Jumaat, 12 Julai 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


PRK Kuala Besut: Che Long ada kelebihan tersendiri pada pengundi

Posted: 12 Jul 2013 08:43 PM PDT

LENSA MESIR: HARI JUMAAT PETANG DAN MALAM 12 JULAI 2013.

Posted: 12 Jul 2013 08:39 PM PDT

Di bawah ini adalah gambar sekitar di dataran Rabiatul Awadiah di Kaherah Mesir, 12 Julai 2013, tarikh Mesir.


Maghrib, di Rabiatul Awadiah, semalam. Jutaan penyokong Morsi melakukan solat berjemaah.

Nasr City, petang semalam. Penyokong Morsi.

Malam, di Rabiatul Awadiah, penyokong Morsi dan Islam. Muslimat yang gigih!!

Solat Maghrib di Rabiatul Awadiah, semalam, Jumaat.

Morsi digulingkan, hanya kerana INI!! Junjungan Al-Quran.
Seorang budak Mesir mengibar bendera di Dataran Rabiatul Awadiah, Mesir, malam 12 Julai 2013.

Golongan tua turut membantah rampasan junta tentera fasiq Mesir!

Sepanduk menyokong Morsi dan membantah rampasan tentera di dataran sama.

Dan inilah yang sebenarnya menyebabkan Morsi digulingkan junta tentera fasiq Mesir. Kerana Baitulmaqdis. Ratusan ribu jemaah Palestin di Masjid Al-Aqsa berdemonstrasi menyokong Morsi selepas solat Jumaat, 12 Julai 2013. Kebangkitan Islam kembali menular dunia selepas ianya tidur..... Allahuakbar!!!!

PRK Kuala Besut: Che Long Dihina Kerana Tidak Berkelulusan Tinggi... Tapi Ramai Pekerja Bertaraf "Jurutera Dan Arkitek"

Posted: 12 Jul 2013 08:37 PM PDT

Sekalipun calon PAS yang dikenali sebagai "Che Long" itu hanya berkelayakan SPM, tetapi beliau telah membuktikan bahawa beliau berjaya di lapangan perniagaan dengan menjadi seorang kontraktor Kelas A... berbanding lawannya berpendidikan peringkat universiti tetapi hanya mampu menjawat jawatan makan gaji sebagai seorang jurutera.

Sebagai kontraktor Kelas A, Che Long sudah pastinya mempunyai "pekerja-pekerja" bertaraf "jurutera" di projek-projek kendalian syarikatnya dan disitulah kelebihan orang yang menjalankan perniagaan sendiri berbanding dari mereka yang makan gaji! Seorang peniaga itu, walau sekecil mana pun kelulusannya tetap "seorang tuan yang bebas" berbanding yang mencari rezeki dengan makan gaji yang sentiasa terikat kemana saja dia pergi!

Kedua, ingat pesan Rasulullab, orang berniaga itu ada kelebihannya kerana, 9/10 dari rezeki adalah di dalam dunia perniagaan. Malah Nabi Muhammad sendiri seorang peniaga di masa mudanya sebelum beliau diutuskan menjadi Rasul, dan semasa beliau diangkat menjadi Rasul pun, Rasulullah adalah seorang yang "ummi" (tidak tahu membaca dan menulis) namun baginda beriman dengan ayat-ayat Allah (mafhum surah Al-A'raf: ayat 158).

Ketiga jangan lupa semasa PRK Manek Urai pada pertengangan tahun 2009 dimana Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sempat untuk mengeluarkan kata-kata penghinaan kepada calon PAS ketika itu, Fauzi Abdullah.

Muhyiddin telah dilaporkan berkata:

"Calon kita nak bela umat Islam dan bawa obor perpaduan. Beliau seorang yang berpengalaman, ada rekod kerja yang baik di sini, bukan seorang penjual ikan, dan berkelulusan tinggi."

Kata-kata tersebut jelas ditujukan kepada calon PAS yang merupakan seorang pemborong ikan yang tidak berkelulusan tnggi seperti calon BN.

Read More / Baca Lagi >>

PRK Kuala Besut: Cipta sejarah atau kestabilan?

Posted: 12 Jul 2013 08:32 PM PDT


Ketika PAS bertungkus lumus untuk menghasilkan kedudukan 16:16 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu selepas 24 Julai ini, Umno pula berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan kerajaan negeri Terengganu kekal di tangan mereka.
Bagi PAS, mereka mahu mencipta sejarah baru di Terengganu. Dengan kedudukan 16:16, mereka yakin pihak yang paling untung adalah rakyat Terengganu.
"Ingat tak semasa kerajaan negeri Terengganu diperintah oleh PAS 1999 hingga 2004 lalu, siapa yang untung. Rakyat Terengganulah yang paling untung," kata seorang pemerhati politik Terengganu kepada The Malaysian Insider.
Ketika itu, kerajaan Pusat di perintah BN manakala kerajaan negeri di perintah oleh PAS. Hasilnya, hampir semua rakyat Terengganu mendapat perhatian penuh kedua-dua kerajaan. Melalui wang zakat, kerajaan negeri membantu rakyat.
Kerajaan Pusat pula memperkenalkan Wang Ehsan pada ketika itu. Semua rakyat yang bermasalah akan dibantu segera oleh kedua-dua belah pihak. Pendek kata, rakyat Terengganu ditatang umpama minyak yang penuh.  Apa yang mereka hendak semuanya akan dapat.
Ada lawak terkenal ketika itu. Bila pemimpin datang, mereka akan bertanya, apa yang rakyat mahu. Rakyat berkata, "Kampung kami selalu dilanda banjir."
Pemimpin itu berkata, "Kami akan bina jambatan." Apabila rakyat berkata, "Tapi kampung kami tidak ada sungai." Pemimpin itu berkata, "Kita akan bina sungai."
Namun selepas PAS kalah pada 2004, suasana itu tidak ada lagi. Rakyat yang menerima bantuan kerajaan pusat tidak akan mendapat bantuan dari kerajaan negeri. Ini kerana, pihak yang mengendalikan bantuan itu semuanya datang dari satu pihak sahaja iaitu Barisan Nasional (BN). Hinggalah musim pilihan raya datang, suasana itu akan muncul semula.
Inilah nostalgia yang mahu dihidupkan kembali oleh PAS dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut. Ia hanya boleh dilakukan kalau PAS menang dalam pilihan raya ini dan membuka jalan untuknya kembali mentadbir Terengganu semula. Jika itu berlaku, sekali lagi rakyat yang dapat untung.
Read More / Baca Lagi >>

PRK Kuala Besut: PAS bertemu seramai mungkin pengundi untuk tawan Kuala Besut

Posted: 12 Jul 2013 08:29 PM PDT


Calon PAS, Che Long (dua dari kiri) beramah mesra dengan peniaga bazaar ramadan di Kuala Besut. Untuk cuba menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut yang menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN), PAS menggunakan pendekatan bertemu dengan seramai mungkin pengundi bagi memastikan kemenangan dicapai.
Calon PAS bagi kerusi itu, Azlan Yusof atau lebih dikenali sebagai Che Long sibuk sejak diumumkan sebagai calon. Beliau dibawa ke hulu ke hilir oleh rakan-rakannya dalam PAS dan Pakatan Rakyat (PR) untuk bertemu dengan seramai mungkin rakyat menjelang pilihan raya kecil (PRK) bagi DUN Kuala Besut pada 24 Julai ini.
Sebaik saja selesai penamaan calon semalam, Che Long terus bergerak ke sana ke mari. Mungkin kerana itulah, beliau membuat persediaan awal. Ketika semua orang memakai kasut kulit untuk berarak, Che Long memilih untuk memakai kasut sukan.
Namun kerana beliau adalah anak tempatan yang lahir dan membesar serta berniaga di Kuala Besut, ia tidak menjadi masalah kepadanya. Hampir semua orang sudah mengenalinya. Apa yang beliau perlukan hanya menyapa serta bersalam dengan mereka dan pastikan mereka yakin beliau mampu membantu menyelesaikan masalah mereka selepas ini.
Pada hari pertama, sebaik sahaja selesai penamaan calon, Che Long memilih untuk solat Jumaat di Masjid Kuala Besut.
Ia terletak dalam Unit Peti Undi (UPU) Seberang Barat.
Kuala Besut mempunyai lapan peti undi. PAS hanya menang dua peti undi sahaja dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu iaitu di Bukit Puteri (majoriti 90 undi) dan Kampung Nangka (majoriti 79 undi).
Read More / Baca Lagi >>

PRK Kuala Besut: Hasil minyak gagal ubah nasib penduduk

Posted: 12 Jul 2013 08:26 PM PDT


Antara rumah penduduk di pesisir pantai Kuala Besut.

BESUT: Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Dun Kuala Besut, Datuk Husam Musa berkata, Kuala Besut memerlukan perubahan dan pembangunan.

Katanya, Terengganu adalah sebuah negeri yang kaya raya dengan hasil minyak tetapi keadaan penduduk di Kuala Besut masih ramai yang miskin.

"Ini bermakna, kekayaan hasil petroleum lebih 20 tahun dulu tidak berjaya mengubah masyarakat di sini," ujarnya kepada pemberita, semalam.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS mendakwa kerajaan BN Terengganu sengaja mengabaikan pembangunan di Kuala Besut kerana menganggap rakyat tetap menyokong BN.

Namun, katanya, senario politik Terengganu akan berubah jika PAS berjaya memenangi PRK ini dengan menambah 16 kerusi Dun.
Read More / Baca Lagi >>

PRK Kuala Besut: Che Long pernah jadi ahli Umno ketika zaman " tak cerdik ".

Posted: 12 Jul 2013 08:23 PM PDT


PRK: Che Long pernah jadi ahli Umno BESUT – Calon Pas, Endut@ Azlan Yusof mengakui pernah menjadi ahli Umno dan memegang jawatan di peringkat pemuda cawangan dalam parti itu ketika zaman muda, sebelum membuat keputusan menyertai Pas pada 1997 hingga kini.

Bagaimanapun, Azlan atau lebih mesra dengan panggilan Che Long enggan memanjangkan isu berkenaan, sebaliknya menyifatkan penyertaan itu ketika zaman 'tidak cerdik' dan ketika itu juga, tidak ramai penduduk di sekitar rumahnya menjadi ahli Pas.

"Tidak payah kiralah (zaman sertai Umno) kerana ketika itu orang Pas di kampung saya hanya lapan orang sahaja. Betul saya pernah sertai Umno tapi itu dulu, sekarang saya sudah sertai Pas dan ramai orang muda turut memberikan sokongan kepada saya (Pas)," katanya ketika ditemui sebaik selesai proses penamaan calon di Kompleks
Rakan Muda Daerah Besut, Kampung Raja, di sini, semalam.

Menurut Che Long lagi, sejarah penyertaannya dalam Umno juga dilihat dari sudut positif, terutamanya bagi menarik rakyat di kawasan berkenaan untuk mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut.

Read More / Baca Lagi >>

PRK Kuala Besut: Polis beri amaran kepada parti degil

Posted: 12 Jul 2013 08:19 PM PDT

PRK: Polis beri amaran kepada parti degil BESUT – Polis Terengganu akan mengambil tindakan terhadap mana-mana parti politik yang didapati melanggar peraturan termasuk membawa kanak-kanak ketika perarakan penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut di Kompleks Rakan Muda Daerah Besut, Kampung Raja, di sini, semalam.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata, tindakan itu dibuat susulan laporan yang dibuat pegawai polis bertugas di kawasan berkenaan selepas mendapati ada penyokong parti politik tetap berdegil dan melanggar larangan dengan membawa kanak-kanak ke lokasi berkenaan.

"Kita akan buat laporan untuk tindakan, malah kita turut merakam gambar mereka yang terlibat dan secara terang-terangan melanggar arahan serta undang-undang ditetapkan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut sebaik selesai proses penamaan calon, di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Hamzah.
Read More / Baca Lagi >>

Fareed's Take: Islamists & democracy in Egypt

Posted: 12 Jul 2013 08:15 PM PDT

'Ustaz nakal jangan sampai jual agama'

Posted: 12 Jul 2013 08:13 PM PDT

Fenomena 'ustaz Youtube'

Posted: 12 Jul 2013 08:13 PM PDT

Dr Asri : Pandangan Beliau Terhadap PAS

Posted: 12 Jul 2013 08:11 PM PDT

PRK Kuala Besut: Che Long Mudoh Baso Sene Kiro

Posted: 12 Jul 2013 08:03 PM PDT

PRK Kuala Besut: Bagaimana Rakyat Terengganu Nak Senang Seperti Pemimpin UMNO

Posted: 12 Jul 2013 08:02 PM PDT

PRK Kuala Besut: Seawal minit pertama calon UMNO@BN dah mula sogok duit beli pengundi seramai 1,091 orang....

Posted: 12 Jul 2013 03:15 PM PDT

Tapi macam biasa la kut, aksi macam ni SPR takkan kata sebagai penyogokkan dan kalau buat petisyen pun aku yakin akhirnya orang yang buat petisyen tu terpaksa bayar kos RM30,000 pasa petisyen tu ditolak.

Bharian melaporkan:
Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman hari ini menyerahkan sijil bagi "Dana Bakti Remaja" kepada penduduk di Kampung Baharu di sini.

Kira-kira 1,091 penduduk berumur di antara 21 dan 40 tahun dari pusat daerah mengundi Bukit Puteri dan Kampung Nangka yang terletak dalam Kampung Baharu layak mendapat bantuan sebanyak RM200 menerusi inisiatif kerajaan negeri. Tengku Zaihan diiringi bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Datuk Wan Zakaria Abd Rahman dan Abdullah Che Muda yang memperkenalkan calon berkenaan kepada orang ramai. - Bharian.   
Taktau la pulak kalau aksi ni tak boleh ditafsirkan sebagai beli undi tak kira la inisiatif kerajaan negeri ka sapa ka tapi bila yang bagi tu calon, diringi pulak oleh bekas Adun apa lagi persepsinya, tak timbul dah inisiatif kerajaan negeri tapi yang disembangkan tentunya calon BN yang bagi.

Akta kesalahan Pilihanraya 1954 seksyen 10 tertulis:
10. Penyogokan
Orang yang berikut hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan menyogok:
(a) tiap-tiap orang yang, sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya, memberikan, meminjamkan, atau bersetuju untuk memberikan atau meminjamkan, atau menawarkan, menjanjikan, atau berjanji untuk mendapatkan atau berusaha untuk mendapatkan, apa-apa wang atau balasan bernilai kepada atau untuk mana-mana pemilih atau pengundi, atau kepada atau untuk mana-mana orang bagi pihak mana-mana pemilih atau pengundi atau kepada atau untuk mana-mana orang lain, bagi mendorong mana-mana pemilih atau pengundi supaya mengundi atau tidak mengundi, atau yang secara rasuah melakukan apa-apa perbuatan yang disebut terdahulu oleh sebab pemilih atau pengundi itu telah mengundi atau tidak mengundi dalam mana-mana pilihan raya; - Akta 5
Tapi taktau la pulak kalau kesalahan tu dibuat sebelum hari penamaan calon tak boleh disabitkan tapi ayat kat atas tu jelas menyebut " sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya".

Lagi jelas bila bantuan tu diberikan kepada yang berumur diantara 21 dan 40 tahun. Umur 21 tahun tu dipillih pasai umur layak mengundi.

Kalau betul nak bagi kepada remaja patutnya sijil tu dibagi kepada yang berumur seawal 12 atau 13 tahun macam dikategorikan oleh wikipedia.
Remaja pada umumnya merujuk kepada golongan manusia yang berumur 12-21 tahun atau 13 hingga 25 tahun. Perkataan 'remaja' berasal daripada perkataan Latin bermakna menuju ke arah kematangan. golongan ini sentiasa mempunyai perasaan ingin mencuba dan sedang menuju ke tahap untuk menjadi dewasa. Dari sudut perkembangan manusia, remaja merujuk kepada satu peringkat perkembangan manusia, iaitu peringkat transisi antara peringkat kanak-kanak dan peringkat dewasa. - wikipedia.
Tapi macam biasa la kut, aksi macam ni SPR takkan kata sebagai penyogokkan dan kalau buat petisyen pun aku yakin akhirnya orang yang buat petisyen tu terpaksa bayar kos RM30,000 pasal petisyen tu ditolak.

Konspirasi Besar2an Untuk Menjatuhkan Mursi

Posted: 12 Jul 2013 03:10 PM PDT

Kejatuhan Presiden Mesir, Dr Muhammad Mursi, masih menjadi tanda tanya di kalangan para peneliti politik Timur Tengah. Siapakah sebenarnya di belakang gerakan menjatuhkan beliau? Golongan pembanghkang? Tentera? Atau siapa?

Di antara sebab rasa tidak puas hati rakyat Mesir terhadap pemerintahan Presiden Dr. Muhammad Mursi ialah keadaan ekonomi yg memburuk dan keamanan yg meruncing. Bekalan petrol yg tidak mencukupi, menyebabkan kereta2 terpaksa beratur panjang di stesyen2 minyak. kekurangan gas masak juga menyulitkan suri rumah dan restauran2. Elekterik pula seringkali terputus.

Di samping itu kadar jenayah bertambah. Rompakan, kecurian, serangan dan seumpamanya semuanya membuat rakyat merasa resah dan tidak selamat. Polis tidak menjalankan tugas mereka dan seolah2 tidak wujud. Trafik tidak terkawal dan jalan raya menjadi sesak serta tak keruan.

Anda dapat melihat pada masa kempen tunjuk perasaan yg membawa kpd kejatuhan Mursi bagaimana banyak pejabat2 Partinya dan juga markas Ikhwan Muslimun telah dibakar begitu sahaja tanpa ada pihak polis cuba menghalangnya. Begitu juga serangan2 ke atas penyokong2 Mursi dobiarkan begitu sahaja tanpa polis masuk campur.

Akan tetapi apabila Mursi jatuh segala2nya kembali pulih seperti biasa dalam sekelip mata. Bekalan petrol, gas dan elektrik semuanya menucukupi dan tidak terputus2 lagi. Malah polis mula muncul, bukan untuk mengawal jenayah, tetapi untuk mengambil tindakan ke atas penokong2 Mursi.

Konspirasi ini melibatkan banyak pihak. Selain puak pembangkang yg sebenarnya tidak berdaya utk menghadapi Mursi dan Ikhwan, konspirator besar terdiri drps saki baki regim Mubarak, termasuk pihak tentera sendiri, yg menguasai ekonomi dan masmedia di Mesir.

Tentera umpamanya menguasai kira2 40% drpd ekonomi Mesir, terutamanya dlm bidang pengeluaran barangan. Kroni2 Mubarak juga tidak kurang penguasaanya ke atas ekonomi Mesir. Gudang2 simpanan barangan dimiliki mereka. Syarikat2 pengangkutan yg berperanan mengidar barangan dalam tangan mereka.

Read More / Baca Lagi >>

Son of Morsi to Pro-MB Demonstrators: We Are Willing to Sacrifice Our Lives for the Revolution

Posted: 12 Jul 2013 03:00 PM PDT

Ucapan Osama Mursi: Teruskan Langkahmu Wahai Ayahandaku!

Posted: 12 Jul 2013 02:59 PM PDT


Memakai t-shirt Polo berwarna ungu dan kaca mata hitam Ray Ban, Osama Mursi berjalan menuju ke ruang temu bual dengan tenang dan yakin.

"Apa yang saya nampak pada hari mendatang? Revolusi ini akan berjaya dan pemimpin yang sah bakal kembali.

"Rakyat Mesir tidak akan sesekali takut lagi dengan ancaman penahanan ini," katanya dipetik CNN.

Lebih seminggu lalu, ayah Osama, Presiden Mesir, Mohamed Mursi telah diguling oleh pihak tentera Mesir.

"Ini adalah satu rampasan kuasa revolusi, rampasan terhadap demokrasi, rampasan kuasa Perlembagaan dan kehendak rakyat.

Sementara itu, Menteri Pertahanan pada dasarnya mengatakan kepada jutaan rakyat yang mengundi dalam pemilihan Presiden dan referendum Perlembagaan "anda tidak tahu apa yang terbaik untuk anda. Saya tahu apa yang terbaik untuk anda'," katanya.

Menurut agensi berita Al-Ahram, kerajaan baru sedang dibentuk dan Presiden sementara, Hazem El-Beblawi berkata, 70 peratus pemilihan jawatan di kementerian telah selesai.

Pembentukan kerajaan baru dijangka diumumkan Isnin ini.

Jutaan rakyat Mesir memenuhi jalanan pada 30 Jun lalu dan melaungkan 'pergi' terhadap Mursi, .

Menurut Osama, perkataan 'rampasan kuasa' merupakan penghinaan dan istilah kotor yang merendahkan kepercayaan rakyat selama ini.
Read More / Baca Lagi >>

Himpunan solidariti umah 'Mesir berdarah' Ahad ini

Posted: 12 Jul 2013 02:52 PM PDT

KUALA LUMPUR: PAS akan mengadakan satu program dinamakan Himpunan Solidariti Umah Mesir Berdarah pada Ahad, 14 Julai ini bertempat di Dewan Datuk Fadzil Noor, KUIZM Taman Melewar.

Program ini yang menampilkan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang akan menyampaikan pidato serta mengupas isu terkini rampasan kuasa yang berlaku di Mesir.

Program ini dijadual bermula jam 8.30 malam dengan solat Isyak dan Tarawih sebelum pidato dimulakan.

Sheikh Abdul Ghani Al-Syahid Ahmed Yassin juga akan tampil menyampaikan pidato khas pada malam tersebut.

Selain beliau, turut akan menyampaikan pidato termasuk Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Tuan Guru Harun Taib, Ketua Dewan Pemuda Nasrudin Hassan, Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta Ketua Dewan Muslimat Siti Zailah Mohd Yusoff.

Mesir Hari Ini

Posted: 12 Jul 2013 02:48 PM PDT


Puluhan ribu penyokong Dr.Muhammad Mursi mula memenuhi dataran Rabaah Adawiyyah untuk menolak rampasan kuasa tentera.

sumber : R.N.N | شبكة رصد

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"

Israel Bukan Musuh Arab?

Posted: 12 Jul 2013 02:46 PM PDT

Ketua Polis Dubai : Israel bukan musuh Arab. Tetapi musuh kita ialah Ikhwan Muslimin.

UAE telah menyuntik dana 3 billion ke Mesir selepas berjaya menumbangkan Dr.Muhammad Mursi.

Ya Allah kau laknatkan mereka yang menentangMu. Berikan kemenangan kepada Dr.Muhammad Mursi dan rakyatnya.




"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"

Malala Yousafzai's address to the UN

Posted: 12 Jul 2013 02:43 PM PDT

#PRKBESUT13 #PRKN1 : SIDANG MEDIA SEMPENA HARI PENAMAAN CALON

Posted: 12 Jul 2013 02:42 PM PDT

PRK KUALA BESUT: SIDANG MEDIA PENAMAAN CALON

Posted: 12 Jul 2013 02:40 PM PDT

Ribuan penyokong Mursi bantah rampasan kuasa

Posted: 12 Jul 2013 02:39 PM PDT

Tukar Tiub

Tukar Tiub


CERAMAH TEPI PANTAI

Posted: 12 Jul 2013 10:11 AM PDT




DARI KAMPONG PASIR 
tadi ada ceramah di kampong pantai
tak jauh dari jeti ke pulau perhentian
ada 300 orang yang datang

untuk pertama kali calon pas berucap
nampaknya kantoi
tak tahu kenapa pas memilih calon ini
dia hanya berucap tak sampai 4 minit
hanya mengenalkan diri

yang hebat berucap ialah
yb dari rantau panjang

tapi kempen gerombolan juga lembik
yang kelihatan budak budak muda
sedang memasang bendera dacing
 diharapkan mereka dapat upah
kerana dalam pru13 yang lalu
ramai telah kena kencing
terutama pengundi luar

isu utama disini
ialah anak tempatan
ini kerana calon gerombolan bukan anak tempatan
dikatakan berasal  dari kemaman
tapi duduk di putrajaya
ini sedang menjadi isu heboh dari warong ke warong

kekuatan calon pas ialah
dia anak tempatan
peniaga pasir
tuan punya kilang kayu
ertinya  peniaga bumiputer yang kaya

tadi diumumkan
jika calon pas ini menang
dia tidak akan ambil duit gaji
semua duit gaji 
akan digunakan untuk orang ramai
ini janji calon pas

kita lihat dan tunggu



-------

KESAH DAN CERITA DARI KUALA BESUT

Posted: 12 Jul 2013 10:11 AM PDT



DARI RESTAURAN UNGGUN API KAMPONG NAIL
sedang duduk di restauran  unggun api
tak jauh dari jeti ke pulau perhentian
ini restoran cool
tak jauh juga dari padang ceramah pas
tapi malam ini ceramah di tepi pantai

BERBUKA
sekali dalam hidup
wajib berbuka ditepi laut
indah menghadap laut dan pulau
angin dan ombak

BERTEMU JUGA KHIRNYA
akhirnya bertemu dengan gulai itik serati
berbuka dengan
kerabu mangga
gulai pisang
patin tempoyak
goreng kacang
pulut ikan
ulam petai
gulai batang keladi
bersama 
kurma dari tunisia
dan buah manggis

terbaik

tapi awas
jangan beli air tuak di kuala besut
tipu
air tuak campur gula
tak ada gas
gagal gagal gagal

sekali dalam hidup
saperti melintasi sungai dari bintulu
ke kuching - wajib berbuka puasa di tepi laut kuala besut

PASAR RAMADAN
pilihan masakan tempatan
agak murah harganya dari kuala lumpur
kakak tempat aku membeli gulai batang keladi
membenarkan aku membeli 1 ringgit sahaja
lalu mencuba pelbagai jenis
di kl mustahil ada kakak
yang sudi berbuat demikian

panjangkan umur kakak ini
dan murahkan rezeki kakak ini

TERDENGAR BERITA
ada juga difahamkan ada 
pasar ramadan yang lebih besar di kg raja
akan cuba
tapi 
esok telah berjanji dengan abang jual daging
akan datang untuk mendapatkan 2 kilo daging teduh
untuk yang tak biasa dengan daging
daging teduh adalah yang terbaik
lembut dan enak
juga dipanggil daging batang pinang

UNTUK GENG KING KONG DAN SARONG PARTY BOY
banyak minah saleh
cun berkopek tegang mudar mandir
dalam pekan kuala besut
ada yang nak pergi
ada yang nak pulang
dari pulau perhentian

bulan julai ini adalah
bulan menenui untuk orang pulau
dan untuk mat sarong parti selamat mencuba
dan jangan lupa pakai kondom

POLITIK POLITIK
dari heboh heboh politik
telah terswbar berita bahawa 
pas memiliki peluang yang baik
dari culaaan kemungkinan pas menang adalah baik
menang tipis

kenapa?

kerana mengundi hari rabu
ramai pemgundi luar tak balik mengundi

juga berita telah tersebar
bahawa ramai pengundi luar telah kena kencing
pada pru13 pengudi diluar dijanji 200-300 ringgit
tak tahu siapa sudah kelepet duit ini
pasal itu kesah ini mula tersebar

dalam restoran unggun api ini
baru sakejap tadi kesah ini telah terdengar
malah sesudah pru13 lalu
hampir bergaduh kerana ramai kena kencing
tup tup yb mati
maka ini jadi berita hangat

 petang tadi di pasar ramadan
ada mamat dan minah dacing
menyebarkan buku komik mat mongol
kah kah kah
sapa yang belum ada sila cari
cukup lawak
ini kesah mat mongol
tapi tetiba saje mat mongol kahwin dengan rosmah
tak ada cerita bini pertama mat mongol
tak ada kesah rosmah menjanda 7 kali 
kah kah ah

di jalan besar ada mamat 
beri baju t
kami benci najib
tak tahu siapa punya kerja 
mungkin ini geng muhyiddin

TOK BALI
telah difahamkan bahawa ikan dari tok bali
banyak ikan dari siam
ertinya ikan ini telah dicampur dengan kimia mayat
maka rancagan untuk cari ikan di tok bali telah dibatalkan

PASAR IKAN KUALA BESUT
ada pasar besar tepi sungai
ini nelayan naik
tapi di sepanjang jalan dari kuala besut ke jerteh
ada banyak pasar dan kedai jual ikan segar 
boleh mencuba nasib

 ok akan disambung..

 
------

BERITA BARU MASUK DARI KUALA BESUT

Posted: 11 Jul 2013 11:40 PM PDT




TERBARU DARI KUALA BESUT
 cerita sudah tersebar
calon united malays national organisation
bukan orang tempatan
calon gerombolan ini kelentong 
calon  gerombolan ini berasal dari kemaman

dalam politik kampong
ini anak tempatan
atau orang luar menjadi isu
dan nampaknya  calon gerombolan ini
sedang menyamar


CUACA PANAS
kuala besut panas
tapi disejukkan oleh angin laut
tempat menulis ini
tidak jauh dari laut
 

--------

KESAH KESAH DARI KUALA BESUT

Posted: 11 Jul 2013 11:20 PM PDT





TUKAR TIUB DI KUALA BESUT
pagi ini kami sampai ke kuala besut
hampir jam 6 pagi kami sampai
kami bersahur di simpang gua musang
ikan percik
gulai ayam
ikan masin
pajeri nenas
ha ha ha
kami tahu  kami dah sampai kelantan
kerana kuah yang kami makan terasa manis

kami juga meminta semangkok
sup perut muda
perut tembusu - untuk merasa ok
tapi tidak akan mengulangi
kerana tidak dapat menandingi satay temubusu di kajang
yang top dalam ingatan
( ketika menulis ini - tedengar pak iman berkhutubah
tentang bazaar ramadan )

tempat menginap tak jauh dari jeti ke pulau perhentian

PAGI INI
awal cuba mencari kedai gunting rambut
cuba mencari siber cafe
gagal
tak sedar bahawa hari ini jumaat
semua tutup

ngelencong ke jertih
dijalan behenti di pasar ikan
usssha ussaha lihat lihat
nampaknya ok
membuat persediaan untuk membeli
dan bawa pulang ke rumah

jumpa daging segar
24 ringgit satu kilo
di kuala lumpur 30 ringgit satu kilo
kadang kadang 27 ringggit
nak pesan daging batang pinang
atau ada yang panggil daging teduh
tapi tuan tukang sembelih dah pulang
(akan cuba lagi)

MENCARI GULAI ITIK
maklumat sedang dikumpul
untuk mencari gulai itik
petang ini diharapkan berjumpa
di bazar ramadan
dari apa yang difahamkan
memang ada gulai itik

PELANCUNG POLITIK
bendera kelihatan disana sini
bendera pas  dan bendera dacing
contohnya kalau bendera dacing ada terpasang 250 helai
pasti akan ada bendera pas terpasang 275 helai
hakikatnya bendera pas lebih banyak

pekerja pas kerja untuk perjuangan
pekerja geromblan bekerja untuk duit

SUASANA KEMPEN
masih cool
tak sibuk
kalau tak ada bendera terpasang dijalan
maka kita tak tahu ada prk di kuala besut ini

NAMPAK
awal tadi ternampak satu kumpulan DAP
mereka baru pulang dari penamaan calon
nampak mereka dalam kedai makan
undi china tak banyak - ada 220
kerna itu idris jusuh berani suruh pas jangan tanding

PERTANDINGAN INI BAIK
untuk orang kuala besut prk ini adalah doa yang dimakbulkan
bayangkan sebuah rumah  dihapan tempat kami meninap
banglo 3 bilik disewa sebanyak 5 ribu untuk 3 minggu
inilah rezeki untuk orang kampong

MARILAH KITA BERDOA
dalam bulan puasa ini
marilah kita berdoa
agar sebulan sekali ada yb yang padam
 bayangkan betapa  baiknya untuk ekonomi

petang jumaat bulan ramadan ini
hendaknya adalah lagi yb yang akan pergi
jika mereka pergi sekarang maka  inilah
pengorban an yang terbaik untuk penyokong
pengoraban yang terbaik untuk penyokong parti lawan 

CUBA TEKA KAMI DIMANA
hahaha... nama kampong kami?
namanya sungguh ganjil: kampong nail
ertinya kampong paku
ini mengikut kesahnya banyak paku ditemui
kerana disini orang bertukang buat perahu dan kapal
maka jadi kampong nial - kah kah kah

tapi ada satu lagi kampong
yang kami lintasi
kah kah kah
kampong cawat
cukup erotik
cukup  memberahikan prk disini

NOTA
minta maaf 
ketika menulis ini gunakan lap top kawan
tak biasa
dan tak ada tikus
maka lambat dan bercelaru

NAK GI MANDI LAUT
sesudah upload ini
akan ke laut
untuk sejukkan badan 
dan nak pastikan tak lapar

SABENTAR  TADI
jam 2:00 tadi
malikul sembab lalu dijalan
depan tempat care aku menulis
banyak kereta bodek mengiringinya
termasuk sebuah ambulan 
ini jika malikul tersedak biji saga
maka akan segera diselamatkan
kah kah kah
 
 OK - nanti akan up date lagi


------

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Wanita Sorok Pistol dalam KEMALUAN & Dadah dalam DUBUR. Wow!!!!

Posted: 11 Jul 2013 11:46 PM PDT


[HM] Oklahoma City: Seorang wanita dihukum penjara 25 tahun selepas disabitkan kesalahan menyorok senjata api dalam kemaluannya, selain dadah di dubur.

Selepas tuduhan dibicarakan, Christie Harris mengaku bersalah pada minggu lalu.

Keputusan penghakiman dibacakan kepada tertuduh semalam.

Christie didakwa menyorokkan methamphetamine - juga dikenali sebagai ice dengan niat mahu mengedarnya.

Dia juga dituduh menyembunyikan sepucuk pistol revolver dalam kemaluannya. Christie ditahan pada Mac lalu selepas seekor anjing pengesan membawa polis ke kereta dipandunya.

Hasil pemeriksaan, polis menemui beberapa jenis dadah dan sepucuk pistol separa automatik. Ketika dijel, Christie enggan melondehkan seluar dalamnya untuk membolehkan pegawai bertugas membuat pemeriksaan bahan larangan.

Dokumen mahkamah menyatakan, Christie memberitahu dia ketika itu datang bulan.

Bagaimanapun, Christie akhirnya mengalah dan ia membolehkan pegawai pemeriksa yang bertugas melihat "objek kayu dan logam" terjulur dari kemaluan suspek. 

Apabila diperiksa, objek itu ialah sepucuk pistol revolver. Pegawai bertugas turut menemui dua pek berisi sejumlah besar bahan kristal yang didapati kemudian sebagai ice. - Agensi



Perbuatan Lelaki Rakam Aksi Seks dengan Isteri; Aksi Adik, Kakak dan Ibu Isterinya Mandi Dilaporkan kepada Polis

Posted: 11 Jul 2013 07:29 PM PDT



[HM] Kuching: Seorang isteri nekad melaporkan kepada polis mengenai suaminya yang suka merakam dan menyimpan video aksi seks mereka serta aksi adik, kakak dan ibu wanita berkenaan yang dirakam curi ketika mereka mandi.

Wanita berusia 24 tahun itu turut kecewa apabila menemui lebih 20 rakaman video aksi seks milik suaminya berusia 31 tahun dengan beberapa wanita tidak dikenali.

Menurut sumber, itu kali kedua suri rumah melaporkan perbuatan jelik suaminya kepada pihak berkuasa selepas kali pertama pada 22 Jun lalu.

Menurutnya, wanita itu terjumpa rakaman video aksi mereka melakukan seks ketika mengemaskan ruang kerja dan memeriksa komputer suaminya, "Lebih memalukan apabila wanita itu turut menemui rakaman adik perempuannya, kakak serta ibunya mandi.

"Wanita itu tidak pasti bila suaminya merakamkan video terbabit, tetapi yakin ia dilakukan sendiri berdasarkan kelibat suspek ketika dia mengambil kamera digunakan selepas rakaman.

"Turut ditemui satu pemacu mudah alih mengandungi rakaman aksi seks suaminya dengan dengan lebih 20 wanita," katanya.

Sumber itu berkata, tidak tahan dengan perangai suaminya yang memalukannya serta ahli keluarga perempuan lain, mangsa membuat laporan di Balai Polis Tabuan Jaya, petang kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.






[Video] Cerita Lama, Namun Masih Jadi Modal Fitnah...Anwar Jawab Fitnah IMF dan Bank Dunia di Parlimen

Posted: 11 Jul 2013 05:22 PM PDT





P/s: Memang bacul Ahli Parlimen BN! Mereka hanya berani bersuara di belakang!!!