Ahad, 7 Disember 2014

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Isu PERMATA NEGARA - Wanita PKR Mahu Jumpa Di Mahkamah “Jumpa di mahkamah.”

Posted: 07 Dec 2014 11:45 PM PST


Monday, 8 December 2014.  Isu PERMATA NEGARA - Wanita PKR Mahu Jumpa Di Mahkamah  Begitu kata anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan Haniza Talha selepas memberi kenyataan di ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya terhadap siasatan menghasut hari ini.

Beliau dipanggil untuk soal siasat selepas mengkritik peruntukan belanjawan kepada program asuhan dan didikan awal kanak-kanak PERMATA hasil cetusan idea isteri perdana menteri Rosmah Mansor.

Ditemani peguam G Sivamalar, Haniza berkata, beliau tidak menjawab soalan yang diajukan kerana merasakannya suatu "perangkap".

"Saya beritahu dia (pegawai penyiasat) saya hanya akan jawab soalan atau beri maklumat lanjut di mahkamah," katanya kepada pemberita di luar IPD itu.

Haniza, timbalan ketua Wanita PKR, dipanggil polis setelah dua laporan dibuat terhadapnya ekoran artikel di laman web parti itu yang dikatakan berunsur hasutan.

Artikel dirujuk itu berbunyi "Subsidi dipotong demi Permata Rosmah RM711 juta" yang mana Haniza dilaporkan mempersoalkan peruntukan itu sedangkan kerajaan sudah mempunyai program prasekolah.


Posted by Jeebond BLM
 

Gara-Gara Kenyataan Kontroversi.. Najib Mungkin Pecat Ahli Majlis Tertinggi Umno Ini?

Posted: 07 Dec 2014 11:00 PM PST


Monday, 8 December 2014.  Gara-Gara Kenyataan Kontroversi.. Najib Mungkin Pecat Ahli Majlis Tertinggi Umno Ini?  Ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Naina Merican mempertikaikan pelantikan tokoh korporat Jerman Christoph R Mueller sebagai ketua pegawai eksekutif baru Malaysia Airlines Bhd (MAS NewCo).  Wakil rakyat Umno itu berkata, jawatan penting itu seharusnya diberikan keutamaan kepada warga tempatan.  Reezal dalam kenyataannya berkata, beliau sebelum ini telah membangkitkan keperluan menggunakan pakar tempatan sewaktu penubuhan Vestigo Petroleum.  Ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Naina Merican mempertikaikan pelantikan tokoh korporat Jerman Christoph R Mueller sebagai ketua pegawai eksekutif baru Malaysia Airlines Bhd (MAS NewCo).

Wakil rakyat Umno itu berkata, jawatan penting itu seharusnya diberikan keutamaan kepada warga tempatan.

Reezal dalam kenyataannya berkata, beliau sebelum ini telah membangkitkan keperluan menggunakan pakar tempatan sewaktu penubuhan Vestigo Petroleum.

"Tenaga dan kepakaran tempatan mestilah diberikan keutamaan dalam apa jua keadaan.

"Isu ini saya bangkitkan secara jelas di Dewan Rakyat," katanya.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu turut menegaskan bahawa industri penerbangan merupakan industri strategik dan penting dan oleh itu pelantikan pengurusan tertingginya tidak harus diambil mudah.

"Walaupun mungkin Mueller adalah pakar terbaik di dalam industri penerbangan beliau masih boleh berperanan sebagai konsultan dan bukannya seorang ketua eksekutif," katanya.

'Bukan nasionalis sempit'

Mueller yang akan memulakan tugasnya pada 1 Januari tahun depan turut dipersoalkan sama ada memahami implikasi keputusan dasar yang akan dibuat kepada negara nanti.

"Apakah CEO baru ini faham dengan implikasi keputusan dasar yang dibuat kepada agenda besar Bumiputera/ekonomi nasional nanti?

"Atau keputusannya akan hanya bergantung kepada keuntungan dan kerugian semata-mata?" soal Reezal.

Katanya, pandangan itu dikemukakan bukan atas jalur pemikiran 'nasionalistik sempit' tetapi "keperluan sebenar MAS dan masa hadapannya".

"MAS bukan syarikat biasa; ia amanah dan lambang kemampuan kita menyusun langkah ekonomi yang tepat," ujarnya.

Sebelum ini mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengulas pelantikan Mueller dengan kenyataan kontroversi:

"Orang Malaysia bodoh. Mereka tidak tahu urus (syarikat) penerbangan." 


~malaysiakini 

ADUN PKR : "Guna Akta Hasutan Bila Persoal Bajet PERMATA

Posted: 07 Dec 2014 10:15 PM PST

 

'Langkah ke belakang' guna Akta Hasutan kerana persoal bajet Permata, kata Adun PKR Taman Medan Tindakan polis menggunakan Akta Hasutan menyiasat gesaan ke arah ketelusan dalam peruntukan bajet merupakan satu langkah mundur ke belakang, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan Haniza Talha.

Haniza, yang mempersoalkan jumlah dana program pendidikan awal kanak-kanak, Permata, dipanggil polis pagi ini bagi disoal siasat mengikut akta berkenaan berhubung kenyataannya dalam artikel bertajuk "Subsidi dipotong demi Permata Rosmah RM711 juta".

"Saya melihat tindakan ini sebagai langkah ke belakang, kerana apa yang saya buat adalah hak saya sebagai wakil rakyat untuk mempersoalkan peruntukan bajet.

"Ini adalah trend yang membimbangkan dalam kita maju ke depan," katanya di ibu pejabat polis Petaling Jaya.

Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah penaung program Permata. Haniza disoal siasat Inspektor Hasbullah Muda, ditemani peguamnya Sivamalar Genapathy, yang juga naib ketua Wanita PKR.

"Kira-kira 6 hingga 10 soalan ditanya, tetapi saya kata saya akan jawab semuanya di mahkamah," katanya.


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

HOT!!! Dr Mashitah Ibrahim Dipanggil Beri Keterangan Di IPD Dang Wangi... Jom Terjah!!!

Posted: 07 Dec 2014 09:30 PM PST



 
KUALA LUMPUR: Ketua Wanita UMNO Baling Datuk Dr Mashitah Ibrahim tampil beri keterangan di IPD Dang Wangi petang Ahad susulan kenyataan dibuatnya mengenai isu pembakaran Al-Quran.

Dr Mashitah membangkitkan isu itu dalam perbahasannya di Perhimpunan Agung UMNO 2014 yang berlangsung pada akhir bulan lalu.

Lapor portal Agenda Daily, beliau tiba di ibu pejabat polis itu jam 2.30 petang dan selesai memberi keterangan kira-kira jam 4 petang.

Beliau yang ditemani suaminya Datuk Seri Abdul Shakor Abu Bakar bagaimanapun enggan menyatakan butiran keterangan yang diberikan kepada pihak polis.

Pada Jumaat, Ketua Parlimen DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang menggesa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan kenapa tiada sebarang siasatan dibuat terhadap Mashitah, biarpun telah ada laporan polis dibuat.

Kit Siang berkata Ahmad Zahid mengambil masa lama memberi arahan kepada pihak polis menyiasat kenyataan Dr Mashitah.

Pada 28 November, Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching membuat laporan polis kerana kenyataan Dr Mashitah dianggap langsung tidak bertanggungjawab.

Pemimpin muda DAP Dyana Sofya Mohd Daud berkata kenyataan Dr Mashitah boleh menimbulkan huru-hara dan pecah belah.

Sebuah portal berita sebelum ini melaporkan bahawa bekas timbalan menteri itu betanyakan perwakilan UMNO adakah mereka rasa tercabar dengan kejadian itu.

"Rasa tercabar atau tidak? Rasa sensitif atau tak? Rasa sedih atau tak. Kalau rasa begitu, kenapa tidak bersuara. Jangan diam. Mana suara kita di dalam media, di alam maya. Jangan jadi majoriti senyap. (Jangan biarkan) yang minoriti ini bercakap," katanya seperti dipetik dari laporan itu.



-Sumber:astroawani

Ini Dia Pasukan Elit Yang Buru ‘jerung’ judi, maksiat, kongsi gelap Stagg buru ‘jerung’ judi, maksiat, kongsi gelap. ILAH HAFIZ AZIZ

Posted: 07 Dec 2014 08:45 PM PST

 

ANGGOTA STAGG membuat demonstrasi menyelamat mangsa pemerdagangan manusia pada majlis pelancaran Skuad Taktikal Khas 3 STAGG di FRIM, Kepong, Kuala Lumpur, semalam. –

BERNAMA KUALA LUMPUR 7 Dis. - Selepas menubuhkan dua pasukan elit bagi membanteras jenayah berprofil tinggi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan satu lagi skuad khas yang antara tujuan utamanya ialah untuk menangkap 'jerung-jerung' yang menjadi dalang bagi kegiatan perjudian, maksiat dan gengsterisme.

Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (Stagg) ini difahamkan dievolusi daripada gerak kerja Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman dan akan memberi tumpuan terhadap suspek-suspek yang memainkan peranan penting dalam kegiatan judi haram, pelacuran serta kumpulan kongsi gelap di seluruh negara.

Stagg juga setanding dengan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) dan Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) yang diwujudkan setahun lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penubuhan skuad taktikal ketiga itu dilihat akan membantu PDRM dalam menumpaskan pelbagai kegiatan haram di negara ini.

"Saya sebenarnya setuju dengan laporan media yang mengatakan bahawa penangkapan 'jerung' (kegiatan perjudian, maksiat dan gengsterisme) harus dilakukan kerana operasi-operasi yang dilaksanakan sebelum ini hanya menangkap 'ikan bilis' sahaja.

"Menerusi penubuhan Stagg ini, saya yakin PDRM mampu menangkap lebih banyak 'jerung'... Bukan sekadar di Kuala Lumpur sebaliknya di seluruh negara," katanya selepas melancarkan penubuhan skuad berkenaan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), di sini hari ini.

Turut hadir adalah Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh.

Utusan Malaysia sebelum ini ini mendedahkan tentang kegiatan perjudian haram yang dilihat `tumbuh bagai cendawan selepas hujan' sehingga memaksa PDRM memberi tempoh selama seminggu untuk premis-premis judi ditutup.

Bagaimanapun, di sebalik kejayaan itu, hanya penjaga premis judi serta warga asing yang ditangkap manakala dalang-dalang yang mewujudkan premis itu masih lagi bebas.

Mingguan Malaysia hari ini juga mempersoalkan perkara sama dan menyatakan tiada tangkapan ke atas 'taiko-taiko' kegiatan jenayah itu meskipun lebih 10,000 serbuan dilakukan dan keadaan itu mewujudkan persoalan keupayaan pihak berkuasa untuk mengesan mereka.

Sementara itu, ditanya tentang kemampuan Stagg untuk membanteras gejala perjudian haram di-sebabkan akta sedia ada iaitu Akta Rumah Judi Terbuka 1953 terbatas, Ahmad Zahid menyatakan, skuad itu bakal diperkasakan dengan Akta Pencegahan Jenayah (POCA).

"Sememangnya Akta Rumah Judi Terbuka belum lagi dipinda namun Stagg akan mengikut akta-akta dalam setiap tindakan yang dilaksanakan," jelasnya.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid juga memberitahu, pihaknya akan mempertimbangkan untuk mening-katkan elaun khas bagi pegawai dan anggota yang menyertai Stagg, Stafoc dan STING.

Saya memikirkan elaun sedia ada yang diterima mereka belum lagi mencukupi dan tidak selaras dengan gerak kerja mereka yang berisiko tinggi," katanya.

Dalam perkembangan sama, Zahid turut memberitahu, buat pertama kali pasukan taktikal ketiga itu turut mengisi seramai 20 kakita-ngan awam yang dilihat akan membantu menyeragamkan tugas Stagg dan melancarkan proses-proses pendakwaan di mahkamah nanti.



Posted by mountdweller

 

Bedah Lutut Pun Doktor Asing Yang Buat, Apalah Nak Dihairankan Dengan CEO MAS!!

Posted: 07 Dec 2014 08:00 PM PST

Ramai benar yang tidak setuju dengan tindakan kerajaan melantik warga Jerman, Christoph R Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MAS bermula 1 Januari tahun depan.

Walaupun rekodnya memulihkan syarikat penerbangan Ireland yang bermasalah, Aer Lingus dalam tempoh setahun dilihat sebagai pencapaian terbaiknya tetapi rekod itu bukanlah sandaran mutlak beliau juga mampu memulihkan MAS.

Pengerusi PAC yang juga Ahli Parlimen Pulai, Nur Jazlan Mohamed berkata, Mueller memerlukan magik untuk memulihkan MAS kerana kedudukannya sebagai syarikat milik negara adalah berbeza dengan di Eropah yang dimiliki oleh swasta.

Selain itu, katanya, MAS juga berdepan dengan banyak masalah berkaitan operasi perniagaan yang turut disulitkan lagi dengan kehilangan dua pesawat sebelum ini iaitu MH17 dan MH370.

Bekas Pengarah Urusan MAS, Aziz Abdul Rahman pula berkata, perlantikan itu merupakan suatu pembaziran kerana negara sebenarnya mempunyai calon yang berkelayakan untuk menerajui dan memulihkan syarikat penerbangan itu.

Katanya, ketika kerajaan membuang ramai pekerja MAS dengan alasan untuk menjimatkan perbelanjaan, tetapi dalam masa yang sama sanggup membayar seorang warga asing dengan gaji yang mahal, jelas membuktikan pertentangan dalam tindakan yang diambilnya. Tambah beliau, sebagai warga asing, Mueller juga tidak mungkin mampu menangani masalah yang berlaku kerana tidak memahami budaya masyakat dan negara ini.

Ketua UMNO Cheras, Syed Ali Alhabshee pula berkata, perlantikan warga asing menerajui MAS setelah 57 tahun merdeka adalah bukti kegagalan kerajaan menentukan hala tuju syarikat penerbangan negara itu.

Beliau mempersoalkan, apakah perlantikan warga asing itu merupakan jalan terbaik untuk menjamin pemulihan, selain bukti ketandusan calon tempatan serta ketidakpercayaan kerajaan terhadap bakat dalam negara sendiri.



Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga melihat perlantikan Mueller itu sebagai bukti kegagalan kerajaan yang dipimpin oleh Najib sedangkan Air Asia yang dipimpin oleh rakyat tempatan boleh berkembang dan mencatat keuntungan yang membanggakan setiap tahun.

Ada juga yang berkata, sebagai syarikat milik negara seperti Syarikat Perumahan Negara dan banyak yang lain, MAS seharusnya dipimpin oleh rakyat tempatan, tambahan pula sebelum ini ia pernah berjaya dibawah pimpinan Aziz Abdul Rahman.

Yang lain pula berpendapat, Mueller hanya wajar dilantik sebagai konsultan saja dan bukannya CEO.

Sebagai syarikat milik negara yang mempunyai banyak kepentingan tersurat dan tersirat melibatkan rakyat dan negara, hanya warga tempatan yang dapat memahami bagaimana MAS seharusnya diuruskan dan bukannya warga asing.

Pendeknya, sejak Khazazah mengumumkan perlantikan Mueller yang mendapat persetujuan Najib Razak, semakin ramai yang terbuka menyatakan tidak setuju dengan perlantikan itu. Kalangan pemimpin UMNO sendiri tidak segan-segan menyatakan perasaan itu.

Jika negara baru merdeka, perlantikan warga asing itu mungkin boleh difahami tetapi setelah 57 tahun bebas daripada penjajahan dan sudah terbukti ramai bakat tempatan telah menunjukkan kemampuan dalam pelbagai bidang, perlantikan Mueller ini seolah-olah langkah ke belakang dalam mengangkat jati diri ke arah yang lebih bermaruah.

Apakah kiblat dan pemikiran kepimpinan negara hari ini masih dijajah dan lebih mengagungkan warga asing? Jika diimbau sejak Najib memimpin negara ini, sudah banyak terlihat pengagungan kepada orang asing ini berlaku.

Najib memulai memimpin negara ini dengan menunjukkan isyarat lebih menggilai sanjungan dan pengiktirafan Barat, terutamanya Amerika Syarikat dalam pentadbirannya.

Di awal memegang kuasa, beliau bukan saja melantik rakan baiknya, Jamaluddin Jarjis sebagai Duta ke Amerika dengan tujuan menjalin hubungan baik dan akrab, bahkan negara Uncle Sam itu juga merupakan destinasi paling kerap dilawatinya.

Tidak cukup dengan itu, Najib juga telah melantik Apco, sebuah syarikat asing sebagai penasihat medianya dengan kos awalnya dilaporkan sebanyak RM70 juta setahun.

Ketika Najib mengalami sakit lutut dan terpaksa menjalani pembedahan, doktor yang melakukan pembedahan itu didatangkan khas daripada sebuah universiti di Amerika Syarikat manakala doktor tempatan hanya menjalankan pemeriksaan dan berperanan sebagai tenaga sampingan saja.

Ia jelas berbeza dengan Mahathir yang percaya dengan kebolehan pakar tempatan ketika menjalani pembedahan jantungnya.

Selain itu, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang menjadi kebanggaan Muhyiddin sebagai Menteri Pendidikan ketika membentangkannya beberapa tahun lalu juga sebenarnya dirangka oleh sebuah syarikat asing, McKinsey and Co dengan kos sebanyak RM20 juta.

Jika diselidiki satu persatu, pasti banyak lagi perkara yang berkaitan kerajaan sekarang ini yang turut telah diserahkan kepada kepakaran asing memberi ideanya. Negara kita ketika ini bagaikan ditadbir mengikut acuan dan kerangka Barat saja layaknya.

Sebabnya tidak lain ialah kerana "dalam kepala orang nombor satu" negara ketika ini memang lebih condong ke arah itu.

Apalah nak dihairankan jika sekadar menerajui MAS dilantik warga asing sedangkan untuk mempromosi diri dan membedah lututnya pun turut dilakukan oleh orang asing juga.

Bagi Najib, Barat dan warga asing lebih berkelayakan daripada rakyat senegara dan sebangsa dengannya.


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Berebut Lembu punca UMNO Damansara Dalam bergolak?

Posted: 07 Dec 2014 07:15 PM PST

Berebut Lembu punca UMNO Damansara Dalam bergolak?  Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Abdul Shukur Idrus berkata kumpulan anggota parti yang mengugut untuk keluar parti wajar diambil tindakan pecat.  Katanya, ugutan dari anggota cawangan Damansara Dalam itu bertujuan untuk memalukan Umno dan wajar dikenakan tindakan pecat.  "Kalau dia sudah mahu keluar parti, kita pecat sahajalah dan kita tak terima dia lagi.  "Kalau dia belum keluar, kita boleh panggil dia untuk sesi pendengaran tetapi lebih baik kita pecat sahaja," kata ADUN Kuang itu.  Katanya, sebarang pemecatan hanya boleh dilakukan oleh Majlis Tertinggi (MT) Umno.  "Kita boleh buat laporan (kepada MT) dan mereka yang akan membuat keputusan," katanya sewaktu dihubungi Malaysiakini.  Isu lembu korban  Menurut Shukur, laporan yang diterimanya memaklumkan bahawa individu yang berbuat demikian tidak berpuas hati dengan isu agihan lembu korban.  "Saya dimaklumkan yang beliau pernah bertanding AJK (anggota jawatankuasa) bahagian tetapi kalah.  "Kemudian ada masalah kecil dengan masalah pengagihan lembu korban.  "Sekarang, dalam hati dia berniat nak memalukan kita, maka dia melakukan perbuatan itu (mengugut keluar parti)," katanya.  Semalam, Timbalan Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Utara, Mohd Azli Mohd Saad dilaporkan mahu Umno bertegas dengan ugutan 'orang dalam' yang mengugut untuk keluar parti.  Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan sebilangan anggota Umno cawangan Damansara Dalam yang menaikkan kain rentang di bangunan Umno Shah Alam, Kelana Jaya dan PJU.  Kumpulan berkenaan bertindak demikian untuk mencanang rancangan mereka untuk keluar parti beramai-ramai ~ Malaysiakini  Anak Sungai Derhaka. Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Abdul Shukur Idrus berkata kumpulan anggota parti yang mengugut untuk keluar parti wajar diambil tindakan pecat.

Katanya, ugutan dari anggota cawangan Damansara Dalam itu bertujuan untuk memalukan Umno dan wajar dikenakan tindakan pecat.

"Kalau dia sudah mahu keluar parti, kita pecat sahajalah dan kita tak terima dia lagi.

"Kalau dia belum keluar, kita boleh panggil dia untuk sesi pendengaran tetapi lebih baik kita pecat sahaja," kata ADUN Kuang itu.

Katanya, sebarang pemecatan hanya boleh dilakukan oleh Majlis Tertinggi (MT) Umno.

"Kita boleh buat laporan (kepada MT) dan mereka yang akan membuat keputusan," katanya sewaktu dihubungi Malaysiakini.

Isu lembu korban

Menurut Shukur, laporan yang diterimanya memaklumkan bahawa individu yang berbuat demikian tidak berpuas hati dengan isu agihan lembu korban.

"Saya dimaklumkan yang beliau pernah bertanding AJK (anggota jawatankuasa) bahagian tetapi kalah.

"Kemudian ada masalah kecil dengan masalah pengagihan lembu korban.

"Sekarang, dalam hati dia berniat nak memalukan kita, maka dia melakukan perbuatan itu (mengugut keluar parti)," katanya.

Semalam, Timbalan Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Utara, Mohd Azli Mohd Saad dilaporkan mahu Umno bertegas dengan ugutan 'orang dalam' yang mengugut untuk keluar parti.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan sebilangan anggota Umno cawangan Damansara Dalam yang menaikkan kain rentang di bangunan Umno Shah Alam, Kelana Jaya dan PJU.

Kumpulan berkenaan bertindak demikian untuk mencanang rancangan mereka untuk keluar parti beramai-ramai ~ Malaysiakini


Anak Sungai Derhaka.

Sampul meragukan tersebut merupakan i-Kad bagi pekerja warga asing.

Posted: 07 Dec 2014 06:30 PM PST


Sampul meragukan tersebut merupakan i-Kad bagi pekerja warga asing.
Sampul meragukan terjawab Sampul meragukan tersebut merupakan i-Kad bagi pekerja warga asing. 

Sampul meragukan tersebut merupakan i-Kad bagi pekerja warga asing. 

SEREMBAN; Rasa sangsi seorang pemilik syarikat di Seremban 2, di sini menerima 14 sampul plastik perkhidmatan penghantaran cepat yang tidak beralamat terjawab apabila kandungan bungkusan itu merupakan i-Kad bagi pekerja warga asing. 

Musykil dengan perkara itu, pemilik syarikat terbabit menemui Pengerusi Gerakan Negeri Sembilan, David Chong Vee Hing untuk mengadu mengenai perkara itu. 

Menurut David, beliau terpaksa membuka kesemua sampul plastik tersebut bagi mengenal pasti dokumen yang terdapat di dalamnya.

"Namun, saya terkejut apabila sampul berkenaan mengandungi sebanyak 27 i-Kad pekerja asing dari pelbagai sektor. "Macam mana dokumen penting seperti ini dihantar menerusi pos kerana ia berisiko jika hilang," katanya. 

Menurutnya, Jabatan Imigresen sepatutnya bertanggungjawab menyelia penyerahan i-Kad tersebut kepada majikan dan bukannya syarikat perkhidmatan terbabit. 

"Ini bagi mengelakkan risiko hilang dan lebih berbahaya jika dokumen itu dijumpai sindiket tertentu yang berkemungkinan ia boleh dipalsukan serta disalah guna bagi mengaut keuntungan. 

"Walaupun kad ini tidak boleh menggantikan dokumen pengenalan diri, tapi ia mungkin boleh dipalsukan untuk warga asing mendapat pas bekerja di negara ini. Kalau jual di pasaran gelap, mereka boleh buat macam-macam dan ini yang kita bimbangkan," katanya pada sidang media di pejabatnya, semalam. 

David berkata, lebih menghairankan bagaimana syarikat perkhidmatan penghantaran cepat terbabit menghantar dokumen itu tanpa perlu mendapatkan tandatangan penerima seperti kebiasaan. 

Menurutnya, dia mengesyaki tindakan itu dilakukan pekerja syarikat perkhidmatan berkenaan, namun tidak mengetahui motifnya berbuat demikian. 

"Saya akan menyerahkan semua dokumen kepada Jabatan Imigresen, Isnin ini (esok) untuk disiasat. Saya berharap perkara ini tidak lagi berlaku kerana ia boleh mengundang perkara tidak diingini," katanya. 


sinarharian-
 

Saman Fitnah RM2 Juta - Nasib Hadi Awang Diketahui 15 Disember

Posted: 07 Dec 2014 05:45 PM PST


Abdul Hadi tidak hadir pada prosiding mahkamah hari ini, namun kira-kira 200 penyokong Presiden PAS itu muncul di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

Keputusan permohonan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengetepikan penghakiman ingkar terhadapnya dalam kes saman fitnah RM2 juta oleh bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin akan diketahui 15 Disember ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Datuk Mohd Yazid Mustafa menetapkan tarikh itu, selepas pihak plaintif dan defendan menamatkan penghujahan terakhir.

Peguam Mohd Shamsul, A. Vasudevan memberitahu prosiding hari ini, saksi plaintif, Luqman Ridhwan Mohd Nor, 26, daripada akhbar Kosmo memberi keterangan, manakala Abdul Hadi selaku defendan, diwakili peguam, Asmuni Awi.

Abdul Hadi tidak hadir pada prosiding mahkamah hari ini, namun kira-kira 200 penyokong Presiden PAS itu muncul di perkarangan mahkamah.

Pada 28 Oktober lalu, Abdul Hadi dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat, Ariffin Deraman memberi keterangan sebagai saksi defendan, manakala plaintif memanggil saksi, iaitu ADUN Bandar, Azan Ismail dan wakil akhbar Kosmo bagi memberi keterangan.

Bagaimanapun, wakil akhbar Kosmo itu tidak hadir sebanyak dua kali untuk memberi keterangan pada 28 Oktober dan 23 November lalu, walaupun waran tangkap telah dikeluarkan.

Pada 23 Februari lalu, Abdul Hadi diperintahkan Mahkamah Tinggi untuk membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul, selepas gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab atau memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan Mohd Shamsul, pada 5 Disember tahun lalu.

Susulan itu, Abdul Hadi pada 27 Februari lalu memfailkan permohonan bagi mengetepikan perintah penghakiman ingkar itu.

Mohd Shamsul menyaman Abdul Hadi berhubung kenyataan Presiden PAS itu bahawa ada calon PKR menjual pil kuda menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lalu, sebagai alasan untuk PAS meletakkan calonnya bertanding di DUN Bukit Besi, sehingga menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Shamsul mendakwa ucapan Abdul Hadi dalam ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April 2013 telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga, serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan.

- bernama


 

Foto Kelakuan Hodoh Penyokong Bola Sepak Malaysia Pukul Penyokong Vietnam

Posted: 07 Dec 2014 05:00 PM PST

 








Sumber - sukanstartv


 

UMNO Tunggu Apa Lagi....??

Posted: 07 Dec 2014 04:30 PM PST

Gelaran dan pangkat tidak penting, kata Anwar - The Malaysian Insider

Posted: 07 Dec 2014 04:00 PM PST

 
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata kedudukan dan gelaran tidak penting kepadanya, lapor The Star Online.

Bercakap kepada kumpulan Katolik di Gereja Holy Family di Kajang, Selangor, ketua pembangkang itu bercakap kepada portal berita berkenaan Tuhan tidak peduli mengenai kuasa atau kedudukan seseorang.

"Tuhan tidak melihat kepada kuasa. Dia tidak melihat kepada pangkat yang kita pegang, tetapi kebaikan yang kita buat atas nama Tuhan," katanya dipetik sebagai berkata.

Istana Selangor pada Khamis, menarik balik gelaran "Datuk Seri" Anwar yang dianugerahkan kepadanya oleh Sultan Selangor terdahulu pada 1992.

Penarikan anugerah Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (S.S.S.A) itu berkuasakuasa bermula 3 November lalu.

Istana berkata, keputusan menarik balik gelaran Anwar itu kerana beliau "berulang-kali mempersoalkan integriti Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan institusi diraja dalam krisis menteri besar baru-baru ini".

Ketika mengulas perkara itu pada Khamis, Anwar berkata beliau akan terus menjalankan tugasnya sebagai ahli Parlimen dan penasihat ekonomi Selangor.

"Anugerah itu diberikan kepada saya pada 1992 oleh almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah tanpa permohonan daripada saya," kata Anwar dalam kenyataan ringkasnya.


"Saya bersyukur kerana almarhum Sultan Selangor  menganugerahkan gelaran itu kepada saya," katanya. – 7 Disember, 2014.

BERITA TERKINI : AL FATIHAH Dato Hj Fuad Bin Tan Sri Hj Hassan 62 Telah kembali kerahmatullah.

Posted: 07 Dec 2014 03:11 PM PST

 BERITA TERKINI :   AL FATIHAH  Dato Hj Fuad Hassan Bin Tan Sri Hj Hassan 62 Telah kembali kerahmatullah.  Beliau yang mengalami serangan jantung telah dikejarkan ke Hospital Kemaman, kemudian dipindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan,  dan disahkan meninggal oleh Doktor jam 12.20 pagi tadi.  Dato Fuad meninggal seorang isteri dan enam orang anak - beliau juga adalah adik kepada pesara Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan,  dan abang kepada Pelakon Terkenal Dato Jalalluddin Hassan.  Allahyarham Dato' Haji Fuad Bin Tan Sri Haji Hassan merupakan Ketua Pengarah JASA Malaysia dan bekas ahli politik Malaysia berbangsa Melayu . Beliau juga merupakan bekas ADUN Ulu Klang di bawah tiket UMNO (Barisan Nasional).  Beliau telah meninggal dunia pada 8 Disember 2014 pada pukul 12.20 pagi di Hospital Kuantan, Pahang akibat serangan jantung ketika hadir di satu program Kementerian Komunikasi & Multimedia yang diadakan di Kijal Kemaman.  Dato' Fuad adalah anak kepada tokoh agama pengajian Al-Qur'an iaitu Tan Sri Haji Hassan Azhari. Beliau adalah anak kedua, abangnya ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan adiknya ialah pelakon Dato' Jalaluddin Hassan. Beliau kini menetap di Ampang Jaya, berhadapan dengan rumah adiknya, Dato' Jalaluddin Hassan. Beliau dikurniakan 2 orang anak lelaki dan 3 orang anak perempuan.  Beliau mempunyai kelulusan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia.  Beliau menjadi ADUN Hulu Kelang selama dua penggal Pada pilihanraya tahun 1999, beliau telah tewas kepada calon PKR ketika itu ialah Y.B Mohamed Azmin Ali.  Semuga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman, Amin Ya Rabbal Alamin. Beliau yang mengalami serangan jantung telah dikejarkan ke Hospital Kemaman, kemudian dipindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, dan disahkan meninggal oleh Doktor jam 12.20 pagi tadi.

Dato Fuad meninggal seorang isteri dan lima orang anak - beliau juga adalah adik kepada pesara Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, dan abang kepada Pelakon Terkenal Dato Jalalluddin Hassan.

Allahyarham Dato' Haji Fuad merupakan Ketua Pengarah JASA Malaysia dan bekas ahli politik Malaysia berbangsa Melayu . Beliau juga merupakan bekas ADUN Ulu Klang di bawah tiket UMNO (Barisan Nasional).

Beliau telah meninggal dunia pada 8 Disember 2014 pada pukul 12.20 pagi di Hospital Kuantan, Pahang akibat serangan jantung ketika hadir di satu program Kementerian Komunikasi & Multimedia yang diadakan di Kijal Kemaman.

Dato' Fuad adalah anak kepada tokoh agama pengajian Al-Qur'an iaitu Tan Sri Haji Hassan Azhari. 


 
Berikut adalah butiran maklumat  mesej WhatsApp tentang perancangan majjlis pengkebumian janazah Allahyarham yang saya terima secara peribadi dari Tan Sri Musa Hassan sebentar tadi :

" Tan Sri Musa Hassan: PERGERAKAN JENAZAH


Jenazah Allahyarham Dato Fuad Tan Sri Hassan akan di ambil oleh Pihak PDRM dan akan di mandikan serta di kafankan di IPD Kuantan.  


Sebaik sahaja  selesai, jenazah akan terus dibawa ke rumah beliau di No.52, Jalan 4M, Ampang Jaya, Selangor. 


Jenazah akan di kebumikan seawal jam 11.00 pagi di Tanah Perkuburan Islam Taman Bukit Teratai, Ampang.


Mohon dipanjangkan kepada semua yang mengenali Allahyarham."



 

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang beriman. Innalillahi wainna ilaihi raajiuun. Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fu'anhu.... Al Fatihah.

DR M SILAP. RAKYAT MALAYSIA TIDAK BODOH

Posted: 07 Dec 2014 08:00 AM PST

 

Yong tulis sedikit teori bagi yang tidak pernah belajar sains politik seumur hidupnya. Ini teori mengenai prinsip kewujudan sebuah negara.

Prinsip negara itu ada 4 sahaja, iaitu:
  1. Penduduk
  2. Pemerintah
  3. Wilayah
  4. Kedaulatan
Yong nak songel ringkas bab Penduduk dan Pemerintah sahaja. Bab Wilayah dan Kedaulatan mengkomer tanya Pakcik Google.

Penduduk - manusia yang terdiri dari 2 kategori:
  1. Warganegara
  2. Pendatang Asing
Kedua-dua kategori ada hak. Tetapi penduduklah yang harus diberi keutamaan kerana penduduk yang berkelayakan untuk menjadi pemilih dan mengundi dalam pilihanraya.

Pemerintah - Ada 2 kategori pemerintah:
  1. Pemerintah berasal dari rakyat.
  2. Pemerintah berasal dari keturunan.
Kebetulan, Malaysia memiliki kesemua kategori di atas. Maknanya di Malaysia ada warganegara dan pendatang asing. Ada juga pemerintah berasal dari rakyat yang kita pilih dalam PRU 5 tahun sekali dan ada YDP Agong yang juga dipilih di kalangan keturunan tertentu 5 tahun sekali.

Rakyat Malaysia yang cerdik juga menggunakan peluang setiap 5 tahun sekali, untuk menukar Kerajaan kepada yang cerdik. Tetapi, disebabkan sistem di Malaysia berasaskan 1 konstituensi 1 wakil, maka terjadilah keadaan sebegini. Ditambah dengan SPR yang tidak bersih, maka terjadilah keadaan sebegini.

Nilai undi orang bodoh sama dengan nilai undi orang cerdik.

Bodoh atau cerdik tidak penting dalam sistem pilihanraya.

RAKYAT BODOH KE PEMERINTAH BODOH?

Tun Dr Mahathir Muhamad...
Sesungguhnya rakyat Malaysia tidak bodoh.
Yang bodoh ialah gerombolan yang memegang tampok Kerajaan Malaysia sekarang.
DR M TENTU SETUJU KAN? (YSK)

PRU14, mohon Dr M kempen untuk PR supaya kami dapat tukar kepimpinan Malaysia sekarang kepada kumpulan yang cerdik.

I rest my case, Malaysians!

Hahahaha...

Turun naik mata wang beri kesan kepada ekonomi - Abdul Wahid

Posted: 07 Dec 2014 07:30 AM PST

KUALA LUMPUR - Pergerakan turun naik mata wang yang tidak begitu mendadak masih menunjukkan kesan seimbang kepada ekonomi negara dalam jangka masa sederhana.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, perkara itu dipacu oleh asas ekonomi negara yang kukuh, menerusi lebihan akaun semasa dalam imbangan pembayaran, iaitu sebanyak RM41 bilion dalam tempoh sembilan bulan tahun ini berbanding RM37 bilion pada 2013.

Selain itu, struktur ekonomi negara telah dipelbagaikan dan tidak hanya bergantung kepada sektor pertanian dan komoditi semata-mata, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kem Cuti Sekolah Peneraju Tunas Geliga anjuran Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (PenerajuEdu) di Sekolah Menengah Sains Alam Shah, di sini, hari ini.

"Kalau dulu kita banyak bergantung kepada kegiatan pertanian, komoditi serta minyak dan gas, tapi kini ia telah dipelbagaikan, di mana sekarang ini struktur ekonomi kita 55 peratus disumbangkan oleh sektor perkhidmatan, 25 peratus sektor pembuatan dan perkilangan, tujuh peratus oleh sektor perlombongan dan lapan peratus oleh sektor pertanian," katanya.

Menurutnya, memandangkan negara tidak lagi bergantung kepada sektor komoditi, sekiranya terdapat pengurangan mendadak, impaknya tidaklah terlalu teruk kerana ekonomi negara sudah dipelbagai.

Mengambil contoh krisis ekonomi global pada 2007, Abdul Wahid berkata, Malaysia mampu menghadapi cabaran itu disebabkan asas ekonomi yang kukuh dan melebar sejak empat dekad lalu.

"Memang dari semasa ke semasa akan terdapat faktor luaran yang bakal mempengaruhi pergerakan harga komoditi dan pergerakan mata wang tetapi yang penting sekiranya asas ekonomi dan kedudukan kewangan negara kukuh, kita mampu melalui perkara ini", katanya. - Bernama


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Pelantikan CEO MAS baru bukti Khazanah Nasional gagal Khairil Ashraf

Posted: 07 Dec 2014 06:45 AM PST

Sudah 57 tahun negara merdeka, tetapi Malaysia masih bergantung kepada orang asing untuk menentukan hala tuju syarikat penerbangan nasional
MAS_planes

PETALING JAYA : Pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airline System Berhad (MAS) Christoph R Mueller akan menjadi bukti kegagalan Khazanah Nasional mencari solusi terbaik menangani masalah kerugian yang membelenggu syarikat penerbangan itu.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee yang menyuarakan pendapatnya itu juga menegaskan, walaupun telah 57 tahun negara ini telah merdeka, tetapi Malaysia masih bergantung kepada orang asing untuk menentukan hala tuju syarikat penerbangan nasional negara.

"Apakah perlantikan CEO warganegara asing ini merupakan jalan terbaik untuk membawa MAS maju ke hadapan? Apakah negara kita sudah ketandusan mereka yang berbakat dan berkelayakan untuk memulihkan MAS? Sekian lama kita merdeka apakah kita masih meragui akan kebolehan dan kemampuan rakyat kita?," soalnya dalam entri terbarunya dalam umnobahagiancheras.blogspot.com.

Dalam satu kenyataan semalam, Khazanah melantik Christoph R. Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)- Malaysia Airlines Bhd (MAS NewCo), berkuat kuasa 1 Januari akan datang.

Mueller, yang ketika ini merupakan CEO Aer Lingus Plc, syarikat penerbangan nasional Ireland, juga akan dicalonkan menyertai Lembaga Pengarah MAS sebagai Pengarah Bukan Eksekutif.

Mengulas lanjut, Syed Ali menambah, Malaysia mempunyai tokoh yang berkelayakan dalam strategi memulihkan syarikat penerbangan negara antaranya, bekas Pengarah Urusan Penerbangan Malaysia Berhad (PMB) Nasution Mohamed.

Malah, menurut beliau, kemampuan rakyat Malaysia dalam menjalankan perniagaan mega turut diiktiraf oleh negara-negara di dunia.

"Lihat sahaja bagaimana kerajaan Singapura mengiktiraf fikiran dan bakat rakyat kita dengan melantik Tan Sri Hassan Merican, bekas CEO Petronas sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Semb Corp yang dikendalikan oleh syarikat milik Singapura iaitu Temasek Holdings. 'Jangan kera di hutan di susukan, anak di rumah mati kelaparan," ujarnya.

Beliau berkata, ironinya MAS bukan merupakan syarikat penerbangan komersial, sebaliknya adalah syarikat penerbangan nasional yang membawa wajah dan identiti negara Malaysia.

Syed Ali seterusnya mendesak supaya Tan Sri Azman Mokhtar bertangunggjawab di atas kegagalan itu dengan meletak jawatan sebagai CEO Khazanah Nasional.

Terdahulu kelmarin, Azman Mokhtar dilaporkan berkata Lembaga Pengarah dana pelaburan strategik kerajaan itu telah mengambil kira keadaan kritikal penstrukturan semula MAS, yang memerlukan kepakaran pengurusan penerbangan terbaik, khususnya, mereka yang mempunyai rekod pencapaian yang kukuh dalam memulihkan syarikat penerbangan negara.

"Pencarian global yang meluas dilaksanakan meliputi tenaga kerja rakyat Malaysia dan antarabangsa," kata Azman.

Memetik laporan BERNAMA, beliau berkata Mueller merupakan calon terbaik dan mempunyai dua tugas yang sama penting: memimpin pemulihan syarikat penerbangan nasional dan membangunkan pengganti tempatan.

Azman juga berkata, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly yang turut dilantik menyertai Lembaga Pengarah MAS sebagai Pengarah Bukan Eksekutif juga akan membawa kepakaran dan pengalaman yang luas dalam banyak bidang, termasuk pemasaran, penjenamaan dan pemulihan korporat.


Dicatat oleh ELBI RISALAH.

Jabatan Tanah Sarawak zalim, roboh 24 rumah penduduk miskin..??

Posted: 07 Dec 2014 06:00 AM PST

  Roboh 6

KUCHING, 7 DIS: Tindakan Jabatan Tanah dan Ukur Sarawak merobohkan 24 struktur bangunan dan rumah yang dibina peneroka bandar di atas tanah kerajaan melalui 'Ops Tanah Merah' adalah zalim, kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Penyelaras Pusat Khidmat DAP Tupong Abdul Aziz Isa dalam satu kenyataan memaklumkan ,tragedi menimpa penduduk yang rata-ratanya adalah orang Melayu Sarawak itu berlaku di kawasan Samariang Tanah Merah

"Beberapa pengadu memaklumkan mereka tidak menerima apa-apa notis pengusiran. Mereka tidak pernah dipanggil bermesyuarat oleh pihak berkuasa bagi membincangkan langkah pemindahan.

"Tidak wajar bagi pihak berkuasa mendakwa pemilik gagal mematuhi notis yang dikeluarkan, sedangkan mereka tidak menyedari wujudnya notis pengusiran.

"Sekurang-kurangnya Jabatan Tanah dan Ukur Sarawak menjalankan mesyuarat dengan peneroka bandar untuk memaklumkan mereka bahawa tindakan akan diambil," kata Aziz dalam satu kenyataan.

Pembantu Khas Pengerusi DAP Sarawak itu berkata, pihak berkuasa seharusnya melakukan rundingan, agar peneroka bandar dapat secara sukarela keluar dari kawasan tersebut.

Namun, Jabatan Tanah dan Ukur Sarawak perlu mempertimbangkan jumlah pampasan yang sesuai, memberikan tempoh yang munasabah untuk peneroka mencari tempat tinggal sementara dan tidak memusnahkan atau merampas harta benda mereka
Rumah bernilai RM40,000 diroboh tanpa pampasan

"Persoalannya ialah mengapa bertindak kejam kepada penduduk setinggan ini? Jika ingin mengusir mereka dari kawasan tersebut, mengapa perlu memusnahkan harta benda termasuk dinding, bumbung zink mereka dan lain-lain?


"Adakah mereka fikir peneroka bandar ini orang kaya? Mereka kebanyakannya adalah rakyat berpendapatan rendah yang perlu menyimpan wang untuk membina rumah-rumah mereka.

"Tidak mudah bagi mereka untuk membina sebuah rumah yang memakan kos dari RM15,000 sehingga RM40,000 yang akhirnya dimusnahkan oleh kerajaan tanpa apa-apa pampasan," kata Aziz.

Aziz turut dimaklumkan oleh seorang peneroka bandar yang merancang untuk menyambut Hari Raya tahun depan di rumahnya, namun impiannya bertukar menjadi mimpi ngeri.

"Menyakitkan untuk mereka menerima keadaan ini," kata Aziz.

Beliau turut mempersoalkan peranan Ahli Parlimen Petra Jaya dan ADUN Samariang yang menjadikan kawasan tersebut sebagai kubu kuat parti Pesaka Bumipuetra Bersatu (PBB).

"Adakah ini caranya kerajaan membayar semula sokongan mereka kepada BN dan PBB selama ini? Mengapa tidak melakukan apa-apa untuk membantu?

"PBB menuduh DAP mengusir orang Melayu dari tanah mereka, tetapi sekarang kerajaan pimpinan BN adalah pihak yang menghalau orang Melayu dari tanah mereka," kata Aziz. –


Roketkini.com.

Jika Ini Impian PAS, Maaf! Saya Tak Mampu Undi Mereka – Dr Maza

Posted: 07 Dec 2014 05:15 AM PST

 

Tulisan terkini Dr Asri Zainul Abidin, Dr Maza di akaun facebook beliau berkaitan PAS dan dasar kenegaraan yang diperjuang PAS.

Saya tidak mahu campur urusan PAS. Tapi saya mohon berbeza pendapat dalam hal ini jika PAS memerintah Malaysia. Jika sekiranya kepimpinan itu tidak boleh dipersoalkan tindakan mereka, maka hancurlah demokrasi bagi sesebuah negara.

Hari ini betapa banyak tindakan pimpinan negara ini dipertikai oleh rakyat termasuk PAS sendiri sering membantah dan mempersoalkan tindakan kerajaan. Mengapa dibolehkan pula?!

Andainya atas nama ulama yang memimpin jika PAS memerintah nanti maka tindakan kepimpanan negara masa itu tidak boleh dipertikaikan, maka ia sama dengan konsep 'Wilayatul Faqih' yang dipegang oleh Khomeini dan Syiah di Iran. 


Maka jadilah Malaysia sebuah negara mullah yang hampir sama dengan sejarah kuasa Pope di Vatican dahulu yang telah menyebabkan tercetusnya sengketa dan perang saudara antara Katholik dan Protestan.

Segala impian rakyat untuk melihat negara yang telus, bertanggungjawab dan boleh dipersoalkan atas dasar kemaslahatan politik kenegaraan akan musnah. Rasulullah s.a.w dan Khulafa Rasyidin sendiri sering ditanya dan dipersoalkan oleh rakyat tindakan politik dan strategi mereka, siapalah kita semua?!

Jika ini impian kenegaraan PAS, maaf saya antara yang tidak mampu mengundi mereka. – Dr Maza

Kritikan yang sepatutnya di'rasai' PAS dan pemimpinnya. Jangan buta-buta pula Dr Maza yang dikritik!! -ekeleh 



Kelab Greenboc

KETUA PEMBANGKANG DUN SELANGOR AKAN SERAHKAN BALIK KERETA RASMINYA ESOK ?????

Posted: 07 Dec 2014 04:30 AM PST



Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Samsudin Lias akan memulangkan semula kereta rasmi yang diperuntukan kepada beliau oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) negeri Selangor esok.

Sumber Badan Perhubungan UMNO Selangor memaklumkan, kereta rasmi berkenaan akan diserahkan di hadapan bangunan DUN Selangor kira-kira jam 10 pagi esok.

Samsudin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) kawasan Sungai Burong kemudiannya akan turut memberikan kenyataan kepada media berhubung rasional tindakan beliau itu.

Sebelum ini semua 11 ADUN UMNO/BN telah menolak pemberian peruntukan RM200,000 setahun untuk mereka kerana menyifatkan ia satu penghinaan memandangkan ADUN PR diberikan RM700,000 setahun sedangkan semua ADUN adalah wakil rakyat yang dipilih melalui proses demokrasi.

Pada 24 November lalu, Samsuddin menerima sebuah kereta jenis Toyota Camry untuk kegunaan rasmi daripada kerajaan PR negeri itu.

Pemberian itu adalah sebahagian daripada peruntukan dalam Bajet Selangor 2015 yang dibentangkan oleh Menteri Besar, Azmin Ali selain elaun RM100,000 setahun yang merangkumi elaun Shamsuddin (RM36,000), gaji pemandu (RM16,411), gaji setiausaha (RM24,013) serta peruntukan penyelenggaraan kereta rasmi itu (RM24,000), setiap tahun.

Shamsuddin ketika itu mengucapkan terima kasih kepada kerajaan PR Selangor di atas peruntukan itu dan menyifatkan langkah itu akan membantu beliau menjalankan tugasnya dengan lebih cekap.


Omak Kau !!!
KETUA PEMBANGKANG DUN SELANGOR AKAN SERAHKAN BALIK KERETA RASMINYA ESOK ????? Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Samsudin Lias akan memulangkan semula kereta rasmi yang diperuntukan kepada beliau oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) negeri Selangor esok. Sumber Badan Perhubungan UMNO Selangor memaklumkan, kereta rasmi berkenaan akan diserahkan di hadapan bangunan DUN Selangor kira-kira jam 10 pagi esok. Samsudin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) kawasan Sungai Burong kemudiannya akan turut memberikan kenyataan kepada media berhubung rasional tindakan beliau itu. Sebelum ini semua 11 ADUN UMNO/BN telah menolak pemberian peruntukan RM200,000 setahun untuk mereka kerana menyifatkan ia satu penghinaan memandangkan ADUN PR diberikan RM700,000 setahun sedangkan semua ADUN adalah wakil rakyat yang dipilih melalui proses demokrasi. Pada 24 November lalu, Samsuddin menerima sebuah kereta jenis Toyota Camry untuk kegunaan rasmi daripada kerajaan PR negeri itu. Pemberian itu adalah sebahagian daripada peruntukan dalam Bajet Selangor 2015 yang dibentangkan oleh Menteri Besar, Azmin Ali selain elaun RM100,000 setahun yang merangkumi elaun Shamsuddin (RM36,000), gaji pemandu (RM16,411), gaji setiausaha (RM24,013) serta peruntukan penyelenggaraan kereta rasmi itu (RM24,000), setiap tahun. Shamsuddin ketika itu mengucapkan terima kasih kepada kerajaan PR Selangor di atas peruntukan itu dan menyifatkan langkah itu akan membantu beliau menjalankan tugasnya dengan lebih cekap.

Make Money at : http://bit.ly/copy_win

BN Tersentap Jikalau Dengar Ucapan Ini..

Posted: 07 Dec 2014 03:45 AM PST

 
Sunday, 7 December 2014.  BN Tersentap Jikalau Dengar Ucapan Ini..  Kejayaan syarikat penerbangan swasta AirAsia menjadi bukti bahawa rakyat Malaysia bukan tidak cekap menguruskan syarikat penerbangan, kata DAP.Sebaliknya, menurut setiausaha agung parti itu Lim Guan Eng (bawah), BN sebenarnya yang tidak mampu menguruskannya.  Dalam kenyataannya hari ini, Lim berkata, beliau Kejayaan syarikat penerbangan swasta AirAsia menjadi bukti bahawa rakyat Malaysia bukan tidak cekap menguruskan syarikat penerbangan, kata DAP.


Sebaliknya, menurut setiausaha agung parti itu Lim Guan Eng (bawah), BN sebenarnya yang tidak mampu menguruskannya.

Dalam kenyataannya hari ini, Lim berkata, beliau "amat tidak setuju" dengan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa MAS perlu melantik seorang ekspatriat sebagai ketua pegawai eksekutif kerana "orang Malaysia bodoh"Lim sebaliknya berkata, BN sebenarnya yang "bodoh" ekoran Malaysian Airlines (MAS) terus gagal meski pun banyak dana kerajaan disuntik, tidak seperti AirAsia yang berdiri dengan kaki sendiri.

"Sebenarnya, BN yang bodoh, bukan rakyat Malaysia, dengan bergantung kepada agenda perkauman untuk menutup kroni yang tidak berupaya dan bukannya mencari rakyat Malaysia berbakat di depan mereka seperti pasukan AirAsia Fernandes, Kamarudin Meranon dan Azran Osman Rani," katanya.

Mahathir semalam berkata: "Orang Malaysia bodoh. Mereka tidak tahu urus (syarikat) penerbangan.

"Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pelantikan seorang tokoh korporat Jerman sebagai ketua pegawai eksekutif baru Malaysia Airlines Bhd (MAS NewCo).

 
Malaysiakini

Harakah Padam Komen Yang Mengutuk Ulamak 'Kapal Karam'

Posted: 07 Dec 2014 03:00 AM PST

  Nampaknya HarakahDaily.net pun sudah menjadi seperti akhbar milik Umno BN dimana mereka akan memadam komen yg tidak senada dengan apa yang ingin diperkatakan...

Jika sebegini dimanakah laungan kebebasan media yang dilaungkan.... Semalam sewaktu artikal Nakhoda ada kuasa dipaparkan komen sudah sebegitu banyak masuk dengan mempertikaikan kuasa mutlak yg diberi kepada nakhoda itu....
Namun pada hari ini komen sekadar tinggal 4 sahaja..manakala yg selebihnya entah hilang kemana....

Jika sebuah parti yang bermegah den nama Islam pun kelaku sudah seperti parti musuh apa yg mampu diharapkan oleh rakyat terbanyak dibawah...



Sumber - KedahLanie

VIDEO - Apa Sudah Jadi Kotaraya Kuala Lumpur ?? Penuh Dengan PATI ??

Posted: 07 Dec 2014 02:17 AM PST