Rabu, 2 Julai 2014

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


DIN AYAM SOKONG ISIL

Posted: 02 Jul 2014 05:10 AM PDT

Menantu presiden PAS sokong kumpulan militan Isil, Isis secara terbuka

Screenshot akaun Facebook milik Zaharudin Muhammad yang jelas menyatakan sokongan beliau terhadap kumpulan militant Isil dan Isis. – Gambar Facebook Zaharudin Muhammad, 2 Julai, 2014.  



Screenshot akaun Facebook milik Zaharudin Muhammad yang jelas menyatakan sokongan beliau terhadap kumpulan militant Isil dan Isis. – Gambar Facebook Zaharudin Muhammad, 2 Julai, 2014. Menantu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Zaharudin Muhammad menyatakan sokongan secara terbuka terhadap kumpulan militant, Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (Isil) dan Kumpulan Militan Negara Islam di Iraq dan Syria (Isis) walaupun parti Islam itu tidak berbuat demikian.

Zaharudin, yang juga Ahli Majlis Syura Ulama PAS menulis di laman sosial Facebook miliknya pada 16 Jun lalu, menyatakan kegembiraan apabila kawasan-kawasan di Iraq mula jatuh ke tangan dua kumpulan militan berkenaan.

"Satu demi satu daerah-daerah dan kawasan-kawasan di Iraq jatuh ke tangan mereka seperti Mosul dan sekarang mara ke Baghdad.


"Bukan air mata kesedihan, juga tidak pasti ia air mata kegembiraan, tetapi yang pasti ada berita tentang orang awam di Iraq mendapat pembelaan," katanya, di laman Facebook milik Zaharudin Muhammad.
  Isu ahli PAS berjuang dan berperang di luar negara timbul apabila salah seorang ahlinya secara terbuka memuat naik gambar di laman Facebook berhubung pertempuran yang disertainya di Syria.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali juga mengesahkan PAS memecat Lotfi Ariffin daripada menjadi ahlinya pada 11 Mei, 2014 selepas mendapat maklumat dan mengesahkan beliau ke Syria untuk menyertai peperangan di sana melalui satu kumpulan yang dikatakan berjihad.

"Kita mendapat maklumat itu sebelum ini dan menyiasatnya. Setelah sah, mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 11 Mei lalu membuat keputusan memecat beliau.

"Cuma ketika itu kita tidak memaklumkan perkara ini kepada media," kata Mustafa kepada The Malaysian Insider sambil menambah keluarga Lotfi juga turut dimaklumkan mengenai hal itu.
The Star sebelum ini melaporkan pemimpin PAS antara rakyat Malaysia yang menyertai jihad di Syria.

Menurut akhbar berkenaan, Lotfi yang didakwa sebagai bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Ulama PAS secara terbuka memuat naik gambar beliau dan klip video mengenainya di Syria ke media sosial.

"Saya bukan dari kalangan Isil ataupun Isis dan saya tidak pernah bersua dengan mereka," kata Zaharudin.

Beliau juga memaklumkan bernazar mewaqafkan anak lelakinya bagi mempertahankan mereka yang lemah.

"Hati serta jiwa raga saya bersama mereka yang berjuang menentang kekejaman, melindungi golongan yang tertindas di Iraq, Syria, Palestin, dan Kashmir, dan lain-lainnya," katanya.

"Sekalipun jasad terhalang kerana memahami hukum fardhu ain dan fardhu kifayah serta fiqh aulawiyat," kata Zaharuddin.

Hari ini media Turki melaporkan militan Isil merancang menakluk Arab Saudi dan memusnahkan Kaabah.

Seorang ahli Isis, Abu Turab Al Mugaddasi berkata mereka akan menakluki kota suci umat Islam itu dan memulakan operasi dari sana.

"Jika Allah izinkan, kami akan membunuh sesiapa yang menyembah batu di Mekah dan memusnahkan Kaabah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu ucapan minggu lalu menggesa ahli Umno mempelajari keberanian kumpulan militan Isil yang berjaya mengalahkan tentera Iraq walaupun mempunyai jumlah anggota lebih kecil.


"Sama ada kita bersetuju atau tidak, itu cerita lain. Kumpulan Isil yang hanya mempunyai 1,300 orang berjaya mengalahkan 30,000 tentera Iraq, sehingga empat, lima jeneral bintang tiga terpaksa melarikan diri menyelamatkan diri mereka, terjun tingkap pada waktu malam," kata presiden Umno itu dalam jamuan makan malam sempena 20 tahun Umno Cheras minggu lalu. – 2 Julai, 2014.




Settpol MB digantung, bekas setpol disiasat---

Posted: 02 Jul 2014 04:56 AM PDT


Sudah jatuh ditimpa tangga. Begitulah nasib yang menimpa Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dalam pemilihan PKR kali ini.

Tertinggal dalam pemilihan timbalan presiden menentang penyandang Azmin Ali, bahangnya turut dirasai pihak-pihak lain yang dekat dengannya.

Dalam perkembangan terbaru, setiausaha politik Khalid, Mustapha Mohd Talib (kiri) digantung keanggotaan dalam PKR selama setahun secara serta-merta.

Ini ekoran dakwaan mengugut seorang calon untuk tidak meneruskan niat bertanding jawatan ketua cabang Kuala Selangor, bagi menentang Khalid.

Dalam perkembangan sama, pendahulu Mustapha sebelum itu, Faekah Husin, pula mendapat surat tunjuk sebab daripada lembaga disiplin PKR.

Keputusan itu dinyatakan dalam kenyataan media Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong hari ini.

Selain Faekah, surat tunjuk sebab turut dikeluarkan kepada Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin dan calon penggantinya Amiruddin Shari – dua pemimpin muda yang dikaitkan dengan kem Azmin.

Ketiga-tiga mereka terlibat dalam jawab menjawab di media berhubung isu desakan supaya Khalid berundur dari jawatan menteri besar yang disandangnya sekarang.

Sementara itu, lembaga disiplin PKR turut meneliti beberapa kes berkaitan tatatertib dan disiplin anggota yang dibentangkan dalam mesyuarat biro politik yang dipengerusikan presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail semalam.

Dalam perkembangan terbaru, empat lagi anggota parti itu daripada cabang Kota Raya dipecat kerana merampas, menendang dan memecahkan peti undi dalam pemilihan parti.

Khalid: Mereka berhak merayu

Semantara itu Khalid (bawah) dalam reaksinya berkata akur dengan keputusan lembaga disiplin itu.

"Kalau itu keputusan biro displin, itu keputusan merekalah, tetapi mereka ini (Faekah dan Mustapha) berhak membuat permohonan rayuan dan dalam parti kita ada proses rayuan," kata beliau.

Khalid bagaimanapun enggan mengulas lanjut kenyataan balas Faekah kepada ahli partinya yang lain.

MP Bandar Tun Razak itu berkata segala perbincangan tersebut tidak sepatutnya dibincangkan dalam media sebaiknya dibawa ke mesyuarat biro politik PKR.

"Saya tiada pandangan sebab saya masih teruskan tugas. Soalan spekulasi tak menguntungkan sesiapa.

"Saya yakin tujuan Pakatan Rakyat apabila diberi mandat oleh rakyat bila rakyat beri amanah kena jalankan tugas ini keutamaan kita," tegas beliau.



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Video] MB Selangor Umum BONUS Raya Sebulan Gaji

Posted: 02 Jul 2014 12:10 AM PDT


Portal Selangor Kini mengumumkan bahawa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Selangor akan memberikan bonus sebulan gaji kepada kakitangan kerajaan negeri sebagai persediaan menyambut perayaan Aidilfitri. Laporan lanjut menyusul kemudian.

Kemas Kini:

MB Umum Bonus Raya Sebulan Gaji

[Selangor Kini] SHAH ALAM, 2 JUL : Kerajaan Selangor hari ini mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada kakitangan awam di negeri itu.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), hari ini.


Beliau berkata ,sejumlah RM32.7 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri bagi urusan pemberian bonus berkenaan.

"Exco negeri bersetuju untuk memberikan bonus sebulan gaji mengikut tempoh perkhidmatan bertarikh 30 Jun ini dan keputusan berkenaan dibuat kerana laporan kewangan negeri menunjukkan pertumbuhan kutipan hasil dari tahun lepas sehingga 30 Jun 2014.

"Pada tahun lepas dalam tempoh sama, jumlah kutipan hasil adalah RM1.136 bilion dan pada tahun ini ia berjumlah RM1.162 bilion," katanya. -AFEEQA AFEERA/2/7/14



[Video] Mengapa Haji Najib Suka dan Puji Video Ini?

Posted: 01 Jul 2014 11:27 PM PDT


[Bernama] KUALA LUMPUR – Video muzik rasmi terbaharu Tourism Malaysia 'Essence of Asia' untuk membantu mempromosi Tahun Melawat Malaysia 2014, mendapat pujian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Video muzik selama lima minit itu yang memaparkan keajaiban keindahan Malaysia, daripada khazanah semula jadi hingga kepada kepelbagaian budaya negara dan lain-lain, disifatkan Najib sebagai berjaya membuatkan beliau merasai suatu keindahan luar biasa yang mempesonakan.

"Bila saya menonton video ini…saya diingatkan bagaimana bertuahnya kita hidup dalam sebuah negara yang begitu indah seperti Malaysia," katanya dalam catatan terbaharu Facebook dan akaun Twitter beliau.

Najib turut membuat pautan video muzik itu http://bit.ly/1rRO4wP.

Cuba rasai sendiri nikmat keindahan luar biasa yang mempesonakan ini, katanya.

Video muzik itu baru-baru ini memenangi pingat gangsa pada Annual Telly Awards ke-35 dan sebelum itu video berkenaan juga memenangi anugerah khas Kempen Kesedaran Awam di Deauville Green Awards International Film Festival ke-3 bagi pembangunan dan ekologi mapan, dan pada Golden City Gate Tourism Media Awards 2014, ia menang untuk kategori 'Country'.

Runut bunyi dalam video muzik itu yang merupakan versi diperbaharui daripada lagu popular "Malaysia Truly Asia", dinyanyikan oleh Yuna.

Lagu itu diberikan nafas baharu bila dinyanyikan oleh penyanyi popular ini, dengan bantuan studio audio tempatan Two AM Music Studios dan dirakamkan di studio berprestij Chalice Recording Studio di Los Angeles. – 2/7/14


[Video] Budak 5 Tahun Hafaz 29 Juz al-Quran

Posted: 01 Jul 2014 10:52 PM PDT


JURI Abi Amir (kanan) mengucup tangan hafiz cilik, Musa.

[Harian Metro] Jakarta: Seorang juri program menghafaz al-Quran di Indonesia, Hafiz Indonesia, begitu sebak dan kagum dengan bakat seorang kanak-kanak berusia 5 tahun yang mampu menghafaz 29 juzuk al-Quran.

Juri itu Abi Amir Faisol Fath dilihat pergi kepada peserta yang dikenali sebagai Musa itu dan mencium tangan kanak-kanak berkenaan bagi mengambil keberkatan mukjizat Al-Quran yang dihafalnya. 

Musa yang berasal dari Bangka membuatkan penonton rancangan Hafiz Indonesia menitiskan air mata apabila mampu menjawab soalan demi soalan yang diberikan juri serta penonton. 

Program itu disiarkan di stesen televisyen RCTI malah turut dimuat naik ke YouTube manakala episod membabitkan Musa dimuat naik pada 29 Jun lalu.

Menurut Abi Amir, kanak-kanak itu membuatnya kagum kerana menganggap Allah sendiri memuliakannya biarpun umurnya masih muda apabila jiwanya diindahkan dengan al-Quran.

"Tiada perkataan yang boleh saya ucapkan... Subhanallah. 

"Ayah bonda semua, inilah buktinya bahawa sekali pun anak kecil masih sangat lemah kemampuannya, namun kita tunduk dengan kemuliaannya kerana al-Quran maka kerana Allah memuliakannya," katanya. 

Menurutnya, wang kertas tetap bernilai biarpun dipijak kerana manusia telah menetapkan nilai untuk wang kertas. 

"Bagi Musa, Allah menetapkan nilai yang mulia ke atasnya kerana dia sudah pun menghafaz Al-Quran biarpun masih muda," katanya. - Agensi/2/7/14

‘Hijrah saya ikhlas’ kata Neelofa

Posted: 01 Jul 2014 10:37 PM PDT



Sumber gambar di sini.
[Harian Metro] Kuala Lumpur: "Alhamdulillah akhirnya apa yang saya inginkan selama ini dapat juga direalisasikan dengan sempurna. Walaupun pernah terbit rasa ragu, tapi inilah yang saya ingin dan bersyukur ruang itu diberikan dengan baik untuk saya berhijrah dan bertudung," kata pengacara dan pelakon jelita, Noor Neelofa Mohd Noor, 25, mengenai penampilan terbarunya yang kini bertudung.

Pengacara program Nona dan MeleTop yang popular dengan panggilan Lofa itu turut menyifatkan penghijrahannya adalah ikhlas dan tiada paksaan. 

"Bukan atas sebab lain atau sebarang perkara yang membuatkan saya membuat keputusan bertudung, sebaliknya memang sudah lama saya fikirkan soal ini. Tiada pihak yang mencadangkan, jauh sekali memaksa kerana penghijrahan ini ikhlas, peribadi, jujur dan rela. 

"Tak perlu saya kongsikan situasi atau apa yang membuatkan saya untuk berubah kerana biarlah ia kekal menjadi peribadi saya," katanya ketika dihubungi, semalam.

Lofa berkata, dia bertudung kerana mengikut kata hati selepas lama berdoa untuk mencari jawapan sama ada untuk berubah kepada imej baru ini atau kekal dengan sebelumnya. - 2/7/14


Terowong Runtuh, Laluan di Jalan Imbi Jerlus

Posted: 01 Jul 2014 10:08 PM PDT



[Berita Harian Online] KUALA LUMPUR – Sebuah terowong bawah tanah yang sedang dalam pembinaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Imbi berhampiran Jalan Pudu di sini, runtuh jam 10.38 pagi tadi, menyebabkan laluan di situ jerlus sepanjang hampir 19 meter.

Dua jentera bomba bersama 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja menyelamat.

Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang laporan mengenai mangsa terperangkap atau kemalangan jiwa. - 2/7/14

Berkaitan:

Terowong di Simpang Empat Jalan Imbi Runtuh


[Bernama] Sebuah terowong bawah tanah yang dalam pembinaan runtuh apabila tanah ditapak pembinaan itu mendap di simpang empat Jalan Imbi.


Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata akibat kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, laluan di Jalan Imbi terjerlus sepanjang 19 meter tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

"Laporan awal mendapati ia kemungkinan berpunca daripada paip besar SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd) yang pecah, namun siasatan masih dijalankan," katanya di tempat kejadian.

Susulan kejadian itu juga, Perkhidmatan KL Monorail dari stesen Hang Tuah ke Stesen Imbi terpaksa dihentikan akibat runtuhan bawah tanah berdekatan dengan tiang monorel di simpang empat Jalan Imbi berkenaan.- 2/7/14


Sangka Suami Pulang, Wanita Nyaris Dirogol Jiran

Posted: 01 Jul 2014 05:15 PM PDT



[Borneo Post] KUCHING: Jiran disangka suami berikutan keadaan bilik tidur yang gelap menyebabkan seorang wanita hampir dirogol sebelum menyedari lelaki yang cuba menodainya itu bukan suaminya.

Insiden dilaporkan berlaku di Tabuan Melayu di sini apabila wanita muda itu mulanya membiarkan suspek yang juga jirannya memasuki bilik tidur kerana menyangka suspek adalah suaminya yang baharu pulang dari kerja sekitar jam 5 pagi.

Suspek kemudian dikatakan cuba menodai mangsa dengan turut menanggalkan pakaiannya, namun mangsa tersedar seterusnya menjerit meminta pertolongan menyebabkan suspek segera melarikan dirinya dari rumah mangsa.

"Pada mulanya mangsa menyangka suaminya baharu pulang kerja dan tidak memperdulikannya sehingga suspek mula menyentuh tubuhnya dan membuka pakaiannya baharu dia sedar yang lelaki tersebut adalah bukan suaminya.

"Lantas dia (mangsa) menjerit meminta tolong sebelum beberapa ahli keluarganya datang.

Namun masa itu, suspek sudah berjaya melarikan diri," kata sumber.

Tambahnya, suami mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan masih berada di tempat kerja semasa kejadian, segera pulang selepas mengetahui perkara tersebut.

Mangsa bersama keluarganya kemudian melaporkan mengenai perkara tersebut di balai polis berhampiran.

Polis difahamkan sudah menahan suspek yang juga jiran mangsa untuk diambil keterangan dan siasatan lanjut. - 2/7/14


P/s: Jangan main sangka-sangka, nanti tidak fasal-fasal dapat malapetaka.




Pelajar Dakwa Dipukul, Dirogol Kekasih

Posted: 01 Jul 2014 05:02 PM PDT



[Borneo Post] SARIKEI: Gara-gara enggan melayan nafsu serakah, seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di sini dipukul dan dirogol oleh seorang lelaki yang dipercayai kekasihnya sendiri.

Kejadian dipercayai berlaku pada Jumaat lalu, jam 5.30 petang.

Menurut sumber, gadis berusia 17 tahun itu mengalami lebam mata kiri dipercayai dibelasah teman lelakinya yang berusia 20 tahun dan bekerja sebagai pekerja pendawaian.

Sebelum kejadian, difahamkan mangsa sedang menunggu bas di hadapan sekolahnya, sebelum dijemput oleh suspek menggunakan sebuah motosikal.

Selepas itu, suspek membawa mangsa bersiar-siar dengan menaiki motosikalnya.

Sejurus tiba di satu kawasan semak dan berbukit di Jalan Nyabor Selalang dekat sini, suspek telah memberhentikan motosikalnya dan memaksa suspek untuk melakukan hubungan seks.

Mangsa yang enggan menuruti kehendak suspek kemudiannya dipercayai dibelasah oleh suspek hingga lebam mata kirinya.

Ketakutan terus dibelasah oleh suspek, mangsa terpaksa akur dan menuruti permintaan suspek.

Sejurus selesai merogol mangsa, suspek dikatakan menghantar mangsa pulang ke rumah sambil mengugut agar tidak memberitahu kepada sesiapa tentang kejadian itu.

Bagaimanapun, mangsa yang trauma dengan nasib malang yang menimpanya, terus memberitahu keluarganya tentang insiden tersebut.

Berikutan itu, keluarga mangsa membawanya ke Balai Polis Sarikei untuk membuat laporan polis sebelum pergi ke Hospital Sarikei dan kemudiannya ke Hospital Sibu bagi menjalani pemeriksaan.

Berdasarkan laporan yang telah dibuat oleh mangsa dan keluarganya, sepasukan polis bertindak menjejaki suspek dan berjaya menahannya di rumahnya pada awal pagi Sabtu.

Suspek dikenakan tahanan reman sejak 29 Jun hingga 2 Julai bagi membantu siasatan lanjut polis.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. -2/7/14




ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Malaysia perlu buktikan kesungguhannya menghantar penjenayah ke muka pengadilan

Posted: 02 Jul 2014 12:13 AM PDT


Kerajaan perlu buktikan kesungguhannya dan bukan sekadar cakap berdegar-degar konon mahu menarik balik imuniti diplomatik pegawainya (gambar atas -ehsan Malaysiakini)yang didakwa membuat serangan seksual terhadap seorang wanita di New Zealand pada Mei lepas.

Tapi apasal Mindef sibuk-sibuk pula mahu melakukan siasatan menyeluruh terhadap pegawai terbabit? Baca  di sini 


Hoi, janganlah nak buat lawak! Sekarang ini dah masuk 2 Julai, waima kes tersebut telah lama berlaku. Menurut Associated Press, polis telah menahan saspek itu pada 9 Mei pada Mei lalu. Tetapi Pegawai tu cabut balik ke Malaysia ....(Lihat kronoloji kes di sebelah - Ehsan Malaysiakini)

Dan pahalnya Pejabat Suruhanjaya Malaysia hantar surat bertarikh 21 Mei lalu, memohon bantuan Kementerian Luar dan Perdagangan (MFAT) dan polis New Zealand untuk menutup kes dan menarik balik kesemua pertuduhan?

Kalau benar kerajaan Malaysia tidak akan memberi perlindungan kepada mana-mana pegawainya yang sudah jadi 
OKT, menghadapi dakwaan jenayah negara orang tu, hantar lah segera semula supaya diadili di mahkamah negara tersebut.

Pihak berkuasa New Zealand mahukan pegawai itu didakwa mengikut undang-undang New Zealand.

Tunggu apa lagi? Hantarlah ke sana. Malaysia tidak memerlukan  orang macam dia. Cukuplah dengan apa yang ada di Malaysia sekarang ini!

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


UM tidak jawab isu pokok, kata Saifuddin

Posted: 01 Jul 2014 08:36 PM PDT

SALMIYAH HARUN 


KUALA LUMPUR: Bekas Felo Penyelidik Kanan Universiti Malaya (UM) Datuk Saifuddin Abdullah membidas pihak UM yang tidak menjawab isu pokok iaitu campur tangan politik dalam isu peletakan jawatan Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman.

Beliau tidak menolak adanya campur tangan politik dalam arahan supaya Profesor Redzuan meletak jawatan sebagai Pengarah UMcedel.

Bahkan katanya, kenyataan UM tentang jawatan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS) yang melibatkan Prof Redzuan membawa beberapa konotasi iaitu, Prof Redzuan antara yang dicalonkan oleh pensyarah Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS) sekaligus membuktikan beliau mendapat pengiktirafan akademik.

"Beliau tidak dilantik semula kerana akan bersara tahun depan, bermakna tidak timbul soal kualiti," katanya di laman Facebooknya hari ini.

Katanya, Profesor Dr Md Sidin Ahmad yang dilantik sebagai dekan baru untuk meneruskan kecemerlangan penyelidikan di bawah FSSS, bermakna Prof Redzuan menjalankan tugas dengan baik termasuk sebagai Pengarah UMcedel.

Beliau berkata demikian merujuk kepada kenyataan UM yang menafikan dakwaan kontrak Prof Redzuan tidak disambung kerana campur tangan politik.

"Tetapi kenyataan ini tidak jawab isu pokok iaitu campur tangan politik dalam arahan beliau letak jawatan sebagai Pengarah UMcedel," katanya.

Terdahulu, dalam satu kenyataan UM berkata, kontrak Profesor Redzuan Othman tidak dilanjutkan berikutan keputusan pemilihan yang dibuat secara telus.

"Bertentangan dengan laporan media, keputusan untuk tidak melanjutkan kontrak Mohammad Redzuan itu adalah berdasarkan proses pemilihan yang demokratik dan telus.

"Pemilihan tersebut telah dijalankan selaras dengan Perlembagaan UM 2010," lapor kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut, Perlembagaan menyatakan bahawa Naib Canselor hendaklah melantik seorang Dekan atau Pengarah daripada tiga calon yang disenarai pendek yang menerima markah tertinggi.

Prof Redzuan merupakan salah seorang daripada tiga calon yang disenarai pendek. Calon lain yang tersenarai termasuk Profesor Dr Md Sidin Ahmad dan Profesor Datuk Dr Azizan Abu Samah.

Profesor Redzuan yang mengetuai UMcedel sering mengadakan kajian politiknya termasuklah beberapa siri pilihan raya umum dan kecil, namun hasil kajian yang dijalankan dilihat sering memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat. -

Sharifah Aini dirawat di ICU

Posted: 01 Jul 2014 08:34 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Penyanyi Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di ibunegara kerana jangkitan paru-paru.  
  
Menurut satu kenyataan, Sharifah Aini yang genap 61 tahun hari ini, disahkan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lepas.  
  
Konsultan Pakar Respiratori Datuk Dr Zainuddin Md Zain, yang merawat beliau, berkata situasi itu jarang berlaku dan menyebabkan paru-paru hilang kekenyalan atau berparut akibat penebalan tisu perantara.  
  
"Penyanyi itu dibawa ke hospital oleh anak lelakinya, Aliff Omar Ali pagi semalam apabila beliau menghadapi kesukaran bernafas," menurut kenyatan itu.
  
Terkenal dengan lagu 'Seri Dewi Malam', Sharifah Aini dilaporkan stabil namun dinasihat tidak menerima pelawat kecuali anggota keluarga.
  
Beliau memulakan kerjaya sebagai penyanyi selepas memenangi Pertandingan Juara Bintang RTS (Radio Televisyen Singapura) menerusi lagu 'Tiga Malam' pada 1968.  
  
Sharifah Aini dianugerah 'Biduanita Negara' iaitu gelaran tertinggi negara untuk penyanyi wanita sebagai menghargai sumbangannya kepada industri muzik, rakyat dan negara.
  
Penyanyi era 70-an itu menerima anugerah Panglima Jasa Negara (PJN), yang membawa gelaran 'Datuk', daripada Kerajaan Persekutuan pada Jun 2003.- Bernama

Belgium, Argentina melangkah ke suku akhir

Posted: 01 Jul 2014 08:30 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Jaringan sewaktu masa tambahan dalam perlawanan pagi ini, membawa Belgium dan Argentina melangkah ke peringkat suku akhir Piala Dunia.

Belgium membuat jaringan pada masa tambahan melalui Kevin De Bruyne dan Romelu Lukaku, untuk menundukkan Amerika syarikat dengan jaringan 2-1.

Ternyata Belgium terpaksa berhempas pulas berdengan tentangan sengit pemain Amerika yang merapatkan jurang menerusi jaringan Julian Green pada minit ke-107.

Manakala Argentina juga membuat jaringan pada masa tambahan untuk melangkah ke peringkat suku akhir.

Jaringan Angel Di Maria membantu pasukannya menumpaskan Switzerland 1-0 selepas menyudahkan hantaran cantik oleh Lionel Messi.

Nancy nafi RUU keharmonian telah siap

Posted: 01 Jul 2014 08:29 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Kerajaan tidak akan menggubal sesuatu undang-undang yang boleh mengganggu-gugat keharmonian negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.
  
Beliau berkata kerajaan juga tidak akan melakukan sesuatu secara tergesa-gesa dan menafikan bahawa Rang Undang-Undang Keharmonian Nasional telah siap dan akan dibentang kerajaan di Parlimen.
  
Nancy berkata sesuatu draf rang undang-undang perlulah melalui proses penggubalan yang ketat, dan isi kandungannya hendaklah tidak bercanggah dengan undang-undang tertinggi di negara ini iaitu Perlembagaan Persekutuan.
  
"Pada masa ini, saya sedang mengerjakan ibadah umrah di tanah suci Mekah dan demi kepentingan rakyat Malaysia, adalah wajar isu ini diperjelas sebaiknya," katanya dalam satu kenyataan semalam.
  
Jawatankuasa Perundangan dan Dasar-Dasar Mempromosi Keharmonian Nasional di bawah Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) sudah menyerahkan tiga draf rang undang-undang berkaitan kepada Nancy untuk diteliti.- Bernama

'Serangan seksual bukan sebahagian peranan diplomatik'

Posted: 01 Jul 2014 08:17 PM PDT

MALAYSIAKINI



 


Meluaskan kekebalan diplomatik kepada atase diplomatik yang dituduh pecah rumah dan melakukan serangan seksual, memberi isyarat bahawa kekebalan seumpama itu adalah lesen untuk melakukan jenayah.

Ketika menegaskan demikian dalam satu kenyataan semalam, Pengarah Eksekutif NGO Lawyers for Liberty, Eric Paulsen (kanan) berkata meluaskan kekebalan tersebut akan menjejaskan hubungan Malaysia-New Zealand.

Di samping itu, tegasnya, "penyalahgunaan" seperti itu juga boleh melemahkan hubungan dengan negara lain kerana Malaysia "tidak dapat menjamin bahawa diplomatnya akan menghormati undang-undang" di negara mereka bertugas.

Oleh itu, NGO berkenaan menggesa kerajaan supaya segera mengekstradisi Muhammad Rizalman Ismail - kakitangan pembantu pertahanan di konsulat Malaysia di Wellington - dan tidak hanya dibicarakan di mahkamah tentera di Malaysia.

Bukan setakat langgar disiplin

"Peguam for Liberty terkejut bahawa kerajaan Malaysia menegaskan ia memberi kekebalan diplomatik untuk melindungi Muhammad Rizalman (Ismail) daripadas apa yang jelas satu kes serius serangan seksual dan pecah rumah - perbuatan yang tiada berkaitan dengan peranan diplomatiknya.

"Kami mengingatkan kerajaan Malaysia bahawa kekebalan diplomatik adalah penting untuk diplomat bekerja tanpa gangguan di negara asing, tetapi ia bukan satu lesen untuk melakukan jenayah dan sudah tentu tidak boleh digunakan dalam kes ini," katanya.

Beliau juga berkata Rizalman tidak sepatutnya hanya berdepan dengan mahkamah tentera seperti yang dicadangkan oleh Kementerian Luar kerana dia bukan setakat dituduh melanggar disiplin.

"(Ianya) tidak munasabah kerana ini bukan isu disiplin tetapi kesalahan jenayah yang serius yang didakwa dilakukan terhadap seorang wanita," katanya.

Kerajaan P.Pinang beri peruntukan Ehya Ramadan

Posted: 01 Jul 2014 08:08 PM PDT

MOHD SABRI SAID 


GEORGETOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperuntukkan RM222,000 untuk program Ehya Ramadan bagi masjid dan surau utama di negeri ini, kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Dalam perutusan khas sempena kedatangan Ramadan, beliau berharap peruntukan itu dapat merapatkan tali silaturrahim dan umat Islam tabah menghadapi ujian hidup, jasmani dan rohani.

"Saya kagum dengan kecekalan umat Islam menghadapi bulan Ramadan, maka sebab itu kerajaan negeri memperuntukkan RM222,000 untuk menyemarakkan program Ehya Ramadan tahun ini kepada seluruh masjid dan surau utama di Pulau Pinang.

"Tujuannya tiada lain semata-mata untuk merapatkan tali silaturrahim sesama kita rakyat Malaysia," ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berharap Kompleks Mahkamah Syariah Tinggi Pulau Pinang dapat dibuka dengan rasmi pada bulan Ramadan ini.

Kerajaan negeri, ujarnya telah memperuntukkan RM100 juta bagi membina kompleks di Bukit Gantung, Jalan Scotland di atas tanah seluas 3.49 ekar.

"Mahkamah setinggi tujuh tingkat itu turut dibiayai oleh Kerajaan Pusat sebanyak RM36 juta," ujar beliau

Adakah Herald diberikan keadilan?

Posted: 01 Jul 2014 08:06 PM PDT

MOHAMED HANIPA MAIDIN


SECARA peribadi saya amat kecewa dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes rayuan Herald berkenaan isu nama Allah. Sebagai peguam, saya merasa pelik dengan keputusan tersebut. Sebagai Muslim, saya pula yakin akhbar Herald telah dinafikan keadilan dalam kes tersebut.

Sebelum saya ulas lanjut elok kita lihat kronologi kes tersebut. Menteri Dalam Negeri telah disaman oleh akhbar Herald kerana meletakkan syarat kelulusan permit akhbar Herald hanya jika nama Allah tidak digunakan oleh akhbar tersebut di dalam penerbitannya. Pihak Herald yang tidak puas hati dengan keputusan tersebut telah memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar keputusan tersebut. Hakim Lau Bee Lan telah membenarkan permohonan semakan kehakiman Herald atas alasan keputusan Menteri tersebut bercanggah dengan Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.

Pihak Menteri tidak berpuashati dengan keputusan itu dan merayu ke Mahkamah Rayuan. Di Mahkamah Rayuan tiga orang hakim sebulat suara membenarkan rayuan tersebut sekaligus keputusan Hakim Mahkamah Tinggi tersebut dibatalkan. Antara alasan Mahkamah Rayuan ialah Allah adalah khusus untuk orang Islam maka keputusan Herald, akhbar Kristian, menggunakan nama Allah adalah tidak betul. Maka Menteri mempunyai kuasa untuk mengenakan syarat supaya Herald tidak menggunakan nama Allah di dalam penerbitannya.

Pihak Herald telah membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan selaku Mahkamah yang paling tinggi dalam piramid Mahkamah di Malaysia. Dari segi prosedur dan undang undang rayuan dari Mahkamah Rayuan ke Mahkamah Persekutuan bukan suatu yang automatik. Maksudnya jika mana-mana pihak yang ingin merayu ke Mahkamah Persekutuan bagi mencabar keputusan Mahkamah Rayuan, pihak tersebut perlu mendapatkan kebenaran untuk merayu (leave to appeal) daripada Mahkamah Persekutuan. Pada kebiasaannya, kebenaran untuk merayu akan diberikan jika sesuatu kes itu melibatkan kes kepentingan awam dan juga isu undang-undang atau perlembagaan yang penting untuk diputuskan.

Semasa saya mengendalikan kes pelajar sekolah yang dibuang sekolah kerana memakai serban, kami menang di Mahkamah Tinggi kemudian kalah di Mahkamah Rayuan dan mendapat kebenaran rayuan untuk merayu di Mahkamah Persekutuan kerana isu tersebut melibatkan isu perlembagaan iaitu tentang isu makna kebebasan beragama di dalam Artikel 11 Perlembagaan.

Isu Herald bagi saya, isu yang mewajarkan Mahkamah Persekutuan memberikan kebenaran untuk merayu kerana rakyat dan dunia undang-undang di Malaysia memerlukan satu petunjuk yang jelas daripada Mahkamah Persekutuan berkenaan erti kebebasan beragama di bawah Artikel 11 khususnya Artikel 11 (4) Perlembagan Persekutuan.

Fakta bahawa tujuh orang hakim Mahkamah Persekutuan ditugaskan mendengar permohonan Herald bagi mendapatkan kebenaran rayuan menunjukkan bahawa ia suatu kes yang amat penting kerana setakat pengetahuan dan pengalaman saya, mungkin ini kali pertama tujuh orang hakim diarah mendengar permohonan untuk mendapatkan kebenaran merayu dan berakhir dengan kebenaran tidak diberikan. Amat-amat pelik.

Memandangkan Mahkamah Persekutuan enggan mendengar rayuan Herald maka rakyat di negara ini, setakat ini, dipaksa menerima satu keputusan yang pelik yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan. Bagaimana tidak pelik jika diputuskan Allah hanya boleh digunakan oleh orang Islam sahaja di negara ini. Jika di negara Arab, orang Kristian boleh guna nama Allah. Bagaimanakah kita boleh pertahankan keputusan pelik Mahkamah Rayuan dan bagaimanakah Mahkamah Persekutuan enggan menjalankan peranannya sebagai penafsir muktamad Perlembagaan Persekutuan meneliti semula keputusan pelik tersebut.

Kalimah Allah dilarang untuk digunakan oleh Herald atas alasan orang Kristian mempunyai pemahaman yang lain dari orang Islam tentang kalimah tersebut. Hujah ini amat lucu kerana jika orang Kristian mempunyai pemahaman yang sama dengan orang Islam tentang kalimah Allah, ada bezakah kita orang Islam dengan Kristian?

Kedua, adakah kalimah Allah sahaja yang kita orang Islam berbeza dengan orang Kristian? Bagaimana pula dengan kalimah Isa dan Maryam? Bukankah pemahaman kita berbeza dengan mereka berkenaan kalimah Isa. Jika Kristian anggap Isa sebagai anak Allah bagaimanakah kita boleh benarkan Herald atau mana-mana Bible menggunakan kalimah Isa tanpa sebarang sekatan?

Di sinilah letaknya kebebasan agama yang Islam ajar kepada kita semua iaitu selagi mana seseorang di luar lingkungan atau orbit Islam maka mereka berhak berpegang kepada mana mana fahaman sesesat mana pun fahaman tersebut. Selagi mana kristian atau mana-mana agama atau fahaman mengguna apa-apa kalimah termasuk kalimah Allah dalam kalangan mereka sahaja, Islam menghormati hak tersebut kerana ia termasuk dalam hak kebebasan mengamalkan agama mereka. Islam bukan deen ijbari (agama berdasarkan paksaan) kerana ia adalah agama yang mempunyai keterangan yang jelas antara kebenaran dan kesesatan.

Ruh kebebasan yang Islam anjur itu juga ditiup masuk dalam Perlembagaan Persekutuan dengan wujudnya Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan. Artikel 11 adalah menepati semangat kebebasan agama yang Islam anjur. Bagi memastikan hak itu tidak disalah guna oleh mana-mana orang, maka Perlembagaan Persekutuan juga mewujudkan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Artikel 11 (4) ini melarang orang bukan Islam seperti orang Kristian untuk mengedar Herald kepada orang Islam sama ada, kalimah Allah ada di dalam Herald atau tidak ada. Apa lagi yang orang Islam hendak setelah adanya Artikel 11 (4) yang sengaja diwujudkan bagi menjaga kepentingan Islam dan pengikutnya.

Apabila Herald yang diedarkan hanya kepada orang Kristian sahaja yang sepatutnya tidak menjadi masalah dengan Perlembagaan, tiba-tiba diganggu gugat oleh Mahkamah Rayuan yang menyempitkan hak orang bukan Islam, maka di manakah keadilan yang kita berbangga Islam dan Perlembagaan Persekutuan dikatakan menjaganya. Di mana pula Mahkamah Persekutuan sebagai benteng terakhir penjaga dan pengawal Perlembagaan.'

'Allamah Ibnu Al Qayyim telah sekian lama memberikan satu taujihat atau panduan yang amat berguna kepada kita apabila beliau menyatakan antara lain "Islam itu semuanya adil, semunya rahmat dan kasih sayang dan semunya hikmah maka apa sahaja yang keluar dari keadilan, keluar dari rahmat dan kasih sayang dan keluar dari hikmah ia bukan Islam..."

Adakah Herald telah diberikan keadilan di dalam kes kalimah Allah ini? Maaf saya ragu keadilan telah ditegakkan di dalam kes ini. -

Kenyataan Tun Hamid sarat emosi dan prejudis - MKPN

Posted: 01 Jul 2014 08:05 PM PDT

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kerja Undang-undang dan Polisi, Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) kesal dengan kenyataan bekas Ketua Hakim Negara yang mempertikaikan kewibawaan MKPN dan melemparkan kesangsiaan kepada deraf rang undang-undang (RUU) baru yang dicadangkan.

Malah komentar Tun Abdul Hamid Mohammed itu dilihat tidak bersifat substantif sebaliknya lebih didorong emosi dan prejudis kepada kewujudan MKPN.

Dalam kenyataan bersama Ahli MKPN, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Lim Chee Wee dan Datuk Saifuddin Abdullah yang dikeluarkan semalam, mereka menyifatkan Abdul Hamid sebagai gagal memahami matlamat penubuhan MKPN dan pandangan beliau yang mengaitkan MKPN dengan pembangkang sebagai mengecewakan.

Berikut adalah kenyataan media MKPN:


Selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Undang-Undang dan Polisi dan ahli MPKN, kami perlu memberikan beberapa penjelasan terhadap sikap kesangsian bekas Ketua Hakim Negara ini. Namun demikian kami agak kecewa kerana komentarnya tidak substantif kepada kandungan RUU sebaliknya komentarnya lebih terdorong kepada sikap emotif dan prejudis kepada kewujudan MKPN itu sendiri. Di bawah adalah beberapa fakta yang Tun Abdul Hamid Mohammed gagal memahami:

1.    MKPN dibentuk oleh kerajaan dan setiap pemilihan anggota dan pengerusinya telah diambil kriteria dan pencapaian tertentu. Perdana Menteri telah memberi tauliah kepada setiap anggota majlis dan memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada Pengerusi untuk memimpin anggotanya dalam skop menyediakan 'blueprint' perpaduan nasional untuk diteliti oleh Kerajaan.

2.    Majlis ini tidak memperkenalkan dirinya sebagai pembangkang dan tidak berhasrat untuk berbuat demikian walaupun tidak semua ahli majlis mesti dari parti yang memerintah kerajaan Persekutuan. Saya dari parti PAS, Dato' Saifuddin Abdullah dari UMNO, manakala yang lain adalah daripada masyarakat sivil dan aktivis dalam bidang masing-masing termasuk dari Majlis Peguam. Kami bekerja dalam satu pasukan dengan matlamat kerja yang jelas dan kami tidak berminat untuk bertanya orientasi sokongan politik seseorang dan berdebat kerananya dalam mesyuarat-mesyuarat kami.

3.    Kami dipimpin oleh seorang yang berpengalaman sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan sebelumnya menjawat beberapa jawatan tertinggi perkhidmatan awam. Saya tidak tahu sejauhmana dakwaan Tun Abdul Hamid Mohammed bahawa ia menolak jawatan Pengerusi MKPN yang pernah ditawarkan kepadanya atas alasan tidak mahu diperalatkan. Adakah Pengerusi sekarang rela diperalatkan? Implikasi kenyataan alasan beliau menolak amatlah mengecewakan dan ia tidak sepatutnya datang dari seorang bekas Ketua Hakim Negara.

4.    Tuduhan yang menyatakan deraf RUU yang dicadangkan dikuasai pembangkang dan beliau merujuk kepada Majlis Peguam secara khusus adalah satu lagi sikap yang mengecewakan daripada seorang bekas Ketua Hakim Negara. Beralasankan majlis makan malam yang didakwa seolah meraikan kemenangan pembangkang satu masa dahulu, ia sudah cukup bagi beliau untuk melabel Majlis Peguam sebagai pembangkang. Deraf RUU yang baik untuk rakyat Malaysia ini cuba dikaitkan dengan pembangkang walaupun Jawatankuasa yang menyediakan deraf ini terdiri daripada anggota pelbagai latarbelakang yang dimandatkan oleh MKPN.

5.    Kami juga menafikan sekeras-kerasnya deraf RUU yang dicadangkan adalah agenda menyisihkan Hak Melayu, Hak Raja-Raja dan Hak Islam, bahkan dengan RUU ini kesemua asas negara ini akan lebih terjamin apabila kebencian agama dan kaum dijadikan sebagai satu jenayah. Apakah kita mahu terus dijajah oleh Akta Hasutan 1948? Apakah kita mahu terus melihat kebencian agama dan kaum menentukan masadepan negara? Kami juga akur bahawa akhirnya Pejabat Peguam Negara akan menasihati Kabinet deraf ini sebelum ia dibawa ke Parlimen untuk proses bacaan dan perbahasan. Kami yakin Kabinet akan memastikan semangat perundangan ini dapat diketengahkan dan dijadian akta, sebab itu ia tetap akan menjalani proses biasa, cuma bezanya deraf RUU ini melalui proses konsultasi awam yang meluas supaya rakyat melihatnya telus dan bertanggungjawab. Tidak ada apa yang hendak disembunyikan untuk kepentingan bersama.

Oleh kerana itu, kami menganggap MKPN mempunyai tugas yang besar dan kerana itu kenyataan Tun Abdul Hamid Mohammed mestilah diberi perhatian pada masa rakyat negara ini ingin menentukan apakah masa depan negara yang mereka mahu.

Persoalannya mudah, adakah kita mahu memelihara negara ini untuk maju ke hadapan atau kita terus diheret dengan mentaliti prejudis sehingga menjejaskan keamanan negara yang berbilang kaum ini?

Kami menasihati Tun Abdul Hamid Mohammed mengambil masa membaca deraf ini terlebih dahulu dan menyarankan agar kritikan dan cadangannya dibuat secara konstruktif dan substantif untuk menambahbaik deraf RUU ini.


Yang benar;

YB DATO' DR MUJAHID YUSOF RAWA
Ahli Parlimen Malaysia
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Undang-Undang dan Polisi
Ahli MPKN

LIM CHEE WEE
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Undang-Undang dan Polisi
Ahli MPKN

DATO' SAIFUDDIN ABDULLAH
Anggota Jawatankuasa Kerja Undang-Undang dan Polisi
Ahli MPKN

Biaqpila

Biaqpila


MISTERI KUIH PUKI TERJAWAB

Posted: 02 Jul 2014 10:45 AM PDT





DEY MACHA!!!
KESIAN KAT MAK CIK JUAL KUIH NI
DEPA NAK MELAWAK TAK BERTEMPAT
ITULAH TERLAMPAU KREATIF
BUDAK-BUDAK ZAMAN LANI
HABIH SEMUA NAK DIEDIT
BAIK HANGPA SEMUA PI MINTAK MAAF
KAT MAK CIK NI

MACAMANA RASA KUIH PUKIS NI BRO?
AKU PUN TAK PERNAH MAKAN
HOHO!!!





                               NI HA KUIH PUKIS KALAU HANGPA NAK TAU....
                                            ASAL USUL DARI INDONESIA KOT
                                     TAK PASAL-PASAL KUIH NI  JADI GLAMER
                                                                 HOHO!!!



RAKSAKSA MENGAMUK TAK DAPAT BUBOQ LAMBOK DI KL

Posted: 02 Jul 2014 04:05 AM PDT

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN


BN - KESEPADUAN KIAN RETAK

Posted: 02 Jul 2014 09:06 AM PDT

MEMALUKAN - BURUK LAKU PEGAWAI MALAYSIA

Posted: 02 Jul 2014 12:18 AM PDT