Ahad, 28 Oktober 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


‘Jentera Impian’ DAP bawa harapan baru

Posted: 28 Oct 2012 11:03 PM PDT



SEREMBAN, 29 OKT: Seakan sebuah babak dari filem Transformers, DAP melancarkan kenderaan kempen pilihanraya; sebuah treler panjang yang berubah menjadi pentas ceramah,  ditemani dua lori lebih kecil berfungsi sebagai gerai dan pejabat bergerak.
Diberi nama 'Dream Machine' atau Jentera Impian, kenderaan tersebut dilancarkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, di sini malam tadi dalam rangka berhadapan dengan kempen pilihanraya umum ke-13 yang menjelang tiba.
Ketiga-tiga kenderaan tersebut dihiasi maskot burung enggang UBAH dan dilitupi slogan 'Ubah Sekarang, Bersihkan Malaysia' dengan hiasan yang diharapkan bakal memikat pandangan orang ramai.
Bercakap kepada media, Ketua Pemuda DAP merangkap Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke berkata bahawa treler tersebut adalah pentas mudah alih dengan latar belakang besar dan sedikit tata cahaya.
Katanya lagi, trak-trak tersebut dipinjamkan kepada DAP oleh penyokong parti untuk tujuan kempen pilihanraya.
"Trak ini bukan milik kita. Kita tidak melabur apa-apa. Hanya ada kumpulan penyokong yang meminjamkan kenderaan ini dan mengubahsuai kenderaan itu mengikut keperluan," kata beliau kepada media.
Menurut beliau lagi, nama 'Jentera Impian' (The Dream Machine) yang diberi oleh Guan Eng menggambarkan bagaimana kenderaan tersebut akan memberi harapan dan akan membantu merealisasikan impian rakyat Malaysia untuk mengubah kerajaan.
Sebelum ini, PKR telah turut melancarkan bas dan treler yng dihiasi gambar Ketua Umumnya, Dato Seri Anwar Ibrahim.
Bas Jelajah Merdeka Rakyat itu bagaimanapun telah menjadi sasaran serangan ganas dari puak pro-UMNO sejak hari pertama ia dilancarkan.
Namun, Pakatan Rakyat tidak pernah undur walaupun diserang hebat melalui media yang dikuasai UMNO-BN mahupun tindakan ganas membaling batu can cat merah oleh kumpulan-kumpulan rasis. – Roketkini.com

4 ahli DAP dijadikan tebusan oleh polis

Posted: 28 Oct 2012 10:46 AM PDT


Polis jadikan ahli DAP 'tebusan' untuk dapatkan kamera- Chegu Bard



Johor 28 Okt: Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin menyifatkan polis berlagak seperti pengganas 'Abu Sayyaf' apabila menahan 4 anggota DAP ketika ceramah di Bandar Seri Alam, Masai semalam.

 Katanya, kejadian bermula selepas 10 ahli Umno membuat provokasi dengan memasang pembesar suara dengan kuat dari balai raya berhampiran, kira-kira 50 meter dari tempat ceramah. "Penganjur dan saya cuba telefon polis tapi (mereka) tidak beri jaminan untuk datang selesaikan…(Sedangkan) pengajur telah dapatkan permit dua minggu sebelumnya.


 "Keadaan makin tegang ketika saya berceramah dan saya sempat minta polis untuk tampil selesaikan kekecohan…polis memang ada di sana sebab kamera mereka dipasang di hadapan rostrum," katanya lagi. Katanya, beliau meminta petugas SAMM mengawal keadaan dan tidak melayan provokasi Umno serta menyelamatkan kamera berkenaan daripada dirosakkan sebelum beredar ke lokasi ceramah kedua.

 "Namun dalam perjalanan pulang dari program kedua, saya terima panggilan telefon dari polis termasuk dari Ketua Unit Tindakan Khas Johor, Datuk Ramli minta saya pulangkan kamera," katanya. Lebih mengejutkan, katanya, beliau dimaklumkan 4 ahli DAP ditahan polis bernama Inspektor Chim Mui Fatt di IPD Seri Alam dan diugut tidak akan dilepaskan selagi kamera tersebut tidak dipulangkan.

"Inspektor Chim beritahu mereka kalau nak balik, kena minta saya serahkan kamera pada masa itu juga," katanya lagi. Beliau kemudian menyerahkan kamera ketika membuat laporan berhubung provokasi Umno di Balai Polis Seremban pada jam 11.30 pagi tadi. "4 ahli DAP itu dibebaskan pada jam 4.15 pagi selepas ditahan selama tiga jam.

Saya akan buat aduan di Bahagian Tatatertib Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman berhubung tindakan polis yang tidak ikut prosedur itu," katanya lagi. - SUMBER

Lori kecik Najib vs Treler Pakatan ... mampuih dah BN hahahahaha

Posted: 28 Oct 2012 05:09 AM PDT


Cantik dan berpengaruh



PKR punya Voltron Force

DAP punya Transformer

amno lori
umno punya destroyer.. tak dak seni langsunggggg! hahahahaha ......

hahahaha pelakon porno kata Jamil Khir tak faham Hudud ...

Posted: 28 Oct 2012 12:02 AM PDT


Chua Soi Lek kata Jamil Khir tak faham Hudud, cabar beliau berdebat..


Presiden MCA yang pernah menjadi bintang video lucah, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom tidak menyelidik terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan Hudud tidak akan memberikan implikasi kepada bukan Islam.

"Bolehjadi beliau tidak melakukan kerja rumah, saya kecewa dengan apa yang beliau ucapkan" Kata Presiden MCA itu.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa MCA Batu Pahat jumaat lalu, Chua juga mencabar Jamil Khir untuk berdebat tentang bagaimana kesannya Hudud terhadap seluruh rakyat Malaysia jika ianya dilaksanakan..


BATU PAHAT: Datuk Seri Dr Chua Soi Lek says Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Jamil Khir Baharom has not done his homework when he said PAS' brand of hudud would have no effect on non-Muslims.

"Maybe he did not do his homework. I am disappointed with what he said," the MCA president said.

On Wednesday, Jamil Khir told Nibong Tebal MP Tan Tee Beng in the Dewan Rakyat that hudud would not affect non-Muslims. Tan had asked him if it would ever be implemented in Malaysia.

Speaking to reporters after chairing the Batu Pahat MCA committee meeting on Friday, Dr Chua invited Jamil Khir to a debate on how hudud would affect all Malaysians, pointing out that it involved amending the Federal Constitution.

He also pointed out that a political party should not be equated to religion.

"PAS is a political party while Islam is the official religion.

"The MCA is upholding the constitution which states the country's official religion is Islam while Malaysians are free to embrace their own," he said.

Asked if his comments about Jamil Khir would affect Barisan Nasional, Dr Chua said the MCA, as a political party, had the right to express its views.

Dr Chua added that he would not apologise to a group of PAS Youth members who had held a protest at Wisma MCA over his statementon hudud.

"Why should we be scared? We are merely stressing our views and the people have the right to choose," he said ~ The Star Online

Nak kata apa lagi sekarang.. Menteri yang menjaga hal ehwal Islam pun, Presiden MCA ni kata tak faham pasal hudud..

Nampaknya kali ini.. bukan UMNO yang  ahlinya majoriti berugama Islam akan menjelaskan kepada MCA apa itu Hudud dan kesannya kepada rakyat Malaysia..

Tapi MCA yang keseluruhan ahlinya bukan berugama Islam pula akan mentarbiyah dan memberikan tunjuk ajar kepada Ahli-ahli UMNO..

50 tahun lebih bersama.. inilah hasil yang boleh dibanggakan oleh ahli-ahli UMNO.. Anak Sungai Derhaka

BN gagal dalam 6 ujian anti rasuah

Posted: 27 Oct 2012 11:29 PM PDT


MELAKA: 28/10/12   BN telah gagal dalam 6 ujian anti-rasuah iaitu pengisytiharan harta secara terbuka, pelaksanaan tender tebuka, melarang ahli keluarga daripada urusan perniagaan dengan kerajaan, menggugurkan pemimpin BN yang hidup mewah, melindungi peniup wisel yang tulen dan berterus terang tentang sumbangan politik.

Justeru, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, rakyat Malaysia kecewa kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap sumbangan RM40 juta kepada Umno Sabah dibuat dengan cara yang betul dan juga menolak dakwaan kekayaan luar biasa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud.

Lagi satu kes, ujarnya adalah kehidupan luar biasa Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, di mana seramai 130,000 orang tetamu telah dijamu dalam kenduri kahwin yang memecahkan rekod.

"Sehingga hari ini, Ali Rustam gagal menjelaskan siapa yang menaja kenduri mega tersebut, yang Ali Rustam mengatakan hanya menelan belanja RM600,000," ujarnya dalam ucapan pada Konvensyen Tahunan DAP Melaka di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, DAP mencadangkan enam langkah untuk membanteras rasuah.

Pertama, ujar beliau pengisytiharan harta secara terbuka hendaklah diinstitusikan.

Ini, katanya telah dilakukan di Pulau Pinang di mana Ketua Menteri dan seluruh barisan Exco negeri telah mengisytiharkan harta secara terbuka, malah diiktiraf oleh firma akauntan antarabangsa.

"Jika Pulau Pinang boleh melakukannya, kenapa Perdana Menteri dan Kabinet Persekutuan atau Ketua Menteri Sarawak dan barisan Exconya tidak boleh buat yang sama?" soal Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Kedua, katanya pemimpin-pemimpin BN yang hidup mewah dengan memiliki rumah-rumah mewah, kereta, akaun bank peribadi yang besar di luar negeri harus digugurkan; ketiga, ahli keluarga harus dilarang daripada urusan perniagaan dengan kerajaan untuk mengelak lagi satu skandal RM250 juta "lembu dan kondo".

"Keempat, peniup wisel tulen yang membongkarkan kes rasuah yang mengakibatkan dakwaan mahkamah harus dilindungi dan bukan dianiaya.

"Kelima, BN harus berterus terang tentang sumbangan politik seperti sumbangan RM40 juta kepada Umno Sabah. Akhirnya, tender terbuka harus dilaksanakan," katanya lagi.

Beliau menambah, tanpa tender terbuka, projek-projek awam dirunding terus dan dianugerahkan kepada para kroni, lantas menyebabkan kerugian dana awam seperti jualan murah tanah Pangkalan Tentera Udara Sungai Besi.- Harakah Daily

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


TIDAK MASUK AKAL AZMIN JADI MB SELANGOR?

Posted: 28 Oct 2012 09:39 AM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

MUSUH samada dari dalam mahu pun dari luar terus mengambil kesempatan untuk melaga-lagakan Timbalan Presiden PKR, YB Azmin Ali dengan MB Selangor YAB Tan Sri Khalid Ibrahim.  Sudah tentu sesiapa pun yang suka kepada corak kepimpinan YB Azmin akan impikan tokoh ini menjadi MB Selangor, begitu juga bagi mereka yang terpesona dengan pentadbiran TS Khalid akan terus berharap bekas tokoh korporat ini dikekalkan di kerusi beliau sekarang.

Azmin Ali - Timbalan Presiden PKR
Itu lumrah di dalam politik.  Tidak menjadi salah jika mana-mana ahli yang mahukan tokoh itu atau tokoh ini diberi peluang ke jawatan yang lebih tinggi.  Apa yang kurang cerdiknya, di dalam kita berusaha untuk menaikkan tokoh yang kita minati, kita secara tidak sedar turut mencederakan parti sendiri.  Ertikata lain, jangan cipta isu yang boleh digunakan musuh hanya kerana kita mahu tokoh pujaan kita berada di puncak.

Kadangkala aku merasa pelik dan hairan, di mana lojiknya beberapa pihak yang mahukan YB Azmin menggantikan TS Khalid?  Bukan bermakna aku tidak suka kepada YB Azmin untuk menjadi MB Selangor, tetapi aku merasakan kerusi MB Selangor tidak wajar diberikan kepada Timbalan Presiden PKR ini.  Lojikkah pada akal, Timbalan Presiden parti diberi jawatan MB?  Atau, adakah kita tidak yakin PR akan ke Putrajaya maka kita mencongak sedemikian?

TS Khalid Ibrahim - MB Selangor yang dapat pujian dari Ketua Audit Negara
Sekiranya, InsyaAllah, PR ke Putrajaya adakah selayaknya Timbalan Presiden PKR ini diberi jawatan hanya sebagai MB?  Jangan terlalu merendahkan YB Azmin di dalam masa yang sama kita mahu menjatuhkan TS Khalid.  Apakah hampir sepenggal ini TS Khalid tidak boleh membuktikan apa-apa kepada kita khususnya kepada rakyat di Selangor?  Amat rugi jika tokoh hebat ini dilepaskan dari kerusi yang beliau duduki sekarang sebagaimana rugi besar juga jika Timbalan Presiden PKR hanya diberi kerusi MB.  

Sehubungan itu, berfikirlah dengan bijak.  Jangan percaturan politik kita bisa menghancurkan perpaduan di dalam parti.  Kita mesti akur setiap tokoh atau pemimpin mereka juga mempunyai para penyokong sendiri dan sudah tentu para penyokongnya mahu melihat tokoh mereka akan berada di tempat yang terbaik.  Maka sama-samalah kita menghormatinya./wfauzdin.blogspot.com

fcamel 雜記

fcamel 雜記


音量搖控器

Posted: 28 Oct 2012 03:25 AM PDT

昨天和 YKW 看到一個英國衛兵造型的 USB 隨身碟, 我說外型設計滿有趣的, YKW 說她也做得出許多不同類型的設計, 當下我回說要有行動力做出來才算數, 不然大家都會說。

想想自己也沒啥立場這樣講, 幾年前就想寫個搖控器控制桌機音量, 晚上睡覺時方便控制音樂聲音大小。明明可以馬上寫好的東西, 卻一直沒寫。今天總算花了點時間做出來了。總計花了兩小時左右, 依序做了:

  • 了解怎麼用 Win API 控制系統音量, 初步看到幾個作法都有些不安成份, 後來看到別人寫了個命令列程式 NirCmd, 一試就成, 解決整個專案中最困難的一步
  • 安裝 Python 2.7 Win 7 64-bit 的版本
  • 寫個 python script, 直接用 os.system() 執行 NirCmd
  • 改寫成 python daemon, 收到連線傳來的數字後, 設定系統音量
  • 寫個 python client 測試, 確保 python daemon 沒問題
  • 更新一陣子沒用的 Android SDK, 後來想想我只需要用舊版的, 白更新了
  • 寫個 Android application, 試著排出需要的輸入和顯示元件
  • 浪費時間調整了一下版面
  • 實作 SeekBar 的 callback, 確定輸入的 callback 有接起來
  • 研究 Android socket, 看了一下別人的範例, 和 Java 沒什麼差
  • 實測遇到 permission denied, 原因是 manifest 要註明需要使用網路權限
  • 網路連上後有 encoding 轉換問題, 小修一下就 OK 了

做之前想說應該一小時多可以做好吧, 回頭看一下上述步驟, 比原本預想地瑣碎了點。躺在床上用的那一瞬間感覺真爽, 雖然只是個簡單的小東西, 卻有重拾初接觸程式的快感。

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Bersih 3.0: Tian Chua diarah bela diri

Posted: 28 Oct 2012 09:05 PM PDT


Tian Chua

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Batu, Tian Chua diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan tidak mematuhi perintah polis di kawasan Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (Pulapol), sehari selepas perhimpunan Bersih 3.0 April lalu.

Hakim Mahmud Abdullah semasa mengumumkan keputusan itu berkata, beliau membuat perintah tersebut mengikut prinsip undang-undang yang telah digariskan, setelah menilai secara maksimum hujah pihak pendakwa dan pembela.

Mahmud berkata, mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan kes prima facie.

"Mahkamah  berhasrat untuk memanggil tertuduh untuk membela diri terhadap tuduhan yang dihadapi," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

PR mampu bentuk K’jaan Pusat tanpa rasuah, politik kotor

Posted: 28 Oct 2012 09:02 PM PDT

KUALA LUMPUR 29 Oktober: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Pakatan Rakyat (Pakatan) mampu membentuk Kerajaan Pusat yang baru tanpa politik kotor dan rasuah.
Katanya, kemenangan berlandaskan politik matang dan bersih lebih signifikan berbanding budaya fitnah dan penindasan.
"Saya tidak datang untuk mencerca Najib (Razak), Rosmah (Mansor) dan Umno. Saya nak (Pakatan) menang dan rakyat bangkit menolak rasuah dan fitnah," katanya di depan 400 penduduk di Warung Ibu Nasi Ambeng, Kg Sungai Gulang-Gulang, Permatang, Tanjung Karang pada Jelajah Merdeka Rakyat semalam.
Ketua Umum KEADILAN itu berkata, Umno BN terus goyah dan banyak isu yang gagal dipertahan melainkan memburukkan Pakatan, meskipun mereka menguasai seluruh jentera kerajaan termasuk media.
Beliau mengingatkan rakyat jangan terkeliru dengan dakyah yang dimainkan media yang terus-menerus memutarbelitkan fakta sebenar.
Read More / Baca Lagi >>

MCA bantu dedahkan Umno yang sebenar

Posted: 28 Oct 2012 09:01 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kenyataan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden MCA yang secara terbuka  menentang Syariat Islam,  khususnya undang-undang jenayah hudud,  adalah menyerlahkan sikap Barisan Nasional yang sebenar, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau.

Kenyataan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden MCA yang secara terbuka  menentang Syariat Islam,  khususnya undang-undang jenayah hudud,  adalah menyerlahkan sikap Barisan Nasional yang sebenar.

Perlu diingat bahawa UMNO adalah parti teras dalam BN, yang wujud bersama MCA, MIC, GERAKAN dan lain-lainnya sebagaimana yang kita ulangi sudah pun diberi amanah menerajui pemerintahan negara Malaysia ini selama lebih dari lima puluh tahun.

Hakikatnya ialah, bahawa UMNO memimpin kerajaan pusat dan kebanyakan kerajaan negeri, dengan adanya Biro Agama dalam UMNO itu sendiri, dalam kerajaannya ada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam - yang diletakkan  dibawah Jabatan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO,dan ada menteri penjaganya.

Read More / Baca Lagi >>

Lebong PRU13 : Pemberian BR1M kerana ekonomi dunia tidak menentu, kata timbalan menteri kewangan

Posted: 28 Oct 2012 08:59 PM PDT

KUALA LUMPUR, 29 Okt — Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim berkata pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) adalah bertujuan untuk membantu rakyat yang menghadapi kesempitan hidup dalam keadaan ekonomi ketika ini yang semakin buruk.
Lim (gambar) juga berkata langkah ini diambil memandangkan kerajaan memahami kesusahan rakyat berhadapan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu ketika ini dan bukannya gula-gula politik seperti dikatakan pembangkang.
"Pembangkang ini hanya putar-belit sahaja. Semua yang kerajaan lakukan dikatanya tidak baik.
"Kerajaan sedar keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu ini menyusahkan rakyat, sebab itu pemberian BR1M ini diberikan sekali lagi," kata Lim.
Di samping itu, Lim juga menegaskan langkah yang diambil kerajaan di dalam memberikan bantuan seperti ini turut dilakukan oleh negara maju lain seperti Singapura, Taiwan dan Hong Kong.

Pengeluaran bon Malaysia mencecah RM100b pada September

Posted: 28 Oct 2012 08:56 PM PDT

KUALA LUMPUR, 29 Okt — Pasaran bon Malaysia terus berkembang pada rekod mencecah RM100 bilion pada September, melebihi rekod RM70 bilion tahun lalu kata Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Datuk Ranjit Ajit Singh.
Jumlah keseluruhan bon pada akhir September mencecah jumlah RM980 billion berbanding  RM841 billion penghujung tahun lalu.
Ranjit (gambar) berkata Malaysia kini merupakan negara ketiga pengeluar bon di rantau Asia dan meliputi 70 peratus daripada pasaran sukuk global.
Beliau turut menjelaskan penstrukturan bon yang sedang diusahakan suruhanjaya berkenaan akan memperluas lagi pasaran bond mencecah "pelabur-pelabur institusi kepada pelabur runcit bermula dengan bond yang dijamin kerajaan.
Read More / Baca Lagi >>

500 ribu ahli umno mengundi pakatan rakyat dan tidak percaya dengan kata kata Najib Razak..!!

Posted: 28 Oct 2012 08:14 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada majlis jamuan Janji Ditepati di Stadium Majlis Perbandaran Manjung Perak, berkata Pakatan rakyat tidak mampu memerintah
Sehubungan dengan itu,Tun Dr Mahathir Mohammad ketika menjawab soalan seorang peserta pada sesi dialog selepas menyampaikan ucaptama pada majlis Bicara Negarawan, Pemantapan Profesionalisme, Tranformasi Budaya Kerja dan Pentadbiran Pegawai-pegawai Tadbir Negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu di Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu berkata, Anwar tidak layak jadi perdana menteri.
Pendek kata dimana sahaja perdana menteri dan bekas perdana menteri pergi pasti itulah serangan terhadap pakatan dan rakyat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuat rakyat yakin dan mengundi umno/BN pada PRU 13 nanti.
Setakat hari ini barangkali sebanyak 2.5 juta ahli umno percaya dan yakin dengan kata kata Perdana menteri Mohd Najib Razak bahawa Pakatan rakyat (pembangkang) tidak mampu memerintah.Tetapi belum tentu mereka yakin dengan kata kata Tun Mahathir, Anwar tidak layak jadi perdana menteri.
Read More / Baca Lagi >>

Lidah UMNO : Undi PKR, kukuhkan DAP — Zulkiflee Bakar

Posted: 28 Oct 2012 08:11 PM PDT

29 OKT — Dalam Pilihan Raya Umum 2008, Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ditubuhkan atas dasar demi memperjuangkan nasib seorang pemimpinnya telah mencapai kejayaan agak cemerlang. Parti itu yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim "berjaya" menewaskan dua parti pembangkang lain iaitu DAP dan PAS apabila memperolehi 31 kerusi.
Ketika itu DAP memperolehi 28 kerusi manakala PAS 23 kerusi. Bagaimanapun jumlah kerusi yang diperolehi oleh PKR berkurangan apabila ramai ahli Parlimennya membuat keputusan meninggalkan parti itu menjadi wakil rakyat Bebas.
PKR mampu berdiri tegak dan mendabik dada menjadi sebuah parti yang paling berkuasa di kalangan pakatan pembangkang kerana keupayaan mereka merampas kerusi di kawasan-kawasan yang sebelum ini diwakili oleh Umno.
Mengikut keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 terdapat kira-kira 15 kerusi milik Umno yang berjaya dirampas PKR. Kejayaan PKR itu juga dianggap kejayaan bagi DAP dalam usaha mengurangkan kekuatan Umno di dalam Dewan Rakyat.
Sebab itulah DAP tidak pernah ambil pusing mengenai kekuatan PKR kerana mereka memahami PKR berbeza dengan PAS. PKR tidak memperjuangkan Islam dan sentiasa sahaja menyokong apa juga yang dilakukan oleh DAP termasuklah dalam soal hak-hak orang Melayu.
Aspirasi
Read More / Baca Lagi >>

Pembalakan haram: Mohamad Hassan bohong, KEADILAN ada bukti

Posted: 28 Oct 2012 08:05 PM PDT

KUALA LUMPUR 29 Oktober: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan berbohong berhubung skandal tanah yang mengaitkannya, sedangkan KEADILAN ada bukti kukuh, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
Beliau mengulas jawapan Mohamad bahawa tanah hutan simpan di negeri itu di bawah seliaan Yayasan Negeri Sembilan dan hanya dipajak untuk tanaman kelapa sawit.
"Menteri Besar bohong apabila dakwa tanah itu milik kerajaan negeri. Kita juga akan buktikan skim pajakan yang digunakan sangat tidak menguntungkan (kerajaan negeri) dan tidak beri apa-apa hasil kepada rakyat," katanya.
Rafizi berkata, KEADILAN mempunyai cukup bukti kukuh menunjukkan Yayasan Negeri Sembilan digunakan pimpinan politik Umno BN negeri itu untuk mendapatkan kawasan hutan berkenaan.
Katanya lagi, penerokaan hutan simpan dibuat secara berperingkat, dimulai dengan penebangan balak dan diikuti dengan tanaman kelapa sawit.
Read More / Baca Lagi >>

Najib terpaksa ke Sabah lagi, abang ipar Speaker DUN Sabah sertai PKR

Posted: 28 Oct 2012 08:02 PM PDT


Kedatangan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berulang kali sejak awal tahun ini semakin membuahkan hasil buat Pakatan Rakyat!

Barisan Nasional (BN) kini ditinggalkan seorang lagi pemimpin masyarakat Sabah.
Balanting Erom, abang ipar kepada Salleh Tun Said mengisytiharkan penyertaannya ke dalam Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) di Kampung Raganan, Tuaran sebentar tadi.
 

Beliau juga merupakan bekas Timbalan Presiden Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR).
Borang menyertai KEADILAN diserahkan sendiri Balanting kepada Ketua Cabang Tuaran, Ansari Abdullah dalam satu ceramah 'Bicara Rakyat - Kebangkitan Rakyat Menuntut Perubahan' di kampung itu malam tadi.
 

Balanting merupakan antara tenaga penggerak mengemudi perjuangan untuk mengembalikan hak-hak rakyat termasuk penubuhan Suruhanjaya Sisatan Diraja (RCI) berkaitan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan pengembalian Hak Tanah Adat (NCR) di Sabah.
 

Read More / Baca Lagi >>

Lensa : Jelajah Merdeka Rakyat Selangor Semalam.

Posted: 28 Oct 2012 08:00 PM PDT

Antara pemimpin yang sama turut serta dalam program Jelajah Bas Merdeka Rakyat Ke Selangor ialah Dato' Sri Anwar Ibrahim, Tan Sri Khalid Ibrahim, Azmin Ali & beberapa orang pemimpin lain.

Bermula seawal jam
  9.30 pagi – program itu bermula di Pekan Sungai Besi sebelum ke Kg Sungai Gulang-Gulang, Permatang, Tanjung Karang, Sungai Besar , Sabak Bernam sebelum ke Felda Sungai Tengi Selatan.

Program diteruksan dengan jelajah ke Hulu Selangor, tazkirah dan solat berjamaah di Masjid Abu Bakar Ali Bashah, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung sebelum ke Pekan Rasa dan seterusnya ke Pusat bandar Baru Batang kali, Hulu Selangor untuk Ceramah Perdana.
 
Read More / Baca Lagi >>

Zaman Anwar Ekonomi Berkembang, Zaman Najib Malaysia Diambang Muflis

Posted: 28 Oct 2012 07:58 PM PDT

Timbunan hutang kerajaan mencecah 65 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) jika jaminan hutang kerajaan diambil kira, kata bekas Pengerusi KEADILAN Terengganu, Abdul Rahman Yusof.
Beliau berkata, hutang negara ialah RM476 billion bersamaan 54 peratus daripada KDNK atau 55 peratus daripada Keluaran Negara Kasar (KNK) pada hujung 2011.

"Jaminan hutang yang diberi kerajaan mencecah lebih RM100 bilion. Jika ia diambil kira, hutang dan jaminan kerajaan melebihi 65 peratus daripada KDNK," katanya.

Abdul Rahman berkata, Malaysia mengalami belanjawan defisit 15 tahun berturut-turut sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat pada 1998.

Ketika Anwar masih Menteri Kewangan antara 1991-1997, katanya, belanjawan sentiasa seimbang atau mencatat lebihan manakala purata pertumbuhan ekonomi ialah 8.7 peratus.

Sedangkan, beliau berkata, purata pertumbuhan ekonomi antara 2000 hingga 2012 hanya 1.22 peratus dengan kadar pertumbuhan paling tinggi hanya 5.9 peratus dan terendah (-7.6 peratus)

"Prestasi Menteri Kewangan sekarang (2009–2011) hanya mencatat purata pertumbuhan ekonomi 3.2 peratus.
"Jika dimasukkan 1998 – tahun Anwar dipecat, purata pertumbuhan ekonomi 1991-1998 ialah 7.0 peratus," katanya.

Mapim: Gerakan, MCA cetus isu kerana PRU13

Posted: 28 Oct 2012 07:57 PM PDT

ALOR SETAR - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) kecewa dengan sikap biadab pemimpin parti Gerakan dan MCA yang berterusan membuat serangan dan penghinaan terhadap hukum hudud.

Setiausaha Agungnya,  Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, kedua-dua parti itu dilihat cuba berselindung di sebalik alasan konon hukum hudud yang diutarakan adalah 'buatan' Pas, dan menggunakan kesempatan politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) untuk melancarkan kempen anti hudud dengan menyatakan pendirian secara terbuka yang melampau.

"Kita tiada masalah jika mereka tidak bersetuju dengan hudud dilaksanakan ke atas bukan Islam. Pakar undang-undang dan ahli ilmuwan Islam boleh berhujah jika mereka bersedia memahami kenapa hudud lebih berkesan mengekang jenayah," katanya.

Menurutnya, hudud kini menjadi bahan serangan murahan kepada parti politik yang mencari kelebihan meraih pengundi bukan Islam.
Read More / Baca Lagi >>

Pulai : Kedudukan Nur Jazlan terumbang-ambing

Posted: 28 Oct 2012 07:26 PM PDT

29 Okt - Datuk Nur Jazlan, Ahli Parlimen Pulai yang juga Pengerusi UDA Holdings diserang kerana beliau tidak membenarkan ahli politik dan oportunis 'projek' untuk mendapat habuan daripada UDA Holdings.

Disebabkan itulah, UDA diserang kononnya meminggirkan kontraktor Melayu daripada pemberian projek dan kontrak.

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Perkasa dan organisasi-organisasi Melayu lainnya memainkan isu ini di media sehinggakan projek pembangunan semula Penjara Pudu terpaksa dibatalkan oleh Kementerian Kewangan daripada diberikan kepada syarikat antarabangsa daripada China.

Bidaan daripada syarikat China tersebut merupakan nilai tertinggi yang diterima oleh UDA dan akan memberikan keuntungan lumayan kepada UDA.
Read More / Baca Lagi >>

Pas Tubuh Tribunal Tanah Di Sabah Jika PR Menang

Posted: 28 Oct 2012 07:25 PM PDT

Oleh: HJ. HAMZAH HJ ABDULLAH
PAS Sabah mengikuti dengan serius pergolakan yang melanda para peneroka di Koyah A, Kinabatangan, di mana hak pemilikan ke atas tanah-tanah mereka telah dirampas secara licik oleh individu dan pemilik syarikat yang mempunyai hubungan yang rapat dengan pemimpin-pemimpin atasan UMNO/BN.

Bagi pihak PAS Negeri Sabah, saya menegaskan bahawa isu ini telah berlarutan selama lebih 20 tahun dan saya telah turut terlibat membantu para peneroka untuk mendapatkan semula hak-hak mereka seawal tahun 1994 lagi serta telah beberapa kali berusaha mengadakan pertemuan di antara para peneroka dengan 'penceroboh' tanah ini yang juga terlibat dalam operasi kuari haram di Silam, Lahad Datu.
Namun, usaha-usaha yang saya lakukan ini telah gagal kerana 'penceroboh' tanah ini enggan bertemu dengan para peneroka. Setelah meneliti Ahli Lembaga Pengarah syarikat yang dimiliki 'penceroboh' tanah ini, maka saya membuat satu kesimpulan yang tepat bahawa di dalam syarikat tersebut terdapat beberapa pemimpin UMNO yang berpengaruh memiliki saham serta duduk sebagai Ahli Lembaga Pengarah.

Di sinilah punca sebenar kenapa masalah ini tidak boleh selesai dan telahpun berlanjutan selama lebih 20 tahun. 'Penceroboh' tanah ini juga memiliki Sijil Anak Negeri dan mendakwa beliau sebagai seorang pribumi. Tetapi rekod-rekod dokumen kelahiran beliau mengesahkan bahawa beliau dan juga ayah beliau adalah seorang pendatang dari Fujian, China. Rekod dokumen peribadi beliau juga telah disiarkan dalam beberapa blog khususnya Sabahkini.net
Read More / Baca Lagi >>

PAS tak akan rampas tanah Adun BN

Posted: 28 Oct 2012 07:23 PM PDT

Oleh: Mat Zain Mat Isa
 
Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa di antara kelompok makhluk politik paling jahat dan khianat dalam negara ini ialah para pemimpin dan pendukung Umno Terengganu. Kejahatan, kezaliman, kedengkian dan diskriminasi dilakukan mereka sangatlah memalukan.
 
Bahkan, dalam kes-kes tertentu ia membelakangkan nilai perikemanusiaan. Kegilaan politik mereka malah pernah sampai ke peringkat terhasilnya tindakan-tindakan yang tidak dapat diterima akal yang waras.
Manakala pihak paling terkesan sebagai mangsa tindakan-tindakan tidak bertamadun itu tidak lain daripada pendukung parti lawan Umno. Siapa lagi kalau bukan para pemimpin dan penyokong PAS di negeri itu?
 Hampir tiada aspek hidup seharian yang tidak dicampur-adukkan dengan sentimen politik. Namakan apa saja – soal pengurusan masjid dan surau, bantuan kebajikan, bantuan pelajaran, kemudahan awam dan lain-lain – segalanya dipastikan tidak dimanfaatkan semudahnya oleh penyokong parti pembangkang.
 
Ertinya, segala aspek hidup rakyat Terengganu tidak lari dari merit politik. Dalam hampir setiap keadaan, yang menguasai suasana dan memonopoli manfaat-manfaat itu ialah "puak-puak Umno".
 
Sebab itu menurut rekod sejarah negara, Terengganu telah menyaksikan ketegangan politik antara PAS dan Umno yang paling dahsyat. Suhu politik negeri itu sentiasa panas, malah ada ketikanya ia sampai ke tahap "mendidih".
 
Read More / Baca Lagi >>

11 Isteri: Bertaubatlah.. Kata Bekas Isterinya

Posted: 28 Oct 2012 07:22 PM PDT

Kuala Lumpur: "Bertaubatlah… kembalilah ke pangkal jalan." Itulah rayuan seorang bekas isteri kepada Mohd Razis Ismail, 30, yang didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, Khamis lalu, atas tuduhan memalsukan dokumen dan bernikah tanpa kebenaran mahkamah.

Wanita itu yang memperkenalkan dirinya sebagai Sha, 36, berkata, sudah sampai masa Razis menginsafi perbuatannya menganiaya isteri dan bekas isterinya yang lain selama ini.

"Setidak-tidaknya fikirkan masa depan anak, jangan malukan mereka.

"Saya berharap dia ambil pengajaran dengan apa yang berlaku. Ramai yang marah dan tertipu dengan perbuatannya, jadi berubahlah," katanya ketika ditemui Metro Ahad di sini.

Sha pernah menjadi isteri Razis pada 2010, namun perkahwinan mereka dibatalkan mahkamah awal tahun ini kerana dinikahkan oleh jurunikah tidak bertauliah.

Berikutan pembubaran hubungan itu, anak pertama mereka dianggap anak luar nikah dan kini dibinkan 'Abdullah', malah nasib sama juga bakal menimpa bayi yang kini dalam kandungan Sha.

Buat masa ini, Sha hanya mahu memikirkan masa depan anaknya.
Read More / Baca Lagi >>

Apabila sekutu UMNO kian sukar dibela..MCA makin meroyan...!!!

Posted: 28 Oct 2012 07:20 PM PDT

Oleh Lim Hong Siang
Rata-rata menganggap MCA kini semakin terdesak, seandainya diperhatikan hujah-hujah yang dikeluarkan bukan sahaja Presidennya, Chua Soi Lek, tetapi juga pemimpinnya yang lain ketika dalam Perhimpunan Agung MCA ke-59, baru-baru ini. Soi Lek terus menyerang dengan isu Hudud, selepas membeliakkan orang ramai dengan hujah "1.2 juta orang akan menganggur seandainya Hudud dilaksanakan", memetik angka dari sms yang tidak dikenali pengirimnya.


Naib Pengerusi Wanita MCA, Heng Seai Kie pula memetik hujah Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat di luar konteks, menyimpulkannya sebagai "Nik Aziz menghasut muslim untuk merogol bukan muslim", menurut laporan Malaysiakini. Ironinya, antara kain rentang yang menghiasi Perhimpunan Agung MCA ke-59 ini bertulis, "MCA menyanjung keamanan, DAP menghasut kebencian". Hujah-hujah yang berbaur prejudis ini telah mencungkil sensitiviti masyarakat Islam, malah PERKASA yang menyokong Barisan Nasional sepanjang ini tampil menyatakan pendirian untuk tidak menyokong MCA dalam PRU 13. Jika disimpulkan dalam satu perkataan, maka apa yang dilakukan MCA kebelakangan ini namanya BANGANG.
Read More / Baca Lagi >>

Polis lari bila Pencacai UMNO mulakan provokasi?

Posted: 28 Oct 2012 07:15 PM PDT

Pada 28 Oktober 2012, sekitar jam 11.35 pagi che'GuBard dengan diiringi Sdr Saufi, Penyelaras bersama SAMM NS bersama 4 teman SAMM yang lain telah tampil ke Balai Polis Seremban 2 (IPD Seremban) untuk membuat laporan polis dan menyerahkan handycam yang diselamatkan oleh SAMM semalam.

Laporan polis (serialam/009753/12) telah diterima oleh Lans Kopral Siti Noorasishah Bt Ishak, dalam laporan dua muka surat yang ditaip sendiri saya tegaskan semua kronologi kejadian yang berlaku. Laporan saya bertujuan untuk polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap kejadian provokasi oleh Umno yang jelas mahu mencetuskan keadaan kacau dan pergaduhan.

Kedua saya nyatakan dalam laporan saya mendesak tindakan diambil kepada anggota polis yang sengaja mendiamkan provokasi Umno berlaku termasuk pegawai polis pengendali handycam yang jelas hadir dan mendiamkan diri bila kekecohan berlaku.

Saya juga dimaklumkan mengenai kehadiran sekumpulan anggota polis dari Johor telah berada di IPD Seremban sejak awal pagi lagi.

Kemudian saya telah dibawa oleh ACP Hj Ghaffor Hj Yunus Pegawai Siasatan Jenayah IPD Seremban untuk dirakam percakapan. Sekali lagi saya ceritakan semua kronologi yang berlaku dan menjawab semua soalan yang berkaitan yang diajukan kepada saya.
Read More / Baca Lagi >>

Pemuda DAP kecewa polis bersikap tidak profesional

Posted: 28 Oct 2012 07:14 PM PDT


Pemuda DAP kecewa polis bersikap tidak profesional
Hong Ping (duduk, tiga, kiri) menunjukkan salinan laporan polis dan permit ceramah yang mereka miliki.
 
JOHOR BAHRU - Pemuda DAP negeri kecewa dengan tindakan polis yang didakwa gagal bertindak profesional apabila ceramah di Bandar Seri Alam, dekat sini, malam kelmarin, diganggu sekumpulan individu.

Ketuanya, Tan Hong Ping berkata, kumpulan itu didakwa melakukan provokasi dengan memasang pembesar suara di halaman pejabat parti yang terletak kira-kira 20 meter dari lokasi tapak ceramah anjuran DAP.

"Cakera padat digital (DVD) dimainkan dengan kuat menerusi pembesar suara berkenaan sehingga mengganggu penceramah dan hadirin.

"Pembesar suara itu diletakkan menghala ke arah ceramah yang dianjurkan. Kami ada memberitahu polis supaya menyelesaikan perkara ini, namun tidak berkesan. Kami tidak faham mengapa perlu ada provokasi sedangkan ceramah itu sudah mendapat permit," katanya kepada media di pejabat DAP di Taman Seri Orkid, di sini, semalam.

Read More / Baca Lagi >>

Survival sekolah tahfiz: Sumber kewangan terhad, cari alternatif

Posted: 28 Oct 2012 07:04 PM PDT


Survival sekolah tahfiz: Sumber kewangan terhad, cari alternatif
Pelajar sebuah sekolah tahfiz terpaksa meminta derma daripada orang ramai untuk memastikan pengurusan sekolah dapat meneruskan usaha melahirkan golongan hafiz dan hafizah.
MEMILIH untuk belajar di sekolah tahfiz kini semakin menjadi pilihan ibu bapa yang ingin melihat anak mereka menghafal al-Quran dengan cara yang lebih terancang. Tidak terkecuali, pilihan itu adakalanya keputusan pelajar sendiri kerana lebih cenderung kepada pengajian agama secara total.

Namun tidak ramai yang tahu sebenarnya pelbagai kesusahan dan keperitan terpaksa dilalui pengurusan sekolah tahfiz ini terutamanya sekolah persendirian untuk mencari sumber kewangan. Dengan hanya mengharapkan sumbangan derma dan sedekah daripada pihak tertentu dan orang awam, pengurusan sekolah tahfiz perlu tahu untuk berjimat cermat bagi memastikan survival mereka menjulang fi sabilillah ini berkesinambungan.

Dalam usaha untuk tidak terlalu bergantung kepada sumbangan derma semata-mata, ada sesetengah pengurusan sekolah tahfiz menggunakan pelbagai alternatif lain untuk mendapatkan sumber kewangan seperti menganjurkan kem hafazan Quran pada musim cuti persekolahan, penjualan takwim mahupun buku-buku agama dan tidak ketinggalan mengutip derma di tempat awam.
Read More / Baca Lagi >>

Survival sekolah tahfiz: Sumber kewangan terhad...bila pengajian Islam dipinggir pemerintah..!!!

Posted: 28 Oct 2012 06:30 PM PDT


Survival sekolah tahfiz: Sumber kewangan terhad
Survival sekolah tahfiz: Sumber kewangan terhad
MEMILIH untuk belajar di sekolah tahfiz kini semakin menjadi pilihan ibu bapa yang ingin melihat anak mereka menghafal al-Quran dengan cara yang lebih terancang. Tidak terkecuali, pilihan itu adakalanya keputusan pelajar sendiri kerana lebih cenderung kepada pengajian agama secara total.

Namun tidak ramai yang tahu sebenarnya pelbagai kesusahan dan keperitan terpaksa dilalui pengurusan sekolah tahfiz ini terutamanya sekolah persendirian untuk mencari sumber kewangan. Dengan hanya mengharapkan sumbangan derma dan sedekah daripada pihak tertentu dan orang awam, pengurusan sekolah tahfiz perlu tahu untuk berjimat cermat bagi memastikan survival mereka menjulang fi sabilillah ini berkesinambungan.

Dalam usaha untuk tidak terlalu bergantung kepada sumbangan derma semata-mata, ada sesetengah pengurusan sekolah tahfiz menggunakan pelbagai alternatif lain untuk mendapatkan sumber kewangan seperti menganjurkan kem hafazan Quran pada musim cuti persekolahan, penjualan takwim mahupun buku-buku agama dan tidak ketinggalan mengutip derma di tempat awam.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia kita : Keperitan sekolah tahfiz kumpul dana

Posted: 28 Oct 2012 06:29 PM PDT


Keperitan sekolah tahfiz kumpul dana
Kolam renang Wadi al-Amin ini akan dibangunkan mengikut fasa dan dijangka akan dipelbagaikan dengan tarikan lain seperti kolam memancing, trek basikal dan tapak perkhemahan.
Keperitan sekolah tahfiz kumpul dana
Aktiviti memanah juga akan diajar kepada peserta kem hafazan al-Quran sekaligus mengamalkan sunnah nabi SAW.
KEBANYAKAN maahad tahfiz yang dibina di negara ini bergerak secara sendirian tanpa kewangan yang kukuh sekali gus memaksa mereka mempelbagaikan kaedah untuk mencari sumber dan dana bagi menampung kos perbelanjaan bulanan.

Pengerusi Maahad Tahfiz al- Quran al-Amin Kampung Berhala Gantang, dekat Temerloh, Wahid Ghaffar Ibrahim mengakui kebanyakan maahad tahfiz di negara ini khususnya yang baru dibuka menghadapi masalah kewangan hingga memaksa mereka mengutip derma.

Menurutnya, kutipan derma adalah kaedah terbaik mengutip dana dalam tempoh yang singkat bagi menampung kos perbelanjaan bulanan.

"Kalau dahulu kutipan derma atas nama 'pondok' al-Quran tetapi sekarang atas nama tahfiz, ia sama sahaja tetapi masyarakat kita mungkin lebih pemurah apabila kutipan derma diberikan atas nama maahad tahfiz.

Read More / Baca Lagi >>

ANWAR THE ONLY HOPE: M'sia in desperate need for LEADERSHIP to see through GE13

Posted: 28 Oct 2012 06:26 PM PDT

In politics there will always be players with vested interest. In good times, the bad ones will be sidelined in due course. So that is not a problem.
But when a nation is being forced to put a particular political party on the winning slate as the country nears an election date, then we need to recognize the dangers imbeded. Only tested and proven leadership can save the day.
It is time to recognize that Malaysians are desperate to have a strong, able and charismatic leader arise above the current piling stench of political party greed.
Rise above party flag
Voting a political candidate based on his party flag – knowing full well that the candidate is gutter rubbish is behavior of the past. It holds no glue any more for the onward progress of a multi-racial society in this 21st century.
Unfortunately BN has for long propagated and appears too deeply rooted in this archaic concept of 'vote the party' and 'never mind the candidate'. This certainly will not do any more and certainly not in this New Age networked society.
Hence the opposition party coalition must be quick to recognize that if it needs to emerge with stunning victories, merely fighting issues of corruption and misdeeds alone are not enough.
It needs to groom, raise, propel and support a leader for all. That leader must be seen as one who has the knowledge, experience, track record and charisma to be a leader of all races, all religions and all political leanings.
And every candidate the coalition fields must be benchmarked in public scrutiny for ability, character and strength.
This calls for party ideology sacrifices. It calls for streaming a singular political message with a commonly pursued political thought that forms the cornerstone of the battle cry.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan’s priority must be poverty eradication

Posted: 28 Oct 2012 06:25 PM PDT

akatan Rakyat should consider the creation of two new departments – a department for the eradication of poverty, and a minority affairs department.

By Ali Cordoba
Pakatan Rakyat is planning to come out with its latest electoral manifesto with a plethora of new measures and policies that will literally transform the face of Malaysia. While the opposition members has hinted on some major measures, little has been heard of some vital ones.
In the wake of the next budgetary performance by the Barisan National (BN), the Pakatan Rakyat will surely base its manifesto on the loopholes that will appear in Prime Minister Najib Tun Razak's speech at the august Parliament.
This will give the opposition an edge in gearing towards the final preparations for its manifesto, which it is hoped will be a unified manifesto.
Members of Pakatan, including Opposition Leader Anwar Ibrahim, has already hinted at measures to reduce car prices, demolish tolls and build cheaper houses. These measure will surely benefit the rakyat who are considered less fortunate.
They will also be a real bag of goodies for the young generation of Malaysians. The younger generations are definitely having problems in getting their own homes due to the spiraling prices in the property sector.
Cheaper cars, we are told, will also help the Malaysians save more money by paying less interest and less duties. These (duties and interests) have been earmarked by Pakatan as the very reason for the hardship many families had faced in the past.
Additional measures needed
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita : Janda, isteri rebut durian runtuh Felda.....kemusnahan ciptaan UMNO@BN...!!!!

Posted: 28 Oct 2012 06:23 PM PDT


Janda, isteri rebut durian runtuh Felda

SHAH ALAM - Noor, seorang janda, pada mulanya teruja mendengar pengumuman Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad yang menyatakan janda akan turut menerima bahagian mereka apabila durian runtuh diagihkan kelak.

Dia agak kecewa kerana perkara itu tidak berlaku. Pengalaman pahit dilalui.

Pun begitu, Noor dari Felda Jengka 14, Pahang reda dengan keengganan bekas suaminya menyerahkan sebahagian duit durian runtuh yang sepatutnya diterima isteri peneroka Julai lalu.

Noor, 43, berkata, sebelum bercerai, dia dan suami tinggal di Felda Bukit Sagu.

Menurutnya, dia sudah membuat tuntutan kepada bekas suaminya itu, namun tidak diendahkan.

"Saya juga telah meminta bantuan pihak pengurusan Felda di sana (Bukit Sagu) supaya membantu saya mendapatkan bahagian saya, namun mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana ia bergantung sepenuhnya atas budi bicara bekas suami," katanya kepada Sinar Harian.

"Sepatutnya janda dan isteri baru masing-masing akan menerima RM2,500 tetapi lain pula yang terjadi kepada saya.Read More / Baca Lagi >>