merasa letih. Semua inderanafas menjadi terhala kepada berita sedih, kematian Tokguruku Nik Aziz sehingga mengalpakan apa sahaja hal-hal lain.



Malam tadi saya cuba membuat beberapa catatan bagi mengenang Allahyarham untuk dikongsi bersama penjengok blog ini. Tetapi tidak menjadi, fikiran terus bercelaru sebak mengunyah diri. Beberapa kali saya cuba mencatat tetapi fikiran buntu dan terganggu.

Apa lagi keadaan ditambah dengan "kalutkala" untuk mencari tikit kapal terbang atau pun mengambil keputusan untuk pulang dengan kereta. Tetapi memandangkan malam, jarak perjalanan jauh dan kebetulan isteri tidak dapat diajak untuk menjadi teman (kerana kurang sihat), terpaksa berusaha mendapatkan tikit kapal terbang.

Jenazah dibawa ke masjid untuk disembahyangkan.
Naisb baik ada rezeki, ada kekosongan (seat) membolehkan saya terbang pada awal pagi. Sementara menanti untuk ke lapangan terbang saya mencuba menyiapkan apa-apa catatan, tetapi ternyata kesebakan merampas kekuatan dan dayafikir saya untuk menulis. Saya melewati jam-jam berlalu sebelum ke lapangan dengan membelek-belek dan membuka beratus folder gambar untuk mencari gambar wajah Tokguru ataupun gambar yang sempat saya rakam bersamanya untuk direnung sepuasnya.

Orang ramai sesak memasuki ke kediaman Allahyarham.
Penerbangan dengan Firefly jam 8:15 pagi, tetapi saya sudah berada di lapangan jam 5:20 pagi. Terasa hari begitu lama untuk berganjak dan menteri juga seakan malu dan malas untuk keluar dari jerumunya menerangkan alam serta membawa saya ke Pulau Melaka secepat mungkin.

Ribuan siap untuk menyembahayangi jenazah Tokguru.
Di lapangan terbang bukan sahaja saya keresahan dan tidak sabar untuk berangkat tetapi mereka yang lain sehaluan dengan saya juga. Berjumpa pula dengan MB Selangor Mohamed Azmin Ali (Minali) dan beberapa flight dan sedestinasi dengan saya untuk menemui Tokguru. Di lapangan terbang itu juga kami sempat bersolat Subuh dengan diimamkan oleh Salahuddin Ayub.
orang pegawainya. Turut sama muncul Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub dan beberapa yang lain. Semuanya satu

Pertemuan pagi tadi di lapangan terbang itu tidak seperti biasa, kami seakan hilang ceria dan kemurungan. Masing-masing sebak dan sedih dengan kehilangan Tokguru Nik Abdul Aziz. Belum habis terkejut dengan nasib dialami Anwar Ibrahim kini ia ditambah pula dengan dukacita kehilangan Tokguru.

"Dia seorang pemimpin yang mulia. Saat saya menghadapi fitnah, Tokgurulah yang menasihati saya dan memberi keyakinan kepada saya untuk terus berjuang," begigulah kata Minali.

"Dan apabila ibu saya dieksploitasikan oleh musuh untuk memburuk-burukkan saya, Tokguru telah meminta saya bersabar dan agar terus mengasihi ibu dan pergi ke rumah ibu dan peluk dan sayangi ibu," cerita Azmin lagi matanya mula berkaca.

Minali adalah antara pemimpin Pakatan Rakyat yang terawal berangkat ke Kota Bharu untuk menghadiri pengembumian dan memberi penghormatan kepada jenazah Tokguru. Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail katanya tiba ke Pulau Melaka menjelang malam.

Keadaan di Kota Bharu luar biasa daripada hari biasa. Suasana di lapangan terbang juga penuh sesak dengan orang ramai. Semuanya untuk ke Pulau Melaka. Di lapangan terbang lagi sudah mendapat maklumat jalan untuk menuju ke kediaman Tokguru sudah ditutup dan hanya kenderaan yang mempunyai pelekat khas sahaja yang dibenarkan masuk. Itu pun terpaksa berhenti jauh dan harus berjalan kaki kira-kira lima kilometer.

Mendengar itu saya sudah merasakan harapan untuk menatap buat terakhir kali wajah Tokguru kecintaaan itu sudah tidak mungkin lagi. Kesesakan dan keadaan yang tidak ubah seperti di Padang Arafah dipenuhi dengan puluhan ribu rakyat yang dari segenap penjuru negara menyebabkan saya tidak mungkin dapat menjengah masuk.

Sedih dan terkilan hanya Tuhan sahaja yang tahu. Namun tidak mengapa pentapan wajahnya itu adalah simbolik semata sedang wajahnya sudah sekian sebati dalam jiwa ini.

Dalam perjalanan terus mengharungi manusia yang memutih bagaikan ladang kapas, hati terus berdoa dan memohon maaf kepada Tokguru kerana tidak sempat untuk menatapnya untuk terakahir kali. Saat inilah jiwa menjadi luluh apabila telinga tersapa dengan kata-kata Tokguru saat saya bersamanya pada satu ketika; "kenapa kita harus berputuskan persahabatan, kita kena bersahabat sampai mati." InysaAllah saya akan cerita dan kenangkan kenapa Tokguru sampai meluahkan kata-kata itu kepada saya.

Di sini dulu, biarlah saya rihat, esok catatan belesungkawa ini akan disambung. [wm.kl.11:59 pm 13/03/15]


VIDEO - Sudah Lah Mamakdey, Ingat Mati....

Posted: 13 Feb 2015 05:00 AM PST


When asked if he would consider changing any of his past policies, former premier Dr Mahathir Mohamad quipped that he had to think very hard as he believed that he is perfect.

VIDEO - Bidas Nik Aziz: Warga maya cemuh Ibrahim Ali

Posted: 13 Feb 2015 04:00 AM PST


 Kenyataan presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali di laman Facebook berhubung kematian Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima cemuhan para pengguna media sosial.

Tulisan itu menerima lebih 2,500 komen yang rata-rata mengutuk dan mengecam Ibrahim itu kerana tidak sensitif.

Ibrahim dalam tulisan yang dimuatkan kira-kira tengah malam semalam antara lainnya menyebut bahawa pemergian mursyidul am PAS itu tidak mengejutkan kerana sudah lama tidak sihat.

Zainuddin Maidin : "Wajarkah Nik Aziz Dikebumikan Di Tanah Perkuburan Islam ??

Posted: 13 Feb 2015 03:00 AM PST

Niat aku untuk seharian ini adalah berkabung dan bertenang...  Namun hati aku "di imbau2" untuk aku menyiarkan kenyataan BIADAP dan SOMBONG bekas menteri ini...  Memang dasar BAGERO..!!!
Niat aku untuk seharian ini adalah berkabung dan bertenang... 

Namun hati aku "di imbau2" untuk aku menyiarkan kenyataan BIADAP dan SOMBONG bekas menteri ini... 

Memang dasar BAGERO..!!!

 

Anwar mohon penjara benarkan ke pengebumian Nik Aziz

Posted: 13 Feb 2015 02:00 AM PST

 

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon kepada pihak berkuasa penjara untuk membenarkannya hadir  ke majlis pengebumian bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang akan diadakan di Kota Baru, Kelantan hari ini, kata Peguam PKR Latheefa Koya.

Latheefa berkata, setakat ini pihak berkuasa Penjara Sungai Buloh – tempat Anwar ditahan sejak Selasa selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara dijatuhkan Mahkamah Rayuan kerana didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008 masih belum memberikan sebarang jawapan.

"Kami masih menunggu jawapan daripada pihak penjara," kata Latheefa kepada The Malaysian Insider.

Sewaktu dipenjarakan kali pertama dulu, pihak penjara pernah benarkan Anwar keluar untuk menghadiri pengebumian ibunya dan perkahwinan Nurul Izzah.

Nik Aziz meninggal dunia di rumahnya pada pukul 9.45 malam tadi di Pulau Melaka, Kota Baru, Kelantan selepas dibawa pulang dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Latheefa memberitahu, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hanya dibenarkan melawat suaminya buat pertama kali sejak Selasa lalu pada pukul 2.00 petang hari ini.

"Jika penjara tidak benarkan Anwar ke Kota Baru, isterinya juga mungkin tidak dapat menghadiri ke pengebumian Nik Aziz hari ini kerana waktu yang singkat sebelum lawatan pertamanya," kata Latheefa yang bertemu dengan Anwar di Penjara Sungai Buloh semalam bersama beberapa peguam lain.

Nik Aziz meninggal dunia akibat kanser prostat di kediamannya di Pulau Melaka, di Kota Baru, pada pukul 9.40 malam tadi.

Selain Anwar, mursyidul am PAS itu turut dilihat sebagai tokoh yang mampu menyatukan Pakatan Rakyat (PR).

Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong memberitahu The Malaysian Insider, Nik Aziz menyelamatkan PR apabila berjaya menghalang cubaan membentuk kerajaan perpaduan Umno-PAS di Selangor selepas Pilihan Raya Umum 2008.

Pengarah pendidikan politik DAP itu berkata, kini juga tiba masanya untuk parti pembangkang itu kembali sehaluan.

"Nik Aziz merupakan lelaki yang bijak. Jelas dalam tindakannya. Beliau menyelamatkan Pakatan pada 2008 selepas terdapat cubaan membentuk kerajaan perpaduan di Selangor.

"Ini minggu yang amat menyedihkan untuk Pakatan dan ada keperluan untuk bertindak sehaluan," katanya, ketika ditemui The Malaysian Insider selepas sebuah forum di Petaling Jaya lewat malam tadi.

Anwar dipenjarakan selama lima tahun selepas gagal mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan tahun lepas yang mensabitkannya bersalah kerana meliwat Saiful. - TMI

Bapa Saiful: Anak saya diperguna untuk jatuhkan Anwar JAMILAH HAMZAH

Posted: 13 Feb 2015 01:00 AM PST

 
  • Bapa Saiful, Azlan membacakan kenyataan pada sidang media yang diadakan. - Foto ihsan The Malaysian Insider 
  •  
  • Bapa Saiful, Azlan membacakan kenyataan pada sidang media yang diadakan. - Foto ihsan The Malaysian Insider
 
[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR - Dilihat sebagai perkembangan terbaru yang akan memanaskan lagi politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim, hari ini mendakwa anaknya itu dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu tidak  bertanggungjawab - mendalangi kes liwat kedua melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.

"Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melibatkan anak saya," kata beliau pada sidang media di sini pagi tadi.
Beliau juga berkata, perkara itu adalah konspirasi jahat untuk mengheret Anwar, yang dibebaskan daripada tuduhan meliwat 9 Januari 2012, ke penjara buat kali kedua.

"Saya percaya anak saya telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka, percakapan yang dibuat pada media juga telah diatur dan dirancang (pegawai khas pemimpin kanan negara).

"Saya hanya baca skrip tersebut disebabkan perasaan sayang saya kepada anak (Saiful), namun setelah lama saya berasa bersalah dan tak tenang.

"Ini adalah konspirasi politik jahat yang diatur untuk menjatuhkan dan mengheret kembali Anwar ke penjara," katanya.

Mengulas lanjut, kata beliau, kenyataan yang dibacakan oleh mereka kepada media sebelum ini telah dirancang dan didalangi oleh pegawai khas pemimpin kanan negara dan seorang peguam.

"Saya percaya anak saya telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka, percakapan yang dibuat pada media juga telah diatur dan dirancang.

"Saya hanya baca skrip tersebut disebabkan perasaan sayang saya kepada anak (Saiful), namun setelah lama saya berasa bersalah dan tak tenang.

"Ini adalah konspirasi politik jahat yang diatur untuk menjatuhkan dan mengheret kembali Anwar ke penjara," katanya.

Pada pertemuan hari ini, pemberita telah dibawa oleh seorang Ahli Parlimen dengan menaiki pacuan empat roda untuk bertemu dengan Azlan di sebuah kawasan perumahan dekat sini sekitar jam 11.30 pagi tadi.

Beliau juga dikenal pasti datang bersama dua orang saudaranya daripada utara tanah air serta dikenali sebagai Man dan Ekhsan.

Pendedahan ini juga dibuat dengan dimulai Azlan membacakan kenyataan akhbar serta menurunkan tandatantangannya di lampiran tersebut selepas sesi soal jawab dengan pemberita.

Azlan juga menjawab beberapa pertanyaan yang diajukan oleh beberapa wartawan yang hadir.

Selain itu, Azlan yang juga seorang pesara, menafikan pendedahan ini dilakukan bukan disebabkan desakkan politik oleh mana-mana pihak, sebaliknya disebabkan kekesalannya dan telah berjaya mengumpulkan maklumat.

Azlan juga berkata akan memohon maaf secara terbuka kepada Anwar yang juga Ketua Pembangkang berhubung isu yang didakwanya sebagai fitnah.

"Saya tahu kes ini masih berjalan di mahkamah, tapi saya dedahkan adalah kerana saya nak dedahkan, bukan juga sebab politik.

"Saya telah kumpul maklumat ini dari sejak kes perbicaraan, dan makluman orang ramai, saya juga nak beritahu pihak pemerintah tak pernah panggil saya untuk berbincang kerana ia telah dirancang dengan rapi (oleh pegawai khas terbabit).

"Ya, insya-ALLAH jika ada kesempatan saya akan bersemuka dengan Anwar untuk memohon maaf secara terbuka kepadanya," katanya lagi.

Dalam pada itu, Azlan juga enggan memberi sebarang komen apabila ditanya mengenai tindakan yang diambil itu telah diketahui oleh anaknya atau pun sebaliknya.

Beliau juga berkata akan menanggung sebarang tindakan risiko yang bakal dihadapinya dan menyerahkan kepada Saiful serta peguamnya untuk tindakan lanjut.

"Saya tak nak komen mengenai anak saya, saya tak mahu cakap mengenai (melibatkan) anak saya, sama ada dia tahu atau tak.

"Terpulang kepada anak saya dan saya serahkan kepada peguam jika ada sebarang perkara yang berlaku nanti," katanya lagi.
 

ONE GOAT YEAR - ONE BIG FAMILY - Majlis Anjuran YB Teresa Kok Ahli Parlimen Siputeh.

Posted: 13 Feb 2015 12:17 AM PST