Selasa, 13 Januari 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Nizar Lepas Tanpa Dibebas, Menariknya, Yusof Zainal Abiden Peguamnya

Posted: 13 Jan 2015 10:30 PM PST

 
Nizar dilepas tanpa dibebas daripada pertuduhan fitnah PM
Mahkamah Sesyen Ipoh melepas tanpa membebaskan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada pertuduhan memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hampir tiga tahun lepas.

Hakim Rihaida Rafie membuat keputusan itu selepas membenarkan bantahan awal pembelaan diketuai Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden yang membangkitkan isu siapa yang sepatutnya membuat aduan dalam kes berkenaan.

Dalam penghakimannya, Rihaida berkata mahkamah menerima hujah Timbalan Pendakwa Raya Mohd Masri Daud bahawa mengikut Seksyen 131 Kanun Tatacara Jenayah, aduan orang yang teraniaya boleh dibuat oleh Pendakwa Raya atau Timbalan Pendakwa Raya.


Bagaimanapun, beliau memutuskan aduan yang dibuat dalam kes ini cacat dan tidak boleh diterima kerana terdapat kekeliruan siapa yang sebenarnya membuat aduan, iaitu sama ada Timbalan Pendakwa Raya Datuk Hanafiah Zakaria atau Timbalan Pendakwa Raya Mohd Masri Daud.

Rihaida berkata berdasarkan saman yang dikeluarkan mahkamah terhadap Nizar, borang aduan kes itu ditandatangani seorang pegawai polis iaitu ASP Zulkarnain.

"Jadi mahkamah mendapati ada pelanggaran terhadap Seksyen 131 Kanun Tatacara Jenayah (yang memperuntukkan aduan perlu dibuat Pendakwa Raya atau Timbalan Pendakwa Raya).

"Oleh itu, mahkamah membenarkan bantahan awal pembelaan dan tiada pilihan selain melepas tanpa membebaskan OKS (orang kena saman)," katanya.

Semalam, Yusof berhujah dalam kes ini, memandangkan perdana menteri tidak membuat aduan, maka orang yang sepatutnya berbuat demikian ialah pendakwa raya atau peguam negara.

Beliau berkata jika mahkamah tidak menerima hujah itu dan memutuskan timbalan pendakwa raya juga boleh membuat aduan, maka mahkamah perlu menimbang fakta borang aduan dalam kes ini ditandatangani ASP Zulkarnain, iaitu pegawai penyiasat kes berkenaan.


Dalam hujahnya, Masri memaklumkan meskipun borang aduan dalam kes ini ditandatangani Zulkarnain, Jabatan Peguam Negara menyertakan satu lampiran yang ditandatangani beliau.

Bagaimanapun, Yusof berkata nama Hanafiah turut ada dalam lampiran yang ditandatangani Masri, jadi isu yang timbul ialah siapa pengadu sebenar dalam kes ini.


Nizar, 58, yang beralamat di Sungai Rokam di Ipoh didakwa memfitnah Najib dalam ucapannya kepada orang ramai di Taman Desa Pakatan di Ipoh, antara 9 malam dan 12 tengah malam, 23 April 2012.

Nizar yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Perak didakwa mengetahui tohmahan seperti yang terkandung dalam transkrip ucapan dalam Lampiran A, yang disertakan bersama-sama kertas pertuduhan itu, akan merosakkan nama baik Najib.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau didenda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Nizar diwakili 13 peguam yang diketuai Yusof manakala pihak pendakwaan diwakili Masri, yang juga ketua Unit Pendakwaan Negeri Perak, dan Timbalan Pendakwa Raya Fadhli Ab Wahab. – Bernama,

ULASAN GB

Ada dua perkara yang GB nak ulas di dalam kes di atas.

Pertama, PM tidak membuat aduan, Pendakwa Raya atau peguam negara juga tidak sedangkan Seksyen 131 Kanun Tatacara Jenayah (yang memperuntukkan aduan perlu dibuat Pendakwa Raya atau Timbalan Pendakwa Raya). Pendakwaan dilakukan berdasarkan borang aduan kes itu ditandatangani seorang pegawai polis iaitu ASP Zulkarnain.

Menjelaskan bahawa seorang "pegawai penyiasat polis" nampaknya lebih berkuasa daripada Puam negara dan pendakwa Raya.

Mujurlah hakim mahkamah menerima hujah peguambela untuk membenarkan bantahan awal pembelaan dan melepas walaupun tidak membebaskan Nizar selaku OKS (orang kena saman).

Kedua, peguambela Nizar ialah Yusof Zainal Abiden. Nama Yusof amat dikenali. Seorang pendakwa raya di dalam kes Liwat II Anwar Ibrahim. Kini beliau bukan lagi seorang penjawat awam. Beliau bebas untuk menjadi Peguamcara atau peguambela bagi rakyat. Beliau adalah profesional di dalam menjalankan tugasnya.

Sama juga dengan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mengetuai pasukan pembelaan dalam kes liwat II.


Dari sudut profesyenalism, seorang peguam akan melakukan yang terbaik untuk anakguamnya tanpa mengira siapa anakguamnya itu.

Demikian hukum kebenaran dan keadilan berjalan... orang yang dahulunya mendakwa dan menghakimi pemimpin-pemimpin PR, kini menjadi peguambela-peguambela bagi pemimpin PR berkenaan pula... 
 
 
Kelab Greenboc

Najib Tidak Nyenyak Tidur Dengan Pendedahan Bekas Menteri Ini

Posted: 13 Jan 2015 09:30 PM PST

 

Walaupun diserang media dikawal Umno, bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin percaya Tun Daim Zainuddin dan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan merendahkan martabat mereka dengan mendedahkan maklumat "menyelerakan" tentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mengakui terdapat "perang saraf" di antara penyokong Najib yang mengawal media arus perdana terhadap pengkritik termasuk kedua-dua bekas pemimpin negara itu, Zainuddin berkata beliau sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku.
 


"Dari awal lagi saya sebagai wartawan tua yang mempunyai sedikit sebanyak pengalaman dalam perang saraf mejangkakan serangan peribadi  TV3 terhadap bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, pastinya umum akan merujuknya sebagai arahan serta mendapat keizinan daripada Perdana Menteri  Datuk Seri Najib," tulis Zainuddin di blognya zamkata.blogspot.com hari ini.

"Walaupun saya sering dikatakan sebagai orang (Dr) Mahathir tetapi  saya berharap saya tidak dianggap sebagai sekutu Daim kerana menyokong pandangan Kadir dalam posting terbarunya yang melihat kecaman terhadap Daim  akan menikam balik Najib  dan menghakiskan lagi kewibawaannya," kata Zainuddin merujuk kepada tulisan bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) Datuk A Kadir Jasin semalam.

Selari dengan pandangan Kadir, Zainuddin berkata tindakan menyerang Daim menggunakan media dikawal Umno bukanlah permainan politik yang bijak.

‎"Maka saya nampak ini bukanlah suatu  permaianan politik atau perang saraf yang bijaksana tetapi permainan politik kotor, tidak beretika, tidak profesional dan sangat rendah caranya serta kualiti yang tidak sepatutnya datang daripada Jabatan Perdana Menteri," katanya.

Semalam, Kadir turut menyatakan pandangan sama dengan Zainuddin apabila memberi amaran kepada Media Prima Bhd yang dikawal Umno supaya berhenti menghentam Daim kerana ia boleh "menikam balik" Najib.

"Mungkin dakyah murahan mengenai para pengkritik Najib boleh merosakkan imej mereka, tetapi mereka bukan PM dan tidak berkedudukan politik.

"Tetapi cerita-cerita yang 'menyelerakan' mengenai Najib, kalau ada, boleh menjatuhkan beliau. Setidak-tidaknya pun beliau tidak nyenyak tidur malam yang lebih teruk daripada gangguan bunyi motosikal pelumba haram seperti isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, ceritakan baru-baru ini," tulis Kadir dalam blognya The Scribe A Kadir Jasin, semalam.

Zainuddin berkata, meskipun Najib mempunyai hak untuk menjawab kritikan terhadap pemerintahannya namun ia tidak seharusnya dilakukan dengan cara seolah-olah mahu berperang dengan Dain dan Dr Mahathir.

Kritikan terhadap Najib, terutama cara beliau mengendalikan isu hubungan kaum dan agama dan ekonomi, semakin bercambah bukan sahaja daripada pemimpin pembangkang, tetapi kini termasuk Daim, Dr Mahathir dan blogger pro Umno yang pernah menyokongnya menjadi perdana menteri selepas BN kehilangan majoriti tradisi di Parlimen serta beberapa negeri dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 di bawah kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kegembiraan terhadap Najib mengambil alih tugas yang pernah disandang allahyarham bapanya, Tun Abdul Razak Hussein menjadi pudar selepas BN kalah lebih teruk dalam PRU 2013 walaupun Umno menambah kerusinya.

Pengkritik dalam Umno berkata, tindakan Najib menggunakan bantuan tunai dan "mengikut kata" kaum lain, tidak akan memberi lebih undi atau kerusi kepada BN.
 
 
Addin

Tahniah Sebab Hancurkan Rumah Tangga Saya - Alyah

Posted: 13 Jan 2015 08:45 PM PST

 Teka teki mengenai gambar wanita di sebelah Datuk Ramli MS yang dimuat naik Alyah akhirnya terjawab.
.Penyanyi yang hit dengan lagu Sesal Separuh Nyawa itu turut mengucapkan tahniah kepada wanita berkenaan yang dikenali dengan nama Siti Hafilah Che Kar kerana dijelaskan turut berkahwin diam-diam dengan suaminya.
"Tahniah juga atas cubaan menghancurkan rumah tangga saya. Saya hidu cerita ini lama tetapi baru saja dapat bukti bergambar."Saya reda dengan apa saja yang akan terjadi. Lepas satu dugaan demi dugaan saya lalui. Saya kurang pasti bila mereka berkahwin.
"Sebelum ini wanita itu pernah cakap mengenai hal kahwin dan sekarang sudah terbukti," katanya.
Alyah juga sedar suaminya itu ramai peminat dan selama berkahwin gambar mereka berdua juga ditegah suaminya untuk diambil mahupun dimuat naik di laman Instagram.
"Umpama saya ini tak ada perasaan. Dia boleh ambil gambar dengan orang lain tapi dengan saya tidak.
"Saya terima apa saja kesudahan selepas ini. Selama ini saya seperti orang bodoh. Hidup saya sudah hancur," katanya.
 

Ini Bukti Hakim Kata Motif Pembunuhan Altantuya Tidak Penting. ??

Posted: 13 Jan 2015 08:00 PM PST



Ramai juga yang tertanya-tanya kenapa kita asyik ulang sebut tentang motif. Bahkan ada yang fikir kita fitnah bila kita asyik ulang kenyataan kita bahawa yang kata motif pembunuhan tersebut tidak penting ialah hakim. 

Sebenarnya bukan fitnah. Memang fakta. Aku baca kenyataan tersebut kat Utusan versi cetakan. 


Tapi aku berjaya menemukan artikel berita dari sumber Malaysiakini yang juga menerbitkan kenyataan yang sama. 

Hakim yang sama memberitahu bahawa motif pembunuhan tidak penting sekalipun motif sangat relevan dalam kes pembunuhan.

Kenapa perlu kita peduli tentang motif?

Bila kita tahu motif maka kita tahu la kenapa Altantuya dibunuh.

Sebab duit ke?
Sebab hutang ke?
Sebab kena ugut ke?
Sebab tahu rahsia ke?
Sebab skandal ke?
Sebab kantoi ke?


Bila motif kes pembunuhan sengaja didiamkan, disembunyikan, tidak dirungkaikan persoalan tersebut maka kita hanya nampak babak selepas pembunuhan. Babak sebelum pembunuhan tidak diungkit. Kenapa? 


Sedangkan babak sebelum pembunuhan dan selepas pembunuhan sama pentingnya kerana babak sebelum pembunuhan itula yang menyebabkan babak pembunuhan berlaku sehingga menyebabkan terhasilnya babak selepas pembunuhan.

Sekarang babak sebelum pembunuhan itu mahkamah tak bincang dan rakyat tak faham. Kita semua tertanya-tanya.

Kenapa berulang kali Sirul sebut dia dikambinghitamkan.

Kenapa berulang kali Sirul dan Azilah mendakwa mereka tiada motif untuk melakukan pembunuhan dan kenapa pula hakim menyebut bahawa motif pembunuhan itu tidak penting.

Sebenarnya. Biar aku berterus terang. Aku rasa ini apa yang rakyat fikir. Rata-rata yang mengikuti kes pembunuhan tersebut akan berfikir begini ;


- Sirul dan Azilah mengikut arahan pihak tertentu untuk melakukan sesuatu.

- Sesuatu itu mungkin ada kaitan samada melakukan pembunuhan atau menutup satu pembunuhan dengan pembunuhan (mengebom) yang lain.

- Kalau seseorang nak bunuh kau, kau takan duduk diamkan diri. Kau mesti lari atau lakukan apa sahaja untuk selamatkan diri. Maka dalam keadaan apakah Altantuya diletupkan. Ketika masih ada nyawa atau sudah hilang nyawa.

- Seseorang yang berkuasa sahaja mampu menghilangkan rekod kemasukan Altantuya di negara ini.


- A cuba melindungi B kerana B mengetahui dan terlibat secara langsung dengan 'kegiatan sulit' A sehingga A itu merasa bertanggungjawab untuk melindungi B dari didedahkan bagi menutup kegiatan tersebut atau A akan jatuh bersama B itu. 


Mungkin A tidak bersubahat dalam pembunuhan. A hanya bersubahat melindungi pembunuh disebabkan hubungan A dan B tadinya itu.

- Tangan ghaib tidak semestinya bermaksud dia melakukan pembunuhan. 


Tangan ghaib boleh juga bermaksud telah memesongkan jalan cerita atau kronologi pembunuhan  atas kerelaan sendiri atau keterpaksaan ataupun kalau tidak selain dari kes pembunuhan, kes 'aktiviti tersembunyi' pula akan terdedah dan mengaitkan intergriti tangan ghaib.

Kerana itu motif atau babak sebelum pembunuhan tidak perlu kita rungkai satu demi satu persoalannya bagi memastikan cerita-cerita yang tidak perlu keluar dalam perbicaraan.

Inilah yang rakyat fikir. Ada sesuatu sedang disembunyikan. Azilah dan Sirul masih tidak berani mendedahkan kebenaran 100%. Kepada siapa yang mereka takut. 


Dan adakah ia membabitkan keselamatan nyawa orang-orang yang tersayang sehinggakan Azilah dan Sirul tidak berani berterus terang kepada rakyat sepenuhnya sebaliknya hanya gunakan kiasan kata.

Kami tidak mempunyai motif.
Kami tidak kenal Altantuya.
Kami ialah polis dan kenapa pula kami akan bunuh wanita itu.
Kami dikambinghitamkan.
Kami dianiya oleh mereka-mereka yang menjadi saksi untuk memastikan kami dihukum bersalah.


Kenapa guna CLUE. HINT. PETUNJUK. 

Kenapa tak cakap DIRECT. Kenapa tak sebut NAMA. Kenapa tak cerita TERUS TERANG.

Ada sesuatu yang menyekat mereka. Dan aku taktau apa bendanya tue. Seperti itulah juga aku rasa rakyat keliru apabila seseorang yang berpangkat tinggi seperti HAKIM boleh berkata bahawa motif pembunuhan itu tidak penting sungguh pun ia adalah sangat relevan dalam satu-satu kejadian pembunuhan. 


Motif itu lead kepada tindakan. Dengan menutup motif kejadian maka ada sesuatu yang sedang diselindungkan. Tolongla. Berhenti anggap semua rakyat bodoh nak mampos macam penyokong UMNO. Ok. Tolong la ek.

Lihat dan hadam ini sendiri.







Dan. Banyak kali juga aku terfikir. Bahawa mungkin mereka dah terkantoi melakukan pembunuhan. Mungkin mereka cuba memesong jalan cerita dengan menyelitkan unsur-unsur penafian dan pengakuan tipu bagi membolehkan mereka dibebaskan. 

Ini mungkin plan awal. Tetapi rancangan mereka gagal. 2 sangkut dan satu bebas. 
Plan asal mungkin kita bebas bersama-sama. 

 Plan asal mungkin kalau buat begini kita dapat begini. Tapi plan-plan itu sebenarnya plan untuk mengaburi pemikiran kita. Akhirnya kita tak bebas dan tak lepas. 

Kita sangkut atas satu pembunuhan yang kita tak pernah ada motif untuk melakukannya. Mungkin itu juga yang berlaku dan kita dah terperangkap dengan permainan kita sendiri. Tak siapa tahu selagi mana Sirul dan Azilah taknak buka mulut cerita dari awal sampai penamatnya.
Sumber dan rujukan ;
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140626/ma_05/Sirul-Azhar-dakwa-jadi-kambing-hitam
http://www.malaysiakini.com/news/191322
http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=PR11&y=2009&dt=0120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_21.htm
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg9t84wR1bMNlyYAJqd9kmKPbeLbv_yLx_aE8VznVL-OEFlYdh_HE2ldSvIhrx7fYC5wgUPTrzLetXTi-x-6A2b3Z_zuYI3D1gXj9xA1Y8qNZW-cZIC6HH02jz1FWeo7mGZqyJ5NBttzyM/s1600/altantuya.jpg
http://www.malaysiakini.com/news/66341



Ameno World

Bekas Ketua Polis Negara Dedah Tembelang Polis?

Posted: 13 Jan 2015 07:00 PM PST

 
Tan Sri Musa Hassan menegaskan bukan Prosedur Operasi Standard (SOP) polis untuk menahan peguam Eric Paulsen dengan menggunakan kekuatan 20 anggota.

Bekas ketua polis negara (KPN) itu berkata, Paulsen hanyalah seorang peguam maka memadai jika beliau dipanggil hadir ke balai polis.

"Saya tak tahu pasal apa 20 anggota nak tangkap dia seorang? SOP bukan begitu melainkan dia cuba melakukan kekerasan. Itu lain cerita," kata Musa dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insider hari ini.

"Seorang atau dua anggota sudah cukup. Panggil dia serah diri di balai polis berdekatan. Dia peguam, serah diri saja," katanya.

Susulan penahanannya malam tadi, kumpulan peguam Lawyers For Liberty (LFL) melalui akaun Twitter mereka berkata, lebih 20 anggota polis datang untuk menahan Paulsen yang kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran yang juga merupakan anggota LFL menerusi laman Twitternya berkata, polis membawa Paulsen ke firma guamannya, Daim & Gamany, dan merampas komputer ribanya.

Mengulas mengenai penahanan itu, Surendran berkata tindakan polis itu seperti tindakan terhadap seorang "gangster besar".

Peguam Paulsen, R Sivarasa hari ini berkata, polis menahan reman peguam hak asasi manusia itu untuk dua hari selepas ditangkap kerana mengkritik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Sivarasa berkata, Paulsen ditahan reman dua hari bagi membolehkan pihak polis mengambil cap jari, kenyataan dan menggeledah rumahnya.  

Mengulas mengenai tangkapan Paulsen, Musa berkata polis mungkin mempunyai maklumat tertentu mengapa 20 anggota diperlukan bagi menangkap peguam itu. 

"Polis punya maklumat tertentu. Berkemungkinan mereka bertindak sedemikian atas maklumat yang mereka ada. Saya bukan dalam pasukan lagi. 

"SOP tengok keadaan. Kalau tiada ancaman serius, satu atau dua orang pun boleh," katanya kepada The Malaysian Insider. 

Sivarasa yang juga ahli Parlimen Subang hari ini menyifatkan penahanan Paulsen sebagai salah guna kuasa polis kerana tiada asas untuk menahan peguam itu di lokap.  

"Jika mereka rasa perkataannya satu kesalahan, peguam negara boleh menuduhnya. penahanan ini tidak munasabah, bertentangan dengan undang-undang dan menindas Paulsen," katanya. 

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini memberi amaran kepada pihak tertentu agar tidak mempolitikkan atau memanipulasi isu tangkapan Paulsen sehingga boleh menjejaskan keselamatan awam.

Katanya, tangkapan yang dibuat ke atas Eric Paulsen adalah berlandaskan undang-undang demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan masyarakat berbilang bangsa, kaum dan agama.

"Jangan lakukan sesuatu dengan niat jahat dan bersekongkol untuk membangkitkan sentimen perkauman dan keagamaan atas nama kebebasan yang boleh merosak dan menghancurkan fabrik masyarakat majmuk," katanya dalam kenyataan hari ini.

Paulsen melalui akaun Twitternya sebelum ini mengkritik Jakim kerana menyebarkan kebencian melalui khutbah Jumaat.

"Jakim sedang mempromosikan ekstremisme setiap Jumaat. Kerajaan perlu menanganinya jika serius mahu banteras ekstremisme di Malaysia," tulis Paulsen.

PASMA Mahu Bentuk Parti Politik Baru.. Apa Kata Presidennya? Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 13 Jan 2015 06:00 PM PST

   

PAS: Tak salah kerjasama PasMa-Guan Eng

TINDAKAN Persatuan Ummah Sejahtera (PasMA) - yang digerakkan sekumpulan anggota PAS yang kritis - mahu bekerjasama dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak salah, kata Salahuddin Ayub.

Naib presiden PAS itu berkata usaha NGO itu masih lagi dalam ruang lingkup untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

"Saya tidak ada masalah jika mereka hendak bekerjasama dengan Lim Guan Eng.
"Bagi saya ia masih lagi dalam ruang lingkup (memperkukuhkan) Pakatan Rakyat" katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Katanya, PasMa hanya dikira bersalah jika melanggar dasar parti dan pelaksanaannya dalam pertemuan dengan Lim yang juga setiausaha agung DAP. Salahuddin (kanan), yang mengetuai Jawatankuasa Pengurusan Krisis PAS diberi mandat oleh parti Islam itu untuk bertemu dengan kumpulan itu baru-baru ini.

Diketuai presidennya Datuk Phahrolrazi Zawawi, delegasi 15 anggota PasMa mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Lim di Komtar, Pulau Pinang semalam. Mereka antara lain dikatakan berbincang mengenai isu dan strategi kerjasama masa depan dengan Lim untuk pilihan raya umum akan datang.

Sumber mendakwa mereka menyatakan hasrat mahu membentuk parti politik baru untuk bekerjasama dalam Pakatan tetapi Phahrolrazi ketika dihubungi Malaysiakini menafikannya. PasMa juga dilapor menerima bantuan banjir sebanyak RM1.5 juta daripada Pulau Pinang untuk diserahkan kepada mangsa banjir Kelantan bagi membantu pemulihan negeri itu. (MK)

Harga barang: Jangan salahkan peniaga Cina ???

Posted: 13 Jan 2015 05:15 PM PST

KERAJAAN BN ADA KUASA TURUNKAN HARGA BARANG JANGAN SALAHKAN PENIAGA CINA!!!

RAFIZI WAJAR FOKUS SEPERTI HARGA GULA, BERAS YANG MANA HARGA PASARAN DUNIA TELAH TURUN DENGAN BANYAKNYA DIMANA KESILAPAN-KESILAPAN DASAR KERAJAAN?

Harga barang: Jangan salahkan peniaga Cina

PKR menentang sikap perkauman dan tidak bertanggungjawab menuduh peniaga Cina sengaja tidak mahu menurunkan harga barang.

PETALING JAYA: Setiausaha, PKR Rafizi Ramli berkata kuasa penetapan harga barang sebenarnya terletak pada kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana mereka mempunyai pengaruh bagi menurunkan harga barang.

Menurutnya, tindakan Kerajaan Persekutuan menyalahkan para peniaga kononnya mereka tidak mahu menurunkan harga barang merupakan perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

"Lebih teruk lagi, apabila menteri-menteri terbabit membiarkan sahaja aktivis UMNO menyebarkan dakyah kononnya barangan tidak diturunkan kerana ketamakan golongan peniaga Cina," katanya kepada pemberita di pejabat PKR hari ini.

Sehubungan itu, PKR menentang sikap perkauman dan tidak bertanggungjawab UMNO serta menterinya, sedangkan mereka boleh menggunakan kuasa kerajaan BN untuk menurunkan harga barang.


Pada masa sama, Rafizi berkata, pihaknya akan memfokuskan kepada isu kenaikan harga barang termasuk mendedahkan perjanjian dan struktur kos yang menyebabkan kenaikan harga barang.

"Saya sendiri akan menumpukan kepada isu-isu dasar dan kuasa yang ada pada kerajaan pusat, yang boleh digunakan untuk menurunkan harga barang," jelas Rafizi.

Katanya, walaupun, harga petrol dan diesel mula jatuh, rakyat masih lagi menunggu masanya untuk harga barang dan perkhidmatan juga akan turun selari dengan kejatuhan harga minyak dunia.
~FMT

Najib Mungkin Menggelupur Dengar Berita Ini

Posted: 13 Jan 2015 04:30 PM PST

 
NajibPerdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bekas pegawai khasnya DSP Musa Safri adalah saksi yang berpotensi untuk dipanggil memberi keterangan dalam tuntutan sivil difailkan Setev, bapa kepada model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Peguam Ramkarpal Singh, yang mewakili Setev, berkata tuntutan undang-undang yang tertangguh sekian lama kini boleh diteruskan susulan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang mendapati dua anggota polis berkenaan bersalah atas kesalahan membunuh Altantuya pada 2006.

"Najib dan Musa Safri akan disapina untuk memberi keterangan dalam kes ini. Tetapi tidak tahu sama ada mereka akan cuba membuat permohonan untuk dikecualikan daripada datang kemahkamah," katanya kepada The Malaysian Insider.

Ramkarpal berkata dia akan menulis surat kepada Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk menetapkan pengurusan kes bagi membolehkan perbicaraan diadakan secepat mungkin.

"Tuntutan itu ditangguhkan kerana Mahkamah Tinggi mahu perbicaraan jenayah diselesaikan dulu," katanya.

Beliau berkata sabitan bersalah terhadap Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Umar memberi kelebihan kepada Setev.



"Pendakwaan membuktikan kes mereka melangkaui keraguan munasabah iaitu beban lebih tinggi untuk memastikan sabitan. Dalam tuntutan sivil kami, ia atas keseimbangan kebarangkalian lebih rendah," katanya.

Setev memfailkan tuntutan saman RM100 juta terhadap Abdul Razak Baginda, Azilah, Sirul dan kerajaan Malaysia pada Jun, 2007.

Razak, yang mempunyai kaitan rapat dengan Najib, pada awalnya didakwa bersubahat dalam kes pembunuhan itu tetapi kemudian dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

Setev memfailkan saman itu bagi pihak isterinya Altantsetseg Sanjaa dan 2 cucu lelakinya Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga, yang masih di bawah umur.

Pasangan itu adalah penjaga bagi anak Altantuya. Anak yang bongsu menghidapi penyakit yang memerlukan rawatan yang mahal.

Keluarga itu memohon ganti rugi atas "kesengsaraan, kesedihan, dan keseksaan fizikal dan mental".

Panel 5 hakim di Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria menjatuhkan hukuman mati terhadap 2 anggota polis itu selepas membenarkan permohonan rayuan kerajaan daam kes pembunuhan itu.

Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Suriyadi Halim Omar, yang membacakan keputusan itu berkata pihak pendakwaan membuktikan wujud keraguan munasabah dalam kes itu.

"Keputusan Mahkamah Rayuan diketepikan. Perintah sabitan dan hukuman mati mandatori terhadap 2 anggota polis itu oleh Mahkamah Tinggi dikembalikan," katanya.

Pada 23 Ogos, 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan yang dikemukakan Azilah dan Sirul dan membebaskan kedua-duanya.

Empat tahun sebelumnya, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zaki Mohd Yassin dalam keputusannya mendapati kedua-duanya bersalah dan menjatuhkan hukuman mati.

Keterangan dalam mahkamah mendedahkan penterjemah warga Mongolia itu sama ada dibunuh oleh letupan C4 atau dibunuh dulu dan mayatnya kemudian dihancurkan pada 18 Oktober, 2006, di Shah Alam, Selangor.
 
 
Addin

Panas! Aksi Jururawat Hisap 'Aiskrim' Dalam Kereta Tersebar.

Posted: 13 Jan 2015 04:03 PM PST


Lagi aksi tidak bermoral seorang jururawat tersebar di laman sosial. Gambar menunjukkan jururawat tersebut sedang melakukan aksi memalukan di dalam sebuah kereta.
 
Gambar-gambar ini dipercayai dirakam oleh teman lelakinya yang kemudiannya tersebar di Internet.

Anak-anak muda zaman sekarang terutamanya remaja perempuan. Semakin hari semakin berani melakukan perkara-perkara yang merosakkan diri sendiri.

Bukan sekadar berani melakukan aksi memalukan malah lebih berani muat-naik gambar-gambar 


4 TEMPAT PELIK DI DALAM AL-QURAN

Posted: 13 Jan 2015 08:00 AM PST






Cuba kita selak semula lembaran hidup kita. Sepanjang kita bergelar muslim, berapa kali kita sudah khatam al-Quran. Jika setahun sekali, alhamdulillah. Jika sebulan sekali, itu sudah cukup bagus!

Tetapi persoalannya, yakinkah kita bahawa bacaan kita itu menepati kaedah sebenar yang diajar Nabi s.a.w?

Tolak tepi makhraj Arab yang agak sukar disebut oleh orang Melayu kita (kecuali jika benar-benar dilatih oleh guru al-Quran), bagaimana pula dengan benda-benda basic?

Dalam post kali ini, saya akan tunjukkan 4 tempat di dalam al-Quran yang bacaannya agak pelik sedikit dari biasa, di mana anda boleh menguji bacaan dan tahap pengetahuan anda.

Jika kita selama ini kita tersalah baca, bermakna kita sudah silap strategi. Kita terlalu fokus pada 'kuantiti' bukannya 'kualiti' bacaan.

Kita ada 2 pilihan. Sama ada meneruskan rutin harian kita dan khatam 12 kali setahun tetapi melakukan 12 kesalahan berulang-ulang kali, atau kita boleh KIV sebentar target khatam sebulan sekali itu dan fokus untuk improve bacaan al-Quran kita dari segenap aspek (makhraj, tajwid, kaedah bacaan dsb).

Tapi kalau semuanya OK, alhamdulillah =)
ayat-pelik-1024x687

1) Surah Huud ayat 41
Cara bacaan yang betul ialah maj + rare (British pronunciation) + haa
Bukannya maj + roo + haa
ataupun maj + ray + haa
Kaedah bacaan ini dipanggil Al-Imalah (الإمالة)
Rujuk link:
http://www.youtube.com/watch?v=jiaiF5LyayA
(minit ke 0:40)
****

2) Surah Yusuf ayat 11
Asal perkataan tersebut ialah 'Laa tak-ma-nu-na', yang bermaksud, "Tidak percayakan kami."

Tetapi telah digabungkan kedua-dua nun itu menjadi satu nun sahaja yang bersabdu.

Sebab itulah ketika membaca, kita perlu memuncungkan bibir sewaktunun sabdu (macam nak cium orang), seolah-olah kita nak sebut 'tak-ma-nu-na' tetapi 'nu' itu tak disebut. Ia digantikan dengan muncung.

Maka jadilah Laa Tak-man(muncung)na
Dari segi bacaan tiada beza. Cuma perlu buat isyarat mulut muncung tu.
Kaedah ini dipanggil Al-Isymam الإشمام

3) Surah Fussilat ayat 44

Di atas huruf alif, ada satu simbol bulat hitam (tiada lubang). Anda hanya boleh jumpa simbol ini di tempat ini sahaja.

Asal perkataan ini ialah a-a'-ja-miy.
Hamzah pertama bermaksud 'adakah'.

Hamzah (alif) kedua pula ialah sebahagian daripada perkataan Arab:A'jamiy – yang bermaksud 'orang bukan Arab'.

Cara bacaannya ialah dengan meringankan bacaan hamzah (alif) kedua. Seolah-olah digabung dengan hamzah pertama. Bukannya dibaca kedua-dua hamzah itu sama jelas seperti a+a'jamiyy,

tetapi lebih kepada

Aaa'jamiyyuw wa 'arabiyy
Seolah-olah hamzah dibaca dua harakat sebelum dimatikan dengan 'ain.

Rujuk link:
http://www.youtube.com/watch?v=yNnWJIcSbO0
(minit ke 4:40)

*****
4
) Surah al-Ahqaaf ayat 4

Menurut kaedah secara general, hamzah wasal (alif yang di atasnya ada huruf saad kecik) perlulah dibunyikan mengikut baris huruf ketiga.

Jika huruf ketiga berbaris depan, maka alif itu pun berbaris depan.
Jika huruf ketiga berbaris bawah, maka alif itu pun berbaris bawah.

Cuma jika huruf ketiga berbaris atas, lain sikit. Alif tak jadi baris atasjuga, tapi dibaca dengan baris bawah.

Tapi dalam surah Al-Ahqaaf ini, huruf ketiga berbaris depan. Maka kalau nak ikutkan kaedah, sepatutnya alif tu kena baca baris depan la kan?
Tapi kat sini pelik sikit.

Kita kena baca:

ii-tuu-nii
Bukannya
Uk-tuu-nii
http://www.youtube.com/watch?v=dRY70ogCj6A
(minit ke 0:53) - sumber

MISTERI!!! QZ8501 AIRASIA MAYAT KE 40 TIDAK BERBAU DAN MASIH KEKAL TERJAWAP. By canang

Posted: 13 Jan 2015 06:00 AM PST

Pencarian mayat mangsa pesawat AirAsia QZ8501 telah memasuki hari kesebelas ini dikejutkan dengan kedatangan jenazah korban ke-40 di Rumah Sakit Sultan Imanuddin (RSSI) Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah.

Keterkejutan semakin bertambah, setelah mengetahui jenazah yang baru tiba tersebut agak berbeza dengan puluhan jenazah sebelumnya.

Jika puluhan jenazah yang ditemukan hingga hari kesepuluh, kondisinya rata-rata sangat memprihatinkan karena telah membusuk dan sebagian di antaranya ada yang tidak utuh lagi. Maka jenazah yang baru dibawa ke Pangkalan Bun menggunakan helikopter tersebut, kondisinya masih lengkap.

Tidak hanya lengkap, ajaibnya, saat petugas melakukan pembersihan jenazah korban yang diketahui berjenis kelamin laki-laki itu ternyata kondisinya masih baik dan tidak membusuk. Demikian juga pakaian yang dipergunakan masih dalam kondisi utuh.

Keberadaan Jenazah dalam kondisi masih utuh, korban AirAsia QZ8501, menimbulkan spekulasi, ada yang menduga jenazah itu adalah jasad Saiful Rahmad, yang merupakan teknisi AirAsia QZ8501

Syaiful Rahmat dikenal aktif mengikuti berbagai kajian majelis ilmu. Bahkan sebelum kejadian kecelakaan pesawat AirAsia, terbetik informasi tercium bau yang sangat harum, yang berasal dari tubuh Saiful

Ada lagi yang menduga, jenazah tersebut belum lama meninggal, jadi kondisinya masih baik. 
 
Keberadaan jenazah yang masih utuh, tentu bisa disebabkan hal-hal yang bersifat alamiah, namun bukan mustahil merupakan bentuk pemeliharaan dari ALLAH kepada hamba-hambanya, sebagaimana terpeliharanya jasad syuhada perang uhud. 

ROZANA MISBUN SIMPAN DILDO EMAS TULEN

Posted: 13 Jan 2015 05:15 AM PST

Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan di sini pada Selasa diberitahu, isteri kepada penyanyi terkenal Awie iaitu Rozana Misbun mengamalkan amalan khurafat sepanjang sembilan tahun perkahwinan mereka.


Peguam Syarie yang mewakili Awie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain memberitahu mahkamah, anak guamnya mempunyai bukti kukuh bahawa Rozana seorang pengamal perkara syirik, khurafat dan tahyul dengan penemuan beberapa barang di rumah kelamin mereka di Ukay Bestari, Ampang dekat sini.

Jelas Mohd Zaidi dihadapan Hakim Syarie, Mohd Amran Mat Jais, anak guamnya menemui barang-barang seperti darah, rambut dan tulang yang diletakkan di dalam botol kecil selain patung kemaluan lelaki diperbuat daripada emas tulen dan patung logam Buddha.

Selain itu, turut ditemui adalah tangkal yang dibungkus dalam kain hitam dan kuning serta tali pusat bayi dan barang-barang lain dibungkus dalam kain dari warna sama.

"Anak guam saya telah menemui sebahagian barang-barang tersebut sebelum responden meninggalkan kediaman mereka dan sebahagian lagi dijumpai setelah responden meninggalkan rumah.

"Barang-barang tersebut telah disorok di bawah tilam, di dalam almari pakaian, ditanam di dalam pasu bunga dan disembunyikan dalam rak barang perhiasan di ruang tamu," katanya.

Mohd Zaidi berkata demikian pada sesi penghujahan balas dalam perbicaraan tuntutan membatalkan perintah ex-parte terhadap hak penjagaan anak yang dikemukan oleh Rozana pada 8 Ogos tahun lalu.

Awie pada 21 Julai tahun berjaya mendapat hak penjagaan sementara ke atas tiga orang anak mereka iaitu Putra Ahmad Merrah, 8, Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5.

Dalam pada itu, Mohd Zain dalam penghujahannya turut mendedahkan, Rozana selaku responden dalam kes tersebut telah mengaku kepada suaminya telah menggunakan botox untuk mengubah wajahnya selain memasang susuk untuk tujuan sama.

Perkara itu menurut Awie selaku pemohon dilakukan tanpa kerelaan dan pengetahuannya sebagai suami yang sah di sisi syarak.

"Responden juga seorang yang tidak amanah apabila telah menggunakan dan membelanjakan wang simpanan pemohon yang telah diamanahkan untuk disimpan di dalam akaun bank dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) demi masa depan keluarga.

"Wang berkenaan telah digunakan untuk membeli barangan berjenama seperti Louis Vuitton, Chanel, Dolce & Gabanna dan lain-lain tanpa keizinan pemohon," jelasnya lagi.
 
 
Tambah Mohd Zaid, Rozana juga seorang yang tidak mengambil berat tentang kebajikan anak-anak dan mereka sendiri mengadu kepada pemohon diabaikan oleh ibu sendiri selain tugas menjaga diserahkan kepada pembantu rumah sekiranya pemohon berada diluar kawasan.

Sementara itu, peguam syarie yang mewakili Rozana iaitu Jamal Lokman Mohd Sulaiman terdahulu dalam penghujahannya memberitahu mahkamah alasan dikemukan pihak pemohon terhadap kes terbabit adalah bersifat masalah di antara suami isteri yang tidak melibatkan kebajikan anak-anak mereka.

Jelas Jamal, dakwaan terhadap Rozana berhubung isu khurafat tidak dapat disahihkan kebenarannya selain melihat isu keterdesakan yang dibuat pemohon terhadap kes itu tidak kukuh.

Malah Jamal turut mempertikaikan tentang manipulasi pemohon yang menggunakan sijil nikah palsu dan menyembunyikan fakta sebenar untuk mendapatkan hak penjagaan sementara anak-anak mereka.

Mohd Amran bagaimanapun menangguhkan keputusan kes berkenaan pada Rabu.

Rozana Alami Kecederaan - Saksi Polis





Sementara itu dalam kes berasingan Konstabel Mohd Fauzi Mohd Nor memberitahu Mahkamah Majistret Ampang, Rozana mengalami kecederaan di muka, hidung dan tangan ketika gambarnya diambil di Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya pada 14 Jun tahun lalu.

Mohd Fauzi memberitahu Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman dia telah merakamkan tujuh gambar wanita berkenaan daripada pelbagai sudut seperti gambar keseluruhan, separuh besar, bahagian hidung, tangan kiri dan kanan.

"Gambar berkenaan saya tandakan dengan huruf A hingga G sebelum dimasukkan ke dalam kompak disk untuk dicuci serta diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk disimpan dalam peti berkunci," katanya.

Mohd Fauzi merupakan saksi pertama berkata demikian ketika memberi keterangan pada perbicaraan kes terhadap tertuduh, penyanyi Awie yang menghadapi tuduhan dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Rozana pada 2 Jun lalu.

Pendakwaan terhadapnya dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Goh Ai Rene mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaaan.

Sementara itu, saksi kedua, seorang juruanalisa di Seksyen Audio Makmal Forensik, Inspektor Latifah Abdul Aziz dalam keterangan berkata, dia menerima empat bahan kes untuk dianalisa iaitu pemacu simpanan, telefon bimbit jenama Samsung berwarna kelabu dan hitam serta telefon bimbit Blackberry.

"Saya diarahkan menganalisa pemacu simpanan yang terdapat imej suspek dan pengadu yang sedang keluar dan masuk di sebuah bank selain imej di kaunter seorang lelaki berambut panjang dan seorang wanita yang sedang menutup mulut.

"Namun akibat resolusi tempat kejadian yang rendah, imej yang dipaparkan adalah kabur dan imej suspek dan pengadu tidak nampak keseluruhan.

"Analisa ke atas telefon bimbit jenama Samsung berwarna kelabu pula melibatkan imej seorang wanita yang mengalami kecederaan dan lebam di muka dan saya tidak menjumpai imej tersebut.

"Bagaimana pun saya menjumpai gambar seorang wanita  yang mengalami kecederaan selepas melakukan analisa ke atas telefon bimbit jenama Samsung berwarna hitam serta telefon bimbit Blackberry," katanya.

Perbicaraan bersambung pada Rabu dan Rozana akan dipanggil sebagai saksi.

Awie turut hadir pada prosiding berkenaan dan diwakili peguam Hazman Harun dan Aimizaizul Amran.

Rozana bagaimanapun tidak hadir kerana berada di Mahkamah Tinggi Syariah di sini.

Mengikut pertuduhan, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Rozana pada 2 Jun lalu kira-kira pukul 1.30 petang di alamat No. 9 Jalan UB 5B, Taman Ukay Bestari, Ukay Perdana Hulu Kelang di sini.

Awie dan Rozana, 36, dilaporkan berkahwin secara rahsia di Selatan Thailand pada 2005.

Awie sebelum ini pernah berkahwin dengan penyanyi Arni Nazira pada Disember 1998 sebelum bercerai pada Oktober 2006.



Lantak Hangpa La......

Zahid Hamidi perlu letak jawatan ??

Posted: 13 Jan 2015 04:30 AM PST


[terkini] Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Amad bersama naib AMK Fahmi Fadzli akan membuat laporan polis terhadap Zahid Hamidi berkenaan surat beliau kepada FBI pada petang ini, demikian menurut satu email yang dikirimkan kepada blog ini.

Persoalannya beranikah polis menyiasat bos mereka?  

Apakah Zahid bertindak sendiri?
Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin kata dia tidak tahu menahu surat yang ditulis oleh Zahid Hamidi kepada Biro Penyiasatan Persekutuan FBI yang bertujuan menjelaskan raja judi (bela) Paul Phua yang ditahan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat. Kerana itu menurutnya surat Zahid itu tidak dibincang dalam kabinet.


Agak ganjil sedikit penjelasan Muhyiddin itu, masakan seorang timbalan perdana menteri tidak tahu menahu komunikasi menteri kabinetnya dengan negara asing (Amerika Syarikat). "Kodi" sangatlah seorang perdana menteri yang senantiasa berada dalam radar maklumat.

Apakah Najib Razak sedar atau sudah diberi maklumat mengenai surat yang ditulis oleh Menteri Dalam Negeri itu?

 
Sekiranya Najib juga tidak mengetahui mengenai surat berkenaan dan ia dibuat atas pandai-pandai Zahid Hamidi sendiri maka jelas menteri kabinet berkenaan telah pecah amanah kerana surat seumpama itu bukan sembarangan implikasinya kepada negara ini.

Membela atau cuma memberi sokongan bagi melepaskan seorang raja judi sangatlah keji perbuatannya. Tambahan Zahid menteri yang mengawal polis yang bertanggungjawab membasmi perjudian.

Kalau surat sebegitu ditulis oleh Perdana Menteri ia tidak menjadi kemusykilan kerana PM mempunyai kuasa prerogetif. Biasa bagi seseorang PM melakukan apa-apa yang sulit atas kehendaknya sendiri. Apakah Zahid sudah merasakan dia hampir ke jawatan nombor satu itu?

Apa lagi pihak PDRM juga terkilan dan kurang senang dengan cara dan surat Zahid itu, ertinya surat Zahid itu benar-benar menimbulkan kekalutan dan masalah kepada pentadbiran Najib. 
 
Dr Mahathir Mohamad belum mengulas mengenai isu ini dan mungkin sedang mengumpul maklumat. Atau pun sudah ada kompromi antara bekas PM dengan menteri KDN itu?

Biasanya Mahathir mudah bingkas dalam hal-hal seperti ini tetapi apabila beliau membisu ada kemungkinan beliau mengetahuinya dari sumber risikannya sendiri dan menanti masa untuk bercakap mengenai motif surat berkenaan.

Apa pun Najib perlu menjawab persoalan ini dan tidak boleh melindungi apa yang beliau tahu di sebalik surat ditulis Zahid itu. 
 
Tanpa penjelasan masyarakat umum akan mengaitkan Najib sama-sama bersekongkol dengan Zahid Hamidi yang kini dikatakan sebagai batang kayu membenteng kuasanya dari dirempuh. 
 
Apa lagi alasan Zahid sebelum ini ada menyebut surat tersebut bersangkutan dengan keselamatan negara.

Bagaimana pun sekiranya Najib membisu dan tidak terlibat maka wajar sangat kalau Zahid Hamidi bertanggungjawab dengan surat berkenaan bukan saja setakat menafikan dan memohon maaf atas perbuatannya itu yang dianggap melanggar "konvensyen" tetapi beliau harus berundur dari kabinet kerana perbuatannya sungguh sangat tidak berintegriti.

Sama ada surat itu ditarik balik atau tidak yang jelas Zahid sudah melakukan "pecah amanah". [wm.kl.11:14 am 13/01/14]



Sirul, Azilah Dihukum Mati, Sirul Diburu Polis - Peluang Akhir Sirul Untuk Dedahkan Kebenaran.

Posted: 13 Jan 2015 03:45 AM PST


 
Inila masa dan peluang akhir yang ada pada Sirul sebelum kau 'dimatikan' di atas tali gantung. Azilah dah takde jalan. 

Polis dah bawa dia pergi sejurus didapati bersalah oleh mahkamah rayuan selepas pendakwaraya berjaya membuktikan bahawa Sirul dan Azilah ialah individu yang bertanggungjawab menyebabkan kematian seorang model dari Mongolia, Altantuya.

Semua orang tahu.

Dengan had kuasa yang ada pada Sirul dan Azilah. Kedua2 individu ini tidak akan mampu memadamkan rekod kemasukkan Altantuya ke Malaysia.

Semua orang tahu.

Sirul dan Azilah tiada hubungan dan kaitan langsung dengan Altantuya dari apa-apa sudut sekalipun.

Pembunuhan Altantuya tidak akan berlaku jika tiada sesuatu disitu.

Semua orang tahu.

Sirul dan Azilah tidak akan mampu mengeluarkan C4 dari stor simpanan tanpa kelulusan pihak yang ditugaskan untuk menjaga bom tersebut. 


Dan sudah tentu ianya semakin pelik untuk hanya semata-mata mahu membunuh seseorang, seseorang perlu mendedahkan diri ketika mengeluarkan C4 dalam simpanan.. sudah tentu la tindakan tersebut menimbulkan keraguan dan persoalan.. seorang pembunuh tidak akan meninggalkan bukti (dengan sengaja) jika dia merancang untuk membunuh melainkan dia membunuh dengan tidak sengaja.

Sengaja atau tidak sengaja kah Sirul dan Azilah?

Jika sengaja maka kenapa C4 pilihan mereka?

Adakah kerana C4 boleh memusnahkan bukti ke tahap yang pakar forensik sukar nak mengenalpasti punca kematian yang pertama sebelum dimatikan dengan cara kedua (bom)?

Jika tidak sengaja mengapakah Sirul dan Azilah tidak serah diri ke polis saja dan memaklumkan apa yang berlaku dengan berharap hukuman akan dikurangkan dan menyesali apa yang telah terjadi.

Sirul dan Azilah tidak dedahkan sehingga kini apa motif pembunuhan. Dalam apa2 kejadian pembunuhan sengaja atau tidak sengaja, motif mesti ada motif. 


Semua orang tatau apa motif Sirul dan Azilah membunuh Altantuya pun. Kita tertanya-tanya juga apa motif mereka tetapi tidak didedahkan hingga kini apa motif kepada pembunuhan tersebut.

Sirul dan Azilah neh UTK. Ada kerjaya yang tetap, terjamin dan stabil. Bukan ada masalah kewangan, bukan ada masalah hutang, bukan juga ada skandal dengan Altantuya, tau-tau aje p bunuh Altantuya. Pasal apa?

Jadi Sirul, lari selagi mana kau boleh lari dari PDRM. Dalam masa kau lari itu, kau cuba fikir baik-baik. Kalau sungguh kau yang bunuh maka kau kena dedahkan kebenaran kenapa kau bunuh. 


Rakyat Malaysia tidak bodoh. Kita semua tahu ada sesuatu di sebalik kejadian dan kita berhak mendapatkan kebenaran tentang apa yang berlaku. 

Kau bertanggungjawab mendedahkan kepada rakyat kronologi kejadian kerana kes yang begitu misteri ini kita percaya ada tangan2 ghaib yang masuk campur bagi mengelirukan pemikiran rakyat dan berperanan memesong jalan cerita untuk menutup sesuatu yang lain pula dari terdedah.

Dan jika kau tak bunuh, kau juga bertanggungjawab mendedahkan kepada rakyat bahawa kau dianiaya dan fitnah. Kau kena jadi berani la sikit. 


Kalau jadi penipu pun kena mati, jadi berani pun kena mati, baik kau jadi berani je la. Risiko tetap sama. Mati tetap mati kan Sirul. Aku harap kau pertimbangkan peluang yang ada neh untuk merungkai persoalan-persoalan yang terbit di minda rakyat.

Keputusan kes ;


Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar bersalah dan disabitkan atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Mereka berdua dihukum gantung.
Mahkamah Persekutuan juga mengeluarkan waran tangkap terhadap Koperal Sirul Azhar Umar selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Tun Abdul Majid Tun Hamzah.


Ameno World

Sirul Azhar tak cukup wang untuk pulang ke Malaysia?

Posted: 13 Jan 2015 03:00 AM PST


Menarik laporan Bernama tentang Sirul ni... Tertuduh kedua kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, Koperal Sirul Azhar Umar tidak hadir ke Mahkamah Persekutuan hari ini kerana dipercayai berada di Austalia, lapor Bernama yang memetik sumber.

Menurut sumber, beliau telah mengetahui tarikh penghakiman mahkamah ditetapkan hari ini namun tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk pulang ke Malaysia.

Beliau telah berada di luar negara kira-kira dua bulan lepas dan ketika ditanya Bernama adakah Sirul Azhar tidak pulang kerana telah menjangka keputusan yang tidak berpihak kepadanya, sumber tersebut berkata "Ia (keputusan) tidak boleh dijangka namun Sirul masih perlu berada di luar negara."

Menariknya ialah sebab ianya menimbulkan persoalan..

Biasanya apabila kita hendak keluar negara baik untuk makan angin ataupun apa sajalah tujuan yang kita akan utamakan ialah tiket penerbangan untuk pergi dan balik, kita akan pastikan mampu dibeli..

Tapi dalam hal Sirul ni.. dia tak fikir ke nak beli tiket penerbangan pergi dan balik bukannya pergi tak balik-balik?

Bagaimana begitu mudah seseorang yang sedang menghadapi tuduhan bunuh di Mahkamah dan kesnya masih belum selesai boleh memiliki passport dan diberikan pelepasan untuk terbang keluar negara?

Sedangkan individu yang diistiharkan muflis atau bankrap tidak dibenarkan keluar dari negara.. kes mana yang lebih berat ni?.. Muflis atau Membunuh?

Menurut Bernama.. Sirul masih perlu berada di luar negara.. persoalannya untuk tujuan apa dan bagaimana beliau boleh hidup di luar negara selama dua bulan tapi tak mampu untuk pulang menghadapi perbicaraan?

Sandiwara apa ni?

Laporan berkaitan..

Sirul tak cukup wang pulang ke M'sia

KES ALTANTUYA : Kedua Bekas Komando Polis Ke Tali Gantung ?

Posted: 13 Jan 2015 02:30 AM PST

Mahkamah Persekutuan Jatuhkan Hukuman Mati Kepada Pembunuh Altantuya


Dua bekas komando polis dijatuhkan hukuman mati hari ini selepas Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan pendakwa terhadap pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Hakim Mahkamah Persekutuan Suriyadi Halim Omar berkata, pihak pendakwa berjaya membuktikan kes Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dengan dakwaan yang membawa hukuman maut itu.

"Mahkamah Rayuan tersilap dalam mengenepikan keputusan mahkamah sebelum ini dan membebaskan mereka," kata Suriyadi yang merupakan salah seorang daripada panel lima hakim.

Pada 23 Ogos, 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Azilah dan Sirul serta membebaskan mereka.

Azilah tidak menunjukkan apa-apa perasaan semasa keputusan dibacakan sementara Sirul tidak hadir ke mahkamah hari ini.

Pasukan pendakwaan yang diketuai Tun Abdul Majid Tun Hamzah memohon mahkamah mengeluarkan waran tangkap dan permohonan itu diterima. 

Empat tahun sebelum itu, hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zaki Mohd Yassin mendapati mereka berdua bersalah dan menjatuhkan hukuman mati kepada mereka.

Bukti dalam mahkamah mendedahkan yang penterjemah Mongolia itu sama ada dibunuh dengan peledak C4 ataupun dibunuh terlebih dahulu sebelum diledakkan pada 18 Oktober, 2006, di pinggiran luar Shah Alam berdekatan dengan Kuala Lumpur.

Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, seorang penasihat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, didakwa bersubahat dengan Azilah dan Sirul Azhar, tetapi dibebaskan Mahkamah Tinggi pada 2008 tanpa memanggil mereka untuk membela diri.

Bagaimanapun, pihak pendakwa tidak membuat rayuan terhadap keputusan itu.



ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI

Posted: 13 Jan 2015 02:00 AM PST


 
1. Memperbanyak Membaca – La hawla Wala Quwwata Illa billah – Barangsiapa yang lambat datang Rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa
billah (HR. At- Tabrani)


2. Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin - Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha
illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam Kubur (HR. Abu Nu'aim dan Ad Dailami).


3. Membaca – Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim . Dari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH Ta'ala sampai hari Kiamat yang Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu.  (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da'awat)

4. Membaca Surat Al-IKHLA S: Barangsiapa membaca Surah AlIkhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya (HR. AtTabrani)

5. Membaca Surat Al-WAQIA'AH : Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa Kesempitan Hidup" (HR. Al-Baihaqi dalam Syu'ab Al-Iman)

6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI : Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu'alaihi wa sallam bersabda bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali Selawat dan Mengangkatnya Sepuluh DARJAT.

(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma'lul)


7. Melazimkan BERISTIGHAFAR : Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya  ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah yang tidak diDuga-Duga" (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)

Ya ALLAH berikanlah kami Rezki yang Luas… yang Halal lagi Baik tanpa Memberatkan kami….Jika Rezki kami ada diLangit maka Turunkanlah.

Jika ada diBumi maka Keluarkanlah. Jika jauh maka Dekatkanlah. Jika Dekat maka Mudahkan lah. Jika sedikit maka Banyakanlah. Jika banyak maka BERKATI LAH agar kami dapat menolong ANAK-ANAK YATIM – FAKIR MISKIN – MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN & KEDHAIFAN.

YA ALLAH……Kabulkanlah doa kami…Aamiiin YA ALLAH Ya Robbal 'Alamin. Semoga ALLAH Mengabulkan Do'a kita. Semoga Bermanfaat. In shaa ALLAH.....

SEBARKANN...

Punya Hebat YAB MB Rakyat Selangor ??

Posted: 13 Jan 2015 01:30 AM PST

Mahkamah tentera putuskan Mejar Zaidi dibuang kerja.

Posted: 13 Jan 2015 12:55 AM PST

Mahkamah tentera putuskan Mejar Zaidi dibuang kerja.  "Kita berjumpa di mahkamah Allah Taala pula nanti."  Itulah kata-kata Mejar Zaidi Ahmad yang didapati bersalah oleh Mahkamah Tentera atas tuduhan memberi kenyataan media tanpa izin Majlis Angkatan Tentera.  Pesanan itu disampaikan Zaidi selepas beliau diberi amaran bakal berhadapan tuduhan menghina mahkamah jika terus mahu menyebut faktor politik dalam keterangannya untuk meringankan hukuman ke atasnya.  "Semua ini adalah kehendak penguasa politik. Tanyalah budak sepuluh tahun sekalipun, siapa yang betul - yang bercakap benar atau menipu?
  "Kita berjumpa di mahkamah Allah Taala pula nanti."

Itulah kata-kata Mejar Zaidi Ahmad yang didapati bersalah oleh Mahkamah Tentera atas tuduhan memberi kenyataan media tanpa izin Majlis Angkatan Tentera.

Pesanan itu disampaikan Zaidi selepas beliau diberi amaran bakal berhadapan tuduhan menghina mahkamah jika terus mahu menyebut faktor politik dalam keterangannya untuk meringankan hukuman ke atasnya.

"Semua ini adalah kehendak penguasa politik. Tanyalah budak sepuluh tahun sekalipun, siapa yang betul - yang bercakap benar atau menipu?"

"Apabila berhadapan situasi politik, perut adalah lebih penting daripada kepala," katanya sewaktu memberi keterangan dalam proses mitigasi hukuman.

Hujah Zaidi itu bagaimana pun dibantah oleh Yang Dipertua Mahkamah, Kolonel Saadon Hasnan.
"Jangan sebut 'penguasa politik' kerana dalam mahkamah tentera kita adalah impartial (saksama) dan apolitical (tidak bersifat politik)," kata Saadon.

Seorang lagi ahli mahkamah, Mejar Khuzairi Mohd Arshad kemudian mengingatkan Zaidi bahawa hujah untuk meringankan hukuman kebiasaannya bersifat "menyesal", "tidak mahu mengulangi kesalahan," dan "faktor-faktor luar" yang boleh dipertimbangkan.