Pagi inilebih daripada 30trakyangdipenuhidengan syiling5 sentibadiibupejabatAppledi California. Pada mulanya,yangsyarikatkeselamatanyangmelindungikemudahanberkataiatelahdialihkanketempat yang salah,tetapiminit kemudian,TimCook(Ketua Pegawai Eksekutif Apple) menerimapanggilandariSamsungKetua Pegawai Eksekutifmenjelaskanbahawamerekaakanmembayar$ 1000000000dolaruntukdendabaru-baru inidengan yang diutuskanterhadapSelatansyarikat Koreadengan cara ini.
bahagian lucu adalahbahawadokumen yang ditandatanganitidak menetapkankaedah pembayarantunggal, jadiSamsungberhakuntuk menghantarkepadapenciptaiPhonesedolarbilionsepertiyangmereka fikirkanterbaik.
Lee Kun-Hee berkata, taktik kotor, menyebabkan Pihak Apple sakit kepalakeranamereka perluuntuk memohonuntuk mengirasemua wang itu, dan memeriksa jika ia adalahlengkap dancubauntuk mencari bank bagi mengira semua duit yang telah dihantar oleh pihak Samsung.
Lee Kun-hee, PengerusiSamsung Electronics, memberitahu mediabahawa, syarikatitutidak akantakutoleh sekumpulan"Geeks dengan gaya" dan bahawajikamereka mahu bermainkotor, mereka juga tahubagaimana untuk melakukannya.
Anda boleh menggunakansyiling andauntuk membeliminumandi mesinsedikituntuk hidupatau mencairkansyilinguntukmembuat komputer, itu bukan masalah saya, saya sudahmembayar merekadanmemenuhiundang-undang.
Sejumlah 20000000000syiling, telah disampaikandan berharap untukmenamatkan persengketaan pada minggu ini.
Mari kita tunggu dan lihat bagaimanaApple akanbertindak balas ????
Sebelum ni dah terbongkar cerita DBKL , kakitangan awam dan badan berkanun "dikerahkan" wajib hadir ke sambutan Hari Kemerdekaan untuk "meramaikan" Himpunan Janji Ditepati yang kerajaan nak buat di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kah..kah..kah... dah macam hari sukan sekolah pulak dah, wajib hadir...
KTMB lagi best, mengikut 1 sumbar dalaman, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), surat pengerahan kakitangan mula dihantar melalui Unit Sumber Manusia dengan mewajibkan setiap jabatan menghantar wakil.
"Berdasarkan surat tersebut, KTMB diwajibkan menghantar 100 penyertaan dan setiap jabatan wajib hantar wakil.
Mengikut surat itu, mereka akan diberikan RM30 dan sehelai t-shirt, disampingcuti ganti 1Hari. kah..kah..kah
Pelik apasal masa himpunan BERSIH haritu ramai yang join... dari segenap pelusuk Malaysia turun.. tak payah pun bagi T-shirt free... tak payah bagi RM30 macam umno buat pun tapi ramai...
Jawapannya mudah.. sbb umno BN ni dah tak laku dah. sbb tu terpaksa buat ape saje untuk tarik sokongan.
So kita tak perlulah diumpan RM30 dan T-shirt dan jadi budak sekolah pulak. kah..kah..kah.
Tak menyokong kerajaan zalim dan korup bukan tanda tak patriotik, lawan pemimpin yang curi harta rakyat tu lebih patriotik dari si pengampu menteri. betul tak? - Tukang Lawan
hari ini menyalahkan Mahkamah Rayuan kerana membiarkan seorang lagi perogol remaja bawah umur bebas dari penjara, dengan berkata mahakamah telah melepaskan tanggungjawab untuk melindungi kanak-kanak.
Bekas menteri 'de facto' undang-undang itu merujuk kepada dua kes mahkamah membebaskan dua orang lelaki yang didapati bersalah mengadakan hubungan seks dengan kanak-kanak bawah umur dari dihukum mandatori lima tahun penjara minimum serta sebatan dibawah seksyen 376(2) Kanun Keseksaan.
"Saya menyalahkan Mahkamah Rayuan dalam keadaan sebegini di negara ini, dengan menganggap kes rogol bawah umur sebagai kesalahan yang tidak serius," kata Zaid dalam kenyataannya yang dihantar kepada The Malaysian Insider hari ini.
Isu tersebut mencetuskan kemarahan orang ramai selepas Mahkamah Sesyen membebaskan Chuah Guan Jiu, 22 tahun dengan ikat jamin RM25,000 selama tiga tahun walaupun didapati bersalah merogol kanak-kanak bawah umur di Pulau Pinang tahun lalu.
"Hakim, terutamanya di Mahkamah Tinggi mempunyai kuasa untuk membuat keputusan berdasarkan budi bicara.
"Sesetengah lagi berdasarkan undang-undang yang sedia ada," katanya dengan menambah bahawa hakim mempunyai kuasa untuk membebaskan pesalah pertama berdasarkan umur, kelakuan, kesihatan, keadaan mental dan sebagainya.
Undang-undang Malaysia menetapkan bahawa seks di bawah umur 16 tahun dikategorikan kes rogol bawah umur - TMI
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Di Malaysia perogol budak perempuan bawah umur dilepaskan dengan syarat berkelakuan baik. Di Brazil, perogol budak dipenjarakan. Yang buat banduan penjara marah sangat kerana perogol berkenaan merogol bayi berusia 4 bulan. Ini makan dia!. Dengan kepala, dengan kemaluan kena potong. Beruntung sungguh perogol budak bawah umur di Malaysia. Apa nak jadi negara ku.... Berita rogol budak bawah umur di Malaysia baru baru ini: Sumber 1 - http://www.harian-metro-online.com/mengaku salah Sumber 2 - http://mstar.com.my/berita/mahkamah
Hukuman yang dikenakan ke atas juruelektrik berusia 22 tahun, Chuah Guan Jiu (gambar), Selasa, adalah sama seperti yang dikenakan terhadap bekas pemain boling skuad kebangsaan Noor Afizal Azizan yang melakukan kesalahan sama dua tahun lalu
GEORGE TOWN: Seorang lagi telah dibebaskan dengan bon jaminan berkelakuan baik atas atas kesalahan merogol. Kali ini ialah seorang juruelektrik yang didapati bersalah merogol teman wanitanya berusia 12 tahun sebanyak dua kali pada tahun lepas.
Hakim Mahkamah Sesyen Sitarun Nisa Abdul Aziz mengarahkan Chuah Guan Jiu, 22, dibebaskan dengan ikat jamin RM25,000 dengan bon jaminan berkelakuan baik. Beliau berkata mahkamah mengambil kira faktor Chuah yang masih muda dan kesalahan pertama.
"Kami juga megambil kira hakikat bahawa perbuatan seksual adalah persetujuan bersama dan dia juga seorang murid tercicir," katanya. Sitarun Nisa berkata pertimbangan lain ialah masa depan Chuah. Chuah, yang memakai kemeja dan seluar jeans biru, tidak menunjukkan sebarang emosi apabila hukuman itu dibacakan.
Pada 20 Julai, mahkamah mendapati dia bersalah merogol gadis berusia 12 tahun dan 10 bulan, di flat kediamannya di Air Itam antara 7 pukul pagi dan 1.00 petang pada 18 Julai tahun lepas, dan 2.25 hingga 2.45 keesokan harinya. Kesalahan itu adalah di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Pada Isnin, DPP Lim Cheah Yit berkata Chuah telah memujuk gadis itu supaya ponteng sekolah dan mengikuti dia kembali ke flat atas alasan dia sakit. "Mereka telah bertemu dan tertuduh sepatutnya melindungi gadis itu tetapi sebaliknya telah mengambil kesempatan. Gadis tersebut banyak kali meminta tertuduh menghantarnya ke sekolah tetapi dia memberikan alasan tidak sihat dan membawanya ke rumahnya," kata Lim.
Bagi meringankan hukuman, peguam Yusuf Idris berkata anak guamnya memperoleh RM30 sehari dan tinggal bersama ibu bapa dan adik. "Ini adalah kesalahan pertama. Dia mempunyai pekerjaan tetap sekarang dan pada masa akan datang," katanya. Yusuf berkata anak guamnya telah insaf dan menggesa mahkamah tidak mengenakan hukuman penjara memandangkan umur Chuah yang masih muda.
Hukuman ini dibuat selepas kes bekas pemain tenpin boling kebangsaan Noor Afizal Azizan yang dibebaskan dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikat jamin RM25,000 selepas dia mengaku bersalah merogol seorang gadis berusia 13 tahun.
"Apa sudah jadi ngan HAKIM-HAKIM di Malaysia ni. Nak tunggu mak, isteri, anak atau cucu mereka kena rogol baru nak jatuh hukum penjara & sebat. Rogol budak bawah umur patut hukuman berat lah lagi. Kalau macam ini lah hukuman melakukan sek & merogol budak perempuan bawah umur, nampak gaya nya akan datang perogol2 akan menjadikan budak2 pulak sebagai target mereka."
Pemain boling tenpin handalan kebangsaan Noor Afizal Azizan.
PUTRAJAYA – Pemain boling tenpin handalan kebangsaan Noor Afizal Azizan terselamat daripada hukuman penjara apabila Mahkamah Rayuan membenarkan permohonannya bagi mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen membebaskannya dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikat jamin RM25,000 kerana merogol gadis bawah umur.
Panel tiga hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Raus Md Sharif sebulat suara mengetepikan tempoh penjara lima tahun yang dikenakan ke atas Noor Afizal oleh Mahkamah Tinggi Melaka kerana membenarkan rayuan pendakwaan bagi meningkatkan hukuman. Dalam keputusannya, Raus bersetuju dengan peguam Noor Afizal, Hisyam Teh Poh Teik bahawa kepentingan awam tidak akan dilaksanakan jika Noor Afizal dihantar ke penjara memandangkan dia mempunyai masa depan yang baik. Hakim-hakim Mahkamah Rayuan Datuk K.N.Segara dan Datuk Azhar Ma'ah adalah dua lagi hakim yang bersidang sebagai panel.
Pada 5 Julai tahun lepas, Mahkamah Sesyen Melaka melepaskan Noor Afizal dengan bon jaminan berkelakuan baik selama lima tahun bernilai RM25,000 dengan seorang penjamin selepas mengaku salah merogol seorang gadis bawah umur di sebuah hotel di Ayer Keroh, Melaka antara 12.30 pagi dan 5 pagi pada 5 Jun 2009. Mahkamah Sesyen dalam perintahnya itu menimbang beberapa faktor termasuk ia adalah hubungan seksual tanpa paksaaan antara dia dan gadis itu. Dia dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi Melaka pada 20 September tahun lepas yang membenarkan rayuan dibuat oleh pihak pendakwaan yang tidak puas hati dengan keputusan Mahkamah Sesyen untuk mengikat jaminnya. Dia dibenar ikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin sehingga rayuannya kepada Mahkamah Rayuan.
Noor Afizal mewakili negeri Sembilan antara 2004-2010 dan pada masa sama mewakili Malaysia dalam kategori remaja selama lima tahun antara 2004-2008. Dia juga bertanding dalam kejohanan terbuka antarabangsa Thailand, April lalu. Dia dijangka meakili Kedah dalam beberapa kejohanan akan datang seperti kejohanan terbuka antarabangsa Kuala Lumpur 2012. Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nadia Hanim Mohd Tajuddin.- Bernama Sumber - http://www.harian-metro-online.com
Aku cuma nak kata:
Melakukan hubungan sex dengan budak perempuan bawah umur tak kira sama ada suka sama suka atau paksa tetap dianggap merogol.
AktaPerlembagaanMalaysia:- Mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376 kanun yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Mengapa hakim hakim tak guna seksyen ini?.
Sabit kesalahan hanya perlu berkelakuan baik Sebab ada potensi untuk menaikkan nama negara dan mempunyai masa depan yang cerah. Bagaimana pulak nasib budak yang di rogol??? Mengapa lah bukan anak2 atau adik kakak perempuan hakim hakim kes ni yang kena rogol.
Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi ALOR SETAR - Belum ada perbincangan dibuat untuk meminda perlembagaan negeri bagi membolehkan seorang timbalan menteri besar dilantik sekiranya Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengalami masalah kesihatan serius.
Exco Kerajaan Negeri yang juga Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, setakat ini perkara itu tidak pernah berbangkit ekoran tidak pernah dicadangkan oleh mana-mana pihak.
"Buat masa ini, tiada cadangan ke arah itu (lantikan), walaupun Kedah berdepan situasi sama seperti tahun lalu apabila Azizan berehat panjang selepas menjalani rawatan jantung di Institut Jantung Negara (IJN)," katanya.
Menurutnya, tiada keperluan untuk pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Kedah membincangkan perkara itu buat masa ini.
"Jika ada pihak mahu usul itu diteliti, mereka perlu bawa dalam perbincangan melibatkan pemimpin PR Kedah, sebelum dikemukakan kepada Pusat. Contohnya, Pas Kedah perlu usulkan dan semua pemimpin negeri bincang dan bangkitkan perkara itu di peringkat Pusat," katanya.
Phahrolrazi berkata, ia bukan mudah kerana melibatkan dasar penting dalam perlembagaan negeri.
"Tidak ada peruntukan melantik timbalan dalam Undang-undang Tubuh Negeri Kedah. Berdasarkan pengalaman lalu ketika bekas Menteri Besar, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain sakit, Kerajaan Negeri ketika itu melantik pemangku Menteri Besar," katanya.
Pada 29 Julai 2011, Azizan dimasukkan ke wad Cardiac Care Unit (CCU) di Institut Jantung Negara Kuala Lumpur, selepas dinasihatkan doktor untuk berehat dan menjalani rawatan jantung.
Sejak itu, masalah kesihatan Azizan sering dijadikan sebagai alasan agar mengundur diri, selain timbul desakan pihak-pihak tertentu yang menyarankan agar diwujudkan jawatan itu.
Menjelang 9 September, teka teki mengenai kedudukan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa semakin hangat diperkatakan.Ada yang kata Nasha akan terus kekal, tidak kurang yang sebaliknya.
Apa-apapun, kepimpinan bijak mencaturkannnya dengan melihat kesannya.
Apa yang jelasnya, Nasha telah secara terbuka menghasut PAS agar meninggalkan Pakatan Rakyat dengan kenyataannya itu disiarkan media yang jelas tidak berpihak kepada PAS dan PR iaitu Utusan Malaysia.
Bagai Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar pandangan beliau mudah, "apa lagi yang hendak ditunggu, ucapkan selamat tinggal kepada orang yang bila hilang jawatan, mula berkokok di media musuh untuk menyampaikan rasa tidak puas hatinya kepada PAS".
Firdaus mempersoalkan mengapa sewaktu menjadi Timbalan Presiden PAS, Nasha dahulu tidak sepedas itu kritikannya kepada PAS, mahupun kepada Umno khasnya..
Kini katanya, duduk sebelah Najib dan sampaikan kritikan kepada PAS, lebih dari itu meminta PAS berpisah tahaluf siyasi dengan Pakatan Rakyat, sedangkan PR yang dianggotai PAS sedang bersiap menuju pilihan raya umum ke-13.
Bukan tidak boleh berpisah dengan PR kerana ianya hanya persefahaman sahaja, tetapi apakah PAS lebih rela bersahabat dengan sebuah parti yang jelas seperti kata bekas Presidennya, Tun Mahathir Mohammad busuk dari kepala ke ususnya.
Teladan kisah Mat Sabu :
Beliau membawa kisah Abg Mat Sabu yang kini menjadi Timbalan Presiden PAS. Suatu ketika dahulu, Mat Sabu menjadi ahli biasa PAS sahaja.Kemudian naik sedikit demi sedikit ke tangga jawatan dalam PAS hingga tertinggi Naib Presiden PAS.
Kemudiannya kalah, pada pemilihan 2009 kepada Nasha semasa bertanding jawatan Timbalan Presiden tiga penjuru dengan Dato' Husam Musa.
Namun Abg Mat Sabu tidak pernah kecewa, malah terus berceramah, berdemonstrasi, menggali kubur-kubur BN untuk disemadikan BN di setiap negeri hingga beliau ditangkap, dipenjarakan dan didakwa di mahkamah.
Hampir setiap negeri yang dijelajahinya ada sahaja kes yang dikenakan ke atasnya, dulu di Negeri Sembilan di Jelebu (kes Ceramah), kemudian kes Bersih, kes Mat Indera, kes ceramah sana sini mutakhir ini.
Hinggakan Firdaus menyifatkan, Abg Mat Sabu 'teruji' dengan segala macam kerenah dan tribulasi dalam perjuangan.
Pernah menjadi ahli, kalah jawatan tetap terus berceramah ke sana dan kemari.Kalah menjadi rutinnya, menang pula tidak diangkuhinya.Kemana sahaja sifat marhaennya tetap ada.
Makan tepi jalan menjadi kelazimannya, sembang dengan rakan-rakan penuh jenakanya.
Berbeza dengan Nasha kata Firdaus, sebaik kalah, mesyuarat tidak kunjung tiba, lari-lari sahaja dari sahabat-sahabat lama, sahabat baharu juga yang dicarinya tetapi bukan dalam parti yang dianggotainya (PAS) sebaliknya yang berpresidenkan Najib Razak gerangannya..Entah apa yang dicarinya dengan bersahabat disana, nak kata mencari maklumat rahsia, tak pernah pula khabarnya....
HARI ini, InsyaAllah, aku akan menyahut seruan pencinta demokrasi untuk bersama-sama mereka menyambut "Janji Demokrasi#BERSIH" di Dataran Merdeka bermula jam 10.00 malam ini. Oleh kerana Wakil Rakyat kampong aku Rais anak Yatim telah memberikan kebenaran untuk memakai baju warna apa sekali pun, maka aku memilih baju warna KUNING BERSIH.
Bersama-sama dengan budak-budak SAMM Pahang, InsyaAllah, dijangka sampai ke KL petang nanti. Jika ada kesempatan untuk berjumpa, boleh lah teman-teman kita berjumpa sambil pekena teh tarik nanti sebelum kita menyambut Raya di Dataran Merdeka.
Sesiapa yang kebulur nak makan percuma atau mahu dapat hadiah kereta, motor, Ipad dan lain-lain hadiah yang diumpankan oleh rejim, boleh lah ke Bukit Jalil. Di sana mungkin ada disediakan menu "Roti Capati" sempena thema "Janji Di Capati".
Kehadiran orang ramai samada di Bukit Jalil atau di Dataran Merdeka amat penting buat Najib. Najib akan melihat situasi di sana nanti bagi beliau meminta Bik Mama nasihat samada perlu Parlimen dibubarkan sekarang atau tidak. Jika di Bukit Jalil lebih ramai dari di Dataran Merdeka, maka pastinya Bik Mama akan mengarahkan Najib untuk bubar Parlimen segera. Jika sebaliknya, terpaksalah kita tunggu lagi untuk beberapa bulan.
Agak lama juga gurkah-gurkah politik di'port' tak berkesempatan menerjah ceramah-ceramah politik abang Mat Sabu kita. Kepada yang belum pernah tengok dan dengar ceramah-ceramah politik dari abang Mat Sabu (orang2 umno terutamanya) sila lah cuba. Gurkah-gurkah politik di'port' ini berani bertaruh yang bila dah satu kali dengar ceramah abang Mat Sabu ini, pasti nak dengar lagi sepuloh kali. Biarpun kita akan ketawa berdekah-dekah dan terguling-guling dengan lawak-lawak jenaka yang benar tentang keadaan politik BN/umno dalam ceramah-ceramah beliau, namun motifnya cuma satu dimana abang Mat kita sering menyampaikan pesanan-pesanan penting kepada kita supaya kita tanam dalam 'kepala otak' kita betapa pentingnya BN/umno ini perlu di 'tendang' keluar dari Putrajaya untuk satu reformasi yang tulin, bukan nya reformasi seperti yang di war-war kan olih Pak Haji Najib.
dollah yankee - Apa jawatan yang patut kita bagi pada abang Mat bila PR memerintah nanti? Menteri Dalam Negeri?
Gurkah-gurkah politik di'port' setelah mendapat berita daripada kawan-kawan mereka di kementerian kewangan, telah menyeru rakyat semua supaya fikir seratus kali sebelum memberikan undi anda kepada parti BN/umno pada PRU-13 nanti, ini disebabkan mereka (parti yang sedang memerintah negara ini) telah membuat keputusan yang cukai GST akan tetap dilaksanakan sebaik saja selesai pilihanraya itu (itu pun jika mereka menang laa..). Yang jelas cukai GST ini tidak ada dalam agenda atau manifesto PR (pakatan rakyat). Rang Undang-undang (yang mencekik) GST ini telah dibentangkan di Parlimen untuk bacaan kali pertama pada bulan Disember 2009 tetapi bacaan kedua, asalnya dirancang untuk Mac 2010, telah terpaksa ditangguhkan apabila banyak rakyat telah bangun menentang dan demi meredakan kemarahan rakyat. Secara ringkasnya GST ini adalah : Beli apa sahaja barang keperluan, kena cukai GST 4% (pengecualian kepada beras, sayur, tepung dan gula). Di masa hadapan tidak mustahil semua boleh dikenakan GST, dan kadar yang dikenakan pada 4% itupun tidak mustahil akan dinaikkan jugak.
Sekarang ni kerajaan mengenakan cukai jualan dan perkhidmatan 6% apabila kita makan di McDonald, Pizza, KFC,dan lain-lain 'fast food outlet' yang ada.
Yang bezanya antara cukai GST dan cukai sekarang ialah dulu cukai hanya untuk golongan yang mampu makan di tempat-tempat yang disebutkan tadi, tetapi sekarang cukai GST akan dikenakan untuk kesemua jenis barangan, contohnya beli kopi, baju, susu untuk anak, tayar motor, ikan di pasar…. apa sajalah yang anda beli di Tesco, Giant, Carrefour, kedai mamak…dan lain-lain akan dikenakan cukai kerajaan 4%.
Dan cukai ini yang pastinya akan dibayar oleh kita semua, semua golongan termasuk orang Umno, MCA, MIC, PAS, PKR dan apa jua parti sekalipun akan terpalit dan sama-sama menanggung beban dan risiko.
Propaganda telah ada dalam perancangan dan akan bermula untuk mem'bodohkan kita semua dan rakyat khasnya agar dapat menerima cukai GST... Seperti biasa, hujah-hujah basi seperti cukai kita lebih rendah dari negara lain, negara lain sudah lama menjalankan GST, cukai hanya 4% dan sebagainya akan digunakan untuk memperbodohkan rakyat.
INILAH taktik Najib memperbodohkan rakyat dengan belanjawan gula-gulanya. Jika BN menang dalam PRU13 nanti, "Rakyat Pasi Tanggung Penderitaan Di Dalam Kehidupan Harian".
dollah yankee - Tapi dia lupa yang rakyat sekarang sudah tidak lagi bodoh
KUALA LUMPUR, Ogos 30 — Pengarah strategik PKR yang mendedahkan beberapa skandal besar, Rafizi Ramli akan melancarkan projek terbaru beliau hari ini – Pusat Pemantauan dan Pendedah Maklumat Nasional atau "NOW" – sebuah badan untuk menggalakkan pendedah maklumat datang ke hadapan pada ketika keyakinan awam terhadap agensi-agensi kerajaan sangat rendah. Rafizi memberitahu The Malaysian Insider bahawa NOW akan menjadi "alternatif masyarakat sivil" kepada pihak berkuasa kerajaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis, yang mana reputasi telah dicemari oleh kerana banyak laporan kematian tahanan dan serangan serta ugutan oleh pegawai bersenjata. "Rakyat Malaysia telah ditakutkan dari tampil ke hadapan tetapi pendedahan maklumat harus menjadi budaya di Malaysia, dan itulah yang kita harap untuk wujudkan," katanya dalam temubual eksklusif. Rafizi menjelaskan bahawa pusat itu menyediakan proses langkah demi langkah untuk pendedahan maklumat, termasuk khidmat nasihat ditawarkan kepada pendedah maklumat mengenai risiko perundangan yang mungkin dihadapi akibat pendedahan mereka, jika mereka bersetuju untuk teruskan. Setiap pendedahan mesti disiasat dengan teliti, kata beliau, dari kredibiliti pemberi maklumat kepada kesahihan dokumen-dokumen yang disediakan, serta menggali jauh dengan lebih dalam tentang kes itu untuk memastikan terdapat bukti mencukupi sebelum apa-apa pemberitahuan umum dilakukan. Langkah terakhir dalam proses pendedahan adalah mendedahkan skandal tersebut kepada media — langkah yang paling mencabar, Rafizi mengakui. Read More / Baca Lagi >>
Rafizi and NOW director Akmal Nasir (right) pose outside the centre's entrance during an interview with The Malaysian Insider.—Picture by Saw Siow Feng
KUALA LUMPUR, Aug 30 ― PKR's "exposé man" Rafizi Ramli will launch his latest pet project today ― the National Oversight and Whistleblowers Centre or "NOW" ― a non-profit outfit to encourage whistleblowers come forward at a time when public confidence in government agencies has reached an all-time low. Rafizi told The Malaysian Insider that NOW will be a "civil society alternative" to government authorities like the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) and the police, whose reputations have been marred by numerous reports of custodial deaths as well as assault and intimidation by armed officers. "Malaysians have been spooked from coming forward, but whistleblowing should become a culture in Malaysia, and that is what we hope to create," he said in an exclusive interview. Rafizi explained that the centre will prepare a step-by-step process for whistleblowing, which will include offering advice to informants on the legal risks they may face with their disclosures should they agree to proceed. Each facet of the disclosures must be thoroughly vetted, he said, from the credibility of the whistleblower to the validity of the documents provided, as well as a deeper probe into the case to uncover sufficient evidence before anything is revealed in public. But the final step in the process ― publicly disclosing the scandal through the media ― is the stickiest of all, Rafizi admitted, as it would immediately open himself, the centre and the whistleblower to legal risks, if any law was broken in the process of investigation. Read More / Baca Lagi >>
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan penganjur 'Himpunan Janji Bersih' yang dijadual diadakan di Dataran Merdeka esok supaya mematuhi undang-undang di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
Beliau berkata penganjur perhimpunan itu perlu mengemukakan permohonan rasmi kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terlebih dahulu kerana Dataran Merdeka terletak di bawah bidang kuasa agensi itu.
"Tuan punya kawasan (Dataran Merdeka) ialah DBKL dan kita tidak boleh masuk campur secara langsung dalam hal memberi kebenaran ini.
"Bagaimanapun, kita masih tunggu perkembangan lanjut daripada DBKL dan setakat ini saya belum dapat maklumat rasmi mengenai status permohonan ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'Kempen Kesedaran Akibat Jenayah' peringkat kebangsaan anjuran Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia di Shah Alam semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perhimpunan itu yang dijadual diadakan di Dataran Merdeka esok sempena sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini. Read More / Baca Lagi >>
Sebagaimana yang saya janjikan saya menyambung apa yang saya tulis dalam posting saya semalam.
Hudud ini, jika dipersoalkan berlebihan ia akan hanya menjadikan seseorang itu dipandang tidak mempunyai keyakinan terhadap hukum Tuhan itu. Walaupun ada seorang pemimpin besar negara yang sekarang menafikan beliau bukan tidak bersetuju dengan hudud tetapi beliau tidak bersetuju dengan hudud PAS.
Kenyataan beliau ini menjelaskan kepada kita beliau bercakap di atas premis politik dan menganggap hudud yang hendak di perjuangkan oleh PAS itu adalah hudud ciptaan PAS. Kenyataan ini merupakan satu kenyataan seorang yang hanya celik mata zahir tetapi sudah buta mata hatinya.
Beliau membutakan hatinya kerana bermain politik kepartian yang terlalu menebal sehinggakan di waktu partinya sudah hampir tumbang dan terumbang ambing beliau sanggup membuat keyataan yang bertentangan dengan agamanya sendiri. Apa yang hendak dibawa oleh PAS itu ialah hukum yang di turunkan oleh agama dan Tuhan kita.
SHAH ALAM – Kerajaan Negeri akan mengemukakan tawaran baru berhubung penstrukturan semula air di negeri ini kepada empat syarikat iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd (Puncak Niaga), Konsortium Abass Sdn Bhd (Abass) pada minggu kedua bulan depan. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tawaran itu dikemukakan selepas beliau menerima surat daripada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui yang bersetuju untuk Kerajaan Negeri mengemukakan beberapa usaha supaya industri air di negeri ini dapat disusun kembali secara holistik. Awal bulan lalu Kerajaan Negeri mengumumkan akan membentangkan cadangan dan juga kertas kerja berhubung perkara itu.
"Proses ini telah kita sediakan dan saya akan umumkan tawaran tersebut kepada empat syarikat yang mempunyai operasi air di negeri ini iaitu Syabas, Splash, Abbas dan Puncak Niaga," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, semalam.
Biarkan keratan akhbar berbicara untuk memberi pencerahan minda kepada rakyat, negeri manakah yang paling teruk dalam menyediakan air bersih terawat kepada rakyat.
KATA DULANG PAKU SERPIH... KATA NEGERI ORANG, RUPA-RUPANYA NEGERI SENDIRI YANG LEBIH TERUK WEH!!!!
LAPOR...Ezmin menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
PETALING JAYA: "Mujur pekerja saya dapat mengelak tikaman itu jika tidak dia pasti cedera apabila lelaki terbabit yang kami tangkap selepas mencuri pek minuman coklat cuba menghunus pisau bagi melepaskan diri," kata pengurus pasar raya, Ezmin Rashid, 29, menceritakan kejadian cubaan dua lelaki melarikan barangan runcit dari premis itu di Taman Medan Jaya, di sini, Ahad lalu. Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, Ezmin memberkas seorang daripada lelaki terbabit dengan bantuan pekerjanya sebelum suspek yang berang bertindak agresif dengan menghunus pisau ke arah mereka.
Menurutnya, ketika kejadian, dia bertugas di kaunter pasar raya berhampiran pintu utama apabila seorang lelaki yang mulanya disangka pelanggan membawa lari bakul mengandungi empat pek serbuk minuman coklat. "Sebelum kejadian, lelaki terbabit masuk dalam pasar raya dan mengambil pek serbuk minuman coklat itu dari rak berhampiran kaunter.
"Saya mengesyaki sesuatu tidak kena mengenai lelaki terbabit dan memerhatikan gerak-gerinya berikutan dia berkelakuan mencurigakan," katanya ketika ditemui, semalam. Read More / Baca Lagi >>
PENIAGA (kiri) hanya membuka pintu untuk berurusan selepas yakin pelanggannya bukan penjenayah yang dipercayai kerap menyamun premis perniagaan di Segambut, Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius trauma yang dihadapi para peniaga di Kawasan Perindustrian Taman City, Segambut di sini ekoran ancaman penjenayah dan mengarahkan polis serta pihak berkuasa tempatan (PBT) memberikan laporan terperinci mengenai masalah sebenar yang berlaku di kawasan itu. Ketua Setiausaha KDN, Datuk Abd. Rahim Mohd. Radzi berkata, pihaknya akan meneliti kes tersebut secara terperinci memandangkan ia boleh memberi imej negatif terhadap tahap keselamatan di Kuala Lumpur. "Pihak kami berterima kasih kepada akhbar Kosmo! kerana menyiarkan berita ini dan tentunya KDN akan memberi respons kepada fenomena yang berlaku itu," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. Read More / Baca Lagi >>
GOMBAK: Seorang lelaki bekas tahanan Ordinan Darurat (EO) maut manakala isterinya cedera parah selepas ditembak dua lelaki dari jarak dekat ketika kedua-duanya sedang menunggu anak lelaki mereka pulang di depan Sekolah Menengah Darul Ehsan, Selayang Baru, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa, K Archuthan, 41, yang dikenakan tindakan buang daerah ke Perlis sebelum dibebaskan Jun lalu, maut di tempat kejadian selepas ditembak dua lelaki menunggang motosikal berkuasa tinggi. Suspek melepaskan enam das tembakan dari jarak dekat ketika mangsa berada di dalam Toyota Camry berwarna perak.
Saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Yen, 28, berkata ketika kejadian, dia berada di dalam kedai berhampiran terdengar bunyi beberapa das tembakan.
Sebuah helikopter milik tentera kerajaan ditembak jatuh oleh pemberontak, kelmarin.
DAMSYIK - Sekurang-kurangnya 60 terkorban selepas dua jet pejuang milik tentera kerajaan melancarkan serangan bertubi-tubi di pinggir Damsyik, menurut aktivis, kelmarin.
Mereka menyatakan insiden lewat malam kelmarin itu dipercayai adalah serangan balas susulan daripada tindakan Tentera Pembebasan Syria (FSA) menggempur dan menawan beberapa pusat pemeriksaan askar kerajaan di pinggir Saqba.
KUALA LUMPUR: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menyelar kenyataan Menteri Dalam Negeri bahawa 12 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dibebaskan kerana mereka telah pulih dan tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan negara.
Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh (gambar) berkata, kenyataan itu tidak masuk akal kerana tahanan tidak pernah dibicarakan dan dibuktikan bersalah di mahkamah.
"Bagaimana menteri boleh mengatakan tahanan telah insaf sedangkan kesalahan mereka tidak pernah dibuktikan dan mereka tidak pernah diberi peluang untuk membela diri.
Walaupun Menteri Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim memberi jaminan bahawa orang ramai boleh menyertai sambutan ambang merdeka di Bukit Jalil, pegawai kementeriannya masih tidak dapat memastikan jumlah kerusi yang diperuntukkan.
Jurucakap kementerian yang ditemui selepas sesi penerangan teknikal memberitahu Malaysiakini, tempat duduk di stadium dengan kapasiti 90,000 itu telah diperuntukkan.
Bagaimanapun, ketika ditanya tentang jumlahnya, beliau berkata: "Saya tidak pasti. Ia kerusi yang tidak ditanda (sebagai simpanan).
"Tempat yang ditanda itu untuk mereka yang akan dibawa masuk, seperti Umno, MCA, dan Kongres India Malaysia (Kimma)," kata Jasminawati Jamin, pegawai daripada bahagian komunikasi korporat kementerian.
KUALA LUMPUR, Aug 29 — Datuk Zaid Ibrahim blamed today the Court of Appeal for starting a legal trend that could see more convicted child rapists avoiding jail, saying it had abdicated its responsibility to protect children. The former de facto law minister was weighing in on two recent court rulings in which judges had agreed to let go two young men who were found guilty of raping barely pubescent girls instead of sentencing them to the mandatory five years' imprisonment, minimum, and whipping under section 376(2) of the Penal Code. "I blame the Court of Appeal for this situation in our country, that having sex with an underage girl is not a serious offence," Zaid (picture) told The Malaysian Insider in an emailed response today to public furore after the Sessions Court ruled to release 22-year-old Chuah Guan Jiu on a three-year, RM25,000 good behaviour bond despite convicting him of raping his then 12-year-old girlfriend in Penang last year.
KUALA LUMPUR, Aug 29 — Child rights groups said today that the courts should focus more on justice for victims of child rape cases and not perpetrators' bright futures, amid a public uproar over how two rapists escaped jail sentences because they were considered youthful offenders. The groups expressed concern at what appears to be a legal trend of letting convicted child rapists avoid a jail sentence, following two recent cases where two young men were each released on a RM25,000 good behaviour bond.
KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen membebaskan pemain boling tenpin handalan Noor Afizal Azizan dengan perintah berkelakuan baik dan ikat jamin kerana merogol gadis bawah umur perlu dihormati dan kemuliaan mahkamah perlu dipelihara dan disanjungi. Menegaskan demikian, Setiausaha agung Majlis Kebangsaan Jaksa Pendamai Malaysia, Datuk M.Ramalingam berkata hakim-hakim Mahkamah Rayuan telah bersusah payah menjelaskan rasional di sebalik keputusan mereka terhadap "pesalah terhadap kanak-kanak buat pertama kalinya itu". Noor Afizal diperintah berkelakuan baik selama lima tahun dan ikat jamin RM25,000 kerana kesalahan berkenaan.