Ahad, 2 November 2014

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Tak sanggup berpisah lagi – Iman Anwar - Oleh Lyn Nasir

Posted: 02 Nov 2014 11:17 PM PST

PUTRAJAYA 3 NOV: Nurul Iman Anwar menyatakan beliau sebagai anak pastinya tidak sanggup kehilangan bapanya sekali lagi selepas terpisah sejak berumur enam tahun lagi.


iman2

Katanya, hukuman penjara yang dikenakan ke atas bapanya sebelum ini selama enam tahun sejak 1998 jelas merupakan penderitaan yang terpaksa ditelan oleh keluarganya hanya kerana menjadi mangsa kezaliman Umno BN.


Namun jelasnya lagi, beliau serta keluarga bagaimanapun akan menyerahkan segala kuasa di tangan Allah untuk menentukan nasib yang akan diputuskan Mahkamah Persekutuan tidak lama lagi terhadap Anwar berhubung kes Fitnah 2.





"Saya dah tua untuk rasa kehilangan bapa sekali lagi sejak saya berumur lapan tahun lagi.

"Tapi saya percaya dengan kuasa Allah, Dia akan memberi kekuatan kepada kami dan akan selamatkan ayah saya," katanya lagi," katanya ringkas melalui WhatsApp kepada Suara Keadilan.


Fitnah I bermula sejak 1998 menyaksikan pentadbiran Mahathir memenjarakan Anwar sebelum dibebaskan pada 2004.
Skrip sama berulang pada 2008 apabila Anwar sekali lagi difitnah terlibat dalam skandal bersama Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantunya.


Dalam kes fitnah 2 kali ini, Iman yang hadir setiap hari bagi mengikuti perkembangan kes tersebut mendapati hujah yang diberikan ternyata menyebelahi pihak bapanya.


Namun jelasnya, beliau tetap berasa bimbang sekiranya sistem kehakiman tidak berlaku adil kepada bapanya.


"Setakat ini bukti-bukti semua nampaknya lebih kuat di sebelah ayah saya, tidak ada masalah di situ.


"Tapi saya risau jika sistem kehakiman tidak berlaku adil terhadapnya," jelasnya lagi.
 
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=63821

[LIVE] Shafee Tak Jawab Bagaimana 18 Alel Boleh Berada Di Dubur Saifrul

Posted: 02 Nov 2014 09:15 PM PST

[LIVE] Shafee Tak Jawab Bagaimana 18 Alel Boleh Berada Di Dubur Saifrul  Liwat II: Pendakwa sambung berhujah hari ini  LAPORAN LANGSUNG Tidak seperti Mahkamah Rayuan yang mendengar kes liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tempoh dua hari yang ditetapkan Mac lepas, Mahkamah Persekutuan pula telah melangkaui peruntukan dua hari untuk mendengar rayuan terakhir yang masuk hari kelima hari ini.  11.55am: Shafee menegaskan apabila Saiful berkata dia 'tak rela', apa yang dimaksudkannya ialah dia tidak tahan lagi.  (Hujah di atas pelik... tak tahan oleh itu tak rela, jika boleh ditahan maka rela? Habis dilaporkan boleh minum nescafe dan karipap selepasnya masa itu rela? - ulasan GB)  Katanya, Saiful berkata ia dilakukan tanpa (kerelaannya).  Saiful membuat laporan selepas dua hari disebabkan dia dalam keadaan tidak menentu, kata Shafee.  Saiful, tambahnya, boleh menjelaskan cara dia diliwat.  Beliau berkata, ini bukan kali pertama ia berlaku dan ia mungkin sudah di 'rehearsed' sebelum ini.  11.45am: Membaca dari testimoni Saiful, Shafee berkata Saiful tidak boleh tahan lagi.  Ia mengulangi bahagian Anwar ejakulasi di dalam Saiful seperti sebelumnya dan Saiful merasa sakit setiap kali perbuatan seksual berlaku.  Shafee berkata, untuk memahami konteks KY jelly yang digunakan, semua ini harus diambil ke dalam konteks.  Katanya, mengapa Saiful diberi hadiah seperti pakaian yang mahal, kerana ini diberi kerana dia (Saiful) telah didominasi oleh perayu.  Menurutnya, hadiah-hadiah ini perlu dan mahkamah harus melihat testimoni Saiful mengikut konteks (dari insiden masa lalu).  11.40am Shafee seterusnya berhujah mengapa dakwaan Saiful tentang insiden sebelumnya harus diterima di mahkamah.  Katanya, episod dan perjumpaan dengan tertuduh sebelum ini hendaklah diterima kerana isu kredibiliti yang dipertaruhkan.  Ini, tambahnya, adalah penting untuk memahami konteksnya.  Shafee berkata, tidak ada bahaya yang serius mengenai 'pre-judicial evidence'.  1138am: Pendengaran mahkamah disambung semula.  11.15am: Hakim Arifin meminta mahkamah berihat seketika.  11.10am: Shafee kelihatan mengelak apabila Hakim Arifin bertanya bagaimana 18 alel boleh berada di situ.  Beliau berpindah topik lain mengenai testimoni tiga orang doktor HKL bahawa mereka mematuhi garis panduan yang ditetapkan.  "Mereka menggunakan proctoscope dan kemungkinan pencemaran adalah kurang kerana semua peralatan telah disterilkan.  "Para doktor tidak boleh mengatakan berlaku penetrasi. Setelah mereka melihat sampel empat sentimeter ke dalam dubur Saiful, mereka mendapati ada penetrasi."  Hakim Arifin bertanya sama ada keterangan Saiful mengenai insiden lain boleh dianggap sebagai 'pre-judicial'.  Bagaimanapun, Shafee berkata kebenaran adalah relevan, memetik kes Harun Idris.  11am: Shafee berkata tidak ada orang ketiga menurut (ahli kimia) Seah kerana ia (alel 18) dianggap 'dropping'.  Ia muncul sekali sahaja, tambahnya.  Para hakim kemudiannya bergilir-gilir untuk bertanya tentang bukti DNA yang bertentangan.  "Jika anda boleh membacanya, ia tidak 'degraded'. Anda boleh sama ada membaca atau tidak boleh. Ini adalah satu perkara yang penting untuk diingati," kata Shafee.  10.55am: Shafee berkata DNA Anwar dan Saiful ditemui pada seluar dalam kelabu Saiful.  Katanya, dalam swab peri-anal dari Saiful, DNA Anwar dan Saiful terdapat dari "atas ke bawah".  Beliau menambah bahawa DNA Anwar juga ditemui pada ekstrak bukan sperma pada rektum tinggi.  Katanya, ia terdapat pada setiap locus.  Shafee menjelaskan bahawa orang ketiga boleh jadi hasil daripada Saiful duduk di atas tempat duduk tandas.  10.40am: Shafee berkata Lelaki Y adalah Anwar.  Kawasan peri-anal Saiful diperolehi, di mana Lelaki Y dan seorang lagi lelaki penyumbang ditemui. Shafee berkata, beliau akan menjelaskan tentang lelaki penyumbang yang lain itu kemudian.  Shafee berkata ahli kimia Noraidora Saedon memberi keterangan bahawa swab DNA daripada berus gigi seragam dengan Lelaki Y.  Hakim Arifin bertanya sama ada lelaki yang tidak dikenali itu ditemui pada swab peri-anal dan Shafee menjawab iya.  Beliau berkata alel (allele) 18 hanya dalam ekstrak sperma dalam rektum bawah b9.  Katanya, apa yang ahli kimia itu kata terdapat dalam salah satu locus (18 allele) dan "kita mengabaikannya."  10.35am: Barang-barang bukti dari sel, kata Shafee. adalah boleh diterima sebagai fakta dan juga dalam undang-undang.  Anwar, tambahnya, telah menolak untuk memberikan sampel di Hospital Kuala Lumpur (HKL) walaupun terdapat bukti bahawa putik kapas telah dimasukkan ke dalam kawasan dubur (Anwar).  "Bagaimanapun, putik kapas ini tidak digunakan kerana Anwar enggan memberikan sampelnya walaupun ia boleh merupaka bukti yang kuat."  Sekarang, Shafee menyentuh tentang seluar Saiful, satu lagi bahan bukti yang diterima sebelumnya.  10.25am: Shafee berkata walaupun jika mahkamah mengakui bahawa barang-barang itu diperolehi secara tidak sah, ia masih boleh diterima oleh mahkamah sebagai bukti.  Beliau menambah bahawa bukti dari lokap itu adalah yang digunakan oleh Anwar, seperti kerangan yang diberikan oleh saksi polis.  Membaca laporan lokap, Shafee berkata, sel itu adalah bersih sebelum Anwar tiba.  "Jika Anwar memberus gigi, Anwar boleh menggunakan air paip di dalam (sel)" tambahnya,menjawab dakwaan pihak pembelaan bahawa ia tidak mungkin.  10.13am: Shafee seterusnya berhujah mengenai kes undang-undang di mana bukti 'entrapment evidence' boleh dibenarkan di mahkamah.  Beliau berhujah bahawa mahkamah tidak mempunyai budi bicara untuk mengecualikan itu.  Pihak pembelaan sebelum ini berhujah bahawa bukti bagi sel tersebut telah dilakukan melalui tipu daya.  10am: Shafee berhujah mengenai kebolehterimaan bukti.  Beliau berkata mendiang Karpal Singh telah menyoal Jude secara ekstensif semasa perbicaraan awal.  Beliau berkata tidak ada keperluan untuk 'bicara dalam perbicaraan' diadakan untuk menerima tiga bukti tersebut.  Shafee berkata sementara pihak pembelaan telah membalas bahawa bukti harus diterima di dalam bicara dalam perbicaraan, beliau menunjukkan bahawa ia boleh juga diterima semasa perbicaraan utama.  "Dalam perrbicaraan utama, peguam diperlukan untuk menyoal semua, dan Karpal tidak menyoal balas Jude (lagi)."  Tidak ada prejudis bagi hakim untuk menerima keterangan itu, keta Shafee  Beliau menambah bahawa hakim pada masa itu telah membuat keputusan mengenai pengeluaran waran tangkap asal, dan telah membenarkan barang-barang itu dikemukakan sebagai bahan bukti.  9.50am: Shafee kini menyentuhkan tentang persekitran penangkapan Anwar.  Shafee berkata, Anwar akan menjadi orang yang terakhir tidak tahu apa kesalahan di bawah Seksyen 377.  Katanya, ia adalah satu kesalahan yang serius dan boleh ditangkap.  Ia adalah persetubuhan di luar tabie dan tidak perlukan waran tangkap, tambahnya.  "Ini adalah penangkapan yang sah, dan beliau telah dimaklumkan mengenai alasannya di balai polis. Tidak ada pelanggaran hak perlembagaannya."  Hakim Suriyadi menyatakan bahawa waran tangkap menyatakan nombor alamat unit kondominium yang berbeza dan Shafee mengakui kesilapan itu.  Apa yang penting, kata Shafee, ialah pengadu (Mohd Saiful Bukhari Azlan) dinamakan.  Shafee berpendapat ia tidak perlukan alasan penangkapan tetap sama, kerana ia terpulang kepada pendakwa.  9.45am: Shafee berkata keterangan polis adalah neutral dan ada fakta jelas bahawa Anwar membawa botol air mineral dan menggunakannya ketika dalam lokap.  Beliau menambah bahawa bukti-bukti itu tidak boleh dianggap bukti yang diperolehi secara tidak sah.  "Anwar telah ditangkap ketika keretanya diberhentikan (ketika menuju ke rumahnya di Bukit Segambut). Namun, apa yang tidak dipertikaikan ialah waran tangkap telah ditunjukkan kepada Anwar di IPK Kuala Lumpur."  Anwar telah dimaklumkan mengenai alasan-alasan dia ditangkap dan menunjukkan tuduhannya, tegas Shafee.  9.33am: Shafee berkata sementara pihak pembelaan telah membangkitkan sebelum ini mengenai cara bagaimana barang-barang itu diperolehi, beliau berkata ia tidak dibangkitkan semasa pendengaran di Mahkamah Rayuan.  Beliau berkata polis tidak disoal balas mengenai isu itu.  Shafee berkata, seorang pegawai polis telah mendengar Anwar memberus gigi, dan ini tidak dicabar oleh pasukan pembelaan pada masa itu.  "Semua ini tidak dicabar. Apabila Anwar meninggalkan lokap barang-barang ini, yang sebelum ini dalam beg plastik, berada di atas lantai.  "Ini menunjukkan penggunaan barang-barang ini oleh perayu (Anwar)," katanya.  Minggu lepas pihak pembelaan berhujah bahawa tidak ada sinki di sel Anwar dan oleh itu beliau tidak mungkin menggosok gigi.  Barang-barang yang dirampas itu telah digunakan untuk mendapatkan DNA Anwar.  9.25am: Shafee menyambung hujahnya. Beliau kini menyerahkan barang-barang yang dirampas dari sel Anwar pada 17 Julai 2008.  Katanya, polis telah mengambil sehelai rambut, tuala 'selamat pagi', berus gigi, botol air untuk digunakan sebagai bukti.  Anwar telah menempatkan barang-barang ini di dinding separuh (half wall) di dalam sel.  Supt Amidon Anan, katanya, telah mengambil langkah berjaga-jaga tambahan apabila mengambil barang-barang tersebut dan menghantarnya kepada ahli kimia melalui pegawai penyiasat (IO, DSP Jude Blacious Pereira).  9.23am: Pendengaran mahkamah dimulakan dengan dipengerusikan oleh Tun Arifin.  9.10am: Kelihatan di dewan mahkamah Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul dan MP Alor Gooi Hsiao Leung.  Peguam Anwar dari kes liwat I, Zainur Zakaria juga kelihatan.  9.00am: Mahkamah bersiap sedia untuk memulakan prosiding.  8.48am: Anwar memasuki dewan mahkamah bersa,a isterinya yang juga presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan para penyokongnya. Mahkamah ini sudah penuh sesak.  Ketua pembangkan itu kelihatan sedang berbincang sesuatu dengan Sri Ram.  8.36am: Shafee memasuki dewan mahkamah dan duduk di sebelah kanan dengan DPP Mohd Hanafiah. Pemerhati antarabangsa juga telah mengambil tempat duduk mereka.  Di luar bangunan mahkamah, 12 penyokong Anwar berkumpul. Kawasan ini penuh dengan anggota media dan polis yang bertugas.  8.25am: Seperti biasa polisi memeriksa mereka yang memasuki dewan mahkamah dan memastikan mereka mempunyai pas yang diperlukan.  Sudah berada di mahkamah ialah peguambela Tan Sri Gopal Sri Ram, Sangeet Kaur dan Latheefa Koya.  Timbalan Pendakwa Raya Mohd Hanafiah dan Zamri juga telah masuk.  7.30am: Pihak pendakwa yang diketuai peguam yang dilantik kerajaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah akan meneruskan hujahnya mengapa keputusan Mahkamah Rayuan untuk mensabitkan Anwar adalah selamat.  Ini selepas pihak pembelaan yang diketuai oleh bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Gopal Sri Ram, telah mempersoalkan kredibiliti mangsa yang didakwa diliwat, Mohd Saiful Bukhari Azlan Selasa lepas.  Pada hari Jumaat, Shafee cuba untuk menunjukkan bahawa Anwar dan Saiful, mempunyai hubungan, di mana ketua pembangkang itu didakwa akan menunjukkan layanan istimewa kepada Saiful.   Kelab Greenboc. Liwat II: Pendakwa sambung berhujah hari ini

LAPORAN LANGSUNG Tidak seperti Mahkamah Rayuan yang mendengar kes liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tempoh dua hari yang ditetapkan Mac lepas, Mahkamah Persekutuan pula telah melangkaui peruntukan dua hari untuk mendengar rayuan terakhir yang masuk hari kelima hari ini.

11.55am: Shafee menegaskan apabila Saiful berkata dia 'tak rela', apa yang dimaksudkannya ialah dia tidak tahan lagi.
(Hujah di atas pelik... tak tahan oleh itu tak rela, jika boleh ditahan maka rela? Habis dilaporkan boleh minum nescafe dan karipap selepasnya masa itu rela? - ulasan GB)
Katanya, Saiful berkata ia dilakukan tanpa (kerelaannya).

Saiful membuat laporan selepas dua hari disebabkan dia dalam keadaan tidak menentu, kata Shafee.
Saiful, tambahnya, boleh menjelaskan cara dia diliwat.

Beliau berkata, ini bukan kali pertama ia berlaku dan ia mungkin sudah di 'rehearsed' sebelum ini.
11.45am: Membaca dari testimoni Saiful, Shafee berkata Saiful tidak boleh tahan lagi.

Ia mengulangi bahagian Anwar ejakulasi di dalam Saiful seperti sebelumnya dan Saiful merasa sakit setiap kali perbuatan seksual berlaku.

Shafee berkata, untuk memahami konteks KY jelly yang digunakan, semua ini harus diambil ke dalam konteks.

Katanya, mengapa Saiful diberi hadiah seperti pakaian yang mahal, kerana ini diberi kerana dia (Saiful) telah didominasi oleh perayu.

Menurutnya, hadiah-hadiah ini perlu dan mahkamah harus melihat testimoni Saiful mengikut konteks (dari insiden masa lalu).

11.40am Shafee seterusnya berhujah mengapa dakwaan Saiful tentang insiden sebelumnya harus diterima di mahkamah.

Katanya, episod dan perjumpaan dengan tertuduh sebelum ini hendaklah diterima kerana isu kredibiliti yang dipertaruhkan.

Ini, tambahnya, adalah penting untuk memahami konteksnya.

Shafee berkata, tidak ada bahaya yang serius mengenai 'pre-judicial evidence'.

1138am: Pendengaran mahkamah disambung semula.
11.15am: Hakim Arifin meminta mahkamah berihat seketika.
11.10am: Shafee kelihatan mengelak apabila Hakim Arifin bertanya bagaimana 18 alel boleh berada di situ.

Beliau berpindah topik lain mengenai testimoni tiga orang doktor HKL bahawa mereka mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

"Mereka menggunakan proctoscope dan kemungkinan pencemaran adalah kurang kerana semua peralatan telah disterilkan.

"Para doktor tidak boleh mengatakan berlaku penetrasi. Setelah mereka melihat sampel empat sentimeter ke dalam dubur Saiful, mereka mendapati ada penetrasi."

Hakim Arifin bertanya sama ada keterangan Saiful mengenai insiden lain boleh dianggap sebagai 'pre-judicial'.

Bagaimanapun, Shafee berkata kebenaran adalah relevan, memetik kes Harun Idris.
11am: Shafee berkata tidak ada orang ketiga menurut (ahli kimia) Seah kerana ia (alel 18) dianggap 'dropping'.

Ia muncul sekali sahaja, tambahnya.

Para hakim kemudiannya bergilir-gilir untuk bertanya tentang bukti DNA yang bertentangan.
"Jika anda boleh membacanya, ia tidak 'degraded'. Anda boleh sama ada membaca atau tidak boleh. Ini adalah satu perkara yang penting untuk diingati," kata Shafee.

10.55am: Shafee berkata DNA Anwar dan Saiful ditemui pada seluar dalam kelabu Saiful.

Katanya, dalam swab peri-anal dari Saiful, DNA Anwar dan Saiful terdapat dari "atas ke bawah".

Beliau menambah bahawa DNA Anwar juga ditemui pada ekstrak bukan sperma pada rektum tinggi.
Katanya, ia terdapat pada setiap locus.

Shafee menjelaskan bahawa orang ketiga boleh jadi hasil daripada Saiful duduk di atas tempat duduk tandas.
10.40am: Shafee berkata Lelaki Y adalah Anwar.

Kawasan peri-anal Saiful diperolehi, di mana Lelaki Y dan seorang lagi lelaki penyumbang ditemui. Shafee berkata, beliau akan menjelaskan tentang lelaki penyumbang yang lain itu kemudian.

Shafee berkata ahli kimia Noraidora Saedon memberi keterangan bahawa swab DNA daripada berus gigi seragam dengan Lelaki Y.

Hakim Arifin bertanya sama ada lelaki yang tidak dikenali itu ditemui pada swab peri-anal dan Shafee menjawab iya.

Beliau berkata alel (allele) 18 hanya dalam ekstrak sperma dalam rektum bawah b9.
Katanya, apa yang ahli kimia itu kata terdapat dalam salah satu locus (18 allele) dan "kita mengabaikannya."

10.35am: Barang-barang bukti dari sel, kata Shafee. adalah boleh diterima sebagai fakta dan juga dalam undang-undang.

Anwar, tambahnya, telah menolak untuk memberikan sampel di Hospital Kuala Lumpur (HKL) walaupun terdapat bukti bahawa putik kapas telah dimasukkan ke dalam kawasan dubur (Anwar).

"Bagaimanapun, putik kapas ini tidak digunakan kerana Anwar enggan memberikan sampelnya walaupun ia boleh merupaka bukti yang kuat."

Sekarang, Shafee menyentuh tentang seluar Saiful, satu lagi bahan bukti yang diterima sebelumnya.
10.25am: Shafee berkata walaupun jika mahkamah mengakui bahawa barang-barang itu diperolehi secara tidak sah, ia masih boleh diterima oleh mahkamah sebagai bukti.

Beliau menambah bahawa bukti dari lokap itu adalah yang digunakan oleh Anwar, seperti kerangan yang diberikan oleh saksi polis.

Membaca laporan lokap, Shafee berkata, sel itu adalah bersih sebelum Anwar tiba.

"Jika Anwar memberus gigi, Anwar boleh menggunakan air paip di dalam (sel)" tambahnya,menjawab dakwaan pihak pembelaan bahawa ia tidak mungkin.

10.13am: Shafee seterusnya berhujah mengenai kes undang-undang di mana bukti 'entrapment evidence' boleh dibenarkan di mahkamah.

Beliau berhujah bahawa mahkamah tidak mempunyai budi bicara untuk mengecualikan itu.
Pihak pembelaan sebelum ini berhujah bahawa bukti bagi sel tersebut telah dilakukan melalui tipu daya.

10am: Shafee berhujah mengenai kebolehterimaan bukti.

Beliau berkata mendiang Karpal Singh telah menyoal Jude secara ekstensif semasa perbicaraan awal.
Beliau berkata tidak ada keperluan untuk 'bicara dalam perbicaraan' diadakan untuk menerima tiga bukti tersebut.

Shafee berkata sementara pihak pembelaan telah membalas bahawa bukti harus diterima di dalam bicara dalam perbicaraan, beliau menunjukkan bahawa ia boleh juga diterima semasa perbicaraan utama.
"Dalam perrbicaraan utama, peguam diperlukan untuk menyoal semua, dan Karpal tidak menyoal balas Jude (lagi)."

Tidak ada prejudis bagi hakim untuk menerima keterangan itu, keta Shafee

Beliau menambah bahawa hakim pada masa itu telah membuat keputusan mengenai pengeluaran waran tangkap asal, dan telah membenarkan barang-barang itu dikemukakan sebagai bahan bukti.

9.50am: Shafee kini menyentuhkan tentang persekitran penangkapan Anwar.

Shafee berkata, Anwar akan menjadi orang yang terakhir tidak tahu apa kesalahan di bawah Seksyen 377.

Katanya, ia adalah satu kesalahan yang serius dan boleh ditangkap.

Ia adalah persetubuhan di luar tabie dan tidak perlukan waran tangkap, tambahnya.

"Ini adalah penangkapan yang sah, dan beliau telah dimaklumkan mengenai alasannya di balai polis. Tidak ada pelanggaran hak perlembagaannya."

Hakim Suriyadi menyatakan bahawa waran tangkap menyatakan nombor alamat unit kondominium yang berbeza dan Shafee mengakui kesilapan itu.

Apa yang penting, kata Shafee, ialah pengadu (Mohd Saiful Bukhari Azlan) dinamakan.
Shafee berpendapat ia tidak perlukan alasan penangkapan tetap sama, kerana ia terpulang kepada pendakwa.

9.45am: Shafee berkata keterangan polis adalah neutral dan ada fakta jelas bahawa Anwar membawa botol air mineral dan menggunakannya ketika dalam lokap.

Beliau menambah bahawa bukti-bukti itu tidak boleh dianggap bukti yang diperolehi secara tidak sah.

"Anwar telah ditangkap ketika keretanya diberhentikan (ketika menuju ke rumahnya di Bukit Segambut). Namun, apa yang tidak dipertikaikan ialah waran tangkap telah ditunjukkan kepada Anwar di IPK Kuala Lumpur."

Anwar telah dimaklumkan mengenai alasan-alasan dia ditangkap dan menunjukkan tuduhannya, tegas Shafee.

9.33am: Shafee berkata sementara pihak pembelaan telah membangkitkan sebelum ini mengenai cara bagaimana barang-barang itu diperolehi, beliau berkata ia tidak dibangkitkan semasa pendengaran di Mahkamah Rayuan.

Beliau berkata polis tidak disoal balas mengenai isu itu.

Shafee berkata, seorang pegawai polis telah mendengar Anwar memberus gigi, dan ini tidak dicabar oleh pasukan pembelaan pada masa itu.

"Semua ini tidak dicabar. Apabila Anwar meninggalkan lokap barang-barang ini, yang sebelum ini dalam beg plastik, berada di atas lantai.

"Ini menunjukkan penggunaan barang-barang ini oleh perayu (Anwar)," katanya.

Minggu lepas pihak pembelaan berhujah bahawa tidak ada sinki di sel Anwar dan oleh itu beliau tidak mungkin menggosok gigi.

Barang-barang yang dirampas itu telah digunakan untuk mendapatkan DNA Anwar.

9.25am: Shafee menyambung hujahnya. Beliau kini menyerahkan barang-barang yang dirampas dari sel Anwar pada 17 Julai 2008.

Katanya, polis telah mengambil sehelai rambut, tuala 'selamat pagi', berus gigi, botol air untuk digunakan sebagai bukti.

Anwar telah menempatkan barang-barang ini di dinding separuh (half wall) di dalam sel.

Supt Amidon Anan, katanya, telah mengambil langkah berjaga-jaga tambahan apabila mengambil barang-barang tersebut dan menghantarnya kepada ahli kimia melalui pegawai penyiasat (IO, DSP Jude Blacious Pereira).

9.23am: Pendengaran mahkamah dimulakan dengan dipengerusikan oleh Tun Arifin.
9.10am: Kelihatan di dewan mahkamah Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul dan MP Alor Gooi Hsiao Leung.

Peguam Anwar dari kes liwat I, Zainur Zakaria juga kelihatan.

9.00am: Mahkamah bersiap sedia untuk memulakan prosiding.

8.48am: Anwar memasuki dewan mahkamah bersa,a isterinya yang juga presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan para penyokongnya. Mahkamah ini sudah penuh sesak.

Ketua pembangkan itu kelihatan sedang berbincang sesuatu dengan Sri Ram.

8.36am: Shafee memasuki dewan mahkamah dan duduk di sebelah kanan dengan DPP Mohd Hanafiah. Pemerhati antarabangsa juga telah mengambil tempat duduk mereka.

Di luar bangunan mahkamah, 12 penyokong Anwar berkumpul. Kawasan ini penuh dengan anggota media dan polis yang bertugas.

8.25am: Seperti biasa polisi memeriksa mereka yang memasuki dewan mahkamah dan memastikan mereka mempunyai pas yang diperlukan.
Sudah berada di mahkamah ialah peguambela Tan Sri Gopal Sri Ram, Sangeet Kaur dan Latheefa Koya.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Hanafiah dan Zamri juga telah masuk.

7.30am: Pihak pendakwa yang diketuai peguam yang dilantik kerajaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah akan meneruskan hujahnya mengapa keputusan Mahkamah Rayuan untuk mensabitkan Anwar adalah selamat.

Ini selepas pihak pembelaan yang diketuai oleh bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Gopal Sri Ram, telah mempersoalkan kredibiliti mangsa yang didakwa diliwat, Mohd Saiful Bukhari Azlan Selasa lepas.

Pada hari Jumaat, Shafee cuba untuk menunjukkan bahawa Anwar dan Saiful, mempunyai hubungan, di mana ketua pembangkang itu didakwa akan menunjukkan layanan istimewa kepada Saiful. 

[LIVE] Shafee Tak Jawab Bagaimana 18 Alel Boleh Berada Di Dubur Saifrul  Liwat II: Pendakwa sambung berhujah hari ini  LAPORAN LANGSUNG Tidak seperti Mahkamah Rayuan yang mendengar kes liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tempoh dua hari yang ditetapkan Mac lepas, Mahkamah Persekutuan pula telah melangkaui peruntukan dua hari untuk mendengar rayuan terakhir yang masuk hari kelima hari ini.  11.55am: Shafee menegaskan apabila Saiful berkata dia 'tak rela', apa yang dimaksudkannya ialah dia tidak tahan lagi.  (Hujah di atas pelik... tak tahan oleh itu tak rela, jika boleh ditahan maka rela? Habis dilaporkan boleh minum nescafe dan karipap selepasnya masa itu rela? - ulasan GB)  Katanya, Saiful berkata ia dilakukan tanpa (kerelaannya).  Saiful membuat laporan selepas dua hari disebabkan dia dalam keadaan tidak menentu, kata Shafee.  Saiful, tambahnya, boleh menjelaskan cara dia diliwat.  Beliau berkata, ini bukan kali pertama ia berlaku dan ia mungkin sudah di 'rehearsed' sebelum ini.  11.45am: Membaca dari testimoni Saiful, Shafee berkata Saiful tidak boleh tahan lagi.  Ia mengulangi bahagian Anwar ejakulasi di dalam Saiful seperti sebelumnya dan Saiful merasa sakit setiap kali perbuatan seksual berlaku.  Shafee berkata, untuk memahami konteks KY jelly yang digunakan, semua ini harus diambil ke dalam konteks.  Katanya, mengapa Saiful diberi hadiah seperti pakaian yang mahal, kerana ini diberi kerana dia (Saiful) telah didominasi oleh perayu.  Menurutnya, hadiah-hadiah ini perlu dan mahkamah harus melihat testimoni Saiful mengikut konteks (dari insiden masa lalu).  11.40am Shafee seterusnya berhujah mengapa dakwaan Saiful tentang insiden sebelumnya harus diterima di mahkamah.  Katanya, episod dan perjumpaan dengan tertuduh sebelum ini hendaklah diterima kerana isu kredibiliti yang dipertaruhkan.  Ini, tambahnya, adalah penting untuk memahami konteksnya.  Shafee berkata, tidak ada bahaya yang serius mengenai 'pre-judicial evidence'.  1138am: Pendengaran mahkamah disambung semula.  11.15am: Hakim Arifin meminta mahkamah berihat seketika.  11.10am: Shafee kelihatan mengelak apabila Hakim Arifin bertanya bagaimana 18 alel boleh berada di situ.  Beliau berpindah topik lain mengenai testimoni tiga orang doktor HKL bahawa mereka mematuhi garis panduan yang ditetapkan.  "Mereka menggunakan proctoscope dan kemungkinan pencemaran adalah kurang kerana semua peralatan telah disterilkan.  "Para doktor tidak boleh mengatakan berlaku penetrasi. Setelah mereka melihat sampel empat sentimeter ke dalam dubur Saiful, mereka mendapati ada penetrasi."  Hakim Arifin bertanya sama ada keterangan Saiful mengenai insiden lain boleh dianggap sebagai 'pre-judicial'.  Bagaimanapun, Shafee berkata kebenaran adalah relevan, memetik kes Harun Idris.  11am: Shafee berkata tidak ada orang ketiga menurut (ahli kimia) Seah kerana ia (alel 18) dianggap 'dropping'.  Ia muncul sekali sahaja, tambahnya.  Para hakim kemudiannya bergilir-gilir untuk bertanya tentang bukti DNA yang bertentangan.  "Jika anda boleh membacanya, ia tidak 'degraded'. Anda boleh sama ada membaca atau tidak boleh. Ini adalah satu perkara yang penting untuk diingati," kata Shafee.  10.55am: Shafee berkata DNA Anwar dan Saiful ditemui pada seluar dalam kelabu Saiful.  Katanya, dalam swab peri-anal dari Saiful, DNA Anwar dan Saiful terdapat dari "atas ke bawah".  Beliau menambah bahawa DNA Anwar juga ditemui pada ekstrak bukan sperma pada rektum tinggi.  Katanya, ia terdapat pada setiap locus.  Shafee menjelaskan bahawa orang ketiga boleh jadi hasil daripada Saiful duduk di atas tempat duduk tandas.  10.40am: Shafee berkata Lelaki Y adalah Anwar.  Kawasan peri-anal Saiful diperolehi, di mana Lelaki Y dan seorang lagi lelaki penyumbang ditemui. Shafee berkata, beliau akan menjelaskan tentang lelaki penyumbang yang lain itu kemudian.  Shafee berkata ahli kimia Noraidora Saedon memberi keterangan bahawa swab DNA daripada berus gigi seragam dengan Lelaki Y.  Hakim Arifin bertanya sama ada lelaki yang tidak dikenali itu ditemui pada swab peri-anal dan Shafee menjawab iya.  Beliau berkata alel (allele) 18 hanya dalam ekstrak sperma dalam rektum bawah b9.  Katanya, apa yang ahli kimia itu kata terdapat dalam salah satu locus (18 allele) dan "kita mengabaikannya."  10.35am: Barang-barang bukti dari sel, kata Shafee. adalah boleh diterima sebagai fakta dan juga dalam undang-undang.  Anwar, tambahnya, telah menolak untuk memberikan sampel di Hospital Kuala Lumpur (HKL) walaupun terdapat bukti bahawa putik kapas telah dimasukkan ke dalam kawasan dubur (Anwar).  "Bagaimanapun, putik kapas ini tidak digunakan kerana Anwar enggan memberikan sampelnya walaupun ia boleh merupaka bukti yang kuat."  Sekarang, Shafee menyentuh tentang seluar Saiful, satu lagi bahan bukti yang diterima sebelumnya.  10.25am: Shafee berkata walaupun jika mahkamah mengakui bahawa barang-barang itu diperolehi secara tidak sah, ia masih boleh diterima oleh mahkamah sebagai bukti.  Beliau menambah bahawa bukti dari lokap itu adalah yang digunakan oleh Anwar, seperti kerangan yang diberikan oleh saksi polis.  Membaca laporan lokap, Shafee berkata, sel itu adalah bersih sebelum Anwar tiba.  "Jika Anwar memberus gigi, Anwar boleh menggunakan air paip di dalam (sel)" tambahnya,menjawab dakwaan pihak pembelaan bahawa ia tidak mungkin.  10.13am: Shafee seterusnya berhujah mengenai kes undang-undang di mana bukti 'entrapment evidence' boleh dibenarkan di mahkamah.  Beliau berhujah bahawa mahkamah tidak mempunyai budi bicara untuk mengecualikan itu.  Pihak pembelaan sebelum ini berhujah bahawa bukti bagi sel tersebut telah dilakukan melalui tipu daya.  10am: Shafee berhujah mengenai kebolehterimaan bukti.  Beliau berkata mendiang Karpal Singh telah menyoal Jude secara ekstensif semasa perbicaraan awal.  Beliau berkata tidak ada keperluan untuk 'bicara dalam perbicaraan' diadakan untuk menerima tiga bukti tersebut.  Shafee berkata sementara pihak pembelaan telah membalas bahawa bukti harus diterima di dalam bicara dalam perbicaraan, beliau menunjukkan bahawa ia boleh juga diterima semasa perbicaraan utama.  "Dalam perrbicaraan utama, peguam diperlukan untuk menyoal semua, dan Karpal tidak menyoal balas Jude (lagi)."  Tidak ada prejudis bagi hakim untuk menerima keterangan itu, keta Shafee  Beliau menambah bahawa hakim pada masa itu telah membuat keputusan mengenai pengeluaran waran tangkap asal, dan telah membenarkan barang-barang itu dikemukakan sebagai bahan bukti.  9.50am: Shafee kini menyentuhkan tentang persekitran penangkapan Anwar.  Shafee berkata, Anwar akan menjadi orang yang terakhir tidak tahu apa kesalahan di bawah Seksyen 377.  Katanya, ia adalah satu kesalahan yang serius dan boleh ditangkap.  Ia adalah persetubuhan di luar tabie dan tidak perlukan waran tangkap, tambahnya.  "Ini adalah penangkapan yang sah, dan beliau telah dimaklumkan mengenai alasannya di balai polis. Tidak ada pelanggaran hak perlembagaannya."  Hakim Suriyadi menyatakan bahawa waran tangkap menyatakan nombor alamat unit kondominium yang berbeza dan Shafee mengakui kesilapan itu.  Apa yang penting, kata Shafee, ialah pengadu (Mohd Saiful Bukhari Azlan) dinamakan.  Shafee berpendapat ia tidak perlukan alasan penangkapan tetap sama, kerana ia terpulang kepada pendakwa.  9.45am: Shafee berkata keterangan polis adalah neutral dan ada fakta jelas bahawa Anwar membawa botol air mineral dan menggunakannya ketika dalam lokap.  Beliau menambah bahawa bukti-bukti itu tidak boleh dianggap bukti yang diperolehi secara tidak sah.  "Anwar telah ditangkap ketika keretanya diberhentikan (ketika menuju ke rumahnya di Bukit Segambut). Namun, apa yang tidak dipertikaikan ialah waran tangkap telah ditunjukkan kepada Anwar di IPK Kuala Lumpur."  Anwar telah dimaklumkan mengenai alasan-alasan dia ditangkap dan menunjukkan tuduhannya, tegas Shafee.  9.33am: Shafee berkata sementara pihak pembelaan telah membangkitkan sebelum ini mengenai cara bagaimana barang-barang itu diperolehi, beliau berkata ia tidak dibangkitkan semasa pendengaran di Mahkamah Rayuan.  Beliau berkata polis tidak disoal balas mengenai isu itu.  Shafee berkata, seorang pegawai polis telah mendengar Anwar memberus gigi, dan ini tidak dicabar oleh pasukan pembelaan pada masa itu.  "Semua ini tidak dicabar. Apabila Anwar meninggalkan lokap barang-barang ini, yang sebelum ini dalam beg plastik, berada di atas lantai.  "Ini menunjukkan penggunaan barang-barang ini oleh perayu (Anwar)," katanya.  Minggu lepas pihak pembelaan berhujah bahawa tidak ada sinki di sel Anwar dan oleh itu beliau tidak mungkin menggosok gigi.  Barang-barang yang dirampas itu telah digunakan untuk mendapatkan DNA Anwar.  9.25am: Shafee menyambung hujahnya. Beliau kini menyerahkan barang-barang yang dirampas dari sel Anwar pada 17 Julai 2008.  Katanya, polis telah mengambil sehelai rambut, tuala 'selamat pagi', berus gigi, botol air untuk digunakan sebagai bukti.  Anwar telah menempatkan barang-barang ini di dinding separuh (half wall) di dalam sel.  Supt Amidon Anan, katanya, telah mengambil langkah berjaga-jaga tambahan apabila mengambil barang-barang tersebut dan menghantarnya kepada ahli kimia melalui pegawai penyiasat (IO, DSP Jude Blacious Pereira).  9.23am: Pendengaran mahkamah dimulakan dengan dipengerusikan oleh Tun Arifin.  9.10am: Kelihatan di dewan mahkamah Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul dan MP Alor Gooi Hsiao Leung.  Peguam Anwar dari kes liwat I, Zainur Zakaria juga kelihatan.  9.00am: Mahkamah bersiap sedia untuk memulakan prosiding.  8.48am: Anwar memasuki dewan mahkamah bersa,a isterinya yang juga presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan para penyokongnya. Mahkamah ini sudah penuh sesak.  Ketua pembangkan itu kelihatan sedang berbincang sesuatu dengan Sri Ram.  8.36am: Shafee memasuki dewan mahkamah dan duduk di sebelah kanan dengan DPP Mohd Hanafiah. Pemerhati antarabangsa juga telah mengambil tempat duduk mereka.  Di luar bangunan mahkamah, 12 penyokong Anwar berkumpul. Kawasan ini penuh dengan anggota media dan polis yang bertugas.  8.25am: Seperti biasa polisi memeriksa mereka yang memasuki dewan mahkamah dan memastikan mereka mempunyai pas yang diperlukan.  Sudah berada di mahkamah ialah peguambela Tan Sri Gopal Sri Ram, Sangeet Kaur dan Latheefa Koya.  Timbalan Pendakwa Raya Mohd Hanafiah dan Zamri juga telah masuk.  7.30am: Pihak pendakwa yang diketuai peguam yang dilantik kerajaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah akan meneruskan hujahnya mengapa keputusan Mahkamah Rayuan untuk mensabitkan Anwar adalah selamat.  Ini selepas pihak pembelaan yang diketuai oleh bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Gopal Sri Ram, telah mempersoalkan kredibiliti mangsa yang didakwa diliwat, Mohd Saiful Bukhari Azlan Selasa lepas.  Pada hari Jumaat, Shafee cuba untuk menunjukkan bahawa Anwar dan Saiful, mempunyai hubungan, di mana ketua pembangkang itu didakwa akan menunjukkan layanan istimewa kepada Saiful.   Kelab Greenboc.

Kelab Greenboc

Penyokong Anwar lenggang, Penyokong Saiful cetus provokasi..

Posted: 02 Nov 2014 08:30 PM PST

 
Menjelang hari kelima rayuan kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim, perkarangan Istana Kehakiman di Putrajaya lengang setakat jam 8.30 pagi ini.

Beberapa penyokong Anwar dilihat berbual dalam kumpulan kecil, menunggu di perhentian bas dan beberapa orang lagi sedang bersarapan di seberang Istana Kehakiman.

Polis juga kelihatan tenang bersantai di perkarangan mahkamah dan berbual sesama sendiri selepas menikmati sarapan awal pagi tadi.

Kelibat penyokong pihak pengadu, Saiful Bukhari Azlan masih belum kelihatan pada pagi ini walaupun dikatakan jumlah mereka yang hadir mencecah 50 orang pada Jumaat.

Penyokong Anwar yang hadir setakat ini tidak lebih 20 orang dan ada yang mengambil peluang menghabiskan masa dengan berbual bersama wartawan.

Bagaimanapun pada sekitar jam 10.30 pagi The Malaysian Insider melaporkan..

Kira-kira 30 penyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan mencetuskan provokasi kepada penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhimpun di depan Istana Kehakiman, Putrajaya, hari ini.  
Penyokong Saiful yang memakai baju merah menggunakan pembesar suara melaungkan "Hukum Anwar, Hukum Peliwat".  
Provokasi kecil itu berlaku kira-kira 10 minit namun berjaya dileraikan pihak polis yang meminta penyokong Saiful kembali ke kawasan mereka.  
Sementara itu, kira-kira 50 penyokong Anwar selesai membaca surah Yasin secara berjemaah mengambil berkat sempena hari Asyura (10 Muharam) hari ini, memohon agar ketua pembangkang itu berjaya dalam permohonan rayuannya.  
Beberapa pemimpin PKR turut serta dalam acara itu termasuk Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani dan Pemgerusi Biro Kepenggunaan PKR Yahya Sahri


The Malaysian Insider

Apa dia kes Anwar Ibrahim - Oleh Hishamuddin Rais

Posted: 02 Nov 2014 08:00 AM PST


Biar saya terangkan di sini sejelas mungkin. Perkara ini telah berkali-kali saya nyatakan. Di sini saya mengulangi apa yang pernah saya tulis. Lima belas tahun dahulu – 1998 – saya telah menulis perkara yang sama. 
 
Kali ini saya menulis sekali lagi kerana ramai pendatang baru – terutama anak anak muda – yang kabur tentang kes Anwar Ibrahim.

Tuduhan yang dihadapkan kepada Anwar Ibrahim ini tidak– baca tidak – sepenuhnya ada sangkut paut dengan undang-undang atau hukum hakam. Tuduhan ini bukan tuduhan jenayah. Ini tuduhan politik. 
 
Tuduhan ini dikatakan bertujuan untuk memastikan sosok yang bernama Anwar Ibrahim ini gagal dari mempengaruhi orang ramai. 
 
Tuduhan ini bertujuan untuk memalu dan memburukkan nama Anwar. Tuduhan ini untuk memastikan Anwar boleh dipenjara.

Nama yang telah dibusukkan dan sosok yang dipenjara dalam perhitungan Anak Lelaki Iskandar Kutty pasti akan menamatkan nafas politik Anwar Ibrahim. 
 
Kes ini akan menghalang Anwar daripada dapat mempengaruhi orang ramai untuk menggulingkan kerajaan United Malays National Organisation.

Inilah sebenarnya kes liwat Azizan 1998. Tidak ada perbezaan. Cara konspirasi dijalankan dan cara bertindak pada tahun 1998 dan tahun 2014 adalah sama. Tujuan dan agenda asal tahun 1998 masih diteruskan pada tahun 2014.

Pada tahun 1998, Anwar Ibrahim, timbalan perdana menteri dan juga timbalan presiden Parti Ketuanan Melayu telah belot. Ini satu jenayah yang amat besar. 
 
United Malays National Organisation sebuah parti politik telah menjarah negara ini semenjak British mengundur terperanjat besar apabila Anwar membelot. 
 
Kepimpinan parti yang mengakui mewakili dasar Ketuanan Melayu ini telah merompak dan melanun harta negara untuk mengayakan anak isteri bini dan kroni. Rompakan ini berjalan secara gelap dan terbuka malah diketahui ramai. 
 
Tapi tidak ada orang dalam yang berani pecah lubang'. Si Anwar Ibrahim ini telah belot dan pecah lubang.

Pecah lubang ini terjadi kerana pada tahun 1998 telah berlaku krisis ekonomi dalam sistem ekonomi kapitalis dunia. Krisis ekonomi bukan sahaja menimpa Malaysia malah di serata pelosok dunia. 
 
Banyak syarikat kroni Ketuanan Melayu telah bungkus dan gulung tikar.

Ketika krisis ekonomi ini berlaku Anwar ialah menteri kewangan. Mahathir Muhamad ketika itu ialah perdana menteri.

Anak Lelaki Iskandar Kutty memiliki dasar dan pendekatan yang berbeza dari Anwar dalam cara menangani krisis ekonomi 1998 ini. 
 
Anak Lelaki Iskandar Kutty merasa bahawa Anwar Ibrahim lebih cenderung dan bersedia untuk menerima cadangan Bank Dunia dan International Monetary Fund ( IMF). 
 
Anak Iskandar Kutty ini merasa dasar yang diyakini oleh Anwar ini akan melingkupkan syarikat kroni dan juga syarikat cucu lelaki Iskandar Kutty.

Perbalahan dasar dalam menangani isu ekonomi telah berlaku. Anak Lelaki Iskandar Kutty di satu pihak dengan Tun Daim sebagai panglima manakala Anwar Ibrahim di satu pihak dengan budak-budak Abim, Mat Ezam, Mat Azmin, Mat Khalid. 
 
Anwar Ibrahim juga disokong oleh peniaga-peniaga 'baru muncul' yang hendak naik dan berkembang.

Dalam suasana inilah Anak Lelaki Iskandar Kutty merasa bahawa Anwar Ibrahim sedang menyediakan 'kumpulan dan orang-orang' untuk mengenepikan dan menendang dirinya dari tampuk kuasa. 
 
Mahathir Muhamad merasakan dirinya sedang di kepong oleh Anwar Ibrahim yang memiliki banyak jaringan. Justeru satu konspirasi dirancang.

Hakikatnya – dalam kaca mata kumpulan penyamun – Anwar Ibrahim telah melakukan satu pembelotan besar. Anwar dilihat sebagai suara yang berani melawan. 
 
Ini amat-amat bahaya untuk sebuah parti politik yang selama ini kerjanya merompak dan melanun atas nama orang Melayu.

Semua yang berlaku hanyalah berita untuk mengolah persetujuan orang ramai agar melihat timbalan perdana menteri dan juga timbalan presiden parti sebagai orang jahat. Orang jahat wajib dipenjarakan.

Kepada anak-anak muda, atau pembaca yang tidak mengetahui apa yang telah berlaku pada tahun 1998 mungkin terperanjat membaca tulisan saya ini. 
 
Mungkin melihat tulisan ini sebagai propaganda lucah lagi bohong.

Jangan silap, bunyinya memang lucah. Sebenarnya semuanya saya pungut dari laporan media. Berita berita ini muncul pada minggu pertama sesudah Anwar dilucutkan kuasa – 20 September 1998. 
 
Pelacur-pelacur ini dilaporkan telah dilanggan oleh Anwar Ibrahim. Jika tidak yakin tentang apa yang saya tulis sila rujuk kepada arkib negara.

Justeru saya terus mengajukan bahawa jenayah Anwar bukan meliwat. Jenayah Anwar Ibrahim ialah pembelotan. Anwar belot dan lari dari gerombolan Ketuanan Melayu.

Dari segi sejarah Anwar Ibrahim telah dipungut oleh Anak Lelaki Iskandar Kutty untuk menjadi ahli gerombolan United Malays National Organisation. Anwar bekas aktivis pelajar dan juga bekas pemimpin belia dilihat memiliki ketrampilan pimpinan. 
 
Anwar juga memiliki rekod persekolahan, rekod agama dan pengalaman yang diperlukan untuk terus memanjangkan usia United Malays National Organisation.

Kenapa Anwar belot?

Dari segi pensejarahan, selama 16 tahun Anwar Ibrahim telah bersama dalam kumpulan perompak dan lanun. Anwar telah dinobatkan sebagai bakal perdana menteri. 
 
Ketika di puncak kuasa Anwar Ibrahim dikelilingi oleh segala macam jenis manusia.

Sebagai Mat Santa Klaus, sebagai pemegang mohor gula melaka, Anwar Ibrahim dikelilingi oleh pelbagai jenis semut yang 'gila projek'. Pelbagai jenis 'contract junkies' yang mahukan projek. 
 
Saya memanggil era ini zaman pink form . Inilah kemuncak kuasa Anwar Ibrahim mengagih-agihkan 'borang saham ' kepada Melayu dan Bumiputera untuk mendadak menjadi kaya. Dalam masa yang sama menyokong Anwar Ibrahim ke tampuk kuasa.

Pada awalnya ketika di tampuk kuasa, Anwar merasakan rompakan yang dilakukan oleh para lanun ini boleh dimaafkan. 
 
Tetapi apabila krisis ekonomi 1998 melanggar semuanya berubah. Para lanun dan penyamun dari United Malays National Organisation mahu Anwar membuka peti simpanan duit negara. 
 
Ringgat, dolar dan dinar harta negara ini dikehendaki oleh para lanun untuk menyelamatkan syarikat perniagaan mereka. Perkataan paling popular ketika itu ialah 'bail out' para kroni.

Dasar 'bail out' para kroni ini menajamkan lagi perbezaan antara Mahathir Muhamad dengan Anwar Ibrahim. Akhirnya perbezaan ini meledak. Anwar dituduh meliwat dan dipenjara. 
 
Pada 28 dan 29 Oktober 2014 ini kes liwat ini berulang. Justeru, saya cukup yakin Anwar akan kembali ke penjara.

Di sini saya ingin memberitahu bahawa mahkamah wujud sebagai lembaga keadilan. Ini samalah juga seperti SPRM wujud untuk membanteras rasuah. 
 
Sama juga dengan SPR wujud untuk mengendalikan pilihan raya. Ingin saya beritahu bahawa mahkamah, SPRM atau SPR adalah jentera daulah.

Dalam negara Dunia Ketiga seperti Malaysia, jentera jentera daulah ini memiliki peranan yang sama dengan lembaga-lembaga daulah di London, di Sweden atau di Norway. 
 
Dalam buku, dalam kertas, memang mahkamah di Sweden atau di Denmak atau di Putrajaya tugasnya ialah untuk menegakkan keadilan.

Tetapi dalam negara Dunia Ketiga, mahkamah ialah jentera dan alat daulah untuk menghukum sesiapa sahaja yang dianggap 'bahaya'. Mahkamah tidak ada sangkut paut dengan keadilan atau bercita-cita untuk menobatkan keadilan. 
 
Hukum dan undang-undang digunakan untuk menumpas dan memenjarakan musuh politik. Ini bukan tohmahan, Ini bukan fitnah.

Biar saya beri tahu di sini, pada 1998 Anwar dituduh meliwat Azizan dalam kondo Tivoli Villas Bangsar. Apabila peguam bela membuktikan tarikh Azizan diliwat bangunan yang bernama Tivoli Villas ini belum wujud.. ops... lalu tarikh liwat diubah suai. 
 
Ini bukan fitnah Hishamuddin Rais. Ini apa yang berlaku pada bicara tahun 1999.

Dalam kes liwat Saiful, ingatkan kembali bagaimana Si Saiful ini telah pergi mengadap sebelum membuat aduan polis. Ini bukan fitnah Hishamuddin Rais. Ini laporan media.

Saya tidak akan meragui kejujuran dan baik hati para pembaca yang masih berharap keadilan akan dinobatkan dalam kes ini. 
 
Saya juga angkat tabik penuh hormat kepada sesiapa sahaja yang turun ke Putrajaya untuk bersetiakawan dengan Anwar Ibrahim sepanjang kesnya berjalan. Salut.

Kepada kawan-kawan para reformis dan anak anak muda yang akan turun ke jalan raya saya ada pesanan:

Jika inilah harga yang wajib dibayar maka inilah harganya
datanglah penjara tali gantung perjuangan ini tetap disambung. 


VIDEO - Anwar Ibrahim: Pidato Umum Di Universiti Malaya

Posted: 02 Nov 2014 06:45 AM PST















Rentikanlah nak perbodohkan orang PAS ...Derih OOiii!

Posted: 02 Nov 2014 06:00 AM PST


Catatan Dhuha Ust Idris Ahmad

Kenapa perlu reka cerita, Pas hendak join dengan Umno. Sehingga merosakkan persepsi Pas di kalangan orang awam.

Orang yang bawa cerita ini, mungkin dia tidak faham Perlembagaan Pas, ada masalah peribadi, masalah hati atau memang itu profesion beliau yang pada perkiraan dia boleh menjadi "Amal Soleh" sewaktu di dalam kubur.

Ada.... Jangan cakap tak ada 


Hendak bersama Umno - Jangan cakap tak ada "Kita tidak sepatutnya berfikir nak berpakat dengan UMNO. Sebaliknya kita perlu berusaha memperkasakan Pakatan Rakyat.

 Ada pihak perwakilan yang kata mana ada di antara kita yang nak pergi berunding atau bersama dengan UMNO. Saya nak beritahu bahawa ketika kami di Perak dah buat keputusan sungguh tegas untuk tidak bersama UMNO dan dah putus untuk bersama DAP dan PKR, kami dihubungi oleh pimpinan tertinggi, "Tak bolehkah kita kaji keputusan untuk bersama dengan UMNO?".

 Ada saudara-saudara! Jangan cakap tak ada. Cuma saya tak nak sebut namanya. Tapi saya nak katakan ada. Sebab itu janganlah saudara-saudara terus buat keputusan seolah-olah semua orang dalam PAS tak ada yang berfikir begitu (yakni untuk bersama dengan UMNO). Ada! Tapi saya tak layan.".~ Ustaz Ahmad Awang – Mantan Naib Presiden 3

Catatan Dhuha Ust Idris Ahmad

Perlu diingat, Pas bukan hak peribadi mana-mana individu. Kalau ada mana-mana individu teringin dengan Umno, biarlah dia seorang.

Organisasi Pas tidak semudah itu untuk membenarkan Pas bersatu dengan Umno. Ketika Pas hendak menyertai Kerajaan Campuran 1971, Satu Muktamar Khas dibuat. Keputusan itu mendapat tentangan yang hebat daripada perwakilan. Setelah diundi, majoriti tipis yang menyokong.

Ust Hj Idris Hj Ahmad 9 Muharam 1436 / 2 November 2014 Ahad.

PAS bukan hak Presiden atau MSU sahaja   ....ada perlembagaannya



Hanipa Maidin dalam ucapan penggulungannya menyebut bahawa Majlis Syura Ulama dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertindak melampaui kuasa dalam menetapkan calon menteri besar Selangor.

 Menurutnya pada pindaan perlembagaan pada 1983 memutuskan bahawa tugas presiden perlu menumpukan soal tanggungjawab bersama dan turut menghapuskan pemusatan kuasa kepada presiden.

 "Ia dipinda dan sememangnya tidak ada peruntukan khusus (mengenai kuasa veto presiden).

 "Kita tidak menafikan presiden boleh buat keputusan tetapi dari soal perlembagan presiden biasanya merujuk kepada AJK PAs Pusat," katanya. 

"Tidak ada sebarang masa bahawa pandangan Luham (Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia) mewakili kebenaran secara keseluruhannya dan kita pun tidak berniat begitu," katanya.

 'Apa salahnya rujuk Luham?' Beliau menambah, Luham yang diketuainya perlu dirujuk dalam mentafsir ruang lintup kuasa tersebut.

 "Apa salahnya Majlis Syura Ulama, dalam mentafsirkan perlembagaan (PAS), apa salahnya Luham dirujuk untuk membantu Majlis Syura Ulama untuk memberi tafsiran (terbaik). ~ MK.

 "Majlis Syura Ulama mesti mengetahui kaedah pentafsiran (undang-undang). Tak salah kalau merujuk pentafsiran moden... Perlembagaan PAS mengikuti semangat daripada Al-Quran," katanya dalam ucapannya.
 
 
al-Husseyn

Ahmad Maslan akui biarpun harga minyak dunia turun, harga di Malaysia tak akan turun..

Posted: 02 Nov 2014 05:15 AM PST

 
Ahmad Maslan semalam mengatakan kerajaan mempunyai dua pilihan sekiranya harga minyak dunia terus menunjukkan trend penurunan.

Pilihan pertama ialah kerajaan boleh menurunkan harga RON95 sekiranya harga minyak dunia turun kepada serendah RM1.72 seliter dan mengenakan cukai jualan 58 sen.

Pilihan kedua, kerajaan boleh menurunkan harga minyak sehingga ke RM1.72 mengikut pasaran dunia dan tidak mengenakan cukai jualan, namun menjejaskan pendapatan negara untuk pembangunan.

Maksudnya jelas.. biarpun harga minyak dunia terus merudum rakyat Malaysia tidak akan membayar harga yang lebih rendah untuk petrol biarpun ada dicanangkan oleh BN harga minyak RON 97 akan diapungkan menurut harga pasaran dunia.

Apa kata Ahli Parlimen DAP.

Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong berkata, Putrajaya perlu menyatakan pendirian memandangkan tindakan mereka bercanggah dengan trend harga minyak mentah di peringkat global.
"Bajet 2014 menjangkakan harga minyak mentah berada pada paras AS$110 setong sementara Bajet 2015 menjangkakan AS$105 setong. Namun harga semasa berada pada paras AS$80 hingga AS$85 setong.

"Kejatuhan harga minyak dan pengurangan subsidi menyebabkan pendapatan kerajaan jatuh sekurang-kurangnya 30%, yang datangnya dari keuntungan berkaitan petroleum Petronas.

"Putrajaya tidak harus mengenakan cukai jualan petroleum bagi mendapatkan keuntungan disebabkan keuntungan kecil dari Petronas," katanya dalam satu kenyataan.

Liew berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu menolak cadangan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan untuk mengenakan cukai jualan petroleum jika harga minyak global terus turun.

Katanya, tidak adil kepada rakyat jika cukai jualan dikenakan apabila harga minyak mentah jatuh di bawah harga jualan semasa.

"Najib mesti menolak pilihan itu," katanya.

Liew yang juga merupakan pengerusi DAP Johor berkata, walaupun tanpa cukai, harga RON95 tetap RM2.30 seliter.

"Ahmad berkata masalah sekarang adalah untuk mendapatkan kembali RM23.5 bilion tahun lalu dan RM21 bilion tahun ini yang dibayar kepada syarikat minyak bagi membolehkan mereka mengurangkan harga minyak.

"Hakikatnya ialah, kerajaan berada dalam dunia mereka sendiri ekoran pengurusan ekonomi menjadi kebimbangan kini."~ The Malaysian Insider

Artis Sakit Mental Kerana Gelaran Datuk

Posted: 02 Nov 2014 04:30 AM PST



Bekas pelawak dari kumpulan Cecupak iaitu Pian telah disahkan mengalami gangguan mental iaitu kemurungan.

Ini berlaku akibat tekanan yang melampau selepas menerima gelaran Datuk daripada Naning beberapa bulan yang lalu.

Dikatakan ramai yang menghinanya kerana gelaran tersebut sehingga Pian terpaksa meneriman rawatan Psychiatry di HKL.

Pian atau nama sebenarnya Rafik Raman berkata kepada mStar:

"Terlalu banyak tekanan yang saya terima akibat gelaran itu termasuklah hinaan serta kata-kata kesat orang terhadap saya selama ini,"

"Jadi saya terpaksa mendapatkan rawatan selama lapan bulan di HKL untuk ubat dan sesi kaunseling agar penyakit saya ini dapat dipulihkan,"

Pian juga menafikan dia mengamuk di satu majlis kerana tidak
  
 

VIDEO - BR1M Yang Sungguh Bermakna ??

Posted: 02 Nov 2014 03:45 AM PST



PAS parti ajaran sesat, pesongkan akidah umat Islam, kata Ku Nan - OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Posted: 02 Nov 2014 03:00 AM PST

Setiausaha Agung UMNO pulak kata PAS Parti Ajaran Sesat...!!


Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bercakap semasa program Sarapan Rakyat 1Malaysia di Perpustakaan Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 2 November, 2014.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bercakap semasa program Sarapan Rakyat 1Malaysia di Perpustakaan Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 2 November, 2014.

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini mendakwa PAS sebuah parti politik yang membawa ajaran sesat dan memesongkan akidah umat Islam.

Sebaliknya, Umno ialah parti Melayu yang memastikan akidah umat Islam di Malaysia tetap terpelihara, kata setiausaha agung Umno itu.

"Tidak ada parti seperti Umno, saya hendak beritahu. Kalau kata PAS itu Islam, pada saya, PAS itu parti mengajar ajaran sesat. Parti yang akan memesongkan akidah.

"Berapa surau, masjid yang PAS bangunkan? Yang mereka tahu, pecah belahkan kita. Memesongkan akidah kita.

"Dia yang mulakan sembahyang dua imam, mengatakan sembelihan orang Umno tidak boleh makan, (mengatakan) imam yang digaji Umno tidak sah menikahkan anak kita," katanya.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata demikian semasa menyampaikan ucapan penutup Multaqa Kebangsaan, Biro Agama Umno di Kuala Lumpur.

Beliau yang juga mesra dengan panggilan Ku Nan berkata, taman asuhan kanak-kanak yang dibangunkan PAS bertujuan merosakkan minda kanak-kanak di peringkat awal.

Katanya, doktrin seperti itu menjadi cabaran kepada Umno bagi menghalang usaha penyebaran fahaman PAS dilakukan dari usia muda.

"Kita jangan lupa, Umno sedang menghadapi cabaran puak PAS yang mendidik anak-anak mereka sejak kecil, dan sekarang sudah besar, mengatakan Umno ini taghut, kafir.

"Mereka tanamkan semangat ini sejak kecil. Bagaimana kita hendak kekang? Ini cabaran," katanya.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata pelbagai isu sensitif yang dibangkitkan sejak kebelakangan ini berpunca dari kegagalan orang Melayu bersatu.

Katanya, ahli Umno perlu bijak menyampaikan kepada masyarakat maklumat mengenai sumbangan parti itu yang lebih banyak berjasa dari PAS.

"Kebelakangan ini macam-macam dipersoalkan, kalimah (Allah), Bible. Ini semua berlaku kerana bangsa Melayu tidak bersatu. Umat Islam berpecah belah, bawa fahaman yang songsang dalam negara. Memutar belit.

"Mereka menggunakan Islam untuk kepentingan politik. Umno sehingga ke hari ini tidak pernah menggunakan secebis ayat untuk mendapat kuasa," katanya.

Ku Nan turut mengingatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengenai hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mahu Fasal 3 Perlembagaan Umno dipinda.

"Perdana menteri sudah setuju supaya satu perjumpaan khas diadakan untuk tukar Fasal 3 mengikut Islam yang berlandaskan sunnah dan Al-Quran.

"Kenapa ini kita lakukan? Macam-macam ajaran sekarang datang ke negara kita, macam-macam mazhab, sehinggakan rakyat jadi kelam kabut," katanya. – 2 November, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-parti-ajaran-sesat-pesongkan-akidah-umat-islam-kata-ku-nan#sthash.X0an8PSP.dpuf

Peringatan Buat PM Najib !!

Posted: 02 Nov 2014 02:18 AM PST


 
Peringatan Buat PM Najib !!

Hujah Hari Pertama Shafee Tidak Gugat Keyakinan Anwar Shahbudin Husin,

Posted: 02 Nov 2014 12:30 AM PDT

 
 
Mengikuti hujah yang dibentangkan oleh pihak pendakwa kes rayuan liwat melibatkan Anwar Ibrahim pada hari pertama semalam, tentunya ramai yang bersetuju bahawa persembahan Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pendakwaan agak mengecewakan.

Hujah-hujahnya menepis kredebiliti Saiful Bukhari yang ditimbulkan Gopal Sri Ram, isu konspirasi politik  yang dibangkitkan Surendran dan pencemaran sampel DNA yang tidak disimpan dalam peti sejuk sebagaimana yang dipertikaikan oleh Ramkarpal, tidak ada yang di luar jangkaan dan hanyalah bersifat biasa-biasa saja.

Sebaliknya yang ditimbulkan Shafee dengan ghairah ialah mengenai aksi seks antara Anwar dengan Saiful yang didakwanya berlaku dengan kasar dan diikuti dengan tindakan Ketua Pembangkang itu menyemburkan air maninya ke dalam dubur bekas pembantunya itu.

Juga disensasikan ialah mengenai suit mahal jenama Brioni yang dihadiahkan Anwar kepada Saiful serta pemberian elaun ketika bertugas di luar negara sebagai asas yang didakwa wujudnya hubungan kemesraan antara mereka.
 
Dan sebagaimana yang diduga oleh Anwar bahawa fantasi seks yang ditimbulkan itu adalah semata-mata untuk menjadi mainan Utusan dan TV3, semua media konservatif dan media baru kemudiannya menyambut isu itu dengan meriah sekali. Ia juga diulang-ulang dengan pelbagai analisa, persepsi dan tokoh-tambah.

Meskipun Shafee juga menyatakan pembentangannya pada hari pertama hanya meliputi antara 25 hingga 30 peratus daripada keseluruhan fakta yang bakal dibentangkannya, beliau sama sekali tidak cuba menyanggah mengenai penemuan doktor bahawa tiada penembusan pada dubur Saiful itu.

Begitu juga tentang bagaimana seluar dalam yang tidak dipakai Saiful tetapi ada kesan air mani, laporan doktor yang menyatakan tiada kecederaan tetapi perlakuan seks didakwa berlaku secara kasar serta bagaimana Saiful boleh menemui pegawai polis bernama Mohd Rodwan dua hari sebelum kejadian liwat itu didakwa berlaku.

Tindakan Saiful yang didapati sebagai mangsa liwat secara kasar tetapi masih datang menghidangkan teh kepada tetamu Anwar dengan wajah selamba juga turut tidak disentuh  oleh Shafee.

Berbanding Gopal Sri Ram yang membangkitkan semua perkara  itu pada hari pertama pembelaannya, rakyat amat berharap agar Shafee tidak lupa untuk berhujah mengenainya dalam pembentangannya yang masih berbaki antara 75 hingga 80 peratus yang akan disambung Isnin nanti.

Dengan membangkitkan isu perlakuan seks secara agak detail, barangkali ramai yang memahami bahawa itulah kelebihan Shafee berbanding jika pasukan pendakwa hanya terdiri daripada  kakitangan Jabatan Peguam Negara saja.

Anwar pula, dengan keyakinan bahawa banyak keraguan yang telah ditimbulkan oleh para peguamnya sejak Selasa lalu tetap mempunyai asas yang kukuh untuk diterima oleh hakim, langsung tidak terganggu dengan hujah-hujah berkaitan perlakuan seks yang tentunya mengaibkan diri, keluarga, anak-anak dan cucunya yang dibangkitkan oleh Shafee itu.

Menemui penyokongnya sebaik mahkamah berhenti rehat pada tengahari selepas itu, beliau tetap meluahkan keyakinan akan dibebaskan pada Selasa ini walaupun cuba diaib dan dimalukan di dalam mahkamah.

Malah ketika bersembahyang Jumaat  di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin di Putrajaya kemudiannya, beliau tetap disambut hangat oleh rakyat yang berebut-rebut mahu bersalam dan memberi kata perangsang kepadanya.

Dianggap sebagai ahli politik negara paling mengagumkan, tabah dan sabar, Anwar tetap mempunyai pengaruh, sokongan serta diperlukan di sebalik laluan ke penjara bagaikan semakin terbuka untuknya. ( SH 01/11/2014)

Anwar masih sempat bergurau ketika mahu menemui penyokongnya...
 

Berebut-rebut orangramai mahu bersalam dan memberi kata semangat kepadanya...

  
KedahLanie

Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Harap Elaun Adun, Pencen Bekas Adun Dinaikkan

Posted: 01 Nov 2014 11:45 PM PDT


Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman
Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) berharap kerajaan negeri menaikkan elaun Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) masing-masing susulan cadangan elaun anggota Dewan Rakyat dinaikkan dalam Bajet 2015 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bulan lepas.

Presidennya Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata langkah itu akan memberi keselesaan kepada wakil rakyat berkenaan selepas bersara.

"Bila meningkat sahaja elaun wakil rakyat di peringkat Parlimen, dewan undangan negeri pun biasanya akan ikut sama.

Jadi, pencen mereka juga akan meningkat. "Ada negeri seperti Selangor dan Sarawak sudah pun berbuat demikian dan kita berharap negeri lain akan mengambil langkah sama susulan pembentangan Bajet 2015," katanya kepada Bernama ketika ditemui semalam.

Dalam Bajet 2015, elaun anggota Dewan Rakyat dinaikkan daripada bersamaan Gred 54 kepada bersamaan Gred Jusa C, manakala elaun bagi anggota Dewan Negara dinaikkan daripada bersamaan Gred 48 kepada bersamaan antara Gred 54 dan Jusa C.

Ketika ditanya mengenai harapan dalam Bajet Negeri Sabah yang akan dibentangkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman pada 7 November ini, Yang Dipertua Mubarak Negeri Datuk Yussof Abd Manan berkata beliau difahamkan kerajaan negeri bersedia untuk menaikkan elaun Adun di Sabah.

"Kita nampak isyarat daripada ketua menteri beliau pun tengah membuat persediaan untuk menaikkan elaun Adun di Sabah. Tetapi tidak tahu berapa amaun.

"Mubarak negeri ada majukan cadangan kepada kerajaan negeri agar kenaikan elaun haruslah melibatkan pencen bekas wakil rakyat dan cadangan amaun kenaikan tidaklah terlalu rendah dan tidak juga terlalu tinggi sehingga membebankan kerajaan negeri," katanya.

Yussof juga berharap pencen bekas Adun pula tidak kurang daripada pendapatan golongan yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

"Agak janggal bagi bekas wakil rakyat, yang menerima pencen rendah, berbaris untuk menerima BR1M.

"Mereka juga segan kerana pernah dikenali sebagai 'Yang Berhormat' (YB) dan kita (Mubarak) juga mahu menjaga nama baik institusi YB ini," jelasnya.

- Bernama