Rabu, 26 Februari 2014

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Apabila ketagih dengan kuasa, semua janji dilupakan

Posted: 26 Feb 2014 11:21 PM PST

Pada sekitar 1985/86 kedengaran rakyat dan ahli-ahli Umno sendiri tidak begitu selesa dengan perkembangan baru dalam kerajaan dan negara kerana budaya meninggalkan perjuangan asal Umno itu semakin jelas.
Ciri-ciri pemimpin menumpukan untuk mengumpulkan harta kekayaan sudah menjadi semakin nyata. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang sebelum itu mendapat sokongan berbilang kaum sudah mula diabaikan oleh pimpinan semasa itu dan kerajaan mula menumpukan hanya kepada pembangunan fisikal untuk menjadi bahan tayangan dan "testimonial" kepimpinan Mahathir yang baru berusia 6 tahun semasa itu.
Pimpinan mengambil pembangunan fisikal sebagai satu-satunya ciri pembangunan negara tanpa menghiraukan pembangunan nilai moral dan kemasyarakatan yang maju. Secara cepat masyarakat telah dibentuk sebagai masyarakat materialistik dan menganggap kemajuan ekonomi seseorang itu sebagai petanda arah kemajuan negara
Pimpinan berbangga dengan lapangan terbang yang cantik dan besar, jambatan yang terpanjang dan bangunan yang tinggi-tinggi serta tiang bendera yang tertinggi dalam dunia sebagai tanda kemajuan. Suatu ketika dahulu dalam kawasan Angkasapuri ada sebuah gong yang dibanggakan sebagai tanda kemajuan negara kerana gong itu merupakan gong yang terbesar di dunia.
Segala-galanya mesti dilakukan dengan tergesa-gesa untuk melihat negara berkembang kemajuan tanpa "planning" yang difikirkan cermat sebelum melaksanakan projek pembangunan.
Dalam pembangunan fisikal negara yang tergesa-gesa itu banyak elemen penting untuk rakyat diabaikan dan dengan deras sikap materialistik rakyat wujud dengan jelas sehinggakan ada yang bertanya, "berapa harga yang terpaksa ditanggung semata-mata kerana pembangunan yang begitu cepat" tanpa sebarang perancangan yang teliti untuk membawa pembangunan negara yang seimbang diantara pembangunan fisikal, material dan sosial rakyat.
Maka perasaan dan keresahan rakyat terzahir dengan tindakan banyak bahagian Umno mencadangkan supaya Mahathir diketepikan untuk menjaga masa depan negara dan rakyat.
Sebanyak 38 bahagian Umno mencadangkan Tengku Razaleigh Hamzah untuk menyumbang kepada kepimpinan negara dengan meminta beliau bertanding dan menyaingi Dr Mahathir sebagai presiden Umno dan seterusnya menjadi perdana menteri negara ini.
Hasilnya Mahathir berjaya mempertahankan kerusi presiden itu dengan majoriti 43 undi sahaja – satu keputusan yang sangat "controversial" semasa itu.
Jika kita teringat janjinya (Mahathir) semasa mengambil alih kepimpinan Umno pada tahun 1981 sebelumnya kita beranggapan yang Mahathir akan berundur daripada kepimpinan negara. Beliau berjanji jika ada tanda-tanda yang sebahagian daripada rakyat sudah tidak menyokongnya beliau akan berundur secara terhormat.
Tetapi apa yang beliau lakukan adalah sebaliknya. Semasa berkempen dalam pemilihan itu beliau berkata menang satu undi pun itu adalah kemenangan.
Beberapa hari selepas itu beliau membuat kenyataan, jika beliau kalah sekali pun beliau masih boleh menjadi perdana menteri dengan bersandar kepada sokongan di Parlimen dan pelbagai alasan yang lain yang bertentangan dengan janji beliau semasa mengambil alih kepimpinan daripada Hussein Onn enam tahun sebelum itu.
Jika Mahathir mengambil sikap Tun Hussein Onn dan berundur dengan kekurangan keyakinan rakyat itu, ramai berpendapat keadaan sekarang tidak akan menjadi begitu nyata. Lagi pun itu bukan janji sesiapa, tetapi janji itu adalah janji beliau sendiri untuk berundur jika ada sebahagian rakyat yang sudah tidak menggemari beliau lagi.
Tetapi beliau mengambil tindakan yang terbalik dari apa yang beliau telah janjikan. Oleh kerana beliau mahu lagi meneruskan duduk di kerusi perdana menteri itu lebih lama lagi, beliau telah menghancurkan semua pihak termasuk membakar semua institusi demokrasi dan juga membunuh partinya sendiri yang kemudiannya diarahkan kesalahan kepada pihak lain.
Ini kejadian kejadian yang tidak dapat dilupakan oleh setengah pihak yang insaf dan kebanyakan darpadai mereka kini berada jauh daripada politik "gutter" seperti ini. Politik diambil alih oleh mereka yang tidak mempunyai roh perjuangan asal lagi.
Dengan keadaan begitu, ramai yang menyertai pasukan Mahathir tidak lain daripada hanya untuk mendapat laba kepimpinan dan kuasa, semata-mata untuk kuasa.
Lebih baik kita berterus terang kerana itu sahaja yang boleh membikin sesiapa yang ingin membetulkan keadaan poltik itu boleh menyelesaikan masalah. Masalah akan hanya selesai jika masing-masing memahami bagaimana masalah itu timbul dan dengan itu boleh membuka kembali kekusutan yang tersimpul sekian lama.
Pihak-pihak yang bergaduh sekarang tidak boleh menyelesaikan kekusutan ini, bukan parti-parti politik, dan bukannya mereka yang berjaya mengumpulkan orang untuk menolak kumpulan yang lain untuk mendapatkan kuasa.
Yang mampu membina kembali politik dan negara yang aman seperti yang pernah kita alami dahulu, hanya boleh dilakukan dengan jiwa yang sabar dan luhur dan tidak mungkin oleh mereka yang berjuang diatas landasan parti-parti politik semata-mata.
Tetapi saya ulangi, keadaan buruk yang wujud hari ini adalah keadaan yang boleh membawa keadaan untuk menunjukkan perbezaan jika kita telah bersedia untuk memulakan agenda baru politik negara, dalam negara yang baru dan dalam keadaaan dan situasi yang baru.
Kita terlalu jauh tersasar dan marilah memulakan langkah untuk berbaik-baik di antara satu dengan lain sampai ketahap kita rela untuk tidak mendapat apa yang kita hajati semata-mata kerana kepentingan negara yang kita dahulukan itu.
Tidak perlu kita merancang pilihanraya kecil misalnya, semata-mata kerana kepentingan politik peribadi dan menggunakan isu yang dirancang untuk menghalalkan tindakan politik "gutter" yang mengelirukan ini.
Cukup-cukuplah, berikan pemimpin yang mampu membawa kesejukan kepada negara daripada memilih dia ntara pemimpin yang sentiasa berperang di antara satu dengan lain, memilih salah satu diantara dua pihak yang berperang seperti sekarang ini, ia tidak akan membawa apa-apa kesejukan kepada negara.
Jangan diikutkan hati, nanti mati. – aspanaliasnet.blogspot.com, 27 Februari, 2014.

Rafizi: Siasat semula Musa Aman

Posted: 26 Feb 2014 09:59 PM PST

 | February 27, 2014
Hukuman bersalah ke atas Michael Chia itu menghidupkan kembali banyak pertanyaan mengenai siapa di belakangnya
rafizi1PETALING JAYA: Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menyeru supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kembali siasatan terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dalam kes wang RM40 juta yang dikaitkan dengan kutipan dari syarikat balak dengan bukti-bukti pemindahan wang melibatkan Michael Chia.
Pemimpin muda itu berkata, hukuman bersalah ke atas Michael itu menghidupkan kembali banyak pertanyaan mengenai siapa di belakangnya.
Mahkamah Sesyen Sandakan di Sabah semalam mengenakan hukuman penjara setahun dan satu sebatan ke atas Michael  yang terbabit dalam kes cubaan menipu wang RM2.5 juta 10 tahun lalu.
Hakim Mahkamah Sesyen Sandakan Elsie Primus ketika menyampaikan hukuman itu pada Rabu lalu berkata Michael telah didapati bersalah atas cubaan menipu dan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah dalam kesnya.
Katanya, Michael tidak mempunyai apa-apa pengaruh atau jawatan di dalam kerajaan, maka dia sendiri tidak ada kuasa untuk memberikan permit membalak.
"Hakikatnya dia boleh mengutip wang dari syarikat-syarikat balak memberi gambaran bahawa syarikat dan pengusaha balak tahu bahawa dia menjadi orang tengah bagi pihak-pihak tertentu yang mempunyai kuasa dan pengaruh dalam menentukan pemberian permit balak.
"Sebab itu, keputusan bersalah yang dijatuhkan kepada Michael  menguatkan spekulasi mengenai kes wang RM40 juta yang sebelum ini menjadi kontroversi melibatkan Musa.
"Fakta kes sebelum ini melalui pelbagai bukti pemindahan wang, keterangan SPRM dan maklumat dari ICAC di Hong Kong menunjukkan bahawa memang ada pemindahan wang berjumlah RM40 juta tetapi ia tidak disiasat sebagai rasuah kerana wang itu dikatakan derma politik kepada Umno Sabah," kata Rafizi dalam kenyataan media hari ini.
Tamparan kepada Nazri
Menurut beliau, keputusan bersalah terhadap Michael juga adalah satu tamparan kepada Datuk Seri Nazri Aziz yang mempunyai hubungan dengan Michael, terutamanya apabila anak beliau menggunakan kereta mewah milik lelaki itu seperti yang didedahkan sebelum ini.
Nazri bagaimanapun, tampil di Parlimen menjelaskan bahawa tidak ada unsur rasuah di dalam kes-kes melibatkan  Musa dan Michael yang mengundang kontroversi sebelum itu.
Rafizi berkata, walaupun keputusan terhadap Michael ini adalah satu peningkatan baik yang ditunjukkan SPRM, rakyat memerhati sama ada SPRM bakal mendakwa penjawat-penjawat awam berpangkat tinggi yang terlibat sama.
Namun, menurut Rafizi, kes yang membabitkan permit membalak di Sabah itu adalah salah satu kes utama yang memberi gambaran bagaimana permit membalak telah disalah gunakan oleh ahli-ahli politik dan pegawai awam untuk membina kekayaan peribadi.
Jika tidak, selama-lamanya SPRM dilihat hanya mendakwa bilis sedangkan jerung terus terlepas, tambah beliau. - FMT
Turut baca

PRK Kajang : Gelanggang jatuhkan Najib?

Posted: 26 Feb 2014 08:11 PM PST

 | February 27, 2014
Mungkinkah Kajang akan dijadikan makmal ujikaji KPI Najib sebagai desakan beliau berundur daripada jawatan Perdana Menteri?
Najib KajangKeputusan pilihan raya kecil (PRK)   Kajang tidak akan merubah lanskap politik Selangor dan negara. Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, kerusi Kajang adalah kerusi DUN. Jika Anwar Ibrahim menang sekalipun, dia hanya boleh jadi Menteri Besar Selangor bukan jawatan  Perdana Menteri.
Mungkinkah maksud kata-kata Muhyiddin itu. kerusi DUN Kajang seperti DUN Penanti, tidak begitu penting dan  BN boleh  tidak meletakkan calonnya dan memberi kemenangan walkover kepada PKR.
Tetapi BN mengambil keputusan untuk meletakkan calon MCA. Yang mengumumkan calon BN ialah Muhyiddin Yasin. Menurutnya, BN tidak boleh melepaskan peluang untuk menawan kerusi Kajang. Mutakhir ini, dua tokoh yang banyak membuat kenyataan mengenai PRK  ialah   Muhyiddin Yasin dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mahathir kelihatan  bersungguh-sungguh  menyerang Anwar Ibrahim. Tetapi dalam masa yang sama, orang yang rapat dengan  Mahathir,  iaitu Tun Daim Zainuddin dan sahabat rapatnya, Datuk A Kadir Jasin hampir setiap hari mengkritik dasar dan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam politik,  Mahathir adalah seorang Machivellian yang sebenar-benarnya. Jika Machiavelli masih hidup hari ini, dia pasti terpukau dengan cara Mahathir mencatur langkah politiknya.
Matlamat  Mahathir  untuk terus berpengaruh dan mengekalkan legasinya dalam Umno dan negara. Jika Najib berjaya  dengan dasar-dasar barunya, dengan sendirinya legasi Mahathir dilupai. Tun Abdullah Ahmad Badawi cuba membuat perubahan dan keluar daripada kepompong  Mahathir tetapi dia gagal. Orang yang dipilih mendesak Abdullah berundur ialah Muhyiddin Yasin.
Mungkinkah sekali lagi Muhyiddin akan diperalatkan untuk menjatuhkan Najib?
Mahathir menganggap dasar ekonomi dan pendekatan politiknya adalah yang terbaik untuk Malaysia. Memang diakui selain melahirkan ramai bilioner bukan Melayu, dasar ekonomi Mahathir juga  melahirkan beberapa orang bilioner Melayu, tetapi bilioner Melayu yang tidak membantu bangsa Melayu dan bumiputera.
Tun Hussien Onn melepaskan jawatan Perdana Menteri pada 1981 untuk memberi laluan kepada  Mahahtir kerana dia yakin dengan political will  Mahathir yang kuat boleh menjayakan DEB yang berbaki sembilan tahun (1990). Tetapi  selepas 22 tahun menjadi perdana menteri, rakyat dapat  menilai samada DEB berjaya atau sebaliknya.
Barangkali dasar ekonomi Mahathir adalah yang terbaik di zamannya. Tetapi dasar yang baik 10 tahun yang lalu tidak semestinya  dasar yang baik untuk dilaksanakan pada hari ini. Saya membaca blog Mahathir mengkritik dasar-dasar ekonomi Najib.
Masalah Najib sebenarnya bukan dengan Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Haji Hadi dan pemimpin-pemimpin dalam Pakatan Rakyat. Najib tidak pernah ada masalah peribadi atau dendam  dengan pemimpin-pemimpin itu.
Masalah Najib adalah dengan  Mahathir dan kuncu-kuncunya. Sebab itu setiap kali ada usaha mengujudkan kerajaan perpaduan atau usaha perdamaian,   Mahathir. orang pertama  mengeluarkan kenyataan menghalangnya. Usaha mengujudkan kerajaan perpaduan Umno-PAS  pernah dilakukan  Abdullah Badawi  juga dihalang Tun Mahathir.
Sepintas lalu jika diperhatikan kritikan terbuka dan serangan keatas Najib lebih hebat dan tersusun berbanding dengan serangan keatas  Abdullah Badawi. Pemain-pemainnya adalah orang yang sama menjatuhkan  Abdullah termasuk beberapa orang blogger pro Umno tetapi di bawah payroll  Yayasan Perdana. Menang benar jika dibuat  perbandingan keputusan PRU 2008 dan PRU 2013,  persembahan Najib lebih buruk daripada  Abdullah.  Jumlah kerusi BN yang dipertahan   Najib merosot menjadi 133 daripada 140. Tetapi harus ingat,  Pak Lah kehilangan empat  negeri, Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Perak, manakala Najib menawan semula dua negeri iaitu Kedah dan Perak.
Seperkara yang amat tidak disukai Dr Mahathir bila  Abdullah enggan mengikut telunjuknya dan cuba keluar daripada bayang-bayang  Mahathir. Abdullah katanya lebih mendengar nasihat budak-budak dari tingkat empat sebagai merujuk kepada anak  menantu Abdullah iaitu  Khairi Jamaluddin.Hari ini,   KJ  berada dalam kabinet Najib dan merupakan salah seorang daripada sebilangan kecil pemimpin Umno  yang benar-benar kelihatan membela Najib.
Seperti  Abdullah,  Najib juga cuba keluar daripada bayang-bayang  Mahathir. Pada pemilihan Umno yang baru berlalu, Datuk Mukhriz Mahathir tidak mendapat sebarang undi daripada negeri Pahang.
Mungk FMinkah Kajang akan dijadikan makmal ujikaji  KPI Najib sebagai desakan beliau berundur daripada jawatan Perdana Menteri? Hanya Mahathir dan  Muhyiddin yang boleh memberikan jawapannya. - FMT

Kenapa dengki saya tutup aurat - Felixia Yeap

Posted: 26 Feb 2014 06:12 PM PST




SHAH ALAM - Bekas model, Felixia Yeap mempersoalkan kenapa masih terdapat segelintir masyarakat yang dengki dan sakit hati dengan tindakannya menutup aurat.

Padahal ujarnya, beliau hanya menutup aurat sepertimana kebanyakan Muslimah sejati yang lain, tanpa mempunyai niat yang tidak baik.

"Kepada yang dengki atau benci sangat bila saya bertudung dan bertekad untuk menutup aurat seperti seorang Muslimah tanpa niat lain selain daripada mahu menutup aurat saya...

"...adakah anda akan rasa lebih gembira kalau saya tanggalkan tudung saya dan berpakaian seperti dahulu?

"Pernah tak memikirkan perasaan seseorang wanita yang disuruh tanggalkan bajunya atau hijabnya? Ianya tiada berbeza daripada mencabuli kehormatannya.

"Begitu kejam sekali nak buat pada saya? Apa salah saya?," katanya yang dipetik menerusi lama Facebooknya, semalam.

Perkongsian Yeap itu, telah menarik pelayar Facebook untuk menyokong dan memberi semangat kepada beliau.

Menurut  Abdul Nizam Khalid, ramai yang tahu bahawa menutup aurat adalah hukum wajib dalam Islam tapi hakikatnya menutup aurat adalah naluri yang fitrah bagi seorang wanita.

"Ini antara sebabnya bukan Muslim juga turut mengenakan hijab di seluruh dunia. Teruskan, anda berada di landasan yang betul," tulisnya.

Sementara Nazilah Zainal pula menyarankan agar Yeap mengabaikan kata-kata nista tersebut dan menjadi diri sendiri.

"Sayang jangan dengar cakap orang ya.. Hanya kamu tahu apa yang kamu buat. Diri kamu, bukan diri mereka. Jaga diri, semoga selalu menjaga kehormatan... Bangga dengan kamu!," tulisnya.

Ini bukan kali pertama Yeap dikritik ekoran tindakannya berhijab.


Pada awal kemunculannya mengenakan tutup kepala, ramai Muslim mengganggapnya sebagai "tidak menghormati" wanita Islam yang memakai hijab.

Mereka berkata, sebelum memakai hijab, Yeap sepatutnya membuang semua gambarnya berpakaian Playboy Bunny dan lain-lain yang mendedahkan dan seksi.

Hampir 148,000 peminat di Facebook dan blog mengkritik tindakannya dan menyifatkannya sebagai sebuah "aksi publisiti" untuk  mendapat lebih populariti dan kemasyhuran.

Ada juga yang meninggalkan laman media sosial Yeap selepas beliau berhijab. -  SH 27/2/14

Mangsa jiran nafsu songsang

Posted: 26 Feb 2014 02:53 PM PST

Kepala Batas: Tidak tahan menjadi pemuas nafsu jirannya, seorang kanak-kanak mengadu perkara itu kepada ibunya yang kemudian membawa kepada pembongkaran 'hobi songsang' lelaki terbabit yang meliwat mangsa dalam beberapa kejadian sejak setahun lalu.
Berang dengan perkara itu, ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Tasek Gelugor di sini, berhubung aduan kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun itu sebelum suspek ditahan di tempat kerjanya di Prai, kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam.

Jurucakap polis berkata, lelaki berusia 47 tahun yang sudah berkahwin dan mempunyai anak itu tinggal di Kulim, Kedah, bagaimanapun suspek akan mengambil peluang meliwat mangsa ketika pulang ke rumah ibunya di Padang Menora.

"Mangsa tinggal bersebelahan rumah ibu suspek dan berikutan itu, lelaki terbabit menggunakan peluang itu melepaskan giannya tanpa dicurigai keluarga kanak-kanak itu," katanya. - metro 27/2/14

PKR Siasat Laporan Azmin Saman Suara Keadilan

Posted: 26 Feb 2014 05:58 AM PST

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang menyiasat desas-desus yang mendakwa Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali menyaman lidah rasmi parti itu sendiri - Suara Keadilan kerana menyiarkan laporan berunsur fitnah.
Sehubungan itu PKR menubuhkan jawatankuasa khas yang diketuai Ketua Penerangannya, Dr Muhammad Nur Manuty bagi mendapatkan fakta lengkap mengenai perkara itu.
Bagaimanapun hingga kini Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail masih belum dapat mengesahkan kesahihan maklumat berkenaan.
"Perkara itu dibangkit dalam mesyuarat MPP (Majlis Pimpinan Pusat) yang diadakan di Kajang baru-baru ini mengenai tulisan saudara Hishamuddin Rais di dalam Suara Keadilan yang dikaitkan menyentuh atau bernada serangan terhadap beberapa pemimpin.
"Keputusan MPP ialah menubuhkan sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada lima orang untuk kemudiannya berjumpa dengan kumpulan Suara Keadilan bagi mengumpulkan maklumat, latar belakang dan mendengar pandangan mereka," katanya di sini, Rabu.
Jelas Saiduddin, PKR hanya akan bertindak selepas mendapatkan fakta lengkap terhadap siasatan yang sedang dijalankan itu.
"Kalau nanti mereka menemui maklumat seperti surat guaman dan sebagainya ke atas Suara Keadilan, jawatan kuasa itu akan bawa saranan kepada pimpinan pusat.Buat masa ini belum terima.
"Saya dengar begitu (saman Suara Keadilan)...hanya diberitahu melalui SMS. Tapi belum tengok sendiri lagi surat peguam itu," katanya.
Sebelum ini timbul laporan di media bahawa Suara Keadilan diarahkan PKR memberi penjelasan berhubung penyiaran artikel Hishamuddin sebagai kolumnis lidah parti itu yang bertajuk "Khalid dan Azmin" kerana dikatakan memfitnah Azmin.
Artikel itu disiarkan Suara Keadilan bilangan 160 pada 11 Februari lalu.
Artikel tersebut menganalisis dan menerangkan kemelut yang melanda antara Azmin dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Dalam artikel itu, Hishamuddin menyifatkan Azmin masih mempunyai unsur dan ideologi Umno dan kurang disenangi parti komponen Pakatan Rakyat (PR) lain seperti PAS dan DAP.- mStar

Micheal Chia dipenjara 1 tahun dan 1 sebatan kerana menipu

Posted: 26 Feb 2014 04:06 AM PST

KOTA KINABALU: Businessman Micheal Chia who was involved in a RM2.5mil attempted cheating case 10 years ago has been sentenced to a year's jail plus one stroke of the rotan.
Sandakan Sessions Court judge Elsie Primus when delivering the sentence on Wednesday said that Chia was found guilty of attempted cheating and had failed to raise reasonable doubt in his case.
She said a witness to the case had told the court that Chia had asked for money from him (witness) for the issuance of a logging approval form, saying that the money was for Umno's political fund.
However, the witness confirmed that Umno had never requested for such a political fund.
The Malaysian Anti Corruption Commission was represented by Deputy Public Prosecutor Joyce Blasius.
The Sessions Court, however, allowed the defence counsel's application to stay the decision pending appeal at the High Court.
Chia was charged for attempting to cheat Datuk Agus Hassan of Syarikat Pelumas Sdn Bhd on June 2004 into believing that there were three requirements that were needed for the approval for a timber operation at the Kalabakan Forest Reserve in Sabah.
The three alleged requirements were:
1) To return the timber purchasing right amounting 100, 000 cubic meter which was signed on May 25, 2004 to two subsidiary companies of the Sabah Foundation - Rakyat Berjaya Sdn Bhd and Innoprise Corporation Sdn Bhd.
2) To pay an alleged political fund amounting RM3 million to Umno Sabah, and
3) To pay a RM25 per cubic meter commission for each meter of timber produced by Syarikat Pelumas Sdn Bhd at the Gunung Rara Forest Reserve. - The Star

p/s Korang tau kan Micheal Chia ni siapa?  hehe ....                                                                    

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Felixia Yeap: Kenapa dengki saya tutup aurat?

Posted: 26 Feb 2014 06:02 PM PST

Felixia Yeap 
SHAH ALAM - Bekas model, Felixia Yeap mempersoalkan kenapa masih terdapat segelintir masyarakat yang dengki dan sakit hati dengan tindakannya menutup aurat.
Padahal ujarnya, beliau hanya menutup aurat sepertimana kebanyakan Muslimah sejati yang lain, tanpa mempunyai niat yang tidak baik.
"Kepada yang dengki atau benci sangat bila saya bertudung dan bertekad untuk menutup aurat seperti seorang Muslimah tanpa niat lain selain daripada mahu menutup aurat saya...
"...adakah anda akan rasa lebih gembira kalau saya tanggalkan tudung saya dan berpakaian seperti dahulu?
"Pernah tak memikirkan perasaan seseorang wanita yang disuruh tanggalkan bajunya atau hijabnya? Ianya tiada berbeza daripada mencabuli kehormatannya.
"Begitu kejam sekali nak buat pada saya? Apa salah saya?," katanya yang dipetik menerusi lama Facebooknya, semalam.
Perkongsian Yeap itu, telah menarik pelayar Facebook untuk menyokong dan memberi semangat kepada beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Pentadbiran Najib diserang Daim dan Mahathir

Posted: 26 Feb 2014 05:24 PM PST

Daim Zainuddin yang dilihat sebagai regu kepada Dr Mahathir Mohamad dan juga menjadi 'jubir', jurubicara untuk menghuduhkan Najib Razak dan kerajaannya, tidak mudah diam. Daim terus bercakap tanpa melihat suasana dan memilih 'cerlak' (masa dan ketika) untuk bercakap. Seperti sudah tidak ada simpati dan sokongan lagi DARI Daim kepada Najib sebagai perdana menteri.


Terbaru Daim terus mengkritik Najib dengan mengulangi pandangan dan kesimpulan-kesimpulan buruk ke atas kepimpinan Najib seperti dibuat beberapa kali sebelum ini. Dalam temuramah dengan sebuah saluran berita video, Daim mengusik dan mengkritik Najib mengenai beberapa perkara.

Beliau memberi pandangan yang Najib seorang pemimpin yang tidak tegas dan rapuh. Seorang perdana menteri yang lambat dan lembab. Menurutnya penguatkuasaan untuk mengawal apa-apa keadaan yang timbul sekarang ini boleh diambil kerana undang-undang yang ada sudah mencukupi. Tetapi kerana kerapuhan dan ketidaktegasan Najib, maka apa yang tidak sepatut berlaku, berlaku. Contohnya mengenai pergolakan kaum dan meletusnya isu agama, seperti kalimah Allah dan Kristinasasi.

Daim juga persoal Najib jangan sahaja mempertahankan mandat yang bersambungan turun temurun itu, tetapi kena memperkasakan kepimpinannya. Tidak ada guna ada kuasa tetapi kepimpinan lemah. Daim juga menyatakan kepimpin kerajana kini lemah kerana ia dipimpin oleh seorang yang lemah, tidak berani dan tidak tegas.

Selain itu Daim mempersoalkan anggota Kabinet Najib yang tidak dilantik dari mereka berpandangan jauh dan arif memahami sejarah Malaysia. Apa maksudnya itu? Ertinya mereka yang dipilih menganggotai kabinet mereka yang cetek pengetahuan, tidak berilmu dan mempunyai semangat, patriotisme. Disebabkan keadaan itu maka pentadbiran menjadi huruhara.

Ini memberi gambaran Najib dalam menyusun kabinetnya pakai tangkap muat sahaja. Ia juga menunjukkan mereka yang cerdik tidak diambil atau pun diberi kesempatan kerana Najib bimbang ianya akan memakan dirinya. Contohnya seperti Tengku Razaleigh Hamzah. Najib membiarkan saja seorang tokoh ekonomi berpengalaman dari menyertai kabinetnya. Atau pun Daim sediri yang dia merasakan dia adalah juara ekonomi negara ini.

Gara-gara anggota kabinet yang sebegitulah menyebabkan kerajaan pimpinan Najib hari ini lemah dan tidak dapat mengatasi pelbagai masalah yang timbul.
Read More / Baca Lagi >>

Guna BR1M beli bekas simpan air

Posted: 26 Feb 2014 05:21 PM PST

Guna BR1M beli bekas simpan air 
CHERAS - Kos sehingga RM100 antara yang terpaksa dibelanjakan penduduk yang terjejas dengan ketiadaan bekalan air, untuk tujuan membeli kelengkapan penyimpanan bekalan itu.

Dengan catuan air berjadual bermula hari ini, mereka tidak terkecuali membuat simpanan semaksimum mungkin untuk memastikan rutin harian mereka tidak terjejas.

Tinjauan Sinar Harian di flat Taman Desa Baiduri, Cheras, semalam mendapati, rata-rata penduduk bersedia menghadapi catuan air berjadual meskipun terpaksa 'pejam mata' berbelanja besar membeli baldi, tong berpenutup dan lain-lain kelengkapan untuk membolehkan mereka menyimpan air.

Penduduk, Ramlah Abd Walad, 57, berkata, wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diterima Jumaat lalu, dimanfaatkan untuk tujuan itu.

Katanya, krisis air di kawasan itu merupakan pertama kali dihadapi mereka sekeluarga sejak 18 tahun menetap di situ.

"Hampir RM100 digunakan untuk menambah baldi dan bekas air berpenutup di rumah. Bimbang catuan ni lama, kena simpan air banyak. Bekas-bekas ni memudahkan kami, tak payah angkut air setiap hari," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

‘Pemimpin akar umbi BN’ yakin dapat tewaskan Anwar di Kajang....ada ke BN lagi di kajang..??

Posted: 26 Feb 2014 05:20 PM PST


Chew Mei Fun (tengah) dan Ahmad Maslan (kiri) bersemangat dengan sambutan baik yang diterima semasa sesi  pertemuan bersama penduduk di Sungai Sikamat,  Kajang, Selangor. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 27 Februari, 2014.Chew Mei Fun (tengah) dan Ahmad Maslan (kiri) bersemangat dengan sambutan baik yang diterima semasa sesi pertemuan bersama penduduk di Sungai Sikamat, Kajang, Selangor. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 27 Februari, 2014.Menggunakan istilah "pemimpin akar umbi", calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun yakin mampu menewaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang akan berlangsung pada 23 Mac.
Chew, yang juga naib presiden MCA berazam membantu penduduk di kerusi yang dikosongkan Lee Chin Cheh daripada PKR itu berdasarkan rekod dua penggalnya sebagai ahli Parlimen Petaling Jaya Utara sebelum ini dengan berada bersama penduduk sebanyak dua kali seminggu.
"Anwar pemimpin bertaraf antarabangsa. Beliau terlalu sibuk," katanya kepada penyokong Umno di Sekamat Luar, Kajang, malam tadi dalam ceramah kelompok anjuran BN.
Read More / Baca Lagi >>

‘Mission Impossible’: Anwar boleh tewas, kata Ahmad Maslan dalam kempen...eh kata tak boleh kempen sebelum penamaan calon..!!!

Posted: 26 Feb 2014 05:18 PM PST


Ahmad Maslan berucap semasa sesi pertemuan bersama penduduk di Sungai Sikamat, Kajang, Selangor. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 27 Februari, 2014.Ahmad Maslan berucap semasa sesi pertemuan bersama penduduk di Sungai Sikamat, Kajang, Selangor. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 27 Februari, 2014.Tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang adalah tamparan besar buat Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan.
Anwar adalah calon PKR di kerusi yang dikosongkan Lee Chin Cheh bagi Pakatan Rakyat (PR) manakala Barisan Nasional (BN) meletakkan Datin Paduka Chew Mei Fun daripada MCA untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang pada 23 Mac depan.
"Kalau Anwar kalah, itu pukulan terhebat kepada beliau," kata Ahmad pada sidang media selepas ceramah kelompok di Sekamat Luar, Kajang malam tadi.
Read More / Baca Lagi >>

Perjanjian air Selangor akibatkan kenaikan tarif?

Posted: 26 Feb 2014 05:17 PM PST

Pembinaan pusat rawatan air Langat 2 dijangka akan mempunyai kapasiti 1,200 juta liter air setiap hari, dan jumlah ini akan memudahkan permintaan yang perlu dipenuhi pusat rawatan sedia ada. - Gambar The Malaysian Insider, 27 Februari, 2014. 
Pembinaan pusat rawatan air Langat 2 dijangka akan mempunyai kapasiti 1,200 juta liter air setiap hari, dan jumlah ini akan memudahkan permintaan yang perlu dipenuhi pusat rawatan sedia ada. - Gambar The Malaysian Insider, 27 Februari, 2014.

Walaupun Putrajaya dan Selangor sudah menandatangani perjanjian yang akan memudahkan perjalanan dalam menyelesaikan masalah air di Lembah Klang, dua badan air mempersoalkan, adakah ia akan mengakibatkan kenaikan tarif bagi pengguna.
Walaupun mereka percaya langkah itu akan menyelesaikan masalah kekurangan air yang dihadapi pengguna selama beberapa tahun ini, badan ini berharap sebarang kos tambahan yang dikenakan berkaitan perjanjian tersebut tidak akan dikenakan kepada pengguna dalam bentuk kenaikan tarif.
Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (Awer), S Piarapakaran berkata, dalam kajian yang dijalankan, mereka mendapati pembinaan pusat rawatan air Langat 2 serta projek pemindahan air Pahang-Selangor yang bernilai RM9 bilion itu akan menaikkan tarif antara 16 sen hingga 20sen setiap meter padu.
"Kami mahu kerajaan negeri beritahu kami apakah kesan Langat 2 dari segi kenaikan tarif. Ini tanggungjawab mereka untuk berterus-terang dengan rakyat tentang harga yang mereka perlu dibayar pada masa akan datang," katanya.
MoU yang ditandatangani itu juga akan membolehkan Selangor mengambil alih empat syarikat konsesi air dalam negeri, dengan pampasan RM9.65 bilion kepada keempat-empat syarikat tersebut.
Syarikat tersebut adalah Syarikat Bekalan Air Selangor Bhd (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Konsortium Abbas Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash).
Sebuah konsortium akan dibentuk untuk menyelia industri air di bawah Kumpulan Darul Ehsan Berhad yang dimiliki kerajaan negeri.
Sebagai ganti, Selangor pula bersetuju meluluskan perintah pembangunan bagi Langat 2 dan memastikan sebarang kelulusan yang perlu akan diberikan dalam masa 30 hari daripada semalam.
Piarapakaran berkata, pusat rawatan Langat 2 dijangka akan mempunyai kapasiti 1,200 juta liter air setiap hari, dan jumlah ini akan memudahkan permintaan yang perlu dipenuhi pusat rawatan sedia ada.
Read More / Baca Lagi >>

Penghakiman ingkar: Juham jawab fitnah peguam cuai

Posted: 26 Feb 2014 05:15 PM PST

NOORAZMIR ZAKARIA
Sejak meletusnya isu Penghakiman Ingkar Kehadiran yang dimasukkan ke atas Presiden PAS yang dikasihi beberapa hari lalu, JUHAM ingin melahirkan rasa kehairanan apabila secara tiba-tiba muncul begitu ramai 'peguam', 'pendakwaraya' dan juga 'hakim' di kalangan ahli dan pemimpin PAS.

Lebih membimbangkan, wujud satu fenomena 'menjatuhkan hukuman' kepada para peguam PAS terutamanya Tuan Haji Asmuni Awi kerana kononnya peguam telah cuai, leka, tidak kompeten bahkan sampai ke tahap peguam dituduh mensabotaj Presiden PAS hingga Penghakiman Ingkar tersebut dimasukkan.

Walaupun kami amat kecewa dengan fitnah jahat yang amat tidak berasas ini, namun kami memahami bahawa mereka yang terlibat menyebarkannnya atau yang terkeliru dengan pelbagai fitnah yang sedang berlegar saat ini adalah di kalangan orang awam (layman) yang tidak mempunyai pengetahuan berkenaan dengan fakta sebenar yang terjadi di dalam kes ini. Mereka juga nampaknya sangat tidak memahami prosedur undang-undang yang digunakan di dalam kes-kes yang dibicarakan di mahkamah. Oleh yang demikian, kami bertanggungjawab untuk menjelaskan kedudukan sebenar supaya tidak lagi timbul sebarang fitnah yang akan memburukkan lagi keadaan.

Penjelasan teknikal berhubung dengan apakah dia Penghakiman Ingkar Kehadiran dan prosedur asas di dalam sesuatu saman sivil yang difailkan di mahkamah telah pun saya jelaskan dengan panjang lebar di dalam tulisan saya sebelum ini bertajuk 'JID for Dummies.' Pada kali ini, saya hanya ingin mendedahkan fakta ringkas yang berlaku di sebalik Writ Saman dan Penyata Tuntutan bagi kes ini (Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu Guaman Sivil No. 22NCVC-39-12/2013 di antara Mohd Shamsul bin Mat Amin v. Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang) yang dikatakan tidak pernah diterima oleh pihak Presiden PAS sendiri mahupun peguam kepada beliau iaitu Tuan Haji Asmuni Awi hingga membawa kepada kegagalan memfailkan Memorandum Kehadiran di dalam tempoh masa yang ditetapkan yang akhirnya mengakibatkan Plaintif memasukkan Penghakiman Ingkar Kehadiran ke atas Presiden PAS. 

Untuk makluman, pihak JUHAM telah memperolehi salinan dokumen (iaitu Afidavit Penyampaian) yang difailkan di mahkamah oleh peguam Plaintif dimana Plaintif mendakwa bahawa mereka telah menyerahkan saman tersebut kepada pihak Defendan melaui pos berdaftar akuan terima (pos AR berdaftar). Afidavit Penyampaian ini walaupun ianya merupakakan dokumen yang difailkan di mahkamah, tetapi ianya adalah dokumen umum yang diperolehi melalui carian yang dijalankan di kaunter pendaftaran mahkamah.
Read More / Baca Lagi >>

Konsensus Nasional bukan sertai BN

Posted: 26 Feb 2014 05:14 PM PST


A Shukur Harun

Konsensus Nasional yang banyak diperkatakan sekarang dilihat mempunyai kewajarannya bahkan sangat mendesak untuk diadakan, memandangkan suasana dan keadaan negara yang berada dalam suasana tidak menentu yang menyebabkan ia sampai kepada tahap krisis berat.
Kewajaran diadakan Konsensus Nasional bukan kerana ia datang daripada cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi kerana keadaan yang sangat mendesak. Maka itu apa salahnya pula beliau membawa cadangan tersebut.
Suasana begitu rupa yang ada sekarang disebabkan negara menghadapi masalah ekonomi yang sangat serius akibat perlakuan rasuah, penyelewengan, ketirisan, pembaziran dan pelbagai lagi.
Ia menjadi lebih serius lagi dengan suasana ketegegangam agama dan gejala perkauman yang sangat membimbangkan. Kebelakangan ini tidak ada seharipun yang tidak ada berita mengenai isu perkauman dan fahaman agama sempit dan sudah tentu semuanya ini dilakukan oleh para petualang yang berkepentingan.
Maka itu Konsesus Nasional perlu diadakan untuk menyelesaikan masalah ini. Membiarkan krisis ini berlanjutan akan mengundang malah petaka kepada negara dan rakyat. Oleh itu, perlu diselesaikan segara melalui Konsensus Nasional, suatu dialog atau persidangan antara semua parti di negara ini.
Konsesus Nasional tidak sama dengan Unity Government (UG) atau Kerajaan Perpaduan yang heboh  suatu masa dulu. Kerajaan Perpaduan (UG) ialah semua parti bergabung dan tidak ada lagi pembangkang.
Semua masalah dibincang di dalam Kerajaan Perpaduan yang di dalamnya ada semua parti politik. Dalam bahasa dan pengertian yang lebih mudah, PAS dan Umno berada dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.
Tetapi Konsesus Nasional membawa pengertian bahawa pemerintah dan pembangkang duduk bersama berbincang mengenai isu-isu tertentu dengan tujuan mencari titik persamaan dan persetujuan terhadap cara mengusahakan sesuatu penyelesaian secara bersama.
Ini dilakukan dalam keadaan parti pemerintah tetap sebagai parti pemerintah dan parti pembangkang kekal sebagai parti pembangkang di mana kedua-dua terus dengan peranan masing-masing.
Persidangan seperti ini pernah diusahakan melalui Majlis Perundingan Ekonomi Negara (Mapen) pada tahun 90-an. Ketika itu Datuk Mustapha Ali, Tuan Syed Ibrahim dan al-marhum Ustaz Azizan Abd Raazak dan Ir Khalid Samad mewakili PAS menghadiri persidangan tersebut.
Semua parti politik dijemput bersama dan begitu juga beberapa NGO. Mereka membincangkan isu dan masalah ekonomi negara secara bersama tetapi pada ketika yang sama, PAS tetap sebagai pembangkang mengkritik kerajaan BN atas isu penyelewengan dan pengabaian ajaran Islam.
Oleh itu, sekali lagi ditegaskan bahawa Konsensus Nasional sangat berbeza dengan konsep Kerajaan Perpaduan dan ini mestilah difahami supaya bukan saja untuk mengelakkan salah tafsir, tetapi juga utuk menghindarkan sebarang prejudis dan elemen negatif.
Dalam masa yang sama ia mengelakkan daripada dieksploitasi musuh Pakatan Rakyat (PR). Maka itu hendaknya semua pendukung PR – dalam peringkat apapun – mestilah benar-benar memahaminya. Sebarang kekeliruan akan mengundang akibat yang besar. Tidaklah wajar difikirkan siapa yang mengemukakan Konsensus Nasional itu dalam keadaan sekarang.
Read More / Baca Lagi >>

Rafizi: Pejabat PM takut terima memorandum macam takut terima bom!

Posted: 26 Feb 2014 03:54 PM PST

ANWAR IBRAHIM 'KISAH ANAK PERDANA MENTERI'

Posted: 26 Feb 2014 03:45 PM PST



2 NEGERI TERMISKIN DI MALAYSIA : PAKATAN RAKYAT GAGAL URUS

Posted: 26 Feb 2014 06:24 AM PST

BR1M 3.0: Ramai berpendapat jumlah masih tak cukup

Posted: 26 Feb 2014 06:00 AM PST

Anwar akui tak dimaklumkan MOU air S'gor - Putrajaya

Posted: 26 Feb 2014 05:58 AM PST

Anwar: Hadi Awang bukan saja tok guru tapi pemimpin kita

Posted: 26 Feb 2014 05:57 AM PST

Apabila ketagih dengan kuasa semua janji di lupakan

Posted: 26 Feb 2014 05:25 AM PST

(sambungan)
 
Aspan Alias
 
Pada sekitar 1985/86 kedengaran rakyat dan ahli-ahli UMNO sendiri tidak begitu selesa dengan perkembangan baru dalam kerajaan dan negara kerana budaya meninggalkan perjuangan asal UMNO itu semakin jelas. Ciri-ciri pemimpin menumpukan untuk mengumpulkan harta kekayaan sudah menjadi semakin nyata. DEB yang sebelum itu mendapat sokongan berbilang kaum sudah mula diabaikan oleh pimpinan semasa itu dan kerajaan mula menumpukan hanya kepada pembangunan fisikal untuk menjadi bahan tayangan dan 'testimonial' kepimpinan Mahathir yang baru berusia 6 tahun semasa itu.
Pimpinan mengambil pembangunan fisikal sebagai satu-satunya ciri pembangunan negara tanpa menghiraukan pembangunan nilai moral dan kemasyarakatan yang maju. Secara cepat masyarakat telah dibentuk sebagai masyarakat 'materialistic' dan menganggap kemajuan ekonomi seseorang itu sebagai petanda arah kemajuan negara. Pimpinan berbangga dengan lapangan terbang yang cantik dan besar, jambatan yang terpanjang dan bangunan yang tinggi-tinggi serta tiang bendera yang tertinggi dalam dunia sebagai tanda kemajuan. Suatu ketika dahulu dalam kawasan angkasapuri ada sebuah gong yang dibanggakan sebagai tanda kemajuan negara kerana gong itu merupakan gong yang terbesar di dunia.
Segala-galanya mesti di lakukan dengan tergesa-gesa untuk melihat negara berkembang kemajuan tanpa diperlakukan 'planning' yang difikirkan dengan cermat sebelum melaksanakan projek pembangunan. Dalam pembangunan fisikal negara yang tergesa-gesa itu banyak elemen penting untuk rakyat diabaikan dan dengan deras sikap 'materialistic' rakyat wujud dengan jelas sehinggakan ada yang bertanya, 'berapa harga yang terpaksa ditanggung semata-mata kerana pembangunan yang begitu cepat' tanpa sebarang perancangan yang teliti untuk membawa pembangunan negara yang seimbang diantara pembangunan fisikal, material dan sosial rakyat.
Maka perasaan dan keresahan rakyat terzahir dengan tindakan banyak bahagian UMNO mencadangkan supaya Mahathir diketepikan untuk menjaga masa depan negara dan rakyat. Sebanyak 38 bahagian UMNO telah mencadangkan T Razaleigh Hamzah untuk menyumbang kepada kepimpinan negara dengan meminta beliau bertanding dan menyaingi Dr Mahathir sebagai Presiden UMNO dan seterusnya menjadi Perdana Menteri negara ini. Hasilnya Mahathir berjaya mempertahankan kerusi Presiden itu dengan majoriti 43 undi sahaja…. satu keputusan yang sangat 'controversial' semasa itu.
Read More / Baca Lagi >>

Selangor anjur solat minta hujan 9 pagi esok

Posted: 26 Feb 2014 05:18 AM PST

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan menganjurkan solat minta hujan (Solat Istisqa) esok bermula jam 9.00 pagi di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, dekat sini.

Solat memohon hujan itu dianjurkan Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Permuafakatan Pendidikan Islam Selangor (MAPPIS).

Program bermula dengan penerangan tentang kaifiat (syarat dan tertib), khutbah ringkas, solat berjemaah dan doa.

Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai dengan membawa sejadah dan keperluan lain untuk bersama-sama memohon agar cuaca kering dan kemarau yang melanda negara berakhir, lapor Selangorkini.

Dalam perkembangan berkaitan, pendakwah Dr Zaharuddin Abdul Rahman menyarankan umat Islam di Selangor agar melakukan Solat Istisqa khusus bagi memohon hujan berikutan musim kemarau yang berlarutan mengalibatkan beberapa empangan di negeri ini berada pada tahap membimbangkan.

Menurut beliau, solat minta hujan itu seeloknya dilakukan di kawasan yang terjejas.

"Menjadi sunat muakkad bagi orang Islam di sesuatu tempat yang telah lama tak turun hujan melakukan Solat Istisqa. Seeloknya penduduk di kawasan itu keluar beramai-ramai dan melakukan Solat Istisqa di tempat terbuka.
Read More / Baca Lagi >>

Telaga Damar: Kelantan tunggu maklumat rasmi Petronas

Posted: 26 Feb 2014 05:17 AM PST

KOTA BHARU: Kerajaan negeri belum mendapat maklumat secara rasmi daripada Petronas berhubung Telaga Damai yang dikatakan baru memulakan pengeluaran 31 Januari lalu.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, Kelantan menunggu maklumat secara bertulis daripada pihak terbabit memandangkan lokasinya lebih dekat dekat dengan pantai negeri ini.

Baru-baru ini Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R) mendakwa pelantar di Telaga Damai telah memulakan pengeluaran bermula 31 Januari lalu iaitu sebanyak 200 juta kaki padu sehari.

Presidennya, Nazri Deraman berkata, berdasar sumber yang diperolehi operasi pengeluaran petroleum di Telaga Damar hanya terletak 109 km dari pantai Kelantan.

Mohd Amar berkata, kerajaan negeri hanya mengetahui operasi di Telaga Damar tersebut secara tidak rasmi.
Read More / Baca Lagi >>

Kes dakwat tak kekal: BERSIH sokong Mejar TUDM

Posted: 26 Feb 2014 05:14 AM PST

Delegasi BERSIH - NGO bagi pilihan raya yang bebas dan adil - mengunjungi pegawai TUDM, Mejar Zaidi Ahmad semalam untuk menyatakan sokongan mereka kepadanya dalam menghadapi perbicaraan di Mahkamah Tentera.

Zaidi, 46, mengaku tidak bersalah terhadap tujuh tuduhan di antaranya memberi kenyataan media tentang pilihan raya umum ke-13 tanpa kebenaran Kemeterian Pertahanan serta menghantar khidmat pesanan ringkas berbaur politik dan hasutan.

Tuduhan itu termasuk bercakap kepada media tanpa kebenaran, melanggar perintah Majlis Angkatan Tentera Malaysia dengan membuat laporan polis dan menghantar mesej teks mengenai isu itu.

Delegasi enam orang itu mengunjungi Zaidi di rumahnya di Kepala Batas termasuk pengerusi BERSIH, Marina Chin; Penyelaras Kawasan Utara, Toh Kin Woon; Setiausaha Kehormat Aliran, Anil Netto; aktivis pelajar, Adam Adli dan Mustafa Basri dari Ikram.

Ketika dihubungi, Toh (kanan) berkata BERSIH menimbang untuk mengadakan kempen menyokong Zaidi, untuk menyeru rakyat bersama dengannya dan menggesa pihak tentera menarik balik tuduhan terhadapnya.

Toh berkata, kumpulan itu masih belum membincangkan butiran lanjut mengenai kempen itu tetapi menimbang untuk melancarkannya sebelum perbicaraan Zaidi yang akan bermula pada 8 April depan.

"Kami berharap pihak tentera tidak meneruskan tuduhan terhadapnya. Beliau hanya berkata dakwat kekal tidak kekal. Malah Suruhanjaya Pilihan Raya pun mengakuinya," kata Toh.

Menurutnya lagi, Zaidi tidak berkata apa-apa yang salah atau fitnah.

"Sebagai warga yang mengundi, beliau hanya menyuarakan pandangannya.

"Mengapa beliau perlu didakwa kerana bercakap benar?" kata Toh sambil menambah Zaidi hanya menyumbang kepada pilihan raya yang bebas dan adil di negara ini.

Serangan sihir ke atas Malaysiakini

Posted: 26 Feb 2014 04:27 AM PST

Sejak penubuhan, Malaysiakini telah biasa berdepan serangan dalam bentuk kritikan keras, serbuan polis, saman mahkamah, malah wartawannya dilarang daripada menjalankan tugas.

Tetapi serangan Subuh semalam ke atas premis kami semalam merupakan kali pertama cubaan pihak penentang kami menggunakan ilmu hitam.

Selain disimbah cat merah dan 'dipersembah' dengan seekor itik hidup, portal ini turut menerima tiga gambar ahli parlimen DAP Teresa Kok yang dibungkus dalam plastik jernih.

Terdapat juga beberapa genggam beras yang dibungkus, dengan setiap satunya mengandungi jarum dan dibungkus dengan benang merah.

Semua peralatan ini telahpun diambil oleh polis untuk tujuan siasatan.

Tinjaun dengan mereka yang mempunyai pengetahuan dalam perkara ini menunjukkan beras dan jarum merupakan perkara yang biasa digunakan pengamal ilmu hitam.

Seorang pakar yang enggan dikenali berkata:

"Beras itu mewakili periuk nasi seseorang individu atau organisasi. Dan jarum itu, apa yang berlaku jika ada jarum dalam nasi yang anda makan? Ia boleh membunuh."

"Jadi bungkusan ini bertujuan memusnahkan periuk nasi orang atau syarikat.

"Bagaimanapun dalam perkara ini tidak pasti sama ada orang yang bertanggungjawab mahu memusnahkan periuk nasi mana-mana ahli politik atau Malaysiakini. Mungkin kedua-duanya," tambah beliau.

Kok menjadi sasaran beberapa protes setelah membintangi video satira "Onederful Malaysia" sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Video menghina orang Melayu?

Para penentang mendakwa video tersebut menghina Melayu dan memperkecilkan pengorbanan pihak keselamatan negara dalam isu pencerobohan Lahad Datu.
Read More / Baca Lagi >>

Sabar selama 6 tahun akhirnya Selangor ambil alih konsesi air, umum 3 tanggungjawab utama

Posted: 26 Feb 2014 04:25 AM PST

air MBSHAH ALAM 26 FEB: Kerajaan Selangor dan Kerajaan Persekutuan hari ini telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi membolehkan Kerajaan Selangor mengambil alih ekuiti empat syarikat konsesi.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata pengambilalihan ini dijangka selesai sepenuhnya dalam tempoh tiga bulan.
Empat syarikat konsesi itu ialah Puncak Niaga Sdn Bhd, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dan Konsortium ABBAS Sdn Bhd (ABBAS).
Kata Abdul Khalid keempat-empat syarikat ini akan diletakkan di bawah satu syarikat konsortium air di bawah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) iaitu syarikat milik penuh kerajaan Selangor.
"Pengambilalihan ini melibatkan pengambilalihan pegangan ekuiti serta tangggungjawab dan tidak melibatkan pemberhentian kakitangan bukan pengurusan.
"KDEB akan membayar RM9.65 bilion kepada pemegang saham empat syarikat konsesi terbabit manakala Kerajaan Persekutuan menyuntik RM2 billion untuk membantu Kerajaan Negeri dalam urusan pengambialihan saham," kata Abdul Khalid dalam satu kenyataan media.
Abdul Khalid berkata, sebagai balasan, Kerajaan Selangor akan mengeluarkan kebenaran merancang untuk pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihan (LRAL2).
Air MB1Sementara menunggu Langat 2 disiapkan, Kerajaan Selangor akan melaksanakan tiga tanggungjawab utama untuk memastikan bekalan air bersih mencukupi iaitu menjalankan program mitigasi bernilai RM900juta yang diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan
Memulakan projek Horas (Hybrid Off River Augmentation System) di Sungai Selangor yang mampu membekalkan air bersih antara 600 hingga 700 Juta Liter Sehari (MLD) atau 3 bilion liter pada 2050 dengan majlis pecah tanah projek ini akan diadakan dalam tempoh dua minggu dari sekarang
Menurunkan peratusan air tidak berhasil (NRW) dari 33 peratus kepada tahap yang lebih rendah dalam tempoh enam bulan yang mana peratusan tinggi NRW yang gagal diturunkan oleh SYABAS adalah punca utama bekalan air bersih tidak mencukupi.
Read More / Baca Lagi >>

Taubat Flappy Bird dan Taib Mahmud

Posted: 26 Feb 2014 03:52 AM PST

Oleh Ahmad Tajuddin Abdullah
DONG Nguyen, pencipta permainan mobil yang dikenali sebagai Flappy Bird bertindak memadam permainannya daripada semua lokasi muat turun di internet sebagai langkah taubatnya kepada orang ramai. Tidak sampai 10 bulan berada dalam senarai muat turun di Google Play dan Apple's App Store, Don Nguyen dilaporkan memperoleh pendapatan mencecah USD50,000 sehari apabila permainannya itu dimuat turun jutaan manusia di seluruh dunia.

Kisah kejayaannya itu satu perkara, yakni mengejutkan banyak pihak dalam dunia startup kerana dalam masa singkat permainan itu begitu laris dan berjaya meskipun hanya berasaskan model permainan yang serba ringkas. Seperkara lain, tindakan Dong Nguyen menarik semula permainannya setelah tidak mampu lagi melayan permintaan pelik penagih Flappy Bird juga mengejutkan ramai pihak. Semua orang bermimpikan mahu menjadi seperti Dong, bangun pagi kemudian terlintas satu idea yang mudah di benak dan terus laksanakan idea itu sebelum dalam masa yang singkat menjadi begitu berjaya.
Pendek kalam, Dong Nguyen bertaubat. Katanya, dia tidak kejarkan wang ringgit tetapi ketenangan hidup dan kebahagiaan. Adanya Flappy Bird, ternyata kedua-dua elemen itu diragut.
Ini kisah manusia yang diberi tuhan rezeki dalam masa yang singkat, menjadi kaya dan terkenal kemudian bertaubat. Gayanya mencerminkan dirinya tidak senang dengan pujian melangit dan harta yang melimpah ruah sehingga tidak habis makan untuk beberapa keturunan.
Lain pula kisah seorang lelaki tua di wilayah telaga minyak Malaysia, Taib Mahmud. Jika dihitung bilangan hari yang berbaki untuk dia terus melihat dunia dengan umurnya sekarang, boleh dikatakan nisbahnya menggembirakan bakal pewaris harta peninggalannya.
Lelaki tua ini sudah lebih tiga dekad di kerusi Ketua Menteri Sarawak. Nilai kekayaannya tidak mampu dihitung. Segala macam hasil bumi Sarawak bermula dari ceruk hutan sehingga ke bawah dasar laut semuanya memberi pulangan komisen yang lumayan kepada lelaki tua ini dan anak beranaknya.
Namun begitu, kisah hidupnya menjengah 2014 mengejutkan ramai orang. Dia mengambil keputusan melepaskan jawatannya. Semua orang bercakap mengenai hal itu kerana rata-rata menjangkakan jawatan itu akan dibawa sehingga jenazahnya diusung ke tanah perkuburan.
Bersyukur, akhirnya Taib Mahmud bertaubat. Gamaknya begitulah benak rakyat marhaen berfikir. Tidak sampai sejenak dia mengumunkan untuk turun jawatan, dia menyuarakan hasrat hatinya untuk mengambil alih kerusi Tuan Yang Terutama (TYT) Sarawak menggantikan sosok sekarang.
Terhenyak rakyat sekalian mendengar perkhabaran ini. Makin tua, makin menjadi. Makin lanjut usia, makin kebulur dengan jawatan. Makin hampir dipanggil tuhan, makin pelahap merebut kuasa.
Taib Mahmud ini, jika dihisab segala harta kekayaannya sudah tentu ia mampu membeli dua per tiga tanah Semenanjung. Maka tertanya-tanya, apakah yang mahu dikejar lagi oleh orang tua ini? Anak kecil di rumah tidak cukup makankah?
Read More / Baca Lagi >>

Saifuddin jawab Daim: Ya, Anwar 'lemah'

Posted: 26 Feb 2014 03:51 AM PST

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail secara sinis hari ini bersetuju dengan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin yang menyifatkan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang "lemah".

"Dalam konteks yang disebut itu, saya setuju Anwar lemah kerana Anwar tak dapat angkat anak dia jadi sepuluh (orang) yang terkaya di Malaysia.

"Beliau juga lemah kerana gagal mengumpul kekayaan seperti Daim.

"Ia amat sukar bagi saya untuk memaafkan Anwar di atas kelemahannya ini," kata Saifuddin pada sidang media pagi ini.

Tambahnya lagi, Anwar juga "lemah" kerana melunaskan hutang-hutang negara lebih awal daripada yang sepatutnya dan tidak mengumpul hutang untuk negara.

"Anwar juga lemah kerana semasa jadi menteri kewangan dia bayar hutang negara lebih awal daripada jadual.

"Menteri kewangan yang baik harus menimbun hutang.

"Dalam konteks itu saya setuju sepenuhnya dengan kenyataan Tun Daim," katanya lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Zaid Ibrahim hanya lantang bersuara, tindakan masih ikut budaya Umno-BN

Posted: 26 Feb 2014 03:49 AM PST

Sejak mengumumkan menjadi calon PRK Kajang, Dato' Zaid Ibrahim telah melontarkan pelbagai tuduhan terhadap KEADILAN dan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Ini termasuklah tuduhan yang mempersoalkan ketelusan, integriti dan budaya politik yang dibawa KEADILAN.
Kebelakangan ini, Dato' Zaid Ibrahim membuat cabaran untuk berdebat pula dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim, juga atas alasan ketelusan dan integriti.
rafizi_ramliSaya pada mulanya tidak mahu memberi maklumbalas tetapi selepas ditanya berkali-kali terutamanya oleh FreeMalaysiaToday yang ghairah membawa berita ini, saya akhirnya membuat keputusan untuk melontarkan kembali beberapa perkara berhubung kredibiliti yang perlu juga dijawab oleh Dato' Zaid Ibrahim. Jika beliau lantang berkempen atas platform ketelusan dan integriti serta memberi gambaran beliau ingin menyelamatkan kerajaan Selangor dari ahli politik yang membawa budaya rasuah dan campur tangan, maka beliau juga perlu mempunyai rekod yang baik dalam perkara itu.
Malangnya, keadaannya tidak sebegitu.
Dalam tempoh pendek lebih setahun beliau menjadi anggota KEADILAN, beliau jugalah yang tidak segan silu cuba menggunakan kedudukan di dalam parti untuk mempengaruhi keputusan Kerajaan Negeri berhubung beberapa projek yang diusahakan oleh rakan atau pihak yang bersabit dengan beliau.
Sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, saya pernah didatangi sendiri oleh Dato' Zaid Ibrahim yang meminta supaya kami campur tangan dalam dua projek yang diusahakan rakan atau pihak yang bersabit dengan beliau.
Projek pertama melibatkan tanah seluas 26 ekar di Batu/Selayang. Saya dimaklumkan bahawa rakan/rakan kongsi beliau telah membuat cadangan pembangunan bersama dengan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB). Pada 25 Jun 2010, dalam satu email yang saya sertakan bersama, Dato' Zaid Ibrahim secara terang-terangan memohon pejabat saya campur tangan dengan melobi Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor untuk meluluskan cadangan yang dibuat oleh rakan atau pihak yang bersabit dengan beliau itu.
Read More / Baca Lagi >>

Kempen kembalikan Bernas kepada matlamat asal

Posted: 26 Feb 2014 03:48 AM PST

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat akan melancarkan satu kempen besar0besaran agar Padiberas Nasional Berhad (Bernas) dikembalikan kepada matlamat asal penubuhannya.

Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung berkata, Bernas ditubuhkan pada tahun 1994 adalah untuk mengambil alih peranan Lembaga Padi Negara (LPN) dalam menguruskan stok penimbal beras negara dan bekalan beras, selain bertujuan untuk melindungi petani.

Katanya, Bernas juga berperanan bagi memastikan bekalan beras yang mencukupi di negara ini serta melindungi kepentingan orang ramai, dengan memastikan pengguna menikmati bekalan beras berkualiti pada harga yang stabil dan adil.

"Sekarang kita lihat peranan Bernas sudah jauh tersasar sehingga kerajaan hilang Bernas dan menyimpang dari tujuan asal sehingga menjejaskan kepentingan petani dan penguna," jelasnya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Tambah beliau, memandangkan kegagalan kerajaan untuk bertindak dalam menjaga kepentingan petani dan pengguna, kempen ini perlu dilakukan bagi memulihkan matlamat asal Bernas dengan tujuan melindungi kebajikan dan kepentingan petani.

Menurutnya, kebenaran yang diberikan kerajaan terhadap Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary untuk mengambil alih kawalan Bernas membolehkan tokoh korporat berkait Umno itu menikmati keistimewaan mengimport beras percuma tanpa duti sehingga 2021.

Penguasaan Syed Mokhtar dengan kebenaran kerajaan di dalam Bernas itu membolehkan beliau membawa Bernas kepada tahap penswastaan dan mempunyai kawalan mutlak kepada industri beras negara.
Read More / Baca Lagi >>

Akhirnya BN melanggar pantang mnereka di Kajang

Posted: 26 Feb 2014 03:47 AM PST

ADA dua isu dibangkitkan BN membabitkan bakal calon Pakatan Rakyat bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang iaitu berkempen awal dan menggunakan surau dan masjid untuk kempen politik.
Bukanlah sesuatu yang 'memeranjatkan' jika dua isu itu ditimbulkan BN guna memanaskan 'masa menunggu' PRK Kajang.
Selepas diisytiharkan sebagai calon PKR mewakili Pakatan Rakyat dalam PRK Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menunggu lama untuk bertemu rakyat. Pelbagai program turun ke bawah diatur bagi tujuan itu. Ceramah 'hit and run' beliau mendapat sambutan dan isu yang diperkatakan beliau menjadi bahan berita di dada akhbar dan media sosial.
(Gambar kanan: Muhyiddin bersama para pemimpin BN di ruang solat Surau Al-Falah. Foto Utusan Online)
Bagaimanapun gerak kerja kempen bersifat proaktif ini tidak begitu digemari pemimpin Umno/BN. Maka pelbagai kritikan dihamburkan terhadap Anwar yang didakwa berkempen sebelum hari penamaan calon. Malah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan beberapa ahli akademik 'dipelawa' memberikan komen masing-masing.
Ketika Pengerusi SPR mengakui tidak mempunyai kuasa untuk bertindak terhadap bakal-bakal calon yang berkempen awal dan menyerahkan kepada polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk bertindak, ada ahli akademik yang berkata Anwar boleh hilang kelayakan menjadi calon jika didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman kerana berceramah tanpa kebenaran polis.
SPR pada 5 Februari lalu menetapkan hari penamaan calon PRK Kajang pada 11 Mac dan hari mengundi pada 23 Mac. Pengundian awal berlangsung pada 19 Mac.
Tindakan Anwar memberikan tazkirah di surau dan masjid sekitar Kajang juga mengundang rasa tidak puas hati pemimpin BN. Ada juga penduduk dan badan bukan kerajaan pro-BN yang membuat laporan polis berhubung majlis tazkirah yang disampaikan Anwar.
(Gambar kiri: Calon BN, Chew Mei Fun turut hadir di Surau Al-Falah bertemu pengundi. Foto Utusan Online)
Malah portal rasmi Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) turut mengecam Anwar yang disifatkan tidak menghormati titah Sultan Selangor supaya masjid dan surau tidak dijadikan gelanggang politik.
Laman portal yang sama juga mempersoalkan Menteri Besar Selangor, tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang disifatkan gagal menyembahkan titah Sultan Selangor kepada Anwar.
"Tidak perlu ulas panjang, kerana titah Tuanku Sultan sudah jelas manakala Anwar memulakan kempen dengan mempertikai arahan Sultan Selangor.
"Pesan buat Anwar dan jentera kempennya: Masuk kandang kambing biar mengembek, masuk kandang harimau biar mengaum.
Read More / Baca Lagi >>