Jumaat, 29 Jun 2012

bumiperak

bumiperak


Pemuda tidak bergerak, Najib macam kisah Ahmad Albab

Posted: 29 Jun 2012 08:49 AM PDT

Beberapa orang bertanya kepada saya samada saya benar-benar yakin yang BN akan kalah dalam pilihanraya yang akan datang ini. Mereka bertanya samada saya hanya berkata-kata untuk menyedapkan hati saya. Mereka bertanya samada saya komited dengan apa yang saya katakan yang UMNO Baru akan tumbang dalam pilihanraya ini.

Jawapan saya senang sahaja. Yang pasti UMNO Baru sudah pun tumbang kerana sekarang ini kita tidak nampak lagi ciri-ciri UMNO yang ada pada UMNO Baru yang tertubuh pada bulan Februari 1998 itu. Nama UMNO itu memang ada tetapi UMNOnya sudah tidak ada lagi.

Jika benar UMNO itu masih ada, kita tidak akan mengalami keadaan kegusaran di kalangan pemimpinnya kerana UMNO itu pada hakikatnya merupakan parti baik pada asalnya. Tetapi segala apa yang ada pada asasnya dalam UMNO itu sudah tidak wujud lagi. Jika UMNO itu masih wujud pilihanraya sepatutnya telah diadakan tetapi oleh kerana 'attribute' UMNO itu sudah tidak wujud lagi maka pilihanraya masih belum dapat di adakan.

Saya berkata demikian kerana UMNO yang hakiki itu tidak takut untuk memanggil pilihanraya kerana UMNO itu mempunyai 'attribute' yang baik pada asalnya dan rakyat tidak teragak-agak untuk menyokongnya. Tetapi parti yang bernama UMNO sekarang ini sentiasa dalam kegelisahan untuk menghadapi rakyat dan jika ia berada di dalam kegelisahan itu bukannya UMNO.  UMNO itu hanya wujud pada kulitnya sahaja.

Lagi pula kita boleh lihat sekarang, kita  tidak melihat ahli-ahli UMNO memakai baju-T parti itu lagi. Tidak seperti dulu.. ahli-ahli UMNO sendiri malu untuk mengenakan baju-T parti itu kerana mereka tahu parti itu menjadi alat dan bahan lawak oleh rakyat yang sudah bermaklumat. Mereka tidak lagi memandang tinggi kepada UMNO itu dan ini disedari oleh pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli parti itu sendiri.

Kalau dahulu anak-anak muda berbangga mengenakan pakaian yang berlambangkan UMNO tetapi kini mereka tidak mahu mengenakan pakaian berlambangkan UMNO itu dikhalayak ramai. Selalunya apabila 'mood' pilihanraya sampai anak-anak muda akan mengenakan pakaian UMNO itu dengan bangga dan megah.

Sekarang ini pemuda-pemuda UMNO sendiri menyorok-nyorok apabila mengenakan pakaian UMNO itu. Ini  merupakan keadaan yang sangat berlainan semasa dahulu. Itulah sebabnya saya katakan UMNO itu sudah mati dan tidak bernyawa lagi. Dalam pada kita sedang tertunggu-tunggu pilihanraya ini, kita tidak mendengar suara Ketua Pemuda nya akhir-ahir ini.

Saya kadang-kadang tidak teringat kepada Ketua Pemuda UMNO Kebangsaan kerana sudah lama kita tidak mendengar suaranya sekarang ini. Dalam pengalaman dahulu, dalam keadaan  sekarang pemuda itulah yang nampak bergerak dan bergiat di mana-mana. Jika scenario ini berterusan maka saya berkeyakinan yang UMNO akan menjadi sejarah tidak lama lagi. Ketua Pemuda UMNO tidak nampak dimana-mana akhir-akhir ini. Mungkin beliau tidak berapa sihat agaknya.

Kita tidak nampak lagi pemuda-pemuda di cawangan-cawangan bergerak seperti dahulu. Yang bergerak sekarang hanyalah Presidennya dan kadangkala Timbalam Presidennya sahaja. Bagaimana sebuah parti yang mengaku gagah  perkasa tidak bergerak diperingkat akar umbi?

Sekarang ini hanya Najib sahaja yang berusaha melakukan semua kerja sedangkan ahli-ahli dan pimpinan di bawah tidak berbuat apa-apa.. Najib ini seperti peranan Syawal ibni Zulkaedah di dalam filem arahan P. Ramlee, Ahmad Albab… semua kerja Syawal yang buat..Najiblah manager, Najib jugalah postman, Najib jugalah kerani dan Najib jugalah jadi jaga! Syawal berkahwin dengan Mastura dengan mas kawinnya FREE.

UMNO mempunyai ahli seramai 3.3 juta orang, tetapi tidak bergerak diperingkat akar umbi. Jadi UMNO itu ibarat seorang yang gemuk dan mempunyai tubuh yang besar tetapi mereka tidak dapat bergerak kerana berat badan yang keterlaluan. Ia seolah-olah seorang badan yang besar tetapi apabila berjalan mengheret kaki dan tidak berdaya untuk membuka langkah.

Sesungguhnya UMNO mampu jika pemimpin-pemimpin sekarang mahu berkorban untuk menyelamatkan parti itu. Tetapi semua tahu yang mereka (pemimpin-pemimpin) tidak mahu berkorban untuk keselamatan parti mereka. Mereka sanggup melihat parti mereka tersungkur, namun untuk berkorban tidak sekali.

Barisan pimpinan tertinggi UMNO masih dalam 'denial syndrome" dan tidak mahu mengaku yang mereka sedang ditolak oleh rakyat yang mengundi. Keahlian yang ramai berjuta orang itu tidak dapat membantu pimpinan untuk memenangkan UMNO itu. Malah keahlian yang ramai itu menjadi beban kepada parti itu dengan masalah dalaman yang berlaku disetiap peringkat parti itu.

Jika keahlian yang ramai itu boleh diharapkan untuk memenangkan UMNO tidak mungkin parti itu menjadi sebegini lemah. 'Bottom line'nya ialah apakah keputusan rakyat apabila sampai dalam bilik mengundi itu.

Apabila sampai dalam bilik mengundi, semasa itu tidak ada lagi ahli UMNO atau apa-apa parti sekali pun. Pengundian akan digerakkan oleh perasaan yang ada dalam naluri masing-masing pengundi.

Kita mesti ingat seramai 1.5 juta ahli UMNO memilih untuk menyokong calon pembangkang dalam PRU yang lalu. Apakah UMNO mampu untuk menghalang perkara yang sama dari berlaku dalam PRU yang akan datang ini? 'Intuition' saya berkata tidak ada siapa yang mampu untuk menghalang ahli-ahli UMNO memberikan undi kepada calon pembangkang.

Najib dan Muhyiddin tidak mampu untuk menghalangnya walaupun berbagai-bagai cara untuk membeli perasaan rakyat sedang dilakukan oleh mereka. Kebarangkalian andaian saya ini salah adalah kecil. Walau bagaimana sesiapa pun boleh tidak bersetuju dengan pandangan saya ini.

Saya bukan orang pandai tetapi pengalaman menghadapi isu ini ada sikit-sikit kepada saya dan ramai lagi dari kalangan orang UMNO sendiri. Begitulah jawapan saya kepada beberapa orang yang bertanya saya semalam. Aspan Alias

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Pemuda PAS jelas isu Awang Adek ke seluruh Kelantan

Posted: 29 Jun 2012 07:46 PM PDT



Rafizi (tengah) menyerahkan dokumen yang mengandungi keterangan hubungan Awang Adek - Hon Cheong kepada kepimpinan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Marzuk Shaary (kanan) dan Ahmad Fadhli Shaari (kiri).


BACHOK: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan akan mengadakan sesi penjelasan ke seluruh negeri Kelantan khususnya di Parlimen Bachok berhubung dakwaan salah laku terhadap Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussain.

Ini ekoran beberapa keraguan di dalam hubungannya dengan ahli perniagaan, Chung Hon Cheong semasa beliau menjadi Penolong Gabenor Bank Negara.

Read More / Baca Lagi >>

PRU 13 : 'Pulau Pinang kubu kuat PR sukar ditawan'

Posted: 29 Jun 2012 07:45 PM PDT


Menjelang PRU 13 SHAH ALAM – Pulau Pinang adalah antara kubu kuat Pakatan Rakyat (PR) yang sukar ditawan semula oleh Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Penganalisis politik, Prof Dr Shamsul Adabi Mamat berkata, berdasarkan kajian, terdapat lima negeri sukar ditawan.

Kelantan dan Pulau Pinang, menurut beliau, berada di kedudukan pertama dan kedua dalam senarai negeri PR yang tidak mudah ditawan BN.

"Ranking itu diikuti oleh Selangor, Kedah dan Perak. "Kedudukan itu dilihat berdasarkan kajian yang dibuat antara akhir Disember 2011 dan awal 2012 menerusi majoriti undi pada PRU 2008 dan sokongan rakyat kepada kerajaan BN,"  katanya kepada Sinar Harian.
Read More / Baca Lagi >>

Salahuddin: Tanding di Johor bukan 'bunuh diri'

Posted: 29 Jun 2012 07:44 PM PDT



Salahuddin Ayub JOHOR BAHRU - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, keputusan meninggalkan Parlimen Kubang Kerian, yang dilihat sebagai kawasan selamat untuknya dan bertanding di Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), bukan satu tindakan "membunuh diri."
Beliau menegaskan, keputusan itu adalah muktamad walaupun ada pihak yang menyifatkan tindakannya itu sebagai satu keputusan mahu membunuh diri.
"Saya tidak akan berpatah balik daripada keputusan untuk meninggalkan Kubang Kerian, seterusnya membawa balik apa yang saya belajar ke Johor walaupun ada yang mengatakan saya cuba membunuh diri.
Read More / Baca Lagi >>

Himpunan Hijau Johor momentum Pakatan ke Putrajaya

Posted: 29 Jun 2012 07:43 PM PDT


 
(Puluhan ribu rakyat Johor menyertai Himpunan Hijau di Dataran Dahlia malam tadi)

JOHOR BAHRU: Puluhan ribu rakyat Johor membanjiri Dataran Dahlia malam tadi bagi menyertai Himpunan Hijau ke Putrajaya yang turut membariskan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sambutan ini disifatkan oleh pelbagai pihak sebagai kesediaan PAS untuk membentuk kezahiran bermakna parti Islam itu di Johor dan membantu Pakatan Rakyat ke Putrajaya.
Read More / Baca Lagi >>

Datuk Mahfuz Omar PGU04 & Himpunan Hijau Teregganu Part2

Posted: 29 Jun 2012 07:39 PM PDT

Datuk Mahfuz Omar PGU04 & Himpunan Hijau Teregganu Part1

Posted: 29 Jun 2012 07:38 PM PDT

Hukum TUDUH Tok Guru Nik Aziz BAPAK KAFIR - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 29 Jun 2012 05:01 PM PDT

Hukum TAK MENGUNDI - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 29 Jun 2012 05:00 PM PDT

Hukum Mandi WAJIB Dalam JAMBAN - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 29 Jun 2012 05:00 PM PDT

MAKMUM Baca FATIHAH Banyak Kali - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 29 Jun 2012 05:00 PM PDT

Hukum Makan SEMBELIHAN Golongan ASOBIYAH - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 29 Jun 2012 04:59 PM PDT

Hukum Jual BAJA Subsidi KERAJAAN - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 29 Jun 2012 04:59 PM PDT

Hukum BOGEL Ketika Mandi WAJIB - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 29 Jun 2012 04:58 PM PDT

Hukum Beri SUMBANGAN Pada ANAK Bukan ISLAM - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 29 Jun 2012 04:58 PM PDT

Datuk Ismail Yahya PGU04 & himpuna Hijau Terengganu

Posted: 29 Jun 2012 04:56 PM PDT

Haji Abdul Rahman Taib PGU04 & Himpunan Hijau Terengganu

Posted: 29 Jun 2012 04:55 PM PDT

Datuk Fauzi Shaari PGU04 & Himpunan hijau Terengganu

Posted: 29 Jun 2012 04:55 PM PDT

LENSA : HIMPUNAN HIJAU MENUJU KE PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI JOHOR DARUL UMNO KARAT...!!!!

Posted: 29 Jun 2012 04:54 PM PDT



Gambar-gambar yang membuat para pemimpin UMNO sesak nafas.

Kalau dilihat pada penerimaan rakyat setempat kepada Himpunan Hijau Menuju ke Putrajaya Peringkat Negeri Johor di Taman Dahlia, Johor Bahru, sudah pasti Negeri Johor, negeri kelahiran UMNO, bukan lagi negeri UMNO paling kuat didunia.


INS'Y ALLAH... JOHOR BAKAL MENYAKSIKAN PERUBAHAN PARTI PEMERINTAH.

'BUNUH' ANWAR!!! Siapa di belakang Kassim Ahmad ?

Posted: 29 Jun 2012 04:51 PM PDT

 

BONGKAR!! Siapa dibelakang Kassim Ahmad (pengarang buku 'anti-hadis')??

Jawapannya ada di dalam gambar ini...YA, segalanya sudah terjawab...jika selama ini kita tidak mengetahui 'penyokong' gerak kerja Kassim Ahmad, seorang yg seringkali mempersoal dan mengkritik sumber hadis, sehingga menulis sebuah buku mengkritik hadis...hari ini ianya terbongkar apabila ditemuramah oleh Malaysiakini...sama2 fikir dan muhasabah diri... 
Facebook A.B.U

Marina dan Ambiga 'bertambat bulu', Mahathir susah hati

Posted: 29 Jun 2012 04:48 PM PDT

Dalam politik anak dan bapa juga ada yang tidak sehaluan. Dalam interview Dr Mahathir dengan Mob TV, beliau telah menegur anaknya Marina supaya berhati-hati dengan tindak tanduknya (Marina) kerana tindak tanduk Marina itu akan menjejaskan parti pemerintah iaitu UMNO serta menjejaskan juga politik ahli keluarga beliau. Mahathir begitu sangsi yang tindakan Marina bergiat dan menyokong Bersih 3.0 dan Bersih yang sebelumnya itu akan menjejaskan politik adiknya Muhkriz.
Read More / Baca Lagi >>

Saham FGVH : Isa Samad Dapat 180,000 Saham. Peneroka dapat 800 unit sahaja.

Posted: 29 Jun 2012 04:45 PM PDT

Saham FGV Saham Felda FGVH: Isa Samad (Pengerusi Felda) Dapat 180,000 Saham VS Peneroka Felda 800 Unit?Alhamdulillah seperti yang diingini dan dihajati oleh kelompok yang berkepentingan dalam Felda, semalam saham Felda FGVH telah mencatatkan premium sebanyak 84 sen kepada nilai RM5.39 saham Felda FGVH telah didagangkan buat pertama kalinya pada "pasaran terbuka" semalam.

Jikalau dikirakan daripada setiap unitnya, berapa lebihan yang bakal diperolehi dikalangan pemburu-pemburu saham termasuklah peneroka Felda yang terlibat bersama-sama memeriahkan penyenaraian IPO Felda FGVH semalam?

Read More / Baca Lagi >>

Tak Habis habis dengan sikap Takbur UMNO ini ......

Posted: 29 Jun 2012 04:42 PM PDT

Cakap yakin konon pegang mandat 5 tahun hahaha

Hindarilah sifat takbur kerana sifat itu amat dibenci oleh Allah Swt. Apakah sifat takbur itu?
Antaranya, orang yang menganggap rendah orang lain kerana ia merasa pandai atau lebih cerdik, atau lebih berketrampilan, itu adalah takbur. Kerana orang itu tidak menyedari bahawa Tuhan adalah sumber segala akal dan ilmu. Tuhan dengan sekelip mata mampu membuatkan orang itu gila, dan memberi ilmu, akal dan keterampilan kepada orang yang dianggap rendah tadi.


Saham FGVH - Padan Muka Peneroka Dikencing Isa Samad...!!!

Posted: 29 Jun 2012 04:40 PM PDT

Kecoh Mat Isa dengan saham FGVHnya. Satu-satu saham berIPO naik 18%. Harga beli IPO RM4.55, terus naik di Bursa RM5.39. Kemudian naik lagi pada harga RM5.43. Siapa yang beli pada harga itu, saya tidak tahu. Yang tahu, Khamis lepas, FGVH tutup pada harga RM5.30.

Jumaat semalam, saham ini masih lagi aktif, dengan harga berpusar dari RM5.25 hingga RM5.35. Tutup pada RM5.32. Sesiapa yang berani sangat beli pada RM5.39 awal pagi Khamis lepas, itu mereka punya pasal. Yang main kontra, rasanya korang akan disembelih. Tetapi yang hendak pegang sebulan dua, agaknya boleh buat duit ke?

Saya masih tidak berani untuk bermain dengan saham Felda ini. Bukan kerana pendirian saya yang tidak bersetuju dengan penyenaraian ini. Bukan. Tetapi, saya lihat seperti ada jerung yang sedang mengkontrol saham ini supaya ianya nampak akan naik dan naik dan naik. Spekulasi le katakan. Apabila ada jerung mengkontrol, saya yang ikan bilis pasti akan kecundang dek kerana dibaham jerung itu.
Read More / Baca Lagi >>

PUBLIC EXPENSE, PRIVATE DETOUR: Govt now admits Najib spent 4 days in Milan

Posted: 29 Jun 2012 04:38 PM PDT

PUBLIC EXPENSE, PRIVATE DETOUR: Govt now admits Najib spent 4 days in MilanThe government has admitted that prime minister Najib Razak made a 'private trip' to Milan, Italy despite earlier concealing the destination when asked in parliament.
Seputeh member of parliament Teresa Kok's during her adjournment speech at the parliament last night had asked Najib to explain his recent tour of several Western cities, accompanied by his wife Rosmah Mansor and scores of government officers.
This followed a parliamentary reply by minister in the Prime Minister's Department Nazri Aziz on June 14, detailing the cost of the trip, which Nazri claimed had concluded in Washington where Najib and wife attended their son's graduation ceremony.
Teresa had then disputed the claim, citing "aeronautical evidence" obtained from aviation traffic website Flight Radar 24, which showed that his official plane 9M-NAA flew to Milan, Italy from Washington on May 20 and stopped in Dubai before returning home.
Read More / Baca Lagi >>

Taat kepada Raja dan negara, bukan BN, kata Pakatan kepada penjawat awam

Posted: 29 Jun 2012 04:35 PM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Jun — Pakatan Rakyat (PR) mengingatkan 1.4 juta kakitangan awam bahawa mereka seharusnya "taat kepada negara, Raja, dan Perlembagaan, bukannya kepada parti memerintah,"dengan peningkatan berat sebelah oleh penjawat kanan kerajaan.
"Mereka perlu ingat kerajaan boleh berubah. Parti politik yang membentuk negara boleh datang dan pergi.
"Jika parti yang memerintah, jadi liar, adakah kita akan jadi seperti mereka? Tidak. Kita perlu kekal sebagai penjawat awam dan berkhidmat untuk rakyat," kata Timbalan Pengerusi Nasional DAP Dr Tan Seng Giaw (left) kepada The Malaysian Insider.
Ketua Setiausaha yang dilantik Datuk Seri Ali Hamsa baru-baru ini telah mengingatkan orang bawahannya supaya "lebih tahu" dan tidak mudah mempercayai "janji kosong" dibuat oleh pembangkang..
Kecewa dengan kenyataan itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menegaskan Ali telah memulakan kedudukannya itu dengan "permulaan yang teruk.".
Read More / Baca Lagi >>

~penarik beca

~penarik beca


"Reuters haramjadah berbohong dan fitnahkan Felda"

Posted: 29 Jun 2012 09:43 AM PDT

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


KSN KAKI BODEK:TAAT KEPADA RAJA DAN NEGARA .BUKAN PEMERINTAH.

Posted: 29 Jun 2012 04:35 PM PDT

MALU LA KALAU BANGSA CINA BOLEH MENGHURAIKAN SITUASI INI.DAH BARU DILANTIK BODEK BUKAN KEMAIN LAGI.HARANJADAH SUNGGUH.





KUALA LUMPUR, 30 Jun — Pakatan Rakyat (PR) mengingatkan 1.4 juta kakitangan awam bahawa mereka seharusnya "taat kepada negara, Raja, dan Perlembagaan, bukannya kepada parti memerintah,"dengan peningkatan berat sebelah oleh penjawat kanan kerajaan.

"Mereka perlu ingat kerajaan boleh berubah. Parti politik yang membentuk negara boleh datang dan pergi.
"Jika parti yang memerintah, jadi liar, adakah kita akan jadi seperti mereka? Tidak. Kita perlu kekal sebagai penjawat awam dan berkhidmat untuk rakyat," kata Timbalan Pengerusi Nasional DAP Dr Tan Seng Giaw (left) kepada The Malaysian Insider.

Ketua Setiausaha yang dilantik Datuk Seri Ali Hamsa baru-baru ini telah mengingatkan orang bawahannya supaya "lebih tahu" dan tidak mudah mempercayai "janji kosong" dibuat oleh pembangkang..
Kecewa dengan kenyataan itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menegaskan Ali telah memulakan kedudukannya itu dengan "permulaan yang teruk.".
"Ia sudah melampau. Ini kali pertama KSN melakukan perkara seumpama itu. Permulaan yang teruk," katanya kepada The Malaysian Insider.

Setiausaha Agung DAP itu yang juga merupakan ahli Parlimen mengingatkan Ali seharusnya, sebagai pegawai tertinggi penjawat awam, beliau perlu menghormati Perlembagaan.
"Dan pembangkang, yang dikatakan kepada orang bawahannya supaya tidak mempercayai mereka, perlu mendapat penghormatan sama seperti parti memerintah. Kami adalah pembangkang yang setia kepada Raja," jelas Lim.
Ahli Parlimen Bagan itu berkata politik perlu dipisahkan dengan tugas penjawat awam dan menolak kenyataan Ali yang ketaatan penjawat awam bergantung kepada kerajaan hari ini.
"Kita perlu taat kepada negara, Perlembagaan, dan Raja. Kita tidak perlu taat kepada parti. Pada masa sama, mereka tidak boleh campur adukkan dengan politik," katanya.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar turut bersetuju dengan Lim, menambah "ketaatan kepada negara" tidak boleh disamakan dengan "ketaatan kepada Umno dan BN."
Beliau turut memuji tugas dan tanggungjawab penjawat awam terhadap kerajaan hari ini, kerana mematuhi arahan pemimpin, namun beliau mengingatkan tugas mereka adalah untuk berkhidmat dengan "professional."
"Mereka bukan alat dan hamba kerajaan ... terutamanya bila mereka bukanlah kepentingan mereka," katanya kepada The Malaysian Insider.
"Mereka perlu menjalankan polisi dengan terurus, efektif, dan telus - itu yang penjawat awam perlu lakukan," turut dipersetujui oleh Dr Tan.
Sejumlah 1.4 juta penjawat awam adalah peti undi untuk BN namun kontroversi berkenaan skim bayaran gaji dan isu utama mungkin memberikan harapan kepada pembangkang dalam pilihan raya akan datang.
Namun, sejak akhir-akhir ini, kakitangan atasan penjawat awam dilihat menjangkaui batas untuk melindungi BN.
Lim bagaimanapun percaya mesej-mesej sedemikian mungkin tidak diendahkan mereka.
"Saya tidak rasa kita perlu memandang rendah keupayaan penjawat awam," katanya kepada The Malaysian Insider.
"Mereka terikat untuk melakukan tugas kerana menjalankan tanggungjawab mereka. Bila mereka bersaraan kita akan lihat mereka menyertai pembangkang," tambahnya lagi.
Lim menjelaskan bukan mudah untuk penjawat awam mengingkari arahan yang diterima dari atas jika mereka rasakan ianya salah.
"Juga sukar untuk mereka meletak jawatan. Itu periuk nasi mereka," katanya.
Namun jelasnya, ia tidak bermakna bila mengundi mereka akan memangkah BN.
"Jangan memperlekehkan kepandaian mereka," tambahnya lagi.

PENDEDAHAN UNCLE SEEKERS YANG MENGEJUTKAN

Posted: 29 Jun 2012 04:22 PM PDT

SELAMAT DATANG KE TEMERLOH.HIMPUNAN HIJAU KE PUTRAJAYA

Posted: 29 Jun 2012 03:50 PM PDT

Bukan Cina, tapi semua pengundi Malaysia jadi penentu PRU 13

Posted: 29 Jun 2012 03:38 PM PDT

Bekas Perdana Menteri Dr.Mahathir Mohamad sudah mulakan sandiwaranya semalam apabila mengungkitkan isu perkauman untuk menimbulkan prasangka buruk di antara kaum, ketidakpercayaan dan ketakutan dalam usahanya untuk "menyelamatkan" UMNO dan Barisan Nasional daripada kehilangan kuasa persekutuan apabila ditumpaskan dalam Pilihanraya Umum ke-13 dan digantikan oleh Pakatan Rakyat.

Mahathir (gambar kiri, kiri) telah mengatakan bahawa pengundi Cina akan menjadi penentu dalam pilihanraya umum ke-13, dan bahawa pengundi Cinalah yang akan menentukan pihak mana yang akan membentuk kerajaan baru kerana kaum Melayu berbelah bagi di antara tiga parti.

Katanya,"Majoriti Melayu sendiri telah berbelah bagi kepada tiga dan kini menjadi minoriti" dan pihak pembangkang PKR, PAS serta UMNO terpaksa berserah kepada tuntutan kaum Cina.

Akibatnya,"parti-parti Melayu yang kecil ini perlukan sokongan kaum Cina untuk memenangi pilihanraya yang akan datang".

Katanya lagi, "Mana-mana parti yang mendapat sokongan kaum Cina akan memenangi pilihanraya yang akan datang".

"Hakikatnya, dewasa kini, ketiga-tiga parti Melayu sedang cuba untuk 'menyanjung-nyanjung' pengundi Cina.  Jadi, mereka akan menjadi rasis dan akan berkelakuan rasis."

Apa yang telah Mahathir katakan semalam sudah tentu mendapat tempat di antara kenyataan dan komen yang tidak bertanggungjawab, tidak munasabah dan menjadikan impian Wawasan 2020 itu sesuatu yang karut dan juga Konsep Bangsa Malaysia yang telah memberi satu gambaran di mana rakyat Malaysia sebagai "beretika, berintegrasi dan hidup secara harmoni dengan satu sama lain secara saksama" menjelang 2020.

Mahathir telah mengungkitkan tiga isu perkauman dalam permainan barunya.

Pertamanya, adakah benar MCA, Gerakan dan SUPP akan meraih pengundi Cina yang kurang dalam PRU13?  Dan benarkah MCA, Gerakan dan pemimpin SUPP bersetuju dengan kenyataan Mahathir itu?

Keduanya, rakyat Malaysia berbangsa Cina bukanlah "penentu" dan jelas tidak mahupun untuk menjadi "penentu" dalam pilihan raya umum ke-13.

Realitinya adalah secara lojiknya berdasarkan bilangan nombor, kaum Cina tidak akan menjadi "penentu" keputusan pilihan raya.

Dalam apa-apa keadaan pun, apa yang pengundi Cina mahukan adalah kebebasan untuk melaksanakan kewajipan asas seorang warganegara di bawah Perlembagaan Persekutuan supaya dapat menikmati kesaksamaan di tanahair sendiri daripada dipaksa untuk menyebarluaskan kira-kira dua juta warga Malaysia ke luar Negara disebabkan oleh pentadbiran yang korup, polisi-polisi yang tidak adil dan tidak berdemokrasi.

Kebetulan, Diaspora Malaysia tidaklah terbatas oleh rakyat Malaysia berbangsa Cina tetapi kaum-kaum yang lain juga termasuklah bilangan kaum Melayu yang kian meningkat.

Ketiga, "penentu" yang paling kuat dalam pilihan raya umum ke-13 bukanlah tertakluk kepada pengundi Cina sahaja tetapi kaum Melayu, Cina, India, Kadazan atau Iban untuk bersatu padu dan membawa peralihan kuasa persekutuan secara aman dan tenteram dalam sejarah 54 tahun dalam Negara ini dan mengakhiri jajahan korupsi, kronisme dan penyalahgunaan kuasa.

Semalam, Mahathir telah memaklumkan bahawa pilihanraya yang akan datang adalah berdasarkan isu perkauman.

Inilah apa yang dimahukan oleh Mahathir, pemimpin UMNO dan para strategis yang mahukan pilihanraya umum yang akan datang didalangi isu perkauman agar mereka boleh terus menakut-nakutkan para pengundi.

Rakyat Malaysia, tidak kira kaum, agama, status mahupun negeri mesti membuktikan kepada Mahathir bahawa tanggapan beliau, pemimpin UMNO dan para strategis adalah salah sama sekali walaupun Mahathir sendiri telah menolak konsep "Bangsa Malaysia" seperti sindiran terhadap konsep 1Malaysia oleh Perdana Menteri kita sendiri Najib Razak.  Dan rakyat Malaysia kini berpeluang untuk membuktikan yang rakyat Malaysia lebih patriotik sekarang berbanding dengan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional dan akan menyahut seruan Pakatan Rakyat untuk menunaikan kewajipan mengundi sebagai rakyat Malaysia dan bukan sebagai Melayu, Cina, India, Kadazan atau Iban.

Pilihan raya umum yang akan datang ini bukanlah satu pertempuran di antara kaum Melayu dan bukan Melayu, tetapi di antara golongan rasis yang tetap membahagi-bahagikan rakyat Malaysia berdasarkan kaum berbanding dengan perjuangan warga nasionalis dan warga patriotik Malaysia yang mendahagakan kerajaan yang bersih, kemaslahatan ekonomi, demokrasi, hak asasi manusia dan perpaduan sebagai isu utama dalam pilihanraya umum yang akan datang.
*Kenyataan media oleh Lim Kit Siang (gambar kanan) selaku Ketua Parlimen DAP dan Ahli Parlimen Ipoh Timur.

AMK: Kassim Ahmad jadikan Anwar sebagai sasaran kemarahan

Posted: 29 Jun 2012 03:36 PM PDT

Masyarakat di luar sana terutamanya orang Melayu terus disogok dengan kenyataan-kenyataan yang rendah nilai kemanusiaan meskipun kadang-kala ianya datang dari wawancara seseorang yang bergelar intelektual; atau sekurang-kurangnya yang menganggap diri mereka seorang intelek.

Kenyataan terbaru dari seseorang yang kononnya mengaku intelek ini adalah daripada Kassim Ahmad yang menempelak Anwar Ibrahim (gambar kanan) seperti yang diterbitkan dalam Malaysiakini edisi Bahasa Melayu yang dengan jelas menyebut tajuk Kassim Ahmad: Anwar patut dihukum gantung.

Angkatan Muda Keadilan Selangor menganggap kenyataan berbaur kebencian ini tidak wajar keluar daripada mulut seorang intelek Melayu, apatah lagi AMK Selangor melihat ini sebagai satu serangan peribadi yang tidak wajar dilakukan oleh Kassim Ahmad kerana siri-siri kegagalan beliau sendiri untuk mendapat sokongan umum dalam setiap perkara yang beliau lakukan.

Kassim Ahmad juga dilaporkan menyebut sering bernada tegas dengan Anwar Ibrahim dan berniat untuk "meludah. menempeleng, memancung dan mengantung" Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu.

Dendam dan tekanan emosi melampau


Angkatan Muda Keadilan Selangor percaya kenyataan seumpama itu hanya akan didengari daripada individu yang mempunyai tingkah laku dan pemikiran penuh dendam dan berbaur emosi.  Kassim Ahmad dalam rungutannya telah menuduh Anwar Ibrahim sebagai dalang yang mengharamkan buku kontroversinya yang bertajuk Hadis: Satu Penilaian Semula pada 1986.

Kenyataan ini wajar disanggah kerana melihat situasi pada 1986, Anwar Ibrahim bukanlah seseorang yang mempunyai kuasa; untuk mengharamkan atau sekurang-kurangnya mempengaruhi sebarang tindakan Kementerian Dalam Negeri untuk mengharamkan buku tersebut.  Ini jelas satu tuduhan melulu, penuh emosi dan dendam dari seorang penulis yang kecewa dan lara akibat penulisannya yang diharamkan oleh kerajaan.

Memetik ulasan Ahmad Awang iaitu bekas Naib Presiden PAS yang menyebut bahawa Kassim Ahmad pernah diberi peluang untuk berdebat 26 tahun lalu dan tidak ada apa yang perlu didebatkan lagi memandangkan beliau sangat degil untuk mempertahankan hujahnya walaupun dengan jelas ianya bertentangan dengan ajaran Islam.

AMK Selangor percaya masyarakat Islam Melayu terutamanya boleh mengabaikan kenyataan keras Kassim Ahmad kerana ianya jelas beremosi dan penuh kecelaruan kerana pandangannya tidak diterima oleh umum sejak sekian lama.

Kassim Ahmad seharusnya cermin diri dan menyalahkan diri sendiri kerana tidak berjaya meyakinkan pihak lain untuk menerima ideanya, dan mengambil jalan mudah untuk menjadikan Anwar Ibrahim sebagai kambing hitam.

Kemungkinan juga Kassim Ahmad inginkan sesuatu sebagai imbuhan dari kerajaan sesuai dengan arahan Kementerian Dalam Negeri pada 20 Jun lalu agar kajian semula pengharaman buku kontroversinya dan menjadikan platform ini untuk menentang Anwar Ibrahim.

Seharusnya Kassim Ahmad selaku ahli akademik dan seorang mantan Presiden sebuah parti politik mempunyai jiwa yang lebih besar dan menerima perbezaan pendapat serta menghormati mana-mana pandangan yang tidak menyebelahinya.  Tetapi agak mengecewakan apabila beliau mengambil jalan pintas untuk menjadikan Anwar Ibrahim sebagai sasaran mudah kemarahan beliau.

AMK Selangor percaya Kassim Ahmad perlu belajar menjadi lebih terbuka serta merendah diri dan boleh mengambil Syed Husin Ali sebagai contoh terbaik.  Terimalah kenyataan bahawa dunia masih menghormati dan mengagumi peribadi pemikiran dan sahsiah Anwar Ibrahim, tetapi Kassim Ahmad menghabiskan hujung usianya untuk menjadi alat pihak-pihak berkepentingan dan akhirnya menemui segala usahanya akan berakhir sia-sia.

*Kenyataan media oleh Azmizam Zaman Huri (gambar kiri) selaku Ketua AMK Selangor merangkap Naib Ketua AMK Malaysia.

PKR Buat Laporan Polis Kontrak Projek 1.1 Bilion

Posted: 29 Jun 2012 03:34 PM PDT


PETALING JAYA 29 JUN : Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli membuat laporan polis berhubung penganugerahan kontrak mengenai projek kerja-kerja sambungan LRT Ampang yang bernilai lebih RM1.1 bilion.
Laporan berhubung kes itu dibuat di Balai Polis Tropicana di Merchant Square,di sini kira-kira jam 11 pagi tadi.
Menurut Rafizi laporan itu dibuat kerana menimbulkan pelbagai kegusaran kerana projek besar dan penting ini dianugerahkan kepada sebuah konsortium yang tidak mempunyai apa-apa pengalaman.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada minggu lalu melahirkan hasratnya untuk menganugerahkan kontrak terbabit kepada Konsortium George Kent, seperti yang dilaporkan oleh Business Times pada 22 Jun lalu.
Rafizi juga memberitahu sebelum ini beliau sudah didatangi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membeuat siasatan terhadap pendedahannya sebelum ini.
'Tetapi laporan polis dibuat kerana lebih percaya kepada pihak Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian Dagangan yang lebih professional," katanya.
Jelas Rafizi, beliau akan mendedahkan skandal ini sedikit demi sedikit dari masa kes semasa agar pihak lain juga tampil untuk memberikan ulasan dan bukti berkenaan skandal ini.
"Kita menunggu untuk pihak Perdana Menteri memberikan komen berkenaan perkara ini," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR pagi ini.
Sementara itu, Ketua Biro Undang-Undang PKR, Lateffa Koya berkata SPRM tidak perlu menunggu laporan dibuat kepadaSPRM kerana suruhanjaya itu mempunyai bidang kuasa yang lebih meluas untuk melaksanakan siasatan.