Jumaat, 16 November 2012

dollah yankee

dollah yankee


Posted: 15 Nov 2012 10:49 PM PST


Best sangat kah 'barang' pompuan-pompuan indonesia nie? Best laa kot, kalau tidak tak kan pak menteri kita pun boleh sangkut? 

Ada seorang kawan yang dah pun kawin, anak ada empat, sangkut pula dengan satu pompuan indon. Sekarang ini siang malam asyik kerja..kerja..kerja,siang kerja lain malam jadi 'pak guard' kondo sebab nak tampong dua periuk. Dulu punya lah handsome, sekarang ni dah nak botak gara-gara pukulan pompuan indon. Bila berjumpa dengan sahabat ini dia akan selalu kata.."ingat! jangan main dengan pompuan indon,nanti malam tidur tak lena asyik teringat 'apom@cipap' mereka.Ringan2 ok!".

Di Seremban seorang amah indonesia telah mendakwa dirogol olih majikan nya. Insiden berlaku dua hari selepas seorang lagi pekerja restoran warga indon mendakwa tiga anggota polis di penang ini telah merogolnya.

Manakala pagi ini seorang gurkah politik di'port' telah memberitahu seorang sahabat mereka yang bekerja di sebuah kilang perusahaan disini telah ditangkap kalwat dengan dengan seorang pompuan indon yang juga merupakan pekerja dikilang yang sama dengan sahabat gurkah-gurkah ini. 

Jadi kesimpulan nya memang lah best kot barang pompuan indon nie..!

dollah yankee -
Gurkah ini kata lagi "kena tangkap pun halai, sebab pompuan tu... fuuhhhh..fuyooo.. ".


RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Pakatan guna isu royalti minyak untuk pertahan Kelantan

Posted: 16 Nov 2012 05:32 PM PST

Protes kreatif menuntut Royalti. — Gambar oleh Saw Siow Feng
KOTA BHARU, 17 Nov — Pertarungan merebut Kelantan bermula apabila Pakatan Rakyat (PR) berjanji kepada pengundi malam semalam bahawa royalti minyak akan dikembalikan kepada rakyat negeri tersebut sekiranya mereka menawan Putrajaya, bakal menjadi isu pilihan raya yang perlu diadakan dalam tempoh enam bulan. Janji itu dibuat oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dihadapan lebih sepuluh ribu rakyat yang berhimpun di Stadium Sultan Mohammad IV dalam sebuah program PR dinamakan "Himpunan Kebangkitan Rakyat".
"Hari ini kita bentuk kerajaan, esok kita akan turunkan harga minyak," janji bakal perdana menteri PR itu.
"Kemudian kita akan pulangkan royalti minyak kepada rakyat Kelantan.
"Kami bahkan tidak memerlukan jawatankuasa," katanya, merujuk kepada jawatankuasa khas yang ditubuhkan pada bulan Ogos oleh kerajaan pusat untuk melihat ke dalam pengagihan "adil" bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu.
Read More / Baca Lagi >>

PAS Perjelas Misi Cadangan Sistem Pendidikan

Posted: 16 Nov 2012 05:31 PM PST

PENGKALAN CHEPA, 16 Nov - Isu pendidikan menjadi teras dalam pembentukan negara berkebajikan PAS.
Demikian tegas perwakilan PAS Negeri Sembilan, Ustaz Norazman Muhammad dalam sesi perbahasan ucaptama Presiden PAS petang tadi.
Katanya, dasar pendidikan kebangsaan yang diguna pakai sejak merdeka sering mengalami perubahan. Namun begitu, perubahan yang dibuat lebih bersifat 'market-driven'.
"Dasar dan sistem yang diperkenalkan tidak dikaji sepenuhnya sebelum dilaksanakan," ujarnya membahas.
Beliau menekan serius dasar PPSMI yang menelan belanja sehingga RM 5.1 billion ditarik balik selepas 4% pelajar sahaja berjaya menguasai Bahasa Inggeris melalui dasar yang diperkenalkan.
"Ia bukan sahaja merugikan rakyat, tetapi juga memperjudikan masa hadapan anak-anak!" tegas beliau.
Hinggakan, Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) yang diperkenalkan baru-baru ini pula membebankan guru dengan kerja-kerja pengkeranian.
Justeru, beliau menggesa supaya guru-guru dikembalikan kepada kerja profesionalisme yang sebenar.
"Dasar pendidikan yang dicadangkan oleh PAS perlu mempunyai misi yang jelas agar beban guru dapat dikurangkan dan dapat menumpukan sepenuh masa untuk mendidik," tambah beliau.
Presiden PAS pagi itu memberitahu, PAS dalam kerajaan Pakatan Rakyat wajib memastikan tidak ada kalangan rakyat yang tercicir daripada pendidikan, mengikut tahap kemampuan masing-masing.

Muktamar PAS ke-58 pecutan akhir PRU13 bermula di Kota Bharu

Posted: 16 Nov 2012 04:00 PM PST

PAS negeri Kelantan sekali lagi dipilih sebagai tuan rumah Muktamar PAS ke-58 yang akan diadakan mulai 2-4 Muharam 1434 (16-18 November 2012). Kebetulan muktamar kali ini diadakan agak lewat berikutan penangguhan dari yang sepatutnya pada Jun lalu. Penangguhan itu ada kaitannya dengan persiapan dan mood pilihan raya umum ke-13 (PRU13) sedang mempengaruhi gerak kerja PAS di semua peringkat. 
Apa pun, Muktamar PAS ke-58 kali adalah bertepatan dan sesuai diadakan di Kota Bharu, Kelantan kerana sekarang ini Kelantan sedang dalam kempen Tahun Melawat Kelantan 2012. Ia berlaku lagi seiringan dengan sambutan Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V pada 11 November lalu. Tambah diserikan lagi dengan bulan ini juga berlakunya sambutan awal Tahun Hijrah 1434 pada 14 November lalu. Malah muktamar kali ini juga cukup harmoni kepada para perwakilan yang mengambil kesempatan mengunjungi negeri Serambi Mekah bersempena musim cuti persekolahan ini.
Kesemua senario tersebut sudah tentu menggamit nilai-nilai kewajaan kepada semua perwakilan yang bakal menyumbang pandangan dan hujahan bernas sepanjang muktamar di Dewan Besar PUTIK, Pengkalan Chepa. 
Pecutan PRU13 menuju Putrajaya
Meskipun demikian, sepanjang minggu lalu pihak media pro-kerajaan Barisan Nasional begitu sibuk mencanang pelbagai isu yang berniat untuk mengatifkan perbahasan Muktamar PAS ke-58 ini. Kononnya ada beberapa pihak kalangan lebih 1,100 perwakilan PAS dari seluruh negara akan mengambil peluang untuk membangkit isu-isu yang mereka tidak puas hati terhadap pendirian parti. Media berkenaan cuba merendah-rendah pemikiran perwakilan, kononnya ada sebahagiannya (semacam kumpulan majoriti) tidak senang dengan pendirian DAP mengenai Islam dan hukum hudud. Malah ada juga media berkenaan yang cuba melaga-laga kalangan pimpinan utama PAS, satu pihak dicap sebagai pendukung Anwar (kononnya puak Anwarinas) ada pula yang anti-Anwar (kononnya puak PAS totok). Justeru media tersebut meramalkan akan berlaku ribut besar sepanjang muktamar nanti. Demikianlah mainan media yang sentiasa tidak senang dengan kestabilan PAS kini, terutama saat menjelang PRU13.
Read More / Baca Lagi >>

Presiden PAS : Himpunan Kebangkitan Rakyat Kota Bharu

Posted: 16 Nov 2012 03:58 PM PST

PAS Gerakan Islam Penyambung Perjuangan

Posted: 16 Nov 2012 03:56 PM PST

PENGKALAN CHEPA, 16 Nov - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa PAS adalah gerakan Islam yang menyambung perjuangan Islam dan membawa mesej Islam dengan komponen tarbiyah, dakwah serta politik yang jelas.
Beliau berkata PAS wujud sebagai kesinambungan dari perjuangan menentang penjajah yang dipimpin oleh ulamak terdahulu sejak tahun 1973 dan PAS wujud secara rasminya pada tahun 1951.
Malah sepanjang tempoh itu, PAS mengalami pasang surut pengalaman dalam penglibatan sistem demokrasi pilihan raya.
"PAS tetap memilih demokrasi menyertai pilihanraya sebagai wasilah walaupun berdepan dengan demokrasi tanpa moral oleh pihak UMNO-BN," jelas Abdul Hadi.
Tambahnya, Majlis syura Ulama diwujudkan dalam PAS bagi menjamin keteguhan PAS dalam dasar Islam, aqidah, syariah, akhlak, dan nizam (Sistem), beristiqamah dengan undang-undang tubuh PAS.
PAS turut mengambil pengajaran yang baik dari kemenangan rakan-rakan di negara Asia Barat dengan ilmu dan bukannya mengagumi atau menjadi pengikut secara semberono.
Beliau dalam ucapan dasarnya pagi tadi turut menasihati agar ahli-ahli PAS tidak berasa terasing dalam PAS.

Ucapan Dasar Presiden PAS : Negara Berkebajikan Teras Perpaduan

Posted: 16 Nov 2012 03:55 PM PST


UCAPAN DASAR MUKTAMAR PAS 2012
NEGARA BERKEBAJIKAN TERAS PERPADUAN
الحمد لله حمدا الحامدين , وحمدا الشاكرين ,وحمدا يوافي نعمه ويكافي مزيده , يا ربنا لك الحمد كما
ينبغي لجلال وجهك وعظيم سلطانك . أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له , له الملك وله الحمد
وهو على كل شيء قدير . وأشهد أن محمدا عبده ورسوله , البدر الدجى والسراج المنير . اللهم وصل
وسلم وبارك على محمد أشرف الأنبياء والمرسلين , وعلى آله وصحبه أجمعين , ومن سار على نهجه
إلى يوم الدين
.
1. Yang Dihormati Pengerusi Tetap, YAB Tuan Guru Dato‟ Mursyidul „Am, Sohibul Fadhilah Dato‟ Timbalan Mursyidul „Am, Ashab al-Fadhilah Ahli Majlis Syura Ulamak, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua-Ketua Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat, Dato‟ Setiausaha Agung dan seluruh Ahli Jawatankuasa Harian, Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan, Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan-Dewan, Ketua dan Ahli Jawatakuasa Dewan Himpunan Penyokong PAS, pimpinan dan rakan-rakan dari Pakatan Rakyat, NGO, pengamal media cetak dan elektronik, seluruh para perwakilan dan pemerhati, muslimin dan muslimat yang dikasihi sekalian.
2. Saya ucapkan selamat datang ( )أهلا وسهلا ومرحبا بكم kepada semua para perwakilan dan tetamu yang datang dari seluruh pelusuk tanahair tercinta dan luar negeri. Saya juga mengalu-alukan kehadiran kali pertama ahli-ahli baru PAS ke muktamar ini, dari kalangan rakyat, artis dan karyawan, ahli sukan, tokoh akademik, mantan pegawai kanan kerajaan, tokoh korporat dan masyarakat, dan semua kalangan yang ingin bersama PAS membawa mesej Islam ke dalam negara kita ini. Sesungguhnya kehadiran tuan-puan sekelian, akan memeriahkan muktamar kita, menyuntik semangat dan merapatkan saf angkatan perjuangan menegakkan Islam yang menjadi rahmat Allah kepada seluruh alam, ketika seluruh dunia merayu kepada penyelamat, kerana dilambung gelombang krisis kemanusiaan dalam segala lapangan.
3. Negara kita juga tidak terkecuali dalam keadaan yang sama. Cukuplah rakyat menjadi saksinya, apabila UMNO yang menjadi tunjang Barisan Nasional, culas dalam melaksanakan amanah, tidak menepati janji – dengan jelasnya tidak menghormati perjanjian hasil petroleum di negeri-negeri sehingga tergamak menindas majoriti rakyat beragama Islam di negeri Kelantan dan Terengganu khususnya, dengan menafikan hasil minyak yang dikurniakan oleh Allah SWT.

PAS Sedia Menjadi 'Jambatan' Penyelesai Konflik

Posted: 16 Nov 2012 03:54 PM PST

PENGKALAN CHEPA, 16 Nov - PAS mengharapkan persetujuan damai yang dicapai antara kumpulan pemisah Front Pembebasan Islam Moro (MILF) dengan kerajaan Filipina dapat menjadi pedoman kepada kerajaan-kerajaan lain dalam menangani isu wilayah bergolak seperti di Selatan Thailand dan Wilayah Rakhine,
Mengulas isu antarabangsa ini, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru kedua-dua buah negara itu supaya menghentikan segera konflik yang berlaku dengan kembali ke meja rundingan untuk mencari jalan damai.
"PAS punya sumbangan membantu menyelesaikan konflik antara Gerakan Acheh Merdeka (GAM) dengan kerajaan Indonesia dan juga proses damai antara MILF dan kerajaan Filipina," ujarnya dalam ucapannya pagi tadi.
Tegasnya lagi, PAS sentiasa bersedia untuk menjadi 'jambatan' bagi mencari jalan penyelesaian kepada konflik yang tidak berkesudahan ini.

Komitmen PAS Untuk Rakyat

Posted: 16 Nov 2012 03:52 PM PST

PENGKALAN CHEPA, 16 Nov - PAS sedia memberi komitmen untuk rakyat dan sedia menerima amanah sebagai komponen kerajaan pusat ataupun negeri bersama Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, komitmen besar PAS ini memberikan suatu jaminan bahawa jentera kerajaan Pusat atau Negeri yang terdiri dari pegawai berbagai peringkat ini tidak akan dizalimi atau dibalas dendam.
"Mereka ini yang akan melaksanakan dasar kerajaan semasa yang dipilih oleh rakyat. Hubungan yang baik dengan institusi Raja berpelembagaan akan dipertahankan, sebagaimana komitmen bersama Pakatan Rakyat yang kita ikrarkan," jelasnya.
PAS menyeru kepada rakyat keseluruhannya agar tidak takut untuk berubah kepada perkara yang lebih baik.
"Sekiranya PAS gagal melaksanakan amanah itu, rakyat bolehlah menghukum kami dalam pilihan raya yang seterusnya," katanya.
Senarai usul yang akan PAS mansuhkan sekiranya diberi amanah ini antaranya ialah mengembalikan kewibawaan institusi penting, membela hak rakyat peribumi Sabah dan Sarawak serta peneroka FELDA.


PAS Tingkat Capaian Maklumat Hadapi PRU 13

Posted: 16 Nov 2012 03:51 PM PST

PENGKALAN CHEPA, 16 Nov - PAS tidak mendapat liputan yang adil dalam media arus perdana adalah faktor sabotaj yang digunakan oleh Barisan Nasional (BN) untuk terus kekal sebagai kerajaan pusat.
"Harakah yang menjadi lidah rasmi PAS pula hanya dihadkan kepada ahli dan tidak diberikan permit keluaran harian," kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar muktamar pagi tadi, Abdul Hadi menyatakan yang PAS siap meningkatkan penyampaian maklumat bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 menggunakan .
Menjawab persoalan media berkenaan persiapan PAS menghadapi pilihan raya akan datang, Presiden PAS itu menjelaskan,
"Walau pun masih belum sempurna dalam penyampaian maklumat kepada rakyat, anak-anak muda yang bekerja di bandar membantu menjadi agen PAS bagi menyampaikan maklumat," jelasnya.
Pilihan raya umum yang lalu menyaksikan perubahan berlaku di kalangan rakyat sehingga menyebabkan PAS dan Pakatan Rakyat berjaya menawan empat buah negeri.
Perubahan ini turut berlaku di kawasan yang sukar mendapat maklumat terutamanya di kawasan pinggir bandar.

SAMM sokong isytihar harta, minta semua calon ikut

Posted: 16 Nov 2012 03:49 PM PST

KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengucapkan tahniah di atas komitmen Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS untuk mengistiharkan harta sebelum menyertai PRU 13 jika dinamakan oleh parti sebagai calon.
Komitmen beliau telah ditegaskan melalui ucapan dalam Perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS ke 53 di Kelantan beberapa hari lalu.

"Tindakan berani ini perlu kerana PRU dan pentadbiran negara masa mendatang ini memerlukan komitmen tinggi pemimpin dan ahli politik yang telus dan penuh berintegriti," kata ketuanya, Badrul Hisham Shahrin (gambar).

SAMM, katanya, menyeru rakyat atau pengundi menjadikan pengistiharan harta ini sebahagian syarat wajib untuk mendapatkan undi rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Majlis Syura pastikan hala tuju parti

Posted: 16 Nov 2012 03:48 PM PST



Haron Din KOTA BHARU - Majlis Syura Ulama sentiasa peka memantau perjalanan Pas dalam memastikan hala tuju parti itu tidak lari dari landasan perjuangan yang sebenar.
Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din berkata, pemantauan ini termasuk dalam isu berkaitan 'tahaluf siyasi'.
Menurutnya, setiap perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama akan dibincangkan dengan teliti sehingga semua ahli berpuas hati dan bersetuju dengan keputusan yang dibuat.
Bagaimanapun, beliau turut berasa hairan mengapa ada sesetengah ahli yang mengeluarkan kenyataan media seolah-olah tidak bersetuju dengan keputusan mesyuarat.
Read More / Baca Lagi >>

Muktamar : Ucapan dalam Kantonis dan Tamil tarik perhatian

Posted: 16 Nov 2012 03:47 PM PST




(Tiga pimpinan utama PAS ketawa besar dengan celoteh perwakilan Gombak)

KOTA BHARU: Perwakilan dari Gombak, Selangor, Salahuddin Nasir mencuit hati sidang Muktamar Tahunan PAS Kali ke-58 hari ini apabila berucap dalam bahasa Kantonis dan Tamil.

Beliau berucap dalam bahasa Kantonis dan Tamil kira-kira lima minit dan mendapat tepukan gemuruh para perwakilan, pemerhati dan pimpinan PAS.

Bagaimanapun, apabila Timbalan Pengerusi Tetap, Hussein Ismail bertanya maksud ucapannya, Salahuddin secara berseloroh menyuruh beliau bertanya sendiri kepada wakil Cina dan India.

Ucapan dalam kedua-dua bahasa itu sebagai meraikan kehadiran wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) ke muktamar yang berlangsung di Putik itu.
Read More / Baca Lagi >>

Muktamar : Tindakan tegas kepada duri dalam daging

Posted: 16 Nov 2012 03:46 PM PST


PENGKALAN CHEPA: Perwakilan Perak meminta PAS mengambil tindakan tegas kepada kepimpinan yang menjadi 'duri dalam daging'.

Wakilnya Razman Zakaria (gambar) berkata, mereka yang disifatkan 'duri dalam daging' ini sedikit sebanyak akan menyukarkan PAS untuk mencapai matlamat dan tujuannya.

Ketika membahaskan ucapan dasar Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, beliau juga berharap PAS lebih berani dalam membuat keputusan diluar kotak agar diyakini oleh semua kaum.

Malah katanya, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) juga hendaklah diperkasakan dengan memberi latihan kepimpinan bagi memperkuatkan sayap parti PAS ini.

"Dalam memperkasakan dominasi dewan masing-masing perlu ditangani dengan cermat, dewan-dewan lebih menonjolkan ikon yang berkebolehan bagi menyaingi parti lawan," katanya.

Lensa : Perasmian Muktamar PAS Ke 58

Posted: 16 Nov 2012 03:46 PM PST

Umno kini 'sasau, meroyan, nyanyuk'

Posted: 16 Nov 2012 03:40 PM PST



 
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Umno kini berada dalam keadaan "sasau, meroyan dan nyanyuk" sehingga sanggup memainkan pelbagai dakwaan termasuk hubungan dengan Yahudi dan Israel serta kenyataan anaknya, Nurul Izzah yang didakwa menyokong murtad.

anwar in kota bharu"Umno kini sasau, meroyan dan meracau... Sebabnya (mereka) tidak ada benda yang hendak dipertahankan. Kalau ikut negeri dan pembangunan, negeri Pakatan Rakyat lebih membangun. Bersih lagi (pentadbiran) kita.

"Yang ada (pada mereka) fitnah. Kalau rakyat sudah termakan fitnah, padahnya punah ranahlah negara kita. Kita (kena) selamatkan negara kita, umat dan negeri Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang," kata Anwar yang juga ketua umum PKR.

Apatah lagi, katanya, rakyat kini memberi sambutan pada janji Pakatan yang ditawarkan termasuk pendidikan percuma, mengembalikan royalti kepada negeri yang berhak dan menurunkan harga kereta, sekiranya gabungan itu berjaya menguasai Putrajaya.

Berucap di hadapan kira-kira 50,000 hadirin dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Mohamad ke-IV di Kota Bharu malam tadi, Anwar menempelak pemimpin BN yang mendakwa negara akan muflis jika Pakatan Rakyat mentadbir negara ini.
Read More / Baca Lagi >>

Mat Sabu : Himpunan Kebangkitan Rakyat Kota Bharu

Posted: 16 Nov 2012 11:50 AM PST

Anwar : Himpunan Kebangkitan Rakyat Kota Bharu

Posted: 16 Nov 2012 11:33 AM PST

Perempuan Tak Tutup Aurat TAPI Tak Tinggal SOLAT - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 16 Nov 2012 10:57 AM PST

Tak Nak Beri SOALAN, Nak Ucap Terima Kasih - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 16 Nov 2012 10:57 AM PST

Kilang TUTUP, Macamana Nak Makan - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 16 Nov 2012 10:56 AM PST

Hukum TAWASUL Di Kubur WALI Allah - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 16 Nov 2012 10:56 AM PST

Solat JUMAAT Pada Hari Raya - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 16 Nov 2012 10:55 AM PST

The Selayang council chief was only TELLING THE TRUTH, can BN not accept that?

Posted: 16 Nov 2012 10:37 AM PST

The Selayang council chief was only TELLING THE TRUTH, can BN not accept that?The Prime Minister, Datuk Seri Najib Tun Razak, and the Public Services Commission ("PSC") must ensure that the Public Services Department ("PSD") comply with the principle that civil servants must be politically impartial and dedicated to the implementation of policies and programmes of the elected government of the day which in respect of Selangor, is the Pakatan Rakyat.
Article 139(2) of the Federal Constitution confers jurisdiction on the Public Services Commission to include members of the public service of States such as Selangor. The Public Services Commission is under the Prime Minister's department.
The only reasonable inference that can be drawn on the sudden 24 hour notice by PSD to transfer Datuk Zainal Abidin Aala as President of the Selayang Municipal Council (MPS) to INTAN is that he has incurred the wrath of Barisan Nasional leaders in disclosing that the planning approval for the Dolomite Park Avenue Project next to the Batu Caves Temple was given on November 30, 2007 and MPS releasing the minutes of the full Board Meeting of November 29, 2007.
All he did was to be PROFESSIONAL
Read More / Baca Lagi >>

Ahli Parlimen BN ‘meroyan’ ditanya tentang Scorpene

Posted: 16 Nov 2012 10:36 AM PST

KUALA LUMPUR 16 November: Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Haron dari Barisan Nasional (BN) 'meroyan' apabila disoal tentang Scorpene.
Ketika dihubungi Keadilan Daily, beliau ditanya berhubung kesediaannya untuk hadir mendengar taklimat Scorpene yang akan disampaikan dua peguam Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham di Parlimen minggu depan.
Idris menjawab, "Saya tak perlu dengar keterangan penipu macam itu, orang macam itu akan guna apa cara sekalipun untuk buktikan dia betul," katanya penuh emosi.
Lebih teruk lagi, beliau turut merapu dengan menghambur kata-kata 'pedas' terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan cuba memburukkannya.
Read More / Baca Lagi >>

Wakil Selangor mahu PAS tegakkan Islam di Putrajaya

Posted: 16 Nov 2012 10:27 AM PST

Salahuddin Nasir membuat gesaan itu ketika perbahasan muktamar parti di Kota Baru hari ini.

Kota Bharu : Wakil Selangor, mahu  pimpinan tertinggi PAS supaya menegakkan Islam selepas  menawan Putrajaya dalam pilihanraya umum ke 13.
"Merampas Putrajaya bukan matlamat utama,  tetapi  menegakkan Islam," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di muktamar parti di Kota Baru hari ini.
Dalam ucapannya beliau meminta ahli PAS yang tidak setia supaya meninggalkan parti itu.
"Kita tidak mahu ahli PAS yang memberi wala kepada parti lain selain PAS. Ahli yang tidak wala sila angkat kaki," tambahnya.
Salahuddin juga memuji Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke kerana mempertahankan Datuk Nik Aziz Nik Mat setelah dihina oleh datuk Seri Chua Soi Lek dalam isu hudud.