Jumaat, 12 Disember 2014

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


MALAM INI DI KOTA KINABALU - SEMUA DIJEMPUT HADIR !!

Posted: 12 Dec 2014 11:30 PM PST

BERSIH 2.0 bersama Pacos Trust dan C4 akan mengadakan forum terbuka tentang Laporan RCI Sabah di Kota Kinabalu.

Maklumat:

    Tarikh - 13 Disember 2014 (Sabtu)
    Masa - 7.30 malam
    Tempat - Hotel Eminent (Merdeka Room).


Forum ini menampilkan orang ternama:

    - Mantan Timbalan Ketua SPRM Datuk Sutinah Sutan
    - Ahli Lembaga Pengarah C4 Tan Sri Simon Sipaun (juga mantan Naib Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia)
    - Pengerusi Parti Reformasi Negeri dan ADUN Bingkor Jeffrey Kiting
    - Pengerusi BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah

Jangan ketinggalan bersama-sama membincangkan isu panas ini dalam peluang keemasan ini!

SEMUA DI JEMPUT 

DATANG BUAT RAMAI

Tukar Tiub

Apa Sudah Jadi ? Rumah Mampu Milik Atau Rumah Mampu Mampos ??

Posted: 12 Dec 2014 11:00 PM PST

 
 
Azman Daud Azmandaud's photo.
Azman Daud Azmandaud's photo.
SLOGAN PEMIMPIN UMNO RUMAH MAMPU MILIK..
SLOGAN RAKYAT PULAK ......INILAH RUMAH MAMPU LARI
DAN MAMPU MAMPOS.......
RAKYAT DI DAHULUKAN.......

Warga Afrika Harus Dihalau Keluar Serta Merta !!

Posted: 12 Dec 2014 10:15 PM PST

 Dua lelaki disamun dalam hotel

mej rakaman CCTV menunjukkan salah seorang suspek yang disyaki menyerang mangsa.

KUALA LUMPUR – Dua lelaki termasuk seorang warga Hong Kong cedera parah selepas ditetak menggunakan sebilah parang oleh dua lelaki warga Afrika dalam satu kejadian samun di sebuah bilik hotel terkemuka di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, mangsa yang dikenali sebagai Chin Kha Foo, 40, dan David Chi Keung, 34, warga Hong Kong ditemui dalam keadaan berlumuran darah oleh pengawal keselamatan hotel berkenaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintendan A. Asmadi Abd. Aziz berkata, sebelum kejadian mangsa dipercayai menghadiri ceramah perniagaan di ruang bawah hotel berkenaan sebelum membawa suspek naik ke bilik mereka.

Katanya, kejadian itu dimaklumkan oleh pengunjung berkenaan yang mendengar bunyi bising datang dari arah bilik mangsa. - Kosmo

Malaysia Import Ron 97 Dari Singapura ??

Posted: 12 Dec 2014 09:30 PM PST

 
Patut pun Minyak Bezen nk isi minyak ron97 takde memanjang. Rupanya semua minyak dah mengalir ke singapore. Petroleum di ganu dah tutup dah kot, kat singapore minyak naik kat pulau batu putih. Memang lawak..  Kikiki...

Patut pun Minyak Bezen nk isi minyak ron97 takde memanjang. Rupanya semua minyak dah mengalir ke singapore. Petroleum di ganu dah tutup dah kot, kat singapore minyak naik kat pulau batu putih. Memang lawak..
Kikiki...

Surat terbuka: Najib mesti jaga air muka sendiri - HARAKAHDAILY

Posted: 12 Dec 2014 08:00 PM PST

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mesti jaga 'air mukanya sendiri' dan mengambil tindakan tokoh-tokoh besar negara itu dengan jiwa yang besar. 

"PM dan kabinet hari ini wajar menerima hakikat yang barisan kepimpinan hari ini tidak boleh meneruskan kepimpinan mereka lagi," tulis Aspan Alias dalam blognya.

Baginya, seramai 25 orang manusia ternama telah menghantar surat terbuka kepada Perdana Menteri Najib, mengkritik PM secara terbuka dengan berani baru-baru ini adalah petanda yang rakyat sudah tidak lagi dapat menahan kelemahan kerajaan hari ini.

Berikut tulisan penuh beliau.

UMNO sekarang dalam keadaan yang terburuk dalam sejarah penubuhannya dan penguasaannya ke atas kerajaan. UMNO sudah tidak tentu rupa bentuknya lagi dan UMNO sedang teraba-raba dalam kegelapan. 

Pemimpin UMNO khususnya pucuk pimpinannya bukan tidak mahu berubah tetapi mereka tidak tahu cara untuk berubah dan apa yang mereka perlu ubah. Terlalu banyak untuk diubah, tidak tahu yang mana satu yang hendak diubah dahulu dan yang mana hendak diubah kemudian.

 
Kita tahu dan yakin, jika ini jugalah kumpulan yang diamanahkan untuk terus memimpin parti itu, UMNO itu sendiri akan terjun bersama mereka. Mereka sekarang tidak sedar yang mereka adalah 'liability' besar dan penyumbang kepada kehancuran parti itu dan bukannya pemimpin kepada negara lagi. 

Kita berterus teranglah, Najib dan kumpulannya tidak lagi mampu untuk membetulkan parti ini. Hanya jika kita berniat untuk merosakan negara dengan lebih teruk lagi sahaja, baru kita berikan tugas untuk menyambung amanah yang telah diberikan sebelum ini.

Semuanya dan serba-serbinya di ambang kehancuran dan ia amat susah untuk memperbaiki segala kelemahan mereka dalam sekali gus. UMNO sudah terbiar oleh pimpinannya sejak tiga puluh tahun dahulu. Seperti yang disebut dalam posting sebelum ini, UMNO sedang dipimpin oleh mereka yang tidak mempunyai 'talent' untuk melalui proses memperbetulkan parti mereka.

Berlagak dan berlakon seperti pemimpin yang berkepimpinan, sudah tidak lagi dapat menyorokkan kemampuan dan nilai kepimpinan mereka yang lemah dan buruk itu. Mereka tidak pernah belajar kerana mereka tidak tahu apa yang hendak dipelajari dalam kepimpinan negara. Mereka tidak mampu untuk menjadi pemimpin sebenar maka mereka terus sahaja memaparkan nilai kulit sahaja dalam kepimpinan mereka. 'They are not leaders; they are just acting like one'

Lagi mereka mengumumkan tindakan pembaikpulihan, lagi dalam masalah yang mereka hadapi. Tidak payah disebut lagi segala masalah yang mereka hadapi dan mengulangi acap kali. Sekarang waktu untuk bertindak secara drastik untuk mendapatkan perubahan itu. Najib dan barisannya perlu dan wajar berundur jika mereka mahu dikenang sebagai penyelamat parti terbesar itu. Pengunduran Najib dan barisannya merupakan sumbangan terbesar mereka kepada negara.

Hanya dengan berundur sahaja yang membolehkan mereka dianggap sebagai penyelamat parti itu, kerana jika mereka masih kekal bergayut kepada parti itu, mereka sendiri merupakan penyumbang besar kepada kemusnahan parti yang memimpin kerajaan sejak merdeka dahulu.

UMNO sekarang ibarat telur di hujung tanduk. Ia juga boleh diibaratkan seperti kapal besar yang sudah berkarat terumbang ambing di lautan luas tanpa nakhoda. Oleh kerana nakhoda yang sudah hilang punca dan arah anak-anak kapal dan penumpang dalamnya sedang mabuk dan muntah-muntah kerana hala tuju yang tidak menentu.

Baru-baru ini terjadi peristiwa yang tidak pernah terjadi kepada mana-mana Perdana Menteri sebelum ini di mana seramai 25 orang manusia ternama telah menghantar surat terbuka kepada Perdana Menteri Najib, mengkritik PM secara terbuka. 

Semua orang tahu apa isi kandungan surat itu, tetapi yang saya hendak sebut ini ialah ia merupakan tanda dan bukti yang Najib sudah sepatutnya berhenti dan membiarkan sesiapa yang berpengalaman dari kalangan tokoh politik dan 'planners' untuk membawa negara ini kepada politik baru yang saya sebutkan tanpa jemu-jemu sejak beberapa lama dahulu.

Najib mesti jaga 'air mukanya sendiri' dan mengambil tindakan tokoh-tokoh besar negara itu dengan jiwa yang besar. PM dan kabinet hari ini wajar menerima hakikat yang barisan kepimpinan hari ini tidak boleh meneruskan kepimpinan mereka lagi. Penghantaran surat secara terbuka dengan berani ini adalah petanda yang rakyat sudah tidak lagi dapat menahan kelemahan kerajaan hari ini.

Semua pemain politik yang menguasai kerajaan hari ini wajar mengangkat bendera putih dan menyerah sahaja jika mereka masih ada saki baki harga diri mereka. Mereka adalah di kalangan yang bernama dan bergelar yang pernah menjadi ketua-ketua jabatan pelaksana kepada kerajaan kita. 

Mereka terdiri dari bekas hakim-hakim, bekas duta-duta besar negara, bekas ketua-ketua setiausaha kementerian dan bekas pegawai tertinggi angkatan tentera dan Polis dan berbagai-bagai lagi jabatan pertubuhan.

Ini merupakan undi tidak percaya yang dilakukan secara terbuka dan jika ia diarahkan kepada Perdana Menteri ia adalah juga arah kepada seluruh ahli-ahli jemaah kabinet yang mentadbir negara kita sekarang. Ahli-ahli kemaah kabinet sekarang adalah kabinet lantikan Perdana Menteri, maka mereka juga wajar berhenti bersama PM yang melantik mereka.

Mereka yang menulis surat terbuka itu juga wajar memahami hakikat yang merosakan negara tidak mungkin boleh diyakini untuk memulihkan keadaan negara sekarang ini. 

Seperti yang disebutkan tadi jika kita bercadang dan berhajat untuk merosakan lagi negara sahaja baru kita boleh memberikan tanggungjawab membaik pulih negara itu dilakukan oleh mereka yang sedang memimpin negara sekarang ini. Mereka hanya berkebolehan untuk meranapkan segala fabrik politik, kerajaan dan kenegaraan sahaja.

Ada yang menganggap kepimpinan hari ini adalah makhluk perosak (pest) kepada negara ini. Meminta mereka memperbaiki negara serupalah seperti yang disebutkan oleh perbidalan, 'seperti tikus membaiki labu' sahaja. -  


HARAKAHDAILY 13/12/2014

Najib selalu ponteng, hanya 26 hari hadir ke Parlimen HARAKAHDAILY

Posted: 12 Dec 2014 07:30 PM PST

PULAU PINANG: Rekod buruk kehadiran Datuk Seri Najib Razak ke Parlimen mengesahkan kegagalannya sebagai Perdana Menteri, kata Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto.
 
Katanya, sejak 2009 hingga April 2014, Najib hanya hadir kira-kira 26 hari ke Parlimen.

"Rekod ini jauh lebih rendah berbanding Perdana Menteri Britain yang hadir ke Parlimen setiap Rabu selama 30 minit untuk menjawab enam soalan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Katanya, Najib tidak menunjukkan usaha untuk menjadikan kehadirannya dirasai di Parlimen dengan mengambil bahagian dalam perbahasan dan mendengar isu-isu semasa dibangkitkan ahli-ahli parlimen.

"Najib menghabiskan 14 minit di Parlimen berucap tentang tragedi kehilangan MH370 dan keluar sebaik Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang bangun memulakan debat.



"Pada 23 Julai lalu, ketika sidang khas berikutan tragedi pesawat MH17, Najib hanya hadir 35 minit sebelum meninggalkan Parlimen sebaik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bangun," 
ujarnya.

Katanya, selepas lebih dua jam membentangkan Bajet 2015 pada 10 Oktober lalu, Najib terus keluar tanpa memerhati prosiding Parlimen terutamanya perbahasan yang berlangsung sehingga 27 November.

Beliau turut mempersoalkan tindakan Najib memberikan jawapan untuk dijawab kepada menteri dan timbalan menteri.

"Jika seorang menteri kabinet yang pakar dalam bidang tertentu boleh 'ambil nota' terhadap cadangan dan pindaan, mungkinkah pada masa akan datang mereka boleh bergilir-gilir membacakan teks perbahasan bajet, bukannya Najib lagi?

Justeru, tanya beliau masih layakkah Najib yang langsung tidak mempunyai niat untuk hadir ke Parlimen mendengar masalah berbangkit diberi peluang tiga tahun lagi. 

"Undang-undang diluluskan di sidang Dewan Rakyat akan memberi kesan kepada semua, malangnya Najib pula sentiasa hilang," katanya yang juga Timbalan Pengerusi Wanita DAP negeri.


HARAKAHDAILY

Berhentilah jadi kaki bodek'

Posted: 12 Dec 2014 07:00 PM PST

 
Secara terus terang, seorang pemimpin Umno Pulau Pinang berkata parti itu mempunyai ramai kaki bodek' yang tidak berani mempersoalkan pemimpin mereka.
Beliau juga mendakwa bahawa Umno bahagian Batu Kawan bimbang bahawa beliau akan membangkitkan kemelut IMDB semasa perhimpunan agung tahunan parti itu
 
dan oleh itu tidak mencalonkannya untuk berucap kepada para perwakilan.
 
Memetik kes pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998, Datuk Khairuddin Abu Hassan berkata ia mencerminkan pendirian tidak berkompromi Umno.
 
Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu berkata ada pihak dalam Umno yang tidak mahu mempertahankan apa yang betul, termasuk mempersoalkan keputusan pemimpin mereka.
 
Daripada membodek, tegasnya, ahli perlu lebih pro-aktif dan mempersoalkan apa yang betul dan salah serta apa yang memberi manfaat kepada rakyat.
 
Khairuddin memberitahu pemberita demikian selepas membuat laporan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi petang tadi.
 
Khairuddin berkata, dia diberitahu oleh perwakilan lain supaya tidak menyuarakan perkara itu dan mendakwa jawatankuasa pengurusan tidak membenarkannya membahaskan tentang 1MDB.
 
Menjangkakan tindak balas dari Umno ekoran laporan polis yang dibuatnya, Khairuddin bagaimanapun, tidak bimbang mengenainya.
 
Menurutnya, ramai ahli Umno yang tidak mahu beliau membuat laporan sedemikian, terutama apabila ia melibatkan syarikat yang berkait rapat dengan Umno.
 
Bagaimanapun, kataya, beliau mahu menjelaskan kepada beberapa pemimpin Umno bahawa inilah pendekatan yang Umno harus ambil.
 
Menurutnya, persepsi awam tentang Umno perlu berubah dan rakyat mesti merasakan bahawa Umno bertanggungjawab untuk semua rakyat Malaysia dan perlu menjadi popular semula.
 
Khairuddin, yang dikenali sebagai penyokong kuat Tun Dr Mahathir Mohamad, juga berkata bahawa tidak adil bagi Umno mengambil tindakan tatatertib terhadapnya.
 
Katanya, beliau bersedia untuk mendengarkan apa yang Majlis Tertinggi Umno dan jawatankuasa disiplin mahu katakan (tentang laporan polis itu).
 
Sambil bertanya atas asas apa mereka mahu mengambil tindakan terhadapnya, Khairuddin berkata, beliau membuat laporan itu terhadap sebuah syarikat dan bukan terhadap Umno atau pemimpinnya.
 
Sebelum ini, Dr Mahathir telah menyatakan kekecewaannya kerana isu 1MDB yang tidak dibangkitkan semasa perhimpunan agung Umno itu.
 
Isu membabitkan 1MDB juga turut dibangkitkan oleh pihak pembangkang, yang telah menggelarnya sebagai "ibu segala skandal".

Sementara itu, dalam emel kepada Malaysiakini kemudian, 1MDB berkata ia yakin laporan polis itu tidak mempunyai asas perundangan.
 
Menurut emel itu lagi, pihaknya mengalu-alukan sebarang penyiasatan terhadap urusannya dan sebagai peluang untuk menangkis dakwaan jahat.
  

Malaysiakini.

PENGARAH BESAR FELDA DIGANTUNG 2 BULAN ???

Posted: 12 Dec 2014 06:30 PM PST

 
Dari sumber yang tidak rasmi dan hangat di perkatakan dilaman sosial FB bahawasanya....
Dato' Hanapi Suhada
Dato' Faizoull Ahmad, telah di gantung tugas selama dua bulan sebagai Pengarah Besar Felda berkuat kuasa serta merta. Pengumuman dibuat oleh Tan Sri Isa Samad, Pengerusi Felda semalam. Dato' Hanapi, Timbalan Pengarah Besar Felda, memangku jawatan tersebut.


Felda begitu hebat.
 
Maklumat lanjut akan menyusul kemudian.
 
 
BERITA TERKIN FELDA

Selangor bina rumah mampu milik, tanding rumah ‘mampu tengok’ PR1MA , kata Azmin

Posted: 12 Dec 2014 06:00 PM PST



Selangor merancang membina rumah mampu milik ,Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berucap di perhimpunan pagi kakitangan awam daerah Hulu Langat di Bangi, hari ini.

Selangor merancang membina rumah mampu milik  berharga antara RM100,000 dan RM220,000 bagi memberi kelegaan kepada rakyat memandangkan projek kerajaan persekutuan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dianggap gagal.

Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata, selain hakikat yang sehingga kini tiada satu pun unit rumah di bawah PR1MA yang dapat dilihat, harganya yang mencecah RM400,000 seunit disifatkan hanya sebagai rumah "mampu tengok".

"PR1MA mana dia? Sasaran 80,000 (unit rumah), tidak ada pun.

"Dia (kerajaan pusat) beli projek rumah yang dibina daripada sektor komersial. Kerana itu mereka tidak boleh jual rumah mampu milik dan itulah kebimbangan terbesar kita," katanya kepada media selepas merasmikan program bersama penjawat awam daerah Hulu Langat di Hulu Selangor hari ini.

Katanya, tidak seperti kerajaan pusat, kerajaan negeri berkelebihan mengusahakan projek rumah mampu milik dengan kos yang rendah kerana ia mempunyai tanah sendiri.

Timbalan presiden PKR itu juga memberi jaminan yang kerajaan negeri akan dapat mengekalkan harga rumah mampu milik pada kadar yang ditetapkan walaupun dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) April depan.

Katanya, kerajaan negeri mensasarkan pembinaan 15,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh 2 atau 3 tahun dan akan memberi tumpuan kepada kawasan bandar dan lokasi berdekatan kemudahan pengangkutan awam.

"Perumahan kita akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di bandar dan dekat dengan pengangkutan awam. Jika tidak, ia tersasar daripada matlamatnya," katanya.

Azmin berkata, beberapa pemaju sudah tampil menyatakan kesediaan terbabit dalam projek itu dan permohonan mereka mendapatkan kebenaran membina daripada kerajaan tempatan akan dipertimbangkan.

Azmin berkata kebenaran membina yang dikeluarkan akan membolehkan kerajaan negeri berada di landasan yang disasarkan bagi membolehkan semua rumah mampu milik dapat disiapkan menjelang 2018.

"Pemaju harus mula membina rumah pada 2015, atau mereka tidak akan dapat menerima insentif daripada kerajaan negeri," katanya.

Antara insentif yang ditawarkan kerajaan negeri kepada pemaju termasuk pengurangan bayaran premium tanah bagi kebenaran serta merta membina rumah.

sumber...TMI 



Greenblacks

Insiden Yang Memalukan Negara - Wajat Diambil Tindakan !

Posted: 12 Dec 2014 05:30 PM PST

9 Penyokong Celaka Direman Sehingga Isnin



SHAH ALAM – Sembilan lelaki ditahan reman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan insiden penyokong bola sepak Vietnam diserang ketika perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Shah Alam, Ahad lepas.

Majistret Farah Azura Mohd Saad mengeluarkan perintah reman itu bagi membolehkan kesemua suspek berumur antara 19 dan 29 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan bagi kesalahan merusuh.

Insiden itu berlaku apabila sekumpulan penyokong Harimau Malaya, yang kecewa setelah Malaysia tumpas 1-2 kepada Vietnam, dikatakan melakukan provokasi dengan membaling objek ke arah penyokong Vietnam.

Ketika kekecohan itu, seorang penyokong Vietnam cedera dipukul.

Pada aksi kedua di di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, semalam, Malaysia mara ke perlawanan akhir selepas menumpaskan Vietnam 4-2.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata sembilan suspek itu adalah antara 15 lelaki yang dicari polis bagi membantu siasatan.

Beliau berkata kesemua lelaki itu ditahan di sekitar Johor, Kuala Lumpur dan Selangor antara 10.30 malam tadi hingga awal pagi ini.

"Kita masih perlukan kerjasama baki enam individu lagi yang gambar mereka telah disiarkan di media untuk segera tampil bagi membantu pihak kami mempercepatkan siasatan.

"Kita jangka kita akan selesai siasatan dalam masa terdekat dan seterusnya merujuk kes ini kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, petang ini.

Skuad Harimau Malaya dijadualkan bertemu Thailand dalam aksi timbal balik di Bangkok pada 17 Dis dan Shah Alam pada 20 Dis. – BERNAMA

 

Najib dalam bahaya, Muhyiddin dilapor pengerusikan mesyuarat Kabinet bincang 1MDB..

Posted: 12 Dec 2014 05:00 PM PST



Isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang kontroversi dibincangkan pada mesyuarat Kabinet minggu ini Rabu lepas, yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selepas ia dibangkitkan seorang menteri, menurut sumber hari ini.

Dana kekayaan negara kedua Malaysia itu menjadi perhatian kerana hutang dan ketidakupayaannya mengemukakan akaun mengikut masa, mengundang kritikan dari ahli Parlimen pembangkang, malah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika itu sedang mengadakan lawatan rasmi ke Korea Selatan dan tidak menghadiri mesyuarat Kabinet.



The Malaysian Insider difahamkan yang beberapa menteri melahirkan kebimbangan kerana mereka tidak tahu menahu mengenai 1MDB dan tidak dapat memberi penerangan yang jelas mengenai syarikat pelaburan itu.

1MDB sedang dalam proses menyenaraikan aset tenaganya dan juga terlibat dalam projek pembangunan hartanah Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange di Kuala Lumpur.

1MDB ialah dana kekayaan negara kedua selepas Khazanah Nasional Berhad.

Pengkritik sekian lama mempertikaikan 1MDB dari segi hutangnya yang banyak, penggunaan wangnya dan operasinya yang kabur.

Dalam masa hanya lima tahun beroperasi, dana itu mengumpul RM38 bilion hutang tetapi kerisauan yang dilontarkan terhadap kestabilan kewangannya diketepikan pengerusinya Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin yang berkata asetnya berjumlah RM51.4 bilion, kira-kira RM2.5 bilion lebih daripada liabilitinya yang berjumlah RM48.9 bilion pada 31 Mac tahun ini.

Diserang kerana pelaburannya di Cayman Islands – pangkalan bagi operasi dana lindung nilai – Putrajaya mengumumkan 1MDB akan membawa balik semua pelaburannya sebelum akhir tahun, walaupun mencatat pulangan sebanyak 6% hingga 7% pada akhir tahun lepas.

Dr Mahathir terus-terusan mengkritik 1MDB, menegaskan yang dana itu tidak perlu diwujudkan kerana ia hanya menambah hutang negara.

"1MDB dikatakan dana kekayaan berdaulat, tetapi sebenarnya tidak. Ia wang yang kita pinjam. Apabila kita meminjam, kita perlu membayar balik. Ini bukan kekayaan.

"Pada pendapat saya, tidak ada 1MDB pun takpa," negarawan itu dipetik sebagai berkata dalam laporan berita apabila ditanya sama ada dana itu perlu ditutup.

Pemimpin pembangkang, Tony Pua (DAP) dan Rafizi Ramli (PKR), juga mempertikaikan penyelewengan yang dikesan dalam dana itu, termasuk kegagalan mengemukakan penyata kewangan pada masanya.

Bulan lepas, Najib yang juga pengerusi 1MDB, menghantar surat tuntutan kepada wakil rakyat DAP itu berhubung kenyataannya mengenai 1MDB yang didakwa berunsur fitnah, menyebabkan Najib malu dan menerima tekanan hebat.

Peguam Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun meminta Pua menyiarkan penarikan balik dan permohonan maaf dalam dua akhbar nasional, atau menghadapi tindakan undang-undang kerana ucapannya yang terkandung dalam satu video bertarikh 3 November bertajuk: "Tony Pua: Najib mewujudkan skandal terbesar di dalam sejarah Malaysia".

Pua juga diminta mengeluarkan video itu daripada Internet, berhenti membuat kenyataan fitnah dan membayar ganti rugi kepada Najib atas kenyataannya.

Ini mendorong pemimpin veteran DAP, Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang menggesa Najib membuat kenyataan menteri mengenai 1MDB yang dicemari skandal itu bagi membuktikan yang dia bukannya sedang cuba menutup ruang kepada persoalan orang ramai dan perbahasan Parlimen tentang keadaan kewangan dana negara itu ~ 



The Malaysian Insider

PERKASA tak sertai himpunan 10 Januari.

Posted: 12 Dec 2014 04:15 PM PST

 NGO pendesak Melayu, PERKASA tidak akan menyertai satu perhimpunan anjuran Majlis Perpaduan Melayu (MPM) di Bukit Jalil pada 10 Januari depan.

"Kami tak terlibat dalam himpunan itu. MPM ini memang saya yang tubuhkan dahulu, tapi ada orang dah hijack (rampas).

"Jadi PERKASA tak terlibat lagi," kata Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali dalam sidang media petang ini.

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau berfahaman sederhana dan bukannya seorang ekstremis seperti yang digelar oleh seorang bekas duta Malaysia.

Katanya, beliau berfahaman sederhana, sepertimana sikap ketua pegawai eksekutif The Star, Datuk Wong Chun Wai.

Beliau mengaitkan nama Wong ketika ditanya dalam satu sidang media hari ini mengenai kritikan bekas duta Malaysia ke Belanda, Noor Farida Ariffin ke atas PERKASA dan satu lagi kumpulan berhaluan kanan, ISMA.

Katanya, beliau juga seorang yang berfahaman sederhana jika tulisan Wong dianggap sebagai sederhana dan bukan ekstremis.

"Kalau dia sederhana, sederhanalah. Saya pun sederhana.

"Dengan Dong Zhong tak pula dia tegur. Lepas itu puak pembangkang ini pun dia tak tegur.

"Sama dengan 25 Melayu ternama ini kenapa dia tak tegur?," kata Ibrahim kepada pemberita.

Ibrahim pada penghujung November lalu mengancam untuk menyaman Wong atas satu tulisan yang didakwa memfitnah dirinya.

 PERKASA belum pasti sama ada persidangan agung tahunannya pada hari Ahad ini akan membincangkan tentang isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata demikian sewaktu ditanya tentang kekesalan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir terhadap kurangnya isu itu disentuh pada perhimpunan agung Umno baru-baru ini.

"Saya tak boleh hendak jangka (sama ada isu itu akan disentuh).

"Yang pasti ucapan saya adalah tentang kontrak sosial dan Rukunegara sebagai paksi keamanan negara," katanya sewaktu ditanya mengenai dalam satu sidang akhbar petang ini.

Malaysiakini.


MB Azmin urges BN state opposition to select leader.

Posted: 12 Dec 2014 03:30 PM PST

HULU LANGAT, Dec 12 — Selangor mentri besar Mohamed Azmin Ali today urged the state opposition Barisan Nasional (BN) to appoint a leader following the sudden resignation of its leader Datuk Shamsudin Lias on Monday.

Under the applicable rules, the Opposition leader in the state assembly is to also automatically head the state's Public Accounts Committee (PAC).

‎"If they (BN) do not comply with the rules put in place, then they are disrespectful ‎of the democratic process observed in this (Selangor) state and the country in general.

"There needs to be an Opposition leader in a Parliament or a state assembly to ensure check and balance...its part of democracy..they (BN) must act fast," Azmin who is also Bukit Antarabangsa state assemblyman told reporters.

Shamsudin stepped down from his post as state opposition leader after refusing an offer to take up the chairman role in the PAC.

He told Malay Mail Online that he would have limited authority as PAC chief due to the lack of BN representation, adding that his resignation was a "matter of honour".

However the state assembly speaker Hannah Yeoh said it "did not make sense" for the Sungai Burong assemblyman to resign just because he felt BN had insufficient quorum in the state-level select committee.

"We have 10 select committees in the state assembly and each committee has seven elected representatives.

"There are 12 BN assemblymen. Therefore, if BN wants the majority, four out of 12 will have to sit in every select committee and the dewan committees are very active... they have meetings every other week," Yeoh told a hastily organised media conference shortly after Shamsudin's resignation.

Hanya Tidak Dapat Duduk Bersebelahan Kekasihnya - Penumpang Air Asia Ugut Bom Pesawat

Posted: 12 Dec 2014 03:15 PM PST

 
Sebuah pesawat Air Asia hari ini terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang Don Mueang berikutan tindakan ganas dari dua orang penumpang pesawat yang dalam separuh jalan ke Nanjing, China.


Menurut laporan dari seorang pengguna Weibo yang berada di dalam penerbangan tersebut, pesawat terpaksa berpatah balik selepas satu pasangan China mengasari seorang pramugari, mengancam untuk melompat keluar dari kapal terbang dan meletupkan pesawat.

Pengguna itu juga menceritakan kejadian bermula dengan seorang wanita berusia 20 tahun dari Nanjing, yang duduk berasingan dari teman lelakinya, mencurahkan air panas kepada seorang pramugari yang menghantar mee segera untuk wanita tersebut.

Menurut laporan dari BangkokPost, kejadian berpunca kerana pasangan itu tidak berpuas hati kerana mereka diletakkan ditempat duduk berasingan dalam pesawat itu. Difahamkan pasangan itu adalah dari satu rombongan pelancongan dan bukannya membeli tiket secara persendirian. Oleh kerana itu tempat duduk mereka diatur mengikut abjad.

Lebih memburukkan keadaan, teman lelaki wanita berkenaan mengancam untuk meletupkan pesawat manakala wanita terbabit pula mengancam mahu membunuh diri.

 


Pramugari yang disimbah air panas


Pesawat itu terpaksa berpatah balik ke Don Mueang dimana polis menunggu untuk menahan kedua-dua mereka. Bagaimanapun, kedua-duanya tidak mahu keluar dari pesawat tersebut.

Mereka akhirnya dikeluarkan dari pesawat tersebut secara paksaan. Gambar kejadian telah dirakamkan oleh penumpang pesawat lain yang dikongsikan di laman web weibo - Siakapkeli.com.my














WANITA INDON DIROGOL,DILIWAT DAN DIPAKSA MELAKUKAN ORAL SEKS

Posted: 12 Dec 2014 08:00 AM PST


Jumaat, 12 Disember 2014.  Home » jenayah , mstar » WANITA INDON DIROGOL,DILIWAT DAN DIPAKSA MELAKUKAN ORAL SEKS  WANITA INDON DIROGOL,DILIWAT DAN DIPAKSA MELAKUKAN ORAL SEKS Seorang warganegara India dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan merogol dan meliwat seorang wanita Indonesia.  Mohamad Aslam Abdul Hameed, 28, yang merupakan seorang pemasang dawai kemudian mengaku tidak bersalah merogol wanita berusia 41 tahun dan pada masa yang sama menyebabkan kecederaan kepadanya.  Dia dituduh di bawah Seksyen 376 (2) (a) Kanun Keseksaan.  Mohamad Aslam juga mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan kedua dan ketiga meliwat wanita itu dengan melakukan seks oral dan melalui dubur.  Untuk kedua-dua pertuduhan itu, Mohamad Aslam dituduh di bawah Seksyen 377C akta yang sama.  Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bilik hotel di Jalan Bukit Bintang di sini di antara pukul 2 pagi dan 2.05 pagi pada 3 Disember tahun ini.  Malaysiakini. Seorang warganegara India dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan merogol dan meliwat seorang wanita Indonesia.

Mohamad Aslam Abdul Hameed, 28, yang merupakan seorang pemasang dawai kemudian mengaku tidak bersalah merogol wanita berusia 41 tahun dan pada masa yang sama menyebabkan kecederaan kepadanya.

Dia dituduh di bawah Seksyen 376 (2) (a) Kanun Keseksaan.

Mohamad Aslam juga mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan kedua dan ketiga meliwat wanita itu dengan melakukan seks oral dan melalui dubur.

Untuk kedua-dua pertuduhan itu, Mohamad Aslam dituduh di bawah Seksyen 377C akta yang sama.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bilik hotel di Jalan Bukit Bintang di sini di antara pukul 2 pagi dan 2.05 pagi pada 3 Disember tahun ini.



Malaysiakini.

Isu 1MDB, isyarat untuk Najib letak jawatan – Rafizi

Posted: 12 Dec 2014 07:15 AM PST

Isu ini akan terus digunakan oleh pemimpin UMNO yang lain dengan mengerakkan kempen untuk mendesak Najib.

PETALING JAYA: Tindakan pempimpin bawahan UMNO membuat laporan polis supaya siasatan dijalankan terhadap syarikat 1MDB jelas sekali menunjukkan bahawa wujud isyarat tersembunyi supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berundur.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata, ini merupakan perkembangan besar, maknanya ada pemimpin kanan berdiri dibelakang Khairudin untuk bertindak sedemikian akibat kegagalan pemimpin UMNO menjelaskan isu 1MDB.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi berikutan laporan Polis dibuat Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Sri Khairuddin Abu Hassan supaya siasatan dijalankan kepada syarikat 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana gagal menjelaskan kepada rakyat mengenai isu tersebut.

"Saya anggap ini juga sebagai isyarat tersembunyi pimpinan UMNO kepada Najib," katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today.

Jelas beliau, isu ini akan terus digunakan oleh pemimpin UMNO yang lain dengan mengerakkan kempen untuk mendesak Najib supaya memberi perhatian dan berbincang secara mendalam mengenai 1MDB dalam UMNO.

Beliau yang juga Setiausaha Agong PKR berkata isu 1MDB lebih kurang sama dengan isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang pada awalnya dinafikan pemimpian UMNO tentang ketirisan yang berlaku, sehingga menyebabkan mereka sendiri mendesak Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletak jawatan.

"Isu NFC pada awalnya dinafi pemimin UMNO, namun setelah berlakunya pergolakan dalam UMNO menyebabkan Shahrizat didesak supaya letak jawatan," katanya.

Katanya lagi, beliau juga tidak peduli sama ada ahli UMNO percaya atau tidak tentang ketirisan yang berlaku dalam 1MDB, yang penting sekarang adalah ada dalam kalangan pepimpin UMNO sudah mula bertindak menekan Najib.

"Soal UMNO percaya atau tidak, kalau mereka mula bersuara itu bukan sebab meraka ambil berat soal rasuah tetapi kerana rasuah 1MDB itu sudah tidak dapat dipertahankan lagi dengan rakyat, sebab itu segrlintir pemimpin UMNO sudah mula bersuara sekarang seperti yang berlaku NFC," ujarnya.


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Sultan mahu Azmin tumpu bola sepak

Posted: 12 Dec 2014 06:30 AM PST

  
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berharap agar Menteri Besar, Azmin Ali akan menumpukan kepada pembangunan bola sepak dan mencungkil bakat baru.



Baginda yang juga presiden Persatuan Bola sepak Selangor bimbang sekiranya prestasi pasukan negeri itu terus merosot.

"Bola sepak adalah permainan rakyat, dinikmati oleh ramai orang.

"Rekod Selangor cantik, jadi tolong pastikan kita tidak merosot terlalu teruk, jika tidak sukar untuk meningkat naik, atau untuk kita ambil tindakan," katanya dalam satu wawancara disiarkan akhbar The Star.

Titahnya, kerajaan negeri perlu menumpukan pada latihan pelapis baru dan bukannya bergantung kepada bakat dari luar negara.

Menteri besar terdahulu, Tan Sri Khalid Ibrahim menerima kritikan kerana kedekut dalam perbelanjaan untuk sukan.



Pemuda PAS negeri pada September lalu mengeluh bahawa kekurangan dana untuk pemain bola negeri menyebabkan beberapa orang pemain ternamanya berpindah ke kelab bolasepak Johor.

Khalid yang mengawal rizab berjumlah hampir RM3 bilion menjawab keluhan itu dengan pertanyaan sama ada PAS Selangor mahu lebih banyak masjid atau dana untuk bolasepak.

Dalam wawancara tersebut, Sultan Selangor juga mahu masalah bekalan air di negeri itu diselesaikan menjelang 2015.

Baginda turut menekankan mengenai perlindungan alam sekitar dan menegaskan bahawa kawasan hutan simpan perlu meliputi 30 peratus daripada keluasan tanah negeri.

Apa-apa usaha untuk membatalkan pewartaan tanah tersebut perlu melalui prosedur sewajarnya, titah baginda yang mahu hukuman tegas ke atas pihak yang didapati membuka tanah secara haram di kawasan hutan simpan dan mencuri pasir.



Malaysiakini

PMUM gagal serah memo 'UM8' pada Sultan Nazrin

Posted: 12 Dec 2014 05:45 AM PST

12 Dec 2014.  PMUM gagal serah memo 'UM8' pada Sultan Nazrin   Para pemimpin Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) tidak berjaya menyerahkan memorandum mengenai kumpulan 'UM8' kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang mengunjungi kampus berkenaan hari ini.  Para pemimpin pelajar tersebut, yang diketuai presiden PMUM yang baru dipilih, Ammar Atan berkata mereka cuba menghadap Sultan Nazrin beberapa kali namun tetap digagalkan oleh pasukan keselamatan UM.  Kumpulan itu cuba berbuat demikian ketika Sultan Nazrin – yang juga canselor UM – berada di Dewan Tunku Canselror dan sewaktu baginda bersedia untuk menaiki kereta untuk beredar.  Ammar berkata, sekatan oleh pasukan keselamatan itu tidak sepatutnya dilakukan kerana mereka hanya ingin menyerahkan memorandum mengenai kumpulan UM8 yang dikenakan tindakan oleh pentadbiran universiti.  "Saya rasa ini aneh. Saya cuma mahu serahkan memorandum ini kepada baginda.  "Bukannya saya nak bagi bom atau benda yang bukan-bukan," kata Presiden PUM yang baru dipilih, Ammar Atan kepada Malaysiakini.  "Rasanya baginda tidak dimaklumkan tentang perkara ini kerana baginda seorang yang mudah didekati.  "Baginda bergaul dengan mahasiswa, mengambil selfie dan sebagainya. Saya rasa pembantu peribadinya yang membuat keputusan (untuk tidak memaklumkan baginda)," kata Ammar.  Kumpulan siswa berkenaan bagaimanapun berjaya menyerahkan memorandum tersebut kepada setiausaha politik kepada Menteri Pelajaran II, Danial Abdul Rahman.  Kumpulan UM8 itu menerima tindakan ekoran pengajuran pidato ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 27 Oktober lalu.  Sultan Perak itu menghadiri syarahan oleh seorang profesor tamu, Jonathan Bates.  Malaysiakini.

Para pemimpin Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) tidak berjaya menyerahkan memorandum mengenai kumpulan 'UM8' kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang mengunjungi kampus berkenaan hari ini.

Para pemimpin pelajar tersebut, yang diketuai presiden PMUM yang baru dipilih, Ammar Atan berkata mereka cuba menghadap Sultan Nazrin beberapa kali namun tetap digagalkan oleh pasukan keselamatan UM.

12 Dec 2014.  PMUM gagal serah memo 'UM8' pada Sultan Nazrin   Para pemimpin Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) tidak berjaya menyerahkan memorandum mengenai kumpulan 'UM8' kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang mengunjungi kampus berkenaan hari ini.  Para pemimpin pelajar tersebut, yang diketuai presiden PMUM yang baru dipilih, Ammar Atan berkata mereka cuba menghadap Sultan Nazrin beberapa kali namun tetap digagalkan oleh pasukan keselamatan UM.  Kumpulan itu cuba berbuat demikian ketika Sultan Nazrin – yang juga canselor UM – berada di Dewan Tunku Canselror dan sewaktu baginda bersedia untuk menaiki kereta untuk beredar.  Ammar berkata, sekatan oleh pasukan keselamatan itu tidak sepatutnya dilakukan kerana mereka hanya ingin menyerahkan memorandum mengenai kumpulan UM8 yang dikenakan tindakan oleh pentadbiran universiti.  "Saya rasa ini aneh. Saya cuma mahu serahkan memorandum ini kepada baginda.  "Bukannya saya nak bagi bom atau benda yang bukan-bukan," kata Presiden PUM yang baru dipilih, Ammar Atan kepada Malaysiakini.  "Rasanya baginda tidak dimaklumkan tentang perkara ini kerana baginda seorang yang mudah didekati.  "Baginda bergaul dengan mahasiswa, mengambil selfie dan sebagainya. Saya rasa pembantu peribadinya yang membuat keputusan (untuk tidak memaklumkan baginda)," kata Ammar.  Kumpulan siswa berkenaan bagaimanapun berjaya menyerahkan memorandum tersebut kepada setiausaha politik kepada Menteri Pelajaran II, Danial Abdul Rahman.  Kumpulan UM8 itu menerima tindakan ekoran pengajuran pidato ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 27 Oktober lalu.  Sultan Perak itu menghadiri syarahan oleh seorang profesor tamu, Jonathan Bates.  Malaysiakini.

Kumpulan itu cuba berbuat demikian ketika Sultan Nazrin – yang juga canselor UM – berada di Dewan Tunku Canselror dan sewaktu baginda bersedia untuk menaiki kereta untuk beredar.

Ammar berkata, sekatan oleh pasukan keselamatan itu tidak sepatutnya dilakukan kerana mereka hanya ingin menyerahkan memorandum mengenai kumpulan UM8 yang dikenakan tindakan oleh pentadbiran universiti.

"Saya rasa ini aneh. Saya cuma mahu serahkan memorandum ini kepada baginda.

"Bukannya saya nak bagi bom atau benda yang bukan-bukan," kata Presiden PUM yang baru dipilih, Ammar Atan kepada Malaysiakini.

"Rasanya baginda tidak dimaklumkan tentang perkara ini kerana baginda seorang yang mudah didekati.

"Baginda bergaul dengan mahasiswa, mengambil selfie dan sebagainya. Saya rasa pembantu peribadinya yang membuat keputusan (untuk tidak memaklumkan baginda)," kata Ammar.

Kumpulan siswa berkenaan bagaimanapun berjaya menyerahkan memorandum tersebut kepada setiausaha politik kepada Menteri Pelajaran II, Danial Abdul Rahman.

Kumpulan UM8 itu menerima tindakan ekoran pengajuran pidato ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 27 Oktober lalu.

Sultan Perak itu menghadiri syarahan oleh seorang profesor tamu, Jonathan Bates.


Malaysiakini.

Bank Dunia Dedah PM Jual Aset Negara ??

Posted: 12 Dec 2014 05:00 AM PST


Habis aset negara di jual oleh Najib...kite gak yg akn terus hidup dlm kesusahan..yg dia blh bersenang lenang dgn mah nya tu..puiii

Harga minyak dunia turun ke paras USD50 hari ini .. ??

Posted: 12 Dec 2014 04:30 AM PST

Harga minyak dunia turun ke paras USD50 hari ini .. penurunan sebanyak kira kira 50% .. Tapi kera jaan tidak mahu menurunkan harga minyak. Ini bermakna, kerajaan berniaga dan rakyat Malaysia adalah pengguna. Kita perlu menurunkan harga minyak dengan harapan kos sara hidup kita akan turun.  Saya sokong malam tahun baru kita bersama sama menterjemahkan perasaan kita di Dataran Merdeka. Adakah kita ini betul betul Merdeka ?  Satu lagi cara adalah untuk mengadakan BLOCKOUT .. .. ia itu dengan memandu perlahan. Tidak ada tindakan akan diambil kerana tiada undang undang yang mengenai hadlaju minima, cuma ada undang undang hadlaju maksima.. Pemandu lori Perancis telah melumpuhkan negara itu dengan memandu 5 kilometer sejam.  Anda sanggup ?  .

Harga minyak dunia turun ke paras USD50 hari ini .. penurunan sebanyak kira kira 50% .. Tapi kera jaan tidak mahu menurunkan harga minyak. 

Ini bermakna, kerajaan berniaga dan rakyat Malaysia adalah pengguna. Kita perlu menurunkan harga minyak dengan harapan kos sara hidup kita akan turun.

Saya sokong malam tahun baru kita bersama sama menterjemahkan perasaan kita di Dataran Merdeka. Adakah kita ini betul betul Merdeka ?

Satu lagi cara adalah untuk mengadakan BLOCKOUT .. .. ia itu dengan memandu perlahan. Tidak ada tindakan akan diambil kerana tiada undang undang yang mengenai hadlaju minima, cuma ada undang undang hadlaju maksima.. 

Pemandu lori Perancis telah melumpuhkan negara itu dengan memandu 5 kilometer sejam.


Anda sanggup ?

Anwar mahu Chegubard berhenti kritik Azmin

Posted: 12 Dec 2014 03:45 AM PST

 
 
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pemimpin Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin menghentikan kritikan ke atas Azmin Ali dan membiarkan menteri besar itu menjalankan tugasnya.

Katanya, Badrul Hisham yang digantung keahliannya dalam PKR perlu mengemukakan aduan kepada jawatankuasa disiplin.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan Badrul bahawa lima orang ADUN Selangor menarik balik sokongan ke atas presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail beberapa hari sebelum Azmin dilantik sebagai menteri besar.

"Jika ada aduan, mereka boleh rujuk kepada jawatankuasa disiplin.

"(Badrul, yang juga dikenali dengan nama Chegubard) berhak untuk mengadu, tapi bagi kes ini, beliau perlu beri ruang kepada Azmin untuk jalankan tugas sebagai MB," katanya.
 
 
Malaysiakini

Pemimpin Umno lapor polis ke atas 1MDB

Posted: 12 Dec 2014 03:00 AM PST

  
Seorang pemimpin bahagian Umno membuat laporan polis terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB), firma pelaburan yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


Datuk Khairuddin Abu Hassan dari Umno bahagian Batu Kawan membuat laporan polis itu di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi petang ini.

"Saya berasa curiga dan ragu-ragu dengan pengurusan kewangan 1MDB yang tidak telus," katanya kepada pemberita.

1MDB menerima kritikan pelbagai pihak, termasuk Pakatan Rakyat, yang menyifatkan 1MDB sebagai "ibu segala skandal" dan juga bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga mengkritik keras badan pengurusan dana tersebut.

Laporan itu dibuat ke atas 1MDB dan lembaga pengarahnya.

Khairuddin juga memberi amaran bahawa beliau akan membuat laporan ke atas Najib sebagai menteri kewangan sekiranya tiada tindakan susulan diambil ke atas laporannya.



Malaysiakini

Bakal Terbongkar: Kabinet bincang isu 1MDB

Posted: 12 Dec 2014 02:15 AM PST


Rabu lepas 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menjadi perhatian kerana hutang dan ketidakupayaannya mengemukakan akaun mengikut masa. –
 
1Malaysia Development Bhd (1MDB) menjadi perhatian kerana hutang dan ketidakupayaannya mengemukakan akaun mengikut masa. 

Isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang kontroversi dibincangkan pada mesyuarat Kabinet minggu ini Rabu lepas, yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selepas ia dibangkitkan seorang menteri, menurut sumber hari ini.

Dana kekayaan negara kedua Malaysia itu menjadi perhatian kerana hutang dan ketidakupayaannya mengemukakan akaun mengikut masa, mengundang kritikan dari ahli Parlimen pembangkang, malah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika itu sedang mengadakan lawatan rasmi ke Korea Selatan dan tidak menghadiri mesyuarat Kabinet.

The Malaysian Insider difahamkan yang beberapa menteri melahirkan kebimbangan kerana mereka tidak tahu menahu mengenai 1MDB dan tidak dapat memberi penerangan yang jelas mengenai syarikat pelaburan itu.

1MDB sedang dalam proses menyenaraikan aset tenaganya dan juga terlibat dalam projek pembangunan hartanah Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange di Kuala Lumpur.

1MDB ialah dana kekayaan negara kedua selepas Khazanah Nasional Berhad. Pengkritik sekian lama mempertikaikan 1MDB dari segi hutangnya yang banyak, penggunaan wangnya dan operasinya yang kabur.

Dalam masa hanya lima tahun beroperasi, dana itu mengumpul RM38 bilion hutang tetapi kerisauan yang dilontarkan terhadap kestabilan kewangannya diketepikan pengerusinya Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin yang berkata asetnya berjumlah RM51.4 bilion, kira-kira RM2.5 bilion lebih daripada liabilitinya yang berjumlah RM48.9 bilion pada 31 Mac tahun ini.

Diserang kerana pelaburannya di Cayman Islands – pangkalan bagi operasi dana lindung nilai –

Putrajaya mengumumkan 1MDB akan membawa balik semua pelaburannya sebelum akhir tahun, walaupun mencatat pulangan sebanyak 6% hingga 7% pada akhir tahun lepas.

Dr Mahathir terus-terusan mengkritik 1MDB, menegaskan yang dana itu tidak perlu diwujudkan kerana ia hanya menambah hutang negara.

"1MDB dikatakan dana kekayaan berdaulat, tetapi sebenarnya tidak. Ia wang yang kita pinjam. Apabila kita meminjam, kita perlu membayar balik.

Ini bukan kekayaan. "Pada pendapat saya, tidak ada 1MDB pun takpa," negarawan itu dipetik sebagai berkata dalam laporan berita apabila ditanya sama ada dana itu perlu ditutup.

Pemimpin pembangkang, Tony Pua (DAP) dan Rafizi Ramli (PKR), juga mempertikaikan penyelewengan yang dikesan dalam dana itu, termasuk kegagalan mengemukakan penyata kewangan pada masanya.

Bulan lepas, Najib yang juga pengerusi 1MDB, menghantar surat tuntutan kepada wakil rakyat DAP itu berhubung kenyataannya mengenai 1MDB yang didakwa berunsur fitnah, menyebabkan Najib malu dan menerima tekanan hebat. Peguam Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun meminta Pua menyiarkan penarikan balik dan permohonan maaf dalam dua akhbar nasional, atau menghadapi tindakan undang-undang kerana ucapannya yang terkandung dalam satu video bertarikh 3 November bertajuk: "Tony Pua: Najib mewujudkan skandal terbesar di dalam sejarah Malaysia".

Pua juga diminta mengeluarkan video itu daripada Internet, berhenti membuat kenyataan fitnah dan membayar ganti rugi kepada Najib atas kenyataannya.

Ini mendorong pemimpin veteran DAP, Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang menggesa Najib membuat kenyataan menteri mengenai 1MDB yang dicemari skandal itu bagi membuktikan yang dia bukannya sedang cuba menutup ruang kepada persoalan orang ramai dan perbahasan Parlimen tentang keadaan kewangan dana negara itu.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Ku Li kecewa dengan keadaan negara bawah pentadbiran sekarang

Posted: 12 Dec 2014 01:30 AM PST

 
Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, ahli Parlimen paling lama berkhidmat di Malaysia kecewa dengan keadaan negaranya.

"Saya tidak boleh hadapi semula pengalaman apabila Malaysia, selepas Merdeka, terperangkap dalam situasi sama dengan apa yang kita hadapi sekarang," katanya dalam temubual bersama The Edge Review.

Landskap politik Malaysia bermasalah, apabila isu sensitif perkauman dan agama mendominasi tajuk utama media dan bualan umum, menerima kesan kemerosotan ekonomi serius dengan hutang sektor awam yang meningkat dan isi rumah meninggalkan negara ini sangat terdedah kepada kejutan luar.

"Kita tidak pernah berada dalam situasi sebegini," kata ahli politik veteran berumur 77 tahun itu.

Tengku Razaleigh, putera raja daripada negeri pantai timur Kelantan itu sememangnya tahu.

Sejak pertengahan 1960-an, Tengku Razaleigh memainkan peranan dalam beberapa inisiatif ekonomi negara dan memegang jawatan penting sebagai menteri dan menjadi pesaing kuat untuk menjadi pemimpin utama negara.

Pada 1965, beliau menjadi pengarah eksekutif pertama Bank Bumiputra, yang hari ini selepas mengalami beberapa transformasi menjadi penjana kewangan serantau Kumpulan CIMB.

Pada 1974, beliau dilantik sebagai pengerusi dan ketua eksekutif perbadanan minyak nasional baru, Petroliam Nasional Berhad (Petronas), satu jawatan yang disifatkan perdana menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein sebagai "setara dengan menteri Kabinet".

Ketika zaman kegemilangannya, Tengku Razaleigh juga mencetuskan gelombang dalam parti Umno yang mendominasi kerajaan pemerintah Barisan Nasional (BN).

Pada 1971, beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno dan 2 tahun kemudian menjadi bendahari parti.

Ini diikuti dengan pelantikannya dalam Kabinet apabila menjadi menteri kewangan sekitar 1976 hingga 1984, dan menteri perdagangan antarabangsa dan industri dari 1984 hingga 1987.

Beliau meninggalkan kerajaan selepas tewas merebut jawatan presiden Umno, dan perdana menteri Malaysia yang secara tradisinya datang dengannya, menentang Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kekalahannya menyebabkan Tengku Razaleigh digugurkan daripada kerajaan, bersama dengan penyokongnya.

Sejak itu, beliau disisihkan daripada politik arus perdana dalam Umno dan kerajaan. Tetapi bagi kebanyakan rakyat Malaysia, beliau kekal bersuara lantang.
 
 
KedahLanie

Umno leader makes police report against 1MDB….at long last…well after PAU…Kudos! - Amin Khairuddin (FMT)

Posted: 12 Dec 2014 01:06 AM PST

 
Umno leader makes police report against 1MDB….at long last…well after PAU…Kudos!  December 12, 2014 Amin Khairuddin (FMT)  The Batu Kawan Umno deputy chief gives a long list of allegations for the authorities to probe.  Umno 1MDB2KUALA LUMPUR: An Umno divisional leader believed to be backed by powerful forces in the party today lodged a damning police report against 1MDB and its subsidiaries.  Batu Kawan Umno deputy chief Khairuddin Abu Hassan, in a report made at the Dang Wangi police station, gave a list of what he said were

The Batu Kawan Umno deputy chief gives a long list of allegations for the authorities to probe.

Umno 1MDB2KUALA LUMPUR: An Umno divisional leader believed to be backed by powerful forces in the party today lodged a damning police report against 1MDB and its subsidiaries.

Batu Kawan Umno deputy chief Khairuddin Abu Hassan, in a report made at the Dang Wangi police station, gave a list of what he said were "questionable" business, investment and fund raising transactions and decisions.

He called for "detailed and comprehensive" investigations, including the interrogation of 1MDB's directors as well as representatives of any company that may be implicated.

He said he decided to lodge the report after studying various reports in both the national and international print media as well as online media that "clearly proved" that there were weaknesses in 1MDB's management of taxpayer funds.

1MDB had failed to be convincing in countering these allegations of impropriety, he added.
"As a responsible citizen," he said, "I am anxious and worried over the very opaque manner of 1MDB's management of its funds.

"As of March 2014, 1MDB is burdened with debts to the tune of RM41.9 billion, bearing the risk of bankruptcy and the loss of public funds. This will burden the Malaysian Government as 1MDB's guarantor."

The report urges the authorities to look into the following, among other things:

The procedures 1MDB follows in raising funds from overseas and in disbursing its funds
The question of 1MDB paying interest at rates higher than the market rate


The question of 1MDB paying fees to Goldman Sachs International that are considered exorbitant
The less-than-transparent parking of funds overseas, specifically in the Cayman Islands


Petaling Jaya Utara MP Tony Pua's statement that the Finance Ministry had issued a letter of support to guarantee 1MDB's loans and Deputy Finance Minister Ahmad Maslan's subsequent assertion that no such letter had been issued


The workings of 1MDB subsidiaries, 1MDB Global Investments Ltd and 1MDB Energy Ltd
The purchase of energy assets from Powertek Energy and Sanyen Power Sdn Bhd at prices higher than the market price


The purchase of 234 acres of land in Air Itam at RM1.38 billion, which will be hard to recover from the proposed housing projects


The US$1.2 billion investment in PetroSaudi International Ltd, which was done without transparency


The purchase of land from Tadman Resources Bhd in Pulau Indah for RM317 million


The purchase, at a premium price, of the site for the Tun Razak Exchange project.