WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- KHALID IKUT MAHATHIR NAK KEKEAL KUASA -MSO
- PRU ke13 TS Khalid testimonial PR, siapa pula testimonial PR dalam PRU ke14?
- Kedudukan MB Selangor keputusan bersama Pakatan dan kelulusan Sultan, kata Anwar
- WALAU KALAH , KHALID TAK MAHU LEPAS JAWATAN....
- Rakyat M'sia kongsi pengalaman berperang
- Penjawat awam berhak dapat bonus Aidilfitri, bukan ‘sagu hati’
- 'Saya tak akan letak jawatan walaupun kalah
KHALID IKUT MAHATHIR NAK KEKEAL KUASA -MSO Posted: 28 Jun 2014 08:20 AM PDT Khalid Ibrahim sudah menurun MahathirSebelum ini Dr Mahathir Mohamad dikenali sebagai politician yang "rohok" untuk melepaskan kuasa dan meninggalkan kerusi perdana menteri. Seakan habis ikhtiar dilakukan oleh mereka yang tidak sebulu dengannya berusaha agar beliau meninggalkan Putrajaya, tetapi tidak berhasil. Mahathir tetap juga bekeras dan kekal dengan jawatannya sehinggalah takdir yang tak dapat ditadbirkan berlaku. Mahathir menggunakan apa sahaja helah dan makenisme untuk mempertahankan kedudukan dan kekuasaanya. Setiap seteru politiknya atau orang yang ditakuti akan mencabarnya juga diambil tindakan. Satu demi satu dikehel dan dilempar jauh tanpa mengira untung dan rugi kepada perjuangan bangsa. Beliau juga beliau tidak segan silu menggunakan agensi dan aparat kerajaan bagi mempertahakan dirinya. Paling busuk ialah apabila Mahathir menggunakan mahkamah bagi menyelamatkan dirinya di samping berselindung disebalik sokongan rakyat yang didakwa bersamanya. Mahathir sanggup melakukan sesuatu yang orang lain tidak sanggup dan terfikir melakukannya. Dia berani. Apa yang dilakukan Mahathir itu adalah antara sifat dan rona buruk orang politik. Mahathir telah meletakkan brand atau memberi ilmu kepada orang politik dan sekaligus menganjurkan agar jangan mudah menurut desakan. Jawatan hendaklah dipertahankan dengan apa cara sekali pun, sama ada ia bermoral atau tidak. Kehendak nafsu perlu dipenuhi terlebih dahulu. Jangan peduli soal caci maki dan maruah diri, yang penting kuasa dapat ditegakkan empayar boleh diperlebarkan gelodak nafsu dapat dilayan. Bagi Mahathir nama perlu dicatat bukan saja kerana menjulang kemuliaan, kejahatan juga dianggap sebagai satu sejarah. Perangai Mahathir itu nampaknya kini sudah berjangkit kepada Abdul Khalid Ibrahim, MB Selangor. Khalid sudah menurun Mahathir. Dan Mahathir sudah ada anak murid dalam darjah politik animalnya. Hari ini Khalid membuat kenyataan terbuka yang dia tidak akan meletakkan jawatan sebagai MB Selangor walaupun dia kalah dalam pertandingan merebut jawatan timbalan presiden Keadilan. Kenyataan Khalid itu memberi gambaran sebenar siapa dia Khalid Ibrahim. Khalid sebenarnya seorang bernafsu besar dan tidak tahu menghormati suara demokrasi serta membaca singal-singal kebencian kepadanya. Dia sudah kehilangan radar untuk mengesan segala masalah itu. Samalah dengan Mahathir walaupun sudah kalah dalam pertandingan merebutan jawatan presiden tahun 1987 ditangan Tengku Razaleigh Hamzah, tetapi dia tetap mengatakan dia menang. Kekalahan itu dinafikan dengan teknikal yang cukup melucukan. Mahathir menerusi instrumen dan kuasa yang ada kepadanya telah menggunakan proses pengiraan undi sebagai bahtera penyelamatnya. Khalid juga seorang yang tidak ada air muka dan tidak akan peduli kepada mesej-mesej politik. Soal moral dan integriti bukan menjadi hitungan lagi. Apa yang penting dia tegak dengan kuasa dan masih boleh menerima sorakan dan pujaan orang ramai. Beliau bukan bodoh sebenarnya untuk memahami signal politik, tetapi sengaja mendiamkan diri bagaikan tenggiling untuk menyelamatkan diri. Apa beliau tidak tahu senario yang berlaku dalam Keadilan hari ini, termasuk keriuhan dalam pemilihan, perbalahan dan sebagainya kerana kedegilan beliau untuk memahami mesej politik. Kelembaban akal politiknya menterjemahkan kebencian orang kepadanya menimbulkan masalah kepada Keadilan. Masalah Keadilan kini memuasat kepada Khalid. Tanpa disedari Khalid sudah menjadi duri dalam daging kepada Keadilan dan buaya tembaga dalam kolam parti berlambang mata itu. Tidak kena gaya Khalid akan mencatat sejarah parah buat dirinya dan Keadilan. Sekiranya dia terus beperangai persis Mahathir masih mahu menjadi MB Selangor walaupun didesak dan diasak oleh parti, tidak mustahil dirinya akan dikenang sebagai watak-watak Mandalir atau Patih Kerma Wijaya dalam sejarah lampau, dimana orang yang meletakkan kepentingan diri melebihi kepentingan rakyat dan negeri. Khalid kata dia jadi MB kerana hendak perbaiki sesuatu agar jadi baik? Janganlah beliau berhelah, ulah dan sikapnya di Selangor kini sudah merosakkan keharmonian Keadilan dan juga Pakatan Rakyat. Khalid bukan lagi protogonis tetapi antoginis. Firasat saya Khalid akhirnya akan berpaling tadah dan bakal menganugerahkan sebuah kekalahan buat Keadilan khasnya dan Pakatan Rakyat amnya. [wm.kl.10:06 am 28/06/14] |
PRU ke13 TS Khalid testimonial PR, siapa pula testimonial PR dalam PRU ke14? Posted: 28 Jun 2014 04:29 AM PDT Setelah Khalid tewas dalam pemilihan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor sudah ada suara dikalangan ADUN PKR sendiri meminta beliau meletakkan jawatan sebagai MB. Suara yang sama telah pun kita dengar dari beberapa orang pimpinan PKR yang tidak senang dengan kehadiran Khalid sebagai MB kerana jawatan itu juga diminati oleh pemimpin yang lain dalam parti itu. Kalau dipandang dari sudut yang lain adalah susah bagi seorang MB itu kalah dalam pemilihan partinya tetapi oleh kerana permainan politik yang begitu kuat dikalangan pimpinan parti itu, maka ia tidaklah menjadi suatu perkara yang menghairankan jika ia berlaku. Perlu diingat PKR adalah 'anak tut' kepada UMNO setelah Anwar dipecat dari parti UMNO pada tahun 1998 dahulu. PKR bukannya parti perjuangan tetapi parti yang tertubuh kerana Anwar terpecat dari UMNO hasil dari permainan politik beliau dan Mahathir sendiri semasa itu. Jadi jika wujud elemen berebut sampai parti mati ini tidak lah suatu perkara yang ganjil berlaku dalam PKR itu. Khalid sudah dijadikan isu besar kerana pergolakan dan perebutan kuasa diantara pimpinan parti. Kita masih ingat bagaimana Khalid telah dipuji meninggi sebagai 'the best MB' dalam negara ini dan ia terbukti telah hampir melumpuhkan UMNO di Selangor ini kerana BN dan UMNO hanya mempunyai 12 kerusi sahaja di Selangor ini. Malahan 'performance' Khalid ini telah dijadikan testimonial yang begitu hebat dalam pilihanraya yang lalu sehinggakan ia memberikan pengaruh besar di seluruh negara dan PKR khususnya serta Pakatan umumnya, telah mendapat sokongan begitu kuat semasa itu. Tetapi keadaan berbeza kerana jika negeri Selangor itu menjadi kaya raya dibawah Khalid ia bukannya baik untuk Khalid kerana kejayaan itu, sebaliknya ia akan menjadi isu besar kepada pemimpin yang mencemburui kejayaan Khalid itu. Dalam PKR yang mempunyai DNA UMNO yang begitu kuat pemimpin yang baik dan produktif akan dibunuh oleh rakan parti sendiri. Dalam UMNO sejak lebih dari tiga puluh tahun dahulu telah membunuh karier pemimpin yang baik-baik dan produktif. Selepas lebih dari tiga dekad kita telah diwariskan dengan barisan pimpinan yang paling lemah seperti yang ada pada hari ini. PKR seperti UMNO telah menjadi parti yang tidak berjiwa lagi dan untuk mewujudkan atau untuk mengembalikan roh pimpinan itu buka satu kerja yang mudah dalam negara sedang berhadapan dengan kepimpinan yang tidak semenggah semuanya itu. Kekalahan Khalid Ibrahim di Kuala Selangor itu sememangnya sengaja dilakukan oleh musuh Khalid diperingkat yang tinggi. Pimpinan PKR itu mempunyai sifat 'vandalism' yang kuat dan sifat itu jugalah yang telah melemahkan UMNO setelah tiga puluh tahun elemen itu mula wujud dalam parti itu. Kini PKR pula menjadi murid UMNO yang baik kerana parti itu adalah 'offshoot' UMNO. Bagaimana Dr Mahathir yang memainkan politik pecah perintah dalam UMNO dahulu, begitu jugalah apa yang dilakukan oleh Anwar dalam PKR itu. Jika UMNO memakan masa tiga dekad untuk hancur hasil dari elemen pecah dan perintah ini, PKR akan hanya memakan masa empat lima tahun sahaja dari sekarang untuk pecah kerana itulah satu-satunya hasil dari parti yang mempraktikkan pecah perintah ini. Kecelaruan yang sedang berlaku di Selangor sekarang ini sesungguhnya telah menjatuhkan keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat Selangor kerana parti tunjangnya sedang berkrisis yang tidak mungkin mudah diselesaikan itu. Apa pun yang orang kata semuanya ini bersebab dari ketidak jujuran pucuk pimpinan dan barisan pimpinan yang tertinggi. Seburuk dan sekecil mana seorang pemimpin ini mempunyai pengaruh mereka dikalangan ahli-ahli dan jika pemimpin berpecah maka tidak hairan perpecahan itu melintasi garisan dibawah-bawah ini. Baik UMNO mahu pun PKR pemimpin yang suatu hari dipuji dan dijunjung akhirnya akan terbunuh politik mereka jika pimpinan itu menempa kejayaan.. Hanya yang pandai main silap mata dengan pucuk pimpinan sahaja yang boleh mendapat tempat dalam parti itu. Bagi saya Khalid boleh kita jangka kesudahan politik beliau. Beliau sudah tidak diperlukan oleh ramai kepimpinan PKR kerana ada pemimpin lain yang terkeliur dengan jawatan MB yang disandang Khalid itu. Kita tidak tahu siapa kah yang akan menjadi testimonial kejayaan bagi Pakatan Rakyat dalam pilihanraya yang akan datang ini. Khalid Ibrahim sudah pasti tidak boleh lagi dijadikan testimonial kejayaan kerana beliau telah dibunuh politiknya oleh rakan-rakan dalam kepimpinan PKR itu sendiri. |
Kedudukan MB Selangor keputusan bersama Pakatan dan kelulusan Sultan, kata Anwar Posted: 28 Jun 2014 03:59 AM PDT Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kedudukan menteri besar Selangor tidak pernah ditentukan secara peribadi, sebaliknya dilakukan atas keputusan bersama pimpinan Pakatan Rakyat (PR) Beliau berkata persetujuan bersama tentang kedudukan menteri besar juga perlu diperkenankan oleh Sultan Selangor. "Kedudukan menteri besar bukan agenda atau milik peribadi, tetapi merupakan keputusan bersama PKR dan PR dengan perkenan Sultan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Justeru itu, Ketua Umum PKR berkata semua pimpinan parti dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) perlu menghormati peraturan berkaitan isu pelantikan tersebut. Anwar berkata demikian mengulas mengenai kritikan terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Khalid hari ini menegaskan beliau tidak akan meletakkan jawatan sebagai menteri besar walaupun tidak menang dalam pertandingan parti. Ini berikutan kegagalan beliau mempertahankan jawatan sebagai ketua cabang PKR Kuala Selangor dalam menghadapi pencabarnya. Khalid juga terus dikritik oleh ahli dan pemimpin daripada parti Pakatan Rakyat. Semalam, Penasihat Air Selangor yang dilantik oleh Pakatan Rakyat, Tony Pua mempersoalkan secara terbuka di media mengapa Khalid pandai berjanji tetapi tidak pandai menunaikannya apabila berhubung isu air. Pengerusi DAP Selangor itu mendakwa, walaupun awal bulan lalu Khalid berjanji tidak akan ada gangguan bekalan air serius selepas ini, kini Selangor menghadapi kekurangan air. "Persoalannya mengapakah kerajaan negeri memberikan jaminan tetapi kini berkata 'tidak boleh mengawal Syabas'? Adakah kerajaan negeri mendapat jaminan dari Syabas sebelum memberikan jaminan kepada umum?" katanya. Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara antara Ahli Jawatankuasa Penasihat Air kerajaan negeri Selangor yang dilantik Pakatan Rakyat bersama Dr Dzulkefly Ahmad dari PAS dan Rafizi Ramli dari PKR. Mereka dilantik untuk membantu Khalid dalam urusan penstrukturan semula industri air di Selangor. Semalam, Khalid dalam reaksinya juga mengatakan kritikan DAP melalui Tony Pua terhadap isu catuan air di Selangor sebagai tidak membina. Menteri besar Selangor itu berkata, kerajaan negeri sentiasa berusaha keras bagi memastikan bekalan air mencukupi ketika musim panas dan kering melanda negara. Khalid dalam kenyataannya juga meletakkan kegagalan itu kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) kerana meskipun bersetuju untuk mengambil alih, namun kerajaan Selangor masih belum dapat menguasai sepenuhnya industri air. Ini bukan pertama kali menteri besar itu dikritik parti sendiri. Malah rakan dalam Pakatan Rakyat (PR), PAS yang dahulunya lebih berdiam diri, kini menyertai DAP apabila menyatakan Khalid perlu berundur dari kedudukannya. Namun Khalid seperti dalam kenyataannya terdahulu tetap menegaskan desakan untuk beliau berundur sebagai menteri besar merupakan perkara biasa yang biasa berlaku dalam arena politik. – 28 Jun, 2014. |
WALAU KALAH , KHALID TAK MAHU LEPAS JAWATAN.... Posted: 28 Jun 2014 03:20 AM PDT Kekalahan Khalid, gugat kedudukan MB SHAH ALAM - Kekalahan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di cabang Kuala Selangor boleh menggugat kedudukannya di peringkat nasional, demikian menurut pendapat Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian. Beliau berkata, kalah dengan majoriti 100 undi itu menunjukkan seperti ada sesuatu yang tidak kena. "Abdul Khalid berdepan pelbagai krisis termasuk tuduhan salah laku (rasuah) dan desakan dalaman serta luaran yang dilihat boleh mencalar imejnya. "Ini antara faktor kurangnya keyakinan penyokong terhadap kewibawaannya. Kerana itu, kedudukannya di peringkat tertinggi boleh terjejas," katanya. Beliau berkata, walaupun Abdul Khalid mempamerkan kewibawaan tadbir urus yang baik namun, ia tidak mampu menjamin kepimpinannya dikekalkan. "Ia secara langsung memberi implikasi besar terhadap kedudukannya selaku Menteri Besar Selangor. saya melihat beliau tidak mendapat sokongan dan hilang pengaruh," katanya. Dr Sivamurugan berkata, isu rasuah yang dibawa pencabar S Manikavasagam yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor ketika pemilihan PKR pada 11 Mei lalu, dilihat berjaya meraih simpati pengundi di kawasan itu. "Abdul Khalid tewas kepada seorang calon yang tidak mempunyai sebarang jawatan dalam parti. Pihak lawan berjaya memanipulasikan isu salah laku yang ditimbulkan, akhirnya Abdul Khalid tewas kepada percaturan politik," katanya. Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohd Fuad Mad Jali berkata, corak pentadbiran yang mungkin tidak disenangi penduduk setempat mendorong kepada faktor kekalahan Abdul Khalid. "Boleh jadi faktor kurang turun padang menyebabkan undian tidak memihak Khalid atau penyokong di kawasan itu mahu pemimpin baharu," katanya. |
Rakyat M'sia kongsi pengalaman berperang Posted: 28 Jun 2014 03:10 AM PDT |
Penjawat awam berhak dapat bonus Aidilfitri, bukan ‘sagu hati’ Posted: 28 Jun 2014 02:51 AM PDT Penjawat awam berhak dapat bonus Aidilfitri, bukan 'sagu hati'(Oleh: Lyn Nasir)KUALA LUMPUR 27 JUN : Pengerusi Biro Pekerja KEADILAN, Abdullah Sani berkata, kakitangan awam di negara ini berhak mendapat bonus daripada kerajaan sempena Ramadhan dan Aidilfitri ini. Katanya, bonus berkenaan dapat membantu meringakan beban yang ditanggung mereka berikutan kenaikan pelbagai harga barangan, terutama di musim perayaan. "Kalau kerajaan tak boleh nak bagi, itu salah kerajaan, bukan penjawat awam. "Pendapatan yang kerajaan dapat setiap tahun daripada cukai dan sebagainya, hasilnya lebih daripada RM220 billion. Wang itu seharusnya diagihkan sebahagiannya kepada penjawat awam," katanya ketika dihubungi. Terdahulu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan memberi pertimbangan khusus dalam memberi sagu hati kepada penjawat awam sempena Ramadhan dan Aidilfitri nanti. Presidennya, Azih Muda berkata, penjawat awam berasa tertekan ekoran kos sara hidup masa kini dan sedikit suntikan daripada kerajaan mampu mengurangkan beban kewangan mereka. Azih bagaimanapun menafikan pihaknya menyebarkan kenyataan berhubung pemberian bonus tersebut. Abdullah Sani dalam pada itu kesal dengan istilah saguhati yang digunapakai Cuepacs dalam menuntut pemberian bonus kepada seramai 1.4 juta kakitangan awam di negara ini. "Sagu hati ibarat macam nak minta sedekah kepada kerajaan. Padahal duit lebihan pendapatan itu adalah duit yang sepatutnya penjawat awam dapat, dan itu dikatakan bonus, bukan sagu hati. "Cakap saja terus terang nak bonus, apa yang takut sangat?," Paling kurang pun, mereka berhak untuk mendapat bonus sebanyak sebulan gaji, bukannya dikira sebagai wang sagu hati," ujarnya. |
'Saya tak akan letak jawatan walaupun kalah Posted: 28 Jun 2014 02:36 AM PDT 'Saya tak akan letak jawatan walaupun kalahMenteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata tidak ada keperluan untuk beliau meletakkan jawatan walaupun jika beliau kalah dalam pemilihan jawatan timbalan presiden PKR. Ini ekoran kekalahannya sebagai ketua cabang PKR Kuala Selangor, tetapi beliau sedang mencabar keputusan tersebut. Katanya, tidak ada klausa yang mengatakan jika gagal dalam pemilihan parti, "anda perlu meletakkan jawatan sebagai menteri Besar". Bercakap dalam satu sidang akhbar di Pulau Indah, Pelabuhan Klang hari ini, Khalid berkata, tidak kira apa jua keputusannya, beliau masih ADUN Pelabuhan Klang yang merupakan satu-satunya prasyarat pelantikannya sebagai menteri besar. Khalid berkata sebarang pertimbangan mengenai kedudukannya sebagai menteri besar akan berdasarkan kepada kemampuannya untuk mentadbir negeri itu. Ditanya jika sama ada keputusan pemilihan PKR baru-baru ini menunjukkan kerjaya politiknya akan berakhir, Khalid berkata "Tak apa". "Kerjaya atau tidak, saya akan meneruskan usaha saya sehingga tanggungjawab saya sebagai ADUN, menteri bsar dan juga ahli Parlimen Bandar Tun Razak berakhir," katanya. Bagaimanapun, beliau mengulangi bahawa beliau akan berusaha untuk menyelesaikan dakwaan "kecacatan" dalam pemilihan PKR Kuala Selangor di mana beliau tewas.- mkini |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |