Isnin, 23 Jun 2014

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


MB Selangor bukan pilihan rakyat, tapi parti

Posted: 23 Jun 2014 08:05 AM PDT

Komen Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad yang membidas rancangan Pakatan Rakyat Selangor untuk menggantikan MB Khalid Ibrahim dengan calon yang lebih sesuai dan mencadangkan agar  pendapat rakyat diambil kira, seolah-olah memperolok-olokkan sistem pemilihan MB yang dipraktikkan di negara ini.


















Malaysia tidak pernah mempunyai sistem pemilihan ketua kerajaan secara langsung, malah Datuk Bandar pun dilantik melalui saluran politik. Apabila calon yang diyakini oleh parti politik untuk menggalas manifesto yang dipersetujui rakyat dalam pilihan raya umum atau negeri telah diragui kebolehannya, maka calon itu sewajarnya ditukar.

Kontrak sebagai pemimpin negeri mudah; rakyat setuju manifesto maka beri undi kepada parti dan parti lantik seseorang yang dapat 'mengerjakan' manifesto itu. Gesaan Iskandar supaya pendapat rakyat ditinjau terlebih dahulu sebelum menukar MB tentunya tidak bersesuian dengan cara kontrak tersebut dilaksanakan.


Tinjauan pendapat


Adakah Ilham Centre atau Merdeka Centre selepas ini mahu digunakan bagi menilai sokongan rakyat kepada Khalid? Sedangkan agensi tinjauan pendapat itu melakukan tinjauan dari beberapa ratus responden sahaja dan tidak mewakili semua golongan.

Namun melalui kontrak asal yang dijanjikan Pakatan dalam pilihan raya umum, Khalid memang telah lari daripada dasar PR. Salah satu dasar PR yang utama adalah kebebasan beragama yang sering diperkotak-katikkan Umno.

Di bawah pemerintahan Khalid, agensi kerajaan negeri  sangat mudah menghina agama minioriti dengan serbuan demi serbuan kepada penganut agama selain Islam tanpa kelulusan exco negeri. Begitu juga penyelesaian yang sepatutnya mudah seperti pemulangan Bible tetapi disukarkan oleh 'tangan-tangan Umno' di agensi negeri.

Kedua, Khalid telah menolak mentah-mentah manifesto PR mengenai lebuh raya. Kedegilannya meneruskan projek Kidex yang mendapat bantahan hampir seluruh penduduk Cina bandar di Selangor menggugat masa depan PR.

Itu belum diambil kira sifat kedekutnya meluluskan peruntukan yang sememangnya menjadi hak rakyat. Banyak jalan-jalan kecil yang berlubang di Selangor juga longkang yang tidak diselenggara. Sebelum pilihan raya dahulu, Khalid meluluskan dana RM300 juta untuk projek pembaikan dan senggaraan ini. Namun seperti biasa ADUN merungut banyak tuntutan mereka yang tidak lulus.

Akibatnya jalan dan longkang di kawasan majlis perbandaran sahaja yang agak sempurna kerana ada wang cukai pintu, sedangkan di kawasan majlis daerah keadaannya tidak memuaskan.


Langgar manifesto


Iskandar memang wajar memuji Khalid kerana banyak projek perumahan di bawah potforlionya lulus dan berjaya memenuhi hasrat rakyat. Tetapi kalau setakat meluluskan projek perumahan sesiapa pun yang jadi MB boleh melakukannya.

Iskandar harus faham keutamaan sekarang adalah memenuhi manifesto. Atau sekurang-kurangnya tidak melanggar manifesto. Sekiranya dilanggar maka suara menentang akan lebih banyak daripada menyokong. Hal ini yang dikhuatirkan di kawasan DUN campuran.

Undi Cina misalnya tidak tetap kepada satu-satu parti. Mereka boleh berpaling arah kepada parti yang lebih membela tuntutan mereka. Jangan jadi seperti BN. Mereka mempertahankan MB Khir Toyo walaupun melakukan banyak kesalahan.

Akhirnya rakyat yang tidak nampak jalan lain menggantikan MB akan mengambil jalan mudah menggantikan parti memerintah dalam pilihan raya umum.

Sekiranya pilihan raya negeri diadakan minggu ini, dengan isu Bible yang menyakiti hati penganut Kristian, isu Kidex, catuan air dan beberapa isu lagi, peluang PR untuk bertahan hanyalah 50 : 50. Tidak seperti PRU lalu menang bergaya.

PRK Teluk Intan boleh dilihat sebagai pengajaran berguna betapa rapuhnya sokongan sekiranya parti membuat kesilapan dalam politik.

Credit:

Suara Pakatan Daily

Mungkinkah PR Bakal Tumbang Di Selangor?

Posted: 23 Jun 2014 07:59 AM PDT

Kedudukan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang mula dipertikaikan oleh rakan-rakan gabungan dalam Pakatan Rakyat sendiri kini mula menjurus kepada persoalan kemungkinan ia bakal kehilangan kuasa dalam pilihanraya umum akan datang jika masalah yang kian meruncing itu tidak segera diurus dengan baik.

Bermula dengan masalah dalaman PKR yang dihadapi oleh Khalid Ibrahim, terutama penentangan daripada kelompok Azmin Ali yang juga Pengerusi PKR Selangor, masalah kini bertambah rumit apabila DAP dan Pas juga mula merasakan Menteri Besar itu perlu ditukar dan sudah tidak relevan lagi.

Walaupun sejak awal lagi, Khalid memang ada stail kepimpinan sendiri ala CEO sebuah syarikat perniagaan, tetapi imejnya yang bersih, bebas dari amalan rasuah, tidak mengaut kekayaan, tiada kes menyalahgunakan kuasa dan kemampuannya meningkatkan rizab negeri kepada hampir RM3 billion telah menyebabkan beliau lebih disanjung daripada dipertikaikan.

Namun sejak ura-ura mahu menukarkannya dengan Anwar Ibrahim melalui KajangMove yang tidak menjadi kenyataan, Khalid dilihat semakin menunjukkan belangnya. Beliau makin memperlihatkan gaya kepimpinan ala CEO dengan banyak isu-isu besar hanya diuruskannya secara sendiriannya saja.

Rakan-rakan gabungan dalam PR, EXCO Kerajaan Negeri dan beberapa jawatankuasa yang ditubuhkan atas persetujuan PR tidak lagi dipedulikan suara dan kehadiran mereka. Khalid mungkin masih terbawa dah merasakan Kerajaan Selangor juga seperti PNB dan Guthrie yang pernah diketuainya dulu.

Bermula dengan tindakan menandatangani persetujuan secara tergesa-gesa dan tidak memaklumkan kepada EXCO mahupun rakan-rakan dalam PR mengenai isu air dengan Kerajaan Pusat, Khalid kemudiannya semakin berani dan terbuka menyokong pembinaan Lebuhraya Kinrara Damansara atau Kidex walaupun sebahagian penduduk yang terlibat dengannya membantah pembinaan lebuhraya itu.

Lebih dari itu, sokongan Khalid terhadap projek itu juga dianggap memalukan PR kerana diketahui umum pemegang konsesi lebuhraya itu ialah bekas peguam UMNO yang kemudian dilantik sebagai Ketua Hakim Negara, Zaki Tun Azmi bersama peguam UMNO sekarang, Hafarizam Harun.

Sokongan Khalid dianggap menyokong projek BN dan menyokong amalan kronisme UMNO walaupun Zaki Tun Azmi dan Hafarizam sentiasa bermusuh dengan PR.

Kelemahan Khalid juga agak ketara dalam isu rampasan Bible yang sudah diarahkan oleh Peguam Negara agar Jabatan Agama Islam Selangor segera memulangkan kitab itu berikutan tiada sebarang pendakwaan akan diambil terhadap Persatuan Bible Malaysia.

Dalam isu ini Khalid dilihat tidak cukup tegas dan "play safe" meskipun arahan daripada Peguam Negara sudah cukup jelas mengenainya. Beliau lebih banyak berdolak-dalik dan bermain dengan masa.

Deretan kelemahan Khalid yang semakin ketara dalam beberapa isu besar kebelangan ini telah meruntun jiwa parti-parti dalam PR mahu menukarkannya dengan segera. Mereka bukan saja pening dengan stail Khalid yang lebih mirip BN, bahkan tindakannya tidak mahu mendengar keluhan penduduk seperti dalam isu pembinaan lebuhraya Kidex, turut menyebabkan timbulnya kebimbangan tentang hayat kuasa PR di negeri paling itu sendiri.

Rekod pencapaian Khalid sejak 2008 mungkin boleh dibanggakan tetapi pujangga selalu menyebut, "yang penting bukan di mana kita bermula tetapi bagaimana kita berakhir". Dalam hal ini Khalid nampak cemerlang di permulaannya tetapi di akhir-akhir ini semakin tidak menentu dan banyak dipertikaikan.

Khalid kini bukan saja mula dipertikaikan oleh partinya sendiri iaitu PKR, tetapi DAP dan Pas juga mulai lantang mahu menukarnya. Mereka seolah-olah sepakat bahawa selagi Khalid terus dikekalkan, PR di Selangor akan berdepan lebih banyak masalah dan merumitkan lagi usaha mengekalkan kuasa dalam pilihanraya akan datang.

PR tiada pilihan lain selain menukarkan Khalid jika ingin terus menang dan berkuasa di Selangor. PR kena belajar daripada kemelut di Kedah yang melibatkan Azizan Razak sebelum pilihanraya 2013 yang dibiarkan tanpa penyelesaikan telah menyebabkan akhirnya Pas kehilangan kuasa di negeri itu.

Pedulikanlah jika Presiden Pas , Haji Hadi Awang ada kepentingan dengan Khalid kerana anak menantunya bekerja dengan sebuah GLC negeri serta mungkin ada beberapa kenalannya yang lain sedang bergayut di pinggang kuasa kerajaan negeri Selangor. Keutamaan PR bukanlah mempertahankan kepentingan peribadi mana-mana pihak tetapi memastikan parti itu terus berkuasa lagi.

Selain isu melibatkan Khalid, berlakunya pergaduhan dan pertumpahan darah dalam pemilihan PKR di bebarap cabang di Selangor yang entah bila akan berakhirnya, sebenarnya turut menambah derita PR untuk mengekalkan kuasanya. Apa yang berlaku dan dipaparkan secara meluas di media boleh menyebabkan rakyat Selangor menjadi bosan dengan kemelut pemilihan yang tidak berkesudahan.

Masalah dalam pemilihan parti, ditambah dengan kebosanan yang mula berakar mengenai kepimpinan Khalid, sebenarnya boleh menggugat pegangan kuasa PR dan memberi kelebihan kepada UMNO dan BN, meskipun pimpinan parti lawan itu masih belum menunjukkan prestasi yang menggembirakan rakyat.

Tempoh pilihanraya akan datang secara relatifnya masih panjang lagi dan PR punya banyak masa untuk segera memangkas segala masalah yang sedang berlaku. Selain imej parti perlu segera dipulihkan daripada persepsi buruk rakyat dan pengundi, pertikaian yang paling perlu diselesaikan ialah mengenai kedudukan Khalid sendiri.

Kalau pun kedudukan Khalid tidak dapat diubah dalam waktu yang terdekat ini kerana wujudnya halangan-halangan tertentu seperti Istana Selangor yang mempunyai hubungan rapat dengannya serta faktor Haji Hadi yang mungkin mahukan Khalid terus dikekalkan, PR sekurang-kurangnya mestilah menunjukkan tanda positif bahawa beliau bukan lagi Menteri Besar Selangor selepas pilihanraya nanti.

Khalid yang dengan wataknya berubah 180 darjah kebelakangan ini adalah liabiti kepada PR dan sesuatu mesti dilakukan untuk mengelakkan kebosanan pengundi bertambah parah.

Jika tidak, pengundi Selangor mungkin lebih rela berketuakan Noh Omar untuk memberi pengajaran kepada PR.


Credit:
Shahbudin dot com

Tukar Tiub

Tukar Tiub


LAGI KESAH BENGGALI PUTEH

Posted: 23 Jun 2014 06:42 PM PDT





SATU TAULADAN

MASUK SYURGA
Sultan kaki judi, sultan kaki amput, sultan taik arak, sultan tokey babi..tak hiba agama ker... saidina umar yg grenti masuk syurga tak kisah sahabat tegur malah pernah umar disergah sekiranya umar tidak adil maka akan dibetulkan dgn pedang...umar biarkan saja, takdepun suruh sahabat lain ambik tindakan. 

Sultan yg blm grenti masuk syurga berkagak macam malaikat.....suci xde dosa....amput tuanku, amput tuanku amput tuanku...taik palat berbaukah kah kah on BENGGALI PUTEH
Anonymous
on 6/23/14
SULTAN RAKYAT BIASA
asal usul sultan selangor pun dari rakyat biasa yang berasal dari bugis datang ke tanah melayu akhirnya jadi sultan selangor.. apa punya pundek la suwelesi punya najib bugis..kah kah on BENGGALI PUTEH
Anonymous
on 6/23/14
PONDAN KENA SEKSA
raja sembah singgahsana semayam semua hindu tu awat tak haram pulak kah kah kah pokoknya yang terpakai sendiri tu halal yg tak suka tu haram bongkok betui lah depa nie... semua dibolehkan sini asal ada jawatan kedudukan pangkat

yg kena tangkap selalu pondan curi telur pondan hisap kote pondan pakai perempuan tak puasa merokok kah kah kah awas ada plastik hitam beb.. nasi kandar buka bulan puasa... tak apa pulak tok breheng tak marah ke kah kah kah ada syeer kot dgn mamak tu kah ka kha on BENGGALI PUTEH
Anonymous
on 6/23/14

SATU INGATAN




-------

MAMPOSS TAK NAK

Posted: 23 Jun 2014 05:54 PM PDT




Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa, pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebenarnya turut mendapat tentangan daripada penjawat awam.

Rafizi berkata, bagi menambat semula hati penjawat awam, kerajaan terpaksa menawarkan pelbagai 'janji manis' kepada mereka.

"Hakikat bahawa  Najib   terpaksa menawarkan 'gula-gula' seperti itu kepada penjawat awam, mengesahkan tentangan hebat golongan itu kepada keputusan BN dalam melaksanakan GST.

"Jika tidak, masakan beliau sendiri terpaksa membuat pengumuman sedemikian rupa, apatah lagi dengan desakan Ceupacs (Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam)  agar gaji dinaikkan bagi membantu kakitangan awam berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup," katanya hari ini.



KAH KAH KAH

woit

gula  gula

mampos tak nak

kalau bagi

karipap rosmah

lagi mampoos

tak nak

KAH KAH KAH




---------

BUKAN HANYA ISWARA SAJE

Posted: 23 Jun 2014 07:30 AM PDT






ADA BANYAK LAGI
TT, banyak lagi perkataan hindu yg dimelayukan: ayah=ayya emak=amma putera=putra puteri=putri jentera=yantra raja=raja

bumi=bhoomi allah=alla dewa=deva dewi=devi manusia=manusya sentosa=santosha melayu=malaya singa=singgam gajah=gajendra

naga=naga bima=bheema sakti=shakti samudera=samudra bayu=vayu satria=kshatriya suria=surya sengsara=samsara 

budi=budhi cita=chitta jana=jnana syurga=swarga neraka=naraka jambu=jambhu dan byk lagi.. on ISWARA TUHAN HINDU
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 6/23/14


---------

KELAS FALSAFAH - RABU MALAM

Posted: 23 Jun 2014 06:30 AM PDT



KELAS FALSAFAH 
dan 
PEMIKIRAN KRITIKAL
rabu malam
jam 8:30
akan melihat filem matrix
dari kaca mata
 falsafah dan semiotik

sila datang lebih awal 
untuk menonton filem ini

pelajar dan pengikut kuliah
boleh menonton sama filem ini
melalui youtube

pada jam 8:30 hishamuddian rais
akam memberi analisa pengenalan 
dan penerangan struktur matrik
program pengenalan ini
boleh didengar kembali
dari
radio bangsar utama

jam 9:00 filem akan ditayang
sesudah penyangan
sila ikuti kembali radio bangsar
untuk mendengar
 perbincangan
dan 
pemahaman falsafaH matrix




SATU PERTANYAAN

Posted: 23 Jun 2014 06:00 AM PDT





WORLD CUP APA HUKUMNYA
Kalau bulan World Cup sokong pasukan Kristian Argentina, Brazil, Netherlands, Mexico, Perancis, atau Buddhis macam Korea Selatan atau lompat katak mari tendang orang mati pasukan Afrika, apa hukumnya....ke syurga ke naraka.... on ISWARA TUHAN HINDU
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 6:36 PM

-------

BENGGALI PUTEH

Posted: 23 Jun 2014 01:00 AM PDT





BENGGALI PUTEH



Perkasa mahu pancung kepala pengkhianat Sultan Selangor

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) memberi amaran akan memancung kepala mana-mana pihak yang masih enggan menghormati kedaulatan Islam dan mengkhianati kedudukan Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri.
Yang Dipertua Perkasa Negeri Sembilan Ruslan Kassim berkata, orang Islam kini diuji dengan golongan anti-Islam yang sengaja menimbulkan polemik berhubung isu kalimah Allah dan rampasan Bible berbahasa Melayu dan Iban daripada Persatuan Bible Malaysia (PBM).
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/perkasa-mahu-pancung-kepala-pengkhianat-sultan-selangor#sthash.vAYTDnBZ.dpuf


KAH KAH KAH

katakan lah
dizaman portugis dulu
sultan melaka
telah berjubur
dengan benggali puteh

kepala siapa
yang akan dipancung
oleh perkasa?

saje nak tanya
jangan ambil hati
kah kah kah

-----

ISWARA TUHAN HINDU

Posted: 22 Jun 2014 10:12 PM PDT







PERTANYAAN

betul ke kereta

iswara itu

dari nama 

tuhan hindu

apa hukumnya

naik iswara?

adakah haram

adakah halal

adakah makruh

saje  nak tanya











FACE BOOK

  • Helmi Hanafiah tp org hindu tak buat pon sbb dia tau itu kerja yg tak berfaedah...
    1 hr · Like · 1
  • Ahmad Danial Tahu takpe. Isu kecil diperbesarkan, isu besar buat tak nampak. Itulah Melayu Islam 
    1 hr · Like
  • Ahmad Danial Orang Melayu baca alquran yg ada kalimah Allah dr kecik tak teguh2 pun iman dia dgn Islam. Tapi bila terbaca Bible ada kalimah Allah terus terpengaruh dgn agama Kristian. Praise the Lord! Its a miracle!
    1 hr · Edited · Like · 1
  • Helmi Hanafiah ISwara tu nama tuhan hindu..takde la plak dgr org pakai kereta iswara tetibe murtad
    1 hr · Like


KAH KAH KAH



-------

DASAR TEPAT

Posted: 22 Jun 2014 09:08 PM PDT







KOMENTAR

tahniah!
ini dasar tepat
ini dasar menjaga 
kepentingan awam
bukan hanya
untuk melayu
untuk china
untuk india
tapi untuk anak semua bangsa

penswastaan ialah
rompakan harta negara
rompakan harta orang ramai 
rompakan harta milik bersama
rompakan harta anak semua bangsa

syarikat syarikat milik bersama saperti
tenaga nasional
sistem penerbangan mas
kereta api tanah melayu
dan dan dan
diagihkan kepada kroni

sebelum diswasta
keuntungan syarikat ini
masuk ke dalam dana negara
dana keuntunagn ini
boleh digunkan kan
untuk hospital jalan sekolah
dan dan dan

bila diswastakan
keuntungan masuk 
ke dalam poket para kroni
yeoh tiong lai
ananada krishanan
lim goh tong
daim zainuddin
vincent tan
syed mokhtar
dan dan dan

kerana ini penswastaan
wajib di lawan

NOTA
mana pak lebai berjubah
mana mufti berjanggut
mana agamawan  jual agama
kenapa tidak ada pandangan
tentang penswastaan?
terlalu berat untuk dikupas?
kah kah kah

ANAK MUDA 
BANGUN MELAWAN

Tolak penswastaan projek jana elektrik


Kuala Lumpur: Majlis Perundingan Melayu (MPM) mendesak kerajaan mengamanahkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk mengendalikan projek penjanaan elektrik di negara ini, bukan pihak ketiga. 

Setiausaha Agungnya, Dr Hasan Mad, berkata projek berkenaan tidak perlu diswastakan kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP) sedangkan TNB mempunyai keupayaan untuk mengendalikannya. »


----------

AL-FATIHAH

Posted: 22 Jun 2014 08:22 PM PDT




AL-FATIHAH


AJK PAS Pusat, Abu Bakar Chik meninggal dunia nahas jalan raya



Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Lebuhraya Pantai Timur (LPT), Bukit Besi jam 4.30 pagi tadi.
Pada masa ini, jenazah bekas Exco Terengganu (1999-2004) itu masih berada di Hospital Hulu Terengganu.
Abu Bakar merupakan bekas calon naib presiden pada muktamar tahun lalu dan pernah menjawat jawatan ketua Pemuda PAS.

NOTA
ketika bersih tiga
abu bakar cik wakil pas
telah diarahkan
menjaga kontijen jalan sultan
tukar tiub telah bersama arwah
di jalan sultan

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ajk-pas-pusat-abu-bakar-chik-meninggal-dunia-nahas-jalan-raya#sthash.JSctE23B.dpuf



---------

NASI PANGGUNG - PEGUMUMAN BULAN PUASA

Posted: 22 Jun 2014 08:15 PM PDT




NASI PANGGUNG 
PETANG KELMARIN


Bukan sengaja hidup tepi lorong ini,
Bukan sengaja makan mencari sini sana
Ini pilihan yang ada
Kota ini menekan, kota ini kisaran ganas,
Mungkin minggu ini kita berjumpa, minggu hadapan tak tahu lagi apa cerita
~ kisah celah lorong; warga kota
Menu dan para penyumbang hari ini:-
Tim Dapur Jalanan - Sandwich telor
Tim Syed Syahir - Roti Canai, Air Mineral
Tim Berjaya Kolej - Pasta Bolognese
Tim Polo Uitm Puncak Alam - Roti , Air Kotak
Kak Ogy Sekeluarga - Bubur Manis
Tim awek2 kek - Kek Keju, Kek Cokelat, Kek Pisang
Aisyah awek cun - Pisang
Tim Bundle - Pakaian
Pyanhabib Towkey Air Jalan Panggung

YANG DATANG MEMBANTU
Mereka yang sama kerja bakti; yang buat sibuk & buat ramai di Jalan Panggong:-
Aisyah Amira, Syu, Ajim, Afiq, Aisyah & Gutai, Acino mat brickfield
Fizz, Husin serta mat2 dan awek cun dari Berjaya Kolej
Muzz, Una, syafliq, luffi & Kawan2 dari MSU
Polo, Wan, Amirun & tim dari UiTM
Tim awek2 kek yg baik hati - Qish, Jus & Sit
Syilla, Nani, Sarah, Anne, Kak Ogy sekeluarga
Brader Pyanhabib, Azen kotak, Pak Malek Baretta, Tim bundle Shah Alam
 dan semua kawan2 yg hadir membantu, menghidang, basuh pingan, memeriahkan petang ahad di Jalan Panggong! 

YANG DATANG MENOLONG

PENGUMUMAN BULAN PUASA
Tuan, puan, adik, abang, kakak, awek cun sekalian!
Dapur Jalanan next week TUTUP KEDAI SEMINGGU!
Bulan puasa ini akan kembali dgn nasi panggong bersama warga tanpa rumah bermula pada 5 Julai ini pada setiap SABTU jam 10 MALAM.  
Siang mengikat perut,
malam bersama yang 'terjerut'
Sama bantu, Sama rasa

TERIMA KASIH SEMUA!
- Boleh dapatkan merchandise Dapur Jalanan KL, baju & button, di Bangsar Utama atau Jalan Panggung serta kroni-kroni yang berdekatan
- Untuk maklumat info, sila cari dan tekan like Facebook page DapurJalanan KualaLumpur dan follow twitter: dapurjalananKL & insta - dapurjalananKL
-

 Untuk yang mahu menyumbang boleh masuk ke akaun dapur jalanan
   8001-7278-49 spkl collective

-Untuk yang ingin sama-sama potong bawang atau sumbang makanan atau apa-apa nak disumbang boleh tekan number dibawah
  Pakwan = 019-2671285  atau Hadikhalid = 012-6648873
Dapur Jalanan Kuala Lumpur
 *Makanan Adalah Hak Anak Semua Bangsa*
22 June 2014

UNTUK INGATAN
  DAN 
KENANGAN

--------

TAK ADA PERTIKAIAN

Posted: 22 Jun 2014 07:48 PM PDT




JAKARTA 22 Jun - Tidak ada sebab kenapa kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam perlu dipersoalkan oleh pihak-pihak yang mempunyai agenda licik dan berniat jahat terhadap kestabilan yang dicapai...



KAH KAH KAH

woit

tak ada siapa

pertikai

tak ada siapa

persoalkan

dunia  akui

malaysia negara

sunni wal rasuah

i rest my case

my lord






-------