Mahkamah Pilihan Raya untuk orang kaya? Posted: 01 Aug 2013 08:20 PM PDT SHAH ALAM - Pas menyifatkan Mahkamah Pilihan Raya yang menjadi tempat terakhir saluran sah rakyat mengadu kepincangan proses pilihan raya di negara ini, kini bertukar menjadi jalan buntu. Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dengan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang mengenakan penalti melampau pada para pempetisyen, ianya dilihat seolah-olah ingin menyekat rakyat daripada mendapat keadilan yang sewajarnya. "Mahkamah sepatutnya menjadi tempat rakyat mengadu serta mendapatkan keadilan. "Ia adalah jalan terakhir bagi rakyat kerana ia menelan belanja yang tinggi. Kos penalti yang diperintah bayar untuk petisyen pilihan raya yang sangat tidak munasabah ini bukanlah satu usaha positif bagi rakyat menjadikan mahkamah sebagai tempat mengadu permasalahan mereka," katanya dalam satu kenyataan media hari ini. Tuan Ibrahim berkata demikian sebagai mengulas keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang menolak petisyen yang difailkan BN dan PR di peringkat awal sebutan kes dengan alasan teknikal sahaja. Menurutnya lagi, apakah dengan mengenakan penalti yang tinggi ini untuk menyekat pihak tertentu daripada membuat petisyen atau pun satu ikutan baru dalam mahkamah. "Bagi saya penalti yang tinggi ialah amaran tersirat agar setiap kali pilihan raya jangan ada pihak yang berani membuat petisyen walaupun tidak berpuashati. "Atau ini satu ikutan baru dalam kehakiman?," soalnya. Read More / Baca Lagi >> |
Tindakan diambil jika ahli Pas terlibat Syiah Posted: 01 Aug 2013 08:17 PM PDT KOTA BHARU - Pas Kelantan tidak teragak-agak ambil tindakan terhadap mana-mana ahli parti itu sekiranya terbukti mereka terlibat ajaran Syiah. Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pihaknya memandang serius isu itu dan tindakan memecat ahli yang terlibat boleh diambil jika terbukti penglibatan mereka dalam ajaran yang bertentangan dengan Ahli Sunah wal Jamaah itu. "Kalau ada bukti kita akan pecat mereka (ahli Pas) yang menganut fahaman Syiah, sekarang kita tidak mempunyai bukti di kalangan ahli Pas yang mengamalkan Syiah, walaupun terdapat tohmahan bahawa ada pimpinan dan ahli Pas ini yang mengamalkan Syiah. "Kita tidak ada bukti jadi kita tidak boleh bertindak semata-mata di atas dakwaan dan tohmahan itu sahaja. Sehingga kini kita tidak ada laporan, kalau ada kita akan siasat," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco. Katanya, sebelum ini kepimpinan parti itu menyebut mana-mana ahli (Pas) yang berpegang kepada ajaran Syiah diminta keluar daripada Pas. Read More / Baca Lagi >> |
TGNA: Peliharalah aib orang lain Posted: 01 Aug 2013 08:13 PM PDT Tazkirah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, | TAHASSUS (mengendap mencari rahsia dengan mata dan telinga) dan tajassus (mencungkil rahsia buruk seseorang), kedua-duanya ditegah oleh Islam. Kecuali berlaku jenayah dalam negeri dan seseorang itu ditugaskan oleh pihak berwajib menyiasat bagi membasmi jenayah tersebut. Pegawai khas yang ditugaskan untuk menyiasat jenayah itu mestilah melakukan tugasnya, berhak untuk bertanya sesiapa jua untuk mencari punca jenayah tersebut. Hingga jenayah dan penjenayah dapat dibasmi dalam negeri. Bertugas menyiasat berbeza dengan orang yang mengintip dan mencari keburukan orang lain, tugas yang dipikulkan seorang pegawai penyiasat mengharuskan dia berbuat sesuatu yang melibatkan pengintipan rahsia (tajassus). Jika tidak berbuat demikian maka jenayah tidak mungkin dapat dibasmi, rakyat sentiasa bimbang dengan meningkatnya kadar jenayah. Ada perbezaan yang nyata antara mencungkil rahsia untuk memuaskan nafsu dengan petugas khas mencari punca rahsia untuk membasmi jenayah. Justeru pegawai berkenaan apabila menjalankan penyiasatan tidak boleh berat sebelah. Ini kerana ia mendatangkan ketidakadilan, sedangkan tugasnya menghendaki yang didapati bersalah untuk dihukumkan salah, yang tidak bersalah segera dibebas. Jika berat sebelah dalam penyiasatan mungkin akan berlaku kezaliman. Orang yang bersikap seolah-olah tidak tahu keaiban orang secara personal, tidak menceritakan kepada pihak lain adalah tanda orang itu beragama. Orang beragama itu bukan saja dia mempunyai banyak ilmu, tetapi berperangai murni kerana tidak mencerita dan mendedahkan keburukan orang. Ketahuilah sesungguhnya tidak sempurna iman seserorang itu, selagi dia tidak sayang kepada kawannya apa jua perkara yang ia sayang untuk dirinya. Read More / Baca Lagi >> |
Muflis: Keadaan kewangan kakitangan awam dalam bahaya....kakitangan swasta.?? Posted: 01 Aug 2013 08:11 PM PDT Bayangkan seorang kakitangan awam diisytiharkan muflis setiap jam bekerja setiap hari. Mereka sepatutnya tidak patut jadi begitu – begitu juga anda. Ia sebenarnya apa yang berlaku dua tahun lalu, pada 2011. Pada tahun itu, kira-kira 3,000 kakitangan awam muflis, seperti didedahkan oleh Kongres Kesatuan Pekerja- Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) kepada The Malaysian Insider. Jumlah itu hanya suku peratus daripada keseluruhan 1.2 juta kakitangan awam dan pegawai di Malaysia. Tetapi, sebenarnya angka muflis yang rasmi tidak memberi gambaran sebenar. Sebenarnya, ia membabitkan kohot yang lebih luas dan terdesak, berusaha keras untuk bertahan, seperti dilaporkan oleh The Malaysian Insider sebelum ini di link http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/living-on-the-outskirts-of-their-income-the-malaysian-civil-servant> Mengapa mereka perlu bersusah payah mengimbangi pendapatan isi rumah? Ramai yang tinggal di kawasan perumahan yang di luar kemampuan pendapatan mereka untuk berlagak dengan keluarga dan jiran. Malah, lintah darat atau Ah Long juga mendedahkan bahawa kebanyakan kakitangan awam tidak meminjam duit untuk aktiviti seperti berjudi. Tetapi, mereka pinjam duit untuk membeli perabot, ubah suai rumah, beli kereta baru atau menguruskan permintaan keluarga pada musim perayaan, contohnya sambutan Hari Raya minggu depan. Sesekali, mereka pinjam kerana menjadi mangsa kenaifan apabila rakan atau keluarga mengambil kesempatan menjadikan mereka penjamin bagi pinjaman kemudian gagal membayarnya menyebabkan mereka terpaksa membayarkan pinjaman itu selepas disaman. Read More / Baca Lagi >> |
Chai Muktamar: Kota Damansara menghantui PAS Selangor, Dr Rani letak jawatan? Posted: 01 Aug 2013 08:07 PM PDT Dua minggu lalu, Dr Rani Osman (gambar) menghantar mesej pesanan ringkas (SMS) kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta tempatnya sebagai pesuruhjaya PAS Selangor digantikan orang lain. Namun, pada 31 Julai, beliau menghantar satu lagi SMS memaklumkan beliau bersedia mengekalkan jawatan itu jika diamanahkan oleh pucuk pimpinan PAS. Ketika SMS pertama dihantar, PAS sedang hangat membincangkan isu Kota Damansara yang menghantui parti itu kerana disalahkan akibatkan kekalahan calon dipersetujui Pakatan Rakyat (PR). Calon PAS bertanding di situ dan menyebabkan berlaku pertandingan tiga penjuru antara calon PAS, PKR dan Barisan Nasional (BN). Hasilnya, BN menang dan PR kehilangan kerusi yang dimenanginya pada Pilihan Raya 2008 lalu. Sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani rasa bertanggungjawab dengan apa yang berlaku. Lebih pun mesyuarat demi mesyuarat, pertemuan demi pertemuan, lobi demi lobi dan sebagainya menjelang pilihan raya ke-13 lalu, amat memenatkannya. Dr Rani tidak mengejar jawatan. Beliau menerimanya berdasarkan amanah jamaah dan tanggungjawab. Selepas pilihan raya umum lalu - dalam satu mesyuarat dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor – nama Dr. Rani disenarai sebagai exco kerajaan negeri bersama tiga lagi pemimpin PAS. Nama mereka dikemaskini sebelum dihantar kepada Sultan Selangor untuk pengesahan sebelum dilantik sebagai exco. "Ketika itu, Dr Yunus Khairi gembira bukan main kerana namanya terkeluar dari senarai. Isteri beliau mengucapkan terima kasih kepada saya kerana 'memberikan' semula suaminya," kata Dr Rani ketika ditemui The Malaysian Insider di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, pada Rabu. Keesokannya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menelefon memaklumkan senarai terkini exco Selangor yang diterima Istana. Nama Dr Rani terkeluar dari senarai itu dan nama Dr Yunus terpilih. "Betul ke Tok Guru? Confirm ke? Presiden kata ye confirm, baru lepas bercakap dengan Tan Sri Khalid. Kau tahu apa aku buat, aku takbir," kata Dr Rani dengan penuh semangat. Inilah cerita yang beliau kongsikan ketika ditanya - adakah beliau mahu melepaskan jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor selepas tidak terpilih sebagai exco. Bagi Dr Rani, memegang jawatan exco adalah bebanan dan bakal berhadapan pengiraan yang teruk di akhirat. Atas sebab itulah, beliau berasa tidak mampu lagi memegang jawatan pesuruhjaya PAS negeri itu selepas Muktamar Tahunan November ini. Pihak yang paling marah dengan tindakan Dr Rani itu ialah Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Tuan Ibrahim selalu disebut beliau sebagai Presiden Kelab 52 iaitu kelab orang-orang yang rendah ketinggiannya, bawah lima kaki dua inci, sebagaimana beliau. "Ingat anta (awak) sorang je ke yang nak letak jawatan kalau boleh. Ana pun nak, tetapi ini amanah," kata Tuan Ibrahim kepadanya. Read More / Baca Lagi >> |
Harga gas memasak naik, PAS tuntut penjelasan Posted: 01 Aug 2013 08:06 PM PDT KUALA LUMPUR: PAS menuntut penjelasan daripada pihak kerajaan berhubung surat pekeliling yang memaklumkan berlakunya kenaikan harga gas memasak berkuatkuasa hari ini. Surat pekeliling tersebut kini diedarkan melalui laman Facebook dan ditujukan kepada pemborong, penjual dan pelanggan gas Petronas turut memberitahu alasan mengapa kenaikan itu berlaku. Jika benar kenaikan gas memasak berlaku berdasarkan pekeliling itu, Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan ianya sangat tidak wajar dalam suasana pengguna yang cukup tertekan dengan pelbagai kenaikan harga barang mutakhir ini. Apatah lagi katanya, alasan kenaikan gas kerana selaras dengan gaji minimum RM900 untuk setiap pekerja swasta sepertimana yang tercatat di pekeliling itu adalah sangat tidak munasabah. "Alasan tidak munasabah, macam mana dengan orang yang bekerja di kampung dan bekerja sendiri, mereka tidak ada kenaikan gaji minimum. Saya fikir satu tindakan yang tidak wajar," katanya kepada Harakahdaily. Read More / Baca Lagi >> |
Harga gas memasak tidak naik ...Harga upah hantar yang naik...Jawapanya tetap naik lah...!!! Posted: 01 Aug 2013 08:01 PM PDT KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menafikan berlakunya kenaikan harga gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi seperti didakwa oleh beberapa laman blog dan laman sosial. Pengarah Bahagian Perdagangan Dalam Negeri KPDNKK, Dr. Noor Zari Hamat berkata, tidak berlaku sebarang kenaikan harga untuk gas memasak kerana ia merupakan barangan kawalan. "Perkara sebenar yang berlaku ialah apabila kadar bayaran dikenakan ke atas perkhidmatan penghantaran tong gas LPG dari kedai ke rumah pengguna. "Walau bagaimanapun, kadar bayaran ini adalah hak individu dan pengguna boleh memilih untuk menggunakan perkhidmatan tersebut atau tidak," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Kelmarin, beberapa laman blog dikesan menyebarkan surat notis daripada Potensi Cerah Sdn. Bhd. iaitu stokis gas Petronas Perak tentang harga baharu jualan gas Petronas. Kandungan surat itu jelas menyatakan bahawa harga gas memasak adalah harga kawalan kerajaan dan hanya upah penghantaran sahaja dikenakan. Read More / Baca Lagi >> |
Chai Muktamar: Surat Terbuka Ke 2 untuk Tuan Guru Nik Aziz Posted: 01 Aug 2013 05:39 PM PDT Saya menekuni tulisan-tulisan 'balas' yang di buat oleh Nasrudin Hassan semalam dan yang terbaru dari Zaharudin Muhammad pada pagi ini. Secara sepintas lalu kedua-duanya seakan memperlekehkan coretan saya buat Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz atau bahasa mudahnya, surat saya tersebut tiada nilainya dan ia 'dibakul sampahkan' oleh kedua mereka. Namun tidak mengapa, yang pastinya semua orang baik kalangan ahli dan penyokong PAS mahupun yang bukan dapat melihat satu perkara yang pasti iaitu memang wujud puak-puak atau team yang bercakaran dalam PAS sekarang ini! Inilah yang di bimbangi oleh saya dan rasanya inilah yang di bimbangi oleh semua ahli dan penyokong PAS dan respon mereka berdua mengiyakan perkara tersebut. Walaupun saya di tuduh menabur fitnah dengan susunan ayat yang menarik oleh Nasrudin selaku penceramah yang hebat namun dengan penuh rendah diri dan keinsafan saya ingin meminta semua pihak berlapang dada serta membuka minda dan mata dengan seluas-luasnya berkenaan isu ini. Yang dikatakan fitnah bertebaran, fitnah makin marak di susuli oleh pelbagai ayat-ayat Al Quran ddan hadis memperingatkan betapa bahayanya fitnah dan celakanya mereka yang menyebarkan fitnah membuatkan semua orang terlupa fitnah yang sebenarnya ialah masalah kedua-dua puak ini! Baik dari yang di gelar ulamak mahupun profesional. Dua-dua memainkan peranan umpama api dalam sekam, tikam-menikam antara satu sama lain, dalam mesyuarat lain keluar mesyuarat lain pula halnya. Keputusan mesyuarat belum keluar tapi 'wassup' dah lima kali pusing dunia mencari sasaran untuk di war-warkan. Siapakah pelaku ini semua? Mereka inilah dari kalangan yang di gelar ulamak dan profesional dalam jemaah yang kita sayangi ini. Kalau ada yang melenting marahkan saya mengaitkan Nasrudin dengan Lynas dan juga Nik Abduh dengan gaya hidupnya yang mewah tidak sebanding Tuan Guru, saya pohon kemaafanlah atas teguran tersebut tetapi saya ingin tegaskan di sini bahawa saya tidak sama sekali secara semborono menuduh atau memfitnah mereka berdua. Walaupun Nasrudin menaip panjang berjela akan alkisah kewangan beliau dan betapa sederhananya penghidupan beliau, saya cuma mampu menggelengkan kepala membaca karangan beliau tersebut. Read More / Baca Lagi >> |
Polis minta tak tolak saranan bulat-bulat Posted: 01 Aug 2013 05:23 PM PDT Polis meminta masyarakat agar menilai cadangan badan bukan kerajaan (NGO) berhubung akta pencegahan jenayah (PCA) baharu bagi menggantikan Ordinan Darurat. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin ( kiri) berkata orang ramai tidak seharusnya menolak bulat-bulat saranan yang dibuat beberapa pihak terutamanya jika ia mendatangkan manfaat kepada mereka, terutama dalam mengekang jenayah. Beliau menegaskan akta berkenaan diperlukan polis memandangkan dua akta iaitu Akta Dalam Negeri 1960 (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) telah dimansuhkan. "Saya minta masyarakat menilai. Memanglah ia (cadangan) hak mereka untuk terima atau tidak, tapi bagi kita, kita memang perlukannya," katanya pada sidang media selepas Kempen Balik Kampung Rumah Selamat Keluarga Sejahtera di Petaling Jaya semalam. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini menghantar draf pertama set undang-undang baharu untuk menggantikan EO ke Jabatan Peguam Negara. Bagaimanapun, bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi dilaporkan mencadangkan agar PCA sedia ada diperbaiki bagi memberi kuasa kepada polis untuk memerangi jenayah berat, dan bukannya memperkenalkan satu akta baru yang berfungsi sama seperti EO. |
'Undang-undang Islam boleh ganti ISA, EO' Posted: 01 Aug 2013 03:17 PM PDT Undang-undang Islam boleh menggantikan kekosongan akibat penghapusan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) yang dikatakan punca meningkatnya kadar jenayah akhir-akhir ini, kata Pemuda PAS. Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, setelah sekian lama negara ini menggunakan "undang-undang ciptaan manusia", gejala jenayah terbukti bukan sahaja tidak menurun, bahkan semakin parah. "Undang-undang Allah ada keberkatan, (ia mekanisme) tegah dan kawal daripada Allah SWT yang selama ini hilang dari perlaksanaan undang-undang negara kita dan akhirnya jenayah tidak pernah surut," katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta menjelaskan lanjut cadangnya sebelum ini yang menggesa undang-undang syariah digunakan bagi membanteras jenayah, daripada aspek mekanisme dan kaedah pelaksanaannya. Anggota Parlimen Temerloh itu pada 31 Julai lalu berkata, jika negara buntu dan pihak berkuasa mati kutu menangani jenayah yang meningkat mendadak, undang-undang syariat Islam mesti dikuatkuasakan sebagai alternatif dari "kegagalan teruk" sistem sedia ada. Read More / Baca Lagi >> |
Berpada-Padalah Dan Jangan Jadi Gila Kerana Akta Hasutan... Posted: 01 Aug 2013 03:09 PM PDT Oleh Shabudin Husin Kenyataan Pengerusi UMNO Selangor, Noh Omar yang mahu seorang ibu yang memulakan kehangatan isu murid makan di bilik persalinan di SK Sri Prist ana dengan memuatkan gambar berkenaan di laman sosial Facebook, disiasat dibawah Akta Hasutan memang dianggap keterlaluan dan seperti memercikkan minyak petrol keatas api yang sedang terbakar. Sebagai pemimpin, meskipun baru digugurkan sebagai menteri dan dinaikkan pula sebagai Pengerusi UMNO Selangor, beliau tidak seharusnya berlebih-lebihan dan menunjuk-nunjuk sebagai seorang pembela. Tindakan beliau bukan saja menimbulkan keresahan kepada kepada rakyat, bahkan Presiden MCA Chua Soi Lek pun tidak dapat menahan dirinya daripada memberi komen sehingga mengatakan "Noh Omar sudah gila". Memang ada gilanya dengan kenyataan Noh Omar itu. Jika pun ibu berkenanaan ingin disiasat, ia hanya perlu disiasat dibawah undang-undang lain, bukannya Akta Hasutan. Ini kerana beliau hanya tidak menggunakan saluran yang betul dalam meluahkan rasa tidak puas hatinya tetapi beliau tidak pernah sesekali mengaitkan isu makan di bilik persalinan itu dengan isu perkauman. Tidaklah perlu juga, sebagaimana yang dilaporkan di media-media bahawa Noh Omar ingin menulis surat kepada pihak polis supaya tindakan segera diambil terhadap ibu berkenaan. Sekali lagi, beliau dilihat seperti ingin menunjuk-nunjuk semangat Kemelayuannya kepada umum. Yang menjadikannya isu perkauman ialah beberapa blog dan pengendali laman sosial lain. Harus juga dicari apakah punca masalah kepada terjadinya insiden makan di bilik persalinan itu. Apakah ia sengaja dilakukan, ruang kantin yang sempit, sekolah kekurangan peruntukan atau sebagainya. Itulah yang sepatutnya diambil perhatian dengan bijaksana oleh Noh Omar dan kemudian mengemukakan cara penyelesaiannya, bukannya mencadangkan Akta Hasutan digunakan sambil menunjukkan wajah garangnya kepada umum. Read More / Baca Lagi >> |
Apa jadi bila polis sudah berkomplot dengan penjenayah ... Posted: 01 Aug 2013 03:05 PM PDT Ahmad Lutfi Othman Bumi Mesir terus menggelegak. Darah syuhada di bumi para anbiya itu mengalir deras. Pesta pembunuhan seolah-olah baru bermula. Rakyat dengan tangan kosong ditembak di kepala, bertujuan untuk membunuh. Ikhwanul Muslimin kembali meniti liku-liku sukar sepertimana 60 tahun dulu. Tuduhan palsu berulang untuk mensabitkan pemimpinnya, termasuk Morsi, dengan jenayah berat, yang mungkin membawa hukuman mati. Kudeta tentera yang menguburkan suara rakyat mendedahkan bukan saja hipokrasi Barat yang selama ini kononnya mempamerkan imej wira demokrasi tetapi menyerlahkan sikap lapuk kerajaan Malaysia sendiri, yang "tidak mahu campur tangan". Dua ahli Parlimen DAP, V Sivakumar dan Liew Chin Tong membidas: "Jika Malaysia tidak bersuara untuk kebenaran, keamanan, hak asasi manusia dan demokrasi di dunia Muslim, negara mana lagi yang akan bersuara?" (Sikap negara Islam khususnya di Timur Tengah lebih aneh lagi. Seperti kata Prof Dr Redzuan Othman, ketika saya menemubualnya, pertengahan Julai lalu: "Anehnya, rampasan kuasa di Mesir bukannya dikutuk, tetapi sebaliknya dijanjikan dengan bantuan kewangan. Arab Saudi dan beberapa negara Teluk yang merupakan sekutu kuat AS dan amat khuatir dengan perluasan pengaruh Ikhwanul Muslimin menjanjikan bantuan sebanyak USD 12 billion kepada Mesir sebaik-baik sahaja Morsi dilucutkan jawatan oleh tentera.") Najib Razak seperti menunggu restu Amerika Syarikat dan kuasa Eropah sebelum memberi respons lebih tegas. Tiga isu besar didiamkan: Kerajaan yang dipilih secara demokratik digulingkan; presiden terus ditahan secara misteri; dan penyokongnya yang memprotes dibunuh. Gerakan Islam dan masyarakat sivil, termasuk di Malaysia perlu lebih proaktif. Justeru, saya menyokong sepenuhnya gesaan Cikgu Azmi Abd Hamid dan gabungan NGO Muslim agar digerakkan satu demonstrasi besar-besaran di hadapan Kedutaan AS di Kuala Lumpur, setidak-tidaknya menyamai himpunan raksasa Bersih. Ya, salurkan juga bantuan kewangan, sekurang-kurangnya untuk membiayai juadah iftar dan sahur demonstran di Dataran Rabaah Adawiyah, Kaherah, sambil merebut kelebihan 10 hari terakhir Ramadan, selain pahala berlipat ganda memberi makan orang berbuka puasa. Ada rakan-rakan di sana yang boleh menyampaikan terus kepada aktivis yang istiqamah berkhemah menuntut keadilan, insya-Allah. Dalam negara pula, maruah dan integriti pihak polis -- juga keupayaan kerajaan persekutuan untuk menjaga keselamatan -- terjejas dengan cukup teruk-dahsyat apabila siri tragedi pembunuhan dan tembakan di siang hari menggunakan senjata api, tanpa motif rompakan atau samun, semakin berleluasa. Read More / Baca Lagi >> |
Fahami Tugas dan Tanggungjawab Utusan Yang Menjadi Lidah Rasmi UMNO..!!! Posted: 01 Aug 2013 03:02 PM PDT Oleh Mohd Sayuti Omar Sesuatu yang mengecewakan kalau anggota parti komponen Pakatan Rakyat terutamanya diperingkat pemimpin sendiri tidak memahami peranan dan tanggungjawab Utusan Malaysia dan akhbar-akhbar lain yang sejiwaraga dan sebusuk dengannya. Utusan adalah lidah Umno di mana status atau wasilahnya dengan Umno samalah seperti Harakah dengan Pas atau Suara Keadilan dengan PKR dan Roket dengan DAP. Sebagai lidah Umno ia akan bersuara untuk kepentingan Umno, berkerja dan berikhitar juga atas kepentingan Umno. Utusan akan bermaharajalela demi Umno. Ia tidak ada sehama simpati dan keadilan pun kepada pihak dianggap lawannya. Itu sumpahnya. Sesuai dengan Umno parti sekular, kegiatan media massa seperti Utusan juga tidak mengambil kira soal etika dalam profesyen, adat budaya dan juga syariat agama. Apa yang akhbar itu pentingkan ia tetap menjalankan tugas dan tanggungjawab agar tuannya, Umno terus hidup dan berkuasa. Bagi Utusan seolah-olah tidak ada hari penghisaban dan pembalasan. Para penggerak Utusan kandati bertaraf profesional, tahu akan falsafah dan matlamat sesebuah akhabr sebagai media awam, tetapi mereka abaikan. Kenapa, kerana mereka juga mahu menumpang hidup bersama parti yang mereka sanjung. Nasib dan masa depan mereka terletak kepada parti berkenaan. Mereka tidak ubah dengan golongan jahil murakab yang yakin dengan mitos kurafah bahawa Umnolah satu-satunya parti yang membela dan membantu mereka. Bertolak dari kefahaman itu maka mereka akan berusaha bermati-matinya, memeras kudrat dan akal mereka menjaga kepentingan Umno. Ia bukan baru tetapi sikap dan tindakan ini berwarisan. Sejak zaman Utusan diketuai Zainuddin Maidin membawa kepada Johan Jaaffar kemudian Khalid Abdullah hinggalah kini. Kalau pun ada sedikit pengenduran serangan Utusan ke atas pembangkang (Pas) khasnya pada era Johan Jaaffar. Hakikat ini patut disedari oleh pihak parti lawan Umno terutamanya diperingkat pemimpin. Bahawa Utusan bukan lagi medium rakyat tetapi perkakas usang buat Umno. Utusan bukan lagi agen pembentuk fikiran rakyat agar waras, dinamik dan progresif, tetapi perkakas menyesat dan mengusutkan minda rakyat. Unsur-unsur rasis dan fitnah menjadi mainan kesukaan akhbar berkenaan. Read More / Baca Lagi >> |
Jangan sekadar mengganti UMNO Posted: 01 Aug 2013 03:01 PM PDT oleh Lim Hong Siang Sebagaimana yang kita maklum, UMNO-Barisan Nasional telah menang dalam PRK Kuala Besut setelah menabur peruntukan kira-kira RM 500 juta se panjang tempoh kempen. Angka anggaran ini boleh dikembangkan pula untuk menilai sejauh manakah kejayaan BN kali ini. Dengan jumlah pengundi seramai 17,679 orang, maka ia bermakna setiap pengundi bernilai lebih daripada RM 25,000 Seandainya diperbesarkan lagi, maka dengan tambahan 158 undi majoriti, kita boleh menyimpulkan bahawa BN telah membelanjakan kira-kira RM3 juta untuk satu undi majoriti yang menambah. Kita sedikitpun tidak terbeliak dengan angka ini, seolah-olah PRK diadakan untuk memecah rekod jumlah peruntukan yang ditabur dalam PRK sebelumnya. Malah tiada sekatan dalam hal ini, sehingga Presiden UMNO Najib Razak tanpa segan silu menyogok pengundi secara terbuka ketika PRK Hulu Selangor pada tahun 2010 - cek bernilai RM3 juta akan dimasukkan pada hari Isnin, dengan syarat calon BN menang pada hari Ahad. SPR tetap berdiam diri dengan bahan bukti yang sedia ada - sama ada dalam bentuk laporan media bercetak, mahupun rakaman video - menyaksikan bagaimana Najib melanggar undang-undang secara terang-terang. Bukan sahaja wang sogokan dan projek yang diperuntukkan, tetapi juga ugutan yang pelbagai. Kakitangan kerajaan diugut, apabila menunjukkan kecenderungan menyokong PR. Kesemua ini datang dalam satu pakej, dengan formula beli, ugut dan menang. Maka kita terpaksa akur jugalah apabila pengasas UMNO Baru, Mathathir Mohamad menyifatkannya sebagai syaitan yang dikenali. Namun demikian, persoalan yang bakal dibangkitkan berikut bukan retorik politik, atau propaganda. Sejauh manakah UMNO-BN boleh menang tanpa sogokan, peruntukan projek, malah ugutan? Persoalan ini harus kita teliti dan jawab dengan jujur. Seandainya UMNO tetap meraih undi tanpa sogokan dan ugutan, maka kita sedia mengiktiraf hakikat bahawa parti politik ini masih disokong pengundi. Namun, jikalau undi yang diraihnya semata-mata kerana sogokan dan ugutan, maknanya undi itu bukan tanda sokongan, tetapi sebagai barang dagangan, atau tebusan. Pengundi memangkah BN kerana godaan wang, atau ketakutan kepada sang penguasa. Read More / Baca Lagi >> |
Mengkritik dan mengadu dianggap sebagai tidak berterima kasih ? Posted: 01 Aug 2013 02:54 PM PDT Oleh Mohammad Agus Yusoff Saya terkejut apabila membaca kenyataan Pengerusi Umno Selangor menggesa polis menyiasat seorang ibu yang memuatnaik gambar yang menunjukkan murid SK Seri Pristina makan di bilik persalinan di bawah Akta Hasutan. Mengapa sampai begitu? Kenapa perlu kita menyiasata beliau di bawah Akta ini? Apakah tindakan ibu murid tersebut ada sifat menghasut? Yang mustahak, adakah ini fitnah supaya rakyat saling membenci antara satu sama lain? Pada saya, tindakan ibu yang muat naik gambar tersebut adalah untuk menyatakan perasaan tidak puas hati cara anak-anak makan dalam bilik persalinan sahaja. Tidak ada kaitan dengan tujuan menghasut dan seumpamanya, apatah lagi melibatkan soal perkauman. Betul ibu itu sepatutnya mengadu kepada PIBG terlebih dahulu sebagai saluran yang betul, tetapi adakah wajar untuk kita menyiasat beliau di bawah Akta Hasutan dengan tindakannya itu? Ini isu pokoknya yang perlu kita bahaskan. Pada saya, tidak wajar untuk ibu tersebut disiasat di bawah Akta Hasutan kerana nantinya akan membuatkan rakyat takut untuk mengadu. Tetapi saya setuju jika ibu dan guru besar sekolah disiasat untuk mencari kebenaran dan keadilan kepada kedua-dua pihak. Inilah yang meriaukan saya dengan keadaan sekarang? Mengkritik dan mengadu dianggap sebagai tidak berterima kasih, lalu keluarlah kenyataan yang pelik-pelik dari pemimpin kita. Jika harga ayam mahal, jangan makan ayam; harga beras naik, makan ubi kayu; jika tidak puas hati dengan sistem politik negara, berhijrah ke negara lain? Pertanyaannya, apakah itu jawapan pemimpin kita kepada luahan rakyat? Read More / Baca Lagi >> |
Penyokong Mursi kini ikrar sedia mati Posted: 01 Aug 2013 02:51 PM PDT Kerajaan Mesir yang disokong tentera pada Khamis memberi amaran kepada penyokong presiden Mohamed Mursi yang digulingkan supaya meninggalkan kem tunjuk perasaan di Kaherah, dengan menjanjikan jalan keluar selamat tanpa pertempuran. Rayuan itu dibuat oleh jurucakap kementerian dalam negeri Hany Abdel Latif dalam saluran televisyen negara selepas kerajaan pada Rabu memberi amaran bertindak menamatkan tunjuk perasaan dua minggu oleh ribuan penyokong Mursi. Sejak tentera menggulingkan Mursi, pemimpin kumpulan Islamis pada 3 Julai, pemimpin-pemimpin gerakan Ikhwanul Muslimin dituduh menghasut keganasan. Amaran terkini dikeluarkan berhubung kemungkinan berlakunya pertumpahan darah akibat ketegangan berterusan. Latif berkata, jika penunjuk perasaan meninggalkan tapak bantahan mereka secara aman, mereka akan menjamin keselamatan kumpulan itu. Tiada tarikh akhir ditetapkan. Read More / Baca Lagi >> |
RAKYAT MESIR PRO MORSI SOLAT TARAWIH DI DATARAN AN-NAHDHAH MALAM TADI. Posted: 01 Aug 2013 02:50 PM PDT Suasana Solat Tarawih di Dataran An-Nahdhah oleh rakyat yang menyokong Presiden Mesir yang sah, Dr Morsi malam tadi..
Prinsip mereka teguh dan padu... , tidak akan berganjak selagi rejim tentera yang zalim lagi kejam merampas kuasa ditumpaskan dan kembalikan hak pemerintahan kepada pemerintah yang berhak dipilih rakyat secara demokrasi, Pr Dr Morsi....Allahu Akbar!!!!!! |
Malaysia boleh diheret ke Mahkamah Antarabangsa jika laksana TPPA Posted: 01 Aug 2013 02:48 PM PDT Malaysia boleh diheret ke Mahkamah Antarabangsa jika laksana TPPA. - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 1 Ogos, 2013.Rancangan Putrajaya untuk melaksanakan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) adalah indah khabar daripada rupa kerana kerajaan boleh diheret ke Mahkamah Antarabangsa jika melanggar kontrak yang dimeterai, kata pakar ekonomi Dr Martin Khor. Pakar yang berpengkalan di Geneva, Switzerland menegaskan perkara itu sudah pun berlaku di negara-negara lain yang menjalankan perjanjian hampir sama dengan Amerika Syarikat. "TPPA hanya mempunyai sedikit kaitan dengan perdagangan, ada lebih banyak isu yang perlu dibimbangkan," kata Pengarah Eksekutif South Centre dalam forum enam panel yang diadakan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI), hari ini. Khor membayangkan kerajaan akan berhadapan dengan situasi terpaksa bertanggungjawab untuk memastikan industri tempatan terbela dan pada masa sama juga memastikan pelabur luar mendapat layanan yang sama adil. "Peruntukan untuk melindungi hak pelabur asing, melayan negara asing sama rata atau sebaliknya melebihi daripada layanan yang diberikan kepada perniagaan tempatan. "Jika undang-undang kerajaan berubah, ia memberi kesan kepada keuntungan masa depan syarikat tersebut mereka boleh meminta pampasan kerana ia adalah sama maksud dengan "rampasan", definisi ini termasuklah bagi kerugian daripada untung masa depan hasil daripada perubahan polisi kerajaan," katanya. Lebih memburukkan keadaan, Khor mendedahkan kerajaan akan terikat dengan 'Investor State Dispute Settlement' atau ISDS yang berpengkalan di Mahkamah Antarabangsa, Washington jika meneruskan rancangan untuk menandatangani TPPA. Read More / Baca Lagi >> |
KEADILAN lancar kempen “Percaya Pada Perubahan”, pendaftaran talian Posted: 01 Aug 2013 07:22 AM PDT KUALA LUMPUR 1 OGOS: KEADILAN hari ini melancarkan kempen pendaftaran anggota di bawah kempen "Demi Malaysia Yang Lebih Baik". Kempen ini mempunyai dua fasa utama iaitu, fasa Kempen Dalam Talian yang bermula hari ini, dan fasa Jelajah Perubahan Rakyat yang akan bermula pada tarikh yang akan diumumkan kemudian. Menurut Pengarah Biro Pemantapan dan Penambahan Ahli, Nurul Izzah Anwar, bagi Kempen Dalam Talian, borang permohonan keanggotaan boleh diisi secara atas talian di laman sesawang KEADILAN, DI SINI. Pemohon perlu menyediakan salinan kad pengenalan (depan dan belakang) untuk di muat-naik semasa mengisi borang atas talian tersebut. Yuran keanggotaan boleh dibayar atas talian dengan menggunakan kad kredit, paypal ataupun pemindahan dana dari akaun bank pemohon. Nurul Izzah yang juga Naib Presiden menjelaskan, Jelajah Perubahan Rakyat akan merangkumi satu "roadshow" bersama pimpinan KEADILAN dan akan diadakan di setiap negeri bagi menerangkan prinsip-prinsip dan perjuangan parti kepada rakyat. "Tarikh dan tempat untuk setiap roadshow ini akan diumumkan dari masa ke semasa," katanya dalam kenyataan. Read More / Baca Lagi >> |
Anwar beri keterangan awal RCI Posted: 01 Aug 2013 07:20 AM PDT KOTA KINABALU - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberi keterangan awal kepada pegawai penyiasat Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah, di Kuala Lumpur esok. Mengesahkan demikian, Anwar berkata beliau sedia bekerjasama sepenuhnya kepada panel RCI demi kebaikan dan kepentingan semua. "Sebelum ini, saya telah menawarkan diri untuk memberi keterangan kepada panel RCI, dan saya dijadual memberi keterangan awal di Kuala Lumpur pada kira-kira pukul 3 petang esok. "Selepas itu, mereka akan menentukan tarikh untuk saya memberi keterangan penuh di prosiding RCI (di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu). "Keterangan saya hanya berkisar tentang apa yang saya tahu dan apa yang saya tidak tahu (mengenai isu pendatang tanpa izin di Sabah) semasa saya memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dahulu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan ketua atau pemimpin cabang PKR Sabah dan seterusnya berbuka puasa di sini, hari ini. Read More / Baca Lagi >> |
Pendapatan rakyat tidak setara dengan kos hidup Posted: 01 Aug 2013 07:09 AM PDT IPOH: Pendapatan majoriti rakyat Malaysia tidak mampu untuk menangung kos survival kehidupan seharian. Bendahari Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Fakhrulrazi Mokhtar berkata, pendapatan rakyat tidak setara dengan kos kehidupan yang semakin meningkat dan suasana tersebut semakin parah kebelakangan ini. Menurutnya, rakyat ketika ini berhadapan dengan arus kenaikan harga barangan yang semakin meruncing dan tidak dapat dibendung. Keadaan ini, katanya lebih parah setiap kali berakhirnya pilihanraya seperti yang berlaku buat masa ini. Jelas beliau, rakyat bertambah resah apabila ada ura-ura yang mengatakan tarif elektrik dan diesel bakal dinaikkan yang pastinya akan memberi kesan besar kepada harga barang dan kos kehidupan seharian. "Kenaikan harga barang keperluan yang semakin meruncing dan ianya adalah isu sejagat yang berkaitan langsung dengan kepentingan rakyat. Read More / Baca Lagi >> |
Gila: MCA, Gerakan dan MIC patut keluar BN S’gor Posted: 01 Aug 2013 07:04 AM PDT KUALA LUMPUR: Selagi MCA, Gerakan dan MIC tetap bekerjasama dengan Umno dalam BN Selangor dengan Noh Omar sebagai pengerusi, sebarang kritikan terhadap Noh mengatakannya gila hanyalah satu lagi pementasan drama atau wayang kulit yang akan dilupakan dalam masa seminggu. Ini hanya memperlihatkan hakikat bahawa parti komponen BN tidak berkongsi sebarang nilai kerana mereka adalah parti politik perkauman yang mewakili satu kaum sahaja," kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan. Namun, ujarnya parti politik perkauman mono-etnik yang mengasingkan kaum lain masih boleh bekerja bersama-sama dalam BN kerana mereka mempunyai objektif yang sama dalam membiarkan rasuah, salah guna kuasa dan kapitalisme kroni. Justeru, tegas beliau MCA, Gerakan dan MIC patut keluar daripada BN Selangor bagi membuktikan keikhlasan mereka untuk tidak dikaitkan dengan pemimpin gila seperti Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Noh Omar yang mahu Guneswari, ibu kepada pelajar di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, disiasat di bawah Akta Hasutan 1948. Beliau berkata, ia jelas tidak wujud keyakinan dalam kenyataan Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek yang memanggil Noh sebagai 'gila' kerana mahu Gunewari disiasat di bawah Akta Hasutan kerana mendedahkan gambar kantin sementara di bilik mandi tersebut, apabila MCA masih lagi bekerjasama dengan Umno di Selangor. Read More / Baca Lagi >> |
S’gor, Johor mahu Hadi kekal Presiden PAS Posted: 01 Aug 2013 07:03 AM PDT "Hari ini saya tidak nampak orang lain yang boleh menggantikan Hadi," kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman. PETALING JAYA: Di sebalik persoalan mengenai masa depan Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelang muktamar hujung tahun ini, PAS Selangor tampil mempertahankan Presiden PAS itu. "Kita melihat tidak ada orang lain yang lebih layak daripada Hadi, beliau telah menunjukkan kewibawaannya sebagai Presiden PAS. "Hari ini saya tidak nampak orang lain yang boleh menggantikan Hadi, beliau patut dikekalkan," kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman. Adun Meru itu juga menegaskan soal umur dan berapa lama Hadi menjadi Presiden PAS tidak menjadi persoalan kerana yang lebih penting prestasi kepimpinan. "Masalah lama memimpin tidak penting kerana (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) menjadi Presiden Umno selama 20 tahun," kata Dr Rani. Pesuruhjaya PAS Selangor itu menegaskan Hadi seorang pemimpin yang berlapang dada serta berjiwa besar kerana sedia mengalu-alukan pencabarnya. "Ustaz Hadi selalu menegaskan beliau sedia menyerahkan jawatan Presiden (PAS) jika ada orang yang lebih layak," tambah Dr Rani lagi. Read More / Baca Lagi >> |
Hadi's unpopular son-in-law Din Ayam may be his DOWNFALL rather than savior Posted: 01 Aug 2013 07:02 AM PDT Written by P Dinesh KUALA LUMPUR - In what critics say was a sign of premature confidence he could seize control of PAS, Zaharudin Muhammad the son-in-law of party president Hadi Awang, broke his silence to lash out at critics blaming him for several "misjudgments" that they say led to PAS' below-par performance in the recently-concluded general election. "He's very unpopular. Even Hadi has become very unpopular after the three-corner fights during the election. You look at the way the son-in-law is talking nowadays. The speech is getting very uncouth and arrogant, there is trouble brewing for sure," a PAS insider told Malaysia Chronicle. Zaharudin, who is also known as Din Ayam, has been blamed as being the person who influenced Hadi to renege on the tripartite Pakatan Rakyat's unspoken rule to not contest against each during the general election, where the Opposition won in terms of total votes but lost in the number of seats taken. Din Ayam is also feared by many PAS stalwarts. They expect him to stir up the conservative faction (or the 'ulamaks') in the party to oust the liberal faction (or the 'Erdogans') such as deputy president Mat Sabu, vice presidents Salahudin Ayub, Mahfuz Omar and Husam Musa. Unbecoming conduct and speech: Trouble brewing? Indeed, instead of offering an olive branch or soothing ruffled feathers, Din Ayam went into attack mode against his critics. Describing himself as the "backbone" and last line of defence against those wishful of undermining Hadi, Din Ayam questioned the motives of his critics. "Is this an attempt to topple Abdul Hadi by the 'Mahathir PAS' the way Mahathir toppled Pak Lah? Who is the Najib PAS who will replace Abdul Hadi?" Din Ayam wrote on his Facebook page. Din Ayam was referring to former premier Mahathir Mohamad who had helped current premier Najib Razak topple Abdullah Badawi, who was Mahathir's successor and Najib's immediate predecessor. Din Ayam also refused to take any blame for campaigning against coalition mates during the recent GE, which had led to the Pakatan losing several seats. He blamed Shah Alam MP Khalid Samad for the Opposition's loss of the Kota Damansara seat, saying Khalid he had failed to take into account the PAS local chapter's views on the seat. "Who is to be blamed then for PR defeats in Sungai Acheh, Labuan, Bukit Besi and other state and parliamentary seats where PAS and PKR had overlapping claims for the same seats," said Din Ayam. "Kota Damansara voters are well educated and informed and are better positioned to evaluate PAS or Umno candidates," he added. Read More / Baca Lagi >> |
Menangis terima baucer shopping Kerajaan S'gor Posted: 01 Aug 2013 07:00 AM PDT |