Selasa, 15 April 2014

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Janda ‘buruan seks’

Posted: 15 Apr 2014 10:54 PM PDT


Oleh Nabihah Nazam
Kuala Lumpur: Seorang janda resah apabila menjadi buruan puluhan lelaki miang yang menghubungi telefon bimbitnya dengan tujuan menagih perkhidmatan seks daripadanya sejak lebih sebulan lalu.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Chong, 35, berkata, gangguan itu bermula apabila identiti, gambar dan nombor telefon bimbitnya tersebar di sebuah laman web `Badoo' pada Februari lalu. 
Menurutnya, dia mensyaki identitinya itu disebarkan oleh bekas teman lelakinya bermotifkan dendam selepas dia membuat keputusan untuk menamatkan hubungan cinta mereka akhir tahun lalu. 

"Bekas teman lelaki saya yang bekerja sebagai pembantu jualan berusia 30-an tidak dapat menerima kenyataan dan kerap mengganggu saya selepas itu.
Foto
MANGSA menunjukkan ugutan yang diterimanya melalui pesanan ringkas yang dihantar bekas teman lelakinya.

"Tidak lama kemudian saya mula berasa pelik apabila berpuluh lelaki tidak dikenali mula menghubungi telefon saya selain menghantar mesej melalui `Whatsapp' untuk mengajak saya melakukan hubungan seks," katanya.

Dia yang pelik dengan kemunculan lelaki tidak dikenali itu terkejut apabila mendapat tahu semua mereka memperolehi nombor telefonnya dari laman web `Badoo'. 

PAS Tetap Akan Laksana Hudud - Hadi Awang

Posted: 15 Apr 2014 08:16 PM PDT


Diterbitkan: Selasa, 15 April 2014 7:03 PM

Abdul Hadi Awang.
  (Ubah saiz teks)
KUALA TERENGGANU: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu tetap akan melaksanakan undang-undang hudud sekalipun ditentang oleh DAP dan PKR, rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang.

Sambil menyatakan sokongan terhadap usaha kerajaan Kelantan mahu melaksanakan undang-undang itu, Abdul Hadi berkata hudud sudah wujud dalam PAS sebelum penubuhan pakatan.

"Ini benda yang (wujud) terlebih awal daripada pakatan pembangkang. Dengan sebab itu kita tak ada masalah untuk kemukakan (laksana hudud)," katanya yang ditemui di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu, di sini Selasa.

"Kita (PAS) tidak ada perjanjian dengan DAP dan PKR mengatakan kita tidak boleh laksana hudud," katanya lagi.

Isu undang-undang hudud menjadi 'duri dalam daging' dalam pakatan pembangkang apabila PAS tetap dengan pendirian mahu melaksanakan hukum itu sementara DAP dan PKR berkeras menolak.

Isu itu kembali panas susulan keputusan kerajaan Kelantan yang diteraju oleh PAS bercadang membawa usul hudud ke Parlimen bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember tahun ini.

Susulan itu, Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor beberapa kali membuat penegasan bahawa hudud tidak ada tempat dalam dasar pakatan pembangkang.

Sementara itu di KOTA BAHARU, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata PAS Kelantan akan bertemu dengan sekutu mereka bagi membincangkan isu berkenaan.

 "Kita nak berjumpa dan kita nak dengar apa alasan dia (DAP dan PKR) untuk tidak bersetuju dan mereka juga perlu dengar penjelasan kita. Soal dia nak setuju atau tidak, itu hak dia, kita tak paksa. 

"(Cadangan) undang-undang itu sendiri sudah diterima di Kelantan dan sudah lama sebelum adanya pakatan, sebab itu sudah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan. 

"Jadi (isu itu) tidak berbangkit kerana Pakatan Rakyat datang kemudian dan tidak berhasrat untuk laksana di peringkat negara cuma minta di Kelantan sahaja," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, Selasa.

Mengulas lanjut, Mohd Amar berharap anggota parlimen daripada DAP dan PKR, terutama yang beragama Islam dapat menyokong anggota parlimen PAS Kelantan apabila usul khas berhubung hudud itu dikemuka di Dewan Rakyat kelak.

Beliau juga berharap Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bekerjasama memberi penerangan mengenai hukum itu kepada bukan Islam.

"DHPP dari awal lagi dia sokong PAS dan dia tahu PAS ini nak menegakkan undang-undang Islam dan bila dia sokong PAS, makna dia bersedia menerima perjuangan PAS... jadi dia kena mainkan peranan menjelaskan kepada orang bukan Islam (mengenai hukum, hudud)," katanya.

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Tim Saifuddin: Nak menang PRU, sokong kami SIRI 11

Posted: 15 Apr 2014 06:35 AM PDT

Tim Saifuddin: Nak menang PRU, sokong kami

Kumpulan "Menuju Masa Depan" yang diketuai Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini memberi tawaran untuk memenangi Pilihan Raya umum ke-14 (PRU14).

Saifuddin berkata gagasan yang dibentangkan beliau dan sekutunya calon naib presiden Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar bakal membaris tiga tumpuan khusus bagi mencapai matlamat itu.

Antaranya adalah untuk menarik golongan muda pelbagai latar belakang menyertai parti kerana berdasarkan data pengundi, majoriti pengundi pada PRU14 bawah 30 tahun.

"Hanya 35 hingga 38 peratus anggota PKR di bawah umur 35 tahun. Kita mahu lebih 50 peratus golongan muda.

"Kunci kejayaan parti kelak adalah barisan pimpinan yang boleh mendekati dan menjiwai kumpulan pengundi muda ini," kata beliau dalam sidang media hari ini.

Saifuddin yang muncul bersama Rafizi dan Izzah hari ini turut mahu menarik pemimpin muda yang berada di luar parti untuk memastikan agenda mendepankan pemimpin muda dengan lebih tersusun.

"Lebih utama, bakat kepimpinan dari golongan muda yang belum menyertai PKR perlu dibawa masuk.

Muktamad pembahagian kerusi

"Satu program khusus untuk merekrut pimpinan muda dari golongan professional melalui program mentor dengan pimpinan kanan parti perlu diadakan segera supaya jumlah kepimpinan muda di dalam parti naik mendadak," katanya.

Dengan pengalaman beliau dalam jawatankuasa perundingan kerusi peringkat parti dan Pakatan Rakyat sejak 1999, Saifuddin berkata beliau akan memastikan rundingan kerusi dan calon bagi setiap kerusi dimuktamadkan secepat mungkin.

Beliau turut mensasarkan parti itu dapat menyaring dan memilih calon bagi setiap kerusi seawal Ogos depan dan rundingan dimuktamadkan selewat-lewatnya Mei 2015 kerana semua parti dalam Pakatan sudahpun mempunyai tempat masing-masing.

Katanya, pembahagian kerusi yang dibuat awal dapat mengelak 'kekecewaan' yang bakal menjejas persediaan jentera dan kontroversi dari parti sendiri.

"Kita dah ada kaedah yang 'established' (sedia ada). Kita ada beberapa peringkat kumpulan kerusi. Peringkat satu, kerusi yang sinonim dengan parti seperti Permatang Pauh untuk PKR, Marang (PAS) dan Tanjong (DAP). Ini tak boleh dituntut parti lain.

"Peringkat dua kawasan yang dimenangi dalam pilihan raya sebelum-sebelum ini. Parti lain tak boleh tuntut kawasan seperti Lembah Pantai dan Pandan. PKR tak boleh tuntut kerusi seperti Ipoh Timur dan Seputeh contohnya," katanya.
 

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Ceramah Anwar di jelajah Reformasi 2.0 Perlis malam ini

Posted: 15 Apr 2014 08:53 PM PDT

PerlisPADANG BESAR: 16 APR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ceramah sempena jelajah Reformasi 2.0 peringkat negeri Perlis, malam ini.
Program Reformasi 2.0 peringkat negeri Perlis bertempat di Markas Pas kawasan Padang Besar, Bukit Kerang, Beseri bermula jam 9 malam.
Selain Anwar, turut menyampaikan ceramah malam ini ialah Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution dan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Perlis, Mohammad Faisol Abdul Rahman.
Penduduk negeri Perlis dan mereka yang berada berhampiran lokasi program dialu-alukan hadir beramai-ramai.

Langkah Reformasi 2.0 untuk tendang BN, baiki institusi Malaysia, kata Rafizi

Posted: 15 Apr 2014 08:52 PM PDT


Pakar Strategi PKR, Rafizi Ramli bersama buku Reformasi 2.0 Fakta Kes Anwar Ibrahim: Di Mana Integriti Mahkamah? dalam temubual bersama The Malaysian Insider, baru-baru ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 16 April, 2014.Pakar Strategi PKR, Rafizi Ramli bersama buku Reformasi 2.0 Fakta Kes Anwar Ibrahim: Di Mana Integriti Mahkamah? dalam temubual bersama The Malaysian Insider, baru-baru ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 16 April, 2014.Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli amat jelas mengenai mesej utama yang dibawa dalam kempen Reformasi 2.0 terbaru parti itu, iaitu untuk menendang keluar kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi meperbaiki institusi Malaysia.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, beliau berharap untuk melakukan provokasi kepada generasi muda dalam mempersoalkan kebebasan kehakiman dan salah guna undang-undang supaya mereka boleh membangunkan komitmen terhadap keadilan dan reformasi sosial.
"Mereka tidak faham, dorongan untuk menewaskan BN sebenarnya bukan mengenai kuasa. Ia mengenai membaiki institusi dan apa yang perlu sejak dari awal," katanya kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur.
Beliau berharap seruan lantangnya itu jelas kedengaran menerusi buku terbarunya, Reformasi 2.0 Fakta Kes Anwar Ibrahim: Di Mana Integriti Mahkamah? Yang dilancarkan minggu lalu.
Rafizi berkata, buku itu tidak berniat untuk mencipta semula gerakan Reformasi pada 1988 yang wujud selepas penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kerajaan dan sabitan liwat pertama, hingga menyebabkan bekas timbalan perdana menteri itu dipenjara enam tahun.
"Generasi saya faham apa yang berlaku pada 1988 tetapi generasi lebih muda, yang kini berusia awal 20-an, tidak tahu. Apa yang mereka tahu ialah Anwar PKR dan ketua pembangkang yang ingin mengambil alih Putrajaya," kata ahli politik berusia 37 tahun itu.
Menjelaskan mengenai bukut itu, Rafizi berkata, ia bertujuan membangkitkan kesedaran di kalangan belia, terutama Melayu berumur antara 18 hingga 25, mengenai pentingnya menyelematkan kebebasan kehakiman yang didakwanya sudah "dicekik".
Katanya, buku itu memberi penjelasan kepada generasi muda ia bukan hanya isu harian, tetapi ia sebenarnya lebih daripada itu.
"Ia mengenai menyelamatkan institusi penting yang akan menafikan keadilan, kesaksamaan dalam cara lebih berakar umbi berbanding barang naik.
Read More / Baca Lagi >>

Demokrasi di Perak: Ikut cara BN

Posted: 15 Apr 2014 08:51 PM PDT

DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS

Apabila bercakap tentang sistem demokrasi 'Raja Berperlembagaan' dan Negeri Perak menjadi rujukan, sudah tentu satu dunia akan mengingati sejarah hitam 'rampasan kuasa' dalam krisis Perlembagaan seawal Februari 2009 yang lalu.

Walaupun rakyat Perak pernah melalui sejarah pahit tersebut selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13, 5 Mei 2013 yang memberikan kemenangan tipis kepada Barisan Nasional (BN) yang hanya lebih tiga kerusi sahaja seperti ia dimemenangi oleh Pakatan Rakyat (PR) pada PRU 12 yang lalu.

Apa pun, prinsip demokrasi yang menimpa PR di Perak tidak sama ketika BN menjadi pembangkang selama 11 bulan tersebut yang memperlihatkan asas demokrasi yang dipegang dan rakyat Perak khasnya melihat sendiri ketika itu apa yang telah berlaku.

Keutuhan sistem demokrasi di Perak yang boleh kita semua lihat tentang pengiktirafan kedudukan Ketua Pembangkang di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang menjadi rujukan penerimaan demokrasi yang ada, tetapi di Perak lain ceritanya.

Apabila di sebut mantan Menteri Besar Negeri Perak, Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin yang juga kini Ketua Pembangkang DUN Perak, Datuk Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir seolah-olah tidak akan memberi ruang atau mengambil sikap bersetuju.

Di dalam Persidangan DUN Perak baru-baru ini, Datuk Seri Zambry tidak akan sekali-kali mangatakan sikap bersetuju atau menerima cadangan untuk mengiktiraf kedudukan Ketua Pembanngkang bagi diberikan keistimewaan dengan kedudukan yang ada.
Read More / Baca Lagi >>

MIC gagal 50 tahun rangka hala tuju ekonomi kaum India

Posted: 15 Apr 2014 08:47 PM PDT

Oleh V Sivakumar
Kerajaan gagal untuk membantu meningkatkan status sosio-ekonomi kaum India di negara ini. Sejak kemerdekaan tidak ada apa-apa dasar ataupun program khas untuk membantu masyarakat India yang miskin. Kerajaan Perikatan mahupun Barisan Nasional tidak menunjukkan komitmen yang benar-benar serius dalam meningkatkan status sosio-ekonomi kaum India. Malah, terdapat banyak bukti kaum ini ditindas secara licik selama ini.

Parti MIC yang sepatutnya memperjuangkan hak kaum India pula menjadi 'Pak Angguk' kerana kepentingan dan kedudukan politik dalam kerajaan. Pemimpin ini menggadai kaum India yang sebenarnya memberi sokongan dan dokongan kepada Barisan Nasional sejak kemerdekaan. Kaum India dianggap sebagai kumpulan yang tidak signifikan dan boleh diketepikan apabila merangka apa-apa dasar pembangunan untuk negara.
Kerajaan Barisan Nasional dan MIC lupa sumbangan kaum India yang menjadi tulang belakang membangunkan negara ini sejak sebelum merdeka lagi. Siapa yang membuka dan membersihkan hutan untuk pertanian dan perladangan? Ramai di antara kita yang pura-pura melupakan sejarah yang ditulis dengan keringat kaum minoriti ini.
Perladangan merupakan sektor ekonomi yang paling utama bagi negara kita pada ketika itu. Memang tidak dapat dinafikan kaum India merupakan saraf tunjang dalam sektor ekonomi komoditi sebelum dan selepas Tanah Melayu mendapat kemerdekaan daripada British. Kaum India menjadi pekerja utama di ladang getah, kelapa sawit, kelapa, koko, teh dan lain-lain lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Media alternatif perlu berani, adil

Posted: 15 Apr 2014 08:46 PM PDT

Oleh  Shahrul Nizam Abd Hamid
Di sesetengah negara maju, media  alternatif (portal berita dalam talian) mempunyai peranan besar bagi mengetengahkan masalah dihadapi oleh golongan minoriti. Impak tulisan yang tersiar di media alternatif ini mampu menyedarkan masyarakat kebebasan bersuara bukan sahaja dimonopoli golongan majoriti. Secara tradisinya juga, media alternatif dilihat sebagai suara kumpulan minoriti.

Berbicara dalam konteks Malaysia, media alternatif banyak membuka mata masyarakat yang selama ini disogokkan dengan berita media arus perdana. Menjelang PRU12, media alternatif yang banyak mengutarakan isu korupsi,  penyelewengan dan salah guna kuasa berjaya mempengaruhi peratusan undi dan secara langsung menelanjangkan isu yang "disembunyikan" oleh media arus perdana.
Apa yang berlaku juga merupakan petanda media altematif wujud sebagai medium penting dalam penyampaian maklumat secara adil kepada masyarakat.
Saya  merupakan antara ribuan, bahkan mungkin antara jutaan pembaca tegar sumber berita media alternatif ini. Pada saya, media alternatif lebih adil, jujur, berani dan sentiasa memberikan maklumat yang saya perlukan.
Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini saya dapati ada beberapa isu semasa yang seolah-olah terlepas pandang dan tidak mendapat liputan media alternatif di negara kita. Antaranya krisis air di Lembah Klang dan isu yang melibatkan lukisan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said (Pak Samad) yang heboh diperkatakan orang sejak awal bulan ini.
Read More / Baca Lagi >>

The water war: Rakyat fighting back

Posted: 15 Apr 2014 08:45 PM PDT

The water ration is fast becoming a test of stamina, endurance and fortitude.

It is definitely unacceptable for the water ration exercise to continue for another three more months as announced last week. The water ration should end on April 30. Period! There has been rain in April so no more excuses should be given by the relevant water authorities.
WaterEveryone affected by the water ration has had enough of this nonsense. There are some like this columnist and this columnist's friend, the PAS Harakah newsletter editor, Ahmad Lutfi Othman who have been suffering this inconvenience since March 1.
As for the people of Balakong in Selangor, they were suffering since mid-February.
This columnist had spoken to a neighbour who has three schoolgoing children who admitted that on the days when there is no water, she does the washing in her sister-in-law's house. The same goes for another neighbour who has four daughters – she washes clothes in her relative's house on non-water days.
These people are not lessening their twice a day clothes-washing activity and when asked why so, they replied that their children need to change clothes regularly due to being active in sports and martial arts.
A neighbour who has three small children, including an infant, had complained that the government is silly to implement water rationing as the usage will also be the same albeit the rakyat have to be inconvenienced.
This is because people will store enough water for usage on the non-water days and when the water arrives, there will be frenzied activity due to the rush in doing housework as well as storing water again.
"This water ration only gives me more 'stretch' and I am going to get high blood pressure because of the 'stretch'," said an elderly lady who manages a snack kiosk. (She probably means 'stress' although 'stretch' is also applicable as one's energy limits are being stretched.)
Certainly our energy is stretched to the limit as we have to work fast when the water supply comes. Who knows while washing clothes halfway, the water pump spoils and suddenly we will be without water supply again. We must also organise our household in conjunction with the water ration timetable.
A long duration of water rationing will give a bad impression to foreign investors and we can ill-afford it at a time like this.
Don't blame the weather
Read More / Baca Lagi >>

Air: Undang-undang darurat boleh dikuatkuasa

Posted: 15 Apr 2014 08:44 PM PDT

ganguan air
KUALA LUMPUR - Malaysia boleh menguatkuasakan undang-undang darurat jika bekalan air terawat masih di tahap bahaya menjelang musim kering pada pertengahan Mei.

Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia S. Piarapakaran berkata Malaysia berkemungkinan akan dilanda musim panas untuk kali kedua namun paras empangan sehingga kini masih tidak mencapai tahap minimum 55 peratus.

Katanya, tahap kapasiti simpanan air mentah di negeri Selangor perlu melebihi kadar 55 peratus bagi mengelakkan Lembah Klang sekali lagi menghadapi krisis bekalan air.

"Lembaga Urus Air Selangor telah menetapkan tahap minimum 55 peratus kapasiti simpanan air mentah perlu dicapai.(Bagaimanapun) kapasiti bagi empangan Sungai Selangor masih dalam lingkungan 37 peratus sahaja (setakat ini).

"Jumlah kapasiti air terawat yang boleh diagihkan daripada loji perawatan air kira-kira 2,500 juta liter sehari (JLH), dan ini menyebabkan lebih daripada 50 peratus bekalan air di Lembah Klang bergantung kepada empangan Sungai Selangor," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Piarapakaran berkata jika perkara ini tidak ditangani dengan segera, kerajaan berkemungkinanan harus mengumumkan darurat dan menguatkuasakan Seksyen 56 Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006.Read More / Baca Lagi >>

Apabila Hidup Mula Bercatu

Posted: 15 Apr 2014 08:43 PM PDT

Oleh Eyman Hykal
BUAT seminggu dua ini, memandu di dalam hujan sepulang dari pejabat menimbulkan keseronokan. Hati berasa riang melihat air yang menyimbah skrin kereta. Kalau boleh, biarlah pengelap cermin diputar hingga ke kelajuan maksima, menandakan hujan turun mencurah, memberi makna bumi menjadi basah, air di empangan dah melimpah dan akhirnya catuan air sudah tak payah.

Negeri Selangor, negeri termaju yang mempunyai penduduk teramai dan industri yang terbanyak sedang mengalami krisis air. Mereka di zon satu menerima catuan sejak ia dikuatkuasakan. Ertinya sudah lebih sebulan mereka menerima bekalan air berjadual. Buat mereka yang baharu sahaja dikenakan catuan, ia adalah sesuatu yang bisa mencetus panik dan mengubah gaya hidup seisi keluarga.
Bilik air yang cantik sudah dipenuhi tong, tempayan dan baldi. Menjirus pokok pun menggunakan air basuhan sayur dan beras. Pinggan mangkuk kaca sudah diganti dengan peralatan plastik. Buat suri rumah, hujan yang turun pun boleh menimbulkan dilema di antara suka dan bimbang. Suka kerana hujan yang turun mungkin akan menamatkan catuan. Tetapi ia juga bererti baju yang bersidai di ampaian susah pula nak kering. 

Walau apa pun, umum nampaknya semakin bersedia secara mental untuk mengharunginya. Kekalutan membeli tong, tempayan dan baldi nampaknya berkurangan kerana surirumah  sudah melengkapkan logistik di kediaman masing-masing. Jika sebelum ini, anak yang ke sekolah dibekalkan minuman manis, kini air putih menjadi keperluan untuk minuman dan membersih diri.

Pencatuan itu memaksa kita belajar kembali untuk menjimatkan air. Sebelum ini, kita bukannya tidak pernah alami kemarau hingga air terpaksa dicatu. Ataupun sekali-sekala pernah juga rumah tak berair kerana paip pecah. Tetapi, apabila bekalan air stabil kembali, kita lupa pada latihan penjimatan yang telah kita lakukan. Perbuatan tinggal perbuatan dan bukannya amalan.
Read More / Baca Lagi >>

Pertahanan: Kenapa M’sia beli mahal, negara lain murah?

Posted: 15 Apr 2014 08:42 PM PDT

KUALA LUMPUR: Usaha menaik taraf sistem pertahanan negara mesti dimulakan dengan siasatan terhadap laporan penyelewengan dalam pembelian peralatan pertahanan, kata Ketua Penerangan PAS Puat, Datuk Mahfuz Omar.

Sambil menyokong kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk menaik taraf sistem pertahanan negara, beliau berkata, jika usaha menaik taraf sistem pertahanan itu tidak dimulakan dengan siasatan terhadap laporan penyelewengan tersebut, usaha itu tidak akan berjaya.

"Mesti disiasat mengapa negara lain beli peralatan pertahanan yang sama dengan harga yang jauh lebih murah.

"Kenapa Malaysia beli dengan harga yang berlipat kali ganda lebih mahal, sedangkan yang dibeli adalah benda yang sama," katanya.

Hishammuddin sebelum itu menyatakan, wujud keperluan untuk menaik taraf sistem pertahanan negara bagi memperkukuh kawalan keselamatannya pada masa depan susulan tragedi pesawat Malaysia Airlines MH370.

Katanya, langkah itu perlu selepas ada keperluan mendedahkan maklumat sulit radar ketenteraan dalam pencarian pesawat yang hilang pada 8 Mac lepas.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Masih Selamat: Teresa Kok mangsa terbaru cubaan ragut

Posted: 15 Apr 2014 08:41 PM PDT


Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok menjadi mangsa terbaru jenayah apabila cuba diragut berhampiran kediaman keluarganya di Sentul, Kuala Lumpur, oleh dua lelaki bermotosikal.

Dalam kejadian di Taman Rainbow itu, suspek cuba meragut rantai leher tetapi setelah Teresa menjerit, dia melarikan diri tanpa berjaya mendapatkannya.

Mangsa dan dua anak saudaranya berumur 11 dan lima tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Teresa membuat laporan polis di balai polis Sentul pada tengah hari semalam.

Menurut polis, setakat ini tiada tangkapan dibuat dan pihak berkuasa menyeru sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes ini supaya tampil menyalurkannya.

Polis juga berkata akan menambah kekerapan rondaan dan tindakan pencegahan di sekitar kawasan berkenaan.

Kelemahan isu keselamatan gambaran kerajaan lemah, kata Musa Hassan

Posted: 15 Apr 2014 08:39 PM PDT


Keselamatan negara adalah cerminan kepada kekuatan pentadbiran sesebuah negara, kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Gambar fail The Malaysian Insider.Keselamatan negara adalah cerminan kepada kekuatan pentadbiran sesebuah negara, kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Gambar fail The Malaysian Insider.Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata isu keselamatan perlu diberi penekanan utama kerana ia mencerminkan kekuatan pentadbiran sesebuah negara.
Katanya, kerajaan akan dianggap lemah jika terdapat kelemahan dalam soal keselamatan.
"Jika soal keselamatan tidak dijaga, orang akan cakap kerajaan lemah, itu sebabnya pemimpin perlu baiki ciri keselamatan dalam negara," katanya pada forum bertajuk Situasi Melayu Pasca PRU13 yang diadakan di Kuala Lumpur, malam tadi.
Beliau berkata, berdasarkan pemerhatiannya, perubahan polisi yang membabitkan politik menyukarkan pegawai kerajaan untuk mempertingkat keselamatan negara.
"Pemimpin kena percaya kepada pegawai kerajaan kerana mereka tahu apa yang mereka perlu buat. Mereka jaga keamanan dan keselamatan kalau ubah polisi mereka kena ikut," katanya.
Musa berkata, perkara itu pernah dibangkitkan  pada mesyuarat Kabinet ketika beliau masih lagi menjadi ketua polis negara.
Read More / Baca Lagi >>

Pemburu bangkai yakin pencari jumpa kawasan MH370 terhempas, lapor SMH

Posted: 15 Apr 2014 08:39 PM PDT


Bluefin-21 diturunkan dari kapal Ocean Shield milik Australia di Lautan Hindi untuk mengesan sebarang petunjuk yang boleh dikaitkan dengan bangkai pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu. Gambar Reuters.Bluefin-21 diturunkan dari kapal Ocean Shield milik Australia di Lautan Hindi untuk mengesan sebarang petunjuk yang boleh dikaitkan dengan bangkai pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu. Gambar Reuters.Seorang pemburu bangkai yakin pasukan mencari sudah menemui kawasan di mana pesawat Malaysia Airlines MH370 terhempas dan kotak hitam dipercayai akan dikesan tidak lama lagi, lapor Sydney Morning Herald (SMH).
Pengarah Blue Water Recoveries, Davied Mearns, dalam program 7.30 ABC semalam, berkata beliau yakin berdasarkan kepada kekuatan mereka, empat ping yang dikesan kapal tentera laut Australia, Ocean Shiled minggu lalu adalah dari kotak hitam.
"Saya fikir, pada asasnya mereka sudah menemui kawasan bangkai," SMH memetiknya sebagai berkata dalam program berkenaan.
"Walaupun kerajaan masih belum mengumumkannya lagi, jika seseorang tanya saya 'secara teknikal adalah mereka mempunyai maklumat mencukupi untuk berkata demikian?', jawapan saya jelas, ya.
"Mereka terima empat pengesanan yang sangat baik dengan spectrum bunyi yang tepat datang dari mereka dan ia tidak boleh daripada benda lain," katanya.
Mearns, seorang warga Amerika, dianugerahkan pingat Order of Australia kerana berjaya menemui bangkai kapal HMAS Sydney pada 2008, iaitu 66 tahun selepas ia hilang di Lautan Hindi ketika Perang Dunia Kedua.
Beliau juga membantu dalam operasi mencari bangkai pesawat Air France 447 di Lautan Atlantik pada 2011, lapor SMH.
Read More / Baca Lagi >>

China helping or hurting search for Flight 370?

Posted: 15 Apr 2014 08:25 PM PDT

Underwater vehicle aborted MH370 search due to depth

Posted: 15 Apr 2014 08:25 PM PDT

Bluefin-21 battles harsh under water depths

Posted: 15 Apr 2014 08:24 PM PDT

Nurul Izzah: Many Malaysian Will Fall Under The Poverty Trap

Posted: 15 Apr 2014 08:23 PM PDT

Rafizi Ramli: Siasatan Telah Memula Terhadap Papagomo

Posted: 15 Apr 2014 08:22 PM PDT

Nurul Izzah: Important To Highlight & Ask Everyone To Condemn The Abuse Of Power By The Police

Posted: 15 Apr 2014 08:21 PM PDT

Saifuddin Nasution: Rundingan Awal Dengan 2 Parti Adalah Satu Langkah Yang Praktikal

Posted: 15 Apr 2014 08:21 PM PDT

Rafizi Ramli: Government Failed To Attract R&D From Private Sector Into The Country

Posted: 15 Apr 2014 08:20 PM PDT

Daripada Menteri Amaran Menjadi Menteri Penafian

Posted: 15 Apr 2014 04:39 PM PDT

Ramai yang memuji keupayaan Hishammuddin Hussein dalam mengendalikan sidang akhbar, menjawab soalan dan memberi penjelasan, terutamanya daripada asakan soalan media asing sepanjang tugasnya sebagai pemangku Menteri Pengangkutan berkaitan kehilangan pesawat MH370.

Caranya menjawab soalan-soalan wartawan dikatakan cukup meyakinkan, tenang dan menunjukkan beliau memang membuat persiapan yang sewajarnya sebelum setiap kali sidang akhbar itu diadakan.

Kemampuannya berhadapan dengan media bukan saja menunjukkan beliau lebih baik berbanding Perdana Menteri, Najib Razak yang dua kali membaca kenyataan akhbar mengenai tragedi MH370, sekali di Kuala Lumpur dan sekali lagi di Perth, tetapi mengelak untuk disoal jawab oleh wartawan, bahkan gaya dan stail yang ditunjukkan oleh Hishammuddin itu mengingatkan kita kepada kemampuan yang ditunjukkan oleh Anwar Ibrahim dalam aspek yang sama, terutama ketika dalam kerajaan.

Baik ketika bersama kerajaan dulu, mahupun sebagai Ketua Pembangkang sekarang, kemampuan Anwar berhadapan dengan media, baik tempatan mahupun asing, tidak perlu dipersoalkan lagi. Melihat kebolehan Hishammuddin itu, seperti menunjukkan beliau mempelajari sesuatu daripada apa yang pernah ditonjolkan oleh Anwar sebelum ini.

Hanya berbekalkan kebolehan mengendalikan sidang akhbar berkaitan kehilangan pesawat MH370, kelemahan dan kelembikan beliau sebelum ini, khasnya ketika menjadi menteri dalam negeri seakan-akan telah dilupakan.
Read More / Baca Lagi >>

Hudud: Kelantan sedia beri taklimat kepada kabinet

Posted: 15 Apr 2014 04:34 PM PDT

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan sedia memberi taklimat mengenai pelaksanaan hudud kepada wakil rakyat Barisan Nasional (BN) termasuk menteri kabinet bagi membolehkan mereka mendapat gambaran lebih jelas.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, taklimat khas juga akan diberi kepada pemimpin PAS peringkat pusat yang tinggal di luar Kelantan.

"Apabila selesai di peringkat parti kita akan perluaskan taklimat kepada kompenan Pakatan Rakyat membabitkan PKR dan DAP.

"PAS Kelantan bukan hendak memaksa mereka, penjelasan diberikan bagi memberi alasan mengapa hudud perlu dilaksanakan," ujarnya selepas perjumpaan dengan NGO di Dewan Teratai di sini, semalam.

Program tersebut dirasmikan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob. Hadir sama sama anggota Exco, Dr Ramli Mamat dan wakil-wakil NGO dari seluruh Kelantan.

Menurut Mohd Amar, PAS pusat bersetuju terhadap usaha yang dilakukan itu dan menyokong langkah kerajaan Kelantan.
Read More / Baca Lagi >>

Hudud: PAS sokong penuh tindakan Kelantan - TG Hadi

Posted: 15 Apr 2014 04:33 PM PDT

KUALA TERENGGANU: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, terpulang kepada mana-mana parti termasuk dalam Pakatan Rakyat untuk menyatakan pendirian mereka terhadap usaha perlaksanaan hudud di Kelantan.

Ini kerana katanya, tidak ada sebarang perjanjian untuk menghalang PAS daripada mengemukakan Rang Undang-Undang  (RUU) Persedirian berhubung perlaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 negeri itu ke Parlimen.

"Isu hudud di Kelantan ini mendahului Pakatan Rakyat. Ianya sejak tahun 90an. Awal lagi sebelum ada Pakatan Rakyat.

"Dengan sebab itu tidak ada masalah untuk kita kemukakan (RUU Persendirian).

"Adapun pendirian parti lain, terpulang kepada mereka. Kita konsisten dalam isu ini," kata beliau yang ditemui di luar Dewan Undangan Negeri Terengganu, di sini semalam.

Beliau juga menjelaskan bahawa PAS menyokong penuh tindakan Kerajaan Kelantan pimpinan Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob yang mahu mengemukakan RUU Persedirian itu selewat-lewatnya Disember tahun ini.

Isu hudud kembali diperkatakan selepas Kelantan mengumumkan akan mengemukakan Rang Undang-Undang Persedirian (RUU) berhubung perlaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 negeri itu ke Parlimen.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita: Balasan ketuk kepala adik yang cacat

Posted: 15 Apr 2014 04:00 PM PDT

MOHD. NOOR (kiri) diiringi anggota polis di Mahkamah Majistret, Kota Bharu, Kelantan semalam.

KOTA BHARU – Perbuatan seorang abang mengetuk kepala adiknya yang cacat tangan kanan dengan bongkah kayu pemotong daging berbalas apabila dia didenda RM1,500 dan diarah membayar pampasan kepada mangsa sebanyak RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.
Majistret Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman itu setelah tertuduh, Mohd. Noor Mamat, 58, mengaku bersalah dan mempertimbangkan keterangan impak mangsa.
Nik Habri turut memerintahkan Mohd. Noor dipenjara selama tiga bulan sekiranya gagal membayar pampasan tersebut.

Malaysia Kita: Kecoh di Stadium Perak

Posted: 15 Apr 2014 03:57 PM PDT

Ipoh: Empat penyokong Perak ditahan polis kerana merusuh dengan membaling batu, suar, mercun dan pelbagai objek ke dalam padang serta penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas menyaksikan pasukan mereka tewas 1-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, di sini malam tadi.
Kekecohan itu turut mengakibatkan jurgambar NSTP Supian Ahmad dan beberapa penyokong JDT turut cedera akibat dibaling objek keras termasuk batu.
Harian Metro yang turut berada di Stadium Perak difahamkan, dua anggota polis termasuk FRU turut cedera pada mata dan kepala akibat dibaling batu oleh penyokong terbabit.

Kekecohan dikatakan mula tercetus di bahagian tempat duduk penyokong pelawat apabila sebahagian besar penyokong tuan rumah menyerbu dan membaling pelbagai objek.
FotoPASUKAN Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa menyembur air untuk menyuraikan penyokong Perak di luar stadium. FOTO Muhaizan Yahya.

Supian yang sedang merakamkan kekecohan itu turut menjadi mangsa apabila secara tiba-tiba dibaling batu oleh penyokong Perak mengakibatkan kecederaan ringan dan terpaksa diberi rawatan pasukan perubatan.

Situasi semakin tegang menyebabkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mengarahkan penyokong JDT masuk dan berkumpul di padang bagi mengelak daripada dibaling dan bertembung dengan penyokong Perak yang semakin tidak terkawal.
Read More / Baca Lagi >>

Tukar Tiub

Tukar Tiub


MACAM MANA BACA AKHBAR MALAYSIA

Posted: 15 Apr 2014 06:30 PM PDT






KOMENTAR

kilang terbakar hanya terbakar
tak bahaya

lori bawa bahan radio aktif terbalik
hanya terlingkup tak bahaya

inilah dia media malaysia

tapi rakyat makin sedar
cara membaca akhbar malaysia

Bomba sahkan tiada kebocoran radioaktif

KUALA LUMPUR 15 April - Bomba mengesahkan tiada sebarang kebocoran bahan radioaktif yang berlaku di kilang Synergy Health, Rawang dekat sini hari ini.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, kebakaran hanya melibatkan kotak-kotak sarung tangan yang perlu melalui proses radiasi untuk memastikannya selamat digunakan. - UTUSAN MELOYO ONLINE



KAH KAH KAH

woit .... kah kah kah...
ingat macam mana
baca akhbar
di malaysia 
kah kah kah

--------

LAGI KES TIPU

Posted: 15 Apr 2014 06:00 PM PDT


TIADA SELIAAN KETAT DAN PERTANGGUNGJAWABAN DALAM GERAN MOSTI

Sementara sepenuh perhatian diberikan kepada projek-projek besar yang dikendalikan Umno/Barisan untuk memastikan ketirisan dan rasuah tidak berlaku, sejumlah dana yang besar telah dibelanjakan setiap tahun melalui geran-geran yang dikendalikan oleh Kementerian Sains, Teknolgi dan Inovasi (MOSTI).

Ekoran dari Laporan Ketua Audit Negara 2013 yang memberi tumpuan kepada prestasi pengurusan Skim Jaminan Dana Pembiayaan Teknologi Hijau, saya telah mengambil langkah untuk menyemak prestasi dan seliaan yang terbabit ke atas geran-geran yang dikendalikan oleh MOSTI kerana ia melibatkan kementerian yang sama.

Hasil semakan ke atas laporan-laporan tahunan MOSTI, pewartaan dan berita, jumlah dana kerajaan seperti berikut telah diagihkan sebagai geran Penyelidikan & Pembangunan (R&D):

§  Mengikut Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9), RM1.7 bilion telah diperuntukkan bagi tahun 2006 hingga 2010 bagi tujuan R&D

§  Di antara tahun 2009 hingga 2013, sejumlah RM1.152 bilion telah dibelanjakan sebagai geran R&D iaitu sebanyak RM900 juta kepada Tabung STI (ScienceFund, Technofund, Innofund, Human Capital Development Fund), sebanyak RM246 juta kepada Tabung CRDF (Commercialization of R&D Fund) dan sebanyak RM6 juta kepada Tabung TAF (Technology Acquisition Fund)

Jumlah RM1.152 bilion bagi tempoh terkini bukanlah satu jumlah yang kecil. Jumlah ini sudah tentu menimbulkan kontroversi jika tidak memberikan pulangan yang sewajarnya bila mana kerajaan Barisan Nasional terus memotong subsidi untuk menjimatkan perbelanjaan, sedangkan jumlah yang dijimatkan itu dibelanjakan pula kepada geran-geran R&D seperti ini.

Semasa meluncurkan MOSTI Commercialisation Year 2014, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi  Dr Ewon Ebin mengakui bahawa hanya 20 hasil kajian R&D yang dikomersilkan setiap tahun. Beliau juga mengakui kadar itu rendah dan mensasarkan supaya ia ditingkatkan 3 kali ganda iaitu 60 hasil kajian yang dikomersilkan setiap tahun.

Kenyataan menteri itu membayangkan bahawa walaupun kerajaan membelanjakan lebih RM1 bilion dalam tempoh 5 tahun, hanya 20 hasil kajian R&D yang berjaya dikomersilkan setiap tahun. Ini adalah satu jumlah pengkomersilan yang cukup rendah jika dibandingkan dengan jumlah dana awam yang dibelanjakan kerajaan.

Ia menimbulkan persoalan – ke manakah sebenarnya dana ini digunakan? Benarkah ia digunakan sepenuhnya bagi tujuan pengkomersilan R&D atau ia digunakan bagi tujuan-tujuan lain?

Dalam dua minggu ini, saya akan mendedahkan beberapa penyalahgunaan dana R&D MOSTI yang menunjukkan bagaimana dana awam digunakan bagi tujuan selain dari R&D. Ia juga akan menunjukkan bagaimana kaedah geran (memberi wang tanpa perlu dibayar balik) digunakan sewenang-wenangnya untuk membantu individu tertentu sedangkan rakyat biasa berdepan kesukaran untuk mendapatkan pinjaman, apatah lagi geran.

Malah, salah satu dari keputusan yang memberi geran MOSTI pada jumlah yang sangat besar dan menimbulkan tanda tanya melibatkan campur tangan Najib Razak sendiri.

Pendedahan-pendedahan ini saya harap dapat membuka mata rakyat agar kaedah pemberian geran dan peruntukan dana yang berbilion ringgit yang tidak telus dikaji kembali dalam keadaan rakyat menghadapi kesukaran harga barang naik kerana potongan subsidi.

Sidang media yang seterusnya adalah pada hari Jumaat, 18 Mei jam 10 pagi mengenai penyalahgunaan dana MOSTI.


RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi

15 April 2014


---------

APA TERJADI PADA TIAN CHUA

Posted: 15 Apr 2014 07:13 AM PDT




MALAM KELMARIUN 
TIAN CHUA 
DI KEPONG
MATA MATA


Polis ke Perompak nih?... main rampas jer barang2 peribadi Ahli Parlimen PR hanya semata2 kerana takutkan rakyat bangkit pada Black14! Dah ada waran tu tak payahlah sampai rampas2! Cuba runding elok2!
Polis rampas telefon, ipad Tian Chua ketika mesyuarat!
Polis merampas seunit komputer tablet dan telefon bimbit milik Tian Chua, ketika Ahli Parlimen Batu itu sedang menyertai satu mesyuarat di Hotel Armada di Petaling Jaya, malam tadi.
Tian berkata, rampasan itu berikutan tulisan beliau di twitter yang didakwa polis sebagai 'menghasut'.
Menurut beliau, operasi pada kira-kira jam 7.30 itu dijalankan di hadapan umum oleh sepasukan polis berpakaian preman yang membawa waran geledah.
"Pasukan serbuan polis mengepung Hotel Armada seolah-olah mereka mahu menangkap penjenayah besar dan mereka menghina saya di khalayak umum di hadapan tetamu saya.
"Rakan-rakan, saya kini tidak boleh dihubungi…Celakalah negara polis!," kata Tian yang juga Naib Presiden KEADILAN di twitter.
Beberapa jam sebelum polis menyerbu dan merampas alat telekomunikasi berkenaan, Tian menulis mengenai Black 14 – merujuk kepada tarikh 14 April 1999 apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan kesalahan untuk kali pertama atas tuduhan rasuah.

--------

SIAPA DIA KANG KONG INI

Posted: 15 Apr 2014 06:53 AM PDT





ASAL USUL KANG KONG
Profesor kangkung ialah seorang akademia yg berjaya mndapat jawatan profesor kerana pelbagai kecemerlangan akademia KECUALI menulis buku, artikel dlm jernal berwasit & tidak berwasit. Mereka ini biasa nya menumpang, menenggek, menunggang hasil penulisan para pelajar nya samada pd peringkat paeca ijazah / sarjana muda dgn alasan mrk ada hak terhadap karya para pelajarnya setelah bertungkus lumus mnyelia kerja2 mrk. 

Memndangkn para profesor kangkung ni tidsk pernah menghasilkn penulisan(kecuali Phd )nya, mrk tk tahu nk membezakn dantara karya para pelajarnya yg patut dtumpang /dbuang ke dlm longkang. Oleh itu bnyk universiti d Msia telah berjaya mngeluarkn kangkung2 atas usaha para kangkung oleh krn ini dlm kawalan mrk.

Tpi sayang nya penerbitan buku ilmiah & penulisan djurnal berimpak tinggi tidsk selaras dgn bilangan graduan dokter fslsafah yg dkeluarkn oleh universiti melalui profesor kangkung ini. Sebab utama semestinya berpunca dari kangkung2 yg tumbuh dlongkang itu tidak layak on SUARA SAEKOR KANG KONG
Publish | Delete | Spam
Anonymous

on 4/15/14

--------

BILA AZMIN NAK SAMAN?

Posted: 14 Apr 2014 10:30 PM PDT





JANGAN BUAT FITNAH

tolong jangan buat fitnah
nanti azmin merajuk
terus pergi umrah

saman 
jangan tak saman
ini fitnah besar
kalau tak saman
ini kesah benar

KAH  KAH KAH



DARI FACE BOOK


Jangan sesiapa lupa bagaimana Azmin susun sebuah 'kartel' besar menjadi calon proksinya ketika PRU-13... Akhirnya Azmin dapat 12 MP di dalam tangan, iaitu jumlah yang hampir cukup untuk mengembalikan majoriti 2/3 Barisan Nasional...


  • Shahrum Subang nasib ko lah labuu...kali ini tak sama yg dulu...
    4 hrs · Like · 1
  • Muhammad Saufi Mi'ad Kite nk lepas ni jgn bagi azmin jadi pengarah pilihanraya lagi....
    Pastu kite tgk apa reaksi die !
    Dgn jawatan itulah die kumpul kekuatan dgn meletakkan calon yg pro dgn die utk ugut anwar !

    Kamarul baharin abbas negeri sembilan adalah org kanan die yg mnyusun setiap calon2 yg pro dgn die...+
    4 hrs · Like · 1
  • Dio Sani Samm Akhirnya n9 punah!
    4 hrs · Like
  • Muhammad Saufi Mi'ad Tapi malangnya dan bangangnya, semua yg nk lawan kamarul baharin, jadi garang lepas dah kene game !

    Masa awal2 dulu kite dah susun, masing2 playsafe !
    Penakot !
    Bile dah kono cong,baru nk jadi rimau ! Nk jadi singo !
    Lambek dahhh !
    Nazrul Aznan betol tak?
    4 hrs · Like · 4
  • Abdul Halim Ab Samad Den lamo tau dah . Korang x nak cayo.
    4 hrs · Like · 2
  • Khairooll Anuar Almegat Calon parlimen hulu slngor pn disailang oleh proksi azmin dgn meletakkn khalid jaafar sbg calon.. akhirnya jentera & bilik gerakan mati kerana boikot dlmn.. akhirnya bn menang dgn majoriti selesa..
    4 hrs · Like · 4
  • Dio Sani Samm "Selamatkan keADILan"
    4 hrs · Like · 1
  • Bazlan Shah emmm....adekah die punya pasal sampai ade di letakkan calon yg di ragui akan keperibadiannya??? sperti kes di trg....
    4 hrs · Like
  • Dio Sani Samm Salah satu punca PR gagal tawan putrajaya...
    4 hrs · Like · 1
  • Nazrul Aznan Muhammad Saufi Mi'adbtul...sehingga ada yg mengatakan kami cuba rosakkan pru13 ditelok kemang selepas bt pc menolak kamarul bahrin abas
    4 hrs · Edited · Like · 3
  • Syed Kach It is difficult as a leader like Azmin to choose its people. May be whom he chose has leadership quality. We are created with different strength. It is always easy to throw stone to glass wall and break it than to build one.
    4 hrs · Like
  • Muhammad Saufi Mi'ad Semua kebodohan ! Semua penipuan ! Semua percaturan busuk ! Dtg dari azmin ali...

    Namun malangnya, yg berani mlawan hnya segelintir !
    ...See More
    4 hrs · Like · 3
  • Khairooll Anuar Almegat Ingat x sape yg bunyi supaya jgn lg heret rkyt utk trun jln raya isu blackout sblum ni.. dgn alasan rkyt da letih.. azmin ni mmg perlu ditukar.. naikkan timbln yg baru.. da semak da tngok die ni..
    2 hrs · Edited · Like · 1
  • Makio Afix Ayob Samm Tiada Azmin Tiada Anwar,
    Tiada Anwar Tiada Azmin...
    Quote paling bangang
    2 hrs · Like · 1
  • Charles Endion Esuh Reject la dia


KAH  KAH KAH

--------

SUARA SAEKOR KANG KONG

Posted: 14 Apr 2014 09:28 PM PDT




Ahli keliru jika Anwar, Azizah kekal tanding



SHAH ALAM - Pemilihan PKR bagi jawatan presiden bakal menimbulkan kekeliruan kepada ahli parti sekiranya Anwar Ibrahim dan DaWan Azizah Wan Ismail terus bertanding.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, persaingan suami isteri itu bakal mengundang perspektif negatif jangka pendek daripada ahli PKR.

"Bagi ahli di peringkat akar umbi mereka tahu apa yang dirancang oleh ketua mereka tetapi bagaimana pula dengan ahli biasa yang tidak mengikuti perkembangan secara mendalam parti berkenaan.

KAH  KAH KAH

siapa tahu
kang kong ini sekolah dimana?

siapa tahu
apa buku kang kong ini tulis?

siapa tahu
di mana kang kong ini beli...opps ..dapat ijazah

siapa tahu 
kang kong ini ketua cawangan mana?

siapa tahu
apa itu kang kong?



--------

JANGAN TERPERANGKAP

Posted: 14 Apr 2014 08:28 PM PDT



KUALA LUMPUR 14 April - Pas dilihat keseorangan dalam mencapai hasrat parti itu untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan apabila terus mendapat tentangan daripada DAP. Terbaru, DAP menegaskan, kesemua...

KUALA LUMPUR 14 April - Pas Kelantan terus menerima tekanan daripada rakan sekutunya untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini bertegas mematuhi perjanjian...


KOMENTAR


hudud ini di jadikan alat
untuk pecahkan pakatan
jangan terperangkap

justeru


hudud ke

dudud ke
pudpud ke
judjud ke
tudtud ke
budbud ke
semua tak penting

yang penting 
ialah  rakyat bangun
gulingkan
united malays national organisation


KOMENTAR

---------

INI MAKLUMAT SAHEH

Posted: 14 Apr 2014 07:58 PM PDT




     KOMENTAR

najib tak berani jawab
terpaksa rosmah yang jawab

dolah kok lanas kata najib pengecut
najib menikus takut

inilah jantan takut bini


  1. Najib pengecut , kata Dollah Kok Lanas | Free ...

    www.freemalaysiatoday.com/.../n...

    Translate this page
    Free Malaysia Today
    Najib pengecut politik, kata Dollah Kok Lanas. FMT Staff. | April 14, 2014. Ramai tidak puas hati situasi sekarang - satu kenyataan walaupun pahit- mereka ...

MH370: Baling batu sembunyi tangan pengecut namanya, kata Rosmah

Suami perdana menteri, Rosmah Mansor berharap masyarakat menghentikan sebarang spekulasi berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 demi menjaga hati dan emosi ahli keluarga penumpang dan anak kapal.
"Jangan buat spekulasi selagi tidak dapat maklumat sahih. Saya harap seluruh dunia dapat memikirkan perasaan kaum keluarga 239 orang yang menaiki pesawat itu," katanya.
Rosmah berkata, sesiapa yang mempunyai maklumat sahih dan berkredibiliti perlu tampil ke depan dalam usaha ke arah mengesan pesawat itu yang hilang sejak 8 Mac lalu.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit..BETUL  CAKAP BIK MAMA INI... kah kah kah..

kah kah kah..MESTI ADA MAKLUMAT SAHEH... kah kah kah..

kah kah kah... TAK ADA FAKTA JANGAN CAKAP... kah kah kah

     MAKLUMAT SAHEH


1- rosmah mansor ada tahi lalat
 hidup  di muka
2 -  tahi lalat bawa sial pada najib
3 - rosmah mansor menjanda 3 kali
 anwar musa tammbi kecik tak masuk kira
4 - berat rosmah mansor ialah 368 kilo
5 - sehari rosmah  makan 43 kilo
6 - sehari rosmah berak 23 kilo
7 - sehari rosmah kencing 3 tong drum minyak
8 - rosmah 7 tahun lebih tua dari najib
9 - rosmah masuk ke rumah mengereng
10 - semua pintu di pejabat najib diubah suai



---------

PROGRAM DEMO HARI BURUH

Posted: 14 Apr 2014 07:28 PM PDT



PENGUMUMAN

DEMO 1 MEI

petang kelmarin
jawatankuasa penaja
hari 1  mei telah bermesyuarat
 di ibu pejabat pas
jalan raja laut
mesyurat telah dipengerusikan oleh
tuan haji mat sabu

keputusan telah dibuat:
perhimpunan bermula jam 2 ptg
berarak dari brickfeilds
berarak dari sogo
berarak dari masjid negara
bersarak dari dataran maybank
berarak dari klcc


PEMIMPIN HIMPUNAN

himpunan  brickfeilds - pemuda dap
himpunanmasjid negara - pemuda pas
himpunan  sogo - amk
himpunan dataran  maybank - pempinan parti
di klcc ngo akan berhimpun

--------