Khamis, 28 Ogos 2014

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


WAN AZIZAH BOLEH SAH MENJADI MB MELALUI FASAL 53(2) (a)

Posted: 28 Aug 2014 08:20 AM PDT

Dari : Greenboc

 

Peluang Wan Azizah Sebagai Menteri Besar Masih Cerah


Muktamad, jawatan MB Selangor milik PKR - Mustafa

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan bahawa jawatan Menteri Besar Selangor adalah milik PKR.

Justeru, katanya PAS tidak akan menghantar nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada parti itu sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

"Kita tidak akan calonkan Adun PAS untuk jawatan itu kerana Menteri Besar Selangor adalah jawatan milik PKR. Kita hormati perkara ini, ini adalah muktamad," ujarnya ketika dihubungi pagi ini.

Malam tadi, beliau mengadakan mesyuarat dengan kepimpinan PAS negeri itu yang turut disertai Pesuruhjaya PAS negeri yang juga Exco Kerajaan Selangor, Iskandar Abdul Samad dan setiausaha PAS negeri, Mohd Khairuddin Othman.

Menurutnya, mesyuarat itu tidak menyentuh mengenai isu Menteri Besar Selangor sebaliknya beliau hanya menjelaskan kronologi kemelut jawatan menteri besar kepada ahli PAS negeri itu.

PAS, katanya tetap dengan pendirian akan mempersembahkan tidak kurang daripada dua nama Adun PKR kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai calon menteri besar yang baharu.

"Jika ada laporan yang sebut saya kata sekurang-kurangnya tiga nama, itu tak betul," jelasnya.

Beliau berkata, PAS akan menghantar senarai nama itu kepada Istana Selangor sebelum 3 September ini.

Semalam, Istana Selangor menghantar surat rasmi kepada PKR, PAS dan DAP yang menitahkan supaya menghantar lebih daripada dua nama calon menteri besar sebelum 3 September.

Surat itu dialamatkan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dengan salinan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut mahukan calon yang dinamakan itu beragama Islam dan berketurunan Melayu menurut Perkara L1 (2), Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Kelmarin, Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Khalid sebagai Menteri Besar Selangor sehingga pelantikan baharu ditentukan.

Baginda menitahkan supaya PAS, DAP dan PKR masing-masing mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu bagi memudahkan baginda menentukan calon berkelayakan. - HARAKAHDAILY


PAS tetap mahu kemuka dua nama

PAS tidak mengendahkan rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tetap bertegas bahawa parti itu akan mengemukakan dua nama kepada istana Selangor untuk jawatan menteri besar.

Bercakap kepada Malaysiakini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata parti Islam itu akan mematuhi titah pemerintah.

"Kita tidak boleh dilihat sebagai memaksa istana (dengan mengemukakan satu nama)," katanya.

Tambahan pula, katanya, kesediaan PAS mencalonkan Wan Azizah untuk jawatan tersebut, boleh dilihat sebagai tanda penghormatan kepada PKR.

Petang ini, Anwar merayu kepada PAS supaya berpegang kepada keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 17 Ogos untuk hanya mencadangkan Wan Azizah untuk jawatan itu.

Pada hari Selasa, baginda sultan meminta Pakatan mengemukakan "dua atau lebih nama", dengan tarikh akhir untuk berbuat demikian, ditetapkan para hari Rabu depan.

Bagaimanapun, PKR dan DAP, dengan memetik konvensyen, menyatakan bahawa hanya nama Wan Azizah yang akan dikemukakan.
-mk



PKR: PAS tak kisah pun 'paksa' sultan sebelum ini

PKR enolak hujah yang dikemukakan oleh PAS berhubung keputusan parti Islam itu untuk mengemukakan dua nama kepada istana bagi jawatan menteri besar Selangor.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata selepas pilihan raya umum lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak bermasalah untuk hanya mengemukakan satu nama, walaupun sultan meminta empat nama.

PAS Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali berhujah jika tidak mengemukakan lebih daripada satu nama seperti yang dititahkan baginda sultan, ia boleh ditafsirkan sebagai "memaksa" istana.

Mustafa juga menjelaskan bahawa keadaannya berbeza pada masa lalu kerana isu itu tidak diketahui umum seperti yang berlaku sekarang.

Mustafa berkata demikian dalam reaksinya terhadap rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya PAS berpegang kepada keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 17 Ogos untuk hanya mencalonkan Wan Azizah.
-mk


 

Sepatutnya kena jengah dulu Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.


Fasal 53(2)(a) memperuntukkan bahawa Sultan perlulah melantik seorang ahli Dewan yang pada hematnya telah mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan.

Menurut pandangan seorang peguam, apa saja budibicara Tuanku Sultan untuk melantik seorang Menteri Besar tidak boleh melanggar Fasal 53(2)(a) kerana seseorang Menteri Besar mesti mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan.

Cuma sekarang ini PR berpecah. PKR & DAP hantar 1 nama, PAS hantar banyak nama. Dalam keadaaan apa pun, "nama" itu perlulah mendapat sokongan majoriti ahli Dewan. Yang jelas sekarang ini, yang dah dapat sokongan majoriti ahli dewan ialah 1 nama saja iaitu.... (anda tahu sendiri).

Yang penting majoriti ahli dewan menyokongnya. Sekalipun PAS ada menghantar nama orang lain sebagai MB Selangor selain Wan Azizah, ia tetap dari PKR. Dan ADUN-ADUN PKR seperti Azmin dan nama ADUN Ijok, Dr Idris Ahmad misalnya, namun kedua-dua ADUN berkenaan telah terikat dengan Akuan Bersumpah untuk menyokong Presiden mereka, Dr. Wan Azizah sebagai MB. Soal samada Sultan Selangor berkenan atau tidak terhadap nama berkenaan tidak timbul.

Soal PAS tolak wanita sebagai MB pun tidak benar. Jika benar, PAS tak lansung calonkan nama Wan Azizah sebagai MB.

Desas-desus menyatakan Sultan Sulangor tidak berkenan dengan Wan Azizah sebagai MB itu juga tidak benar. Ia hanya propaganda pihak tertentu. TS Khalid Ibrahim sendiri pernah menyatakan bahawa Istana belum menolak pencalonan Wan Azizah. Cuba lihat video ini:




Kerjasama dengan Azmin, Umno: PAS letih berjuang?

Posted: 28 Aug 2014 04:32 AM PDT

Kerjasama dengan Azmin, Umno: PAS letih berjuang?

Oleh: AMIRULMUKMININ


Seandainya tepat laporan The Malaysian Insider bahawa Presiden PAS Hadi Awang berkeras ingin mencadangkan nama Azmin Ali sebagai MB Selangor yang baharu pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS 25 Ogos lalu, maka PAS telah menghidapi sindrom keletihan.

Sesetengah pemimpin tertinggi PAS tidak lagi bernafsu melawan Umno BN sebaliknya bagi mereka bekerjasama lebih baik.
Bagaimanapun, keletihan itu tetap juga sukar diterjemahkan oleh Hadi, Mustafa Ali dan sebilangan strategis PAS menjadi realiti kerajaan yang boleh diterima.

Masakan tidak, PAS mencadangkan Azmin, Khalid bersama Umno sebagai paksi baharu memerintah Selangor. Pemimpin PAS sepatutnya lebih cermat dalam menyusun strategi. Khalid meletak jawatan kerana merajuk PAS menarik balik sokongan kepada beliau dan mengekalkan tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat pada 17 Ogos lalu.

Tiba-tiba PAS ingin pula melibatkan Khalid dalam kerajaan baharu dan Azmin sebagai MB. PAS mesti maklum persengketaan peribadi Khalid dan Azmin dalam PKR terlebih dahulu sebelum mengusulkan pakatan bersama mereka.

Jika PAS mahu strateginya diterima maka PAS perlu ada kebijaksanaan. Dan PAS kelihatan tidak bijaksana apabila sebelah kaki masih dalam PR namun sebelah kaki pula bersama Umno.

Hal itu menyebabkan golongan profesional yang lebih berpaksi kepada integriti tidak lagi mempercayai parti berkenaan. Sekiranya PAS menganggap Umno BN sebagai musuh maka mereka perlu bertindak menentang BN, bukan berkawan.

Memang terdapat garis keras dalam PAS seperti Dr Zuhdi  yang mempromosi kerjasama politik dengan BN. Namun itulah punca PAS diperlekeh oleh kedua-dua belah pihak BN dan PR. BN melihat PAS mudah dibeli. Ahli politik PAS, terutama ulama mudah merajuk dengan PKR dan DAP dan mereka akan menunjuk kekuatan bertindak sebagai kuasa penentu serta sanggup bergabung dengan BN.

PAS di mata BN tidak sama dengan sekutu sekular seperti MCA, MIC dan parti-parti di Malaysia Timur. PAS dilihat boleh dijadikan kuda tunggangan untuk memastikan orang Melayu bersatu menentang DAP.

Jika PAS tidak percaya, mereka boleh bertanya kepada pemimpin Hindraf Waythamoorthy yang  mengikat perjanjian dengan BN sebelum pilihan raya ke 13. Enam bulan selepas pilihan raya, tiada apa pun yang dilakukan BN bagi meningkatkan kebajikan kaum India.

Waytha marajuk dan meletak jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Kini Waytha kembali kepada perjuangan Hindraf yang asal.

Bagi PR pula, perangai PAS yang tidak konsisten membuat mereka kurang yakin dengan keikhlasan parti itu untuk terus berjuang bersama pembangkang.

PAS dalam dilema hari ini, sama ada meneruskan langkah politik yang kurang cermat atau kembali menunjukkan kesetiaan kepada PR.

Ulama PAS mungkin berkata parti itu telah cukup kuat untuk bergerak seorang diri. Mereka boleh memenangi pilihan raya melalui sokongan kelab penyokong Cina dan India. Mana-mana pemenang pilihan raya ke 14 kelak yang ingin membentuk kerajaan akan menawarkan PAS peluang tertentu bagi parti itu ikut serta dalam kerajaan.

PAS bermimpi situasi politik Malaysia akan sama dengan Eropah atau sekurang-kurangnya India selepas ini. Dengan itu PAS akan mampu meluluskan undang-undang hudud jika BN ingin bersekutu dengan mereka. Malah jika PR sekali pun, syarat PAS ialah hudud.

Tetapi sabar, jangan gopoh! Realiti politik Malaysia tidak sama dengan kebanyakan negara lain. Di negara ini kaum lebih diutamakan berbanding Islam. Rakyat masih tidak percaya sebuah parti dengan keanggotaan berbilang kaum mampu menyelesaikan masalah pelbagai kaum.

Mereka tetap juga mengutamakan kaum yang dominan dalam sesuatu parti. Sekurang-kurangnya untuk 20 tahun lagi kaum akan menjadi keutamaan bagi pengundi memilih parti. Dengan keadaan yang mengutamakan kaum, PAS sebagai parti agama, tanpa persepakatan dengan PR atau BN akan menemui jalan sukar.

Malah Kelantan juga tidak mungkin boleh dipertahankan jika PAS bersendirian dan kerusinya ditandingi juga oleh parti komponen PR, iaitu PKR dan DAP. Umno akan mengambil peluang dan PAS akan kehilangan negeri itu.

PAS juga tidak boleh lupa separuh ahli parti itu menjadi anggota selepas 1998. Kemasukan pada era Reformasi mesti dihitung sebahagiannya adalah penyokong Anwar tetapi ingin berpolitik dalam lingkungan agama.

Apabila PAS mula membuat onar ingin bekerjasama dengan Umno, bukan sedikit ahlinya yang berkata akan meninggalkan parti itu sebaik sahaja kerjasama terjalin. Juga bukan sedikit penyokong atas pagar PAS berkata tidak lagi akan mengundi PAS jika parti itu terus bersikap lalang.

Langkah yang dilakukan para ulama dan pemimpin aliran lama dalam PAS adalah perjalanan mengundur ke belakang. Maka sudah tiba masanya golongan yang lebih muda menguasai parti itu.

Daripada membiarkan PAS terus kembali ke era Asri Muda dan berpecah belah maka lebih baik pemimpin yang boleh diterima dan tegas dalam perjuangan mengambil tempat. Muktamar pada bulan depan di Johor sepatutnya dijadikan permulaan untuk mendesak kepimpinan gaya lama meletak jawatan dan diisi dengan pemimpin yang lebih berwibawa.

Lagi pun pemimpin seperti Mustafa Ali, Hadi Awang dan seangkatan dengannya telah terlalu lama ditampuk kuasa. Dr Mahathir pun mempunyai tarikh luput dan bersara. Pemimpin baharu seperti Tuan Ibrahim, Husam Musa, Dr Mujahid Yusof, Khalid Samad dan banyak lagi wajar diberi peluang memimpin parti itu agar lebih dinamik dan diterima pengundi pada PRU 14 kelak.

Jika PAS mengekalkan kepimpinan yang telah letih berjuang ini, sama ada parti itu bersama PR atau menjadi bebas maka rakyat tetap akan letih untuk mengundi mereka.


dollah yankee

dollah yankee


PAS kongkek lah!!!

Posted: 28 Aug 2014 07:57 AM PDT


Gurkah-gurkah politik di'port' pun dah 'sakit kepala' dengan keputusan-keputusan yang 'kebe-ngongan' @ kebingungan yang dibuat PAS telah menyebabkan Pakatan Rakyat dalam keadaan yang 'kelam-kabut'.

Tindakan 'bangang' dari PAS ini bukan saja telah menyebabkan kawan-kawan dalam PR 'terasa-hati' tapi juga telah menyebabkan 'pakatan' ini sedang 'merekah'.

PAS bukan saja dok main 'polis dengan pencuri' tapi pendirian mereka juga tak pernah konsisten. Resolusi dari J/kuasa Pusat ialah PAS mesti terus berpakat dengan PR, tak akan tinggalkan PR. Dalam pada masa yang sama J/Kuasa Pusat ini telah merekomenkan nama Azmin Ali untuk jawatan MB selain dari nama Wan Azizah, lepas tu mereka tak bagi pula 13 adun mereka untuk 'sign' surat akuan sumpah untuk meyokong Wan Azizah sebagai calun MB.

Tindakan PAS ini langsung 'tak boleh pakai' bagi menunjukan kepada rakyat Selangor khasnya yang mereka adalah pakatan yang cukup kuat.

Jumlah adun dalam dun 43 orang. Yang sokong dan dibelakang Wan Azizah cuma 30 orang, apa kah dengan jumlah ini PR dapat meyakinkan sultan yang Wan Azizah telah mendapat sokongan dari keseluruhan adun yang ada?

Kalau tengok 'strenght' ni pun dah tau yang PR sangat lemah.

Jika ditakdirkan MB yang baru ini dari PAS, alamatnya lingkup lah Selangor macam mana lingkupnya Terengganu, macam mana jahanam nya Kedah. Hubungan dalam PR tak payah cerita lah, dah tentu 'huancus'!!! Kes akan tambah parah semasa nak lantik exco-exco baru!

dollah yankee -
Selepas PRU-14 nanti,PAS boleh jadi MB dibanyak negeri..jadi pasal apa yang nak kalut nak MB Selangor ni hah?!

Tukar Tiub

Tukar Tiub


MAT MONGOL TUNJUK TERER

Posted: 28 Aug 2014 07:08 PM PDT





KAH KAH KAH


mat mongol tunjuk terer 
lepas kena sound 
dengan 
anak lelaki iskandar madey kutty

Displaying akta.jpg
KAH KAH KAH



-----------

BADAK BUKAN MODEL

Posted: 28 Aug 2014 06:30 PM PDT





KOMENTAR
apa makna kata zam ini
apa yang tersirat

ini adalah sebahagin
dari kempen untuk
jatuhkan najib


Isteri-isteri menteri bukan ratu fesyen

 | August 28, 2014
Jika imej orang atasan semakin jauh dari imej rakyat biasa maka ini adalah alamat buruk buat masa depan Umno.
Displaying IMG-20140828-WA000.jpg
PETALING JAYA: Zainuddin Maidin menjelaskan bahawa imej menteri dan isteri-isteri menteri harus berubah.
Zainuddin menegaskan bahawa mereka seharusnya kelihatan seperti rakyat biasa terutamanya dalam lawatan-lawatan mereka bahkan mereka juga tidak harus melambangkan diri dengan pakaian dan cara hidup yang terasing dari rakyat.
Menurut posting terbaru beliau di dalam blog isteri- isteri menteri terutamanya, tidak seharusnya kelihatan seperti model atau ratu fesyen dengan pakaian yang mahal-mahal."



KAH KAH KAH

zam tak perlu risau
muka hotok
badan gedebab
leher tiga lapis
berat 300 kilo
kaki untut gajah
makan bergantang gantang
pasti tidak akan
jadi model ikutan

KAH KAH KAH




-----------

TT PERTAMA PECAH BERITA - LAGI DI DAKWA

Posted: 28 Aug 2014 06:03 PM PDT





BERITA BARU 

MASUK
salam saudara
saya dalam perjalanan ke selangor
saya dipanggil ke ibu pejabat
polis shah alam pagi ini 
29 hb jam 10 agi
untuk di siasat di bawah
seksyen 4(1) akta hasutan 19848
doa kan saya selamat
yang benar hasan karim




--------

INI BUKAN

Posted: 28 Aug 2014 06:00 PM PDT







 INI BUKAN

BADAK

 SUMBU


KAH KAH KAH

kalau bukan badak sumbu
ini badak apa 
ini bukan badak
ini sumbu
KAH KAH KAH







---------

JALUR TEMBERANG TAK BERKIBAR

Posted: 28 Aug 2014 07:29 AM PDT






MALAPETAKA
hari malapetaka akan sampai
kah kah kah
taxi bas lori kereta biasa
satu habuk tak kibar jalur temberang
ini kerana semakin ramai sedar
sejarah temberang
jalur ini
kah kah kah
 
tiga tahun dulu
ada juga lori pasir kibar jalur temberang
nak elak kena pau oleh polis
tahun ini
lori pasir tak ambil port
sanggup kena pau
dari hina diri
kibar jalur temberang
kah kah kah



Tukar Tiub's photo.



JALUR TEMBERANG
3 hari lagi nak sambut merdeka Kalau tengok keliling Bendera tak nampak Adakah petronas tak sponsor bendera Atau rakyat sudah meluat ? Apa pun kehendak rakyat Tak boleh paksa Paksa paksa ni bahaya Kah kah kah

Semangat semakin luntur Gila kuasa semakin ramai Rasuah semakin meluas Entah kemana nak pergi Semua kira dollar ringgit euro Jati diri semua kadok pak kadok Kah kah kah Pemimpin enjoy de menjoy Terbang sini terbang sana

Yang tak cerdik kena bayar hutang Hutang rumah Hutang kereta Segala hutang kena bayar Yang cerdik pulak Selesai beres suci putih murni Kah kah kah Dunia o dunia on RADIO BANGSAR MALAM INI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 8/28/14

------------

HIMPUNAN RAKYAT

Posted: 28 Aug 2014 07:09 AM PDT


 
 
ANAK MUDA BERSEDIA



Malam Merdeka kita berhimpun

Bawa sepanduk, bawa Bendera Rakyat, bawa poster Burhanuddin Al-Helmy, poster Ahmad Boestamam, Pak Sako, Ustaz Abu Bakar Baqir, Mat Indera dan semua pejuang kemerdekaan yang cuba dilupakan, tetapi tidak dilupa oleh anak muda celik...

Semua gerakan anak muda dijemput menyertai himpunan ini. Inilah hari penyatuan anak muda berjiwa merdeka!

Merdeka 100%
 


BERHIMPUN DATARAN MERDEKA

jam 10:30 malam

malam 30 ogos 3014

-----------

BERITA BARU MELEDAK

Posted: 28 Aug 2014 02:00 AM PDT







KOMENTAR

semua warga semenanjung
terperanjat bila membaca
sarawak telah merdeka
pada 22 julai
berita baik ini
tarikh yang baik ini
wajib di kongsi sama

pasti ramai warga semenanjung
tidak tahu
tidak sedar
akan tarikh keramat ini

warga sarawak wajib beri pencerahan


timbul soalan
bila pula tarikh
sabah nak rayakan
kemerdekaaan?

NOTA
jangan lupa
16 septrember
hari memperingati
pejuang anti british



Batalkan sambutan kemerdekaan Sabah

 | August 27, 2014
Puak-puak atau kumpulan yang mempertikai Hari Kemerdekaan mempunyai agenda tersembunyi untuk membangkit sentimen rakyat Sabah menuntut kemerdekaan daripada Persekutuan.
KOTA KINABALU: Pertubuhan Solidariti Masyarakat Sabah (SMS) merayu kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang mahu mengadakan sambutan kemerdekaan Sabah atau 'Sabah Day' pada 31 Ogos ini, untuk membatalkan niat mereka demi perpaduan rakyat Sabah dan Malaysia keseluruhannya.
Presiden SMS, Musli Oli berkata, NGO itu dan orang ramai sebaliknya patut sama-sama meraikan hari kemerdekaan Malaysia pada hari itu (31 Ogos) dan sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept.
"SMS juga menganggap keputusan Sarawak untuk meraikan hari kemerdekaan negeri pada 22 Julai lalu, merupakan tindakan yang boleh menjejaskan perpaduan dalam persekutuan.
"Trend itu kini menjadi ikutan di Sabah dan kami bimbang ia akan menjejaskan perpaduan yang sudah lama terjalin," katanya dalam satu kenyataan.

KAH KAH KAH
woit
kenapa tak umum
sarawak merdeka
pada 22 julai

kah kah kah
jangan lupa


16 september 
hari memperingati
penjuang anti-british

KAH KAH KAH



-----------

MERAYAKAN WARGA MISKIN KOTA

Posted: 27 Aug 2014 10:07 PM PDT




DAPUR 

JALANAN
merayakan
warga miskin kota
ahad 31 ogos  ini di jalan panggung
jam 5:00 hingga letih terlepak

kakak abang adik minah balak
yang cun yang montel
yang slim yang chubby
yang kiut yang pecah
semua di jemput datang

kepada yang telah berzakat
kepada yang telah besedekah
kepada yang telah memberi makanan
dapur jalanan ucap terima kaseh
dan
marilah datang bersama-sama
kita rayakan
warga miskin kota
sila bawa makanan
untuk kita berkongsi

Displaying DAPUR RAYA.jpg
-----------

GARIS POLITIK TEPAT

Posted: 27 Aug 2014 08:48 PM PDT





KOMENTAR

politik ialah perjuangan 
untuk merebut kuasa

perjuanghan rakyat palestin
ialah untuk mendapatkan kembali
tanah air mereka yang dirampas
oleh zionis israel

gerakan pembebasan palestin berjuang
untuk mendirikan negara palestin

yasser arafat dan kuncu kuncu
telah berunding dan menghasilkan
penjanjian camp david 1978
ini tanda pembelotan awal

hingga ke hari ini 
perjanjian camp david
tidak membawa apa apa hasil
kecuali rakyat palestin dimandulkan

kemudian satu lagi perjanjian
kali ini perjanjian oslo 1993
perjanjian ini juga
tidak membawa apa apa hasil 
satu lagi pembelotan

justeru 
dari garis pembelotan ini
dari garis bersubahat
dari garis kerjasama
dari garis unity goverment
dari garis politik mandul
muncul anak anak muda
meneruskan garis
angkat senjata 

garis angkat senjata ini
yang telah ditinggalkan 
oleh  al-fatah

garis angkat senjata ini
telah dipaksakan oleh amerika
telah dipaksakan oleh zionis isreal
dalam perjanjian camp david




NOTA
kuasa mucul
dari leras senapang

perang ialah 
perundingan yang gagal




Hamas umum menang di Gaza, hancurkan mitos Israel kebal


Sehubungan itu, Hamas juga mengizinkan penduduk Yahudi untuk meninggalkan tempat persembunyian dan kembali ke rumah mereka.

"Sekarang kami izinkan penduduk Yahudi, terutama yang berada di sekitar Tebing Gaza untuk kembali ke rumah mereka. Itu adalah izin Hamas, bukan daripada perdana menteri Netanyahu," katanya.


Seorang lagi jurucakap Hamas, Fauzi Barhum, berkata:"Kemenangan ini membuktikan hanya penyelesaian perlawanan dan senjata yang dapat memerdekakan Palestin. Perang ini tidak akan menjadi yang terakhir. Ini hanya satu pusingan daripada perang panjang membebaskan Palestin.


rakyat palestin mati melawan israel
mustahil rakyat malaysia
tak sanggup boikot mek dogal




----------

SALUT YANG BANGUN MELAWAN

Posted: 27 Aug 2014 08:08 PM PDT



KOMENTAR

kaum pemodal lupa
tuan punya kilang lupa
keuntungan yang mereka dapati
adalah hasil titik peluh buruh
tanpa buruh tanpa tenaga buruh
mustahil kilang akan bergerak

salut  yang berani
salut yang bangun
melawan penindasan



Rundingan gagal, pekerja bakar kilang di Kulai



Perlawanan telah  dilakukan oleh 
kumpulan pekerja sebuah kilang di Kulai, Johor semalam.

Kejadian itu berlaku selepas rundingan di antara pekerja dan juga pihak pengurusan menemui jalan buntu.

Dikatakan tuan punya kilang ini amat zalim dan ganas. Contohnya sebagai hukuman pekerja kilang dipaksa main bola tampar. Bukan menggunakan bola tapi menggunakan batu.

Dalam kejadian malam tadi, para pekerja berkenaan seterusnya membakar tiga buah bangunan milik syarikat elektronik yang disenaraikan di bursa saham, termasuk stor kilang tersebut pada kira-kira jam 8 pagi.

Katanya, pihak pengurusan hanya bersetuju untuk memberikan pekerjs satu hari cuti, dan tidak akan memenuhi tuntutan lain. Ini menaikan kemarahan pekerja.

Sementara itu, setiausaha Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia, K Mohanadas berkata, para pekerja itu mengadu kerana tidak mendapat akses perubatan selain keadaan tempat tinggal dan tempat kerja yang teruk.








------------

RADIO BANGSAR MALAM INI

Posted: 27 Aug 2014 07:36 PM PDT






RADIO 

BANGSAR

malam ini jam 9:15
radio bangsar akan
temu bual dengan 
penggerak taraku cha cha

apa dia taraku cha cha
dan
apa aktiviti taraku cha cha




Displaying tarakuchacha.jpg




-----------

ROJAK DAN PASEMBUR

Posted: 27 Aug 2014 07:08 PM PDT






ROJAK DAN PASEMBUR

PASEMBUR bersyukur Khalid masih jadi MB

 | August 26, 2014
Sebagai anak jati Selangor, pihaknya akan bangkit bagi mempertahankan Khalid Ibrahim.
20140826_172740SHAH ALAM: Jawatankuasa PASEMBUR, Rosmah Suli menyatakan bahawa beliau gembira di atas keputusan yang dibuat oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
"Kami gembira atas keputusan hari ini yang mana Sultan telah menetapkan Khalid terus kekal sebagai menteri besar," katanya di luar lobi SUK.
Jelasnya, sebagai anak jati Selangor, pihaknya akan bangkit bagi mempertahankan Khalid Ibrahim.
Wanita PASEMBUR itu turut bersorak "Kalau anda rasa gembira, tepuk tangan," sorakan tersebut diulang beberapa kali.

KAH KAH KAH

tahniah pasembur

PASEMBUR:
persatuan anak selangor
menyokong mb untuk rakyat

sokongan kuat dari rojak

ROJAK:
rapat organisasi jaga khalid


KAH KAH KAH




------------