Sabtu, 21 Disember 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Wang Tebusan RM1 Juta Dibayar Untuk Bebaskan Wanita Taiwan?

Posted: 21 Dec 2013 10:24 PM PST


KOTA KINABALU: Wang tebusan sejumlah AS$300,000 (RM1 juta) dipercayai telah dibayar untuk menjamin pembebasan tebusan seorang warga Taiwan, Evelyn Chang An-wei yang diculik oleh kumpulan lelaki bersenjata Abu Sayaff di pulau Jolo selatan Filipina.
Walaupun pihak di Filipina dan Taiwan mempertahankan bahawa An-Wei, 58, yang diculik oleh kumpulan lelaki bersenjata Filipinan dari pulau Pom Pom di Semporna pada 15 November berjaya diselamatkan, bagaimanapun timbul spekulasi jumlah wang tebusan itu tersebar secara meluas di media Taiwan.
Abang kepada An-Wei, Richard Chang Ta Kong tidak mempertikaikan laporan media apabila dia mengatakan bahawa kakaknya tidak dicederakan semasa tahanannya dan penculik hanya mahu mendapatkan wang tebusan.
Ta Kong, yang berhubung dengan kumpulan penculik semasa adiknya diculik selama 36 hari, tidak bercakap langsung mengenai pembayaran wang tebusan yang dikatakan dibuat oleh keluarga untuk penculik itu bagi menjamin pembebasannya.
An-Wei yang merupakan isteri kepada Lim Min-hu, 57, yang ditembak mati apabila kumpulan penculik cuba untuk menculiknya di resort, telah ditinggalkan di kawasan hutan berhampiran kampung Talipoa di Jolo apabila pasukan petugas bersama Filipina menemuinya pada pukul 4 petang disusuli dengan "bayaran".
Pegawai Filipina yang memahami tentang penculikan yang bertujuan untuk mendapatkan wang tebusan menjelaskan bahawa kumpulan Abu Sayaff biasanya membebaskan tawanan mereka sebaik sahaja sejumlah wang yang dipersetujui telah dihantar menerusi orang tengah.
Mereka menjelaskan bahawa kebiasaannya, sejumlah wang tebusan itu sendiri hanya sebahagian daripada kos kerana mereka terpaksa membayar untuk "perbelanjaan operasi" bagi pengantara dan juga pemerhati kepada kumpulan-kumpulan lain yang mahu merampas wang tebusan yang banyak atau menahan pengantara yang membawa wang berkenaan.
Kumpulan penculik itu masih menahan sekurang-kurangnya sedozen tawanan termasuk dua pemerhati burung warga Eropah yang diculik di Wilayah Tawi-Tawi pada tahun lepas.
Ta Kong mengucapkan terima kasih kepada Kumpulan Anti Penculikan Polis Kebangsaan Filipina kerana membantu beliau untuk berkomunikasi dengan penculik dan kakaknya semasa kakanya itu ditawan.
Ta Kong, yang bersyukur kerana pihak berkuasa polis Malaysia dan Filipina atas usaha mereka dalam misi menyelamat berkata, dia dibantu oleh seorang rakan baik kepada keluarganya, Yu Ching, yang kemudiannya dikenal pasti anak saudara kepada Presiden Taiwan, Ma Ying-jeou.
(Yu Ching, merupakan bekas anggota beret hijau dilatih di Akademi Tentera AS di West Point dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ini, termasuk membantu dalam operasi menentang Abu Sayyaf.)
An-wei, yang dilaporkan menjadi kawan rapat kepada isteri Presiden Taiwan , kini sedang menjalani pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital di Taiwan dan berkata bahawa dia lega apabila pengalaman pahitnya itu berakhir dan mengucapkan terima kasih kepada semua mereka yang bertanggungjawab untuk membebaskannya.
Dia memberitahu pegawai Filipina bahawa dia tidak mengetahui tentang suaminya telah dibunuh walaupun dia terdengar tembakan sewaktu kumpulan lelaki bersenjata mengheretnya keluar dari villa resort di Pulau Pom Pom. 22Dec13 mStar

Kerana Dendam 28 Keping Gambar Panas Guru Sekolah Disebarkan

Posted: 21 Dec 2013 12:36 AM PST

gambar hiasan
Kerana Dendam!!! sebagai pengajaran buat kita semua beringat sebelum terkena seorang guru sekolah menengah dianayai apabila 28 keping gambar-gambar  guru wanita tersebut dari sekolah menengah di Hubei telah tersebar meluas di internet.Ia dipercayai dilakukan oleh seseorang yang berdendam dengan beliau.

Perkara ini bermula pada malam kelmarin apabila ahli yang tidak dikenali telah memulakan topik "Gambar Bogel Guru Perempuan dari Hubei" ke papan mesej QQ group, ataupun Qichun City Netizen Club, dengan memuatnaik 28 keping gambar guru tersebut serta maklumat peribadi beliau.



Guru wanita tersebut telah membuat laporan polis ketika wartawan menghubunginya.Menurut pengetua sekolah berkenaan, guru tersebut tidak mempunyai masalah dengan rakan-rakan sekerjanya dan pencapaiannya juga selalu yang terbaik. Beliau sekarang dikatakan mengambil cuti berikutan insiden tersebut.

Polis membuat kesimpulan awal bahawa kes ini ada kaitan dengan dendam terhadap guru tersebut. Bekas suami beliau sekarang menjadi suspek utama dalam kes ini. 21Dec13

@ sumber

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


IKUTI DRAMA INI.

Posted: 21 Dec 2013 03:05 PM PST



VIDEO: Wartawan TV3 tersilap..kata "BN cuba untuk menipu..."

Posted: 21 Dec 2013 08:03 AM PST


Pendidikan masa hadapan demi Malaysia lebih baik - Nurul Izzah Anwar

Posted: 21 Dec 2013 07:56 AM PST


December 21, 2013
Ditakdir sudah bila Safiyah berumur sekitar lima tahun soalan yang ditanyakan kepada mamanya; selain soalan lazim seperti "mama buat apa di Parlimen; atau kenapa ceramah selalu kena malam-malam?;" adalah soalan: "Siapa yang cipta telefon? Atau piano? Atau televisyen? Takde ke orang Malaysia?," yang mengingatkan saya kepada kata-kata John Adams, Presiden Amerika Syarikat kedua [1735-1826];

I must study politics and war that my sons may have liberty to study mathematics and philosophy. My sons ought to study mathematics and philosophy, geography, natural history, naval architecture, navigation, commerce, and agriculture, in order to give their children a right to study painting, poetry, music, architecture, statuary, tapestry, and porcelain.

Begitulah persoalan yang dianjurkan oleh Safiyah; yang seharusnya ditanyakan oleh kita semua. Begitulah kita - yang bernaung di tempat lahirnya Kesultanan Melaka; pelabuhan yang menemukan seantero dunia; namun terhad buah fikirannya hinggakan hadiah Nobel yang sudah dimenangi negara seperti Bangladesh, bukan sahaja tidak mampu disebut oleh bibir, jauh pula terlintas di benak fikiran.
"Kualiti pendidikan yang diterima oleh pelajar Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia. Lebih baik daripada Amerika Syarikat, Great Britain dan Jerman."
Tiba saja TFTN di persada pendidikan negara, maka bermula era politik pendidikan jujur dan berani; jujur mengkritik kelemahan sedia ada, dan berani menongkah arus dalam cubaan menyelesaikan masalah struktur pendidikan tanah air.

Kata TFTN, bagi setiap sekolah, atau kelas, sekurang-kurangnya 10 peratus daripada anak-anaknya sudah tentu terjerumus dalam perangkap buta huruf - tidak boleh membaca dan menulis.

Walau saya mulanya sinis, terkedu juga saya apabila ditemukan dengan 40 pelajar darjah 6 yang buta huruf sedang saya menghantar jambangan bunga sempena Hari Guru di sebuah sekolah rendah di Lembah Pantai.
Saya hanya boleh memasuki premis sekolah kebangsaan secara spontan membawakan sejambang bunga ros - kerana dihalang secara rasmi gara-gara Pekeliling keluaran Menteri Pendidikan.

Setelah dipertemukan sendiri dengan anak-anak bijak namun buta huruf ini, jalan penyelesaian terbaik adalah dengan membawa sukarelawan TFTN masuk; Mereka yang apolitikal, tidak partisan, dan bersedia menabur bakti untuk memperbaiki lompang buta huruf sedemikian - supaya semua anak di Malaysia diselamatkan dengan keupayaan asas untuk maju ke depan.

Menongkah arus jangan tanpa Pendayungnya! Berbilion ringgit buat PPSMI; segenerasi tikus makmal terkorban

Negara kita kaya dengan hasil mahsul bumi yang tidak pernah putus bermulanya daripada bijih timah, kelapa sawit, getah, kayu balak dan terkini minyak dan gas. Daripada Petronas sahaja sejak 1974 sehingga kini menyumbangkan RM732 bilion kepada negara. Berapakah yang disalurkan kepada dana pendidikan negara? Dan daripada jumlah besar itu, berapa pula disalurkan kepada pembangunan guru dan anak murid selain daripada bilion wang untuk infrastruktur dan projek yang penuh ketirisian?

Dalam mengambil mana-mana pendekatan drastik, kerajaan memerlukan perancangan serta kajian yang rapi sebelum ianya dilaksanakan di semua sekolah di Malaysia.

Saya merujuk penulisan Majalah Saintifik Malaysia yang menyimpulkan: Harus adanya lebih banyak keterbukaan daripada segi perkembangan inisiatif dasar; termasuklah dalam mewujudkan kumpulan inkuiri yang independen dengan kaji selidik yang berkala. Bluprin yang disedia kerajaan harus diganding dengan sasaran masa pelaksanaan yang jelas untuk memantau keberkesanan pelaksanaan dasar tersebut.
Ingatlah; Malaysia masih terkebelakang dalam memenuhi standard negara-negara OECD - yang punyai profil kukuh dalam pencapaian sains dan teknologi, serta keluaran ekonomi - dan negara tersebut bukanlah negara di mana bahasa pengantarnya Bahasa Inggeris.

Malangnya, PPSMI dilaksanakan sebelum kita sempat melatih serta meningkatkan keupayaan bahasa Inggeris di kalangan guru. Ceritera bermula dengan kisah seorang perdana menteri yang mendapat ilham untuk memperbaiki mutu penggunaan Bahasa Inggeris dengan menggunapakai bahasa tersebut sebagai bahasa pengantar dalam matapelajaran Matematik dan Sains. Pedulikan kaji selidik; pedulikan persediaan mengajar guru; pedulikan pendapat pakar - all one needed at the time was to be in power.
 Being futurustic without sound knowledge is akin to digging a sand hole.

Malangnya jua, yang tenggelam di dalam pasir jerlus ini merupakan segenerasi anak kita yang kini terbelakang berbanding Vietnam.

Sistem pendidikan adalah sesuatu yang serius yang akan memberi kesan langsung kepada masa depan negara dan bukan dilakukan sewenang-wenangnya seperti menukar pakaian ataupun pelaksanaan satu idea yang muncul di benak pemikiran pemimpin di waktu minum petang.

Masalah sebegini yang amat membimbangkan, dan saya yakin pada ketika itu yang ini akan memberi kesan kepada kualiti pendidikan yang diterima anak kita. Unesco melaporkan bahawa "Forcing children, or adults, to attend schools that use a language they neither speak nor understand hinders rather than helps them to develop their potential as productive  members of society."

Selain itu, dalam sebuah laporan yang lain, UNESCO telah berkata bahawa: "UNESCO and other international agencies concerned with early education, children's rights, and linguistic diversity argue strongly for the pedagogical imperative of using a child's own language as the medium of instruction, at least in the early years of formal schooling."

Pada 2011, Laporan TIMMS melaporkan kejatuhan kedudukan Malaysia untuk subjek Matematik iaitu dari 16 (1999), 10 (2003), 20 (2007), dan 26 (2011) sementara subjek Sains pula ialah 22 (1999), 20 (2003), 21 (2007), dan 32 (2011).

Kejatuhan markah purata bagi subjek Matematik iaitu 519 (1999), 508 (2003), 474(2007) ke 440 (2011); jatuh 79 mata sementara subjek Sains iaitu 492 (1999), 501 (2003), 471 (2007) ke 426 (2011).
Yang menghairankan adalah kontradiksi yang diperlihatkan menerusi Laporan Lembaga Peperiksaan - rekod pelajar yang mendapat A dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut semakin meningkat dari tahun ke tahun di dalam peperiksaan PMR. Apakah yang sebenarnya berlaku?

Menjelang 2013, sebuah lagi laporan pendidikan diterbitkan. Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) telah mengeluarkan laporan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (Pisa) 2012. Sekali lagi rakyat Malaysia dikejutkan dengan prestasi pelajar Malaysia yang semakin merudum. Terkini, Pelajar Tingkatan 3 Malaysia setaraf dengan pelajar Darjah 5 dari Singapura dan Korea Selatan!

Laporan Bank Dunia mengenai Kualiti Pendidikan Malaysia mendedahkan beberapa perkara. Salah satu perkara yang positif yang dilaporkan ialah, akses kepada pendidikan di Malaysia secara puratanya amat tinggi, dengan lebih 95% daripada pelajar menerima pendidikan menengah rendah. Malaysia juga memberikan peruntukan yang tinggi dalam nisbah KDNK berbanding negara lain.

Tetapi laporan itu mengesahkan apa yang kita bimbangkan selama ini. PPSMI menyebabkan pencapaian pelajar Malaysia semakin merudum

Tahun 1970, penukaran bahasa pengantar dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu meningkatkan daya saing pelajar Melayu, dan mempunyai tidak mempunyai apa-apa impak yang jelas kepada pelajar etnik lain. Penukaran ini membuatkan pelajar Melayu mendapat peningkatan 0.3 tahun pembelajaran. Ini mungkin disebabkan penerimaan ilmu itu lebih mudah sekiranya aktiviti pengajaran dan pembelajaran itu dibuat dalam bahasa lebih difahami. Penukaran itu juga meningkatkan pendapatan warga Malaysia sebanyak 4.6%, dan pekerja Melayu secara khususnya sebanyak 5.7%.

Pun begitu, saya tidak menidakkan peri pentingnya penguasaan Bahasa Inggeris. Dan kerana itulah, kita berhak merungkai mengapa kita mampu menghantar guru-guru kita ke Maktab Perguruan di Kirkby, Liverpool untuk melahirkan kumpulan pendidik terbaik dengan pantas bagi mengasuh anak-anak kita di tanah air pada 1950 an - bagaimana pula sekarang?

PPSMI hanyalah simptom kepada masalah yang lebih serius – pelaksanaan berpandukan fakta, kaji selidik, persediaan konkrit, dan kebenaran.

Saya membawa isu pelaksanaan program terbaru yang diwujud Kementerian Pendidikan yang menamatkan peperiksaan PMR tahun ini - sistem Pentaksiran Berdasarkan Sekolah - kepada perhatian pembentang Laporan Pendidikan World Bank ke atas Malaysia - Frederico Gil Sanders.

Jawab Frederico mudah; seperti juga kesimpulan Majalah Saintifik Malaysia terdahulu: Laksana saja inkuiri yang independen beserta kaji selidik untuk meneliti keberkesanan perlaksaan PBS. Kemudian, dipersembah untuk tatapan umum."

Malangnya, bila dibawa ke perhatian Menteri di Parlimen, sikap defensif yang menjelma. Adakah menjadi tanggungjawab pelaksana, iaitu guru yang sekarang jua terpaksa menjadi hakim dan penimbang tara menerusi laman Facebook yang berjudul Kami Mahu SPPBS Dimansuhkan dengan 58,000 Likes?  Kalau begini, siapa mahu menjadi cikgu?

Inilah jawapannya buat puteri saya Safiyah. Selagi mana pendidikan kita dipenuhi politisasi dan komersialisasi yang melampau, pendidikan hilang rohnya sebagai proses pengutuhan dan penyempurnaan insan.

Selagi pendidikan kita terus menjadi proses dehumanisasi oleh sang penguasa seperti kupasan Paulo Freire, selagi itulah pendidikan kita tidak akan bakal melahirkan idea ataupun menuju peradaban yang agung.
Maqasid atau objektif pendidikan pada akhirnya adalah untuk merungkai potensi maksima dalam manusia.
Percaya atau tidak, saya merupakan produk sekolah kerajaan. Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara dan kemudiannya Sekolah Menengah Perempuan Assunta. Jangan disalah sangka; saya amat berterima kasih kepada guru yang memberikan saya ilmu di dada; pun begitu, berbekalkan latar pendidikan ini memaksa saya bekerja dua kali ganda lebih berbanding dengan pelajar lain sewaktu saya menjalani pembelajaran peringkat sarjana di Johns Hopkins.

Alhamdulillah, berkat doa daripada ibu bapa, rezeki yang diberikan oleh Allah, serta dokongan teman dan tenaga pengajar, saya mampu berjaya.

Pengalaman ini membawa saya kepada sebuah persoalan yang penting. Apakah sebenarnya tujuan sekolah? Adakah ia sebuah institusi untuk membangunkan sumber manusia, atau ia kilang robot? Apakah kita mahukan anak kita cuma menjadi burung kakak tua, yang cuma tahu mengulang sahaja apa yang diajar?
Lanskap pendidikan negara pada hari ini tidak menjuruskan pelajar kepada penjanaan idea dan pemikiran kritis. Individualisme dan perbezaan setiap kanak-kanak tidak diraikan oleh sekolah, malah ditekan sehingga pelajar kehilangan identiti. Kita terlalu takut untuk membenarkan anak kita berfikir melangkaui sempadan akademik.

Dahulu sebelum merdeka kita mendidik dengan sistem berasingan daripada sekolah pondok, sekolah Inggeris, sekolah kebangsaan dan vernakular mengikut bangsa. Pasca merdeka memperlihatkan beberapa rangkaian penyelesaian seperti Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib demi penambahbaikan pendidikan. Terkini, sebuah Blueprint yang bernilai hampir RM20 juta dikeluarkan.

Soalnya, setiap kali sistem pendidikan dirubah, satu generasi akan terkesan dan apakah sistem pendidikan yang kita mahukan untuk anak kita?

Dahulu selepas merdeka, anak muda berebut untuk menjadi askar, polis ataupun cikgu. Ini merupakan pekerjaan tersohor di waktu itu. Tidak lama selepas itu, apabila negara menyambut arus pembangunan, anak pula digalakkan untuk mengambil bidang kejuruteraan atau perubatan. Sama ada anak itu mampu atau tidak itu soal kedua.

Melihat masa hadapan, satu pembangunan holistik adalah dituntut. Pendidikan perlu di terbalikkan. Pendidikan dahulu menetapkan penghujung jalannya. Anak ditetapkan untuk menjadi jurutera atau doktor dari kecil. Pendidikan sepatutnya merungkai potensi anak semaksima mungkin.

Pendidikan sewajarnya meraikan pilihan setiap individu anak itu sendiri. Pendidikan masa hadapan harus meraikan potensi anak yang tiada batasannya. Pendidikan yang mampu mencipta bidang baru, mencipta pekerjaan baru yang tidak terbatas sama ada daripada bidang matematik, falsafah, geografi, sejarah, pelayaran, musik, syair, lukisan, atau apa-apa pun.

Ibnu Khaldun di dalam Muqadimah menjelaskan dengan terperinci bagaimana sistem pendidikan yang kukuh diperlukan untuk memastikan pemerkasaan sistem ekonomi yang seterusnya menjana kekuatan dan kedaulatan sesebuah negara. Adalah satu kegagalan apabila sistem pendidikan dilepaskan kepada institusi swasta.

Menurut Dato Dr Siddiq Fadzil, konteks pendidikan harus dilihat daripada lensa tahririy-tanwiriy (pembebasan-pencerahan). Keberanian dituntut untuk membangunkan satu sistem pendidikan alternatif yang bersemangat memperkasa, membebas dan mencerahkan. Selama ini yang terhasil daripada sistem pendidikan sekarang hanya melahirkan generasi yang lemah, meminta-minta, tidak mampu mencipta, dan tidak mandiri. Anak diasuh menjadi generasi penakut, mementingkan diri sendiri, hipokrit dan berpandangan sempit. Ramai juga yang mengalami pemandulan daya kreatif, penumpulan sikap kritis dan tidak lagi memiliki idealisme. Malah ramai yang bangga menjadi budak suruhan sang penguasa. Inilah hasilnya dari satu sistem pendidikan yang gagal.

Jadi ke arah mana Malaysia?

Kaedah pemikiran yang kehadapan (forward thinking) dengan memikirkan implikasi sesuatu tindakan di dalam sesuatu situasi atau 'Maalatul-Af'al' menjadi asas kepada pendekatan 'Fiqh Tawaqqu'  dalam penulisan Sheikh Abdullah Ben Bayyah yang bermata airkan perbahasan al-Imam al-Syatibi dalam kitab beliau yang popular, iaitu al-Muawafaqat.

Fiqh itu sains - sains mengenai sesuatu - dan tawaqqu itu bermaksud meramalkan sesuatu yang bakal berlaku berdasarkan sama ada bukti empirikal, anekdoktal, atau berdasarkan pengalaman.
Apakah tawaqqu' kita? Apakah masa depan kita?

Jika tiada perubahan yang dilakukan - kita boleh bayangkan keputusan TIMSS, Pisa yang akan terus merudum, kualiti mahasiswa yang terus merudum dan pembangunan ekonomi merudum yang hanya bersikap sweat shops tanpa inovasi dan kreativiti.

Makanya, kita wajar bersikap berani untuk melakukan perubahan drastik yang mengambil kira aspirasi semua lapisan masyarakat. Tidak cukup dengan melakukan blueprint bernilai RM20 bilion. Pengalaman kita cukup, kajian empirikal pendidikan dari seluruh dunia memadai untuk kita melaksanakan sampel kajian yang lengkap dan dengan niat jujur melaksanakan perubahan. Pengkaji pendidikan, nazir sekolah wajib turun padang untuk mendapatkan dapatan yang tepat dan melahirkan sistem pendidikan untuk masa hadapan.
Malik Bennabi memperjelas bahawa tidak ada salahnya pun untuk mengambil sistem negara luar tidak kira sama ada negara Islam ataupun tidak, yang pentingnya kita mengambil sistem terbaik dan mengadaptasikannya untuk memenuhi keperluan tempatan.

Perubahan itu mungkin - Jepun ketika melalui Meiji Restoration (1868) menghantar ribuan kakitangan kerajaan dan guru ke Barat untuk mengkaji cara pemerintahan dan pendidikan selama bertahun-tahun.
Para pendidik dan pembuat polisi wajar mengubah fokus sistem sekolah. Sewajarnya untuk masa hadapan yang lebih baik kanak-kanak dibekalkan dengan alat untuk mereka berfikiran kritis dan mampu menjana sendiri kebolehan intelek. Kanak-kanak perlu digalakkan untuk meneroka dan mencari jawapan-jawapan mereka sendiri, berbanding disuapkan jawapan oleh guru.

Pendidikan masa hadapan wajib bersifat menyeronokkan. Bayangkan sekolah yang menarik anak. Anak teruja, tidak mahu ponteng malah menangis jika tidak dapat hadir ke sekolah. Mereka ke sekolah untuk bertanya, belajar, dan mencabar semua ilmu pengetahuan.

Sejarah tamadun membuktikan bagaimana membaca memberi sumbangan yang kukuh dalam pembentukan tamadun manusia dan meningkatkan kualiti hidup manusia. Untuk masa hadapan, Malaysia wajib menuju ke arah pembentukan sebuah masyarakat berasaskan pengetahuan. Sebuah masyarakat yang dipenuhi oleh para ilmuwan, cendekiawan dan rausyanfikir.

Pendidikan masa hadapan perlu menerap dan menggalakkan pemikiran kritis. Jika kita terus menyekat pemikiran, negara akan terus mundur.

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri." (13:11). Surah Ar-Raad ayat 11.

Bagi saya, pendidikan adalah penyelesaian bagi semua masalah dunia dan boleh merubah perjalanan dan nasib sesuatu negara. Zaman berzaman, generasi berganti generasi membuktikan bahawa pendidikan adalah agen perubahan yang paling berkesan.

Impian tidak akan dicapai dengan minda terhalang; yang terpasung. Impian tidak akan dapat direaliasikan dengan hanya sekadar minda analitik untuk mengira dan menganalisis semua maklumat yang ada. Minda kita sering diisi dengan halangan semula jadi apabila kita ingin melakukan sesuatu yang baru. Minda kita harus diubah untuk mencapai masa depan lebih baik.

Revolusi Meiji merubah rakyat Jepun daripada petani yang malas dan sambil lewa kepada sebuah negara ekonomi kedua terbesar dan maju dengan teknologi robotik mereka melalui pendidikan. Sejarah juga menyaksikan bagaimana orang arab Badwi yang dahulunya buta huruf menguasai dunia dengan pendidikan.
Sejarah juga memberi pengajaran kepada kekuasaan Mongol yang tidak mementingkan pendidikan ketika meluaskan empayar mereka sehinggakan mereka langsung tiada sumbangan yang boleh dibanggakan kepada dunia sehingga hari ini.

Tinggal kira-kira 6 tahun sebelum 2020 menjelma. Apakah impian Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju akan tercapai? Adakah kita sudah terlambat untuk mencapai wawasan yang dicanangkan selama ini? Bank of America Merril Lynch sudah pun meramalkan Malaysia menjadi negara yang muda dan miskin menjelang 2030. Apakah tindakan yang akan diambil untuk membetulkan serta menidakkan ramalan ini? – 21 Disember, 2013.


* Nurul Izzah Anwar ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai dan beliau menyampaikan ucaptama ini di Konvensyen Pendidikan TFTN2013.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Senarai Kenaikan Harga Barang 2013-2014

Posted: 21 Dec 2013 09:17 PM PST

Tahun 2013, terutamanya sejak BN mengalih alih pentadbiran negara semula, seperti 55 tahun yang lepas, kita menyaksikan beberapa siri kenaikan harga barang. Kesan dari pelan rasionalisasikan subsidi yang di susun oleh kerajaan konon nya atas nama pemulihan ekonomi negara yang berada di ambang kegawatan dan negara akan berada di ambang kebankrupan jika tidak di atasi dari sekarang.

Pun begitu.

Ada beberapa perkara yang menimbulkan tanda tanya pada orang awam.

1. Jika benar negara berada di ambang kegawatan - kenapa pemimpin2 negara masih berboros seperti selalu bahkan semakin melampau2 jadinya? Bukan nya jika penjimatan itu perlu dilakukan, maka ia harus bermula dulu dari perbelanjaan berhemah dari semua kementerian2 yang wujud? Nampaknya ketirisan dan penyelewengan masih lagi wujud dari tahun ke tahun.

2. Jika benar ekonomi negara bermasalah dan rakyat perlu hulurkan tangan ringankan beban negara, maka kenapa pula kerajaan masih mengekalkan perbelanjaan2 yang tidak perlu seperti subsidi untuk kroni IPP dan juga masih meneruskan amalan2 yang tidak sesuai seperti perbelanjaan tinggi setiap kali gunakan pesawat kerajaan?

Nampaknya, tindakan kerajaan kadang kala tidak seiring dengan apa yang mereka ucapkan. Kadang2 nampak macam ekonomi gawat bila subsidi demi subsidi terhadap rakyat di kurangkan. Konon nya atas alasan rakyat tidak perlu malas, berhenti bergantung harap pada subsidi dan subsidi sepatutnya disalurkan kepada mereka yang benar2 memerlukan aje.
Read More / Baca Lagi >>

Kerajaan 47% BN perlu dedah perjanjian konsesi tol

Posted: 21 Dec 2013 09:14 PM PST

Nik Abduh Nik Abdul Aziz 
KOTA BHARU - Kerajaan digesa membuat pendedahan mengenai perjanjian konsesi yang pernah dibuat ketika zaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum menaikkan bayaran tol.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, isu tol tersebut kini timbul kesan daripada perjanjian konsesi sebelum ini.

"Perjanjian konsesi ini boleh menjerut rakyat dan memerangkap Barisan Nasional (BN) itu sendiri dan ia menunjukkan usaha yang tidak menepati janji kepada rakyat. Aspek ini tidak meyakinkan rakyat dan hanya dilihat sebagai janji manis BN sebelum ini sekiranya kenaikan tol benar-benar dijalankan," katanya kelmarin.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengingatkan semula aku janji kerajaan BN agar mengkaji semula cadangan kenaikan kadar tol kerana  sebelum ini pernah berjanji akan mengurangkan kadar tol secara berperingkat.

Read More / Baca Lagi >>

The Heat: Kalau anak jantan apa nak takut, sindir Kadir Jasin

Posted: 21 Dec 2013 08:31 PM PST


Penggantungan akhbar boleh meningkatkan profil dan jualan apabila kembali diterbitkan, kata Datuk A Kadir Jasin. Gambar fail.Penggantungan akhbar boleh meningkatkan profil dan jualan apabila kembali diterbitkan, kata Datuk A Kadir Jasin. Gambar fail.Susulan penggantungan akhbar The Heat tanpa sebarang alasan konkrit, bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press Berhad, Datuk A Kadir Jasin, berkata langkah berkenaan bukan tindakan proaktif kerana sesetengah akhbar semakin berkembang selepas digantung.
Mengambil contoh akhbar milik MCA, The Star dan Sin Chew Daily yang digantung penerbitannya pada 1987, kedua-dua akhbar berkenaan kini menjadi akhbar utama bacaan rakyat.
"Bagi The Star dan Sin Chew, penggantungan meningkatkan profil dan jualan mereka apabila mereka kembali diterbitkan," kata Kadir dalam blognya.
Tindakan Putrajaya menggantung The Heat, katanya, adalah mengulangi kesilapan lama, seperti ketika pemimpin kerajaan mengkritik blog vokal suatu ketika dahulu yang kemudiannya memberikan publisiti kepada blog berkenaan.
Ketika serangan terhadap blog-blog berkenaan, Kadir berkata, ada menteri yang menggelar mereka sebagai "goblok" (perkataan bahasa Jawa yang bermaksud bodoh) dan "penembak curi", dan Khairy Jamaluddin yang ketika itu pembantu kepada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menggelar mereka monyet.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia bankrap 9 tahun lagi?

Posted: 21 Dec 2013 08:21 PM PST

PERKARA paling menakutkan untuk kita bayangkan ialah jika negara jatuh bankrap yang sudah pasti akan membawa rakyat kepada suatu kehidupan yang memeritkan, terpaksa menganggur dan harga barang melambung.

Itulah gambaran diberikan Makmal Rasionalisasi Subsidi (MRS) yang menjangka hutang negara meningkat 100 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2019 jika dasar pemberian subsidi diteruskan.
Malaysia Menurut MRS, Malaysia mungkin akan bankrap dalam tempoh sembilan tahun akan datang jika polisi yang diamalkan sekarang diteruskan dengan mengambil kira jumlah pembiayaan subsidi ditanggung kerajaan mencecah
lebih RM70 bilion setahun.
Subsidi boleh dimansuhkan jika rakyat mampu membeli barangan keperluan asas pada harga sebenar.
Malangnya, sebahagian besar rakyat masih tergolong dalam kelompok berpendapatan sederhana dan miskin.
Golongan ini masih memerlukan bantuan daripada kerajaan dalam bentuk subsidi untuk meneruskan kehidupan kerana kos sara hidup tinggi, terutama mereka yang tinggal di bandar besar.
Kerajaan seharusnya bersedia menyemak semula pendapatan semua sektor pekerjaan di negara ini kepada nilai munasabah supaya masyarakat boleh berkompromi sekiranya subsidi ditarik semula.
MRS ditubuhkan untuk mengkaji langkah sesuai dalam merasionalisasikan pemberian subsidi agar kesan pemansuhan atau pengurangannya tidaklah sehingga menjejaskan kehidupan rakyat disampaing berupaya mengukuhkan ekonomi negara.
Langkah yang seperti ini sangat penting untuk memastikan negara kekal berdaya saing sekali gus mewujudkan iklim pelaburan yang telus dan mapan.
Mengikut cadangan makmal itu, pemberian subsidi antara aktiviti perdagangan yang tidak menguntungkan.
Ia menimbulkan kesan ke atas ekonomi Malaysia yang sedang membangun.
Pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala mengenai bahana yang akan menimpa negara dalam tempoh sembilan tahun akan datang jika negara masih mengekalkan subsidi termasuk antara kesan
jangka panjang yang dijangkakan jika polisi itu diteruskan.
Kalau benar disebabkan subsidi negara boleh jatuh bankrap, rakyat sudah tentu rela ia dihapuskan.
Ini kerana tiada rakyat yang mahu negaranya bankrap sekali gus lebih teruk menjejaskan berbanding kehidupan yang dilalui sekarang.
Bagaimanapun timbul persoalan dalam isu tingkat pendapatan, apakah dengan apa yang diperolehi majoriti hari ini, rakyat Malaysia mampu hidup selesa dalam keadaan kos hidup mencanak sedangkan tangga gaji di takuk lama?
Read More / Baca Lagi >>

Lawak Ahad: Perkasa beri amaran ganti Umno jika parti itu gagal bela Melayu..!!

Posted: 21 Dec 2013 08:11 PM PST


Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali (kiri) dan Tengku Razaleigh Hamzah di Persidangan Agung Perkasa ke-4. - Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 22 Disember, 2013.Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali (kiri) dan Tengku Razaleigh Hamzah di Persidangan Agung Perkasa ke-4. - Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 22 Disember, 2013.Perkasa hari ini memberi amaran bakal menggantikan parti Melayu terbesar Umno jika mereka gagal mempertahankan hak Melayu dan Bumiputera di negara ini.
Bercakap dalam Persidangan Agung Perkasa ke-4, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, berkata Umno menunjukkan bahawa mereka lemah dan "tidak bertaring" dalam mempertahankan hak Melayu.
Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, jika Umno gagal dengan Agenda Pemerkasaan Bumiputera, Perkasa tidak teragak-agak untuk mengambil alih peranan parti tunjang Barisan Nasional (BN) itu.
"Jika Umno penat, letih dan tidak bertaring, kami daripada Perkasa boleh ambil alih tempat kamu," kata Ibrahim disambut dengan sorakan hampir 500 perwakilan pertubuhan itu dari seluruh negara di Pusat Islam, Kuala Lumpur, hari ini.

Graduan pendidikan masih menganggur..!!

Posted: 21 Dec 2013 07:34 PM PST

TEKA TEKI mengenai masa depan graduan ijazah sarjana muda pendidikan IPTA dan IPTS masih lagi menjadi tanda tanya.
Walaupun mendapat tempat ketiga paling tinggi bagi kategori paling setuju dalam semua kategori isu yang diketengahkan dalam laman web bajet 2014, namun masalah ini belum lagi mendapat perhatian daripada pihak pemerintah khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menyelesaikan isu penempatan graduan ISMP ini.
Ada dalam kalangan daripada kami yang tamat pada Januari 2013 dan Jun 2013  kini masih belum lagi diberi penempatan dan terus dibiarkan menganggur ibarat digantung tidak bertali.
Keresahan graduan semakin bertambah apabila Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025  menyatakan bahawa hanya 30 peratus graduan pendidikan terbaik sahaja yang akan diambil untuk menjadi guru.
Menjadi tanda tanya kemanakah halatuju graduan yang selebihnya itu? Inilah yang menjadi punca keresahan ramai graduan apabila sehingga kini tiada panggilan temuduga diadakan untuk graduan ISMP.
Lebih menyinggung perasaan kami apabila terdapat graduan DPLI-KPLI yang tamat pada Jun 2013 dipanggil terlebih dahulu untuk sesi ditemuduga berbanding kami yang menunggu setahun tanpa ada panggilan temuduga dijalankan.
Read More / Baca Lagi >>

Dengan GST dan inflasi, Pakatan mahu tawan undi pedalaman

Posted: 21 Dec 2013 06:03 PM PST

Pemimpin PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, kenaikan kos sara hidup dan harga barang akan menjadi penentu kepada masa depan politik di kawasan pedalaman Perak.
Biasanya, kebanyakan penduduk kampung adalah penyokong tegar Barisan Nasional (BN), tetapi dengan kehimpitan hidup disebabkan pengurangan subsidi gula, petrol dan pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), situasi ini bakal berubah.
Dr Idris berkata, sebagai contoh, penyokong tegar Umno yang beliau temui sudah meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap kerajaan pilihan mereka dan mereka sudah mula rasai kenaikan kos hidup disebabkan harga petrol dan gula yang lebih mahal.
"Mereka sudah marah. Ini belum GST lagi," katanya yang juga merupakan Ahli Parlimen Bukit Gantang.
Pandangan Idris mencerminkan perasaan kebanyakan pemimpin dan aktivis Pakatan Rakyat (PR) di seluruh Malaysia.
Peningkatan kos hidup dan cukai baru GST yang dirasai semua termasuk penduduk luar bandar, akan memecahkan cengkaman psikologi BN terhadap mereka.
Tetapi, pemimpin PR sedar mereka menghadapi cabaran dan rintangan yang tinggi.
Ini kerana mereka perlu menagani kemisikinan dan kekurangan maklumat penduduk kawasan pedalaman yang selama ini menyebabkan orang kampung masih menjadi penyokong BN.
Keperitan hidup semakin mencengkam
Buat masa sekarang, rasa tidak puas hati masyarakat terhadap BN sudah menjadi satu realiti.
Sebuah tinjauan pendapat dilakukan badan bebas Merdeka Center pada 4 - 12 Disember menunjukkan 47 peratus daripada mereka yang dikaji menyatakan kekecewaan terhadap peningkatan kos sara hidup.
Kajian itu dilakukan selepas pentadbiran BN mengurangkan subsidi petrol dan gula, serta mengumumkan kenaikan harga tol dan tarif elektrik.
Ia juga selepas Bajet 2014 meluluskan pelaksanaan GST yang akan berkuatkuasa pada April 2015.
Sebanyak 49 peratus responden melahirkan rasa tidak puas hati dengan hala tuju negara berbanding dengan 41 peratus yang berpuas hati.
Majoriti atau 45 peratus daripada 49 peratus yang tidak puas hati itu berkata perasaan mereka disebabkan inflasi dan keadaan ekonomi yang tidak baik.
Lebih mengejutkan, 45 peratus daripada responden yang duduk di luar bandar melahirkan rasa tidak puas hati dengan hala tuju negara.
Tambahan pula, jumlah responden Melayu yang mengatakan mereka berpuas hati dengan kerajaan menurun daripada 67 peratus kepada 52 peratus.
Keputusan kajian itu memberi peluang kepada PR, khususnya PAS, kerana ia adalah pesaing utama Umno dalam mendapatkan sokongan pengundi Melayu-Islam luar bandar.
Seperti yang pernah dikatakan oleh pemimpin PAS Terengganu, Nik Zawawi Nik Salleh, PAS mendapat banyak sokongan daripada pengundi Melayu-Islam di bandar semasa Pilihan Raya Umum 2013.
Read More / Baca Lagi >>

Najib, Rosmah lawat Arab Saudi pula....

Posted: 21 Dec 2013 06:00 PM PST

MADINAH:  Lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Arab Saudi dijangka melonjakkan lagi hubungan Kuala Lumpur-Riyadh di tahap lebih tinggi dalam pelbagai bidang.
Kuasa Usaha Sementara di Kedutaan Besar Malaysia di Arab Saudi 'Alauddin Mohd Nor berkata kunjungan ini menunjukkan hubungan erat yang sedia terjalin antara kedua-dua buah negara sejak lebih 50 tahun lalu.
Beliau bercakap dalam sidang media sempena lawatan kerja empat hari Perdana Menteri di Arab Saudi.
Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan rombongan yang dijadual tiba lewat petang Sabtu (semalam) akan menunaikan solat Subuh di Masjid Nabawi dan menziarahi makam Nabi Muhammad S.A.W yang terletak di dalam masjid itu.
Esok, Najib dijadual melawat beberapa tempat bersejarah seperti Masjid Quba, Bukit Uhud dan Masjid Qiblatain di sini sebelum berlepas ke Makkah untuk menunaikan umrah.
Najib dijangka menghadap Penjaga Dua Rumah Suci Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud pada Isnin (tempat dan waktu akan ditetapkan) dan pada Selasa beliau akan menunaikan tawaf Wida' sebelum berlepas pulang.
Read More / Baca Lagi >>

Pendidikan masa hadapan demi Malaysia lebih baik

Posted: 21 Dec 2013 05:42 PM PST

Nurul Izzah Anwar

Ditakdir sudah bila Safiyah berumur sekitar lima tahun soalan yang ditanyakan kepada mamanya; selain soalan lazim seperti "mama buat apa di Parlimen; atau kenapa ceramah selalu kena malam-malam?;" adalah soalan: "Siapa yang cipta telefon? Atau piano? Atau televisyen? Takde ke orang Malaysia?," yang mengingatkan saya kepada kata-kata John Adams, Presiden Amerika Syarikat kedua [1735-1826];
I must study politics and war that my sons may have liberty to study mathematics and philosophy. My sons ought to study mathematics and philosophy, geography, natural history, naval architecture, navigation, commerce, and agriculture, in order to give their children a right to study painting, poetry, music, architecture, statuary, tapestry, and porcelain.
Begitulah persoalan yang dianjurkan oleh Safiyah; yang seharusnya ditanyakan oleh kita semua. Begitulah kita - yang bernaung di tempat lahirnya Kesultanan Melaka; pelabuhan yang menemukan seantero dunia; namun terhad buah fikirannya hinggakan hadiah Nobel yang sudah dimenangi negara seperti Bangladesh, bukan sahaja tidak mampu disebut oleh bibir, jauh pula terlintas di benak fikiran.
Realiti sebegini yang memaknakan kerelevan tenaga dan buah fikir Teach For The Need (TFTN); yang berhasil dalam: melaksana konvensyen pendidikan yang begitu gilang-gemilang tanpa sesen pun dana kerajaan dan lebih penting lagi melontar cabaran baru di tengah belantara pendidikan Malaysia yang terkedu berterusan dengan pengumuman seperti:
"Kualiti pendidikan yang diterima oleh pelajar Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia. Lebih baik daripada Amerika Syarikat, Great Britain dan Jerman."
Tiba saja TFTN di persada pendidikan negara, maka bermula era politik pendidikan jujur dan berani; jujur mengkritik kelemahan sedia ada, dan berani menongkah arus dalam cubaan menyelesaikan masalah struktur pendidikan tanah air.
Kata TFTN, bagi setiap sekolah, atau kelas, sekurang-kurangnya 10 peratus daripada anak-anaknya sudah tentu terjerumus dalam perangkap buta huruf - tidak boleh membaca dan menulis.
Walau saya mulanya sinis, terkedu juga saya apabila ditemukan dengan 40 pelajar darjah 6 yang buta huruf sedang saya menghantar jambangan bunga sempena Hari Guru di sebuah sekolah rendah di Lembah Pantai.
Saya hanya boleh memasuki premis sekolah kebangsaan secara spontan membawakan sejambang bunga ros - kerana dihalang secara rasmi gara-gara Pekeliling keluaran Menteri Pendidikan.
Setelah dipertemukan sendiri dengan anak-anak bijak namun buta huruf ini, jalan penyelesaian terbaik adalah dengan membawa sukarelawan TFTN masuk; Mereka yang apolitikal, tidak partisan, dan bersedia menabur bakti untuk memperbaiki lompang buta huruf sedemikian - supaya semua anak di Malaysia diselamatkan dengan keupayaan asas untuk maju ke depan.
Menongkah arus jangan tanpa Pendayungnya! Berbilion ringgit buat PPSMI; segenerasi tikus makmal terkorban
Read More / Baca Lagi >>

Kadar baharu tol diteliti semula

Posted: 21 Dec 2013 05:38 PM PST

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang mengkaji dan meneliti kadar baharu tol lebuh raya supaya tidak memberi keuntungan yang tidak munasabah kepada syarikat konsesi lebuh raya sehingga membebankan rakyat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga sedang mencari jalan untuk mengurangkan beban rakyat termasuk memberi pas bermusim dengan diskaun kepada pengguna yang kerap menggunakan lebuh raya.
"Kita tidak mahu pemegang konsesi dapat pulangan yang terlalu tinggi, ini kerajaan sedang teliti, jangan kenaikan ini beri keuntungan yang tak munasabah kepada pengusaha tol.
"Kita sedang mencari jalan bagaimana kalau ada cara lain. Mungkin bagi pengguna yang kerap, kita boleh bagi pas bermusim dengan diskaun kepada mereka. Ini langkah-langkah yang kita sedang fikirkan," katanya dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung Tahunan ke-60 MCA di Wisma MCA di sini semalam.
Beliau berkata, kutipan tol di lebuh raya adalah perlu dan tidak dapat dielak kerana syarikat konsesi perlu membayar balik pinjaman yang digunakan untuk membiayai pembinaan lebuh raya.
"Bila sektor swasta buat lebuh raya, mereka kena pinjam duit. Anda adalah peniaga, bolehkah anda keluarkan sendiri dana RM5 juta? Anda perlu meminjam, anda perlu ke pasaran bon dan perlu membayarnya.
"Duit dari mana, daripada tol. Kalau tak ada tol, kena naikkan cukai. Bagaimanapun, tol dikenakan kepada orang yang gunakan jalan lebuh raya sahaja," katanya. - Bernama

MRR2 jadi pusat longgok sampah, jika ia berlaku di Selangor...raya sakan ler kerajaan 47% BN..!!

Posted: 21 Dec 2013 05:31 PM PST

KUALA LUMPUR - Kegagalan syarikat kontraktor yang dilantik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menguruskan sampah di ibu negara menjadi punca utama sejumlah 2,500 tan sampah terpaksa dilonggokan di bahu Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2) berhampiran Stesen Pemindahan Sisa Pepejal di Kepong semalam.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan  berkata, pihaknya memandang serius tindakan pemandu lori yang membuang sisa pepejal di sepanjang jalan berkenaan dan akan menyiasat dan mengambil tindakan ke atas mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Menurut beliau, perbuatan mereka jelas telah melanggar Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) serta menjejaskan perjalanan kenderaan di MRR2 dan imej Kuala Lumpur.
"Saya ingin memaklumkan bahawa kementerian telah mengambil tindakan segera termasuk oleh semua pihak bertanggungjawab iaitu Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan meminta bantuan dari Alam Flora bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan.

Heading into harm's way in South Sudan

Posted: 21 Dec 2013 05:20 PM PST

No recovery as hospital explodes in Aleppo

Posted: 21 Dec 2013 05:19 PM PST

Egypt's Morsi faces trial for prison break

Posted: 21 Dec 2013 05:18 PM PST

Lepas SOLAT Baru Perasan AURAT Terbuka - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 21 Dec 2013 05:17 PM PST

UAI Menyakat..Takkan Sorang Je!

Posted: 21 Dec 2013 05:15 PM PST

Nak Kahwin, Mak Kata Muda Lagi! - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 21 Dec 2013 05:15 PM PST

Serang ULAMAK..UAI Mengajar Tiada SANAD?

Posted: 21 Dec 2013 07:34 AM PST

Pendidikan: 'A' meningkat, tapi laporan antarabangsa merosot

Posted: 21 Dec 2013 02:33 AM PST



Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mempersoalkan perbezaan persepsi dalam sistem pendidikan Malaysia dalam pengamatan kerajaan dan badan antarabangsa.


Beliau memberi contoh laporan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) dan Kajian Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) yang mencerminkan keadaan yang membimbangkan dalam sistem pendidikan Malaysia.


"Pada tahun 2011, Laporan TIMMS melaporkan kejatuhan kedudukan Malaysia untuk subjek Matematik iaitu dari 16 (1999), 10 (2003), 20 (2007), dan 26 (2011) sementara subjek Sains pula ialah 22(1999), 20 (2003), 21 (2007), dan 32 (2011).


"Kejatuhan markah purata bagi subjek Matematik iaitu 519 (1999), 508 (2003), 474(2007) ke 440 (2011); jatuh 79 mata sementara subjek Sains iaitu 492 (1999), 501 (2003), 471 (2007) ke 426 (2011).


"Yang menghairankan adalah kontradiksi yang diperlihatkan menerusi Laporan Lembaga Peperiksaan - rekod pelajar yang mendapat A dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut semakin meningkat dari tahun ke tahun di dalam peperiksaan PMR. Apakah yang sebenarnya berlaku?" kata beliau dalam ucapan aluan di kongres pendidikan NGO 'Teach For The Needs' (TFTN) hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Drama Kontot: The Heat digantung kerana pertukaran pemilikan, kata Putrajaya

Posted: 21 Dec 2013 02:26 AM PST


Akhbar The Heat digantung kerana tidak menepati syarat ditetapkan KDN. Gambar fail.Akhbar The Heat digantung kerana tidak menepati syarat ditetapkan KDN. Gambar fail.Akhbar mingguan The Heat digantung kerana mereka tidak memaklumkan berlaku pertukaran pemilikan dan hala tuju daripada sebuah akhbar perniagaan, kata Kementerian Dalam Negeri (KDN), hari ini.
"Permit penerbitan The Heat mensyaratkan pemilik untuk memberitahu KDN jika berlaku pertukaran pemilikan.
"Tambahan pula, permit adalah untuk akhbar perniagaan mingguan. Bagaimanapun, syarat-syarat ini dilanggar," kata KDN dalam satu kenyataan lewat petang ini.
Akhbar mingguan The Heat yang dilancarkan September lalu digantung pada minggu ini selepas menerima surat tunjuk sebab kedua daripada KDN.
Sebelum ini, KDN menafikan dakwaan bahawa penggantungan The Heat adalah disebabkan laporan tentang perbelanjaan tidak berhemah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
Read More / Baca Lagi >>

GST lebarkan jurang pendapatan seperti kapitalis AS

Posted: 21 Dec 2013 01:00 AM PST

AnwarKUALA LUMPUR 21 Dis: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu rakyat negara ini mengalami nasib sama di Amerika Syarikat di mana jurang ekonomi yang kian melebar antara golongan kaya dan miskin.
Katanya, Pakatan Rakyat membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bukan kerana sistem cukai itu , tetapi kerana ia lebih memihak kepada tauke-tauke besar dan kroni.
"Di antara kecaman kuat terhadap sistem kapitalis di Amerika Syarikat ialah kerana pertumbuhan ekonomi itu memberi manfaat kepada golongan kecil.
"Saya ke sana baru-baru ini dan meneliti laporan terkini 2010 hingga 2012. Kekayaan yang bercambah itu mencecah trilion ringgit tetapi dimanfaatkan oleh kurang dari satu peratus rakyat di sana," katanya ketika berucap semasa pelancaran kempen 'Faham GST – Tolak GST' di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru malam tadi.
Read More / Baca Lagi >>

Nilai Matawang Ringgit Malaysia Kembali Jatuh US$1.00=RM3.283. Tahun 2014, Kuasa Beli Rakyat Malaysia Juga Jatuh?

Posted: 21 Dec 2013 12:54 AM PST

Nilai Ringgit Malaysia
Jikalau (DI SINI), rakyat disuapkan dengan berita penurunan dividen dan bonus ASB, kali ini penurunan nilai matawang ringgit Malaysia agak merisaukan kita semua. Dikala, kerajaan mengejar status negara perpendapatan tinggi nilai matawang ringgit kita masih dilihat lemah ketika ini. Dengan….
Dengan pengumuman demi pengumuman kenaikan kos bermula tahun depan tahun 2014 yang bakal menghimpit rakyat Malaysia, Berita Semasa menjangkakan nilai RM1 yang di bawa oleh rakyat Malaysia akan menyusut kepada 90 sen ataupun paling teruk lagi 80 sen untuk tahun-tahun berikutnya. Ini secara tidak langsung bakal memberikan kesan besar kepada nilai matawang ringgit Malaysia.

Kuasa Beli Rakyat Malaysia VS Kuasa Beli Rakyat Singapore

Malaysia VS Singapore
Kejatuhan nilai matawang Malaysia juga bakal menyebabkan kuasa beli kalangan rakyat seperti anda, anda di sini semakin berkurangan.
Read More / Baca Lagi >>

Potong Subsidi & Naik Kos Sara Hidup? Baik Untuk Rakyat Malaysia. Apa Naik Lagi Lepas Ini?

Posted: 21 Dec 2013 12:53 AM PST


Potong Subsidi Baik Untuk Rakyat
Sebelum PRU13, rakyat Malaysia seperti anda, anda di sini adalah "Raja". Apa sahaja yang dituntut oleh anda semua akan cuma dipenuhi dan melukakan hati anda semua.
Tiada waima disebutkan akan berlakunya pemotongan subsidi baik untuk rakyat Malaysia ditambah ekonomi Malaysia sebelum Pilihanraya Umum ke 13 begitu kukuh. Tidak sama sekali lagi…..
"Sekukuh, ibarat tidak bergoyangnya, pokok ditiup angin kencang"
Skrip tersebut disimpan kukuh sehingga berakhirnya PRU ke 13. Rakyat Malaysia hidup pada awal tahun ini menjelangnya Pilihanraya Umum ke 13 ibarat tinggal di syurga dunia yang bernama Malaysia, hidup dengan impian dan cita-cita.

Potong Subsidi Rakyat Malaysia VS Potong Subsidi Taikun Kaya di Malaysia?

Nah sekarang, "Potong subsidi baik untuk rakyat". Inilah antara kata-kata pujangga oleh kalangan pemimpin yang rakyat Malaysia ada hari ini. Nah…..hari ini, rakyat Malaysia ingin bertanya pula mengapa tidak memotong subsidi IPP yang dimiliki taikun-taikun kaya di Malaysia? Mengapa rakyat Malaysia selalu menjadi mangsa?
Najib Ekonomi Malaysia

Senarai Kenaikan Kos Sara Hidup di Malaysia!

Read More / Baca Lagi >>

Hampir 130,000 muflis bukti kegagalan kerajaan 47% BN

Posted: 21 Dec 2013 12:40 AM PST

KUALA LUMPUR 21 Dis: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata kelemahan dasar kerajaan menjadi faktor utama hampir 130,000 diisytiharkan muflis dalam tempoh tujuh tahun.
Beliau berkata masalah kewangan akibat peningkatan gaji yang perlahan, kos sara hidup yang tinggi dan beban hutang isi rumah menjadi faktor ramai individu diisytiharkan bankrap.
"Mereka yang terperangkap adalah kelas pertengahan berpendapatan isi rumah 4,000 ke atas yang menjadi kelompok paling ramai muflis dan mereka tidak mendapat bantuan dari kerajaan.
"Kelas pertengahan ini yang mengunakan kad kredit, ada yang pinjam along kerana pendapatan tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan asas,"
"Pada masa sama kerajaan terus membebankan rakyat dengan mengumumkan siri kenaikan harga barang, tol, minyak dan lain-lain. Keadaan ini menyumbang iklim ekonomi yang tidak seimbang dengan pendapatan dan perbelanjaan rakyat," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil.
Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak minggu lalu mengumumkan seramai 129,640 diisytiharkan muflis dalam tempoh 2005 hingga 2012. Daripada jumlah itu, sebanyak 68,299 adalah individu berusia di bawah 45 tahun.
Read More / Baca Lagi >>

Selepas Bangladesh, Mesir & Turki, giliran PAS?

Posted: 21 Dec 2013 12:36 AM PST

Dunia dikejutkan dengan hukuman mati terhadap Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh Abdul Quader Mullah (gambar).
PAS melalui kenyataan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menyifatkan perbicaraan as-Syahid adalah satu momokan terhadap sistem keadilan, apabila disabitkan kesalahan dengan fakta yang meragukan dan penuh dengan sentimen politik dalaman Bangladesh.
"Jelas sekali tindakan menukar hukuman asal terhadap as-Syahid dari penjara seumur hidup adalah di atas desakan politik dalaman menerusi demonstrasi jadian seperti protes Shahbag pada Februari 2013 lalu yang menjadi tulang belakang agenda jahat kumpulan sekular yang bencikan Islam," ujar Presiden PAS.
Hukuman gantung terhadap pemimpin parti Islam itu tidak syak lagi adalah perancangan jahat pemerintah Bangladesh yang merasa tertekan dengan kebangkitan rakyat untuk menjatuhkan golongan sekular.
Tahun lalu dunia di kejutkan dengan kebangkitan umat Islam Bangladesh yang berjumlah ratusan ribu keluar ke jalanraya menuntut penegakan undang-undang syariah di samping menuntut pemerintah yang ada turun dari tampuk kuasa.
Mereka turun dengan tangan kosong tetapi berjaya 'melemahkan' polis dan tentera kerajaan kerana jumlahnya terlalu ramai. Jamaat-e-Islami dijangka membuat kejutan dalam pilihan raya umum yang berlaku selepas ini.
Namun di saat Abdul Quader maut di tali gantung, rakyat Bangladesh yag sedar akan kezaliman pemerintah kepada negara paling miskin di dunia itu tidak dapat berbuat apa-apa.
Read More / Baca Lagi >>