KUALA PILAH, KUBU UMNO PALING GAGAH DINEGERI SEMBILAN REBAH DENGAN CERAMAH JELAJAH MERDEKA RAKYAT BERSAMA DSAI!!!!!
BIARKAN SAJA GAMBAR SEBAGAI SAKSI BERBICARA....KUBU UMNO PALING KUAT DI NEGERI SEMBILAN, KUALA PILAH...SUDAH REBAH!!!!
Dulu kalau parti pembangkang mau mengadakan siri ceramah di Kuala Pilah, pasti tiada sambutan diberikan..pernah penganalisis politik mengatakan jika pembangkang mengadakan ceramah di Kuala Pilah lebih ramai penceramah dari pendengar yang hadir.
Itu dulu.. kini ianya sudah menjadi sejarah..
Terbukti dengan siri Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat bersama DSAI yang diadakan di Kuala Pilah semalam, 27hb Januari 2013.
Bermula siang hari di Kg Melang, Kuala Pilah bersebelahan Pasaraya Econsave dan malam harinya di Kg Temeris di kawasan rumah Tok Ketua Omar.
Sambutan yang diberikan cukup memberangsangkan.. Orang luar bandar dan kampung tradisional sudah mula beralih arah dari UMNO ke Pakatan rakyat pimpinan DSAI.
Isu putar belit Kalimah Allah langsung tidak menjejaskan sokongan rakyat kepada PR yang bertekad maukan perubahan drastik demi kelangsungan hidup yang lebih realistik.
Hayat UMNO sudah hampir sampai kepenghujungnya sebaik saja pembubaran parlimen diistiharkan.
Pihak PDRM dan Majlis Daerah Kuala Pilah telah memberikan kerjasama yang cukup baik sekali. - omak kau
Kunjungan TG Nik Aziz ke rumah Karpal disambut air mata gembira
JANUARY 28, 2013
Harakahdaily,
28 Jan 2013
(PENUH KECERIAAN … Tg Nik Aziz memotong kek harijadinya ke 82 di rumah Karpal Singh dengan diperhatikan keluarganya)
KUALA LUMPUR:
Sikap positif yang ditunjukkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengunjungi Pengerusi DAP Karpal Singh disambut air mata gembira oleh para penyokong Pakatan Rakyat. Ini kerana, bagi mereka hubungan erat antara pimpinan parti dalam Pakatan Rakyat akan menambahkan keyakinan rakyat untuk mentadbir negara dengan baik apabila Pakatan berjaya ke Putrajaya nanti.
Petang semalam, Tuan Guru Nik Aziz mengunjungi Karpal Singh di Gelugor Pulau Pinang dalam suasana perayaan Thaipusan sedang meriah di kawasan kediaman Karpal itu.
Tuan Guru Nik Aziz dengan ditemani Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Salleh Man, disambut gembira oleh Karpal dan keluarganya. Tuan Guru Aziz berkunjung ke rumah Karpal dalam rangka lawatan beliau ke Pulau Pinang semalam dan malam tadi.
Tuan Guru Nik Aziz kemudiannya memotong kek hari jadinya yang ke 82 di rumah anggota Parlimen Bukit Gelugor di Jalan Scotland itu.
Setiausaha Dewan Ulamak, Ustaz Khairudin Aman Razali ketika menyambut baik berita ini berkata, beliau pernah membuat kenyataan sebelum ini, ahli PAS wajib mengundi calon DAP di kawasan mereka.
"Ia perlu sekiranya ia membantu untuk menjatuhkan kezaliman dan menegakkan kebajikan," katanya. Ia juga dipersetujui oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Ustaz Riduan Mohd Nor.
Karpal ketika mengulas kunjungan ini berkata, "Kehadirannya memberi mesej yang kuat bahawa kesatuan kami tetap utuh walau dengan apa yang telah berlaku. "Kami memahami dan menerima perbezaan antara satu sama lain," kata Karpal kepada media selepas kunjungan itu.
Kegembiraan ini tidak dikalangan penyokong PAS dan orang Islam sahaja bahkan di kongsi bersama oleh orang bukan Islam yang ingin melihat Malaysia yang lebih baik.
Vivek Vairakkannu dalam komennya di Facebok TG Nik Aziz menulis: "Semoga Tok menyambut hari jadi selama-lamanya. Saya anggap Tok adalah tunggak utama untuk menyatukan rakyat Malaysia dengan aman dan makmur. Harap saya jabat tangan Tok satu hari dimana saya anggap Tok bersamaan dengan Mahtma Gandhi."
Saya percaya ramai yang akan menganggap saya mengarut jika mengatakan bahawa seseorang lelaki yang melakukan hubungan intim dengan wanita - sama ada isterinya ataupun bukan - akan meninggalkan capnya yang tersendiri pada wanita itu. Dalam istilah orang kita, tanda itu mungkin mudah disebut sebagai 'cap mohor'.
Dan jika seseorang wanita itu pula terlibat dalam hubungan dengan lelaki yang berbilang-bilang - lebih daripada seorang ataupun curang - dia akan mempunyai banyak cap yang mewakili ramai lelaki pada tubuhnya.
Sila fahami bahawa hubungan yang saya maksudkan bukan sekadar hubungan mesra, pergi tonton wayang bersama-sama, bersiar-siar di Taman Tasik Titiwangsa atau Tasik Perdana ataupun menari dan menyanyi sambil berguling-guling seperti dalam filem Hindustan. Ia sebaliknya melibatkan hubungan intim yang sampai ke tahap sesi bertukar-tukar 'cenderamata' di dalam bilik dan di atas katil!
Rupa-rupanya hubungan yang seperti itu meninggalkan kesan atau tanda khusus - yang dalam tulisan ini saya sebut sebagai 'cap' - oleh seseorang lelaki terhadap pasangannya.
Ya, saya percaya pada peringkat ini, anda masih menganggap saya mengarut malah mungkin lebih mengarut saya dalam tanggapan anda daripada saat anda membaca intro tadi. Tetapi bagaimana jika saya katakan bahawa cap atau tanda itu boleh dikesan melalui kaedah saintifik?
Ceritanya begini. Robert Guilhem adalah seorang pakar genetik dan tokoh Yahudi di Albert Einstein College of Medicine, New York, Amerika Syarikat.
Sebagai seorang ahli akademik dalam bidang perubatan, Guilhem tertanya-tanya mengapa Islam mensyariat bahawa setiap wanita yang diceraikan perlu menunggu sehingga habis iddah atau tiga kali suci daripada haid atau selama tiga bulan untuk membolehkan dia berkahwin semula. Hal ini ada disebut dalam kitab suci al-Quran, surah al-Baqarah, ayat 228.
Berbanding dengan kepercayaannya dan juga gaya hidup masyarakat moden yang memperlihatkan agak ramai wanita kini tidak setia kepada hanya seorang lelaki, dia semakin berminat untuk mengkaji hukum yang masih diamalkan secara patuh oleh umat Islam di seluruh dunia.
Daripada kajiannya yang diterbitkan dalam societyberty.com, Guilhem mendapati, dalam setiap hubungan seks, lelaki akan meninggalkan tanda khusus pada pasangan wanitanya. Jika pasangan itu tidak bersetubuh dalam tempoh beberapa lama, tanda itu akan hilang secara perlahan-lahan antara 25 hingga 30 peratus.
Sebelum melanjutkan cerita yang saya petik daripada www.republika.co.id ini, saya mohon maaf kerana tidak menjelaskan bagaimana rupa tanda itu dan di mana kedudukannya kerana hal yang berkenaan tidak dinyatakan dalam artikel yang saya petik.
Kemudian kata Guilhem lagi, tanda itu akan hilang secara keseluruhan setelah tiga bulan pasangan itu tidak melakukan hubungan kelamin. Selepas tempoh itu dan tanda atau sisik khusus suaminya hilang, perempuan yang diceraikan itu berada dalam keadaan sedia untuk menerima tanda daripada lelaki lain pula.
Itulah yang berlaku. Guilhem kemudian melakukan dengan mencari pembuktian lain di sebuah penempatan Muslim Afrika di Amerika Syarikat. Dalam kajiannya, dia mendapati setiap wanita di perkampungan itu hanya mempunyai tanda daripada satu-satunya pasangan mereka sahaja.
Dia kemudian menjalankan kajian yang serupa di kawasan penempatan bukan Islam. Ternyata hasil yang didapati sangat berbeza. Wanita di kawasan penempatan bukan Islam itu didapati mempunyai tanda daripada dua hingga tiga lelaki. Ertinya, mereka menjalin hubungan dengan lelaki selain suami mereka sendiri.
Tidak cukup dengan itu, pakar berkenaan turut menjalankan kajian yang sama di rumahnya sendiri - ke atas isterinya. Malang si Guilhem. Penemuan kajian itu walaupun berjaya, amat mengecewakannya. Ini kerana dia mendapati isterinya mempunyai tanda daripada tiga lelaki. Dan daripada tiga anaknya, hanya seorang daripada benihnya sendiri.
Usai kajian yang luar biasa itu, Guilhem akhirnya meyakini hanya Islam bukan hanya semata-mata kepercayaan tetapi adalah satu sistem kehidupan yang mampu menjamin martabat manusia, termasuk wanita untuk sentiasa menjaga maruah mereka dalam kehidupan sosial. Dia akhirnya melafazkan syahadah dengan sepenuh-penuh keyakinan.
Rafizi Ramli mengaku fitnah Zahid Hamidi, Mohon maaf di Facebook?..
[HAMPA JANGAN PERCAYA ... NI SEMUA PEMBOHONG]
Antara blogger Pro UMNO yang mula-mula menyiarkan kononnya Rafizi membuat permohonan maaf kepada Dato' Seri Zahid Hamidi ialah blog di atas..
Pantas sekali tindakannya hanya setelah 2 minit kenyataan tersebut disiarkan dilaman Facebook Rafizi Ramli II, kenyataan tersebut telah di 'Print screen' dan di muatnaik kelaman blog pula..
Hingga menimbulkan persoalan adakah blogger Pro UMNO tersebut kerjanya memantau setiap aktiviti dilaman Facebook Rafizi hingga membolehkan beliau memperolehi maklumat sebegitu cepat?.. atau... jeng.. jeng...
Dua minit tu cukuplah untuk.. paste apa yang dah ditulis kedalam laman Facebook tu kemudian publish dan signout, kemudian printscreen dan lepastu sign in blogger.com dan upload kelaman Blog pula...
Berikut adalah kenyataan media oleh Rafizi..
Saya dimaklumkan bahawa laman-laman Facebook yang berkaitan dengan saya ada menyiarkan satu kenyataan maaf terhadap Dato' Seri Zahid Hamidi sekitar jam 7 petang ini. Sejurus selepas itu juga, laman-laman blog pro-Umno menyiarkan berita melaporkan kononnya kenyataan maaf tersebut.
Saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang kenyataan maaf. Saya tetap dengan pendirian sebelum ini bahawa perkara ini akan diteruskan di mahkamah dan saya tidak akan berganjak dari terus membawa soal salahguna dana Angkatan Tentera Malaysia.
Kenyataan tersebut adalah palsu, berniat jahat dan direncanakan oleh laman-laman blog pro-Umno bertujuan memfitnah saya dan mengelirukan rakyat. Apabila mereka tidak dapat berdepan dengan pendedahan-pendedahan yang memalukan pimpinan mereka, laman-laman ini secara tidak beretika menggunakan muslihat untuk menggodam akaun dan laman-laman berkaitan Pakatan Rakyat, termasuklah laman-laman pimpinan Pakatan Rakyat dan laman Facebook.
Laman Facebook saya adalah yang kedua dalam tempoh dua hari yang digodam, selepas laman Facebook YB Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN. Ini juga rentetan kepada siri godaman terhadap laman Malaysiakini setiap kali ada perkembangan politik penting negara yang merugikan Umno/Barisan Nasional.
Saya mengutuk sekeras-kerasnya muslihat dan tipu helah yang digunakan oleh cybertrooper Umno ini kerana ia tidak beretika dan memfitnah. Sikap pimpinan Umno yang berdiam diri menunjukkan mereka juga sama-sama mendokong muslihat dan tipu helah kotor ini.
Saya sekali lagi menegaskan bahawa saman Dato' Seri Zahid Hamidi akan saya jawab di mahkamah. Isu salahguna dan penyelewengan dana LTAT dan kebajikan anggota angkatan tentera yang diabaikan tidak boleh dipadamkan dengan muslihat jahat dan tipu helah cyber seperti ini.
RAFIZI RAMLI Pengarah Strategi KEADILAN 27 Januari 2013
Kat atas sekali (tajuk utama).. kununnya Nasharudin Mat Isa dipecat kerana sertai lawatan PM ke luar negara.
Kat para pertama bawah tu laporkan... Nasha dipecat oleh Majlis Syura Ulamak pada 13 Januari lalu.
Kat para ketiga laporkan... antara sebab Nasha dipecat kerana menyertai PM ke Gaza pada 22 Januari.
Macam niilah contohnya... 'pengadil layangkan kad merah kepada penjaga gol kerana penjaga gol itu menangkap bola di luar kawasan penalti. Kad merah dilayangkan di minit ke 13 dan pengadil tu tangkap bola luar kawasan penalti minit ke 22.'... Ehh, boleh percaya ke kalau ada berita laporkan macam ni...
Luu pikiag laa sendiri... ki ki kiii.
You are subscribed to email updates from bumiperak To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
SIAPA MB Pahang sekiranya, InsyaAllah, PR dapat menawan Pahang? PDO telah mengulas isu ini dan mahukan agar PR buat keputusan segera siapa MB Pahang di kalangan PR nanti. Sebenarnya tidak benar rakyat tertanya-tanya siapakah MB Pahang bagi menggantikan Nan Yaakob seperti yang disebut oleh PDO. Yang betulnya rakyat teruja untuk kuburkan Umno/Bn di Pahang dan isu siapa MB Pahang itu perkara nombor dua.
Kedua-duanya layak jadi MB Pahang kerana lebih baik dari pemimpin Umno
Sebenarnya tidak sukar untuk mengagak siapa MB Pahang di kalangan PR jika PR berjaya menawan Pahang. Pertamanya, semua tahu bahawa PAS lebih banyak bertanding di kerusi Dun di Pahang ini berbanding dengan PKR dan DAP. Jika PAS berjaya menguasai kesemua kerusi yang dipertandingkan, maka lojiknya calon PAS adalah MB Pahang. Siapakah calon dari PAS tersebut? Ini perlu dilihat kepada siapa pemimpin utama PAS di Pahang dan kerusi apakah yang beliau tandingi. Ketika ini, Us Tuan Ibrahim adalah pemimpin utama PAS di Pahang. Adakah beliau akan bertanding di Dun atau Parlimen atau kedua-duanya sekali? Dan, adakah beliau akan menang di kerusi Dun jika beliau bertanding di kerusi tersebut. Jika menang, dan PAS mempunyai kerusi terbanyak yang dimenangi berbanding dengan PKR dan DAP, maka kita boleh kata Us Tuan Ibrahim akan menjadi MB Pahang. Mudah sahaja.
Itu perkiraan lojik, tetapi rezeki Allah yang tentukan. Tidak semestinya banyak kerusi maka menjadi MB. Contohnya di Perak dahulu. YB Nizar dari PAS dipilih menjadi MB Perak walaupun kerusi PAS jauh lebih sedikit dari kerusi PKR dan DAP. Di Perak, perkiraan politik penuh hikmah dan bijaksana serta tolak ansur mengangkat YB Nizar menjadi MB Perak. Tidak mustahil ini berlaku di Pahang dan beberapa negeri yang lain.
Adakah Pengerusi KEADILAN Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman boleh menjadi MB? PDO sebut mungkin Dato' Fauzi bertanding di Parlimen Indera Mahkota. Jika betul, maka mustahil Dato' Fauzi boleh menjadi MB tanpa beliau bertanding di kerusi Dun. Melihat kepada keadaan ini, saya berpendapat peluang PAS menjadi MB Pahang lebih terbuka daripada PKR. Di dalam kepimpinan PKR Pahang sendiri tidak pernah kedengaran yang bercerita tentang siapa MB Pahang di antara mereka. Ertinya, PKR Pahang sendiri telah bersedia sekiranya PAS menjadi MB Pahang melainkan jika ada faktor-faktor lain seperti yang terjadi di Perak.
Jika benar rata-rata di dalam PAS mahu kepada Us Tuan Ibrahim menjadi MB Pahang, mereka kena pastikan Pesuruhjaya PAS ini bertanding di kerusi Dun dan wajib menang. Ada yang mengintai peluang kerusi Parlimen Temerloh untuk diserahkan kepada Us Tuan Ibrahim, jika begitu seolah-olah mereka tidak mahu Us Tuan Ibrahim menjadi MB Pahang. Atau, PAS mahu Us Tuan Ibrahim bertanding kerusi Dun dan Parlimen serentak? Saya rasa Us Tuan Ibrahim tidak setamak itu. Elok benar kerusi Parlimen Temerloh itu kekal dengan status 'quo'nya.
Kesimpulannya, isu MB Pahang selepas Nan Yaakob tidak penting kerana yang lebih penting kita tawan Pahang dahulu. Tidak semua negeri boleh mengikut cara atau pendekatan negeri lain.
With the Sabah Royal Commission of Inquiry (RCI) into illegal immigrants beginning its second week of public hearings tomorrow, the question posed by the former Kuala Lumpur CID chief Datuk Mat Zain Ibrahim deserves attention – whether the RCI would prove to be "an exercise in futility" as it is merely intended as a whitewash and a "sandiwara" by the Prime Minister Datuk Seri Najib Razak and the Attorney-General Tan Sri Gani Patail to suppress the truth in the "citizenship-for-votes" scandals in the Land Below the Wind? None of the RCI's eight terms of reference is directed to identity those responsible for the treacherous acts against the country or for the RCI to propose any action to be taken on those responsible. So far, there is no response to Mat Zain's call on the Inspector-General of Police to open investigation papers following the revelations in the RCI that the late Megat Junid Megat Ayob and Abdul Aziz Shamsuddin were involved inOps Durian Buruk, as they involved betrayal and acts of treason of the highest order. Citing his own case in June 2000, when he was heading the KL CID, Mat Zain said the police initiated investigations against the Prime Minister, Datuk Seri Dr. Mahathir immediately after Datuk Seri Anwar Ibrahim lodged a report on the day the former director-general of the Anti-Corruption Agency, Shafee Yahaya, gave his evidence during a civil trial, citing the then PM for abuse of power for closing its probe on former Economic Planning Unit director-general Ali Abul Hassan.
Mat Zain said: "What I intend to emphasise here is that police investigations commenced immediately in that instance, without having to wait for the trial to be over or for a decision to be made by the court. "Similarly, in the revelations made during the current Sabah RCI, the IGP need not wait for any clearance from anybody to investigate the matter.
TAWAU, 28 Jan – Kerajaan bersedia mengambil tindakan terhadap apa jua laporan dan resolusi daripada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang sedang menyiasat kehadiran pendatang asing tanpa izin di Sabah, kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail. Beliau berkata sekiranya terdapat unsur jenayah, maka tindakan akan diambil dan jika didapati terdapat sesuatu yang tidak betul ia akan diperbetulkan. "Ya (kita sedia ambil tindakan). Kita semua mesti ingat, kalau kesalahan jenayah, kita akan ambil tindakan. Kalau ada perkara yang tak betul akan dibetulkan. Itu janji kerajaan. Itu sebab kita ada RCI. Kalau kerajaan tak mahu buat (RCI), tak ada RCI. "Tetapi kita mesti ingat, apabila kita bercakap tentang pendakwaan jenayah ini, kita kena tengok lagi adakah cukup bukti. Dalam RCI ini apa-apapun orang cakap boleh diterima, tanpa buktipun kita terima. Bukti keterangan khabar angin pun kita terima. Read More / Baca Lagi >>
Ada yang menggelarkannya sebagai Projek IC dan ada yang mengenalinya dengan nama Projek M. Namun apa juga gelarannya, berikut merupakan perkara yang diperolehi daripada siasatan suruhanjaya diraja ke atas isu imigran Sabah – khususnya operasi sulit yang memberi peluang kepada warga asing untuk mengundi dan menggulingkan kerajaan pimpinan PBS Sabah.
1. Sekurang-kurang terdapat dua operasi sulit yang dikenal pasti.
G17 (atau Kumpulan 17)
Pemimpin: Bekas ketua Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) Sabah Abdul Rauf Sani (1990-1992).
Individu dikenali yang terlibat: Para pegawai JPN: Kee Dzulkifly Kee Abdul Jalil, Yakup Damsah, Asli Sidup.
Ahli politik yang dikaitkan: Setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad pada masa itu, Tan Sri Aziz Shamsuddin.
Tempoh masa: Sejak 1990. Modus operandi:
Pegawai JPN Sabah memproses antara 40,000 hingga 100,000 kad pengenalan untuk warga asing. Butiran dan tandatangan di kad pengenalan pada masa itu diproses dengan tangan.
Selepas butiran ditulis di kad berkenaan mengikut borang permohonan yang dibekalkan kepada pegawai tersebut, ia kemudiannya dihantar ke ibu pejabat JPN di Petaling Jaya untuk dilamina sebelum dikembalikan ke Kota Kinabalu.Read More / Baca Lagi >>
Keluarga dan penyokong Sugumaran akan berdemonstrasi untuk menuntut bedah siasat kedua diatas kematiannya. – Gambar fail
KUALA LUMPUR, 28 Jan – Keluarga C. Sugumaran menolak cadangan untuk mengadakan inkues terhadap kematian pengawal keselamatan itu minggu lepas dan sebaliknya mendesak untuk siasatan pembunuhan, kata peguam N. Surendran. Dalam kiriman pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider hari ini, naib presiden PKR itu berkata ini adalah kerana waris Sugumaran percaya lelaki berusia 39-tahun telah dibunuh di tangan polis dan tidak mati akibat serangan jantung. "IPK Slg (ibu pejabat polis kontinjen Selangor) memberitahu kita mereka melihat untuk menjalankan inkues. Keluarga menolak panggilan untuk inkues-mereka mahu penyiasatan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dan pendakwaan bagi pembunuhan - terdapat bukti-bukti yang jelas dan terdapat saksi. "Inkues hanya diperlukan jika terdapat keraguan dengan punca yang menyebabkan kematian," kata Surendran dalam kiriman pesanan ringkas malam tadi. Beliau menambah polis masih belum bersetuju untuk bedah siasat kedua tubuh badan Sugumaram walaupun terhadap bantahan dari keluarga. Read More / Baca Lagi >>
SHAH ALAM - Susulan kejayaan menganjurkan Himpunan Kebangkitan Rakyat awal bulan ini, Pakatan Rakyat (PR) sedang membuat persiapan untuk mengadakan konvensyen kebangsaan, dijangka selepas sambutan Tahun Baru Cina atau awal Mac ini, antara lain membentangkan intipati manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Tarikh tepat dijangka diputuskan pada mesyuarat PR minggu ini.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, konvensyen kali ini akan mengetengahkan dasar dan program PR kepada rakyat menjelang PRU13.
"Pertemuan ini akan digunakan sebagai peluang untuk memberi gambaran awal mengenai manifesto Pakatan," kata beliau ketika dihubungi.
"Tarikh belum dipastikan, tetapi selepas sambutan Tahun Baru Cina, atau awal Mac," katanya sambil menambah, konvensyen itu akan memainkan peranan sebagai "platform membuka prakempen pilihan raya."
"Agenda utama adalah manifesto PRU kami," katanya.
Kali terakhir konvensyen PR berlangsung adalah dua tahun lalu di Pulau Pinang.
(PENUH KECERIAAN ... Tg Nik Aziz memotong kek harijadinya ke 82 di rumah Karpal Singh dengan diperhatikan keluarganya)
KUALA LUMPUR: Sikap positif yang ditunjukkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengunjungi Pengerusi DAP Karpal Singh disambut air mata gembira oleh para penyokong Pakatan Rakyat.
Ini kerana, bagi mereka hubungan erat antara pimpinan parti dalam Pakatan Rakyat akan menambahkan keyakinan rakyat untuk mentadbir negara dengan baik apabila Pakatan berjaya ke Putrajaya nanti.
Petang semalam, Tuan Guru Nik Aziz mengunjungi Karpal Singh di Gelugor Pulau Pinang dalam suasana perayaan Thaipusan sedang meriah di kawasan kediaman Karpal itu.
Tuan Guru Nik Aziz dengan ditemani Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Salleh Man, disambut gembira oleh Karpal dan keluarganya. Tuan Guru Aziz berkunjung ke rumah Karpal dalam rangka lawatan beliau ke Pulau Pinang semalam dan malam tadi. Read More / Baca Lagi >>
MELAKA: PAS Melaka melahirkan rasa kesalnya apabila seorang yang bertaraf Ketua Menteri boleh lagi membuat fitnah.
Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari (gambar) dalam kenyataannya berkata, kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Ali Rustam bahawa Pakatan Rakyat akan membuang separuh kakitangan awam sekiranya berkuasa adalah fitnah.
Ali menyatakan demikian semasa menyampaikan ucapan di hadapan guru-guru yang dikerah menyambut kedatangan Tan Sri Muhyiddin Yasin ke Melaka pada 22 Januari lalu.
"Sebelum dia buang kita, kita akan buang dia," antara ayat yang digunakan oleh Ali Rustam untuk menimbulkan kebencian kakitangan awam kepada Pakatan Rakyat.
"PAS Melaka merasakan adalah tidak wajar seorang Ketua Menteri sanggup mengeluarkan fitnah sedemikian dihadapan kakitangan awam," kata Adly.
Kenyataan Ali itu diselangi dengan beberapa rasa tidak puas hati kakitangan awan dengan berkata "apa yang dia merepek tu", kata Adly.
KETUA Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi yang mengetuai Dewan Pemuda Pas Pusat sejak empat tahun lalu, mengakui Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) merupakan cabaran besar buatnya dalam menerajui sayap parti. Bukan mudah menggalas tanggungjawab dan membawa hala tuju parti dalam meraih sokongan pengundi.
Ikuti perkongsian perjalanan dan kemajuan yang dicapai sayap pemuda itu bersama Wartawan Sinar Harian, NOOR AZURA SAHRIL & NOOR FAIZAL GHAZALI bersama Jurugambar, ROSLI TALIB.
Apakah perancangan masa depan Ustaz untuk keseluruhan jentera Pemuda Pas?
Saya sebagai pemegang amanah Ketua Pemuda Pas, perlu mencorakkan masa depan Pemuda sebagai jentera parti yang menepati piawaian sebagai agen perubahan. Oleh itu, perlu untuk memperbaharui corak dan gaya fikir melalui anjakan paradigma, dan mendepani cabaran semasa.
Saya sasarkan melalui tiga segmen utama, iaitu Pemuda Pas perlu memiliki akidah yang benar dan keyakinan yang tinggi kepada ALLAH. Keduanya, adalah pemikiran Islam yang syumul dengan merangkumi semua tasawur Islam yang luas dan ketiga sahsiah yang soleh dan menepati tuntutan syariat.
Ini sangat penting dalam membina masa depan dan kepimpinan anggota dalam Pas dengan adanya penglibatan tiga sinergi yang mantap dalam Pemuda iaitu ulama muda, profesional muda dan aktivis muda.
Ketiga-tiga sinergi ini akan menjadi sayap penting dalam parti. Ini struktur organisasi Pemuda Pas yang bergerak secara jangka panjang yang gabungan sinerginya mantap dan seimbang.
Bagaimana pula dengan perancangan Pemuda untuk menarik sokongan lebih ramai golongan muda menyertai Pas dan Pakatan Rakyat?
CHERAS, 28 JAN : Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diingatkan supaya berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan rakyat terutama berhubung pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2). Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tindakan Muhyiddin yang membelakangkan kuasa Kerajaan Negeri Selangor berhubung kelulusan projek Langat 2 jelas menyalahi undang-undang. Menurutnya, ia sekaligus memberi gambaran bahawa Kerajaan Pusat yang ditadbir oleh Umno-BN bebas melakukan apa sahaja yang bertentangan dengan Perlembagaan Negara. "Muhyiddin ialah seorang Menteri yang dilantik di bawah Perlembagaan Negara, dia tidak boleh melanggar Perlembagaan. Beliau tidak boleh membuli rakyat Selangor, kena ikut undang-undang. Kalau dia tidak ikut undang-undang, macam mana rakyat mahu ikut? "Beliau kena berhati-hati dalam membuat kenyataan ini terutama jika kita menjawat jawatan tinggi. Malah, dia akan diketawakan oleh pemerhati antarabangsa kerana Malaysia merupakan satu-satunya negara yang tidak mahu mematuhi undang-undang dan bebas melakukan apa sahaja," katanya ketika mengadakan lawatan kerja di Parlimen Bandar Tun Razak. Read More / Baca Lagi >>
Do we have to rewrite our history now? The former Prime Minister, Mahathir Mohamad, had proposed a Royal Commission of Inquiry (RCI) to investigate the granting of citizenship to one million foreign immigrants in the Federation of Malaya before it gained independence in 1957. This supposedly must have included Mahathir's father who came to Malaya from Kerala as an immigrant. It must be a sickening magniloquence coming from a former prime minister whose survival in politics many times before very much depended on non-Malay votes. With this declaration coming from Mahathir just before the 13th general elections will see the complete wipe out of the component parties allied to UMNO in Barisan Nasional (BN). Strongly affirming them for single citizenship It was indeed a fair and just move by Tunku Abdul Rahman and the Reid Commission that these immigrants were granted citizenship. It was not deliberately done for political 'whys and wherefores' but to achieve Independence for Malaya collectively – Malays and non-Malays. Neither were these immigrants frantically planted in political plebiscites to give advantage to any political parties at the time. Tunku did not give out citizenship to misrepresent the electoral process. The non-Malays who resided in Malaya then had a right to citizenship, which was approved by all – Malays and the British – including the Conference of Rulers, and this was all done in an overt manner. It was not a covert scheme but an open policy taken on and recognised by the British and Malayans at the time. This is what is written in our history books and annals for all to digest. In fact it was in1952 that the government issued an ordinance that granted citizenship to almost 1.5 million non-Malays, and also prohibited dual citizenship, forcing the non-Malays to choose between their ancestral homeland and Malaya.
SHAH ALAM - Keputusan Majlis Syura Pas menggugurkan keanggotaan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dari menganggotai badan tertinggi parti itu dilihat tidak akan memberi kesan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan Majlis Syura adalah mengikut prosedur dan semua pihak telah maklum mengenai perkara itu.
"Ini adalah prosedur biasa, semua orang maklum mengenainya dan tindakan yang dikenakan pun berikutan beberapa peraturan yang dilanggar oleh beliau (Nasharuddin)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.
Majlis Syura Pas hari ini mengesahkan telah menggugurkan keanggotaan Nasharuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Bachok yang pernah disebut akan diambil tindakan disiplin tahun lalu, atas alasan telah melanggar beberapa peraturan badan tertinggi itu.
Setiausahanya, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, keputusan itu dibuat kerana Nasharudin didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura.
"Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Read More / Baca Lagi >>
Duapuluh peratus pengundi India masih di atas pagar, dengan BN dan Pakatan Rakyat (PR) berkongsi sokongan dari lebihan pengundi. – Gambar oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 28 Jan - Keputusan kerajaan untuk menarik balik larangan terhadap Hindraf tidak akan menambahkan banyak sokongan masyarakat India terhadap Barisan Nasional (BN), kata penganalisis, oleh kerana gabungan pemerintah itu sudah mempunyai majoriti undi dari komuniti tersebut. Dengan masa yang strategik sepanjang hujung minggu, pentadbiran Najib bersetuju untuk menghalalkan Hindu Rights Action Force (Hindraf), pergerakkan yang memimpin perhimpunan besar-besaran menentang kerajaan pada tahun 2007 bagi menuntut hak masyarakat India. Peristiwa bersejarah yang menyaksikan lebih 30,000 kaum India berarak di ibukota dan bermandi gas pemedih mata serta air kimia, dikatakan sebagai punca BN hilang sokongan masyarakat tersebut pada pilihan raya 2008. Read More / Baca Lagi >>
Oleh TOK PERAK WALAUPUN Datuk Seri Najib Tun Razak masih bermain teka-teki, ramai orang sudah menjawab soalan paling popular ketika ini: Bila pilihan raya? Februari tidak mungkin, maka ada orang kata Mac. Tetapi bulan ketiga kalender orang putih itu ada 31 hari. Timbul soalan, yang mana satu daripada yang 31 hari itu orang kita akan membuat penentuan? Dia orang kata minggu terakhir Mac, iaitu mana-mana satu hari dari 25 hari bulan hingga habis bulan. Ada pula yang kata, Mac tidak mungkin, sebaliknya awal April lebih munasabah, tetapi bukan 1 April sebab itu dikira 'April Fool'.
Tetapi apa salahnya mengundi pada April Fool? Orang mengundi tidak semestinya 'fool' @ bodoh. Sudah lima tahun menunggu, mereka kini berkobar-kobar untuk memangkah, tidak kira pada hari April Fool atau tarikh-tarikh lain. *PUJIAN patut diberi pada Najib. Betapa pun orang bertubi-tubi tanya, tidak kira bila dan di mana, beliau kelihatan tenang, macam tidak ada apa-apa. Boleh tersenyum dengan wartawan, malah boleh berlawak. Dia boleh pergi ke sana-sini, terkini ke Gaza – PM pertama yang sudi dan berani menjejakkan kaki di wilayah yang 24 jam bergolak. Beliau sedia membantu Gaza, antaranya dengan menyediakan tempat dan biasiswa kepada rakyat negara itu yang ingin menuntut di Malaysia. Malah, beliau menawarkan diri untuk menjadi orang tengah mendamaikan Hamas dan Fatah. Beliau berjaya menjadi orang tengah yang berjaya menamatkan pertikaian antara puak Islam dengan kerajaan Filipina. Pendek kata Najib menampakkan ketenangan dan kematangan, dalam menghadapi saat-saat gelisah ketika orang sibuk bercakap mengenai PRU13. Tetapi, ada juga orang kata PM ke sana-sini, untuk menenangkan fikiran yang berserabut. Betul atau tidak hanya beliau yang tahu.
Di sebalik laporan bahawa kedua-dua mereka bertembung dalam isu hukum hudud dan bagi menyatakan hubungan erat dalam Pakatan Rakyat (PR), Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam mengunjungi rumah Pengerusi DAP, Karpal Singh di Jelutong, Pulau Pinang. Nik Aziz tiba di kediaman Karpal kira-kira jam 3 petang dan meluangkan masa selama 20 minit di kawasan yang meriah dengan sambutan Thaipusam di Jalan Scotland. Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berada dalam rangka lawatan ke Pulau Pinang untuk memenuhi beberapa program anjuran Pas di negeri itu. Ia dilihat sebagai pertemuan bersemuka kedua selepas konvensyen nasional PR tahun 2009 di Shah Alam dan juga ketika Himpunan Kebangkitan Rakyat di ibu negara 12 Januari lalu. Dalam kunjungan itu, Nik Aziz turut memotong kek yang disediakan Karpal sebagai tanda ulang tahun kelahirannya ke-82, sambil disaksikan pemimpin DAP, Pas dan PKR. Karpal yang gembira dengan kehadiran Nik Aziz itu berkata, beliau terkejut kerana pemimpin Pas itu tiba 30 minit lebih awal. "Kehadirannya memberi mesej yang kuat bahawa kesatuan kami tetap utuh walau dengan apa yang telah berlaku. Read More / Baca Lagi >>
Dan yang lebih pentingnya, Islam ada ajar ka bakar kitab agama lain...??
Jelas, ini bukan kerja rakyat yang bertamadun, pencetusnya juga berfikiran jumud... bagai katak dibawah tempurung... Dan hanya katak-katak yang sama spesis saja yang akan membuat bising yang amat kuat, lebih-lebih lagi katak puru atau katak longkang.... namun kosong....
Tahniah rakyat Malaysia kerana tidak mudah termakan politik kebencian yang ditanam oleh Umno neh..... Tahniah! ini semua kerja orang umno. Rakyat malaysia sudah boleh berfikir mana yang baik dan yang mana tak baik...
Di Pasir Gudang Johor, ada ahli-ahli UMNO tutup bilik gerakan tanda protes kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Johor iaitu Ghani Othman.
Di Pengakalan Chepa, Kelantan ada ahli UMNO menganjurkan tunjuk perasaan menolak Dali Husein, Ketua UMNO Bahagian daripada dicalonkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Di Melaka, bekas Ketua Pemuda UMNO Negeri keluar UMNO menyertai PAS, di Kedah seorang bekas menteri keluar UMNO dan menubuh parti baru, di Sabah Timbalan Menteri letak jawatan dan keluar UMNO menyertai Pakatan Rakyat PR. Dan ramai lagi sedang menanti ketika yang sesuai, untuk keluar meninggalkan UMNO.
Pilihan Raya Umum semakin hampir. UMNO semakin nazak, kuasa seakan-akan terlepas, kerakusan akan terbongkar, nasib tidak menentu, kerajaan separuh tumbang.
Apa agaknya akan berlaku selepas Pilihan Raya Umum ke-13 ini? Apakah Malaysia akan menerima sebuah kerajaan baru yang adil dan telus yang meletakkan keutamaan membela rakyat sebagai asas mentadbir secara sama rata.
Menolak dan menghukum mereka yang melakukan rasuah dan menzalami rakyat. Membahagikan harta khazanah negara kepada yang berhak. Tidak membazir, membangun negara yang seimbang serta membela nasib rakyat yang terhimpit dengan kemiskinan. Mengagihkan kekayaan negara dengan sempurna dan memerintah dengan amanah.
Peristiwa Lubuk Merbau 1985 berlaku apabila seorang jentera pilihan raya PAS bertembung dengan penyokong UMNO di Felda Lubuk Merbau,Padang Terap,Kubang Pasu,negeri Kedah. Ketika itu kedua-dua belah parti sedang sibuk berkempen dalam Pilihan raya kecil Padang Terap 1985.
Lebih kurang 2 km dari tempat ceramah Ustaz Fadhil itu adalah ceramah UMNO dan penceramahnya ada Ketua Pemuda UMNO iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak yang diadakan di Balai Raya Felda Lubok Merbau.
Dua petugas bergelimpangan di dalam longkang. Salah seorang daripadanya telah dibawa ke hospital dan telah meninggal dunia. Beliau adalah Othman Talib. Rupa-rupanya beliau telah dipukul atau dihentak diatas kepalanya, walaupun tidak berdarah tetapi hentakan itu adalah sangat parah. Suhaimi Said dan Syed Ibrahim, iaitu AJK PAS Pusat yang juga seorang peguam, telah pergi ke Balai Polis Lubuk Merbau untuk membuat laporan polis. Antara mereka yang hadir ialah Man Kadir (Pak Jabit) dan Pak Harun. Buku bertajuk 'Peristiwa Berdarah Felda Lubuk Merbau' dan 'Peristiwa bergambar Felda Lubuk Merbau' telah diharamkan. Penulis dua buku ini Suhaimi Said telah ditahan di bawah ISA.[1]
Antara mangsa dalam tragedi Felda Lubuk Merbau pada 18 Januari 1985 ialah : Ibrahim bin Tahir - ditetak dengan senjata tajam Nasir bin Muhammad- dipukul dengan besi di kepala Shamsuddin bin Sulaiman - ditetak dua liang di kepala dan ditikam di muka dan dahi. Ayub Mat Shah - dihentak dengan bata dan ditikam dengan botol pecah dan dipukul dengan kayu. Ahmad bin Tahir - dipukul dengan kayu,dibaling dengan batu-bata di muka. Osman bin Talib - retak di kepala dan terbunuh. Sehingga kini, kes tersebut tidak dapat diselesaikan.[2]