Rabu, 5 Mac 2014

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Celaka .....Siti Kassim Gelar Orang Melayu Bodoh

Posted: 05 Mar 2014 08:08 PM PST


Wednesday, 05 March 2014 
Written By Safiq Yaacob
Rakyat News

PUTRAJAYA 5 Mac - Seorang peguam yang kononnya membawa imej keamanan semasa perhimpunan umat Islam mempertahankan Kalimah Allah di Istana Kehakiman hari ini menggelarkan orang melayu bodoh.

Siti Kasim yang hadir membawa bunga sebagai lambang keamanan mendakwa, tindakan kira-kira 2000 orang yang berhimpun tersebut adalah sia-sia kerana tidak semua bangsa melayu di negara ini menyokong tindakan mereka.

Rakyat News


"Apa yang mereka buat ini menunjukkan melayu itu bodoh dan mudah diperbodohkan.

"Mereka tidak mewakili setiap rakyat di Malaysia kerana masih ramai lagi penduduk di Malaysia yang menyokong penggunaan Kalimah Allah ini," katanya kepada pemberita di perkarangan Istana Kehakiman di sini.
 
alt

Siti memberitahu isu penggunaan Kalimah Allah ini merupakan perkara yang kecil dan tidak perlu diperbesarkan oleh umat Islam di Malaysia.

Katanya, tindakan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang mengetuai perhimpunan tersebut adalah bahaya dan mengancam keselamatan orang lain.
"Kita tidak mahu timbul perbalahan hanya kerana 'satu perkataan', kenapa umat Islam di Malaysia terlalu 'istimewa', perkataan Allah telah digunakan oleh pelbagai masyarakat di seluruh dunia.
 
Rakyat News

"NGO-NGO yang hadir hari ini tidak membawa suara orang-orang melayu dan tindakan mereka ini sebenarnya sangat ganas dan mampu menimbulkan ancaman keselamatan terhadap rakyat di negara ini," ujarnya.

Siti turut mengetuai kumpulan Melayu Islam yang dipercayai turut menyokong tuntutan COMANGO dan telah menyampaikan bunga kepada paderi sebagai tanda sokongan penggunaan kalimah Allah kepada penganut kristian selepas sidang mahkamah ditangguhkan. - rakyat news

Khalwat : Wajah isteri tidak sama dengan kad nikah

Posted: 05 Mar 2014 05:21 PM PST

Oleh Iskandar Shah Mohamed
Melaka: Akibat terlalu panik, seorang lelaki dikatakan cuba memperdayakan penguat kuasa dengan menunjukkan kad nikah ketika dicekup dengan kekasih gelapnya dalam satu operasi cegah maksiat di sebuah hotel bajet di sekitar bandar raya ini, awal pagi semalam.
Difahamkan, dalam serbuan jam 2 pagi, lelaki lingkungan 30-an itu sanggup memaklumkan kononnya sudah bernikah dengan wanita berusia 20-an berkenaan.
Namun, pemeriksaan mendapati wajah wanita pada kad nikah itu tidak sama dengan wajah sebenar pasangan yang dicekup bersamanya di bilik hotel terbabit.
Selepas disoal siasat, kedua-dua mereka mengaku belum berkahwin dan bapa kepada empat anak itu dikatakan sedang dalam proses perceraian dengan isterinya.
Perkara itu dibongkar sepasukan 25 pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang menjalankan Ops Ambang Tahun Baru di hotel bajet di sekitar Ujong Pasir dan Plaza Mahkota, di sini, bermula kira-kira jam 12 tengah malam.
Dalam operasi empat jam yang turut mendapat kerjasama polis itu, sebanyak 16 hotel diperiksa dan seramai tujuh pasangan berusia 16 dan 48 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Sepasang warga Indonesia berusia 28 dan 30 tahun turut dicekup bersama seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang didakwa anak mereka walaupun gagal menunjukkan sebarang dokumen berkaitan status pernikahan.
Mendedahkan perkara itu, Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa JAIM Zuruliman Zakaria berkata, operasi itu dijalankan bagi mengesan pasangan terutama remaja yang mengambil kesempatan melakukan maksiat sempena tahun baru.
"Ia lebih memfokuskan kepada hotel bajet menjadi tumpuan kepada pasangan beragama Islam yang bukan mahram disyaki membuat perkara maksiat di bilik hotel disewa mereka," katanya.
Foto
WANITA warga Indonesia yang didakwa sudah berkeluarga turut ditahan dalam operasi JAIM, semalam.

"Justeru, pemeriksaan di premis berkenaan yang membawa kepada penahanan tujuh pasangan atau 12 individu termasuk seorang remaja perempuan berusia 16 tahun," katanya yang mengetuai operasi itu.
Menurut beliau, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 iaitu berkurung yang mendatangkan syak.

"Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya," katanya.

Bill Gates - orang paling kaya di dunia

Posted: 05 Mar 2014 06:20 AM PST

Washington: Bill Gates kembali ke kedudukan teratas senarai tahunan orang paling kaya di dunia yang dikeluarkan majalah Forbes, semalam.
Berdasarkan pengumuman yang dibuat majalah berkenaan, dengan nilai bersih hartanya yang berjumlah AS$76 bilion (RM 249.5 bilion), pengasas Microsoft itu kembali menduduki tangga teratas senarai selepas empat tahun berada di belakang jutawan komunikasi Mexico, Carlos Slim Helu.
 Amanico Ortega dari Sepanyol yang menjadi pengasas konglomerat pakaian, termasuk rangkaian fesyen jenama Zara, berada di kedudukan ketiga dengan kekayaan berjumlah AS$ 64 bilion (RM 210.1 bilion). 

Ikon pelaburan Warren Buffet yang menguruskan Berkshire Hathaway Inc dan sering menjadi rakan kongsi Gates, berada di tempat keempat dengan harta AS$ 58.2 bilion (RM 191.1 bilion) manakala pengarah Oracle Corp di tempat kelima dengan AS$ 48 bilion (RM157 bilion).

Gates menduduki tempat pertama sebanyak 15 kali dalam tempoh 20 tahun.

Sementara itu, senarai bilionair Forbes meningkat daripada 1,426 orang tahun lalu kepada 1,645 dengan taksiran kekayaan bernilai kira-kira AS$6.4 trilion (RM21 trilion).

Senarai terbaru itu juga menyaksikan 10 peratus daripada mereka wanita 172 orang berbanding 138 tahun sebelumnya.

Pewaris Wal-Mart Stores Christy Walton menduduki tangga teratas dalam senarai wanita dan tangga ke sembilan secara keseluruhan dengan jumlah kekayaan AS$ 36.7 bilion (RM 120.5 bilion).

Warga Perancis Liliane Bettencourt yang kebanyakan kekayaannya datang daripada syarikat kosmetik L'Oreal menduduki tangga kedua senarai wanita dan ke-11 keseluruhan dengan harta berjumlah RM113.2 bilion.

Pengasas Google, Larry Page dan Sergey Brin berada di kedudukan 17 dan 19 dengan kekayaan RM106 bilion dan RM104 bilion manakala pemilik Amazon.com Jeff Bezos di antara mereka dengan harta RM105 bilion.

Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, 29, menggandakan kekayaannya kepada RM93.5 bilion berada di tangga ke-21.

Bekas Datuk Bandar New York yang bersara dua bulan lalu, Michael Bloomberg berada di tangga ke-16 dengan RM108.3 bilion yang datang dari hasil syarikat media miliknya.

Mengikut Forbes, kekayaan jutawan Brazil, Eike Batista jatuh lebih AS$300 juta (RM985.2) daripada RM34.8 bilion menjadikannya orang yang mengalami kerugian paling teruk tahun ini.

Ia berlaku apabila empayar industri minyak dan sumber semula jadinya runtuh akibat hutang dan pengeluaran yang merudum.

Secara kasarnya, dua per tiga daripada bilionair dunia atau 1,080 orang menjadi kaya menerusi hasil usaha mereka sendiri.

Amerika Syarikat mencatatkan senarai paling ramai bilionair dengan 492 diikuti China, 152 dan Russia, 111.

Algeria, Lithuania, Tanzania dan Uganda masing-masing mempunyai seorang bilionair. - AFP

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)


Perbicaraan rayuan Gereja Katolik kes "ALLAH": Protes di Istana Kehakiman Putrajaya

Posted: 05 Mar 2014 04:30 AM PST


Kesian tengok pakcik yang pegang kad tulis orang putih yang dia sendiri tak paham apa yang di tulis, Dah orang bagi dia pegang, dia pun pegang la. Mana lah dia tau yang dia akan jadi bahan ejekan orang ramai di media sosial angkara orang yang tulis tu pun sebelum ni jarang jarang jumpa perkataan "agama" di tulis dalam bahasa inggeris.

Kalau ada pun masa isi borang minta kerja kat kilang, itu pun kena tanya kerani kilang tu "Ruangan religion ni nak tulis apa?".

Bila dah nak tujuk perasaan kat paderi kristian maka kena la tulis orang putih lalu teringatlah kembali kerani kilang bagitau dia Religion itu maksudnya agama. Tapi dalam samar samar tu nak eja Religion di tulisnya Region....

Maka jadilah bahan ketawa sehingga kanak kanak, ada juga yang terpinga pinga kenapa islam hanya untuk 'wilayah' saja?. Lain kali tulis melayulah pakcik... paderi tu pun paham melayu aih..kalau tak, buat apa dia nak tulis injil dalam bahasa melayu...

Macam lirik lagu Spider...

Menyesal aku dulu malas baca

Cakap inggeris engkau pelat lidah

Nasib la baik pernah ku hafal

lagu Nirvana..........


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


[LIVE tertunda ][BM16][040314] Janji Dicapati - Ustaz Shamsuri Hj Ahmad

Posted: 05 Mar 2014 05:45 AM PST


Mat Zain buat laporan polis terhadap Shafee kerana menipu

Posted: 05 Mar 2014 05:42 AM PST

Mat Zain buat laporan polis terhadap Shafee kerana menipu

MAT_ZAINKUALA LUMPUR 5 MAC: Bekas Ketua Pegawai Siasatan Jenayah IPK Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim membuat laporan polis terhadap peguam Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kerana menipu.

Laporan tersebut menyatakan bahawa Shafee melakukan kesalahan apabila menyembunyikan bahan bukti dari perbicaraan yang kemudiannya menyebabkan satu kenyataan bersumpah (SD) Mat Zain tidak dapat diterima.

Menurut Mat Zain, Shafee telah membuat penegasan bahawa terdapat percanggahan nombor kad pengenalan Mat Zain dalam writ saman dengan SD Mat Zain.

"Shafee seterusnya mendakwa saya telah memanipulasi SD saya untuk menyembunyikan atau mengelirukan mahkamah berkaitan iddentiti saya.

"Shafee selanjutnya menghujahkan bahawa akibat daripada percanggahan nombor kad pengenalan yang disengajakan menjadikan SD saya sebagai satu dokumen yang tidak bernilai.
"Malahan menjadikannya sebagai dikumen keterangan dengar-cakap (hearsay-evidenge) sahaja," kata Mat Zain dalam laporan yang dibaca Keadilandaily.

Menurut Mat Zain, penghujahan itu dibuat Shafee di hadapan Mahkamah Rayuan pada 18 Disember 2013 yang menyentuh perkara mustahak untuk memperdayakan Mahkamah Rayuan supaya membuat keputusan memihak kepada Shafee.

Kenyataan lain dalam kandungan laporan itu turut menyatakan, Shafee disyaki melakukan kesalahan menggunakan keterangan yang tidak benar dan/atau palsu dan mengelirukan dalam penghujahan bertulis bertarikh 18 Disember 2013.

Laporan polis dibuat pagi ini di Balai Polis Batu 14, Hulu Langat, Kajang

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=59861


“Mengapa Mahkamah tergesa2 tetapkan tarikh rayuan Fitnah II?

Posted: 05 Mar 2014 05:38 AM PST

"Mengapa Mahkamah tergesa2 tetapkan tarikh rayuan Fitnah II?

n_surendranKUALA LUMPUR 5 MAC: Naib Presiden KEADILAN, N Surendran mempersoalkan rasional Mahkamah Rayuan tergesa-gesa menetapkan tarikh perbicaraan rayuan kes Fitnah II oleh kerajaan minoriti BN.

Menurut Surendran, perbicaraan rayuan kes Fitnah II terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berlangsung pada hari Khamis dan Jumaat, 6 dan 7 Mac ini.

Tambahnya, rayuan untuk pengurusan kes ditetapkan pada 28 Februari, namun peguam Anwar menerima panggilan dari Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan meminta tarikh bicara antara 7 Mac dan 10 Mac 2014.

"Kami terganggu dengan penetapan tarikh yang luar biasa cepatnya di mana telah ditetapkan pada 6 dan 7 Mac.

"Perlu diingatkan bahawa tarikh yang tetapkan Mahkamah Rayuan adalah pada malam hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Kajang," kata Surendran dalam kenyataan.

"Mahkamah berkeras menetapkan 6 dan 7 Mac sebagai tarikh rayuan. Tarikh itu ditetapkan walaupun peguam Anwar menyatakan bahawa mereka tidak ada masa pada tarikh itu," ujarnya.

mahkamah_Katanya, lebih menghairankan pada 12 Februari lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan rayuan Fitnah II sementara menunggu keputusan rayuan Anwar di Mahkamah Persekutuan atas permohonan untuk memanggil semula Jude Pereira.

Walaubagaimanapun melalui tindakan luar biasa, Shafee Abdullah memfailkan permohonan membatalkan rayuan Jude Pereira.

Malah kata Surednran, sehingga 6 Mac, Anwar memfailkan petisyen rayuan untuk memanggil Jude Pereira di Mahkamah Persekutuan.

"Lebih menghairankan Mahkamah Persekutuan dibenarkan menolak rayuan Jude Pereira pada 4 Mac, keputusan jelas salah dalam undang-undang," kata Surendran.

"Mengapa tergesa-gesa menetapkan tarikh rayuan itu walaupun sebelum mendengar keterangan Judy Pereira? soal Surednran.

fitnah2"Harus diingat bahawa rayuan Fitnah II adalah perkara yang mempunyai kepentingan awam. Mahkamah perlu jujur dan telus dalam menguruskan rayuan Fitnah II.

"Rakyat Malaysia mempunyai hak sepenuhnya untuk mengetahui pendedahan berkaitan permohonan ini.


"Kami dengan ini menyeru Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan untuk mendedahkan sebab penetapan yang begitu tergesa-gesa berhubung tarikh rayuan Fitnah II," kata Surendran.


VIDEO: DAIM ADALAH MENTERI KEWANGAN PALING KORUP

Posted: 05 Mar 2014 05:33 AM PST





RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Laporan Audit: Mengapa 9 kertas siasatan syor ditutup?

Posted: 05 Mar 2014 08:52 PM PST

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Wilayah Persekutuan kesal dengan pihak Peguam Negara yang bertindak menyerahkan semula 9 kertas siasatan dengan syor menutup kes.

Kertas siasatan tersebut adalah daripada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran daripada beberapa kes pendedahan yang terdapat dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.

"Saya minta pihak Jabatan Peguam Negara mendedahkan 9 kertas siasatan berkenaan dan justifikasi supaya kes-kes tersebut disyorkan untuk ditutup," ujar Timbalan Ketuanya, Nurul Islam Mohamed Yusoff kepada Harakahdaily.

Katanya, Jabatan Audit Negara telah melakukan audit dengan berkesan, bagaimana pihak SPRM dan Jabatan Peguam Negara dengan begitu mudah 'mengenepikan' dakwaan salah laku yang telah didedahkan.

Ini, tambah beliau bukan kecuaian kecil dalam melaksanakan prosedur pentadbiran dan kewangan, ia adalah keraguan yang munasabah untuk disiasat dan diadili dengan sewajarnya.

Sebagai contoh, katanya dalam kes Projek Taman Dusun Bandar yang pernah diutarakan oleh Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan sebelum ini.

Tambahnya, terdapat satu kontrak untuk membekalkan 6 komponen peralatan playground dengan kos berjumlah RM194,200.
Read More / Baca Lagi >>

Prof Dr Agus: Perlu Elak Kenyataan 'Bunuh Diri Sendiri'

Posted: 05 Mar 2014 08:47 PM PST

SPR umum PRK Dun Balingian 29 Mac, Penamaan 17 Mac

Posted: 05 Mar 2014 08:39 PM PST


Pengerusi SPR menetapkan 29 Mac sebagai tarikh membuang undi PRK DUN Balingian. Gambar fail.Pengerusi SPR menetapkan 29 Mac sebagai tarikh membuang undi PRK DUN Balingian. Gambar fail.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan 29 Mac sebagai tarikh mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian selepas PRK Kajang yang ditetapkan pada 23 Mac selesai diadakan.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata tarikh pengundian awal adalah pada 25 Mac manakala tarikh penamaan calon ditetapkan pada 17 Mac.
Aziz berkata, daftar pemilih yang akan digunakan ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2012 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan (DPT) suku pertama, kedua, ketiga 2013 dan dikemaskinikan sehingga 27 Februari 2014.
Beliau berkata demikian ketika mengumumkan tarikh PRK berkenaan pada pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas mengenai PRK DUN Balingian di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya, hari ini.

Sukarnya umat Islam mencari pemimpin hebat, tulus

Posted: 05 Mar 2014 07:25 PM PST

Oleh MOHAMAD SABU
FIRMAN Allah SWT bermaksud: "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).

"Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik." (Surah Ali Imran, ayat 110)

Umat Islam dijanjikan oleh Allah SWT untuk menjadi umat terbaik, memimpin manusia, memimpin alam, memimpin sekalian makhluk di atas muka bumi ini. Dengan erti kata lain,  menjadi khalifah di atas muka bumi ini.

Syaratnya ialah mereka hendaklah sebagai manusia yang menyeru kepada kebaikan, menentang kemungkaran dan mereka itu juga beriman kepada Allah SWT.
Dijamin lagi bahawa, tiada agama lain di sisi Allah. Firman-Nya bermaksud: "Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam." (Surah Ali Imran, ayat 19)
Apa yang kita lihat mutakhir ini, zaman ini, umat Islam hanya membangga dan berbangga dengan kisah-kisah sejarah kejayaan umat Islam terdahulu, kegemilangan pemerintahan di zaman Nabi Muhammad s.a.w., zaman empat khalifah Al-Rasyidin, zaman Umar Abdul Aziz, zaman kegemilangan di Andalusia (Sepanyol) dan di zaman awal pemerintahan Uthmaniyah termasuk Sultan Muhammad Al-Fateh, zaman awal pemerintahan Moghul di India, pemerintahan Islam di Mesir dan di utara Afrika.
Semua cerita ini yang membanggakan umat Islam di atas ketamadunan, pengetahuan ilmu dalam segala bidang yang diterokai dan dijelmakan oleh orang Islam itu sendiri.
Terlalu banyak kisah kerajaan terdahulu, pemimpin-pemimpin utama, kisah kehidupan dan pemerintahan rakyat di zaman khalifah dan kisah keadilan pemerintahan di zaman Umar Abdul Aziz.
Kisah kehebatan imam-imam terutama yang melahirkan empat mazhab utama dan pengikut-pengikutnya. Kisah kehebatan Ibnu Rush, kisah kehebatan Ibnu Sina, kisah kehebatan Ibnu Qaldun dan yang lain, kalaulah kita hendak senaraikan mereka yang berjaya menjulang tamadun dan kehebatan pemerintahan dan kehidupan umat Islam yang terdahulu.
Sekarang ia menjadi bahan sejarah, menjadi renungan, dan kadangkala apabila kita membaca kisah-kisah lama, berserilah muka kita sebagai seorang Islam, tersenyum sendirian mendengar dan membaca kisah kekalahan mereka yang mencuba menghadapi dan melawan dengan pemerintahan dan tamadun Islam ketika itu.
Sekarang umat Islam pula yang ketinggalan dalam segala bidang. Sedangkan semuaa pihak tetap mengakui bahawa Islam itu adalah jalan yang terbaik - "Islam itu tinggi, dan tiada apa yang lebih tinggi daripada Islam…"
Tetapi kita hendaklah berusaha, untuk menjelmakan kembali watak-watak yang telah membina tamadun Islam itu.
Read More / Baca Lagi >>

‘Derita Baling’ permulaan kebangkitan rakyat

Posted: 05 Mar 2014 07:23 PM PST

Oleh DR RIDUAN MUHAMMAD NOR
BALING menoreh sejarahnya yang tersendiri dalam negara kita. Wilayah agraria ini yang bersempadan dengan Thailand adalah daerah merah gerila bintang tiga memupuk kekuatan sehingga Perjanjian Baling antara pihak kerajaan dan Parti Komunis Malaysa (PKM) diadakan pada tahun 1955.

Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj tidak menerima tuntutan PKM yang dipimpin oleh Chin Peng, menyebabkan pertembungan terus berterusan yang menelan korban yang bukan sedikit. Baling sekali lagi dikejutkan dengan kebangkitan rakyat yang didokong oleh gerakan mahasiswa dalam peristiwa Baling 1974, berakar daripada harga getah yang merudum yang membawa penderitaan kepada rakyat.
Rakyat jembel mengikat perut, inflasi juga menikam tajam kantung ekonomi mereka, akhirnya gerakan mahasiswa dengan pelbagai jalur ideologi menyatukan kekuatan.
Kebangkitan rakyat Baling akhirnya memicu kebangkitan gerakan mahasiswa. Bantahan awam akhirnya terseret ke ibukota kuala Lumpur, ribuan anak muda kampus universiti yang berhimpun di Padang Kelab Selangor.
Himpunan mahasiswa seterusnya membawa tangkapan besar besar an pimpinan mahasiswa di bawah ISA, seketika negara gempar dengan kebangkitan rakyat dan mahasiswa.
Peristiwa ini membawa kepada pindaan Akta Universiti Dan  Kolej Universiti (Auku) pada tahun 1975, seterusnya meng heret zaman gelap gerakan mahasiswa berdekad- dekad selepas itu.
Baling juga menjadi titik tumpuan negara apabila berlakunya peristiwa berdarah Memali pada 19 November 1985, dimana seramai 14 orang penyokong PAS telah terkorban dalam tragedi pertembungan akibat salah arahan rehim BN.
Read More / Baca Lagi >>

Kelaparan mampu membangkitkan rakyat

Posted: 05 Mar 2014 07:22 PM PST

Alhamdulillah, setelah masuk bulan yang ketiga dalam tahun 2014 ini, kita masih terus diberi kesempatan untuk menikmati sebuah kehidupan yang walaupun sesak dan sarat dengan tekanan, namun apabila berada di landasan memperjuangkan agama Allah, pastinya kita akan berada dalam ketenangan.

Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sudah mula diedarkan kepada seluruh penerima yang layak menerimanya. Sejak 22 Februari lalu, ramai yang berpusu-pusu ke Mesin Wang Automatik (ATM) untuk mengeluarkan wang BR1M.
Ada yang tersenyum riang kerana dapat bayaran BR1M berjumlah RM650, ada yang pulang dengan hampa kerana permohonan tidak diluluskan, dan ada juga yang mengeluh mengapa hanya menerima RM450.
Pelbagai persepsi, pelbagai ragam dan pelbagai watak, ada yang terlalu gembira (khasnya yang bujang), ada pula yang umpama tiada perasaan, kerana bagi mereka wang RM650 tidak ber tahan lama, paling tinggi sehari dua.
Dengan wang tersebut, mereka hanya boleh membeli belah dua atau tiga kali sahaja, itupun di pasaraya-pasaraya borong seperti Mydin dan Tesco. Kenaikan harga barangan menyusutkan nilai wang RM650.
Kenaikan harga barangan, ke san berantai kenaikan harga minyak usai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nyata mencetak satu kekangan kepada nilai wang dalam kantung rakyat.
Kemudian, rakyat berdepan pula dengan kenaikan tarif elektrik yang kini mencecah 15 peratus, yang akhirnya menyumbang kepada peningkatan kos pengeluaran di kilang-kilang, dan menyebabkan harga barangan melambung sekaliganda.
Rakyat dikejutkan lagi dengan berita penurunan harga getah dari pada RM4.00 sebelum ini dan kini hanya sekitar RM2.30 sahaja.
Ramai di kalangan penoreh getah adalah penerima BR1M. Namun, apalaha sangat BR1M berjumlah RM650 jika harga pasaran getah kini turun mendadak.
Terdapat penoreh yang terpaksa mengikat perut berdepan de ngan penurunan harga getah ini. Di Kedah sendiri sudah dua kali himpunan aman digerakkan penoreh bersama PAS membantah penurunan harga getah dan mendesak kerajaan peduli isu harga getah.
Gerakan kebangkitan yang sedang berlaku hari ini di Baling dan di Kedah secara umumnya mengimbau semula kenangan lam pau. Harga getah yang turun menjunam menyebabkan penoreh getah semakin tertekan.
Read More / Baca Lagi >>

BR1M macam Jepun beri duit

Posted: 05 Mar 2014 07:21 PM PST

Oleh Subky Latif
MAKA berebut-rebutlah rak yat yang terpaksa menanggung kos hidup yang tinggi untuk duit BR1M yang dihadiahkan oleh kerajaan Barisan Nasional. Bukan main suka mereka mendapatnya seolah-olah lupa mereka akan kesengsaraan hidup dalam kos hidup yang melambung itu. 
Apa yang dapat saya katakan tentang pemberian itu? Saya teringat semasa Tunku Abdul Rahman Putra menjadi Perdana Menteri dulu. Dia pergi ke Jepun untuk membincangkan bantuan kewangan daripada negara itu. Saya tidak pasti apakah bantuan dalam bentuk apa jua diperolehi atau tidak. Tetapi dalam sidang medianya Tunku menyebut tentang bantuan Jepun itu. Katanya, "Jepun beri kita segenggam, tapi dia ambil dua genggam."
Maka hebohlah orang kita tentang hubungan dengan Jepun itu.
Dalam hubungan antarabangsa, siapa ada beri sesuatu tanpa mahukan sesuatu. Amerika beri bantuan ketenteraan kepada Mesir, mungkin ia kata percuma, tetapi ia suruh Mesir robohkan semua terowong tikus ke Palestin.
Mampuslah Palestin dan jangka panjangnya Mesir pun mampus.
Maka kita menerima logik, apabila orang memberi, kita membalas. Tetapi tidaklah macam Jepun.
Diberinya segenggam melalui tangan kanan, diambilnya dua genggam daripada tangan kiri.
Yang adilnya ialah dia beri segenggam, dia ambil segenggam.
Barulah adil namanya. Tetapi dengan memberi segenggam dan ambil balik dua genggam, mampuslah pihak yang dibantu.
Maka apa yang dikatakan kebaikan BR1M itu, samalah dengan duit bantuan Jepun itu. Adapun Jepun itu ia beri dulu, kemudian baru dia ambil.
Akan BR1M sebagai bantuan kos hidup itu diambil beberapa genggam dulu, sesudah masingmasing menjerit bagai nak mati gara-garanya, barulah dibaginya segenggam.
Mula-mula pentadbiran PM Najib Razak ambil duit rakyat menaikkan harga minyak RON dan diesel. Memang minyak sentiasa naik, tetapi naik ini kali mencolok mata. Naik dulu kira sen saja, tetapi naik kali ini kira kupang. Lepas itu diambilnya pula duit rakyat dengan menaikkan harga gula.
Berkupang-kupang juga. Tengah semua orang bising, dinaikkannya tarif elektrik sambil cuba memahalkan tol lebuh raya.
Setelah kerajaan dimaki hamun dan Perdana Menteri disumpah seranah, tidak jadi tol naik. Ia naik kan juga tarif elektrik.
Proses membunuh rak yat Apa yang berlaku itu ia memulakan proses membunuh rakyat.
Ia sebenarnya menolong golongan peniaga. Bukan semua rakyat yang dibunuhnya tetapi ia menghidupkan penjual secara mencolok mata. Orang meniaga suka dengan semua kenaikan. Ia memberi peluang kepada mereka menaikkan barang mereka niaga.
Minuman naik, makanan naik dan apa jua bahan makanan naik kecuali, kata Perdana Menteri, "kangkung saja murah." Apabila semua orang beli kangkung, bodoh penanam dan penjual kang kung tidak menaikkannya.
Read More / Baca Lagi >>

Sokongan rakyat bantu Mejar Zaidi bertahan hadap Mahkamah Tentera

Posted: 05 Mar 2014 07:12 PM PST

Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi Ahmad amat bersyukur dengan sokongan dan tawaran bantuan yang diterimanya sejak tiga minggu lalu apabila mendedahkan beliau akan dihadapkan ke mahkamah tentera kerana mendedahkan kegagalan dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), tahun lalu.
Juruterbang yang berpangkalan di Butterworth, Pulau Pinang itu berkata, beliau terharu dengan kata sokongan dan tindakan bertimbang rasa yang diberikan oleh ahli politik, badan bukan kerajaan dan orang awam.
Ramai yang meluahkan rasa menyampah dan tidak percaya kerana seseorang diheret ke mahkamah ketenteraan kerana bersikap jujur.
"Ada yang datang mengucapkan tahniah kepada saya dan memberikan sokongan mereka, ucapan yang baik-baik dan kata-kata semangat.
"Ada juga yang masih takut memberikan sokongan secara terbuka, walaupun di Facebook, mungkin kerana takut ia menjejaskan kerjaya mereka. Tetapi, saya pasti di dalam hati, mereka bersama saya juga," katanya.
Zaidi berkata, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ahli Parlimen Shah Alam daripada PAS, Khalid Samad juga menawarkan bantuan dan sokongan moral.
"Mereka bertanya sama ada keluarga dan saya memerlukan sebarang bantuan untuk melalui keadaan ini. Saya bersyukur dengan tawaran itu tetapi saya berada dalam keadaan baik.
"(Ahli Parlimen Sepang) Mohamed Hanipa Maidin yang mengendalikan kes saya secara pro bono," katanya kepada The Malaysian Insider.
Zaidi berkata, beliau hanya meminta Khalid membantunya memperomosikan bukunya berjudul Peringatan-peringatan Penting untuk Bakal Jamaah Haji dan Umrah.
Katanya, beliau mula menulis buku itu pada tahun lalu selepas tindakan dikenakan kepadanya oleh tentera udara susulan daripada laporan polis yang dibuatnya mengenai dakwat kekal yang digunakan dalam PRU13 pada Mei tahun lalu.
Beliau bercadang untuk menjual buku itu untuk mengumpul dana menampung yuran guamannya dan menyara keluarga jika beliau kehilangan kerja dan pencen.
"Saya merancang untuk menulis lebih banyak buku, sekurang-kurangnya dua buku pada tahun ini.
"Saya mahu menulis mengenai ketenteraan dan pengalaman hidup saya. Harapnya saya dapat mencapai sasaran saya untuk menulis dua buku tahun ini," kata juruterbang jet pejuang yang ditugaskan menjalankan kerja pejabat pada Mei lalu selepas membuat laporan polis mengenai dakwat kekal itu.
Read More / Baca Lagi >>

Teresa Ditampar: Utusan Kantoi Lagi.. Kali Ini Lagi Dahsyat..

Posted: 05 Mar 2014 07:07 PM PST

Ceramah anjuran pembangkang di Taman Cermai di sini yang dihadiri Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok bertukar kecoh apabila dia ditampar seorang lelaki tidak dikenali selepas menyampaikan ceramahnya sebentar tadi.

Teresa kemudiannya dibawa keluar dari lokasi ceramah berkenaan manakala lelaki terbabit berjaya melarikan diri. ~utusan online
Namun begitu apabila link dibuka, berita tersebut telah dipadam... Kenapa berita tersebut dipadam, bimbang disaman… atau mungkin Utusan membuat rujukan daripada blog macai Pro UMNO...

Risikan didapati lelaki tersebut hanya bersalaman dengan YB Teresa Kok dengan tangan berisi telur.

Lelaki itu di percayai berjaya dicekup oleh pihak polis untuk siasatan lanjut. 

Ada lendir di tangan Teresa Kok selepas bersalam ..!!

Posted: 05 Mar 2014 06:53 PM PST


PERMATANG PAUH: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menerima 'salaman bertelur' setelah selesai memberi ucapan sempena program ceramah anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan kerja sama Pakatan Rakyat Permatang Pauh sekitar pukul 11.30 malam tadi.

Beliau tanpa diduga bersalam dengan seorang lelaki berbaju melayu merah yang secara tiba-tiba datang ke hadapan dari arah belakang pentas.

Apabila selesai bersalaman secara pantas pemuda itu berlalu pergi tetapi disekat oleh orang ramai apabila menyedari Teresa agak terkejut serta terdapat lendir di tangannya.

Pemuda itu dibawa oleh sepasukan polis ke Pondok Polis Permatang Pauh bagi mengelak orang ramai membelasahnya.

Semasa berceramah di pentas utama Teresa Kok juga mengatakan dirinya dalam keadaan bahaya berkemungkinan akan diapa-apakan oleh individu yang tidak dikenali.

Tidak sampai lima minit selesai berpidato apa yang dikatakan itu menjadi realiti.

Antara penceramah pada majlis itu ialah AJK PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Rashid Hasnon dan Leman Raja Lawak.

Catuan air akan dilaksanakan di Gemas dan Tampin

Posted: 05 Mar 2014 06:51 PM PST

KUALA LUMPUR: Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) akan melaksanakan pelan catuan air di kawasan Gemas dan Tampin berikutan Sungai Muar, yang membekalkan sumber air mentah ke Loji Rawatan Air (LRA) Gemas Baru menyusut ke paras kritikal.
  
Menurut kenyataan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span), pihak Sains telah memohon melaksanakan catuan itu dan akan mengumumkan perincian catuan itu dalam masa terdekat.
  
"LRA Gemas Baru kebiasaannya merawat air sebanyak 27.7 juta liter sehari (JLH), kini hanya mampu mengeluarkan 12 JLH sahaja iaitu pengurangan sebanyak 15.7 JLH atau 57 peratus," kata kenyataan itu.
  
Pengurangan pengeluaran air di loji itu akan memberi kesan kepada pengguna-pengguna di Daerah Jempol dan Tampin khususnya di kawasan Felda Palong, Felda Bukit Jalur serta sebahagian kawasan Gemas dan Tampin.
  
"Adalah dianggarkan sebanyak 13,263 akaun pengguna akan terjejas bekalan air," kata kenyataan itu.
  
Menurut kenyataan itu Sains mencadangkan supaya kawasan-kawasan di daerah Jempol dan Tampin dibahagikan kepada empat zon dan setiap dua zon akan menerima bekalan air selama 24 jam secara berselang iaitu sehari mendapat bekalan air dan sehari dicatu sehingga diberitahu kelak.
  
Read More / Baca Lagi >>

Memperkasa Minda Sains Lahir Generasi Berinovasi

Posted: 05 Mar 2014 06:43 PM PST

Ust Azhar Idrus - BR1M Perompak Baik & Bejurus

Posted: 05 Mar 2014 06:42 PM PST

Kolokium Agenda Kesejahteraan Rakyat

Posted: 05 Mar 2014 06:41 PM PST

Fitnah Liwat II: Rayuan terhadap pembebasan Anwar bermula oleh Peguam Umno.

Posted: 05 Mar 2014 05:29 PM PST

Rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Anwar Ibrahim daripada kes Liwat II akan didengar pagi di di Mahkamah Rayuan. Mahkamah menetapkan dua hari sehingga esok.

Ini ekoran Mahkamah Persekutuan semalam mengetepikan usaha kali terakhir Anwar untuk mengetepikan peguam kanan Muhammad Shafee Abdullah daripada mewakili pasukan pendakwaan.

Pendidikan Malaysia Terbaik Didunia: Universiti Malaysia gagal lagi tersenarai dalam survei pendidikan global

Posted: 05 Mar 2014 05:27 PM PST


Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sistem pendidikan Malaysia terbaik di dunia, tetapi ia dipertikaikan apabila universiti Malaysia gagal disenaraikan terbaik dunia. Gambar fail.Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sistem pendidikan Malaysia terbaik di dunia, tetapi ia dipertikaikan apabila universiti Malaysia gagal disenaraikan terbaik dunia. Gambar fail.Kegagalan universiti di Malaysia menempatkan diri dalam senarai kedudukan Reputasi Pendidikan Tinggi Dunia Times yang dikeluarkan hari ini menunjukkan universiti tempatan bukan sahaja tidak layak disenaraikan universiti terbaik dunia tetapi di peringkat Asia Tenggara sendiri.
Malaysia tidak pernah berada dalam senarai itu yang merupakan tahun keempat meskipun sasaran Putrajaya menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan serantau dan menarik 200,000 pelajar ke universiti tempatan menjelang 2020.
Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini berkata, Malaysia mempunyai sistem pendidikan antara yang terbaik di dunia - lebih baik daripada Amerika Syarikat, Britain dan Jerman.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang merupakan salah seorang yang lantang mengkritik standard pendidikan Malaysia mengingatkan universiti tempatan bukan sahaja tidak diiktiraf sebagai universiti terbaik dunia tetapi juga tidak setanding dengan institusi pendidikan serantau.
Malaysia gagal berada dalam kedudukan universiti The World tahun lalu biarpun Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapat peruntukan terbesar dalam Bajet 2013. Kementerian itu menerima RM38.7 bilion pada 2013 dan akan menerima RM54 bilion pada tahun ini.

Penuhi Perjanjian Malaysia atau bebaskan Borneo, kata Jeffrey Kitingan

Posted: 05 Mar 2014 05:26 PM PST


Kerajaan persekutuan perlu tunai janji dalam Perjanjian Malaysia 1963, kata Ketua Star Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan. Gambar fail.Kerajaan persekutuan perlu tunai janji dalam Perjanjian Malaysia 1963, kata Ketua Star Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan. Gambar fail.Ahli politik Sabah memberi amaran kepada Putrajaya supaya memenuhi Perjanjian Malaysia pada 1963 atau benarkan Sabah dan Sarawak berpisah daripada semenanjung Malaysia.
Ketua Star Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, berkata Sabah dan Sarawak adalah antara negeri yang termiskin dalam negara dan tidak mendapat peruntukan pembangunan yang banyak.
"Pentarafan ke bawah Sabah dan Sarawak sebagai negeri ke-12 dan ke-13 dalam Malaysia bertentangan dengan apa yang dirancang pada 1963 sebagai rakan setaraf.
"Pemerkosaan dan penjarahan berterusan terhadap kekayaan minyak dan sumber Sabah dan Sarawak selain peruntukan pembangunan yang kecil tidak lagi boleh dibiarkan.
"Walaupun pada masa amat diperlukan, rakyat Sabah dan Sarawak dilayan tidak sama adil dengan rakyat Malaysia di semenanjung," katanya, mengulas tulisan Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria mengenai peranan Sabah dan Sarawak dalam pembentukan Malaysia.
Arifin menulis mengenai perkara itu dalam bukunya yang bertajuk Hak Perlembagaan Sabah dan Sarawak yang dilancarkan baru-baru ini.
"Perjanjian Malaysia perlu dilaksanakan dan dipenuhi.
"Bukan sahaja terma dan syarat pembentukan Malaysia seperti terkandung dalam perjanjian 1963 dan beberapa dokumen serta jaminan lisan dan janji tidak dipenuhi, ada banyak pindaan perlembagaan yang dibuat menghakis hak dan kedudukan Sabah dan Sarawak," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Dua jenis perpaduan Malaysia: Kesederhanaan lawan ketaksuban

Posted: 05 Mar 2014 05:22 PM PST


Golongan majoriti yang bersatu-padu akan memberi perpaduan kepada keseluruhan rakyat, kata Presiden Perkasa, Ibrahim Ali. Gambar fail.Golongan majoriti yang bersatu-padu akan memberi perpaduan kepada keseluruhan rakyat, kata Presiden Perkasa, Ibrahim Ali. Gambar fail.Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali hanya mempunyai satu sebab untuk menubuhkan badan perpaduannya sendiri – beliau mahu orang Melayu sentiasa bahagia.
Ibrahim berpendapat, dengan membahagia dan menyatukan orang Melayu, barulah perpaduan boleh berlaku di Malaysia, negara yang mempunyai lebih separuh penduduk Melayu daripada 30 juta populasinya.
"Kebahagiaan dan perpaduan Melayu dan Bumiputera merupakan kunci kepada perpaduan Malaysia kerana kami merupakan majoriti iaitu pada 67%," kata presiden Perkasa itu kepada The Malaysian Insider.
"Kerajaan tidak boleh memuaskan hati semua pihak, jadi yang terbaik adalah pastikan kumpulan majoriti bahagia kerana mereka yang menentu dan memperkukuhkan perpaduan," katanya.
Disebabkan itu beliau menubuhkan Barisan Perpaduan Nasional sebagai alternatif kepada Majlis Konsultatif Perpaduan Nasional (MKPN) yang ditubuhkan Putrajaya.
Katanya, MKPN tidak layak untuk menasihatkan Putrajaya tentang isu kaum dan agama kerana majoriti ahlinya bukan Islam dan sesetengah daripada mereka adalah "anti nasionalis" dan bersikap partisan.
Pengerusi MKPN, Tan Sri Samsudin Osman mempunyai pendirian yang berbeza dengan Perkasa. Samsudin percaya perpaduan hadir daripada elemen hormat menghormati, demokrasi dan kebebasan bersuara.
Read More / Baca Lagi >>

[Geletek] 'Mok Sibuk Urusan Kahwin!' - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 05 Mar 2014 05:12 PM PST

(Q&A) Anwar Ibrahim: Masalah Ekonomi Anak Muda Di Malaysia

Posted: 05 Mar 2014 02:53 PM PST

Anwar Ibrahim: Bagaimana Manjaga Keharmonian Rumah Tangga?

Posted: 05 Mar 2014 02:52 PM PST

Egypt human rights group decries police violence

Posted: 05 Mar 2014 02:51 PM PST

Toy soldiers march on Russia's Putin

Posted: 05 Mar 2014 02:50 PM PST

Boko Haram bloodshed intensifies

Posted: 05 Mar 2014 02:49 PM PST

U.N. envoy chased out of Ukraine by gunmen

Posted: 05 Mar 2014 02:40 PM PST