Khamis, 9 Ogos 2012

bumiperak

bumiperak


Fauzi: Hubungan PAS-DAP redakan ketegangan kaum

Posted: 09 Aug 2012 07:14 PM PDT

Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari berkata, persefahaman PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat mencetuskan suasana politik lebih sihat, berbanding sebelum mereka bersama dalam gabungan itu.

Fauzi berkata, berdasarkan pemerhatian beliau, keadaan semasa berbeza dengan sebelum ini apabila kedua-dua parti itu dianggap "macam anjing dan kucing" ekoran perbezaan ideologi.

Kalau dulu kita lihat PAS dan DAP memang macam anjing dengan kucing. Langsung tidak boleh (bersama). Tapi (selepas) ada faktor jalinan ini, kita lihat satu keharmonian dalam masyarakat Malaysia ini.

"Kalau dulu kita lihat, ada banyak syak wasangka. Tapi sekarang (apabila) saya meninjau dari segi kedudukan hubungan antara kaum, walaupun masih ada kebimbangan, ada rasa perkauman, tapi saya nampak darjah perbezaan yang ketara.

"Dulu kita nampak ada unsur-unsur perkauman tetapi sekarang (ini) tenteram, aman, tak banyak syak wasangka. Ini saya nampak memberi suasana baru di Malaysia," katanya.

Ketika diwawancara Malaysiakini, Fauzi - yang menyertai PAS Mei lalu – berkata, jalinan keharmonian antara PAS dan DAP melalui usaha Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi faktor yang mengikat mereka.

"Jalinan ini kita nampak cukup berkesan, dan rakyat boleh terima secara baik, apatah lagi bukti-bukti sekarang ini, orang kata, keharmonian begini menambahkan lagi suasana aman, dan ini menyebabkan rakyat mudah membuat pilihan," katanya.

Mengimbau pertembungan kedua-dua parti itu, Fauzi berkata ia berlaku apabila kedua-dua parti itu sebelum ini saling menggelar dan mengecam, khususnya melibatkan isu hukum hudud.
 
Apa beza Hudud dan Kanun Keseksanan

Bagaimanapun, tidak seperti ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh, Fauzi berkata, ketika ini rata-rata pemimpin DAP – seperti Setiausaha Agung  Lim Guan Eng dan ketua parlimennya Lim Kit Siang –  semakin memahami isu hudud.

"Maknanya, dia (Guan Eng dan Kit Siang) tak boleh nak kata tak boleh (laksana hudud). Sebab dia semakin faham. Dia menerima satu hakikat bahawa, kita tak takut sangat kalau hudud ini (dilaksana). Ia (hanya merangkumi) dua tiga hal sahaja hukum yang ditetapkan oleh Tuhan," kata Fauzi.

Mengulas mengenai penentangan Karpal terhadap hukum Islam itu, Fauzi - yang berkhidmat dalam polis selama 32 tahun - menganjurkan supaya semua pihak "berlapang dada" dan meninggalkan "aliran pemikiran lama".

Fauzi juga mempersoalkan penolakan "hudud Allah" oleh sebahagian rakyat Malaysia sedangkan mereka boleh menerima undang-undang sivil seperti Kanun Keseksaan yang diwarisi daripada British.

"Apa beza (hudud) dengan Kanun Keseksanan? Ia (Kanun Keseksaan) bukan kamu tulis. Ia berasal daripada British," katanya lagi.

Fauzi menegaskan, hukum hudud juga tidak boleh dilaksana  selagi PAS gagal meyakinkan rakan gabungan yang lain. Menyentuh hubungan dalam Pakatan, Fauzi juga berkata "salah faham" yang timbul sebelum ini ekoran tidak ada interaksi untuk saling memahami.

Justeru, beliau menegaskan pentingnya kesepaduan antara parti-parti pembangkang - yang mempunyai ideologi politik yang berbeza - memudahkan rakyat membuat pilihan untuk bersaing dengan BN.
 

Fauzi diwawancara oleh Kuek Ser Kuang Keng, Abdul Rahim Sabri dan Koh Jun Lin  -10 OGOS- MALAYSIAKINI.

Haram dan berdosa sokong Barisan Nasional - Mufti Pahang

Posted: 09 Aug 2012 09:52 AM PDT


"BACA laporan Utusan Malaysia di bawah ini baik-baik. Mufti Pahang kata, adalah haram dan berdosa bagi umat Islam menyokong parti yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam dan hukum hudud.





Sudah terang lagikan bersuluh
, parti manakah yang selama ini menentang penubuhan Negara Islam dan menolak Hukum Hudud?

Lihat video di bawah ini rakaman kenyataan Najib Razak yang memberi jaminan bahawa Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum Hudud kerana ia tidak berpaksi kepada realiti.


Baca seterusnya di : MiLo SuaM"

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


ARTIS : Sharifah Sofia Dihalau Dari Disko Kerana Muncul Berhijab

Posted: 09 Aug 2012 08:39 PM PDT

Shahrifah Sofia. Foto AHMAD MOHSIN DADAMEAH
KUALA LUMPUR: Pelakon Sharifah Sofia melalui pengalaman telah dihalau keluar oleh pemilik sebuah disko di sini kerana kehadirannya ke pusat hiburan berkenaan dalam keadaan berhijab.
Sofia atau nama sebenarnya Sharifah Sofia Syed Hussein, 27, yang bertudung sejak 1 Julai lalu berkata, peristiwa itu berlaku ketika dia mahu menghabiskan masa di pusat hiburan yang menjadi aktivitinya selama ini.
"Saya fikir apa salahnya wanita bertudung seperti saya untuk masuk pusat hiburan? Semasa di dalam pusat itu, kebanyakan wanita menunjukkan reaksi pelik terhadap saya sehinggalah pekerja di situ meminta saya keluar sedangkan mereka kenal dengan saya.
"Masa itu saya tertanya-tanya kenapa kehadiran saya dipersoalkan kerana saya bukannya mengambil minuman keras ataupun buat perkara yang tidak senonoh pun?" katanya kepada mStar Online pada majlis berbuka puasa bersama artis-artis veteran di Saloma Bistro di sini, Rabu.
Jelasnya, selepas kejadian itu, dia berkongsi pengalaman tersebut dengan para peminat menerusi Twitter miliknya serta membaca buku-buku panduan agama Islam, barulah dia memahami kewajaran untuk menjauhkan diri daripada tempat-tempat tersebut jika mahu berhijrah menjadi lebih baik.
Bagaimanapun tambah Sofia, penghijrahan yang dilakukannya ini dianggap sebagai melengkapi tuntutan syarak yang wajib dilakukan seseorang wanita Muslimah.
Kata Sofia, dia mula mendalami Islam sejak mengandung anak sulungnya iaitu Sharifah Ariana Syed Ismail yang kini berusia setahun setengah melalui pembacaan buku dan juga mendapatkan panduan di Internet.
"Sebelum bertudung, bukan bermakna saya ini 'kosong' tentang pengetahuan Islam. Cuma kali ini saya lebih mendalaminya dan mahu diri ini sempurna dengan tidak meninggalkan amalan wajib.
"Tindakan ini ditambahkan lagi ketika suami menunaikan ibadah Haji pada tahun lalu dan tibalah masanya untuk saya melakukan tanggungjawab sebagai isteri bagi menjaga nama baiknya.
"Alhamdulillah, kini saya sudah berhijrah. Mungkin inilah masanya untuk saya memelihara keseluruhan pakej diri," ujarnya.
Sementara itu, mengenai perkembangan kerjayanya, anak kelahiran Liverpool, England ini berkata, dia berhasrat untuk menjadi ibu sepenuh masa tetapi tidak bermakna mahu meninggalkan terus dunia seni. - mStar

Najib pemimpin sebuah kerajaan yang lemah - Mahathir

Posted: 09 Aug 2012 07:11 PM PDT

WARTAWAN SINAR HARIAN
9 Ogos 2012
Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad
SHAH ALAM - Di sebalik spekulasi bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan dipanggil dalam waktu terdekat, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, kekurangan besar yang sedang dilalui Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri ialah beliau mewarisi sebuah kerajaan yang lemah.
"Masalah di sini bukan Najib... beliau pemimpin sebuah kerajaan yang lemah," kata Dr Mahathir yang menyandang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun sebelum bersara pada Oktober 2003.
Bercakap kepada Bloomberg, Dr Mahathir berkata, sebarang bentuk berpaling tadah akan menyebabkan "BN kalah dalam pilihan raya akan datang."
BN, perikatan 13 parti memerintah Kerajaan Pusat sejak negara merdeka. Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan ke-55 31 Ogos ini. Ia akan disusuli dengan sambutan Hari Malaysia pada 16 September.
Hasil kajian Merdeka Center diumumkan bulan lalu menyebut bahawa Najib, Perdana Menteri yang keenam, masih menikmati paras populariti 'stabil' yang positif.
Bulan lalu, dua ahli Parlimen BN dari Sabah mengisytiharkan tindakan memutuskan 'hubungan dengan parti masing-masing. Empat tahun lalu parti komponen BN di Sabah, Sapp telah keluar daripada perikatan tersebut.
Najib mengambil alih jawatan perdana menteri pada April 2009 - setahun selepas PRU12, yang menyaksikan BN hilang majoriit dua pertiga di Parlimen selain kehilangan kuasa kerajaan di empat lagi negeri.
Dalam temu bual itu, Dr Mahathir berkata, rakan Umno dalam BN iaitu MCA, Gerakan dan MIC telah berhadapan dengan masalah kepimpinan sehingga menyebabkan perikatan itu lemah.
Pun begitu menurut beliau, kedudukan BN lebih baik berbanding 2008.
"Najib lebih popular sekarang," kata Dr Mahathir, yang juga bekas Presiden Umno.
"Sebelum ini, rakyat bukan menentang BN, tetapi mereka marah dengan perdana menteri sebelum ini, keluarganya dan menantunya," kata beliau dengan merujuk kepada penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi. - Sinar Harian 

Malaysia akan jadi bahan lawak antarabangsa jika .......

Posted: 09 Aug 2012 07:48 AM PDT

(Oleh Sidiqin Omar)
KUALA LUMPUR 9 Ogos: Malaysia akan jadi bahan lawak antarabangsa jika keluarga mendiang wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu dihalang memasuki negara ini, kata Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne.
"Jika ia dilakukan, bermakna Malaysia kena bersedia untuk dijadikan bahan lawak antarabangsa. Harap-harap perkara ini tak berlaku," kata Gwo Burne, merujuk khabar angin mengatakan bapa Altantuya, Setev Shaaribuu dan seluruh keluarganya akan dihalang dari memasuki Malaysia.
Keluarga Altantuya dijadual tiba ke Malaysia untuk mengikuti pendengaran semula rayuan dua bekas pegawai khas Najib Razak yang dijatuhi hukuman mati akibat membunuh Altantuya, iaitu Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar pada 27 dan 28 Ogos ini.
"Itu hak keluarga mereka. Sebagai kerajaan yang terbuka, Malaysia mesti membenarkan mereka mengikuti perbicaraan," tegas Gwo Burne ketika dihubungi.
Menurut Gwo Burne, beliau difahamkan oleh Pejabat Konsul Mongolia di Malaysia, pemakluman secara rasmi kehadiran Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri & Perdagangan dan Kementerian Keadilan Mongolia belum lagi dibuat.
"Tidak ada lagi maklumat tentang kehadiran dua Kementerian Mongolia itu ke Malaysia," kata Gwo Burne yang sebelum ini mendesak Kementerian Luar Malaysia, menyantuni ketibaan delegasi pemerhati negara itu secara rasmi.
"Pegawai kerajaan Mongolia yang guna laluan diplomatik tidak perlu permohonan visa berbanding bapa Altantuya dan keluarganya. Mereka perlu memohon visa. Visa dikeluarkan pejabat konsul atau kedutaan mengambil masa lebih seminggu.
"Kita berharap permohonan visa Setev dan keluarga mereka selesai segera," kata Gwo Burne.
Altantuya dibunuh secara kejam apabila mayatnya diletupkan menggunakan bom C4 di Hutan Simpan Puncak Alam, Shah Alam antara malam 18 Oktober dan 19 Oktober 2006.
Beliau adalah penterjemah kepada Abdul Razak Baginda dalam pembelian Scorpene dan turut dikait mempunyai hubungan dengan Razak dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Dua anggota Unit Tindakan Khas dan pengiring kepada Najib, Inspektor Azilah Hadri, 34, dan Koperal Sirul Azhar, 39, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 April 2009, setelah didapati bersalah membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja antara 9.45 malam 18 Oktober 2006 dan 9.45 malam hari berikutnya.
Hakim dalam kes perbicaraan itu tidak memutuskan motif pembunuhan.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=34261

~penarik beca

~penarik beca


Syabas dihebah-hebohkan sebagai perompak dan penyamun air Selangor

Posted: 09 Aug 2012 11:20 AM PDT

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


HOK ALOH, SERABUK PEROKLOH HOK OGHE TUO NIH....!!

Posted: 09 Aug 2012 05:06 AM PDT

Zunar: Kisah Antu Tuya...Hahahaha!!

Posted: 09 Aug 2012 02:42 AM PDT

dollah yankee

dollah yankee


Teori RAHMAN,umur untuk pencen dan nombor sial

Posted: 09 Aug 2012 05:59 PM PDT

1) Umur bersara ialah 55 tahun.
Umur rasmi untuk pencen atau bersara atau 'retired' di Malaysia ialah 55 tahun. BN/umno yang telah menjadi sebuah parti yang memerintah negara kita Malaysia juga sudah pun berumur 55 tahun ini dalam memerintah dan tahun untuk pencen.

2) Teori RAHMAN.
N untuk Najib, sah yang teori RAHMAN ini akan berakhir, dengan Najib menjadi PM yang terakhir.

3) Nombor 13.
Semua orang tahu yang nombor 13 ada lah nombor yang telah meninggalkan banyak kesan kepada kita rakyat Malaysia. Rusuhan kaum di Malaysia terjadi pada 13 Mei yang telah mengubah banyak senario politik Malaysia dan pilihanraya umum untuk kali ini ada lah pilihanraya yang ke-13. Dan apakah? atau sudah pasti pilihanraya yang ke-13 ini juga sekali lagi akan mengubah landskap politik tanah air.

dollah yankee -
Najib,BN,umno beria-ria mahu mengekalkan kuasa mereka. Siapa yang tidak mahu kuasa jika berpeluang untuk memperolehinya? Pokoknya Najib tidak ada peluang langsung lagi untuk berkuasa, sebab kalau dia tahu yang BN/umno boleh menang pada pru-13 ini, awal-awal lagi dia dah panggil pilihanraya demi untuk kekalkan kuasa yang ada itu. Sebab tak boleh menang lah yang menyebabkan dia bertangguh-tangguh dalam perkara ini.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


We have to talk about Najib (10 reasons for polls delay)

Posted: 09 Aug 2012 03:41 PM PDT

Yes, it is that time.


Since Prime Minister Datuk Seri Najib Razak never tells what bothers him, we have to take matters into our own hands. We have to talk about Najib, clearly he is befuddled by a fairly complex electorate undecided on him as a brand and then as prime minister.

So many have asked, what is holding back Najib, so I listed some reasons what I believe are keeping him from dissolving Parliament and calling Malaysians to pass judgment on 57 years of Barisan
Nasional (BN) rule — since the Alliance (BN's precursor) win in 1955. Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Boleh : Perompak bawah umur,ganas dan bahaya.

Posted: 09 Aug 2012 03:32 PM PDT

Tentang Lailatul Qadar

Posted: 09 Aug 2012 03:22 PM PDT

Sudah sering kita dengar istilah Lailatul Qadar, bahkan selalu lekat dalam ingatan. Namun demikian, nyatanya kita tidak akan pernah mengenal hakikat Lailatul Qadar itu sendiri, lantaran masalahnya amat ghaib. Pengetahuan kita terbatas hanya pada apa yang telah ditunjukkan di dalam berbagai nash, baik Al-Qur'an maupun As-Sunnah serta interpretasinya.
   
Secara etimologis, "lailah" artinya malam, dan "al-qadar" artinya takdir atau kekuasaan. Adapun secara terminologis, dapat kita coba dengan cara mengamati ayat berikut ini :


إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ

"Sesungguhnya kami telah menurunkannya (Al Qur'an) pada malm kemuliaan (Lailatul Qadar)" (QS Al-Qadar (97):1)
Read More / Baca Lagi >>

Ego (atau bodohnya) umat Muhammad tolak tawaran terbaik

Posted: 09 Aug 2012 03:21 PM PDT

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN
Ramadan melewati hari-hari terakhirnya. Ya, begitu cepat dan pantas sekali. Tahun ini dijangka bulan penuh keberkatan berakhir pada hari ke-29, kurang sehari daripada biasa.

Sesungguhnya setiap saat (bukan lagi dalam ukuran hari) yang berlalu cukup berharga; tidak ternilai dengan ukuran dunia. Sekali terlepas, ia tidak datang lagi.


Siapa pun tidak berupaya memastikan dia bakal mengimarahkan lagi Ramadan pada tahun depan. Lihat di sekeliling, ramai saudara-mara dan kenalan yang kita temui dan dakap erat semasa Aidilfitri lalu kini tiada lagi bersama.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar, sempena ulang tahun kelahiranmu ke 65

Posted: 09 Aug 2012 03:07 PM PDT

Anwar, dalam kesuntukkan masa sempena hari ulang tahun anta yang ke 65 tahun, ana terus mendoakan agar apalah kiranya, Ya Rabb limpahi anta serta keluarga dengan rahmat dan hidayahNya.

Harapan dan doa ana agar anta terus bernaung di dalam dakapan kasih sayang dan perlindungan Allah SWT tidak pernah lekang dalam setiap doa ana.

Salam Persaudaraan Islam.

Lawak Najib Rosmah sempena Ramadhan Al-Mubarak

Posted: 09 Aug 2012 03:04 PM PDT

Nampaknya sempena bulan Ramadhan yang mulia ni, Najib pun nak jugak kelihatanIislamik walaupun selama ni Najib macam langsung tak ambik peduli dengan hukum dan syiar Islam.

Malangnya usaha Najib nak bagi nampak Islamik tu langsung tak menjadi. Kalau tanyak aku, mungkin lebih tepat kalau aku kata Najib buat satu lagi statement BANGANG.

Tapi sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak ni, mungkin lebih mulia kalau aku kata Najib buat  lawak di bulan Ramadhan.

Read More / Baca Lagi >>

Hanya Umno boleh satukan orang Melayu, kata Mahathir

Posted: 09 Aug 2012 02:50 PM PDT

BALING - Hanya Umno sebuah parti terbaik dalam menyatukan orang Melayu di negara ini dan membawa pembangunan kepada rakyat, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, ini kerana, Umno yang mula berpolitik membantu rakyat di negara ini mencapai kemerdekaan dan seterusnya membawa pembangunan manakala parti lain untuk orang Melayu, hanyalah parti serpihan.
"Dulu waktu kita kuat, kita tak mengada-ngada buat benda yang tak baik. Kita bangunkan negara kita sampai dunia iktiraf Malaysia sebagai negara
membangun yang cukup maju.
"Ini hasil pentadbiran dilakukan sebuah parti (Barisan Nasional) yang diketuai Umno yang mewakili orang Melayu. Orang Melayu tiada niat tak baik kat
kaum lain. Kita tolong mereka dan kita tolong diri kita juga," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Ihsan Ramadan dan Aidilfitri di Masjid Tok Bandar di sini, semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Rasa megah lakukan perkara dilarang

Posted: 09 Aug 2012 02:45 PM PDT



KEBERANIAN mencuba sesuatu yang berisiko mendatangkan bahaya dilakukan kerana seseorang itu mahu membuktikan bahawa dirinya hebat berbanding orang lain. - Gambar hiasan.



MUSIM perayaan menjelang lagi. Malangnya, musim perayaan ini biasanya akan disertai dengan berita duka mengenai remaja kita yang cedera atau ditimpa kemalangan akibat bermain mercun.
Walaupun kerajaan dan media telah memaparkan berita-berita kemalangan ngeri yang menimpa remaja akibat letupan mercun, bagaimanapun ia seolah-olah tidak membangkitkan kerisauan dalam kalangan remaja.
Biarpun risikonya diketahui, mereka terus bermain mercun seperti biasa, malah ada yang membuat sendiri mercun agar bunyi letupannya lebih kuat.
Semua ini hanya berlaku setiap kali tibanya musim perayaan dan tidak pada waktu yang lain. Ia memberi gambaran menyambut hari raya mestilah disertakan bersama dengan permainan mercun.
Adakah faktor-faktor psikologikal juga menyumbang kepada kejadian yang tidak diingini itu?
Kajian-kajian psikologi menunjukkan terdapat perbezaan persepsi mengenai risiko antara remaja lelaki dan perempuan.
Read More / Baca Lagi >>

Solat JAMAK Di Kuala Kangsar - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 09 Aug 2012 08:55 AM PDT

Cara ELAK Was-Was Mandi WAJIB - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 09 Aug 2012 08:54 AM PDT

PEREMPUAN Tak Boleh MASUK Kubur ? - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 09 Aug 2012 08:53 AM PDT

SOLAT Terlebih TAKBIR - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 09 Aug 2012 08:52 AM PDT

LELAKI Berwuduk Sengaja Pegang Telur KEMALUAN - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 09 Aug 2012 08:52 AM PDT

Royalti: Najib jangan lengah dan dalih

Posted: 09 Aug 2012 08:51 AM PDT

Fatwa tentang DAP: Tanda dalil dunia nak kiamat

Posted: 09 Aug 2012 08:26 AM PDT

Dalil hari kiamat hendak sampai sudah kian nampak jelas. Apabila dunia sudah hampir hendak kiamat Tuhan akan menunjukkan dalil-dalil jelas tentang ketibaan kiamat itu. Dalil-dalil itu merupakan elemen atau kejadian yang songsang dengan keadaan dan elemen yang biasa dalam kehidupan umat dan makhluknya.
Sebenarnya dalil-dalil ini sudah lama dilihat oleh manusia yang celek agama dan ketuhanan mereka. Hanya kita tidak tahu siapa yang celek dalam segi ketuhanan kerana itu hanyalah berada dalam pengetahuan Tuhan yang maha Esa. Kita diberitahu oleh agama dan kitab-kitab kita yang unsur yang terbalik dari norma-norma biasa merupakan dalil-dalil tentang ketibaan kiamat.
Di antara dalil-dalilnya yang jelas ialah yang bathil itu bermaharajalela dan yang haq itu sentiasa tertindas di dunia ini. Perkara yang baik itu diambil sebagai perkara yang tidak baik dan jahat dan sebaliknya mana-mana yang jahat dan bathil itu dianggap baik dan diterima sebagai perkara dan tindakan baik. Perempuan berkuasa dan lelaki tunduk kepadanya. Itu adalah dalil yang telah kita lihat di hadapan mata kita sentiasa di akhir zaman ini. Disekeliling kehidupan kita seharian pada hari ini kita menyaksikan bagaimana perempuan mempunyai kuasa yang boleh menundukkan suami mereka.
Read More / Baca Lagi >>

MB Selangor: Panel khas ditubuh ambil alih konsesi air

Posted: 09 Aug 2012 08:20 AM PDT



Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim SHAH ALAM - Sebuah jawatankuasa khas yang diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Muhammad Khusrin Munawi telah diwujudkan untuk memuktamadkan pengambilalihan empat syarikat konsesi air di negeri ini selewat-lewatnya bulan depan, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Empat syarikat konsesi air di Selangor itu ialah Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) and Konsortium ABASS.
Pengambilalihan itu akan dibuat berdasarkan harga pasaran munasabah, kata Abdul Khalid dalam satu kenyataan hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Mahathir: Keluar parti 'risiko' bagi BN...."Punahsihat Terhormat"

Posted: 09 Aug 2012 08:12 AM PDT


Tun Dr Mahathir Mohamad SHAH ALAM - Di sebalik spekulasi bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan dipanggil dalam waktu terdekat, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, kekurangan besar yang sedang dilalui Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri ialah beliau mewarisi sebuah kerajaan yang lemah.
"Masalah di sini bukan Najib... beliau pemimpin sebuah kerajaan yang lemah," kata Dr Mahathir yang menyandang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun sebelum bersara pada Oktober 2003.
Bercakap kepada Bloomberg, Dr Mahathir berkata, sebarang bentuk berpaling tadah akan menyebabkan "BN kalah dalam pilihan raya akan datang."
Read More / Baca Lagi >>

Lebong : Tema 'Janji Ditepati' Berlandaskan Tuntutan Islam, Bukan Retorik Politik - PM

Posted: 09 Aug 2012 08:09 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Tema Hari Kebangsaan tahun ini 'Janji Ditepati' sama sekali tidak merupakan retorik politik sebaliknya ia berlandaskan kepada tuntutan agama.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tema itu sebagai bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) berpegang kepada al-Quran dan Sunnah dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat keseluruhannya.
"Tema ini berpaksikan kepada rukun agama. Kita (BN) berjuang untuk tepati janji kepada rakyat. Kita akan tepati janji kita untuk beri kepercayaan pada rakyat. Kita mahu membuktikan negara kita adalah negara Islam contoh," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Syria's rebels demand weapons from allies

Posted: 09 Aug 2012 05:22 AM PDT

Langat 2: S'gor mahu ambil tindakan mahkamah

Posted: 09 Aug 2012 05:21 AM PDT

LANGAT 2 - ANWAR ANGGAP BN SOMBONG NAK LANGGAR KERAJAAN NEGERI

Posted: 09 Aug 2012 05:21 AM PDT

Orang Melayu Johor tidak fanatik lagi...

Posted: 09 Aug 2012 05:20 AM PDT

Barang kali benarlah cakap-cakap mengatakan Umno Johor sudah tidak sekuat dulu. Perubahan minda di kalangan orang Melayu Johor sudah berlaku. Mereka tidak menjadi fanatik dan ekstrem menyokong Umno atau pun taksub kepada tokoh-tokoh Umno.


Sebahagian jemaah yang mengerumi Najib di Skudai.
Perkembangan dan perubahan ini sangat membimbangkan Najib dan inilah menyebabkan Najib melakukan apa saja tindakan bagi memulihkan keadaan yang tidak akan pulih itu.

Ini terbukti kehadiran Ha Najib Razak di Taman Universiti Skudai 6 Ogos lalu kurang mendapat sambutan. Secara tidak langsung juga pegawai kerajaan dan pendidikan yang tinggal di taman itu tidak lagi tergila-gilakan Najib.

Najib ke situ untuk menghadiri majlis berbuka puasa. Sebelum berbuka puasa diadakan majlis khatam Quran.

Di situ Najib berpeluang berucap kepada para hadirin. Menurut laporan antara isi kandungannya beliau mengajak orang ramai mengekalkan kerajaan Malaysia yang terbukti maju di bawah teraju kepimpinannya. Beliau juga memberi tahu hadirin presiden baru Mesri Dr Mohammad Morsi juga ingin belajar cara-cara memimpin dan membangun negara sepertinya.

MSO

‘Antu tuya and Dato Nazak’ – Zunar’s latest

Posted: 09 Aug 2012 04:07 AM PDT

Popular cartoonist Zunar launches the first animated political cartoon in Malaysia and his target is
PETALING JAYA: Malaysian political cartoonist Zulkiflee Anwar Haque better known as Zunar to Malaysians has come up with a five-minute animated satirical comedy, dubbed "1 Funny Malaysia".
"1 Funny Malaysia" starts with the scene of an ex-model, ANTU TUYA, a victim of C-4 bomb, who rises from the grave with her small baby.
She then flies to the government administration centre – PUTARJAYA – looking for someone named DATO NAZAK.
She enters DATO NAZAK's office and demands him to TEPATI JANJI by paying her commission. Shocked, DATO NAZAK immediately jumps out of the window and falls onto a cow with a head of a woman in tudung.
The cow runs DATO NAZAK into the sea and tosses him onto the submarine, but at the other end of the sea, the French Court is waiting.
Watch the full clip of "1 Funny Malaysia" at this link http://zunarcartoonist.com/
Zunar became well-known when he became involved in the Reformasi movement following the sacking of Anwar Ibrahim as deputy prime minister in 1998, leading to the cartoonist's detention along with several other activists.
After his release, he concentrated on political cartoons. He produced several cartoon books touching on many reform movements that he previously participated in.
In 2010, his books like "Gedung Kartun", "Perak Dalam Kartun", "1 Funny Malaysia" and "Isu Dalam Kartun" were banned and prohibited by the Home Ministry to be sold in public.

Rais Jeles : Logo Merdeka PR, Menarik!!

Posted: 09 Aug 2012 04:06 AM PDT


Logo rasmi sambutan ulangtahun kemerdekaan ke-55 oleh Pakatan Rakyat. Logo tersebut dipilih dari pereka Ilusenidesign.com. Tentu Rais Yatim jeles!!
Nampak agak menarik dan tak menampakkan milik sesiapa, hanya milik rakyat Malaysia!!

Selangor Sambut Baik Pusat Setuju Penstrukturan Semula Industri Air

Posted: 09 Aug 2012 04:02 AM PDT


SHAH ALAM, 9 OGOS: Selangor menyambut baik keputusan Kerajaan Pusat yang bersetuju memberi hak untuk Kerajaan Negeri melaksanakan penstrukturan semula perkhidmatan air.
Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Kerajaan Negeri telah lama bersedia untuk melaksanakan penstrukturan semula industri air selaras dengan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA).
"Sehubungan itu, Kerajaan Negeri akan memanggil semula empat pemegang konsesi bagi menyelesaikan pengambilalihan syarikat konsesi berdasarkan harga pasaran yang munasabah," kata beliau dalam satu kenyataan akhbar lewat petang tadi.
Read More / Baca Lagi >>