Sabtu, 25 Oktober 2014

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


VIDEO - Isu Anjing Memberikan Keresahan Kepada Rakyat Brunei Darussalam.

Posted: 25 Oct 2014 11:00 PM PDT



Akhirnya Anwar Dedah 'Rahsia' Selangor

Posted: 25 Oct 2014 10:15 PM PDT



Krisis Selangor bukti Pakatan mampu kekal tanpa saya, kata Anwar

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata realitinya, ketiga-tiga pemimpin Pakatan Rakyat mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain, khususnya dalam jawatankuasa antara parti seperti isu membabitkan pilihan raya dan bajet.

Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Pakatan Rakyat (PR) mampu kekal walaupun beliau terpaksa ke penjara kali kedua, buktinya dapat dilihat dalam penyelesaian krisis menteri besar Selangor.

Ketua Pembangkang itu mengatakan, terbukti PR masih mampu membentuk kerajaan negeri secara bersama dengan PAS, DAP dan PKR meskipun PAS dilihat berbeza pendapat sepanjang kemelut tersebut.

Meskipun ramai meramalkan dan melihat krisis berbulan-bulan tersebut akhirnya akan memecahkan Pakatan, Anwar sebaliknya berkata PR masih mampu bersatu selepas menteri besar baru dipilih oleh Sultan.

Selepas krisis Selangor, pemimpin PR termasuk PAS, duduk sekali membentangkan bajet bayangan yang didokong oleh ketiga-tiga parti tersebut.

Anwar sendiri menyifatkan bajet tersebut sebagai bukti kerjasama antara rakan parti dalam PR masih utuh, semasa bercakap kepada The Malaysian Insider semalam.

Katanya dengan nada sinis, keupayaan PR bersatu bukan semata-mata bergantung kepada dirinya, seperti yang diperkatakan oleh "penyokong yang mahu meningkatkan ego saya."

Menurut Anwar, realitinya ketiga-tiga pemimpin parti mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain, khususnya dalam jawatankuasa antara parti seperti isu membabitkan pilihan raya dan bajet.

"Peranan mereka tidak boleh diperkecilkan, tidak berapa betul kononnya peranan Anwar ini terlalu penting atau tiga pimpinan itu sangat utama.

"Ia (kepercayaan begitu) mungkin bagus untuk ego saya, tetapi itu tidak benar," kata Anwar dalam temubual ekslusif dengan The Malaysian Insider di rumahnya di Bukit Segambut.

PR baru sahaja berdepan krisis yang mengugat persefahaman dan hubungan sesama parti, ketika Anwar bersiap-sedia menghadapi perbicaraan di Mahkamah Persekutuan yang akan menentukan sama dirinya akan ke penjara atau tidak.

Hubungan antara ketiga-tiga parti komponen sudah diperbaiki sepenuhnya selepas selesai Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digantikan bulan lepas.

Semasa kemelut tersebut, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga ahli kanan Majlis Syura Ulama, unit tertinggi dalam parti, secara terbuka menolak langkah menggantikan Khalid yang dikemukakan PKR dan disokong DAP.

Semasa PKR dan DAP mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Khalid, Hadi menolaknya walaupun pemimpin dalam mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat menyokong presiden PKR itu.

Perdebatan sama ada parti Islam itu patut kekal atau tidak bersama dalam PR juga menambah kegawatan dalam PAS yang melibatkan perbalahan antara kumpulan Hadi dan kumpulan pemimpin lain dalam jawatankuasa pusat.

Pada ketika itu, para pemerhati melihat keretakan tersebut bakal memecah-belah PR dan membawa perpecahan dalam PAS sendiri.

Semasa kemuncak kes tersebut, peranan Anwar sebagai pendamai tidak signifikan dalam memujuk PAS menyokong keputusan PKR dan DAP yang sudah muktamad memilih calon menteri besar Selangor.

Semasa Ketua Umum PKR tersebut mengadakan pertemuan dengan Hadi dalam cubaan memujuknya bagi menyokong PKR dan DAP, Hadi dikatakan berang dan tidak bersetuju dengan beliau.

Jika Anwar dihantar ke penjara sekali lagi, ramai yang percaya PR mungkin berdepan cabaran lebih besar untuk kekal bersama ekoran perbezaan pendapat antara PAS dan rakannya.

Bagaimanapun, Anwar mempertahankan presiden PAS itu, beliau tidak bersetuju dengan pandangan mengatakan Hadi merupakan halangan kepada perpaduan dalam PR.

"Saya tidak setuju dengan pandangan negatif yang orang cakap tentang Hadi. Saya mungkin tidak setuju dalam semua perkara dengannya, tetapi dalam isu ini (perpaduan PR)... Dia bersama kita semasa di Parlimen dan kami berbincang panjang.

"Beliau mungkin tidak hadir dalam mesyuarat PR, disebabkan sakitnya atau berada di luar negara. Tetapi beliau hantar satu pasukan (para pembuat keputusan tertinggi)."

Anwar bagaimanapun tidak komited siapa yang akan menggantikan peranannya dalam PR sekiranya beliau dipenjarakan.

"Mereka ada bincang perkara ini sebelum ini. Semuanya berbalik kepada persefahaman asal kita. Di mana mesyuarat (pimpinan PR) diadakan, ia akan dipengerusikan oleh parti yang menjadi tuan rumah.

"Jadi, kalau di PKR, Dr Wan Azizah akan pengerusikan, kalau PAS, Hadi dan begitu juga dengan DAP."

Anwar berkata, dengan adanya beberapa jawatankuasa antara parti yang menuntut pimpinan dari parti berbeza bekerjasama, pakatan pembangkang sekarang lebih teratur berbanding waktu ia mula ditubuhkan pada 2008.

"Kita ada jawatankuasa pilihan raya, jawatankuasa setiausaha agung, mesyuarat berkala antara menteri besar dan ketua menteri.

"Pengumuman dibuat pemimpin kanan tetapi yang bekerja ialah pemimpin muda kami, contohnya dalam bajet bayangan, kita ada (Naib Presiden PKR) Rafizi Ramli, (Ahli Jawatankuasa Pusat PAS) Dr Dzulkefly Ahmad, (Ketua DAP Johor) Liew Chin Tong.

"Sama juga dengan jawatankuasa pilihan raya, di mana kita ada (Timbalan Presiden PKR) Azmin Ali dan (Ahli Jawatankuasa Pusat PAS) Dr Hatta Ramli. Peranan pemimpin ini semua tidak boleh dinafikan."



sumber...TMI

OLEH MD IZWAN DAN SHERIDAN MAHAVERA

Peguam Negara Mahu Penjara Anwar Lebih Lama Lagi..??

Posted: 25 Oct 2014 09:30 PM PDT

 

Pasukan pendakwaan dalam kes Liwat II berpendapat bahawa hukuman penjara lima tahun penjara yang dikenakan oleh Mahkamah Rayuan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak memadai.

Menurut dokumen yang disaksikan olehMalaysiakini, pasukan itu memberi hujah bahawa hukuman lima tahun penjara itu tidak memenuhi keadilan dari sudut kepentingan awam.

Pasukan pendakwaan berpendapat bahawa hakim rayuan membuat kesilapan kerana hukuman penjara tidak mencerminkan tahap kesalahan itu, dan tidak menjadi teladan kepada masyarakat.

Menurut pasukan itu lagi, hukuman lima tahun penjara tidak memadai berbanding peruntukan 20 tahun penjara dan rotan dalam Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Perkara itu difailkan oleh pasukan pendakwaan untuk menuntut Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman lebih berat ke atas Anwar.

Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu membatalkan keputusan tahun 2012 oleh Mahkamah Tinggi Kuala LumpurOn March 7, dan seterusnya mendapati Anwar bersalah atas tuduhan Liwat II, dan menjatuhkan hukumen lima tahun penjara ke atasnya.

Pasukan pembelaan Anwar, yang kini diketuai oleh peguam kanan Sulaiman Abdullah, memfailkan 35 asas dalam rayuan ke atas sabitan di mahkamah tertinggi itu.

Rayuan terakhir oleh ketua umum PKR itu, kini 67 tahun, ditetapkan selama dua hari bermula Selasa.
Dalam rayuan balasnya, pendakwaan memohon hukuman penjara lebih lama dikenakakan ke atas Anwar.


Posted by Jeebond BLM

Pasukan Pendakwa mahu Anwar dipenjara lebih lama?

Posted: 25 Oct 2014 08:45 PM PDT



Pasukan pendakwaan dalam kes Liwat II berpendapat bahawa hukuman penjara lima tahun penjara yang dikenakan oleh Mahkamah Rayuan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak memadai.

Menurut dokumen yang disaksikan oleh Malaysiakini, pasukan itu memberi hujah bahawa hukuman lima tahun penjara itu tidak memenuhi keadilan dari sudut kepentingan awam.

Pasukan pendakwaan berpendapat bahawa hakim rayuan membuat kesilapan kerana hukuman penjara tidak mencerminkan tahap kesalahan itu, dan tidak menjadi teladan kepada masyarakat.

Menurut pasukan itu lagi, hukuman lima tahun penjara tidak memadai berbanding peruntukan 20 tahun penjara dan rotan dalam Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Perkara itu difailkan oleh pasukan pendakwaan untuk menuntut Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman lebih berat ke atas Anwar.

Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu membatalkan keputusan tahun 2012 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, dan seterusnya mendapati Anwar bersalah atas tuduhan Liwat II, dan menjatuhkan hukumen lima tahun penjara ke atasnya.

Pasukan pembelaan Anwar, yang kini diketuai oleh peguam kanan Sulaiman Abdullah, memfailkan 35 asas dalam rayuan ke atas sabitan di mahkamah tertinggi itu.

Rayuan terakhir oleh ketua umum PKR itu, kini 67 tahun, ditetapkan selama dua hari bermula Selasa.

Dalam rayuan balasnya, pendakwaan memohon hukuman penjara lebih lama dikenakakan ke atas Anwar lapor Malaysiakini.



Zar Ali III "MEREKA MERANCANG - ALLAH JUGA ADA PERANCANGANNYA - PERANCANGAN ALLAH MENGATASI SEGALA PERANCANGAN JAHAT MEREKA ( UMNO )
 
Zar Ali III's photo.

Perjanjian air selangor: Azmin mula berani lawan Anwar?

Posted: 25 Oct 2014 08:00 PM PDT

 

Sekarang ni nampak macam Azmin 'terpaksa' untuk teruskan perjanjian air Selangor ni walaupun nampak macam terpaksa lawan kemahuan dan hasrat Anwar. Mungkinkah Azmin dah berjaya 'dibeli' oleh 'beberapa orang yang berpangkat tinggi' tersebut?
AstroAwani kemarin dulu melaporkan:
Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia ingin melihat kualiti dan pengurusan air yang berkesan di negeri itu dan tidak berniat untuk membatalkan perjanjian air yang dimeterai di antara kerajaan Persekutuan dan negeri.
"Saya tidak akan membatalkannya (perjanjian). Saya mahu pelaksanaan disempurnakan secepat mungkin agar rakyat mendapat bekalan air yang mencukupi di masa hadapan," katanya seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Star. - AstroAwani.
Malaysiakini semalam melaporkan:
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihati Menteri Besar Selangor Azmin Ali supaya tidak menerima seadanya perjanjian air kontroversi negeri itu, sekiranya benar ia hanya menguntungkan sesetengah pihak sahaja.
Anwar yang juga MP Permatang Pauh berkata Azmin secara konsisten mahu memastikan perjanjian itu lebih telus.

"Saya pasti akan menasihatkan beliau (Azmin) untuk meneliti sekiranya perjanjian itu berat sebelah, maka tidak boleh meneruskan (untuk menerimanya) tanpa persoalan. - Mkini.
Nampak gayanya Azmin dah mula buat u-turn dalam isu perjanjian air Selangor dengan Kerajaan Persekutuan ni. Kalau sebelum ni Azmin antara yang cukup keras mengkritik Khalid Ibrahim dalam isu perjanjian ni.

Sekarang ni nampak macam Azmin 'terpaksa' untuk teruskan perjanjian air Selangor ni walaupun nampak macam terpaksa lawan kemahuan dan hasrat Anwar.

Malaysiakini juga melaporkan:
"Siapa yang mendapat untung? Saya tidak peduli sekiranya mereka berpangkat lebih tinggi tapi jika ia menyebabkan rakyat membayar lebih, saya fikir kita harus meneliti semula (perjanjian).
"Saya memandang berat isu ini dan saya tahu ini salah satu sebab beberapa orang yang berpangkat tinggi bermasalah dengan saya.

"Ia bukan peribadi tetapi jika anda 'bermain' dengan (terma) perjanjian, anda mengaut keuntungan dan anda hukum rakyat untuk membayarnya," kata beliau dalam wawancara dengan Malaysiakini. - Ibid.
Mungkinkah Azmin dah berjaya 'dibeli' oleh 'beberapa orang yang berpangkat tinggi' tersebut?

Aku percaya Azmin sebenarnya dah nampak keuntungan yang rakyat Selangor akan dapat dari perjanjian tu. Aku yakin perjanjian tu bagi kuasa yang tak kurang besar kepada kerajaan negeri Selangor dan Azmin sebagai MB.

Rugi atau untung rakyat Selangor dalam isu air lepas ni bergantung kepada tara mana kecekapan kerajaan Selangor dan Azmin sebagai MB menggunakan kuasa yang depa ada tu.

Dan yang paling aku yakin, takkan kut Khalid Ibrahim sebagai tokoh koperat yang dah bersara dari dunia koperat sebelum aktif berpolitik dan kemudiannya dilantik jadi MB Selangor akan tandatangan perjanjian yang merugikan rakyat selangor.

Berita Gempar Ini Membuatkan Umno Selangor Menggelupur..

Posted: 25 Oct 2014 07:15 PM PDT

 

"Keputusan dua kali PRU menunjukkan kaum Cina tidak mengundi BN. Jika kaum ini masih di takuk lama, barangkali saya setuju dengan keputusan mereka (UMcedel)," katanya kepada The Malaysian Insider. 

Hasil kajian UMcedel yang diadakan tiga hari selepas Mohamed Azmin Ali mengangkat sumpah sebagai menteri besar Selangor bulan lepas menunjukkan sokongan terhadap PR di Selangor melonjak kepada 43% manakala sokongan kepada BN menjunam kepada 20%.Sementara itu, 28% responden tidak menaruh keyakinan kepada BN dan PR manakala 9% lagi enggan menjawab soalan kajian itu.

Kajian yang dilakukan UMcedel pada Mei tahun ini pula mencatatkan sokongan PR di Selangor lebih rendah, iaitu sekadar 35% manakala sokongan BN pula mencatatkan 25%.Shukur berkata, kaum Cina yang selama ini mahu PR mentadbir Selangor, tidak seperti kaum Melayu dan India sudah mula beransur-ansur menyokong BN.

Katanya, hasil kajian UMcedel itu lebih menggambarkan sokongan kaum Cina kepada PR di Selangor, dan ia tidak boleh diterjemahkan kepada sokongan pengundi secara umum. "Pandangan saya, hari ini yang nyata tidak menyokong kita. Satu kaum yang begitu yakin dan sengaja, menjadikan kita bukan pilihan mereka. Kaum itu saja yang begitu ekstrem memberi sokongan kepada parti pembangkang.

"Kita melihat keputusan undi PRU13 di mana peti undi satu kaum, kaum itu saja, yang begitu teruk tidak menyokong kita."Jika kajian itu dibuat kepada kaum itu, mungkinlah apa yang dilihat hari ini. 

Kita yakin Melayu dan India mula kembali kepada BN. Dengan apa yang kita laksanakan hari ini, kita mendapat sambutan daripada orang Melayu dan India," katanya.Pandangan Shukur itu turut disokong Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Damansara Halimaton Saadiah Bohan yang melihat kaum Melayu dan India mula menyokong BN di Selangor.Katanya, Umno Selangor kini bekerja keras bagi memastikan bilangan perbezaan kerusi di DUN antara BN dan PR dapat dikurangkan. 

"PRU lepas, sokongan Melayu meningkat, cuma undi Cina yang kita tidak dapat. Di kawasan saya, sokongan India bertambah. Sejak apa yang berlaku ini, kita lihat sokongan Melayu ada peningkatan."Kita sedang berusaha. Kita cuba sedaya upaya merampas semula. 

Walaupun kita dengar ada yang kata, tidak boleh hendak rampas, tetapi untuk menaikkan jumlah Adun BN memang boleh," katanya kepada The Malaysian Insider.Ketua Umno Bahagian Ampang Datuk Ismail Kijo pula berkata, berdasarkan hasil kajian UMcedel, 28% yang tidak menyatakan sokongan kepada mana-mana pihak masih boleh diusahakan untuk kembali kepada BN.

Katanya, jika Umno dapat memenuhi kehendak kumpulan ini, tidak mustahil BN dapat melakukan perubahan menjelang PRU14 akan datang. "Rakyat yang atas pagar itu sebenarnya sedang tunggu dan lihat apa yang Umno akan lakukan. Andai kata kita bawa idea yang memenuhi kehendak mereka, 28% ini mampu beralih kepada BN."Kita perlu perincikan siapakah 28% itu? 

Daripada jumlah itu, kita perlu tanya apa yang mereka perlu. Kita kena ikut kehendak itu."Andai kata Umno lebih menonjolkan idea atau rancangan baru yang boleh memenuhi kehendak rakyat, saya yakin, kita boleh ambil kesempatan itu," katanya yang turut melihat krisis menteri besar Selangor oleh PR boleh dijadikan peluang Umno.

Bagaimanapun, Ismail yang juga merupakan bekas Adun Lembah Jaya berkata, tidak semua kehendak pengundi boleh dipenuhi.Katanya, apa sahaja yang diinginkan pengundi di Selangor mesti tidak bertentangan dengan aspirasi orang Melayu di negeri itu."Saya sentiasa bertanya kehendak pengundi kerana jika kita dapat penuhi 50% pun kita sudah dianggap berjaya. 

Andai kata kita mahu tunaikan, ia mesti tidak menjejaskan kepercayaan orang Melayu terhadap Umno dan BN.Mungkin sesetengah yang mereka kehendaki akan merugikan Melayu, yang itu kita tidak akan tunaikan," katanya kepada The Malaysian Insider.Shukur berkata UMcedel berhak membentangkan hasil kajian mereka, namun Umno Selangor akan tetap bekerja keras seperti biasa.

Beliau yang juga Adun Kuang berkata segalanya diserahkan kepada pengundi di Selangor bagi menghakimi prestasi BN dan PR di negeri itu."Bagi kami, popular atau tidak, kami terus bekerja seperti biasa. 

Kami akan berusaha meyakinkan rakyat supaya rakyat memberi kepercayaan kepada kita di masa akan datang."Rakyat boleh menilai apa yang kita kerjakan, pada masa sama rakyat boleh menilai apa yang dilakukan kerajaan PR di Selangor," katanya.  ~malaysian insider

Kenapa dua Adun Selangor itu tidak dihadapkan ke Badan Disiplin parti......??

Posted: 25 Oct 2014 06:30 PM PDT

 

Sebelum 2 Adun yang dituduh pengkhianat itu dihukum gantung, sudah terbayang kepelikan yang akan menimpa mereka berdua:

1) Pada 28 Sept, 2014
dikhabarkan mereka berdua ini akan dihadapkan ke badan disiplin .

2) Pada 30 Sept, 2014 
Kenyataan Mustafa Ali :

Kedua-dua mereka diminta hadir menemuinya semalam bagi menjelaskan tindakan yang telah dibuat mereka sebelum ini.

Turut serta dalam pertemuan itu, Penolong Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan.

Hasil pertemuan itu kata Mustafa, akan dibawa ke dalam Mesyuarat PAS Pusat sebelum menentukan bentuk tindakan selanjutnya. Keputusan sama ada menyerahkan kepada Lembaga Disiplin atau tidak berhubung dua Adun PAS Selangor hanya akan diputuskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat.

3) Pada 07 Oktober, 2014

 Mustafa Ali buat kenyataan:


PAS akan membuat keputusan berhubung kes dua Adun Selangor, Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib), pada mesyuarat PAS Pusat 12 Oktober ini. Segala butir-butir percakapan mereka dalam pertemuan dahulu itu, saya akan laporkan kepada mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat nanti



Sebelum apa-apa pertimbangan diputuskan oleh JKPP maklumat yang ada hanyalah berdasarkan kepada laporan Mustafa Ali dan Takiyuddin Hassan.Persoalannya ialah kenapa JKPP sendiri tidak mendengar sendiri dari mereka berdua? Tentunya itu lebih telus kerana JKPP boleh mengemukakan sendiri sekiranya ada penjelasan dari keduanya yg kurang jelas...

Tambahan pula sebelum JKPP memutuskan hukuman keatas mereka berdua itu, beberapa kenyataan oleh mereka yang terlibat telah tersiar dimedia :



Sep 17, 2014 Dewan Ulama PAS:

Telah sebulat suara meluluskan usul supaya mendesak Lembaga Displin PAS mengambil tindakan tatatertib kepada dua ADUN PAS Selangor yang menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor. Lihat di sini
Sep 26 , Ahli Majlis Syura Ulama PAS:
Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata kedua-dua Adun Hulu Kelang dan Morib tersebut wajar dipecat. Lihat di sini
Patutlah kedua mereka ini tidak jadi dihadapkan ke badan disiplin sebagaimana yang dilaporkan pada mulanya. 

Rupa-rupanya  separuh daripada JKPP itu merupakan dari kalangan MSU. Kalau sudah begitu ramai bilangan mereka dalam JKPP, apa perlunya MSU? Bukankah Ulama sudah cukup ramai memberi pandangan dan nasihat sewaktu mesyuarat JKPP bersidang? Ikuti penjelasan berikut :



ذوالحزم شاريف 



 Malam tadi aku kata nak tulis dan ulas panjang sikit berkaitan proses rayuan dua (2) Adun PAS Selangor yang digantung keahlian iaitu YB Shaari Sungip dan YB Hasnul.


 Kedua-dua mereka digantung keahlian oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (JKPP) pada 12 Oktober 2014. Dalam sidang media memaklumkan keputusan itu, Dato' Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS memaklumkan bahawa mereka diberikan masa 15 hari untuk membuat rayuan kepada Majlis Syura Ulamak.


JKPP telah mengambil keputusan menggantung kedua-dua Adun tersebut atas peruntukkan Fasal 82(9) Perlembagaan PAS yang menyebutkan bahawa :


"Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dalam keadaan tertentu adalah berhak mengambil apa-apa tindakan tatatertib dengan sendirinya tanpa menghiraukan Jawatankuasa Tatatertib ke atas mana-mana ahli PAS yang dianggap melanggar Ceraian (1) Fasal ini."
 JKPP boleh mengambil tindakan tatatertib berdasarkan Fasal 82(6) dan JKPP telah menggunakan para (c) Fasal 82(6) iaitu :
a) Memberi amaran
b) Melucutkan hak-hak dalam parti
c) Menggantungkan keahlian dan Memecat dari menjadi ahli. JKPP boleh mengambil tindakan tatatertib seperti di Fasal 82(9) ke atas mana-mana ahli PAS yang engkar dan/atau melanggar Fasal 82(1) iaitu :-

a) Taat dan patuh kepada hukum-hukum dan ajaran-ajaran Islam yang menjadi dasar PAS.

b) Taat dan patuh kepada Perlembagaan Parti serta Aturan dan Peraturannya. c) Taat dan patuh kepada arahan-arahan dan perintah-perintah Parti. 

d) Melaksanakan kewajipan-kewajipan yang ditugaskan oleh Parti sedaya upaya yang boleh.


e) Menjaga dengan cermatnya segala rahsia-rahsia Parti.
f) Mengamal akhlak Islam.


g) Mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan kepentingan Parti.


h) Menerima PAS sebagai satu-satunya wadah perjuangan Islam bagi dirinya di dalam negara ini.

Maklumat daripada sumber terdekat memberitahu bahawa JKPP juga menggunakan Fasal 16(3) dalam mengambil tindakan tersebut. Fasal 16(3) ialah berkaitan hak-hak dan kewajipan ahli iaitu :

a) Menunaikan yuran dan lain-lain menurut keputusan parti dari masa ke semasa. 
b) Melaksanakan arahan-arahan dan keputusan-keputusan parti sama ada umum atau khusus.
c) Menghadiri mana-mana kursus-kursus, tamrin-tamrin atau perhimpunan-perhimpunan parti sebagaimana yang ditetap dan diarahkan. 
d) Memperdalamkan ilmu pengetahuan khususnya tentang ajaran dan hukum-hukum Islam.
e) Memperkuat kedudukan dan menjaga kehormatan parti samada di dalam atau di luar negeri.
f) Pada amnya melaksanakan kehendak-kehendak Perlembagaan parti.
Setiap ahli yang dikenakan tindakan tatatertib, Perlembagaan PAS memberikan hak kepada mereka untuk membuat rayuan seperti yang disebutkan di Fasal 83 Perlembagaan PAS. 
Bagi ahli yang dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertib, mereka boleh merayu kepada JKPP melalui Setiausaha Agung dalam tempoh 30 hari seperti yang disebutkan di Fasal 83(1) seperti berikut :- 
"Ahli-ahli PAS yang dikenakan tindakan tatatertib di bawah Fasal 82 Perlembagaan ini yang tidak berpuas hati dengan keputusan Jawatankuasa Tatatertib bolehlah mengemukakan rayuan bersurat kepada Setiausaha Agung PAS dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan Jawatankuasa Tatatertib untuk dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat" 

Bagi ahli yang diambil tindakan oleh JKPP di bawah Fasal 82(9), mereka boleh terus merayu kepada Majlis Syura Ulamak (MSU) dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan seperti yang diperuntukkan di Fasal 83(3) seperti berikut : - 
"Dengan mengabaikan Ceraian (2) Fasal ini, ahli-ahli yang dikenakan tindakan mengikut Fasal 82(9) Perlembagaan ini hendaklah mengemukakan rayuan terus kepada Majlis Syura Ulamak dalam tempoh 30 hari" 
Apabila Setiausaha Agung PAS memaklumkan kedua-dua Adun tersebut digantung dan mempunyai tempoh 15 hari membuat rayuan kepada MSU, ianya amat pelik kerana Perlembagaan memberikan tempoh 30 hari. 

Pelik bertambah kerana tidak nampak alasan kukuh kedua-dua mereka diambil tindakan kerana melnggar tatatertib parti yang mana satu daripada lapan (8) yang diperuntukkan di Fasal 82(1). 
Adakah Setiausaha Agung tidak tahu, tidak faham Perlembagaan parti sendiri atau tidak dinasihatkan dengan betul? Amat malang malah amat malu apabila seorang seperti Setiausaha Agung yang begitu lama dan berpengalaman dalam parti malah bersama menggerakkan gerakan menjatuhkan Yang DiPertua PAS suatu ketika dulu tidak tahu Perlembagaan parti sendiri. 

Aduh... malang... kenapa 15 hari dan bukan 30 hari? Apa alasan penggantungan? 

Kemudian, Naib Presiden PAS, Tuan Haji Salahuddin Ayub pula mengalu-alukan rayuan oleh kedua-dua Adun tersebut. Katanya, beliau menaruh harapan yang tinggi kepada MSU untuk "fleksible" dalam memutuskan rayuan. 
Ha ha ha.... harapan yang tidak realistik. Langsung tidak berpijak di bumi yang nyata. Masih terapung di awangan Naib Presiden tersebut. Turun la jejak bumi sekali sekala wahai Naib Presidenku.... 
Untuk makluman semua, Majlis Syura Ulamak PAS (MSU) dianggotai oleh 17 orang ahli di mana empat (4) dilantik oleh Dewan Ulamak, empat (4) dilantik oleh JKPP, dua (2) dilantik oleh Dewan Pemuda dan dua (2) dilantik oleh Dewan Muslimat, manakala baki lima (5) dipilih dan dilantik oleh MSU sendiri. 

Sekarang MSU dianggotai oleh 16 orang ahli iaitu : 
a) Tuan Guru Dato' Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat (Mursyidul Am) 
b) Tuan Guru Dato' Dr. Harun Din (Timbalan Mursyidul Am) 
c) Dato' Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh (Setiausaha) 
d) Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang (Ahli) 
e) Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Ahli) 
f) Dato' Hj Abdul Halim Abdul Rahman (Ahli) 
g) Dato' Hj Ahmad Yaakob (Ahli) 
h) Dato' Dr Hj Mahfodz Mohamed (Ahli) 
i) Dato Hj Muhammed Daud Al-Iraqi (Ahli) 
j) Ustaz Nasruddin Hassan At-Tantawi (Ahli) 
k) Ustaz Hj Hashim Jassin (Ahli) 
l) Ustaz Zaharuddin Muhammad (Ahli) 
m) Ustaz Idrid Ahmad (Ahli) 
n) Dato' Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri (Ahli) 
o) Ustazah Wardah Tahir (Ahli) 
p) Ustazah Nadzirah Mohamad (Ahli) 

Daripada 16 orang ahli sedia ada, lapan (8) daripadanya ialah Ahli JKPP. Mereka ialah : 
a) Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang; 
b) Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man; 
c) Ustaz Idris Ahmad; 
d) Ustaz Nasruddin Hassan; 
e) Dato' Nik Zawawi Nik Salleh; 
f) Dato' Dr Mahfodz Mohamed; 
g) Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri; dan
h) Dato' Ahmad Yaakob
 Lapan (8) orang ahli MSU ini juga turut sama berada di dalam JKPP sebagai ahli dalam proses menggantung dua (2) Adun tersebut. 

Bagaimana mereka akan bertindak semasa proses rayuan dibuat nanti? Mereka menggantung dan sekarang mereka juga akan mendengar rayuan? 

Timbullah apa yang kita sebutkan sebagai pertembungan kepentingan (conflict of interest) dan akan melibatkan berat sebelah (bias). Bolehkah mereka ini berkecuali? Bolehkah mereka ini bersikap adil dan dilihat adil dalam memutuskan rayuan? 
Selain mereka berlapan ini, Tuan Guru Musrsyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat juga telah mengeluarkan kenyataan menyokong tindakan penggantungan keahlian dua (2) Adun ini.
 Justeru di mana kita hendak mengharapkan fleksibiliti pada MSU dalam memutuskan rayuan? 

Kalau aku di tempat kedua-dua Adun tersebut, aku tidak akan merayu melainkan MSU dianggotai oleh ahli-ahli yang boleh dipercayai keprofesionalan mereka dan tidak berkepentingan seperti yang ada sekarang.
Atas dasar itu sebelum ini aku memohon mencadangkan agar MSU dirombak bagi memantapkan institusi tersebut supaya dihormati, dipandang tingggi dan tidak diperkotak-katikkan demi kepentingan sesuatu pihak. 

MSU adalah institusi mulia, jangan dihinakan dengan tindakan berkepentingan.

ZULHAZMI SHARIFF 
24 OKTOBER 2014 
29 Zulhijjah 1435

Perkampungan Hantu Muncul Setelah 5 Tahun Hilang

Posted: 25 Oct 2014 05:45 PM PDT




Pada tahun 2008, Sebuah kampung di Beichuan County, Sichuan Province China, telah mengalami satu bencana alam yang amat teruk iaitu gempa bumi yang berukuran 8.0 magnitud.
Akibat daripada bencana tersebut, sebuah tasik telah terbentuk dan mengakibatkan seluruh perkampungan itu telah ditenggelami air.

Selepas 5 Tahun bencana dahsyat itu berlaku, tebing tasik yang terbentuk akibat gempa bumi itu telah rosak sekaligus menyebabkan air di tasik itu mengalir keluar sehingga mengakibatkan banjir besar yang beraku dalam tempoh 50 tahun. 
Akibat daripada pengaliran keluar air tasik itu, perkampungan yang ditenggelami air 5 tahun lalu muncul sehingga orang tempatan di sekitar kawasan tersebut mengelarkan ianya kampong yang muncul dari kubur dan seperti perkampungan 'berhantu'.













VIDEO - Ust Halim Hassan - Doa Awal & Akhir Tahun

Posted: 25 Oct 2014 05:00 PM PDT


YAB MB Selangor Azmin Ali Taat Dan Setia Kepada DS Anwar Ibrahim...??

Posted: 25 Oct 2014 11:44 AM PDT




Mohamed Azmin Ali menafikan dakwaan wujudnya gerakan sulit menjatuhkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan kononnya beliau mahu mengambil alih kerusi itu sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan.

Timbalan Presiden PKR itu berkata, perancangan itu tidak wujud dan dirinya kini lebih berminat menguruskan isu pentadbiran negeri berbanding hal dalaman politik parti.

"Tidak ada. Sekarang waktu kita bekerja. Jangan berpolitik. Masa berpolitik sudah selesai. Sekarang masa untuk bekerja," katanya kepada pemberita selepas turun padang melawat tapak kawasan banjir di Seksyen 13, Shah Alam, hari ini.

Kenapa Aku Benci Sangat Pada UMNO ??

Posted: 25 Oct 2014 04:45 AM PDT

Azman Daud Azmandaud's photo.
ASSALAMUALAIKUM.....

INILAH TARIKH KERAMAT KENAPA AKU BENCI SANGAT KEPADA UMNONIRROJIM..........


BERMACAM MACAM FITNAH DI BUAT KEPADA ANWAR KONONNYA ANWAR NAK CARI PUBLICITY MURAHAN.MAMAK DAKWA ANWAR HENTAK KEPALA DIDINDING TUMBUK MUKA SENDIRI....


PADA AWALNYA SEMASA AKU MENYOKONG UMNO AKU PERCAYA BULAT BULAT............

SETELAH DI TUBUH SIASATAN ....TERBUKTI ADA ORG LAIN YG TUMBUK MUKA ANWAR DAN HENTAK KEPALANYA KE DINGDING...


KEBABIAN APAKAH INI.......


SEBAB ITU AKU KATA UMNONIRROJIM MMG JAHAT,,,,,,,,
 
Azman Daud Azmandaud's photo.

Inilah Gaji Bulanan Shahidan Kassim - Menteri YG Sedih Kena Ikat Perut Sebab Gaji Rendah!

Posted: 25 Oct 2014 04:00 AM PDT

 Shahidan Kassim berkata depan wartawan ;



Sebagai seorang ahli parlimen, dia sendiri terpaksa ikat perut kerana gaji ahli parlimen kat Malaysia antara paling rendah di dunia.

Owh ek?

Paling rendah gaji = dengan kualiti kerja yang rendah = apa salahnya?

Kena ikat perut? Elok jek membuncit aku nampak. Pernah tak makan ke kau?

Haha.

Jom. Kita kaji jap gaji si Shahidan Kassim, menteri ikat perut neh. Untuk rekod, Shahidan Kassim bukan sahaja seorang menteri, bahkan seorang ahli parlimen bagi kawasan Arau.

Rujukan : http://www.parlimen.gov.my/profile-ahli.html?uweb=dr&id=3060

Dan ini la gaji anggaran yang dia terima tiap2 bulan termasukla elaun berserta faedah ;

Rujukan : http://www.parlimen.gov.my/images/webuser/akta/Akta%20237%20BM.pdf

- Ada menyatakan bahawa gaji bagi tiap2 ahli parlimen ialah 6,508,59.

- Jika seseorang ahli parlimen dilantik sebagai ketua pembangkang macam Anwar Ibrahim, dia punya gaji bertambah sebanyak 3,846.59.

Maksudnya 6,508.59 + 3,846.59 = 10,355.18 sen itulah gaji basic ketua pembangkang di negara ini.

- Shahidan Kassim ialah menteri di jabatan perdana menteri, yakni dia ditarifkan sebagai menteri maka gaji dia sebagai menteri ialah 14,907.15 tiap2 bulan. 

Yakni 6,508.59 sen + 14,907.15 = 21, 415.74 sen tiap2 bulan. Ini hanyalah gaji basic semata2.


- Ada menyatakan bahawa tiap2 ahli parlimen berhak menerima pencen selepas berusia 50 tahun ke atas selepas didapati telah bertugas/berkhidmat sebagai ahli parlimen selama 36 bulan. 


Pencen akan dikira berdasarkan kepada beberapa keadaan iaitu selepas ahli parlimen berhenti, kematian, hilang kelayakan ataupun parlimen terbubar. 

Dan pencen ini pula akan dikira berdasarkan kepada gaji akhir yang diterima. Andaikata dia seorang ahli parlimen + menteri = maka tinggi la kadar pencen bulanan yang dia akan terima.

Kadar pengiraan pencen 1/144 x tempoh perkhidmatan x gaji akhir ; tertakluk semaksimum separuh dari gaji penuh.

Oke. Yang itu basic punya citer. Yang kat jadual kat bawah neh ialah faedah yang diterima andaikata berlaku bencana ketika sedang berkhidmat dalam jawatan ;



 
Dan, sekarang neh kita akan masuk ke bab elaun. Baca la 11 jadual elaun2 yang layak diterima bagi tiap2 ahli2 parlimen













Dan, Shahidan Kassim kata dia masih ikat perut dengan puluhan ribu ribuan yang dia terima setiap bulan.

Kalau yang bergaji puluhan ribu-ribuan pun ikat perut, bagaimana pula dengan yang bergaji ribuan2 macam 3,000 ke bawah?

Macam mana pula dengan yang bergaji 1,000 ke bawah?

Yang gaji rm900.00?

Kami ikat apa? Yang pergi jual rumah mahal2, tinggikan kos sara hidup, naikkan harga semua jenis barang tue buat apa setannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn. Korang gaji puluhan ribu pun komplen takan la kami gaji kecik tak komplen?

BODOH NAK MAMPOS. Setempek kena kat geng2 BN yang dok jaja zikir syukur tue. Hah. Rasakan. Menteri lue sendiri sembang cakap tak cukup kot. Sampai ikat perut. Jangan dok merepek suruh aku jimat plak lepas neh.

KAH KAH KAH

Kbai.

Bantah Hukuman Penjara Untuk Muslim Yang Tidak Menunaikan Solat Jumaat 3 Hari Berturut2.

Posted: 25 Oct 2014 03:15 AM PDT



Kelantan. Buat satu undang2 mengarut. Ramai orang Islam tipikal memuji undang2 karut yang dibuat oleh Kelantan. 

Kerana pada mereka Kelantan ialah kerajaan Islam contoh. Sebenarnya. Bukan. Sama sekali bukan. 

Kelantan ialah sebuah negeri yang baik yang ditadbir oleh parti yang memperjuangkan idelogism islam tetapi pemimpin2 kepada parti itu ada yang seringkali jual agama untuk nampak macho dan cool bila bercakap soal Islam.

Selagi mana PAS tidak membersihkan tuduhan penyelewengan yang terpalit ke atas parti mereka, samada dalam skala besar atau kecil, kes tertutup atau tersorok, PAS ialah parti penjual agama pada aku.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh wakil kepada kerajaan negeri Kelantan baru2 neh ;

- Kelantan akan mengenakan denda rm1,000
 
- Ataupun penjara setahun

 
- Kepada lelaki muslim yang tidak menunaikan solat jumaat 3 kali berturut2. Itupun secara sengaja ataupun tanpa alasan kukuh.

Ada orang fikir. Kelantan menuju ke sebuah negara militan. Ektremis. Pengganas. Kuku besi. 

Sebenarnya. Aku takde masalah pun jika Kelantan mahu menghukum lelaki2 yang enggan menunaikan solat fardhu ataupun solat jumaat. Tetapi bila aku nampak duit rm1,000 sebagai denda tue aku jadi meluat. Sebagai kerajaan yang suka pongpang pasal Islam kau juga gila duit. Stail kapitalism juga yang kau heret.

Apa yang islamiknya dengan undang2 macam neh? Undang2 kau tak islamik langsung. Undang2 bersadur dengan elemen2 kapitalism kononnya nak menghukum pesalah2 agama tapi menyelitkan elemen2 yang Islam tegah.
Maksudnya apa?

Ko merogol. Ko kena tangkap. Hukuman kau ialah adik kau kena rogol.

Kau ingat, ini betul? Ini tak kena dengan apa yang Islam anjurkan.
Point aku.

- Bagi aku orang kaya. RM1,000 boleh dicari pada bila2 masa. Kalau pun kena tangkap dan dakwa, setakat bayar rm1,000 apa la dorang nak heran. Orang kaya ma.

- Bahkan terbuka kepada penyelewengan kuasa. Andaikata kerajaan perlu menambahkan pendapatan, boleh jadi mereka akan beria2 siasat mana2 lelaki muslim yang sengaja tinggalkan solat jumaat 3 hari berturut2 bagi mendapatkan duit denda2 banyak untuk dimasukkan ke dalam kantung negeri atau negara. Aku taktau sangat bagaimana protokol undang2. Ini sekadar contoh. 

-  Orang yang malas bersolat menindas pembayar cukai. Sudah la malas bersolat, pembayar cukai nak tanggung kehidupan mereka dalam penjara selama setahun? What the hell. 

Kau sapa? Ko malas bersolat dan apa kaitan rakyat dengan tindakan kau sampai nak tanggung hidup kau selama setahun?

Dah malas sorang2 aje la.Tak denda pun lagi bagus dari denda.Sudah la pemalas nak solat nak mampos.Lepas tue heret rakyat dalam kemalasan kau pula. 

Apa punya bodoh gile la undang2 neh.Dari tanggung hidup orang2 pemalas macam tue baik kumpul duit dan laburkan bagi membina prasarana2 di Kelantan.

Bekalkan air yang bersih.Saliran air yang tersusun.Bersihkan Kelantan.Bina jalanraya.Sediakan sistem pengangkutan yang effisen.

Ini lebih baik. Rakyat Kelantan gak yang untung bila prasarana Kelantan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Yang neh apa yang untungnya kalau pembayar cukai p tanggung makan hidup berak kencing seorang pemalas solat jumaat?

Satu sen pun takde faedah. Hukuman yang bangang neh perlu dilawan. Meskipun aku tak nafikan. Ada banyak hukuman2 bangang kat negara neh yang aku lawan. Tapi aku hurai bab neh dulu la. Untuk dijadikan contoh.

Nak mendenda tue tak salah. Tapi ketika mengenakan denda jangan sampai melakukan diskriminasi miskin kaya. Dan jangan sampai menyusahkan hak orang lain.

Denda yang sepatutnya untuk pemalas2 neh ialah khidmat masyarakat. Cuci longkang ka. Tandas ka. Buat kerja2 berat ka. Jadi buruh sementara ka. Apa2 je la. Janji dorang rasa terseksa ketika menjalani denda. 

Sekaligus akan membantu dorang rasa serik dan fobia untuk lawan undang2 lagi. Didik, dapat. Tak rugi duit untuk tanggung pesalah2 tue. Dorang pun reti serik. Miskin atau kaya, rasa cuak. Sebab tanpa elemen diskriminasi duit kat situ.

Bahkan. Banyak jenis hukuman yang kat negara neh kalau kita pinda satu persatu kepada khidmat masyarakat, taubat la pesalah2 neh akan main langgar jek lain kali. 

Polis nak makan rasuah pun susah la sikit la walaupun boleh. Sebab dah ramai2 tak berani langgar undang2. Macam mana polis kau nak makan rasuah kan.

KAH KAH KAH

Yes. Aku lawan jenis hukuman pada undang2 neh. Lantak korang la nak cakap apa pun.
Kbai. 



Ameno World

Ramai Bloggers Yang Meramalkan DS Anwar Akan Dipenjara !!

Posted: 25 Oct 2014 02:30 AM PDT

Anwar akan gagal dalam rayuan dan ke penjara?
 
Apa yang berada di hadapan rakyat yang mengambil berat kepada politik hari ini ialah menanti apakah keputusan rayuan Anwar Ibrahim terhadap hukuman penjara lima tahun yang dikenakan ke atasnya bersabit kes meliwat pada tahun lalu. 
 
Mahkamah Persekutuan akan bersidang pada 28 dan 29 Oktober ini untuk mendengar rayuan Anwar itu dan membuat keputusan.

Anwar Ibrahim: Saya optimis.
Ramai orang mengira Anwar akan gagal dalam rayuan itu dan beliau akan dikirimkan ke penjara sekali lagi.

Dengan memerhati dari senario kes itu ditangani, seperti mana dakwa Anwar ia bermotif politik, memberi induksi jelas bahawa Anwar akan direhatkan dalam penjara sekali lagi. 
 
Ada yang mengatakan lima tahun atau lebih. Pihak pendakwa telah memohon mahkamah menambah hukum ke atas Anwar. Anwar dikenakan lima tahun penjara oleh Mahkamah Rayuan pada Mac tahun lalu.

Sebelum itu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membebas dan melepaskan Anwar daripada dakwaan liwat yang dikenakan terhadapnya mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman 20 tahun penjara.

Mengenai rayuan ini, Anwar mengambil sikap optimis dan yakin dia akan bebas. Ini berdasarkan kepada fakta perbicaraan dan undang-undang tidak ada seorang pun pakar baik dalam negara maupun luar boleh pertikaikan keputusan untuk membebaskannya. Anwar begitu yakin dengan apa yang berlaku kelak. 
 
Memang seorang yang telah dijatuhi hukuman bersalah akan mempertahankan dirinya ke titik peluh terakhir. Bukan sahaja Anwar orang lain juga.

Dalam teka teki ini saya ada pandangan dan firasat tersendiri mengenai nasib Anwar Ibrahim penghujung bulan ini. Jika diperhatikan dari awal bahawa kes liwat itu sama ada berlaku atau tidak, ia adalah sebuah pelan politik yang dibuat sedemikian rupa. 
 
Sama ada benar Anwar meliwat atau beliau difitnah(?), tetapi kes itu bangun dan berkembang atas emosi dan bermotif politik. Ia satu tragedi yang diambil kesempatan baik oleh musuh politik Anwar untuk terus mengekangnya.

Beberapa persoalan disebalik kes itu boleh dipertikaikan. Nombor satunya ia dilayan demikian rupa kerana ia berlaku kepada Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang dan seorang pemimpin yang boleh menggerakkan massa melakukan perubahan politik di negara ini. 
 
Sekiranya Anwar terhindar dari sifat dan kapasiti berkenaan mungkin kes itu disenyapkan atau dibuang seperti beberapa kes lain yang lebih besar dan mendapat perhatian dunia.

Ada kes-kes seumpama seperti dituduh kepada Anwar itu, tetapi ia tidak "digeger" dan gegak gumpitakan demikian rupa. 
 
Ada beberapa keanihan yang ada kepada kes Anwar ini. Misalnya pihak pendakwa mengemukakan rayuan apabila Mahkamah Tinggi melepaskan Anwar. 
 
Tetapi ada kes berprofil tinggi seperti kes pembunuhan Altantuya, Abdul Razak Baginda salah seorang yang dituduh telah dibebaskan dan pendakwa tidak membuat rayuan.

Jadi apabila kes Anwar ini walaupun beliau sudah dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi antara alasannya meragui integriti sample yang dikemukakan, namun ia dilanjutkan. 
 
Pendakwa bukan sahaja terus membuat rayuan, tetapi pihak pendakwa mengambil Peguam Kanan Muhammad Shafei Abdullah pula untuk mengetahui pasukan pendakwa raya. 
 
Pengambilan Shafei sebagai ketua pendakwa raya yang bukan dari kalangan pendakwa adalah pertama kali berlaku dan ini menimbulkan persoalan tujuannya.

Dua kepelikan itu menjelaskan bahawa kes Anwar ini diurus dengan begitu istimewa sekali. Melihat kepada kesungguhan ini ia memberi indikator kepada kita bahawa rayuan Anwar untuk mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan beliau pada 9 Januari 2013 dari kes itu, akan gagal.

Selain senario itu memberi petunjuk Anwar akan gagal dalam rayuan untuk membebaskan dirinya, senario lain boleh dilihat ia seperti dirasai sendiri oleh Anwar apa yang akan berlaku. 
 
Hari ini Anwar sudah menjelajah ke seluruh negeri kecuali Kelantan dalam kempen mencari semangat dan kekuatan baru untuk dirinya dan juga partinya. 
 
Program apa dinamakan "Rakyat Hakim Negara" sudah digerakkan sejak beberapa hari lalu.

Kempen berkenaan boleh dianggap ruang akhir untuk bapa reformasi itu bertemu dengan para penyokong dan rakyat sebelum beliau berihat dalam penjara. 
 
Apa diharap daripada program berkenaan, sekiranya Anwar terpaksa meringkuk dalam penjara penyokong dan rakyat akan membelanya. 
 
Persoalannya apakah rakyat akan bangkit seperti mana tahun 1998 sewaktu Anwar dipenjara selama sembilan tahun. Perkara ini menjadi persoalan dan ia juga sedang diteliti dan kaji oleh pakar-pakar saraf politik.

Bukan kali ini sahaja Anwar membuat pernjelajahan negara untuk mendapat simpati dan melihat pernyataan (feedback) sokongan rakyat kepadanya. 
 
Menjelang mahkamah hendak memutuskan kes liwat dua dahulu pun beliau telah menjelajah ke seluruh negara bertemu rakyat. 
 
Langkah Anwar itu dibantah oleh mereka yang anti dan membencinya dengan mengatakan ia sengaja dilakukan bagi mempengaruhi mahkamah dalam membuat keputusan. 
 
Tanggapan ini merupakan satu prejudis yang dangkal sekali yang lahir dari celah relong otak yang sakit.

Yang bersidang mendengar rayuan Anwar ini bukan seorang hakim, tetapi ia lebih daripada satu dan tidak kurang daripada tiga. 
 
Lima orang hakim akan mendengar kes rayuan berkenaan.Tuduhan penjelajahan Anwar dan kempen dijalankan AMK tidak boleh mempengaruhi hakim. 
 
Adalah naif kedudukan hakim di negara ini kalau mereka membuat keputusan berdasarkan apa yang berlaku di luar tanpa berpegang kepada prinsip undang-undang dan keadilan. 
 
Walaupun ada kata para hukama dua daripada tiga hakim akan masuk ke neraka, tetapi hakim tetap masih ada integriti dan menjaga integritinya.

Jadi sekiranya berlaku sesuatu pada 28 dan 29 Oktober nanti seperti rayuan Anwar itu diterima, janganlah ada manusia yang beranggapan hakim mahkamah rayuan terpengaruh dengan riuh randah di luar dalam membuat keputusan? 
 
Semua pihak kena terima dengan hati penuh terbuka dan meletakkan keyakinan tinggi kepada para hakim. Keputusan hakim dari kontes perundangan duniawi adalah muktamad.

Begitu juga sebaliknya sekiranya keputusan majoriti menolak rayuan Anwar itu dan menambah jumlah penjara terhadapnya, semua pihak juga perlu menerimanya dengan penuh terbuka. 
 
Anwar dalam soal ini sudah melalui proses-proses keadilan duniawi sepenuhnya, dimana mengikut proses perundangan negara ini beliau memperolehinya seperti juga dilalui oleh individu-individu lain.

Apa yang dapat disimpulkan di sini sekiranya tindakan menerusi undang-undang terhadap Anwar itu dibuat atas motif politik seperti mana dakwa Anwar, pemenjaraan Anwar kali kedua itu tidak akan merubah keadaan. 
 
Sekiranya ia adalah idea Mohd Najib Razak atau atas restuinya, untuk mengukuh dan mengekalkan kedudukannya ia bukan sesuatu perkara yang bijak. Najib tidak akan menjadi senang dan selamat dengan takdir yang bakal diterima Anwar kelak.

Walaupun Anwar tidak dapat membalas atas segala kejelekan terhadapnya, tetapi rakyat akan tetap menghukum ia satu kezaliman Najib yang dihitung sebagai menerusi legasi penzaliman Dr Mahathir ke atas Anwar.

Apakah plot sebelum ini akan berulang kembali. Dr Mahathir memajarakan Anwar selama sembilan tahun, kemudian ia dibebaskan oleh Abdullah Ahmad Badawi, dan kali ini Najib memenjarakan Anwar, kemudian Muhyiddin Mohd Yassin atau Ahmad Zahid Hamidi pula akan menjadi pembebas Anwar?

Kita sama-sama menanti dan menunggu, wayang politik masih belum berakhir dan filem-filem baru akan terus muncul selagi ada produser, director dan aktor. 
 
Kita rakyat hanya penonton yang adakalanya percuma adakalanya perlu membeli kercis untuk menyaksi sandiwara hidup. [wm.kl.8:27 am 24/10/14]

Anwar rela ke penjara jika ia beri contoh baik kepada anak muda - OLEH MD IZWAN DAN SHERIDAN MAHAVERA

Posted: 25 Oct 2014 01:45 AM PDT


Anwar rela ke penjara jika ia beri contoh baik kepada anak muda  OLEH MD IZWAN DAN SHERIDAN MAHAVERA  Published: 24 October 2014  Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ingin generasi muda mengerti setiap perubahan yang ingin dilakukan akan diiringi ujian.   Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ingin generasi muda mengerti setiap perubahan yang ingin dilakukan akan diiringi ujian.  Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak kisah walaupun terpaksa menggadaikan nyawanya demi menyampaikan mesej betul kepada rakyat untuk perubahan, menjelang keputusan perbicaraannya minggu hadapan.  Anwar, 67, berdepan hukuman penjara 20 tahun di atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan yang disifatkannya bermotif politik dan mengatakan tidak baik jika beliau memilih berada di luar negara dan lari daripada perbicaraan.  "Sekiranya saya berundur, dari segi maknanya berada di luar walaupun terus berjuang, ia mesej tidak positif kepada anak-anak muda," kata Anwar dalam wawancara bersama The Malaysian Insider hari ini.  "Jadi saya mahu anak-anak muda mengerti, untuk ada dan mulakan perubahan mereka harus menerima kenyataan adanya ujian."  Anwar juga mengakui terdapat ramai pihak yang menawarkan kepadanya untuk kekal berada di luar negara tetapi ditolak.  "Saya ada pilihan untuk berada di luar. Semasa saya di London minggu lalu, sarjana Islam terutama kawan-kawan lain minta saya kekal di London atau Istanbul kerana mereka tidak anggap badan kehakiman itu bebas. Mereka berkata mengapa saya perlu didera," katanya.  Bagaimanapun, Anwar enggan memilih jalan penyelesaian tersebut sebaliknya masih menaruh harapan terhadap badan kehakiman untuk memberinya perbicaraan yang adil.  "Mandela sendiri cuba melarikan diri masa ditangkap, bukan menyerah. Jadi saya tidak jadi hero untuk menyerah begitu rupa.  "Saya masih beri ruang kepada badan kehakiman untuk memutuskan berdasar hukum dan fakta," katanya.  Menurut Anwar, jika beliau memilih melawan di luar tanpa kembali ke Malaysia berdepan perbicaraan, ia bukan satu contoh baik kepada anak-anak muda.  "Tapi kalau saya sendiri mengambil sikap begitu, tentunya akan sukar untuk mereka," katanya.  Dalam pada itu, Anwar juga menyifatkan langkahnya pulang dan berdepan perbicaraan pada 28 Oktober ini sebagai bukti beliau tidak mudah mengalah.  "Kalau kita tunduk mudah, kita seolah-olah mengalah dan bersekongkol dengan sistem demikian," katanya.  Mahkamah Persekutuan dijadualkan mendengar rayuan terakhir Anwar berkaitan kes Liwat II pada 28 dan 29 Oktober ini.  Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan membatalkan pembebasannya yang diputuskan Mahkamah Tinggi dua tahun lepas.  Mahkamah Rayuan mendapati Anwar bersalah meliwat Saiful di sebuah unit kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara jam 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.  Anwar dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun tetapi dibenarkan penangguhan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.  Sementara itu, pemantau hak asasi manusia antarabangsa Human Right Watch (HRW) hari ini juga menggesa Putrajaya menggugurkan pertuduhan ke atas Anwar.  Anwar juga tidak henti meneruskan kempen penerangan ke seluruh negara dengan mengadakan ceramah bertemakan "Rakyat Hakim Negara" bagi mendapatkan sokongan massa menjelang perbicaraannya nanti. – 24 Oktober, 2014.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ingin generasi muda mengerti setiap perubahan yang ingin dilakukan akan diiringi ujian. 

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ingin generasi muda mengerti setiap perubahan yang ingin dilakukan akan diiringi ujian.

Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak kisah walaupun terpaksa menggadaikan nyawanya demi menyampaikan mesej betul kepada rakyat untuk perubahan, menjelang keputusan perbicaraannya minggu hadapan.

Anwar, 67, berdepan hukuman penjara 20 tahun di atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan yang disifatkannya bermotif politik dan mengatakan tidak baik jika beliau memilih berada di luar negara dan lari daripada perbicaraan.

"Sekiranya saya berundur, dari segi maknanya berada di luar walaupun terus berjuang, ia mesej tidak positif kepada anak-anak muda," kata Anwar dalam wawancara bersama The Malaysian Insider hari ini.

"Jadi saya mahu anak-anak muda mengerti, untuk ada dan mulakan perubahan mereka harus menerima kenyataan adanya ujian."

Anwar juga mengakui terdapat ramai pihak yang menawarkan kepadanya untuk kekal berada di luar negara tetapi ditolak.

"Saya ada pilihan untuk berada di luar. Semasa saya di London minggu lalu, sarjana Islam terutama kawan-kawan lain minta saya kekal di London atau Istanbul kerana mereka tidak anggap badan kehakiman itu bebas. Mereka berkata mengapa saya perlu didera," katanya.

Bagaimanapun, Anwar enggan memilih jalan penyelesaian tersebut sebaliknya masih menaruh harapan terhadap badan kehakiman untuk memberinya perbicaraan yang adil.

"Mandela sendiri cuba melarikan diri masa ditangkap, bukan menyerah. Jadi saya tidak jadi hero untuk menyerah begitu rupa.

"Saya masih beri ruang kepada badan kehakiman untuk memutuskan berdasar hukum dan fakta," katanya.

Menurut Anwar, jika beliau memilih melawan di luar tanpa kembali ke Malaysia berdepan perbicaraan, ia bukan satu contoh baik kepada anak-anak muda.

"Tapi kalau saya sendiri mengambil sikap begitu, tentunya akan sukar untuk mereka," katanya.
Dalam pada itu, Anwar juga menyifatkan langkahnya pulang dan berdepan perbicaraan pada 28 Oktober ini sebagai bukti beliau tidak mudah mengalah.

"Kalau kita tunduk mudah, kita seolah-olah mengalah dan bersekongkol dengan sistem demikian," katanya.

Mahkamah Persekutuan dijadualkan mendengar rayuan terakhir Anwar berkaitan kes Liwat II pada 28 dan 29 Oktober ini.

Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan membatalkan pembebasannya yang diputuskan Mahkamah Tinggi dua tahun lepas.

Mahkamah Rayuan mendapati Anwar bersalah meliwat Saiful di sebuah unit kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara jam 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Anwar dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun tetapi dibenarkan penangguhan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Sementara itu, pemantau hak asasi manusia antarabangsa Human Right Watch (HRW) hari ini juga menggesa Putrajaya menggugurkan pertuduhan ke atas Anwar.

Anwar juga tidak henti meneruskan kempen penerangan ke seluruh negara dengan mengadakan ceramah bertemakan "Rakyat Hakim Negara" bagi mendapatkan sokongan massa menjelang perbicaraannya nanti. – 24 Oktober, 2014.

Apa salahnya Fahmi sokong Anwar, soal pertubuhan mahasiswa

Posted: 25 Oct 2014 01:00 AM PDT

 
Apa salahnya Fahmi sokong Anwar, soal pertubuhan mahasiswa  Published: 25 October 2014  Program yang dianjurkan PMUM dikatakan bertujuan menunjukkan solidariti kepad Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan alumni UM.  Program yang dianjurkan PMUM dikatakan bertujuan menunjukkan solidariti kepad Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan alumni UM.  Sebuah pertubuhan pelajar membidas tindakan Universiti Malaya (UM) yang bakal menggantung pengajian Presiden Persatuan Mahasiswa UM (PMUM) Fahmi Zainol, gara-gara penglibatannya dalam menganjurkan program "40 Tahun: Dari Universiti Malaya ke Penjara.

Program yang dianjurkan PMUM dikatakan bertujuan menunjukkan solidariti kepad Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan alumni UM.

Program yang dianjurkan PMUM dikatakan bertujuan menunjukkan solidariti kepad Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan alumni UM.

Sebuah pertubuhan pelajar membidas tindakan Universiti Malaya (UM) yang bakal menggantung pengajian Presiden Persatuan Mahasiswa UM (PMUM) Fahmi Zainol, gara-gara penglibatannya dalam menganjurkan program "40 Tahun: Dari Universiti Malaya ke Penjara."

Mahasiswa Ganyang Akta Hasutan (Ganyang) menyifatkan tindakan menggantung pengajian Fahmi sangat memalukan dan sekali lagi, mencerminkan sikap kerakusan dan autoritarian pihak pengurusan UM.

Penyelaras Ganyang Andrian Lim Chee En berkata, penganjuran program itu bukan satu jenayah, ia tanda solidariti terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan alumni UM yang akan menghadapi satu perbicaraan kes mahkamah.

"Anwar merupakan seorang rakyat Malaysia, haknya sama seperti setiap rakyat Malaysia yang lain. Apa yang Fahmi tegakkan cuma hak Anwar sebagai alumni UM. Apa salahnya?

"Jika orang awam dibenarkan keluar masuk daripada UM, apatah lagi seorang alumni UM?" soalnya dalam satu kenyataan.

"Ganyang akan menyokong segala usaha mengembalikan kebebasan bersuara dan kebebasan akademik, termasuk program ini," katanya merujuk program yang akan diadakan pada Isnin malam di Dataran Dewan Tunku Canselor, kampus UM.

Beliau berkata, Ganyang yang dibentuk gabungan 20 persatuan mahasiswa daripada 10 institut pengajian tinggi awam dan swasta, mengutuk sekeras-kerasnya tindakan UM menganggap satu kesalahan bagi mereka mempertahankan hak Ketua Pembangkang itu.

"Mengapa Anwar dilihat sebagai musuh nombor satu dari kaca mata pihak pengurusan UM?" soalnya mengulas kenyataan Timbalan Naib Canselor UM, Profesor Datuk Dr Rohana Yusof yang universiti bakal mengambil tindakan displin dengan menggantung pengajian Fahmi.

Sebelum ini, Fahmi dilaporkan diberi surat tunjuk sebab oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) kerana menganjurkan program itu sehari sebelum Anwar dihadapkan ke Mahkamah Persekutuan bagi peringkat terakhir rayuan kes liwatnya.

Oleh itu, Andrian berkata Ganyang menyeru mahasiswa diberikan kebebasan sepenuhnya menganjurkan program tanpa sebarang tekanan daripada pihak universiti.

"Ganyang menegaskan keperluan mahasiswa dilayan seperti orang dewasa. Mahasiswa harus diberi kebebasan menganjurkan program tanpa dicengkam pihak universiti selagi mana program tersebut tidak bertentangan dengan mana-mana undang-undang negara," katanya.

Katanya lagi, berdasarkan matlamat Ganyang yang memperjuangkan kebebasan bersuara dan kebebasan akademik, ia menyatakan sokongan terhadap program PMUM itu. – 25 Oktober, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/apa-salahnya-fahmi-sokong-anwar-soal-pertubuhan-mahasiswa#sthash.6oLw6GBN.dpuf

Kajian bukti Melayu bukan pendatang dari China, kata ahli akademik - OLEH JAMILAH KAMARUDIN

Posted: 25 Oct 2014 12:15 AM PDT

 
Kajian bukti Melayu bukan pendatang dari China, kata ahli akademik  OLEH JAMILAH KAMARUDIN  Published: 25 October 2014  Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh bercakap semasa sidang media di Hotel Hilton Petaling Jaya semalam.  Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh bercakap semasa sidang media di Hotel Hilton Petaling Jaya semalam.  Pakar arkeologi tempatan menolak teori Barat yang mengatakan asal-usul orang Melayu daripada Yunnan, wilayah selatan China, sebaliknya mereka penduduk asal alam Melayu itu sendiri yang wujud sejak 74,000 tahun Sebelum Masihi (SM), kata Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh.  Dekan Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) itu berkata, orang Melayu merupakan penduduk asal Benua Sunda, meliputi Tanah Melayu, Borneo, Indonesia, Filipina dan Indo-China.  Ini sekaligus menolak teori Robert Heine Geldern, pengkaji sejarah daripada Austria pada tahun 1932, yang mendakwa Melayu bermigrasi semasa gelombang pertama (Proto-Melayu) antara 5,000 SM hingga 3,500 SM daripada Yunnan dan turun ke Kepulauan Melayu.  Kata Wan Hashim, hasil kajian yang dijalankannya di Yunnan sejak 1990-an mendapati tidak ada satu pun etnik di situ yang menyerupai Melayu, sama ada dari segi lingua franca mahupun budaya.  "Daripada 26 etnik di Yunnan, satu pun tidak ada daripada orang Melayu. Jadi tidak ada pun orang Melayu di situ.  "Di selatan China ada sedikit, kecil sahaja daripada Pulau Hainan, tetapi mereka adalah serpihan Champa (Kemboja) dan Vietnam.  "Di Taiwan pula ada sebilangan kecil rumpun Melayu," katanya pada sidang media pra-pelancaran Kongres dan Pameran Warisan Melayu Sedunia 2014 di Hotel Hilton di Petaling Jaya, semalam. – 25 Oktober, 2014.  - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kajian-bukti-melayu-bukan-pendatang-dari-china-kata-ahli-akademik#sthash.RjMLOXo5.dpuf
Published: 25 October 2014

Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh bercakap semasa sidang media di Hotel Hilton Petaling Jaya semalam.

 Pakar arkeologi tempatan menolak teori Barat yang mengatakan asal-usul orang Melayu daripada Yunnan, wilayah selatan China, sebaliknya mereka penduduk asal alam Melayu itu sendiri yang wujud sejak 74,000 tahun Sebelum Masihi (SM), kata Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh.

Dekan Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) itu berkata, orang Melayu merupakan penduduk asal Benua Sunda, meliputi Tanah Melayu, Borneo, Indonesia, Filipina dan Indo-China.

Ini sekaligus menolak teori Robert Heine Geldern, pengkaji sejarah daripada Austria pada tahun 1932, yang mendakwa Melayu bermigrasi semasa gelombang pertama (Proto-Melayu) antara 5,000 SM hingga 3,500 SM daripada Yunnan dan turun ke Kepulauan Melayu.

Kata Wan Hashim, hasil kajian yang dijalankannya di Yunnan sejak 1990-an mendapati tidak ada satu pun etnik di situ yang menyerupai Melayu, sama ada dari segi lingua franca mahupun budaya.

"Daripada 26 etnik di Yunnan, satu pun tidak ada daripada orang Melayu. Jadi tidak ada pun orang Melayu di situ.

"Di selatan China ada sedikit, kecil sahaja daripada Pulau Hainan, tetapi mereka adalah serpihan Champa (Kemboja) dan Vietnam.

"Di Taiwan pula ada sebilangan kecil rumpun Melayu," katanya pada sidang media pra-pelancaran Kongres dan Pameran Warisan Melayu Sedunia 2014 di Hotel Hilton di Petaling Jaya, semalam. – 25 Oktober, 2014.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kajian-bukti-melayu-bukan-pendatang-dari-china-kata-ahli-akademik#sthash.RjMLOXo5.dpuf

Kajian bukti Melayu bukan pendatang dari China, kata ahli akademik

Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh bercakap semasa sidang media di Hotel Hilton Petaling Jaya semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Raiezal, 25 Oktober, 2014. Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh bercakap semasa sidang media di Hotel Hilton Petaling Jaya semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Raiezal, 25 Oktober, 2014. Pakar arkeologi tempatan menolak teori Barat yang mengatakan asal-usul orang Melayu daripada Yunnan, wilayah selatan China, sebaliknya mereka penduduk asal alam Melayu itu sendiri yang wujud sejak 74,000 tahun Sebelum Masihi (SM), kata Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh.
Dekan Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) itu berkata, orang Melayu merupakan penduduk asal Benua Sunda, meliputi Tanah Melayu, Borneo, Indonesia, Filipina dan Indo-China.
Ini sekaligus menolak teori Robert Heine Geldern, pengkaji sejarah daripada Austria pada tahun 1932, yang mendakwa Melayu bermigrasi semasa gelombang pertama (Proto-Melayu) antara 5,000 SM hingga 3,500 SM daripada Yunnan dan turun ke Kepulauan Melayu.

Kata Wan Hashim, hasil kajian yang dijalankannya di Yunnan sejak 1990-an mendapati tidak ada satu pun etnik di situ yang menyerupai Melayu, sama ada dari segi lingua franca mahupun budaya. "Daripada 26 etnik di Yunnan, satu pun tidak ada daripada orang Melayu. Jadi tidak ada pun orang Melayu di situ.
"Di selatan China ada sedikit, kecil sahaja daripada Pulau Hainan, tetapi mereka adalah serpihan Champa (Kemboja) dan Vietnam.
"Di Taiwan pula ada sebilangan kecil rumpun Melayu," katanya pada sidang media pra-pelancaran Kongres dan Pameran Warisan Melayu Sedunia 2014 di Hotel Hilton di Petaling Jaya, semalam. – 25 Oktober, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kajian-bukti-melayu-bukan-pendatang-dari-china-kata-ahli-akademik#sthash.RjMLOXo5.dpuf

Krisis Selangor bukti Pakatan mampu kekal tanpa saya, kata Anwar OLEH MD IZWAN DAN SHERIDAN MAHAVERA

Posted: 24 Oct 2014 11:30 PM PDT

Krisis Selangor bukti Pakatan mampu kekal tanpa saya, kata Anwar  OLEH MD IZWAN DAN SHERIDAN MAHAVERA  Published: 25 October 2014  Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata realitinya, ketiga-tiga pemimpin Pakatan Rakyat mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain, khususnya dalam jawatankuasa antara parti seperti isu membabitkan pilihan raya dan bajet.   Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata realitinya, ketiga-tiga pemimpin Pakatan Rakyat mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain, khususnya dalam jawatankuasa antara parti seperti isu membabitkan pilihan raya dan bajet.  Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Pakatan Rakyat (PR) mampu kekal walaupun beliau terpaksa ke penjara kali kedua, buktinya dapat dilihat dalam penyelesaian krisis menteri besar Selangor.  Ketua Pembangkang itu mengatakan, terbukti PR masih mampu membentuk kerajaan negeri secara bersama dengan PAS, DAP dan PKR meskipun PAS dilihat berbeza pendapat sepanjang kemelut tersebut.  Malah, Anwar juga gagal menggunakan keupayaannya sebagai pendamai untuk menyelesaikan perbezaan dengan PAS, namun rakan dalam gabungan tersebut masih berjaya kekal bersatu.  Meskipun ramai meramalkan dan melihat krisis berbulan-bulan tersebut akhirnya akan memecahkan Pakatan, Anwar sebaliknya berkata PR masih mampu bersatu selepas menteri besar baru dipilih oleh Sultan.  Selepas krisis Selangor, pemimpin PR termasuk PAS, duduk sekali membentangkan bajet bayangan yang didokong oleh ketiga-tiga parti tersebut.  Anwar sendiri menyifatkan bajet tersebut sebagai bukti kerjasama antara rakan parti dalam PR masih utuh, semasa bercakap kepada The Malaysian Insider semalam.  Katanya dengan nada sinis, keupayaan PR bersatu bukan semata-mata bergantung kepada dirinya, seperti yang diperkatakan oleh "penyokong yang mahu meningkatkan ego saya."  Menurut Anwar, realitinya ketiga-tiga pemimpin parti mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain, khususnya dalam jawatankuasa antara parti seperti isu membabitkan pilihan raya dan bajet.  "Peranan mereka tidak boleh diperkecilkan, tidak berapa betul kononnya peranan Anwar ini terlalu penting atau tiga pimpinan itu sangat utama.  "Ia (kepercayaan begitu) mungkin bagus untuk ego saya, tetapi itu tidak benar," kata Anwar dalam temubual ekslusif dengan The Malaysian Insider di rumahnya di Bukit Segambut.  PR baru sahaja berdepan krisis yang mengugat persefahaman dan hubungan sesama parti, ketika Anwar bersiap-sedia menghadapi perbicaraan di Mahkamah Persekutuan yang akan menentukan sama dirinya akan ke penjara atau tidak.  Hubungan antara ketiga-tiga parti komponen sudah diperbaiki sepenuhnya selepas selesai Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digantikan bulan lepas.  Semasa kemelut tersebut, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga ahli kanan Majlis Syura Ulama, unit tertinggi dalam parti, secara terbuka menolak langkah menggantikan Khalid yang dikemukakan PKR dan disokong DAP.  Semasa PKR dan DAP mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Khalid, Hadi menolaknya walaupun pemimpin dalam mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat menyokong presiden PKR itu.  Perdebatan sama ada parti Islam itu patut kekal atau tidak bersama dalam PR juga menambah kegawatan dalam PAS yang melibatkan perbalahan antara kumpulan Hadi dan kumpulan pemimpin lain dalam jawatankuasa pusat.  Pada ketika itu, para pemerhati melihat keretakan tersebut bakal memecah-belah PR dan membawa perpecahan dalam PAS sendiri.  Semasa kemuncak kes tersebut, peranan Anwar sebagai pendamai tidak signifikan dalam memujuk PAS menyokong keputusan PKR dan DAP yang sudah muktamad memilih calon menteri besar Selangor.  Semasa Ketua Umum PKR tersebut mengadakan pertemuan dengan Hadi dalam cubaan memujuknya bagi menyokong PKR dan DAP, Hadi dikatakan berang dan tidak bersetuju dengan beliau.  Jika Anwar dihantar ke penjara sekali lagi, ramai yang percaya PR mungkin berdepan cabaran lebih besar untuk kekal bersama ekoran perbezaan pendapat antara PAS dan rakannya.  Bagaimanapun, Anwar mempertahankan presiden PAS itu, beliau tidak bersetuju dengan pandangan mengatakan Hadi merupakan halangan kepada perpaduan dalam PR.  "Saya tidak setuju dengan pandangan negatif yang orang cakap tentang Hadi. Saya mungkin tidak setuju dalam semua perkara dengannya, tetapi dalam isu ini (perpaduan PR)... Dia bersama kita semasa di Parlimen dan kami berbincang panjang.  "Beliau mungkin tidak hadir dalam mesyuarat PR, disebabkan sakitnya atau berada di luar negara. Tetapi beliau hantar satu pasukan (para pembuat keputusan tertinggi)."  Anwar bagaimanapun tidak komited siapa yang akan menggantikan peranannya dalam PR sekiranya beliau dipenjarakan.  "Mereka ada bincang perkara ini sebelum ini. Semuanya berbalik kepada persefahaman asal kita. Di mana mesyuarat (pimpinan PR) diadakan, ia akan dipengerusikan oleh parti yang menjadi tuan rumah.  "Jadi, kalau di PKR, Dr Wan Azizah akan pengerusikan, kalau PAS, Hadi dan begitu juga dengan DAP."  Anwar berkata, dengan adanya beberapa jawatankuasa antara parti yang menuntut pimpinan dari parti berbeza bekerjasama, pakatan pembangkang sekarang lebih teratur berbanding waktu ia mula ditubuhkan pada 2008.
  Published: 25 October 2014

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata realitinya, ketiga-tiga pemimpin Pakatan Rakyat mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain, khususnya dalam jawatankuasa antara parti seperti isu membabitkan pilihan raya dan bajet. 

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata realitinya, ketiga-tiga pemimpin Pakatan Rakyat mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain, khususnya dalam jawatankuasa antara parti seperti isu membabitkan pilihan raya dan bajet.

Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Pakatan Rakyat (PR) mampu kekal walaupun beliau terpaksa ke penjara kali kedua, buktinya dapat dilihat dalam penyelesaian krisis menteri besar Selangor.

Ketua Pembangkang itu mengatakan, terbukti PR masih mampu membentuk kerajaan negeri secara bersama dengan PAS, DAP dan PKR meskipun PAS dilihat berbeza pendapat sepanjang kemelut tersebut.

Malah, Anwar juga gagal menggunakan keupayaannya sebagai pendamai untuk menyelesaikan perbezaan dengan PAS, namun rakan dalam gabungan tersebut masih berjaya kekal bersatu.

Meskipun ramai meramalkan dan melihat krisis berbulan-bulan tersebut akhirnya akan memecahkan Pakatan, Anwar sebaliknya berkata PR masih mampu bersatu selepas menteri besar baru dipilih oleh Sultan.

Selepas krisis Selangor, pemimpin PR termasuk PAS, duduk sekali membentangkan bajet bayangan yang didokong oleh ketiga-tiga parti tersebut.

Anwar sendiri menyifatkan bajet tersebut sebagai bukti kerjasama antara rakan parti dalam PR masih utuh, semasa bercakap kepada The Malaysian Insider semalam.

Katanya dengan nada sinis, keupayaan PR bersatu bukan semata-mata bergantung kepada dirinya, seperti yang diperkatakan oleh "penyokong yang mahu meningkatkan ego saya."

Menurut Anwar, realitinya ketiga-tiga pemimpin parti mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain, khususnya dalam jawatankuasa antara parti seperti isu membabitkan pilihan raya dan bajet.
"Peranan mereka tidak boleh diperkecilkan, tidak berapa betul kononnya peranan Anwar ini terlalu penting atau tiga pimpinan itu sangat utama.

"Ia (kepercayaan begitu) mungkin bagus untuk ego saya, tetapi itu tidak benar," kata Anwar dalam temubual ekslusif dengan The Malaysian Insider di rumahnya di Bukit Segambut.

PR baru sahaja berdepan krisis yang mengugat persefahaman dan hubungan sesama parti, ketika Anwar bersiap-sedia menghadapi perbicaraan di Mahkamah Persekutuan yang akan menentukan sama dirinya akan ke penjara atau tidak.

Hubungan antara ketiga-tiga parti komponen sudah diperbaiki sepenuhnya selepas selesai Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digantikan bulan lepas.

Semasa kemelut tersebut, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga ahli kanan Majlis Syura Ulama, unit tertinggi dalam parti, secara terbuka menolak langkah menggantikan Khalid yang dikemukakan PKR dan disokong DAP.

Semasa PKR dan DAP mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Khalid, Hadi menolaknya walaupun pemimpin dalam mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat menyokong presiden PKR itu.

Perdebatan sama ada parti Islam itu patut kekal atau tidak bersama dalam PR juga menambah kegawatan dalam PAS yang melibatkan perbalahan antara kumpulan Hadi dan kumpulan pemimpin lain dalam jawatankuasa pusat.

Pada ketika itu, para pemerhati melihat keretakan tersebut bakal memecah-belah PR dan membawa perpecahan dalam PAS sendiri.

Semasa kemuncak kes tersebut, peranan Anwar sebagai pendamai tidak signifikan dalam memujuk PAS menyokong keputusan PKR dan DAP yang sudah muktamad memilih calon menteri besar Selangor.

Semasa Ketua Umum PKR tersebut mengadakan pertemuan dengan Hadi dalam cubaan memujuknya bagi menyokong PKR dan DAP, Hadi dikatakan berang dan tidak bersetuju dengan beliau.

Jika Anwar dihantar ke penjara sekali lagi, ramai yang percaya PR mungkin berdepan cabaran lebih besar untuk kekal bersama ekoran perbezaan pendapat antara PAS dan rakannya.

Bagaimanapun, Anwar mempertahankan presiden PAS itu, beliau tidak bersetuju dengan pandangan mengatakan Hadi merupakan halangan kepada perpaduan dalam PR.

"Saya tidak setuju dengan pandangan negatif yang orang cakap tentang Hadi. Saya mungkin tidak setuju dalam semua perkara dengannya, tetapi dalam isu ini (perpaduan PR)... Dia bersama kita semasa di Parlimen dan kami berbincang panjang.

"Beliau mungkin tidak hadir dalam mesyuarat PR, disebabkan sakitnya atau berada di luar negara. Tetapi beliau hantar satu pasukan (para pembuat keputusan tertinggi)."

Anwar bagaimanapun tidak komited siapa yang akan menggantikan peranannya dalam PR sekiranya beliau dipenjarakan.

"Mereka ada bincang perkara ini sebelum ini. Semuanya berbalik kepada persefahaman asal kita. Di mana mesyuarat (pimpinan PR) diadakan, ia akan dipengerusikan oleh parti yang menjadi tuan rumah.

"Jadi, kalau di PKR, Dr Wan Azizah akan pengerusikan, kalau PAS, Hadi dan begitu juga dengan DAP."

Anwar berkata, dengan adanya beberapa jawatankuasa antara parti yang menuntut pimpinan dari parti berbeza bekerjasama, pakatan pembangkang sekarang lebih teratur berbanding waktu ia mula ditubuhkan pada 2008.

"Kita ada jawatankuasa pilihan raya, jawatankuasa setiausaha agung, mesyuarat berkala antara menteri besar dan ketua menteri.

"Pengumuman dibuat pemimpin kanan tetapi yang bekerja ialah pemimpin muda kami, contohnya dalam bajet bayangan, kita ada (Naib Presiden PKR) Rafizi Ramli, (Ahli Jawatankuasa Pusat PAS) Dr Dzulkefly Ahmad, (Ketua DAP Johor) Liew Chin Tong.

"Sama juga dengan jawatankuasa pilihan raya, di mana kita ada (Timbalan Presiden PKR) Azmin Ali dan (Ahli Jawatankuasa Pusat PAS) Dr Hatta Ramli. Peranan pemimpin ini semua tidak boleh dinafikan." – 25 Oktober, 2014.

Krisis Selangor bukti Pakatan mampu kekal tanpa saya, kata Anwar

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata realitinya, ketiga-tiga pemimpin Pakatan Rakyat mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain, khususnya dalam jawatankuasa antara parti seperti isu membabitkan pilihan raya dan bajet. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 25 Oktober, 2014. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata realitinya, ketiga-tiga pemimpin Pakatan Rakyat mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain, khususnya dalam jawatankuasa antara parti seperti isu membabitkan pilihan raya dan bajet. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 25 Oktober, 2014. Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Pakatan Rakyat (PR) mampu kekal walaupun beliau terpaksa ke penjara kali kedua, buktinya dapat dilihat dalam penyelesaian krisis menteri besar Selangor.
Ketua Pembangkang itu mengatakan, terbukti PR masih mampu membentuk kerajaan negeri secara bersama dengan PAS, DAP dan PKR meskipun PAS dilihat berbeza pendapat sepanjang kemelut tersebut.
Malah, Anwar juga gagal menggunakan keupayaannya sebagai pendamai untuk menyelesaikan perbezaan dengan PAS, namun rakan dalam gabungan tersebut masih berjaya kekal bersatu.

Meskipun ramai meramalkan dan melihat krisis berbulan-bulan tersebut akhirnya akan memecahkan Pakatan, Anwar sebaliknya berkata PR masih mampu bersatu selepas menteri besar baru dipilih oleh Sultan. Selepas krisis Selangor, pemimpin PR termasuk PAS, duduk sekali membentangkan bajet bayangan yang didokong oleh ketiga-tiga parti tersebut.
Anwar sendiri menyifatkan bajet tersebut sebagai bukti kerjasama antara rakan parti dalam PR masih utuh, semasa bercakap kepada The Malaysian Insider semalam.
Katanya dengan nada sinis, keupayaan PR bersatu bukan semata-mata bergantung kepada dirinya, seperti yang diperkatakan oleh "penyokong yang mahu meningkatkan ego saya."
Menurut Anwar, realitinya ketiga-tiga pemimpin parti mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain, khususnya dalam jawatankuasa antara parti seperti isu membabitkan pilihan raya dan bajet.
"Peranan mereka tidak boleh diperkecilkan, tidak berapa betul kononnya peranan Anwar ini terlalu penting atau tiga pimpinan itu sangat utama.
"Ia (kepercayaan begitu) mungkin bagus untuk ego saya, tetapi itu tidak benar," kata Anwar dalam temubual ekslusif dengan The Malaysian Insider di rumahnya di Bukit Segambut.
PR baru sahaja berdepan krisis yang mengugat persefahaman dan hubungan sesama parti, ketika Anwar bersiap-sedia menghadapi perbicaraan di Mahkamah Persekutuan yang akan menentukan sama dirinya akan ke penjara atau tidak.
Hubungan antara ketiga-tiga parti komponen sudah diperbaiki sepenuhnya selepas selesai Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digantikan bulan lepas.
Semasa kemelut tersebut, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga ahli kanan Majlis Syura Ulama, unit tertinggi dalam parti, secara terbuka menolak langkah menggantikan Khalid yang dikemukakan PKR dan disokong DAP.
Semasa PKR dan DAP mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Khalid, Hadi menolaknya walaupun pemimpin dalam mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat menyokong presiden PKR itu.
Perdebatan sama ada parti Islam itu patut kekal atau tidak bersama dalam PR juga menambah kegawatan dalam PAS yang melibatkan perbalahan antara kumpulan Hadi dan kumpulan pemimpin lain dalam jawatankuasa pusat.
Pada ketika itu, para pemerhati melihat keretakan tersebut bakal memecah-belah PR dan membawa perpecahan dalam PAS sendiri.
Semasa kemuncak kes tersebut, peranan Anwar sebagai pendamai tidak signifikan dalam memujuk PAS menyokong keputusan PKR dan DAP yang sudah muktamad memilih calon menteri besar Selangor.
Semasa Ketua Umum PKR tersebut mengadakan pertemuan dengan Hadi dalam cubaan memujuknya bagi menyokong PKR dan DAP, Hadi dikatakan berang dan tidak bersetuju dengan beliau.
Jika Anwar dihantar ke penjara sekali lagi, ramai yang percaya PR mungkin berdepan cabaran lebih besar untuk kekal bersama ekoran perbezaan pendapat antara PAS dan rakannya.
Bagaimanapun, Anwar mempertahankan presiden PAS itu, beliau tidak bersetuju dengan pandangan mengatakan Hadi merupakan halangan kepada perpaduan dalam PR.
"Saya tidak setuju dengan pandangan negatif yang orang cakap tentang Hadi. Saya mungkin tidak setuju dalam semua perkara dengannya, tetapi dalam isu ini (perpaduan PR)... Dia bersama kita semasa di Parlimen dan kami berbincang panjang.
"Beliau mungkin tidak hadir dalam mesyuarat PR, disebabkan sakitnya atau berada di luar negara. Tetapi beliau hantar satu pasukan (para pembuat keputusan tertinggi)."
Anwar bagaimanapun tidak komited siapa yang akan menggantikan peranannya dalam PR sekiranya beliau dipenjarakan.
"Mereka ada bincang perkara ini sebelum ini. Semuanya berbalik kepada persefahaman asal kita. Di mana mesyuarat (pimpinan PR) diadakan, ia akan dipengerusikan oleh parti yang menjadi tuan rumah.
"Jadi, kalau di PKR, Dr Wan Azizah akan pengerusikan, kalau PAS, Hadi dan begitu juga dengan DAP."
Anwar berkata, dengan adanya beberapa jawatankuasa antara parti yang menuntut pimpinan dari parti berbeza bekerjasama, pakatan pembangkang sekarang lebih teratur berbanding waktu ia mula ditubuhkan pada 2008.
"Kita ada jawatankuasa pilihan raya, jawatankuasa setiausaha agung, mesyuarat berkala antara menteri besar dan ketua menteri.
"Pengumuman dibuat pemimpin kanan tetapi yang bekerja ialah pemimpin muda kami, contohnya dalam bajet bayangan, kita ada (Naib Presiden PKR) Rafizi Ramli, (Ahli Jawatankuasa Pusat PAS) Dr Dzulkefly Ahmad, (Ketua DAP Johor) Liew Chin Tong.
"Sama juga dengan jawatankuasa pilihan raya, di mana kita ada (Timbalan Presiden PKR) Azmin Ali dan (Ahli Jawatankuasa Pusat PAS) Dr Hatta Ramli. Peranan pemimpin ini semua tidak boleh dinafikan." – 25 Oktober, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/krisis-selangor-bukti-pakatan-mampu-kekal-tanpa-saya-kata-anwar#sthash.sqJ3uUS7.dpuf