Khamis, 4 September 2014

dollah yankee

dollah yankee


Akta Hasutan 1948

Posted: 04 Sep 2014 07:54 AM PDT



Anda semua bebas untuk bersuara, tetapi ada kah anda semua akan bebas selepas bersuara? Itu gurkah-gurkah politik di'port' tak berani nak jamin ... 
Kah..Kah..Kah..

Kerajaan BN dalam jawapannya kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia mendakwa kebebasan bersuara dan maklumat yang diberikan kepada rakyat Malaysia adalah setanding dengan piawaian antarabangsa.
Dalam jawapan 69 halaman laporannya kepada Suhakam 2010, yang dikeluarkan kepada ahli-ahli parlimen pada sidang Dewan rakyat yang lalu, sekatan yang dikenakan adalah selaras dengan Deklarasi Hak Asasi Manusia Antarabangsa.

Tukar Tiub

Tukar Tiub


DULAK DALIK - FLIP FLOP

Posted: 04 Sep 2014 06:33 PM PDT






PAS nafi namakan tiga exconya sebagai 

calon MB Selangor

PAS menafikan laporan The Star Online hari ini yang mengatakan parti Islam itu menghantar tiga nama Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) mereka di Selangor untuk dilantik sebagai menteri besar (MB).


Menurut Datuk Mustafa Ali (gambar), laporan portal berkenaan tidak benar dan cadangan menamakan tiga exco berkenaan kepada istana Selangor dibatalkan.


PAS namakan Adunnya sebagai calon ketiga MB Selangor

PAS menghantar tiga nama, dua daripada PKR dan seorang daripada partinya sendiri sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu, lapor lidah rasmi parti itu Harakahdaily.


Menurut portal itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengesahkan perkara itu tetapi tidak menyebut nama ketiga-tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) berkenaan.



KAH KAH KAH
woit
kah kah kah
mana satu yang betul
berita dulak dalik
kah kah kah
dari berita dulak dalik ini
kita tahu pas hantar 
dua kali nama pada sultan

KAH KAH KAH







-----------

MAT MONGOL JADI MAT KANG KONG

Posted: 04 Sep 2014 06:00 PM PDT





MAT MONGGOL 
JADI MAT KANG KONG
klip popular dah lebih satu juta penonton


Kenyataan Media Daripada ADUN Machang Bubuk, 

Lee Khai Loon di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 4 

September 2014

3 Pegawai Khas ADUN Machang Bubuk Diminta Bantu 

Siasatan Polis Dalam Isu "Flashmob I LOVE Kangkung"

Pada petang 4 September 2014, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah  telah menghantar satu surat ke Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Machang Bubuk Lee Khai Loon untuk bantu siasatan polis. Dalam surat tersebut, polis meminta tiga pegawai khas ADUN Machang Bubuk iaitu Ho Leng Hong, Tan Xin Ying dan Andrew Chew untuk membantu siasatan dalam isu "Flashmob I LOVE Kangkung".

Isu tersebut telah diklasifikasi oleh polis di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan. Namun masa belum ditetapkan dan tindakan yang selanjutnya juga tidak dimaklumkan.

Lee Khai Loon berpendapat bahawa tindakan polis tersebut berkaitan dengan siri tekanan politik yang telah berlaku baru-baru ini. "Flashmob I LOVE Kangkung" telah diadakan pada bulan Januari 2014 atau lebih 8 bulan yang lepas. Selepas insiden tersebut, beliau juga disoal siasat oleh pihak polis.

Namun demikian, tindakan polis untuk menyiasat semula insiden tersebut amat mencurigai malahan menimbul persepsi bahawa tindakan tersebut berkaitan dengan siri tekanan politik.

Tambahan Lee, cubaan untuk mewujudkan "white terror" melalui tekanan politik akan menyebabkan demokrasi Malaysia undur ke belakang.


LEE KHAI LOON
ADUN Machang Bubuk
Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Pulau Pinang






TUKAR TIUB PECAH BERITA

Posted: 04 Sep 2014 07:29 AM PDT





PECAH




BERITA
 
 
 
esok muka depan utusan
terpampang berita
pas hantar 3 tiga nama
semua nama adun pas
 
persoalan pertama
siapa kencing
azmin ali?
 
persoalan kedua
berapa kali pas
hantar nama kepada sultan


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
------------

PAS AKAN KIAMAT

Posted: 04 Sep 2014 06:00 AM PDT






PAS kiamat jika kerjasama dengan Umno'Zakiah Koya | 5:26PM Sep 4

Cakap-cakap berhubung kerjasama PAS dan Umno kini membimbangkan pemimpin parti Islam itu.

Tanpa bersembunyi, anggota jawatankuasa Pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad memberikan amaran supaya perkara itu tidak berlaku kerana "kiamat jika PAS bekerjasama dengan Umno".





KAH KAH KAH

woit
jangan silap baca
bila pas kerjasama
dengan ketunan melayu
bukan tanda kiamat
tapi
tanda pas akan kiamat

kah kah kah
kalau pas kiamat
din ayam apa cerita

KAH KAH KAH







---------

NASIONALISMA IBAN DAN DAYAK MEREBAK

Posted: 04 Sep 2014 12:00 AM PDT






IBAN DAYAK TAK GENTAR
Rakyat Sabah dan Sarawak tidak akan gentar pada ancaman tangkapan demi perjuangan mendapatkan hak mereka, kata Pengerusi Parti Reformasi Negeri (Star) Sabah Datuk Jeffrey Kitingan"Saya tidak berhasrat bersedia apa-apa dan saya hanya berdoa. Sebarang tangkapan baik untuk perjuangan Sabah dan Sarawak. "Ia akan menjadi bertambah kuat dan akhirnya membawa ke arah pemisahan negeri-negeri Borneo," kata Jeffrey sebagai reaksi ancaman terhadapnya selepas didakwa sebagai penyokong pemisahan. 

Dalam kenyataan keras hari ini, beliau berkata, sebelum membuat tangkapan, pemimpin-pemimpin di semenanjung harus faham bahawa Sabah dan Sarawak bersetuju dengan pembentukan Malaysia dan bersuara untuk memulihkan hak-hak mereka, yang dokumentasi dengan baik. "Jika asas untuk pembentukan Malaysia tidak dihormati, Sabah dan Sarawak mempunyai hak daripada segi undang-undang untuk tidak terus bersama Malaysia," katanya. on SEMANGAT MERDEKA MAKIN MEREBAK
Publish | Delete | Spam
underBear
on 9/3/14








-----------

AZMIN PADANG TEMBAGA

Posted: 03 Sep 2014 09:32 PM PDT




PKR tolak dakwaan Azmin calon alternatif MB

 | September 3, 2014
Mesyuarat Majlis Pimpinan telah memutuskan dua perkara iaitu mengukuhkan sokongan parti kepada pencalonan Wan Azizah dan isu PRK Pengkalan Kubor.
azmin_ali_300PETALING JAYA: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail menolak dakwaan yang disiar di dalam Astro Awani mengenai pencalonan Azmin Ali sebagai pengganti sekiranya  Dr Wan Azizah Wan Ismail ditolak oleh pihak Istana.
Saifuddin menegaskan sokongan parti hanya kepada Presiden PKR Wan Azizah.
"PKR telah bermesyuarat pada 21 Julai yang lalu dan telah sebulat suara menamakan Wan Azizah," tegasnya dalam satu kenyataan.
Tambah beliau, PKR merujuk kepada berita yang disiar di dalam Astro Awani "MB Selangor, PKR calonkan Azmin jika Istana tolak Azizah" yang kononnya memetik sumber parti berhubung keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat yang berlangsung malam tadi.

KAH KAH KAH


woit 
inilah yang dikatakan
azmin padang tembaga
pas dah rejek
sekarang meraung
nak mintak pkr 
selitkan nama dia
kah kah kah





minta tolong pada
sam keropok lekor
KAH KAH KAH







--------

HARAPKAN BEROK JAGA PADI

Posted: 03 Sep 2014 09:02 PM PDT







Dalang seludup rokok, arak tumpas
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam menahan 22 individu, termasuk 12 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia, yang disyaki terbabit dalam aktiviti rasuah dalam melepaskan barang seludup yang tidak diisytihar cukai.

KAH KAH KAH

harapkan padi jaga musang
harapkan durian jaga berok
akhirnya durian 
makan berok
akhirnya musang 
makan padi

KAH KAH KAH





-------------

TT BERITA TEPAT TANPA TAHIK LEMBU

Posted: 03 Sep 2014 07:22 PM PDT







BLUE SECURITY
Nama Azmin Ali hanya ada dalam senarai 'Blue Security' Sebab Azmin Ali hanya layak jadi 'Pengawal Keselamatan atau Pengawal Peribadi' Anwar Ibrahim. Cuba perhati wajah Azmin selama 5 minit. Adakah rupa beliau kelihatan seorang Tokoh pemimpin? Jawapan..rupa Azmin memang tak ada tokoh langsung. Betul-betul nampak layak jadi pengawal keselamatan jerr...kikihkih on TUKAR TIUB PECAH BERITA SEDUNIA
Anonymous
on 9/4/14


PAS GILA KUASA
wahhhh..kalau gitu sahlah pas ni giler kuasa jugak orangnya... maka selama ni betullah kata tt..pas ni bisnes agama.... kah kah kah kah kah on TUKAR TIUB PECAH BERITA SEDUNIA
Publish | Delete | Spam
mosabit
on 9/4/14
ULAR  ULARMAK
Wowwwwww.....memang betul ular...mak ustaz Pas yang menghantar nama2 Pas bercanggah dengan kepustusan mesyuarat mereka pada 17August. on TUKAR TIUB PECAH BERITA SEDUNIA
Anonymous


-------------

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Bendera Umno Dalam Sekolah

Posted: 04 Sep 2014 09:44 AM PDT



Hebat. Tak lama la pengetua ni akan naik pangkat. Syabas!

Anggota tentera tembak bot penceroboh di perairan Pulau Selingan

Posted: 03 Sep 2014 10:24 PM PDT

SANDAKAN: Anggota tentera terpaksa melepaskan tembakan ke arah sebuah bot pam penceroboh yang cuba meluru ke arah mereka sambil pengendalinya mengeluarkan sebilah parang di perairan Pulau Selingan, semalam.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Abdul Rashid Harun, berkata berikutan itu bot penceroboh yang terkena tembakan itu karam dan suspek terjatuh ke dalam air.

Beliau berkata, seorang anggota tentera menyelamatkan suspek dan mendapati pengendali bot pam itu mengalami kecederaan akibat tembakan di bahagian betis kiri dan buku lali sebelah kanan.

Katanya, suspek kemudian dibawa ke Pulau Bakungan Kecil (Malaysia) bagi mendapatkan rawatan kecemasan sebelum dihantar ke Hospital Duchess Of Kent Sandakan untuk rawatan lanjut.

"Suspek kini dalam keadaan stabil dan masih mendapat rawatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum insiden itu, Abdul Rashid berkata anggota tentera yang bertugas di Pulau Bakungan Kecil menerima maklumat bahawa terdapat beberapa bot dari Pulau Bakungan Besar, Filipina sedang menuju ke arah Pulau Selingan yang terletak hampir 25 kilometer dari pusat bandar Sandakan kira-kira 1.45 tengah hari semalam.

Katanya, bertindak atas maklumat berkenaan, enam anggota tentera yang menaiki bot Boston Whaler 54 bergerak ke lokasi itu.

"Setelah tiba di lokasi berkenaan, anggota tentera mendapati lapan bot pam berada di kawasan perairan negara Malaysia, dan hanya seorang sahaja yang ada dalam setiap bot pam itu," katanya.

Abdul Rashid berkata, anggota tentera terbabit cuba "menghalau" mereka dengan melepaskan tiga das tembakan amaran namun hanya dua sahaja yang berpatah balik ke perairan Filipina manakala enam bot pam lagi tidak mengendahkan amaran itu.

"Sebaliknya mereka cuba membuat provokasi terhadap bot anggota tentera dan pada masa itu anggota tentera kita ternampak satu daripada bot pam berkenaan cuba menghampiri mereka sambil pengendalinya mengeluarkan sebilah parang menyebabkan anggota tentera melepaskan beberapa das tembakan ke arah bot tersebut untuk mempertahankan diri," katanya.

Difahamkan selepas suspek ditembak, lima lagi bot penceroboh itu beredar kembali ke perairan Filipina.

Abdul Rashid berkata, siasatan lanjut berhubung insiden itu masih diteruskan termasuk latar belakang kumpulan itu dan menegaskan ESSCOM akan terus meningkatkan operasi keselamatan di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) bagi membendung pencerobohan.

ESSZONE merangkumi 10 daerah yang meliputi 1,733.7 kilometer dari Kudat ke Tawau. Daerah-daerah terbabit ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau.

ESSCOM yang ditubuhkan pada 1 April tahun lepas bertanggungjawab menyelaras operasi pelbagai agensi pertahanan dan keselamatan termasuk Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

- BERNAMA

Krisis Selangor: Sultan titah PKR kemuka lebih dua nama selain Wan Azizah

Posted: 03 Sep 2014 05:58 PM PDT

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini mengeluarkan surat kepada PKR menitahkan parti itu mengemukakan lebih dua nama bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar, selain Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Penerimaan surat terbabit disahkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan penjelasan lanjut mengenainya akan dibuat hari ini, selepas ulasan awalnya malam tadi ditarik balik.

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Jurugambar Ditumbuk : Pengamal Media Perlu Berhati-hati

Posted: 04 Sep 2014 07:57 AM PDT

RAKYATNEWS


alt
 
 
 
KUALA LUMPUR - Pengamal media harus lebih berhati-hati ketika membuat liputan tragedi Malaysia Airlines (MAS) MH17, khususnya bila berdepan dengan waris dan ahli keluarga yang masih bersedih berikutan kehilangan orang tersayang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Wee Ka Siong.
 
Beliau berkata waris dan ahli keluarga mangsa MH17 berkemungkinan sukar berdepan dengan orang luar yang tidak dikenali dan tidak biasa dengan liputan berita yang mungkin mereka anggap satu 'infringement' (pencerobohan).
 
Kesal dengan kejadian jurugambar New Straits Times (NST) Mohd Aizuddin Akmal Saad, 29, yang  ditumbuk seorang lelaki ketika membuat liputan di Pusat Peringatan
Nirvana
Sungai Besi di Kuala Lumpur kelmarin, Ka Siong berkata insiden itu tidak sepatutnya berlaku.
 
"Saya berharap semua waris dan ahli keluarga mangsa mengawal emosi. Wartawan dan jurugambar ada tanggungjawab untuk membuat liputan.
 
"Jangan menggunakan cara tidak bertamadun dan sebarang keganasan untuk melepaskan kemarahan. Ini tidak dapat diterima," katanya pada sidang media di Putrajaya semalam.
 
Ka Siong berkata insiden itu diserahkan kepada polis untuk tindakan sewajarnya.

Pencarian Baki Mangsa MH17 Tetap Diteruskan

Posted: 04 Sep 2014 07:54 AM PDT

Hafiz Roslan


alt


 
KUALA LUMPUR  - Pencarian jenazah mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine tetap akan diteruskan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, semua tragedi tidak terduga yang menimpa negara seperti pencerobohan di Lahad Datu termasuk kehilangan pesawat MH370 dan MH17

"Kes MH17 merupakan konflik geopolitik yang sengit, kita tidak ada kena mengena dengannya apabila kita menjadi mangsa kepada tercetus pertelingkahan itu.

"Dalam menghadapi ujian besar itu, maka saya telah mengambil langkah yang tidak konvensional, saya sedar misi utama mestilah untuk mengenal pasti apakah yang telah berlaku kepada pesawat di samping membawa balik jenazah mangsa tanpa niat mencampuri geopolitik yang berlaku di negara itu atau memihak kepada mana-mana pihak," katanya dalam perutusan khas kepada peserta Forum Perpaduan Negara di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini, hari ini.

Dalam pada itu beliau turut memberi jaminan kepada rakyat bahawa kerajaan kekal komited terhadap falsafah 1Malaysia dan akan memastikan setiap warga negara ada tempat di bumi Malaysia.

"Sebagai sebuah negara, kita perlu saling bekerjasama dan menerima perbezaan kita demi masa depan negara. Kita perlu terus menghormati perbezaan kita dan mempertahankan cara hidup kita.

"Majoriti rakyat Malaysia yang mengamalkan kesederhanaan dan membisu selama ini perlu lantang bersuara untuk didengari," katanya.

Pengkalan Kubor : Kerusi PAS Atau PKR Ditentukan Ahad Ini

Posted: 04 Sep 2014 07:52 AM PDT

RAKYATNEWS


alt


 

KOTA BHARU. - Persoalan sama ada Pas akan meneruskan hasrat menggantikan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor bakal diketahui seawal Ahad ini.

Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Ahmad Yakob berkata, Pas Pusat akan bermesyuarat pada 7 September ini dan perkara itu akan dibincangkan secara terperinci dalam mesyuarat tersebut.

"Yang akan memutuskan calon pula ialah majlis pimpinan (pakatan pembangkang) sebab kita dalam pakatan. Kita tetap setia kawan, tetap bekerjasama.

"Kalau (majlis pimpinan) beri PKR bertanding, terpulang, kita terima, kita tak nak berbalah," katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darulnaim.

Media sebelum ini melaporkan Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah mengakui kemenangan mungkin berpihak kepada pakatan pembangkang jika calon dari Pas dipilih bertanding dalam PRK Pengkalan Kubor.

Menurut Mohd. Amar, perbincangan dari hati ke hati antara pucuk pimpinan tertinggi Pas dan PKR negeri telah pun berlangsung kelmarin namun kedua-dua belah pihak tetap menyatakan hasrat untuk bertanding.

'PAS kiamat jika kerjasama dengan Umno'

Posted: 04 Sep 2014 07:48 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Cakap-cakap berhubung kerjasama PAS dan Umno kini membimbangkan pemimpin parti Islam itu.

Tanpa bersembunyi, anggota jawatankuasa Pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad memberikan amaran supaya perkara itu tidak berlaku kerana "kiamat jika PAS bekerjasama dengan Umno".

Katanya, tiada sebarang kemungkinan untuk bekerjasama dengan parti lawan itu atau mana-mana blok ketuanan Melayu kerana "ia bukan cara negara ini untuk membangun".

"Ia bertentangan dengan perkara pokok pentadbiran dan kerajaan seperti disebut dalam al-Quran, yang dipegang PAS selama ini.

"(Kerjasama dengan Umno) seolah-olah datangnya hari kiamat," katanya kepada Malaysiakini.

PKR jawab istana dalam 48 jam

Posted: 04 Sep 2014 07:46 AM PDT

MALAYSIAKINI



 


PKR akan memberi maklum balas kepada surat dari istana yang meminta dua lagi nama ADUN mereka sebagai calon menteri besar dalam tempoh 48 jam mulai hari ini.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata partinya akan mengeluarkan kenyataan media berkenaan langkah seterusnya yang bakal diambil parti itu.

"Insya-Allah dalam masa terdekat (kami jawab).

"Dalam tempoh 48 jam parti akan memberi maklum balas kepada istana," kata beliau kepada media selepas mesyuarat biro politik PKR di ibu pejabat parti itu hari ini.

Bagaimanapun Saifuddin enggan menyatakan apakah langkah seterusnya yang bakal diambil PKR itu.

PKR dan DAP sebelum ini menghantar nama Presidennya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal menteri besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun Sultan Selangor semalam menghantar sepucuk surat meminta dua lagi nama calon menteri besar dari parti itu.

Harakahdaily pula melaporkan hari ini Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengesahkan menghantar dua nama ADUN PKR dan satu daripada parti itu sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut nama ketiga-tiga ADUN berkenaan dan menyatakan nama itu terus dihantar ke istana 3 September lalu.

Saifuddin mengakui PKR terpaksa membuat perancangan semula berkenaan isu ini bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Ini menurut beliau termasuk membincangkan senario ADUN yang dipilih Sultan kelak bukannya pilihan mereka, Wan Azizah.

"Kami bincangkan (pelbagai) senario. Pertama ialah PAS hantar wakil (calon menteri besar) dari PAS.

"Kedua tadi Mustafa kata hantar dua nama PKR dan satu PAS. Kami turut bincang senario ini sebab dua nama dari PKR itu kami pun tak tahu siapa.

"Kami bincang semua sekali. Kami kembali ke drawing board," kata beliau selepas mesyuarat hampir empat jam itu.

Bagaimanapun Saifuddin menegaskan semua ADUN PKR memberi sokongan penuh kepada Wan Azizah.

"Kedudukan kami kekal iaitu semua adun PKR beri sokongan kepada Wan Azizah sepertimana akuan bersumpah 14 Ogos," kata beliau.

Wartawan Mkini ditahan polis, telefon dirampas

Posted: 04 Sep 2014 07:44 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Wartawan Malaysiakini yang disiasat bawah Akta Hasutan berkaitan tulisannya berhubung temu bual dengan exco Pulau Pinang Phee Boon Poh ditahan polis.

Susan Loone ditahan ketika disoal siasat di ibu pejabat polis daerah (IPD) Timur Laut, Pulau Pinang hari ini.

Telefonnya juga dirampas pihak berkuasa.

Beliau dijangka dibebaskan dengan jaminan polis malam ini.

Susan sebelum ini hadir ke IPD itu memberi keterangan kira-kira jam 3 petang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan Susan ditahan.

Susah berkata beliau hanya menjalankan sebagai wartawan.

"Saya telefon Phee dan beliau menjawabnya. Saya tanya beberapa soalan berhubung pengalamannya di balai polis dan beliau menjawab soalan saya.

"Saya tulis apa beliau kata, tidak lebih daripada itu," katanya sebelum ke balai polis siang tadi.

Siasatan itu dibuat ekoran 10 laporan polis yang dibuat pada Selasa oleh PERKASA dan 13 NGO lain di Pulau Pinang.

Kumpulan yang diketuai oleh Ketua Wira PERKASA Pulau Pinang Mohd Rizuad Azudin itu menggesa polis bertindak terhadap Susan dan Malaysiakini kerana didakwanya memfitnah polis.

Artikel dipertikaikan itu bertajuk "Disoal siasat Selama 4 jam, dakwa dilayan seperti 'penjenayah'," yang diterbitkan pada Isnin.

Ia terjemahan Bahasa Malaysia artikel dalam bahasa Inggeris yang bertajuk "Exco man grilled for four hours, treated like 'criminal'," yang diterbitkan pada hari sama.

Cabul kebebasan media

Sementara itu, Ketua Pengarang Malaysiakini Fathi Aris Omar (kiri) melihat tindakan itu sebagai satu lagi bentuk tekanan dalam siri pencabulan terhadap kebebasan media.

"Tidak cukup siasatan, malah telefon beliau juga turut dirampas. Tindakan ini sudah berlebihan," katanya.

Beliau juga menegaskan Susan tidak melakukan sebarang kesalahan dalam laporannya yang disiasat itu.

"Jika diteliti, beritanya itu hanya memetik satu kenyataan lazim seorang pemimpin negeri (anggota exco) selepas disiasat polis pada 1 September," katanya.

Mahkamah tolak saman YBK terhadap MB S'gor, bekas exco

Posted: 04 Sep 2014 07:28 AM PDT

BERNAMA 


SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan bekas exco kerajaan negeri Yaakob Sapari, yang didakwa memfitnah yayasan itu dalam satu sidang media, empat tahun lepas.
  
Hakim Datuk Yaacob Md Sam membuat keputusan itu selepas mendapati pengataan Abdul Khalid dan Yaakob merupakan komen berpatutan atau adil yang dibuat berasaskan maklumat serta rekod atau dokumen rasmi kerajaan.
  
"Oleh itu, mahkamah berpendapat pembelaan defendan pertama bahawa beliau, selaku Menteri Besar Selangor, dan defendan kedua, selaku exco kerajaan negeri, mempunyai tanggungjawab dari segi undang-undang, sosial dan moral bagi memastikan tanah yang diberi milikan kepada YBK atau PYBK diurus dengan baik, adalah berasas dan dibuat bagi kepentingan awam," katanya.
  
Beliau berkata justeru, mahkamah mendapati Abdul Khalid dan Yaakob berjaya membuktikan, di atas beban imbangan kebarangkalian, bahawa kenyataan mereka dilindungi pembelaan komen berpatutan berdasarkan kepentingan masyarakat atau umum dan perlindungan bersyarat yang didasarkan kepada asas fakta.
  
Mahkamah turut memerintahkan YBK serta dua lagi plaintif, Permodalan YBK Sdn Bhd (PYBK) dan Pengerusi YBK Datuk Zainal Abidin Sakom, masing-masing membayar RM30,000 kepada Abdul Khalid dan RM10,000 kepada Yaakob sebagai kos.  
  
Dalam penghakiman setebal 98 muka surat, Yaacob menolak hujah ketiga-tiga plaintif yang diwakili peguam Hasnal Rezua Merican bahawa YBK, sebagai satu badan amanah, serta PYBK, sebagai sebuah entiti syarikat yang tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kerajaan negeri Selangor, tidak mempunyai sebarang tanggungan untuk melaporkan kepada kerajaan negeri atau untuk kerajaan Selangor mencampuri urusan YBK.
  
Beliau juga mendapati plaintif gagal membuktikan Abdul Khalid, yang diwakili peguam Edmund Bon, dan Yaakob, diwakili peguam Yusof Rahmat, berniat jahat ketika membuat pengataan yang didakwa memfitnah mereka.
  
Menyentuh tuntutan balas oleh Abdul Khalid untuk membatalkan saman itu, Yaacob berkata mahkamah mendapati terdapat klausa tindakan yang munasabah oleh plaintif dan perbicaraan penuh telah dijalankan.
  
"Di atas fakta tersebut, mahkamah ini berpendapat tindakan oleh plaintif di bawah guaman ini bukan dimulakan dengan motif jahat, atau bertujuan hanya untuk mengganggu defendan pertama," katanya.
  
Sehubungan itu, beliau menolak tuntutan balas Abdul Khalid dengan kos RM5,000 kepada setiap plaintif.
      
Penyataan tuntutan plaintif mendakwa Abdul Khalid, pada 24 Feb 2010, telah membuat satu kenyataan media bertajuk 'Maklumat Terbaharu Mengenai YBK' dan ia disiar oleh akhbar Suara Keadilan di bawah tajuk 'Zainal Sakom Gadai Tanah YBK'.
  
Plaintif juga mendakwa Yaakob kemudian membuat kenyataan menyifatkan tindakan Zainal Abidin menggadai tanah milik kerajaan negeri kepada bank bagi memenuhi keinginan peribadi beliau dan teman seangkatannya sebagai perbuatan khianat, ia juga dicetak serta diterbitkan akhbar sama di bawah tajuk 'Zainal Sakom Gadai Tanah YBK'.
  
Mereka juga mendakwa pada 5 April 2010, laman sesawang http://tvselangor.
com
menerbitkan satu artikel bertajuk 'Kemelut YBK: MB Marah Orang Melayu Tipu Melayu' yang melaporkan kenyataan Abdul Khalid.
  
Plaintif berkata kesemua dakwaan adalah tidak berasas, tidak benar dan satu fitnah yang teruk serta merosakkan reputasi dan nama baik plaintif dalam kalangan masyarakat umum.
  
Sehubungan itu, mereka menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi teruk, faedah lapan peratus, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah serta injunksi bagi menghalang defendan daripada terus menerbitkan perkataan fitnah terhadap plaintif. - Bernama

Rusuhan: Polis Sarawak kenal pasti lebih 20 lelaki

Posted: 04 Sep 2014 07:20 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUCHING: Polis mengenal pasti lebih 20 lelaki bagi membantu siasatan kes rusuhan di Stadium Negeri selepas perlawanan antara Sarawak dan Perak, Sabtu lalu.
 
Gambar mereka diedarkan kepada media Khamis dan polis meminta mereka tampil segera di balai polis berhampiran.
 
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad, berkata jika mereka tidak tampil dalam masa terdekat, polis akan menjejaki mereka termasuk mencari di kediaman masing-masing.
 
"Kita hanya memanggil mereka untuk membantu siasatan, jadi saya meminta mereka memberi kerjasama dengan tampil di balai polis," katanya.

Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia bergerak ke Makkah

Posted: 04 Sep 2014 07:19 AM PDT

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
 
MAKKAH: Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia seramai 413 orang akan mula bergerak dari Madinah ke Makkah dengan menaiki bas petang Khamis.
 
Mereka yang tiba di Madinah pada 27 Ogos lalu untuk melakukan ziarah dijangka bertolak selepas solat Zuhur dan dijangka tiba di Makkah kira-kira jam 7 petang waktu tempatan hari yang sama (12 tengah malam waktu Malaysia) .
 
Kumpulan jemaah haji itu digalakkan membuat ziarah wada atau ziarah selamat tinggal di Masjid Nabawi, sebelum mandi sunat dan berpakaian ihram bagi memasuki Makkah untuk melakukan umrah haji.
 
Mereka kemudian akan berhenti di Masjid Bir Ali, kira-kira tujuh kilometer dari kota Madinah, untuk solat sunat ihram dan memasang niat ihram.
 
Perjalanan dengan bas dari Madinah ke Makkah sejauh 447 kilometer itu dijangka mengambil masa antara lima hingga tujuh jam bergantung kepada keadaan lalu lintas dan akan diisi dengan bertalbiyah, iaitu kalimah kehadiran yang dilafazkan menandakan ikrar penerimaan mereka sebagai tetamu Allah.
 
Setibanya mereka di Makkah, mereka akan ditempatkan di Abraj Al Janadiriyyah di kawasan Shuib Amir, kira-kira 800 meter dari Masjidilharam, sebelum melakukan tawaf sebanyak tujuh pusingan di Baitullah dan diikuti dengan saie antara Bukit Safa dan Marwah sebanyak tujuh kali sebelum bertahallul, iaitu keluar dari ihram, dengan menggunting sekurang-kurangnya tiga helai rambut.
 
Ketibaan kumpulan pertama jemaah haji di Makkah akan diikuti oleh kumpulan kedua dan seterusnya secara berperingkat.
 
Tabung Haji telah menyediakan sebanyak sembilan maktab untuk menempatkan 22,320 jemaah haji tahun ini, termasuk di Qasr Al Janadiriyyah yang berhampiran dengan Abraj Al Janadiriyyah.
 
Selain Burj Al Haram 2 dan Hassan Khazindar di kawasan Al-Sud dan Bir Balilah serta lima bangunan di kawasan Misfalah dan Hafa'er iaitu Al Bisyarah Mawaddah, Rehab Al Janadiriyyah, Land Premium, Manar Al Shorouq dan Raudhat Al Shorouq.
 
Setakat ini, sebanyak 18 penerbangan membawa jemaah haji telah tiba di Madinah dengan yang terakhir tiba kelmarin iaitu penerbangan KT18 dengan seramai 267 jemaah haji.
 
Sehingga kini seramai 6,250 jemaah haji Malaysia sudah berada di Madinah.

Jangan belakangkan undang-undang - amaran bagi pasukan sukarela cegah jenayah

Posted: 04 Sep 2014 07:15 AM PDT

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic



KUALA LUMPUR: Kerajaan Khamis memberi amaran kepada mana-mana pasukan sukarelawan mencegah jenayah supaya tidak mengugut dan mencabar pihak berkuasa sehingga membelakangkan undang-undang negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata walaupun kerajaan menyambut baik langkah masyarakat menjalankan aktiviti pencegahan jenayah, mana-mana tindakan melampaui batasan perundangan, boleh menjejaskan keamanan dan keselamatan umum.

"Semua pihak tidak terkecuali untuk mematuhi undang-undang negara dan tidak boleh mengambil tindakan sesuka hati atas alasan mencegah jenayah.

"Apa sahaja boleh guna rundingan, bukan ugut pihak berkuasa atau bahas terbuka apatah lagi jika kita mewakili pentadbiran (kerajaan negeri). Saya percaya polis akan terima cadangan jika ia dijalankan mengikut undang-undang.

"Janganlah buat sesuka hati. Kedaulatan undang-undang masih wujud. Hanya dengan cara seperti ini sahaja kita dapat jamin keamanan dan kesejahteraan di negara kita," katanya.

Najib berkata demikian semasa berucap selepas menyampaikan Pingat Kedaulatan Negara kepada 129 penerima termasuk tujuh menteri kabinet dan anggota pasukan keselamatan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini Khamis.

Beliau jelas merujuk kepada isu Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di Pulau Pinang yang dilaporkan bertindak di luar batasan undang-undang dalam beberapa insiden.

Baru-baru ini polis menahan 154 anggota pasukan itu dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dipetik sebagai berkata PPS adalah sebuah pasukan yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Tangkapan anggota PPS itu dibuat selepas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dilaporkan mencabar Ketua Polis Negara supaya mengambil tindakan ke atas mereka.

Aktiviti oleh anggota pasukan itu juga dikatakan menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat kerana mereka didakwa bertindak umpama samseng.

Perdana menteri menarik perhatian bahawa kerajaan menghargai sukarelawan mencegah jenayah ini kerana ia pernah dipraktikkan semasa menangani ancaman komunis dalam mencapai kemerdekaan satu ketika dahulu.

"Kita juga perlu sokongan, kerjasama rakyat jelata seperti mana kita patahkan ancaman komunis dan wujudkan ungkapan memenangi hati dan minda rakyat.

"Maka, usaha menghadapi ancaman luar dan dalam adalah penting. Namun ia mestilah mengikut undang-undang," katanya.

Tiada cadangan wujudkan jawatan Timbalan MB Selangor buat masa ini

Posted: 04 Sep 2014 07:13 AM PDT

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic



SHAH ALAM: Tiada cadangan untuk mewujudkan jawatan Timbalan Menteri Besar buat masa ini, jelas Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad.

Menafikan pernah mendengar cadangan seumpama itu, Iskandar bagaimanapun berkata, ianya akan dibincangkan terlebih dahulu di peringkat Pakatan Rakyat sekiranya ada dibangkitkan.
 
"Itu kena bincang peringkat atasan. Saya tak dengar lagi. Kalau ada apa-apa pun, kena bincang dulu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), tengah hari Khamis.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desas desus cadangan itu, yang mana berkemungkinan jawatan tersebut diserahkan kepada PAS sekiranya kerusi menteri besar disandang PKR.
 
Sebelum ini, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad juga pernah mencadangkan Pakatan Rakyat mewujudkan jawatan Timbalan Menteri Besar dalam Selangor.
 
Kata Khalid, sekiranya Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai menteri besar, timbalannya boleh mengiringi Sultan Selangor untuk menghadiri majlis yang diadakan di masjid.
 
Katanya, walaupun perkara itu tidak dibincangkan dalam Pakatan Rakyat, ia bukan sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan.

KR Perlu Calonkan Azmin Secara Rasmi

Posted: 04 Sep 2014 04:24 AM PDT

shahbudindotcom


PKR dilaporkan sudah menerima jawapan daripada Istana Selangor malam tadi berhubung pencalonan jawatan Menteri Besar bagi menggantikan Khalid Ibrahim. Dalam jawapan yang diberikan oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution malam tadi juga tetapi kemudiannya ditarik balik atas alasan ada beberapa maklumat lain perlu dimasukkan, sesuatu yang jelas ialah Sultan Selangor tetap mahukan PKR menamakan lebih daripada seorang calon untuk baginda membuat pilihan.

PKR dan DAP sebelum ini hanya mengemukakan satu nama iaitu Dr Wan Azizah Wan Ismail manakala Pas pula sebagaimana yang dinyatakan oleh Setiausaha Agungnya, Mustaffa Ali akan mengemukakan dua nama iaitu Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali sebagaimana yang diputuskan dalam mesyuarat pada 17 Ogos lalu.

Jawapan daripada Istana yang dilapor mahukan PKR mengemukan dua nama memberi pelbagai maksud. Pertama, ia mungkin bererti baginda menolak Dr Wan Azizah dan mahukan calon lain. Kedua, mungkin Sultan belum menolak nama Dr Wan Azizah tetapi sekadar mahukan PKR mematuhi titah baginda sebelum ini yang mahukan setiap parti mengemukakan dua nama.

Hanya setelah titah baginda itu dipatuhi dan tidak seolah-olah memaksa dengan hanya mengemukakan satu nama, barulah pilihan akan dibuat dalam tempoh yang terdekat ini.

Siapa yang bakal terpilih terpulang kepada kebijaksanaan baginda. Ia mungkin Dr Wan Azizah dan mungkin juga Azmin.

Ini akhirnya terpulang kepada PKR sama ada mahu mematuhi titah baginda itu ataupun tetap berkeras juga dengan pencalonan nama Dr Wan Azizah. Tetapi risiko untuk PKR terus berkeras adalah tinggi kerana ia akan menyebabkan nama Dr Wan Azizah terus tidak diperkenankan untuk selama-lamanya.

Dengan PKR terus mencalonkan nama Dr Wan Azizah saja, ia mungkin pula membuatkan Sultan membubarkan DUN bagi diadakan pilihanraya negeri. Tetapi jika ditakdirkan PR terus menang dan kerusi Menteri Besar masih dikekalkan untuk PKR, masalah sama akan berulang kerana Sultan akan tetap menolak jika Dr Wan Azizah dicalonkan lagi.

Itu kalau menang, kalau PR kalah pula, semuanya melepas.

Oleh kerana dalam kenyataan Saifuddin yang ditarik balik itu dikatakan tidak menyatakan penolakan Sultan terhadap nama Dr Wan Azizah, adalah lebih baik PKR menamakan semula Presiden PKR itu sebagai pilihan pertama dan diikuti dengan Azmin Ali sebagai pilihan kedua.

Yang penting, titah Sultan dipatuhi.

Walaupun Pas juga dilaporkan mencalonkan Dr Wan Azizah dan Azmin Ali yang secara teorinya sudah membolehkan Sultan membuat pilihan kerana ada lebih dua nama dikemukakan, tetapi jelas di sini bahawa Sultan Selangor ingin melihat pencalonan yang sama datangnya daripada PKR kerana menyedari parti-parti gabungan dalam PR telah menyerahkan kerusi Menteri Besar ini kepada parti itu.

Mungkin bagi Sultan Selangor, nama Azmin yang dicalonkan oleh Pas itu tidak memadai, melainkan jika PKR juga mencalonkan sama namanya, sesuai dengan jawatan Menteri Besar itu milik PKR. Oleh itu, adalah perlu PKR mengemukakan dua nama itu secara rasmi bagi membolehkan baginda membuat pilihan.

Sebab itulah surat daripada Istana Selangor malam tadi hanya dihantar ke pejabat PKR, tidak ke pejabat Pas dan DAP. Pencalonan dua nama oleh Pas barangkali sudah mencukupi manakala pendirian DAP yang hanya mencalonkan nama Dr Wan Azizah saja dianggap tidak menjejaskan apa-apa.

Sultan Selangor nampaknya masih menghormati PKR dalam soal perlantikan Menteri Besar ini dan kini terpulang kepada PKR menghormati baginda pula.

Tentera terpaksa tembak ke arah bot pam penceroboh

Posted: 04 Sep 2014 04:18 AM PDT

BERNAMA


SANDAKAN: Anggota tentera terpaksa melepaskan tembakan ke arah sebuah bot pam penceroboh yang cuba meluru ke arah mereka sambil pengendalinya mengeluarkan sebilah parang di perairan Pulau Selingan, semalam.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Abdul Rashid Harun berkata berikutan itu, bot penceroboh yang terkena tembakan itu karam dan suspek terjatuh ke dalam air.

Beliau berkata seorang anggota tentera menyelamatkan suspek dan mendapati pengendali bot pam itu mengalami kecederaan akibat tembakan di bahagian betis kiri dan buku lali sebelah kanan.

Katanya suspek kemudian dibawa ke Pulau Bakungan Kecil (Malaysia) bagi mendapatkan rawatan kecemasan sebelum dihantar ke Hospital Duchess Of Kent Sandakan untuk rawatan lanjut.

"Suspek kini dalam keadaan stabil dan masih mendapat rawatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum insiden itu, Abdul Rashid berkata, anggota tentera yang bertugas di Pulau Bakungan Kecil menerima maklumat bahawa terdapat beberapa bot dari Pulau Bakungan Besar, Filipina sedang menuju ke arah Pulau Selingan yang terletak hampir 25 kilometer dari pusat bandar Sandakan kira-kira pukul 1.45 tengah hari Rabu.

Bertindak atas maklumat berkenaan, enam anggota tentera yang menaiki bot
Boston
Whaler 54 bergerak ke lokasi itu, katanya.

"Setelah tiba di lokasi berkenaan, anggota tentera mendapati lapan bot pam berada di kawasan perairan negara Malaysia, dan hanya seorang sahaja yang ada dalam setiap bot pam tersebut," katanya.

Abdul Rashid berkata anggota tentera terbabit cuba "menghalau" mereka dengan melepaskan tiga das tembakan amaran namun hanya dua sahaja yang berpatah balik ke perairan Filipina manakala enam pam bot lagi tidak mengendahkan amaran itu.

"Sebaliknya mereka cuba membuat provokasi terhadap bot anggota tentera dan pada masa itu anggota tentera kita ternampak salah sebuah bot pam cuba menghampiri mereka sambil (pengendalinya) mengeluarkan sebilah parang menyebabkan anggota tentera tersebut melepaskan beberapa das tembakan ke arah bot tersebut untuk mempertahankan diri," katanya.

Difahamkan selepas suspek ditembak, lima lagi bot penceroboh itu beredar kembali ke perairan Filipina.

Abdul Rashid berkata siasatan lanjut berhubung insiden itu masih diteruskan termasuk latar belakang kumpulan itu dan menegaskan Esscom akan terus meningkatkan operasi keselamatan di perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) bagi membendung pencerobohan.

Esszone merangkumi 10 daerah yang meliputi 1,733.7 kilometer dari Kudat ke Tawau. Daerah-daerah terbabit ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau.

Esscom yang ditubuhkan pada 1 April tahun lepas bertanggungjawab menyelaras operasi pelbagai agensi pertahanan dan keselamatan termasuk Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. - Bernama

Berita pemindahan makam Nabi, bohong

Posted: 04 Sep 2014 04:04 AM PDT

SINAR HARIAN


makam Nabi
 
 
 
KUALA LUMPUR - Berita mengenai rancangan pemindahan makam Nabi Muhammad SAW yang disiarkan oleh akhbar Britain 'The Independent' adalah suatu pembohongan, kata Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan Islam (ISISCO).

Dalam siaran akhbar yang dihantar kepada Bernama hari ini, ISISCO yang berpangkalan di Rabat, Mahgribi, mengecam sekeras-kerasnya dakwaan tidak berasas dalam artikel ditulis oleh wartawan akhbar itu, Andrew Johnson.

Akhbar itu pada hari ini menyiarkan artikel itu yang menyebut cadangan kontroversi itu terkandung dalam satu dokumen kajian yang disediakan oleh seorang tokoh akademik Arab Saudi.

Laporan itu menyebut makam Nabi Muhammad SAW akan dipindahkan daripada kedudukannya sekarang dalam Masjid al-Nabawi di Madinah ke kawasan perkuburan Baqi yang terletak berdekatan masjid itu dan pihak berkuasa Arab Saudi sedang berbincang berhubung cadangan itu.

ISISCO berkata, laporan tidak bertanggungjawab itu merupakan suatu pembohongan besar berpunca daripada rasa benci dan konspirasi terhadap umat Islam dan kerajaan Arab Saudi yang menjadi tuan rumah kepada tempat-tempat suci Islam.

Tuduhan palsu itu juga bertujuan untuk mewujudkan kekeliruan dan kekacauan yang mampu mengancam keselamatan dan perpaduan serta memburukkan lagi keadaan di rantau ini di mana peperangan dan keganasan antara agama berlaku, menurutnya.   

ISISCO menyeru umat Islam di seluruh dunia supaya tidak mempercayai tuduhan jahat itu dan berkata makam Rasulullah SAW akan kekal di tempat mulianya sehingga hari kiamat.

ISISCO juga menuntut pihak berkuasa Arab Saudi menyaman penulis dan akhbar yang menerbitkan artikel pembohongan itu. - Bernama

Hujan batu tembusi bumbung

Posted: 04 Sep 2014 04:00 AM PDT


Padil (kanan) menunjukkan ketulan ais daripada hujan batu kepada Azmi. Padil (kanan) menunjukkan ketulan ais daripada hujan batu kepada Azmi.
 
 
 
KUALA KRAI - Hujan batu di Kampung Enggong dekat sini, yang berlaku Isnin lalu menggemparkan penduduk, apatah lagi seorang wanita cedera akibat kejadian tersebut.

Ia juga pastinya mencatatkan sejarah kerana itulah kali pertama hujan batu yang bersaiz mencecah dua sentimeter berlaku di kampung berkenaan dan menimbulkan kebimbangan kepada penduduk jika ia berulang pada masa akan datang.

Dua tahun lalu, kejadian sama pernah berlaku tetapi saiz hujan batu agak kecil. Kejadian kali ini juga menyebabkan tujuh bumbung rumah rosak.

Seorang penduduk kampung, Samihah Abdul Samad, 39, yang cedera di tepi hidung berkata, dia tidak menyangka hujan batu boleh terpelanting masuk ke dalam kedainya.

"Tepi hidung saya berdarah akibat terkena hujan batu. Tidak sangka pula sehingga cedera sedangkan ketika itu saya berada di dalam kedai.

"Mujur, luka kecil sahaja dan tidak memudaratkan. Pada mulanya, saya ingatkan biji getah yang terpelanting masuk ke dalam kedai tetapi selepas mengamatinya, baru mengetahui ketulan ais yang terkena tepi hidung," katanya.

Menurutnya, ketika kejadian hanya seorang pelanggan berada di dalam kedai kerana hujan agak lebat.

"Saya pula berada di kaunter. Terkejut juga kerana hujan batu boleh terkena saya sedangkan jarak kaunter dan hadapan kedai agak jauh.

"Kejadian terkena hujan batu ini tidak akan dilupakan sepanjang hayat walaupun hanya mengalami kecederaan ringan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Berlindung dalam kereta

Seorang lagi penduduk, Padil Abdullah, 47, berkata, ketika kejadian dia dan isteri, Zaiton Tahir, 42, dan anaknya berusia 14 tahun baharu pulang dari Pasar Besar Kuala Krai.

Sebaik tiba katanya, hujan renyai diikuti  ribut kencang dan hujan batu, menyebabkan dia sekeluarga , segera masuk ke dalam rumah.

Menurutnya, ketika itu dia mendengar bunyi yang begitu kuat di atas bumbung dan air mula membasahi bahagian dalam rumah.

Tambahnya, ketika itu dia baru menyedari hujan batu yang menembusi hampir keseluruhan bumbung rumahnya.

"Kami sekeluarga amat takut, isteri menangis kerana terlalu panik dan bimbang berlaku kejadian tidak diingini.

"Setelah melihat ketulan ais agak besar jatuh ke dalam rumah menerusi bumbung yang tembus, kami tiga beranak kemudiannya masuk ke dalam kereta yang diletakkan di bawah garaj untuk menyelamatkan diri," katanya.

Padil berkata, pada mulanya dia mahu memandu kereta keluar dari kampung tersebut tetapi disebabkan bimbang cermin kereta pecah, mereka hanya menunggu hujan berhenti di dalam kenderaan.

Hanya mampu berselawat

Seorang lagi penduduk, Azizah Wahab, 52, yang sedang memasak ketika kejadian berkata, dia tidak dapat melupakan  kejadian itu kerana sepanjang hayatnya tidak pernah melihat butiran hujan yang bersaiz besar dan tidak pernah melalui situasi mencemaskan seperti itu.

"Kejadian Isnin lalu amat menakutkan dan mengejutkan, bukan sahaja kepada saya tetapi penduduk kampung ini," katanya.

Menurutnya, walaupun hujan batu berlaku kira-kira 15 minit tetapi baginya, ia seperti tempoh yang amat panjang.

"Sepanjang tempoh tersebut, saya hanya mampu berselawat dan berdoa agar tidak ditimpa bencana serta diselamatkan daripada kejadian tidak diingini," katanya.

Bagi Rosiah Semail, 33, pula, dia lari ke rumah jirannya kerana takut tinggal di rumah bersama tiga anak berikutan suaminya tiada ketika kejadian.

"Hujan batu menembusi bumbung rumah dan ia menakutkan kami anak-beranak. Jadi, saya segera mencari perlindungan di rumah jiran," katanya.

Pakai topi keledar elak cedera

Sementara itu, dalam kejadian hujan batu Isnin lalu, ada penduduk mengambil kesempatan mengutip ketulan ais dengan memakai topi keledar bagi mengelak kepala cedera.

Ada juga yang merakamkan kejadian dengan video untuk menjelaskan lagi keadaan sebenar Isnin lalu kepada rakan dan keluarga yang lain.

Malah, Sinar Harian turut berpeluang melihat suasana penduduk mengutip ketulan ais tersebut.

Penduduk mendakwa, ketulan air batu yang jatuh mempunyai pelbagai bentuk dan saiz hinggakan ada yang menyerupai bunga.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan ( JKKKP) Mukim Enggong, Azmi Matkar berkata, penduduk telah mengisi borang memohon bantuan zink menggantikan bumbung yang rosak.

Menurutnya, penduduk yang ditimpa bencana kali ini tidak mampu membeli zink baharu dan memerlukan bantuan bagi tujuan tersebut.

Wacana 'VEP: Apa Tunggu Lagi?'

Posted: 04 Sep 2014 03:52 AM PDT


VEP: Apa Tunggu Lagi
 
 
 
[VIDEO] WACANA Sinar Harian Siri ke-30 dengan tajuk "VEP: Apa Tunggu Lagi?" mungkin lebih dekat di hati penduduk Johor khususnya.

Ia antara isu besar bagi penduduk di negeri itu terutama mereka yang kerap berulang-alik ke Singapura.

Itulah antara persoalan yang akan dibangkitkan dalam siri wacana kali ini yang akan dikendalikan oleh moderator yang tidak asing lagi iaitu Dr Maszlee Malik langsung dari Johor Darul Ta'zim.

Wacana turut membariskan panelis yang tidak kurang hebatnya iaitu Ketua Pemuda Umno Johor, Hahasrin Hashim, Pengarah Polisi DAP Johor, Wong Shu Qi, Pengerusi Sukaguam, Datuk Khairul Anwar Rahmat dan Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat bagi mengupas isu hangat ini.

Ikuti liputan langsung bersama kami bagi mengetahui kupasan panelis bersabit isu VEP ini.

2.50 petang: Warga Johor mula memenuhi Dewan Utama Kompleks Komuniti Tan Sri Mohamed Rahmat, Tampoi bagi mengikuti Wacana Sinar Siri ke-30, "VEP: Apa Tunggu Lagi?".

3.16 petang: Wacana Sinar Harian siri ke-30 dengan tajuk "VEP: Apa Tunggu Lagi?" bermula.

3.16 petang: Moderator, Dr Maszlee Malik berkongsi rasa, kali pertama kendalikan wacana Sinar di luar Lembah Klang.

3.17 petang: "Tahniah Sinar Harian kerana pecahkan tradisi. Harap ini berterusan. Membawa politik matang," ujar beliau.

3.20 petang: Namun katanya, permulaan wacana di luar Lembah Klang kali ini isunya hanya orang selatan sahaja faham.

"Tapi sayang kita mulakan dengan tajuk yang ramai orang tak faham. Hanya orang Selatan saja faham," ujar Dr Maszlee.

3.21 petang: "VEP sudah lama nak dibuat sejak 2006 tapi tak dilaksanakan juga. Tapi 1 Ogos, Singapura tak tunggu lama untuk naikkan kadar," ulas beliau lagi.

3.22 petang: Hujah Dr Maszlee, "dalam Umno, mereka suarakan VEP segera dilaksanakan. DAP pula senada dengan kerajaan yang tak berapa nak laksanakan. Dan Pas pula senyap tak bersuara".

3.23 petang: Moderator bertanya kepada panelis sama ada mereka setuju bahawa isu VEP ini bukan isu perkauman tetapi lebih kepada isu ekonomi dan pentadbiran.
Kesemua moderator bersetuju dengan perkara itu.

3.30 petang: Moderator menjemput panelis pertama, Suhaizan Kaiat untuk mulakan sesi wacana petang ini.

3.31 petang: Moderator bertanyakan kepada Suhaizan, apa pandangan ahli politik tentang VEP?

3.32 petang:
Menurut Suhaizan, jika mahu naikkan VEP, perlu kaji adakah VEP itu membebankan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura.

3.33 petang: Tambah Suhaizan lagi, "jika kerajaan mahu kenakan kadar VEP ke atas pelancong Singapura, ia tidak akan menjejaskan pendapatan rakyat Singapura."

3.34 petang: Beliau kemudiannya memberi cadangan supaya VEP ke atas kenderaan yang masuk ke Malaysia dengan kadar minimum dahulu untuk lihat hasilnya.

3.35 petang: Moderator mempersilakan panelis berikutnya, Pengerusi Sukaguam, Datuk Khairul Anwar Rahmat untuk ulas isu VEP.

3.35 petang: Khairul memulakan hujahnya dengan berdoa akhirnya isu VEP ini akan memenangkan rakyat.

3.36 petang: Menurut Khairul, dalam isu VEP ini rakyat Johor dilihat bersatu.

3.37 petang: Jelas Khairul, isu VEP ini bukan isu balas dendam. "Kerana kalau benar (balas dendam), kita sudah laksana 41 tahun lalu," ujar beliau.

3.40 petang: Tambah beliau, pandangan masyarakat pelbagai dalam isu VEP ini. "Mungkin selepas wacana ini, kerajaan akan mendengar pandangan kita dan laksanakan VEP," katanya.

3.41 petang: Moderator seterusnya memberi ruang kepada panelis berikutnya, Ketua Pemuda Umno Johor, Hahasrin Hashim, untuk menyampaikan pandangan tentang isu VEP.

3.42 petang: Menurut Hahasrin, Pemuda Umno sentiasa menyokong apa sahaja usaha yang memberi manfaat kepada rakyat.

3.
44
petang:
Moderator beri ruang pula kepada Pengarah Polisi DAP Johor, Wong Shu Qi untuk nyatakan pandangannya. "Sebelum mulakan isu VEP ini, PR tidak pernah menentang pelaksanaan VEP," jelas Shu Qi.

3.45 petang: Shu Qi kemudian persoalkan, adakah caj VEP yang dikenakan itu 70 peratus daripadanya boleh disalurkan kepada negeri Johor.

3.47 petang: Ujar Shu Qi, "kerajaan seharusnya menambah baik sistem pengangkutan awam baru laksana VEP."

3.48 petang: Moderator kemudian 'mengusik' Shu Qi dengan berkata, pengarah polisi DAP itu lebih patriotik kerana minta lebih. "Saya rasa YB Shu Qi lebih patriotik JDT sebab dia minta 70 peratus diberi balik kepada rakyat Johor. Ini lebih JDT daripada JDT," katanya.

3.50 petang: Wacana masuk pusingan kedua. Dr Maszlee timbulkan satu persoalan tentang beza bayaran VEP yang dikenakan ke atas kenderaan yang masuk ke Singapura dan kenderaan Singapura yang masuk ke Malaysia?

"VEP dikenakan kepada kereta masuk Singapura tapi prasarana disediakan tiptop. Itu hakikat tak boleh tolak. Jauh berbeza berbanding dengan JB.

"kita nak kenakan bayaran tapi apakah nilai yang mereka nak bayar itu?

4.00 petang: Menurut Dr Maszlee, jika caj dikenakan untuk kenderaan asing memasuki Johor, mungkin ekonomi di Johor akan terjejas.

"Yg akan terjejas bukan setakat pekerja biasa saja tapi Angsana, pasar borong, pasar tani akan terjejas," ujar beliau.

4.01 petang: Moderator bertanya kepada Khairul, apakah nilai caj VEP yang akan dikenakan boleh menaiktaraf keadaan jalan raya dan berikan kesan terhadap ekonomi?

4.02 petang: Menurut Khairul, kerajaan perlu diberi ruang untuk jimat RM100 juta setahun untuk lakukan pembaikan jalan. "Dari segi nilai wang, kita bukan sahaja mampu baiki jalan, kita mampu bantu rakyat dari segi kebajikan dan bina rumah mampu milik," ujar beliau.

4.03 petang: Suhaizan kemudian mencelah.

"Selama ini pun kerajaan Johor tidaklah kekurangan duit untuk uruskan jalan Johor. Tapi dengan perbelanjaan yang ada itu yang digunakan untuk biayai jalan, tapi jalan itu tetap lubang juga.

"Jadi apa jaminan dengan duit itu, jalan tidak akan lubang-lubang?," soalnya kepada Khairul.

4.15 petang: Moderator kemudian memberi ruang kepada Pengerusi Sukaguam, Datuk Khairul Anwar Rahmat untuk ulas.

4.21 petang: Menurut Hahasrin, kerajaan negeri akan membaiki prasarana di Johor seperti restoran dan gerai yang digunakan oleh orang ramai.

Maszlee kemudian persoalkan, "jadi kerajaan negeri perlukan peratus yang lebih daripada VEP?

4.22 petang: Dr Maszlee kemudian mempersoalkan lagi, apa yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri sebagai jaminan.

Menurut Hahasrin, antara fokus yang diberi perhatian ialah tentang pembaikan jalan raya.

4.24 petang: Moderator kemudian bertanyakan kepada Shu Qi tentang pandangannya bahawa pelaksanaan VEP akan menjejaskan hartanah di Johor kerana terdapat lebih 130, 000 rakyat Singapura miliki tanah di Johor Bahru.

"Mungkin mereka akan balik ke negara mereka. Tapi kerana mereka inilah, harga tanah, harga rumah di sini naik. Jadi adakah kita nak mudahkan mereka? Bukan rakyat sendiri?," soal Dr Maszlee.

4.25 petang: Suasana kecoh seketika apabila Shu Qi yang mengulas isu hartanah dengan mengaitkannya dengan contoh kondominum kos tinggi dan lembu.

4.26 petang: Shu Qi kemudian berkata, "kebanyakan hartanah di sini dimiliki oleh kerajaan. Kenaikan harga ini akibat daripada dasar kerajaan."

4.27 petang: Hahasrin minta Shu Qi nyatakan tentang contoh dakwaan itu.

4.28 petang: Shu Qi kemudian berkata, kerajaan negeri dan Pusat tidak bina rumah mampu milik di Johor bukan kerana tak ada kuota.

4.31 petang: Moderator kemudian beri ruang kepada Hahasrin untuk berhujah.

Menurut Hahasrin, apa yang perlu dibincangkan dalam wacana hari ini ialah tentang bagaimana "kita sebagai golongan muda untuk pastikan apabila VEP ini dilaksanakan ia beri manfaat kepada generasi akan datang".

4.40 petang: Dr Maszlee bertanyakan kepada Hahasrin, apa yang akan dilakukan oleh Ketua Pemuda Umno jika kerajaan tidak mahu laksanakan VEP.

4.41 petang: Hahasrin kemudian berkata, Perdana Menteri sudah umum VEP akan dilaksanakan cuma masih dalam penelitian buat masa ini.

4.42 petang: Moderator kemudian bertanyakan apa peranan Pas dalam VEP.

"Saya sokong kadar minimum VEP kerana ia akan menyebabkan ekonomi domestik kita terjejas.

"Kalau tol terlalu tinggi, ditambah dengan VEP, kita takut orang Singapura tak akan dtg berbelanja di negara kita. Cari satu nilai yang munasabah untuk caj VEP supaya tak wujudkan suasana panik," ujar Suhaizan.

4.43 petang: Moderator buka ruang kepada peserta wacana ajukan soalan kepada panelis.

4.50 petang: Seorang peserta wacana bertanyakan kepada Suhaizan kerakyatan pemimpin Pas itu kerana mempertahankan Singapura.

"Kita tak mahu mewujudkan permusuhan dalam hal berkaitan VEP.

"Kita harus beri mesej yang baik kepada jiran. Kalau kita timbulkan kebencian kepada Singapura, ia merupakan satu mesej yang tidak baik.

"Malaysia negara kelahiran saya, tapi sebagai ahli politik yang matang, saya ingin jaga perhubungan dengan Singapura," jelas Suhaizan.

4.46 petang: Seorang lagi peserta bertanyakan kepada Suhaizan tentang pendirian parti itu tentang VEP yang dikenakan Singapura ke atas rakyat Malaysia.

Jawab Suhaizan,"kita minta kerajaan Malaysia guna hubungan diplomatiknya untuk bincang dengan Singapura bagi mengurangkan beban rakyat".

4.47 petang: Peserta berikut bertanyakan, apakah hubungan Malaysia-Singapura akan terjejas kerana isu VEP.

Menurut Khairul, isu tersebut tidak akan jejas hubungan cuma VEP yang dikenakan Singapura tinggi.

5.00 petang: Shu Qi yang menjawab soalan peserta antara lain menjelaskan, DAP menyeru kerajan Pusat kutip VEP dengan Singapura.

"Demonstrasi tak akan selesai masalah. Perlu bincang apa yang terjadi jangan amal sikap penting diri sendiri," katanya.5.10 petang: Wacana Sinar Harian "VEP: Apa Tunggu Lagi?" melabuhkan tirai. Suasana di dalam Dewan Utama Kompleks Komuniti Tan Sri Mohamed Rahmat, Tampoi, Johor sedikit tegang.

5.10 petang: Wacana Sinar Harian "VEP: Apa Tunggu Lagi?" melabuhkan tirai. Suasana di dalam Dewan Utama Kompleks Komuniti Tan Sri Mohamed Rahmat, Tampoi, Johor sedikit tegang.

Calon: Pas Kelantan serah kepada Majlis Presiden

Posted: 04 Sep 2014 03:51 AM PDT


PRK Pengkalan Kubor
 
 
 
KOTA BHARU - Bagi membuktikan kesepakatan dalam PR, Pas Kelantan menyerahkan kepada Majlis Presiden PR untuk menentukan calon PRK Dun Pengkalan Kubor yang dijadualkan 25 September depan.

Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, tidak ada masalah yang timbul berhubung keputusan pemilihan calon, sebaliknya Pas menjadikan kepimpinan tertinggi PR sebagai rujukan utama untuk menentukannya.

"Kita tidak ada masalah dengan PKR, soal calon ia akan diputuskan Majlis Presiden. Itu perkara biasa, Umno pun macam itu.

"Soal calon hanya (Majlis Presiden) boleh tentukan. Kita terima, tak mahu ada pergaduhan," katanya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini, semalam.

Dalam pada itu, Ahmad berkata, tindakan tersebut selari dengan prinsip kesepakatan dalam PR yang sentiasa mementingkan semangat setia kawan antara parti komponennya.

Malah, Ahmad sebelum ini turut menegaskan isu pemilihan calon boleh diselesaikan dengan baik tanpa melibatkan sebarang perebutan.

Polemik mengenai calon PR dalam PRK Dun Pengkalan Kubor bermula apabila Pas menunjukkan minat untuk meletakkan calonnya dalam pilihan raya tersebut.

PRK Pengkalan Kubor diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lalu di China akibat barah hati.

Allahyarham Noor Zahidi menjadi wakil rakyat setelah menang kerusi Pengkalan Kubor pada PRU ke-12 dan 13. Ahmad (kanan) ketika sidang media, semalam.

Mustafa Ali: Laporan itu tidak betul

Posted: 04 Sep 2014 03:47 AM PDT


Mustafa Ali Mustafa Ali
 
 
 
SHAH ALAM - Pas menerusi kenyataan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali hari ini menafikan laporan media massa yang mengatakan parti itu menghantar tiga nama Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) mereka di Selangor sebagai calon menteri besar yang baharu.

Mustafa berkata, laporan itu sememangnya tidak benar, dan ianya sama sekali bercanggah dengan kenyataan Pas sebelum ini.

"Laporan itu tidak betul," katanya ringkas kepada Sinar Harian Online hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas laporan media hari ini yang menyebut bahawa satu surat daripada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dihantar sebelum tarikh 3 September bagi mengemukakan lebih daripada dua nama calon jawatan menteri besar berikutan pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR.

Memetik laporan itu lagi, sumber itu berkata, Hadi secara peribadi telah menandatangani surat untuk istana, menamakan tiga ahli exco parti itu dalam pentadbiran negeri sebagai calon.

Terdahulu, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberikan masa sehingga semalam (3 September) kepada ketiga-tiga parti dalam PR (Pas, PKR dan DAP) menghantar sekurang-kurangnya dua nama kepada baginda untuk dipertimbangkan sebagai MB Selangor yang baharu.

Sementara itu, menurut laporan lidah rasmi Pas Harakahdaily hari ini melaporkan bahawa  Pas telah menghantar tiga nama, namun dua calon tersebut adalah daripada PKR dan seorang daripada partinya sendiri sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu,

Menurut portal itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mengesahkan perkara itu tetapi tidak menyebut nama ketiga-tiga Adun berkenaan.

"Buat masa ini nama tu biarlah dulu," katanya kepada Harakahdaily.

PAS Selangor: “Perbincangan dengan Umno adalah fitnah”

Posted: 04 Sep 2014 03:44 AM PDT

Oleh: NAZLI IBRAHIM


SHAH ALAM- Dakwaan kononnya PAS Selangor mengadakan perbincangan dengan Umno berhubung isu Menteri Besar merupakan andaian sendiri pihak tertentu,  sekaligus fitnah kepada seluruh ahli PAS Selangor.

Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, tindakan Umno menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar dipercayai kerana tidak yakin mampu merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat (PR) sekiranya Pilihan Raya Negeri diadakan.

umno-dan-pas-565x376"Saya berani sahkan bahawa PAS Selangor tidak pernah mengadakan sebarang perbincangan dengan UMNO di Selangor.

"Tindakan Umno menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim adalah kerana UMNO tidak mahu DUN dibubarkan dan berlakunya Pilihanraya Negeri. Ini kerana kerana UMNO sendiri tidak yakin.

"Itu tak bermakna PAS Selangor dan Umno Selangor bekerjasama dan pendirian PAS Selangor adalah setia, kekal mempertahankan PR termasuk mengekalkan empat exco kita," kata Mohd Khairuddin dalam satu kenyataannya di sini, malam tadi.

Mohd Khairuddin juga mendapati pihak yang membuat andaian jahat terbabit bukan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS atau ahli perhubungan PAS Selangor.

"Saya merujuk kepada laporan berita yang menggambarkan seolah-olah PAS nak sertai Umno," kata beliau lagi.

Hutang RM700 bilion: Pusat patut ambil iktibar Sepanyol, teladani Selangor

Posted: 04 Sep 2014 03:38 AM PDT

Oleh: NAZLI IBRAHIM


SHAH ALAM: Kerajaan Pusat disaran mengambil iktibar situasi ekonomi Sepanyol yang kini menanggung hutang melebihi USD1 trilion iaitu mencecah 100 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu.

Mantan Pengarah Bank Negara, Dr Rosli Yaakob berkata sedangkan tiga tahun lalu Kerajaan Sepanyol hanya menanggung hutang antara 70 hingga 80 peratus berbanding KDNK mereka tetapi melonjak kepada hampir mencecah 100 peratus hari ini walaupun memperkenalkan dasar menaikan pelbagai cukai kepada rakyat Sepanyol.

spain-euro.gi.top"Sepanyol gagal mengawal perbelanjaan mereka hingga menyebabkan Sepanyol hari ini terpaksa menanggung hutang lebih USD1 trilion atau hampir mencecah 100 peratus dibandingkan dengan KDNK," kata Dr Yaakob dihubungi Selangorkini.

Jelas Dr Rosli, Kerajaan Pusat sepatutnya menjadikan Kerajaan Selangor sebagai model yang mengamalkan perbelanjaan berhemah, menyekat ketirisan dan membendung amalan rasuah dengan bersungguh-sungguh.

pencapaian6"Kerajaan Pusat tidak langsung mahu menjadikan Kerajaan Selangor sebagai contoh. Mereka masih lagi mengamalkan memberikan projek kepada kroni secara rundingan terus. Langsung tidak ada langkah berjimat-cermat," kata beliau lagi.

Dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara, sejak 2009, Kerajaan Selangor setiap tahun mendapat pujian ekoran kejayaan mengurus sumber kekayaan negeri terkaya itu dengan cekap dan berhemah sehingga membolehkan Kerajaan Negeri itu mengumpul rezab daripada RM400 juta pada 2008 kepada RM3.2 bilion ketika ini.

Dr Rosli YaakopTambah Dr Rosli, kegagalan Sepanyol mengawal hutang merupakan bukti kukuh bahawa perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak akan memberi kesan positif kepada ekonomi dan hutang negara sebaliknya kerajaan perlu mengkikis tabiat yang cenderung kepada pembaziran, ketirisan dan rasuah terlebih dahulu.

Kata beliau lagi, jumlah hutang negara yang mencecah RM700.1 bilion  pada suku tahun pertama tahun ini seperti diumumkan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz itu juga membuktikan kerajaan pusat tidak melaksanakan langsung janji mahu mengawal perbelanjaan sekaligus mengurangkan hutang negara.EZY

Setelah London, Perkasa kibarkan sayap ke negara lain

Posted: 04 Sep 2014 12:50 AM PDT

 
Sepatutnya kita akan lancarkan pada bulan ini, tetapi terpaksa ditangguhkan pada bulan hadapan kerana Pilihan Raya Kecil Pengkalan Kubor.

ibrahim-ali
PETALING JAYA: Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menjelaskan bahawa setelah melancarkan Perkasa di Eropah, kini pihaknya berhasrat untuk melebarkan sayap pertubuhan itu ke negara-negara lain.

Menurutnya, pada bulan hadapan, pihaknya akan melancarkan Perkasa di Indonesia, dan kemudiannya ke Jordan, Mesir, Jepun, Australia serta di Washington.

"Sepatutnya kita akan lancarkan pada bulan ini, tetapi terpaksa ditangguhkan ke bulan hadapan kerana Pilihan Raya Kecil (PRK) di Pengkalan Kubor," katanya sewaktu ditemubual dalam satu wawancara eksklusif bersama wartawan FMT.

Pada bulan Mei lalu, Perkasa telah melancarkan Perkasa UK Eropah yang meliputi negara-negara dari UK, Ireland, Perancis, Germany, Belgium dan lain-lain.

"Saya berharap Perkasa UK dan Eropah dapat menjadi benteng kepada fahaman liberal, pluralisma, dan hak asasi yang bertentangan dengan nilai-nilai budaya bangsa dan agama," jelasnya.

Beliau juga menyatakan dengan kewujudan rangkaian seumpama ini, banyak perkara boleh dilakukan bersama demi kebaikan, kesejahteraan rakyat dan imej negara.

"Perjuangan utama Perkasa adalah isu-isu nasional yang mempunyai kaitan dengan keselamatan negara dan kepentingan nasional, selain memperkasakan kaum pribumi yang menjadi teras kepada negara Malaysia," katanya.

“Apa saja organisasi bernaung di bawah PR dicop haram”

Posted: 04 Sep 2014 12:45 AM PDT

 
Menyedihkan apabila kita masih lagi mempunyai Menteri Kabinet yang keliru dan penuh prasangka jelek terhadap rakyat yang berlainan warna kulit.

Edy-Noor-Reduan
PETALING JAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi seharusnya melihat kewujudan badan-badan sukarela seperti Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang dan Unit Amal PAS sebagai satu bentuk organisasi atau gerakan yang boleh dijadikan platform kepada anak muda Malaysia untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukarela.

Menurut Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia, Edy Noor Reduan, apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan yang ditadbir Pakatan Rakyat akan dilihat sebagai haram dan membahayakan.

"Apa saja organisasi sama ada bernaung di bawah Pakatan Rakyat atau pun cenderung menolak Barisan Nasional akan dicop haram, subversif dan sebagainya," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada masa yang sama, Edy Noor turut mempersoalkan adakah pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak suka melihat sekumpulan anak muda yang sukarela melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dan juga dididik untuk mempunyai pegangan agama dan akhlak yang baik, sejak bilakah membuat amal merupakan satu kesalahan jenayah?

"Adakah Zahid gemar melihat pewaris masa depan negara ini terkinja-kinja di kelab-kelab malam ataupun ditangkap di dalam bilik-bilik hotel murah setiap kali menjelang ambang Merdeka dan Tahun Baru? Inikah citra pelapis yang diinginkan oleh Menteri Dalam Negeri?" soalnya kepada Zahid.

Menurut Edy Noor, Zahid terus membisu terhadap Perkasa, ISMA dan Ridhuan Tee yang sering mencetuskan api perkauman seolah-olah mempunyai agenda sulit yang ingin memecahbelahkan negara bahkan Zahid sendiri sering bermain dengan ucapan rasis.

"Apakah pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuka kertas siasatan terhadap Zahid Hamidi?" soalnya.

Katanya lagi, Zahid sepatutnya menjadi seorang individu yang sangat bertanggungjawab dalam memelihara keselamatan dan kesejahteraan dalam negara.

"Menyedihkan selama 57 tahun Merdeka ini, kita masih lagi mempunyai Menteri Kabinet yang keliru dan penuh prasangka jelek terhadap rakyat yang berlainan warna kulit," ujarnya.

Edy Noor berkata demikian ekoran deretan pendakwaanterhadap beberapa orang pemimpin pembangkang yang tidak senada dengan pihak Putrajaya.

"Ini merupakan satu lagi bentuk intimidasi politik dan ini juga merupakan satu bentuk kemusnahan demokrasi yang sedang dialami negara.

"Tindakan desperado ini hanya satu sifat yang terzahir ekoran daripada kelirunya Menteri berkait amalan demokrasi. Tidak lagi dapat membezakan antara pentadbiran kerajaan dengan sentimen politik kepartian," katanya.

MyWatch tuntut Zahid jelaskan kad KDN palsu

Posted: 04 Sep 2014 12:31 AM PDT

 
Mohd Shamsul dibebaskan dengan arahan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Alor Gajah.
R._Sri_Sanjeevan
PETALING JAYA: Pengerusi Malaysian Crime Watch Task Force (MyWatch), R.Sri Sanjeevan menyatakan bahawa pihaknya menuntut agar Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr.Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan berkenaan salahlaku dua anak buahnya.

Menurutnya, pada 31 Ogos, Polis Cawangan Khas IPD Alor Gajah Melaka telah menahan seorang lelaki bernama Mohd Shamsul Azren Atan kerana memiliki kad kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang palsu.

Jelasnya, kad kuasa tersebut menyatakan bahawa Mohd Shamsul merupakan seorang perisik KDN.
"Hasil siasatan polis, kad tersebut adalah palsu kerana rupa bentuk kad tersebut berlainan dari yang asli dan tiada nombor siri tertera. Siasatan juga mendapati Mohd Shamsul hanyalah bekerja sebagai seorang pengurus di sebuah hotel di Melaka," ujarnya dalam satu kenyataan media kepada FMT.

Jelasnya lagi, Mohd Shamsul turut mengaku bahawa beliau memperolehi kad tersebut daripada Mohd Azrul Azli Amer Hamzah yang juga merupakan Pegawai Khas kepada Zahid.

"Siasatan lanjut mendapati Mohd Shamsul dan Mohd Azrul kedua-duanya merupakan anak saudara kepada Zahid di sebelah isterinya," katanya.

Setelah itu, Mohd Shamsul dibebaskan dengan arahan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Alor Gajah.

Di sini, pihak MyWatch mempersoalkan pembebasan Mohd Shamsul sedangkan beliau melakukan jenayah berat dengan menyamar sebagai perisik KDN.

"MyWatch menggesa siasatan yang telus dan adil dijalankan terhadap Mohd Azrul yang menyalahgunakan kuasanya sebagai Pegawai Khas Menteri Dalam Negeri dengan mengeluarkan kad kuasa palsu.

Sanjeevan juga akan melakukan satu laporan rasmi kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan terhadap Menteri Dalam Negeri dan Pegawai Khas-nya itu.

"Sebelum mahu menangkap Pasukan Peronda Sukarela (PPS) lebih baik tangkap dahulu anak buahnya," katanya.

Sebelum ini, telah tersebar di akhbar dan laman sosial bahawa seorang lelaki dipercayai anak saudara kepada isteri orang kenamaan dipanggil oleh pihak polis untuk memberi keterangan kerana disyaki memiliki kad kuasa sebagai perisik Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang tidak wujud.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata lelaki berumur 30 tahun itu ditahan ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam.

"Lelaki terbabit ditahan susulan laporan dibuat seorang anggota polis di Balai Polis Bandar Hilir pada 5.30 petang semalam mengenai tindakan suspek yang didakwa menyamar sebagai penjawat awam," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya berdasarkan laporan anggota polis berusia 43 tahun tersebut, lelaki terbabit menunjukkan kad kuasa berkenaan bagi mengelak pemeriksaan dalam satu serbuan bersepadu di sebuah pusat hiburan di Melaka pada 30 Ogos lepas.

Lima anggota wanita MIC dianggap ‘letak jawatan’

Posted: 04 Sep 2014 12:27 AM PDT

 
Kelima-lima mereka juga tidak menghadiri mesyuarat agung tahunan cawangan wanita 2014 tanpa memberi sebarang penjelasan atau sebab. 

MIC



PETALING JAYA: Lima anggota Wanita MIC Wilayah Persekutuan dianggap meletak jawatan daripada jawatankuasa majlis negeri setelah gagal menghadiri empat mesyuarat majlis itu secara berturut-turut.

Mereka ialah G. Thanalakshmy (Bahagian Batu), N. Letchumi (Bahagian Seputeh), S.Rathnaswari (Bahagian Setiawangsa), V. Saratha (Bahagian Bandar Tun Razak) dan S. Anjalai (Bahagian Kepong).

Kelima-lima mereka juga tidak menghadiri mesyuarat agung tahunan cawangan wanita 2014 tanpa memberi sebarang penjelasan atau sebab.

"Keputusan sebulat suara ini diambil di mesyuarat Majlis Perhubungan Negeri pada 29 Ogos, yang menggesa agar tindakan diambil terhadap kelima-lima wanita itu.

"Ini dibuat berdasarkan Undang-undang Kecil Cawangan Wanita MIC 2003 -Undang-undang Kecil 53, yang menyebut bahawa seseorang anggota yang tidak menghadiri tiga mesyuarat secara berturut-turut, tanpa memberi penjelasan atau sebab yang boleh diterima, dianggap secara automatik melepaskan jawatan dalam majlis itu," kata Ketua Wanita MIC Wilayah Persekutuan S.Kogilam .

41 pelajar Sekolah Menengah Sultanah Bahiyah keracunan

Posted: 04 Sep 2014 12:24 AM PDT

 
Kesemua pelajar tersebut terpaksa ditahan buat sementara waktu sehingga keadaan mereka pulih. 

keracunan makanan2


KEDAH: Empat puluh satu murid pelajar tingkatan 1 hingga 5 Sekolah Menengah Sultanah Bahiyah Alor Setar telah dikejarkan ke hospital semalam setelah dikatakan mengalami sakit perut dan muntah-muntah.
Insiden ini berlaku selepas mereka diberi air kotak percuma kira-kira jam 6 petang.

"Kesemua pelajar tersebut terpaksa ditahan buat sementara waktu sehingga keadaan mereka pulih," kata Pengarah Hospital Sultanah Bahiyah, Datuk Dr Juita Ghazalie.

Pada jam 9.30 malam, 15 pelajar dibawa oleh guru ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut selepas keadaan mereka semakin teruk.

Setengah jam kemudian, ambulans terpaksa digerakkan untuk mengambil lebih ramai pelajar yang turut mengadu mengalami simptom sama.

Pihak hospital telah mengambil keterangan pelajar terbabit dan mengambil sampel air minuman kotak itu untuk pemeriksaan lanjut.