Khamis, 6 Februari 2014

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Pemimpin politik Myanmar terselamat cubaan bunuh di Bukit Bintang

Posted: 06 Feb 2014 10:33 PM PST

FEBRUARY 07, 2014
Dua pemimpin parti politik Myanmar termasuk Pengerusi Parti Pembangunan Kebangsaan Rakhine (RNDP), Dr Aye Maung terselamat dalam cubaan membunuh di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Rabu lalu.
Menurut sumber polis, beberapa das tembakan yang dilepaskan seorang daripada dua lelaki bermotosikal tidak mengenai sasaran iaitu kereta BMW yang dinaiki pemimpin itu bersama tiga lagi kenalannya di Jalan Alor.
Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, turut bersama Aye Maung ialah Pengerusi Parti Arakan Liga Demokrasi, Aye Thor Aung dan dua lagi warga Myanmar.
Mereka dikatakan baru meninggalkan Plaza Low Yat sebelum kenderaan mereka diserang dua lelaki berkenaan yang dipercayai rakyat Myanmar.
"Susulan tembakan itu, kenderaan dinaiki Aye Maung terus memecut ke sebuah hotel di ibu negara sebelum laporan polis dibuat. Tiada kecederaan dilaporkan terhadap mereka," kata sumber itu.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa mengesahkan kejadian itu dan berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh.
Aye Maung merupakan pengerusi sebuah suruhanjaya yang ditubuhkan kerajaan Myanmar untuk menyiasat insiden rusuhan etnik di Rakhine. - Bernama, 7 Februari, 2014.

Edisi perabih duit kerajaan BN - Kedah taja Maharaja Lawak Mega RM200,000

Posted: 06 Feb 2014 08:52 PM PST

ALOR SETAR - Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Khazali Din mengesahkan penganjur program Maharaja Lawak Mega suku akhir yang diadakan di Dewan Wawasan Jitra, 24 Januari lalu, membuat permohonan tajaan sebanyak RM1.2 juta.

Beliau berkata, permohonan itu dibuat menerusi exco penerangan, namun tidak mendapat kelulusan kerana jumlahnya yang tinggi.

"Permohonan itu tidak diluluskan, ada cadangan supaya mereka mohon penaja lain antaranya syarikat berkaitan kerajaan (GLC)," katanya.

Menurutnya, beliau tidak pasti sama ada penganjur ada membuat rayuan terhadap permohonan itu menerusi exco berkaitan.

Sementara itu, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Tajuddin Abdullah menafikan kerajaan negeri membelanjakan RM1.2 juta seperti yang digembar-gemburkan sebaliknya hanya menggunakan RM200,000, seperti yang diluluskan.


"Memang benar kos keseluruhan mencecah RM1.2 juta tetapi yang diluluskan hanya RM200,000. Bagi menampung kos lain seperti penginapan dan pengangkutan, kita dapatkan tajaan dan tidak keluarkan belanja," katanya.

Menurutnya, peruntukan RM200,000 itu digunakan untuk menganjurkan program sampingan sempena acara Maharaja Lawak Mega iaitu Fiesta Penerangan Kedah Makmur dan Karnival di luar Dewan Wawasan, dimeriahkan dengan gerai jualan dan pameran agensi kerajaan.

Mengulas permohonan bajet awal yang dikatakan terlalu tinggi (RM1.2 juta), Mohd Tajuddin berkata, kos itu dicadangkan penganjur program dan selaku Exco berkaitan, beliau memanjangkan permohonan itu kepada kerajaan negeri sebagai kos tajaan.

"Mereka cadangkan kita taja RM1.2 juta dan apabila dibentangkan, hanya RM200,000 diluluskan. Dakwaan kita belanja RM1.2 juta itu tidak benar, itu hanya permohonan," katanya.

Menurutnya, pihaknya menggunakan kebijaksanaan untuk menggunakan peruntukan yang diluluskan tanpa memohon peruntukan tambahan selepas program berakhir.

"Saya anggap dakwaan kononnya kita belanja RM1.2 juta itu adalah fitnah untuk menjejaskan nama baik saya.

"Saya hanya guna peruntukan diluluskan. Saya juga tidak membuat tuntutan bayaran melebihi peruntukan yang dibenarkan. Hanya guna RM200,000," katanya.

Menurutnya, penganjuran program itu diletak bawah tanggungjawab jawatankuasa penerangan kerana ia turut diisi dengan program penerangan.

"Kita jalin kerjasama untuk program itu bukan semata-mata untuk berhibur tetapi ada agenda serampang dua mata iaitu mempromosi Kedah secara langsung.

"Saya guna kesempatan populariti Raja Lawak untuk promosi Kedah kerana artis diminta mempromosi tempat pelancongan seperti Ladang Anggur Tasik Beris dan Ulu Legong ketika siaran itu sedang ke udara secara langsung," katanya.

Mohd Tajuddin menganggap langkah itu adalah suatu penjimatan dalam mempromosi negeri kerana untuk mendapatkan siaran televisyen adalah terlalu tinggi perbelanjaannya.

"Rakyat Kedah patut bersyukur kerana banyak negeri melobi untuk dapatkan program itu mewakili wilayah utara. Saya andaikan ia win-win situation kerana penganjur diberi garis panduan tertentu dan mereka patuhi termasuk pakaian dan etika persembahan," katanya.

Menurutnya, pendekatan ini lebih khusus kepada memenuhi kehendak orang muda, di mana pihaknya membuat kajian sebelum berhasrat menjalin kerjasama itu.

"Maklum balas daripada generasi Y sangat positif. Kita buat tinjauan melalui twitter untuk bawa Raja Lawak ke Kedah dan semua sokong. Saya harap pihak luar jangan cuba eksploitasi isu ini atau berfikiran negatif," katanya.

Mohd Tajuddin turut menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya pada peringkat pada awal pihaknya berhasrat menjual tiket persembahan bagi menyaksikan program suku akhir itu.

"Awalnya ada cadangan untuk jual tiket, namun saya tegaskan supaya tidak teruskan kerana mahu rakyat Kedah berhibur secara percuma," katanya.

Beliau berkata, kesinambungan jalinan kerjasama antara kerajaan negeri dan artis Raja Lawak akan diteruskan pada masa akan datang.

"Kita sedang rancang adakan program amal bersama artis Raja Lawak untuk membantu golongan kurang upaya menerusi program kebajikan yang dilakukan.

"Namun ia masih dalam perbincangan awal," katanya. - mStar 7/2/14

Ceroboh Sabah (terbaharu) dapat digagalkan - IGP

Posted: 06 Feb 2014 09:29 AM PST

SEMPORNA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan bahawa pasukan keselamatan Malaysia berjaya menggagalkan percubaan kedua kumpulan bersenjata untuk memasuki Sabah dalam tempoh dua bulan.
Khalid yang mendedahkan perkara itu pada Khamis berkata, kumpulan-kumpulan itu merancang untuk memasuki timur Sabah atas sebab-sebab jenayah.
Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan secara lanjut dengan menjelaskan bahawa ia disebabkan oleh faktor keselamatan.
Khalid berkata, percubaan kedua berlaku pada akhir Januari tahun ini.
Pada 10 Januari lalu, Khalid memberitahu para pemberita bahawa terdapat satu pencerobohan lain ke Sabah yang dilakukan oleh pihak asing namun digagalkan oleh pasukan keselamatan Malaysia.
Beliau berkata, cubaan yang dilakukan adalah kira-kira dua minggu sebelum itu (merujuk pada minggu terakhir Disember 2013).
"Terdapat satu percubaan oleh pihak luar untuk memasuki Sabah tetapi kami berjaya menggagalkannya menerusi kerjasama dengan agensi-agensi lain, termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), " katanya kepada media ketika itu.
Kedua-dua cubaan menceroboh yang digagalkan itu berlaku kira-kira setahun selepas serangan kumpulan bersenjata Sulu yang menawan Kampung Tandou di Felda Sahabat di Lahad Datu yang bermula pada 11 Februari 2013. - mStar

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Di Sebalik Provokasi Perkauman Oleh Macai, Bala Besar Sedang Menunggu Najib..!!!

Posted: 06 Feb 2014 08:39 PM PST

Tindakan sebuah NGO yang menamakan dirinya Majlis Jamaah NGO Islam Malaysia mengadakan demonstrasi membantah penerbitan video yang dibuat oleh pemimpin DAP, Teresa Kok yang dianggap menghina orang Melayu dan pemimpin tertentu, sambil menyembelih ayam dan melumurkan darahnya pada gambar beberapa pemimpin pembangkang, adalah suatu perbuatan yang tidak boleh diterima sama sekali dalam sebuah negara berbilang kaum dan agama seperti Malaysia ini.

Ia tidak lain merupakan provokasi perkauman dan menggalakkan pertumpahan darah. Walaupun kita tidak bersetuju dengan tindakan Teresa Kok menerbitkan klip video yang dianggap menghina dan keterlaluan itu, tetapi cara bantahan dengan menyembelih ayam dan melumurkan darahnya sebagai simbolik mengajak pertumpahan darah, adalah juga perbuatan yang keterlaluan dan tidak boleh diterima.

Begitu juga dengan tindakan NGO yang sama menawarkan upah sehingga RM1200 kepada sesiapa yang dapat menampar muka Teresa Kok, ia bukanlah cara yang sewajarnya melawan musuh politik. Tindakan ini mengundang bahaya yang lebih besar kepada keamanan, keharmonian dan kedamaian antara kaum di negara ini.

Persoalannya, apakah dengan hanya berdemonstrasi seramai 50 dan membuat provokasi melampau yang seolah-olah mengajak pergaduhan, ia suatu bukti gah menandakan orang Melayu sudah cukup gagah untuk bergaduh dan bertumpah darah?

Bagaimanapun, diharapkan tiada mana-mana pihak yang pendek akal yang sanggup menyahut tawaran tawaran NGO tidak matang ini. Percayalah, NGO ini hanya inginkan perhatian daripada pucuk pimpinan UMNO dengan menunjuk keberanian dengan maksud yang hanya mereka saja mengetahuinya.

Jika berlaku sesuatu yang buruk nanti, NGO inilah yang paling awal menghilangkan diri.

Penghinaan dan cara serangan melalui video, sebagaimana yang dilakukan oleh Teresa, sepatutnya hanya dibalas dengan serangan dalam bentuk yang serupa juga dan bukannya dengan cara yang melampau. Ini semua adalah sebahagian daripada proses berpolitik yang sepatutnya ditangani dengan akal, hujah dan penuh kematangan.
Read More / Baca Lagi >>

Muslimat PAS kecam tawaran RM500 tampar Teresa Kok

Posted: 06 Feb 2014 08:35 PM PST

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat mengutuk tawaran terbuka RM500 oleh Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia kepada sesiapa yang menampar Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok berikutan sebuah video sketsa ucapan Tahun Baru Cina.

Timbalan Ketuanya, Dr Siti Mariah Mahamud berkata, PAS tidak mahu tajaan tampar menampar seperti itu akan menjadi budaya di dalam masyarakat pada hari ini.

Namun katanya, Muslimat bersetuju atas sifat demokrasi dan kebebasan bersuara sekiranya NGO dan mana-mana pihak ingin menyatakan bantahan dengan hujah yang benar ke atas video terbabit dengan membuat laporan polis, dakwa di mahkamah atau kenyataan tegas selaras dengan peruntukan undang-undang sensitiviti kaum di Malaysia.

Terkini, Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia berkata, tawaran bagi menampar Teresa Kok kini dinaikkan daripada RM500 ke RM1,200 kerana pemimpin DAP itu dikatakan kurang ajar dan mencabar kedudukan orang Melayu.

Siti Mariah turut menyelar tindakan Jemaah NGO Islam yang dilihat tidak matang dan bercanggah dengan akhlak Islam sendiri apabila melumur darah ayam ke atas kain rentang dengan gambar pimpinan DAP dan PKR.
Read More / Baca Lagi >>

Bela Che Ibrahim: Beliau pernah gegarkan negara, kata Husam

Posted: 06 Feb 2014 08:34 PM PST


Sebuah kerajaan Islam perlu adil dan ihsan terhadap pekerja, kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa. Gambar fail.Sebuah kerajaan Islam perlu adil dan ihsan terhadap pekerja, kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa. Gambar fail.Datuk Husam Musa membela penyokongnya, bekas kadi, Che Ibrahim Mohamed yang dipecat oleh anak syarikat kerajaan negeri Kelantan dengan mendakwa tindakan tersebut tidak sewajarnya dilakukan oleh kerajaan Islam.
"Kerajaan Islam perlu bertindak adil dan ihsan kepada pekerja kita.
"Lagipun beliau (Che Ibrahim) adalah pengasas KIAS dan ingatlah jasanya yang pernah menggegarkan negara suatu ketika lalu," kata naib presiden PAS itu kepada The Malaysian Insider.
Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan negeri mempertimbangkan semula pemecatan itu.
Pada 1 Februari lalu, Che Ibrahim dipecat daripada jawatan Timbalan Pendaftar Kolej Islam Sultan Yahya Petra (KIAS), sebuah kolej yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan negeri Kelantan.
Surat pemecatan itu ditandatangani oleh Pengerusi Lembaga KIAS yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah.
Che Ibrahim adalah penyokong Husam yang keempat dipecat, dipercayai berikutan pertembungan antara Husam dengan kepimpinan baru kerajaan negeri Kelantan, terutama Mohamad Amar.
Sebelum Che Ibrahim, tiga penyokong Husam turut dipecat iaitu Asrul Afendi (Pegawai IT KGT Sdn Bhd yang juga pegawai akhbar Husam), Khir Zahri Abdul Ghani (Pengurus Tabung Tok Kenali) dan Fauzi Mohamad (Pengurus Besar PMBK Sawit) selain beberapa kakitangan kerajaan negeri serta anak syarikatnya.
Che Ibrahim ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam berkata:"Ini adalah kes antara saya dengan Nik Amar dan saya tidak akan berdiam diri."
Read More / Baca Lagi >>

Taib Berundur: Pilihan raya Sarawak mungkin diadakan lebih awal?

Posted: 06 Feb 2014 08:33 PM PST

Spekulasi pengunduran Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud kini beralih kepada kemungkinan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak lebih awal daripada tempoh penggal tamat pada April 2016, lapor sebuah akhbar berbahasa Melayu.
Ini berikutan satu taklimat mengenai persiapan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 oleh pasukan keselamatan termasuk polis akan diadakan di Pejabat Ketua Menteri, di Kuching pada Isnin depan.
Akhbar itu turut melaporkan, media di Sarawak semalam menerima jemputan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui e-mel bagi membuat liputan majlis pada jam 10.30 pagi yang akan dihadiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Bagaimanapun KDN kemudian menghantar ralat dengan tidak memasukkan liputan media bagi taklimat tersebut tetapi mengekalkan dua acara Ahmad Zahid iaitu lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak pada jam 2 petang dan Ulang Tahun Rela ke-42 peringkat negeri yang akan berlangsung pada 4 petang, lapor Berita Harian.
Dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 pada 16 April 2011, Barisan Nasional (BN) berjaya menguasai 55 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1) walaupun sentimen kebecian terhadap Abdul Taib dikatakan meluas kerana terlalu lama di tampuk kuasa.
Read More / Baca Lagi >>

Demo Ayam: Pakatan, Proham kutuk tindakan NGO yang mengaku Islam..!!

Posted: 06 Feb 2014 08:32 PM PST


Pakatan Rakyat dan NGO hak asasi manusia Proham mengutuk sekumpulan NGO Islam yang menyembelih empat ekor ayam dan melumur darahnya pada kain rentang yang tertera gambar pemimpin DAP dan PKR semalam.

Mereka juga mengecam tindakan menggalak orang menampar Ahli parlimen Teresa Kok dengan ganjaran RM1,200, susulan kontroversi video bertajuk 'Onederful Malaysia CNY 2014' sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Pakatan dan NGO hak asasi itu menganggap tindakan kumpulan 'Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia' semalam bertentangan undang-undang kerana mengapi-apikan sentimen kebencian dan mencetuskan suasana tidak harmoni.

"Bagi mereka yang tidak bersetuju dengan Teresa Kok, anjurlah debat dengan beliau sambil menonton video beliau dan tunjukkan di mana yang dituduh sebagai menghina semasa debat.

"Jangan pula memberi alasan tiada masa. Berhujahlah menggunakan lidah dan akal dan bukannya melakukan tindakan tidak bertamadun," kata Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Read More / Baca Lagi >>

Demo Ayam: Pas selar tindakan provokasi melampau macai Umno

Posted: 06 Feb 2014 08:30 PM PST

Tuan Ibrahim Tuan Man 
SHAH ALAM - Pas hari ini menyelar tindakan kumpulan yang melakukan provokasi yang akan memberi kesan kepada imej Islam.

Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan kumpulan itu bukan sahaja bertentangan dengan akidah Islam dan menggalakkan perbuatan yang tidak baik.

"Pas kesal dengan provokasi perkauman melampau akhir-akhir ini. Tindakan melampau ini bukan sahaja boleh mencetuskan suasana tidak harmoni dalam negara bahkan ia akan mengundang pelbagai reaksi negatif terhadap Islam.

"Tindakan sembelih ayam untuk upacara yang bertentangan dengan akidah Islam tidak seharusnya dibiarkan seolah ianya selaras dengan kehendak syarak.

"Lebih sedih, apabila tindakan menggalakkan orang menampar dengan habuan wang itu disasarkan terhadap seorang wanita," katanya dalam laman Facebooknya, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan sekumpulan NGO bertindak menyembelih dua ekor ayam dan melumur darahnya pada kain rentang yang tertera gambar pemimpin DAP dan PKR sebagai bantahan terhadap penghinaan pemimpin berkenaan kepada majoriti masyarakat Melayu beragama Islam.

Read More / Baca Lagi >>

Anwar Ibrahim: Kita Ambil BR1M, Dia Guna BROM Sapu Semua

Posted: 06 Feb 2014 08:25 PM PST

Anwar Ibrahim: Rakyat Jangan Kena Buli, Kalau Kita Bersatu Kerajaan Tidak Boleh Buli

Posted: 06 Feb 2014 08:24 PM PST

Anwar Kena Ada Watikah Ke Nak Solat Berjemaah Disurau Atau Masjid...!!!

Posted: 06 Feb 2014 06:35 PM PST


Zaman Najib & Rosmah: Ringgit jatuh RM2.624 berbanding dolar Singapura

Posted: 06 Feb 2014 05:50 PM PST

Ringgit Malaysia mencecah rekod paling rendah berbanding dolar Singapura awal minggu ini, dengan matawang lain di rantau ini masih lemah.
Penganalisis berkata, ini disebabkan oleh aliran modal daripada pasaran membangun ke pasaran maju.
Akhbar Straits Times Singapura melaporkan rekod terendah ini dipecahkan hanya tiga hari selepas Malaysia mencapai rekod terendah RM2.622 Khamis lalu dan berada pada RM2.6207 semalam.
Ringgit semakin jatuh bukan disebabkan dolar Singapura semakin kuat, tetapi kerana aliran modal yang tinggi daripada pasaran yang masih membangun ke pasaran maju, kata pakar yang dipetik daripada akhbar aliran perdana itu.
"Keseluruhannya, daripada segi kekukuhan kewangan, Singapura dilihat sebagai lebih kukuh. Oleh itu mata wang kita dilihat semakin rendah berbanding dolar Singapura," kata Pengurus Besar Fundsupermart, Wong Sui Jau.
Penganalisis mata wang daripada Oanda, Wu Mingze, berkata:"Daripada segi dasarnya, Malaysia kelihatan tidak hebat. Tetapi ia tetap lebih baik berbanding Thailand, Filipina dan Vietnam."
Beliau berkata, walaupun Malaysia semakin menghampiri defisit akaun pertengahan tahun lalu, lebihan daripada dagangan Malaysia sedang meningkat dan boleh membantu negara.
Baht Thailand dan Rupiah Indonesia paling terkesan dengan aliran modal besar ini.
Terkini, Sedolar Singapura dibeli dengan 26.86 Baht iaitu 9,611 rupiah Indonesia.
Penganalisis berkata, setakat ini mereka masih belum dapat memastikan berapa lama lagi tempoh matawang itu akan kekal lemah.
Read More / Baca Lagi >>

Masih ada pembangunan terpinggir di Kajang

Posted: 06 Feb 2014 05:42 PM PST

Masih ada pembangunan terpinggir di Kajang 
 Penduduk bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar.
KAJANG – Dihantui pelbagai isu dan masalah. Itu yang terpaksa dihadapi penduduk 59 unit rumah teres dua tingkat di Kajang Perdana 8A dan 8B sejak 10 tahun lalu.

Difahamkan, kediaman mereka seolah-olah terpinggir daripada pembangunan dunia luar dan mendakwa pihak berwajib seolah-olah tidak prihatin dengan isu membelenggu penduduk.

Pengerusi Persatuan Penduduk Kajang Perdana 8A dan 8B, Md Hamim Waris, 35, berkata, pihaknya bimbang berlaku hakisan cerun yang terletak kurang lima meter dari jarak belakang deretan rumah di situ.

Dakwanya, sebelum ini pernah berlaku kejadian pokok tumbang namun, bernasib baik ia tidak mengenai mana-mana rumah.

Menurutnya, penduduk meminta Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) dan pihak berwajib datang membuat pemantauan cerun berkenaan kerana percaya masih berlaku pergerakan tanah.

Md Hamim berkata, selain isu hakisan, beliau pernah membuat beberapa aduan kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) termasuk meminta pihak itu menurap jalan perumahan melalui surat dihantar pada  15 November tahun lalu.

Dakwanya, beliau terkejut apabila dimaklumkan peruntukan sudah tiada dan perlu menunggu antara enam bulan hingga dua tahun untuk memohon perkara itu.

Katanya, penduduk tidak berharap dua laluan perumahan diturap sepenuhnya, cukup sekadar menutup lubang-lubang yang ada.

"Namun tiada tindakan, kita harap sangat pihak itu turap lubang kritikal yang menimbulkan bahaya kepada pengguna," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

Pemilihan 2014: 'AMK jangan terperangkap dengan politik kabilah'

Posted: 06 Feb 2014 05:39 PM PST


ADUN PKR Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata AMK perlu melakar idea tersendiri dan tidak terperangkap dengan politik kabilah "satu chai atau satu blok" seperti parti lain kerana menganggapnya tidak sihat walaupun tidak menafikan pilihan ahli masing-masing.

Menurut Nik Nazmi lagi, AMK juga perlu mencungkil bakat dan meraikan kekuatan dari pelbagai pengkhususan demi menjamin kelangsungan kekuatan parti khususnya dari kumpulan generasi muda.

Malah, katanya, ia sekaligus memastikan sayap kanan PKR itu boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan Umno dan tidak dianggap sebagai jaguh kampung semata-mata.

"Saya nak jadi AMK sebagai satu organisasi dapat mewakili bakat yang kita yang ada dalam parti, daripada aktivis, reformasi, kesatuan sekerja, hak asasi, profesional, kotrak, akademik, seniman, boleh menyantuni masyarakat yang pelbagai.

"Dalam program dan ceramah, saya jumpa pelbagai ramai bakat dalam parti, daripada aktivis, orang susah sehingga korporat, penjawat awam. Itu yang kita (perlu) raikan

"(Saya) tidak mahu mewakili satu kelompok... Biarlah kita pergi mana-mana dunia, kita boleh menjadi macam yang ditunjukkan oleh Anwar. Kalau boleh itu yang dicontohi AMK," katanya.
 
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan jangan selesa, waspada segala kemungkinan

Posted: 06 Feb 2014 05:33 PM PST

KUALA LUMPUR: PAS akan memanfaatkan tempoh lebih sebulan sebelum penamaan calon PRK N25 Kajang untuk mendekati dan mengenali hampir 40,000 pengundi di Dun berkenaan.

Namun, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli berkata dalam tempoh itu Pakatan Rakyat tidak seharusnya berasa selesa dan perlu berwaspada dengan segala kemungkinan yang akan berlaku.

"Kita selalu minta tempoh berkempen yang panjang, oleh kerana masa yang lumayan ini diberikan kita gunakan untuk 'berkenalan' dengan para pengundi," katanya kepada Harakahdaily.

Tambahnya, dalam tempoh ini juga jentera Pilihan Raya Pakatan Rakyat boleh menfaatkan untuk menjalankan proses simulasi sebagai persediaan sebelum PRK itu.

"Oleh kerana tempoh kempen selama 13 hari selepas penamaan. Kita mahukan 14 hari atau 21 hari berkempen. Tapi kita akan gunakan kesempatan tempoh sebulan ini untuk perkuat jentera pilihan raya. Kita guna sebaik mungkin," katanya.

Bagaimanapun, Hatta kurang gembira dengan penetapan hari penamaan calon pada hari bekerja yang agak menyusahkan para penyokong parti masing-masing.

Semalam SPR mengumumkan tarikh penamaan calon bagi Dun Kajang pada 11 Mac manakala hari membuang undi pada 23 Mac ini.
Read More / Baca Lagi >>

Jangan tunggu, siasat kejadian dakwaan perkauman sekarang, kata peguam

Posted: 06 Feb 2014 05:31 PM PST



Polis perlu bertindak cepat menahan mereka yang bertanggungjawab mengancam pemimpin pembangkang dengan menyembelih ayam dan mencetuskan keganasan dengan menawarkan ganjaran RM1,200 kepada sesiapa yang menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang didakwa menghina kepimpinan Melayu dan Islam, kata peguam.
Datuk Baljit Sidhu berkata, polis tidak perlu menunggu sehingga seseorang membuat laporan sebelum bertindak menyiasat kejadian dakwaan perkauman itu.
"Mereka perlu proaktif dalam keadaan seperti ini. Mereka perlu menghentikan masalah perkauman dan agama yang semakin meningkat sebelum ia jadi semakin di luar kawalan," katanya kepada The Malaysian Insider.
Menggambarkan perbuatan di Jalan Pudu, Kuala Lumpur semalam sebagai "amat mengganggu dan tidak wajar", Baljit berkata, pegawai polis yang bertugas di kawasan itu sepatutnya bertindak cepat dan tidak berlengah kerana kejadian itu diketahui umum.
Semalam, sekumpulan kira-kira 50 ahli pertubuhan bukan Islam (NGO) Islam mencetuskan kekacauan apabila mereka menyembelih dua ayam dan menawarkan ganjaran RM1,200 kepada sesiapa yang berani menampar Kok sebagai tanda marah terhadap pemimpin pembangkang kerana dikatakan menghina kepimpinan Melayu dan Islam.
Mereka kemudian melumurkan darah ayam itu ke atas kain rentang yang terdapat gambar Kok, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ahli Dewan Undangan Negeri Machang Bubuk daripada PKR, Lee Khai Loon.
Ketua kumpulan itu, Zulkifli Sharif, berkata ganjaran RM1,200 itu untuk sesiapa yang menampar Kok dan boleh membuktikannya menerusi gambar untuk menuntut wang berkenaan.
Kumpulan itu kemudian memijak `wajah' pemimpin pembangkang. Kain rentang yang dibawa juga mengandungi rujukan mengenai kejadian rusuhan perkauman 13 Mei, 1969. Bantahan itu adalah tanda marah terhadap pembangkang yang didakwa menghina "Kepimpinan Melayu, Yang di-Pertuan Agong, Islam dan maruah Melayu".
Read More / Baca Lagi >>

Ketika provokasi perkauman meningkat, di mana pemimpin negara?

Posted: 06 Feb 2014 05:29 PM PST


Poster mengejek Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dengan ganjaran RM1,200 untuk menamparnya yang dilakukan NGO Melayu menunjukkan provokasi perkauman di Malaysia berada pada tahap bahaya. Gambar fail.Poster mengejek Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dengan ganjaran RM1,200 untuk menamparnya yang dilakukan NGO Melayu menunjukkan provokasi perkauman di Malaysia berada pada tahap bahaya. Gambar fail.Tawaran secara terbuka kepada sesiapa yang berjaya menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok daripada DAP dengan ganjaran RM500 yang kemudiannya dinaikkan kepada RM1,200 oleh sebuah pertubuhan Melayu semalam menunjukkan provokasi perkauman sudah berada di tahap paling tinggi di Malaysia dan pemimpin tertinggi negara perlu segera campur tangan.
Tawaran dibuat dalam satu demonstrasi oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semalam yang menyaksikan dua ayam disembelih dan darahnya dilumurkan kepada kain rentang terpampang wajah empat pemimpin Cina DAP dan PKR di Kuala Lumpur yang dilakukan sekumpulan 50 Melayu tanpa rasa takut dan malu.
Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia berkata semalam, tawaran bagi menampar Kok dinaikkan daripada RM500 ke RM1,200 kerana pemimpin DAP itu dikatakan kurang ajar dan mencabar kedudukan orang Melayu.
Sekretariat Majlis Permuafakatan Ummah Malaysia, Zulkfli Sharif, berkata beliau tidak takut sekiranya Kok membuat laporan polis ke atas pertubuhannya sambil menggesa pihak berkuasa juga mengambil tindakan ke atas perbuatan biadap ahli Parlimen itu.
Read More / Baca Lagi >>

PRK Dun Kajang: ‘Takkan saya mahu sabotaj diri sendiri’ - MB Selangor

Posted: 06 Feb 2014 05:27 PM PST

SHAH ALAM 6 FEB: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyangkal tuduhan pihak tertentu kononnya beliau memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.
Menyifatkan tuduhan itu tidak masuk akal berikutan kedudukannya sebagai Pengarah Pilihan raya PKR Kajang, beliau berkata:
"Jika saya sabotaj, bermakna saya sabotaj diri saya sendiri. Tuduhan itu tidak ubah seperti sebuah jenaka."
Pada sidang media semalam, Abdul Khalid juga menafikan ada perjanjian antara beliau dan PKR untuk mengosongkan jawatan Menteri Besar apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim menang.
"Tidak ada sama sekali perjanjian seumpama itu. Tumpuan sekarang adalah untuk menang PRK Kajang," katanya.
Abdul Khalid juga menafikan dakwaan kononnya mahu kerusi DUN Bukit Antarabangsa yang disandang Mohamed Azmin Ali dikosongkan, bukannya kerusi Kajang.
Penafian itu dibuat berikutan wujud tuduhan tanpa bukti dari akhbar berbahasa Inggeris, kononnya beliau berusaha memastikan Azmin tiada dalam Dewan Negeri Selangor (DNS).

Pampasan tol: RM400 juta duit rakyat jadi mangsa...tapi macai Umno kata wajar untuk kroni..!!!

Posted: 06 Feb 2014 05:22 PM PST

KUALA LUMPUR: Duit rakyat terus menjadi mangsa apabila kerajaan terpaksa membayar pampasan lebih RM400 juta kepada sembilan syarikat konsesi lebuh raya akibat daripada perjanjian yang berat sebelah sekarang.
 
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, sudah sampai masanya perjanjian itu didedahkan untuk pengetahuan umum agar seluruh rakyat tahu kandungan sebenar perjanjian tersebut.
 
Jelasnya lagi, kerajaan tidak perlu lagi mengambil duit rakyat melalui pengurangan subsidi dengan tujuan melindungi syarikat konsesi tersebut.
 
"Pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri kelmarin mengenai pampasan RM400 juta menunjukkan wang rakyat terus menjadi mangsa.
 
"Ini akibat yang terpaksa ditanggung oleh rakyat hasil daripada perjanjian 'bodoh' atau berat sebelah sehinggakan kerajaan akur dengan desakan syarikat pemegang konsesi.
 
"Kita tidak mahu terus menjadi mangsa dan sudah sampai masanya perjanjian tersebut didedahkan kepada pengetahuan umum, apa sebenarnya yang terkandung di sebalik perjanjian rahsia itu," jelasnya kepada Harakahdaily
 
Beliau yang turut mempersoalkan kenyataan kerajaan yang mahu membuat kajian menyeluruh terhadap konsesi yang sedia ada.
 
Read More / Baca Lagi >>

Barang naik: Di mana lagi rakyat harus berjimat?

Posted: 06 Feb 2014 05:21 PM PST

KUALA LUMPUR: Tekanan ke atas kerajaan berikutan kenaikan pelbagai harga barangan dan perkhidmatan kebelakangan ini perlu berterusan bagi memastikan kerajaan benar-benar sedar dan faham keperitan rakyat.

Nasihat agar rakyat berjimat-cermat dan memikirkan keperluan melebihi keinginan dianggap satu tamparan yang menyakitkan apabila rakyat sudah tidak tahu di mana dan apa lagi yang boleh dijimatkan.

"Di mana lagi rakyat harus berjimat? Pada saya, rakyat sudah puas berjimat. Kalau harga barangan, mungkin pembeli boleh memilih untuk tidak membeli barangan yang meningkat harganya.  Tapi kalau kenaikan tarif elektrik, di mana lagi mahu berjimat sedangkan semuanya menggunakan tenaga tersebut. Takkan mahu berjimat dengan kembali ke dapur kayu?" kata Pengerusi Lajnah Pekerja dan Pengguna PAS Pusat, Anuar Tahir.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily sebagai mengulas rungutan pengguna ekoran kenaikan tarif elektrik yang mula dirasai mereka bermula Januari lalu.

Tegas Anuar, biarpun kerajaan mengatakan hanya pengguna elektrik yang melebihi 300kwh sahaja dikenakan kenaikan tersebut, hakikatnya kesan berantai dari kenaikan itu turut dirasai mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar MB Selangor: Rekod prestasi untuk PRU14, kata penganalisis

Posted: 06 Feb 2014 04:51 PM PST


Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan orang ramai ketika tiba di Taman Koperasi Cuepacs Kajang, malam tadi dalam siri kempen PRK Kajang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 7 Februari, 2014. Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan orang ramai ketika tiba di Taman Koperasi Cuepacs Kajang, malam tadi dalam siri kempen PRK Kajang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 7 Februari, 2014. Seorang penganalisis berkata, jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi menteri besar Selangor, ia akan mengubah corak permainan pembangkang kerana ia memberikan peluang kepadanya untuk mengetuai sebuah negeri sebagai rekod prestasi untuk dijadikan contoh kepada rakyat Malaysia pada masa akan datang.
Timbalan Pengarah Institut Pengajian Asia Tenggara Singapura, Dr Ooi Kee Beng, berkata jika Anwar berjaya sebagai menteri besar Selangor, ia akan memberikan lebih banyak tekanan kepada Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelang pilihan raya umum akan datang yang perlu diadakan selewat-lewatnya pada 2018.
"Jika dia mengetuai Selangor, polisi yang dilaksanakan negeri itu akan digunakan sebagai rekod prestasi pada pilihan raya umum akan datang.
"Jika beliau mempunyai rekod prestasi yang baik, daripada polisi sehingga menyelesaikan masalah air, beliau mempunyai sesuatu untuk meyakinkan pengundi, beliau akan mempunyai rekod prestasi yang boleh dibanggakan," katanya kepada The Malaysian Insider.
Read More / Baca Lagi >>

PRK Dun Kajang: PKR mahu akses media adil

Posted: 06 Feb 2014 04:49 PM PST

N Surendran 
PETALING JAYA - PKR mendesak agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengarahkan kerajaan memberikan akses media dan hak siaran sama rata kepada parti tersebut menjelang PRK Dun Kajang bulan depan.
Naib Presidennya, N Surendran berkata, SPR mempunyai hak untuk mengarahkan media kerajaan memberikan slot siaran kepada pembangkang semasa tempoh berkempen di PRK Dun Kajang.
"PKR diserang dengan bertalu-talu ketika ini yang mana kita tiada hak untuk menafikannya di stesen televisyen, radio mahupun akhbar.

"SPR pula dilihat hanya mendiamkan diri walaupun mereka mempunyai hak di bawah perlembagaan persekutuan untuk mendesak memberi akses media kepada PR," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, semalam.

Menurutnya, kerajaan melakukan kesalahan dengan menggunakan Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk kepentingan mereka sedangkan RTM adalah hak milik rakyat.

"Stesen milik kerajaan itu dibiayai melalui wang pembayar cukai yang seharusnya turut memberikan liputan adil kepada PR.
Read More / Baca Lagi >>

PRK Dun Kajang: 'Saya sedia diaibkan' - Anwar

Posted: 06 Feb 2014 04:47 PM PST

Anwar Ibrahim 
PETALING JAYA – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia diserang dengan isu peribadi oleh calon yang menentangnya di PRK Dun Kajang kelak.

Malah, tegasnya, beliau tidak akan sesekali berundur walaupun sedar akan perkara tersebut.

"Sudah lima belas tahun kisah yang sama diulang tayang dan saya tidak pernah peduli pun. Malah, isu serang peribadi ini sudah pernah dimainkan ketika saya bertanding di PRK Permatang Pauh.

"Tapi adakah kerana takut diaibkan saya akan berundur? Tak boleh. Sebaliknya saya perlu atasi ketakutan itu," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mengulas lanjut, kata Anwar, menyerang peribadi lawan adalah cara politik picisan dan hanya menunjukkan kerendahan moral seseorang.

"Ramai yang lupa saya pernah menjadi pemangku perdana menteri dan masih mendapat maklumat. Jika saya mahu aibkan pihak lawan, saya boleh tapi seolah-olah saya tiada moral.
Read More / Baca Lagi >>

Pilih Kajang untuk ke Putrajaya

Posted: 06 Feb 2014 04:46 PM PST

Anwar Ibrahim 
PETALING JAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui keputusan bertanding di Dun Kajang sebagai landasan menjadikan Selangor negeri contoh seterusnya menakluki Putrajaya pada masa akan datang.

Beliau menafikan memilih Selangor berikutan masalah dalaman sebaliknya bagi meningkatkan keupayaan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama pimpinan PR lain untuk menjadikan Selangor sebagai contoh cemerlang hasil pemerintahan PR.

Menurutnya, dengan asas ekonomi dan politik yang kuat PR juga diyakini dapat menangkis serangan Umno-BN.

"Masalah sebenar bukan di Selangor tetapi seluruh negara sebenarnya. Selangor ini sebagai landasan untuk tingkatkan keupayaan kita dengan asas ekonomi dan politik yang sedia ada baik ini, kita akan angkat Selangor sebagai contoh negeri terbaik kepada rakyat dan Malaysia untuk ke Putrajaya," katanya dalam temu bual khas bersama Sinar Harian di pejabatnya, semalam.

Anwar menyuarakan, kesediaannya memberikan perkhidmatan terbaik bersama Abdul Khalid dan pemimpin PR lain untuk memantapkan Selangor menjadi cemerlang.

"Saya sedar adanya pertemuan antara pemimpin Umno termasuk yang lama untuk merancang ikhtiar menghalang kemaraan saya di Selangor sebab mereka dapat jangka keupayaan PR jika kita  bersama untuk mentadbir mampu membawa perubahan dan khidmat lebih baik," katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai krisis yang berlaku antara Menteri Besar dan beberapa pemimpin PR beliau mengakui, krisis ada di mana-mana dan ia perlu ditangani dengan membina persefahaman.

Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita: Senario remaja hamil makin serius

Posted: 06 Feb 2014 04:39 PM PST

Putrajaya: Mesyuarat Majlis Sosial kali ketiga yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam membentangkan dua kertas kerja masing-masing bertajuk 'Kehamilan dan Kematian Di Kalangan Remaja' oleh Kementerian Kesihatan dan Agenda Sosial Negara 2014 oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Dalam kenyataan dikeluarkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri semalam, Kementerian Kesihatan menyatakan senario kehamilan dan kematian dalam kalangan remaja kini semakin serius dan perlu pendekatan holistik untuk mencegah dan membendungnya.

Justeru, kerjasama berterusan amat diperlukan terutama dari ibu bapa, guru, badan bukan kerajaan (NGO), ahli agama dan ketua masyarakat bagi memberikan kesedaran menyeluruh kepada remaja.

Sementara itu, perbentangan kertas kerja kedua oleh KPWKM pula menerangkan lebih lanjut senarai program Agenda Sosial Negara 2014 yang akan dilaksanakan tahun ini.

Antara program yang akan difokuskan termasuk memberi tumpuan kepada kumpulan sasar kementerian dan isu sosial yang spesifik untuk ditangani dan dibendung oleh kementerian.

Pada masa sama, kempen kesedaran dan pencegahan akan dilaksanakan bagi menangani masalah sosial yang sudah dikenal pasti.

Pada mesyuarat sama, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menyediakan kertas makluman bertajuk 'Kadar Jenayah Di Malaysia - Program Pencegahan oleh PDRM' sebagai makluman awal kepada ahli mesyuarat.

Mesyuarat Majlis Sosial yang berlangsung di Dewan Persidangan, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya itu turut dihadiri sembilan menteri; dua wakil NGO dan dua pegawai awam yang juga ahli tetap majlis.

Malaysia Kita: Permainan hina nabi

Posted: 06 Feb 2014 04:36 PM PST

Kuala Lumpur: Ibu bapa dinasihatkan mengawasi anak mereka yang gemar bermain komputer berikutan satu permainan yang popular dalam kalangan kanak-kanak dan remaja kini dikesan mengandungi elemen yang menghina Islam dan menjejaskan akidah.
Ini kerana pemain permainan itu tanpa disedari berperanan seolah-olah sebagai Tuhan kerana mampu mengawal karakter nabi bagi menyebar apa juga agama.
Selain itu, bandar suci umat Islam Makkah dan Madinah juga diletakkan di bawah penguasaan pasukan penakluk bukan Islam yang jelas dipaparkan menerusi simbol tertera.

Difahamkan, permainan itu sudah berada di pasaran sejak awal 1990-an lagi dan permintaan tinggi penggemar permainan komputer mendorong pihak pengeluar memperbaharui, menambah baik serta mengeluarkan beberapa siri baru.
FotoMAKKAH dijadikan pusat penguasaan pasukan penakluk bukan Islam.

Siri terbaru dilancarkan pada 2010 turut memenangi pelbagai anugerah permainan video di peringkat antarabangsa.

Malaysia Kita; Soalan seks untuk murid sekolah?

Posted: 06 Feb 2014 04:31 PM PST

Soalan seks untuk murid sekolah?  
Soalan kaji selidik yang menjadi punca kontroversi.
SEREMBAN - Soalan berunsur seks dalam borang soal selidik yang diedarkan kepada murid sekolah rendah di Nilai mendorong dua wakil rakyat membuat aduan sekali gus menuntut tindakan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, semalam.

Adun Nilai, J Arul Kumar yang hadir bersama Adun Senawang, P Gunasekaran, mempersoalkan apa relevannya soalan berkaitan keguguran kandungan, kaedah mencegah kehamilan, penukaran jantina, masturbasi, bertukar-tukar pasangan dan hubungan seks luar tabii ditanya kepada murid sekolah rendah.

"Soalan seperti ini tidak sepatutnya ditanya kepada murid sekolah rendah," kata Arul Kumar.

Beliau turut menunjukkan borang soal selidik itu yang antara soalannya ialah 'Saya mempunyai keinginan seks terhadap (a) kaum (jantina) sejenis (b) keinginan untuk menjadi berlainan jantina'.

Satu lagi soalan, 'saya pernah melakukan perkara-perkara berikut (a) membaca/ menonton bahan-bahan lucah (b) melancap/ masturbasi (merangsang diri sendiri secara seksual).
Sinar Harian difahamkan, borang soal selidik itu diedarkan di sekolah-sekolah di negeri ini.

Menurutnya,  beliau dimaklumkan mengenai perkara itu Jumaat lalu oleh ibu bapa murid tahun empat yang bimbang persoalan yang dibangkitkan dalam soal selidik itu mencemarkan pemikiran anak mereka.

"Setelah diteliti, kita dapati soalan pada halaman tiga itu memang tidak sepatutnya diajukan kepada murid sekolah rendah. Kita pun hairan bagaimana pihak berkenaan boleh terfikir untuk menyoal selidik budak sekolah rendah dengan soalan seperti itu.

"Cuba bayangkan, apa yang kanak-kanak ini faham tentang keguguran kandungan, kaedah pencegahan kehamilan, penukaran jantina, masturbasi, bertukar-tukar pasangan dan hubungan seks luar tabii," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Tukar Tiub

Tukar Tiub


YA AMPOOON DOWN LOAD TUANKU

Posted: 06 Feb 2014 07:00 PM PST



DULI YANG MAHA MULIA
SULTAN MELAKA

YA AMPOOON
ketua menteri melaka hari ini  bodoh
ali rustam yang dulu pun sama bodoh
yang sekarang tak baca habis kitab perlembagaan persekutuan
ali rustam anggkuh

INILAH SULTAN RAKYAT
kalau talipon dia ajak minum teh
dia akan datang
inilah dia sultan berjiwa rakyat

SULTAN WAKIL ALLAH
yang ini kurang jelas
macam mana sultan melaka ini
dapat on line dengan allah

SULTAN EMPAT PENJURU ALAM
awalnya cuba di perak
tapi sudah ada malaoan di sana
lalu beralih ke melaka
cari rezeki

MAHKAMAH DUNIA
inilah kesilapan besar sultan melaka
kalau tak sebut mahkamah ini
besar kemungkinan memang tuanku ini sultan melaka
tetapi
bila sebut mahkamah dunia nak beri dana
nampak lebongnya

WALAU APA PUN
kami warga bangsar utama
amat berbangga
kerana peguam sultan melaka ini
mister surjan singh 
yang telah kami nobatkan sebagai
mamak bendahara
adalah tetangga kami 
pejabat mamak bendahara ini
hanya 3 pintu dari ubu

YA AMPOOON 
DOWN LOAD TUANKU

----------

KELAS FALSAFAH PERTAMA

Posted: 06 Feb 2014 06:00 PM PST




KULIAH PERTAMA 2014

KELAS MALAM KELMARIN
seramai lebih dari 50 pelajar 
telah datang
seramai 500++ pendengar telah mengikuti kelas
melalui radio bangsar

rose ismail dari bandar bangawan
cik gu farid abu talib dari kuantan
ili dari seri kembangan
semua melaporkan
kelas dapat didengar dengan jelas

kelmarin kita bermula jam 9:30
ini hari pertama kerana ramai yang tidak tahu
dimana letaknnya ubu

minggu hadapan kelas akan bermula
jam 9:00 malam

SEJARAH KELAS FALSAFAH
cetakaan pertama bermula
pada tahun 2005
bertempat di ubu

cetakan kedua bermula
2005-2007 di annex pasar seni
cetakan ketiga  yang sekarang

JUSTERU
ada yang mengulang kuliah
saperti rosli intan rahmat harun aishah
dalam cetakan pertama dahulu
satu perkataan dan konsep telah muncul
perkataan ini ialah paip 
pemuda anti ilmu pengetahuan

kali ini dengan wujudnya fb blok dan twiter
nampaknya  jaringan bertambah luas
kita tidak tahu 
berapa banyak aktivis anak muda
yang menjadi  paip 
terlepas 
terima kaseh ronald reagan

KELAS PERTAMA 
ini hanya pengenalan
kemudian kelas akan mengupas
sosok sosok dan melihat
pandangan sosok sosok ini

HUBUNGAN
kita akan berhubung melalui email
dan terus ikuti tukar tiub

NOTA
gambar diambil 
dari face book wan ji
terima wan ji

NOTA
hakim telah bertanya
apakah akan ada
pepereksaaan diakhir nanti
ini soalan klasik
dari anak muda yang sering digagalkan
oleh pepereksaan
kah kah kah


-----------

KEMANA TUJUAN MEREKA INI?

Posted: 06 Feb 2014 05:30 PM PST




    DARI FACE BOOK



Ekstrim macam mana pun, samseng macam mana jua, darah ayam atau apa saja, selagi kamu direstui Umno, KPN tak akan bertindak
Like ·  ·  · 35 minutes ago near Kuala Lumpur · 

----------

JAGA JAGA BATU API

Posted: 06 Feb 2014 05:00 PM PST





KECAM TINDAKAN PROVOKASI EKSTREMIS PERKAUMAN

Tindakan beberapa anggota NGO yang telah menyembelih ayam, menyapu darah ayam ke atas gambar beberapa ahli politik Pakatan Rakyat, dan seterusnya mengugut keselamatan Ahli Parlimen Seputeh, YB Teresa Kok hari ini amat dikecam.

Tatkala rakyat Malaysia bergelut dengan realiti kenaikan harga barang, beberapa kumpulan ekstremis yang tidak bertanggungjawab cuba mengapi-apikan sentimen kebencian dan perkauman ekstremis.

Ugutan yang dibuat terhadap Ahli Parlimen Seputeh, di mana RM500 dijadikan habuan kepada sesiapa yang menampar beliau dan merakam tindakan itu, juga adalah satu perkara yang serius dan pasti menyalahi undang-undang. Perkara ini mesti disiasat Polis DiRaja Malaysia, dan mereka yang didapati bersalah wajib dibawa ke muka pengadilan.

Pentadbiran DS Najib Razak wajib mengecam tindakan provokasi ini yang cuba memecah-belahkan rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi apabila beliau baru minggu lalu menggariskan empat perkara utama dalam rancangan rekonsiliasi nasional yang mana salah satu adalah aspek sosial.

Pada masa yang sama Rakyat Malaysia disaran menghadapi provokasi ini dengan penuh kesabaran, hikmah, dan bijaksana. Kita wajib menolak kumpulan ekstremis sebegini dan pembiaya aktiviti mereka, demi Malaysia yang lebih aman.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN


----------

KANG KONG MULA BERSUARA

Posted: 06 Feb 2014 06:00 AM PST






RM1.6 juta harga 'wayang' politik PKR

MELAKA - RM1.6 juta anggaran wang rakyat yang perlu dibelanjakan bagi mengadakan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang di Selangor pada 23 Mac ini.

Persoalannya patutkah wang rakyat ini dibelanjakan, yang dilihat ramai sebagai permainan politik PKR apabila wakil rakyatnya Lee Chin Cheh sengaja mengosongkan kerusi Dun Kajang pada 27 Januari lepas semata-mata mahu memberi laluan kepada Ketua Pembangkang  Anwar Ibrahim.

Menurut penganalisis politik Prof Datuk Dr Zainal Kling, wang rakyat itu sepatutnya dibelanjakan untuk membantu rakyat tetapi malangnya RM1.6 juta itu terpaksa dibayar oleh rakyat untuk wayang politik Anwar di Selangor.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit..LAMA TAK DENGAR SUARA KANG KONG.... kah kah kah..

kah kah kah... TOLONG JANGAN PANGGIL DIA  KELING.... kah kah kah..

kah kah kah..JUGA BUKAN EEE.... kah kah kah..

kah kah kah..INI DATUK PROFESOR DOKTOR  PHD YA AMPOON  YANG MULIA TAN SERI ZAINAL KERALA... kah kah kah..

kah kah kah..NAMA  SINGKAT ZINAL KELING.... kah kah kah..

kah kah kah..TENGOK NAMA DAH KENAL... kah kah kah



SANG KANG KONG



-----------

KONSENSUS NASIONAL

Posted: 06 Feb 2014 05:00 AM PST






  • MP PAS gesa Anwar jelas konsensus nasional6:15AM Feb 6
    Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Aziz menggesa Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menjelaskan segera "format dan konsep sebenar" konsensus nasional sebelum pilihan raya kecil Kajang.

'Konsensus nasional bukan 'bunga-bunga' k'jaan perpaduan'

Aidila Razak | 9:10AM Feb 6
Gesaan berterusan Pakatan Rakyat supaya diadakan dialog bi-partisan bagi membincangkan isu-isu nasional negara bukan merupakan "bunga-bunga" pembentukan kerajaan perpaduan, tegas  Anwar Ibrahim.



    DARI FACE BOOK






Boleh Nik Mohamad Abduh cerita apa topik yg dibincang dgn Pak Lah dlm gambar ni?
Topik konsensus nasional jugak ke?

Pak Lah ni bukan UMNO ke?
 — with Wfauzdin NsRaja Rozali Raja HasanNik Mohamad Abduh and 19 others.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... APA YANG JELAS IANYA BUKAN YOUJI... kah kah kah..

kah kah kah...YANG JELAS BUKAN  BAN BALAK.... kah kah kah...


----------

PERANGAI EEE

Posted: 06 Feb 2014 12:30 AM PST


TIGA EKOR EEE

MENGENAL EEE
Tiada siapa ambil kesah untuk membukukan serta membuat kajian evolusi eee ni menjadi Melayu. Eee ni menjadikan Mamak Mahathir sebagai batu loncatan dan tapak kukuh untuk hidup senang di Mesia. Jika mereka menyokong PR, PR tak mampu memberikan satu channel/saluran kukuh untuk mereka terus berperangai keling sejati.

Jadi dengan UMNO yang bebal, keling-keling eee bebas berkeliaran dan diberi peluang menunjukkan bakat dan kuasa. Jadi bagi eee, kem BN wajib disokong. Bagi mamak-mamak dan india-india yang menyokong PR, mereka memang cukup malu untuk berperangai seperti eee. Berdikari adalah lebih mulia dari hidup terus membodek seperti eee.

 Lagipun yang masih berperangai eee adalah golongan yang belum mampu berfikir bagaimana mengawal diri bila hidup berjiran dan berkawan dengan lain bangsa serta tahu adab hidup bertolak ansur. Setakat ini, bangsa Tionghua tetap terbaik dalam ertikata "masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu mengeboh". Jadi kaya diam-diam terus bikin bisnes, on LAGI KERENAH EEE
Publish | Delete | Spam
Anonymous

on 2/5/14

----------

BERITA RASUAH YANG PELIK

Posted: 05 Feb 2014 09:00 PM PST





KOMENTAR TUKAR TIUB
kita tidak menyokong rasuah
tapi kita sokong koperal ini
bukan sokongan kerana rasuah
tapi kerana koperal ini dijadikan mangsa
untuk menunjukkan ada  kempen polis  anti rasuah

hanya 300 ringgit
kalau 30 ringgit pun rasuah
kalau 30 sen pun rasuah
bukan jumlah  sebagai bukti rasuah atau tidak

apa yang dimuskilkan ialah
perasuah 300,000 ringgit tak kena tangkap
perasuah 300 juta ringgit tak kena rasuah

lihat kes pkfz
semua tak ada kes
beratus juta duit negara lesap
tak ada seorang kena tahan

koperal ini
siap ada gambar dalam akhbar
gambar besar dalam akhbar

NOTA
diharapkan anak muda
akan dapat kumpul dana
untuk sokong koperal ini
ini tanda kita bersetiakawan

NOTA
diharapkan
ada peguam datang bantu

NOTA
tim tukar tiub memulakan dengan 100 ringgit
kepada anak muda di kuantan
sila dapatkan butiran koperalk ini
wassalam





KUANTAN 5 Feb. - Seorang anggota polis berpangkat lans koperal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan menerima rasuah daripada warga Indonesia bagi menyalurkan maklumat mengenai operasi Jabatan Imigresen, dua tahun lalu.

Mohd. Azreey Ramlan, 27, yang bertugas di Pondok Polis Sri Makmur, Pekan mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa kepadanya di hadapan Hakim Nik Nasimah Nik Mohammad.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa memperoleh suapan wang tunai RM300 daripada Herman Sandika dan seorang lagi dikenali sebagai Wahyudi bagi memaklumkan maklumat awal operasi tangkapan tersebut kepada mereka dan lapan lagi rakan mereka yang dikatakan tidak mempunyai permit kerja yang sah.


YANG INI 
RASUAH BERJUTA

----------

KE MANA HILANG DUIT ZAKAT

Posted: 05 Feb 2014 08:00 PM PST






MANA HILANG DUIT ZAKAT
Jabatan Agama ni guna Nas Nas Quran untuk buat duit, yang bodohnya adalah pengeluar zakat yang bayar zakat pada badan2 ni. Tuhan suruh keluar zakat, ya! nanti ada yang kata, zakat tu suruhan Tuhan, yang bangangnya mereka ni adalah, mereka keluar zakat tapi tidak tahu ke mana duit zakat mereka, dan akhirnya freeloader ni la yang kebas, dahulu orang islam keluar zakat untuk dokong sistem pemerintahan, pemerintah akan salur pada orang2 yang patut dapat

hari ini kalau korang keluar zakat, tapi duit tu xnampak hasilnya ke mana, baik takyah keluar zakat, ada rasionalnya suruhan Tuhan tu, jgn jadi bodoh buat amalan xtahu hasilnya, Tu lah lain kali jgn syok angguk2 geleng depan ustaz jual agama, orang dah bincang hal luar angkasa, koran gbaru bincang pasal hantu pasal intai bini mandi, pe ke bangang sgt golongan2 ni, cara mandi dalam islam, cara seks nabi, pe dah jadi dunia islam ni, ada plak ke orang tgk nabi buat benda2 ni? Sebab tu lah masyarakat dunia tgk islam ni mereka xleh terima bila on PENJUAL AGAMA TAK DIPERLUKAN
Anonymous
on 2/6/14
 24 NABI BANI YAHUDI
Sejak saya bersekolah rendah, bersekolah menengah, masuk universiti, keluar universiti sampai bekerja, tukang jual agama tidak ada modal yang lain. Tak habis habis duduk kutuk bangsa Yahudi dan agama lain. Tak ada modal lain kah? Kalau tukang jual agama ada banyak ilmu, bagilah sedikit pencerahan kepada anak muda supaya mereka ada semangat nak rajin berusaha.

 Ajarlah budak-budak macam mana nak menjadi kreatif supaya mereka dapat mencipta benda-benda macam Google yang berguna untuk orang ramai. Ajarlah bagaimana nak mengawal hawa nafsu supaya bila dah berkahwin sisuami tidak lagi menggatal nak mencari perempuan yang lain. Ajarlah bagaimana nak mencari isteri supaya tidak menjadi gagalis, contohnya menggalakkan anak muda menyambut hari kekasih.

Tukang jual agama buat malu betul sebab pelakon porno pun jauh lebih berguna kepada masyarakat terutamanya kepada gagalis yang tiada teman hidup. 1 kelas falsafah TT jauh lebih banyak memberi pencerahan daripada 10 tahun mendengar khutbah Tukang on PENJUAL AGAMA TAK DIPERLUKAN
PEMINAT KELAS FALSAFAH TT
on 2/6/14
 AJAR DEGAN KUALITI
Pada gua, yang nak belajar pun, patut2 la hulurkan sumbangan yg sesuai kpd yg mengajar. Jangan la takat RM2 atau RM5 jer.. kalo belajar english, boleh pulak hulur RM50 sejam..jika ilmu lain kene bayar, nak belajar agama pun bayarlah.. mengapa ilmu agama kene free pulak, nak belajar ilmu lain, setuju pulak kene bayaran yang ditetapkan, malah mahal gila babi pulak tu.. 

amik ilmu keusahawanan satu semester untuk 5-6 kelas, sanggup bayar 400-600 utk dua jam kredit.. takkan untuk kebaikan diri asyik nak free memanjang? Ustat itu belajar free ka? Masa dia luangkan itu free ka? Apakah bila dia ajar itu salah, kene pulak maki kow2... tolonglah adil sikik dgn ustat2 ni.. 

jika mengajar tak berkualiti dan mengarut serta kita bayar mahal2, mmg patut la maki.. ini dah la free, kemudian diperlekeh2kan ostat2 pulak.. Gua belajar agama.. tapi gua tak nak mengajar sbb kerje2 ajar agama ini betul2 membuang masa..sudahlah tidak dihargai, satu sen pun tak masuk poket.. kalo gini, gua lebih suka on MENJUAL DAN PENJUAL AGAMA
Anonymous
on 2/5/14



------------

JUMPA MALAM INI DI BANGSAR

Posted: 05 Feb 2014 07:30 PM PST





KELAS FALSAFAH & 

PEMIKIRAN KRITIKAL

jam 9:30 malam ini
kelas  akan bermula

radio bangsar akan membuat
liputan langsung untuk semua pendengar

jika ada pendengar tidak dapat mendengar
sila tweet dengan sacepat mungkin
agar masalah teknikal dapat diperbaiki
ramai
terlalu ramai
yang menghantar e-mail
TIDAK semuanya dapat dijawab
ada yang berjawab
ada yang tidak berjawab
walau apa pun semua di jemput datang
semua dijemput mengikuti kuliah
melalui radio bangsar
tv bangsar utama juga
akan membuat rakaman
untuk dimasukkan ke dalam youtube

alamat universiti bangsar utama
52c jalan kemuja
depan sekolah tamil
sebelah pejabat malaysiakini
atas kedai dobi mimi

limat minit jalan kaki
dari lrt bangsar

jumpa malam ini



----------