Ahad, 4 Januari 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


SPR syor kerusi DUN S'wak ditambah 11 lagi

Posted: 04 Jan 2015 08:15 PM PST

 
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesyorkan jumlah bahagian-bahagian pilihan raya negeri bagi Sarawak ditambah sebanyak 11 daripada 71 bahagian, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 82 bahagian.
  
Syor itu dibuat selaras dengan pindaan Undang-Undang dalam Perlembagaan Negeri Sarawak yang telah dikuatkuasakan pada pada 5 Dis 2014, demikian menurut Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh semalam.

"Bagi maksud kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya ini juga, terdapat pindaan nama kepada Bahagian-bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri," katanya dalam satu kenyataan.
  
Abdul Ghani menjelaskan butiran terperinci syor yang dicadangkan akan dinyatakan dalam Notis Persempadanan Semula yang akan disiarkan nanti.

"SPR akan mempamerkan Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya bagi Negeri Sarawak selama sebulan bermula 5 Jan (Isnin) hingga 4 Feb 2015 (Rabu) di tempat-tempat yang dinyatakan dalam Notis Persempadanan Semula yang disiarkan di akhbar-akhbar tempatan pada 5 Januari.
  
"Jumlah bilangan pemilih dalam Daftar Pemilih yang telah diperakukan dan diwartakan pada 30 Apr 2014 digunakan sebagai asas dalam penyediaan syor Kajian Semula Persempadanan ini," kata Abdul Ghani.
  
Beliau berkata, satu salinan syor-syor yang dicadangkan itu berserta peta Bahagian-bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi Sarawak juga akan dipamerkan untuk pemeriksaan orang ramai.

Pemeriksaan adalah semasa waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja di tempat-tempat seperti yang dinyatakan dalam notis yang disiarkan.
  
Menurutnya lagi, untuk bantahan terhadap syor-syor tersebut hanya pihak-pihak yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan boleh berbuat demikian.
  
Mereka ialah kerajaan negeri atau mana-mana pihak berkuasa tempatan yang keseluruhan atau sebahagian kawasannya termasuk dalam bahagian-bahagian pilihan raya yang tersentuh oleh syor itu.
  
Satu lagi pihak yang dibenarkan ialah seramai 100 orang atau lebih yang nama mereka ditunjukkan dalam daftar pemilih semasa bagi bahagian-bahagian pilihan raya berkenaan, kata Abdul Ghani.
  
Katanya, setiap representasi membantah syor-syor yang dicadangkan itu hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri Sarawak di Pejabat Pilihan Raya Negeri Sarawak, Tingkat 11, Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, 93728 Kuching.
  
Representasi tersebut mestilah sampai kepada SPR di alamat berkenaan dalam masa sebulan dari tarikh penyiaran notis.
  
Tahun lepas media melaporkan Persidangan DUN Sarawak meluluskan rang undang-undang untuk menambah jumlah anggota DUN daripada 71 ketika ini.
  
Ia sekali gus menjadikan keseluruhan 82 kerusi DUN bakal dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

- Bernama

Jet PM pulang selepas perjalanan keliling dunia

Posted: 04 Jan 2015 07:29 PM PST

 
Selepas perjalanan mengelilingi dunia, jet VIP kerajaan yang membawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama, akhirnya telah pulang ke Malaysia.

Pesawat Airbus A319CJ dengan nombor pendaftaran 9M-NAA mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 10.20 malam tadi, demikian menurut sistem pengesanan penerbangan, Flightradar24, selepas berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok Don Mueang sejak hari Jumaat.

Ia kemudian berlepas lagi 35 minit kemudian menuju ke Lapangan Terbang Subang di mana ia biasanya disimpan.

Menurut Bernama, Najib telah menemui rakan sejawatannya dari Thailand Prayuth Chan-ocha di Bangkok pada 2 Januari, selepas menghabiskan beberapa hari sebelumnya meninjau kawasan yang dilanda banjir di seluruh Malaysia.

PM dijadual menghadiri satu majlis di pejabatnya di Putrajaya pagi ini, tetapi ia sebaliknya dihadiri oleh oleh Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebelum ini, pesawat itu berlepas dari Subang ke Honolulu, Hawaii pada 20 Disember tahun lalu di mana Najib bercuti dengan keluarganya dan bermain golf dengan Obama.

Percutian itu telah dipendekkan apabila Najib pulang pada 27 Disember ekoran keadaan banjir yang semakin buruk di negara ini, dan tiba di Kota Bharu dengan jet lain.

Sejak 26 Disember bagaimanapun, pesawat Airbus itu berlepas tanpa Najib ke Los Angeles, Indianapolis, kembali ke Los Angeles, New York, London, Dubai, dan akhirnya Bangkok.

Kebanyakan perhentian ini mengambil masa tidak lebih daripada beberapa jam, kecuali di Indianapolis - selama enam hari - dari 26 Disember sehingga 31 Disember.

Ia tidak jelas siapakah yang telah menggunakan jet itu sehingga tiba di Bangkok atau untuk tujuan apa. Bagaimanapun, Indianapolis juga merupakan tempat syarikat Comlux Aviation berpangkalan.

Syarikat itu telah mengubahsuai pesawat itu sebelum ini dan dilaporkan mempunyai kontrak perkhidmatan dan penyelenggaraan selama enam tahun untuk pesawat itu sejak 2013.

Pejabat perdana menteri dan Comlux masih belum memberi respons terhadap pertanyaan Malaysiakini pada 2 Januari yang ingin mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu.
 
 
Malaysiakini.

Mohd Saidi Lampoh : "Inilah saf pimpinan pas yg di kehendaki "

Posted: 04 Jan 2015 05:15 PM PST

CIRI-CIRI KEPIMPINAN HUSAM MUSA TERSERLAH

Posted: 04 Jan 2015 04:45 PM PST



 

JIKA MB Kelantan mahu ditukar, tiada tokoh lain yang berwibawa selain dari YB Husam Musa, Adun Salor. Husam, pemegang ijazah ekonomi Universiti Malaya dilihat mampu membangunkan Kelantan. 

Musibah banjir besar di Kelantan baru-baru ini membuktikan Husam Musa mampu mengalas amanah sebagai MB sekiranya diberikan peluang. 

Husam menunjukkan beliau berwawasan dan tidak hilang punca menghadapi malapetaka. 

Penampilan peribadi yang bersahaja, tidak memakai baju Melayu untuk mengharung banjir dan berusaha mendapatkan Helikopter untuk memecah kebuntuan mencari mangsa-mangsa banjir yang memerlukan pertolongan, Husam dilihat mempunyai inisiatif yang tinggi. 

Beliau juga tidak segan silu mengadu permasalahan rakyat kepada rakan sekutu di dalam PR, di mana beliau menulis surat memohon bantuan dari Kerajaan Negeri Selangor. 

Meskipun jika Husam tidak mengutus surat atau berhubung dengan Azmin selaku MB Selangor, Kerajaan Selangor tetap juga akan membantu atas dasar kemanusiaan. Namun, inisiatif Husam itu jelas menunjukkan beliau peka dan sensitif dengan apa yang sedang terjadi di Kelantan. 

Beliau tidak habiskan masanya mengarang puisi atau madah serta tazkirah di saat rakyat Kelantan menyabung nyawa. Husam telah memberi amaran 27 Dun PAS yang terlibat banjir seboleh-bolehnya jangan 'hanyut' dalam arus bantuan pemulihan BN. 

Husam ada bacaan politiknya tentang Kelantan dan beliau sedar negeri Serambi Mekah itu bukan sahaja diancam dengan banjir tetapi terancam dengan muslihat Umno.

Lagu 'Kerajaan Perpaduan atau Campuran' kini mula dilagukan di Kelantan disaat rakyat kehilangan hartabenda malahan terdapat nyawa yang melayang dengan bencana ini. Umpama sifakir miskin yang sedang lapar diumpan dengan makanan yang lazat-lazat. 

Apakah tidak terlambat untuk melakukan sesuatu di Kelantan?

VIDEO - Suara ini dikatakan original

Posted: 04 Jan 2015 04:00 PM PST



Dr Mahathir ramal kebangkitan anak muda seperti Ali Abd Jalil, kata ibu bapanya OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Posted: 04 Jan 2015 08:00 AM PST


Saya tidak peduli orang mencemuh saya tidak membesarkan anak dengan baik, kata Abd Jalil Abdul Rahman, bapa aktivis Ali Abd Jalil yang didakwa mengikut Akta Hasutan.

Saya tidak peduli orang mencemuh saya tidak membesarkan anak dengan baik, kata Abd Jalil Abdul Rahman, bapa aktivis Ali Abd Jalil yang didakwa mengikut Akta Hasutan.

.Ketika Ali Abd Jalil bersedia untuk hidup sebagai pencari suaka di Sweden, pengkritiknya kini beralih pandangan ke ibu bapanya, menuduh mereka tidak mendidik anak dengan baik.

Tetapi, Abd Jalil Abdul Rahman, 62 tahun, dan Endon Bidin tidak mempedulikan cemuhan itu.

Mereka berkata, mereka membesarkan anak dengan sebaik mungkin dan buktinya ialah tujuh daripada anak mereka sama ada mempunyai ijazah dari universiti atau sedang belajar di peringkat PhD.


Pasangan warga emas itu berkata demikian ketika ditemubual The Malaysian Insider, kira-kira 2 bulan selepas anak mereka ke Sweden.

Walaupun mungkin tidak setuju dengan apa yang dilakukan Ali, yang menyebabkan dia didakwa mengikut Akta Hasutan, mereka berhujah anak mereka tidak berseorangan dalam menyoal Raja-Raja Melayu.

Jalil berkata, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga mengkritik Raja Melayu, malah pernah menghapuskan imuniti mereka dalam satu dakwaan jenayah pada 1993.

Katanya, Ali hanya menepati ramalan Dr Mahathir pada 21 tahun lepas, iaitu sekiranya imuniti tidak dihapuskan, rakyat biasa akan bangkit membantah.

Terima segala penghinaan demi Ali

Kes Ali menarik perhatian media apabila beliau menuntut suaka politik di Sweden pada 21 Oktober susulan dakwaan mengikut Akta Hasutan 1948 yang dikenakan terhadapnya kerana mengkritik Sultan Johor.

Dia ke Sweden dengan bantuan beberapa kumpulan hak asasi manusia selepas dia mendakwa nyawanya berada dalam bahaya. Katanya, dia diekori kumpulan samseng selepas keluar dari penjara, dan pada masa sama, dia mendakwa dipukul polis.

Ali, yang membuat laporan polis terhadap pegawai polis, juga ditangkap semula dan dibawa dari Selangor ke Johor, secara keseluruhannya menghabiskan lebih 20 hari di lokap polis, membuatkan peguamnya menyifatkannya sebagai "sedition roadshow" (jelajah hasutan) dan menyatakan dia menghabiskan lebih banyak masa di dalam tahanan berbanding suspek kes bunuh.

Pemuda berusia 30 tahun itu ketika ini bekerja dan tinggal di Morsta, Sweden sementara menunggu permohonannya mendapatkan suaka diluluskan.

Ibunya Endon berkata, keluarga mereka mula dilemparkan dengan pelbagai kritikan selepas usaha memburuk-burukkan Ali tidak membawa kesan.

"Sekarang bukan serang Ali saja, tetapi jadi anak beranak Jalil. Macam-macam. Ada yang menghantar surat terbuka kepada Jalil dan keluarga, bukan setakat Ali. Kita reda dan terima," katanya.

"Bila tak jadi kudis orang maki hamun dia, orang maki hamun kami, mak dan ayah. Makcik terasa juga orang kata tak didik anak tapi makcik tak mahu bergaduh dalam Facebook.

"Apa yang kami hasilkan, anak-anak yang mempunyai ijazah dan sarjana. Kalau kami dianggap ibu bapa yang gagal mendidik anak, kami nak tengok ibu bapa yang berjaya macam mana hebatnya. Wajah-wajah yang menuduh kami gagal," kata Endon.

Pasangan Endon dan Jalil dikurniakan 10 anak dan tujuh daripada mereka memiliki ijazah sarjana muda. Tiga anaknya sudah memiliki ijazah sarjana dan kini sedang menuntut di peringkat doktor falsafah.

'Dr Mahathir nampak ini akan terjadi'




Katanya, walaupun dia mungkin tidak bersetuju dengan pendirian yang diambil anaknya dan bagaimana Ali menyuarakan pendapatnya, ia tidak menghalang mereka membincangkan isu itu bersama.

"Dia kritik sultan, saya tanya apa yang mereka buat pada kita? Dia kata tak kan nak tunggu sampai kita yang kena.

"Dia kata kita mahu keadilan, tak kan dah kena baru nak berjuang untuk keadilan. Katanya, macam kita pentingkan diri sendiri. Dia lebih ke depan daripada segi perjuangan," kata Jalil.

Katanya, walaupun sering diingatkan jangan menggunakan perkataan kasar dan lucah, Ali berkata kekejaman kelompok 'tertentu' lebih dahsyat daripada perkataan yang digunakannya.

"Dia guna maki hamun dan mencarut. Dia kata apa yang 'orang itu' lakukan lebih zalim, kejam dan menganiaya, apalah sangat maki hamun ini? Dia banding macam itu, betul juga."

Jalil bagaimanapun, berkata beliau tidak menjangka perbuatan Ali akan sebegitu agresif dalam mengkritik memandangkan abangnya Ahmad juga pernah didakwa mengikut Akta Hasutan kerana menghina Sultan Johor.

Ahmad didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Johor Baru selepas didapati bersalah menghina Sultan Johor di laman sosial Facebook pada 2012.

"Kami ingat hukuman itu menjadi pengajaran tetapi tidak. Bila abangnya kena, dia lagi rancak," katanya.

Jalil percaya, 21 tahun lepas Dr Mahathir membuat ramalan yang rakyat seperti Ali akan bangkit dan bersuara.

"Dr Mahathir pada 1993 kata, rakyat semua tahu raja zalim dan kalau tak dihapuskan, satu hari rakyat sendiri akan bangkit.

"Bila kes Ali, kita boleh bandingkan spekulasi Dr Mahathir 21 tahun lalu, benda itu dah nampak bibit-bibitnya. Apa yang dibuat ini ialah yang dispekulasikan, cuma kita tak tahu bila ia akan bermula.

"Kita kena terima hakikat, Dr Mahathir pencetus spekulasi, Ali yang menjadikannya realiti," katanya kepada The Malaysian Insider.

Perjumpaan semula

Endon Bidin, ibu aktivis Ali Abd Jalil berkata komunikasi, mesej dan Skype digunakan untuk berhubung supaya ikatan kekeluargaan tidak terputus.


Endon Bidin, ibu aktivis Ali Abd Jalil berkata komunikasi, mesej dan Skype digunakan untuk berhubung supaya ikatan kekeluargaan tidak terputus.

Endon berkata, pihak yang melemparkan cemuhan menganggap mereka sekeluarga bersedih atas pemergian Ali, namun hakikatnya tidak begitu.

"Mereka ingat kami ini ibu bapa bersedih kerana anak lari jauh. Tapi kami tenang saja. Biasa anak pergi ke sana sini. Duduk berjauhan dalam dunia yang kecil. Kita boleh mesej peribadi atau Skype," katanya.

Katanya, lebih baik Ali terus berada di Sweden jika kepulangannya ke Malaysia akan membawa pelbagai bentuk ancaman yang lebih besar.

"Kalau di sana dia setakat dengan Facebook. Kalau di sini mungkin dia sertai demonstrasi, dia akan ke depan sekali," kata wanita berusia 59 tahun itu.

Katanya, beliau kerap berkomunikasi dengan anak keenamnya itu supaya jarak yang memisahkan mereka tidak memutuskan hubungan.

Endon berkata, nasihat secara berhikmah penting buat Ali bagi mengelakkan hubungan kekeluargaan terputus memandangkan peluang anaknya itu pulang ke Malaysia amat tipis.

"Makcik nasihat dia solat, dia tunjuk dia pergi masjid. Jadi dia macam menjawab apa yang makcik minta dia buat.

"Makcik cuma berdoa masa depan dia. Makcik nampak yang elok-elok. Satu hari kita boleh aturkan jumpa di luar Malaysia," katanya. – 4 Januari, 2015.


www.themalaysianinsider.com/

Tiga lagi mayat nahas pesawat AirAsia ditemui ??

Posted: 04 Jan 2015 07:30 AM PST

Tiga lagi mayat penumpang penerbangan AirAsia QZ8501 dijumpai hari ini oleh kapal perang Tentera Laut Jepun, Onami. – Gambar Reuters, 4 Januari, 2015. Tiga lagi mayat penumpang penerbangan AirAsia QZ8501 dijumpai hari ini oleh kapal perang Tentera Laut Jepun, Onami
 
Tiga lagi mayat penumpang penerbangan AirAsia QZ8501 dijumpai hari ini oleh kapal perang Tentera Laut Jepun, Onami.

Tiga lagi mayat nahas pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas di laut Jawa pada 28 Disember lalu ditemui, menjadikan jumlah setakat ini 33 penumpang, dengan 24 daripadanya masih dalam proses pengecaman.

Menurut portal Kompas.com memetik juruterbang helikopter Indonesia Super Puma Mayor Suryo sebagai berkata, tiga mayat penumpang itu ditemui oleh kapal perang milik Tentera Laut Jepun, Onami.

Beliau berkata, ketika mayat itu akan dibawa helikopter milik tentera Amerika Syarikat Sea Hawk ke lokasi utama pencarian jenazah penumpang dan anak kapal AirAsia di Lanut Iskandar.

Manakala helikopter Super Puma milik Tentera Nasional Indonesia yang digunakan sebelum ini bagi mengangkut jenazah, kini dikerahkan untuk turut bersama dalam operasi pencarian mangsa korban pesawat berkenaan.

"Informasi terakhir, tiga jenazah akan dibawa helikopter Sea Hawk milik Amerika sementara Super Puma akan menyertai operasi mencari di sebelah barat, iaitu lokasi yang ditemukan banyak jenazah kelmarin," katanya.

Beliau menyifatkan cuaca hari ini agak baik dan membantu dalam operasi mencari mangsa penumpang pesawat tersebut.

"Jika memang ada kapal yang menemukan jenazah lainnya, maka kita akan bersedia untuk mengambil jenazah itu," katanya

Pesawat AirAsia Indonesia penerbangan QZ8501 terputus hubungan radar pada 28 Disember ketika dalam perjalanan ke Singapura dari Surabaya, Indonesia, bersama 155 penumpang dan tujuh anak kapal.

Pesawat malang itu terhempas di perairan dekat Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah di Indonesia. – 4 Januari, 2015.


http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article

12 tanah rancangan Felda terlibat banjir

Posted: 04 Jan 2015 06:45 AM PST


Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata 12 tanah rancangan Felda terjejas oleh banjir kali ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Januari, 2015. Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata 12 tanah rancangan Felda terjejas oleh banjir kali ini.

Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata 12 tanah rancangan Felda terjejas oleh banjir kali ini. 

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mengenal pasti sebanyak 12 tanah rancangan seluruh negara terlibat banjir dengan Felda Chiku, di Gua Musang, Kelantan merupakan kawasan paling teruk terjejas.

Pengerusinya Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata pentadbiran Felda kini masih menjalankan bancian mengenai jumlah kerosakan harta benda warga Felda di seluruh negara dan akan mengumumkan sebaik sahaja ia selesai.

"Saya ingat dalam minggu depan siaplah laporan bancian ini, sehingga kini sebanyak 4,200 mangsa melibatkan 949 keluarga kita kenal pasti. Insya-Allah kita akan dapat selesaikan tidak lama lagi," katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada 109 mangsa banjir Felda Seberang Tayor, Kemaman hari ini.

Isa berkata setakat ini buat permulaan, bantuan kecemasan sebanyak RM500 diberikan kepada mangsa terlibat.

"Selain itu, Felda juga akan membayar Bonus Insentif Produktiviti Peneroka (BIPP) kepada 93,891 peneroka seluruh negara pada Rabu dan Khamis ini," katanya.

Katanya, tanah rancangan Felda Chiku merupakan yang paling teruk terjejas banjir berbanding kawasan Felda lain, dengan hubungan daratnya terputus sebagaimana yang dialami beberapa kawasan di seluruh Kelantan.

Bagi tanah rancangan Felda di Terengganu pula, Isa berkata Felda Seberang Tayor dan Felda Neram di Kemaman merupakan kawasan paling teruk terjejas akibat banjir kali ini.

Dalam perkembangan berkaitan Mohd Isa berkata Felda berjaya mengutip sejumlah RM1.5 juta hasil sumbangan orang ramai untuk mangsa banjir dan dana itu akan digunakan untuk pembelian barangan makanan dan keperluan harian mangsa banjir.

Terdahulu Isa melawat 11 buah rumah di Felda Neram Dua Bandar Cheneh Baru, Kemaman yang rosak akibat tanah runtuh berikutan rumah mereka terletak di kawasan berbukit setinggi 30m.

"Saya sudah minta Pengurus Besar Felda Wilayah Timur untuk memanggil Ikram (Institut Kerja Raya Malaysia) untuk membuat kajian tanah runtuh di kawasan itu bagi mengatasi pergerakan tanah dengan kadar segera," katanya. – Bernama, 4 Januari, 2015.


/www.themalaysianinsider.com/bahasa/article.

Khairuddin pertimbang saman anggota Pekida atas dakwaan laporan palsu 1MDB - OLEH LOOI SUE-CHERN

Posted: 04 Jan 2015 06:00 AM PST


Timbalan Ketua Bahagian Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bercakap semasa sidang media tentang isu 1MDB di Bukit Mertajam, Pulau Pinang hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 4 Januari, 2015.
Timbalan Ketua Bahagian Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bercakap semasa sidang media tentang isu 1MDB di Bukit Mertajam, Pulau Pinang hari ini.


Timbalan Ketua Bahagian Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bercakap semasa sidang media tentang isu 1MDB di Bukit Mertajam, Pulau Pinang hari ini.

Timbalan Ketua Bahagian Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan sedang mempertimbangkan menyaman pihak yang menuduh beliau membuat laporan palsu terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau berkata, peguamnya Datuk Seri Rajan Navaratnam sedang meneliti laporan berita tentang kenyataan Timbalan Pengerusi Pekida Seberang Perai Selatan (SPS) Mohamad Hilme Ibrahim terhadapnya, dan akan membuat keputusan tidak lama lagi sama ada untuk menyaman Hilme.

"Mengatakan yang saya buat laporan palsu adalah kenyataan menghasut. Adakah dia lihat laporan polis yang saya buat, maklumat yang saya beri kepada polis Bukit Aman?

"Adakah dia punyai dokumen 1MDB yang boleh menentang kenyataan yang dibuat ramai pihak lain terhadap syarikat itu?

"Siapa dia untuk mempersoalkan laporan polis saya sedangkan pihak polis sendiri belum menyelesaikan siasatan mereka?" katanya di Bukit Mertajam tengah hari ini.

Khairuddin mengulas tentang laporan polis terhadapnya pada Jumaat oleh Hilme yang mendakwanya membuat laporan polis palsu. Beliau juga menuduh Khairuddin merosakkan imej 1MDB, bahagian Umno Batu Kawan serta Umno Pulau Pinang.

Sebelum laporan terhadap Khairuddin difailkan, sekumpulan 80 orang daripada pelbagai organisasi bukan kerajaan Melayu Pulau Pinang mengadakan demonstrasi aman di luar ibu pejabat polis Seberang Prai Tengah.

"Hilme juga mendakwa yang saya berjumpa dengan Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin, bekas setiausaha politik kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Saya tidak bercakap pun dengan beliau selama dua tahun.

"Saya cabar Hilme buktikan yang saya ada berjumpa dengan Aziz baru-baru ini," katanya dan menambah yang awal hari ini beliau ada membuat laporan polis terhadap Hilme atas kesalahan fitnah.

Khairuddin juga mendakwa Hilme tidak berlaku adil dan mempersoalkan kaitan beliau dengan 1MDB dan Umno kerana beliau tidak menuduh parti itu atau mana-mana pemimpinnya sebagai terlibat dengan syarikat itu dalam laporan polisnya, difailkan pada 12 Disember di balai polis Dang Wangi  di Kuala Lumpur.

Khairuddin berkata beliau hanya meminta polis menyiasat ketelusan pengurusan syarikat tersebut.

"Hilme merupakan Ketua Pemuda Umno Batu Kawan. Beliau baru-baru ini diberi surat tunjuk sebab tentang mengapa beliau gagal hadir mesyuarat empat kali berturut-turut. Tarikh akhir baginya untuk menjelaskan diri sudahpun lepas, namun belum ada jawapan darinya.

"Ini menunjukkan betapa tidak bertanggungjawab dan tiada rasa hormat kepada parti olehnya. Orang seperti itu tidak layak bercakap dengan saya tentang kepimpinan," katanya dan menambah yang orang seperti Hilme yang tidak baik bagi imej Umno.

Khairuddin menjadi tidak popular di kawasan asalnya selepas membuat laporan polis terhadap syarikat berhutang 1MDB itu – dana negara kedua Malaysia selepas Khazanah Nasional Bhd, yang merupakan ilham Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak.

Beliau dituduh disokong Dr Mahathir yang juga merupakan pengkritik keras Najib dan 1MDB, yang mendapat perhatian hangat selepas beberapa pemimpin pembangkang juga menimbulkan hutang besar dana tersebut, serta perjanjian hartanah yang meragukan dan kerahsiaan transaksinya. – 4 Januari, 2015.


themalaysianinsider.com/bahasa/article/khairuddin. 

"Surat tuntutan pemulangan wang pampasan MBI dihantar esok" - YAB MB Azmin Ali

Posted: 04 Jan 2015 05:15 AM PST


Menteri Besar Mohamed Azmin Ali turut memberi jaminan yang lapan bekas pegawai bekas menteri besar Selangor tersebut akan dibayar pampasan mengikut jumlah yang sepatutnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Januari, 2015. Menteri Besar Mohamed Azmin Ali turut memberi jaminan yang lapan bekas pegawai bekas menteri besar Selangor tersebut akan dibayar pampasan mengikut jumlah yang sepatutnya.

Menteri Besar Mohamed Azmin Ali turut memberi jaminan yang lapan bekas pegawai bekas menteri besar Selangor tersebut akan dibayar pampasan mengikut jumlah yang sepatutnya.

Lapan bekas pegawai bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menerima surat tuntutan esok bagi pemulangan semula wang pampasan berjumlah RM2.6 juta yang dibayar kepada mereka.

Perkara itu disahkan Perbadanan Menteri Besar (MBI) berikutan kenyataan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali semalam pihak pengurusan baharu perbadanan itu akan menghantar surat kepada lapan individu berkenaan sebagai peringatan untuk mengembalikan wang itu.

"Kesemua surat tuntutan (pemulangan semula wang pampasan) akan dihantar pada Isnin ini (esok)," kata wakil perbadanan itu ketika dihubungi hari ini.

Semalam, Mohamed Azmin meminta kesemua lapan bekas pegawai MBI itu memulangkan semula wang pampasan dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat dikeluarkan kerana mendakwa pembayaran tersebut dibuat tanpa mengikut prosedur dan melanggar peraturan kewangan.

Menteri besar berkata keputusan itu dibuat selepas mendapat nasihat peguam.

Beliau memberi jaminan kesemua lapan individu itu akan tetap dibayar pampasan mengikut jumlah sepatutnya.

Sebelum ini, lapan pegawai kontrak bekas menteri besar yang dilantik MBI dilaporkan menerima pampasan berjumlah sehingga RM2.6 juta, yang disifatkan beberapa pihak termasuk Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad sebagai tidak munasabah.

Pembayaran itu dibuat pada akhir tempoh perkhidmatan bekas menteri besar itu sebelum Mohamed Azmin mengambil alih jawatan menteri besar pada 23 September tahun lepas.

Khalid sebelum ini dilaporkan berkata pembayaran pampasan kepada lapan bekas pegawai beliau dilakukan dengan mematuhi peraturan dan prosedur MBI.  – Bernama, 4 Januari, 2015.


 themalaysianinsider.com/bahasa/article/surat-tuntutan-pemulangan

Biar Rakyat tentukan pandangan rasis Hamid, kata bekas ketua Majlis Peguam - Oleh V Anbalagan, Penolong pengarang berita

Posted: 04 Jan 2015 04:30 AM PST

Published: 4 January 2015.

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad berhak beri pendapat walau ia provokatif terhadap isu antara kaum, kata bekas Pengerusi Majlis Peguam Ragunath Kesavan.
Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad berhak beri pendapat walau ia provokatif terhadap isu antara kaum, kata bekas Pengerusi Majlis Peguam Ragunath Kesavan. 

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad berhak beri pendapat walau ia provokatif terhadap isu antara kaum, kata bekas Pengerusi Majlis Peguam Ragunath Kesavan. 

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad harus dibenarkan memberi pendapatnya, walaupun pandangan yang provokatif tentang hubungan antara kaum itu dilihat merosakkan kepada orang ramai, kata bekas Pengerusi Majlis Peguam Ragunath Kesavan. 

Ruang demokratik yang sama juga perlu diberi kepada kumpulan 25 Melayu terkemuka (G25) yang terdiri daripada penjawat awam yang bersara serta pemimpin berpengaruh, semuanya tidak sependapat dengan Hamid. 

"Saya sangat kecewa dengan pendirian Hamid yang dulunya mengisi jawatan tertinggi dalam badan kehakiman," kata Ragunath, merujuk kepada peranan Hamid sebagai ketua hakim selama sembilan bulan dari 2007 hingga 2008. 

"Kami (majlis) menyokong kenaikan pangkat beliau untuk menjadi ketua hakim pada masa itu kerana beliau menampilkan imej yang berintegriti," katanya. 

Pada September, Hamid dikritik pemimpin kerajaan memerintah dan pembangkang kerana mengatakan hanya bangsa Melayu saja yang memperjuangkan kemerdekaan negara.

Membandingkan dengan G25, Hamid yang menerusi surat terbuka meminta dialog rasional tentang kedudukan Islam dan undang-undang Islam dalam demokrasi berperlembagaaan, Ragunath berkata rakyat kini boleh mendengar pendapat yang pelbagai selepas pilihan raya umum 2008 yang melihat kerajaan memerintah Barisan Nasional (BN) kalah majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

"Mereka (G25) juga ada hak untuk bercakap dan mempengaruhi pendapat umum. Biar rakyat nilai.

"Oleh itu, kita juga dapat dengar pandangan individu penting," katanya merujuk kepada kenyataan terbaru Hamid, menggesa saingan politik Umno dan PAS untuk bergabung memeriksa bukan Melayu, terutama Cina, daripada terus mengukuhkan kuasa politik.

Hamid, dalam surat yang disiarkan Utusan Malaysia, semalam menyatakan PAS patut mengikut langkah Aceh bila ia bekerjasama dengan Jakarta selepas wilayah utara Sumatera itu teruk dilanda tsunami pada 2006.


"10 tahun lalu, Aceh, yang berjuang untuk mendapatkan negara autonomi Islam, dilanda tsunami yang menyebabkan ribuan kematian.

"Kini Kelantan dilanda banjir. Kerana tsunami, Aceh dan kerajaan Indonesia bersetuju untuk mentadbir bersama. Bagaimana dengan Malaysia dan kerajaan Kelantan?" katanya seperti dilaporkan.

Hamid berkata kedua-dua kerajaan persekutuan dan Kelantan perlu bertaubat dan mula meletakkan keutamaan kepada isu lebih besar seperti agama dan bangsa, bukan kepentingan parti.

Cakap-cakap mengenai kerajaan perpaduan PAS-Umno timbul lagi selepas Kelantan dan 7 negeri lain dilanda banjir teruk minggu lalu yang meragut 27 nyawa dan menyebabkan anggaran kemusnahan harta dan infrastruktur sebanyak kira-kira RM1 bilion.

Ragunath berkata pandangan Hamid tidak tepat kerana kaum Cina tidak boleh menjadi kuasa politik dalam negara ini kerana Melayu dan Islam membentuk majoriti di Malaysia.

"Lebih pun, jumlah bukan Melayu yang banyak menerima peranan pemimpin, kedudukan Islam dan hak keistimewaan mengikut kepada Melayu," katanya.

Beliau berkata lebih banyak pengundi, termasuk Melayu menjauhi Umno dan BN kerana ia kurang kepimpinan baik seperti ketelusan, kebertanggungjawapan, kesaksamaan dan keadilan.

Katanya, perlu diingat orang bukan Melayu yang mengembalikan kuasa kepada kerajaan BN dengan majoriti dua pertiga pada 1999 walapun selepas penyingkiran bekas Timbalan Perdana Menteri datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Orang Melayu pada masa itu mengundi pembangkang, terutama PAS dan PKR. Tetapi sejak pilihan raya 2008, pengundi jauh daripada BN kerana ia kurang kepimpinan yang baik," katanya. – 4 Januari, 2014.


themalaysianinsider.com/bahasa.  

Biar Rakyat tentukan pandangan rasis Hamid, kata bekas ketua Majlis Peguam




Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad berhak beri pendapat walau ia provokatif terhadap isu antara kaum, kata bekas Pengerusi Majlis Peguam Ragunath Kesavan. Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad berhak beri pendapat walau ia provokatif terhadap isu antara kaum, kata bekas Pengerusi Majlis Peguam Ragunath Kesavan. Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad harus dibenarkan memberi pendapatnya, walaupun pandangan yang provokatif tentang hubungan antara kaum itu dilihat merosakkan kepada orang ramai, kata bekas Pengerusi Majlis Peguam Ragunath Kesavan.
Ruang demokratik yang sama juga perlu diberi kepada kumpulan 25 Melayu terkemuka (G25) yang terdiri daripada penjawat awam yang bersara serta pemimpin berpengaruh, semuanya tidak sependapat dengan Hamid.
"Saya sangat kecewa dengan pendirian Hamid yang dulunya mengisi jawatan tertinggi dalam badan kehakiman," kata Ragunath, merujuk kepada peranan Hamid sebagai ketua hakim selama sembilan bulan dari 2007 hingga 2008.

"Kami (majlis) menyokong kenaikan pangkat beliau untuk menjadi ketua hakim pada masa itu kerana beliau menampilkan imej yang berintegriti," katanya.  Pada September, Hamid dikritik pemimpin kerajaan memerintah dan pembangkang kerana mengatakan hanya bangsa Melayu saja yang memperjuangkan kemerdekaan negara.
Membandingkan dengan G25, Hamid yang menerusi surat terbuka meminta dialog rasional tentang kedudukan Islam dan undang-undang Islam dalam demokrasi berperlembagaaan, Ragunath berkata rakyat kini boleh mendengar pendapat yang pelbagai selepas pilihan raya umum 2008 yang melihat kerajaan memerintah Barisan Nasional (BN) kalah majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.
"Mereka (G25) juga ada hak untuk bercakap dan mempengaruhi pendapat umum. Biar rakyat nilai.
"Oleh itu, kita juga dapat dengar pandangan individu penting," katanya merujuk kepada kenyataan terbaru Hamid, menggesa saingan politik Umno dan PAS untuk bergabung memeriksa bukan Melayu, terutama Cina, daripada terus mengukuhkan kuasa politik.
Hamid, dalam surat yang disiarkan Utusan Malaysia, semalam menyatakan PAS patut mengikut langkah Aceh bila ia bekerjasama dengan Jakarta selepas wilayah utara Sumatera itu teruk dilanda tsunami pada 2006.
"10 tahun lalu, Aceh, yang berjuang untuk mendapatkan negara autonomi Islam, dilanda tsunami yang menyebabkan ribuan kematian.
"Kini Kelantan dilanda banjir. Kerana tsunami, Aceh dan kerajaan Indonesia bersetuju untuk mentadbir bersama. Bagaimana dengan Malaysia dan kerajaan Kelantan?" katanya seperti dilaporkan.
Hamid berkata kedua-dua kerajaan persekutuan dan Kelantan perlu bertaubat dan mula meletakkan keutamaan kepada isu lebih besar seperti agama dan bangsa, bukan kepentingan parti.
Cakap-cakap mengenai kerajaan perpaduan PAS-Umno timbul lagi selepas Kelantan dan 7 negeri lain dilanda banjir teruk minggu lalu yang meragut 27 nyawa dan menyebabkan anggaran kemusnahan harta dan infrastruktur sebanyak kira-kira RM1 bilion.
Ragunath berkata pandangan Hamid tidak tepat kerana kaum Cina tidak boleh menjadi kuasa politik dalam negara ini kerana Melayu dan Islam membentuk majoriti di Malaysia.
"Lebih pun, jumlah bukan Melayu yang banyak menerima peranan pemimpin, kedudukan Islam dan hak keistimewaan mengikut kepada Melayu," katanya.
Beliau berkata lebih banyak pengundi, termasuk Melayu menjauhi Umno dan BN kerana ia kurang kepimpinan baik seperti ketelusan, kebertanggungjawapan, kesaksamaan dan keadilan.
Katanya, perlu diingat orang bukan Melayu yang mengembalikan kuasa kepada kerajaan BN dengan majoriti dua pertiga pada 1999 walapun selepas penyingkiran bekas Timbalan Perdana Menteri datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Orang Melayu pada masa itu mengundi pembangkang, terutama PAS dan PKR. Tetapi sejak pilihan raya 2008, pengundi jauh daripada BN kerana ia kurang kepimpinan yang baik," katanya. – 4 Januari, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/biar-rakyat-tentukan-pandangan-rasis-hamid-kata-bekas-ketua-majlis-peguam#sthash.DHuqSy49.dpuf

'Tebang pokok macam tak ada undang-undang'

Posted: 04 Jan 2015 03:45 AM PST

 
 
Kegiatan pembalakan haram yang tidak terkawal di Kelantan merupakan faktor utama banjir besar berlaku di negeri itu baru-baru ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau berkata penanaman semula pokok perlu dilakukan bagi mengelak negeri itu dilanda banjir besar sekali lagi.

"Sekarang ini tebatan banjir tidak boleh selesaikan masalah, kita kena tanam semula pokok yang telah dimusnahkan di hutan yang telah diteroka.

"Di Kelantan, cara mereka tebang pokok macam negeri tak ada undang-undang, jabatan yang patut jaga hutan tidak mengambil tindakan yang sepatutnya," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Padang Changkat di Parit hari ini.

Pusat pemindahan di daerah Perak Tengah itu menempatkan 108 mangsa daripada 38 keluarga setakat ini.

Shahidan berkata beliau akan berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membantu kerajaan negeri memulihkan kawasan hutan yang diteroka dan mengembalikan tanah rizab yang ditukar statusnya.

"Rizab hutan adalah rizab hutan, kawasan hutan adalah kawasan tadahan air. Jangan kita tebang pokok di kawasan tadahan air.

"Kita harus buat sesuatu dengan segera... mereka yang lakukan pembalakan tidak kena apa-apa sedangkan rakyat Kelantan menderita dengan apa yang menimpa mereka," katanya.

Beliau berkata pihak yang terlibat dengan kegiatan pembalakan haram itu perlu dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan tindakan undang-undang sewajarnya.

- Bernama
 



VIDEO - Berkorban Apa Saja !!

Posted: 04 Jan 2015 03:15 AM PST



VIDEO - Kepakaran & Kecekapan Yang Luar Biasa !!

Posted: 04 Jan 2015 02:45 AM PST



Bertuah Ibu Yang Melahirkan Anak Seperti Ini...... ALHAMDULILLAH.....

Posted: 04 Jan 2015 01:56 AM PST

 



BANJIR 2014 - BAHAGIAN 3 (Wira yang tidak didendang - the unsung hero)

(1)
Saya mahu memperkenalkan satu sosok mulia. Barangkali ada antara kalian yang mengenali beliau, dan telah mengikuti perkongsiannya yang bersifat semasa dan mendasar ke lapangan, di halaman FB miliknya. Jika ya, tidak mengapa. Bacalah lagi. Jika belum, selamat berkenalan dengan sosok istimewa dan bijaksana. Mari sama-sama kita berkongsi kesyukuran atas kewujudan hamba Allah yang berhati mulia ini.

(2)
Beliau merupakan orang kelainan upaya (OKU) yang dilahirkan dengan tidak sempurna sifat. Kaki kanannya tiada, dan beliau bergerak menggunakan kaki palsu. Jejari pada tangan kanannya bercantum. Namun, kekurangan itu tidak dijadikan rintangan untuk beliau berbakti kepada masyarakat yang dilanda bencana.

(3)
Nama penuh beliau ialah Y.M. Raja Shamri bin Raja Hussin. Mesra disapa dengan panggilan Abang Raja. Pemilik syarikat motivasi yang sedang menapak naik di Kelantan, Golden Minds Consultant yang beroperasi di Pasir Putih ini, telah menjadikan Masjid Ibrahimi, Pasir Putih sebagai tempat operasi untuk dia dan Dr. Hadi menjalankan misi menyelamat dan menghantar bantuan buat mangsa bencana di Kelantan.

(4)
Pada asalnya, misi itu hanya dibuat pada skala kecil. Namun, berkat keikhlasan dan kesungguhan yang tidak mengenal lelah dan payah, misi anjurannya menjadi besar. Sukarelawan datang dari pelbagai arah. Bantuan tiba dengan mencurah-curah. Benarlah, saat keikhlasan hati dan kemurnian jiwa mengambil tempat, mudah sahaja Allah membukakan hati manusia untuk berkongsi rezeki dan kudrat.

(5)
Bantuan tidak dihantar ke pusat pemindahan banjir, kerana bantuan ke lokasi itu telah diselia dan disedia oleh pihak kerajaan. Pasukan beliau fokus kepada mangsa yang jauh terperosok ke kawasan pedalaman dan tidak berada di pusat pemindahan banjir, atas pelbagai sebab.

Kebanyakannya kerana aliran deras air yang menyukarkan pergerakan, ataupun disebabkan oleh pusat pemindahan ikut tenggelam, yang menyebabkan mangsa lari ke tanah lebih tinggi di perbukitan. Bantuan tiba kepada mangsa yang kelaparan, dan ia memberikan sinar untuk mangsa mencicip makanan buat mengalas perut yang kelaparan.

(6)
Antara hal yang menitiskan air mata saya adalah, beliau sanggup memandu dalam lebat hujan selama berjam-jam, semata-mata mencari petrol untuk kegunaan kenderaan bagi menghantar bantuan, meskipun beliau berkaki palsu. Meredah air deras, dengan kekuatan sebelah kaki sahaja, sangatlah sukar. Selalunya, kaki kiri beliau akan cepat berasa lenguh dan perlu diurut. Tidak mengapalah, pasti ada ganjaran besar buat Abang Raja daripada Allah kelak.

(7)
Andai dia yang serba kekurangan dari segi sifat dan kudrat bisa menjadi penyelamat, malu juga andai kita yang sempurna segala sifat hanya memandang kosong tanpa mahu berkongsi apa-apa. Ayuh! Kita rancakkan misi bantuan.

Nota kaki:

Masihkah kalian ingat tentang iklan Petronas sempena Hari Kebangsaan pada tahun 2005 mengenai lelaki yang kehilangan kaki dengan tagline "Jalan Mesti ke Depan, Bukannya Ke Belakang" lakonan Othman Hafsham?

Jalan cerita dalam iklan itu adalah buah fikir beliau, dan ia menyentuh sedikit sebanyak tentang perjalanan hidupnya di dunia ini.

Selamat berbakti, Abang Raja! Kami ucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas kesudian tuan menabur bakti. Tiba masa, para perantau ini akan pulang ke Kelantan untuk menyambung misi Abang Raja, agar ia tidak terhenti!



Nak Cover Pekung Sendiri Yang Hanyir, Sibuk Persoalkan Bontot Orang Berkudis!

Posted: 04 Jan 2015 12:45 AM PST



Tak ker bengong namanya memperbodoh khalayak dengan bukti di depan mata?

Aku sendiri pun tertanya-tanya di mana Anwar. Dah jadi kambing takut airkah dia?

Tapi mana lebih utama, kehilangan seorang PM yang bertanggung jawab secara langsung kepada rakyat dengan seorang ketua pembangkang yang selalu menjadi bahan kutukan?

Utusan persoal kehilangan Anwar ketika negara dilanda banjir TMI - Published: 4 January 2015 Utusan Malaysia hari ini mempersoalkan kehilangan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang musibah banjir melanda negara.

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini mempersoalkan kehilangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mendakwa ketua pembangkang itu tidak bersungguh-sungguh mendekati mangsa banjir walaupun yang paling teruk terjejas ialah Kelantan yang diperintah Pakatan Rakyat (PR).

Kolumnis Awang Selamat berkata, kehilangan Anwar ketika negara dilanda musibah banjir tidak seiring dengan apa yang dilaungkan ketua pembangkang itu yang kononnya sebelum ini menganggap sebagai juara rakyat.

"Ada pembaca yang bertalu-talu bertanyakan, di mana ketua pembangkang Anwar Ibrahim berada semasa negeri-negeri Pantai Timur dilanda musibah banjir?

Ia bagaikan lagu nyanyian Taufik Batisha berjudul Awak Kat Mana yang kini popular dalam kalangan remaja," tulis Awang dalam Mingguan Malaysia hari ini.

"Macam-macam cerita yang didengar. Ada yang menyatakan beliau bercuti di luar negara tetapi sudah kembali dan dilaporkan melawat sekali ke Kelantan.

Yang pasti cerita di mana beliau, menjadi bahan perbualan yang panas.

" Membandingkan penglibatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam komitmennya meninjau keadaan dan bertemu dengan mangsa banjir, Awang berkata, Anwar pula menghampakan penyokongnya dengan menghilangkan diri. "Najib bertungkus lumus dan berulang kali melawat Kelantan, Terengganu dan Pahang termasuk menunaikan solat pada malam ambang tahun baharu di Tumpat.

Anwar pula di mana ketika itu? "Awang juga menjunjung kasih kepada Raja Melayu yang mencemar duli bersama rakyat ketika banjir. Sifat pengasih dan belas ihsan baginda sekelian, menyentuh perasaan mangsa-mangsa banjir.

Kalau terdapat kalangan baginda yang turun padang berkali-kali, di mana ketua pakatan pembangkang, sedangkan politikus perlu bekerja lebih keras

"Sememangnya banyak penyokong pakatan mengharapkan Anwar aktif tampil di pusat penempatan banjir tetapi nampaknya harapan itu tidak kesampaian," katanya.

Awang turut mempersoalkan Anwar yang selalu menyatakan dirinya sebagai bakal perdana menteri tetapi tidak proktif ketika rakyat dilanda musibah banjir.

"Kalau Anwar terbukti boleh kerap ke luar negara entah atas apa saja urusan, tentu beliau masih boleh luangkan banyak masa kepada prioriti yang betul, apa lagi musibah.

"Janganlah hanya kelihatan hebat untuk membakar sentimen rakyat di pentas ceramah politik dan demonstrasi jalanan bagi tujuan politik peribadi tetapi bersikap dingin ketika rakyat ditimpa kesulitan," katanya.

Sebelum ini, Najib mencetuskan kemarahan orang ramai dengan pendedahan laporan apabila beliau bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ketika rakyat berdepan dengan bencana banjir.

Ia menyebabkan perdana menteri itu akur dan bergegas pulang ke Malaysia pada 26 Disember lalu untuk meninjau keadaan banjir.

Bagaimanapun, bukan Najib saja dikecam, malah Anwar juga dikritik kerana dikatakan menghilangkan diri dan tidak memainkan peranannya ketika negara berdepan dengan banjir.

Mengulas mengenai perbezaan dua pemimpin tersebut Pengarang Kanan Utusan Malaysia Zukiflee Bakar berkata, tindakan Najib bermain golf bersama presiden Amerika Syarikat itu bukanlah secara suka-suka kerana ia bertujuan meningkatkan hubungan dua hala negara.

Katanya jika hendak dibandingkan, Najib jauh lebih mulia berbanding sesetengah pemimpin pembangkang yang pergi ke luar negara demi memburukkan nama Malaysia.

"Najib bermain golf dengan Obama bukanlah untuk suka-suka tetapi bagi meningkatkan hubungan dua hala dan membincangkan keselamatan serantau," katanya.

Zulkiflee menyifatkan tindakan Najib sebagai "diplomasi golf " - langkah seumpama itu iaitu bermain golf dengan pemimpin dunia dan pernah dilakukan perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman.

"Inilah yang disebut diplomasi golf satu pendekatan yang sengaja dilupakan pembangkang," katanya.

Katanya meskipun di sebalik kesibukan Najib, tetapi paling penting perdana menteri itu kembali ke negara selama enam hari berturut-turut menjelajah semua negeri banjir dan menunjukkan kerajaan amat komited mengenai musibah yang melanda itu.

"Inilah masalah pembangkang yang semakin bankrap isu dan muflis modal untuk meraih kuasa politik.

Mereka yang kononnya berjuang demi rakyat dan mencetuskan pelbagai isu atas nama rakyat hakikatnya hanya bijak bercakap saja. "Ini sama seperti ayam yang berkokok kuat tetapi ekor bergelumang dengan najis," katanya. –

4 Januari, 2014.

Posted by mountdweller

VIDEO - Kediaman Allahyarhamah Hayati Lutfiah Dikhabar ‘Berbau Harum’.. Jom Terjah!!!

Posted: 04 Jan 2015 12:00 AM PST

Nampaknya ada cerita menarik mengenai mangsa pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, Hayati Lutfiah yang sudah pun selamat dikebumikan di Sawotratap, Sidoarjo di Jawa Timur.


QZ8501: Rumah Hayati Lutfiah Dikhabar 'Berbau Harum', info, terkini, berita nahas pesawat airasia, Khairunisa Haidar,

Khabarnya, kediaman milik Hayati sekeluarga berbau harum semerbak persis bunga-bungaan biarpun sudah beberapa hari kosong, lapor Detik.com.

Apa yang pelik, tiada bunga ditanam di rumah yang turut didiami oleh suami Hayati, Djoko Suseno dan anak mereka, Naura Kanita Rosada serta ibu mertuanya, Soemarnik Saerah yang dipercayai turut terkorban dalam nahas pesawat itu.

Haruman itu bukan sahaja disedari oleh penduduk kampung, tetapi juga wartawan yang mengunjungi rumah tersebut.

Ramai yang percaya wangian itu ada kaitan dengan kebaikan keluarga ini, apatah lagi mereka juga memasang niat untuk mengerjakan haji pada tahun ini.
QZ8501: Rumah Hayati Lutfiah Dikhabar 'Berbau Harum', info, terkini, berita nahas pesawat airasia, Khairunisa Haidar,

"Padahal rumah ini baunya biasa-biasa saja sewaktu saya berjumpa dengan Djoko beberapa hari sebelum dia berangkat ke Singapura," ujar Ketua Rukun Tetangga tempatan, Iswanto.

Menurutnya lagi, keluarga itu sememangnya terkenal kerana cukup ramah dengan jiran tetangga, malah Djoko sendiri kerap bersolat jemaah di masjid.

"Wallahu a'lam, kita doakan Almarhum sekeluarga," akhiri Iswanto.
Sumber : mynewshub.cc

SIAPA MALAON INI?

Posted: 03 Jan 2015 11:30 PM PST

SIAPA MALAON INI  berselindung disebalik kopiah?

 
BALAK


milik malaon ini?