ZAKRI ALI |
- YAB MB Azmin gesa henti ketidakadilan terhadap Anwar.
- Ada Kah Makhamah Akan Memberi Keadilan Buat Anwar ?
- Senjata Terakhir UMNO Adalah Isu "PERKAUMAN"
- Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali muncul di lokasi program
- Kawalan ketat ketika mahkamah bersiap dengar rayuan Liwat II
- Jauhi sifat munafikuuun!!!
- MARI TURUN PADA 28/29 OKT INI - JANGAN JADIKAN KELEMAHAN ANWAR UNTUK HALALKAN KEZALIMAN
- AL FATIHAH
YAB MB Azmin gesa henti ketidakadilan terhadap Anwar. Posted: 27 Oct 2014 10:45 PM PDT SHAH ALAM : Timbalan Presiden KEADILAN Azmin Ali menggesa Kerajaan menghentikan penganiayaan dan ketidakadilan terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta merta. Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata beliau meminta mereka yang berkuasa, membenarkan kedaulatan undang-undang serta keadilan sebenar dapat ditegakkan. Menurut kenyataan itu lagi, perbicaraan di Mahkamah Persekutuan terhadap rayuan Anwar, adalah pendakwaan yang merupakan sebahagian daripada konspirasi keji, yang bermula sejak tuduhan fitnah pertama pada 1998. Tindakan itu bertujuan membunuh watak Anwar, disamping memusnahkan kerjaya politiknya. "Penganiayaan demi penganiayaan terhadap beliau terus berlaku, dan ia dilihat merupakan kesan daripada proses kehakiman dan jenayah yang dilihat terpesong dan mengalami kepincangan. "Gangguan dan ketidakadilan ke atas pasukan guaman beliau juga menyebabkan kepercayaan terhadap pihak berkuasa semakin berkurangan, dan tuduhan hasutan yang dikenakan kepada peguam beliau, N. Surendran merupakan satu penafian ke atas perbicaraan adil," kata Azmin dalam satu kenyataan. Tambahnya, beliau mengharapkan pendengaran kes nanti, dapat memberikan keadilan sebenar kepada Anwar. Batu VS Kayu. |
Ada Kah Makhamah Akan Memberi Keadilan Buat Anwar ? Posted: 27 Oct 2014 10:00 PM PDT Seluruh dunia sedang menunggu dengan penuh minat untuk menyaksikan sama ada mahkamah tertinggi Malaysia akan mengekalkan standard antarabangsa bagi perbicaraan yang adil apabila rayuan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan tuduhan liwat terhadapnya, bermula esok. "Adalah penting bahawa Malaysia menghormati standard antarabangsa bagi perbicaraan yang adil, termasuk hak untuk didengar oleh sebuah tribunal yang kompeten, bebas dan tidak berat sebelah." Persekutuan Antarabangsa bagi Hak Asasi Manusia (FIDH) dan organisasi anggotanya Suaram berkata, mahkamah tertinggi itu "mesti mengenepikan politik dari dewan mahkamah dan menamatkan lebih 15 tahun penganiayaan kehakiman" terhadap Anwar. #KeadilanUntukAnwarIbrahim #JusticeForAnwarIbrahim ***BERHIMPUN DI ISTANA KEHAKIMAN PUTRAJAYA 28 & 29 OKTOBER 2014 |
Senjata Terakhir UMNO Adalah Isu "PERKAUMAN" Posted: 27 Oct 2014 09:30 PM PDT Kenyataan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Abdullah Zaik Abdul Rahman yang meletakkan kesalahan terhadap DAP kononnya punca kepercayaan bahawa 'orang Melayu adalah pendatang' jelas menunjukkan agenda politik kotor pertubuhan itu yang pro-BN. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, pertubuhan itu tidak henti-henti menyalahkan DAP, sedangkan kenyataan tersebut diucap perwakilan Gerakan dalam perhimpunan tahunan parti komponen BN itu di Shah Alam 19 Oktober lalu. "Apakah jenis manusia atau organisasi ISMA ini yang bersedia untuk menggunakan fitnah jahat sedangkan dalam Islam, fitnah adalah satu dosa besar yang lebih berat daripada membunuh orang? "Prinsip tidak bermoral dan tidak beretika ISMA terserlah bila mereka berbohong bahawa DAP yang menyebut orang Melayu pendatang, sedangkan ia disebutkan oleh seorang wakil parti komponen BN, Gerakan," kata Guan Eng dalam satu kenyataan. Kata Guan Eng, ISMA kini menjadi 'pakar' menukarkan hitam kepada putih dan putih kepada hitam akan terlepas daripada sebarang tindakan sekalipun mengeluarkan ucapan ekstrem yang menggugat ketenteraman awam dan menanam kebencian terhadap golongan bukan Islam, Beliau menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak hanya beretorik dengan agenda wasatiyah (kesederhanaan), dalam masa sama membisu tanpa sebarang tindakan. "Adakah Menteri Dalam Negeri atau Ketua Polis Negara akan bertindak terhadap ISMA? "Kegagalan mereka menjadikan Najib sunyi keseorangan dengan ayat-ayat manis wasatiyyah yang hanya merupakan omong kosong," ujar Guan Eng. |
Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali muncul di lokasi program Posted: 27 Oct 2014 09:05 PM PDT Kempen terakhir Anwar blackoutSUBANG JAYA: Pentas utama kempen terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim di Stadium Mini 3K dekat sini tiba-tiba terpadam ketika Ketua Setiausaha Pengelola PKR, Fariz Musa sedang memberikan ucapan pada himpunan solidariti itu. Hampir 10 minit pentas utama itu bergelap namun lampu simbah stadium itu membantu dan tidak menenggelamkan pandangan orang ramai daripada mengikuti program itu. Selang beberapa minit kemudian Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali muncul di lokasi program itu dan dialu-alukan pengacara majlis sebaik sahaja Fariz selesai menyampaikan ucapannya. Masalah teknikal lampu itu tidak menghalang daripada program itu diteruskan malah orang ramai turut dipersembahkan beberapa keping gambar suasana terkini di Universiti Malaya sebaik sahaja Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tiba di sana. -sinarharian- |
Kawalan ketat ketika mahkamah bersiap dengar rayuan Liwat II Posted: 27 Oct 2014 06:56 PM PDT [LIVE - GAMBAR] Rayuan Liwat 2 Di Mahkamah PersekutuanEmpat tahun selepas perbicaraan Liwat II bermula, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berusia 67 tahun akan tahu hari ini atau esok sama ada Mahkamah Persekutuan akan mengekalkan hukuman ke atasnya dan dipenjarakan. Dalam tempoh dua hari ini, panel lima anggota hakim di mahkamah tertinggi di negara ini akan membuat keputusan mengenai rayuan ketua pembangkang itu dan juga rayuan balas pihak pendakwaan untuk menambah tempoh hukuman penjara ke atas Anwar. Pasukan peguambela Anwar telah mengemukakan 35 alasan dalam merayu keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac yang mendapati MP Permatang Pauh itu bersalah atas tuduhan liwat - sabitan kedua bagi tuduhan tersebut dalam tempoh 10 tahun. Pihak pendakwaan pula telah mengemukakan empat alasan untuk menambah tempoh hukuman penjara itu, di mana ia merasakan tempoh lima tahun penjara yang dijatuhkan ke atas ketua umum PKR itu sebagai tidak cukup berbanding dengan hukuman maksimum 20 tahun penjara dan hukuman sebat yang diperuntukkan di bawah Kanun Keseksaan. Sekiranya Anwar didapati bersalah, beliau secara automatik akan kehilangan kerusi Parlimen Permatang Pauh dan pilihan raya kecil dijangka diadakan. Bekas pengerusi Majlis Peguam dan peguam kanan Datuk Sulaiman Abdullah akan sekali lagi mengetuai pasukan peguambela Anwar. Sulaiman pada mulanya mewakili Anwar pada peringkat awal kes itu apabila beliau pertama kali didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada bulan Ogos 2008. Bagaimanapun Karpal Singh mengambil alih apabila perbicaraan bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dua tahun kemudian. Karpal meninggal dunia dalam nahas jalan raya pada bulan April tahun ini, dan Sulaiman kembali sebagai peguambela utama Anwar. Perbicaraan hari ini juga menjadi tumpuan pemerhati antarabangsa, termasuk Inter-Parliamentary Union, Union for Civil Liberty, LawAsia serta Badan Peguam Malaysia. Kes itu juga dijangka menarik kehadiran pegawai kedutaan asing, sebagai pemerhati. Malaysiakini membuat liputan langsung perbicaraan tersebut. LAPORAN LANGSUNG 8.59am: Anwar tiba bersama isterinya yang juga presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Seorang lagi anggota pasukan peguam Anwar ialah Gobind Singh Deo. Anwar dilihat berbincang sesuatu dengan peguam utamanya, Gopal Sri Ram. 8.56am: Berlaku sedikit kekecohan di luar mahkamah ketika sekumpulan wartawan cuba mengekori Anwar di luar mahkamah. Kira-kira 20 petugas media menyelinap melewati kawalan polis dan mengekori Anwar sehingga ke ruang legar mahkamah, tetapi ramai lagi masih berada di luar apabila anggota polis berjaya menutup pintu. Orang ramai melaungkan "Reformasi" semasa ketibaan Anwar, sehingga beliau masuk ke Istana Kehakiman sejurus kemudian. 8.55am: Dalam satu perkembangan baru, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Gopal Sri Ram menggantikan Sulaiman mewakili Anwar. Difahamkan Gopal dilantik di saat-saat akhir. Menurut peguam Latheefa, Sulaiman tidak sihat dan terpaksa menarik diri. 8.28am: Lima panel hakim Mahkamah Persekutuan diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria. Yang lain ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop. Di antara mereka yang dilihat di mahkamah ialah Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar. 8.10am: Peguam Mohd Saiful Bukhari Azlan - Zamri Idrus - memasuki dewan mahkamah. Beberapa pemerhati asing sudah pun berada di dalam. Pasukan peguambela Anwar - Latheefa Koya dan N Surendran - juga berada di dalam dewan mahkamah. Wartawan perlu melalui tiga pemeriksaan keselamatan dan ketika berada di dalam kompleks mahkamah mereka perlu mendaftar dengan anggota keselamatan yang bertugas di luar dewan mahkamah di mana rayuan Liwat II akan didengar. 8.00am: Wartawan yang membuat liputan perbicaraan, melalui pemeriksaan keselamatan oleh pihak polis, sebelum dibenarkan masuk ke kompleks mahkamah. 7.40am: Sekumpulan penyokong Angkatan Muda Keadilan (AMK) tiba dan mereka berkumpul dekat khemah polis di tengah-tengah jalan utama menuju ke Istana Kehakiman. Belum ada yang dibenarkan masuk ke kompleks mahkamah. Pekerja mahkamah masuk ke kompleks melalui belakang bangunan selepas pemeriksaan keselamatan oleh pihak polis. Seorang wakil mahkamah berkata, ia akan dibuka pada jam 8.15 pagi. 6.50am: Anggota polis mengawal kawasan dan jalan sekitar kompleks mahkamah di Putrajaya itu di mana rayuan Anwar terhadap sabitan pertuduhan Liwat II didengar. Lebih 50 anggota polis yang mengawal jalan-jalan utama menuju ke bangunan mahkamah. Mereka yang ingin menghadiri pendengaran mahkamah perlu mengambil laluan yang jauh. Khemah yang didirikan oleh pihak polis terletak di tengah jalan utama.
Kelab Greenboc |
Posted: 27 Oct 2014 05:45 PM PDT |
MARI TURUN PADA 28/29 OKT INI - JANGAN JADIKAN KELEMAHAN ANWAR UNTUK HALALKAN KEZALIMAN Posted: 27 Oct 2014 05:00 PM PDT PEDULI apa aku siapa yang tidak mahu datang ke Mahkamah Kehakiman Putrajaya pada 28 dan 29 Okt ini nanti. Aku tak peduli berapa kerat yang mahu bersusah bersama tokoh reformasi yang telah menghabiskan usianya untuk menjadikan PR sekuat ini sekarang. Aku cuma akan kenang wajah sesiapa terutamanya para pimpinan PR yang mahu bersama rakyat yang lain pada hari tersebut. Aku pasti akan ingat sampai bila-bila mereka yang tidak lagi peduli dengan Anwar. Bagi aku, seburuk mana pun Anwar hakikatnya beliau lah satu-satunya insan yang banyak membantu kita meruntuhkan kekuatan Umno/Bn sehinggakan rejim ini hanya tinggal 47% saja kekuatan hasil daripada bantuan semua jentera kerajaan yang telah mereka salahguna kuasa. Ciptalah sebanyak mana pun alasan dan hujah kamu, pastinya kita kenal hati budi masing-masing. Kita akan kenal siapa kawan yang ikhlas bersama kita selepas ini. Anwar masuk penjara, tentu ada yang seronok selain dari rejim. Anwar bebas, mungkin mereka ini tidak seronok sama juga seperti rejim yang sudah pastinya turut merasa susah hati. Aku tetap akan turun nanti biarpun terpaksa menumpang sesiapa. Aku tidak akan menjadikan kelemahan yang ada pada Anwar selama ini untuk aku menghalalkan kezaliman berlaku. |
Posted: 27 Oct 2014 06:25 AM PDT Anak Buah Saya, RASHIDAN SHAH B HJ ABDUL RAHIM, 49 Tahun, Meninggal Dunia Selepas Subuh Pagi Tadi Dikediaman Arwah di Banyan Close; Bukit Mahkota, Bangi Selangor - Telah Selamat DiKebumikan Di Tanah Perkuburan Bukit Mahkota Jam 5.45 Petang Tadi. Beliau yang bertugas di Khazanah Nasional meningalkan seorang isteri dan dua orang anak lelaki, yang berusia antara 15 dan 17 tahun. Semuga Rohnya Dicucuri Rahmat Dan Ditempatkan bersama orang orang yang beriman, Amin Ya Rabbal Alamin. |
You are subscribed to email updates from ZAKRI ALI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |